LADANG SUNGAI LEPAR SDN BHD 1. ) PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM) BAHAGIAN NEGERI KELANTAN 2. ) AHMAD BIN YAKOB
Defendant was not the registered owner and beneficial owner of PT 4709 at the time of the Development Agreement and thereby made a misrepresentation that induced Plaintiff to enter the contract and expend substantial sums; Defendant's inability to deliver the promised rights constituted a fundamental breach under...
Source-derived case information.
- Citation
- DA-22NCvC-45-08/2018 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: Ladang Sungai Lepar Sdn Bhd; Defendant: Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Bahagian Negeri Kelantan
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 20 February 2022
- Case Number
- DA-22NCvC-45-08/2018 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Guaman Sivil (civil Suit) / Judgment at Trial
- Outcome
- Judgment for Plaintiff; Defendant's counterclaims dismissed
- Legal Topics
- Misrepresentation, Breach of Contract, Damages, Lease (pajakan), Rescission, Fundamental Breach
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Ladang Sungai Lepar Sdn Bhd
Plaintiff
Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Bahagian Negeri Kelantan
Defendant
Procedural Posture
Guaman Sivil (civil Suit) / Judgment at Trial
Legal Issues
- 1 Whether Defendant was registered owner and beneficial owner of PT 4709 when the Development Agreement was signed
- 2 Whether Defendant made a misrepresentation regarding ownership of PT 4709
- 3 Whether Plaintiff made payments of RM450,000 to Defendant between 2007 and 2013
Ratio Decidendi
Defendant was not the registered owner and beneficial owner of PT 4709 at the time of the Development Agreement and thereby made a misrepresentation that induced Plaintiff to enter the contract and expend substantial sums; Defendant's inability to deliver the promised rights constituted a fundamental breach under s40 Contracts Act 1950, entitling Plaintiff to rescind and recover special and general damages, interest and costs.
Court Disposition
Judgment for Plaintiff; Defendant's counterclaims dismissed
Orders
- Defendant to pay Plaintiff special damages RM450000
- Defendant to pay Plaintiff special damages for plantation development RM2002643
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DA-22NCvC-45-08/2018 Kand. 46 01/06/2022 16:39:33 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCVC-45-08/2018 ANTARA LADANG SUNGAI LEPAR SDN BHD … PLAINTIF DAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM (PERKIM) BAHAGIAN NEGERI KELANTAN … DEFENDAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif menuntut dari Defendan gantirugi khas dan gantirugi am atas salah nyataan dan pelanggaran terma-terma perjanjian pajakan tanah. [2] Plaintif adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di No. 18, 1st Floor, Jalan Kuini 2, Taman Seri Jarom, Jenjarom, Selangor. [3] Defendan pula adalah sebuah cawangan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pertubuhan kebajikan di bawah Seksyen 12 Akta Pertubuhan 1966 dan beroperasi di Balai Islam, Taman Laksamana, Jalan Mahmood, Kota Bharu dan/atau di No. 2879, Taman Laksamana, Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan. Fakta [4] Defendan memplidkan bahawa mereka adalah pemilik berdaftar dan pemilik benefisal hartanah HS(D) 22/96, PT 4645, Mukim Kenor, Jajahan Kuala Krai, Kelantan seluas 202.35 hektar/500 ekar (selepas ini dipanggil “PT 4645”) dan PT 4709, Mukim Kenor, Jajahan Kuala Krai, Kelantan seluas 202.35 hektar/500 ekar (selepas ini dipanggil “PT 4709”). [5] Berdasarkan suatu Perjanjian Pemajuan bertarikh 3.4.2007, Defendan bersetuju memajakkan kedua-dua hartanah berkenaan 1 S/N nfNujvFi3U6AxAE2q5O70Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal untuk dimajukan sebagai ladang kelapa sawit dan tertakluk pada terma serta syarat perjanjian iaitu antara lainnya: (i) Defendan adalah pemilik berdaftar dan pemilik benefisil PT 4645 dan PT 4709; (ii) Defendan memajakkan haknya kepada Plaintif untuk penanaman kelapa sawit dan perkara-perkara berkaitan dengannya selama 33 tahun dari tarikh perjanjian; (iii) sebagai balasan Plaintif akan membayar kepada Defendan: (a) RM300,000 dengan bank draft untuk kos mengeluarkan saki baki kayu dari tanah-tanah berkenaan; (b) RM25,000 sebagai saguhati selama 4 tahun dari tarikh Perjanjian Pemajuan dengan bank draft pada atau sebelum 30 haribulan setiap tahun. Bayaran pertama adalah pada tarikh menandatangani Perjanjian Pemajuan; (c) RM250,000 setahun dengan bank draft setelah kedua-dua pihak mengesahkan projek itu mengeluarkan hasil hingga tempoh pajakan tamat. Bayaran akan bermula pada tahun kelima Perjanjian Pemajuan dan dibayar pada atau sebelum 30 haribulan setiap tahun. (d) Plaintif perlu mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan dalam tempoh 14 hari dari Perjanjian Pemajuan kepada Defendan dan Defendan pula mesti memohon kelulusan pajakan dari Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 30 hari dari Perjanjian Pemajuan ditandatangani. (e) Defendan bersetuju/bertanggungjawab/berwaad/ akujanji kepada Plaintif bahawa: (i) Defendan berhak, berkuasa dan berkepentingan untuk memasuki Perjanjian Pemajuan dan menunaikan obligasinya; 2 S/N nfNujvFi3U6AxAE2q5O70Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) Defendan akan mendapatkan kelulusan pajakan ini 6 bulan dari tarikh Perjanjian Pemajuan; (iii) Defendan mesti merayu bagi pihak Plaintif kepada pihak berkuasa berhubung dengan syarat-syarat kelulusan yang diminta Plaintif. (iv) jika Defendan memungkiri terma/waad berkenaan, Plaintif berhak menamatkan Perjanjian Pemajuan dengan memberi notis 30 hari dan jika Defendan gagal membetulkannya dalam tempoh tersebut, maka Perjanjian Pemajuan akan ditamatkan. [6] Dalam menjalankan aktiviti menanam kelapa sawit di kedua-dua hartanah berkenaan, Plaintif mendapati keluasan PT 4645 bertindih dengan Hutan Simpan Kekal Sungai Durian. Manakala bagi PT 4709 Plaintif mendapati ianya bukan milik berdaftar Defendan. Isu [7] Isu-isu yang dipersetujui untuk dibicarakan adalah: (i) sama ada Defendan merupakan pemilik berdaftar dan benefisil untuk PT 4709 semasa Perjanjian Pemajuan ditandatangani. (ii) sama ada Defendan telah memberikan salah nyataan bahawa mereka adalah pemilik benefisil dan berdaftar untuk PT 4709. (iii) sama ada Plaintif telah membuat bayaran sebanyak RM450,000 dari 2007 hingga 2013 kepada Defendan. (iv) sama ada Plaintif telah menanam kelapa sawit seluas 430 ekar atas PT 4645 dan melibatkan kos penanaman. (v) sama ada Plaintif ada memberikan jaminan RM500,000 dalam bentuk jaminan bank kepada Defendan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Perjanjian Pemajuan ditandatangani. 3 S/N nfNujvFi3U6AxAE2q5O70Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penelitian dan penemuan mahkamah [8] Dalam perbicaraan ini Plaintif telah memanggil seramai 3 orang saksi manakala Defendan hanya memanggil seorang sahaja saksi. Saksi-saksi Plaintif ialah: (i) Chin Wee How (SP1 - Pengarah Plaintif mulai 21.11.2012). (ii) Teh Eng Teck (SP2 - Pengarah Plaintif mulai 3.7.2013). (iv) Sia Chee Hong (SP3 - Akauntan Plaintif sejak 2012). [9] Saksi Defendan pula ialah Mohamed Nazir bin Che Ibrahim (SD1 - Setiausaha Defendan semasa Perjanjian Pemajuan dibuat). [10] Setelah mendengar kes dari kedua-dua pihak, saya mendapati: (i) Pihak-pihak kepada Perjanjian Pemajuan. [11] Defendan telah memasuki suatu Perjanjian Pemajuan bertarikh 3.4.2007 dengan Plaintif bagi memajakkan dua keping tanah (PT 4645 dan PT 4709, Mukim Kenor, Jajahan Kuala Krai, Kelantan masing-masing berkeluasan 202.35 hektar/500 ekar) selama 33 tahun bagi penanaman kelapa sawit. Ini jelas dibuktikan dalam Perjanjian Pemajuan yang dieksibitkan sebagai “P2”. [12] Perjanjian Pemajuan telah ditandatangani oleh Pengerusi (sebelum ini Defendan Kedua), Setiausaha dan Bendahari Defendan bagi pihak Defendan dan Pengarah serta Setiausaha Plaintif (muka surat 18 Perjanjian Tersebut i.e. di muka surat 31, Ikatan Dokumen Bersama). (ii) Pemilik berdaftar dan pemilik benefisil PT 4645 dan PT 4709. [13] Di perenggan 1, Bahagian “Bahawasanya” Perjanjian Pemajuan (preamble), Defendan menyatakan mereka adalah pemilik benifisil dan berdaftar bagi kedua-dua keping tanah berkenaan (muka surat 14, Ikatan Dokumen Bersama). [14] Berhubung dengan pemilik berdaftar dan benefisil kedua-dua tanah berkenaan, saya merujuk kepada sepucuk surat dari Pejabat Tanah 4 S/N nfNujvFi3U6AxAE2q5O70Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Jajahan Kuala Krai (selepas ini dipanggil “PTJKK”) bertarikh 15.7.2013 kepada PERKIM Kelantan iaitu Defendan (muka surat 1 Ikatan Dokumen Bersama dan di eksibitkan sebagai P8). Surat ini adalah jawapan kepada surat Defendan bertarikh 2.1.2013 kepada PTJKK. [15] Di perenggan 2 surat PTJKK menyatakan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) melalui rujukan MMK Bil. 12/388/95 (52) telah meluluskan (saya percaya kelulusan ini adalah pada tahun 1995): (i) pemberian hak milik PT 4645 (202.35 hektar/500 ekar) kepada Defendan berdasarkan Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu 1930, Seksyen 9 Enakmen Tanah Kelantan 1938 dan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965; (ii) PT 4709 (182.41 hektar/450.74 ekar) di rizabkan sebagai perkampungan saudara baharu PERKIM dan di bawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan melalui Seksyen 62 Kanun Tanah Negara. [16] Dengan merujuk semula kepada Perjanjian Pemajuan (eksibit P2), adalah jelas bahawa pada tarikh ianya ditandatangani pada 3.4.2007, Defendan hanya menjadi pemilik berdaftar kepada tanah PT 4645 sahaja dan bukan kepada kedua-dua keping tanah seperti dalam Perjanjian Pemajuan. [17] Dalam pliding Defendan memplidkan bahawa tanah PT4709 adalah milik mereka tetapi berdasarkan surat tersebut adalah jelas Defendan bukanlah pemilik berdaftarnya. Contemporaneous document i.e. surat PTJKK bertarikh 15.7.2013 membuktikan Defendan bukan pemilik tanah PT 4709. Pernyataan lisan tidak boleh mengubah atau meminda kandungan dokumen. Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 92 Akta Kontrak 1950: “Section 92. Discharge of surety by creditor's act or omission impairing surety's eventual remedy. If the creditor does any act which is inconsistent with the rights of the surety, or omits to do any act which his duty to the surety requires him to do, and the eventual remedy of the surety himself against the principal debtor is thereby impaired, the surety is discharged.” 5 S/N nfNujvFi3U6AxAE2q5O70Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [18] Juga prinsip dalam kes Hwa Chea Lin & Anor v Malim Jaya (Melaka) Sdn Bhd [1996] 4 MLJ 244: “In Malaysia, the terminology of fundamental breach, which is a concept of the common law, though not in exact term has become a creature of statute. The relevant provision which is now enshrined in s 40 of the (Contracts) Act...For the innocent party to rescind, two situations must prevail, namely that the offending party had refused to perform or disabled himself from performing his promise. Now is the right time to decide whether a fundamental breach or a non-performance of the contract as envisaged by s 40 of the Act had occurred which entitled the plaintiffs to rescind. (Henceforth, I shall maintain the terminology of 'fundamental breach' since I am fully satisfied that the provision of s 40 is the direct descendant of the common law concept.)” [19] Oleh yang demikian saya berpendapat semasa memasuki Perjanjian Pemajuan, Defendan bukanlah pemilik berdaftar tanah PT4709 dan telah memberikan suatu salah nyataan (misrepresentation) kepada Plaintif bahawa dia adalah pemilik berdaftar dan pemilik benefisil tanah PT 4709. Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 18, Akta Kontrak 1950: Section 18. “Misrepresentation” “Misrepresentation” includes – (a) the positive assertion, in a manner not warranted by the information of the person making it, of that which is not true, though he believes it to be true; (b) any breach of duty which, without an intent to deceive, gives an advantage to the person committing it, or anyone claiming under him, by misleading another to his prejudice, or to the prejudice of anyone claiming under him; and (c) causing, however innocently, a party to an agreement to make a mistake as to the substance of the thing which is the subject of the agreement.” 6 S/N nfNujvFi3U6AxAE2q5O70Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (iii) Tanggungjawab pihak-pihak dalam Perjanjian Pemajuan. [20] Di perenggan 4 bahagian yang sama (muka surat 15, Ikatan Dokumen Bersama), diperuntukan Defendan bersetuju untuk memasuki Perjanjian Pemajuan dan bersetuju memberikan pajakan kedua-dua tanah berkenaan kepada Plaintif. [21] Manakala di Klausa 11.1(a) Perjanjian Pemajuan (muka surat 22, Ikatan Dokumen Bersama), memperuntukan Defendan bersetuju bertanggungjawab, berwaad dan beraku janji bahawa mereka mempunyai hak, kuasa dan kepentingan bagi memasuki perjanjian ini dan bagi menunaikan serta mematuhi segala obligasi, tanggungjawab di pihaknya berdasarkan pada perjanjian ini. (iv) Tindakan Plaintif setelah dipajakan kedua-dua lot tanah berkenaan dan masalah yang timbul. [22] Plaintif telah membersihkan semak samun, mengeluarkan saki baki kayuan dan membuat terracing pada tanah PT 4709 dari tahun 2011 dan telah menanam kelapa sawit untuk seluas 430 ekar atasnya. Keterangan Pihak Plaintif selanjutnya menunjukan bahawa tanaman kelapa sawit di PT 4709 menghadapi masalah dirosakan oleh gajah-gajah liar yang datang dari tanah PT 4645. [23] Plaintif kemudiannya mengambil tindakan untuk membersihkan dan mengeluarkan saki baki kayuan dari tanah PT 4645 bagi menghalau gajah-gajah liar tersebut. Tindakan membersihkan tanah PT 4645 tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana pada tahun 2013, Plaintif mendapati terdapat pertindihan sempadan tanah PT 4546 seluas 200 ekar (dari keseluruhan 500 ekar) dengan Hutan Simpan Kekal Sungai Durian. [24] Ini disahkan melalui surat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan bertarikh 26.11.2013 (di eksibitkan sebagai P4, muka surat 28 Ikatan Dokumen Bersama). Oleh yang demikian Plaintif tidak dapat meneruskan penanaman kelapa sawit di tanah PT 4645 kerana memerlukan permit dari Jabatan Perhutanan. Kegagalan menanam kelapa sawit di tanah PT 4645 ini telah disahkan sendiri oleh Plaintif di perenggan 9 dalam pernyataan tuntutan. [25] Saya tidak dapat menerima penjelasan Defendan (seperti dalam pliding) bahawa mereka hanya sedar berlakunya pertindihan 7 S/N nfNujvFi3U6AxAE2q5O70Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tersebut setelah Perjanjian Pemajuan ditandatangani. Sepatutnya sebelum memasuki Perjanjian Pemajuan, masalah seperti ini telah diselesaikan dahulu. [26] Saya juga menolak pernyataan Defendan bahawa masalah ini telah diselesaikan berdasarkan surat dari Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan bertarikh 24.5.2018 (muka surat 63, Ikatan Dokumen Bersama) kerana masa yang di ambil adalah terlalu lama setelah Perjanjian Pemajuan ditandatangani pada 3.4.2007 iaitu lebih kurang 11 tahun. Keadaan ini telah memprejudiskan kedua- dua pihak dan melanggari terma Perjanjian Pemajuan kerana Klausa 9 memperuntukan penanaman perlu dibuat dalam tempoh 24 bulan dari tarikh menandatangani Perjanjian Pemajuan. Tambahan pula berdasarkan tempoh pajakan 33 tahun, baki masa yang tinggal hanyalah 22 tahun sahaja untuk menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit dan mendapatkan hasil darinya. [27] Oleh yang demikian saya berpendapat Defendan telah gagal untuk mengatasi masalah-masalah berkenaan dengan segera bagi mengelakan berlakunya kerugian kepada Plaintif. [28] Berdasarkan kepada penelitian dan penemuan-penemuan tersebut saya berpendapat Defendan telah memberikan pernyataan salah (misrepresentation) kepada Plaintif yang mana menyebabkan Plaintif memasuki Perjanjian Pemajuan. Tiada kemungkinan Plaintif akan memasuki Perjanjian Pemajuan jika sekiranya (seperti yang didakwa Defendan) telah diberitahu terlebih dahulu akan kedua-dua masalah tersebut kerana ianya melibat suatu pelaburan kewangan yang besar dan memakan masa yang lama (33 tahun). [29] Saya juga mendapati pernyataan bahawa Defendan ada memberitahu Plaintif tanah PT 4709 di rezabkan untuk tapak perkampungan saudara baharu PERKIM tidak diplidkan dalam pliding mereka. Pihak-pihak adalah terikat dengan pliding mereka seperti yang dinyatakan dalam kes Anjalai Ammal & Anor v Abdul Kareem [1969] 1 MLJ 22 FC: “There is considerable authority in regard to the purpose and effect of particulars filed pursuant to Order 19, rule 7A of the Rules of the Supreme Court. At page 31 of Halsbury (3rd ed.) Vol. 3, the learned commentator has this to say:- 8 S/N nfNujvFi3U6AxAE2q5O70Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “A party is bound by his pleadings unless he is allowed to amend them, and he is therefore bound by his particulars, which are, in effect, part of the pleadings under which they are delivered...” ...In Thorp v Holdsworth (1876) ChD 637 at 639 Jessel M.R. says:- “The whole object of pleadings is to bring the parties to an issue, and the meaning of the rules of Order XIX was to prevent the issue being enlarged, which would prevent either party from knowing when the cause came on for trial, what the real point to be discussed and decided was. In fact, the whole meaning of the system is to narrow the parties to definite issues, and thereby to diminish expense and delay, especially as regards the amount of testimony required on either side at the hearing."... Therefore, in my opinion, the learned trial judge, in the instant case, had departed from the strict rules of procedure, in deciding the case on an issue not raised in the pleadings and on the assumption of a fact which the appellants were not obliged to call evidence to rebut.” [30] Berdasarkan kepada Seksyen 40 Akta Kontrak 1950, Defendan telah menjadikan dirinya sebagai disable himself from performing the promise. Oleh yang demikian Defendan telah menyebabkan berlakunya suatu fundamental breach kepada Perjanjian Pemajuan. Seksyen 40 Akta Kontrak 1950 memperuntukan: “Section 40. Effect of refusal of party to perform promise wholly. When a party to a contract has refused to perform, or disabled himself from performing, his promise in its entirety, the promise may put an end to the contract, unless he has signified, by words or conduct, his acquiescence in its continuance.” Keputusan [31] Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan dan atas imbangan kebarangkalian, saya membenarkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan. 9 S/N nfNujvFi3U6AxAE2q5O70Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (2) Gantirugi. (a) Gantirugi khas: (i) bayaran kepada Defendan sebanyak RM450,000 dari tahun 2007-2013. [32] Surat peguamcara Defendan iaitu Tetuan Foo Say Ghee & Zamzuri bertarikh 13.2.2014 (eksibit P3, muka surat 41-43 Ikatan Dokumen Bersama) telah mengesahkan di perenggan 3 bahawa Defendan telah menerima bayaran tersebut sebanyak 6 kali yang berjumlah RM450,000. Memandangkan bayaran ini adalah mematuhi kepada peruntukan Perjanjian Pemajuan (Klausa 3.1(a) dan (b)), maka saya membenarkan item tuntutan khas ini. [33] Saya mendapati Defendan telah gagal menyoal balas SP1 mengenai perkara ini dan dianggap bersetuju dengan pernyataan tersebut. Prinsip ini diputuskan dalam kes Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212: “On this point we need only say there is a general rule that failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness's testimony.” (iii) kos tanaman sawit sebanyak RM2,150,000 (anggaran RM5,000 seekar X 430 ekar) di tanah PT 4709. [34] Untuk kos tanaman tahun 2012 bagi tanah PT 4709, saya berpuas hati Plaintif telah menyediakan suatu akaun yang di audit bagi tahun 2012 (eksibit P17). Keterangan ini juga datangnya dari Sia Chee Hong iaitu Akauntan Plaintif. Penyediaan akaun ini yang berdasarkan kepada dokumen-dokumen berkaitan, membuktikan bahawa penanaman kelapa sawit telah dilaksanakan di atas tanah PT 4709. [35] Selain dari itu dari keterangan yang dikemukakan, suatu lawatan tapak ke tanah PT 4709 telah di adakan pada 30.6.2013 bagi melihat penanaman kelapa sawit di tanah berkenaan. Dalam lawatan tapak itu seramai 6 orang wakil Plaintif telah hadir (termasuk SP1) dan wakil Defendan seramai 10 orang. Namun SP1 tidak disoal balas berhubung dengan lawatan ini dan terdapatnya tanaman kelapa sawit di tanah PT 4709. Maka saya menganggap Defendan menerima pernyataan berkenaan sebagai betul. 10 S/N nfNujvFi3U6AxAE2q5O70Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [36] Dalam penyediaan akaun ini oleh juru audit bertauliah, beliau telah mengambilkira segala kos plantation development berdasarkan resit dan dokumen-dokumen berkaitan dalam mendapat jumlah RM2,002,643. Berdasarkan hujahan Plaintif, mereka menuntut sejumlah tersebut bagi item kos tanaman sawit (anggaran kos tanaman standard RM5,000 seekar). Saya juga dapati tiada laporan rebuttal yang disediakan oleh Defendan bagi mempertikaian jumlah ini. Oleh yang demikian saya membenarkan gantirugi khas bagi item ini sebanyak RM2,002.643. (b) Gantirugi am [37] Plaintif menganggarkan kehilangan keuntungan sebanyak RM46,528,000 jika projek tanaman tersebut berjalan lancar selama tempoh pajakan (33 tahun). Berdasarkan permohonan Plaintif sendiri, saya membenarkan gantirugi am sebanyak RM10,000. (3) Tuntutan balas Defendan (a) bayaran wang jaminan bank sebanyak RM500,000 [38] Tuntutan balas bagi item ini ditolak kerana tiada keterangan yang menunjukan Plaintif telah menceroboh tanah lain dalam mengeluarkan saki baki kayuan dari kedua-dua tanah dan tiada pengesahan sedemikian dari Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan (Klausa 3.2 Perjanjian Pemajuan). (b) bayaran saguhati bagi tahun 2009 sebanyak RM25,000 [39] Tuntutan balas bagi item ini juga ditolak kerana kemungkiran kontrak adalah di pihak Defendan. (c) bayaran hasil tanaman bermula dari tahun kelima Perjanjian Pemajuan selama 6 tahun (2012-2018) @ RM250,000 setahun berjumlah RM1,500,000. [40] Tuntutan balas bagi item ini ditolak kerana kemungkiran kontrak adalah di pihak Defendan dan tiada keterangan hasil sawit diperolehi pada tahun kelima Perjanjian Pemajuan. 11 S/N nfNujvFi3U6AxAE2q5O70Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [41] Faedah 5% setahun ke atas gantirugi am dan gantirugi khas dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh. [42] Kos guaman sebanyak RM15,000 kepada Plaintif dan tertakluk pada 4% alokatur. Bertarikh: 31 Mei 2022. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Plaintif: Nurul Elina bt Md Nawi, Tetuan H S Lim & Malik, 1st Floor, 3377-C, Jalan Gajah Mati, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Defendan: Mohd Azmi bin Zakaria, Tetuan Adrina Idris & Associates, PT 199 & 200, 1st Floor, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan. 12 S/N nfNujvFi3U6AxAE2q5O70Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal