Alan Wong Hong Yat (Wakil Diri Kepada Wong Peng Hong, Si Mati. 1. ) Lai Kam Pok (Pentadbir Dan Wakil Sah Kepada Lew Tin Kwy (No. Kp: 1858888) Si Mati, Di Bawah Perintah Pusaka No.: Ptdk (Sed)111/ 1993/2019 Bertarikh: 29.3.2023 2. ) TEE KENG
On the balance of probabilities the court found that Lew Tin Kwy was the beneficial owner of the claimed fractions (3/24 of GRN 342328 and 3/22 of GRN 342329) as evidenced by the 1971 sale and attendant materials; the 3-acre parcel corresponds to those fractions; the applicant as administrator is entitled to be...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-24NCvC-1471-12/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: Lai Kam Pok (Pentadbir dan wakil sah kepada Lew Tin Kwy); Respondent: Alan Wong Hong Yat (wakil diri kepada Wong Peng Hong, Simati); Respondent: Tee Keng Hock (wakil diri kepada Tee Bong Hing, Simati); Respondent: Teo Leh Hua; Respondent: Pengarah Tanah dan Galian Johor
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 25 June 2024
- Case Number
- JA-24NCvC-1471-12/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Saman Pemula / Judgment (high Court, Johor Bahru)
- Outcome
- Application allowed.
- Legal Topics
- Land Registration, Beneficial Ownership, Section 417 Kanun Tanah Negara, Small Estates Administration (akta Pusaka Kecil), Court Powers Under Rules (kaedah Kaedah Mahkamah 2012 R.92(4))
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Lai Kam Pok (Pentadbir dan wakil sah kepada Lew Tin Kwy)
Applicant
Alan Wong Hong Yat (wakil diri kepada Wong Peng Hong, Simati)
Respondent
Tee Keng Hock (wakil diri kepada Tee Bong Hing, Simati)
Respondent
Teo Leh Hua
Respondent
Pengarah Tanah dan Galian Johor
Respondent
Procedural Posture
Saman Pemula / Judgment (high Court, Johor Bahru)
Legal Issues
- 1 Whether Tee Bong Hing and Teo Leh Hua were beneficial owners of the relevant parcels
- 2 Whether the 3-acre sale in the 25.11.1971 agreement corresponds to 3/24 of GRN 342328 and 3/22 of GRN 342329
- 3 Whether the 1971 sale involved land of Teo Leh Hua
Ratio Decidendi
On the balance of probabilities the court found that Lew Tin Kwy was the beneficial owner of the claimed fractions (3/24 of GRN 342328 and 3/22 of GRN 342329) as evidenced by the 1971 sale and attendant materials; the 3-acre parcel corresponds to those fractions; the applicant as administrator is entitled to be registered; and the court may, pursuant to s.417 KTN read with r.92(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, order the Director of Lands/Registrar to register the transfers without requiring a separate proceeding to enforce the decision. Therefore the application was allowed.
Court Disposition
Application allowed.
Orders
- Permohonan Pemohon dalam Lampiran 1 dibenarkan.
- Perintah lanjut supaya Responden Keempat (Pengarah Tanah dan Galian Johor) mendaftarkan bahagian 3/24 dalam GRN 342328 dan 3/22 dalam GRN 342329 atas nama Pemohon selaku pentadbir dan wakil sah kepada Lew Tin Kwy.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-24NCvC-1471-12/2023 Kand. 52 13/02/2025 10:17:02 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO. JA-24NCvC-1471-12/2023 Dalam perkara Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012. Dan Dalam perkara Seksyen 417 (1) Kanun Tanah Negara 1965 Dan Dalam perkara Hartanah GRN 342328, Lot 4859, Mukim Paloh, Daerah Kluang, Negeri Johor Darul Takzim. Dan Dalam perkara Hartanah GRN 342329, Lot 4860, Mukim Paloh, Daerah Kluang, Negeri Johor Darul Takzim. Dan Dalam perkara Guaman Sivil No.: 21-4 Tahun 2009 dan dalam perkara Saman Pemula No.: JA-24NCVC-11-01/2019 dan Perintah Persetujuan bertarikh 8.7.2019 ANTARA LAI KAM POK (Pentadbir dan Wakil sah kepada Lew Tin Kwy, Simati, di bawah Perintah Pusaka No.: PTDK(SED)111/1993/2019 bertarikh 29.03.2023) … PEMOHON 1 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal DAN 1. Alan Wong Hong Yat, Wakil diri kepada Wong Peng Hong, Simati 2. Tee Keng Hock, Wakil diri kepada Tee Bong Hing, Simati 3. Teo Leh Hua 4. Pengarah Tanah dan Galian Johor ….RESPONDEN – RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Latar belakang ringkas [1] Sebagai latar belakang, sekeping tanah yang dikenali dengan GRN 2976 Lot 704 Daerah Johor Bahru (“GRN 2976 Lot 704”) seluas 109 ekar 1 rod 30 pol telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada Lim Ngo Chin dan didaftarkan pada 6.4.1918. [2] Beberapa transaksi telah berlaku terhadap GRN 2976 Lot 704 sehinggalah hartanah tersebut dimiliki oleh The Kulim Rubber Plantations Limited (sebuah syarikat yang didaftarkan di England). [3] Melalui perjanjian jual beli bertarikh 31.1.1966, The Kulim Rubber Plantations Limited telah menjual beberapa keping tanah miliknya termasuklah GRN 2976 Lot 704 kepada Wong Peng Hong dengan harga jualan sebanyak RM1.75 juta. Harga jualan ini telah dijelaskan sepenuhnya oleh Wong Peng Hong pada 31.3.1970. Namun urusan pindahmilik tidak dilaksanakan. 2 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [4] Pada 22.2.1972, The Kulim Rubber Plantations Limited telah meluluskan resolusi untuk menukar nama syarikat itu kepada The Kulim Group Limited. Bagaimanapun pada 31.12.1975, The Kulim Group Limited telah digulung dan Dennis Anthony Hammond yang beralamat di West Wickham, Kent, England telah dilantik sebagai pelikuidasi tunggal. [5] Disebabkan pelikuidasi tunggal bagi The Kulim Group Limited serta peguam bagi pelikuidasi tunggal itu berada di England, Wong Peng Hong menghadapi masalah dalam melaksanakan pindahmilik hartanah yang telah dibelinya tersebut dan mendaftarkan hartanah tersebut atas nama beliau. [6] Antara tahun 1966 hingga 1980, Wong Peng Hong telah membahagikan GRN 2976 Lot 704 kepada beberapa lot-lot kecil dan telah menjualnya kepada kira-kira 109 orang pembeli, termasuklah kepada Tee Bong Hing (Responden Kedua) yang melibatkan tanah seluas 12.53 ekar dan Teo Leh Hua (Responden Ketiga) yang membeli tanah seluas 10 ekar (lihat m/s 52 Lampiran 2). [7] Disebabkan pelikuidasi bagi The Kulim Group Limited tidak dapat dihubungi walaupun pelbagai cara telah dicuba, Wong Peng Hong telah memfailkan Saman Pemula No. 367/1988 di Mahkamah Tinggi Johor Bahru bagi membolehkan Wong Peng Hong diberi kebenaran bagi pihak The Kulim Group Limited menggantikan pelikuidasi syarikat itu untuk memecah bahagi GRN 2976 Lot 704 berdasarkan jumlah lot yang telah dijual oleh Wong Peng Hong kepada orang ramai. [8] Pada 15.8.1988, melalui penghakiman persetujuan, Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah membenarkan Wong Peng Hong untuk 3 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menandatangani semua permohonan bagi pecah bahagian yang melibatkan beberapa keping tanah milik The Kulim Group Limited termasuklah GRN 2976 Lot 704. [9] Berikutan dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, GRN 2976 Lot 704 telah dipecah bahagi kepada lot-lot kecil dan diberikan hakmilik berasingan. Bagi lot yang melibatkan Tee Bong Hing (seluas 12.53 ekar), ia diberikan hakmilik no. GRN 342329, manakala lot yang melibatkan Teo Leh Hua (seluas 10 ekar), ia diberikan hakmilik no. GRN 342328. [10] Melalui perintah Mahkamah Tinggi Johor Bahru bertarikh 25.9.1993 pula, Wong Peng Hong telah dibenarkan untuk menandatangani semua pindahmilik untuk dan bagi pihak The Kulim Group Limited menggantikan pelikuidasi syarikat itu berkaitan dengan semua hakmilik yang dihasilkan daripada permohonan Wong Peng Hong untuk memecah bahagian tanah-tanah yang dinyatakan dalam permohonannya untuk menyerah dan memberi milik semula tanah tersebut termasuklah GRN 2976 Lot 704. [11] Bagaimanapun, pindahmilik GRN 342329 dan GRN 342328, masing-masing kepada Tee Bong Hing dan Teo Leh Hua tidak sempat dilakukan disebabkan Wong Peng Hong telah meninggal dunia. [12] Sebelum itu, melalui suatu perjanjian jual beli bertarikh 25.11.1971 (“Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971”), Lew Tin Kwy (suami kepada Pemohon) telah membeli 3 ekar tanah milik Tee Bong Hing dengan harga jualan sebanyak RM2,700.00 (yang jumlah tersebut diakui telah diterima oleh Tee Bong Hing) (lihat m/s 93 Lampiran 2). Dalam 4 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal perjanjian tersebut dinyatakan dengan jelas bahawa tanah yang terlibat adalah sebahagian daripada tanah seluas 23 ekar 21 pol dalam GRN 2976 Lot 704 yang dibeli oleh Tee Bong Hing daripada Wong Peng Hong. [13] Pindahmilik antara Tee Bong Hing kepada Lew Tin Kwy tidak dapat dilaksanakan ekoran pada masa itu GRN 2976 Lot 704 masih lagi atas nama The Kulim Group Limited (Wong Peng Hong hanya dibenarkan memindahmilik tanah bagi pihak The Kulim Group Limited melalui perintah bertarikh 25.9.1993). Tambahan pula Lew Tin Kwy telah meninggal dunia pada 9.5.1993. [14] Oleh kerana Wong Peng Hong telah meninggal dunia, maka Pemohon sebagai pentadbir dan wakil sah Lew Tin Kwy telah memfailkan saman pemula ini bagi mendapatkan perintah, antaranya, Timbalan Pendaftar/ Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah menandatangani borang pindahmilik bagi pihak Wong Peng Hong untuk memindahmilik bahagian tanah yang terlibat terus kepada Pemohon dan Pengarah Tanah dan Galian Johor sebagai Responden Keempat mendaftarkan borang pindahmilik tersebut atas nama Pemohon. [15] Pemohon telah cuba menyampaikan saman pemula ini kepada kesemua Responden, namun hanya kepada Responden Keempat sahaja saman tersebut berjaya disampaikan. Bagi Responden Pertama, saman pemula telah disampaikan secara kediri pada 9.1.2024 kepada Tetuan YH Teh & Quek yang mengakui mewakili Responden Pertama (lihat Lampiran 7). Bagi Responden Kedua dan Ketiga pula, penyampaian ganti telah dilaksanakan pada 26.3.2024 (lihat Lampiran 5 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19). Namun, tiada maklum balas mahupun affidavit difailkan oleh Responden Pertama, Kedua dan Ketiga. [16] Responden Keempat membantah permohonan Pemohon atas alasan yang berikut: (a) tiada bukti yang menunjukkan bahawa Tee Bong Hing dan Teo Leh Hua adalah pemilik sah hartanah terlibat; (b) tiada bukti yang menunjukkan tanah 3 ekar yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 bersamaan dengan keluasan 3/24 bahagian dalam GRN 342328 dan 3/22 bahagian dalam GRN 342329; (c) tiada bukti menunjukkan Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 melibatkan tanah milik Teo Leh Hua (Responden Ketiga); (d) Pemohon gagal menamakan Tetuan Ho Thian Chen & Co sebagai responden dalam saman pemula ini; (e) permohonan ini adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah disebabkan ia menyalahi Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955; dan (f) Pemohon tidak boleh menggunakan s. 417 Kanun Tanah Negara (“KTN”) bagi membolehkan Responden Keempat mendaftarkan borang pindahmilik disebabkan ketiadaan perintah mahkamah mengenai hartanah yang terlibat. 6 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Sama ada Tee Bong Hing dan Teo Leh Hua adalah pemilik sah hartanah terlibat [17] Peguam Persekutuan berhujah bahawa permohonan ini tidak boleh dibenarkan kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa Tee Bong Hing dan Teo Leh Hua adalah pemilik sah hartanah terlibat. [18] Dalam hal ini, saya mendapati semasa Wong Peng Hong memfailkan Saman Pemula No. 367/1988 di Mahkamah Tinggi Johor Bahru bagi membolehkan beliau diberi kebenaran bagi pihak The Kulim Group Limited menggantikan pelikuidasi syarikat itu untuk memecah pecah bahagian GRN 2976 Lot 704, nama Tee Bong Hing dan Teo Leh Hua telah disenaraikan sebagai pembeli sebahagian tanah GRN 2976 Lot 704 masing-masing dengan keluasan 12.53 ekar dan 10 ekar (m/s 26 Lampiran 2). [19] Berdasarkan kepada pengakuan yang dibuat oleh Wong Peng Hong dalam affidavit sokongannya itu, maka saya berpandangan, apabila Tee Bong Hing dan Teo Leh Hua telah menjelaskan harga jualan kepada Wong Peng Hong, maka mereka adalah pemilik benefisial tanah seluas lebih kurang 22.53 ekar dalam GRN 2976 Lot 704 (lihat kes Samuel Naik Siang Ting v. Public Bank Berhad [2015] 8 CLJ 944; [2015] 5 MLRA 665; [2015] 6 MLJ 1, Temenggong Securities Ltd & Anor v. Registrar of Titles, Johor & Ors [1974] CLJU 175; [1974] 1 LNS 175; [1974] 2 MLJ 45, Borneo Housing Mortgage Finance Bhd v. Time Engineering Bhd [1996] 2 CLJ 561; [1996] 2 MLJ 12 and Tan Ong Ban v. Teoh Kim Heng [2016] 3 CLJ 193; [2016] 3 MLJ 23). 7 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Sama ada tanah 3 ekar yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 bersamaan dengan keluasan 3/24 bahagian dalam GRN 342328 dan 3/22 bahagian dalam GRN 342329 [20] Peguam Persekutuan dalam hujahnya menyatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan tanah 3 ekar yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 bersamaan dengan keluasan 3/24 bahagian dalam GRN 342328 dan 3/22 bahagian dalam GRN 342329. [21] Dalam hal ini, saya mendapati bahawa dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 adalah jelas bahawa Tee Bong Hing menjual 3 ekar (bersamaan dengan 1.21 hektar) daripada tanah seluas 23 ekar (bersamaan dengan 9.3 hektar) kepada Lew Tin Kwy. Ini bermakna Lew Tin Kwy membeli 13% daripada keluasan keseluruhan tanah milik Tee Bong Hing (3/23 x 100 = 13%). [22] Oleh yang demikian, 3/24 bahagian bagi GRN 342328 yang dituntut oleh Pemohon adalah 3/24 x 4.04 hektar (10 ekar) bersamaan dengan 0.507 hektar. Bagi keluasan untuk 3/22 bahagian dalam GRN 342329 pula pengiraannya adalah 3/22 x 5.07 hektar (12.53 ekar) bersamaan dengan 0.69 hektar. Justeru, 0.507 + 0.69 = 1.197 hektar dan 1.197 bersamaan 12.8% (+-13%) daripada keluasan 9.3 hektar. [23] Berdasarkan kepada pengiraan di atas, atas imbangan kebarangkalian, saya mendapati tanah 3 ekar yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 adalah selari dengan keluasan tanah yang terdapat dalam saman pemula ini. 8 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Sama ada Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 melibatkan tanah milik Teo Leh Hua (Responden Ketiga) [24] Peguam Persekutuan berhujah bahawa permohonan ini wajar ditolak kerana Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 hanyalah melibatkan penjualan tanah milik Tee Bong Hing dan tidak melibatkan tanah milik Teo Leh Hua. [25] Dalam perkara ini, saya mendapati semasa Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 ditandatangani, keluasan tanah yang dimiliki oleh Tee Bong Hing adalah 23 ekar 21 pol. Bagaimanapun, berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh Wong Peng Hong semasa memfailkan permohonan pecah bahagian pada tahun 1988, tanah 23 ekar 21 pol itu telah dipecahkan kepada dua iaitu Tee Bong Hing mendapat 12.53 ekar (GRN 342329) dan isterinya iaitu Teo Leh Hua mendapat bakinya iaitu 10 ekar (GRN 342328). [26] Pada pandangan saya, keterangan di atas memberi gambaran bahawa 3 ekar yang dibeli oleh Lew Tin Kwy daripada Tee Bong Hing merentasi dua-dua tanah walaupun Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 melibatkan hanya Tee Bong Hing. Tambahan pula, permohonan oleh Pemohon ini melibatkan keluasan tanah yang tidak melebihi keluasan yang dibeli oleh Lew Tin Kwy (13%), bahkan lebih kecil iaitu 12.8%. Sama ada Tetuan Ho Thian Chen & Co perlu dinamakan sebagai responden dalam saman pemula ini [27] Peguam Persekutuan berhujah bahawa saman pemula ini wajar ditolak disebabkan Pemohon gagal menamakan Tetuan Ho Thian Chen & Co iaitu peguamcara yang terlibat dalam mendapatkan Perintah 9 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bertarikh 25.9.1993, dalam saman pemula ini. Ini kerana, menurut Peguam Persekutuan, hanya firma guaman tersebut yang boleh mengesahkan transaksi jual beli yang terlibat adalah tanah milik Wong Peng Hong memandangkan firma guaman berkenaan yang memegang dokumen hakmilik yang berkaitan. [28] Dalam hal ini, saya mendapati dokumen hakmilik yang terlibat telah diserahkan kepada peguamcara Pemohon (lihat perenggan 14 Lampiran 2). Oleh yang demikian, hujah Peguam Persekutuan mengenai perkara ini pada pandangan saya adalah tidak berasas. Sama ada permohonan ini menyalahi Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [29] Peguam Persekutuan berhujah bahawa sekiranya mahkamah mendapati Lew Tin Kwy adalah pemilik benefisial tanah 3 ekar yang terlibat, maka tanah tersebut wajar didaftarkan atas nama beliau sendiri dan bukannya atas nama Pemohon. Ini disebabkan Pemohon hanyalah pentadbir dan wakil sah kepada Lew Tin Kwy sahaja. [30] Menurut Peguam Persekutuan lagi, sebagai pemegang surat kuasa mentadbir, Pemohon tidak boleh mendaftarkan tanah 3 ekar yang terlibat atas namanya sendiri walaupun terdapat keterangan bahawa semua waris kepada Lew Tin Kwy telah menyerahkan haknya kepada Pemohon. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Pemohon ialah menunggu sehingga keputusan mahkamah yang memutuskan tanah 3 ekar yang terlibat adalah milik Lew Tin Kwy dan kemudian melampirkan keputusan tersebut dalam permohonan Borang E Peraturan-Peraturan 10 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 bagi membolehkan tanah tersebut didaftarkan atas nama Pemohon. [31] Dalam hal ini, saya mendapati bahawa Pemohon adalah pentadbir dan wakil sah kepada Lew Tin Kwy. Fakta ini tidak dipertikaikan oleh Peguam Persekutuan. Selain itu, saya juga mendapati tanah 3 ekar yang terlibat telah dinyatakan secara jelas dalam Borang F bertarikh 29.3.2023 (lihat m/s 76-81 Lampiran 2). Berdasarkan kepada Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah s. 13 APK bertarikh 29.3.2023 yang dikeluarkan oleh Unit Pembahagian Pusaka Johor Tengah, Kluang kepada Pemohon tersebut, saya berpandangan permohonan Pemohon bagi mendaftarkan tanah 3 ekar yang terlibat atas nama beliau adalah tidak bercanggah dengan APK disebabkan tanah 3 ekar yang terlibat memang telah sedia ada dalam Borang F berkenaan. Sama ada s. 417(1) Kanun Tanah Negara membenarkan Responden Keempat mendaftarkan borang pindahmilik disebabkan ketiadaan perintah mahkamah mengenai hartanah yang terlibat [32] Dalam hujahannya, Peguam Persekutuan menegaskan bahawa Pemohon tidak boleh mengguna pakai s. 417(1) KTN disebabkan seksyen tersebut hanya terpakai apabila telah ada penghakiman atau perintah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah. Oleh kerana tiada penghakiman atau perintah yang telah diperolehi oleh Pemohon mengenai tanah yang terlibat, maka s. 417(1) KTN tersebut tidak boleh digunakan. 11 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [33] Bagi memudahkan pemahaman, saya perturunkan seksyen 417(1) KTN tersebut: General authority of the Court 417. (1) The Court or a Judge may by order direct the Registrar or any Land Administrator to do all such things as may be necessary to give effect to any judgement or order given or made in any proceedings relating to land, and it shall be the duty of the Registrar or Land Administrator to comply with the order forthwith. [34] Dalam hal ini, saya tidak menafikan bahawa frasa “to give effect to any judgement or order given or made in any proceedings relating to land” dalam s. 417(1) KTN mensyaratkan bahawa perlu ada penghakiman atau perintah mengenai tanah berkenaan sebelum mahkamah mengarahkan pendaftar hakmilik atau pentadbir tanah untuk berbuat sesuatu yang difikirkan perlu oleh mahkamah. Namun, pada pandangan saya frasa tersebut tidak boleh dibaca dengan terlalu ketat sehingga menyebabkan ketidakadilan atau menyukarkan pihak-pihak. Ini bermaksud, apabila mahkamah telah memutuskan kedudukan tanah yang menjadi isu dalam sesuatu tindakan, maka mahkamah boleh terus memberikan perintah supaya pengarah tanah atau pentadbir tanah melaksanakan keputusan tersebut tanpa memerlukan pihak yang terlibat memfailkan tindakan berasingan hanya untuk melaksanakan keputusan mahkamah tersebut. [35] Dalam kes di hadapan saya ini, berdasarkan kepada beberapa isu yang dibincangkan sebelum ini, saya berpandangan Lew Tin Kwy adalah pemilik benefisial 3/24 bahagian dalam GRN 342328 serta 3/22 bahagian dalam GRN 342329 dan Pemohon sebagai pentadbir dan 12 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal wakil sah kepada Lew Tin Kwy layak untuk menjadi pemilik berdaftar bahagian-bahagian tersebut. [36] Adalah tidak munasabah dan menyusahkan apabila saya telah memutuskan kedudukan tanah tersebut memihak kepada Pemohon seperti di atas, Pemohon terpaksa pula memfailkan tindakan yang berasingan hanya bertujuan membolehkan mahkamah tersebut mengeluarkan perintah kepada Responden Keempat untuk mendaftarkan bahagian tersebut atas nama Pemohon. [37] Justeru, mahkamah ini yang jelas mempunyai kuasa sedia ada di bawah A. 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 boleh, bagi tujuan mengelakkan ketidakadilan kepada Pemohon, memberikan relif lanjutan kepada Pemohon dengan memberikan perintah lanjutan supaya Responden Keempat untuk mendaftarkan bahagian yang telah diputuskan milik Pemohon secara benefisial atas namanya. [38] Sebagai tambahan, saya mendapati permohonan seperti yang difailkan oleh Pemohon ini bukanlah yang pertama (melibatkan GRN 2976 Lot 704). Sebaliknya terdapat lebih daripada 10 permohonan yang dibuat sebelum ini yang serupa dengan permohonan ini dan dibenarkan oleh mahkamah. Walaupun cara yang digunakan berbeza – ada yang menggunakan writ dan ada yang menggunakan saman pemula, tujuannya adalah sama iaitu untuk mendapatkan perintah bagi membolehkan bahagian tanah yang diputuskan milik mereka secara benefisial didaftarkan atas nama mereka. Berikut adalah kes yang terlibat: 13 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bil. No. Tindakan Pemohon/ Plaintif Responden/ Defendan 1. 21-4-2009 Ah A Wad @ 1. wakil diri kepada Wong Wang Joo dan 111 Peng Hong (Simati) yang lain 2. Pengarah Tanah dan Galian Johor 3. Tetuan Ho Thian Cheh & Co 2. 24T-69-04/2012 Ang Giap Chai dan 1. Tetuan Ho Thian Cheh & 57 yang lain Co 2. Pengarah Tanah dan Galian Johor 3. 24NCVC-241- Loo Feng & 10 1. Tetuan Ho Thian Cheh & 05/2014 yang lain Co 2. Pengarah Tanah dan Galian Johor 4. JA-24NCVC- Chew Lian Tai 3. Tetuan Ho Thian Cheh & 743-11/2018 Co (disaman sebagai sebuah firma) 4. Pengarah Tanah dan Galian Johor 5 JA-24NCVC- 1. Loo In Kong 1. wakil diri Tee Bong Hing 13-01/2018 2. Vijayan a/l (Simati) Vesadaivan 2. wakil diri Teo Leh Hua 3. Mariamah @ (Simati) Muniamah a/p 3. Tetuan Ho Thian Cheh & Veeriah Co (disaman sebagai sebuah firma) 4. Pengarah Tanah dan Galian Johor 6. JA-24NCVC- 1. Ang Giap Teck 1. Tetuan Ho Thian Cheh & 682-10/2019 2. Ang Eng Piang Co 2. Pengarah Tanah dan Galian Johor 7. JA-24NCVC- Lee Meng King 1. Tetuan Ho Thian Cheh & 682-10/2019 Co (disaman sebagai sebuah firma) 2. Pengarah Tanah dan Galian Johor 8. JA-24NCVC- 1. Toh Teck 1. Tetuan Ho Thian Cheh & 690-10/2019 Young Co (disaman sebagai 2. Toh Teck Sim sebuah firma) 2. Pengarah Tanah dan 14 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Galian Johor 9. JA-24NCVC- Gopalan a/l 5. wakil diri Tee Bong Hing 696-10/2019 Sankaran (wakil (Simati) sah kepada 6. Tetuan Ho Thian Cheh & Rasagobal a/l Co (disaman sebagai Sankaran – sebuah firma) Simati) 7. Pengarah Tanah dan Galian Johor 10. JA-24NCVC- 1. Teong Chee 1. wakil sah dan/ atau waris 53-01/2022 Kuan sah kepada Lim Eng 2. Lim Peng Yam Chu. Simati 3. Heng Poh Chin 2. wakil sah dan/ atau waris 4. Wang Kok sah kepada Loo Cheung Yong Seng 3. Wong Lee Hong 4. Tay Seek Huan 5. Teng Geong Bing (F) 6. Teng Siew Tah (F) 7. Tetuan Ho Thian Cheh & Co 8. Pengarah Tanah dan Galian Johor 11. JA-24NCVC- 1. Wang Kok 1. Lim Eng Chu 394-05/2022 Yong 2. Teng Geok Bing (F) (menyaman 3. Teng Siew Wah dalam kapasiti 4. Chong Yun Cheng bagi/ diri 5. Teng Moi Eng sendiri dan/ 6. Tetuan Ho Thian Cheh & atau juga Co (disaman sebagai sebagai sebuah firma) pemegang 7. Pengarah Tanah dan amanah sah Galian Johor Ah A Wad @ Wang Joo, Simati di bawah Geran Probet No. 32NCVC-49- 05/2012 2. Wang Zhen Yu 3. Heng Poh Chin 12. JA-24NCVC- Sriraman a/l 1. wakil diri kepada Wong 805-08/2022 Krishnan Peng Hong (Simati) 