1. Mohamad Firdauz bin Mohamed Yusof 2. Muhamad Hayazi bin Mohamed Yusof
The High Court held the prosecution had proved possession and knowledge beyond reasonable doubt under s37(d) Dangerous Drugs Act 1952 based on credible eyewitness evidence and intact chain of custody; the trial judge properly rejected IDD26 as unreliable and the maker was not produced, justifying an adverse...
Source-derived case information.
- Citation
- KA-42S-6-06/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Mohamad Firdauz bin Mohamed Yusof; Appellant: Muhamad Hayazi bin Mohamed Yusof; Respondent: Pendakwa Raya
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 1 January 1900
- Case Number
- KA-42S-6-06/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / Appeal to High Court (decision on Appeal)
- Outcome
- Appeal against conviction dismissed; appeal against sentence allowed in part.
- Legal Topics
- Possession, Prima Facie Case, Adverse Inference, Chain of Custody, Hearsay and Documentary Evidence, Commissioner for Oaths Rules, Minimum Mandatory Sentencing
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Mohamad Firdauz bin Mohamed Yusof
Appellant
Muhamad Hayazi bin Mohamed Yusof
Appellant
Pendakwa Raya
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal / Appeal to High Court (decision on Appeal)
Legal Issues
- 1 Whether the prosecution proved possession of dangerous drugs beyond reasonable doubt under s37(d) Dangerous Drugs Act 1952
- 2 Whether the trial judge erred in refusing to admit the sworn affidavit (IDD26) and in drawing adverse inferences under s114(g) Evidence Act 1950 for failure to call the affidavit maker
- 3 Whether the existence of a third person (Mohd Azri) created reasonable doubt
Ratio Decidendi
The High Court held the prosecution had proved possession and knowledge beyond reasonable doubt under s37(d) Dangerous Drugs Act 1952 based on credible eyewitness evidence and intact chain of custody; the trial judge properly rejected IDD26 as unreliable and the maker was not produced, justifying an adverse inference under s114(g) Evidence Act 1950; convictions were therefore affirmed and the sentence for the first count was reduced to 10 years imprisonment and 10 strokes while the second count of 2 years was upheld to run concurrently.
Court Disposition
Appeal against conviction dismissed; appeal against sentence allowed in part.
Orders
- Convictions on both counts affirmed.
- Sentence for first count reduced to 10 years imprisonment and 10 strokes, to run from date of arrest.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN RAYUAN JENAYAH NO. KA-42S-6-06/2019 1. | MOHAMAD FIRDAUZ BIN MOHAMED YUSOF 2. MUHAMAD HAYAZI BINMOHAMED YUSOF —* PERAYU-PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA — RESPONDEN (Dalam Mahkamah Sesyen di Kulim Dalam Negeri Kedah Darul Aman Kes Jenayah No: KA-62D- 61-11/2018) PENDAKWA RAYA LAWAN 1. . MOHAMAD FIRDAUZ BIN MOHAMED YUSOF 2. MUHAMAD HAYAZI BIN MOHAMED YUSOF ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan 1. Ini adalah Rayuan daripada Perayu-Perayu atas pertuduhan oleh pihak Pendakwaan semasa di Mahkamah Sesyen Kulim seperti yang berikut: “Pertuduhan Pertama Bahawa kamu bersama-sama pada 15/01/2018 jam lebih kurang 1.05 petang bertempat di rumah beralamat 199, Taman Salad 11, Lunas, di dalam Daerah Kulim, dalam negeri Kedah telah ada dalam milikan kamu bersama dadah berbahaya iaitu Methaphetamine seberat 39.42 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu bersama-sama pada 15/01/2018 jam lebih kurang 1.05 petang bertempat di rumah beralamat 199, Taman Salad 11, Lunas, di dalam Daerah Kulim, dalam negeri Kedah telah ada dalam milikan kamu bersama Etizolam seberat 2.09 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 9(1) Akta Racun dan boleh dihukum di bawah seksyen 32(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” 2. Perayu-Perayu semasa kes di Mahkamah Sesyen Kulim telah dituduh bersama-sama dengan seorang OKT lagi, di mana dalam kes tersebut Perayu-Perayu merupakan OKT Pertama dan Kedua. Oleh sebab Rayuan di hadapan Mahkamah ini hanya melibatkan OKT Pertama dan Kedua sahaja, maka bagi maksud Alasan Penghakiman ini, perkataan Perayu-Perayu akan diguna pakai yang merujuk kepada OKT Pertama dan Kedua dalam pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kulim tersebut. 3. Semasa perbicaraan, pihak Pendakwaan telah memanggil enam (6} orang saksi. Di akhir kes Pendakwaan, Hakim Bicara telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan berjaya memenuhi peruntukan seksyen 37 Akta Dadah Berbahaya 1952 berkenaan dengan anggapan bahawa Perayu-Perayu mempunyai milikan terhadap dadah-dadah tersebut. Oleh itu, Hakim Bicara memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Perayu-Perayu dan memutuskan untuk memanggil Perayu-Perayu membela diri atas kedua-dua pertuduhan tersebut. 4. Di akhir kes Pembelaan, Hakim Bicara memutuskan bahawa kegagalan pihak Pembelaan memanggil seorang penama sebagai saksi Pembelaan membolehkan anggapan bertentangan (adverse inference) di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah terpakai terhadap pihak Pembelaan. 5. Hakim Bicara Mahkamah Sesyen Kulim kemudiannya mensabitkan Perayu-Perayu dengan kedua-dua pertuduhan dan telah menjatuhkan hukuman terhadap Perayu-Perayu pada 13 Jun 2019 dengan hukuman — (a) bagi pertuduhan pertama, penjara tiga belas (13) tahun dan sebatan dua belas (12) kali ; dan (b) bagi pertuduhan kedua, penjara dua (2) tahun, dengan kedua-dua hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak dari tarikh tangkapan. 6. Perayu-Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 20 Jun 2019. 7. Rayuan Perayu-Perayu kemudiannya telah didengar oleh Mahkamah ini pada 2 Mac 2021 yang menolak Rayuan terhadap sabitan Perayu-Perayu, dan membenarkan Rayuan terhadap hukuman dengan mengubah hukuman yang diberikan oleh Hakim Bicara bagi pertuduhan pertama kepada 10 tahun penjara dan 10 kali sebatan. Bagi pertuduhan kedua, hukuman oleh Hakim Bicara dikekalkan. 8. Mahkamah ini membuat keputusan tersebut setelah meneliti keseluruhan Rekod Rayuan dan menimbangkan isu-isu. yang dibangkitkan dalam penghujahan bertulis yang dikemukakan oleh kedua- dua pihak. 9. Perayu-Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah kemudiannya memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 9 Mac 2021. 10. Petisyen Rayuan telah difailkan pada 4 Ogos 2019 dengan alasan- alasan sebagaimana yang dinyatakan di muka surat 7 hingga 10 Rekod Rayuan Jilid 1, seperti yang berikut: (a) Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan (b) (c) (d) bahawa Pihak Pendakwaan telah membuktikan kes Prima Facie terhadap Perayu Pertama dan Perayu Kedua (selepas ini dirujuk sebagai Perayu-Perayu) tanpa keterangan yang kukuh. Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah terkhilaf dan tersalah arah dirinya dari segi undang-undang dan fakta apabila tidak membuat dapatan bahawa Pihak Pendakwaan gagal membuktikan bahan (ingredients) yang penting di dalam tuduhan terhadap Perayu-Perayu. Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila tidak membuat dapatan fakta kes dan keterangan sedia ada menunjukkan tiada niat bersama dibuktikan ke atas Perayu-Perayu untuk pertuduhan tersebut seperti yang termaktub di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan/atau nas undang-undang yang terpakai. Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah terkhilaf dan tersalah arah dirinya dari segi fakta dan undang-undang apabila menerima pakai keterangan SP1 walaupun terdapat banyak percanggahan keterangan dengan SP4_ tentang bagaimana serbuan dibuat. Malah, keterangan SP4 juga berubah-ubah dan secara langsung memprejudiskan dan berlaku ketidak adilan ke atas Perayu-Perayu. Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah terkhilaf dan tersalah arah dirinya dari segi fakta dan undang-undang apabila tidak menerima Surat Akuan IDD26 tersebut sebagai Eksibit tanoa mengira bahawa:- a. Rule against hearsay di bawah Seksyen 32 Akia Keterangan adalah terpakai di mana kegagalan pihak Polis dan/atau Pihak Pendakwaan untuk mengesan penama Azri tersebut sendiri sudah menunjukkan bahawa Azri tidak boleh ditemui oleh pihak Pembelaan. Kaedah 11(2)(e) Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 adalah tidak kena mengena dengan merit kandungan Surat Akuan tersebut. Kandungan Perenggan 6 IDD26 sendiri_ serta keterangan lisan Pesuruhjaya Sumpah yang telah mengecam dan mengingati kandungan Surat Akuan serta mengingati apa yang terjadi sewaktu Azri bersumpah secara langsung menyokong merit IDD26. () (9) (h) (i) Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dengan tidak memutuskan bahawa pembelaan Perayu adalah berasas dengan mengambil kira fakta bahawa keterangan SD4 tentang Azri tidak bercanggah dengan kandungan IDD26 dan gagal dipatahkan oleh pihak Pendakwaan. Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta kerana membuat inferens Seksyen 114(g) ke atas Pembelaan apabila Pembelaan tidak memanggil Azri ke Mahkamah tanpa mengambil kira bahawa keterangan Pegawai Penyiasat SP6 telah mengakui gagal mengesan Azri di dalam negara ini. Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila tidak menerima IDD26 dan keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan kerana kekhuatiran akan wujud kebanjiran (floodgates) di masa hadapan adalah jelas prejudis, bias dan tidak adil ke atas Perayu-Perayu. Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah terkhilaf dan tersaiah arah dirinya dari segi fakta dan undang-undang apabila meletakkan beban pembuktian yang tinggi dan/atau yang salah ke atas pembelaan Perayu-Perayu. 8 i) Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dengan tidak memutuskan bahawa pembelaan Perayu adalah berasas dan berkebarangkalian pada satu tahap atau secara tersiratnya telah disokong oleh keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan juga saksi-saksi Pembelaan. Ringkasan Kes Rayuan 11. Daripada Rekod Rayuan, fakta kes Perayu-Perayu diringkaskan seperti yang berikut: (a) (b) Perayu-Perayu ialah OKT Pertama dan Kedua dalam kes di Mahkamah Sesyen Kulim. Perayu-Perayu telah dituduh bersama-sama dengan seorang lagi OKT atas dua (2} pertuduhan yang dinyatakan dalam perenggan 1 Alasan Penghakiman ini. Pada 15 Januari 2018, jam lebih kurang 1.05 petang, suatu pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik lbu Pejabat Polis Daerah Kulim yang diketuai oleh Inspektor Shahrul Ehsanizam bin Shaari (SP1), membuat serbuan di sebuah rumah yang beralamat di No. 199, Taman Salad Il, Lunas, Kedah. (c) (d) Semasa serbuan dibuat, didapati pintu pagar hadapan rumah dalam keadaan bertutup dan tidak berkunci, manakala pintu gril dan pintu hadapan rumah dalam keadaan_terbuka. Semasa SP1 masuk ke dalam rumah tersebut bersama anggota serbuan, didapati tiada penghuni di ruang tamu rumah dan juga di bilik pertama rumah tersebut. SP1 kemudiannya bersama anggota menuju ke bilik Kedua dan mendapati bilik tersebut dalam keadaan bertutup rapat dan berkunci dari bahagian dalam. SP1 telah mengetuk pintu tersebut beberapa kali dan telah dibuka oleh Perayu Pertama. SP1 kemudiannya memperkenalkan diri kepada Perayu Pertama. Apabila SP1 bersama anggota lain masuk ke dalam bilik tersebut, didapati Perayu Kedua sedang duduk di lantai di dalam bilik kedua tersebut. Sekali lagi SP1 memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dengan menunjukkan kad kuasa kepada kesemua Perayu termasuk OKT Ketiga. Pemeriksaan fizikal pada kesemua Perayu termasuk OKT Ketiga tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang. Kemudiannya setelah pemeriksaan dibuat di dalam bilik kedua tersebut disaksikan oleh kesemua Perayu termasuk OKT Ketiga dan anggota serbuan, SP1 telah 10 (e) () menjumpai 6 peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi hablur jernih disyaki dadah jenis Syabu dan 11 biji pil yang dibatuti kertas timah warna merah/silver disyaki pil erimin 5 di atas lantai bilik tersebut dalam keadaan terdedah. Kesemua kedudukan barang kes ditandakan “X” oleh SP1 sebagaimana yang ditunjukkan dalam Ekshibit P5A. Turut dijumpai alat untuk menghisap dadah, satu alat timbang warna merah/putih bertulis Mariboro dan satu gunting besi kecil bertulis Stainless bersama dadah. Dalam keterangannya, SP1 telah menyatakan bahawa jarak antara barang kes dengan kedudukan OKT Ketiga adalah lebih kurang 1 hingga 2 kaki di mana OKT Ketiga semasa itu berada duduk di hadapan kabinet yang ada kipas. Jarak dengan Perayu-Perayu adalah 2 hingga 3 kaki. Kesemua barang kes telah dirampas dan borang bongkar telah dikeluarkan ke atas semua Perayu dan OKT Ketiga yang menandatangani borang tersebut di hadapan SP1. Semua Perayu dan OKT Ketiga dan barang kes yang ditemui tersebut telah dirampas dibawa balik ke IPD Kulim. Barang kes yang dirampas kemudiannya telah ditimbang di IPD Kulim, iaitu 6 peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi hablur jernih disyaki dadah jenis Syabu seberat 58.55 gram 11 manakaila 11 biji pil yang dibaluti kertas timah warna merah/silver disyaki pil erimin 5 anggaran berat 3.08. Laporan polis dibuat oleh SP1 sebagai Lunas Rpt 191-192/18 (ekshibit P2). (g) Pihak Pendakwaan telah memanggil enam (6) orang saksi di peringkat pendakwaan dan Mahkamah Bicara memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Perayu-Perayu atas kedua-dua pertuduhan dengan memenuhi peruntukan seksyen 37 Akta dadah Berbahaya 1952. Mahkamah Bicara telah memanggil Perayu-Perayu untuk membela diri. Perayu-Perayu telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang saksi. Pembelaan Perayu-Perayu 12. Perayu Pertama dalam keterangan di Mahkamah_ Bicara, mengesahkan bahawa selain OKT Ketiga yang datang keterangan OKT Pertama yang menyatakan bahawa Perayu-Perayu telah datang ke rumahnya untuk top up games online ada pelanggan lain lebih daripada lima (5) orang yang datang dari jam 8 pagi hingga 1.00 tengah hari sebelum ditangkap kerana dia seorang ejen. 12 13. Selain OKT Ketiga, ada seorang yang bernama “Mohd Azri” atau dikenali sebagai “Panjang” yang turut ada di rumah Perayu Pertama pada pagi hari kejadian tersebut. Ini disahkan oleh OKT Ketiga semasa keterangan di Mahkamah Bicara bahawa dia pergi ke rumah tersebut pada hari kejadian untuk bermain games dan membeli top up itu dengan seorang yang bernama Botak iaitu nama panggilan OKT Ketiga terhadap Perayu Pertama. 14. OKT Ketiga juga mengesahkan bahawa dia pergi ke rumah itu pada pukul 7 ke 8 pagi hari kejadian, iaitu 15 Januari 2018. OKT Ketiga menyatakan dia hanya mengenali Perayu Kedua selepas ditangkap dan mengesahkan bahawa OKT Ketiga datang ke rumah tersebut pada tengah hari sekitar pukul 11 ke 12 tengah hari. OKT Ketiga menyatakan bahawa pada hari kejadian, selain dirinya, Perayu Pertama dan Kedua, terdapat ramai orang yang keluar masuk pada hari kejadian tersebut. 15. Perayu-Perayu telah mengemukakan suatu Surat Akuan Sumpah yang dibuat oleh seorang bernama “Mohd Azri” yang dikatakan berada di rumah Perayu Pertama pada pagi kejadian. Oleh itu, sewajarnya penama tersebut dijejaki oleh pihak Pendakwaan untuk dibawa sebagai saksi. Penama dalam Surat Akuan Sumpah itu mengakui dadah yang dijumpai adalah miliknya. 13 16. Surat Akuan Sumpah itu sepatutnya diterima sebagai ekshibit kerana Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 berkenaan dengan larangan yang diperuntukkan di bawah kaedah 11(2) (e) itu hanyalah merupakan tanggungjawab = Pesuruhjaya Sumpah di dalam perkhidmatannya. Keterangan di dalamnya sepatutnya diterima oleh Mahkamah dan diterima sebagai ekshibit. Dapatan Mahkamah Bicara 17. Daripada Alasan Penghakiman Hakim Bicara, didapati bahawa penemuan Hakim Bicara telah menjurus kepada [DD26, iaitu Surat Akuan Sumpah di mana semasa kes pembelaan, selain Perayu-Perayu dan OKT Ketiga yang memberikan keterangan, seorang Pesuruhjaya Sumpah juga turut dipanggil. 18. SD4, seorang Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan bahawa dia adalah Pesuruhjaya Sumpah yang terdapat dalam IDD26 tersebut dan menegaskan bahawa seorang yang bernama Mohd Azri Farhan bin Sardi telah menandatangani Surat Akuan Sumpah tersebut. 19. SD5, isteri kepada Perayu Kedua pula menyatakan bahawa dia telah menerima IDD26 tersebut di dalam peti surat di rumah ibu 14 mentuanya semasa dia balik ke rumah ibu mentuanya, namun mengakui tidak tahu siapa yang meletakkan surat tersebut. 20. Dalam Alasan Penghakimannya, Hakim Bicara telah merujuk kepada Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 di mana di bawah kaedah 11 (2) (e), sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah, SD4 sepatutnya tidak boleh memberikan perkhidmatannya — sekiranya Pesuruhjaya Sumpah percaya bahawa kandungan surat akaun sumpah tersebut mengandungi unsur fraud, dures atau apa-apa kelakuan lain yang menyalahi undang-undang. Selain itu Hakim Bicara juga mendapati terdapat keraguan kerana surat akuan lazimnya mempunyai satu muka surat berbanding IDD26 yang mengandungi dua (2) muka surat. 21. Bersandarkan kepada peruntukan tersebut, walaupun secara konsistennya Perayu-Perayu dan OKT Ketiga menyatakan bahawa dadah tersebut adalah milik Mohd Azri Farhan bin Sardi, namun dengan tidak memanggil penama tersebut sebagai saksi pihak pembelaan sehingga kes pembelaan ditutup, Hakim Bicara meragui keterangan tersebut. Panggilan SD4 sebagai saksi tidak mencukupi untuk menyakinkan Mahkamah Bicara kerana jika sekiranya IDD26 dan keterangan SD4 itu diterima, akan berlaku kebanjiran di masa hadapan di mana surat akuan sumpah oleh mana-mana orang boleh dikemukakan 15 dan mengakui pemilikan dadah tersebut tanpa perlu hadir ke Mahkamah, dan dengannya mana-mana OKT akan dilepaskan daripada pertuduhan. 22. Mahkamah Bicara menyatakan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak sejajar dengan prinsip undang-undang jenayah di negara ini berkaitan dengan soal pemilikan (possession) barang salah. Jika seseorang itu mengakui pemilikan tersebut, dia sepatutnya berani tampil di hadapan Mahkamah untuk memperakui bagi membolehkan anggapan tanggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai terhadap kes pembelaan. 23. Dapatan Mahkamah Bicara juga berkait dengan tiada penafian oleh mana-mana Perayu-Perayu termasuk OKT Ketiga tentang keberadaan mereka di tempat kejadian dan ia selari dengan keterangan saksi-saksi Pendakwaan. 24. Dalam Alasan Penghakimannya, Hakim Bicara telah menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan rantaian keterangan berhubung dengan kawalan ke atas dadah dari masa rampasan_ sehingga dikemukakan kepada Mahkamah tidak terputus. Ini telah dibuktikan berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi yang menunjukkan bahawa Perayu-Perayu mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah. 16 25. Penilaian telah dibuat oleh Hakim Bicara terhadap kredibiliti saksi- saksi Pendakwaan terutamanya saksi SP1 dan SP4 mengenai kehadiran Perayu-Perayu dan OKT Ketiga ke rumah tersebut. Jelas daripada keterangan SP1 bahawa SP1 semasa masuk ke bilik tersebut telah mendapati Perayu-Perayu termasuk OKT Ketiga berada dalam bilik kedua tersebut. SP4 yang berada di rumah tersebut, yang merupakan isteri salah seorang daripada Perayu-Perayu itu, juga menyokong keterangan SP1. Selain itu, apa yang penting, semasa dadah tersebut dijumpai, hanya Perayu-Perayu termasuk OKT Ketiga sahaja yang berada di dalam bilik tersebut pada masa itu. Dapatan Mahkamah dan keputusan rayuan 26. Dalam mendengar mana-mana Rayuan daripada Mahkamah Bicara, seseorang Hakim yang mendengar Rayuan itu hendaklah memastikan Hakim Bicara telah mematuhi dan mengaplikasikan undang- undang yang relevan supaya prinsip keadilan tercapai dengan sewajarnya. Undang-Undang berkaitan Rayuan 27. Undang-undang berkenaan dengan rayuan diperuntukkan dalam seksyen 316 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) seperti yang berikut: 17 “Decision on appeal At the hearing of the appeal the Judge may, if he considers there is no sufficient ground for interfering, dismiss the appeal, or may — (a) (b) (c) in an appeal from an order of acquittal, reverse the order, and direct that further inquiry be made, or that the accused be re-tried as the case may be, or find him guilty and pass sentence on him according to law: in an appeal from a conviction or in an appeal as fo sentence — (i) reverse the finding and sentence and acquit or discharge the accused, or order him to be re-tried; or (ii) alter the finding, maintaining the sentence, or with or without altering the finding, reduce or enhance the sentence or alter the nature of the sentence. in an appeal from any other order, alter or reverse such order.” Privy Council dalam kes Sheo Swarp v The King Emperor AIR [1934] PC 227 telah menyatakan tentang perkara-perkata yang perlu oleh Mahkamah sebelum memutuskan untuk mengambil pendekatan mencampuri dapatan fakta mahkamah yang membicarakan kes tersebut. 18 29. Di dalam kes tersebut Lord Rusell telah menyebut bahawa Mahkamah Tinggi hendaklah_ selalu memberikan pemberat dan pertimbangan sepatutnya kepada perkara-perkara seperti berikut: “(1) the views of the trial Judge as to the credibility of the witnesess; (2) the presumption of innocence in favour of the accused, a presumption is certainly not weaken by the fact that he has been acquitted at his trial; (3) _ the right of the accused to the benefit of any doubt; and (4) the slowness of an appellate court in disturbing a finding of fact arrived by a Judge who had the advantage of seeing the witness. To state this however is only to say that the High Court in its conduct of the appeal should and will act in accordance with rules and principals well known and recognised in the administration of justice.” 30. Prinsip yang menjadi rujukan dalam mempertimbangkan keputusan mana-mana rayuan daripada Mahkamah Bicara juga boleh didapati dalam kes P’ng Hun Sun v Dato’ Yip Yee Foo [2013] 1 LNS 320, di mana Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: 19 “When finding of the trial judge is factual, however, the fact finder’s decision cannot be disturbed on appeal unless the decision of the fact finder is plainly wrong (see China Airline Ltd v. Maltran Air Corp Sdn Bhd & Another Appeal [1996] 3 CLUJ 163); Zaharah bt A Kadirv Ramuna Bauxite Pte Ltd & Anor [2011] 1 LNS 1015, Kyros International Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2013] 1 LNS 1). The findings of fact of the trial judge can only be reversed when it is positively demonstrated to the appellate court that: (a) (b) (c) (d) by reason of some non-direction or mis-direction or otherwise the judge erred in accepting the evidence which he or she did accept; or in assessing and evaluating the evidence the judge has taken into account some matter which he or she ought not to have taken into account, or failed to take into account some matter which he or she ought to have taken into account; or It unmistakenly appears from the evidence itself, or from the unsatisfactory reasons given by the judge for acceptingit, that he or she have taken proper advantage of his or her having seen and heard the witnesses; or In so far as the judge has relied on manner and demeanour, there are other circumstances which indicate that the evidence of the witnesses which he or she accepted is not credible, as 20 for instance, where those witnesses have on some collateral matter deliberately given an untrue answer.” . 31. Selain itu, kKedudukan undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah yang mendengar Rayuan wajar campur tangan sekiranya Hakim Bicara gagal menilai keterangan secara maksimum. Dalam kes Tan Thong Jin v PP [2002] 3 CLUJ Mahkamah Rayuan memutuskan seperti yang berikut: “it is trite law that an appellate court will not readily interfere with the findings of fact arrived by the trial court to which the law entrust theh primary task of evaluation of evidence. But it is the duty of the appellate court to intervene in a case where the trial court had fundamentally misdirected itself,that one may safely say that no reasonable court which had properly directed itself and asked the correct questions would have arrived at the same conclusion. (see Sivalingam v Periasamy [1996] 4 CLJ 545”. 32. Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan Petisyen Rayuan Perayu- Perayu yang difailkan dan keseluruhan Rekod Rayuan termasuk Nota Keterangan dalam Rekod Rayuan tersebut. 21 33. Dalam membuat pertimbangan Rayuan, Mahkamah mengambil pendekatan dengan membaca keseluruhan keterangan saksi dalam Nota Keterangan yang dikemukakannya dan membuat pemerhatian berkenaan dengannya tanpa menidakkan fakta bahawa Hakim Bicara adalah pihak yang mempunyai peluang yang lebih untuk membuat penemuan dan dapatan berdasarkan penelitian dan tindak tanduk sebenar saksi-saksi semasa memberi keterangan di sepanjang perbicaraan. Untuk itu, Mahkamah akan lebih berhati-hati dalam menganalisis keterangan bagi maksud memahami alasan Rayuan yang dikemukakan oleh Perayu- Perayu. 34. Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini berpegang pada prinsip bahawa pengubahan kepada dapatan dan hukuman hanya akan dibuat jika sekiranya Mahkamah yang mendengar rayuan mendapati bahawa pertimbangan yang tidak relevan telah dibuat oleh Hakim Bicara. 35. Dalam Rayuan ini, Mahkamah ini mendapati alasan Perayu-Perayu dalam Petisyen Rayuan secara keseluruhannya didapati hanya menjurus kepada dua perkara yang boleh disimpulkan sebagaimana yang berikut: 22 (a) Sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Perayu-Perayu melampau keraguan yang munasabah.; dan (b) Sama ada pihak Perayu-Perayu telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. 36. Dalam kes ini, pihak Pendakwaan perlu membuktikan bahawa Perayu-Perayu mempunyai milikan fizikal ke atas barang kes tersebut semasa kejadian. Bagi membuktikan milikan, elemen jagaan atau kawalan perlu dibuktikan dan juga wujudnya pengetahuan terhadap barang kes. 37. Daripada penelitian terhadap Nota Keterangan Rekod Rayuan Jilid Ill, Mahkamah ini mendapati perenggan 5 Pernyataan Bertulis (PWS1) menyebut dengan jelas bahawa SP1, semasa masuk ke dalam bilik kedua telah mendapati Perayu-Perayu termasuk OKT Ketiga yang berada dalam bilik kedua dan pintu dalam keadaan bertutup rapat dan berkunci. Pintu telah dibuka oleh Perayu Pertama dan Perayu Kedua dan OKT Ketiga sedang duduk di atas lantai. Barang kes berada di tengah bilik di atas lantai. SP1 boleh lihat dengan jelas memandangkan keadaan cahaya dalam bilik adalah terang kerana kejadian berlaku pada waktu siang hari. 23 38. Dalam perenggan 5 PWS1 dinyatakan oleh SP1 bahawa: “Pada 15/01/2018 jam lebih kurang 1.05 petang saya bersama anggota serbuan telah sampai di hadapan rumah beralamat No. 199, Taman Salad II, Lunas, Kedah dapati pintu pagar hadapan rumah dalam keadaan bertutup dan tidak berkunci. Manakala pintu grill dan pintu hadapan rumah dalam keadaan terbuka. Saya arahkan D/Kpl Fisal bersama Kpl/S Amiruddin untuk mengawal pintu belakang rumah. Saya bersama D/Kp! Molol, D/Kpl Azizan dan D/L/Kp! Marzuki terus masuk ke dalam rumah tersebut dapati tiada penghuni di kawasan ruang famu rumah. Kemudian saya periksa bilik pertama rumah dapati tiada penghuni di dalam bilik tersebut. Saya bersama anggota menuju ke bilik kedua rumah dapati pintu bilik tersbut dalam keadaan bertutup rapat dan berkunci dari bahagian dalam. Saya mengetuk pintu tersebut beberapa kali dan pintu bilik kedua tersebut telah dibuka oleh OKT Mohamad Firdauz bin Mohamed Yusof.......... Seterusnya saya saya bersama anggota yang terlibat telah masuk ke daam bilik kedua tersebut dapati ada OKT Muhamad Hayazi bin Mohamed Yusof bersama OKT Chong Chuan Siong sedang duduk di atas lantai di dalam bilik kedua_ tersebut...... Dengan disaksikan ketiga-tiga OKT serta anggota serbuan yang ferlibat, saya jalankan pemeriksaan di dalam 24 bilik kedua tersebut dapati menjumpai (6) peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu, dan (11) biji pil yang dibaluti kertas timah warna merah/silver disyakii Pil Eramin 5 di atas lantai fersebut berhampiran OKT ditahan...... 39. Mahkamah perlu menentukan bahawa milikan dadah tersebut adalah satu milikan fizikal yang mana jelas dadah tersebut adalah dalam kawalan Perayu-Perayu termasuk OKT Ketiga dan kesemua mereka mempunyai pengetahuan tentang kehadiran dadah tersebut dan mempunyai pengetahuan bagaimana dadah tersebut wujud. 40. Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya1952 menyebut: “any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug.” 41. Adakah Mahkamah Bicara betul dalam memutuskan bahawa Perayu-Perayu mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut? 28 42. Mahkamah ini berpandangan bahawa dengan pemakaian seksyen 37 (d) tersebut dan dengan merujuk kepada keterangan, selain oleh SP14, SP4 yang juga isteri kepada Perayu Pertama yang berada di tempat kejadian pada hari serbuan, mengesahkan bahawa hanya Perayu Kedua dan Perayu Ketiga sahaja yang datang ke rumah pada hari kejadian. Perayu Pertama yang membuka pintu rumah bagi mereka dan mereka terus masuk ke dalam bilik kedua. Keterangan ini jelas menunjukkan bukti bahawa tiada orang lain selain Perayu-Perayu yang berada dalam bilik di mana dadah dijumpai. 43. | SP4 juga mengesahkan pintu bilik kedua dalam keadaan bertutup dan berkunci semasa polis sampai dan Perayu-Perayu serta OKT Ketiga telah ditangkap oleh polis dalam bilik kedua. SP4 turut mengesahkan tiada sesiapa yang telah keluar dari rumah pada hari kejadian sebelum polis membuat serbuan. 44. Dalam Alasan Penghakimannya, Hakim Bicara menyatakan bahawa, penelitian cermat telah dibuat ke atas keterangan semua saksi terutamanya SP1 dan SP4. Mahkamah Bicara memutuskan bahawa SPI dan SP4 merupakan saksi yang boleh dipercayai dan tiada percanggahan keterangan SP1 dengan laporan polis Lunas Report 197-192/18. 26 45. Sehubungan dengan itu juga, dengan penelitian terhadap Rekod Rayuan Jilid Il dan Ill dan PWS1 tersebut, Mahkamah ini mendapati Hakim Bicara betul dalam menganalisis keterangan saksi untuk memutuskan berkenaan dengan pemakaian seksyen 37(b). Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Perayu-Perayu melampaui keraguan yang munasabah. 46. Mahkamah ini juga bersetuju dengan Mahkamah Bicara yang memutuskan bahawa pihak pembelaan juga telah tidak berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. Ini kerana walaupun dengan cubaan untuk mengenengahkan kewujudan seorang lelaki lain bernama Muhamad Azri Farhan, SP4 apabila disoal oleh peguam bela dalam soal balas, dalam keterangannya menunjukkan bahawa beliau tidak kenal langsung dengan penama tersebut, dan tidak mengetahui hubungan suaminya Perayu Pertama dengan penama tersebut, malah tidak mengetahui kehadiran penama tersebut ke rumahnya pada masa kejadian. 47. Hakim Bicara juga, berikutan dengan pembelaan yang telah dibawa oleh Perayu-Perayu tentang kewujudan lelaki lain bernama Muhamad Azri Farhan dengan pengemukaan IDD26 oleh pembelaan, telah menyatakan dalam Alasan Penghakimannya bahawa, lelaki yang 27 membuat IDD26 itu sepatutnya dipanggil untuk memberi keterangan jika dia dianggap saksi penting pembelaan. Pengemukaaan 1DD26 dan SD4, Pesuruhjaya Sumpah itu sahaja tidak memadai. Rujuk perenggan 39 Alasan Penghakiman Hakim Bicara. 48. Mahkamah ini bersetuju bahawa adalah jelas peruntukan dalam kaedah 11(2) (e) Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 melarang mana-mana Pesuruhjaya Sumpah memberikan perkhidmatannya jika sekiranya dia mendapati bahawa kandungan surat akuan tersebut mempunyai unsur fraud, dures atau apa-apa kelakuan lain yang menyalahi undang-undang. Kaaedah 11 (2) (e) memperuntukkan: “Kelakuan dan fungsi Pesuruhjaya Sumpah WW. (4) ee (2) semasa melaksanakan _ fungsinya, seseorang Pesuruhjaya Sumpah, semasa melaksanakan fungsinya hendaklah melayan sendiri mana-mana orang yang menghendaki perkhidmatannya, dan hendaklah — (a) (b) (c) (d) 28 (e) enggan memberikan perkhidmatannya apabila Pesuruhjaya Sumpah itu mempunyai sebab yang boleh dipercayai untuk mengesyaki bahawa mana-mana orang di hadapannya adalah terlibat dalam perdayaan, fraud, dures, atau apa-apa kelakuan lain yang menyalahi undang-undang;” 49. Adalah jelas bahawa kandungan Surat Akuan Sumpah yang ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah itu mempunyai unsur- unsur sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) tersebut dan tindakan Pesuruhjaya Sumpah untuk bersetuju menandatangani akaun sumpah itu adalah suatu tindakan yang salah. 50. Mahkamah ini berpandangan bahawa jikapun Surat Akaun Sumpah itu sebenarnya telah ditandatangani oleh penama Muhamad Azri Farhan, dan penama itu benar-benar wujud, mengapa ia perlu dibuat dalam bentuk sedemikian dan tidak sendiri hadir ke Mahkamah untuk mengakui pemilikan barang kes tersebut. Selaras dengan prinsip “best evidence rules”, pembuat dokumen perlulah dipanggil untuk memberikan keterangan bersumpah di Mahkamah bagi membolehkan saksi diperiksa, disoal balas dan selanjutnya untuk dokumen yang dibuat itu dijadikan ekshibit di Mahkamah. Daripada sini, ia jelas menunjukkan bahawa penama tahu ia adalah suatu yang salah dan tentunya takut untuk hadir 29 ke Mahkamah walaupun dengan niat membantu melepaskan Perayu- Perayu daripada pertuduhan. Perkara ini adalah suatu yang tidak munasabah dan sangat tidak wajar untuk mana-mana Mahkamah menerima keterangan ini bagi maksud menimbulkan keraguan terhadap kes Pendakwaan. 51. Dalam keterangan Perayu Pertama ada menyatakan wujudnya penama pada hari kejadian yang berada di bilik kedua tersebut untuk bermain games. Penama itu yang dikatakan sebagai pelanggan tetap beliau dan pada hari itu telah datang jam 9 pagi dan keluar jam 12 tengah hari. Mahkamah ini berpandangan bahawa keterangan itu tidak boleh dipercayai apabila SP4, isteri Perayu Pertama sendiri dalam keterangannya menyatakan bahawa dia langsung tidak mengenali dan mengetahui penama ini malah kehadiran penama pada hari tersebut juga tidak disedari. Adalah mustahil untuk tidak mengenali seorang pelanggan tetap suaminya, apatah lagi pelanggan itu berurusan dengan suaminya di dalam rumah tersebut. 52. Walaupun terdapat hujahan oleh pihak Pembelaan bahawa pihak Pendakwaan gagal untuk mencari penama untuk dibawa ke Mahkamah walaupun telah dibangkitkan kewujudan penama oleh pihak pembelaan dalam soal balas terhadap SP4, kewujudan itu sebenarnya telah tidak 30 berjaya dibangkitkan dengan kukuh. Ini kerana SP4 menafikan sepenuhnya pengetahuan tentang watak penama ini sama ada melalui suaminya (Perayu Pertama) atau dia melihat sendiri penama tersebut sebelum ini di rumahnya. 53. Pada peringkat ini, Mahkamah ini mendapati berdasarkan fakta dan anggapan di bawah seksyen 37 (d), Mahkamah bersetuju bahawa wajar untuk Mahkamah Bicara berpuas hati bahawa kesemua Perayu termasuk OKT Ketiga mempunyai milikan dadah tersebut sehingga dibuktikan sebaliknya. 54. Dengan kegagalan memanggil penama, Mahkamah ini bersetuju bahawa ia membolehkan anggapan bertentangan (adverse inference) boleh dibuat terhadap Perayu-Perayu di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950. 55. Berdasarkan alasan-alasan dan pemerhatian yang dibuat, Mahkamah ini berpuas hati dan memutuskan bahawa dapatan Hakim Bicara bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah terhadap kesemua OKT dalam kes di hadapannya adalah betul. Oleh itu, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, dalam membuat pertimbangan terhadap Rayuan_ ini, 31 Mahkamah ini telah juga mengambil pendekatan dengan membaca keseluruhan keterangan saksi dalam Nota Keterangan dan Rekod Rayuan yang dikemukakannya dan membuat pemerhatian berhubung dengannya. 56. Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa Hakim Bicara tidak terkhilaf dalam dari prinsip dan undang-undang untuk tidak menerima IDD26 sebagai keterangan pembelaan OKT-OKT kerana daripada keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan Nota Keterangan seria dokumen yang terdapat di dalam Rekod Rayuan, Mahkamah ini mendapati kewujudan penama itu tidak pernah ada di awal siasatan, malah semasa peluang diberikan dalam pembelaan, kewujudannya juga tidak dizahirkan dengan membawanya ke Mahkamah Bicara sebagai saksi pembelaan. 57. Mahkamah ini merujuk kepada Teng Howe Sing v PP [2009] 3 CLJ 733 di mana Mahkamah Persekutuan telah memberikan pandangan seperti berikut: “[32] Applying the principle in Badrulsham’s case fo the facts of the instant case, the learned trial Judge was correct to conclude that the appellant had two opportunities to provide information about “Ho 32 Seng’, ie, at the time of his arrest and five days later during recording of his cautioned statement but he failed to do so. We are therefore of the view that in the circumstances, the Appellants’ failure to provide relevant information about “Ho Seng” for the police to carry out a thorough investigation into Rayuan Jenayah No. B-05(lM)- 158-04/2017 the probability of his defence, entitled the learned trial judge to disbelieve him.” 58. Menjadi suatu undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian terhadap mana-mana fakta tertentu yang hendak dibawa ke hadapan Mahkamah terletak kepada orang tersebut tentang kewujudan fakta tersebut, melainkan telah diperuntukkan sebaliknya oleh mana- mana undang-undang. 59. Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini bersetuju dan percaya, bahawa dapatan yang telah dibuat oleh Hakim Bicara adalah betul dan mengikut landas undang-undang yang relevan untuk tidak mempercayai keterangan Perayu-Perayu semasa pembelaan dipanggil yang seterusnya menyebabkan Hakim Bicara memutuskan bahawa tiada anggapan bertentangan (adverse inference) boleh dibuat terhadap Perayu-Perayu di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Ini juga 33 bermakna Perayu-Perayu telah tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan. Hukuman 60. Berhubung dengan perkara ini, saya membuat rujukan kepada kes Rv. Ball (Kenneth John) [1951] 35 Cr App R 164, yang mana Hilbery J memutuskan bahawa— "In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. it may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate 34 sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe. 61. Berhubung dengan hukuman sebatan sebanyak tiga belas (13) sebatan yang dijatunkan ke atas Perayu-Perayu, saya menyatakan bahawa pengenaan jumlah sebatan itu adalah dalam jumlah yang dibenarkan dan tidak melanggar kehendak undang-undang namun undang-undang tersebut juga memperuntukkan jumlah minimum yang boleh dilaksanakan iaitu sepuluh (10) sebatan. Justeru, perkara ini masih terbuka untuk pertimbangan pada peringkat Rayuan di hadapan Mahkamah ini. 62. Mahkamah percaya, dalam mengenakan hukuman bagi kesalahan yang mewajibkan minimum penjara dan sebatan, termpoh pemenjaraan yang ditetapkan itu wajar dilihat dari sudut keseimbangan dengan hukuman sebat yang dikenakan. 63. Hukuman sepuluh (10) sebatan minimun yang diperuntukkan di bawah seksyen tersebut berbanding penetapan lima (5) tahun penjara minimum sebenarnya memberi memberi ruang kepada Mahkamah untuk 35 menggunakan budi bicaranya dalam menentukan hukuman yang bakal dikenakan kepada seseorang pesalah itu. 64. Dalam hal ini Mahkamah percaya, bahawa sebatan adalah merupakan suatu hukuman yang lebih menggerunkan berbanding dengan pemenjaraan dalam tempoh yang lama. fa bukan sahaja memberi kesan emosi tetapi juga dari segi fizikal. Dengan memperuntukkan minimum sebanyak sepuluh (10) sebatan itu menunjukkan bahawa hasrat sebenar pembuat undang-undang adalah sudah pastinya untuk memastikan kesalahan yang dilakukan telah terbalas dengan hukuman yang menggerunkan yang bakal dihadapi berbanding tempoh pemenjaraan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan public interest sentiasa didahulukan. 65. Atas alasan yang dinyatakan dalam Alasan Penghakiman ini, Mahkamah telah memutuskan untuk menolak Rayuan Perayu-Perayu atas sabitan, namun membenarkan Rayuan terhadap hukuman. 66. Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa bagi pertuduhan pertama hukuman penjara yang telah dikenakan oleh Hakim Bicara dikurangkan kepada sepuluh (10) tahun dari tarikh tangkap dan sebatan dikurangkan kepada sepuluh (10) kali sebatan. 36 67. Pengenaan sepuluh (10) tahun penjara bagi hukuman yang menetapkan minimum penjara lima (5) tahun ini adalah wajar dan setimpal dengan mengambil kira kes ini telah melalui perbicaraan penuh yang melibatkan banyak pihak, dari segi kewangan, tenaga dan juga masa Mahkamah yang diperlukan untuk mengendalikan prosiding kes sehingga selesai. Selain itu Mahkamah juga percaya bahawa ia adalah selaras dengan hasrat peruntukan itu digubal, iaitu untuk menunjukkan niat bahawa pembalasan hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen ini adalah lebih terkesan dengan jumlah sebatan pada bilangan minimum yang tinggi jumlahnya berbanding minimum tempoh pemenjaraan. 68. Bagi pertuduhan kedua, hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Bicara masih dikekalkan iaitu penjara selama dua (2) tahun dan hendaklah bermula dari tarikh tangkap. Hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan kekal berjalan serentak. Pesuruhjfaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah Bertarikh : 31hb Julai 2021. 37 Bagi Pihak Perayu-Perayu : Encik Sharul bin Shabaath Ali (Tetuan Farhan Maaruf & Co.) Bagi Pihak Responden : Encik Arif Hakimi bin Abdul Hamid (Timbalan Pendakwa Raya, Negeri Kedah) 38