[ ] LIEW WIN THAI
Conviction unsafe and therefore quashed because the trial judge improperly placed decisive reliance on identification evidence from a kawad cam and in-court ID despite material inconsistencies between witnesses, inadequate scrutiny of how the identification was made, and absence of corroborating physical exhibits...
Source-derived case information.
- Citation
- CB-42H-14-12/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Liew Win Thai; Respondent: Public Prosecutor (Pendakwa Raya)
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 15 August 2023
- Case Number
- CB-42H-14-12/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / Appeal to High Court Against Conviction and Sentence From Sessions Court
- Outcome
- Appeal allowed; conviction and sentence set aside
- Legal Topics
- Identification Evidence, Identification Parade (kawad Cam), Dock Identification, Turnbull Guidelines, Corroboration of Physical Exhibits, Assessment of Credibility, Standard of Proof Beyond Reasonable Doubt
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Liew Win Thai
Appellant
Public Prosecutor (Pendakwa Raya)
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal / Appeal to High Court Against Conviction and Sentence From Sessions Court
Legal Issues
- 1 Whether identification evidence (kawad cam and in-court identification) was reliable enough to sustain conviction
- 2 Whether the trial judge properly evaluated inconsistencies between witnesses (SP4 and SP6)
- 3 Whether absence of physical exhibits and lab report (plastic bottles, petrol samples) fatally undermined prosecution case
Ratio Decidendi
Conviction unsafe and therefore quashed because the trial judge improperly placed decisive reliance on identification evidence from a kawad cam and in-court ID despite material inconsistencies between witnesses, inadequate scrutiny of how the identification was made, and absence of corroborating physical exhibits and laboratory evidence; the trial judge also failed properly to evaluate defence evidence, resulting in an unsafe verdict.
Court Disposition
Appeal allowed; conviction and sentence set aside
Orders
- Appeal of appellant allowed
- Conviction of Sessions Court set aside
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
CB-42H-14-12/2021 Kand. 35 12/09/2023 13:03:48 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO. CB-42S-5-12/2021 ANTARA LIEW WIN THAI ... PERAYU (NO. K/P: 931213146907) DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO. CB-42H-14-12/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA ... PERAYU DAN LIEW WIN THAI … RESPONDEN (NO. K/P: 931213146907) 1 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [Dalam Perkara Mahkamah Sesyen Di Raub Dalam Negeri Pahang Darul Makmur Kes Jenayah No. CC-62-31-12/2019 Pendakwa Raya Lawan Liew Win Thai (No. K/P: 931213146907)] ALASAN PENGHAKIMAN Latar Belakang [1] Ini adalah rayuan Tertuduh terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen bagi sabitan dan hukuman. Manakala rayuan Pendakwa Raya adalah bagi hukuman yang dijatuhkan kepada Tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan tersebut. Pertuduhan Pindaan Pertama Bahawa kamu bersama seorang yang masih bebas, pada 11.12.2019, jam lebih kurang 2.00 am, bertempat di Kampung Cheroh, di dalam Daerah Raub, di dalam Negeri Pahang, bagi mencapai niat bersama telah melakukan khianat dengan api dengan membakar sebuah kenderaan no pendaftaran WRE 2282 2 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal jenis Honda CRV milik Kew Kok Fei (No. KPT: 821010-06-5173) dan menyebabkan kerosakan pada harta tersebut. Oleh itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu bersama seorang yang masih bebas, pada 11.12.2019, jam lebih kurang 2.00 am, bertempat di No. 20 Kampung Cheroh, di dalam Daerah Raub, di dalam Negeri Pahang, bagi mencapai niat bersama telah melakukan khianat dengan api dengan membakar sebuah kenderaan no pendaftaran CBG 4515 jenis Toyota Unser milik Kew Yip Siow (No. KPT: 540902-05-5009) dan menyebabkan kerosakan pada harta tersebut. Oleh itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama. [2] Keterangan dalam kes ini menunjukkan bahawa pada 11.12.2019 sekitar jam 2.00 pagi SP4 berada di rumah bapanya. Ketika itu SP4 telah tiba dari Kuala Lumpur. Pada sekitar jam 11.00 malam hari yang sama telah datang seorang lelaki yang SP4 tidak kenali ingin mengambil tiga anak adik perempuan SP4 keluar daripada rumah. SP4 tidak membuka pintu kerana tidak mengenali lelaki tersebut dan berlaku pertengkaran. SP4 telah menelefon balai polis sehingga menyebabkan lelaki tersebut pergi dari situ. 3 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [3] Pada jam sekitar 2.00 pagi kenderaan di bahagian depan rumah SP4 telah terbakar. SP4 menyedari kejadian tersebut apabila mendengar salakan anjing. SP4 nampak kenderaan itu terbakar daripada biliknya. Pada masa itu juga SP4 telah nampak sebuah kereta putih dan melihat seseorang telah mencampakkan satu benda lalu jatuh ke kereta yang menyebabkan kereta bapa SP4 terbakar. [4] Keterangan juga menunjukkan bahawa SP4 tidak dapat mengecam jenis kereta putih tersebut dan hanya dapat melihat orang yang membaling sesuatu itu keluar daripada pintu pemandu kereta putih tersebut. SP4 menyatakan bahawa beliau mengetahui barang yang dibaling lelaki tersebut berunsur petrol yang boleh menyebabkan kebakaran. [5] Keterangan SP2 mengesahkan bahawa setelah sampel itu dihantar ke makmal ia disahkan merupakan cecair yang mudah terbakar jenis petrol. [6] Semasa pemeriksaan utama SP4 menyatakan berkenaan dengan lelaki yang datang ke rumah tersebut dan sebab mengapa dia berada di rumah tersebut SP4 menyatakan di muka surat 22 Rekod Rayuan seperti berikut: Soalan: Kenapa lelaki itu datang? 4 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Jawapan: Untuk ambil anak adik perempuan saya. Sebelum itu, ayah saya kata lelaki itu ada hubungan dengan adik perempuan saya itu (boyfriend). Nama lelaki itu Liew Win Thai. Semasa kejadian, adik perempuan saya tidak ada di rumah. Adik perempuan saya bernama Kew Swee Cheng. [7] SP4 juga dapat menyatakan perasaan beliau ketika melihat kenderaan itu terbakar dan mendakwa beliau mengenali orang yang membakar kereta tersebut. Namun sepanjang pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula SP4 tidak dapat secara pasti mengecam lelaki yang melemparkan bahan yang membakar kereta tersebut. [8] SP6 mengesahkan bahawa beliau telah nampak OKT lempar tong minyak dan lepas itu terbakar. Semasa itu ada dua orang cina, salah seorang dia, satu lagi SP6 tidak kenal. SP6 mengesahkan dia nampak tong minyak tersebut dilontarkan ke arah kereta Unser. SP6 telah mengecam lelaki tersebut di Mahkamah seperti berikut: Soalan: Nampak OKT masuk pintu masa dan 1 lagi ada di mana? Jawapan: OKT masuh ke arah driver dan lagi 1 orang ada di tempat penumpang hadapan. Soalan: OKT itu ada dalam Mahkamah hari ini? 5 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Jawapan: OKT iaitu OKT – dia ada di dalam kandang saksi. [9] SP6 juga menjelaskan bagaimana beliau dapat pasti bahawa lelaki tersebut adalah OKT. Ini dinyatakan seperti berikut: Soalan: Bagaimana kamu kenal Liew Win Thai? Jawapan: Dia pernah datang dengan teman lelaki kakak saya di rumah. Saya pernah jumpa dia 3 kali sebelum kejadian itu. Kawad Cam [10] Mahkamah juga mendapati terdapat kawad cam dijalankan yang dikendalikan oleh SP7 dan mengesahkan bahawa seorang lelaki cina bernama Kew Kok Wai iaitu SP6 mengecam OKT melalui potongan rambut dan wajah. Laporan kawad cam di P9 dan menyatakan OKT telah dicam oleh SP6 melalui potongan rambut dan wajah. [11] Penelitian kepada alasan penghakiman dan hujahan pihak-pihak adalah didapati bahawa kes ini adalah bergantung kepada pengecaman saksi terutamanya SP4 dan SP6 terhadap Perayu. Malahan SP6 telah melakukan kawad cam melalui dokumen di P9. Pada masa yang sama juga pengecaman juga telah dibuat oleh SP6 di dalam mahkamah apabila SP6 telah menunjukkan Perayu sebagai lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut. Adalah menjadi undang-undang yang mantap 6 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bahawa sekiranya kawad cam dilakukan maka garis panduan yang dinyatakan dalam R v Turnbull and others [1976] 3 All ER 549 perlu diberikan perhatian. [12] Ini telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Chew Wai Keong & Anor v. PP & Another Appeal [2018] 3 CLJ 681 di perenggan [12]7 – [128] seperti berikut: “[127] The prosecution adduced evidence through PW11 and PW12. Both had identified the second appellant as the man who had used the deceased's credit card at Jaya Jusco Ipoh. Learned counsel submitted that the trial judge had erred in accepting the identification evidence of PW11 and PW12. It was submitted that their evidence was of little value and ought not to have been given much weight since four years had elapsed between the date of the incident and the trial. [128] We are mindful that in a case where the prosecution relied wholly or substantially on the identification of an accused person, the court ought to have in mind the guidelines set out in R v. Turnbull and Others [1976] 3 All ER 549 when assessing the quality of the identification evidence ('the Turnbull guidelines'). Lord Widgery CJ (as he then was) speaking for the English Court of Appeal said (p. 551): First, whenever the case against an accused depends wholly or substantially on the correctness of one or more identifications of the accused which the defence alleges to be mistaken, the judge should warn the jury of the special need for caution before convicting the accused in reliance on the correctness of the identification or identifications. In addition he should instruct them as to the reason for the need for such a warning and should make some reference to the possibility that a mistaken witness can be a 7 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal convincing one and that a number of such witnesses can all be mistaken... At p. 552 the court said: Secondly, the judge should direct the jury to examine closely the circumstances in which the identification by each witness came to be made. How long did the witness have the accused under observation? At what distance? In what light? Was the observation impeded in any way, as for example by passing traffic or a press of people? Had the witness ever seen the accused before? How often? If only occasionally, had he any special reason for remembering the accused? How long elapsed between the original observation and the subsequent identification to the police?... Recognition may be more reliable than identification of a stranger; but, even when the witness is purporting to recognise someone whom he knows, the jury should be reminded that mistakes in recognition of close relatives and friends are sometimes made. The court said further: All these matters go to the quality of the identification evidence. If the quality is good and remains good at the close of the accused's case, the danger of a mistaken identification is lessened; but the poorer the quality, the greater the danger. In our judgment, when the quality is good, as for example when the identification is made after a long period of observation, or in satisfactory conditions by a relative, a neighbour, a close friend, a workmate and the like, the jury can safely be left to assess the value of the identifying evidence even though there is no other evidence to support it; provided always, however, that an adequate warning has been given about the special need for caution. Were the courts to adjudge otherwise, affronts to justice would frequently occur... 8 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal When, in the judgment of the trial judge, the quality of the identifying evidence is poor, as for example when it depends on a fleeting glance or on a longer observation made in difficult conditions, the situation is very different. The judge should then withdraw the case from the jury and direct an acquittal unless there is other evidence which goes to support the correctness of the identification... A failure to follow these guidelines is likely to result in a conviction being quashed and will do so if in the judgment of this court on all the evidence the verdict is either unsatisfactory or unsafe.” [13] Dalam kes Chew Wai Keong & Anor v. PP & Another Appeal (supra) Mahkamah Persekutuan telah menerima dapatan fakta yang dibuat oleh hakim bicara berkenaan dengan keterangan pengecaman oleh dua orang saksi dalam kes tersebut dan berpuas hati bahawa saksi-saksi tersebut adalah saksi yang boleh dipercayai. Ini dinyatakan di perenggan [131] seperti berikut: “[131] It is trite law that the view of the trial judge as to the credibility of a witness must be given proper weight and consideration. An appellate court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by a trial judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there were substantial and compelling reasons for disagreeing. (per Hasan Lah FCJ in Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617). Although the trial judge did not mention the Turnbull guidelines in his grounds of judgment, his judgment shows that His Lordship had considered the evidence and the prevailing circumstances when evaluating the evidence on the identification of the second appellant. The trial judge was satisfied that it was safe to accept the identification evidence. We have no reason to disagree with the finding of the trial 9 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal judge that PW11 and PW12 are credible witnesses and their identification evidence can be safely accepted. PW12 in particular, was attentive and perceptive enough to notice not just the second appellant's attire but also his general appearance, his hair and face. She formed the opinion that the second appellant was a teenager.” [14] Begitu juga turut dinyatakan dalam kes Dorai Pandian Munian & Anor v. PP [2012] 10 CLJ 22. Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut telah menerima dapatan hakim Mahkamah bicara berkenaan dengan pengecaman seorang saksi terhadap Tertuduh. Ini adalah disebabkan Mahkamah telah berpuas hati bahawa saksi tersebut telah berada lebih kurang 15 minit untuk melihat mangsa. Selain daripada itu keadaan cahaya juga terang. Di samping saksi itu juga dapat menerangkan tentang kejadian tersebut secara jelas. Ini dapat dilihat di perenggan [54] – [56] seperti berikut: “[54] From what we have demonstrated thus for, we found that the learned judge had examined closely the circumstances in which the identification of the first and the second accused came to be made by PW10. He had similarly examined the circumstances in which the identification of the second accused was made by PW9. He examined how long PW10 had observed the first and the second accused, and how long PW9 had observed the second accused. At what distance? In what lighting condition? And whether the observation was impeded in any way?. On careful scrutiny of the whole evidence, it is clear to us that this is not a case of fleeting glance or unclear or partial observation or observation in poor lighting condition. 10 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [55] In the case of PW10, she was present in the whole incident witnessing the event in the disco, outside the door of the disco and more importantly the slaying of Ah Leong and Ah Soon which took place outside the hotel, at the parking area. Not only did she have sufficiently long period to observe what was done by the first and the second accused only a few feet from her in good lighting condition, she also had come face to face with the first accused when the latter held the collar of her dress. All this would surely have left a lasting impression and clear imprint in her mind about the unexpected turn of events which had resulted in the deaths of Ah Leong and Ah Soon. In this regard we have not lost sight of the contention by learned counsel for the first accused that being in the car at the material time and being scared and with her head bent downwards, she could have not have witnessed the alleged assault by the first accused on Ah Leong's head, outside the car, at the rear. To reinforce the point submitted, learned counsel had referred us to that part of PW10's evidence in cross-examination which ran as follows: Saksi: Lepas itu dia pergi ke tempat Ah Leong di belakang kereta. D/C: Apa berlaku di sana. Saksi: Dia tikam Ah Leong. D/C: Dia tikam Ah Leong di tempat awam. Saksi: Tempat "N" di tempat sebelah kiri belakang kereta. D/C: Saya katakan kamu tidak dapat kedua-dua kejadian kepada kedua-dua si mati sebab kamu telah tunduk dan kepala kamu adalah ke arah kanan. Saksi: Tidak setuju. D/C: Saya katakan pandangan kamu dihalang oleh kedua-dua tempat duduk pemandu dan penumpang. Saksi: Tidak setuju. D/C: Saya katakan pandangan kamu dihalang oleh bahagian kiri hadapan kereta semasa kamu tunduk. Saksi: Setuju. 11 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal D/C: Saya katakan pandangan kamu ke belakang juga dihalang oleh tempat duduk belakang. Saksi: Setuju. D/C: Pandangan kamu ke belakang kiri ke atas juga dihalang oleh tempat duduk belakang. Saksi: Setuju. [56] Upon considering the whole of PW10's evidence we do not think that any reasonable doubt had been created in PW10's evidence. We found that she remained steadfast on her account of the stabbing and she remained unscathed at the end of her evidence, for, in re-examination PW10 said: Saya pasti dengan sesiapa yang tikam sebab saya melihat dia. Saya melihat orang itu dengan jelas. Saya ada masa lebih kurang 15 minit untuk melihat mereka orang yang tikam. OKT2 yang tikam. Pada malam itu keadaan ada cahaya dan terang. Selain daripada spot light yang ditunjuk dalam P19(1) juga ada lain-lain spot light. Spot light itu adalah P2 di ID25. Tidak benar Ah Leong ada membawa senjata. Walaupun saya tunduk di belakang kereta, saya bukan tunduk sepanjang masa. Saya ada bangun dan dapat lihat apa yang berlaku di belakang. Bonet kereta menghalang pandangan saya. Saya melihat OKT dengan batu macam menghentak.” [15] Selain daripada itu pengecaman juga boleh dibuat di Mahkamah terbuka. Ketiadaan kawad cam tidak menghalang daripada pengecaman dari kandang salah. Namun ia perlu juga mengambil kira tentang tempoh masa pertemuan saksi dengan orang yang ingin dicamkan. Ini dinyatakan dalam kes Arumugam Muthusamy v. Public Prosecutor [1998] 3 CLJ 597. Namun demikian pengecaman melalui 12 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kandang salah itu adalah satu yang tidak digalakkan. Ia dinyatakan seperti berikut: “By the term "dock identification" we take it to mean identification of an accused for the first time in court at trial. And we shall attempt to answer the question posed with that meaning of the term in mind. The question, as framed, is in general terms and lacks precise or essential facts necessary for a definite answer of "Yes" or "No". Much depends on the precise circumstances and the stance of the defence. How long is the "long lapse"? What are the circumstances in which a witness has seen the accused eg, the distance between him and the accused, the weather condition, any lighting particularly if at night, and, if so, quality of the lighting, the length of time the witness sees or observes the accused, any conversation carried on between them, whether the witness has known or seen the accused prior to the incident, and so forth. Facts such as those mentioned above are lacking, but they are essential for the purpose of arriving at a more definite answer to the above question referred. Generally speaking, however, a dock identification in the sense as described above ie, identification of an accused for the first time in Court at the trial, is undesirable, and it would be a good practice to hold an identification parade, which, if it turns out to be positive, would tend to strengthen the case for the prosecution. But to hold that an identification parade must, in all circumstances, be conducted in order to sustain a conviction would be too stringent. There may well be situations where an identification parade cannot or need not be held, for example, where the attendance of the witness at the parade is physically impossible or impracticable or there are exceptional circumstances. 13 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Briefly, therefore, the answer to Question (1) is: it depends on the particular facts and circumstances of each case.” [16] Penelitian kepada kes-kes pengecaman melalui kawad cam atau pengecaman di Mahkamah mencadangkan bahawa Mahkamah perlu meneliti bagaimana kawad cam itu dijalankan dan apakah keterangan yang menunjukkan bahawa saksi tersebut dapat melihat kejadian tersebut sehingga boleh dengan jelas mengecam Tertuduh. Ia bukannya hanya pandangan sekelip mata atau berada di tempat yang tidak jelas melihat kejadian tersebut bagi mengesahkan bahawa individu yang dicam tersebut adalah individu yang berada di tempat kejadian atau yang sedang terlibat di dalam perlakuan jenayah tersebut. Oleh itu Mahkamah perlu meneliti fakta-fakta dan keterangan tersebut sebelum memutuskan bahawa kawad cam atau pengecaman di Mahkamah boleh dijadikan sandaran oleh pihak pendakwaan. Dalam erti kata lain kawad cam dan pengecaman di Mahkamah tidak boleh sekali-kali dijadikan sebagai keterangan tunggal bagi suatu sabitan jenayah. [17] Dalam kes ini pengecaman telah dibuat oleh SP6 semasa kawad cam seperti yang dinyatakan di dalam P9. Adakah kawad cam itu mencukupi bagi mengesahkan identiti Perayu. Dalam hal ini mahkamah juga perlu meneliti keterangan SP4 dan SP6 yang dikatakan melihat kejadian pada dinihari tersebut. SP4 dalam keterangan tidak dapat melihat wajah Perayu semasa kejadian tersebut walaupun dapat melihat tindakan yang dilakukan oleh Perayu. 14 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [18] SP6 dalam keterangan semasa pemeriksaan utama menyatakan bahawa dia nampak Perayu masuk ke arah pemandu dan ada satu orang lain di tempat duduk penumpang hadapan. Semasa pemeriksaan balas ketika dikemukakan soalan siapa yang dia nampak lantas dijawab oleh SP6 bahawa dia nampak Liew Win Thai iaitu Perayu. SP6 juga mengesahkan bahawa dia tidak mengecam seorang Liew King Soon dan Liew Win Thai semasa kawad cam SP6. SP6 juga menyatakan bahawa beliau pernah berjumpa dengan Perayu tiga kali sebelum kejadian. SP6 juga menyatakan dia nampak kejadian tersebut dalam tempoh masa tiga hingga lima minit. Dalam keterangan SP6 tiada keterangan menunjukkan dia nampak Liew King Soon pada hari kejadian tersebut. Liew King Soon adalah salah seorang lelaki yang dicam oleh SP6 ketika kawad cam dijalankan. Dalam hal ini timbul persoalan bagaimana Liew King Soon yang tidak dilihat SP6 pada malam kejadian boleh dicamkan melalui kawad cam walaupun SP6 pernah berjumpanya sebelum ini. Ini menimbulkan persoalan adakah pengecaman Perayu semasa kad cam adalah disebabkan SP6 pernah bertemu Perayu sebelum ini atau disebabkan Perayu pernah datang ke rumah SP6 dan pernah ditemuinya dan bukannya disebabkan SP6 dapat melihat wajah Perayu pada malam itu. [19] Bagi menjawab persoalan ini mahkamah sewajarnya meneliti keterangan saksi-saksi yang berada di tempat kejadian yang dikatakan telah memberikan keterangan yang berbeza. Mahkamah ini berpendapat perbezaan keterangan SP4 dan SP6 adalah material dan berkaitan dengan dapatan berkenaan dengan kawad cam yang telah dilakukan. Ini adalah lebih penting di dalam kes ini apabila keterangan 15 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal SP4 yang menyatakan bahawa Perayu telah hadir ke rumah tersebut beberapa jam sebelum kejadian. Ini menimbulkan prejudis kepada keterangan berkenaan dengan kawad cam yang tidak boleh ditolak kemungkinan ianya telah dikaburi dengan prejudis SP6 terhadap Perayu yang tidak diperhalusi oleh hakim bicara dalam alasan penghakiman. [20] Dalam kes ini mahkamah berpendapat kebergantungan Hakim Mahkamah Sesyen kepada kawad cam dalam memutuskan bahawa Perayu adalah individu yang berada di tempat kejadian berdasarkan kepada keterangan SP6 adalah tidak dapat dipertahankan. Ini adalah disebabkan keterangan-keterangan lain tidak dapat menyokong pengecaman tersebut. Malahan ia menimbulkan kesangsian kepada pengecaman tersebut. Keterangan-keterangan Lain [21] SP6 dalam keterangannya menyatakan dia nampak lelaki itu telah melemparkan tong minyak plastik. Dalam hal ini mahkamah bicara telah menyatakan bahawa ketiadaan sampel ujian, botol plastik mahupun cecair petrol dikemukakan melalui SP2 adalah tidak menjejaskan Perayu sedangkan SP4 tidak dapat mengemukakan keterangan bahawa dia nampak Perayu sedangkan SP4 dan SP6 berada di tempat yang sama dengan pencahayaan yang sama. [22] Pada hemat mahkamah ini perbezaan keterangan SP4 dan SP6 ini sewajarnya diambil perhatian oleh mahkamah bicara. Ini adalah 16 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal disebabkan ia berkaitan dengan pengecaman SP6 ke atas Perayu di kandang mahkamah. Pengecaman Perayu oleh SP6 ini adalah penting mengaitkan Perayu dengan kejadian tersebut. [23] Dalam kes ini mahkamah berpendapat penelitian berkenaan percanggahan keterangan SP4 dan SP6 dalam kes ini gagal dilakukan oleh hakim bicara sehingga menyebabkan ia telah menerima keterangan kawad cam oleh SP6. Sekiranya penelitian yang mendalam dibuat kepada percanggahan keterangan SP4 dan SP6 tersebut mahkamah akan dapat memastikan sama ada saksi-saksi dapat melihat perilaku lelaki yang dikatakan sebagai Perayu. Ia dapat menyokong keterangan SP4 dan SP6 berkenaan Perayu adalah lelaki yang berkenaan. [24] SP4 semasa mencerakinkan kejadian tersebut menyatakan seperti berikut: “Pada masa itu SP4, adik saya serta isteri telah keluar dan nampak apa yang berlaku.” [25] Ini disahkan oleh SP6 yang menyatakan bahawa pada masa tersebut dia masih belum tidur dan bersembang dengan SP4. Ini bermakna SP6 dan SP4 ada bersama di tempat yang sama. SP4 tidak dapat lihat wajah Perayu sebaliknya SP6 pada tempat yang sama boleh nampak Perayu. Keterangan yang berbeza ini tidak diteliti dan diambil kira oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Hal ini telah disentuh di perenggan [61] – [65] alasan penghakiman namun tiada penelitian kepada 17 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal perbezaan keterangan SP4 dan SP6 tersebut berkenaan dengan sama ada wajah lelaki tersebut dapat dilihat dengan jelas. [26] Mahkamah ini berpendapat keterangan SP6 menyatakan terdapat botol plastik petrol dan keterangan gambar ‘L’ di eksibit P1(1- 6) yang disahkan oleh SP4 menjadikan keterangan botol plastik petrol dan kesan petrol itu adalah penting bagi menyokong keterangan SP4 dan SP6 berkenaan kebakaran kenderaan-kenderaan tersebut yang didakwa berdasarkan kepada petrol. [27] SP2 dalam keterangannya bersetuju bahawa botol tidak dibawa ke mahkamah untuk dikemukakan sebagai keterangan. SP2 nyatakan bahawa gambar P1(1-16) gambar ‘F’ adalah unit botol plastik yang ditemui di tempat kejadian dan gambar ‘L’ adalah tempat unit botol kedua diambil. Hasil pemeriksaan sampel-sampel menurut SP2 setelah dihantar ke makmal ia positif cecair mudah terbakar jenis petrol. Namun laporan hasil ujian makmal itu tidak dikemukakan sebagai eksibit. [28] SP2 mengemukakan laporan mengenai kesan kebakaran sebagai P4. Dalam laporan dinyatakan punca kebakaran adalah sengaja dibakar. Sumber nyalaan (source of ignitor) SN1: Mancis/ Pemetik api – Api dinyalakan pada objek sebelum dinyalakan kepada kenderaan. Apabila didapati tiada sebarang catatan berkenaan botol plastik petrol atau pengesahan bahawa nyalaan adalah berkaitan dengan petrol. Oleh itu pada hemat mahkamah ini keterangan SP2 sebagai saksi bebas tidak dapat menyokong keterangan SP6 berkenaan botol plastik. Oleh itu pengemukaan satu botol plastik yang 18 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dikatakan berisi petrol itu adalah penting bagi kes pendakwaan. Mahkamah ini tidak dapat bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pengemukaan botol plastik yang mengandungi sampel petrol itu tidak penting. [29] SP8 pegawai penyiasat dalam kes ini telah mengecam dua botol plastik di tempat kejadian tidak dikemukakan di mahkamah. SP8 sahkan dua botol plastik tersebut telah dijumpai di tempat kejadian dan ditandakan sebagai ‘X1’ dan ‘X2 ‘dan telah diserahkan kepada Bomba namun tiada dokumen penyerahan dua botol plastik tersebut dikemukakan di mahkamah. SP2 mengesahkan ada mengambil sampel termasuk dua botol plastik tersebut. Ini menunjukkan dua botol plastik tersebut ditemui oleh SP6 dan ada diambil oleh SP2. Pengemukaan dua botol plastik itu pada hemat mahkamah adalah penting bagi kes pendakwaan untuk mahkamah dapat menelitinya bersama-sama dengan keterangan SP6 dan SP4 berkenaan kejadian kebakaran tersebut serta mengesahkan bahawa ianya berpunca daripada petrol yang dikatakan mempunyai kaitan dengan dua botol plastik tersebut. [30] Mahkamah ini mendapati bahawa hakim bicara telah memutuskan bahawa ketiadaan botol-botol plastik tersebut di mahkamah tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana hakim bicara telah diselubungi dengan isu pengecaman Perayu oleh SP6 yang menjadi asas untuk mensabitkan Perayu dengan kesalahan tersebut. Pada hemat mahkamah ia adalah tidak tepat. Dalam suatu perbicaraan jenayah mahkamah perlu meneliti keterangan semua saksi-saksi yang 19 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dikemukakan dan tidak hanya menumpukan kepada keterangan saksi- saksi tertentu sahaja atau eksibit-eksibit yang dikemukakan. Ini adalah disebabkan keterangan-keterangan tersebut saling berkaitan dan menyokong antara satu sama lain bagi melunaskan tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuktikan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Ini gagal dilakukan dengan sewajarnya oleh hakim bicara dalam kes ini. Penelitian Pembelaan Oleh Hakim Bicara [31] Hakim bicara telah meneliti keterangan yang dikemukakan oleh Perayu semasa pembelaan dan berpendapat bahawa disebabkan sebahagian besar keterangan Perayu tidak dicadangkan semasa pendakwaan adalah wajar keterangan-keterangan itu dianggap sebagai pemikian yang direka-reka oleh OKT. Di perenggan 107 alasan penghakiman hakim bicara menyatakan seperti berikut: “107. Memandangkan sebahagian besar keterangan OKT tidak pernah dicadangkan semasa kes pendakwaan, adalah wajar keterangan-keterangan itu dianggap sebagai suatu pemikian yang terkemudian dan direka-reka oleh OKT untuk melepaskan diri daripada tindakan undang-undang.” [32] Dalam kes ini Mahkamah berpendapat adalah menjadi tanggungjawab hakim bicara untuk meneliti semua keterangan pembelaan dan tidak mengenepikannya semata-mata. Ia tidak ditimbulkan semasa pendakwaan. Tanggungjawab ini telah dinyatakan 20 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Gooi Loo Seng v Public Prosecutor [1993] 2 MLJ 137 seperti berikut: “Clearly, therefore, the trial judge, was bound to, but did not view the whole of the evidence objectively and from all angles, with the result that the appellant had lost the chance which was fairly open to him of being acquitted. On this point, we consider that non-direction amounts to a misdirection, for in the words of Pickford J in R v Bundy 1: '… the trial was not satisfactory, and the case was not put to the jury in a way to ensure their due appreciation of the value of the evidence'. [33] Sementara itu Mahkamah Rayuan juga telah menyentuh berkenaan dengan bagaimana Mahkamah tidak boleh menolak keterangan saksi-saksi semata-mata disebabkan ia adalah suatu keterangan fikir kemudian (afterthought). Dalam kes Mohammad Reza Lajevardi Taghi v Public Prosecutor [2015] 5 MLJ 115 seperti berikut: “[22] At this juncture, it is instructive to reproduce the speech of Chan Sek Keong J (as he then was), delivered in the Court of Criminal Appeal of Singapore in the case of Neville v Public Prosecutor [1992] 1 SLR 153, at p 161: It is the duty of the trial judge or judges to consider the defence of the accused and the evidence that is adduced in support of that defence. That is fundamental. A failure to carry out that duty will inevitably lead to a miscarriage of justice. Where the evidence adduced at a trial, whether it be adduced by the prosecution or the defence, will exonerate the accused of the offence with which he is charged, or reduce it to some lesser offence, it is also the duty of the trial judge or judges to consider such evidence to determine 21 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal whether it is sufficient to acquit the accused or reduce the charge, even if the accused himself, whether or not he is represented by counsel, has not raised the particular defence which has that effect. The role of the court is to find whether or not the accused is guilty as charged on the evidence placed before it. But there must be some evidence on which the court can act. [23] Whilst the court is aware and takes cognisance of the modus of persons like the appellant who come to Malaysia, and the need for relevant authorities to be vigilant so as to ensure that our nation does not become a haven for ‘drug tourism’, that must be done to the required standard of proof for a criminal trial, ie proof beyond reasonable doubt. [24] Having perused the grounds of judgment of the learned trial judge, we find that the learned judge had misdirected herself in law. The learned judge failed to give due credence to the evidence of SD2 and SD3 and out rightly rejecting the same as an afterthought of the defence. Therefore, under these circumstances, we allowed the appeal and the decision of the High Court be set aside and the appellant be acquitted and discharged forthwith.” [34] Penelitian kepada nota keterangan dan alasan penghakiman Mahkamah ini berpendapat bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah tidak mempertimbangkan secara keseluruhan keterangan-keterangan pembelaan dan hanya memutuskan bahawa ianya tidak wajar dipertimbangkan atas dasar ia adalah pemikiran terkemudian. Pada hemat Mahkamah pembelaan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan harus diteliti bagi melihat sama ada terdapat keraguan munasabah telah ditimbulkan kepada kes pendakwaan seperti yang telah dinyatakan dalam kes Mat v PP [1963] MLJ 263. 22 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [35] Mahkamah ini berpendapat berdasarkan alasan-alasan di atas adalah tidak selamat untuk sabitan terhadap Perayu dilakukan oleh hakim bicara. Ia adalah disebabkan terdapatnya penelitian keterangan dan penilaian yang tidak memuaskan dilakukan oleh hakim bicara. Oleh itu rayuan dibenarkan. [36] Sementara itu berkenaan dengan hukuman sekiranya rayuan ini ditolak oleh Mahkamah, Hakim Mahkamah Sesyen pada hemat Mahkamah telah meneliti faktor peringanan dan pemberatan kes ini serta telah menjatuhkan hukuman yang sewajarnya kepada Perayu dan tidak ada alasan kepada Mahkamah ini untuk mengganggu hukuman tersebut. Perintah Akhir [37] Rayuan Perayu adalah dibenarkan, perintah Hakim Mahkamah Sesyen diketepikan. Sabitan dan hukuman Hakim Mahkamah Sesyen diketepikan. Bertarikh: 12hb. September 2023 (ROSLAN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR 23 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Perayu Ain-Nur ‘Amiyerra Awod Abdullah Timbalan Pendakwa Raya Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak Responden Amirul Ridzuan Hanif dan Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique Tetuan Amirul & Amirah Kuala Lumpur 24 S/N Eqbjo3p14EG54QwnOPp6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal