MOHAMED SHAFIE BIN PAKIRI MAMMAL (Sebagai Pentadbir Harta Pusaka Shaharom Banun Binti Che Mat Din, SiMati) MOHD ISMAIL BIN CHE MAT DIN
On the balance of probabilities the court found the deceased paid RM180,000 toward the purchase of a half share, the handwritten letter of 1-5-2008 (Exhibit D6) and corroborating witness evidence established the deceased's contribution and intention to acquire half the property; the defendant failed to prove the sum...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-22NCvC-42-01/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: MOHAMED SHAFIE BIN PAKIRI MAMMAL (Pentadbir Harta Pusaka SHAHAROM BANUN BINTI CHE MAT DIN); Defendant: MOHD ISMAIL BIN CHE MAT DIN
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 23 December 2022
- Case Number
- BA-22NCvC-42-01/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Proprietary Dispute Over Land/estate / Judgment After Full Trial (defendant Appealed)
- Outcome
- Plaintiff's claim allowed on balance of probabilities; declarations of beneficial ownership and trust made; costs awarded to plaintiff
- Legal Topics
- Resulting Trust, Constructive Trust, Beneficial Ownership, Torrens System Indefeasibility (s.340 Nlc), Burden of Proof (evidence Act 1950), Sham Documents
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
MOHAMED SHAFIE BIN PAKIRI MAMMAL (Pentadbir Harta Pusaka SHAHAROM BANUN BINTI CHE MAT DIN)
Plaintiff
MOHD ISMAIL BIN CHE MAT DIN
Defendant
Procedural Posture
Civil Proprietary Dispute Over Land/estate / Judgment After Full Trial (defendant Appealed)
Legal Issues
- 1 Whether RM180,000 paid by the deceased was payment for a 1/2 share or a personal loan to the defendant
- 2 Whether rental proceeds were received by the deceased and their legal effect
- 3 Whether rental proceeds were repayment of an alleged loan
Ratio Decidendi
On the balance of probabilities the court found the deceased paid RM180,000 toward the purchase of a half share, the handwritten letter of 1-5-2008 (Exhibit D6) and corroborating witness evidence established the deceased's contribution and intention to acquire half the property; the defendant failed to prove the sum was a personal loan or to rebut the presumption of resulting trust; rental proceeds paid to the deceased evidenced beneficial enjoyment; accordingly defendant holds 1/2 share on resulting trust for the deceased and plaintiff (as administrator) is entitled to declarations and transfer, with costs awarded to plaintiff.
Court Disposition
Plaintiff's claim allowed on balance of probabilities; declarations of beneficial ownership and trust made; costs awarded to plaintiff
Orders
- Declare that there existed an agreement and full payment by the deceased for 1/2 share of the shoplot described (HS(D) 33349, P.T. 46572, Mukim Dengkil, Daerah Sepang)
- Declare that the deceased SHAHAROM BANUN BINTI CHE MAT DIN was beneficial owner of 1/2 share of the said property
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-22NCvC-42-01/2022 Kand. 45 09/03/2023 09:28:10 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-42-01/2022 ANTARA MOHAMED SHAFIE BIN PAKIRI MAMMAL (No. K/P: 470130-05-5269) (Sebagai Pentadbir Harta Pusaka SHAHAROM BANUN BINTI CHE MAT DIN – PLAINTIF DAN MOHD ISMAIL BIN CHE MAT DIN (No. K/P: 500921-07-5391) – DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif membawa tindakan ini terhadap Defendan untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa SHAHAROM BANUN BINTI CHE MAT DIN iaitu Si Mati yang juga isteri kepada Plaintif mempunyai hak dan kepentingan benefisial kepada 1/2 bahagian ke atas sebuah Lot Kedai 2 Tingkat beralamat di No. 29, Blok 3, Type AIL 2 – Phase 1, Cyber Valley Commercial Centre (selepas ini disebut “Hartanah tersebut”). [2] SHAHAROM BANUN BINTI CHE MAT DIN meninggal dunia pada 12 Oktober 2017 atas sebab kanser dan mereka (Plaintif dan Si Mati) tidak dikurniakan cahaya mata. 1 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [3] Plaintif dilantik sebagai Pentadbir Harta Pusaka Si Mati pada 4-12- 2018 vide Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam dan memperoleh Sijil Faraid di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. [4] Defendan ialah abang kepada Si Mati. Hartanah tersebut: [5] Plaintif memplidkan fakta yang berikut: (a) sekitar tahun 2006, adik lelaki Si Mati bernama Dato’ Haji Ariffin bin Che Mat Din yang ketika itu salah seorang pengarah urusan di Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, menawarkan 1 unit lot kedai kepada Si Mati dengan harga istimewa. (b) Si Mati tidak berminat untuk membeli 1 unit tetapi bersetuju dengan Defendan untuk membeli Hartanah tersebut atas dasar perkongsian separuh milik sama rata. (c) Namun pada Perjanjian Jual Beli Hartanah tersebut hanya nama Defendan sahaja ditulis dan ditandatangani. (d) Si Mati dan Defendan bersetuju agar Defendan membayar dahulu pembelian Hartanah tersebut pada peringkat penyiapan Hartanah tersebut dan Si Mati akan membayar sepenuhnya separuh bahagian setelah Hartanah tersebut disiapkan sepenuhnya. 2 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (e) pada sekitar tahun 2008, Hartanah tersebut telah siap. Si Mati dan Defendan bersetuju menetapkan nilai Hartanah tersebut pada harga RM360,000.00 di mana harga Hartanah tersebut ketika dibeli ialah RM348,220.00. (f) Si Mati telah membayar secara tunai sebanyak RM180,000.00 kepada Defendan dengan balasan Defendan memasukkan dan mendaftarkan nama Si Mati sebagai pemilik berdaftar kepada separuh bahagian Hartanah tersebut. (g) berdasarkan suatu surat pengakuan pengesahan jualan dan pemilikan bertarikh 1-5-2008, Defendan mengakui bahawa Si Mati ialah “half-owner on the said property”. (h) Hartanah tersebut telah disewakan kepada penyewa dan bayaran sewaan dimasukkan ke akaun Si Mati dan kemudiannya dibahagi secara sama rata dengan Defendan. (i) Plaintif tidak mempunyai bukti bertulis mengenai bayaran penuh sebanyak RM180,000.00 yang telah dibuat oleh Si Mati bagi pembelian Hartanah tersebut. (j) Plaintif menafikan dakwaan Defendan bahawa wang sebanyak RM180,000.00 itu ialah suatu pinjaman oleh Si Mati kepada Defendan. Defendan membayar balik pinjaman tersebut dengan cara hasil sewaan Hartanah tersebut diberikan kepada Si Mati. 3 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (k) pada 31-1-2017 (lebih kurang 9 bulan sebelum kematian Si Mati) suatu surat perisytiharan hibah telah ditandatangani oleh Si Mati di mana Si Mati menghibahkan separuh bahagian ke atas Hartanah tersebut diberikan kepada warisnya iaitu Plaintif (suami) dan seorang anak saudara perempuan Si Mati (anak kepada adik perempuan Si Mati). [6] Maka, Plaintif memohon perintah yang berikut terhadap Defendan agar Mahkamah: (a) mengisytiharkan bahawa wujud perjanjian dan pembayaran penuh bagi pembelian 1/2 bahagian oleh Si Mati berkaitan dengan Hartanah tersebut yang didirikan di atas sebidang tanah kosong yang dipegang di bawah Hakmilik Individeu HS(D) 33349, P.T. 46572, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor. (b) mengisytiharkan bahawa Si Mati berhak dan adalah pemilik benefisial kepada Hartanah tersebut. (c) mengisytiharkan bahawa Defendan memegang 1/2 bahagian di dalam Hartanah tersebut on resulting trust untuk dan bagi manfaat Si Mati. (d) memerintahkan Defendan hendaklah menyerahhak/meletakhak 1/2 bahagian Defendan di dalam Hartanah tersebut kepada nama Plaintif dalam tempoh 14 hari dari tarikh Perintah ini. 4 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (e) memerintahkan Pentadbir Tanah/Pendaftar Hakmilik Pejabat Tanah yang berkaitan untuk menyerahhak/meletakhak 1/2 bahagian Defendan di dalam Hartanah tersebut kepada nama Plaintif dalam tempoh 14 hari dari tarikh tamat tempoh Defendan gagal menyerahhak 1/2 bahagian tersebut kepada Plaintif. (f) ganti rugi am. (g) kos ditanggung oleh Defendan. (h) apa-apa relief lain yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah ini. Pembelaan [7] Pada 7-3-2022, pembelaan menyatakan − (a) menafikan dan menentang keseluruhan pernyataan bahawa Plaintif adalah benefisiari kepada 1/2 bahagian benefisial milik Si Mati dalam Hartanah tersebut. (b) pada 5-6-2006, Defendan telah memasuki suatu perjanjian jual beli bagi Hartanah tersebut dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (penjual) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (tuan tanah) pada harga belian RM348,220.00. 5 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (c) dengan pembayaran penuh harga pembelian bagi Hartanah tersebut, nama Defendan didaftarkan sebagai pemilik penuh bagi Hartanah tersebut iaitu sekitar tahun 2014. (d) mengikut seksyen 340 Kanun Tanah Negara 1965, hakmilik penuh Defendan dan/atau apa-apa kepentingan Defendan ke atas Hartanah tersebut adalah tidak boleh disangkal. (e) secara alternatifnya, jika ada Si Mati memberi wang kepada Defendan, pemberian wang oleh Si Mati dan penerimaan wang oleh Defendan ialah suatu bentuk pinjaman peribadi atas dasar kasih sayang dan bukan bertujuan membeli Hartanah tersebut. (f) jika wujud surat bertarikh 1-5-2008 (dinafikan), Si Mati semasa hayatnya tidak pernah membuat apa-apa tuntutan ke atas Hartanah tersebut daripada Defendan. (g) bayaran sewa yang dimasukkan oleh penyewa ke akaun Si Mati adalah sebagai balasan membayar balik wang yang dipinjam oleh Defendan. (h) pernyataan lain dalam pernyataan tuntutan tiada dalam pengetahuan Defendan dan tindakan undang-undang ini adalah remeh atau menyusahkan atau merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah. 6 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Keputusan Mahkamah pada selepas perbicaraan penuh [8] Pada 23-12-2022, Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif dan menghakimi seperti yang berikut: “Analisa Keterangan Lisan dan Dokumentar selepas Bicara Penuh & dapatan Mahkamah Dalam perbicaraan penuh, Mahkamah ini telah mendengar keterangan saksi-saksi Plaintif dan Defendan dan dokumen yang dirujuk oleh pihak-pihak. Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan Mahkamah ini memutuskan bahawa atas imbangan kebarangkalian, Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan di mana Si Mati/arwah SHAHAROM BANUN BIN CHE MAT DIN iaitu isteri Plaintif dan Si Mati/arwah SHAHAROM BANUN BIN CHE MAT DIN juga adalah adik beradik kandung dengan Defendan telah membayar wang dan/atau memberi sumbangan kewangan kepada pembelian sebuah hartanah yang dirujuk dalam kes ini. Saksi-saksi Plaintif berjaya meyakinkan Mahkamah dan keterangan lisan serta dokumentar berjaya membidas keterangan yang dikemukakan oleh Defendan. 7 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Oleh yang demikian Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif DAN SELANJUTNYA ADALAH DIHAKIMI DAN DIPERINTAHKAN BAHAWA− (a) prayers 1 hingga 5 adalah dibenarkan. (b) kos bagi pemindahan hakmilik 1/2 bahagian Si Mati/arwah SHAHAROM BANUN BIN CHE MAT DIN kepada Plaintif/Pentadbir Harta Pusaka Si Mati/arwah SHAHAROM BANUN BIN CHE MAT DIN di Pejabat Tanah hendaklah dibayar daripada harta pusaka Si Mati/arwah SHAHAROM BANUN BIN CHE MAT DIN. (c) tuntutan bagi ganti rugi am ditolak. (d) kos sebanyak RM10,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur).”. [9] Defendan merayu terhadap keputusan Mahkamah ini. Isu untuk dibicarakan [10] Isu untuk dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah ini adalah – (a) sama ada Si Mati ada membayar sebanyak RM180,000.00 bagi tujuan pemberian pinjaman peribadi kepada Defendan atau bagi pembayaran 1/2 bahagian Hartanah tersebut kepada Defendan? 8 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) sama ada Si mati ada menerima hasil wang sewaan daripada penyewa Hartanah tersebut? (c) sama ada hasil wang sewaan daripada penyewa Hartanah tersebut adalah suatu bayaran semula pinjaman oleh Defendan kepada Si Mati? (d) sama ada surat Defendan bertarikh 1-5-2008 ialah kontrak yang sah di antara Si mati dan Defendan bagi pembelian 1/2 bahagian Hartanah tersebut? (e) jika ya, sama ada tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah sah dan boleh survive? (f) sama ada Defendan memegang 1/2 bahagian Hartanah tersebut sebagai amanah untuk Si Mati? (g) sama ada hakmilik dan kepentingan Defendan ke atas Hartanah tersebut boleh disangkal? Analisis dan Dapatan Mahkamah Beban pembuktian: [11] Beban pembuktian adalah terletak kepada Plaintif untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan. Peruntukan undang- undang dan nas undang-undang kes adalah mantap mengenai beban pembuktian dalam kes sivil iaitu − 9 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal • seksyen 101, 102 dan 106 Akta Keterangan 1950 (Akta 56). • Zainuddin Bin Uyub Dan Jalil Bin Tumirin [2009] 1 LNS 1139. • Berjaya Development Sdn Bhd v. Keretaapi Tanah Melayu Berhad [2012] 4 CLJ 35. • Juta Damai Sdn Bhd v. Permodalan Negeri Selangor Bhd [2014] 5 CLJ 318. • Heritage Grand Vacation Club Bhd V. Pacific Fantasy Vacation Sdn Bhd [2016] 7 CLJ 679. • Ineax Engineering Sdn Bhd v. Ineax Process Sdn Bhd And Ng Wee Keat [2017] 1 LNS 1187. • Cahaya Berlian Sdn Bhd (Company No: 742437-K) v. Datuk Bandar Kuala Lumpur [2020] 1 LNS 396. [12] Dalam kes The Carbon Company Sdn Bhd & Anor v. Ng Lee Hoon [2017] 6 CLJ 189, Mahkamah Rayuan memutuskan – “[49] The law on the burden of proof is so settled. Pursuant to s. 101(1) of the Evidence Act 1950, a party who desires the court to give judgment in its favour as to the legal right or liability bears the burden to prove its case. The burden of proof on that party is twofold, firstly the burden of establishing a case and secondly the 10 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal burden of introducing evidence. This burden lies on the party throughout the case and the standard of proof is on the balance of probabilities. Once that party has discharged its evidential burden of proof then the burden would then shift to its adversary. If a party has failed to discharge its burden of proof on the standard required by the law, his adversary does not bear the burden to adduce any evidence. In the case at hand, the plaintiff, a sole proprietor has to discharge her burden of proof to prove her case as well as to introduce evidence in support of her pleaded case. It is not the defendant’s duty to fill up the gaps in the plaintiff’s case/ or be accused of notestablishing their defence (see Yeohata Machineries Sdn Bhd & Anor v. Coil Master Sdn Bhd & Ors [2016] 2 CLJ 414; Selvaduray v. Chinniah [1939] 1 LNS 107; [1939] MLJ 253 SC; s. 2 of the Evidence Act 1950; Abrath v. North Eastern Railway Co [1883] 11 QBD 440 (CA)).”. [13] Mahkamah ingin merujuk keputusan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, YA Puan Evrol Mariette Peters, JC memutuskan (pada muka surat 654) dalam kes, Techcrew Sdn Bhd v. Nurhamizah Hamzah & Ors [2020] 4 MLRH 635 – Whether the plaintiff had proved Its Loss? Regardless of the 1st defendant’s liability, in the final analysis, the question was whether the plaintiff had proved, on a balance of probabilities, that it had suffered loss as a result of the 1st defendant’s negligence, bearing in mind that this court had to consider the probability of the Court of Appeal overruling the 11 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal High Court in the MAB Suit. After considering all the relevant evidence, both oral and documentary, I found that the plaintiff had failed to do so, and the following are my reasons: According to the case of Mount v. Barker Austin (a fire) f1998J PNLR 493, the plaintiff must prove that it had a real and substantial prospect of success, rather than a mere negligible one. In other words, to show that it had a winnable case, based upon the evidence adduced by the plaintiff the Court would be required to assess the outcome of the case, had there been no negligence on the part of the 1st defendant. Based on the Latin maxim ei incumbit probatis qui dicit, non qui negat, which means that the burden of proof is on the one who declares, not on the one who denies, the plaintiff had the legal burden to prove on a balance of probabilities that it had awinnable case. The legal burden is imposed on the plaintiff as prescribed by s 101 of the Evidence Act, which reads: Section 101 - burden of proof (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which lie asserts, must prove that those facts exist. (2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. This was explained in the case of Hong Yik Trading v. Liziz Plantation Sdn Bhd [2017J 4 MLRA 89, [2017] 5 MLJ 398; [2017J 8 CLJ 491 by Arifin Zakaria CJ in the following words: 12 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burdens then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence. Isu (a) sama ada Si Mati ada membayar sebanyak RM180,000.00 bagi tujuan pemberian pinjaman peribadi kepada Defendan atau bagi pembayaran 1/2 bahagian Hartanah tersebut kepada Defendan?; dan Isu (d) sama ada surat Defendan bertarikh 1-5-2008 ialah kontrak yang sah di antara Si Mati dan Defendan bagi pembelian 1/2 bahagian Hartanah tersebut? [14] Mahkamah ini telah mendengar keterangan lisan 5 saksi Plaintif yang terdiri daripada – • suami Si Mati (SP1) • 3 orang adik Si Mati (SP 2, SP3 dan SP5) • saksi yang menandatangani Surat Perisytiharan Hibah Si Mati. [15] Berdasarkan dokumen Perjanjian Jual Beli/Sale and Purchase Agreement (SPA) bertarikh 5-6-2006, di antara Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (“Vendor”) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“Proprietor”) dan Defendan (“Purchaser”), Hartanah tersebut telah dijual kepada Defendan pada harga belian sebanyak RM348,200.00 dan nama Defendan didaftarkan sebagai pemilik kepada Hartanah tersebut. 13 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [16] Dalam Saman Pemula No.: BA-31NCvC-804-11/2018 yang difailkan oleh Plaintif (pemohon) di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Hartanah tersebut disenaraikan sebagai aset tak boleh alih 1/2 iaitu “Lot kedai di Cyberjaya. Berkongsi bahagian yang sama dengan Mohd Ismail bin Che Mat Din, didaftarkan di bawah nama beliau dan bahagian Pemohon diamanahkan kepada beliau untuk memegang bagi pihak Pemohon”. [17] Mahkamah ini mendapati bahawa semata-mata SPA yang ditandatangani oleh Defendan bukanlah suatu keterangan konklusif bahawa keseluruhan Hartanah tersebut menjadi hakmilik penuh Defendan. [18] Keterangan saksi-saksi Plaintif khususnya 3 orang adik kandung Si Mati telah menjelaskan bahawa Si Mati tidak berdiam diri semasa hayatnya untuk menuntut dan memastikan bahawa 1/2 bahagian daripada Hartanah tersebut adalah milik Si Mati. [19] Keterangan berjaya menunjukkan dan menyangkal dakwaan Defendan bahawa SP2, SP3 dan SP5 adalah jelas untuk membuktikan bahawa Si Mati ada membayar dan menyumbangkan wang bagi pembelian Hartanah tersebut. 14 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [20] Pembelaan Defendan yang menafikan dan menyangkal pembayaran wang bagi pembelian Hartanah tersebut sebagai satu bentuk pinjaman peribadi oleh Si Mati kepada Defendan dan bayaran balik bagi pinjaman peribadi tersebut adalah melalui hasil sewaan Hartanah tersebut adalah suatu penafian kosong dan tiada keterangan kukuh dikemukakan oleh Defendan mengenai “transaksi pinjaman peribadi tersebut”. [21] Surat bertarikh 1-5-2008 yang ditulis tangan dan ditandatangani oleh Defendan sendiri dan ditanda sebagai Ekshibit D6 dengan jelas menunjukkan bahawa Si Mati ada membayar sebanyak 4 kali kepada Defendan yang mana jumlah keseluruhan bayaran ialah RM180,000.00 bagi Hartanah tersebut. Pada perenggan 3 Surat tersebut, Defendan bersetuju untuk memasukkan nama Si Mati sebagai “half-owner on said property”. [22] Dalam keterangan lisan Defendan, Defendan menyatakan tujuan Ekshibit D6 semata-mata sebagai “security” atas tawaran pinjaman daripada Si Mati kepada Defendan. Wang pinjaman yang diberikan oleh Si Mati adalah atas dasar kasih sayang di antara Si Mati dan Defendan. Defendan yang mengalami masalah kewangan untuk membiayai pengajian anak-anaknya di United Kingdom telah meminjam wang Si Mati sebanyak RM180,000.00. 15 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [23] Ekshibit D6 ini ialah satu-satunya bukti material dan relevan untuk menunjukkan bahawa Si Mati sememangnya ada membuat bayaran bagi harga belian Hartanah tersebut yang dikongsi bersama dengan Defendan. Tiada apa-apa pernyataan dalam Ekshibit D6 ini menunjukkan bahawa wang sebanyak RM180,000.00 tersebut adalah pinjaman wang kepada Defendan. [24] Peguam cara Defendan terpelajar menghujahkan bahawa Ekshibit D6 tidak boleh disangkal bersandarkan kepada kes Alliance Bank Malaysia Berhad v Sail Yalang [2010] 4 CLJ 963, di mana penelitian Mahkamah tidak terhad kepada pengakuan berkaitan isi kandungan D6 sahaja tetapi, Mahkamah ini perlu meneliti keterangan pihak Defendan berkenaan apakah niat sebenar surat tersebut dibuat kepada Si Mati memandangkan Defendan adalah pembuat (maker) kepada surat tersebut dan juga mengambil kira bukti keadaan dan tindakan lanjut Defendan dan Si Mati di dalam kes pada hari ini. [25] Selanjutnya, peguam cara Defendan terpelajar memetik nas undang-undang kes Yogananthy As Thambaiya V. Harta Pusaka Idris Osman [2020] 3 MLRA, Y.A.A Abang Iskandar Abang Hashim FCJ telah memutuskan bahawa – [33] In a subsequent case, about three decades down the road, the English Court of Appeal in Hitch and Others v. Stone (Inspector of Taxes) [2001] STC 214 (“Hitch case”) referred to the Snook case [supra] and laid down the applicable test to ascertain a sham document, which to our minds, would serve us well by reproducing the said test here. The steps to be taken in 16 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal such determination as outlined by Arden LJ, had been stated as follows: [64] An inquiry as to whether an act or document is a sham requires careful analysis of the facts and the following points emerge from the authorities. [65] First, in the case of a document, the court is not restricted to examining the four corners of the document. It may examine external evidence. This will include the parties’ explanations and circumstantial evidence, such as evidence of the subsequent conduct of the parties. [66] Second, as the passage from Snook makes clear, the test of intention is subjective. The parties must have intended to create different rights and obligations from those appearing from (say) the relevant document, and in addition they must have intended to give a false impression of those rights and obligations to third parties. [67] Third, the fact that the act or document is uncommercial, or even artificial, does not mean that it is a sham. A distinction is to be drawn between the situation where parties make an agreement which is unfavourable to one of them, or artificial, and a situation where they intend some other arrangement to bind them. In the former situation, they intend the agreement to take effect according to its tenor. In the latter situation, the agreement is not to bind their relationship. 17 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [68] Fourth, the fact that parties subsequently depart from an agreement does not necessarily mean that they never intended the agreement to be effective and binding. The proper conclusion to draw may be that they agreed to vary their agreement and that they have become bound by the agreement as varied (see for example Garnac Grain Co Inc v. HMF Faure & Fairclough Ltd [1966] 1 QB 650 at 683-684 per Diplock LJ).”. [26] Hujahan peguam cara Defendan terpelajar bahawa adalah penting bahawa surat tersebut tidak pernah pada bila-bila masa dibangkitkan dan/atau dipertikaikan oleh Si Mati semasa hayatnya. Plaintif mahupun SP2, SP3 dan SP5 yang bukan merupakan pihak atau pun saksi kepada surat tersebut gagal membuktikan niat Defendan dan Si Mati berkenaan surat tersebut ketika surat tersebut dibuat dan gagal membuktikan kepada Mahkamah ini apakah alasan yang sah, munasabah dan kukuh apabila tiada apa-apa tindakan dari Si Mati terhadap Defendan untuk mendapatkan dan melaksanakan hak dan/atau kepentingannya di atas Hartanah tersebut sekiranya benar sepertimana yang didakwa oleh Plaintif. [27] Mahkamah ini memutuskan bahawa Defendan sebagai penulis dan pembuat surat “pengakuan” bertarikh 1-5-2008 iaitu 2 tahun selepas SPA ditandatangani oleh Defendan dan kira-kira 9 tahun sebelum Si Mati meninggal dunia sememangnya tahu apa isi kandungan yang ditulisnya. Ungkapan dan frasa dalam surat tersebut “… I, MOHD ISMAIL B CHE MAT DIN agreed to sell 50 percent of the above shoplot valued at RM360,000.00 to above named person – who also is my sister.”, adalah suatu pernyataan yang jelas bahawa Hartanah tersebut dibeli atas dasar 18 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal perkongsian bersama di antara Si Mati dan Defendan. Tiada pertikaian mengenai niat Defendan dalam isi kandungan surat ini. Niat Defendan yang secara tiba-tiba menyatakan bahawa jumlah sebanyak RM180,000.00 itu suatu pinjaman oleh Si Mati kepada Defendan adalah atas dasar kasih sayang adalah suatu taktik Defendan untuk enggan menyerahkan hakmilik 1/2 bahagian Hartanah tersebut kepada Si Mati semasa hayat Si Mati dan selepas kematian Si Mati kepada Plaintif dan anak saudara Si mati yang juga anak saudara Defendan. [28] Mahkamah ini mendapati wang sebanyak RM180,000.00 itu adalah wang Si Mati yang mana diketahui oleh adik-adik kandung Si Mati apabila Si Mati berulang kali menyatakan mengenai haknya ke atas 1/2 bahagian dalam Hartanah tersebut. Tiada apa-apa keterangan “persetujuan” baik daripada saksi-saksi Plaintif dan saksi-saksi Defendan bahawa wang sebanyak RM180,000.00 itu adalah suatu pinjaman. [29] Selain itu, tiada apa-apa keterangan daripada Defendan yang menunjukkan bahawa Si Mati meminjamkan wang sebanyak RM180,000.00 itu kepada Defendan. Sepanjang hayat Si Mati, Si Mati tidak pernah pada bila-bila masa menuntut bayaran balik pinjaman yang dikatakan itu daripada Defendan. Si Mati hanya mahukan haknya ke atas 1/2 bahagian daripada Hartanah tersebut yang akhirnya ditinggalkan Hartanah tersebut kepada suaminya sebagai Pentadbir Harta Si Mati (Grant of Letters of Administration diberikan kepada Plaintif/rujuk dokumen pada Ikatan B2 muka surat 1). 19 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [30] Keterangan “circumstantial” daripada adik-adik kandung Si Mati iaitu SP2, SP3 dan SP5 menunjukkan bahawa perbincangan yang kadang kala membawa kepada pertengkaran di antara Si Mati dan Defendan ialah – (a) ketika perjumpaan adik beradik, pengakuan Defendan sendiri bahawa Hartanah tersebut adalah milik bersamanya dengan Si Mati. (b) Defendan menegaskan bahawa jika Defendan meninggal dunia maka 1/2 bahagian Hartanah tersebut dipindahkan kepada anak lelaki Defendan manakala jika Simati meninggal dunia maka 1/2 bahagian Hartanah tersebut akan dipindahkan kepada anak perempuan SP2. (c) Si Mati menyatakan kekecewaannya kepada SP2 apabila Defendan enggan memindahkan 1/2 bahagian Hartanah tersebut kepada nama Si Mati. (d) Surat Perisytiharan Hibah yang dibuat oleh Si Mati sebelum kematiannya jelas menunjukkan bahawa Si Mati menghendaki 1/2 bahagian Hartanah tersebut dimilik oleh warisnya. (e) Si Mati semasa hayatnya telah mendapatkan nasihat undang- undang mengenai haknya daripada adik lelaki kandungnya iaitu SP3 mengenai proses memindahmilikkan 1/2 bahagian Hartanah tersebut kepada Si Mati. 20 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (f) SP3 menyatakan pertelingkahan antara Si Mati (kakak SP3) dan Defendan (abang SP3) mengenai isu untuk memindahmilikkan 1/2 bahagian Hartanah tersebut menyebabkan SP3 menyediakan suatu template perjanjian jual beli agar nama Si Mati dimasukkan dalam suatu perjanjian. Namun Defendan menghubungi SP3 dan meminta agar draf perjanjian pindahmilik tidak diteruskan demi menjimatkan kos guaman. (g) keterangan SP5 iaitu adik lelaki Si Mati dan Defendan yang mensyorkan agar Si Mati dan Defendan membeli Hartanah tersebut dengan nyata memberitahu Mahkamah ini bahawa Hartanah tersebut adalah dimiliki secara bersama di antara Si Mati dan Defendan. [31] Dalam penyata saksi Mohd Ismail bin Che Mat Din/Defendan (SD1) pada soalan dan jawapan no. 18, SD1 menjelaskan bahawa hutang atau wang yang dipinjam daripada Si Mati pada tahun 2007 itu ialah atas dasar Si Mati ingin membantu Defendan bagi pembiayaan pengajian anak-anak Defendan di United Kingdom. Selanjutnya, pada soalan dan jawapan no. 20, SD1 menyatakan bahawa anggaran baki hutang yang belum dibayar kepada Si Mati ialah RM30,000.00 berdasarkan atas kadar sewaan Hartanah tersebut sejak tahun 2008 hingga 2017. 21 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [32] Fakta yang tidak dipertikaikan ialah pada masa Hartanah tersebut dalam proses penyiapan Defendan ialah pembeli dan nama serta tandatangan Defendan dinyatakan dengan jelas dalam SPA (tahun 2006). Dua tahun kemudiannya, selepas Hartanah itu siap, Si Mati telah membayar secara 4 kali ansuran kepada Defendan sehingga jumlahnya ialah RM180,000.00. Defendan mengakui penerimaan jumlah ini tetapi menegaskan bahawa RM180,000.00 itu sebagai suatu pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Si Mati untuk membantu pengajian anak-anak Defendan. Tiada bukti yang kukuh dikemukakan oleh Defendan. Ekshibit D6 dengan jelas menunjukkan bahawa wang berjumlah RM180,000.00 itu ialah berkenaan dengan CyberValley Commercial Centre Unit 29 – Block 3 Type AIL 2-Ph.1 (Hartanah tersebut). Bukti pembayaran oleh Si Mati ini adalah merujuk kepada Hartanah tersebut dan bukan pinjaman peribadi atau bantuan kewangan atas dasar kasih sayang kepada Defendan. [33] Adakah atas dasar kasih sayang maka Defendan enggan melepaskan 1/2 bahagian Hartanah itu kepada Si Mati. Apa jua alasan Defendan kepada Si Mati dan adik beradik Defendan membuktikan bahawa tidak wujud apa-apa pinjaman peribadi atau bantuan kewangan atas dasar kasih sayang oleh Si Mati kepada Defendan. 22 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [34] En. Mohd Shahrizan bin Che Mat Din yang menjadi saksi dari kalangan adik beradik Si Mati dan Defendan telah menjadi saksi Defendan (SD2). Keterangan SD2 gagal membantu dan menyokong kes Defendan khususnya mengenai pertikaian tuntutan 1/2 bahagian Hartanah tersebut oleh Si Mati dan selepas kematiannya, oleh suami Si Mati (Plaintif). Keterangan SD2 menjurus kepada pernyataan yang menyokong Defendan memounyai baki hutang sebanyak RM30,000.00 kepada Si Mati dan ketidakpersetujuan SD2 mengenai hibah yang dibuat oleh Si Mati. [35] Sebagaimana analisis Mahkamah ini, tiada apa-apa keterangan yang mematahkan keterangan saksi-saksi Plaintif, jadi keterangan bahawa wang sebanyak RM180,000.00 itu dibayar oleh Si Mati bagi pembelian 1/2 bahagian Hartanah tersebut dan wang sebanyak RM180,000.00 itu bukannya sebagai pinjaman peribadi oleh Si Mati kepadanya. Maka, isu mengenai baki bayaran sebanyak RM30,000.00 tersebut adalah tidak relevan. Isu (b) dan (c): Hasil sewaan Hartanah tersebut: [36] Hartanah tersebut telah disewa kepada En Mohd Fadzlie bin Ismail (SD3) yang tiada penyata saksi difailkan dan diminta hadir menjadi saksi oleh peguam Defendan. 23 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [37] Mahkamah ini dikemukakan dengan suatu perjanjian sewaan di antara Defendan (“Landlord”) dan SD3 (“Tenant”) bertarikh 21-12-2015 (Ikatan Dokumen B2 pada muka surat 7 hingga 18. SD3 menyewa Hartanah tersebut dari tahun 2015 hingga tahun 2017 dengan kadar sewa sebanyak RM2,300.00 sebulan. SD3 mengakui membayar sewa kepada akaun Maybank Si Mati (rujuk The First Schedule @ section 13). [38] Jawapan Defendan (SD1) bagi soalan no. 13 menyatakan bahawa hasil sewaan bagi Hartanah tersebut dibayar secara terus kepada Si Mati sebagai pembayaran semula pinjaman oleh Defendan daripada Si Mati. Seterusnya, Jawapan Defendan (SD1) bagi soalan no. 15 menyatakan bahawa SD1 tidak pernah menerima apa-apa hasil sewaan bagi Hartanah tersebut daripada mana-mana penyewa sehingga Si Mati meninggal dunia dan SD1 juga tidak pernah berjumpa dengan mana-mana penyewa Hartanah tersebut. [39] Keterangan SP5 menyokong keterangan kes Plaintif di mana SP5 menyatakan bahawa SP5 sendiri menjadi individu yang membantu mengutip hasil sewaan bagi Hartanah tersebut. SP5 membantu mengutip hasil sewaan bagi Hartanah tersebut kerana Hartanah tersebut (Lot No. 29) adalah bersebelahan dengan unit hartanah milik SP5 (Lot No. 30). Kedua-dua hartanah itu disewa oleh seorang penyewa yang menjalankan perniagaan perabot. 24 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [40] Bayaran sewaan bagi Lot No. 29 diserahkan oleh SP5 kepada Defendan. Defendan mengaku kepada SP5 bahawa separuh bahagian sewaan yang diterima itu diserahkan kepada Si Mati. Selepas tamat sewaan dengan penyewa tersebut, SP5 tidak lagi membantu mengutip sewaan bagi pihak Defendan mahupun Si Mati. [41] Keterangan Defendan dengan jelas berjaya disangkal dan dipatahkan oleh pihak Plaintif. Mahkamah ini memutuskan bahawa hasil sewaan yang dibayar secara terus ke akaun Si Mati oleh SD3 itu adalah “hasil” yang dinikmati oleh Si Mati yang mempunyai hakmilik ke atas Hartanah tersebut. [42] Ketiadaan keterangan dan bukti daripada Defendan bahawa hasil sewaan bagi Hartanah tersebut sebagai suatu tolakan bagi pinjaman peribadi berjumlah RM180,000.00 adalah suatu rekaan Defendan semata-mata. Status pemilikan Hartanah tersebut yang mana 1/2 bahagian terletak hak kepada Si Mati dan 1/2 bahagian terletak hak kepada Defendan adalah berdasarkan keterangan kukuh Plaintif. Defendan gagal membuktikan bahawa Defendan memiliki sepenuhnya atau 1/1 bahagian bagi Hartanah tersebut. Isu (f): Adakah Hartanah tersebut dipegang sebagai amanah oleh Defendan? [43] Peguam cara Defendan terpelajar menghujahkan bahawa Plaintif memplidkan bahawa Hartanah tersebut dipegang “on resulting trust”. Tetapi mengikut peguam cara Defendan terpelajar, hala tuju hujahan peguam cara Plaintif adalah kepada amanah konstruktif (constructive trust) apabila Plaintif bersandarkan kepada nas undang-undang kes 25 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Takako Sakao [2009] 6 MLJ 751, Perman Sdn Bhd & Ors [2006] 1 MLJ 97 dan Equity and Trusts in Malaysia. [44] Walaupun Defendan bersetuju dengan konsep constructive trust sebagaimana dalam otoriti-otoriti tersebut, namun Defendan berhujah bahawa Plaintif hanya memplidkan dalam pernyataan tuntutan dan jawapan kepada pembelaannya bahawa Defendan memegang ½ bahagian di dalam Hartanah tersebut on resulting trust untuk dan bagi manfaat Si Mati dan Plaintif tidak pernah sama sekali memplid mengenai constructive trust. Oleh itu, peguam cara Defendan terpelajar berpandukan kepada keputusan dalam kes Saiman Umar v. Lembaga Pertubuhan Peladang [2015] 6 MLRA 248 yang mana Y.A.A Azahar Mohamed FCJ telah memutuskan bahawa – “[41] We should remind ourselves that parties to an action are bound by their own pleadings. It is therefore necessary to make the point that the court is also bound by the pleadings in as much as the parties themselves.”. [45] Mahkamah mendapati Plaintif memplidkan pada perenggan 10 pernyataan tuntutan dan perenggan 5 jawapan kepada pembelaan bahawa prinsip ekuiti “resulting trust” adalah terpakai. Mahkamah ini berpendapat “kekhilafan” dalam kategori amanah bukanlah suatu kecacatan yang amat memudaratkan kepada kes Plaintif. Mahkamah ini telah mendengar keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak dan kewujudan suatu amanah di antara Defendan dan Si Mati akibat daripada jalinan persetujuan dari awal sebelum Hartanah tersebut dibeli. 26 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [46] Peguam cara Plaintif terpelajar merujuk kepada – (a) buku “Malaysian Trusts Law”, 2nd Ed., Mary George and Sujata Balan, Sweet & Maxwell, 2021 tentang salah satu elemen sah amanah – “Certainty of Intention (Precatory words): 4.6.3.2 Certainty of intention Precatory words The pitfall of the “precatory words” is that when these words of “wishful nature, confidence, entreaty, hope or desire” are used in a trust instrument setting out the intended trust, very often the trust is considered invalid as perhaps there is only a moral obligation that the court can deduce in the absence of evidence demonstrating an intention to establish a legal binding trust. Although no particular form of expression is necessary to create a trust, if on the whole it can be gathered that a trust was intended, that is sufficient for the court. It is unnecessary for the settlor to use the word “trust” as the court construes the substance and effect of the words used, against the background of any relevant surrounding circumstances. So, it is possible for the court to construe the existence of a “trust” even though this technical term was never used by the parties and, on the other hand, to deny a trust, even though the parties have used the term. There are two possibilities that can occur here: first, the settlor need not understand that his words or conduct have created a trust, if they have this effect on the proper legal construction. At 27 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal other times, a settlor may describe a transaction as a trust even though, on its proper construction, the transaction was not intended to operate as a trust.”. (b) kes Wan Naimah v. Wan Mohamad Nawawi [1974] 1 MLJ 41, FC di muka surat 42 Mahkamah Persekutuan berkaitan penggunaan perkataan sama ada bertulis atau lisan, seperti berikut: “The Federal Court agreed with the lower court that the plaintiff had produced evidence sufficient to prove that the defendant held that half undivided share in trust for him and dismissed the appeal. The Federal Court ruled as follows: The law is that a declaration of trust may be made quite informally, provided that the words used are clear and unequivocal. As was stated by Romily MR in Grant v Grant 55 ER 776 words declaring a trust: “need not be in writing... . They must be clear, unequivocal and irrevocable but it is not necessary to use any technical words. It is not necessary to say, “I hold the property in trust for you” nor is it necessary to say,”I hold the same for your separate use.” Any words that the donor means, at the time he speaks, to divest himself of all beneficial interest in the property are, in my opinion, sufficient for the purpose of creating the trust.”. 28 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (c) kes Westdeutsche Landesbank Girozentrale v Islington LBC [1996] AC 669 – “[18] In our judgment, the primary function of the court in a case where a resulting trust is asserted or a gift is alleged arising from a disposition of property is clear. It is to determine whether the initial disponor intended to make a gift of the property be it moveable or immoveable, or whether he or she intended it to be held by the disponee in trust for some other person or persons, including the disponor or the disponee or both… ”. [47] Dalam kes Chong Chee Piao & 4 Ors v. Koh Wah Leong (Sebagai Pengerusi Pertubuhan Penganut-Penganut Ting Leong Keng Lee Hu Tong Chu, Pantai Remis, Manjong, Perak) [2023] 1 LNS 66, Mahkamah Rayuan memutuskan − “[32] We find merit in the submission of counsel for the respondent that in the case of implied and constructive trust as opposed to an express trust, the element of intention to create a trust on the part of the testator is not essential. It is a trust that is imposed by the law to prevent unfairness or injustice. In the recent case of Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1, Zabariah Mohd Yusof FCJ at the Federal Court said as follows about the irrelevance of intention in a finding of constructive trust: 29 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [111] It is trite law that the intention to create a trust is applicable in situation of express trusts and not in constructive trusts. Constructive trust are trusts that may be implied in the absence of any declaration/intention of a trust, where the trustee has induced another to act to their detriment they would acquire a beneficial interest in the land/property. A characteristic feature of this trust does not owe its existence to the parties’ intention, but by operation of law. In Takako Sakao v. Ng Pek Yuen [2010] 1 CLJ 381; [2009] 6 MLJ 751, it was held that: A constructive trust is imposed by law irrespective of the intention of the parties. And it is imposed only in certain circumstances, e.g. where there is dishonest, unconscionable or fraudulent conduct in the acquisition of property. What equity does in those circumstances is to fasten upon the conscience of the holder of the property a trust in favour of another in respect of the whole or part thereof. [34] Thus, a written document evidencing the existence of a trust is also unnecessary. The Court of Appeal in the case of Zainab bt Ibrahim v. Limah bt Che Mat [2014] 1 LNS 716; [2014] 6 MLJ 419 said as follows: [11] We bear in mind that a trust does not arise by written documents alone. It may arise orally or inferred from the conduct of the parties, this is particularly so of a constructive trust. We bear in mind also that a party is 30 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal entitled to rely upon a trust being honoured. It is not disputed, in this case, that the plaintiff had remained on the land at all times.”. [48] Dalam kes Balakrishnan A/L Kaliappan v. Shameena A/P Nathesan [2019] 7 CLJ 762; [2019] 5 MLJ 661, Mahkamah memutuskan bahawa − “(3) In order to resort to the aid of a resulting trust, the appellant bore the burden of proving that he paid fully for the purchase of the matrimonial home or partly. However, the evidence in the present case did not support that this was so at all. In addition, the issue of a resulting trust did not arise at all.”. [49] Mahkamah ini memetik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Chandrasegaran Balakrishnan V. Patrisa Selvarajoo & 2 Ors (Wakil-Wakil Diri Bagi Estet Si Mati Daniel A/L Jacob) [2022] 1 LNS 1379 jelas menerangkan mengenai “resulting trust” − A. The Law on Resulting Trust [33] To begin with, this Court refer to the judgment of Lord Browne-Wilkinson in Westdeutsche Landesbank Girozentrale v. Islington London Borough Council [1996] AC 669, p. 708 which dealt with the well-established circumstances in which a resulting trust may arise. His Lordship observed that: 31 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Under existing law a resulting trust arises in two sets of circumstances: (A) where A makes a voluntary payment to B or pays (wholly or in part) for the purchase of property which is vested either in B alone or in the joint names of A and B, there is a presumption that A did not intend to make a gift to B: the money or property is held on trust for A (if he is the sole provider of the money) or in the case of a joint purchase by A and B in shares proportionate to their contributions. It is important to stress that this is only a presumption, which presumption is easily rebutted either by the counter presumption of advancement or by direct evidence of A’s intention to make an outright transfer: see Underhill and Hayton pp. 317ff, Vandervell v. IRC [1967] 1 All ER 1 at 8, [1967] 2 AC 291 at 312ff and Re Vandervell’s Trusts (No 2), White v. Vandervell Trustees Ltd [1974] 1 All ER 47 at 63ff, [1974] Ch 269 at 288ff. (B) where A transfers property to B on express trusts, but the trusts declared do not exhaust the whole beneficial interest: ibid and Barclays Bank Ltd v. Quistclose Investments Ltd [1968] 3 All ER 651, [1970] AC 567. Both types of resulting trust are traditionally regarded as examples of trusts giving effect to the common intention of the parties. 32 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal A resulting trust is not imposed by law against the intentions of the trustee (as is a constructive trust) but gives effect to his presumed intention. Megarry J in Re Vandervell's Trusts (No 2) suggests that a resulting trust of type (B) does not depend on intention but operates automatically. I am not convinced that this is right. If the settlor has expressly, or by necessary implication, abandoned any beneficial interest in the trust property, there is in my view no resulting trust: the undisposed-of equitable interest vests in the Crown as bona vacantia: see Re West Sussex Constabulary's Widows, Children and Benevolent (1930) Fund Trusts [1970] 1 All ER 544, [1971] Ch 1.”. [50] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, nas undang-undang kes mengenai prinsip resulting trust adalah jelas terpakai sebagaimana diplidkan oleh Plaintif terhadap Defendan bagi Hartanah tersebut. Tiada apa-apa hasrat dinyatakan oleh Si Mati untuk menyerahkan 1/2 bahagian Si Mati bagi Hartanah tersebut kepada Defendan walaupun mereka adik beradik. Si Mati sebelum kematiannya telah mengisytiharkan hibah melalui suratcara yang teratur dan tidak dipertikaikan dalam perbicaraan bahawa 1/2 bahagian Si Mati bagi Hartanah tersebut hendak diserahkan kepada Plaintif (suami Si Mati) dan anak saudara perempuan Si Mati. 33 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [51] Isu yang perlu ditentukan oleh Mahkamah ialah sama ada Hartanah tersebut dipegang sebagai amanah oleh Defendan bagi faedah/manfaat Si Mati? Dalam English cases of Dyer v. Dyer [1788] 2 Cox Eq 92, Gissing v. Gissing [1971] AC 886, Grant v. Edwards [1986] Ch 638 dan Lloyds Bank Plc v. Rosset [1991] 1 AC 107 which concluded that resulting trust arises out of the common intention of the parties which has been acted upon their detriment. [52] Dalam kes Yap Ken Wei & Anor v. Leong Yew Wai [2021] LNS 1516, takrif “resulting trust” boleh dicerap daripada Halsbury Law of England (4th Edition) Vol.20 − “[30] As such, the argument of the plaintiffs that their cause of action against the defendant is based on the principle of resulting trust is not without basis. Halsbury's Law of England (4th Edition) Vol. 20 states (at page 24): Purchase in another’s name. Where a person buys property and pays the purchase money, or part of it, but takes the purchase in the name of another, who is neither his child, adopted child nor wife, prima facie, there is no gift, but a resulting trust for the person paying the money.”. 34 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [53] Begitu juga dalam kes Choong Kwee Sang v. Choong Kwee Keong [2008] 5 CLJ 229 di mana Zainun Ali JCA (Yang Arif ketika itu) memutuskan – “[33] A ‘resulting trust’ is defined as such: This trust arises by presumption where one party buys property, registers it in the name of a second party in circumstances where the first party has supplied the money for the purchase. Thus, the registered proprietor is presumed to hold the property on trust for the supplier of the money. (per Judith Sihombing in “National Land Code: A commentary”).”. [54] Plaintif dalam tuntutannya bertindak sebagai pentadbir harta Si Mati berjaya membuktikan bahawa pembayaran penuh 1/2 bahagian bagi Hartanah tersebut dan sebelum kematiannya telah menuntut haknya agar 1/2 bahagian Hartanah tersebut didaftarkan atas nama Si Mati telah tidak dilaksanakan oleh Defendan. [55] Mahkamah mendapati penegasan Defendan bahawa pembayaran oleh Si Mati itu adalah suatu pinjaman kepada Defendan adalah suatu tindakan yang tidak jujur daripada seorang abang kepada adik perempuannya. Gesaan Si Mati melalui perbualan, perbincangan, dan pertelingkahan mengenai Hartanah tersebut yang enggan dipindahkan atau diserahkan 1/2 bahagian kepada Si Mati menunjukkan bukti bahawa wujud tuntutan Si Mati terhadap Defendan. Defendan memegang 1/2 bahagian Hartanah tersebut sebagai amanah untuk Si Mati. 35 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [56] Sebagai mengakhiri isu mengenai “resulting trust”, saya ingin merujuk penemuan Y.A. John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Chandrasegaran Balakrishnan (supra) iaitu − “i) Intention to create Trust [41] I find the judgment of the Federal Court caseTakako Sakao (F) v. Ng Pek Yuen & Anor [2009] 5 CLJ 200; [2009] 6 MLJ 751 of great assistance. In it, Gopal Sri Ram FCJ provided the following guidelines in determining whether the principles of resulting trust applied: [18] In our judgment, the primary function of the court in a case where a resulting trust is asserted or a gift is alleged arising from a disposition of property is clear. It is to determine whether the initial disponer intended to make a gift of the property be it movable or immovable, or whether he or she intended it to be held by the disponee on trust for some other person or persons, including the disponer or the disponee or both. A court when called upon to decide whether a resulting trust or a gift was intended in given circumstances should not begin by resorting to presumptions. It must meticulously examine the facts to objectively ascertain the true intention of the parties. If the intention of the parties when objectively determined was that the particular property was to be held on a resulting trust then that is the conclusion the court 36 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal should declare. However, if the intention was that the disponee of the property was to have it as a gift, there can then be no question of a resulting trust being implied. It is only when there is absent any indication of what was intended by the parties that the court should resort to presumptions. Were it otherwise, the court may be arriving at an incorrect conclusion based on a presumption when the evidence points in quite the opposite direction. As Devlin LJ (later Lord Devlin) said in Berry v. British Transport Commission [1961] 3 All ER 65 at p 75: ... presumptions of law ought to be used only where their use is strictly necessary for the ends of justice. They are inherently undesirable... because they prevent the court from ascertaining the truth, which should be the prime object of a judicial investigation, and because, if they are allowed to multiply to excess, the law will become divorced from reality and will live among fantasies of its own.” [Emphasis added by Yang Arif] [42] Hence, this Court shall now attempt to determine the true intention of the Deceased when he first executed the SPA, which can be inferred by the conduct and other corroborative (documentary) evidence adduced by the parties. 37 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [44] It is clear that the onus of proof lies squarely on the Plaintiff to prove strictly by a preponderance of evidence the intention of the parties at the material time the SPA was executed. In the absence of any documentary evidence to support the trust deed, the Court can only rely on the testimony of the witnesses. [45] The 1st and 2nd Defendants premised that there was no document, letter, agreement, or statutory declaration that reflected the Deceased's intention to create trust. Thus, there is no trust in this case. With respect, I find this misconceived. [46] It is trite law that there is no requirement for the arrangement of trust to be in writing or manifested in writing. This judgment has been laid down in the case of Law Tanggie v. Untong Ak Gantang [1993] 1 LNS 98; [1993] 2 MLJ 530 where Richard Malanjum JC (as he then was) held at p.544 (para F-G): “Accordingly, in my judgment there was no requirement in this case for the arrangement made between the plaintiff and the first defendant to be in writing or manifested by some writing as it is one of resulting trust. (See 48 Halsbury's Laws of England (4th Ed) para 524; Snell’s Principles of Equity (28th Ed) at p 107 and DHN Food Distributors Ltd v. Tower Hamlets London Borough Council 9.).”. [Emphasis added by Yang Arif] 38 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kanun Tanah Negara: [57] Penegasan peguam cara Defendan terpelajar bahawa – • sekalipun Mahkamah yang mulia ini berpendapat bahawa Si Mati telah membayar sejumlah RM180,000-00 bagi pembelian ½ bahagian atas Hartanah tersebut menurut surat 1.5.2008 sepertimana yang didakwa, yang mana kami nafikan disini, kami berhujah bahawa kepentingan Si Mati tidak dilindungi oleh mana- mana peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara. • kegagalan Plaintif untuk memplidkan secara jelas bahawa kepentingan Si Mati dilindungi di bawah peruntukan seksyen 340 (3) Kanun Tanah Negara iaitu Si Mati adalah pembeli bona fide di bawah S 340 (3) Kanun Tanah Negara ataupun S 340 (2) Kanun Tanah Negara. • kes Au Meng Nam V Ung Yak Chew [2007] 1 MLRA 657 di mana jika pembeli tersebut adalah cuai dan kurang berhati-hati maka pembeli tersebut tidak termasuk sebagai seorang pembeli bona fide. • berdasarkan kepada fakta bahawa tiada apa-apa usaha dan tindakan undang-undang diambil, termasuk dan tidak terhad kepada, kaveat oleh Si Mati semasa hayatnya demi menjaga dan melaksanakan hak ataupun kepentingannya, maka Si Mati bukanlah pembeli bona fide yang wajar dilindungi oleh Mahkamah 39 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal di bawah S 340 (3) Kanun Tanah Negara ataupun mana-mana peruntukan lain bagi apa-apa tuduhan terhadap Defendan oleh Plaintif. • sekiranya Mahkamah memperakui kepentingan Si Mati di atas Hartanah tersebut walaupun tiada apa-apa usaha dan tindakan undang-undang diambil pada setiap masa yang material oleh Si Mati dan mengambil kira keterangan dan dakwaan-dakwaan dari pihak SP1, SP2, SP3 dan SP5 sahaja terhadap Defendan, maka ianya akan menyebabkan ketidakadilan yang besar kepada Defendan. [58] Mahkamah ini mendapati hujahan peguam cara Defendan terpelajar adalah suatu penegasan semata-mata atas dasar nama Defendan tertera pada pendaftaran hakmilik Hartanah tersebut dan berdasarkan prinsip hakmilik tidak boleh disangkal di bawah seksyen 340 Kanun Tanah Negara maka sewajarnya tuntutan Plaintif ini tidak sah dan tidak boleh dipertahankan [Isu (e) dan (f)]. [59] Mahkamah ini merujuk prinsip penting mengenai beneficial ownership di mana dalam kes ini, Si Mati telahpun membayar 1/2 bahagian bagi Hartanah tersebut. Dalam kes Loo Hon Kong v. Loo Kim Lim [2004] 4 CLJ 1, Gopal Sri Ram JCA (Yang Arif ketika itu) memutuskan− “The plaintiff having paid the entire purchase price for the land, the act of registering the land in the defendant’s name merely vested the nominal legal ownership in the latter. The beneficial ownership results to the plaintiff. This is because the relationship 40 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal between the parties here does not come within one of the special categories recognised by equity as creating a presumption of advancement in favour of the holder of the legal title.”. [60] Selepas meneliti keseluruhan keterangan di hadapan Mahkamah ini Mahkamah berpuas hati atas imbangan kebarangkalian bahawa beban pembuktian yang terletak di bahu Paintif telah pun dibuktikan di mana Si Mati ialah pembeli sebenar bagi 1/2 bahagian Hartanah tersebut. [61] Mahkamah merujuk kepada penghakiman Y.A.A Ariffin Zakaria Ketua Hakim Negara dalam kes Hassan Kadir & Ors v. Mohamed Moideen Mohamed & Anor [2011] 5 CLJ 136 – “It is trite that the modified form of the Torrens System of registration of titles relating to alienated land as applied under the Code does not prevent the creation of beneficial interest in land whether under “express trust”, “constructive trust” or “resulting trust” arising out of the operation of law. This is derived from the rules of equity which is applicable in this country by virtue of section 3 of the Civil Law Act 1956. And as was said by Syed Agil Barakbah SCJ in Lian Keow Sdn Bhd (in Liquidation) & Anor v. Overseas Credit Finance (M) Sdn Bhd & Ors [1988] 1 LNS 44: ‘The Code restricts the kinds of interests in land which are capable of being registered, but at the same time it does not prevent or restrict the creation of beneficial interests in land by way of equitable trust. Prior to the registration of the title, the statutory form of transfer under the Code gives 41 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a title in equity to the purchaser until registration. The vendor is said to hold his proprietary interest as constructive trustee.”. Kesimpulan [62] Berdasarkan penelitian Mahkamah ini selepas meneliti semua dokumen dan keterangan lisan dan dokumentar yang dibentangkan oleh pihak-pihak di hadapan Mahkamah ini, dan hujahan bertulis serta hujahan balasan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati atas imbangan kebarangkalian, tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah dibenarkan sebagaimana perintah dan dengan kos. Bertarikh: 9 Mac 2023. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCvC12 Shah Alam 42 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam cara: Bagi pihak Plaintif: Wan Amir Akram bin Zainal Abidin & Elly Jasmin binti Aminuddin Tetuan Amir & Elly, Shah Alam, Selangor Bagi pihak Defendan: Muhammad Zaki bin Sukery bersama Nur Diana Mat Radzai & Uzair bin Fauziddin Tetuan Fu’ad Hawari Uzair & Partners, Kajang, Selangor 43 S/N gK2w2MPCrk9JLu4BdNQog **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal