MANIAM A/L SINASAMI ALIES JUSPINA BINTI AHMAD KAMAL
On the balance of probabilities the court accepted evidence (including photographs and experienced witness SD2) that works had progressed to the stage warranting the second payment; the MPB stop notice existed and responsibility for obtaining approval rested with the Plaintiff, therefore Plaintiff failed to prove...
Source-derived case information.
- Citation
- CB-A72NCvC-21-06/2023 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Plaintiff: MANIAM A/L SINASAMI; Defendant: ALIES JUSPINA BINTI AHMAD KAMAL
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 25 November 2024
- Case Number
- CB-A72NCvC-21-06/2023 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Civil (building Contract) / Judgment on Merits
- Outcome
- Plaintiff's claim dismissed in its entirety
- Legal Topics
- Breach of Contract, Payment Schedule, Building Permits, Damages, Costs
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
MANIAM A/L SINASAMI
Plaintiff
ALIES JUSPINA BINTI AHMAD KAMAL
Defendant
Procedural Posture
Civil (building Contract) / Judgment on Merits
Legal Issues
- 1 entitlement to refund of RM30,000 first payment
- 2 entitlement to refund of RM42,000 second payment
- 3 entitlement to monthly rental loss RM600
Ratio Decidendi
On the balance of probabilities the court accepted evidence (including photographs and experienced witness SD2) that works had progressed to the stage warranting the second payment; the MPB stop notice existed and responsibility for obtaining approval rested with the Plaintiff, therefore Plaintiff failed to prove breach by Defendant and Plaintiff's claims were dismissed.
Court Disposition
Plaintiff's claim dismissed in its entirety
Orders
- Claim dismissed
- Defendant entitled to retain payments made (total RM72,000) under the contract schedule
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
CB-A72NCvC-21-06/2023 Kand. 43 31/12/2025 14:02:27 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [CB-A72NCvC-21-06/2023] ANTARA MANIAM A/L SINASAMI … PLAINTIF NO. K/P: 870624-06-5697 DAN ALIES JUSPINA BINTI AHMAD KAMAL … DEFENDAN NO. K/P: 770712-06-5736 ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN 1. Keputusan kes yang berpihak kepada pihak Defendan telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 25 November 2024. Tiada notis rayuan difailkan oleh pihak Plaintif dalam tempoh 14 hari yang ditetapkan. Pada 30 Oktober 2025, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Temerloh telah membenarkan Plaintif untuk memfailkan notis rayuan di luar masa bagi merayu keputusan Mahkamah ini. Sehubungan itu, alasan penghakiman ini disediakan. 1 S/N VezmnGjtk2p2dBW3eFy3g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal RINGKASAN FAKTA KES 2. Dalam kes ini, Plaintif merupakan pemilik kepada satu unit rumah teres setingkat yang terletak di PT 7598, Mukim Sabai, Daerah Bentong, Pahang (selepas ini disebut sebagai “hartanah tersebut”). 3. Defendan merupakan pemilik tunggal kepada Temerloh Mutiara Construction (201203155106) (CT0014639-X) yang beralamat di Temerloh yang menjalankan perniagaan pembinaan rumah. 4. Pada 8 Disember 2021, Plaintif telah menandatangani perjanjian pembinaan dengan Defendan untuk membina struktur tambahan di atas hartanah tersebut. Nilai perjanjian adalah sebanyak RM150,800.00 yang mana jadual pembayaran adalah seperti berikut: Bayaran Jumlah Bayaran Pertama RM30,000.00 - Apabila perjanjian ditandatangani Bayaran Kedua RM42,000.00 - Semasa kerja-kerja asas tapak, stump dan rusuk tanah Bayaran Ketiga RM40,000.00 - Apabila kerja tersebut telah siap tiang, dinding bata dan rangka pintu 2 S/N VezmnGjtk2p2dBW3eFy3g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bayaran Keempat RM30,000.00 - Apabila kerja tersebut telah siap keranga bumbung, rangka tingkap dan siling luar Bayaran Kelima RM8,800.00 - Apabila kerja tersebut siap sepenuhnya 5. Bayaran pertama dibuat pada 9 Disember 2021. Pada 15 Januari 2022, pihak Plaintif telah meminta pihak Defendan untuk menambah satu balkoni di rumah sedia ada dan memasang siling papan plaster di hartanah tersebut. Bayaran yang dipersetujui adalah dengan tambahan RM8200.00. Tiada sebarang pindaan dibuat terhadap jadual pembayaran perjanjian pembinaan. 6. Pada 6 dan 8 Mac 2022, bayaran sebanyak RM42,000.00 dibuat oleh Plaintif kepada Defendan. 7. Selepas bayaran kedua ini dibuat, Plaintif menyatakan bahawa Defendan tidak meneruskan kerja-kerja pembinaan di atas hartanah tersebut lagi. 8. Namun begitu, Defendan menyatakan bahawa kerja-kerja tidak diteruskan kerana sekitar bulan Mac 2022, pekerja-pekerja di hartanah tersebut menerima satu notis daripada Majlis Perbandaran Bentong (“MPB”) untuk memberhentikan kerja- kerja pembinaan dan mengarahkan pihak-pihak untuk mendapatkan kelulusan daripada MPB sebelum meneruskan kerja-kerja pembinaan. 3 S/N VezmnGjtk2p2dBW3eFy3g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9. Defendan menegaskan bahawa Plaintif telah dimaklumkan bahawa Plaintif bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan daripada MPB untuk membuat kerja-kerja pembinaan. 10. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah inter alia untuk Defendan membayar kembali RM72,000.00 yang telah dibayar serta gantirugi sewa bulanan daripada bulan Disember 2021. ISU-ISU UNTUK DIBICARAKAN 11. Isu-isu untuk dibicarakan (Lampiran 15) adalah seperti berikut: a. Sama ada Plaintif berhak mendapatkan kembali wang bayaran pertama sebanyak RM30,000.00 yang dibayar kepada Defendan pada 9 Disember 2021 selepas menandatangani perjanjian pembinaan (“isu pertama”). b. Sama ada Plaintif berhak mendapatkan kembali wang bayaran kedua sebanyak RM42,000.00 yang dibayar kepada Defendan pada 6 dan 8 Mac 2022 (“isu kedua”). c. Sama ada Plaintif berhak menuntut gantirugi kehilangan pendapatan daripada sewaan hartanah tersebut sebanyak RM600.00 sebulan daripada tarikh perjanjian pembinaan (“isu ketiga”). d. Sama ada Defendan telah menjalankan kerja-kerja pembinaan mengikut perjanjian pembinaan (“isu keempat”). e. Sama ada terdapat sebarang notis daripada pihak MPB pada 22 Mac 2022 yang menyebabkan Defendan tidak 4 S/N VezmnGjtk2p2dBW3eFy3g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dapat meneruskan kerja-kerja pembinaan mengikut perjanjian pembinaan (“isu kelima”). 12. Pada pandangan Mahkamah, isu-isu ini boleh dirumuskan kepada 2 persoalan utama iaitu: a. Sama ada Defendan telah menjalankan kerja-kerja pembinaan mengikut perjanjian pembinaan. b. Sama ada Notis daripada MPB menyebabkan Defendan tidak dapat meneruskan kerja pembinaan. 13. Dapatan berkenaan kedua-dua persoalan ini akan juga menentukan sama ada Plainiff berhak mendapatkan kembali RM30,000.00 dan RM42,000.00 daripada Defendan serta berjaya menuntut tuntutan kehilangan pendapatan daripada sewa. SAMA ADA DEFENDAN TELAH MENJALANKAN KERJA-KERJA PEMBINAAN MENGIKUT PERJANJIAN PEMBINAAN 14. Meneliti perjanjian pembinaan bertarikh 8 Disember 2021, jadual pembayaran menunjukkan bayaran pertama perlu dibuat apabila penjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan bayaran kedua perlu dibuat semasa kerja-kerja asas tapak, stump dan rasuk tanah. 5 S/N VezmnGjtk2p2dBW3eFy3g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15. Bayaran pertama tidak boleh dipertikaikan perlu dibuat atau tidak memandangkan perjanjian pembinaan bertarikh 8 Disember 2021 telah ditandatangani dan di-setemkan. 16. Bagi pembayaran kali kedua, beban pembuktian bahawa kerja- kerja asas tapak, stump dan rasuk tanah belum dimulakan (atau bukan dalam keadaan “semasa kerja-kerja asas tapak, stump dan rasuk tanah”) diletakkan pada Plaintif. Beban ini telah dilepaskan (“discharged”) oleh Plaintif walaupun Plaintif hanya menyatakan bahawa Defendan “tidak membuat kerja-kerja pembinaan di atas rumah tersebut” di soalan dan jawapan 15 Penyata Saksi SP1. 17. Namun begitu, SD2 juga telah memberikan keterangan bahawa berdasarkan kepada gambar-gambar di muka surat 33, 34, 39, 40 dan 41 dalam Ikatan Dokumen A yang menunjukkan kerja- kerja asas tapak, stump dan rasuk tanah sememangya telah dimulakan. 18. SD2 merupakan seorang yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang pembinaan. 19. Dalam kes Majuikan Sdn Bhd v. Barclays Bank Pic [2014] 9 CLJ 337, Mohamad Ariff Yusof JCA telah menyatakan seperti berikut: “[33] We have reviewed the findings of the learned judge on the expert evidence of DW14, who is a 6 S/N VezmnGjtk2p2dBW3eFy3g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal certified document examiner from the Chemistry Department. For a start, since no other handwriting expert was called, the court really had no other basis to reject her evidence outright. ... In our view, however. the court should also proceed to consider the totality of the expert’s evidence by considering the expert’s oral testimony as well.” 20. Dalam kes ini sememangnya tiada kewajipan untuk Plaintif mengemukakan saksi pakar (expert witness) untuk menyangkal keterangan SD2. Namun begitu, setelah juga mempertimbangkan keseluruhan keterangan SD2 termasuk pemeriksaan balas peguam Plaintif berkenaan isu ini, Mahkamah ini memilih untuk menerima keterangan SD2 berkenaan isu ini daripada keterangan SP1 dan SP2 atas imbangan kebarangkalian. Gambar-gambar di muka surat 33, 34, 39, 40 dan 41 dalam Ikatan Dokumen A juga menyokong keterangan SD2. 21. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati kerja-kerja asas tapak, stump dan rasuk tanah adalah dalam proses pembinaan. 22. Memandangkan tahap pembinaan di hartanah tersebut adalah “semasa kerja-kerja asas tapak, stump dan rasuk tanah”, maka bayaran kedua sebanyak RM42,000.00 sepatutnya dibayar daripada Plaintif kepada Defendan. 7 S/N VezmnGjtk2p2dBW3eFy3g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan telahpun menjalankan kerja-kerja pembinaan mengikut perjanjian dan seharusnya menerima jumlah RM72,000 sebagai bayaran mengikut jadual pembayaran. 24. Dengan itu, isu pertama dan isu kedua dijawab secara negatif. 25. Isu keempat pula dijawab secara afirmatif setakat mana bayaran diterima (iaitu pada bayaran kedua) dan bukan secara keseluruhan. SAMA ADA NOTIS DARIPADA MPB MENYEBABKAN DEFENDAN TIDAK DAPAT MENERUSKAN KERJA-KERJA PEMBINAAN 26. Atas imbangan kebarangkalian Mahkamah ini mendapati notis daripada MPB sememangnya wujud. Mahkamah ini juga merujuk kepada perenggan 10 dalam Jawapan kepada Pembelaan (Lampiran 7) yang manyatakan bahawa Plaintif sememangnya telah dimaklumkan berkenaan notis tersebut oleh Defendan. 8 S/N VezmnGjtk2p2dBW3eFy3g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27. Tambahan pula, fakta bahawa Plaintif yang membuat permohonan dan kelulusan MPB tidak dipertikaikan. Sekiranya bukan Plaintif yang sepatutnya membuat permohonan tersebut dan ada dipersetujui bahawa kelulusan MPB tersebut adalah di dalam tanggungan dan tanggungjawab Defendan, mengapakah akhirnya Plaintif yang membuat permohonan dan memperolehi kelulusan tersebut? Tindakan Plaintif yang memperoleh kelulusan MPB tanpa apa-apa penjelasan lanjut berkenaan alasan megapa beliau berbuat demikian meyakinkan Mahkamah ini lagi atas imbangan kebarangkalian bahawa tanggungjawab untuk memperoleh kelulusan itu tidak terletak pada Defendan. 28. Dengan itu, isu kelima dijawab secara afirmatif. 29. Memandangkan pemberhentian kerja pembinaan ini disebabkan oleh Plaintif sendiri kerana tidak mendapatkan kelulusan MPB terlebih dahulu, maka isu ketiga dijawab secara negatif. KEPUTUSAN 30. Selaras dengan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah gagal membuktikan kes melampaui imbangan kebarangkalian dan menolak keseluruhan tuntutan Plaintif. 9 S/N VezmnGjtk2p2dBW3eFy3g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31. Setelah keputusan ini diberikan, pihak-pihak telah memaklumkan kepada Mahkamah ini bahawa pihak-pihak telah bersetuju untuk pihak Plaintif membayar kepada Defendan kos sebanyak RM2500.00 dan Mahkamah ini memerintahkan sedemikian. Bertarikh 31hb Disember 2025 TAN CHIEW KING MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET (1) TEMERLOH PAHANG Pihak-pihak: Peguambela bagi Lejerod Limpuong pihak Plaintif: (Yaacob Mentol, Zamani & Associates) Peguambela bagi Mohd Falihin Kamil Bin Mohamed pihak Defendan: Sazali (Sazali & Lim) 10 S/N VezmnGjtk2p2dBW3eFy3g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal