KUNASEGARAN A/L RAGAVANAIDU
Appeal allowed in part: convictions on Counts 1 and 2 quashed because prosecution failed to prove a coherent prima facie case in view of materially inconsistent versions given by the key witness, rendering him not credible; alternative charge under section 165 Penal Code was proven and conviction on that count is...
Source-derived case information.
- Citation
- 42(R)(A)-5-07/2018 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Kunaseegaran a/l Ragavanaidu; Respondent: Pendaftar/Pendakwa Raya (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)
- Court
- R
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 25 October 2019
- Case Number
- 42(R)(A)-5-07/2018 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal (appeal From Sessions Court) / High Court Judgment on Appeal
- Outcome
- Appeal allowed in part; convictions on charge one and two quashed; conviction on alternative count under section 165 Penal Code upheld.
- Legal Topics
- Bribery, Corruption, Abuse of Public Office, Witness Credibility, Prima Facie Case, Sentencing
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Kunaseegaran a/l Ragavanaidu
Appellant
Pendaftar/Pendakwa Raya (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal (appeal From Sessions Court) / High Court Judgment on Appeal
Legal Issues
- 1 Whether prosecution proved prima facie case for counts under sections 16(a)(A) and 17(a) MACC Act 2009
- 2 Whether receipt of RM700,000 constituted offence under section 165 Penal Code
- 3 Proper timing and assessment of witness credibility by trial judge
Ratio Decidendi
Appeal allowed in part: convictions on Counts 1 and 2 quashed because prosecution failed to prove a coherent prima facie case in view of materially inconsistent versions given by the key witness, rendering him not credible; alternative charge under section 165 Penal Code was proven and conviction on that count is sustained with sentence imposed (18 months imprisonment from date of arrest and fine RM300,000 with default two years imprisonment).
Court Disposition
Appeal allowed in part; convictions on charge one and two quashed; conviction on alternative count under section 165 Penal Code upheld.
Orders
- Convictions and sentences on Count One (section 16(a)(A) MACC Act 2009) quashed.
- Convictions and sentences on Count Two (section 17(a) MACC Act 2009) quashed.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO: BA-42(R)(A)-5-07/2018 ANTARA KUNASEEGARAN A/L RAGAVANAIDU .. PERAYU LAWAN PENDAKWARAYA wee RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN 1. Pada awalnya Perayu (selepas ini dirujuk sebagai OKT) telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam dengan dua (2) pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan Pertama “ Bahawa kamu pada 29.8.2013 lebih kurang jam 11.58 pagi, telah secara rasuah meminta wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia tujuh ratus ribu (RM700,000.00) daripada Abdul Razar Bin Abdullah (No. K/P: 700505-07-5815) melalui pesanan ringkas (SMS) daripada telefon bimbit milik kamu bernombor 012-6985816 kepada nombor telefon bimbit milik Abdul Razar Bin Abdullah bernombor 012-6947531 sebagai suatu upah keran telah mencadangkan syarikat RAZ Medical Supplier Sdn Bhd, B&S Enterprise and Caremed Global Sdn Bhd untuk menjadi pembekal ubat-ubatan dan perkakas pakai habis perubatan bagi tahun 2013 untuk hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24 (1) Akta yang sama. “ Pertuduhan Kedua “ Bahawa kamu pada 3 September 2013 lebih kurang jam 5.15 petang, bertempat di hadapan Empire Shopping Gallery Subang Jaya dalam Daerah Petaling, Dalam Negeri Selangor, sebagai seorang agen kerajaan Malaysia iaitu Pakar Patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan telah, secara rasuah menyetuju terima wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia tujuh ratus ribu (RM700,000.00) daripada Abdul Razar Bin Abdullah (No. K/P: 700505-07-5815) sebagai suatu upah kerana telah mencadangkan syarikat RAZ Medical Supplier Sdn Bhd, B&S Enterprise and Caremed Global Sdn Bhd untuk menjadi pembekal ubat-ubatan dan perkakas pakai habis perubatan bagi tahun 2013 untuk hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24 (1) Akta yang sama. “ 2. Selepas pemeriksaan balas Abdul razak bin Abdullah (SP8) OKT telah dituduh dengan satu lagi pertuduhan pilihan yang dibaca seperti berikut: Pertuduhan Pilihan “ Bahawa kamu pada 3 September 2013 lebih kurang jam 5.15 petang, bertempat di hadapan Empire Shopping Gallery Subang Jaya dalam Daerah Petaling, Dalam Negeri Selangor, sebagai seorang agen kerajaan Malaysia iaitu Pakar Patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan_ telah mendapat untuk diri kamu sendiri wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia tujuh ratus ribu (RM700,000.00) daripada Abdul Razar Bin Abdullah (No. K/P: 700505-07-5815) yang mana kamu mengetahui bahawa syarikat-syarikat RAZ Medical Supplier Sdn Bhd, B&S Enterprise and Caremed Global Sdn Bhd berkepentingan / mempunyai hubungan dengan kerja-kerja_rasmi kamu dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama” Di akhir kes pihak pendakwaan, Puan Hakim Mahkamah Sesyen telah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga pertuduhan. OKT telah dipanggil untuk membela diri bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Di akhir kes pihak pembelaan, Puan Hakim Mahkamah Sesyen telah mensabitkan OKT dengan pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua dan OKT dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara dan denda RM3,500,000.00 bagi setiap pertuduhan (hukuman berjalan serentak). OKT telah menfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi ke atas keputusan Puan Hakim Mahkamah Sesyen. Setelah meneliti rekod rayuan, hujahan bertulis pihak-pihak dan hujahan lisan pihak-pihak, saya telah mengenepikan sabitan dan hukuman ke atas OKT bagi pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua. Saya telah mensabitkan OKT di bawah pertuduhan pilihan iaitu suatu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan dari tarikh ditangkap dan denda RM300,000.00 gagal bayar 2 tahun penjara. Pihak pendakwaraya telah menfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan merayu terhadap keseluruhan keputusan tersebut. Setelah meneliti rekod rayuan dan hujahan pihak-pihak, saya memutuskan pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan satu kes prima facie ke atas pertuduhan pertama dan kedua berasaskan alasan-alasan berikut. Saya mendapati saksi utama pihak pendakwaan dalam kes ini adalah Encik Abdul Razak bin Abdullah (SP8) iaitu Pengarah Syarikat RAZ Medical Supplies. Dalam kes ini, fakta yang tidak 10. 11. dinafikan bahawa OKT telah meminta RM700,000.00 daripada SP8 dan SP8 telah memberi wang tersebut. Isu utama ialah sama ada apakah tujuan wang tersebut diminta dan diterima oleh OKT daripada SP8. Setelah meneliti dan menganalisa keterangan SP8 dan keterangan dokumentasi secara maksima, saya mendapati melalui keterangan SP8, wujudnya empat versi tujuan wang tersebut diminta dan diterima OKT daripada SP8. Versi Pertama - sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak pembelian ubat-ubatan dari hospital dari sekitar Negeri Selangor. (rujuk keterangan SP8 dan juga Eksibit P1) Versi Kedua — sebagai balasan untuk memperakukan pembayaran kepada RAZ Medical Supplies sedangkan pembekalan ubat-ubat tidak dibuat sepenuhnya. (rujuk keterangan SP8 dan juga Borang aduan Eksibit P64). Versi Ketiga — sebagai pembayaran kepada pihak pembelian agen iaitu Roche Diagnostic (melalui soalan-soalan oleh pihak pendakwaan dan keterangan SP8),. Versi Keempat — anggapan SP8 bahawa wang tersebut adalah balasan kepada OKT. lnitipati utama bagi pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua ke atas OKT adalah bahawa OKT telah meminta dan menerima wang RM700,000.00 sebagai balasan kerana OKT telah dikatakan telah mencadangkan syarikat-syarikat milik SP8 (RAZ Medical Supplies, BNS Enterprise, dan CareMed Global sebagai pembekal ubat dan perkakas pakai habis perubatan bagi tahun 2013 untuk HATTM). 12. Saya mendapati kedudukan kes pihak pendakwaan semakin parah apabila SP8 semasa pemeriksaan balas dan semasa pemeriksaan semula telah mengemukakan versi-versi yang berlainan pula iaitu: SP8 telah menegaskan bahawa beliau tidak tahu tujuan beliau memberikan wang tersebut kepada OKT. Berasaskan keterangan ini, saya bersetuju dengan hujahan peguam OKT bahawa versi keterangan SP8 ini adalah bercanggah dengan keterangan beliau sendiri semasa pemeriksaan utama. SP8 semasa pemeriksaan balas juga menyatakan bahawa wang tersebut bukanlah wang rasuah, hadiah atau pun upah. Sepanjang pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan, pihak pendakwaan juga tidak mencabar/minta penjelasan daripada SP8 bahawanya wang tersebut sememangnya adalah wang rasuah, hadiah dan/ ataupun upah kepada OKT sepertimana di pertuduhan. Selain itu, semasa pemeriksaan balas, SP8 juga bersetuju dengan cadangan peguam OKT bahawa wang tersebut adalah kemungkinnan digunakan untuk Digital Pathology Lab, meskipun tujuan tersebut tidak dijelaskan oleh OKT kepada SP8. Semasa pemeriksaan semula, pihak pendakwaan juga tidak menyoal kepada SP8 bahawa kenapa SP8 bersetuju dengan cadangan peguam tersebut. Apa yang dijelaskan oleh SP8 semasa pemeriksaan semula adalah berkenaan dengan jawapan tentang sama ada wang tersebut akan dipulangkan kelak. Saya bersetuju dengan hujahan peguam OKT sekiranya diteliti keterangan SP8 semasa pemeriksaan semula, SP8 13. 14. 15. 16. 17. 18. telah mengemukakan lagi satu versi yang berlainan iaitu SP8& beranggapan bahawa wang tersebut diberikan kepada OKT adalah untuk membeli peralatan atau barang-barang bagi Jabatan Pathology. Saya mendapati kesemua versi-versi yang dikemukakan melalui keterangan SP8 adalah bercanggah pada aspek-aspek material iaitu tujuan sebenar wang tersebut diminta dan diterima oleh OKT. Apa yang jelas kesemua percanggahan ini telah diterima oleh pihak pendakwaan sendiri dan tidak pernah dicabar oleh pihak pendakwaan pada bila-bila masa. Berasaskan percanggahan-percanggahan yang dikemukakan melalui keterangan SP8, saya mendapati elemen utama pertuduhan iaitu OKT telah dikatakan meminta dan menerima wang rasuah daripada SP8 telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Ekoran itu saya mendapati Mahkamah tidak dapat memutuskan apakah versi pendakwaan yang sebenarnya. Saya mendapati walaupun wujudnya pelbagai versi dalam keterangan SP8 kenapa wang tersebut diminta dan diserahkan kepada OKT, pihak pendakwaan tidak pernah membuat permohonan untuk mencabar atau impeach keterangan SP8. Dengan kewujudan pelbagai versi kenapa wang tersebut diminta dan diserahkan oleh SP8& kepada OKT, saya mendapati Puan Hakim Mahkamah Sesyen sepatutnya membuat penilaian sama ada SP8 seorang saksi yang credible atau sebaliknya. Sebaliknya dalam kes ini saya mendapati Puan Hakim Mahkamah Sesyen telah khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila 19. 20. 21. beliau membuat penilaian terhadap kredibiliti SP8 di akhir kes pembelaan. (rujuk perenggan 26, Alasan Penghakiman). Undang-undang adalah mantap bahawa penilaian kredibiliti SP8 seharusnya dibuat oleh Puan Hakim Mahkamah Sesyen di akhir kes pihak pendakwaan dan bukannya di akhir kes pihak pembelaan. (rujuk kes PP V Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393). Kedudukan undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah di peringkat rayuan wajar campur tangan sekiranya hakim bicara gagal menilai keterangan secara maksima. Dalam kes Tan Thong Jin v PP [2002] 3 CLJ 552 Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “ it is trite law that an appellate court will not readily interfere with the findings of fact arrived by the trial court to which the law entrust the primary task of evaluation of evidence. But it is the duty of the appellate court to intervene in a case where the trial court had fundamentally misdirected itself, that one may safely say that no reasonable court which had properly directed itself and asked the correct questions would have arrived at the same consclusion. (see Sivalingam v Periasamy [1996] 4 CLJ 545” Setelah meneliti dan menghalusi keterangan SP8 diperingkat maksima, saya memutuskan ekoran kewujudan pelbagai versi kenapa wang tersebut diminta dan diserahkan kepada OKT oleh SP8 mewajarkan SP8 diputuskan sebagai seorang saksi yang tidak kredible. Atas alasan ini sahaja sudah mewajarkan Puan Hakim Mahkamah Sesyen untuk membuat dapatan fakta bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen-elemen bagi pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua. 22. 23. 24. Berasaskan keterangan SP8, kewujudan pelbagai versi ini, undang- undang adalah mantap bahawa faedah yang memihak kepada OKT seharusnya diberi kepada OKT. (Rujuk kes PP V Lee Eng Koi [1993] dan kes Ramli Sutu V PP [1998]). Fakta kes menunjukkan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan telah pun dikemukakan oleh pihak pendakwaan selepas saksi SP8 memberi keterangan. Saya mendapati pertuduhan pilihan ini dikemukakan oleh pihak pendakwaan ekoran kewujudan pelbagai versi yang dikemukakan oleh SP8. Berasaskan alasan-alasan di atas, saya memutuskan Puan Hakim Mahkamah Sesyen telah khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mendapati pihak pendakwaan_ telah berjaya mengemukakan satu kes prima facie bagi pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua. Ekoran itu, saya membenarkan rayuan OKT ke atas pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua. PERTUDUHAN PILIHAN 25. Bagi pertuduhan pilihan, pihak pendakwaan perlu membuktikan intipati-intipati berikut. OKT adalah seorang penjawat awam; OKT telah menerima suatu barangan berharga; OKT menerima barang tersebut tanpa balasan, dan; OKT mengetahui bahawa pemberian barang tersebut mempunyai hubungan dengan tugas rasmi OKT. 26. 27. 28. 29. Di bawah Seksyen 50(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memperuntukkan; “Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah dibuktikan bahawa orang itu telah menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh apa-apa benda berharga tanpa balasan atau dengan balasan orang itu tahu tidak memadai, orang itu hendaklah dianggap telah berbuat demikian dengan mengetahui hal keadaan yang dinyatakan dalam butir-butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan’. OKT yang merupakan seorang penjawat awam juga ditegah daripada menerima sebarang hadiah daripada seseorang yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya. (rujuk Peraturan 8, Bab D, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)). Dalam kes Kanapathy V Reg [1960] MLJ 26, “,.. the section in its true construction makes it an offence for a public servant to accept a gift (whether palpable or disguised) from any person who is at any time been concerned in a proceeding with which the public servant has been connected”. Dalam kes PP V Tan Hock Sing [1963] 29 MLJ 219, Mahkamah memutuskan “Therefore | am of opinion that when police officer, in a position to doa favour to another person likely to require suc a favour, received from such other any money or valuable thing without consideration or ostensible reason, then circumstances afford reasonable and sufficient grounds for holding a sufficient case made out by the prosecution whether under Section 165 of the Penal Code or Section 3(b) of the Prevention of Corruption Ordinance 1950, in the absence of evidence in rebuttal’. 30. 31. 32. 33. 34. 35. Berasaskan keterangan saksi pendakwaan, saya mendapati andaian dibawah Seksyen 50 (3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 adalah terpakai terhadap OKT. Mengambil kira jawatan OKT iaitu seorang Ketua Jabatan Pathology di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan SP8 pula merupakan pemilik syarikat (bagi ketiga-tiga syarikat yang membuat pembekalan ubat-ubatan dan alat pakai buang termasuk Reagen kepada Jabatan Pathology di Hospital yang sama yang mana OKT bertugas sebagai Ketua Jabatan Pathology), adalah jelas menunjukkan bahawa OKT mempunyai hubungan rasmi dengan SP8. Berdasarkan alasan-alasan diatas saya berpuas haiti intipati-intipati dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Saya mendapati pembelaan OKT telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah keatas pertuduhan pilihan. Saya berpuas hati pihak pendakwaan telah membuktikan pertuduhan pilihan melampaui keraguan munasabah. Seksyen 165 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman perbicaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. Setelah mengambil kira faktor mitigasi dan faktor pemberatan hukuman pemenjaraan 18 bulan daripada tarikh tangkap dan denda RM300,000.00 gagal bayar dua (2) bulan penjara adalah hukuman yang berbentuk deterrent kepada OKT dan masyarakat amnya. 36. Walaupun dikenakan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM300,000.00 gagal bayar 2 tahun penjara, di dapati tiadanya oleh OKT ke atas hukuman tersebut. YA DATO’ HAJI M MUSTAE HAKIM JENAYAH 5 MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM 17 MAC 2020 Pihak-pihak Peguam Ferayu: Datuk N. Sivananthan & Cik Liu Mei Ching daripada Tetuan Sivananthan TPR SPRM/ Responden: Puan Norzilati Izhani Zainal @ Zainol & Puan Francine Cheryl Rajendram daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Putrajaya