2. Tetuan Ho Thian Cheh & Co 15 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13. JA-24NCVC- 1. Wang Kok 1. wakil diri kepada Wong 19-01/2023 Yong Peng Hong, Simati 2. Wang Zhen Yu 2. Lim Eng Chu 3. Heng Poh Chin 3. Teng Geok Bing 4. Teng Siew Wah 5. Tetuan Ho Thian Cheh & Co (disaman sebagai sebuah firma) 6. Pengarah Tanah dan Galian Johor 14. JA-24NCVC- Sriraman a/l 7. wakil diri kepada Wong 915-08/2023 Krishnan (wakil Peng Hong, Simati sah kepada 8. Tetuan Ho Thian Cheh & Krishnan a/l Co (disaman sebagai Karuppan di sebuah firma) bawah Geran 9. Pengarah Tanah dan Surat Kuasa Galian Johor Mentadbir No. JA- 31NCVC-466- 06/2022 Kesimpulan [39] Sebagai kesimpulan berdasarkan keterangan yang dikemukakan di hadapan saya, saya mendapati yang berikut: (a) Wong Peng Hong telah menjual kepada Tee Bong Hing sebahagian tanah yang dimilikinya secara benefisial seluas kira-kira 23 ekar 21 pol (mengikut Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971) atau 22.53 ekar (mengikut affidavit Wong Peng Hong semasa memfailkan Saman Pemula No. 367/1988 di mana ia terdiri daripada Tee Bong Hing seluas 12.53 ekar dan Teo Leh Hua seluas 10 ekar). Tiada tindakan pindahmilik dibuat; (b) melalui Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971, Tee Bong Hing menjual 3 ekar dari 23 ekar 21 pol tanah yang dimilikinya 16 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal secara benefisial kepada Lew Tin Kwy (keluasan ini bersamaan dengan 13% dari keluasan keseluruhan). Tiada tindakan pindamilik dibuat; (c) 23 ekar 21 pol tersebut kemudian telah diberi nombor hakmilik yang dikenali dengan GRN 342328 dengan keluasan 10 ekar (Teo Leh Hua diletakkan sebagai pemilik benefisial) dan GRN 342329 dengan keluasan 12.3 ekar (Tee Bong Hing diletakkan sebagai pemilik benefisial); (d) tanah 3 ekar yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 adalah bersamaan dengan keluasan 3/24 bahagian dalam GRN 342328 dan 3/22 bahagian dalam GRN 342329 iaitu lebih kurang 13% daripada keluasan keseluruhan; (e) Pemohon adalah pentadbir dan wakil sah kepada Lew Tin Kwy; (f) kepentingan Lew Tin Kwy dalam 3/24 bahagian dalam GRN 342328 dan 3/22 bahagian dalam GRN 342329 ada dinyatakan dalam Borang F bertarikh 29.3.2023 yang dikeluarkan oleh Unit Pembahagian Pusaka Johor Tengah, Kluang kepada Pemohon; dan (g) waris Lew Tin Kwy telah menolak bahagian masing-masing dan menyerahkannya kepada Pemohon. 17 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [40] Berdasarkan kepada alasan di atas, saya mendapati permohonan Pemohon ini mempunyai merit dan dengan itu saya membenarkan permohonan Pemohon dalam Lampiran 1. Tarikh: 10.2.2025 - t.t – (SHAMSULBAHRI BIN HAJI IBRAHIM) Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru Peguamcara: Bagi pihak Pemohon – Mariammah A/P Bharathan; Tetuan B.Mariammah & Co Bagi pihak Responden Keempat: Suhana binti Sabil, Peguam Persekutuan; Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Kes yang dirujuk: Borneo Housing Mortgage Finance Bhd v. Time Engineering Bhd [1996] 2 CLJ 561; [1996] 2 MLJ 12 Samuel Naik Siang Ting v. Public Bank Berhad [2015] 8 CLJ 944; [2015] 5 MLRA 665; [2015] 6 MLJ 1 Tan Ong Ban v. Teoh Kim Heng [2016] 3 CLJ 193; [2016] 3 MLJ 23 Temenggong Securities Ltd & Anor v. Registrar of Titles, Johor & Ors [1974] CLJU 175; [1974] 1 LNS 175; [1974] 2 MLJ 45 Undang-undang yang dirujuk: Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 - A. 92 k 4 Kanun Tanah Negara – s. 417 18 S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal