LIM HUN SWEE 1. ) TOMYPAK HOLDINGS BERHAD 2. ) YONG KWET ON 3. ) KEE TONG KIAK 4. ) TO' PUAN ROZANA BINTI HJ. REDZUAN 5. ) AZMI BIN ARSHAD 6. ) LOW CHIUN YIK
Plaintiff failed to satisfy the mandatory high threshold under Order 24 r.7A(3) and r.8 Rules of Court 2012 by not demonstrating a bona fide cause of action or how the broadly framed requested documents were directly relevant and necessary to institute proceedings; the application was speculative and an...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-24NCC-41-11/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: Lim Hun Swee; 1st Defendant Company: Tomypak Holdings Berhad; 2nd Defendant Director/individual: Yong Kwet On; 3rd Defendant Director/individual: Kee Tong Kiak; 4th Defendant Director/individual: To' Puan Rozana binti Hj. Redzuan; 5th Defendant Director/individual: Azmi bin Arshad; 6th Defendant Director/individual: Low Chiun Yik
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 8 October 2025
- Case Number
- JA-24NCC-41-11/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Originating Summons Under S.347 and S.348 Companies Act 2016; Pre Action Discovery Application Under Order 24 R.7 a Rules of Court 2012 / Judgment on Pre Action Discovery Originating Summons (application Dismissed)
- Outcome
- Originating summons for pre-action disclosure dismissed
- Legal Topics
- Section 347 Companies Act 2016, Section 348 Companies Act 2016, Order 24 R.7 a Rules of Court 2012, Pre Action Discovery, Derivative Action, Fishing Expedition Doctrine, Disclosure of Police Reports
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Lim Hun Swee
Plaintiff
Tomypak Holdings Berhad
1st Defendant Company
Yong Kwet On
2nd Defendant Director/individual
Kee Tong Kiak
3rd Defendant Director/individual
To' Puan Rozana binti Hj. Redzuan
4th Defendant Director/individual
Azmi bin Arshad
5th Defendant Director/individual
Low Chiun Yik
6th Defendant Director/individual
Procedural Posture
Originating Summons Under S.347 and S.348 Companies Act 2016; Pre Action Discovery Application Under Order 24 R.7 a Rules of Court 2012 / Judgment on Pre Action Discovery Originating Summons (application Dismissed)
Legal Issues
- 1 Whether the plaintiff satisfied the requirements of Order 24 r.7A(3) Rules of Court 2012 for pre-action disclosure
- 2 Whether the documents requested are specific, relevant and necessary to determine if there is a cause of action or whether the application is an impermissible fishing expedition
Ratio Decidendi
Plaintiff failed to satisfy the mandatory high threshold under Order 24 r.7A(3) and r.8 Rules of Court 2012 by not demonstrating a bona fide cause of action or how the broadly framed requested documents were directly relevant and necessary to institute proceedings; the application was speculative and an impermissible fishing expedition, especially given plaintiff had been offered two inspections of documents; accordingly pre-action disclosure was refused and costs awarded to defendants.
Court Disposition
Originating summons for pre-action disclosure dismissed
Orders
- Plaintiff's originating summons (Lampiran 1) dismissed
- Costs of RM5000.00 awarded to the Defendants
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-24NCC-41-11/2024 Kand. 28 28/11/2025 17:07:08 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA NO. SAMAN PEMULA:JA-24NCC-41-11/2024 Dalam Perkara Seksyen 347 dan 348 Akta Syarikat 2016 Dan Dalam Perkara Aturan 24 Kaedah 7A(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Dan Dalam Perkara kerugian mencecah RM6.2 juta yang dialami oleh Tomypak Holdings Bhd (No. Syarikat: 199501008545 (337743-W) ANTARA 1 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal LIM HUN SWEE (No Pasport Singapura.: K2137463K) …PLAINTIF DAN 1. TOMYPAK HOLDINGS BERHAD (No. Syarikat: 199501008545 (337743-W)) 2. YONG KWET ON (No. K/P: 570102-01-6703) 3. KEE TONG KIAK (No. K/P: 671107-08-5081) 4. TO’ PUAN ROZANA BINTI HJ. REDZUAN (No. K/P: 640709-01-6268) 5. AZMI BIN ARSHAD (No. K/P: 630228-10-7901) 6. LOW CHIUN YIK (No. K/P: 870920-02-6019) .….DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 1. Ini adalah penghakiman mahkamah ini bertarikh 8.10.2025 yang telah menolak permohonan pihak Plaintif untuk mendapatkan semua maklumat dan/atau dokumen-dokumen berikut daripada pihak Defendan-Defendan: 2 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (a) Penerangan terperinci, termasuk tarikh, masa, cara dan butiran pembayaran, tentang cara jumlah RM6.2 juta, mewakili kerugian yang ditemui pada 31.07.2023, telah dikeluarkan oleh Tomypak, Bersama-sama dengan nama atau nama-nama daripada penerima yang mana jumlah wang telah dikeluarkan; (b) Jadual terperinci yang menyatakan nama dan mandat masing-masing serta had kuasa pelbagai kakitangan pengurusan dan Pengarah-Pengarah Tomypak, termasuk proses kelulusan hierarki pengurusan dan/atau kaedah untuk kelulusan pembayaran dan pengeluaran lain yang terpakai dalam Tomypak semasa pembayaran berjumlah RM6.2 juta, mewakili kerugian yang ditemui pada 31.07.2023, telah dikeluarkan oleh Tomypak; (c) Penerangan terperinci tentang bagaimana dan siapa yang mengesahkan pembayaran dalam jumlah RM6.2 juta, mewakili kerugian yang ditemui pada 31.07.2023; (d) Salinan penuh, tidak disunting dan tidak dipotong Laporan Forensik dan/atau Kajian Forensik yang telah ditauliahkan oleh Tomypak dan disediakan oleh firma audit profesional (dalam draf dan sebaliknya) untuk menyiasat kerugian dalam jumlah RM6.2 juta ditemui pada 31.07.2023; 3 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (e) Identiti dan butiran penuh (termasuk No. Kad Pengenalan dan alamat/alamat-alamat terkini) semua kakitangan (sekarang atau sebelumnya) Tomypak yang dikenal pasti, dinamakan dan/atau dalam apa-apa cara yang terlibat dalam penyiasatan terhadap kehilangan RM6.2 juta ditemui pada 31.07.2023, termasuk mana-mana kakitangan dan/atau Pengarah-Pengarah sedemikian yang dipecat, dikenakan tindakan tatatertib dan/atau ditamatkan perkhidmatan; dan (f) Salinan semua Laporan Polis yang dibuat oleh Tomypak melalui mana-mana kakitangannya atau wakil yang diberi kuasa dan/atau ejen berhubung dengan kerugian berjumlah RM6.2 juta yang ditemui pada 31.07.2023, dan kemas kini terperinci siasatan polis, bersama-sama dengan salinan semua surat-menyurat yang ditukar dengan polis berhubung dengan penyiasatan (maklumat dan/atau dokumen yang dinyatakan di atas selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai “Maklumat dan dokumen- dokumen tersebut”). 2. Bahawa setiap Defendan-Defendan, dengan ini diperintahkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini untuk mengemukakan dan mendedahkan semua Maklumat dan dokumen-dokumen tersebut melalui afidavit yang menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Defendan-Defendan untuk mematuhi perenggan 1 di atas dan menyatakan dan/ atau melampirkan salinan semua maklumat dan dokumen-dokumen tersebut yang 4 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal diperoleh dan diperolehi oleh Defendan-Defendan mengikut perenggan 1 di atas. Kertas kausa 3. Permohonan Plaintif ini dibuat melalui satu Saman Pemula bertarikh 12.11.2024 (Lampiran 1) yang disokong dengan Affidavit Sokongan Plaintif bertarikh 12.11.2024 (Lampiran 2). Affidavit Jawapan Defendan diikrarkan pada 09.12.2024 (Lampiran 4). Affidavit Jawapan Plaintif yang diikrarkan pada 20.12.2024 (Lampiran 5) . Latar Belakang Kes 4. Plaintif ialah pemegang saham substantif dalam Tomypak Holdings Bhd (“Tomypak”), memiliki sekitar 20% saham, dan merupakan bekas Pengarah Urusan syarikat tersebut. Plaintif mendakwa bahawa Tomypak telah menanggung kerugian kira- kira RM6.2 juta berkaitan pembelian mesin daripada Bobst Malaysia Sdn Bhd, yang menurutnya menjejaskan keuntungan syarikat dan nilai saham. 5. Plaintif menyatakan bahawa beliau telah cuba mendapatkan maklumat mengenai kerugian itu daripada lembaga pengarah, namun mendakwa maklum balas yang diterima adalah tidak mencukupi atau samar. Justeru, Plaintif memohon perintah Mahkamah agar Defendan-Defendan mendedahkan pelbagai dokumen dan maklumat, termasuk laporan polis, minit mesyuarat, dan butiran kakitangan terlibat, kononnya bagi 5 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membolehkan beliau memulakan tindakan terbitan (derivative action) bagi pihak Tomypak. Alasan Permohonan Plaintif 6. Permohonan ini dibuat di bawah Aturan 24 Kaedah 7A Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) dan seksyen 347 dan seksyen 348 Akta Syarikat 2016, dengan alasan bahawa penzahiran maklumat tersebut adalah perlu untuk membolehkan Plaintif mengenal pasti pihak bertanggungjawab atas kerugian RM6.2 juta dan mendapatkan kebenaran Mahkamah untuk memulakan tindakan terbitan terhadap pihak- pihak yang belum dikenal pasti. Plaintif berhujah bahawa maklumat tersebut adalah amat diperlukan bagi menentukan sama ada wujud asas kukuh untuk memulakan tindakan terbitan. 7. Plaintif bergantung pada prinsip `necessity and relevance’ serta hujahan bahawa sebagai pemegang saham, plaintif mempunyai “real interest” di bawah s.347 CA 2016 untuk memastikan pengurusan syarikat dijalankan dengan jujur dan tanpa salah laku. Bantahan Defendan-Defendan 8. Defendan-Defendan, melalui Afidavit Jawapan di Lampiran 4 oleh Azmi bin Arshad selaku salah seorang Pengarah dalam Defendan Pertama, membantah permohonan tersebut atas alasan utama bahawa ia adalah “fishing expedition” dan tidak memenuhi ambang keperluan yang tinggi di bawah Aturan 24 6 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kaedah 7A(3) KKM 2012. Defendan berhujah bahawa Plaintif tidak mengenal pasti sebarang salah laku khusus atau pesalah tertentu dan permohonannya berdasarkan spekulasi dan syak wasangka. Defendan-Defendan menyatakan bahawa permohonan ini bermotifkan dendam peribadi atas penamatan Plainitf sebagai Pengarah Urusan dan cubaan mengakses maklumat sulit syarikat. Plaintif telah pun ditawarkan dua kali untuk memeriksa dokumen relevan tetapi enggan berbuat demikian, maka keperluan “necessity” tidak dipenuhi. Sebagai pemegang saham, hak Plaintif terhadap dokumen syarikat ss.55, 57, 144 Akta Syarikat 2016. Undang undang berkaitan. 9. Undang-undang berkaitan dengan penzahiran, pengemukaan dan pemeriksaan(discovery, production and inspection) adalah di bawah Aturan 24 Kaedah 7A (3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan manakala keperluan pihak plaintif mematuhi keperluan di bawah Aturan 24 kaedah 7A(3) KKM 2012 berikut . “(3) An originating summons under paragraph (1) or a notice of application under paragraph (2) shall be supported by an affidavit which shall – (a) in the case of originating summons under paragraph (1), state the grounds for the application, the material facts pertaining to the intended proceedings and whether the person against whom the order is sought is likely to be party to subsequent proceedings in Court; and (b) in any case, specify or describe the documents in respect of which the order is sought and show, if practicable by reference to any 7 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pleadings served or intended to be served in the proceedings, that the documents are relevant to an issue arising or likely to arise out of the claim made or likely to be made in the proceedings or the identity of the likely parties to the proceedings, or both, and that the person against whom the order is sought is likely to have or have had them in his possession, custody or power.” 10. Mahkamah merujuk kepada kes RHB Bank bhd v. Ab Malik Abdullah [2010] 6 CLJ 981 di ms 989 yang menyatakan bahawa dalam memfailkan permohonan penzahiran dokumen pra-tindakan, pemohon perlu memenuhi keperluan-keperluan berikut:- i. Whether the Plaintiff has a bona fide cause of action against persons known or unknown; ii. Whether the Plaintiff requires information and documents which are in the possession or control of the Defendants and; iii. Whether the information sought are necessary for the Plaintiff to properly institute proceedings against persons known or unknown." 11. Mahkamah juga merujuk kepada kes Infoline Sdn Bhd(sued as trustees of Tee Keong Family Trust) v. Benjamin Lim Keong Hoe [2017] 8 CLJ 554; [2017] 6 MLJ 363, di mana Mahkamah Rayuan berpandangan: "...The respondent must show that the discovery is necessarily required even before an action is initiated as it is precisely to enable the respondent to decide whether he can commence 8 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal action against the appellant in particular, to start with. And, if the information revealed from the discovery can determine or assist in reaching an answer to the predicament, then the order ought to be made..." 12. Selanjutnya di dalam kes Ong Commodities Pte Ltd v. Kek Tek Huat Sdn Bhd & Anor [2015] 10 CLJ 585, Vazeer Alam Mydin Meera J di putuskan : [7]The grant or refusal of an order for pre-action discovery under O. 24 r. 7A is a discretion vested in this court. The exercise of that judicial discretion is not arbitrary but done by application of set judicial principles. The principles upon which the courts exercise their discretion in this regard may be summarised as follows: (a) the plaintiff/applicant must have or show a bona fide cause of action against the persons known or unknown; (b) the plaintiff/applicant must establish that the plaintiff/applicant requires information and documents which are in the possession, custody or control of the defendant/respondent; and (c) the information and documents sought are necessary for the plaintiff/applicant to properly institute proceedings against persons known or unknown. [8] In this regard, the affidavit in support of the application must meet the following requirements: (a) the affidavit must specify or describes the documents sought; (b) the affidavit must show, if practicable by reference to any pleading served or to be served in the proceedings, that such documents are relevant to an issue arising or likely to arise out 9 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal of the claim made or likely to be made in the proceedings, or identity of the likely parties to the proceedings, or both; (c) the affidavit must show that the person against whom the order is intended to be made is likely to have or have had such documents in his possession, custody or power; and (d) in the case of r. 7A(1), the affidavit must states the grounds on which the person against whom the order is intended is likely to be party to subsequent proceedings. (See Shaw v. Vauxhall Motors Ltd [1974] 1 WLR 1035; [1974] 2 All ER 1185 CA; and the commentary in the Malaysian Civil Procedure 2015, vol 1, Sweet & Maxwell, at p. 353.) 13. Berdasarkan otoriti yang disebut diatas, prinsip utama dalam permohonan penzahiran dokumen di peringkat pra-tindakan adalah permohonan yang dibuat untuk mendapatkan dokumen- dokumen daripada pihak yang dipohon bagi membolehkan pemohon untuk membuat keputusan dalam menentukan kausa tindakan dan seterusnya memulakan tindakan terhadap pihak Defendan-Defendan. Isu untuk Diputuskan. 14. Mahkamah mendapati ada dua isu penting yang perlu diputuskan dalam permohonan ini iaitu: i. Sama ada Plaintif telah memenuhi keperluan di bawah Aturan 24 Kaedah 7A (3) KKM 2012 untuk perintah penzahiran pra-tindakan; 10 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ii. Sama ada dokumen yang dimohon adalah relevan, spesifik dan perlu bagi tujuan menentukan samada Plaintif mempunyai asas tuntutan yang boleh dimulakan terhadap Defendan-Defendan atau permohonan ini wajar dianggap sebagai “fishing expedition” dan Analisa dan Dapatan Mahkamah Isu (i) Sama ada Plaintif telah memenuhi keperluan di bawah Aturan 24 kaedah 7A(3) KKM 2012 untuk perintah penzahiran pra-tindakan. 15. Aturan 24 Kaedah 7A KKM 2012 memberi kuasa kepada Mahkamah untuk mengarahkan penzahiran pra-tindakan sekiranya: (a) Plaintif mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa beliau mempunyai tuntutan yang berasas terhadap pihak lain; (b) Dokumen yang dipohon relevan dan perlu untuk menentukan sama ada tindakan itu patut dimulakan; dan (c) Permohonan dibuat dengan bona fide, bukan untuk tujuan menyiasat atau memancing maklumat. 16. Mahkamah berpandukan prinsip yang digariskan dalam Ong Commodities Pte Ltd v Kek Tek Huat Sdn Bhd [2015] 10 CLJ 585, bahawa pra syarat bagi pre-action discovery adalah 11 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “extremely high” dan tidak boleh digunakan untuk mencari-cari asas tindakan yang masih samar. Dalam Dorsey James Michael v World Sport Group Pte Ltd [2014] 2 SLR 208, Mahkamah Rayuan Singapura (yang dirujuk dan diterima pakai oleh Mahkamah Rayuan Malaysia dalam Infoline Sdn Bhd v Benjamin Lim Keong Hoe [2019] 1 LNS 1808) menegaskan bahawa permohonan penzahiran tidak boleh bersifat spekulatif atau untuk menentukan sama ada wujud salah laku sama sekali. Selanjutnya, Presgo Gateways Sdn Bhd v Aim-Force Software Sdn Bhd [2024] CLJU 621 mengesahkan bahawa pemegang saham tidak mempunyai hak umum untuk mengakses maklumat sulit syarikat, melainkan yang dibenarkan secara khusus oleh Akta Syarikat. Ianya di sokong oleh keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Tengku Dato Ibrahim Petra Tengku Indra Petra v Petra Perdana Bhd & Another Appeal [2018] 2 CLJ 641, memutuskan: “[118] To sum up, the modern view of the relationship between shareholders in the general meeting and the board of directors on matters pertaining to management powers of the company has been well summarised by Stephen Bottonley’s The Constitutional Corporation at p.82 as follows: Since the 1906 case of Automatic Self-Cleansing Filter Syndicate Co Ltd v Cunninghame, courts in the United Kingdom and Australian have accepted that where the board of directors is given exclusive powers to manage the corporation then neither individual members not the general meeting may intervene in or dictate the exercise of that power. It follows from this that the board of directors is not 12 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal simply the servant or agent of the general meeting. The board exercises an original grant of power” [penekanan ditambah] Mahkamah Persekutuan seterusnya menekankan: [120] It is seen from the foregoing discussion that courts in other jurisdictions have consistently taken the view that shareholders in general meeting may not control the power of management conferred by the articles of association on a board of directors; they can only do so by altering the articles to take away the powers of the board of directors, or, if opportunity arises under the articles, by refusing to re-elect the directors of whose actions they disapprove. Today this principle cannot be disputed. We respectfully agree and we would gratefully adopt this view.” [penekanan ditambah] 17. Berdasarkan Afidavit Sokongan Plaintif, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif tidak menunjukkan sebab munasabah bagaimana setiap dokumen yang diminta relevan secara langsung kepada kewujudan kausa tindakan yang sah. Permohonan dikemukakan dalam bentuk yang terlalu umum dan tidak disertai bukti sokongan yang kukuh untuk menunjukkan hubungan langsung antara dokumen dan prosiding yang diniatkan dibenarkan secara khusus oleh Akta Syarikat. 13 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Isu (ii) Sama ada dokumen yang dimohon adalah relevan, spesifik dan perlu bagi tujuan menentukan samada Plaintif mempunyai asas tuntutan yang boleh dimulakan terhadap Defendan-Defendan atau permohonan ini wajar dianggap sebagai “fishing expedition”. 18. Mahkamah meneliti bahawa Plaintif tidak mengemukakan sebarang fakta asas yang konkrit yang menunjukkan salah laku tertentu oleh mana-mana individu dalam Tomypak. Hujahan bahawa wujud “kemungkinan” penyelewengan tanpa disertai dokumen sokongan yang nyata tidak memadai bagi tujuan perintah di bawah Aturan 24 kaedah 7A(3) KKM 2012. Ketiadaan senarai dokumen yang spesifik daripada pihak Defendan menjadikan permohonan Plaintif ini sangat kabur dan terlalu luas. 19. Sebagaimana dijelaskan dalam kes Dorsey James Michael v World Sport Group Pte Ltd [2014] 2 SLR 208, permohonan seumpama ini tidak boleh digunakan untuk “sniff around for potential causes of action which are still at an amorphous, undefined stage”. Prinsip ini telah diterima pakai oleh Mahkamah Rayuan Malaysia dalam Infoline Sdn Bhd v Benjamin Lim Keong Hoe [2017] 6 MLJ 363, yang menegaskan bahawa penzahiran pra-tindakan tidak boleh dijadikan platform untuk meneroka kemungkinan tindakan undang-undang semata-mata. 14 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20. Tambahan pula, Defendan-Defendan telah menunjukkan bahawa Plaintif mempunyai akses yang munasabah kepada dokumen tertentu, Plaintif telah pun ditawarkan sebanyak dua kali untuk memeriksa dokumen relevan namun memilih untuk tidak memanfaatkannya. Mahkamah turut menerima hujahan bahawa permohonan ini bersifat ‘ulterior’ dan bermotif kolateral untuk mencabar keputusan lembaga pengarah dan mendapatkan dokumen sulit yang tidak wajar diperoleh oleh pemegang saham. Ini menafikan keperluan sebenar bagi penzahiran pra-tindakan seperti dikehendaki oleh Aturan 24 kaedah 7A(3) KKM 2012. 21. Saya telah meneliti Affidavit Sokongan Plaintif di perenggan 3 pernyataan tersebut yang secara keseluruhannya merupakan maklumat yang berkaitan kerugian yang dikatakan berjumlah RM6.2 juta oleh Defendan pertama. Tujuan utama permohonan Plaintif ini adalah untuk memulakan tindakan terbitan “derivative action” bagi pihak Defendan pertama dan Plaintif sendiri selaku seorang pemegang saham substantif dalam Defendan pertama. Bagi menyokong permohonan ini, Plaintif dengan jelas menyatakan bahawa Plaintif berkemungkinan akan memulakan tindakan terbitan atas nama Defendan pertama terhadap pihak -pihak yang pada masa ini belum dikenal pasti. Plaintif juga akan mengambil tindakan terhadap pihak yang mungkin bertanggungjawab atau yang telah bertindak secara cuai sehingga menyebabkan kerugian dan kerosakan yang dialami oleh Defendan pertama. Defendan- Defendan 2 hingga 15 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 akan berkemungkinan akan dinamakan sebagai Defendan- Defendan dalm tindakan terbitan tersebut. 22. Pada hemat mahkamah, permohonan pihak Plaintif adalah tidak jelas dan kabur memandangkan Plaintif masih tidak dapat menentukan kausa tindakan tuntutan yang bakal diambil. Plaintif juga tidak dapat menentukan dakwaan salah laku, kecuaian dan atau frod yang mungkin melibatkan pekerja dan atau pengarah defendan pertama. Permohonan Plaintif ini boleh dianggap sebagai satu tindakan “fishing expedition” semata-mata. Plaintif telah gagal untuk menyatakan dengan tindakan atau kesalahan atau apa -apa perlanggaran undang- undang dalam tindakan yang bakal diambil. Saya selanjutnya mendapati bahawa permohonan pihak Palintif ini adalah tidak bersifat ‘Bona Fide’. Keseluruhanya adalah berdasarkan spekulasi dan conjecture (anggapan) sahaja. 23. Mahkamah meneliti bahawa Plaintif sendiri mengakui permohonan ini bertujuan menentukan sama ada terdapat kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan dengan kata lain, permohonan ini dibuat sebelum wujudnya asas tuntutan sebenar. Ini secara jelas menunjukkan bahawa permohonan bersifat “fishing expedition” dan bukan untuk tujuan pembuktian kausa tindakan sedia ada. Prinsip ini ditegaskan dalam Bandar Utama Development Sdn Bhd & Anor v Bandar Utama 1 JMB [2019] 10 CLJ 516, bahawa pra-tindakan tidak boleh digunakan untuk memancing maklumat bagi mencari 16 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal asas tindakan, tetapi hanya untuk membantu menilai sesuatu tuntutan yang sudah nyata dan berasaskan bukti awal. 24. Mahkamah mendapati bahawa Plaintif tidak mengemukakan sebarang asas tindakan jelas terhadap Defendan-Defendan, sebaliknya hanya mengandaikan wujudnya salah laku dan laporan polis yang dibuat. Laporan polis bukanlah dokumen awam dan ia merupakan dokumen sulit yang berada dalam kawalan pihak berkuasa penyiasatan dan tidak boleh didedahkan kecuali melalui proses undang-undang yang sewajarnya. Oleh itu, permohonan untuk menzahirkan laporan polis tidak wajar dan bertentangan dengan dasar privasi serta prinsip keadilan prosedural. Oleh itu, permohonan ini gagal memenuhi ujian yang ditetapkan di bawah Aturan 24 Kaedah 7A(3) KKM 2012. 25. Oleh itu, Mahkamah mendapati permohonan ini bersifat eksploratori (fishing expedition) dan tidak memenuhi piawaian “bona fide cause of action” yang dikehendaki oleh undang- undang. 26. Oleh itu, saya dapati permohonan Plaintif tidak lain tidak bukan adalah satu tindakan mencari dokumen yang tidak pasti berdasarkan satu sangkaan bahawa satu kesalahan telah dilakukan. Saya rujuk penghakiman Wu Siying & Ors v. Malaysian Airline System Bhd & Ors [2016] 8 CLJ 740, HC di perenggan 14 berikut : 17 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (a) What would be tantamount to a fishing expedition that is not allowed in an application for discovery is contained in the decision of the Federal Court of Australia, exercising its appellate jurisdiction, in WA Pines Pty Ltd v. Bannerman [1980] FCA 94, that it all depended on the nature of the case and the stage of the proceedings at which the discovery is sought. (b) In this case, a bare allegation is made in the SoC, and the applicant seeks to interrogate the Chairman and ransack his documents to make a case. (c) That is mere fishing. As Smithers J, in the Federal Court's observation in Australia, said in Melbourne Home of Ford Pty Ltd v. Trade Practices Commission [1979] FCA 25: "In the absence of such evidence, the proceeding is essentially speculative in nature. In such circumstances, for the Court to assist the applicants by making available to them the processes of interrogatories and discovery would be to assist them in an essentially fishing exercise, and from this, the Court on established principles should refrain". [penekanan ditambah] 27. Berdasarkan Aturan 24 Kaedah 8 KKM 2012, Mahkamah hanya boleh membenarkan penzahiran sekiranya ia “necessary for disposing fairly of the matter or for saving costs”. Dalam kes ini, Plaintif gagal menunjukkan bahawa dokumen yang diminta mempunyai hubungan langsung dengan sebarang tindakan yang wujud atau akan dimulakan. Sebaliknya, rekod menunjukkan bahawa Defendan telah dua kali menawarkan peluang kepada Plaintif untuk memeriksa dokumen di premis syarikat, dengan sekatan yang wajar demi menjaga kerahsiaan maklumat korporat. Plaintif memilih untuk tidak mengambil 18 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal peluang tersebut dan terus memfailkan tindakan ini. Maka, keperluan (necessity) bagi perintah penzahiran tidak timbul kerana alternatif yang munasabah telah pun tersedia. 28. Mahkamah juga menekankan bahawa prinsip proporsionaliti harus diaplikasikan. Pendedahan korporat yang luas tanpa asas kukuh akan menjejaskan privasi serta rahsia perdagangan syarikat. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif gagal membuktikan keperluan dan kerelevanan dokumen sebagaimana disyaratkan oleh undang-undang dan kes-kes autoritatif seperti Ahmad Zahri Mirza v PricewaterhouseCoopers Capital Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 930. 29. Keperluan untuk menunjukkan bahawa penzahiran adalah “necessary for disposing fairly of the matter” di bawah Aturan 24 kaedah 8 KKM 2012 tidak dipenuhi. Plaintif tidak membuktikan bagaimana dokumen yang diminta akan secara langsung menyumbang kepada satu prosiding yang wujud atau yang pasti akan dimulakan. Sebaliknya, Mahkamah melihat permohonan ini sebagai usaha mencari-cari maklumat (“deep- sea fishing”), yang mesti dielakkan atas dasar dasar kehakiman dan prinsip ekonomi kehakiman (judicial economy). Kesimpulan dan Keputusan 30. Berdasarkan pertimbangan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif gagal memenuhi syarat dan keperluan mandatori di bawah Aturan 24 kaedah 7A(3) dan (8) KKM 2012. 19 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Permohonan ini bersifat spekulatif, tidak ‘bona fide’, dan dibuat untuk tujuan kolateral. Oleh itu, permohonan Plaintif di Lampiran 1 ditolak dengan kos RM5000.00 kepada Defendan- Defendan. BERTARIKH : 24 NOVEMBER 2025 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU. Peguam bagi pihak Plaintif Balvinder Singh Kenth with Ika Purnama Sari Tetuan Kenth Partnership Kuala Lumpur Bagi Pihak Defendan` Calvin Tetuan Chooi & Company Kuala Lumpur 20 S/N fkqTUkKM1kGp3dqvl2COAg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal