LEE KOY @ LEE YEE CHEONG 1. ) SUNNY HENG 2. ) CHIANG LI HUAN
Court found plaintiff proved causation between the road accident and prolonged disability leading to death and awarded full general damages for the injuries sustained (total RM150,000) without reduction despite death occurring 2 years 10 months after the accident; funeral expenses of RM18,488 were allowed as special...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-A53KJ-530-08/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Lee Pek Wai (representative of the estate of Lee Koy @ Lee Yee Cheong); Defendant: Sunny Heng; Defendant: Chiang Li Huan
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 13 December 2022
- Case Number
- JA-A53KJ-530-08/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Writ (personal Injury/fatal Accident) / Judgment After Full Trial; Appeal by Defendants on Quantum Recorded
- Outcome
- Judgment for Plaintiff in part; damages awarded and costs to Plaintiff with interest as ordered
- Legal Topics
- General Damages, Special Damages, Quantum, Funeral Expenses, Interest, Liability Apportionment
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Lee Pek Wai (representative of the estate of Lee Koy @ Lee Yee Cheong)
Plaintiff
Sunny Heng
Defendant
Chiang Li Huan
Defendant
Procedural Posture
Writ (personal Injury/fatal Accident) / Judgment After Full Trial; Appeal by Defendants on Quantum Recorded
Legal Issues
- 1 Whether general damages should be reduced because the deceased died 2 years 10 months after the accident
- 2 Whether funeral expenses are recoverable as special damages
- 3 Apportionment of liability between parties
Ratio Decidendi
Court found plaintiff proved causation between the road accident and prolonged disability leading to death and awarded full general damages for the injuries sustained (total RM150,000) without reduction despite death occurring 2 years 10 months after the accident; funeral expenses of RM18,488 were allowed as special damages on proof; liability apportioned 50% to each defendant; interest and costs ordered as specified.
Court Disposition
Judgment for Plaintiff in part; damages awarded and costs to Plaintiff with interest as ordered
Orders
- Liability apportioned 50% to each defendant
- General damages awarded RM150,000 comprising RM100,000 (severe head injury), RM22,000 (closed fracture left midshaft radius and ulna), RM22,000 (closed fracture left midshaft tibia and fibula), RM6,000 (left lung contusion)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-A53KJ-530-08/2021 Kand. 36 08/01/2023 10:55:44 DALAM MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM WRIT SAMAN NO – JA-A53KJ-530-08/2021 ANTARA LEE PEK WAI [K/P:721012-08-5436] WAKIL DIRI KEPADA HARTA PUSAKA SI MATI LEE KOY @ LEE YEE CHEONG [Identity Card No.: 401024085289] YANG MEMBAWA TINDAKAN INI BAGI PIHAK SI ESTATE SI MATI DI BAWAH SEKSYEN 8 AKTA UNDANG-UNDANG SIVIL 1956 [S K LEE] …PLAINTIF DAN 1. SUNNY HENG [Identity Card No.: 030711080885] 2. CHIANG LI HUAN [Identity Card No.: 850514086062] [V.M. KUMARAN & CO.] …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (SELEPAS BICARA PENUH DENGAN SAKSI) 1 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal LATARBELAKANG [1] Ini adalah rayuan Perayu/Defendan-Defendan terhadap keputusan Mahkamah bertarikh 13/12/2022 dan merayu terhadap keputusan atas isu kuantum sebagaimana di Lampiran 34. [2] Pihak-pihak telah merekodkan persetujuan atas isu liabiliti pada 10/10/2022 di mana masing-masing bertanggungan 50% liabiliti. [3] Tiada rayuan balas oleh pihak Plaintif dalam tindakan ini. [4] Kesemua laporan perubatan adalah dipersetujui tertakluk kepada hujahan. ALASAN DAN DAPATAN MAHKAMAH A - LIABILITI Pihak-pihak telah merekodkan persetujuan atas isu liabiliti di mana masing-masing bertanggungan 50% liabiliti. Direkodkan butir-butir Gantirugi Khas yang dipersetujui atas dasar 100% sebagaimana di dalam item-item di muka surat 8 Ikatan Pliding Terpinda: 1. RM 80.00 – kos laporan perubatan HSA - di bawah kos tindakan. 2. RM 148.50 3. RM 50,000 2 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4. RM 90.00 5. RM 200.00 6. RM 105.00 7. RM 48.60 8. RM 950.00 10. RM 20.00 – kos laporan JPJ – di bawah kos tindakan 11. RM 20.00 – kos laporan polis – di bawah kos tindakan 13. RM 371.00 14. RM 1,000.00 15. lain-lain Dipertikaikan di mana pihak-pihak akan berhujah untuk item ini. B - KUANTUM Atas dasar 100%, Mahkamah membenarkan gantirugi seperti berikut: GANTIRUGI AM BIL PERKARA JUMLAH DIBENARKAN /DITOLAK 3 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 1 Severe head injury – without skull fracture and RM100,000.00 intracranial bleeding of intra- parenchymal/subarachnoid/intraventricular types 2 Closed fracture left midshaft radius and ulna RM22,000.00 3 Closed fracture left midshaft tibia and fibula RM22,000.00 4 Left lung contusion RM6,000.00 JUMLAH RM150,000.00 1. Severe head injury – without skull fracture and intracranial bleeding of intra-parenchymal/subarachnoid/intraventricular types Plaintif berhujah jumlah RM300,000.00 Defendan berhujah jumlah RM70,000.00 Mahkamah membenarkan jumlah RM100,000.00 Alasan Mahkamah: [1] Plaintif berhujah bahawa kecederaan dibahagian kepada si mati adalah sangat serius seperti dalam laporan perubatan HSA bertarikh 24/4/2019. [2] Mahkamah merujuk kepada laporan Klinik Pakar Neurosurgeri HSA tersebut dan ia menyatakan “imaging studies demonstarted: 4 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a) No skull fracture c) Diffused right subarachnoid bleed over right high parietal, temporal and insula, contusion over left temporal and parietal, interhemispheric bleed with intraventricular extension… Final diagnosis: 1. Polytraumatic with Severe Head Injury without skull fracture and intracranial bleeding of intra- parenchymal/subarachnoid/intraventricular types 2. Extracranial injuries; lung contusion, left radius ulnar fracture, left tibia fibula fracture Treatment: i) Conservative with ICU nursing ii) Physiotherapy iii) Rehabilitation Progress – condition improved Sequale - patient on trachy, ADL dependant, on Ryles tube feeding Recovery from handicap since last visit appear Partial. Handicap is likely to be permanent or shows minimal improvement if persist for more than 24 months. 5 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [3] Si mati kemalangan pada 28/1/2019 dan terus dibawa ke Jabatan Neurosurgeri HSA pada 28/1/2019 (Date of admission) dan keluar wad pada 25/2/2019 (Date of Discharge). [4] Ini bermakna, pemantauan hospital adalah lebihkurang 1 bulan dan catatan doktor sepanjang tempoh tersebut adalah dari “altered consciousness, consciousness is: Loss with E1 V1 M5 (7/15) kepada “condition of patient while last seen by the doctor – Date:9/4/2019, condition: well, no increase intracranial pressure symptoms, E4VtM6 pupil equal reactive”. [5] Ini juga menunjukkan, kali terakhir si mati dirawat di Klinik Pakar neurosurgeri HSA adalah pada 9/4/2019 dengan komen oleh doktor “Presume overall prognosis – handicap and dependant for carrying out daily needs activity.” [6] Mahkamah membuat dapatan bahawa prognosis ini dibuat oleh Klinik Pakar Neurosugeri. Ini bermakna, si mati tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan sendiri/berdikari dan perlu bergantung kepada bantuan orang/pihak lain adalah disebabkan masalah neurologi atau kecederaan dan/atau kesan kecederaan di bahagian kepala. 6 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [7] Keadaan ini juga telah diakui oleh pihak Defendan apabila mereka bersetuju dengan kos-kos penjagaan si mati di Pusat Jagaan Lee Nursing Home sehingga si mati meninggaldunia. [8] Defendan berhujah bahawa si mati tidak dirujuk kepada mana- mana pakar serta tiada sebarang keterangan dikemukakan bagi menyatakan keadaan Plaintif sebelum meninggal dunia. Tanpa bukti dokumen mahupun bukti keterangan, maka award yang diberikan bagi “pain and suffering” yang dialami oleh Plaintif seharusnya paling minimum dalam julat award berdasarkan Revised Compedium. [9] Dalam menentukan jumlah yang wajar bagi kecederaan dibahagian kepala ini, Mahkamah setuju hanya ada satu laporan pakar neurosurgeri yang dirujuk. Dalam rekod, si mati meninggal dunia pada 22/11/2021 iaitu kira-kira 2 tahun 10 bulan selepas kemalangan. Daripada bil Pusat Jagaan Lee Nursing Home yang terakhir di mukasurat 23 Ikatan C, si mati masih diletakkan di bawah penjagaan pusat tersebut sehingga tarikh beliau meninggal dunia. [10] Apa yang Mahkamah boleh simpulkan daripada bil-bil tersebut, si mati masih dalam keadaan sama sebagaimana dinyatakan oleh doktor pakar neurosurgeri “Handicap is likely to be permanent or shows minimal improvement if persist for more than 24 months.” Si 7 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mati masih bergantung kepada penggunaan “pampers, wet tissue dan lain-lain keperluan” seperti dalam bil tersebut walaupun selepas 2 tahun 10 bulan dari tarikh kemalangan dan meninggaldunia semasa di bawah jagaan pusat jagaan. [11] Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kes mereka. Tiada apa-apa keperluan untuk merujuk pakar lain atau mendapatkan laporan pakar terkini sedangkan fakta adalah jelas bahawa disebabkan kemalangan yang dialami, si mati berada di bawah penjagaan pusat jagaan sehingga tarikh terakhir beliau bernafas. [12] Jika Defendan ingin menyatakan sebaliknya, beban berpindah kepada pihak Defendan untuk membuktikan. Ini adalah jelas dari segi undang-undang. [13] Oleh demikian, Mahkamah membuat dapatan bahawa kecederaan di bahagian kepala si mati akibat kemalangan memberikan kesan besar dan serius kepada si mati sehingga tarikh kematian beliau. [14] Walaubagaimanapun, jumlah yang dipohon dan kes-kes yang dirujuk oleh Plaintif/si mati adalah terlalu tinggi dan perlu dikaji semula. Dalam masa yang sama, Plaintif/si mati tidak membuat rayuan balas atas kuantum dan Mahkamah percaya Plaintif/si mati bersetuju dengan jumlah yang diberikan oleh Mahkamah. 8 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [15] Berbanding dengan jumlah yang dicadangkan oleh Defendan iaitu RM70,000.00, Mahkamah membenarkan RM100,000.00 berdasarkan laporan perubatan, keadaan si mati sepanjang 2 tahun 10 bulan dan juga kes-kes yang boleh digunapakai dalam membantu Mahkamah mencapai satu jumlah yang adil dan munasabah. [16] Mahkamah merujuk kepada kes MOHD FARHAN AZIZAN BIN ADNAN V TEO BEE LENG [2020] 2 PIR yang membenarkan jumlah RM100,000.00 untuk kecederaan severe head injury, right temporal bone fracture and left temporoparietal injury” dan juga kes KHAIRUL ANWAR BIN HAMID (SEORANG KANAK-KANAK YANG BELUM DEWASA MENDAKWA MELALUI SAHABAT WAKIL DAN BAPANYA YANG SAH IAITU HAMID BIN SUKANDI) v. GANESWARI A/P MUNIANDI & ANOR [2020] 1 PIR [6] yang memberikan award RM120,000.00 bagi kecederaan “severe head injury with skull fracture, intracranial bleeding of subdural types, loss of consciousness with GCS 8/15 and subdural haemorrhage in the temporal region (the Plaintiff as a result suffers from imsomnia, post traumatic amnesia and retrograde amnesia). [17] Kedua-dua kes ini diputuskan pada tahun 2020. Walaupun kedua- dua kes masih boleh dibezakan dengan kes Plaintif/si mati ini dari 9 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal segi keadaan serius, faktor umur dan lain-lain, ia adalah satu julat award yang munasabah yang mana Mahkamah fikir adalah adil untuk diberikan kepada si mati. [18] Akhirnya Mahkamah merujuk kepada kes SUBRAMANIAM KRISHNA KUTTI LWN. GANESAN RENGASAMY & SATU KES LAGI [2011] 5 CLJ 459 [2011] 2 PIR [42] yang memutuskan “…RM120,000 was awarded for severe head injury with skull fracture and intra-cranial bleeding of subdural types resulting in impaired intuition and reduced sense of responsibility as a consequence of post injury neurobehavioral changes - plaintiff as a result of the injuries needs nursing care.” [19] Sama seperti dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Plaintif/si mati juga memerlukan penjagaan pihak ketiga (nursing care). Oleh itu, jumlah RM100,000.00 yang diawardkan oleh Mahkamah adalah munasabah dan berpatutan dengan keadaan Plaintif/si mati. b) Closed fracture left midshaft radius and ulna Plaintif berhujah jumlah RM30,000.00 Defendan berhujah jumlah RM22,000.00 Mahkamah membenarkan RM22,000.00 10 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Memandangkan ini adalah Notis Rayuan Defendan sendiri atas kuantum, untuk gantirugi ini Mahkamah mengandaikan ia tidak dipertikaikan dan dipersetujui. c) Closed fracture left midshaft tibia and fibula Plaintif berhujah jumlah RM30,000.00 Defendan berhujah jumlah RM22,000.00 Mahkamah membenarkan jumlah RM22,000.00 Memandangkan ini adalah Notis Rayuan Defendan sendiri atas kuantum, untuk gantirugi ini Mahkamah mengandaikan ia tidak dipertikaikan dan dipersetujui. d) Left lung contusion Plaintif berhujah jumlah RM7,000.00 Defendan berhujah jumlah RM6,000.00 Mahkamah benarkan RM6,000.00 Memandangkan ini adalah Notis Rayuan Defendan sendiri atas kuantum, untuk gantirugi ini Mahkamah mengandaikan ia tidak dipertikaikan dan dipersetujui. 11 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ISU-ISU LAIN YANG DIBANGKITKAN: [1] Dalam hujahan pihak-pihak, terdapat 2 isu yang dibangkitkan iaitu: a) Samada jumlah gantirugi am perlu dikurangkan memandangkan si mati mengalami kemalangan jalanraya pada 28/1/2019 dan meninggal dunia pada 22/11/2021? b) Samada Plaintif patut dibenarkan menuntut kos pengkebumian si mati? Samada jumlah gantirugi am perlu dikurangkan memandangkan si mati mengalami kemalangan jalanraya pada 28/1/2019 dan meninggal dunia pada 22/11/2021? [1] Defendan berhujah, daripada jumlah keseluruhan gantirugi am RM120,000.00 (yang dicadangkan Defendan) atau RM150,000.00 yang dibenarkan oleh Mahkamah, bagi “pain and suffering” untuk Plaintif/si mati yang meninggal dunia selepas 2 tahun 10 bulan kemalangan tersebut, Plaintif tidak seharusnya diawardkan secara penuh untuk kesakitan dan penderitaan yang dialami akibat kemalangan yang berlaku. [2] Defendan berhujah Mahkamah perlu membuat penolakan bagi “pain and suffering” apabila Plaintif meninggaldunia dalam tempoh 12 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tertentu berbanding dengan award bagi “pain and suffering” yang dialami oleh Plaintif dalam situasi biasa. [3] Defendan berhujah dengan merujuk kes-kes (seperti di mukasurat 15 Hujahan Bertulis Defendan) yang mana secara ringkas potongan adalah dalam 2/3, 80%, 50% berdasarkan tempoh masa “pain and suffering” dan Defendan berhujah dalam kes ini perlu ditolak 2/3 daripada jumlah gantirugi am dan jumlah sepatutnya diawardkan adalah RM40,000.00 iaitu jumlah munasabah bagi “pain and suffering” dalam tempoh riwayat si mati selama 34 bulan. [4] Plaintif sebaliknya berhujah bahawa jumlah award penuh (dimohon sebanyak RM367,000.00 atas dasar 100% liabiliti) dan tanpa sebarang pengurangan adalah patut dibenarkan. [5] Mahkamah dalam isu ini mengambil keputusan dan membuat dapatan bahawa mengambilkira faktor-faktor dalam kes ini secara tersendiri, jumlah penuh tanpa tolakan perlulah dibenarkan. [6] Si mati meninggal dunia 2 tahun 10 bulan selepas kemalangan. Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa akibat dan kesan daripada kemalangan tersebut, si mati telah mengalami kecederaan, keilatan dan ketidakupayaan. 13 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [7] Kesan daripada kemalangan dan kecederaan yang dialami, si mati telah ditempatkan di pusat jagaan sejak dari tarikh keluar wad HSA sehingga meninggaldunia. Defendan sendiri bersetuju dengan kos- kos penjagaan di rumah penjagaan. [8] Defendan tidak memberikan apa-apa versi/bukti sebaliknya dalam perkara ini. Si mati telah merasakan kesakitan dalam keadaan sedar (bukan koma atau vegitative). Oleh itu kesakitan di alami adalah ditanggung dari tempoh kemalangan sehingga meninggal dunia. [9] Daripada kes-kes yang dirujuk, tidak ada sebab untuk dikurangkan atau apa-apa justifikasi kenapa perlu ditolak 50%, 2/3 atau apa-apa juga formula yang perlu Mahkamah gunapakai. Tambahan pula, kes-kes yang dirujuk adalah diperingkat bawahan/rayuan ke Mahkamah Tinggi yang membincangkan fakta kes itu sendiri (case per case basis). Mahkamah ini akur dengan keputusan-keputusan YAH bagi kes-kes yang dinyatakan tetapi dalam masa yang sama tidak ada penjelasan kenapa perlu tolakan atau kenapa peratusan yang dicadangkan perlu dipertimbangkan. [10] Pada hemat Mahkamah, tempoh kesakitan dan kesengsaraan si mati ditanggung untuk 2 tahun 10 bulan sebelum meninggal. Plaintif dalam keadaan sedar, dapat merasi kesakitan (bukan dalam 14 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keadaan koma), tidak dapat bergerak, menguruskan diri secara sendiri/berdikari dan ini bukan disebabkan kecederaan pada anggota badan (orthopedik) yang lain. [11] Jika kes diputuskan dalam tempoh sebelum si mati meninggaldunia, nescaya jumlah penuh akan diberikan sebagai award gantirugi am kepada si mati dan isu tolakan (deduction) tidak akan timbul. Jumlah yang diberikan oleh Mahkamah juga adalah satu jumlah yang adil dan munasabah dan telah memberi pampasan sewajarnya kepada Plaintif/si mati. Ia bukanlah satu jumlah yang berlebihan (unjust enrichment) dan tidak pernah sekali-kali dapat memberikan Plaintif/si mati kembali dalam keadaan asal sebagaimana sebelum kemalangan. [12] Mahkamah menggunapakai keputusan kes GEORGE LAI WENG KEEI v. ARYAL TEK RAJ (AS REPRESENTATIVE OF BIMAL THAPA, DECD.) [2018] 1 LNS 148 yang memutuskan: [23] The Appellant next went on to submit that since the Victim passed away subsequent to the accident, there should therefore be a reduction to the award of general damages following the cases of Maimunah Bte Hassan (sebagai wakil harta pusaka Rozita Bte Khamis) Dan Satu Lagi v. Marimuthu s/o Samanathan & Satu Lagi [1993] 1 CLJ 119, Moo Ah Kow v. TNB Distribution Sdn Bhd & 15 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Another Case [2009] 1 LNS 1472, Ganesan a/l Suppiah @ Muniandy (mendakwa sebagai anak dan penjaga yang sah kepada Suppiah @ Muniandy a/l Arumugam (Si mati) v. Lim Zi Siang & Anor [2013] 2 PIR 46 and Mohd Nor bin Yahaya (menyaman bagi pihak dirinya sendiri dan sebagai pentadbir harta pesaka Nur Hanani binti Ahmad) v. Abdul Aziz bin Othman & Anor [2014] 2 PIR 129. The Respondent replied that these cases are distinguishable in that the victim therein died within days to at most several months from the date of the accident. In this case, the Victim died almost 3 years after the accident and had endured the pain and suffering caused by the road accident, thus no deduction is to be effected following Muhamad Azhar bin Mohamad Arshad & Anor v. Mansor Hussain Shah bin Wilayat Shah (suing as administrator of the estate of Shah Farin bin Mansor Hussain Shah, deceased) [2016] 1 PIR 1. [24] I accept the submissions of the Respondent and hence hold that the sum awarded for general damages is maintained without deduction for pre-mature death of the Victim. [13] Dalam kes MUHAMAD AZHAR BIN MOHAMAD ARSHAD & ANOR V. MANSOR HUSSAIN SHAH BIN WILAYAT SHAH (SUING AS ADMINISTRATOR OF THE ESTATE OF SHAH FARIN 16 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BIN MANSOR HUSSAIN SHAH, DECEASED) [2016] 1 PIR 1 dinyatakan seperti berikut: [14] I can therefore safely conclude that the deceased had already endured the pain and suffering caused by the road accident at all material times. He was conscious post the accident as gathered from his police report. Subsequently he has undergone surgery and subjected to post-surgical pain till recovery. This can obviously be contrasted with the facts in Mohd Nor Yahya supra and Genesan Suppiah @ Muniandy supra cited by the Appellant wherein the victim survived for only 2 ½ months and 8 days respectively. [15] Accordingly, I see no justification to take into account the demise of the deceased and reduce the quantum of the award.” [14] Mahkamah ingin bezakan dengan kes yang dirujuk oleh Defendan dalam hujahan mereka: a) BALARAJU DURAISAMY lwn. VINOTH RAVISANTHERAN & YANG LAIN, MAHKAMAH SESYEN, KULIM [2017] 5 LNS 3 Tolakan 50%, meninggaldunia selepas 35.5 bulan selepas kemalangan – tidak dinyatakan sebab kematian, kecederaan hanya dibahagian kaki kiri, tidak ada kecederaan di bahagian kepala/saraf/perlukan penjagaan 17 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b) THANGAVELU v. CHIA KOK BIN [1981] CLJ Rep 281 This was a claim for damages under 7 and 8 of the Civil Law Act 1956 by the plaintiff, as administrator of the estate of his 13year old son, who died in a road accident on 9 November 1974. As a result of the accident, the deceased suffered serious injuries and was in a state of coma responding only to deep pain. He subsequently passed away on 15 October 1975 [1] In the present suit, there existed an element of pain and suffering though it was not of a high degree. Therefore, the Court would assess the sum of RM20,000 for pain and suffering and loss of amenities. Dalam kes ini, disebabkan Plaintif dalam keadaan koma, YAH memberikan masih memberikan award penuh RM20,000.00. YAH tidak menyatakan ia adalah sepatutnya potongan berapa peratus atau berapa pecahan dari jumlah asal yang sepatutnya diberikan kepada Plaintif. c) ABA MUTIARA ENTERPRISE & ANOR v. THAVAMANY KATHARAYAN [2020] 1 LNS 1713 18 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [14] In all the precedents referred to in Moo Ah Kaw the plaintiffs died after a spell of enduring pain and suffering and later succumbing to the injuries with the Court taking into consideration that fact in making awards and granting lesser sums as general damages. [15] It was stated in Moo Ah Kaw: On my part I would think that firstly, damages for pain and suffering can be awarded if there was sufficient consciousness on the part of the deceased prior to death. The level of consciousness is relevant to indicate the level of suffering that the deceased will have had to endure. If there was a low level of consciousness or none at all, then only a modest sum should be allowed. Secondly, on the question of quantum, this will depend also on the length of time that the deceased survived and the gravity of the pain endured. There cannot be any fixed formula as each case will have its own peculiar facts and circumstances relating to the pain and suffering endured prior to death. Dalam kes ini, YAH setuju satu jumlah perlu diberikan bergantung kepada tahap sedar Plaintif. Ia tidak membuat kesimpulan tentang potongan atau formula pengurangan kerana ia bergantung kepada 19 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kes dan hakim yang mendegar kes-kes secara tersendiri berdasarkan fakta kes dihadapannya. d) MANAF MAJID lwn. LEE SIEW LEE & SATU LAGI [2017] 1 LNS 2186 [25] Dalam kes ini, HMS telah pun memutuskan seperti berikut berkenaan dengan ganti rugi am atas dasar 100%, iaitu: a. RM300,000.00 untuk "severe traumatic brain injury" setelah mempertimbangkan kes-kes berikut iaitu Kaliarasan a/l T. Sukumaran (seorang yang tidak berkeupayaan (pesakit) di bawah seksyen 3(1) Ordinan Sakit Otak 1952 mendakwa melalui sahabat wakil, T. Sukumaran a/l Tarunalinggam) v. Khor Lye Choon [2011] 2 PIR [6], Kasim bin Ibrahim & Anor v. Syed Khodri b Syed Abdul Aziz [2009] 2 PIR [25], Rozaini b Ismail & Anor v. Abdul Ghani b Ibrahim [2008] 2 PIR [11] dan Rayappan a/l Pernandis & Anor v. Shaik Dawood a/l Senni Mohammad [2009] 2 PIR [42]; b. RM40,000.00 untuk "multiple intracranial bleed with multiple skull and facial bone fractures with multiple STI" setelah mempertimbangkan kes-kes berikut iaitu Agilan a/l Vanmugean & 20 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Anor v. Sathisvaran a/l Chandra Segaran [2010] 1 PIR [48] dan Mohd Sukri b Mohd Kanawi v. Md Yahya b Mat [2013] 1 PIR [22]; c. Pengurangan sebanyak 80% daripada jumlah keseluruhan ganti rugi am untuk "pain and suffering " dengan mengambil kira tempoh si mati mengalami kecederaan sehingga si mati meninggal dunia (lebih kurang 28 bulan) dan keadaan si mati dalam tempoh tersebut iaitu dalam keadaan "persistent vegetative state". Dalam kes ini, Plaintif/si mati meninggaldunia selepas 28 bulan dan sepanjang tempoh tersebut, Plaintif/si mati dalam keadaan "persistent vegetative state" berbeza dengan kes di Mahkamah ini sekarang. Tambahan pula, jika dirujuk jumlah award asal yang diberikan, Mahkamah mengawardkan RM340,000.00 untuk kecederaan Plaintif/si mati di bahagian kepala sahaja. Jika dalam konsep biasa, pihak lawan akan berhujah tolakan 10% pertindihan (overlapping) dan sebagainya. Dalam kes kita sekarang, jumlah gantirugi adalah RM100,000.00 sahaja. [15] Secara kesimpulannya, Mahkamah membuat dapatan bahawa jumlah yang diawardkan oleh Mahkamah kepada si mati dalam tindakan ini adalah satu jumlah yang wajar, adail dan munasabah, ia adalah satu jumlah yang bukan untuk memkayakan (enriched) Plaintif/si mati tetapi jika diambilkira ia aadalah atas dasar liabiliti 21 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 100% (liabiliti dipersetujui 50/50 sahaja). Tolakan adalah tidak terpakai dengan merujuk kes-kes dan penjelasan Mahkamah sebentar tadi. Samada Plaintif patut dibenarkan menuntut kos pengkebumian si mati? [1] Defendan berhujah bahawa kos pengkebumian adalah di bawah gantirugi khas dan prinsip undang-undang adalah jelas dan mantap bahawa tuntutan untuk gantirugi khas hendaklah dibuktikan secara ketat. [2] Plaintif berhujah berdasarkan sijil Kematian si Mati, punca kematian adalah “Septic shock Secondary to comminity aquired Pneumonia” dan si mati telah meninggaldunia di Hospital Sultanah Aminah. Kos ini patut dipampas memandangkan kematian si mati adalah merupakan kesan berterusan daripada kemalangan yang dialami. [3] Mahkamah membenarkan tuntutan ini dan membenarkan jumlah RM 18,488.00 sebagai kos pengkebumian. [4] Mahkamah merujuk kepada Sijil Kematian dikemukakan dalam ikatan dan dipersetujui pihak-pihak. Punca kematian sebagaimana yang disahkan oleh doktor HSA adalah “Septic shock Secondary to 22 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal comminity aquired Pneumonia” iaitu selari dengan laporan perubatan HSA awal semasa si mati diwadkan akibat kemalangan. [5] Laporan perubatan bertarikh 24/4/2019 ada disebut tentang kecederaan “left lung contusion” – selari dengan punca kematian yang dinyatakan dalam Sijil Kematian di mukasurat 1 Ikatan Dokumen Tambahan oleh kerana “pneumonia”. [6] Si mati meninggal dunia di HSA pada 22/11/2021 pada umur 81 tahun. Sehingga tarikh kematian, si mati dijaga di pusat jagaan. si mati telah di bawa ke HSA oleh pusat jagaan dan akhirnya meninggal di HSA. Tiada sebab atau alasan lain melainkan sebab kemalangan jalanraya tersebut yang menyebabkan si mati terpaksa menghabiskan masanya di rumah jagaan. [7] Mahkamah juga berpandukan hujahan dan rujukan pihak Plaintif di mukasurat 13 hujahan bertulis yang mana artikel yang dirujuk dapat membantu Mahkamah sehinggalah pihak Defendan boleh mengemukakan bukti sebaliknya. [8] Berhubung dengan bil dan resit bagi kos pengkebumian, dokumen- dokumen telah dikemukakan ke Mahkamah dalam Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif (1) iaitu di Ikatan D. 23 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [9] Plaintif dalam masa sama telah menghadkan tuntutan mereka kepada RM18,488.00 memandangkan itu adalah jumlah yang telah diplidkan oleh Plaintif/Si mati dalam Penyataan Tuntutan. Mahkamah juga membuat dapatan bahawa jumlah tersebut adalah adil dan munasabah dan ia wajar dipampas semula oleh Defendan. [10] Oleh demikian, Mahkamah mendapati bahawa pihak Plaintif/si mati telah berjaya membuktikan tuntutan mereka bagi kos pengkebumian ini dan jumlah yang dituntut adalah dibenarkan. C – faedah 1. faedah atas gantirugi khas ialah 2.5% setahun dari tarikh kemalangan ke tarikh penghakiman 2. faedah ke atas gantirugi am ialah 5% setahun dari tarikh penyampaian writ saman hingga penghakiman 3. faedah ke atas jumlah penghakiman ialah 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran jumlah penuh penghakiman. D – kos seperti dalam skala 24 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Jumlah penghakiman dimasukkan ke dalam akaun klien peguamcara Plaintif sebagai pemegang amanah untuk di bayar kepada Plaintif. Sekian, untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh, SAZLINA SAFIE ……………………………………………….. SAZLINA BINTI SAFIE KETUA PUSAT MEDIASI @ HAKIM MAHKAMAH SESYEN 4 JOHOR BAHRU TARIKH : 8/1/2023. Peguamcara Plaintif: Pn Nur Shakila Binti Zorkefrie Tetuan S K LEE (JOHOR BAHRU) Peguamcara Defendan: Pn Norzaila Binti Rawi Tetuan V.M. KUMARAN & CO. (BATU PAHAT) 25 S/N VH9Kzh2AFkmNfbH5vqeG5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal