1. ) LAU LEN QUAN 2. ) LAU SOOK HAR 3. ) LAU SOOK LANG 4. ) PEARLY TIM LAU SOOK CHIN
Plaintiffs' originating summons dismissed because they failed to establish the statutory preconditions to invoke s.145 NLC (no evidence of prior request for partition or refusal and no partition plans), and, independently, the court exercised its discretion to refuse a sale on humanitarian grounds given the...
Source-derived case information.
- Citation
- NA-24NCvC-643-12/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: Lau Len Quan (530123-10-5821); Plaintiff: Lau Sook Har (510912-10-5738); Plaintiff: Lau Sook Lang (590515-10-7054); Plaintiff: Pearly Tim (820223-01-5458); Defendant: Lau Sook Chin (540723-10-5568)
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 26 July 2024
- Case Number
- NA-24NCvC-643-12/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Application Under Section 145 National Land Code 1965 for Termination of Co Proprietorship and Sale / Judgment (high Court Decision)
- Outcome
- Originating summons under Section 145 National Land Code 1965 dismissed
- Legal Topics
- Termination of Co Proprietorship, Partition Under S.145 NLC, Sale by Court Order, Humanitarian Considerations
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Lau Len Quan (530123-10-5821)
Plaintiff
Lau Sook Har (510912-10-5738)
Plaintiff
Lau Sook Lang (590515-10-7054)
Plaintiff
Pearly Tim (820223-01-5458)
Plaintiff
Lau Sook Chin (540723-10-5568)
Defendant
Procedural Posture
Application Under Section 145 National Land Code 1965 for Termination of Co Proprietorship and Sale / Judgment (high Court Decision)
Legal Issues
- 1 Whether plaintiffs satisfied preconditions of s.145 NLC to invoke court power to terminate co-proprietorship and order sale
- 2 Whether humanitarian/family welfare considerations justify refusal to order sale
- 3 Whether plaintiffs would suffer prejudice if sale refused
Ratio Decidendi
Plaintiffs' originating summons dismissed because they failed to establish the statutory preconditions to invoke s.145 NLC (no evidence of prior request for partition or refusal and no partition plans), and, independently, the court exercised its discretion to refuse a sale on humanitarian grounds given the occupier's serious medical condition and lack of alternative accommodation; therefore relief under s.145 is denied.
Court Disposition
Originating summons under Section 145 National Land Code 1965 dismissed
Orders
- Originating summons dismissed
- No order as to costs
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
NA-24NCvC-643-12/2023 Kand. 24 21/10/2024 11:46:14 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: NA-24NCVC-643-12/2023 ANTARA 1. LAU LEN QUAN (NO. K/P: 530123-10-5821) 2. LAU SOOK HAR (NO. K/P: 510912-10-5738) 3. LAU SOOK LANG (NO. K/P: 590515-10-7054) 4. PEARLY TIM (NO. K/P: 820223-01-5458) ...PERAYU-PERAYU DAN LAU SOOK CHIN (NO. K/P: 540723-10-5568) ...RESPONDEN Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia Saman Pemula No: NA-24NCVC-643-12/2023 ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 1 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Dalam perkara mengenai Hartanah rumah setingkat yang dikenali sebagai No. 10, Lorong Kurau 3, Taman Samudra, Batu 1 ½, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson yang didirikan di atas Lot No. 2526, Mukim dan Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan yang dipegang di bawah Geran No. 16338 DAN Dalam Perkara Seksyen 145 dan 417 Kanun Tanah Negara 1965 DAN Dalam Perkara Mengenai Aturan 7 dan Aturan 31, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 2 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Antara 1. LAU LEN QUAN (NO. K/P: 530123-10-5821) 2. LAU SOOK HAR (NO. K/P: 510912-10-5738) 3. LAU SOOK LANG (NO. K/P: 590515-10-7054) 4. PEARLY TIM (NO. K/P: 820223-01-5458) ...PLAINTIF-PLAINTIF DAN LAU SOOK CHIN (NO. K/P: 540723-10-5568) ...DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 3 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Di dalam kes ini Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh pada 23.08.2024 di bawah Lampiran - 22 terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini bertarikh pada 26.07.2024 di mana Mahkamah ini telah memutuskan untuk menolak Saman Pemula Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) di bawah Lampiran - 1 dengan tiada sebarang perintah terhadap kos. Pihak Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) merasa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia. [2] Oleh itu Notis Rayuan yang difailkan oleh Perayu-Perayu (Plaintif- Plaintif) adalah terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini bertarikh pada 26.07.2024 tersebut. [3] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan Alasan Penghakiman ini dan untuk kemudahan kesemua pihak, maka Mahkamah akan merujuk pihak-pihak di dalam kapasiti mereka yang asal iaitu Perayu-Perayu akan dirujuk sebagai Plaintif-Plaintif. Manakala, Responden akan dirujuk sebagai Defendan di dalam rayuan ini. ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 4 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Saman Pemula Plaintif-Plaintif (Lampiran - 1) [4] Di dalam Lampiran - 1, Plaintif-Plaintif memohon untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:- (a) Bahawa “co-proprietorship” atau milikan bersama Plaintif- Plaintif dan Defendan atas Hartanah rumah setingkat yang dikenali sebagai No. 10, Lorong Kurau 3, Taman Samudra, Batu 1 ½, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson yang didirikan di atas Lot No. 2526, Mukim dan Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan yang dipegang di bawah Geran No. 16338 (selepas ini dirujuk sebagai “Hartanah tersebut”) ditamatkan dengan serta merta; (b) Bahawa Hartanah tersebut dijualkan melalui lelongan awam pada harga tidak kurang daripada harga pasaran terkini dan kedua-dua pihak dalam tindakan ini diberi kebebasan untuk melantik jurunilai bertauliah bagi menyediakan laporan penilaian untuk menentukan harga pasaran terkini bagi Hartanah tersebut; (c) Bahawa seorang pelelong berlesen dilantik oleh Mahkamah Yang Mulia ini untuk menguruskan dan menjalankan lelongan awam ini; ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 5 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (d) Bahawa hasil jualan bersih untuk Hartanah tersebut setelah ditolak segala kos, caj dan perbelanjaan urusan jualan termasuk caj dan fee guaman, fee jurunilai dan lain-lain caj dan kos yang berkaitan dengan jualan dan pindahmilik Hartanah tersebut dibahagikan di antara setiap Plaintif-Plaintif dan Defendan mengikut bahagian ketuanpunyaan masing-masing iaitu seperti berikut:- (i) Plaintif Pertama - 1/2 bahagian (ii) Plaintif Kedua – 3/20 bahagian (iii) Plaintif Ketiga – 3/20 bahagian (iv) Plaintif Keempat - - 1/20 bahagian (v) Defendan – 3/20 bahagian (e) Bahawa kedua-dua pihak di dalam tindakan ini dikehendaki menandatangani dan menyempurnakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk memberi kesan dan efek kepada Perintah-Perintah di dalam sini; (f) Bahawa sekiranya mana-mana pihak gagal untuk menandatangani atau menyempurnakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk memberi kesan dan efek kepada Perintah di dalam sini selepas diberi tujuh (7) hari ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 6 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal notis, maka Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar kepada Mahkamah Yang Mulia ini adalah diberi kuasa sepenuhnya untuk menandatangani atau menyempurnakan sebarang dokumen dan / atau melakukan semua tindakan yang perlu untuk memberi kesan dan efek kepada Perintah-Perintah di dalam sini; (g) Bahawa Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dalam Negeri Sembilan atau mana-mana pihak otoriti berkenaan adalah diberi kuasa sepenuhnya untuk meletakhak Hartanah tersebut di atas nama pembeli atau pemilik baru selepas menerima dokumen-dokumen relevan untuk memberi kesan kepada Perintah di dalam sini; (h) Kos tindakan ini diperuntukkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini; dan (i) Lain-lain perintah yang dianggap patut dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini. [5] Saman Pemula Plaintif-Plaintif ini disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh Defendan Pertama (Lau Len Quan) bertarikh pada 10.11.2023 yang telah diberi kuasa oleh Defendan Kedua, ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 7 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Defendan Ketiga dan Defendan Keempat untuk mengikrarkan afidavit ini bagi pihak mereka dalam tindakan Saman Pemula ini. Ringkasan Fakta Kes [6] Di dalam kes ini Plaintif Pertama, Plaintif Kedua, Plaintif Ketiga dan Defendan adalah merupakan adik beradik. Manakala, Plaintif Keempat adalah merupakan anak saudara kepada Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga. Bapa kepada Plaintif- Plaintif Pertama, Kedua dan Ketiga yang bernama Lau Kok Suai bersama-sama dengan Plaintif Pertama (Lau Len Quan) adalah merupakan pemilik bersama (atas dasar 50 : 50) suatu hartanah yang beralamat di No. 10, Lorong Kurau 3, Taman Samudra, Batu 1 ½, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. [7] Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga mempunyai seorang lagi adik yang bernama Lau Tok Fun [No. K/P: 570217- 10-5714] yang juga merupakan emak kepada Plaintif Keempat. [8] Selepas kematian ayah Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga iaitu Lau Kok Suai dan selaras dengan wasiat ayah mereka (Lau Kok Suai) bertarikh 18.11.2009, setengah (1/2) ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 8 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bahagian hartanah yang dimiliki oleh Lau Kok Suai tersebut telah dibahagikan antara Plaintif Kedua, Plaintif Ketiga, Plaintif Keempat dan Defendan seperti berikut:- (a) Plaintif Kedua iaitu Lau Sook Har (anak perempuan) - 3/10 bahagian. (b) Defendan iaitu Lau Sook Chin (anak perempuan) - 3/10 bahagian. (c) Plaintif Ketiga iaitu Lau Sook Lang (anak perempuan) - 3/10 bahagian. (d) Plaintif Keempat iaitu Pearly Tim (cucu perempuan) - 1/10 bahagian. [9] Bapa kepada Plaintif-Plaintif Pertama, Kedua dan Ketiga dan Defendan iaitu Lau Kok Suai telah menyatakan niatnya untuk memberikan sebahagian hartanah tersebut kepada Lau Tok Fun tetapi Lau Tok Fun telah memberitahu Lau Kok Suai bahawa dia tidak ingin mengambil duit dari Lau Kok Suai. Oleh itu, Lau Kok Suai telah memberikan sebahagian hartanah tersebut (1/10 bahagian) kepada anak Lau Tok Fun (Plaintif Ke-4 - Pearly Tim). ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 9 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Analisis dan penemuan Mahkamah Peruntukkan undang-undang berkenaan penamatan pemilikan bersama (“co-proprietorship”) [10] Merujuk kepada Seksyen 145 Kanun Tanah Negara 1965 di mana ia memperuntukkan seperti berikut:- Power of Court to facilitate termination of co-proprietorship 145. “(1) Where, in the case of any land vested in co-proprietors- (a) any of the co-proprietors will neither join in, nor consent to the making of, an application for partition under this Chapter; or (b) by reason of the operation of paragraph 136(1)(f) (as applied by section 141), the partition of the land between all of the co- proprietors is incapable of being approved under this Chapter, the Court, subject to and in accordance with the provisions of any law for the time being in force relating to civil procedure, may, on the application of any of the co-proprietors, make such order as it may think just for the purpose of enabling the co-proprietorship to be terminated. (2)Without prejudice to the generality of the power conferred by subsection (1), the Court may on any application under that subsection order – (a) that, subject to the making between the co-proprietors of such payments as the Court may consider equitable having regard to the comparative values of the individuals portions thereby proposed, ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 10 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal any application for partition made by one or more of the co- proprietors in the terms specified in the order shall be deemed for the purposes of this Chapter to have been made by them all; (b) that undivided share of any of the co-proprietors be transferred on the terms specified in the order to the other co-proprietors, or to any of them; or (c) that the land be sold.” [11] Di dalam kes Lim Chung Aik v. Ang Ting Chong & Ors [2023] 1 LNS 2057, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut:- “[27] In this respect, I find support from the Court of Appeal’s decision in Koh Heng Jin Holdings Sdn Bhd v. Phuah Beng Chooi & Anor [2016] 3 CLJ 837 wherein Her Ladyship Alizatul JCA (As she then was) held as follows:- “(2) There was neither evidence of any request by the plaintiff to defendants for the said property to be partitioned nor evidence of any refusal by the defendants to consent to the said partition. There was also no evidence from the State Director or the Land Administrator of from the planning authority confirming that the areea of the proposed sub-divisional portion will be less than the minimum area prescribed under s. 136(1)(f) of the NLC. In the absence of such evidence, the conditions under which the court should exercise its power to terminate the co-proprietorship under s. 145(1) of the NLC and to make ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 11 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal consequential order, inter alia, that the said property be sold, had not been satisfied. Therefore, the plaintiff’s reliance on s. 145 of the NLC to terminate the co-proprietorship was misconceived.” ... [32] It is my finding that Plaintiff has failed to produce any evidence of a request made to Defendants for partitioning of the Land and refusal by Defendants to consent to the said partition. [33] Neither have the Defendants adduced any such evidence. [34] In addition, neither the Plaintiff nor the Defendants produce any proposed plans for partitioning of the Land from a qualified Land Surveyor. [35] Hence without production of such evidence, this Court is not seized of the powers under Section 145(1) NLC to terminate the co- proprietorship. [36] The article entitled “Cutting the Chains of Co-Proprietorships In Land” by Kevin Kam Soon Aun cited by learned counsel for the Plaintiff itself mentions that termination of the co-proprietorship may be resorted to wherre any of the co-proprietors will neither join in nor consent to the making of an applcation for partition. ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 12 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [12] Seterusnya, di dalam kes Low Hong Eng & Anor v. Lee Soo Joo & Ors [2021] MLRHU 207, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut:- “[18] From a plain reading of s 145 of the NLC, it is clear that an application to the court for a consequential order that the land be sold can be made under an application which falls within s 145(1). That is to say, the court may order that the land be sold (under s 145(2)(c) upon an application under 145(1) of the NLC. In other words there must first be an application made under s 145(1) of the NLC before s 145(2)(c) can be invoked to order a sale of the land. And in order for an application to be made under s 145(1) of the NLC, it must be the case that a co- proprietor will neither join in, nor consent to the making of, an application for partition of the land (as pe s 145(1)(a)). Note that s 145(1)(b) of the NLC is not relevant here. [19] In the present case, s 145(1) of the NLC has not been satisfied as there is no issue of a refusal on the part of the Defendants to join in or consent to an application for the partition of the Property. The Plaintiffs did not and had never requested the Defendants to consent to the partitioning of the Property. It has always been the Plaintif position that the Property is to be sold, and not for any partition of the Property. [20] Moreover, it is doubtful whether a partition can be ordered in this case since the Property consist of a single shop lot unit. However, no ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 13 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal affidavit evidence was adduced nor any arguments canvassed on this point. [13] Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa tidak ada terdapat sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif telah memohon atau membuat permintaan terlebih dahulu kepada Defendan untuk pecah bahagian hartanah tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 145 (1) Kanun Tanah Negara 1965 dan Defendan telah enggan kepada cadangan oleh Plaintif-Plaintif tentang pecah bahagian tersebut. [14] Dalam lain perkataan, pemilik-pemilik bersama tidak seharusnya dibenarkan untuk mengenepikan berkenaan dengan peruntukkan di bawah Seksyen 145 (1) (a) dan (b) Kanun Tanah Negara dengan cara mengambil jalan mudah untuk menjual hartanah tersebut melalui perintah Mahkamah tanpa terlebih dahulu meminta kebenaran daripada pemilik-pemilik bersama yang lain (“other co-proprietors”) untuk pecah bahagian hartanah tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 14 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [15] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk memenuhi pra-syarat yang dikehendaki untuk membawa tindakan ini di bawah Seksyen 145 Kanun Tanah Negara 1965. Justeru itu, Saman Pemula yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif ini seharusnya ditolak oleh Mahkamah dengan kos. Isu Pertama: Sama ada wajar untuk membenarkan Lau Tok Fun selaku adik kepada Plaintif-Plaintif Pertama, Kedua dan Ketiga dan juga emak kepada Plaintif Keempat untuk tinggal di atas hartanah tersebut [16] Di dalam kes ini, Mahkamah berpendapat bahawa permohonan Plaintif-Plaintif untuk penamatan pemilikan bersama dan penjualan hartanah tersebut harus ditolak atas dasar kemanusiaan memandangkan Lau Tok Fun yang dalam keadaan sakit dan menetap atau menghuni di atas hartanah tersebut. [17] Di dalam kes ini, adalah merupakan suatu fakta yang tidak dipertikaikan atau disangkal oleh Plaintif-Plaintif bahawa Lau Tok Fun disahkan menghidap kanser saluran kencing atas (pelvis buah pinggang) pada 22.7.2022 di mana doktor telah menyatakan ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 15 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bahawa kanser ini adalah invasif kepada tisu-tisu di sekeliling. Fakta ini telah dibuktikan melalui Ekshibit “LTF-1” di dalam Afidavit Lau Tok Fun (Lampiran - 5) iaitu dokumen-dokumen diagnosis di mana Lau Tok Fun telah di diagnosis untuk “Left Urothelial Carcinoma of the Upper Urinary Tract (renal pelvis) high grade (2022) dan right invasive urothelial carcinoma (2023). [18] Selain itu, Lau Tok Fun juga menegaskan bahawa baru-baru ini beliau telah menjalani pembedahan serius iaitu “right mid ureterectomy” dan “end to end anastomosis” pada 18.8.2023 di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang di mana Tok Fun hanya dilepaskan atau dikeluarkan (“discharged”) dari hospital pada 28.8.2023. Diagnosis muktamad yang telah diberi oleh doktor pada Ogos 2023 adalah “right urothelia carcinoma of mid ureter”. Fakta ini telah dibuktikan melalui Ekshibit “LTF-2” di dalam Afidavit Lau Tok Fun (Lampiran - 5) iaitu dokumen-dokumen salinan diagnosis Lau Tok Fun yang bertarikh pada 28.08.2023. [19] Begitu juga, Lau Tok Fun mengesahkan beliau masih mempunyai temujanji di Hospital Serdang setiap tiga bulan dan Lau Tok Fun juga sedang menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Putrajaya. ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 16 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Fakta ini telah dibuktikan melalui Ekshibit “LTF-3” di dalam Afidavit Lau Tok Fun (Lampiran - 5) iaitu dokumen kad-kad temujanji Lau Tok Fun yang dikeluarkan Institut Kanser Negara. [20] Selanjutnya, Lau Tok Fun juga menegaskan bahawa sejak kematian ayah beliau Lau Kok Suai pada 5.11.2010, ibu beliau telah tinggal di atas hartanah tersebut seorang diri sehingga Januari 2018. Selepas Lau Tok Fun telah bersara pada 2018, Lau Tok Fun telah pindah ke hartanah tersebut untuk tinggal bersama ibu beliau yang berusia lebih kurang 86 tahun pada masa itu dan menjaganya sehingga ibunya meninggal dunia pada tahun 2022. [21] Tambahan lagi, Lau Tok Fun juga menegaskan bahawa beliau telah membayar kos-kos pembaikpulihan dan penyelenggaraan hartanah tersebut sehingga kini dan sejak 2022 apabila Lau Tok Fun mendiami hartanah tersebut seorang diri. Lau Tok Fun telah membayar segala bil-bil utiliti hartanah tersebut serta tanpa bantuan kewangan daripada adik-beradiknya. Fakta ini telah dibuktikan melalui Ekshibit “LTF-4” di dalam Afidavit Lau Tok Fun (Lampiran - 5) iaitu dokumen salinan bil-bil utiliti bersama-sama dengan resit-resit bayaran yang telah dibayar oleh Lau Tok Fun. ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 17 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [22] Di samping itu, Lau Tok Fun juga menegaskan bahawa akibat masalah kesihatannya dan umurnya yang sudah 66 tahun, beliau mengalami masalah kekangan kewangan. Lau Tok Fun juga menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain untuk tempat tinggalnya selain hartanah itu akibat situasi kewangannya. [23] Seterusnya Lau Tok Fun juga menegaskan bahawa biasanya beliau perlu melawati Hospital Putrajaya untuk rawatan kimoterapi, Hospital Serdang setiap tiga (3) bulan sekali untuk “ureterscopy” dan Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan kesihatan. Selanjutnya, Lau Tok Fun juga menegaskan bahawa beliau adalah merupakan pesakit kanser payudara di mana beliau telah menjalani pembedahan kanser payudara pada 2000 di Hospital Ampang Puteri. Fakta ini telah dibuktikan melalui Ekshibit “LTF-5” yang terdapat di dalam Afidavit Lau Tok Fun di bawah Lampiran - 5 iaitu salinan laporan daripada Hospital KPJ Ampang Puteri bertarikh pada 30.9.2019 dan juga laporan mammogram ke atas Lau Tok Fun yang bertarikh pada 30.5.2022. ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 18 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [24] Mahkamah mendapati segala penegasan-penegasan yang telah diberikan dan yang telah dikemukakan oleh Lau Tok Fun ini adalah disokong melalui fakta-fakta afidavit yang telah dikemukakan oleh Defendan di dalam Afidavit-Afidavit Jawapan Defendan di bawah Lampiran 4 dan juga di bawah Lampiran -8. Mahkamah juga mendapati segala penegasan oleh Lau Tok Fun dan Defendan ini telah gagal untuk dicabar, disangkal dan dipertikaikan oleh Plaintif-Plaintif dalam afidavit balasan mereka. [25] Oleh itu, Mahkamah mendapati memandangkan keadaan yang dialami oleh Lau Tok Fun ini maka adalah tidak patut dan tidak wajar sama sekali untuk Plaintif-Plaintif Pertama, Kedua dan Ketiga sebagai adik beradik dan Plaintif Keempat sebagai anaknya untuk menjual hartanah tersebut pada masa ini apabila Lau Tok Fun sendiri tidak mempunyai tempat tinggal yang lain. [26] Dalam erti kata yang lain, Plaintif-Plaintif dan Defendan sebagai ahli-ahli keluarga Lau Tok Fun mempunyai obligasi moral dan tanggungjawab terhadap kebajikan Lau Tok Fun terutamanya apabila Lau Tok Fun menghidap kanser dan masih sedang menjalani rawatan intensif atau rawatan kimoterapi untuknya di ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 19 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mana sudah pasti pada kebiasaannya Lau Tok Fun akan menjadi lemah selepas rawatan kimoterapi tersebut. Oleh itu, dia tidak mungkin dapat berpindah apabila dia mempunyai pemeriksaan kesihatannya dan rawatan-rawatan lainnya yang perlu dia jalani. [27] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan ini maka Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif tidak harus meneruskan dengan penjualan hartanah tersebut atas dasar kemanusiaan untuk menjaga kebajikan Lau Tok Fun. Isu Kedua: Sama ada penjualan hartanah tersebut adalah merupakan satu keperluan dan kegagalan untuk meneruskan dengan penjualan tersebut akan menimbulkan prejudis kepada pihak Plaintif-Plaintif [28] Di dalam kes ini, berdasarkan kepada bukti-bukti yang telah dikemukakan kepada Mahkamah, Mahkamah mendapati bahawa pada tahap atau pada peringkat ini tidak ada keperluan untuk Plaintif-Plaintif meneruskan dengan permohonan untuk penamatan pemilikan bersama dan penjualan hartanah tersebut memandangkan tidak ada terdapat sebarang bukti bahawa Plaintif-Plaintif berada di dalam kedaan kesempitan kewangan ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 20 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dan amat memerlukan wang dari penjualan hartanah tersebut. [29] Sebaliknya, jika sekiranya permohonan Plaintif-Plaintif untuk penamatan pemilikan bersama dan penjualan hartanah tersebut diteruskan, maka ianya akan menimbulkan kesusahan dan kesukaran kepada Lau Tok Fun yang tidak ada tempat lain untuk berlindung, ditambah pula dengan keadaan kesihatannya yang memang kritikal masa ini dan masih menjalani beberapa rawatan. [30] Mahkamah juga mendapati tidak ada sebarang kesan prejudis yang timbul kepada Plaintif-Plaintif di dalam kes ini jika sekiranya permohonan Plaintif-Plaintif untuk penamatan pemilkan bersama dan penjualan hartanah tersebut ditolak atau tidak dibenarkan. KESIMPULAN [31] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan tersebut di atas, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk menolak Saman Pemula Plaintif-Plaintif yang telah difailkan di bawah peruntukkan Seksyen 145 Kanun Tanah Negara 1965 ini (Lampiran- 1) dengan tiada sebarang perintah terhadap kos. ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 21 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Disediakan oleh: t.t (Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 20 haribulan Oktober 2024. ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 22 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU / PLAINTIF-PLAINTIF: TETUAN THEVAN MANIAM No. 136-1, Jalan S2 F2 Garden Homes Seremban 2 70300 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. PEGUAMCARA RESPONDEN / DEFENDAN: TETUAN BENJAMIN DAWSON C-11-5, Block C, Level 11, Unit 5 Megan Avenue II 12, Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur. ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-643-12/20231 23 S/N D6ZaStt/SEKdbLsYDxtKQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal