LATIFAH BINTI MAT ALI (membawa tindakan ini sebagai isteri yang sah kepada Si Mati MAT RANI BIN ISMAIL bagi tuntutan di bawah Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956) 1. ) TENGKU MUHAMAD HANIF BIN TENGKU SHAMSUDIN 2. ) ABDUL S
The claim was dismissed for want of locus standi because the plaintiff failed to adduce documentary proof of a lawful marriage (no marriage certificate exhibited or tendered as an exhibit), which was fatal to her entitlement under section 7 Civil Law Act 1956; alternatively, on the merits the court found the first...
Source-derived case information.
- Citation
- DD-A73KJ-104-10/2022 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Plaintiff: Latifah binti Mat Ali; Defendant: Tengku Muhamad Hanif bin Tengku Shamsudin; Defendant: Abdul Sani bin Ahmad
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 30 November 2023
- Case Number
- DD-A73KJ-104-10/2022 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Civil Claim for Wrongful Death Damages Arising From Road Traffic Accident / Judgment (first Instance)
- Outcome
- Claim dismissed for want of locus standi; alternatively on merits defendant not liable; no order as to costs.
- Legal Topics
- Wrongful Death, Negligence, Locus Standi (standing), Burden of Proof, Admissibility of Documentary Evidence, Bereavement Damages
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Latifah binti Mat Ali
Plaintiff
Tengku Muhamad Hanif bin Tengku Shamsudin
Defendant
Abdul Sani bin Ahmad
Defendant
Procedural Posture
Civil Claim for Wrongful Death Damages Arising From Road Traffic Accident / Judgment (first Instance)
Legal Issues
- 1 Whether the plaintiff had locus standi as the lawful wife of the deceased
- 2 Whether the first defendant was negligent and liable for the deceased's death
- 3 Whether documentary proof may be dispensed with and the sufficiency of oral testimony and police report
Ratio Decidendi
The claim was dismissed for want of locus standi because the plaintiff failed to adduce documentary proof of a lawful marriage (no marriage certificate exhibited or tendered as an exhibit), which was fatal to her entitlement under section 7 Civil Law Act 1956; alternatively, on the merits the court found the first defendant was not negligent and the deceased was the author of his own misfortune. No order as to costs was made. For completeness and in the event of a successful appeal on locus standi, the court assessed quantum at RM35,000 with specified interest rates.
Court Disposition
Claim dismissed for want of locus standi; alternatively on merits defendant not liable; no order as to costs.
Orders
- Plaintiff's claim dismissed for lack of locus standi (failure to prove lawful marriage).
- No order as to costs; each party to bear their own costs.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DD-A73KJ-104-10/2022 Kand. 34 06/02/2024 14:40:50 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI BACHOK DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN SIVIL NO.: DD-A73KJ-104-10/2022 ANTARA LATIFAH BINTI MAT ALI (membawa tindakan ini sebagai isteri yang sah kepada Si Mati MAT RANI BIN ISMAIL bagi tuntutan di bawah Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956) …PLAINTIF DAN 1. TENGKU MUHAMAD HANIF BIN TENGKU SHAMSUDIN 2. ABDUL SANI BIN AHMAD …DEFENDAN-DEFENDAN KORAM: MOHD FAUZAN BIN MOHD SUHAIRI, MAJISTRET ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Kes ini adalah melibatkan satu tuntutan ganti rugi oleh Plaintif yang membawa tindakan sebagai isteri yang sah (dikatakan) kepada si mati terhadap Defendan- Defendan berkaitan satu kemalangan jalan raya yang telah berlaku pada 9.11.2019, pada 1 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal jam lebih kurang 5.10 petang di simpang tiga berhampiran Balai Polis Gunong, Bachok, Kelantan. Kemalangan jalan raya ini melibatkan si mati yang menunggang motosikal bernombor pendaftaran WPX 9824 dengan motosikal bernombor pendaftaran WB 3275 D yang ditunggang oleh Defendan Pertama. [2] Pada 30.11.2023, Mahkamah ini telah membuat keputusan menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan. Pada 12.12.2023, pihak Plaintif yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini, telah memfailkan rayuan ke atas keseluruhan isu liabiliti. [3] Justeru, ini adalah alasan penghakiman Mahkamah ini. ISU AWALAN: Sama ada Plaintif mempunyai “locus standi” untuk membawa tindakan ini bagi pihak si mati [4] Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 memperuntukkan seperti berikut: “(1) Whenever the death of a person is caused by wrongful act, neglect or default, and the act, neglect or default is such as would, if death had not ensued, have entitled the party injured to maintain an action and recover damages in respect thereof, the party who would have been liable if death had not ensued shall be liable to an action for damages, notwithstanding the death of the person injured, and although the death has been caused under such circumstances as amount in law to an offence under the Penal Code [Act 574]. (2) Every such action shall be for the benefit of the wife, husband, parent, and child, child and any person with disabilities under the care, if any, of the 2 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal person whose death has been so caused and shall be brought by and in the name of the executor of the person deceased. …. ” [5] Dalam kes ini, Plaintif membawa tindakan ini sebagai isteri yang sah kepada si mati (dikatakan) ke atas Defendan-Defendan. Oleh yang demikian, adalah menjadi beban pembuktian dan tanggungjawab Plaintif untuk membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa Plaintif merupakan isteri yang sah kepada si mati pada masa kejadian kemalangan jalan raya tersebut berlaku bagi melayakkan Plaintif untuk membawa tindakan ini. [6] Sebagaimana yang telah dinaratifkan secara terperinci dalam Hujahan Bertulis Plaintif, yang Mahkamah ini tidak berhasrat untuk mengulangi semula, ketika perbicaraan penuh berlangsung, tiada bukti bertulis seperti Sijil Perkahwinan yang sah dikemukakan kepada Mahkamah bagi membuktikan terdapatnya ikatan perkahwinan yang sah antara Plaintif dan si mati. Apatah lagi isu ini telah pun dibangkitkan dan dibantah secara tuntas oleh pihak Peguam Defendan-Defendan semasa perbicaraan berlangsung. Namun demikian, pada akhirnya, tiada sebarang dokumen pembuktian ikatan yang sah perkahwinan antara Plaintif dan si mati dikemukakan dan ditandakan sebagai eksibit dalam Mahkamah. [7] Namun demikian, sebagaimana yang dihujahkan oleh Peguam pihak Plaintif, perkara selanjutnya yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ini berkenaan isu ini adalah sama ada ianya memadai (sufficient) pernyataaan atau pengakuan SP2 semasa memberi keterangan di Mahkamah yang menyatakan bahawa SP2 merupakan isteri yang sah kepada si mati. [8] Merujuk kepada kes Damansara Realty (Pahang) Sdn Bhd v Om Cahaya Mineral Asia Bhd [2021] 5 MLJ 1, Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya menyatakan seperti berikut: 3 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “[156] The principle in relation to special damages is trite, ie it must be specifically pleaded (and particularised) and strictly proven. In Ong Ah Long, Justice Syed Agil Barakbah FCJ (pp 327–328 (MLJ)) speaking for the Federal Court explained the principle in the following words: It is a well-established principle that special damages in contrast to general damages, have to be specifically pleaded and strictly proved. They are recoverable only where they can be included in the proper measure of damages and are not too remote (see Halsbury’s Laws of England (4th Ed) Vol 11 p 218 para 386). That in our view is the cardinal principle adopted by all courts both in England and this country. The same principle was adopted by Ong Hock Thye, FJ (as he then was) in Yee Hup Transport & Co and Anor v Wong Kong [1967] 2 MLJ 93 which was an appeal on quantum of damages. Quoting an excerpt from the judgment of Wilmer LJ in Ilkiw v Samuels [1963] 1 WLR 991; [1963] 2 All ER 879 he held that the general damages should not be awarded as though they were special damages properly pleaded and proved. Similarly Chang Min Tat, FJ (as he then was) in Murtadza bin Mohamed Hassan v Chong Swee Pian [1980]1 MLJ 216 applied the principle in Ilkiw v Samuels (supra) that special damages if pleaded as in that case could be recovered. The principle was also adopted by Mohamed Azmi J (as he then was) in Sam Wun Hoang v Kader Ibramshah [1981]1 MLJ 295 in the Federal Court. [157] In Ilkiw v Samuels and Others [1963] 2 All ER 879; [1963] 1 WLR 9911 Diplock LJ (p 890 (All ER)): As regards the question of damages, I would put it in this way. Special damage in the sense of a monetary loss which the plaintiff has sustained up to the date of trial must be pleaded and particularised. 4 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal … In my view, it is plain law — so plain that there appears to be no direct authority, because everyone has accepted it as being the law for the last hundred years — that one can recover in an action only special damage which has been pleaded, and, of course, proved. [158] It is settled law that where a document is sought to be proved in order to establish the truth of the facts contained in it, the maker has to be called (see: R v Gillespie (1967) 51 Cr App Rep 172; R v Plumer (1814) R & R 264; Hill v Baxter [1958] 1 QB 277; R v Moghal [1977] Crim LR 373). Non- compliance with this rule will result in the contents of the documents being hearsay. The evidential effect of a document which has not been properly proved was described by Abdoolcader J (as he then was) in Public Prosecutor v Datuk Haji Harun bin Haji Idris & Ors [1977] 1 MLJ 180 at p 183; [1977] 1 LNS 92; [1977] 1 MLRH 438 (OCJ) in the following terms: It is necessary to refer to certain exhibits which have been put in the course of these proceedings for identification but have not in fact been proved as they should have been and are accordingly not exhibits in the strict sense and cannot therefore form part of the record in this case, namely, 041 and 043 which were both put in for identification only and which are the audited accounts and annual report of the Bank for the years 1973–1974 and 1972 respectively. As these two exhibits have not been proved and properly admitted as such, they must in the ultimate analysis be discounted and I shall accordingly disregard references to them and also all oral testimony as well adduced in relation thereto ...” [9] Dalam kes ini, tuntutan yang dibawa oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah didakwa sebagai isteri yang sah kepada si mati dan melibatkan tuntutan ganti rugi am dan khas. Mahkamah ini berpendapat bahawa dalam beban pembuktian terhadap 5 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ganti rugi tersebut, adalah menjadi tanggungjawab Plaintif, “in the first istance”, untuk mengemukakan terlebih dahulu bukti tuntas yang menyatakan Plaintif adalah pihak yang berhak ke atas tuntuan ganti rugi tersebut di samping membuktikan secara tuntas ganti rugi yang dituntut. Merujuk kepada kes ini, ianya adalah bukti yang menunjukkan ikatan yang sah hubungan suami isteri antara Plaintif dan si mati dalam bentuk dokumen. [10] Mahkamah ini merujuk kepada hujahan pihak Plaintif bahawa laporan polis yang dibuat oleh anak si mati telah “corroborate” keterangan SP2 bahawa SP2 iaitu Plaintif ialah isteri si mati. Merujuk kepada otoriti-otoriti yang telah dirujuk dalam Hujahan Bertulis pihak Plaintif, kesemua kes tersebut menyatakan bahawa keterangan saksi-saksi dalam Mahkamah adalah disokong oleh keterangan dokumen yang difailkan dan ditandakan sebagai eksibit. Dalam erti kata lain, kes-kes tersebut masih merujuk kepada dokumen yang ditandakan sebagai eksibit dalam Mahkamah, yang menjadi asas kepada keterangan pembuktian. Kegagalan untuk memfailkan dan menandakan sebarang dokumen penting yang menjadi asas kepada pertikaian adalah, pada pandangan Mahkamah ini, fatal. Sebagaimana undang-undang yang mantap, sebarang dokumen yang tidak ditandakan sebagai eksibit dalam Mahkamah, tidak akan diambil kira sebagai keterangan. [11] Mahkamah ini berpandangan bahawa sepatutnya sedari awal lagi, pada peringkat Pengurusan Kes pra-bicara, pihak Plaintif perlu memfailkan dokumen pembuktian seperti Sijil Nikah dalam Ikatan Dokumen. Namun demikian, perkara ini tidak berlaku. Apabila perbicaraan penuh berlangsung, Peguam pihak Defendan-Defendan, walaupun telah membangkitkan bantahan terhadap ketiadaan apa-apa dokumen berkaitan pembuktian ini, telah pun bersetuju untuk dokumen berkaitan perkara ini dikemukakan kepada Mahkamah pada masa selanjutnya. Malangnya, ianya juga tidak berlaku. Dalam ketiadaan apa-apa dokumen yang menyokong keterangan SP2 bahawa beliau merupakan isteri yang sah kepada si mati dikemukakan dan ditandakan sebagai eksibit di Mahkamah, dan dalam keadaan bantahan oleh pihak Peguam Defendan-Defendan berkenaan perkara ini, Mahkamah ini berpendapat Plaintif telah gagal untuk membuktikan beliau mempunyai “locus standi” untuk membawa tindakan ini. 6 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [12] Oleh yang demikian, atas sebab isu awalan ini sahaja, tuntutan Plaintif adalah ditolak. Tiada perintah terhadap kos. __________________ [13] Walau bagaimanapun, demi kesempurnaan, Mahkamah ini turut meneruskan membuat penilaian ke atas keseluruhan kes yang dibawa di hadapan Mahkamah ini berdasarkan standard pembuktian kes kemalangan jalan raya, seolah-olah menganggap Plaintif mempunyai “locus standi” dalam membawa tindakan ini. PRINSIP UNDANG-UNDANG [14] Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini untuk membuat penilaian, di atas imbangan kebarangkalian, keseluruhan keterangan saksi-saksi dan keterangan dokumen dalam mempertimbangkan sama ada pihak Plaintif telah berjaya dalam membuktikan tuntutannya sebelum beban pembuktian berpindah kepada pihak Defendan dalam membuktikan pembelaannya. [15] Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti berikut: “Section 101. Burden of proof. (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. (2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.” 7 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [16] Seterusnya, Seksyen 102 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa: “Section 102. On whom burden of proof lies. The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.” [17] Manakala Seksyen 103 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti berikut: “Section 103. Burden of proof as to particular fact. The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person.” [18] Mahkamah Persekutuan, dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 LNS 151, menyatakan sebagaimana berikut: “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant’s negligence. Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.” [penekanan ditambah] [19] Selanjutnya, melalui kes Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: 8 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “[13] The standard of proof in civil cases is the legal standard to which a party is required to prove its case, namely on a balance of probabilities. In civil litigation, the question of the probability or improbability of an action occurring is an important consideration to be taken into account in deciding whether that particular event had actually taken place or not. In the case of Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372, Lord Denning said the following about the standard of proof in civil cases: The... [standard of proof]... is well settled. It must carry a reasonable degree of probability... if the evidence is such that the tribunal can say: ‘We think it more probable than not’ the burden is discharged, but, if the probabilities are equal, it is not.” ISU LIABILITI [20] Perbicaraan penuh bagi kes ini telah berlangsung melibatkan saksi-saksi seperti berikut: Saksi pihak Plaintif 1. Sarjan Ahmad Tarqimi bin Mohamad – Penolong Pegawai Penyiasat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) (SP1) 2. Latifah binti Mat Ali – Plaintif (SP2) Saksi pihak Defendan-Defendan 1. Tengku Muhamad Hanif bin Tengku Shamsudin – Defendan Pertama (SD1) 9 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal VERSI KEMALANGAN JALAN RAYA Versi pihak Plaintif Keterangan SP1 - Pergi ke tempat kejadian selepas kemalangan jalan raya berlaku. - Semasa tiba di tempat kejadian, telah mendapati terdapat kesan kemalangan, mayat si mati dan kenderaan yang terlibat. - Hanya motosikal Defendan Pertama telah dialihkan. - Telah menemu bual Defendan Pertama di tempat kejadian. - Menandakan tempat perlanggaran sebagai “X” dalam rajah kasar. - Kedua-dua motosikal bergerak dari arah yang sama iaitu dari bawah ke atas (rajah kasar). - Kemalangan jalan raya berlaku apabila Defendan Pertama yang berada di sebelah kiri jalan raya telah membelok / melintasi jalan ke kanan lalu menyebabkan perlanggaran dan berlaku geseran di atas jalan raya. “handle” motosikal si mati dan Defendan Pertama tersangkut menyebabkan geseran dan kedua-dua motosikal bergerak ke kanan di laluan bertentangan. - Kedudukan akhir adalah sebagaimana kedudukan mayat si mati dan motosikal si mati (dalam rajah kasar). - Kesan geseran ditandakan sebagai L1-L6 sebagaimana dalam rajah kasar. - Tiada saksi bebas lain - Tiada saman dikeluarkan ke atas Defendan Pertama - Tiada bukti kukuh untuk mendakwa Defendan Pertama atas kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - Siasatan masih belum selesai Keterangan SP2 - Tidak berada di tempat kejadian ketika kemalangan jalan raya berlaku. 10 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Versi pihak Defendan Keterangan SD1/Defendan Pertama - Keadaan jalan raya adalah lurus dan tidak sibuk. - Keadaan cuaca pada ketika kemalangan jalan raya berlaku terdapat hujan rintik- rintik. - Kedua-dua motosikal bergerak dari arah yang sama iaitu dari arah Pauh Lima ke arah Gunong (dari bawah ke atas – rajah kasar). - Apabila sampai di simpang tiga berhampiran Balai Polis Gunong, SD1 memperlahankan motosikal sambil memberi isyarat untuk membelok ke kanan. - Semasa ingin membelok ke kanan, motosikal si mati datang dari arah belakang telah melanggar bahagian hadapan sebelah kanan motosikal SD1. - SD1 telah melihat cermin sisi sebelah kanan sebelum membelok masuk ke kanan. - SD1 telah melihat kehadiran motosikal si mati, namun tetap membelok masuk ke kanan kerana motosikal si mati masih lagi jauh. - Tempat titik perlanggaran ditandakan sebagai “Y” dalam rajah kasar. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [21] Sebagai permulaan, Mahkamah ini merujuk kepada isu yang ditimbulkan oleh Peguam pihak Defendan-Defendan berkenaan SP1 yang memberikan keterangan dalam Mahkamah tanpa merujuk kepada fail kertas siasatan. Pada hemat Mahkamah ini, isu ini adalah tidak material memandangkan SP1 sendiri merupakan penolong pegawai penyiasat yang telah menyiasat kes ini. Keterangan di dalam Mahkamah adalah mencukupi dengan keterangan lisan oleh saksi, dan ianya bukanlah menjadi suatu kewajipan untuk saksi membawa atau merujuk apa-apa dokumen ketika memberi keterangan di dalam Mahkamah. Percakapan saksi secara lisan dalam Mahkamah berdasarkan ingatan atau memori ketika memberi keterangan di dalam Mahkamah adalah memadai dan menjadi satu keterangan yang mencukupi di sisi undang-undang. 11 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [22] Bagi menentukan isu liabiliti, adalah menjadi kepentingan untuk Mahkamah ini menilai secara keseluruhan keterangan SP1, SP2 dan SD1. Mahkamah ini juga sedar akan ketiadaan saksi awam yang bebas dalam kes ini. Oleh yang demikian, keterangan senyap seperti gambar, rajah kasar, laporan polis dan keadaan kerosakan kenderaan adalah penting untuk diteliti dalam membuat analisis dapatan dan seterusnya keputusan dalam kes ini. [23] Mahkamah ini mendapati bahawa dalam kes ini, versi kemalangan jalan raya hanya dikemukakan oleh SD1 sahaja. Hal ini memandangkan bahawa tiada saksi bebas yang melihat kejadian kemalangan jalan raya berlaku mahupun tampil untuk memberikan keterangan di dalam Mahkamah. SP1 dan SP2 juga tidak melihat bagaimana kejadian kemalangan jalan raya tersebut berlaku. Namun, ini tidak bermakna Mahkamah ini menerima bulat-bulat keterangan versi SD1. Keterangan SD1 ini perlu diteliti dan diperhalusi oleh Mahkamah ini bersama keterangan-keterangan senyap yang lain dan di samping keterangan SP1 dan SP2. [24] Mahkamah ini mendapati adalah tidak dipertikaikan bahawa kedua-dua motosikal yang ditunggang oleh si mati dan Defendan Pertama bergerak dari arah yang sama dan menuju ke arah yang sama. Kedua-dua motosikal bergerak dari arah Pauh Lima menuju ke Gunong, iaitu jika merujuk kepada rajah kasar, dari arah bawah ke atas. Perkara ini telah disahkan dalam keterangan SP1 dan SD1. [25] Seterusnya, menerusi keterangan SD1, beliau menyatakan bahawa kedudukan motosikal ialah motosikal SD1 berada di hadapan manakala motosikal si mati berada di belakang. Perkara ini telah diutarakan oleh SD1 semasa dalam keterangannya dan juga adalah selari dengan laporan polis yang dibuat oleh SD1 yang mengatakan beliau telah dilanggar oleh motosikal si mati yang datang dari arah belakang. Melalui keterangan SP1, kedudukan motosikal SD1 ialah di bahagian kiri manakala motosikal si mati berada di sebelah kanan. 12 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [26] Keterangan SD1 menyatakan bahawa apabila sampai di simpang tiga, berhampiran Balai Polis Gunong, beliau telah memperlahankan motosikal dan memberi isyarat untuk membelok ke kanan. Seterusnya, beliau menyatakan bahawa semasa sedang membelok, motosikal si mati yang datang dari arah belakang dalam keadaan yang laju telah melanggar bahagian hadapan sebelah kanan motosikal SD1. SD1 turut menyatakan bahawa SD1 tetap membelok ke kanan walaupun telah nampak kehadiran motosikal si mati dari arah belakang kerana motosikal si mati masih lagi jauh. Fakta ini juga disokong oleh kesan kerosakan ke atas motosikal yang ditunggang oleh SD1 iaitu “cover set” depan yang pecah dan kerosakan pada pemulas minyak bahagian kanan. Manakala, bagi motosikal si mati, kerosakan adalah pada “cover set” bahagian kiri dan kanan, lampu belakang dan di bahagian ekor motosikal. [27] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa keterangan SD1 di dalam Mahkamah berkenaan versi kemalangan ini adalah konsisten dan selari merujuk kepada laporan polis yang telah dibuat oleh SD1 sendiri. Selain itu, merujuk kepada kesan kerosakan motosikal masing-masing, ianya adalah konsisten dengan versi penceritaan bagaimana kemalangan telah berlaku dalam konteks si mati telah memotong di bahagian kanan motosikal SD1 dan adalah munasabah pada titik pertembungan di bahagian kerosakan motosikal. Versi penceritaan oleh SD1 yang material juga gagal dicabar oleh pihak Peguam Plaintif. [28] SP1 dalam keterangannya telah membuat tandaan “X” yang merujuk kepada titik perlanggaran antara kedua-dua motosikal. SP1 turut mengesahkan bahawa si mati memotong di laluan A1-A2. Menjawab kepada soalan Peguam pihak Defendan- Defendan, titik tempat perlanggaran “X” turut disahkan oleh SP1 hanyalah teori semata- mata dan tidak bersandarkan kepada mana-mana keterangan saksi. SP1 menyatakan terdapat geseran panjang telah berlaku antara kedua-dua motosikal. Geseran ini telah ditandakan sebagai L1-L6 dalam rajah kasar. Menurut SP1, merujuk kepada rajah kasar, titik perlanggaran berlaku di belakang tandaan L, atau sebelum tandaan L. SP1 juga tidak pasti tentang motosikal mana yang menyebabkan geseran tersebut, cuma SP1 menyatakan bahawa kesan geseran berakhir di lokasi kedudukan motosikal si mati. 13 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kedudukan motosikal si mati tidak dialihkan manakala motosikal SD1 pula telah dialihkan. Perkara ini dinyatakan oleh SP1 berdasarkan siasatan di tempat kejadian selepas kemalangan jalan raya berlaku. SP1 dalam menjawab kesangsian yang diutarakan oleh Peguam pihak Defendan-Defendan berkenaan punca kesan geseran, telah menyatakan dengan positif bahawa kesan geseran tersebut adalah disebabkan oleh kemalangan jalan raya ini dan telah tidak bersetuju dengan cadangan bahawa kesan geseran adalah daripada kemalangan jalan raya yang lain. [29] Berdasarkan keterangan ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa walaupun kesan geseran berakhir di kedudukan akhir motosikal si mati, namun, ianya masih tidak dapat dibuktikan secara tuntas dan tiada asas yang kukuh untuk mencapai dapatan bahawa kesan geseran L1-L6 adalah berpunca daripada kemalangan jalan raya ini. Tiada siasatan lanjut dijalankan berkenaan punca kesan geseran di atas jalan ini dan SP1 juga menjawab secara positif bahawa ianya adalah sekadar teori SP1 semata-mata. Adalah tidak dipertikaikan bahawa tiada saksi awam yang melihat kejadian kemalangan yang berlaku, dan SP1 hanya tiba di lokasi kejadian kemalangan selepas kemalangan telah berlaku. Selain itu, merujuk kepada rajah kasar, permulaan kesan geseran iaitu tandaan L dan L1, adalah di laluan bertanda A2-A3, iaitu di laluan bertentangan. Mahkamah ini mendapati bahawa adalah tidak logik dan tidak munasabah bahawa kesan geseran hanya bermula di laluan bertentangan iaitu di tandaan A2-A3, sekiranya mengambil kira keterangan tuntas dan konsisten yang dikemukakan oleh SD1, yang mana Mahkamah mendapati ianya adalah kredibel dan lebih munasabah. Kedua-dua motosikal adalah berada di laluan A1-A2, dan titik perlanggaran Y adalah lebih logic dan munasabah. [30] SP1 juga dalam keterangannya bersetuju dengan cadangan Peguam pihak Defendan-Defendan bahawa SD1 tidak boleh dipersalahkan dalam menyebabkan kemalangan jalan raya yang berlaku disebabkan tiada bukti yang kukuh. Justeru, tiada apa-apa saman dikeluarkan ke atas SD1. SP1 menyatakan bahawa siasatan juga masih lagi berjalan dan masih belum selesai. Dalam keterangan SP1, SP1 turut menyatakan hanya terdapat cadangan untuk membawa pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Namun, cadangan tersebut tidak diteruskan oleh kerana tiada 14 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bukti yang kukuh. Berdasarkan keseluruhan keterangan ini, Mahkamah ini berpendapat adalah terang lagi bersuluh bahawa tiada langsung elemen kecuaian atau sumbang cuai yang boleh didapati daripada SD1 dalam menunggang motosikalnya kerana bukan sahaja SD1 tidak didakwa di bawah Seksyen 41(1) APJ, malahan tiada langsung saman- saman lain di bawah peraturan jalan raya dikeluarkan terhadap SD1. Mahkamah ini mengambil pengiktirafan kehakiman bahawa dalam kes kemalangan jalan raya, walaupun pihak yang cuai atau sumbang cuai yang lebih tidak disaman di bawah peruntukkan undang-undang yang serius seperti Seksyen 41(1) APJ atau lain-lain, pada secara kelazimannya, akan tetap disaman akibat kesalahan di bawah peraturan jalan raya, sebagai contoh, Rule 3, Rule 4 atau Rule 10 di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. Namun demikian, dalam kes ini, tiada langsung saman dikeluarkan terhadap SD1. [31] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa versi kemalangan jalan raya oleh SD1 berkenaan titik perlanggaran, memperlahankan motosikal dan memberikan isyarat untuk membelok ke kanan, dan telah melihat cermin pandang belakang sebelah kanan, dan ternampak motosikal si mati yang masih lagi jauh, adalah lebih munasabah dan lebih berkemungkinan. Dalam kes ini, si mati yang menunggang motosikal di belakang kedudukan motosikal SD1, telah tidak mengambil langkah berjaga-jaga untuk memperlahankan motosikal dan telah gagal menjaga jarak yang selamat antara motosikal yang ditunggang dengan kenderaan yang berada di hadapan iaitu motosikal SD1. [32] Berdasarkan keseluruhan keterangan saksi-saksi dalam kes ini, dan mengambil kira semua keterangan senyap yang telah dikemukakan, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa tidak terdapat kecuaian yang telah dilakukan oleh SD1 dalam kemalangan jalan raya tersebut. Sebaliknya, si mati yang menunggang motosikal dalam keadaan tidak mempraktikkan langkah berjaga-jaga adalah cuai sepenuhnya dalam kemalangan jalan raya yang berlaku. Keterangan SD1 tetap utuh dalam menegakkan versi bahawa tiada kecuaian olehnya kepada kemalangan yang meragut nyawa si mati. Pihak Plaintif telah gagal melunaskan beban pembuktiannya untuk menuntut bahawa 15 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Defendan-Defendan cuai dan cuai sumbang kepada kehilangan nyawa si mati. Justeru, pihak Plaintif dalam kes ini gagal untuk membuktikan kes, atas imbangan kebarangkalian, ke atas Defendan-Defendan bagi menunjukkan sebarang kecuaian yang telah dilakukan oleh Defendan Pertama. [33] Dalam kes Formosa Resort Properties Sdn Bhd v. bank Bumiputra Malaysia [2010] 6 CLJ 530, Hakim Suriyadi Halim Omar memutuskan bahawa: “It is trite in civil cases that he who asserts must prove, and here the appellant is the asserting party… on that premise the appellant had failed to prove its case on a balance of probability”. ISU KUANTUM [34] Mahkamah ini, dalam membuat dapatan dan keputusan berkenaan isu kuantum, juga meneruskan analisis berdasarkan seolah-olah menganggap Plaintif mempunyai “locus standi” dalam membawa tindakan ini, dan secara alternatif, jika tuntutan Plaintif seterusnya dibenarkan oleh Mahkamah di peringkat rayuan. [35] Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 memperuntukkan seperti berikut: “Section 7. Compensation to persons entitled for loss occasioned by death (1) Whenever the death of a person is caused by wrongful act, neglect or default, and the act, neglect or default is such as would, if death had not ensued, have entitled the party injured to maintain an action and recover damages in respect thereof, the party who would have been liable if death had not ensued shall be liable to an action for damages, notwithstanding the death of the person injured, and although the death has been caused 16 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal under such circumstances as amount in law to an offence under the Penal Code [Act 574]. (2) Every such action shall be for the benefit of the wife, husband, parent, and child, child and any person with disabilities under the care, if any, of the person whose death has been so caused and shall be brought by and in the name of the executor of the person deceased. ….. (3A) An action under this section may consist of or include a claim for damages for bereavement and, subject to subsection (3D), the sum to be awarded as damages under this subsection shall be thirty thousand ringgit. [Ins. Act A1591] (3B) A claim for damages for bereavement shall only be for the benefit of— (a) the spouse of the person deceased; (b) the child of the person deceased; and (c) the parents of the person deceased. ….” [36] Merujuk kepada kes Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan lain- lain lwn Ghaur Chandram a/l Murugesu (mendakwa bagi pihak diri sendiri dan kesemua orang tanggungan sebagai bakal pentadbir sah harta pusaka Uthayachandran a/l Ghaur Chandram) dan satu lagi rayuan [2016] MLJU 1716, Mahkamah Rayuan telah mengekalkan awad kos pengebumian sebanyak RM 5,000.00. Manakala dalam kes Ahmad Radhiq Arbee bin Ahmad Rejal Arbee (as a husband and dependant of Sharifah Shalihah bt Sayed Abdullah, deceased) & Ors v 17 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kerajaan Malaysia & Ors [2020] 10 MLJ 459, Mahkamah Tinggi telah mengawadkan RM 5,000.00 sebagai kos pengebumian. [37] Mahkamah ini, setelah mengambil kira hujahan pihak Plaintif dan hujahan pihak Defendan-Defendan, atas dasar 100% liabiliti ke atas pihak Plaintif, membenarkan ganti rugi sebagaimana berikut: NO. JENIS GANTI RUGI HUJAHAN HUJAHAN KEPUTUSAN PLAINTIF DEFENDAN- MAHKAMAH DEFENDAN 1 Ganti rugi kesedihan RM 30,000.00 - RM 30,000.00 (bereavement) 2 Kos pengebumian RM 5,000.00 - RM 5,000.00 dan tahlil JUMLAH RM 35,000.00 - RM 35,000.00 [38] Mahkamah ini membenarkan ganti rugi sebagaimana di atas memandangkan jumlah yang dituntut adalah wajar dan munasabah serta selari dengan trend terkini dalam kes undang-undang. Pihak Defendan-Defendan juga, dalam hujahannya, tidak mengemukakan sebarang hujahan berkenaan perkara ini dan tidak mempertikaikan secara spesifik berkenaan isu ganti rugi. [39] Mahkamah membenarkan kadar faedah dan kos seperti berikut: i. Faedah gantirugi am pada kadar 5% setahun dari tarikh writ saman diserahkan sehingga ke tarikh penghakiman; ii. Faedah gantirugi khas pada kadar 2.5% setahun dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman; iii. Faedah bagi jumlah penuh penghakiman pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh; iv. Tiada perintah terhadap kos. Kos ditanggung pihak masing-masing. 18 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal KESIMPULAN [40] Mahkamah ini ingin merakamkan simpati ke atas keluarga mangsa si mati iaitu Plaintif dalam kes ini. Segala keputusan kes adalah berdasarkan keterangan dan bukti yang dibawa di hadapan Mahkamah semasa perbicaraan. Keadilan kepada kedua-dua pihak perlu ditegakkan mengikut lunas undang-undang. Beban membuktikan kes adalah sentiasa terletak kepada pihak Plaintif dan berdasarkan keterangan saksi-saksi di Mahkamah, adalah jelas kepada Mahkamah, bahawa Plaintif telah gagal mengalihkan beban ini kepada pihak Defendan-Defendan. [41] Si mati adalah pelaku sebenar kecuaian atau “the author of his own misfortune”. Walaupun Mahkamah ini bersimpati dengan kejadian yang menimpa si mati dalam kes ini, namun Mahkamah tidak boleh membenarkan tuntutan si mati atas dasar simpati. Prinsip ini jelas dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Inas Faiqah Binti Mohd Helmi (seorang Kanak-kanak Yang Mendakwa Melalui Bapa Dan Sahabat Wakilnya, Mohd Helmi Bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] MLJU 02. Bertarikh pada 5 Februari 2024 t.t. MOHD FAUZAN BIN MOHD SUHAIRI Majistret Mahkamah Majistret Bachok Kelantan Bagi pihak Plaintif : NUR AMALIN AISHAH BINTI ARIFIN@MUKHTAR Tetuan Zufaidi & Associates Bagi pihak Defendan-Defendan : NIK MOHAMAD ANUAR BIN BADIRUDDEEN Tetuan Ibrahim & Fuaadah 19 S/N S22p5m1fPEOMUNLAi1O3mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal