1. ) Lim Fung Hsien (sebagai pentadbir harta pusaka Lim Jit Kim @ Lim Tian Jee, si mati) 2. ) Lim Fung Yee (sebagai pentadbir harta pusaka Lim Jit Kim @ Lim Tian Jee, si mati) LESLIE LIM FUNG LI (sebagai pentadbir harta pusaka KHO AY JUNE @
Amendment to add the 2004 authority was refused as late, unexplained, not bona fide and prejudicial; the defendant's counterclaim was struck out as it failed to disclose a reasonable cause of action and amounted to an abuse of process; plaintiffs were entitled to summary judgment for RM462,764.83 because they met...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-B52NCC-1688-07/2025 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Lim Fung Hsien (as administrator of the estate of Lim Jit Kim @ Lim Tian Jee); Plaintiff: Lim Fung Yee (as administrator of the estate of Lim Jit Kim @ Lim Tian Jee); Defendant: Leslie Lim Fung Li (as administrator of the estate of Kho Ay June @ Kho Aye June)
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 10 April 2026
- Case Number
- WA-B52NCC-1688-07/2025 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Claim Concerning Estate Entitlements, Company Liquidation Arrangements and Related Interlocutory Applications / Interlocutory Applications (applications for Amendment, Strike Out of Counterclaim and Summary Judgment)
- Outcome
- Lampiran 19 dismissed; Lampiran 15 allowed and defendant's counterclaim struck out; Lampiran 17 allowed and summary judgment entered for plaintiffs.
- Legal Topics
- Pleading Amendment (order 20), Striking Out Pleadings (order 18), Summary Judgment (order 14), Effect of Agency/authority Documents, Ex Gratia Payments Vs Contractual Entitlement, Estate Administrators' Claims
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Lim Fung Hsien (as administrator of the estate of Lim Jit Kim @ Lim Tian Jee)
Plaintiff
Lim Fung Yee (as administrator of the estate of Lim Jit Kim @ Lim Tian Jee)
Plaintiff
Leslie Lim Fung Li (as administrator of the estate of Kho Ay June @ Kho Aye June)
Defendant
Procedural Posture
Civil Claim Concerning Estate Entitlements, Company Liquidation Arrangements and Related Interlocutory Applications / Interlocutory Applications (applications for Amendment, Strike Out of Counterclaim and Summary Judgment)
Legal Issues
- 1 Whether the defendant's proposed amendment to add the 02.05.2004 'Authority to Act' should be permitted
- 2 Whether the defendant's counterclaim discloses a reasonable cause of action and should be struck out
- 3 Whether the plaintiffs are entitled to summary judgment for RM462,764.83 under Order 14
Ratio Decidendi
Amendment to add the 2004 authority was refused as late, unexplained, not bona fide and prejudicial; the defendant's counterclaim was struck out as it failed to disclose a reasonable cause of action and amounted to an abuse of process; plaintiffs were entitled to summary judgment for RM462,764.83 because they met Order 14 preliminaries and the defendant failed to raise bona fide triable issues supported by material evidence; costs and interest awarded accordingly.
Court Disposition
Lampiran 19 dismissed; Lampiran 15 allowed and defendant's counterclaim struck out; Lampiran 17 allowed and summary judgment entered for plaintiffs.
Orders
- Lampiran 19 (defendant's application to amend) dismissed with costs RM2,000.00
- Lampiran 15 (plaintiffs' application to strike out counterclaim) allowed; defendant's counterclaim struck out and dismissed with costs in the cause
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
WA-B52NCC-1688-07/2025 Kand. 58 18/05/2026 15:35:33 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. WA-B52NCC-1688-07/2025 ANTARA 1. LIM FUNG HSIEN ... PLAINTIF-PLAINTIF 2. LIM FUNG YEE (sebagai pentadbir-pentadbir harta pusaka LIM JIT KIM @ LIM TIAN JEE, si mati) ` DAN LESLIE LIM FUNG LI (sebagai pentadbir harta pusaka KHO AY JUNE @ KHO AYE JUNE, si mati) ... DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 15, Lampiran 17 dan Lampiran 19) A. PENDAHULUAN 1. Mahkamah ini telah mendengar tiga Notis Permohonan yang saling berkait, iaitu Lampiran 15, Lampiran 17 dan Lampiran 19. Ketiga-tiga permohonan tersebut wajar dihuraikan secara bersama kerana ia timbul 1 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal daripada pliding, fakta dan dokumen yang sama, khususnya berhubung Surat Ikatan bertarikh 25.02.2000, Surat Ikatan Tambahan bertarikh 06.11.2000, pembayaran dividen interim Sing Lian Sdn Bhd (Dalam Likuidasi) dan hak yang didakwa oleh harta pusaka Lim Jit Kim @ Lim Tian Jee terhadap sebahagian hasil jualan aset syarikat tersebut. 2. Lampiran 15 ialah permohonan Plaintif-Plaintif untuk membatalkan Tuntutan Balas Defendan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 3. Lampiran 17 ialah permohonan Plaintif-Plaintif untuk Penghakiman Terus terhadap Defendan di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi jumlah RM462,764.83. 4. Lampiran 19 pula ialah permohonan Defendan untuk meminda Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda Terpinda menurut Aturan 20 Kaedah 5 dan 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 5. Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan kertas kausa, afidavit- afidavit, ekshibit-ekshibit, pliding, hujahan bertulis pihak-pihak dan 2 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal autoriti-autoriti yang dirujuk, Mahkamah ini telah membuat keputusan seperti berikut: Lampiran 19 ditolak; Lampiran 15 dibenarkan; dan Lampiran 17 dibenarkan. 6. Alasan-alasan Mahkamah dihuraikan seperti di bawah. B. LATAR BELAKANG DAN FAKTA KES 7. Plaintif-Plaintif, iaitu Lim Fung Hsien dan Lim Fung Yee, membawa tindakan ini selaku pentadbir-pentadbir harta pusaka mendiang Lim Jit Kim @ Lim Tian Jee ('LJK'). Defendan, Leslie Lim Fung Li, disaman selaku pentadbir harta pusaka mendiang Kho Ay June @ Kho Aye June ('KAJ'). 8. Tidak dipertikaikan bahawa LJK dan KAJ adalah pemegang saham Sing Lian Sdn Bhd (Dalam Likuidasi) ('SLSB'). Tindakan ini berhubung hak yang dikatakan terbit daripada pengaturan antara LJK dengan beberapa pemegang saham SLSB, termasuk KAJ, berkenaan usaha membawa dan menguruskan prosiding penggulungan SLSB serta urusan perundangan dan pentadbiran yang berkaitan. 3 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9. Menurut Plaintif-Plaintif, melalui Surat Ikatan bertarikh 25.02.2000 dan Surat Ikatan Tambahan bertarikh 06.11.2000 ('Surat Ikatan'), LJK telah diberi kuasa dan tanggungjawab untuk mengendalikan rundingan, proses undang-undang dan urusan penggulungan SLSB. Sebagai balasan, LJK berhak menerima bayaran bersamaan 7% daripada hasil jualan aset-aset SLSB. 10. SLSB kemudiannya diperintahkan digulung pada 25.11.2012. Selepas itu, dividen-dividen interim telah diisytiharkan dan dibayar sebagai pulangan lebihan aset kepada pemegang saham SLSB. Plaintif- Plaintif mendakwa bahawa Defendan telah menerima atau berhak menerima dividen interim berjumlah RM9,717,268.53. 11. Berdasarkan kadar 7%, Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa jumlah yang sepatutnya dibayar kepada harta pusaka LJK ialah RM680,208.80. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM217,443.97 atau RM217,475.33 telah dibayar oleh KAJ dan/atau Defendan. Plaintif-Plaintif dengan itu menuntut baki sebanyak RM462,764.83. 4 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12. Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa beberapa surat tuntutan telah dikeluarkan kepada Defendan pada atau sekitar 08.01.2025, 07.02.2025, 27.02.2025 dan 25.04.2025, namun baki tuntutan tersebut masih tidak dijelaskan. Tindakan ini kemudiannya difailkan pada 07.07.2025. 13. Defendan pada mulanya memfailkan Pembelaan Asal bertarikh 08.08.2025. Selepas itu Defendan meminda pembelaannya dan memfailkan Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda, seterusnya Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda Terpinda bertarikh 07.10.2025. 14. Dalam pembelaan terkemudian tersebut, Defendan mengambil pendirian bahawa Surat Ikatan tersebut tidak mempunyai kesan atau tidak lagi mengikat, antara lain kerana LJK dikatakan gagal memenuhi obligasi-obligasi material di bawah Surat Ikatan. Defendan juga mendakwa bahawa pembayaran yang pernah dibuat kepada LJK atau harta pusakanya hanyalah bersifat ex gratia dan tidak dibuat atas dasar liabiliti kontrak. 15. Defendan seterusnya memfailkan Tuntutan Balas bagi mendapatkan, antara lain, deklarasi bahawa Surat Ikatan Tambahan 5 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bertarikh 06.11.2000 tidak berkesan dan perintah supaya Plaintif-Plaintif membayar balik wang yang telah dibayar kepada mereka. 16. Selepas Plaintif-Plaintif memfailkan Lampiran 15 dan Lampiran 17, Defendan pula memfailkan Lampiran 19 bagi meminda lagi Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda Terpinda dengan memasukkan dokumen yang dinamakan 'Kuasa untuk Bertindak' bertarikh 02.05.2004 ('Authority to Act'). Defendan mendakwa dokumen ini baru diperolehi daripada Tetuan S.F. Pang & Chandra dan penting kepada pembelaan Defendan. C. PERMOHONAN-PERMOHONAN DI HADAPAN MAHKAMAH 17. Bagi Lampiran 15, Plaintif-Plaintif memohon supaya Tuntutan Balas Defendan dibatalkan atas alasan bahawa ia tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah, bersifat remeh atau menyusahkan, dan merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah. 18. Bagi Lampiran 17, Plaintif-Plaintif memohon Penghakiman Terus terhadap Defendan untuk jumlah RM462,764.83 berserta faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh serta kos. 6 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19. Bagi Lampiran 19, Defendan memohon kebenaran untuk meminda Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda Terpinda bagi memasukkan fakta dan dokumen baharu, khususnya Kuasa untuk Bertindak bertarikh 02.05.2004, yang dikatakan menggantikan atau menjejaskan hak yang didakwa di bawah Surat Ikatan 2000. 20. Mahkamah akan terlebih dahulu mempertimbangkan Lampiran 19 kerana jika pindaan tersebut dibenarkan, bentuk dan kandungan pembelaan Defendan terhadap Lampiran 15 dan Lampiran 17 mungkin berubah. Walau bagaimanapun, Mahkamah juga menilai sama ada pindaan yang dipohon benar-benar bona fide dan sama ada ia menimbulkan isu sebenar atau sekadar bertujuan menggagalkan permohonan Plaintif-Plaintif. D. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERHUBUNG PINDAAN PLIDING 21. Permohonan Defendan di Lampiran 19 dibuat di bawah Aturan 20 Kaedah 5 KKM 2012. Prinsip asas pindaan pliding ialah Mahkamah mempunyai budi bicara yang luas untuk membenarkan pindaan yang perlu bagi menentukan persoalan sebenar dalam kontroversi antara pihak-pihak, tertakluk kepada syarat bahawa pindaan tersebut dibuat 7 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal secara bona fide dan tidak menyebabkan ketidakadilan yang tidak boleh dipampas dengan kos. 22. Dalam kes Yamaha Motor Co Ltd v Yamaha Malaysia Sdn Bhd & Ors [1983] 1 MLJ 213, Mahkamah Persekutuan merumuskan prinsip pindaan seperti berikut: “The general principle is that the court will allow such amendments as will cause no injustice to the other parties. Three basic questions should be considered to determine whether injustice would or would not result (a) whether the application was bona fide (b) whether the prejudice caused to the other side can be compensated by costs and (c) whether the amendments would not in effect turn the suit from one character into a suit of another and inconsistent character.” 23. Prinsip tersebut jelas menunjukkan bahawa budi bicara Mahkamah bukanlah automatik. Mahkamah mesti melihat keseluruhan keadaan, termasuk masa permohonan difailkan, penjelasan kelewatan, kesan terhadap pihak lawan, dan sama ada pindaan itu akan mengubah sifat tindakan secara tidak adil. 8 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24. Dalam Hong Leong Finance Bhd v Low Thiam Hoe [2016] 1 MLJ 301, Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa walaupun pindaan lazimnya dibenarkan bagi menentukan isu sebenar antara pihak-pihak, Mahkamah masih perlu meneliti sama ada permohonan itu dibuat secara bona fide dan sama ada kelewatan atau perubahan pendirian telah dijelaskan dengan memuaskan. 25. Mahkamah ini juga mengambil perhatian bahawa pindaan tidak patut dibenarkan jika ia merupakan percubaan untuk memperkenalkan pembelaan baharu yang bercanggah dengan pendirian terdahulu tanpa penjelasan munasabah, atau jika ia kelihatan sebagai cubaan untuk mengelakkan kesan permohonan penghakiman terus atau pembatalan pliding yang telah difailkan oleh pihak lawan. E. ANALISIS LAMPIRAN 19 - PERMOHONAN PINDAAN DEFENDAN 26. Defendan memohon untuk memasukkan fakta mengenai Kuasa untuk Bertindak bertarikh 02.05.2004. Menurut Defendan, dokumen tersebut menunjukkan bahawa pemegang saham SLSB telah melantik 9 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tetuan S.F. Pang & Chandra untuk memfailkan petisyen penggulungan terhadap SLSB dan melantik LJK dan/atau LJT sebagai wakil pemegang saham untuk mengikrarkan afidavit atau dokumen berkaitan. 27. Defendan juga mendakwa bahawa dokumen tersebut telah mengatasi atau menggantikan hak yang didakwa oleh LJK atau Plaintif- Plaintif di bawah Surat Ikatan 2000. Ini merupakan teras pindaan yang dipohon. 28. Mahkamah mendapati bahawa permohonan ini difailkan pada 18.12.2025, iaitu selepas Plaintif-Plaintif memfailkan Lampiran 15 dan Lampiran 17. Ini bukan faktor yang secara sendirinya mematikan permohonan pindaan, tetapi ia merupakan faktor material dalam menilai sama ada permohonan tersebut bona fide. 29. Mahkamah juga mengambil kira bahawa dokumen yang hendak dimasukkan adalah dokumen bertarikh 02.05.2004, iaitu dokumen yang dikatakan wujud lebih kurang 21 tahun sebelum permohonan pindaan difailkan. Beban terletak kepada Defendan untuk memberi penjelasan 10 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang memuaskan mengapa dokumen tersebut hanya dibangkitkan pada peringkat ini. 30. Penjelasan Defendan bahawa dokumen tersebut baru diperolehi daripada Tetuan S.F. Pang & Chandra tidak memadai dalam keadaan kes ini. Defendan sendiri bergantung kepada keterangan dan maklumat Tetuan S.F. Pang & Chandra, dan Encik S.P. Chandra telah mengikrarkan afidavit bagi menyokong kedudukan Defendan. Jika dokumen tersebut benar-benar material dan berada dalam rekod peguamcara yang terlibat sejak awal pengaturan, Mahkamah menjangkakan penjelasan yang lebih terperinci tentang bila ia dicari, bagaimana ia dijumpai, siapa yang menyimpannya, dan mengapa ia tidak dikemukakan dalam Pembelaan Asal atau pindaan-pindaan terdahulu. 31. Mahkamah seterusnya mendapati bahawa pindaan yang dipohon bukan sekadar pindaan teknikal. Ia memperkenalkan asas pembelaan yang lebih luas, iaitu bahawa Kuasa untuk Bertindak 2004 telah menggantikan atau menjejaskan hak LJK di bawah Surat Ikatan. Ini berbeza daripada pembelaan awal yang lebih tertumpu kepada isu pelaksanaan kerja, kapasiti LJK dan sifat pembayaran. 11 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32. Mahkamah tidak menerima bahawa pindaan tersebut perlu dibenarkan semata-mata kerana ia kononnya berkaitan dengan isu sebenar antara pihak-pihak. Isu sebenar mestilah isu yang bona fide. Dalam keadaan dokumen yang berusia lebih dua dekad hanya dibangkitkan selepas permohonan Aturan 14 dan Aturan 18 difailkan, tanpa penjelasan kelewatan yang meyakinkan, Mahkamah mendapati bahawa pindaan tersebut lebih cenderung kepada suatu afterthought. 33. Tambahan pula, kelakuan KAJ dan Defendan sendiri yang membuat pembayaran berdasarkan pembahagian 7% atau pecahan 3.5% pada tahun 2018 dan 2024 tidak selari dengan dakwaan bahawa hak di bawah Surat Ikatan telah sepenuhnya diketepikan oleh dokumen 2004. Sekiranya benar Surat Ikatan telah digantikan sejak 2004, pembayaran-pembayaran kemudian itu memerlukan penjelasan yang kukuh. 34. Mahkamah juga mengambil kira bahawa membenarkan pindaan ini pada peringkat ini akan memberi kesan langsung kepada permohonan Plaintif-Plaintif yang telah difailkan dan akan melanjutkan prosiding atas asas yang tidak dikemukakan secara tepat pada waktunya. Prejudis 12 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sedemikian dalam keadaan kes ini bukan sekadar boleh dipampas dengan kos. 35. Oleh itu, berpandukan prinsip dalam Yamaha Motor dan Hong Leong Finance, Mahkamah mendapati bahawa Lampiran 19 tidak dibuat secara bona fide, gagal menjelaskan kelewatan secara memuaskan dan bersifat taktikal. Permohonan Defendan di Lampiran 19 ditolak. F. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERHUBUNG PEMBATALAN PLIDING DI BAWAH ATURAN 18 KAEDAH 19 36. Lampiran 15 ialah permohonan Plaintif-Plaintif untuk membatalkan Tuntutan Balas Defendan. Aturan 18 Kaedah 19(1) KKM 2012 memberi kuasa kepada Mahkamah untuk membatalkan mana-mana pliding atas alasan bahawa ia tidak mendedahkan kausa tindakan atau pembelaan yang munasabah, bersifat skandal, remeh atau menyusahkan, boleh memprejudiskan, memalukan atau melambatkan perbicaraan yang adil, atau merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah. 37. Dalam Pegasus Engineers Sdn Bhd v Sambu (M) Sdn Bhd [1998] 4 MLJ 129, Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa kuasa 13 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membatalkan pliding hendaklah digunakan dengan berhati-hati dan hanya dalam kes yang jelas dan nyata. Namun, jika pliding jelas tidak mempunyai asas, Mahkamah tidak perlu membenarkan pihak-pihak melalui perbicaraan penuh yang tidak perlu. 38. Prinsip yang sama juga dapat dilihat dalam Leong Peng Kheong & Anor v Dawntree Properties Sdn Bhd [2002] 2 MLJ 186, di mana Mahkamah menekankan bahawa pembatalan pliding sesuai dibuat apabila tuntutan atau pembelaan itu secara nyata tidak boleh dipertahankan walaupun fakta-fakta yang diplidkan diterima pada tahap tertinggi. 39. Mahkamah ini menerima bahawa remedi pembatalan adalah remedi drastik. Walau bagaimanapun, ia wujud untuk menghalang proses Mahkamah digunakan bagi meneruskan tuntutan yang kosong, remeh, menyusahkan atau tidak mempunyai asas undang-undang yang munasabah. G. ANALISIS LAMPIRAN 15 - PERMOHONAN MEMBATALKAN TUNTUTAN BALAS 14 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 40. Tuntutan Balas Defendan pada asasnya memohon deklarasi bahawa Surat Ikatan Tambahan bertarikh 06.11.2000 adalah tidak berkesan dan agar Plaintif-Plaintif membayar balik jumlah yang telah diterima daripada Defendan. Defendan mendakwa bayaran tersebut dibuat atas dasar ex gratia. 41. Mahkamah mendapati terdapat percanggahan asas dalam Tuntutan Balas Defendan. Di satu pihak, Defendan menegaskan bahawa pembayaran kepada LJK atau Plaintif-Plaintif dibuat secara ex gratia, iaitu secara sukarela dan bukan atas obligasi undang-undang. Di pihak yang lain, Defendan menuntut supaya pembayaran tersebut dikembalikan seolah-olah pembayaran tersebut dibuat atas dasar kesilapan undang-undang atau fakta yang boleh menimbulkan hak restitusi. 42. Jika pembayaran itu benar-benar ex gratia, maka ia pada sifatnya adalah pembayaran sukarela. Defendan tidak boleh pada masa yang sama menegaskan bahawa bayaran dibuat secara sukarela dan kemudian menuntutnya kembali sebagai suatu hak kontraktual tanpa memplidkan asas restitusi yang jelas, seperti kesilapan, paksaan, 15 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kegagalan balasan menyeluruh atau ketidaksahan yang membawa kepada pengembalian wang. 43. Mahkamah juga mendapati bahawa Tuntutan Balas Defendan banyak bergantung kepada dakwaan bahawa LJK gagal melaksanakan obligasinya di bawah Surat Ikatan. Namun demikian, Defendan sendiri bergantung kepada pembayaran yang dibuat pada tahun 2018 dan 2024 yang secara objektif menunjukkan bahawa pihak KAJ/Defendan masih mengiktiraf wujudnya asas pembayaran kepada harta pusaka LJK. 44. Tuntutan Balas juga tidak memplidkan dengan jelas elemen-elemen kausa tindakan yang membolehkan pembayaran yang telah dibuat secara sukarela dituntut semula. Dakwaan umum bahawa Surat Ikatan tidak berkesan tidak dengan sendirinya mewujudkan hak untuk mendapatkan semula bayaran yang telah dibuat, lebih-lebih lagi apabila pembayaran itu menurut Defendan sendiri dibuat atas dasar ex gratia. 45. Mahkamah menolak bantahan Defendan bahawa Lampiran 15 cacat hanya kerana Plaintif-Plaintif bergantung kepada beberapa alasan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) dalam satu permohonan. Mahkamah 16 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berpendapat tiada halangan mutlak bagi pihak memohon pembatalan berdasarkan lebih daripada satu limb peruntukan tersebut, selagi asas faktanya jelas dan pihak lawan mengetahui kes yang perlu dijawab. 46. Setelah meneliti Tuntutan Balas Defendan, Mahkamah mendapati ia tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah, bersifat remeh dan menyusahkan serta merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah. Membenarkan Tuntutan Balas diteruskan akan menyebabkan perbicaraan difokuskan kepada tuntutan yang tidak mempunyai asas undang-undang yang jelas. 47. Oleh itu, Lampiran 15 adalah dibenarkan dan Tuntutan Balas Defendan dibatalkan. H. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERHUBUNG PENGHAKIMAN TERUS DI BAWAH ATURAN 14 48. Lampiran 17 ialah permohonan Plaintif-Plaintif untuk Penghakiman Terus. Prinsip undang-undang di bawah Aturan 14 KKM 2012 adalah mantap. Mahkamah perlu terlebih dahulu menentukan sama ada syarat 17 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal awal telah dipenuhi. Jika ya, beban beralih kepada Defendan untuk menunjukkan kewujudan isu bona fide yang wajar dibicarakan. 49. Dalam National Company for Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 CLJ Rep 283, Mahkamah Persekutuan menyatakan: “For the purposes of an application under O. 14 the preliminary requirements are: (i) the defendant must have entered an appearance; (ii) the statement of claim must have been served on the defendant; and (iii) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r. 2 of the O. 14. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he comes entitled to judgment. The burden then shifts to the defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him.” 50. Dalam Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying & Anor [2006] 3 CLJ 544, Mahkamah Persekutuan menegaskan: “Once these conditions are fulfilled, the burden then shifts to the defendant to raise triable issues.” 18 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 51. Dalam Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400, Mahkamah Agung menegaskan bahawa tugas Mahkamah dalam permohonan Aturan 14 tidak terhenti hanya kerana sesuatu fakta dinafikan. Mahkamah mesti pergi selangkah lagi untuk menentukan sama ada isu tersebut benar-benar wajar dibicarakan: “Under an O 14 application, the duty of a judge does not end as soon as a fact is asserted by one party, and denied or disputed by the other in an affidavit... the court must go one step further and determine whether they are triable.” 52. Dalam Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Berhad [1995] 1 CLJ 609; [1995] 1 MLJ 281, Mahkamah Rayuan merujuk kepada falsafah asas Aturan 14 seperti berikut: “The underlying philosophy in the O. 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases.” 19 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 53. Oleh itu, Mahkamah ini perlu menilai sama ada pembelaan Defendan merupakan pembelaan bona fide yang disokong oleh fakta dan dokumen material, atau sekadar penafian kosong, afterthought atau sham defence. I. SAMA ADA PLAINTIF-PLAINTIF MEMENUHI KEPERLUAN AWAL ATURAN 14 54. Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif telah memenuhi keperluan awal Aturan 14. Defendan telah memasukkan kehadiran, Pernyataan Tuntutan telah diserahkan dan Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif telah diikrarkan dengan menyatakan fakta-fakta yang menjadi asas tuntutan serta kepercayaan bahawa Defendan tidak mempunyai pembelaan yang bermerit. 55. Oleh itu, Plaintif-Plaintif telah melepasi ambang pertama dan beban kini beralih kepada Defendan untuk menunjukkan sebab mengapa Penghakiman Terus tidak patut dimasukkan. 20 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 56. Mahkamah seterusnya menilai isu-isu yang dikemukakan oleh Defendan bagi menentukan sama ada ia benar-benar isu yang wajar dibicarakan. J. ANALISIS LAMPIRAN 17 - ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN DEFENDAN Isu pertama: Kesahan dan kesan Surat Ikatan 57. Defendan mempertikaikan kesan Surat Ikatan dan mendakwa LJK tidak memenuhi obligasi-obligasi material sebelum berhak kepada bayaran 7%. Mahkamah telah meneliti dakwaan tersebut dan mendapati bahawa ia tidak disokong oleh keterangan kontemporari yang kukuh. 58. Surat Ikatan dan Surat Ikatan Tambahan merupakan dokumen yang menjadi asas kepada pengaturan antara pihak-pihak. Yang penting, pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh KAJ dan Defendan pada tahun 2018 dan 2024 adalah konsisten dengan kewujudan suatu asas pembayaran kepada LJK atau harta pusakanya. 59. Jika benar Defendan sejak awal menolak sepenuhnya hak LJK di bawah Surat Ikatan, adalah tidak munasabah bagi Defendan membuat 21 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pembayaran kepada Plaintif-Plaintif dan/atau harta pusaka LJK mengikut pecahan yang berkait dengan kadar 7%, melainkan wujud suatu pengiktirafan terhadap asas tuntutan tersebut. 60. Mahkamah mendapati bahawa penafian Defendan terhadap kesan Surat Ikatan pada peringkat ini adalah bercanggah dengan kelakuan dan dokumen kontemporari pihak-pihak. Oleh itu, isu ini tidak mencapai tahap pembelaan bona fide yang memerlukan perbicaraan penuh. Isu kedua: Dakwaan pembayaran ex gratia 61. Defendan berulang kali menegaskan bahawa pembayaran yang dibuat kepada LJK atau Plaintif-Plaintif adalah ex gratia. Mahkamah meneliti dakwaan ini dalam konteks keseluruhan dokumen dan kelakuan pihak-pihak. 62. Mahkamah menerima bahawa sesuatu pembayaran boleh dibuat secara sukarela. Namun, label 'ex gratia' tidak boleh diterima begitu sahaja jika keseluruhan keadaan menunjukkan bahawa pembayaran tersebut dibuat dalam rangka pengaturan yang sedia wujud dan berkait rapat dengan hak 7% yang dituntut. 22 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 63. Dalam kes ini, pembayaran pada tahun 2018 dan 2024 bukan pembayaran sekali gus yang tidak mempunyai konteks. Ia dibuat berhubung dividen interim SLSB dan dikaitkan dengan pembayaran 3.5% atau pecahan daripada jumlah yang sepatutnya dibayar. Ini menyokong kesimpulan bahawa pembayaran tersebut bukan semata-mata belas ihsan, tetapi mempunyai kaitan dengan pengaturan asal antara pihak- pihak. 64. Mahkamah dengan itu mendapati bahawa dakwaan ex gratia tidak menimbulkan isu bona fide yang cukup untuk menolak Penghakiman Terus. Isu ketiga: Peranan LJT dan kapasiti LJK 65. Defendan juga mendakwa bahawa sekitar tahun 2018 hingga 2019, LJK mengalami demensia dan urusan SLSB telah diambil alih oleh LJT. Mahkamah mengambil maklum dakwaan ini. 66. Walau bagaimanapun, isu kesihatan LJK pada tahun-tahun akhir hidupnya tidak secara automatik menafikan hak yang telah terbit di bawah Surat Ikatan atau menafikan hak harta pusakanya untuk menuntut 23 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bayaran yang telah matang akibat penerimaan dividen interim oleh Defendan. 67. Sekiranya LJT membantu urusan pentadbiran atau komunikasi pembayaran, perkara tersebut tidak semestinya bermaksud hak LJK telah terhapus. Ia boleh sama munasabahnya ditafsirkan sebagai pengurusan pentadbiran pembayaran kepada harta pusaka LJK. 68. Mahkamah mendapati bahawa Defendan gagal menunjukkan bagaimana isu kesihatan LJK atau peranan LJT secara undang-undang memusnahkan hak tuntutan Plaintif-Plaintif bagi baki bayaran yang dikatakan terhutang. Isu keempat: Kuasa untuk Bertindak 02.05.2004 69. Mahkamah telah menolak permohonan pindaan Defendan di Lampiran 19. Namun bagi tujuan kesempurnaan alasan, Mahkamah turut menilai secara ringkas sama ada dokumen Kuasa untuk Bertindak 02.05.2004, jika dilihat pada tahap tertinggi, menimbulkan pembelaan bona fide terhadap tuntutan Plaintif-Plaintif. 24 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 70. Dokumen tersebut, sebagaimana dihujahkan Defendan, melantik SFPC untuk memfailkan petisyen penggulungan dan melantik LJK dan/atau LJT untuk mengikrarkan afidavit atau dokumen. Namun, pelantikan sedemikian tidak semestinya membuktikan bahawa hak LJK kepada balasan di bawah Surat Ikatan telah terhapus. 71. Mahkamah mendapati bahawa Defendan tidak menunjukkan peruntukan jelas dalam dokumen 2004 yang secara nyata membatalkan, menggantikan atau melepaskan hak LJK yang didakwa di bawah Surat Ikatan. Dakwaan bahawa dokumen tersebut 'supersede' Surat Ikatan adalah kesimpulan undang-undang yang tidak disokong oleh fakta yang cukup. 72. Oleh itu, walaupun dokumen tersebut diambil kira, Mahkamah tidak berpuas hati bahawa ia menimbulkan isu yang wajar dibicarakan terhadap tuntutan Plaintif-Plaintif. Isu kelima: Jumlah tuntutan RM462,764.83 73. Jumlah tuntutan Plaintif-Plaintif adalah berdasarkan formula 7% daripada jumlah dividen interim RM9,717,268.53, ditolak pembayaran 25 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang telah dibuat. Secara matematik, tuntutan baki RM462,764.83 adalah jelas dan diperincikan. 74. Defendan tidak mengemukakan pengiraan alternatif yang kukuh bagi menafikan jumlah tersebut. Sebaliknya, Defendan menafikan liabiliti secara prinsip dan mendakwa pembayaran yang dibuat adalah ex gratia. Mahkamah telah menolak asas tersebut. 75. Mahkamah dengan itu mendapati bahawa tiada pertikaian bona fide terhadap jumlah tuntutan yang memerlukan perbicaraan penuh. K. DAPATAN MAHKAMAH TERHADAP KETIGA-TIGA PERMOHONAN 76. Setelah menilai keseluruhan kertas kausa, Mahkamah membuat dapatan berikut. Pertama, Lampiran 19 tidak wajar dibenarkan kerana permohonan pindaan dibuat lewat, tidak dijelaskan dengan memuaskan, memperkenalkan pembelaan yang bersifat afterthought dan tidak bona fide, serta akan memprejudiskan Plaintif-Plaintif. 26 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 77. Kedua, Tuntutan Balas Defendan adalah tidak mampan. Ia bergantung kepada premis pembayaran ex gratia tetapi pada masa yang sama menuntut pengembalian wang tersebut tanpa memplidkan asas undang-undang yang jelas. Tuntutan Balas tersebut tidak mendedahkan kausa tindakan munasabah dan merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah. 78. Ketiga, Plaintif-Plaintif telah memenuhi keperluan awal Aturan 14 KKM 2012. Defendan gagal menunjukkan kewujudan pembelaan bona fide atau isu yang wajar dibicarakan. Isu-isu yang dibangkitkan Defendan adalah bercanggah dengan dokumen kontemporari, pembayaran terdahulu dan kelakuan pihak-pihak. 79. Mahkamah menegaskan bahawa keputusan ini tidak dibuat semata-mata kerana Mahkamah lebih menerima satu versi fakta berbanding versi yang lain. Keputusan ini dibuat kerana Defendan gagal mengemukakan fakta material yang mencukupi bagi menunjukkan bahawa terdapat isu sebenar yang memerlukan perbicaraan penuh. 27 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 80. Dalam keadaan kes ini, membenarkan tindakan ini diteruskan ke perbicaraan penuh akan melengahkan Plaintif-Plaintif daripada mendapatkan penghakiman bagi tuntutan yang jelas, sedangkan pembelaan Defendan tidak mencapai tahap triable issue yang bona fide. L. KEPUTUSAN 81. Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah membuat perintah-perintah berikut: i. Lampiran 19, iaitu permohonan Defendan untuk meminda Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda Terpinda, adalah ditolak dengan kos RM2,000.00 ii. Lampiran 15, iaitu permohonan Plaintif-Plaintif untuk membatalkan Tuntutan Balas Defendan, adalah dibenarkan. Tuntutan Balas Defendan dibatalkan dan ditolak dengan kos dalam kausa. iii. Lampiran 17, iaitu permohonan Plaintif-Plaintif untuk Penghakiman Terus, adalah dibenarkan. Penghakiman Terus dimasukkan terhadap Defendan bagi jumlah RM462,764.83 dengan kos RM3,000.00. 28 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal iv. Defendan diperintahkan membayar faedah ke atas jumlah penghakiman tersebut pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. Disediakan oleh; DATIN FAIL @ ZURAINI BINTI ABDUL RAZAK Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 13 Kuala Lumpur Tarikh: 18 Mei 2026 Peguamcara Plaintif-Plaintif: Hoooi Kit Yi (Tetuan Donovan & Ho) Peguamcara Defendan: Sarah Arina binti Hashimarime (Tetuan Tuan, Mohd Zain & Co.) 29 S/N zxy3/96MEq/DCAG5PZKwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal