LI WENJING SIVASUBRAMANIAM A/L M.NADARAJAN
Plaintiff's claim dismissed because she failed to prove, on the balance of probabilities, that the defendant's employee's conduct caused the explosion and resulting injuries; absence of authoritative investigation, lack of physical evidence and the 42‑minute interval between installation and explosion defeated...
Source-derived case information.
- Citation
- PA-A72NCvC-76-03/2020 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Plaintiff: LI WENJING [PASSPORT NO.: E71180515]; Defendant: SIVASUBRAMANIAM A/L M.NADARAJAN [NO. K/P: 621026715031] trading as SETIA JAYA MINI MARKET (PG002273440D)
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 31 May 2022
- Case Number
- PA-A72NCvC-76-03/2020 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Civil Negligence/personal Injury (tort) / Judgment on Appeal (plaintiff Appealed Against Dismissal)
- Outcome
- Plaintiff's claim dismissed for failure to prove causation and negligence; costs awarded to defendant; court nonetheless assessed and awarded damages to plaintiff in respect of physical injuries.
- Legal Topics
- Causation, Duty of Care, Burden of Proof, Assessment of Damages, Admissibility of Medical Evidence
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
LI WENJING [PASSPORT NO.: E71180515]
Plaintiff
SIVASUBRAMANIAM A/L M.NADARAJAN [NO. K/P: 621026715031] trading as SETIA JAYA MINI MARKET (PG002273440D)
Defendant
Procedural Posture
Civil Negligence/personal Injury (tort) / Judgment on Appeal (plaintiff Appealed Against Dismissal)
Legal Issues
- 1 Was the fire caused by the gas cylinder/explosion?
- 2 Could the defendant (through its employee) be causally linked to the explosion and plaintiff's injuries?
- 3 Whether the plaintiff discharged the burden of proof on causation and negligence?
Ratio Decidendi
Plaintiff's claim dismissed because she failed to prove, on the balance of probabilities, that the defendant's employee's conduct caused the explosion and resulting injuries; absence of authoritative investigation, lack of physical evidence and the 42‑minute interval between installation and explosion defeated causal link.
Court Disposition
Plaintiff's claim dismissed for failure to prove causation and negligence; costs awarded to defendant; court nonetheless assessed and awarded damages to plaintiff in respect of physical injuries.
Orders
- Plaintiff's claim dismissed for liability
- Costs to be paid by plaintiff to defendant (costs awarded to defendant)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
PA-A72NCvC-76-03/2020 Kand. 46 03/08/2022 22:25:34 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA GUAMAN NO.: PA-A72NCVC-76-03/2020 ANTARA LI WENJING [ PASSPORT NO.: E71180515] PLAINTIF DAN SIVASUBRAMANIAM A/L M.NADARAJAN [ NO. K/P: 621026715031 ] BERNIAGA ATAS NAMA DAN GAYA “SETIA JAYA MINI MARKET” (NO PENDAFTARAN: PG002273440D) DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Latar belakang 1) Ini adalah rayuan oleh pihak plaintif yang tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah pada 31.5.2022 di mana mahkamah MENOLAK tuntutan plaintif dengan kos. 2) Di dalam kes ini, plaintif menuntut gantirugi am dan khas bagi kecederaan yang beliau alami akibat kebakaran yang dihasilkan oleh letupan tong gas ketika beliau memasak di dapur rumahnya. 1 S/N nFImrNqoke91KO4zjTBjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3) Plaintif mendakwa bahawa letupan itu diakibatkan oleh kecuaian pekerja kepada defendan yang sejurus sebelum letupan ada datang menghantar dan memasang tong gas terbabit di rumah plaintif. Fakta 4) Kejadian letupan dan kebakaran tong gas tersebut berlaku pada 1.4.2019 pada jam 3.54 petang. 5) Pekerja defendan menghantar dan selesai memasang tong gas terbabit di dapur rumah plaintif pada jam 3.03 petang dengan bayaran RM31. 00. 6) Pada jam 3.12 petang, plaintif menyalakan api dapur dan mula memasak, sehinggalah berlaku letupan dan kebakaran pada jam 3.54 petang. 7) Kejadian ini, seperti yang dinyatakan tadi, didakwa plaintif akibat tong gas atau silider gas yang meletup. Dapatan mahkamah 8) Meneliti keterangan kedua-dua saksi dan bukti-bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati, suatu perkara yang paling utama dan penting yang tidak dibuktikan ialah apakah punca sebenar kebakaran yang berlaku di dalam kes ini? 9) Dengan penentuan perkara ini dahulu barulah dapati ditentukan siapakah yang bertanggungjawab kepada punca belakunya kebakaran di dalam kes ini yang mengakibatkan plaintif mengalami kecederaan. 2 S/N nFImrNqoke91KO4zjTBjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10) Kes pihak plaintif ialah tong gas atau silinder gas meletup dan mengakibatkan kebakaran. Namun, tiada apa-apa penegesahan rasmi dari pihak yang berotoriti yang mana sudah pasti lah dalam kejadian kebakaran, pihak yang berotoriti ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, bahawa punca kebakaran di dalam kes ini ialah akibat tong gas yang meletup. 11) Tiada juga gambar kebakaran untuk menunjukkan keadaan tong gas terbabit selepas kebakaran yang pastinya akan dapat membantu mahkamah dalam memutuskan sama ada fakta yang diplid pihak plaintif iaitu tong gas meletup adalah berasas atau tidak. Jika meletup, pastinya akan dapat dilihat terdapatnya kesan koyakan pada badan tong gas. 12) Perkara penting ini tidak dapat dibuktikan di mahkamah akibat ketiadaan bukti apakah punca sebenar kepada kebakaran tersebut. 13) Pihak plaintif di dalam hujahan mereka sering menekankan kewujudan “duty of care” di pihak defendan dan menyatakan bahawa pihak defendan melalui pekerjanya yang menghantar dan memasang tong gas tersebut telah melanggar duty of care tersebut. Namun ditekankan sekali lagi bahawa perkara ini (sama ada pihak defendan telah tidak melaksanakan duty of care terhadap plaintif ketika memasang tong gas) hanya dapat ditentukan hanya setelah kita mengetahui apakah punca sebenar kebakaran. 3 S/N nFImrNqoke91KO4zjTBjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14) Ini disebabkan, punca kebakaran di dalam kes ini pastinya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan tidak semestinya boleh terus dikatakan sebagai disebabkan oleh ketidaklaksanaan duty of care di pihak defendan terhadap pihak plaintif. 15) Apatah lagi, perlu diingat bahawa selepas pemasangan tong gas selesai, plaintif telah mula memasang dapur beliau pada jam 3.12 petang dan letupan yang didakwa hanya berlaku pada jam 3.54 petang iaitu 42 minit selepas api dapur dinyalakan. 16) Senggang masa yang begitu Panjang ini sebenarnya menimbulkan satu kebarangkalian yang munasabah bahawa punca letupan dan kebakaran ini bukanlah disebabkan oleh kesalahan pemasangan tong gas. Ini kerana, jika terdapat kesalahan dalam pemasangan yang pastinya akan menyebabkan gas terus bocor melalui kepala atau getah paip gas, pastinya kebakaran tidak akan menunggu lama sehingga 42 minit untuk berlaku. 17) Dapatan mahkamah ialah sebenarnya amat jauh untuk mengaitkan bahawa kebakaran yang berpunca dari tong gas atau apa-apa alatan pada tong gas (ditekankan sekali lagi bahawa punca sebenar kebakaran adalah tidak diketahui) adalah disebabkan oleh pihak defendan melalui pekerjanya. 18) Merujuk kepada otoriti undang-undang yang dikemukakan pihak defendan iaitu kes GROCHEM (M) SDN BHD v WIN FAR TRADING SDN BHD [2021] MLJU 2219, Mahkamah Tinggi jelas bersetuju dengan 4 S/N nFImrNqoke91KO4zjTBjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dapatan Mahkamah Sesyen bahawa tidak dapat ditentukan kecuaian siapakah yang menjadi punca kepada kebakaran oleh kerana punca kebakaran adalah tidak diketahui. Di dalam kes GROCHEM ini, pegawai bomba dipanggil memberi keterangan, malah ada siasatan sendiri yang dijalankan oleh pihak plaintif di dalam kes GROCHEM ini bagi mengetahui punca kepada kebakaran. Namun, sama ada melalui penyiasat persendirian plaintif, mahupun pegawai bomba, punca kebakaran adalah tidak diketahui. 19) Mahkamah seterusnya mengajak kita semua menghayati prinsip undang-undang di dalam kes MSM MALAYSIA HOLDINGS BHD & ORS v. TRANSNATIONAL INSURANCE BROKERS (M) SDN BHD [2022] 4 CLJ 297 di mana mahkamah menyatakan seperti berikut: “I refer the Halsbury's Law of Malaysia - Tort, para [380.011] causation which says: The principle of causation is concerned with the relationship between the tortious act and the injury sustained. There must be a causal connection between the breach of duty and the injury suffered. The law places a burden on the plaintiff to prove on a balance of probabilities, that it was the defendant's breach of duty which caused the injuries. Courts often look to the test of causation commonly known as the 'but for' test. It simply means that 'but for' the defendant's negligence act, the injury would not have occurred”. 5 S/N nFImrNqoke91KO4zjTBjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20) Jelas di dalam kes kita bahawa tanpa mengetahui punca sebenar kebakaran, maka sukar malah mahkamah terhalang dari menentukan apakah kebakaran di dalam kes ini adalah disebabkan oleh perlanggaran duty of care yang dipunyai pihak defendan terhadap plaintif. 21) Akhir sekali, mahkamah merujuk kepada prinsip paling asas di dalam undang-undang iaitu pihak yang mendakwa, mestilah dan bertanggungjawab membuktikan dakwaannya. Ini berdasarkan seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950. Di dalam kes INTERNATIONAL TIMES & ORS v. LEONG HO YUEN [1980] 1 LNS 31 , Mahkamah Persekutuan melalui hakimnya Salleh Abas menyatakan: “ s. 101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this rests throughout the trial on the party who asserts the affirmative of the issue”. 22) Inilah yang telah gagal dilakukakan plaintif di dalam kes ini. Jumlah gantirugi 23) Meskipun mahkamah mendapati bahawa plaintif telah gagal membuktikan bahawa kebakaran yang menyebabkan kecederaan dialami beliau adalah disebabkan oleh kecuaian pihak defendan, namun mahkamah tetap memutuskan jumlah gantirugi bagi kecederaan yang beliau alami. Mahkamah merujuk kepada panduan yang diberi di dalam kes MULTAR MASNGUD v. LIM KIM CHET & ANOR. [1982] CLJ Rep 237 di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: 6 S/N nFImrNqoke91KO4zjTBjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Although in this case the trial Court did not assess damages provisionally which practice requires that assessment should be made even if the decision was against the plaintiff claimant, s. 69(1) of the Courts of Judicature Act gave the Federal Court all the powers and duties of the High Court in relation to appeals”. 24) Plaintif di dalam kes kita, berdasarkan laporan perubatan pertama dari Penang Adventist Hospital, mengalami “3% second degree flame over her right lower limb”. Manakala merujuk kepada laporan pakar dari Hospital Gleneagles, dilapor bahawa plaintif mengalami “flame burns to her right thigh, right leg, right foot and left leg” yang mana kawasan yang cedera terbakar adalah seluas 3% “with a depth of mixed first and second degree burns”. 25) Berdasarkan kedua-dua laporan perubatan terbabit, kecederaan yang dialami plaintif sembuh selepas 2 minggu. Namun, berdasarkan laporan pakar, bahagian yang cedera telah mengalami perubahan warna kulit (discolouration and hyperpigmentation) dan terdapat juga parut yang nyata kelihatan bagi kecederaan yang berlaku di bahagian kaki kanan dan parut yang agak pudar di bahagian kaki kiri. Pun begitu, parut-parut ini adalah kekal. 26) Merujuk kepada kes yang dikemukakan pihak plaintif iaitu RAMAN A/L GOVINDAN v AZMI BIN ZAINAL ABIDIN DAN LAIN-LAIN [2020] MLJU 720, Mahkamah Sesyen telah membenarkan 7 S/N nFImrNqoke91KO4zjTBjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal award sebanyak RM40, 000 bagi kecederaan “first and second degree burns” di mana plaintif mengalami kecederaan di bahagian atas badan iaitu di bahagian “right shoulder and flank friction”. 27) Berpandukan kepada kes ini, mahkamah membenarkan jumlah global RM55, 000 termasuk parut dan perubahan warna kulit yang dialami plaintif. Plaintif mengalami kecedaran di bahagian kaki yang pastinya berbeza dari segi kesan kesakitan dan kesan keterampilan akibat parut dan perubahan warna kulit berbanding dengan kes RAMAN (supra) yang mana kecederaan kebakaran adalah di bahagian atas badan. 28) Bagi tuntutan untuk “mental and emotional stress and trauma”, mahkamah tidak benarkan kerana keadaan atau kondisi ini hanya dibuktikan berdasarkan keterangan lisan plaintif sahaja tanpa disokong laporan perubatan. 29) Untuk gantirugi khas, mahkamah membenarkan item 1, 2, 3 dan 5 sahaja. Item 4 tidak dibenarkan kerana tidak dibuktikan. t.t. (Mohd Hadi Hakimi bin Harun) Majistret, Mahkamah Majistret Sivil (1) Georgetown, Pulau Pinang. Bertarikh: 3 Ogos 2022. 8 S/N nFImrNqoke91KO4zjTBjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal