Mohammad Bakhari bin Abd Ghani
Court accepted guilty plea to s.354 Penal Code and imposed 3 years imprisonment and RM5000 fine (6 months default) because the factual conduct (fondling, attempted penetration of undergarment, warnings to victim) was serious, caused significant trauma to an 11-year-old and was aggravated by the familial...
Source-derived case information.
- Citation
- AC-62JSK-15-04/2024 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Prosecution: Public Prosecutor; Defendant: Mohammad Bakhari bin Abd Ghani
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 6 December 2024
- Case Number
- AC-62JSK-15-04/2024 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Criminal Sexual Offences Against Child / Sentencing at Trial Court (sessions Court)
- Outcome
- Guilty plea accepted to alternative charge under section 354 Penal Code; sentenced to imprisonment and fine; conviction recorded; notice of appeal filed by accused.
- Legal Topics
- Sexual Assault of a Child, Touching Breasts, Sentencing, Mitigation, Victim Impact
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Public Prosecutor
Prosecution
Mohammad Bakhari bin Abd Ghani
Defendant
Procedural Posture
Criminal Sexual Offences Against Child / Sentencing at Trial Court (sessions Court)
Legal Issues
- 1 Appropriate sentence for sexual touching of an 11-year-old child
- 2 Weight to be given to mitigation (age, ill-health, retirement)
- 3 Aggravating effect of familial relationship to victim
Ratio Decidendi
Court accepted guilty plea to s.354 Penal Code and imposed 3 years imprisonment and RM5000 fine (6 months default) because the factual conduct (fondling, attempted penetration of undergarment, warnings to victim) was serious, caused significant trauma to an 11-year-old and was aggravated by the familial relationship; defence mitigation was insufficient to justify a lighter sentence.
Court Disposition
Guilty plea accepted to alternative charge under section 354 Penal Code; sentenced to imprisonment and fine; conviction recorded; notice of appeal filed by accused.
Orders
- Sentence: 3 years imprisonment.
- Fine: RM5000; in default of payment, 6 months imprisonment.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
AC-62JSK-15-04/2024 Kand. 13 17/12/2024 15:17:48 MAHKAMAH SESYEN TELUK INTAN, PERAK AC-62JSK-15-04/2024 PP V. MOHAMMAD BAKHARI BIN ABD GHANI ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan Di dalam kes ini, tertuduh pada mulanya dipertuduhkan dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, untuk kesalahan menyentuh seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun di bahagian buah dada serta memeluk mangsa dari arah belakang bagi maksud seksual. OKT tidak mengaku salah dan satu tarikh sebutan pada 6 Disember 2024 telah ditetapkan untuk mendengar keputusan permohonan representasi yang dibuat oleh peguambela bagi pihak OKT. Pada 6 Disember 2024, Mahkamah ini telah dimaklumkan bahawa permohonan representasi OKT telah diterima dan satu pertuduhan pilihan telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaaan, bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah kepada kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun tersebut dengan niat untuk mencabul kehormatannya. OKT telah mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan tersebut dan Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman tiga (3) tahun penjara dan denda sebanyak RM5000, gagal bayar 6 bulan penjara. OKT tidak berpuashati dengan keputusan S/N D7g8rvpj8ECvbiOyXJpvcw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah dan telah memfailkan notis rayuan terhadap hukuman mahkamah ini. Keputusan mahkamah Mahkamah telah mempertimbangkan perkara-perkara berikut di dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT. 1. Rayuan mitigasi oleh OKT Mahkamah mempertimbangkan latar belakang OKT seperti mana yang telah diberitahu oleh peguambela beliau kepada mahkamah pada tarikh sabitan dan hukuman tersebut. OKT adalah seorang lelaki berusia 63 tahun, dan beliau menghidapi penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, gout, kencing manis dan perlukan rawatan yang kerap. Mahkamah juga mempertimbangkan beliau telah bersara dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap, dan hanya bergantung kepada isterinya yang merupakan seorang pesara kerajaan. 2. Fakta kes dan hubungan di antara OKT dan mangsa. Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang telah dibacakan dan diakui benar oleh OKT di mahkamah, Mahkamah tidak dapat bersetuju dengan hujahan peguambela bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKT hanyalah sekadar sentuhan, dan tidak melibatkan kecederaan pada mangsa dan wajar diberikan satu hukuman yang ringan. S/N D7g8rvpj8ECvbiOyXJpvcw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pada hari kejadian tersebut jam lebih kurang 8 pagi, di dalam sebuah bilik di sebuah pusat peranginan di Teluk Intan, semasa mangsa sedang berbaring di atas katil, OKT telah datang ke arah mangsa dan memeluk mangsa dari belakang dan terus meraba buah dada kanak-kanak perempuan tersebut. Kemudian OKT memusingkan badan mangsa dan menarik mangsa ke arah OKT sambil melihat buah dada mangsa dan berkata “Aisyah dah besar, ni pun dah besar (buah dada). Aisyah pakai baju dalam siapa, umi punya ke Aisyah punya”. OKT juga menarik baju dalam mangsa kanak-kanak dan cuba memasukkan tangannya ke dalam baju kanak-kanak, tetapi kanak-kanak telah berjaya menepis tangan OKT. Hanya selepas itu OKT telah meninggalkan mangsa di dalam bilik itu tetapi tidak sebelum memberi amaran kepada mangsa untuk tidak memberitahu sesiapa berkenaan apa yang OKT lakukan kepadanya. Walaupun pihak pendakwaan telah bersetuju untuk satu pertuduhan pilihan yang secara relatifnya lebih rendah dari segi hukuman kepada OKT, mahkamah ini berpendapat ini bukanlah satu faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memutuskan hukuman yang sesuai kepada OKT. Mahkamah berpendapat bahawa hubungan keluarga antara OKT dan mangsa menjadikan perlakuan OKT suatu yang bukan sahaja salah, malahan juga jijik. Sepatutnya seseorang yang berada di dalam posisi OKT, waima hanyalah datuk tiri, berperanan bukan sahaja melindungi ahli keluarga tersebut terutamanya kanak-kanak, bahkan menjadi tauladan kasih sayang di antara keluarga mereka. 3. Kenyataan Impak Mangsa S/N D7g8rvpj8ECvbiOyXJpvcw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah juga mempertimbangkan isi kandungan kenyataan impak mangsa kanak-kanak, bahawa beliau telah mengalami trauma yang hebat akibat perlakuan OKT terhadap beliau. Kesimpulan Setelah mempertimbangkan sebab-sebab di atas, mahkamah telah menjatuhkan hukuman tersebut kepada OKT. (t.t.) NORHAMIZAH BINTI SHAIFFUDDIN HAKIM MAHKAMAH SESYEN 2, TELUK INTAN S/N D7g8rvpj8ECvbiOyXJpvcw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal