[ ] Liu Chi Ho
Court found identity and quantity of ketamine and accused's possession (physical control and knowledge) proved beyond reasonable doubt, but prosecution failed to prove trafficking because there were no overt acts indicating supply/transfer (no supplier/recipient evidence); accordingly court convicted under s12(2)...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-45A-74-08/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Prosecution: Public Prosecutor (Pendakwa Raya); Defendant: Liu Chi Ho
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 27 June 2022
- Case Number
- BA-45A-74-08/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Dangerous Drugs / Trial Concluded; Judgment at Conclusion of Trial and Sentencing (convicted on Alternative Offence Under S167 Cpc)
- Outcome
- Accused convicted of alternative offence under s12(2) Dangerous Drugs Act 1952; sentenced to imprisonment and fine.
- Legal Topics
- Trafficking, Possession, Chain of Custody, Prima Facie Evaluation, Alternative Conviction Under Section 167 CPC
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Public Prosecutor (Pendakwa Raya)
Prosecution
Liu Chi Ho
Defendant
Procedural Posture
Criminal Dangerous Drugs / Trial Concluded; Judgment at Conclusion of Trial and Sentencing (convicted on Alternative Offence Under S167 Cpc)
Legal Issues
- 1 Whether prosecution proved trafficking under s39B(1)(a) Dangerous Drugs Act 1952
- 2 Whether identity and quantity of the drug were proved
- 3 Whether accused had possession (physical and mental elements)
Ratio Decidendi
Court found identity and quantity of ketamine and accused's possession (physical control and knowledge) proved beyond reasonable doubt, but prosecution failed to prove trafficking because there were no overt acts indicating supply/transfer (no supplier/recipient evidence); accordingly court convicted under s12(2) Dangerous Drugs Act 1952 (possession) pursuant to s167 CPC and sentenced the accused to 4 years imprisonment and a RM30,000 fine (12 months imprisonment in default).
Court Disposition
Accused convicted of alternative offence under s12(2) Dangerous Drugs Act 1952; sentenced to imprisonment and fine.
Orders
- Accused convicted under section 12(2) Dangerous Drugs Act 1952 pursuant to section 167 Criminal Procedure Code
- Sentence: 4 years imprisonment from date of conviction
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-45A-74-08/2019 Kand. 126 30/09/2022 14:29:27 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45A-74-08/2019 PENDAKWA RAYA LAWAN LIU CHI HO (NO. PASSPORT: K06984870) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Di dalam kes ini, Liu Chi Ho (“Tertuduh”) yang merupakan seorang warga negara Hong Kong telah dituduh dengan satu pertuduhan kesalahan mengedar dadah jenis ketamine seberat 809.6 gram di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. [2] Pertuduhan terhadap Tertuduh (Pertuduhan Pindaan ekshibit P40) adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 31 Mac 2019 jam lebih kurang 1.30 tengah hari bertempat di hadapan Gate C26-27, Bangunan Satelite, KLIA, dalam Daerah Sepang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 1 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mengedar dadah berbahaya seberat 809.6 gram Ketamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [3] Di akhir perbicaraan (at the conclusion of the trial), berdasarkan seksyen 167 Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah ini pada 27.6.2022 telah mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan yang lain iaitu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. Seterusnya Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama tempoh empat (4) tahun mulai daripada tarikh sabitan dan dikenakan denda sebanyak RM30,000.00 (jika gagal bayar 12 bulan penjara). [4] Melalui notis rayuan yang telah difailkan pada 7.7.2022, Timbalan Pendakwa Raya telah merayu terhadap keseluruhan keputusan tersebut. Manakala Tertuduh pula telah memfailkan notis rayuan pada 8.7.2022 yang merayu terhadap hukuman sahaja. Ringkasan Kes Pendakwaan [5] Perbicaraan kes ini telah bermula pada 4.5.2021 dan pihak pendakwaan telah menutup kes pendakwaan pada 19.11.2021 setelah memanggil seramai 6 orang saksi pendakwaan, iaitu: SP1 - Kpl/Mohd Sazman bin Abdullah @ Mat Ali (Jurustor); SP2 - Kpl/Syarul Azam bin Muhammud (Jurufoto); SP3 - Nur Hidayah binti Samsudin (Ahli Kimia); S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 2 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal SP4 - Abdul Hakim bin Mohd Noor (Pengadu/Polis Bantuan bertugas di Gate C26-27, Bangunan Satelite KLIA); SP5 - Insp/Noraini binti Sulaiman (Pegawai Penyiasat); SP6 - Muhammad Tarmizi bin Syafril (Peg. Sektor Bangunan Satelite KLIA/Polis Bantuan). [6] Pada 31.3.2019 jam lebih kurang 1.30 tengahari, SP4 yang bertugas di Gate C26-27, Bangunan Satelite KLIA untuk penerbangan MH0432 ke Hong Kong telah mendapati mesin ‘walk through metal detector (WTMD)’ telah berbunyi semasa Tertuduh sedang melaluinya. Sehubungan itu, SP4 telah membuat pemeriksaan badan ke atas Tertuduh dan merasa sesuatu yang lekuk lalu menyelak baju Tertuduh dan mendapati balutan mengelilingi pinggang dan badannya. [7] SP4 telah membawa Tertuduh untuk pemeriksaan lanjut dalam bilik tertutup berhampiran Gate C26-27 tersebut. Hasil pemeriksaan lanjut tersebut mendapati 2 bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk putih pada balutan di badan Tertuduh. Seterusnya pemeriksaan di kaki Tertuduh telah menjumpai 1 bungkusan plastik dengan selotape di pergelangan kaki kiri dan 1 bungkusan lagi di pergelangan kaki kanan. SP4 telah memaklumkan insiden tersebut kepada pegawai atasannya iaitu SP6. [8] SP4 seterusnya telah mengarahkan Tertuduh memasukkan 2 bungkusan plastik berserta balutan daripada belakang badan Tertuduh supaya dimasukkan ke dalam beg sandang Tertuduh (ekshibit P5). Manakala bungkusan pada kaki kiri dan kanan Tertuduh dibiarkan begitu. SP4 kemudiannya membawa Tertuduh ke bilik pemeriksaan narkotik PDRM di Aras 3 bangunan bersebelahan. S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 3 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [9] Semasa di bilik pemeriksaan narkotik PDRM tersebut, dengan disaksikan oleh SP6 serta Tertuduh sendiri, SP4 telah membongkar barang kes disyaki dadah dan mendapati bungkusan dengan selotape kertas putih kekuningan yang mengandungi 2 bungkusan plastik lutsinar yang mana di dalam setiap bungkusan tersebut terdapat 4 peket plastik lutsinar yang mengandungi serbuk keputihan (jumlah keseluruhan 8 peket plastik lutsinar). Seterusnya pemeriksaan pada kaki kiri menjumpai 1 bungkusan plastik lutsinar di dalamnya terdapat 1 peket plastik lutsinar yang mengandungi serbuk putih disyaki dadah. Begitu juga dengan pemeriksaan pada kaki kanan menjumpai 1 bungkusan plastik lutsinar di dalamnya terdapat 1 peket plastik lutsinar yang mengandungi serbuk putih disyaki dadah. [10] Selesai proses pembongkaran barang kes yang tersebut di atas, SP4 telah membuat tandaan dan timbangan. Selain daripada barang- barang kes yang disyaki dadah tersebut di atas, SP4 juga telah membuat rampasan lain-lain barangan peribadi Tertuduh. Semua barang rampasan tersebut telah disenaraikan dalam Borang Bongkar (ekshibit P27). [11] SP4 juga telah membuat laporan tangkap ke atas Tertuduh iaitu No. Report MTB/2739/19 bertarikh 31.3.2019 (ekshibit P28). Seterusnya SP4 telah menyerahkan barang-barang rampasan, Borang Bongkar (ekshibit P27), Laporan Polis (ekshibit P28) serta Tertuduh kepada Pegawai Penyiasat iaitu Insp. Noraini binti Sulaiman (SP5). [12] Pada 2.4.2019, SP5 telah memasukkan barang-barang kes yang disyaki dadah tersebut ke dalam satu sampul surat bertanda ‘NZ1’ dan menghantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan pemeriksaan atau cerakinan seperti mana dalam Borang Pol. 31 (ekshibit P23) dan diterima S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 4 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal oleh Nur Hidayah binti Samsudin, Ahli Kimia Malaysia (SP3) seperti mana Resit Rasmi Jabatan Kimia Malaysia bertarikh 2.4.2019 (ekshibit P24). [13] Hasil analisis Ahli Kimia (SP3) tersebut ke atas bahan serbuk putih dalam 10 peket plastik daripada dalam sampul surat bertanda ‘NZ1’ yang diterimanya itu mendapati berat bersih bahan tersebut ialah 993.4 gram yang mengandungi 809.6 gram ketamine yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952. SP3 telah menyediakan laporan kimia bertarikh 5.11.2020 [ekshibit P26]. Tugas Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [14] Tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah bagi memutuskan samada pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah. “When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.” [15] Suatu kes prima facie dikatakan berjaya dibuktikan hanyalah apabila pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan- keterangan yang kukuh bagi membuktikan setiap dan tiap-tiap intipati/elemen kesalahan yang dipertuduhkan yang mana sekiranya gagal dipatahkan akan membawa kepada sabitan, seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah: S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 5 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “For the purpose of this section, a prima facie is made out against the accused where the prosecution had adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” (Penekanan ditambah) [16] Prinsip-prinsip tugas mahkamah di akhir kes pendakwaan ini telah dijelaskan dalam beberapa kes tersohor termasuklah PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: “[15] For the guidance of the court below, we summarise as follows the steps that should be taken by trial court at the close of the prosecution’s case: (i) the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused; (ii) ask yourself the question: if I call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “Yes”, then a prima S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 6 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;” [17] Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan adalah: (a) Perkara atau ‘subject matter’ yang terlibat dalam pertuduhan kesalahan mengedar dadah itu adalah dadah berbahaya jenis ketamine dengan berat bersih 809.6 gram; (b) Tertuduh mempunyai pemilikan (jagaan atau kawalan dan pengetahuan) tentang dadah berbahaya tersebut; (c) Tertuduh telah pada tempat, masa dan tarikh yang dipertuduhkan melakukan perbuatan mengedar (trafficking) dadah berbahaya tersebut. Analisis dan Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan Identiti Dadah Berbahaya [18] SP43 yang merupakan Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Malaysia dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa dadah berbahaya jenis ketamine tersebut adalah merupakan dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB 1952. SP3 telah menjalankan analisis dan telah membuat dapatannya seperti mana dalam Laporan Kimia (ekshibit P26). S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 7 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [19] Tiada sebarang cabaran yang serius oleh peguambela terhadap identiti dadah yang telah diterima dan dianalisa oleh SP3. Pemeriksaan balas ke atas SP3 lebih menjurus kepada penjelasan berkaitan ujian-ujian yang dijalankan dalam proses menganalisis dadah tersebut. Mahkamah ini masih berpuas hati dan menerima keterangan lisan oleh SP3 dan keterangan dokumentar melalui ekshibit P26 tersebut [20] Di dalam kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “…the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible of the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step.” [21] Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima keputusan analisis yang dibuat oleh SP3 berkaitan dengan identiti dan kuantiti dadah berbahaya tersebut seperti mana dalam Laporan Kimia (ekshibit P26) serta seperti mana dalam pertuduhan. Pemilikan (possession) Dadah Berbahaya [22] Bagi membuktikan pertuduhan yang dikenakan ke atas Tertuduh bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya ketamine di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952, satu lagi elemen penting yang perlu dibuktikan ialah milikan ke atas dadah berbahaya tersebut. Bagi membuktikan elemen S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 8 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal milikan, 2 unsur utama yang perlu dibuktikan ialah elemen fizikal iaitu milikan yang merujuk kepada jagaan dan kawalan fizikal ke atas dadah berbahaya tersebut serta elemen mental iaitu pengetahuan (mens rea possession). [23] Di dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237, Hakim Thomson telah menjelaskan tentang kedua-dua unsur tersebut pada muka surat 239 seperti berikut: “A movable thing is said to be in possession of a person when he is situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out.” (Penekanan ditambah) [24] Berpandukan kepada nas yang dinyatakan di atas, adalah menjadi suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa bagi membuktikan seseorang itu mempunyai “milikan”, perlulah dibuktikan melalui keterangan bahawa seseorang itu mempunyai kawalan dan jagaan ke atas sesuatu barang tersebut dan bebas berurusan atau mengendalikan barang tersebut sepenuhnya tanpa penglibatan orang lain (power of disposal to the exclusion of others) dan mempunyai pengetahuan ke atas sesuatu barang tersebut. S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 9 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [25] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menunjukkan bahawa SP4 telah menemui dadah tersebut melalui bungkusan yang melekat pada badan Tertuduh dengan selotape kertas putih kekuningan yang mengandungi 2 bungkusan plastik lutsinar yang mana di dalam setiap bungkusan tersebut terdapat 4 peket plastik lutsinar yang mengandungi serbuk keputihan (jumlah keseluruhan 8 peket plastik lutsinar). Seterusnya SP4 menemui lagi pada pergelangan kaki kiri Tertuduh 1 bungkusan plastik lutsinar di dalamnya terdapat 1 peket plastik lutsinar yang mengandungi serbuk putih disyaki dadah. Begitu juga dengan pemeriksaan pada pergelangan kaki kanan menjumpai 1 bungkusan plastik lutsinar di dalamnya terdapat 1 peket plastik lutsinar yang mengandungi serbuk putih disyaki dadah. [26] Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan berkenaan physical proximity dadah tersebut ditemui yang dilekatkan pada badan dan pergelangan kaki Tertuduh serta dilitupi dengan pakaian Tertuduh menunjukkan elemen pemilikan fizikal ke atas dadah berbahaya daripada Tertuduh telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Perbuatan menyembunyikan dadah berbahaya tersebut menimbulkan inferens yang munasabah bahawa Tertuduh sememangnya mempunyai pengetahuan mengenai dadah berbahaya tersebut. [27] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa Tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan dan pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut yang disembunyikan dengan melekat pada badan dan pergelangan kakinya dan elemen pemilikan ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan tanpa bergantung kepada anggapan statutori. S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 10 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mengedar (trafficking) Dadah Berbahaya [28] Seksyen 2 ADB 1952 memperuntukkan takrifan tentang pengedaran seperti berikut: “trafficking” includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act;” [29] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa Tertuduh telah melakukan perbuatan menyimpan (keeping), menyembunyikan (concealing) dan membawa (carrying) dadah ketamine tersebut tanpa kuasa yang membenarkan yang merupakan perbuatan-perbuatan termasuk di dalam definisi mengedar (trafficking) seperti mana yang ditafsirkan di bawah seksyen 2 Akta tersebut. [30] Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan tentang bagaimana Tertuduh ditahan dan bagaimana dadah berbahaya itu ditemui yang dilekatkan pada badan dan pergelangan kaki Tertuduh serta dilitupi dengan pakaian Tertuduh, Mahkamah ini mendapati ia merupakan keterangan langsung (direct evidence) oleh SP4 bahawa Tertuduh sememangnya menyimpan, menyembunyikan dan membawa dadah jenis ketamine tersebut dalam urusan perjalanannya untuk berlepas ke Hong Kong melalui pesawat MH0432. S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 11 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [31] Oleh itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa berdasarkan keterangan secara langsung ke atas elemen kawalan atau jagaan serta pengetahuan seperti dinyatakan di atas bahawa Tertuduh telah menyimpan (keeping), menyembunyikan (concealing) dan membawa (carrying) dadah ketamine tersebut tanpa kuasa yang membenarkan yang merupakan perbuatan-perbuatan termasuk di dalam definisi mengedar (trafficking) seperti mana yang ditafsirkan di bawah seksyen 2 Akta tersebut. Rantaian Keterangan Barang Kes [32] Rantaian keterangan barang kes dadah berbahaya bermula dengan rampasan oleh Pengadu SP4 yang kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat SP5, diambil gambar oleh Jurufoto SP2 dan seterusnya diserahkan kepada Ahli Kimia SP3 serta diambil semula oleh SP5. Barang kes dadah tersebut kemudiannya disimpan oleh Jurustor SP1 sehinggalah dikemukakan semasa perbicaraan dalam Mahkamah ini. [33] Tiada cabaran oleh pihak pembelaan berkenaan rantaian keterangan barang kes dadah tersebut. Malahan pihak pembelaan langsung tidak membangkitkan cabaran ke atas isu tersebut dalam penghujahan di akhir kes pendakwaan. Keputusan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [34] Setelah meneliti secara keseluruhan dan membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 12 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh bagi pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh yang demikian, Mahkamah ini memerintahkan supaya Tertuduh dipanggil untuk membela diri. [35] Mahkamah ini telah menerangkan 3 pilihan kepada Tertuduh sama ada untuk memberi keterangan secara bersumpah dalam kandang saksi (witness box), memberi keterangan tidak bersumpah (unsworn statement) daripada kandang tertuduh atau berdiam diri. Tertuduh kemudiannya telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Kes Pembelaan [36] Di peringkat kes pembelaan, hanya Tertuduh seorang sahaja yang telah memberi keterangan secara bersumpah dari dalam kandang saksi (SD1). [37] Secara ringkas, SD1 memberi keterangan seperti berikut: a) Tertuduh bekerja sebagai pembaiki paip di Hong Kong dengan gaji HKD30,000 (lebih kurang RM16,000); b) Tertuduh datang ke Malaysia untuk melancong melalui tiket penerbangan pergi/balik dan juga untuk membeli ketamine yang dikatakan harga ketamine lebih murah di Malaysia berbanding di Hong Kong (5 kali ganda); S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 13 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal c) Tertuduh sampai di KLIA pada 29.3.2019 dan dijemput oleh seorang bernama Ah Fatt; d) Semasa di Malaysia, Tertuduh telah mengikut Ah Fatt ke Johor Bahru; e) Tertuduh mengenali dan berhubung dengan Ah Fatt setelah diperkenalkan oleh kawan Tertuduh di Hong Kong yang bernama Ah Quen bahawa boleh membeli ketamine daripada Ah Fatt di Malaysia; f) Tertuduh membeli ketamine daripada Ah Fatt dengan harga RM30,000 dan Ah Fatt yang mengikatkan atau membalut dadah tersebut pada badan dan kaki Tertuduh sebelum penerbangan balik ke Hong Kong bagi mengelak daripada dijumpai dan ditangkap; g) Tertuduh membeli dadah untuk kegunaan sendiri dan mengaku ketagihan dadah setiap hari; h) Penerbangan balik Tertuduh ke Hong Kong dijadualkan pada 31.3.2019; i) Tertuduh mengaku kali terakhir menghisap dadah ketamine pada 31.3.2019 sebelum ditangkap. S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 14 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal j) Tertuduh ditangkap pada 31.3.2019 dan selepas tangkapan ada menjalani ujian urine dan keputusannya positif dadah ketamine; k) Selepas ditangkap, Tertuduh ada memberi keterangan kepada pihak polis (ekshibit D41). Tugas Mahkamah Di Akhir Perbicaraan [38] Tugas Mahkamah di akhir perbicaraan (at the conclusion of the trial) adalah untuk mempertimbangkan segala keterangan yang telah dikemukakan di hadapan mahkamah dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt) seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah: “(1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. (2) If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it. (3) If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.” S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 15 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [39] Dalam kes Public Prosecutor v. Tan Chai Hing [2018] 6 CLJ 436 CA, Mahkamah Rayuan telah menyentuh tentang tanggungjawab mahkamah di akhir kes pembelaan seperti berikut: “[20] Under. S. 182A of the Criminal Procedure Code, it is clearly the duty of the court to consider all the evidence before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. This is a mandatory requirement as evident by the use of the word ‘shall’ in that section. What it entails is that, at the end of the defence, it is incumbent on the court to evaluate the entire evidence placed before it including the prosecution evidence. This was exactly what the learned judge had undertaken at the end of the defence case having considered the case of Jaafar Ali v. PP [1999] 1 CLJ 410..” (Penekanan ditambah) Ringkasan Hujahan Pembelaan [40] Pihak pembelaan dalam hujahannya memaklumkan Mahkamah ini bahawa pihak pembelaan tidak akan berhujah tentang elemen pertama iaitu identiti dadah berbahaya jenis ketamine tersebut dan juga elemen kedua berkenaan pemilikan dadah berbahaya tersebut oleh Tertuduh (concede). Pihak pembelaan hanya berhujah berkenaan elemen ketiga iaitu mengedar dadah berbahaya dan menghujahkan bahawa Tertuduh tidak mengedar dadah berbahaya jenis ketamine tersebut. S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 16 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [41] Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa Tertuduh memiliki dan membawa dadah ketamine tersebut untuk kegunaan sendiri (personal consumption). Dalam kes Cohen Lorraine Philis & Anor. v. Public Prosecutor & Another Appeal [1989] 3 MLJ 289, Mahkamah Agong telah menyatakan seperti berikut: “(3) The defence of personal consumption is available to a person accused of trafficking in dangerous drugs under the Dangerous Drugs Act but whether it will succeed would depend on the facts of the case. To say that the defence of personal consumption is never been available is to render meaningless the law on statutory presumption as stated in PP v Yuvaraj which has been accepted by our courts and become part of our law.” (Penekanan ditambah) [42] Dalam kes Chow Kok Keong v PP [1998] 2 MLJ 337, Mahkamah Persekutuan juga antara lain, merujuk kes Cohen Lorraine Philis & Anor. v. Public Prosecutor & Another Appeal (supra) dan menyatakan: “In considering and rejecting the defence of the Appellant, the Judge had relied on the definition of trafficking in s 2 of the Act. The Judge appears to have overlooked the decision that in a prosecution for trafficking in dangerous drugs, a defence of self-consumption might be available even where the quantity of drugs involved was in excess of the statutory minimum prescribed under s 37(da) of the Act, but whether it would S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 17 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal succeed would depend upon particular circumstances of each case.” (Penekanan ditambah) [43] Pihak pembelaan dalam kes di hadapan Mahkamah ini menghujahkan bahawa pembelaan untuk kegunaan sendiri oleh Tertuduh bukanlah suatu penafian semata-mata atas alasan: (a) Laporan polis No. MTB/2739/19 (ekshibit P28) yang dibuat oleh Pengadu (SP4) menunjukkan keputusan ujian saringan awal polis sebagai positif dadah ketamine; (b) Keputusan ujian saringan awal Tertuduh yang positif ketamine itu diakui oleh SP5 semasa pemeriksaan balas; (c) Pembelaan untuk kegunaan sendiri oleh Tertuduh adalah selaras dengan rakaman percakapan Tertuduh (ekshibit D41) yang telah dirakamkan 3.4.2019 iaitu hanya beberapa hari selepas tangkapan; (d) Rakaman percakapan Tertuduh tersebut tidak dicabar oleh pihak pendakwaan semasa pemeriksaan balas SD1; dan (e) Pembelaan untuk kegunaan sendiri oleh Tertuduh adalah konsisten daripada mula ditangkap dan semasa rakaman percakapan diambil (ekshibit D41), semasa peringkat kes pendakwaan dan juga semasa peringkat kes pembelaan. S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 18 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [44] Pihak pembelaan juga menghujahkan bahawa elemen mengedar (trafficking) tidak berjaya dibuktikan kerana tiada sebarang unsur ‘overt act’ seperti ketiadaan unsur pembekal dan penerima atau unsur ingin ‘transfer’ kepada pihak lain. Ketiadaan unsur ‘overt act’ tersebut menjadikan elemen pemilikan (sekiranya ada) sekadar ‘passive possession’. Ringkasan Hujahan Pendakwaan [45] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan di peringkat kes pembelaan, dadah ketamine yang dibeli oleh Tertuduh di Malaysia bukan kegunaan sendiri atas alasan: a) Dadah ketamine masih boleh dibeli di Hong Kong; b) Tertuduh mengambil risiko untuk datang membeli ketamine di Malaysia kerana harganya lebih murah; c) Adalah tidak munasabah bagi Tertuduh meletakkan risiko yang besar hanya untuk membeli dadah kegunaannya sendiri; d) Julat harga dadah ketamine yang sangat besar antara di Hong Kong dan Malaysia (5 kali ganda) memberikan keuntungan kepada Tertuduh; e) Berdasarkan nilai harga dadah semasa bil. 1/2019 yang dikeluarkan oleh PDRM (ekshibit P37), nilai harga dadah yang dibeli oleh Tertuduh itu sekiranya dibawa pulang ke S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 19 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hong Kong mempunyai nilai melebihi 120,000 HKD dan adalah tidak munasabah Tertuduh menggunakan dadah ketamine tersebut untuk kegunaan sendiri semata-mata. [46] Sebaliknya pihak pendakwaan menghujahkan pula bahawa keterangan Tertuduh itu sendiri menunjukkan Tertuduh adalah pengedar dadah atau agen pengedar dadah berdasarkan alasan: a) Keterangan Tertuduh tentang segala urusan di Malaysia menunjukkan satu perancangan rapi telah diaturkan bermula daripada mula ketibaan di KLIA yang disambut oleh Ah Fatt sehinggalah urusan menyembunyikan dan membalut dadah tersebut pada badan dan pergelangan kaki; b) Semasa pemeriksaan balas, Tertuduh bersetuju hubungan beliau dengan Ah Fatt sekadar hubungan antara pembeli dan penjual sahaja tetapi dalam keterangan Tertuduh juga menunjukkan seolah-olah Ah Fatt begitu prihatin atas kebajikan dan nasib Tertuduh yang mana dihujahkan adalah tidak munasabah sekiranya beliau sebagai penjual dadah semata-mata kerana seseorang penjual dikatakan akan melindungi identitinya; c) Tertuduh sendiri dalam rakaman percakapannya (ekshibit D41) mengatakan tidak ada menghubungi Ah Fatt tetapi Ah Quen di Hong Kong yang menghubungi Ah Fatt; S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 20 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal d) Inferens dapat dibuat bahawa Tertuduh sebagai pengantara antara Ah Quen di Hong Kong dan Ah Fatt di Malaysia. [47] Pihak pendakwaan menghujahkan juga bahawa hanya Tertuduh seorang yang telah memberi keterangan bagi kes pembelaannya tanpa dapat mengemukakan keterangan Ah Quen dan Ah Fatt sebagai saksi pembelaan. Tiada saksi lain yang dipanggil untuk mengesahkan versi Tertuduh bahawa dadah ketamine itu adalah untuk kegunaan peribadinya. [48] Pihak pendakwaan juga menghujahkan jumlah atau kuantiti dadah yang besar adalah tidak munasabah untuk kegunaan sendiri. [49] Akhirnya pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tiada anggapan statutori yang terpakai bagi dadah jenis ketamine. Namun berdasarkan cara dadah dijumpai, kuantiti dadah yang dibawa serta perbuatan Tertuduh untuk meninggalkan negara ini menunjukkan ini merupakan satu kes direct trafficking di bawah seksyen 2 ADB 1952 dan bukannya presumed trafficking di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Penilaian Keterangan dan Dapatan Di Akhir Perbicaraan [50] Di akhir perbicaraan (at the conclusion of the trial) adalah menjadi tugas Mahkamah ini untuk mempertimbangkan segala keterangan yang telah dikemukakan di hadapan mahkamah dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt) seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah. S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 21 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [51] Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah di peringkat kes pembelaan ini untuk mempertimbangkan sama ada keterangan- keterangan yang dikemukakan oleh pembelaan itu telah mewujudkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Tugas pihak pembelaan hanyalah untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [52] Walau apapun pembelaan yang dikemukakan, walaupun pembelaan yang dikemukakan itu adalah lemah, mahkamah masih bertanggungjawab untuk memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas keterangan pembelaan tersebut bagi menentukan sama ada pembelaan sedemikian mampu menimbulkan keraguan munasabah kerhadap kes pendakwaan. [53] Dalam kes Ganapathy Rengasamy v Public Prosecutor [1998] 2 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan telah membuat pemerhatian berikut: “It needs to be remembered that however weak a defence may be, trial judges being judges of both fact and law should not just brush aside the defence on the basis that the prosecution witnesses are to be believed and not the defence. Where the law casts the onus of giving an explanation upon an accused person, and the explanation is given, which if consistent with innocence, the court is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth.” [54] Mahkamah ini mendapati teras utama pembelaan Tertuduh dalam kes ini adalah bahawa dadah ketamine yang dalam milikan tertuduh S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 22 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tersebut dibeli untuk kegunaan sendiri. Mahkamah ini mendapati konsistensi pembelaan Tertuduh tersebut bahawa dadah ketamine itu untuk kegunaan sendiri bermula dari versi pembelaan semasa kes pendakwaan lagi hinggalah keterangan Tertuduh semasa dipanggil membela diri. Tambahan pula ia juga konsisten dengan rakaman percakapan Tertuduh (ekshibit D41). [55] Kegagalan pihak pendakwaan untuk mencabar pengataan Tertuduh dalam rakaman percakapan tersebut, malah tidak dirujuk langsung dalam pemeriksaan balas ke atas Tertuduh (SD1) membawa inferens penerimaan ke atas pengataan tersebut. Dalam kes Wong Swee Chin v. PP [1981] 1 MLJ 212, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan yang berikut: “A correct statement of the law is that failure of the prosecution witnesses on the matter merely goes to the credibility of their testimony, to wit, the fact that they found the ammunition in the appellant’s trouser pockets remain unshaken. On this point we need only say there is a general rule that failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness’s testimony.” (Penekanan ditambah) [56] Seterusnya mengenai unsur ‘overt act’ bagi elemen mengedar (trafficking), Mahkamah ini menerima panduan daripada kes Pendakwa Raya lwn Haling Arala Jimjani [2008] 5 MLJ 331 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan yang berikut: S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 23 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “(4) Berkenaan hujah pendakwaan bahawa tertuduh membawa dadah tersebut, ciri ini sendiri tidak memadai untuk menyimpul bahawa pengedaran telah berlaku. Adalah jelas dari kes Ong Ah Chuan v Public Prosecutor, Koh Kai Cheng v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64 bahawa unsur-unsur pengedaran seperti terdapat dalam s 2 ADB juga tidak boleh dibaca tanpa mengambil kira konsep dan rasional di sebalik unsur-unsur yang terdapat dalam seksyen tersebut. Ia harus ditimbangkan dengan konsep adanya pembekal dan adanya penerima iaitu wujudnya dua pihak untuk mencapai maksud sebenar unsur-unsur tersebut. Tanpa ciri ini, perbuatan membawa tersebut hanya boleh ditafsirkan sebagai satu milikan pasif.” (Penekanan ditambah) [57] Walaupun pihak pendakwaan antara lain ada menghujahkan tentang inferens yang munasabah boleh dibuat bahawa Tertuduh menjadi pengantara antara Ah Quen di Hong Kong dan Ah Fatt di Malaysia, Mahkamah ini hanya dapat merumuskan bahawa hujahan sebegitu adalah merupakan suatu spekulasi dan tiada mana-mana keterangan sama ada dalam kes pendakwaan atau kes pembelaan yang dapat mengesahkannya. [58] Oleh yang demikian, setelah mempertimbangkan semula keterangan secara menyeluruh Mahkamah ini mendapati bahawa elemen mengedar (trafficking) tidak berjaya dibuktikan kerana tiada sebarang unsur ‘overt act’ seperti ketiadaan unsur pembekal dan penerima atau unsur ingin ‘transfer’ kepada pihak lain. Ketiadaan unsur ‘overt act’ S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 24 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tersebut menjadikan elemen pemilikan (sekiranya ada) sekadar ‘passive possession’. Keputusan Di Akhir Perbicaraan Sabitan Atas Kesalahan Yang Lain [59] Memandangkan Mahkamah ini telah mendapati bahawa elemen pertama iaitu berkenaan identiti dadah berbahaya dan elemen kedua berkenaan dengan pemilikan Tertuduh ke atas dadah berbahaya tersebut telah dibuktikan serta mengambil kira dapatan-dapatan di atas, Mahkamah ini menggunakan bidang kuasa di bawah seksyen 167 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan seperti berikut: “If in the case mentioned in section 166 the accused is charged with one offence and it appears in evidence that he committed a different offence for which he might have been charged under the provisions of that section, he may be convicted of the offence which he is shown to have committed although he was not charged with it.” [60] Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan-keterangan yang sama dalam kes ini di mana elemen pertama (identiti dadah berbahaya) dan elemen kedua (milikan) telah berjaya dibuktikan tapi kegagalan membuktikan elemen ketiga (mengedar), Mahkamah ini mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 25 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hukuman [61] Sebelum menjatuhkan hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952, pihak pembelaan telah mengemukakan hujahan mitigasi ke atas hukuman. [62] Faktor-faktor mitigasi (mitigating factor) yang dihujahkan ialah: a) Tertuduh berusia 35 tahun; b) Pekerjaan Tertuduh semasa di Hang Kong adalah sebagai pembaiki paip; c) Tertuduh tidak mempunyai keluarga; d) Tertuduh telah ditangkap dan berada dalam tahanan semenjak 31.3.2019 hingga sekarang; dan e) Tertuduh berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut dan memohon maaf serta ingin balik ke negara asalnya. [63] Manakala pihak pendakwaan dalam hujahan ke atas hukuman telah mengemukakan faktor pemberatan (aggravating factor) seperti berikut: a) bahawa Tertuduh merupakan warga negara asing yang telah melakukan kesalahan dalam negara ini sebagai tidak menghormati undang-undang negara ini; S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 26 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b) cubaan membawa keluar dadah merupakan kesalahan bagi kedua-dua negara sama ada Malaysia atau Hong Kong; c) Mahkamah perlu mengambil judicial notice berkenaan penularan pengedaran dadah dalam negara ini; dan d) Mengambil kira faktor kepentingan awam dan dasar Kerajaan yang meletakkan dadah sebagai musuh No. 1 negara. [64] Seksyen 12(3) ADB 1952 memperuntukkan hukuman kesalahan tersebut yang boleh dihukum dengan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau pemenjaraan untuk suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau keduanya sekali. [65] Setelah mengambil kira faktor-faktor mitigasi dan pemberatan yang dihujahkan oleh pihak-pihak ke atas hukuman, Mahkamah ini memutuskan bahawa adalah adil, wajar dan munasabah untuk mengenakan hukuman ke atas Tertuduh dengan hukuman pemenjaraan selama 4 tahun daripada tarikh jatuh hukum dan juga dikenakan denda sebanyak RM30,000 (jika gagal bayar 12 bulan penjara). Bertarikh: 30 September 2022 (HASBULLAH ADAM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 27 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal KAUNSEL: Bagi Pihak Pendakwaan - Puan Nur Zatil Hidayah binti Ali Timbalan Pendakwa Raya Bagi Pihak Pembelaan - Encik Krishnaraja Selladurai (bersama Encik Goh Chee Kian) Tetuan Paul, Amy Chong & Associates S/N XxaLvKivDkKnDLIm7Y5mA 28 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal