[ ] Mohammad Zulfikar Supiyandi Bin Kasmin
On the proven facts — SP4's credible consistent testimony, identification of the backpack and package, uninterrupted chain of custody to analysis confirming 549.68g methamphetamine, and failure by accused to rebut the s.37(da) presumption on the balance of probabilities — possession, knowledge and trafficking were...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-45A-12-06/2020 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Prosecutor: Public Prosecutor; Defendant: Mohammad Zulfikar Supiyandi bin Kasmin
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 28 July 2024
- Case Number
- JA-45A-12-06/2020 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Drug Offence (dangerous Drugs Act 1952) / Trial Judgment (conviction and Sentencing); Reasons Prepared in Context of Subsequent Appeal
- Outcome
- Accused convicted of trafficking Methamphetamine; sentenced to imprisonment for life and twelve (12) strokes of the cane, sentence to run from date of arrest.
- Legal Topics
- Possession, Trafficking, Presumptions of Law, Burden of Proof, Chain of Custody, Sentencing
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Public Prosecutor
Prosecutor
Mohammad Zulfikar Supiyandi bin Kasmin
Defendant
Procedural Posture
Criminal Drug Offence (dangerous Drugs Act 1952) / Trial Judgment (conviction and Sentencing); Reasons Prepared in Context of Subsequent Appeal
Legal Issues
- 1 Whether prosecution proved prima facie case for trafficking under s.39B(1)(a) ADB
- 2 Whether possession, control and knowledge of the seized methamphetamine were proven
- 3 Whether statutory presumption under s.37(da) ADB applied and whether accused rebutted it on balance of probabilities
Ratio Decidendi
On the proven facts — SP4's credible consistent testimony, identification of the backpack and package, uninterrupted chain of custody to analysis confirming 549.68g methamphetamine, and failure by accused to rebut the s.37(da) presumption on the balance of probabilities — possession, knowledge and trafficking were established; conviction and sentence of life imprisonment and twelve strokes were appropriate and lawful.
Court Disposition
Accused convicted of trafficking Methamphetamine; sentenced to imprisonment for life and twelve (12) strokes of the cane, sentence to run from date of arrest.
Orders
- Accused convicted under s.39B(1)(a) Dangerous Drugs Act 1952 and sentenced to imprisonment for life and 12 strokes of the cane.
- Sentence to commence from date of arrest.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-45A-12-06/2020 Kand. 86 19/09/2024 11:27:03 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-12-06/2020 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHAMMAD ZULFIKAR SUPIYANDI BIN KASMIN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Tertuduh telah dituduh mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 549.68 gram di bawah s.39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB). [2] Pertuduhan terhadapnya adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 18 Disember 2019 jam lebih kurang 7.30 malam, bertempat di simpang masuk Kampung Nelayan Air Masin Kukup Laut, di dalam Daerah Pontian, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati mengedar dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 549.68 gram, dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama.” [3] Di akhir kes pendakwaan, saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan tertuduh telah dipanggil untuk membela diri. 1 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [4] Tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Di akhir kes pembelaan, saya mendapati tertuduh gagal mengakas anggapan di bawah s.37(da) dan seterusnya gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Maka diputuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. [5] Tertuduh telah disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan dua belas (12) kali sebatan. [6] Tertuduh telah merayu ke Mahkamah Rayuan atas keputusan tersebut, maka berikut adalah alasan saya. Naratif kes Pendakwaan [7] Pada 18 Disember 2019, SI Abu Bakar bin Ahmad (SP4) bertugas sebagai pegawai operasi bersama anggota yang lain di IPD Pontian. [8] Bertindak atas maklumat dan usai taklimat, pada jam lebih kurang 7.30 malam, pasukan serbuan telah ke Kawasan Kukup, Pontian dan pemerhatian dibuat untuk lebih kurang 10 minit sebelum SP4 ternampak seorang lelaki, berseorangan, yang mencurigakan di hadapan pintu gerbang Kg Air Masin Kukup dengan satu beg yang digalas dibahagian hadapan badannya. Lelaki tersebut kemudiannya dikenal pasti sebagai tertuduh. [9] SP4 bertindak membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan tertuduh tetapi tidak menjumpai sebarang barang salah. SP4 kemudiannya membuat pemeriksaan ke atas satu (1) beg sandang berwarna hitam jenama “Polenzso” yang digalas oleh tertuduh. [10] Di dalam beg tersebut telah dijumpai satu (1) bungkusan plastik lutsinar yang dibaluti dengan plastik berwarna kuning bertulisan “Refined 2 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Chinese Tea”. Isi kandungannya pula turut dibaluti dengan plastik lutsinar berwarna putih yang didapati mengandungi serbuk kristal disyaki dadah. [11] Turut dijumpai dalam beg galas tersebut, sekeping paspot Indonesia bernombor B0607925 atas nama Mohammad Zulfikar Supiyandi. Mengikut keterangan SP4 juga, tertuduh ada menunjukkan reaksi ingin melarikan diri semasa ditahan tetapi telah dikepung oleh anggota serbuan dan berjaya dipegang oleh SP4. [12] SP4 telah membuat tangkapan terhadap tertuduh dan merampas barang kes yang dijumpai dan keduanya dibawa balik ke Pejabat IPD Pontian untuk tindakan lanjut. [13] Tertuduh dan dadah yang dirampas diserahkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Hafiz bin Mohamad Kamal (SP5). [14] SP5 kemudiannya menghantar barang kes dadah ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh pegawai sains, Puan Liew Chyi (SP3). [15] Analisa yang dijalankan oleh SP3 mengesahkan dadah yang dirampas oleh SP4 merupakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 549.68 gram yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB sepertimana dinyatakan di dalam Laporan Kimia, P10. Dapatan Di akhir kes Pendakwaan [16] Di peringkat akhir kes pendakwaan, satu kes prima facie sebagaimana diperuntukkan dalam s.180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan dari keterangan bukti yang boleh dipercayai dan kredibel yang mana jika tidak disangkal akan membolehkan sabitan dibuat (rujuk s.180 (4) KTJ dan kes Abdullah Atan lwn PP (2020) 9 CLJ 151). 3 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [17] Ungkapan "mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap satu faktor kesalahan” dalam s. 180(4) bermaksud bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan setiap elemen kesalahan sama ada dengan mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai, membuat inferen terhadap fakta atau mengguna pakai anggapan undang-undang (lihat kes Abdullah Atan di muka surat 166). [18] Kes prima facie ialah kes yang mencukupi untuk tertuduh dipanggil untuk menjawab pertuduhan keatasnya dan keterangan yang dikemukakan mencukupi melainkan ia disangkal atau diakas melalui keterangan lain (lihat kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85). Dalam kes Ong Cheng Heong lwn PP (1998) 4 CLJ 209, pandangan Vincent Ng, J telah dirujuk dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan mengenai apa yang terjumlah sebagai satu kes prima facie seperti berikut: “..prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary but is not conclusive. I would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected.” [19] Begitu juga sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65, yang mengatakan seperti berikut: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative, 4 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal then no prima facie case has been made out, and the accused would be entitled to an acquittal.” [20] Mahkamah Persekutuan dalam kes Magendran Mohan v. Public Prosecutor [2011] 1 CLJ 805 juga memutuskan mengenai pembuktian kes prima facie seperti berikut: “[44] The test at the end of the prosecution's case is 'prima facie case' based on a maximum evaluation of evidence. The evidence has to be scrutinised properly and not perfunctorily, cursorily or superficially. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution's case, then a prima facie case has not been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify such doubts." [21] Maka, dalam menentukan pembuktian kes prima facie, satu penilaian secara maksima perlu dibuat terhadap keseluruhan keterangan bukti yang dikemukakan termasuk menilai kredibiliti saksi-saksi dan melihat inferen yang boleh dibuat dari keterangan bukti kes pendakwaan untuk membuktikan setiap elemen kesalahan (rujuk kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457). Kes Prima Facie [22] Keterangan bukti yang perlu dikemukakan untuk kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah s. 39B (1) (a) ADB adalah bahawa dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB, ia adalah dalam pemilikan tertuduh apabila dibuktikan dadah adalah di bawah jagaan, kawalan dan pengetahuannya dan seterusnya, tertuduh mengedar dadah tersebut. Pengedaran boleh dibuktikan dengan keterangan langsung berdasarkan tafsiran pengedaran di bawah s. 2 ADB atau anggapan di bawah s. 37 (da). 5 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Intipati Kesalahan Dadah adalah yang tersenarai di Jadual Pertama dan sepertimana yang didefinasikan dibawah ADB. [23] Jenis dan berat dadah telah disahkan dan dibuktikan dari keterangan SP3 dan Laporan Kimia yang disediakan, P10 sebagaimana dalam pertuduhan. [24] Mengenai hasil analisa SP3, walaupun peguam ada mengutarakan soalan (dalam pemeriksaan balas) mengenai peralatan dan caramana ujian dijalankan, namun saya merujuk kepada kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221 and Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301 dan memetik bahawa mahkamah ini “entitled to accept the opinion of the chemist at its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert. Pendapat ini juga telah diikuti dalam kes Tarmizi bin Yaacob v PP (2006) 6 MLJ 197 dan seterusnya dalam Mazlan bin Mustafa v PP Rayuan Jenayah 05-212-08-2012 oleh Mahkamah Rayuan. [25] Rantaian pergerakan barang kes tidak terputus di mana dadah yang dirampas oleh SP4 telah diserahkan kepada SP5, selanjutnya kepada SP3 untuk dianalisa. Barang kes telah disimpan di stor penyimpanan barang kes sehingga dikemukakan ke mahkamah pada hari perbicaraan (rujuk kes Gunalan Ramachandran v PP (2004) 4 CLJ 551 – “..the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist..”) [26] Maka dengan itu, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen jenis dan berat dadah sebagaimana dalam 6 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pertuduhan (rujukan juga dibuat mengikut kes Shahrizal Abdul Ghani v. PP [2014] 1 CLJ 70 dan Su Ah Ping v. PP [1979] 1 LNS 100). Pemilikan terhadap dadah [27] Berkait pembuktian elemen pemilikan, pihak pendakwaan perlu mengemukakan keterangan bahawa tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan serta pengetahuan tentang dadah yang dijumpai (lihat kes Chan Pean Leon v. PP [1956] MLJ 237). Mahkamah dalam kes Chan Pean Leon juga telah memutuskan bahawa “..a person is said to be in possession of a thing if he has the power to deal with it as the owner to the exclusion of all other persons.” [28] Maksud "custody", "control" dan "possession" telah dibincangkan dalam kes Leow Nghee Lim v Red [1956] 1 MLJ, yang mana dipetik seperti berikut: “Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them. Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and power of control over them, not amounting to possession. Control must be proved as a fact and it must arise from the relation of the person to the goods, irrespective of whether they are contraband. Probably the most helpful definition of possession is:- “The relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons.” This definition does not express, but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge. 7 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.” [29] Mengenai pembuktian pengetahuan, Mahkamah Persekutuan dalam kes Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717 memutuskan bahawa elemen pengetahuan boleh dilihat dari inferen atau kesimpulan fakta. Petikan yang dirujuk adalah seperti berikut: “Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge.” [30] Adalah juga berdasarkan nas kes-kes duluan bahawa dua elemen yang diperlukan untuk membuktikan pemilikan ialah kawalan fizikal dan pengetahuan. Untuk memenuhi unsur fizikal, ia mesti ditunjukkan bahawa tertuduh berada berhampiran dengan dadah dan dia boleh mengendalikannya seolah-olah ia adalah miliknya. Bagi unsur mental atau mens rea pula, perlu dibuktikan bahawa tertuduh berniat atau berhasrat untuk berurusan dengan dadah tersebut (intended to deal with the drugs) (rujuk kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 5 MLJ 237 (FC), Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 (HC)). Dalam erti kata lain, keperluan unsur fizikal dan mental tersebut perlu wujud dan dibuktikan sebelum pemilikan dapat dibuktikan. [31] Dalam kes ini, pihak pendakwaan telah mengemukakan fakta dan inferen berikut untuk membuktikan pemilikan tertuduh terhadap dadah: 1. SP4, bersama anggota yang mengikuti rondaan pada malam tersebut berada di tempat kejadian dan dalam pemerhatian SP4, melihat tertuduh di persimpangan masuk Kampung Nelayan Air Masin Kukup dalam keadaan mencurigakan dan bersendirian. 8 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2. SP4 juga mengatakan tertuduh ada bersamanya satu beg yang digalas di bahagian hadapan tubuhnya (rujuk gambar P11(i)). 3. Beg hitam tersebut dicamkan sebagaimana yang dikemukakan di Mahkamah sebagai P6. 4. Pemeriksaan tubuh tidak menjumpai apa-apa barang salah tetapi bahan disyaki dadah telah dijumpai di dalam beg yang digalas oleh tertuduh. 5. Rantaian keterangan barang kes tidak terputus. 6. Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai keberadaan dadah dalam beg galas yang dibawa olehnya dalam bungkusan plastik lutsinar tersebut. 7. Turut dirampas dari dalam beg galas adalah paspot milik tertuduh. 8. Tertuduh mempunyai kawalan sepenuhnya beg galas yang dibawanya kerana beliau bersendirian ketika itu. 9. Tertuduh telah dianggap mengedar dadah yang dirampas dengan pemakaian anggapan dibawah s. 37(da)(xvi) ADB (pemilikan 50 gram atau lebih Methamphetamine) 10. Jumlah dadah yang dirampas menunjukkan dadah tidak bertujuan untuk kegunaan sendiri. 11. Saksi-saksi pendakwaan adalah kredibel dan boleh dipercayai. [32] Pada peringkat ini, pihak pembelaan berhujah seperti berikut: 1. Pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan elemen pengedaran dibawah s.2 ADB serta elemen jagaan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai. 2. Rantaian keterangan barang kes telah terputus kerana dikatakan tiada penjelasan diberikan mengenai kedudukan barang kes 9 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal antara jam 12.00 tengahari hingga 3.12 petang pada 23.12.2019 dan antara tempoh 2.3.2020 hingga 14.3.2020. 3. Versi pembelaan telah dicadangkan kepada saksi pendakwaan bahawa tertuduh hanya berada ditempat dia ditangkap secara kebetulan dan beg galas tersebut berada di atas jalan semasa tertuduh ingin melintas. Oleh yang demikian, pihak pembelaan mencabar kredibiti SP4 dengan mengatakan ada percanggahan dalam keterangannya. 4. Tempat kejadian adalah tempat awam yang terdapat perhentian bas, maka ramai orang lain yang lalu lalang dan tidak dibuktikan samada terdapat orang lain juga berada berdekatan dengan beg tersebut sebelum tangkapan. 5. Tiada keterangan forensik mengenai kesan cap jari dan DNA tertuduh di kesan pada beg galas dan bungkusan plastik yang dirampas. 6. Pasport tertuduh dijumpai dalam beg duit bewarna kelabu yang dirampas dari poket seluar tertuduh dan bukannya dari dalam beg galas. 7. Tertuduh tiada jagaan dan kawalan ekslusif ke atas dadah yang dirampas. 8. Tertuduh tiada pengetahuan mengenai dadah yang dirampas kerana tiada bukti tertuduh dilihat menggalas beg tersebut. 9. Bungkusan plastik berisi dadah dalam keadaan tertudup rapat (sealed) dan isi kandungan tidak dapat dilihat. 10. Tertuduh tidak cuba untuk melarikan diri pada masa ditahan. 11. Siasatan tidak lengkap dan menyeluruh. Tiada rakaman CCTV dikemukakan. 12. Anggapan dibawah s.37(d) dan (da) tidak boleh digunapakai. 10 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13. Pihak Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. [33] Di akhir kes pendakwaan, saya mendapati bahawa tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan serta pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai maka ianya adalah dalam milikan beliau semasa ditangkap. [34] Pada peringkat tersebut saya menerima keterangan SP4 mengenai kejadian pada hari serbuan dibuat. Saya juga dapati SP4 adalah saksi yang kredibel, konsisten dan tiada sebab untuk meragui keterangannya. [35] Peguam ada mencadangkan fakta-fakta kes pembelaan kepada SP4 seperti: - Kawasan tangkapan adalah perhentian bas yang berada hampir dengan Terminal Feri Antarabangsa Kukup; - Tiada pemantauan dibuat sebelum tangkapan; - Tertuduh tinggal di homestay berdekatan; - Tertuduh sedang melintas jalan untuk ke kedai makan berhadapan gerbang; - Beg tidak dirampas dari tertuduh; - Beg berada di atas lantai di tepi jalan; - Tertuduh secara kebetulan sahaja berada berdekatan beg semasa ingin melintas jalan; - Tertuduh tidak pernah menyentuh beg tersebut; - Paspot tertuduh dijumpai dari dalam beg duit bewarna kelabu dari poket seluar tertuduh; dan - Tiada barang peribadi tertuduh dijumpai dalam beg galas. [36] Kesemua soalan cadangan yang dikemukakan telah dinafikan dan tidak dipersetujui oleh SP4. 11 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [37] Pihak Pendakwaan memilih untuk tidak memanggil anggota serbuan yang lain sebagai saksi, namun saya berpendapat bahawa undang-undang adalah mantap bahawa keterangan ditimbang dan bukan dibilang (evidence is weighed and not counted) sebagaimana diperuntukkan dalam s.134 Akta Keterangan 1950. Undang-undang juga adalah jelas bahawa “No particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact”. Terutamanya jika keterangan saksi tersebut konsisten dan kredibel. [38] Pada tahap ini, tiada keterangan atau motif yang memungkinkan SP4 tidak bercakap benar dan tiada alasan untuk saya meragui keterangannya. (rujuk PP v. Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257 dan Shah Irwan Ton v. PP [2013] 1 LNS 377). [39] Oleh yang demikian, saya merumuskan bahawa berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan dan dapatan fakta diatas, elemen pemilikan dadah tersebut telah dibuktikan secara afirmatif. Tertuduh telah mengedar dadah [40] Bagi elemen pengedaran, memandangkan elemen pemilikan telah berjaya dibuktikan maka saya membuat dapatan bahawa satu kes prima facie pengedaran dibuktikan bawah seksyen 180(4) KTJ, dengan pemakaian anggapan bawah seksyen 37(da) ADB (rujuk kes Abdullah Atan) berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minima 50 gram (s 37(da)(xvi)). [41] Oleh yang demikian, tertuduh telah dipanggil untuk membela diri dan beliau memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. 12 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kes Pembelaan [42] Pembelaan tertuduh adalah bahawa beliau datang ke Malaysia pada sekitar 14.12.2019 untuk mencari pekerjaan. Tertuduh telah diberitahu oleh rakannya bahawa ada peluang pekerjaan yang baik di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. [43] Sejurus tiba di Malaysia, tertuduh pergi ke Kampung Nelayan Air Masin Kukup lalu menyewa dan menginap di sebuah homestay. [44] Dalam usaha tertuduh mencari pekerjaan, dia telah pergi ke beberapa restoran dan kedai-kedai berdekatan homestay untuk mencari peluang pekerjaan sebagai pelayan restoran atau tukang masak. [45] Pada hari kejadian, 18.12.2019, jam lebih kirang 7.30 malam, tertuduh keluar dari homestay dan berjalan kaki ke kedai berdekatan untuk makan malam dan juga mencari kerja. [46] Sampai di pintu gerbang, tertuduh berdiri di hadapan satu papan iklan tertulis “Selamat Datang Desa Stay Kg. Nelayan Air Masin” yang berada pada jarak sepuluh (10) meter dari homestay tempat beliau menginap. Tertuduh berada disitu untuk melintas jalan untuk ke kedai bertentangan jalan. [47] Pada masa tersebut, terdapat ramai orang disekeliling kerana ia berdekatan dengan Terminal Feri Antarabangsa Kukup dan satu perhentian bas. [48] Semasa tertuduh sedang bergerak melintas jalan, beliau menyedari satu (1) beg galas berwarna hitam berada di atas tepi jalan. Tertuduh tidak mengambil kisah tentang beg tersebut tetapi dengan tiba-tiba tertuduh dikerumuni sepasukan anggota polis berpakaian preman dan mengarahkan tertuduh berhenti untuk satu pemeriksaan tubuh. 13 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [49] Tertuduh tidak melawan dan pemeriksaan dijalankan. Tiada sebarang barang salah dijumpai oleh pihak polis pada tubuh tertuduh. [50] Mengikut keterangan tertuduh, pasukan polis kemudiannya memeriksa beg yang tadinya kelihatan di tepi atas jalan. Seorang anggota membuka zip beg tersebut dan menjumpai satu bungkusan yang dibaluti plastik lutsinar bewarna putih. Bungkusan itu dikeluarkan dari beg dan setelah dibuka, didapati satu lagi balutan bewarna kuning bertulisan “Refined Chinese Tea” dan di dalamnya ada plastik lutsinar yang mengandungi serbuk kristal, disyaki dadah jenis syabu. [51] Pegawai polis tersebut kemudian, memasukkan semula balutan plastik tersebut dan mengarahkan tertuduh untuk menggalas beg tersebut di bahagian hadapan badannya sebelum mengambil gambar. [52] Tertuduh mengatakan bahawa paspot beliau sebenarnya disimpan dalam beg duit warna kelabu di dalam poket seluarnya dan menafikan keterangan bahawa paspot dijumpai dalam beg galas kerana tiada barang peribadinya dijumpai dalam beg galas tersebut. Tertuduh juga menafikan pernah menyentuh beg tersebut dan tidak mengetahui isi kandungan beg itu. Analisa dan Dapatan di akhir Kes Pembelaan [53] Berdasarkan kepada seksyen 182A KTJ, jika pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui sebarang keraguan yang munasabah, tertuduh hendaklah didapati bersalah dan disabitkan. Namun jika sebaliknya, Mahkamah hendaklah melepas dan membebaskan tertuduh. (Rujuk kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan Mohamad Radhi bin Yaacob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311) 14 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [54] Mengenai anggapan pengedaran dibawah s.37(da), beban akan berpindah kepada tertuduh untuk menyangkal anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian yang mana bebannya adalah lebih berat dari menimbulkan keraguan yang munasabah (rujuk kes PP v. Yuvaraj [1968] 1 LNS 116). [55] Mengikut kes Liam Heng Boon v. PP [2012] 1 LNS 1455, Mahkamah Rayuan memutuskan: “.. the appellant had to rebut the operative presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA on the balance of probabilities. That level of rebuttal places a higher evidentiary burden on the appellant.” [56] Dengan pemakaian anggapan di bawah s.37(da) ini juga, elemen pengedaran telah dianggap maka tertuduh dikatakan mengedar dadah tersebut sehingga dibuktikan sebaliknya (until the contrary is proved). Tertuduh dengan ini perlu mengemukakan keterangan yang mencukupi untuk mengakas anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian (rujuk Ng Chai Kem v PP (1994) 2 CLJ 593 dan Mohamad Radhi v PP (1992) 2 SCR 145). [57] Dalam pembelaan tertuduh, telah dihujahkan oleh peguam seperti berikut sebagai bukti sanggahan (rebuttal evidence): 1. Tertuduh telah memberikan keterangan bersumpah maka kesemua cadangan dan/atau bukti yang dikemukakan pada tahap kes pendakwaan perlu dikaji semula oleh Mahkamah dengan penilaian maksimum. Sekiranya pihak pendakwaan gagal membuktikan kesnya melebihi keraguan yang munasabah terhadap tertuduh, manfaat keraguan akan diberikan kepada tertuduh. Maka, tertuduh perlu dilepaskan dan dibebaskan. (Rujuk kes Public Prosecutor v. Iskandar Mohamad Yusof 15 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [2006] 6 CLJ 379, Noor Azman Abidin v. Public Prosecutor [2014] 1 CLJ 58 dan Shah Rehan bin Abdul Rahman v. Public Prosecutor [2015] 3 MLJ 337). 2. Cadangan-cadangan yang dibuat oleh pihak pembelaan, walaupun dinafikan atau tidak disahkan oleh saksi-saksi pendakwaan pada tahap kes pendakwaan, akan dikristalkan menjadi bukti setelah tertuduh memberikan keterangan bersumpah di hadapan Mahkamah. 3. Rantaian keterangan barang kes telah terputus. 4. Tertuduh tiada jagaan atau kawalan terhadap beg kerana beliau hanya secara kebetulan berdiri berdekatan dengan beg yang berada di atas tepi jalan. 5. Tempat kejadian adalah tempat awam dan ramai orang disekitarnya, maka pendakwaan gagal buktikan orang lain tidak menyentuh beg tersebut sebelum tangkapan dibuat. 6. Pemantauan tidak dinyatakan dalam laporan polis SP4 maka ada kemungkinan pemerhatian sebenarnya tidak dibuat oleh anggota serbuan. 7. Pendakwaan gagal memanggil anggota serbuan lain untuk menyokong keterangan SP4. 8. Tiada kesan cap jari dan keterangan DNA dibuat dari beg serta permukaan bungkusan plastic yang mengandungi dadah. 9. Paspot tidak dijumpai dalam beg tetapi dari dalam poket seluar tertuduh. 10. Tiada barangan peribadi tertuduh dijumpai dalam beg galas tersebut. 11. Bungkusan plastik mengandungi dadah dalam keadaan tertutup dan berzip, maka isi kandungannya tidak dapat dilihat dengan 16 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mata kasar maka elemen pengetahuan keberadaan dadah tidak berjaya dibuktikan. 12. Tertuduh tidak membuat cubaan untuk melarikan diri. Jikapun ada, ianya bukan satu indikasi bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan. (Rujuk kes Roslan bin Sabu @ Omar v Public Prosecutor [2006] 5 MLJ 244 dan PP v Tan Tatt Eek [2005] 4 CLJ 460). 13. SP5 gagal menjalankan siasatan yang adil, lengkap dan menyeluruh. 14. Pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah. [58] Sebagai hujah balas, pendakwaan mengatakan seperti berikut: 1. Perbezaan versi tertuduh dengan keterangan SP4 memberi anggapan seolah-olah pihak polis dengan sengaja ingin menganiaya tertuduh. Versi tertuduh tidak dibuktikan atau disokong oleh keterangan saksi lain. 2. Tertuduh adalah saksi yang tidak boleh dipercayai atau kredibel. 3. Tertuduh mengakui berada di tempat kejadian pada hari tangkapan dan mengakui ada melihat beg galas tersebut malah telah menyakini bahawa terdapat zip pada beg walaupun mengatakan hanya melihat beg sebentar sekilas pandang. 4. Pembelaan tertuduh adalah penafian semata-mata dan bersifat pemikiran terkemudian yang mana tidak harus diterima. (Rujuk kes Losali v PP (2011) 4 MLJ 694, PP v Ling Tee Huah (1982) 2 MLJ 324 dan PP v Ho Sek Kong (2006) 5 CLJ 49). 5. SP4 adalah saksi yang kredibel dan boleh dipercayai dan tiada sebab untuk tidak diterima keterangannya. (Rujuk kes PP v 17 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Shaaban b Abd Rahman (1989) 2 MLJ 313 dan PP v David Ackowuah Bonsu (1999) 2 CLJ 677). 6. Pembelaan gagal mematahkan anggapan dibawah s.37(da) ADB dan juga gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap kes pendakwaan. [59] Di akhir kes pembelaan, saya berpendapat bahawa tertuduh gagal untuk menyangkal anggapan pengedaran di bawah s.37 (da) (xvi) atas imbangan kebarangkalian dan juga gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [60] Keterangan dasar di tempat kejadian untuk kes pendakwaan bergantung hampir keseluruhannya dari testimoni pegawai serbuan yang membuat tangkapan, SP4. SP4 dengan positif mengatakan, walaupun pemerhatian hanya sempat dibuat selama 10 minit, saya berpendapat, mencukupi untuk mengesahkan posisi tertuduh yang berada berhampiran pintu gerbang, dalam keadaan bersendirian dan membawa beg galas dihadapan badan beliau. [61] Untuk membuat tuduhan bahawa beg sebenarnya berada di atas jalan, adalah satu alegasi yang serius terhadap SP4 yang mana keterangan lanjut perlu dikemukakan oleh tertuduh untuk memungkinkan SP4 berniat untuk menganiaya beliau. Tanpa keterangan atau motif yang memungkinkan SP4 tidak bercakap benar maka tiada alasan untuk saya meragui keterangannya berbanding keterangan tertuduh yang jelas bertujuan untuk melepaskan dirinya dari pertuduhan (rujuk PP v. Mohamed Ali [1962] MLJ 257). [62] Samada mencukupi untuk saya menerima keterangan penting hanya dari seorang saksi, saya ulangi sekali lagi bahawa adalah undang- 18 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal undang mantap bahawa keterangan ditimbang dan bukan dibilang terutamanya jika keterangan saksi tersebut konsisten dan kredibel. [63] Pembelaan berhujah bahawa tertuduh tiada pengetahuan mengenai keberadaan dadah yang tidak dapat dilihat kerana berada dalam beg yang berzip dan bungkusan dua lapisan plastik. Saya sedia maklum bahawa pengetahuan atas apa yang dimiliki adalah penting. Saya merujuk kepada kes Saad bin Ibrahim v PP (1968) 1 MLJ 158 yang mana telah diputuskan bahawa: “Possession which incriminates must have certain characteristics, the possessor must be aware of his possession, must know the nature of those thing possessed and must have the power of disposal over it.” [64] Sungguhpun begitu, saya juga merujuk kepada kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 yang mana Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada keputusan kes Ramis a/l Muniady v PP (2001) 3 SLR 534, saya petik: “In Ramis a/l Muniandy v PP (2001) 3 SLR 534, the Singapore Court of Appeal again propounded on the question of knowledge necessary to establish possession and at page 541 states: Knowledge of drugs The starting point in the consideration of this issue was that we had already concluded that the drugs was already on Ramis’s motorcycle when he entered the vaccinity and that he had physical control of the drugs. In the absence of any reasonable explanation by Ramis, these facts were sufficient to lead strong inference that Ramis knew that the bag found on his motorcycle contained drugs.” -Penekanan ditambah 19 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [65] Mahkamah Persekutuan juga dalam kes yang sama telah merujuk satu kes daripada Singapura iaitu Tan Ah Tee & Anor v PP [1980] 1 MLJ 49 yang mana Ketua Hakim Wee Chong Jin di muka surat 9 menyatakan seperti berikut: “In Tan Ah Tee, Wee Chong Jin CJ, delivering the judgment of the court, said ([1978-1979]) SLR 211 at pp 217 – 218; [1980] 1 MLJ 49 at p 52): Even if there were no statutory presumptions available to the prosecution, once the prosecution had proved the fact of physical control or possession of the plastic bag and the circumstances in which this was acquired by and remained with the second appellant, the trial judges would be justified in finding that she had possession of the contents of the plastic bag within the meaning of the Act unless she gave an explanation of the physical fact which the trial judges accepted or which raised a doubt in the minds that she had possession of the contents within the meaning of the Act.” [66] Dari keputusan kes-kes di atas, saya berpendapat, melainkan tertuduh mengemukakan penjelasan munasabah, dengan terbuktinya fakta fizikal keberadaan dadah dalam beg yang digalas oleh beliau, pemilikan telah dibuktikan. [67] Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa keterangan bukti kes pembelaan adalah satu penafian dan juga tidak menyakinkan (not convincing). Sehubungan dengan itu, saya berpendapat keseluruhan kes pembelaan gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan juga gagal mematahkan anggapan dibawah s.37(da) atas imbangan kebarangkalian. [68] Mahkamah Rayuan dalam Superintendent of Lands and Surveys Kuching Division v Mohamad Rambli Kawi [2014] 1 LNS 851 ada menyebut mengenai tahap pembuktian atas imbangan kebarangkalian, saya petik sebagai panduan: 20 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “..This balance of probabilities may be visualised as a scale with the plaintiff placing his evidence on one side and the defendant likewise on the other. The Court evaluates the evidence as to the weight it carries. Of course incredible evidence carries no weight. Denials without evidence to justify the denial likewise can carry no weight, and hence the term "bare denial.” [69] Menyentuh mengenai hujahan pembelaan berkait rantaian keterangan barang kes yang dikatakan terputus, saya dapati, rantaian keterangan barang kes tidak terputus walaupun ada jarak masa diantaranya yang dikatakan tidak diperjelas oleh saksi pendakwaan mengenai keberadaan barang kes. SP4 mengatakan bahawa barang kes berada dalam jagaan beliau sehingga selesai segala urusan penandaan dan dokumentasi serah menyerah. Barang kes telah diserahkan kepada SP5 dan seterusnya kepada SP3 untuk dianalisa. Semasa di mahkamah, barang kes yang sama telah dicamkan oleh saksi-saksi pendakwaan. [70] Sekali lagi saya merujuk kepada kes Gunalan Ramachandran yang mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “First by way of a general observation, I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is the substance that was recovered that was sent to the chemist for analysis and it is that same substance that is found to be heroin or cannabis etc. and it is in respect of that substance that an accused is charged with trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handing over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case falls. There should be no confusion between what has to be proved and the method of proving it. What has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc, and it is for the trafficking of that same substance that the accused is charged with. 21 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is "a gap" does not necessarily mean that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. They may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that "gap" the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tampering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact". -Penekanan ditambah [71] Selanjutnya Mahkamah Rayuan dalam kes Ediawe Eshilama Clinton v. Public Prosecutor [2015] 9 CLJ 169 telah menyatakan seperti berikut: “[15] We agree with submission by the learned DPP on this issue. Relying on the case of Lew Wai Loon v. PP [2014] 2 CLJ 649, as long as there is no break in the chain of evidence regarding the handling of the seized items or drugs exhibits, then the issue of the identity of the drugs would not arise. There was no break in the chain of the evidence in this case because it was the same plastic packet P16 that was identified by SP2 and SP8 who marked the drugs exhibits and identified them in court. It was also confirmed by the chemist that was the same drug exh. P16 that was sent to her for analysis... We agree with the learned trial judge that on the evidence before the court, there was no break in the chain of evidence on the movement of the drugs exhibit". [72] Mengenai ketiadaan bukti forensik (DNA dan kesan cap jari) dikemukakan, saya berpendapat ianya tidak semestinya bermaksud tertuduh tidak memiliki dadah yang dirampas (rujuk Gunalan a/l Ramachandran v PP (2004) 2 MLJ 489). Keterangan forensik adalah keterangan yang membentuk satu keterangan sokongan sahaja yang mana tidak akan menyebabkan lompang dalam kes pendakwaan jika ia tidak dikemukakan. Jika elemen pemilikan dan pengedaran telah 22 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dibuktikan, dari keterangan sedia ada, maka ianya tidak menjejaskan kes pendakwaan (rujuk Francis Abuchi Odike v PP (2015) 1 LNS 928). [73] Saya telah menilai dengan teliti kes pembelaan dan telah membuat dapatan selaras dengan seksyen 182A KTJ. Saya juga merujuk kepada panduan Radhi di dalam kes Mohamad Radhi Yaakob seperti berikut: “It is a well established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. [74] Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa keterangan bukti kes pembelaan tidak menyakinkan (not convincing) dan tidak benar (false). Hukuman [75] Dalam rayuan mitigasi peguam, beliau telah berhujah dan memohon saya mempertimbangkan hukuman alternatif pemenjaraan seumur hidup berikutan dengan pindaan yang baru dibuat kepada s.39B. [76] Tertuduh berusia 24 tahun, belum berkahwin dan masih menanggung keluarga yang tinggal di Indonesia. Ini adalah kesalahan pertama beliau. 23 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [77] Dalam hujah pemberatan, Timbalan Pendakwa Raya memohon agar hukuman setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam melebih kepentingan peribadi tertuduh. [78] Setelah mempertimbangkan hujah mitigasi dan pemberatan pendakwaan, tertuduh telah disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan dua belas (12) kali sebatan bagi pertuduhan terhadapnya dari tarikh beliau ditangkap. [79] Tempoh pemenjaraan dan jumlah sebatan yang dikenakan adalah yang paling minima boleh dikenakan terhadap tertuduh. Oleh itu, pada pandangan saya, ianya adalah wajar, setimpal dan mengikut kehendak serta peruntukan undang-undang semasa. Bertarikh : 18 September 2024 (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru 24 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Perwakilan:- Bagi pihak Pendakwaan: Puan Siti Norliza binti Abdullah Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad Kota Iskandar, Iskandar Puteri Johor. Bagi pihak Tertuduh: Cik Lim Wei Qi Tetuan Gooi & Azura No. 12-1 & 14-1, Jalan Serkut Taman Pertama Cheras 56100 Kuala Lumpur. 25 S/NMTJB M8oLAa8ExUOWi4M5yv4xRQ JA-45A-12-06/2020 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal