LIANG STAR TRADING 1. ) PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN 2. )
The court held s.57(3) is properly read as a provision creating an offence (in context with s.57(1)); the respondent satisfied s.80(5) because consent and filing of complaint/summons occurred within one month of seizure (consent 25.06.2025; complaint/summons 30.06.2025); for summons cases prosecution commences on...
Source-derived case information.
- Citation
- KA-89-977-07/2025 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Applicant: Liang Star Trading (No. Syarikat: 201703293830); Respondent: Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan; Respondent: Pendakwa Raya
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 2 September 2025
- Case Number
- KA-89-977-07/2025 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Application for Release of Seized Vehicle (related to Ongoing Summons/criminal Proceedings) / Interlocutory — Application Heard and Dismissed; Related Criminal/summons Trial Ongoing
- Outcome
- Application dismissed
- Legal Topics
- Seizure of Property, Statutory Interpretation, Commencement of Prosecution, Article 13 Property Rights, Release of Seized Property
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Liang Star Trading (No. Syarikat: 201703293830)
Applicant
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan
Respondent
Pendakwa Raya
Respondent
Procedural Posture
Application for Release of Seized Vehicle (related to Ongoing Summons/criminal Proceedings) / Interlocutory — Application Heard and Dismissed; Related Criminal/summons Trial Ongoing
Legal Issues
- 1 Whether s.80(1) of the Land Public Transport Act is defective because it refers to s.57(3) which is a penal provision rather than an offence provision
- 2 Whether the respondent complied with the pre-condition in s.80(5) that prosecution be instituted within one month of seizure
- 3 Whether the applicant's property rights under Article 13 of the Federal Constitution were violated
Ratio Decidendi
The court held s.57(3) is properly read as a provision creating an offence (in context with s.57(1)); the respondent satisfied s.80(5) because consent and filing of complaint/summons occurred within one month of seizure (consent 25.06.2025; complaint/summons 30.06.2025); for summons cases prosecution commences on filing/issuance with magistrate and consent, not when charge is subsequently read; seizure was lawful under s.80 and there was no breach of Article 13; therefore the application for full release was premature and dismissed.
Court Disposition
Application dismissed
Orders
- Application for release of vehicle PQA3585 and trailer T/PA2635 dismissed
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
KA-89-977-07/2025 Kand. 24 27/09/2025 07:34:34 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-89-977-07/2025 ANTARA LIANG STAR TRADING … PEMOHON (NO. SYARIKAT: 201703293830) DAN 1. PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN 2. PENDAKWA RAYA … RESPONDEN- RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Pemohon yang merupakan sebuah syarikat telah memohon kepada Mahkamah ini bagi perintah seperti berikut: a. Pemohon Liang Star Trading (No. Syarikat: 201703293830) diberi kebenaran untuk satu pelepasan semula kenderaan motorlori bernombor PQA3585 dan semi-trailer bernombor T/PA2635 yang telah disita oleh Responden pada tarikh 30 Mei 2025, selaras dengan peruntukkan Seksyen 80(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. b. Pemohon diberi kebenaran untuk mengguna pakai semula kenderaan motorlori bernombor PQA3585 dan semi-trailer bernombor T/PA2635 untuk 1 S/N jloxYA02DEqSRvB0XbMRw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sebarang tujuan pengangkutan selagi mana ianya tidak bertentangan dengan undang-undang. c. Responden diperintahkan untuk tidak mengganggu, menyita semula atau merampas kenderaan motorlori bernombor PQA3585 dan semi-trailer bernombor T/PA2635 jika sekiranya permohonan dibenarkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini. d. Responden diperintahkan untuk melepaskan semula kenderaan motorlori bernombor PQA3585 dan semi-trailer bernombor T/PA2635 serta- merta kepada Pemohon selepas perintah pelepasan ini dibuat. e. Perintah Penggantungan pendengaran dan Perlaksanaan terhadap sebarang pendengaran dan/atau permohonan berkaitan dengan kenderaan motorlori bernombor PQA3585 dan semi-trailer bernombor T/PA2635 sehingga permohonan ini didengar dan dilupuskan oleh Mahkamah Yang Mulia ini. f. Lain-lain relief yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini. [2] Pemohon juga telah dituduh di hadapan Mahkamah ini di bawah kesalahan Seksyen 57(1)(b)(iv) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang boleh dihukum di bawah seksyen 57(3) Akta yang sama di bawah nombor kes KA- 87-851-06/2025 yang mana OKS telah minta bicara dan kes masih dalam peringkat perbicaraan. [3] Pertuduhan kes KA-87-851-06/2025 adalah melibatkan kenderaan dan fakta yang berkaitan dengan permohonan pemohon ini bagi pelepasan kenderaan motorlori bernombor PQA3585 dan semi-trailer bernombor T/PA2635 yang telah disita oleh Responden pada tarikh 30 Mei 2025. [4] Mahkamah ini setelah meneliti permohonan Pemohon, affidavit-afidavit dan hujahan-hujahan yang telah difailkan oleh pihak-pihak, Mahkamah ini telah memutuskan untuk menolak permohonan Pemohon tersebut. 2 S/N jloxYA02DEqSRvB0XbMRw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [5] Berdasarkan hujahan pihak-pihak terdapat beberapa isu yang ditimbulkan yang perlu dirungkai dalam membuat keputusan ini iaitu: a. Sama ada peruntukan undang-undang berkenaan sitaan di bawah seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta ini) adalah defektif kerana seksyen 57(3) yang dinyatakan dalam seksyen 80(1) adalah peruntukan hukuman dan bukannya peruntukan kesalahan. b. Sama ada Responden telah memenuhi pra-syarat di bawah seksyen 80(5) Akta ini iaitu pendakwaan dibuat dalam tempoh sebulan dari tarikh sitaan kenderaan. c. Sama ada hak Pemohon terhadap harta sebagai mana peruntukan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan telah dicabuli? Isu - Sama ada peruntukan undang-undang berkenaan sitaan di bawah seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta ini) adalah defektif kerana seksyen 57(3) yang dinyatakan dalam seksyen 80(1) adalah peruntukan hukuman dan bukannya peruntukan kesalahan. [6] Pihak pemohon telah berhujah bahawa peruntukkan undang-undang bagi seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2020 adalah defektif kerana seksyen 57(3) yang dinyatakan di dalam seksyen 80(1) adalah peruntukan hukuman dan bukannya peruntukan kesalahan yang mana seksyen 57(3) tersebut tidak memperuntukkan apa-apa kesalahan dan kesalahan dinyatakan dalam seksyen 57(1). [7] Peruntukan peruntukan berkaitan yang dirujuk adalah seperti berikut: Seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2020 (1) Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan terhadap seksyen 16, 28, 36, 46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 3 S/N jloxYA02DEqSRvB0XbMRw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 58(1)(b) boleh disita oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat, di mana-mana tempat. Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2020 (3) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Seksyen 57(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2020 (1) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya- (a) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah, berkaitan dengan lesen pengendalinya, hanya menggunakan kenderaan barangan daripada kelas kenderaan barangan yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu; dan (b) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, termasuk- (i) bahawa kenderaan barangan itu hendaklah atau tidak boleh digunakan di kawasan yang dinyatakan atau antara kawasan yang dinyatakan atau dalam masa yang dinyatakan; (ii) bahawa kenderaan barangan itu hendaklah atau tidak boleh dikendalikan di dalam kawasan selain kawasan yang baginya lesen pengendali itu dikeluarkan; 4 S/N jloxYA02DEqSRvB0XbMRw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (iii) bahawa hanya kelas atau perihalan barangan tertentu hendaklah atau tidak boleh dibawa; (iv) bahawa barangan hendaklah atau tidak boleh dibawa bagi orang yang dinyatakan; (v) bahawa caj buruh bagi memuatkan dan memunggahkan kenderaan barangan dan caj bagi demuraj kenderaan barangan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; (vi) bahawa berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan tidak boleh melebihi maksimum yang dinyatakan; (vii) bahawa barangan berbahaya atau barangan yang mengeluarkan bau yang busuk hendaklah dibawa mengikut cara yang dinyatakan dan langkah berjagajaga yang dinyatakan hendaklah diambil berhubung dengan pembawaan barangan sedemikian; (viii) kelakuan pemandu dan kelindan kenderaan barangan itu; (ix) sama ada terdapat, dan jika sedemikian, bilangan maksimum penumpang yang boleh dibawa di atas setiap kenderaan barangan itu; (x) langkah untuk melindungi keselamatan penumpang di atas kenderaan barangan dan pengguna jalan yang lain termasuk, cara dan masa memuatkan dan memunggahkan barangan di jalan; (xi) jenis dokumen yang hendak dibawa dan maklumat yang hendak dipamerkan pada setiap kenderaan barangan, seperti salinan lesen pengendali, jadual waktu dan jadual tambang, dan yang boleh diperiksa; (xii) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah menyimpan dan mengemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan akaun, 5 S/N jloxYA02DEqSRvB0XbMRw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dokumen dan rekod yang dinyatakan, selain dokumen yang disebut dalam subperenggan (1)(b)(xi); dan (xiii) kehendak bahawa setiap kenderaan barangan disimpan di tempat yang ditentukan semasa tidak digunakan. [8] Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan pemohon tersebut kerana seksyen 57(3) tersebut jelas menyatakan ‘Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan’, ini menunjukkan bahawa peruntukan ini juga merupakan peruntukan kesalahan. Manakala syarat-syarat yang dikenakan pada lesen pengendali dinyatakan secara jelas di bawah seksyen 57(1) Akta tersebut. Seksyen 57(1) adalah peruntukan yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk mengenakan pada suatu lesen pengendali syarat-syarat yang difikirkan patut dan khusus seperti dinyatakan dalam subseksyen (a) sehingga (xiii). Isu - Sama ada Responden telah memenuhi pra-syarat di bawah seksyen 80(5) Akta ini iaitu pendakwaan dibuat dalam tempoh sebulan dari tarikh sitaan kenderaan. [9] Peruntukan seksyen 80(5) Akta Pengangkutan Awam Darat 2020 adalah seperti berikut: (5) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1), kenderaan itu hendaklah dilepaskan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika kenderaan itu telah dilepaskan sebelum itu. 6 S/N jloxYA02DEqSRvB0XbMRw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [10] Pihak pemohon berhujah bahawa Responden telah gagal mematuhi peruntukan pra-syarat di mana tempoh pertuduhan bagi kes KA-87-851- 06/2025 telah melebihi 1 bulan dari tarikh sitaan iaitu kenderaan di sita pada 30.5.2025 dan pertuduhan dibacakan kepada Pemohon pada 20.07.2025. Pihak pemohon berhujah bahawa pendakwaan bermula apabila pertuduhan dibacakan kepada OKS dan bukannya bermula daripada tarikh pengaduan ataupun tarikh izin dikeluarkan oleh pihak pendakwa raya. [11] Pihak pemohon telah berhujah dengan merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan, PERUMAL v. PUBLIC PROSECUTOR [1970] CLJU 101, yang menyatakan: “But we agree that the to sub-section (1), and the new sub-section (2) of section 26 of the Act limit the meaning of the phrase "institution of prosecution" and that for the purposes of this section a prosecution is instituted when the accused is called upon to plead to the charge. In other words, irrespective of what happened prior to that stage, there must be a consent of the Public Prosecutor when the accused is called up to plead’ [12] Pihak pemohon juga merujuk kepada seksyen 136 Kanun Tatacara Jenayah mengenai permulaan bagi kes saman dan berhujah bahawa pemfailan saman tidak boleh dijadikan bermulanya pendakwaan kerana tujuan pemfailan saman adalah untuk memastikan kehadiran OKS dan ini bertentangan dengan prinsip yang dinyatakan di dalam kes Perumal yang dirujuk. Peruntukan seksyen 136 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan: COMMENCEMENT OF PROCEEDINGS BEFORE A MAGISTRATE’S COURT Issue of process 136. (1) If in the opinion of a Magistrate taking cognizance of an offence there is sufficient ground for proceeding and the case appears to be one in which according to the fourth column of the First Schedule a summons 7 S/N jloxYA02DEqSRvB0XbMRw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal should issue in the first instance, he shall issue a summons for the attendance of the accused. [13] Pihak pemohon juga berhujah bahawa kes yang diputuskan di peringkat Mahkamah Tinggi iaitu REZA KIANMEHR v. PP [2013]7 CLJ 265 adalah khilaf dan tidak tepat dari segi bacaan undang-undang kerana kes tersebut bercanggah dengan kes-kes yang diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan seperti kes Perumal. [14] Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan pihak pemohon tersebut. Di dalam kes semasa Notis Sitaan kenderaan telah dikeluarkan pada 30.5.2025, izin Timbalan Pendakwa Raya bertarikh 25.06.2025 dan tarikh pemfailan pertuduhan, pengaduan dan saman dikeluarkan pada 30.06.2025 dan tarikh sebutan yang ditetapkan Mahkamah bagi kes KA-87-581-06/2025 tersebut adalah pada 20.7.2025 di mana pertuduhan telah dibacakan kepada OKS pada tarikh tersebut. [15] Sekiranya dilihat pada tempoh masa tersebut, tarikh bagi izin dakwa, pengaduan dan saman dikeluarkan masih dalam tempoh sebulan dari tarikh sitaan kenderaan, hanya tarikh sebutan yang ditetapkan oleh Mahkamah serta pertuduhan dibacakan adalah melebihi tempoh masa sebulan. [16] Mahkamah ini merujuk kepada petikan kes REZA KIANMEHR v. PP [2013]7 CLJ 265, jelas menyatakan: [16] The second issue projected by learned counsel for the appellant is on the contention that the seizure of the said vehicle was exceeded the period of one month specified under s. 80(5) of Act 715. It was argued by learned counsel that the said vehicle was seized on the 17 March 2012 but the prosecution was only done on 17 June 2012. It was submitted that there was a delay in the prosecution of the appellant over more than three months. Therefore, learned counsel submitted that the said vehicle should be released earlier to the appellant that is after the expiration of one month after the date of seizure. As 8 S/N jloxYA02DEqSRvB0XbMRw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal in this case, the said vehicle was wrongly seized therefore the Magistrate does not have the power to order for the forfeiture of the said vehicle. [17] Learned DPP submitted that the consent in writing from the PP to prosecute the appellant under s. 241 of Act 715 (p. 16 Record of Appeal) was issued on 6 April 2012 and the summons was issued by the Magistrates’ Court on 17 April 2012. Therefore, there was prosecution initiated within one month against the appellant. The question arose when the prosecution commenced against the appellant in the present case. [18] Under Chapter XVI and ss. 136 and 137 of the CPC provides provisions regarding commencement of proceedings before a Magistrate Court. In respect of proceedings by summons, under s. 136(1) of the CPC the proceedings for indictment of the person summoned of starts after the Magistrate take cognizance of the offence complained of and there is sufficient ground for summons to be issued to the person and thereby summons issued for the appearance of the person named in the summons. When the summons is issued and if it is so required, the sanction, consent or requisition of the PP is issued, then the proceedings for the prosecution of the person so summoned starts to commence (see PP v. Leonard [1959] 1 LNS 75). In the present case, the consent dated 6 April 2012 shows serious intention by the prosecution to prosecute the appellant. The summons was issued by the Magistrates’ Court on 17 April 2012 which is well within one month after the said vehicle had been seized. Therefore, the Magistrate has the power to order for the forfeiture of the said vehicle. I hold that the issue raised by learned counsel for the appellant is without merits. [17] Di dalam kes Reza Kianmehr ini, jelas dinyatakan tarikh izin pendakwaan adalah pada 6.4.2012 dan saman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret pada 17.4.2012 dan sitaan adalah pada 17.3.2012 adalah dalam tempoh sebulan. Maka mengguna pakai prinsip kes ini di dalam kes semasa, pertuduhan ke atas pemohon bagi kes KA-87-581-06/2025 adalah masih dalam tempoh masa sebulan. 9 S/N jloxYA02DEqSRvB0XbMRw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [18] Mahkamah ini turut membezakan prinsip yang dinyatakan di dalam kes Mahkamah Persekutuan, kes Perumal, di mana kes tersebut adalah kes jenayah dan kes semasa adalah kes saman yang mana prinsip kes Reza Kianmehr adalah lebih tepat untuk diguna pakai. [19] Selain itu, Mahkamah ini juga tidak bersetuju bahawa bagi kes saman, pendakwaan bermula apabila pertuduhan dibacakan kepada OKS. Hal ini adalah kerana proses pertuduhan itu sendiri bagi kes saman dan kes jenayah adalah berbeza. Bagi kes jenayah sekiranya tangkapan dibuat ke atas Tertuduh, Tertuduh mestilah dibawa ke hadapan majistret bagi pertuduhan dibacakan dalam tempoh 24 jam atau juga Tertuduh hadir sendiri ke Mahkamah pada tarikh pertuduhan didaftarkan setelah jaminan polis diberikan kepadanya. Namun, di dalam kes saman, pengaduan dibuat kepada Majistret terlebih dahulu dan Majistret perlu mengeluarkan saman dan saman perlu diserahkan kepada OKS untuk hadir ke Mahkamah dan menjawab pertuduhan itu. Pada keadaan ini, mahkamah ini berpendapat pendakwaan telah pun bermula apabila izin daripada pendakwa raya diperolehi di mana menunjukkan niat pendakwaan untuk mendakwa OKS dan pengaduan dibuat kepada Majistret. Ini selaras dengan prinsip yang dinyatakan oleh kes Reza Kianmehr. [20] Oleh itu, bagi isu ini, mahkamah ini mendapati pihak Responden telah memenuhi peruntukan seksyen 80(5) Akta ini. Isu - Sama ada hak Pemohon terhadap harta sebagai mana peruntukan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan telah dicabuli? [21] Pihak pemohon telah berhujah bahawa penyiataan kenderaan tanpa mengikut undang-undang telah mencabuli hak pemohon ke atas hartanya sebagaimana dilindungi Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 13. Selain itu, pemohon juga berhujah bahawa kenderaan tersebut telah membawa muatan arang batu yang merbahaya dan senang terbakar. 10 S/N jloxYA02DEqSRvB0XbMRw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [22] Sebagaimana yang telah dibincangkan pada isu-isu sebelum ini, mahkamah ini mendapati sitaan kenderaan pemohon adalah mengikut nas undang-undang yang ditetapkan dan tidak timbul isu hak pemohon terhadap hartanya telah dicabuli. [23] Malah. Peruntukan seksyen 80(2) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sendiri membenarkan supaya kenderaan yang disita di bawah seksyen 80(1) dikembalikan secara sementara kepada pemilik apabila jaminan yang memuaskan diberikan bahawa kenderaan tersebut diserah balik kepada pegawai atau pihak yang menyita apabila diminta. Peruntukan tersebut adalah seperti berikut: Seksyen 80(2) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (2) Apabila suatu kenderaan yang berkaitan telah disita di bawah subseksyen (1), seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, seorang pegawai pengangkutan jalan atau seorang pegawai pengangkutan awam darat, boleh, mengikut budi bicaranya, mengembalikan kenderaan itu secara sementara kepada pemunyanya, apabila jaminan yang memuaskan hati pegawai itu diberikan bahawa kenderaan itu akan diserahkan balik kepada pegawai itu apabila diminta. [24] Berdasarkan peruntukkan seksyen 80(2) tersebut, pihak pemohon boleh memohon kepada pegawai yang berkenaan untuk dikembalikan kenderaan secara sementara atas jaminan kenderaan akan diserahkan kembali kepada pegawai itu apabila diminta dan sehingga kes perbicaraan selesai. Ini menunjukkan undang-undang masih menjaga hak pemohon ke atas hartanya sementara kes dalam proses perbicaraan. [25] Namun, di dalam kes semasa, tiada keterangan yang dikemukakan di mahkamah ini berkenaan sama ada pihak pemohon telah membuat permohonan kepada Responden bagi pemulangan sementara kenderaan di bawah seksyen 80(2) ataupun tidak. Malah permohonan pemohon kepada mahkamah ini adalah untuk kenderaan tersebut dilepaskan sepenuhnya 11 S/N jloxYA02DEqSRvB0XbMRw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kepada pemohon dan pihak responden tidak mengganggu, menyita semula atau merampas kenderaan tersebut. Oleh itu, mahkamah ini tidak akan menyentuh berkenaan seksyen 80(2) iaitu berkenaan pemulangan sementara kenderaan kepada pemohon. [26] Mahkamah ini juga mendapati bahawa kes bagi KA-87-851-06/2025 masih dalam peringkat perbicaraan dan adalah tidak wajar untuk mahkamah ini memutuskan sama ada untuk kenderaan tersebut dilepaskan sepenuhnya kepada pemohon pada peringkat ini kerana perkara ini akan bersifat pra- matang dan memprejudiskan kes pendakwaan. [27] Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan untuk permohonan pemohon ditolak. Bertarikh 27.09.2025 NUR SYIFA BINTI MOHD HAMZAH Majistret Mahkamah Majistret (3) Alor Setar Kedah Darul Aman Pihak – Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya Pegawai Pendakwa, Kamarul Bahrin bin Zainuddin Bagi Pihak Tertuduh Shahwira Tetuan Azlan Bohari & Co 12 S/N jloxYA02DEqSRvB0XbMRw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal