MD SYUKOR FAIRUS BIN MOHD 1. ) MOHD SUFIAN BIN TAIB 2. ) BANK SIMPANAN NASIONAL BERHAD
The application for stay was dismissed because it was academic and procedurally defective (notice and affidavit sought stay pending High Court when that appeal had been dismissed) and the applicant failed to establish the special circumstances required to justify a stay under established authority (Kosma).
Source-derived case information.
- Citation
- TA-B52NCvC-18-11/2019 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: MD SYUKOR FAIRUS BIN MOHD; Defendan Pertama: MOHD SUFIAN BIN TAIB; Defendan Kedua: BANK SIMPANAN NASIONAL
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 28 August 2023
- Case Number
- TA-B52NCvC-18-11/2019 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Suit Application to Suspend Execution of Judgment Pending Appeal / Application for Stay of Execution (interim Application)
- Outcome
- Application dismissed
- Legal Topics
- Stay of Execution, Appeal, Vicarious Liability, Breach of Banking Contract, Damages
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
MD SYUKOR FAIRUS BIN MOHD
Plaintiff
MOHD SUFIAN BIN TAIB
Defendan Pertama
BANK SIMPANAN NASIONAL
Defendan Kedua
Procedural Posture
Civil Suit Application to Suspend Execution of Judgment Pending Appeal / Application for Stay of Execution (interim Application)
Legal Issues
- 1 Whether the application for stay of execution should be granted pending disposal of appeal
- 2 Whether the application is academic due to prior disposition of appeal
- 3 Whether applicant demonstrated special circumstances to justify a stay
Ratio Decidendi
The application for stay was dismissed because it was academic and procedurally defective (notice and affidavit sought stay pending High Court when that appeal had been dismissed) and the applicant failed to establish the special circumstances required to justify a stay under established authority (Kosma).
Court Disposition
Application dismissed
Orders
- Application for stay of execution dismissed
- Defendan Kedua to pay costs of RM3000.00 to Plaintiff
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
TA-B52NCvC-18-11/2019 Kand. 90 02/05/2024 15:31:27 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA SAMAN NO : TA-B52NCvC-18-11/TAHUN 2019 ANTARA MD SYUKOR FAIRUS BIN MOHD [ NO K/P: 870418-11-5235 ] …PLAINTIF DAN 1. MOHD SUFIAN BIN TAIB (NO K/P: 850628-11-5227) 2. BANK SIMPANAN NASIONAL ...DEFENDAN-DEFENDAN 1 S/N gf5os25RkGWendqumtZQQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini adalah rayuan yang dikemukakan oleh pihak perayu Defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah pada 11 Mac 2024 yang menolak permohonan perayu Defendan Kedua di Kandungan 78 untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman bertarikh 23 Mac 2023 sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Rayuan dengan kos sebanyak RM3000.00. [2] Notis permohonan pihak Plaintif sepertimana Kandungan 78 memohon perintah Mahkamah ini seperti berikut; 1. Perintah Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu bertarikh 2 3 Mac 2023 (Perintah Tersebut) digantung pelaksanaannya sementara menunggu pelupusan rayuan Defendan Kedua terhadap perintah tersebut di Mahkamah Tinggi diselesaikan sepenuhnya. 2. Kos dalam permohonan ini dijadikan kos dalam kausa. 3. Lain-lain perintah/relif lain yang dianggap wajar dan suai munafaat oleh Mahkamah. 2 S/N gf5os25RkGWendqumtZQQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Antara alasan bagi permohonan pihak perayu Defendan Kedua adalah: 1. Mahkamah Yang Mulia ini telah memberikan perintah pada 23 Mac 2023 (Perintah Tersebut) yang membenarkan tuntutan Plaintif yang mana Mahkamah antara lain telah memutuskan Defendan Kedua untuk membuat pembayaran kepada Plaintif berjumlah sebanyak RM490,000.00 di atas jumlah wang yang dilesapkan/hilang, kehilangan nilai dividen ke atas setiap unit sijil yang dilaburkan pada masa-masa material dan kehilangan nilai keuntungan unit-unit sijil berdasarkan nilai semasa beserta kos tindakan mengikut skala Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. 2. Dalam kes di hadapan Mahkamah Yang Mulia ini, tuntutan terhadap pihak Defendan Kedua oleh pihak Plaintif adalah seperti berikut: a) Defendan Kedua adalah bertanggungan ke atas kehilangan wang pelaburan Sijil Simpanan Premium (SSP) milik Plaintif bernilai RM490,000.00 melalui bayaran-bayaran yang telah dibuat oleh Plaintif di kaunter premis cawangan Defendan Kedua di Kuala Terengganu. 3 S/N gf5os25RkGWendqumtZQQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b) Defendan Kedua adalah bertanggungan secara vikarius di atas perbuatan jenayah yang dilakukan oleh kakitangannya iaitu Defendan Pertama pada masa-masa material dan; c) Defendan Kedua telah memungkiri kontrak perbankan apabila gagal memastikan aspek keselamatan dalam pelaburan yang telah dibuat oleh Plaintif dengan Defendan Kedua pada masa-masa yang material melalui satu perjanjian Jual Beli yang bertarikh 8 Mei 2022. 3. Defendan Kedua telah memfailkan rayuan pada 4 April 2023 dan merayu terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen yang dibuat melalui perintah tersebut yang memutuskan bahawa Defendan Kedua dikehendaki membuat bayaran kepada Plaintif sebanyak RM490,000.00 atas jumlah wang yang telah dilesapkan/hilang, kehilangan nilai dividen ke atas setiap unit sijil yang dilaburkan pada masa-masa material serta kehilangan nilai keuntungan unit-unit sijil tersebut berdasarkan nilai semasa. 4. Sekiranya Plaintif meneruskan dengan pelaksanaan terhadap Defendan Kedua sementara menunggu rayuan Defendan Kedua, 4 S/N gf5os25RkGWendqumtZQQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal rayuan Defendan Kedua akan menjadi sia-sia sekiranya Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan Defendan Kedua. 5. Sekiranya jumlah gantirugi-gantirugi tersebut dibayar kepada Plaintif sebelum pelupusan rayuan di Mahkamah Tinggi, terdapat risiko yang munasabah bahawa segala ganti rugi tersebut tidak dapat dan/atau tidak dapat dikembalikan semula kepada Defendan Kedua sekiranya keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi memihak kepada Defendan Kedua. 6. Oleh itu, rayuan Defendan Kedua di Mahkamah Tinggi akan menjadi sia-sia. 7. Pelaksanaan penghakiman tersebut wajar ditangguhkan sementara menunggu pelupusan Rayuan Defendan Kedua di Mahkamah Tinggi. 5 S/N gf5os25RkGWendqumtZQQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kertas-kertas kausa yang dirujuk a. Notis Permohonan Kandungan 78. b. Afidavit Sokongan Kandungan 79. c. Afidavit Jawapan Kandungan 80. d. Afidavit Balasan Kandungan 81. e. Hujahan Bertulis Defendan Kandungan 84. f. Hujahan Bertulis Plaintif Kandungan 85. Ringkasan latarbelakang kes [3] Tuntutan pihak Plaintif terhadap pihak Defendan Kedua telah dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Mac 2023. Justeru pihak Defendan Kedua telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi. Oleh itu, notis permohonan ini difailkan bagi memohon perintah untuk penggantungan pelaksanaan bagi perintah tersebut sehingga pelupusan rayuan Defendan Kedua di Mahkamah Tinggi. Dapatan Mahkamah [4] Setelah meneliti kertas-kertas kausa serta hujahan kedua-dua pihak iaitu Defendan Kedua dan Plaintif, Mahkamah memutuskan 6 S/N gf5os25RkGWendqumtZQQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal permohonan pihak Defendan Pertama sepertimana Kandungan 78 untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ditolak dengan kos sebanyak RM3000.00. Alasan-alasan Mahkamah 1. Sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak responden Plaintif, Mahkamah bersetuju bahawa permohonan penggantungan oleh pihak Perayu Defendan Kedua ini telahpun menjadi akademik. Hal ini adalah kerana Mahkamah Tinggi telah pun menolak rayuan perayu Defendan Kedua pada 2 Oktober 2023. Justeru, perayu Defendan Kedua sepatutnya menarik balik permohonan di Kandungan 78 ini dan selanjutnya memfailkan notis permohonan baru bagi menggantung pelaksanaan sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Rayuan. Jika dilihat kepada notis permohonan Kandungan 78 juga, adalah jelas bahawa di bahagian tajuknya secara spesifik merujuk kepada permohonan penggantungan sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Tinggi. 7 S/N gf5os25RkGWendqumtZQQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Begitu juga dengan kandungan Afidavit Sokongan yang difailkan oleh perayu Defendan Kedua yang juga merujuk kepada permohonan penggantungan menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Tinggi. Tiada sebarang permohonan dibuat oleh pihak peguamcara perayu Defendan Kedua bagi menarik balik ataupun meminda Notis Permohonan Kandungan 78 tersebut dan juga suratcara yang berkaitan. Selanjutnya, hujahan bertulis pihak perayu Defendan juga tidak menyentuh tentang perkara ini dan hujahan mereka sebaliknya terus berkisar kepada permohonan penggantungan pelaksanaan menunggu pelupusan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Jelas bahawa pihak peguamcara perayu Defendan Kedua tidak peka terhadap kesilapan yang terdapat pada Notis Permohonan kandungan 78 bersama afidavitnya. Atas alasan-alasan bahawa Notis Permohonan kandungan 78 dan suratcaranya adalah cacat dan ianya juga telah menjadi akademik, Mahkamah memutuskan untuk menolak permohanan pihak perayu Defendan Kedua ini. 8 S/N gf5os25RkGWendqumtZQQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2. Selanjutnya dan/atau secara alternatifnya, pihak perayu Defendan Kedua tidak dapat menunjukkan sebarang keadaan khas dalam Affidavit Sokongan mereka bagi menyokong permohonan mereka bagi penggantungan pelaksanaan penghakiman ini. Mahkamah merujuk kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbagusaha Makmur BHD (2003)1 MLRA 268 yang dirujuk oleh peguamcara responden Plaintif dan memutuskan seperti berikut: “(23) The onus is on the the applicants to demonstrate the existence of special circumstances to justify the grant of a stay of execution. The reason must relate to the enforcement of the judgement. They must be deposed in the affidavit filed in support of the application.” Dalam Afidavit Sokongan pihak perayu Defendan Kedua, alasan yang dikemukakan hanyalah tentang risiko pihak responden Plaintif tidak dapat memulangkan segala jumlah penghakiman tersebut sekiranya rayuan pihak perayu Defendan Kedua berpihak pada mereka. 9 S/N gf5os25RkGWendqumtZQQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak responden Plaintif bahawa alasan pihak perayu Defendan Kedua ini adalah tidak berasas serta dan tidak termasuk sebagai suatu keadaan khas (special circumstances) bagi mewajarkan suatu perintah penggantungan penghakiman dibenarkan oleh Mahkamah ini. Oleh itu, atas alasan ini juga Mahkamah memutuskan bahawa notis permohonan pihak perayu Defendan Kedua ini wajar ditolak. Penutup [5] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah telah menolak permohonan pihak perayu Defendan Kedua sebagaimana Kandungan 78 dengan kos sebanyak RM3000. Tarikh: 22 April 2024 (Norashima binti Khalid) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Terengganu. 10 S/N gf5os25RkGWendqumtZQQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal