1. ) MOHD RAHIME FAUZE BIN ABDUL RAHMAN 2. ) FATIMAH BINTI ALI SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN BHD
On the balance of probabilities the court found Defendant liable for negligence and nuisance for allowing contractor operations to release water onto Plaintiffs' lower‑lying property; causation was established by witness evidence and contemporaneous photos/videos; however quantum required reduction because...
Source-derived case information.
- Citation
- TA-A53-6-10/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Mohd Rahime Fauze bin Abdul Rahman; Plaintiff: Fatimah binti Ali; Defendant: Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd; Third Party: Muhammad Ikhmal Alif bin Fauzi; Third Party: Mohd bin Ngah; Third Party: Nurul Athirah binti Kamarudin
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 10 November 2025
- Case Number
- TA-A53-6-10/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Tort Negligence and Nuisance / Judgment (trial Level)
- Outcome
- Plaintiffs' claims allowed in part. Defendant held liable for negligence and nuisance; certain damages and costs awarded; aggravated and exemplary damages refused.
- Legal Topics
- Duty of Care, Causation, Res Ipsa Loquitur, Rylands V Fletcher, Special Damages, General Damages, Aggravated Damages, Exemplary Damages, Interest, Costs, Locus Standi, Standard of Care
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Mohd Rahime Fauze bin Abdul Rahman
Plaintiff
Fatimah binti Ali
Plaintiff
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd
Defendant
Muhammad Ikhmal Alif bin Fauzi
Third Party
Mohd bin Ngah
Third Party
Nurul Athirah binti Kamarudin
Third Party
Procedural Posture
Civil Tort Negligence and Nuisance / Judgment (trial Level)
Legal Issues
- 1 Whether Defendant (or its agents/contractors) breached a duty of care when repairing a leaking water main
- 2 Whether the escape/release of water caused damage to Plaintiffs' property (causation and damage)
- 3 Whether Res Ipsa Loquitur applies
Ratio Decidendi
On the balance of probabilities the court found Defendant liable for negligence and nuisance for allowing contractor operations to release water onto Plaintiffs' lower‑lying property; causation was established by witness evidence and contemporaneous photos/videos; however quantum required reduction because Plaintiffs failed to strictly prove several special items and did not call expert evidence; court awarded two‑thirds of the quoted repair cost for the kitchen (RM27,270), awarded specified ancillary special expenses (RM2,500 for repairs/cleaning, RM800 valuation report, RM200 police/photos), awarded RM5,000 general damages, denied aggravated and exemplary damages, awarded interest as...
Court Disposition
Plaintiffs' claims allowed in part. Defendant held liable for negligence and nuisance; certain damages and costs awarded; aggravated and exemplary damages refused.
Orders
- Special damages awarded: RM27,270 (repair of kitchen: 2/3 of quoted RM40,900)
- Special damages awarded: RM2,500 (repairs and cleaning)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
TA-A53-6-10/2023 Kand. 53 07/01/2026 12:46:24 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-A53-6-10/2023 ANTARA 1. MOHD RAHIME FAUZE BIN ABDUL RAHMAN (No. KP: 820824-11-5235) 2. FATIMAH BINTI ALI (No. KP: 541215-11-5254) ...PLAINTIF-PLAINTIF DAN SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN BHD (NO. SYARIKAT: 453286-D) ...DEFENDAN DAN 1. MUHAMMAD IKHMAL ALIF BIN FAUZI 2. MOHD BIN NGAH 3. NURUL ATHIRAH BINTI KAMARUDIN (Disaman sebagai rakan-rakan kongsi (pada ketikanya kausa tindakan terakru) yang berniaga di bawah nama dan gaya HK Berkat Enterprise (No Pendaftaran 20190374948 TR0208201-W)) ...PIHAK KETIGA 1 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN A. Pengenalan 1. Pada 10.11.2025, setelah meneliti secara keseluruhan kes, keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya. 2. Mahkamah dengan ini membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif sebagaimana berikut: i) Ganti rugi Khas • Kos pembaikan dapur : RM 27, 270 [2/3 x RM 40,900] • Kos Pembaikan dan Kos Pembersihan: RM 2500 • Kos pembaikan tangki septik: Ditolak • Kos laporan Penilai: RM800 • Kos laporan polis dan dokumen bergambar: RM 200 ii) Ganti rugi am: RM 5000 iii) Ganti rugi teruk: Ditolak iv) Ganti rugi Teladan: Ditolak v) Faedah 2.5% setahun bagi ganti rugi khas daripada tarikh kerosakan 1.9.2022 hingga tarikh penghakiman. Tiada faedah diberikan untuk ganti rugi khas pada masa hadapan. 2 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal vi) Faedah 5% setahun bagi ganti rugi am mulai tarikh penyerahan saman hingga tarikh penghakiman dan faedah 5% setahun daripada tarikh penghakiman hingga tarikh pembayaran. vii) Kos RM5000 diberikan kepada pihak Plaintif-Plaintif. 3. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Defendan telah memfailkan notis rayuan bertarikh 23.11.2025 merayu atas keseluruhan keputusan yang telah diberikan. B. Tuntutan Plaintif-Plaintif 4. Plaintif Pertama merupakan tuan punya sah bangunan premis kediaman 1 tingkat dikenali sebagai "Lot 10365, Kampung Bukit Berangan, 21060 Kuala Nerus, Terengganu Darul lman dan Plaintif Kedua adalah ibu sah kepada Plaintif Pertama juga tuan punya berdaftar 1/5 bahagian hartanah dikenali sebagai "Lot 10365, Kampung Bukit Berangan, 21060 Kuala Nerus,Terengganu Darul Iman" (GM3834, Lot 10365, Mukim Kuala Nerus,Terengganu). 5. Defendan adalah sebuah perbadanan syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1997 di bawah Akta Syarikat 1965 (2016) dengan sifat perniagaan membekalkan air awam dan selanjutnya bertanggungjawab atas pengurusan, penyelenggaraan, 3 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pengendalian dan pembekalan air awam di seluruh Negeri Terengganu. 6. Plaintif Pertama sejak tahun 2009 telah mendirikan satu bangunan kediaman 1 tingkat tersebut dengan 3 bilik, 1 bilik mandi/tandas, ruang tamu, dapur dan kawasan letak kereta berserta lekapan- lekapan di atas 1/5 bahagian hartanah Plaintif Kedua di Lot 10365, Kampung Bukit Berangan, 21060 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman (“hartanah tersebut") merupakan penghuni sah atas hartanah tersebut bersama dengan keluarga Plaintif Pertama seramai 8 orang. 7. Pada tarikh 1.09.2022 sekitar jam 1 petang Defendan dan/atau ejen dan/atau pengkhidmat Defendan dalam menjalankan kerja- kerja pembaikan kebocoran paip air di Jalan Kampung Bukit Berangan Kuala Nerus,Terengganu yang bersebelahan dan/atau berhadapan dengan hartanah tersebut secara salah dan/atau cuai telah melepaskan dan/atau menyebabkan dilepaskan air buangan daripada kerja-kerja pembaikan kebocoran paip air dalam kuantiti yang besar ke atas hartanah tersebut yang mana terletaknya bangunan premis rumah kediaman Plaintif Pertama yang kedudukannya lebih rendah dengan jajaran paip air Defendan. 8. Plaintif-Plaintif pada tarikh yang sama Plaintif Pertama telah memberi ingatan kepada pekerja dan/atau ejen dan/atau 4 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pengkhidmat Defendan dalam menjalankan kerja-kerja pembaikan paip air bocor tersebut untuk mengalihkan dan mengelakkan pelepasan air dalam kuantiti besar ke atas hartanah tersebut namun pekerja dan/atau ejen dan/atau pengkhidmat Defendan telah enggan dan/atau gagal berbuat demikian. 9. Pelepasan air buangan dalam kuantiti yang besar ke atas bangunan premis rumah kediaman dan hartanah Plaintif-Plaintif tersebut telah mengakibatkan banjir lumpur dan hakisan ke atas bangunan premis rumah kediaman dan/atau hartanah Plaintif- Plaintif di atas dan secara langsung telah mengakibatkan kerosakan-kerosakan serius ke atas struktur bangunan premis rumah kediaman (fixtures) dan/atau peralatan-peralatan/lekapan (chattel) dan/atau hartanah Plaintif-Plaintif di atas. 10. Plaintif-Plaintif yang bergantung kepada prinsip 'Res Ipso Loquitur' menegaskan bahawa kerosakan-kerosakan serius ke atas bangunan premis rumah kediaman dan/atau peralatan/lekapan (chattel) dan/atau hartanah Plaintif-Plaintif di atas adalah disebabkan semata-mata dan sepenuhnya atas kegagalan dan/atau kecuaian Defendan dan justeru Plaintif-Plaintif adalah berhak untuk Ganti rugi Am. 11. Plaintif-Plaintif yang bergantung kepada prinsip 'Ryland v Fletcher' menegaskan bahawa tindakan Defendan membina jajaran paip air 5 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bersebelahan/berhadapan dengan hartanah Plaintif-Plaintif tanpa pengendalian dan/atau pengawasan yang munasabah yang kemudiannya telah mengakibatkan kerosakan serius ke atas premis rumah kediaman dan/atau peralatan/lekapan (chattel) dan/atau hartanah Plaintif-Plaintif adalah terjumlah kepada penafian dan gangguan berterusan tidak sah terhadap hak Plaintif- Plaintif untuk menikmati hartanah tersebut dan justeru adalah terjumlah kepada kacau ganggu oleh Defendan dan justeru Plaintif-Plaintif adalah juga berhak untuk Ganti rugi Am. 12. Plaintif-Plaintif menegaskan bahawa kecuaian dan/atau kacau ganggu oleh Defendan yang dinyatakan di atas juga telah mengakibatkan gangguan emosi, tekanan perasaan dan trauma yang serius kepada Plaintif-Plaintif, khasnya Plaintif Pertama dan justeru Plaintif-Plaintif adalah berhak untuk ganti rugi teruk (Aggravated Damages) atas kerosakan-kerosakan, kerugian- kerugian dan/atau kehilangan yang timbul akibat kecuaian dan/atau kacau ganggu akibat pelepasan air buangan secara salah dan berterusan terhadap bangunan premis rumah kediaman dan/atau hartanah tersebut. 13. Plaintif-Plaintif menegaskan bahawa kecuaian oleh Defendan yang telah mengakibatkan hartanah dan/atau premis rumah kediaman dan/atau peralatan-peralatan (fixtures & chattel) adalah timbul daripada kecenderungan dan dorongan untuk mengaut 6 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keuntungan semata-mata tanpa mengendahkan dan/atau memberikan penekanan yang mencukupi dan/atau munasabah untuk menguruskan, mengendalikan dan/atau membuat kerja- kerja baik pulih kebocoran paip air dan gagal dan/atau cuai mengambil tindakan munasabah terhadap aspek keselamatan terhadap tuanpunya-tuanpunya premis bangunan kediaman dan/atau tuanpunya-tuanpunya hartanah yang bersebelahan/berhadapan dengan jajaran paip air Defendan dan justeru Plaintif-Plaintif adalah berhak untuk Ganti rugi Teladan/Ganti rugi Punitif. 14. Plaintif-Plaintif telah memberikan peringatan-peringatan kepada Defendan untuk memberikan ganti rugi kepada Plaintif-Plaintif atas kerosakan, kerugian dan/atau kehilangan yang dialami oleh Plaintif-Plaintif yang timbul akibat kecuaian dan/atau kegagalan dan/atau kacau ganggu tersebut akan tetapi Defendan telah gagal dan/atau enggan mematuhi peringatan-peringatan tersebut. 15. Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah bahawa Defendan membayar Plaintif-Plaintif: i) Ganti rugi Khas berjumlah RM49,900.00; ii) Ganti rugi Am; iii) Ganti rugi Teruk (Aggravated Damages); iv) Ganti rugi Teladan/Ganti rugi Punitif (Exemplary Damages); 7 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal v) Faedah pada kadar 4% setahun atas Ganti rugi Khas daripada tarikh kerosakan 01.09.2022 hingga tarikh Penghakiman; vi) Faedah pada kadar 8% setahun atas Ganti rugi Am, Ganti rugi Teruk dan Ganti rugi Teladan/Ganti rugi Punitif dari tarikh pemfailan tindakan ini sehingga tarikh penghakiman; vii) Selanjutnya faedah pada kadar 5% setahun atas Ganti rugi Am, Ganti rugi Teruk dan Ganti rugi Teladan/Ganti rugi Punitif dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh; viii) Kos atas dasar peguam cara-klien; ix) Kos tindakan ini; dan x) Apa-apa perintah atau relif yang Mahkamah Mulia ini fikirkan sesuai dan adil untuk diberikan. C. Pembelaan Defendan-Defendan 16. Defendan menafikan kesemua tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan memandangkan kerja-kerja pembaikan kebocoran paip di Jalan Kampung Bukit Berangan Kuala Nerus, Terengganu pada 1 September 2022 tersebut ("kerja-kerja pembaikian tersebut") telah dijalankan oleh kontraktor bebas yang dilantik iaitu HK Berkat Enterprise ("Pihak Ketiga") dan bukannya dijalankan oleh Defendan. 8 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17. Pembinaan jajaran paip tersebut adalah terletak di atas kawasan rizab yang dikhususkan untuk pembinaan kemudahan infrastruktur bagi kemudahan dan kepentingan awam di mana Defendan telah membuat penyelenggaraan dan pengawasan berterusan terhadap jajaran paip tersebut dan kebocoran paip yang berlaku pada masa-masa material tersebut adalah bukan disebabkan kecuaian dan/atau pengabaian Defendan. 18. Oleh itu, Defendan menafikan bahawa kerosakan serius yang didakwa oleh Plaintif-Plaintif tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian Defendan serta terjumlah sebagai suatu gangguan berterusan terhadap hak Plaintif-Plaintif. 19. Defendan menyatakan bahawa pelepasan air yang di pam tersebut tidak dalam apa-apa juga keadaan diarah dan/atau dihalakan ke arah rumah Plaintif-Plaintif. 20. Rumah tersebut yang dibina di atas Hartanah tersebut serta jalan masukkan konkrit tersebut telah dibina dengan tidak mematuhi segala syarat, peraturan dan mutu pertukangan yang baik serta dibina tanpa memperoleh kelulusan dan/atau kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan, khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ("MBKT") dan tidak memperoleh perakuan kelayakan menduduki daripada pihak berkuasa yang berkaitan. 9 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal D. Isu-Isu untuk dibicarakan 21. Sama ada kerja-kerja pembaikan kebocoran paip air di Jalan Kampung Bukit Berangan Kuala Nerus,Terengganu yang dijalankan pada tarikh 01.09.2022 terjumlah kepada kegagalan dan/atau kecuaian dan/atau pengabaian oleh Defendan, pekerja, ejen dan/atau pengkhidmat Defendan. 22. Sama ada kerja-kerja pembaikan kebocoran paip tersebut telah mengakibatkan kerosakan-kerosakan ke atas struktur bangunan premis rumah kediaman (fixtures) dan/atau peralatan-peralatan/lekapan (chattel) dan/atau hartanah Plaintif-Plaintif dan selanjutnya menimbulkan kerosakan-kerosakan dan kerugian-kerugian ke atas Plaintif-Plaintif. 23. Sama ada prinsip ‘Res lpsa Loquitur' terpakai terhadap kerosakan dan kerugian yang didakwa oleh Plaintif-Plaintif. 24. Sama ada kerja-kerja pembaikan kebocoran paip air tersebut terjumlah kepada satu kacau ganggu terhadap hartanah Plaintif-Plaintif dan terjumlah kepada penafian dan gangguan berterusan tidak sah terhadap hak Plaintif-Plaintif untuk menikmati hartanah tersebut. 10 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25. Sama ada prinsip 'Ryland & Fletcher' terpakai terhadap Defendan, pekerja, ejen dan/atau pengkhidmat Defendan. 26. Sama ada Plaintif-Plaintif telah membuktikan kerugian-kerugian yang dikatakan dialami oleh Plaintif-Plaintif akibat dakwaan kegagalan, kecuaian dan/atau kacau ganggu yang dikatakan timbul daripada kerja- kerja pembaikan kebocoran paip air tersebut dan sama ada Plaintif- Plaintif berhak atas Ganti rugi Am, Ganti rugi Teruk (Aggravated Damages) dan Ganti rugi Teladan/Ganti rugi Punitif. 27. Sama ada Plaintif-Plaintif berhak bagi perintah-perintah dan/atau relif yang dipohon dalam perenggan 20 Pernyataan Tuntutan. E. Fakta-Fakta dipersetujui 28. Pada tarikh 1.09.2022 sekitar jam 1 petang Defendan dan/atau ejen dan/atau pengkhidmat Defendan telah menjalankan kerja-kerja pembaikan kebocoran paip air di Jalan Kampung Bukit Berangan Kuala Nerus,Terengganu. 29. Notis Tuntutan bertarikh 8.09.2022 telah diterima oleh Defendan. 11 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal F. Perbicaraan 30. Pihak Plaintif-Plaintif telah memanggil 2 orang saksi iaitu Mohd Roslizi bin Abdul Rahman (kontraktor binaan-SP 1) dan Plaintif Pertama sendiri Mohd Rahime Fauze bin Abd Rahman (SP 2) 31. Pihak Defendan telah memanggil 4 orang saksi iaitu Muhammad Shawal Sufiyan bin Mat Amin (Pengarah Kawalan Bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu-SD 1), Mohamad Aznifaes bin Yusof (Pembantu Operasi SATU-SD 2), Mohd Shahril bin Amin (Juruteknik SATU – SD 3) dan Mohd Khairy bin Mohd Affandi (kontraktor- SD 4). 32. Pihak Defendan telah memperoleh penghakiman ingkar kehadiran pada 19.2.2024 terhadap pihak Ketiga di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu. G. Hujahan Plaintif-Plaintif KECUAIAN DEFENDAN 33. Semasa perbicaraan, keterangan-keterangan saksi dan bukti- bukti dokumentari telah menunjukkan seperti berikut: i) Kerja-kerja pembaikan kebocoran paip air di Jalan Kampung Bukit Berangan Kuala Nerus, Terengganu yang dijalankan 12 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pada tarikh 01.09.2022 telah dimulakan sekitar jam 12.00 tengah hari –PSD 4-Mohd Khairy bin Mohd Affandi – JAWAPAN 62. ii) Kerja-kerja pembaikan kebocoran paip siap sekitar jam 6.40 petang - PSD 4 - Mohd Khairy bin Mohd Affandi – JAWAPAN 103. iii) SP2 mengesahkan bahawa semasa pulang kerja sekitar jam 4.50 petang pada tarikh 1.9.2022, air masih dipamkan dan dialirkan ke rumah Plaintif-Plaintif dan kerja-kerja membaiki paip bocor bermula sejak 12.00 tengah hari. iv) SD 3 mengesahkan bahawa semasa SD 3 sampai ke tapak kerja sekitar 5.15 petang pada tarikh 1.09.2022, air masih di pam dengan hos-hos biru dan dialirkan ke rumah Plaintif- Plaintif. v) Arahan kerja-kerja pembersihan premis Plaintif-Plaintif telah diberikan oleh SD 3, Mohd Shahril bin Amin yang dikatakan telah dilakukan pada jam 10.00 malam tarikh yang sama 1.09.2022 walaupun SD 3, Mohd Shahril bin Amin telah juga mengesahkan beliau tidak melawat premis Plaintif-Plaintif setelah kerja-kerja pembersihan dikatakan telah dilakukan atau mempunyai apa-apa dokumen sokongan untuk 13 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mengesahkan kerja-kerja pembersihan tersebut dan secara am menjawab tidak pasti. vi) SD 2 Mohamad Aznifaes bin Yusof (Pembantu Operasi SATU) mengesahkan bahawa beliau tiada apa-apa dokumen membuktikan siasatan dilakukan di tempat kejadian paip bocor sebelum kerja-kerja pembaikan kebocoran paip dibuat. vii) SD 2 mengesahkan bahawa rumah Plaintif berada atas tanah di mana air dialirkan daripada hos biru. viii) SD 3 Mohd Shahril bin Amin ketika dicabar kononnya air tidak terus dilepaskan ke tanah Plaintif-Plaintif yang telah dirujuk kepada MUKASURAT 96 DAN 97 IKATAN C dan video (pendrive) yang diambil oleh SP 2 kemudiannya mengesahkan bahawa air telah dialirkan terus menghala ke rumah Plaintif-Plaintif dan selanjutnya SD 2 telah mengesahkan bahawa tanah Plaintif-Plaintif telah terjejas dengan banjir lumpur. ix) SD 2 mengesahkan bahawa terdapat longkang yang menghala ke longkang utama di sebelah kanan jalan dan selanjutnya mengesahkan bahawa beliau tidak arahkan kontraktor untuk alirkan air ke longkang utama di sebelah kanan tersebut dan fakta berkaitan kewujudan longkang di sebelah kanan jalan juga disahkan oleh SD 3. 14 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal x) SD 2 mengesahkan dan dengan merujuk gambar MUKASURAT 124 DAN 128 (D 13) bahawa rumah Plaintif- Plaintif dapat dilihat dari jalan utama di mana kerja-kerja pembaikan kebocoran paip dibuat dan rumah Plaintif (Pertama) terletak di bahagian cerun menurun daripada tepi jalan tapak kerja air dan fakta ini juga telah dipersetujui oleh SD 3. xi) SD 2 mengesahkan bahawa paip bocor adalah berukuran besar berukuran 15 inci. xii) SD 2 mengesahkan bahawa piagam pelanggan Defendan menetapkan bahawa kerja-kerja paip bocor harus dibetulkan/dibaiki dalam satu hari bekerja setelah aduan dibuat. xiii) SD 2 ketika dicabar dalam Pemeriksaan Balas bahawa terdapat pilihan jalan lain untuk menutup jalan tapak kerja- kerja pembaikan kebocoran paip dibuat telah mengesahkan laluan pilihan lain adalah Jalan Tepuh, Bukit Nanas, Kg Bukit Pulai, Kg Cina untuk pergi ke Gong Badak, Jalan Kampung Padang Air dan Jalan Bukit Sepang untuk ke Kuala Nerus dan fakta ini juga dipersetujui oleh SD 3. xiv) SD 3 malahan bersetuju bahawa kontraktor telah mengambil jalan mudah dengan melepaskan air ke sebelah kiri jalan. 15 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal xv) SD 3 mengesahkan bahawa aduan kebocoran telah dibuat oleh Plaintif-Plaintif pada 29.08.2022 dan kerja-kerja hanya dimulakan pada 1.09.2022 walaupun kemudiannya bersetuju bahawa kerja-kerja pembaikan kebocoran perlu dibuat dalam jangka masa satu hari daripada aduan kebocoran. xvi) SD 3 bersetuju bahawa kebocoran air atau paip pecah yang tidak dibetulkan dan dikawal akan akibatkan kemusnahan, musibah kepada harta juga mungkin nyawa penduduk. xvii) SD 3 bersetuju bahawa keadaan banjir tanah/rumah Plaintif amat mudah dielakkan namun sikap tidak bertanggungjawab Defendan dan/atau kontraktor Defendan telah menyebabkan banjir tanah/rumah Plaintif dan akibatkan kerosakan. xviii) Bukti dokumentari MUKASURAT 94-123 IKATAN C1 (EKSHIBIT P5) menunjukkan dengan jelas banjir, banjir lumpur dan kerosakan atas tanah/rumah Plaintif-Plaintif. 34. Berdasarkan kepada pliding tuntutan Plaintif-Plaintif yang diasaskan atas kausa tindakan tort kecuaian, adalah dihujahkan bahawa beban pembuktian kes Plaintif-Plaintif atas 3 elemen di bawah tindakan tort kecuaian seperti yang dinyatakan di sini telah berjaya dipenuhi dan dibuktikan seperti di bawah ini: 16 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal i) Tugas berhati-hati (duty of care) yang dipikul oleh Defendan, sebagai pengendali, penyelenggara dan pembekal air awam di seluruh Negeri Terengganu - satu fakta yang tidak dinafikan atau dipertikaikan; ii) Kegagalan melaksanakan tugas berhati-hati yang terjumlah kepada pemecahan tugas berhati-hati (breach of duty of care) telah disokong jelas oleh keterangan-keterangan jelas saksi-saksi Defendan sendiri yang mengesahkan bagaimana siasatan tapak tidak dibuat, fakta kewujudan rumah/tanah Plaintif yang boleh dilihat dari jalan utama, air dilepaskan menghala ke rumah Plaintif- Plaintif antara jam 12.00 tengah hari sehingga 6.40 petang, kewujudan pilihan mengalirkan air ke longkang sebelah kanan jalan, malahan pilihan menutup jalan tapak kerja untuk mengalirkan air secara selamat dan malahan keengganan mengambil tindakan setelah ditegur oleh SP 2 sekitar jam 4.50 petang; iii) Kehilangan/kerugian (Damage) yang berkait atau disebabkan pemecahan/perlanggaran tugas berhati-hati tersebut di atas juga telah disahkan oleh SD 2, SD 3dan SD 4 juga secara lumrahnya keterangan SP 1 dan SP2 (juga gambar-gambar P5). 35. PERTAMA - persoalan undang-undang/fakta utama yang akan dihujahkan di sini ialah isu sama ada Defendan memikul 17 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tanggungjawab dan tugas untuk berhati-hati, dan jika jawapannya adalah affirmatif, apakah tahap (degree of care) tugas untuk berhati-hati yang dijangkakan perlu dipikul oleh Defendan? 36. Dalam kes HAMZAH D.494 & ORS v WAN HANAFI BIN WAN ALI (1975) 1 MLJ 203 Mahkamah Persekutuan dalam merujuk petikan buku ‘Halsbury’s Laws of England 3rd Edition Vol 28’ berkaitan definisi ‘reasonable care’, “In ordinary circumstances or where simple operations are being performed persons are not as a rule required to guard against every conceivable result of their actions, nor are they bound to exercise scientific care or to take extravagant precautions. The must have regard both to the probability of injury resulting and to the probable seriousness of the injury. They may weigh the costs and difficulties of the precautions. They are in general entitled to assume that others will comply with statutory regulations.” 37. Dalam kes GLASGOW CORPORATIONS v. MUIR & OTHERS (1943) A.C 448, House of Lords (Lord Thankerton) antara lain telah berpendapat: “I shall state the test by which, in my opinion,the standard of care is to be judged, and this I will do by two quotations from 18 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal the recent decision of this House in the Scottish case of “Bourhill v. Young (1) I take my own opinion (2) that the duty is to take such a reasonable care as will avoid the risk of injury to such persons as he ( in that case a motorcyclist) can reasonably forsee might be injured by failure to exercise such a reasonable care“-MUKASURAT4543.6Dalam kes yang sama, Lord Macmillan antara lain berpendapat; “The duty of care as I essayed to formulate it in “Bourhill v. Young (I)is the duty to avoid doing or omitting to do anything the doing or omitting to do which may have as its reasonable and probable consequence injury to others, and the duty is owed to those whom injury may reasonably and probably be anticipated if the duty is not observed.” 38. Dalam kes CHAN LOO KHEE v. LAI SIEW SAN & ORS (1971) 1 MLJ 253 Mahkamah Persekutuan antara lain dan dalam memutuskan kebertanggungan pihak ketiga telah menyatakan: “On this point the law is now clearly laid down by their Lordships of the Privy Council in The Wagon Mound where Viscount Simonds said that ‘the essential factor in determining liability is whether damage is of a kind as the reasonable man should have forseen.” 19 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 39. Dalam kes FARDON v. HARCOURT RIVINGTON (1932) All E.R 81 House of Lords antara lain telah berpendapat: “if a person allows something which may become dangerous to be in a position to which the public may have access,without his taking any precaution against that thing becoming dangerous, he is liable for the consequences in an action for negligence if the possibility of the danger emerging was reasonably apparent, and one which a reasonable man ought to have forseen, but if the possibility of danger emerging was one which would never occur to the mind of a reasonable man there is no negligence in his not having taken extraordinary precautions.” 40. Dalam kes PARIMALA MUTHUSAMY A/P PROJEK LEBUHRAYA UTARA SELATAN [1997] 5 MLJ 488 Mahkamah antara lain dalam membincangkan definisi kecuaian telah memutuskan: “But what is negligence? Suffice to me to say that negligence is the omission to do something which a reasonable man, guided upon those consideration, which ordinarily regulate the conduct of human affairs, would do or doing something which a prudent and reasonable man would not do (Blyth v Birmingham Waterworks Co (1856) 11 Exch 781). Lord Porter 20 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal on the requirement of negligence for any case in Potts v Riddel (1943) A.C 1 at p 31 said:Negligence is the failure to use the requisite amount of care required by the law in a case where a duty of care exists.” 41. Adalah dihujahkan tanggungjawab dan tugas berhati-hati Defendan sebagai pengendali, penyelenggara dan pembekal air awam di seluruh Negeri Terengganu adalah untuk memastikan bahawa tindakan Defendan dan/atau ejen Defendan tidak akan mengakibatkan kerosakan dan kerugian harta benda atau nyawa orang awam - khasnya penduduk setempat di mana kerja-kerja sedemikian dijalankan. 42. Tanggungjawab dan kewajipan ini tentulah tidak disangkal serius dalam Pembelaan Defendan dan malahan saksi Defendan SD3 juga bersetuju dengan cadangan sedemikian semasa Pemeriksaaan Balas. 43. Defendan sebagai pemegang lesen pengendali/pembekal air di Negeri Terengganu telah membina paip-paip air di kawasan perkampungan penduduk bersebelahan dengan hartanah Plaintif- Plaintif dan aduan-aduan kebocoran paip telah dibuat oleh Plaintif Pertama sendiri sejak 29.8.2022. 21 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 44. Justeru adalah dihujahkan bahawa inti pati pertama bagi tindakan tort kecuaian iaitu kewujudan tugas berhati-hati yang seharusnya dipikul oleh Defendan, telah dibuktikan. PEMECAHAN TUGAS BERHATI-HATI 45. KEDUANYA - Persoalan undang-undang/fakta yang selanjutnya adakah Defendan telah cuai dan/atau lalai dalam kapasiti Defendan sebagai pengendali, penyelenggara dan pembekal air awam di seluruh Negeri Terengganu tersebut. 46. Plaintif-Plaintif telah memplidkan pemecahan/perlanggaran tugas berhati-hati Defendan seperti di atas - PERENGGAN 8 PERNYATAAN TUNTUTAN. 47. Dalam kes SARAWAK SHELL BHD v THE OWNERS OR OTHER PERSON INTERESTED IN THE SHIP OR VESSEL THE ‘RED GOLD’ AND ANOTHER ACTION Mahkamah telah memutuskan: “Prima facie and in the absence of a reasonable explanation, the malfunctioning of the bow thruster unit amounted to a breach of the duty of care owed by the owners to Sarawak 22 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Shell. This therefore establishes the second stage of the test namely that of a breach of the duty of care owed.” 48. Risiko banjir, banjir lumpur dan kerosakan kepada hartanah dan lekapan (chattel) akibat pelepasan air secara terus untuk beberapa jam ke atas hartanah Plaintif-Plaintif seperti dalam tindakan ini tidak memerlukan apa-apa “scientific care or to take extravagant precautions” untuk difahami atau dipra lihat. 49. Keterangan saksi-saksi sendiri telah menyokong fakta berkaitan pilihan untuk melepaskan air buangan kerja-kerja paip pecah ke sebelah kanan jalan namun Defendan dan/atau ejen telah mengambil langkah mudah dengan alasan yang remeh-temeh untuk melepaskan air sedemikian tanpa rasa bersalah terhadap kepentingan Plaintif-Plaintif yang tinggal dan mendirikan rumah secara sah di kawasan berdekatan. 50. Dalam kes PARIMALA MUTHUSAMY A/P v. PROJEK LEBUHRAYA UTARA SELATAN Mahkamah telah memutuskan: “Any reasonable man certainly will anticipate that cars will be driven at some speed when using the highway, and no amount of superhuman ability will save the drivers when confronted with the dangers that require distance and time if any effective actions is to be undertaken.” 23 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Selanjutnya Mahkamah menambah: “To regurgitate, if any cow (with the foreknowledge that cows do grass around that area) were to stray on the highway not only is it foreseeable that a collision will occur, but injury or death is the near certain outcome...” 51. Tentulah bukan sesuatu yang di luar jangkaan bahawa tindakan cuai sedemikian dengan melepaskan air untuk jangka masa yang panjang daripada paip air berukuran besar akan menyebabkan musibah atas hartanah Plaintif-Plaintif. 52. Malahan saksi-saksi SD 2, SD 3 dan SD 4 mengesahkan bahawa dalam pengetahuan sempurna SD 2, SD 3 dan SD 4 hartanah Plaintif-Plaintif adalah terletak di bahagian lebih rendah daripada jalan utama dan bercerun. 53. Jawapan SD 2 dan SD 3 kononnya kerja-kerja Defendan adalah mengikut prosedur dalam pengetahuan latar belakang kewujudan, kedudukan hartanah Plaintif (dan kewujudan longkang sebelah kanan jalan) adalah satu jawapan yang bersifat ‘comical’, dengan hormat, yang jelas menunjukkan sikap sambil lewa dan kecuaian Defendan. 24 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 54. Ini dengan jelas menunjukkan sikap sambil lewa Defendan terhadap kepentingan dan keselamatan orang awam seperti Plaintif-Plaintif seperti yang dicadangkan sendiri oleh SD 3. 55. Lebih serius lagi SP 2 telah memberi keterangan secara bersumpah bahawa beliau setelah pulang kerja sekitar jam 4.50 petang telah mengarahkan Defendan dan/atau ejen untuk menghentikan aliran air ke hartanah beliau. 56. Namun ini tidak diendahkan oleh Defendan dan/atau ejen dan terus mengalirkan air ke hartanah Plaintif-Plaintif. 57. Jika dibuat perbandingan kes PARIMALA MUTHUSAMY A/P v. PROJEK LEBUHRAYA UTARA SELATAN di atas Mahkamah telah memutuskan bahawa pemegang konsesi lebuh raya masih bertanggungan terhadap kemalangan yang diakibatkan pencerobohan binatang-binatang ternakan. 58. Malahan fakta menunjukkan bahawa pemegang konsesi lebuh raya dalam kes di atas telah membetulkan pagar-pagar di sepanjang lebuh raya dan masih bertanggungan. 59. Sebaliknya dalam tindakan ini, Defendan dan/atau ejen dengan mudah melepaskan air buangan ke hartanah Plaintif-Plaintif dan 25 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal enggan pula mematuhi teguran SP 2 di atas dan meneruskan pelepasan air buangan ke hartanah Plaintif-Plaintif. 60. Ini ditambah lagi dengan kelewatan mengambil tindakan pembaikan walaupun saksi-saksi SD 2 dan SD 3 telah memberi keterangan antara lain, “piagam pelanggan Defendan menetapkan bahawa kerja-kerja paip bocor harus dibetulkan/dibaiki dalam 1 hari bekerja setelah aduan dibuat.” 61. Cubaan saksi-saksi Defendan untuk menjustifikasikan kelewatan kerja-kerja pembaikan paip bocor, kononnya untuk memberikan keutamaan bagi aduan tiada bekalan air pada masa-masa yang material juga tidak dibuktikan langsung dan tidak lebih pengataan kosong. Tiada bukti sokongan. 62. Adalah jelas untuk menjangkakan bahawa Defendan sebagai pengendali, penyelenggara dan pembekal air awam di seluruh Negeri Terengganu seharusnya bertanggungjawab untuk memeriksa, melakukan siasatan tapak kerja dan persekitaran sekeliling sebelum kerja-kerja pembaikan paip bocor dibuat dan tidak melepaskan air buangan kerja-kerja pembaikan paip bocor yang dapat dipra lihat akan mendedahkan bahaya dan/atau kerosakan kepada penduduk setempat sama ada terhadap harta benda dan nyawa orang awam. Ini gagal dilaksanakan oleh Defendan. 26 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 63. Adalah jelas untuk menjangkakan bahawa Defendan sebagai pengendali, penyelenggara dan pembekal air awam di seluruh Negeri Terengganu seharusnya telah mengambil langkah-langkah segera atau munasabah untuk memperbaiki kebocoran paip yang ironinya, telah diadukan sendiri oleh Plaintif Pertama. 64. Sebaliknya dan semasa perbicaraan, Mahkamah telah ditunjukkan dengan keterangan berbentuk video (Ekshibit P6A) tak dipertikaikan bagaimana Defendan membenarkan dua hos berwarna biru melepaskan air buangan ke atas hartanah Plaintif- Plaintif. 65. Dengan kata lain mungkin sesuatu yang boleh diterima bahawa air-air buangan mengalir masuk walaupun langkah-langkah telah diambil untuk melupuskan air ke kawasan yang munasabah, tetapi bukan tindakan melepaskan air buangan ke atas hartanah Plaintif- Plaintif secara sengaja seperti yang dibuktikan dalam Ekshibit P6 A. CAUSATION/DAMAGE 66. KETIGA – tidak perlu dihujahkan dengan panjang lebar berkaitan elemen/ujian terakhir bahawa telah wujud kerosakan, kerugian dan/atau kehilangan akibat daripada pemecahan tugas berhati- hati yang dihujahkan telah berjaya dibuktikan di atas. 27 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 67. Keterangan-keterangan saksi-saksi SP 1, SP 2 dan pengakuan oleh SD 2, SD 3 dan SD 4 juga dan keterangan-keterangan dokumentari gambar-gambar EKSHIBIT 5 dan P6A jelas menunjukkan kerosakan, kerugian dan gangguan menikmati keselesaan hidup yang ditanggung oleh Plaintif-Plaintif akibat pelepasan air buangan sedemikian pada tarikh 01.09.2022 tersebut. 68. Sama ada ke atas jalan masuk, tempat letak kereta,dapur, bilik air rumah Plaintif Pertama dan persekitaran banjir lumpur. 69. Dalam kes SARAWAK SHELL BHD v THE OWNERS OR OTHER PERSON INTERESTED IN THE SHIP OR VESSEL THE ‘RED GOLD’ AND ANOTHER ACTION Mahkamah telah memutuskan: “Thus the elements sufficient to found a prima facie basis for negligence stands established by Sarawak Shell. The onus shifts tothe owners to rebut the charge of negligence and breach of duty by showing that the cause of the collision was a cause not produced by them but one the result of which he could not avoid.” 70. Dengan hormat, sekali lagi, dengan meneliti keterangan- keterangan SD 2 dan SD 3 khasnya yang menunjukkan kecuaian 28 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dan pilihan untuk meneruskan kecuaian, apa-apa cadangan Defendan kononnnya ‘cause not produced by them but one the result of which he could not avoid’ harus ditolak pada mana-mana peringkat sama sekali. RES IPSA LOQUITOR 71. Adalah dihujahkan (dan walaupun adalah ditekankan bahawa elemen-elemen tort kecuaian telah dibuktikan di atas) seperti juga yang telah diplidkan dalam Pernyataan Tuntutan, prinsip ‘Rep Ipsa Loquitor’ adalah terpakai dalam tindakan ini yang didasarkan atas tort kecuaian. 72. Dengan kata lain dan atas pemakaian prinsip ini, Plaintif-Plaintif berhak untuk bergantung kepada keterangan kecuaian terhadap Defendan hanya semata-mata dengan berlakunya banjir dan banjir lumpur ke atas hartanah Plaintif-Plaintif dan tindakan pelepasan air buangan sedemikian pada tarikh 1.09.2022. 73. Dalam kes M.A CLYDE v WONG AH MEI & ANOR [1970] 2 MLJ 183 Mahkamah Persekutuan dalam antara lain telah menjelaskan: “Thus the principal requirement for the maxim to apply is that the mere fact of the accident having happened should tell its own story and raise the inference of negligence so as to establish a prima facie case against the defendant.The story 29 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal must be clear and unambiguous; if it may tell one of half a dozen stories the maxim is inapplicable. In other words, where it applies the maxim entitles the plaintiff to rely as evidence of negligence upon the mere happening of the accident”6.4Mahkamah Persekutuan di atas juga dalam memetik kes “Scott v London and St Katherine Docks Co.” “There must be reasonable evidence of negligence. But where the thing is shewn to be under the management of the defendant or his servant, the accident as such as in the ordinary course of things does not happen if those who have the management use proper care, it affords reasonable evidence, in the absence of explanation by the defendants, that the accident arose from want of care.” 74. Selanjutnya Mahkamah Persekutuan telah menambah: “If the facts are sufficient known the question ceases to be whether the facts speak for themselves, and the only question is whether on the facts as established, negligence is to be inferred or not. The exclusion of the maxim does not of course, necessarily lead to the conclusion that the defendant was not negligent.” 30 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 75. Dengan kata lain, adalah dihujahkan bahawa kejadian banjir/banjir lumpur adalah ‘speak for itself’ dan berlaku semata-mata akibat kecuaian Defendan atas fakta bahawa mana-mana orang yang munasabah akan dapat mempra lihat bahawa pelepasan air buangan sedemikian dalam jangka masa yang panjang ke atas hartanah Plaintif-Plaintif yang berkedudukan lebih rendah daripada tempat pelepasan akan mengakibatkan banjir, kerosakan dan kerugian seperti dalam tindakan ini. 76. Mahkamah dalam kes SARAWAK SHELL BHD v THE OWNERS OR OTHER PERSON INTERESTED IN THE SHIP OR VESSEL THE ‘RED GOLD’ AND ANOTHER ACTION antara lain berpendapat: “On a perusal of these authorities I conclude that the principle of res ipsa loquitor is relevant and applicable on the facts of the instant case, given that the collision was occasioned in a broad day light between the Red Gold and a stationary object.” 77. Perlu ditekankan di sini bahawa kes SARAWAK SHELL BHD di atas adalah kes yang melibatkan kerosakan antara lain ‘defect in electrical box of the bow thruster’ dan Mahkamah dalam mempertimbangkan keterangan secara keseluruhan, masih 31 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal memutuskan bahawa prinsip Res Ipsa Loquitor adalah terpakai- walaupun berhadapan dengan isu dan fakta yang agak teknikal. 78. Sekali lagi Mahkamah dalam kes-kes di atas telah memutuskan bahawa, dan walaupun wujud penjelasan-penjelasan dan keterangan bertentangan atas dakwaan kecuaian, Defendan mesti membuktikan bahawa semua langkah wajar untuk mengelakkan bahaya telah diambil-p 191 kes M.A CLYDE v WONG AH MEI & ANOR. 79. Persoalannya dalam tindakan ini apakah langkah berhati-hati yang telah diambil oleh Defendan. 80. Adalah dihujahkan bahawa keterangan-keterangan SD 2, SD 3 dan SD 4 seperti yang dinyatakan di atas dengan jelas mematahkan apa-apa cubaan untuk menunjukkan kononnya tindakan berhati-hati yang telah diambil oleh Defendan. 81. Malahan SD 3 seperti yang dihujahkan di atas, mengakui dan bersetuju bahawa keadaan banjir tanah/rumah Plaintif amat mudah dielakkan namun sikap tidak bertanggungjawab Defendan dan/atau kontraktor Defendan telah menyebabkan banjir tanah/rumah Plaintif dan akibatkan kerosakan. 32 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal KACAU GANGGU DAN PRINSIP ‘RYLANDS v FLETCHER” 82. Dalam kes WAH SHEN DEVELOPMENT SDN BHD v SUCCESS PORTFOLIO SDN BHD [2019] MLRA 73 Mahkamah Rayuan telah membuat pemerhatian berikut: “[17]The tort of private nuisance is an interference with the use and enjoyment of land. The acts which constitutes nuisance may include sounds, smells and vibrations which unduly interferes with the plaintiff’s enjoyment of his land....…” 83. Dalam kes CHAN LIH LIH & ORS v. SUNRISE ALLIANCE SDN BHD & ANOR [2011] 11 MLRH 32 Mahkamah antara lain telah membuat pemerhatian berikut: “Unlike the case of public nuisance where the acts which constitutes nuisance were unlawful acts,in private nuisance,the acts of the defendants are usually lawful. The tort of nuisance is a tort of strict liability in that is no defence to say that the defendant took all reasonable care to prevent it. The conduct of such a defendant becomes a nuisance in three catogeries (a)......(b) by causing physical damage to his 33 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal neighbour’s land or building or works or vegetation upon it; or (c)......…” 84. Kategori (b) yang menunjukkan kerosakan fizikal hartanah Plaintif- Plaintif jelas telah diberikan melalui keterangan SP 1 dan SP 2, gambar-gambar keadaan dan kerosakan dalam Ekshibit 5 dan malahan pengakuan SD 2, SD 3 dan SD 4 yang kesemuanya telah hadir pada masa kerja-kerja pembaikan paip dilakukan pada jam 12.00 tengah hari sehingga sekitar 6.40 petang pada tarikh 1.09.2022. 85. Dalam kes HOON WEE THIM v. PACIFIC TIN CONSOLIDATED CORPORATION [1966] MLRH 571 Mahkamah telah memberi pemerhatian berikut: “As no one is liable for nuisance unless he either created it or continued it after knowledge or means of knowledge it follows that it is a defence to prove ignorance of the facts constituting the nuisance, unless the ignorance is due to the omission to use reasonable care to discover the facts.” 86. Adalah dihujahkan bahawa dua elemen penting dalam kes HOON WEE THIM iaitu “he either created it or continued it after knowledge or means of knowledge” tidak dalam mana-mana 34 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keadaan akan dapat dinafikan oleh Defendan dalam tindakan ini atas fakta-fakta - i) Defendan adalah pengendali, penyelenggara dan pembekal air awam di seluruh Negeri Terengganu yang menjalankan kerja-kerja pembaikan paip bocor di mana air buangan dilepaskan ke atas hartanah Plaintif; ii) Aduan kebocoran telah dibuat seawal tarikh 29.08.2023 oleh Defendan Pertama dan kerja-kerja hanya dimulakan pada 1.09.2022; iii) Semasa SP2 pulang kerja sekitar jam 4.50 petang pada tarikh 1.09.2022 air masih dipam dan dialirkan ke rumah Plaintif-Plaintif dan kerja-kerja membaiki paip bocor bermula sejak 12.00 tengah hari; iv) Semasa SD 3 sampai ke tapak kerja sekitar 5.15 petang pada tarikh 1.09.2022 air masih dipam dengan hos-hos biru dan dialirkan ke rumah Plaintif-Plaintif. 87. Adalah juga dihujahkan dengan hormat bahawa sikap dan pendekatan Defendan yang nampaknya membenarkan dan/atau ‘meneruskan’ tindakan kacau ganggu’ ke atas hartanah Plaintif- Plaintif dapat diperhatikan dengan melihat kepada aduan-aduan sama yang dibuat oleh Plaintif Pertama pada tarikh-tarikh lain antaranya 27.10.2023. 35 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 88. Justeru dalam merujuk kepada pemerhatian Mahkamah dalam kes CHAN LIH LIH & ORS v. SUNRISE ALLIANCE SDN BHD & ANOR adalah dihujahkan bahawa Defendan adalah bertanggungan terhadap kerosakan fizikal terhadap hartanah Plaintif-Plaintif seperti yang diplidkan dalam ini. ISU GANTI RUGI-GANTI RUGI 89. Telah diplidkan bahawa Plaintif-Plaintif telah menuntut Ganti rugi Khas, Ganti rugi Am, Ganti rugi Lebih Teruk dan Ganti rugi Teladan terhadap kerosakan dan kerugian terhadap hartanah Plaintif-Plaintif, yang dihujahkan dengan hormat, tidak akan berlaku ‘but for the Defendant’s negligence.’ 90. Tidak perlu diulangi bahawa tujuan atau matlamat mengawardkan ganti rugi adalah seperti yang dinyatakan dalam kes SYARIZAN SUDIRMAN & ORS v ABDUL RAHMAN BUKIT & ANOR [2010] 3 CLJ 877 yang mana Mahkamah telah menekankan: “the primary object of an award is to compensate the plaintiff for the harm done or injury caused to him or her. It is well settled in law that the governing purpose of damages is to put the plaintiff whose rights have been violated in the same position as before, so far as money can compensate.” 36 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 91. Selanjutnya isu yang amat penting untuk dibincangkan dan diputuskan yang menjadi salah satu tuntutan Plaintif-Plaintif dalam tindakan ini adalah Ganti rugi Am. 92. Mahkamah Rayuan dalam kes KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI & LAIN-LAIN lwn GHAUR A/L MURUGESU (unreported) telah merujuk kepada kes Mahkamah Australia dalam Mount Isa Mines Ltd v Pusey (1970) HC 60; (1970) 125 CLR 385, yang mana Mahkamah antara lain telah berpendapat: “sorrow does not sound in damages. A plaintiff in an action of negligence cannot recover damages for a ‘shock’, however grievous, which was no more than an immediate emotional response to a distressing experience sudden, severe and saddening. It is however today a known medical fact that severe emotional distress can be the starting point of a lasting disorder of mind or body,some form of psychoneurosis or a psychosomatic illness. For that if it be the result of a tortious act, damages may be had” Selanjutnya Mahkamah Rayuan telah menyatakan: 37 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Kami bersetuju. Adalah fakta yang tidak dapat dipertikaikan bahawa dengan kematian si mati telah terputus hubungan kasih sayang ‘bapa-anak’ antara plaintif dengan simati. Tidak syak lagi plaintif akan mengalami ‘pain and suffering loss of consortium’, bereavement dan trauma”. Ini adalah tindak balas emosional yang biasa dan dijangkakan akibat dari kematian anaknya tersebut. Perlu diambil perhatian bahawa ganti rugi yang dituntut ini tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan faedah yang selama ini telah dinikmati oleh plaintif tetapi adalah berkaitan dengan isu untuk mendapatkan pampasan terhadap perasaan sedih, dukacita, sugul, kehilangan dan terputus kasih sayang akibat kematian orang tersayang secara mengejut.” 93. Pihak Plaintif tidak menafikan bahawa kes di atas adalah bagi tuntutan ‘kematian salah’ namun adalah dihujahkan dengan hormatnya bahawa award Ganti rugi Am yang dipertimbangkan haruslah dibuat selari dengan trend masa terkini dengan juga mengambil kira kehilangan nilai mata wang pada masa ini. 94. Mahkamah Rayuan dalam kes di atas telah selanjutnya merujuk kepada kes Afrika Selatan PROTEA ASSURANCE CO LTD v LAMB (1971) (1) SA 530 – di muka surat 535H-536H – yang antara lain telah membuat pendekatan berikut: 38 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “It should be emphasised, however that this process of comparison does not take the form of a meticulous examination of awards made in other cases in order to fix the amount of compensation;nor should the process be allowed so to dominate the enquiry as to become a fetter upon the Court’s discretion is such matter.” 95. Justeru dan dalam tindakan ini dengan mengambil segala kerosakan yang telah timbul akibat pelepasan air buangan oleh Defendan ke atas hartanah Plaintif-Plaintif dan dengan merujuk prinsip dalam kes rujukan Mount Isa Mines Ltd v Pusey (1970) HC 60; (1970) 125 CLR 385 adalah dihujahkan bahawa ganti rugi untuk jumlah RM50,000.00 adalah bersesuaian sebagai Ganti rugi Am bagi kerosakan, kesulitan dan penafian menikmati hartanah Plaintif-Plaintif akibat kecuaian dan tindakan kacau ganggu Defendan. 96. Selanjutnya Plaintif-Plaintif juga menuntut Ganti rugi Teladan atas kecuaian Defendan yang dihujahkan sebagai satu bentuk hukuman dan halangan kepada Defendan daripada meneruskan atau mengulangi kecuaian dan/atau kegagalan seperti yang dinyatakan di atas yang timbul semata-mata atas dorongan dan pertimbangan untuk mengaut keuntungan. 39 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 97. Dalam kes CHIN CHOON @ CHIN TEE FUT v CHUA JUI MENG [2005] 3 MLJ 494 Mahkamah Rayuan berhadapan dengan isu Gantirugi Teladan telah memutuskan: “Next is the claim for exemplary damages. It is the submission of learned counsel for the appellant that no exemplary damages should be awarded as his client did not profit monetarily from the attack on the respondent. In support of his submission he relies on the well known passage in the speech of Lord Devlin in Rookes v Barnard (1964) AC 1129 affirmed by the House in Cassel v Broome(1972) AC 1027. The learned Law Lord said there are only two category of cases in which exemplary damages may be awarded.The first is not relevant here. Of the second he said:“cases in the second category are those in which the defendant’s conduct has been calculated by him to make profit for himself which may well exceed the compensation payable to the plaintiff.” “With respect, we do not think it a fair interpretation of Lord Devlin’s speech when read as a whole that he intended that grant of punitive or exemplary damages to be limited only to cases of monetary profit. That is too narrow an interpretation. In our judgment, any form of advantage gained by the defendant in a defamation case suffices ......It may produce an 40 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal immediate non pecuniary advantage that may translate itself into a monetary reward sometime later...” 98. Secara jujur Plantif-Plaintif tidak pernah mencadangkan apa-apa niat mala fide Defendan dan sebagainya, namun tindakan, sikap acuh tidak acuh yang diakui sendiri oleh SD 2, SD 3 dan SD 4 dan malahan keterangan bersumpah SP 2 bagaimana SP 2 telah mengesahkan bahawa semasa pulang kerja sekitar jam 4.50 petang pada tarikh 1.09.2022 air masih dipam dan dialirkan ke rumah Plaintif-Plaintif dan “saya naik atas, saya tanya dia kenapa alirkan air ini ke rumah saya. Saya ada tanya dia. Tapi dia buat don’t know. Saya buat laporan polis”, harus dipertimbangkan untuk Ganti rugi Teladan. 99. Dengan merujuk kepada kes-kes yang dipetik di atas, membandingkan tindak tanduk Defendan yang tidak mempedulikan tindakan kacau ganggu dan kecuaian nyata seperti dibuktikan dalam perbicaraan ini adalah dihujahkan bahawa ganti rugi untuk jumlah RM50,000.00 adalah bersesuaian sebagai Ganti rugi Teladan. 100. Selanjutnya Plaintif-Plaintif juga menuntut Ganti rugi Lebih Teruk atas kecuaian Defendan yang dihujahkan telah mengakibatkan gangguan emosi, tekanan perasaan dan trauma yang serius kepada Plaintif-Plaintif atas fakta-fakta yang diplidkan dalam 41 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PERENGGAN 15 PERNYATAAN TUNTUTAN adalah dihujahkan bahawa ganti rugi untuk jumlah RM50,000.00 adalah bersesuaian sebagai Ganti rugi Lebih Teruk. 101. SP 2 telah memberi keterangan bagaimana dapur, bilik air dan tandas rumah Plaintif Pertama makin terbuka dan sekarang ini telah juga menjejaskan bilik lain. 102. Justeru atas beban bukti imbangan kemungkinan adalah dihujahkan bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan yang diasaskan atas tort kecuaian dan kacau ganggu terhadap tindakan, kecuaian/kelalaian dan kacau ganggu yang timbul daripada kerja-kerja pembaikan paip oleh Defendan dan/atau ejen pada 1.09.2022. 103. Justeru Plaintif-Plaintif memohon bahawa tuntutan Plaintif-Plaintif dalam perenggan 20 Penyata Tuntutan bertarikh 23.10.2023 dibenarkan atas jumlah-jumlah Gantirugi-Gantirugi yang dihujahkan di atas berserta dengan kos kepada Plaintif-Plaintif. H. Hujahan Defendan-Defendan 104. Adalah suatu undang-undang mantap bahawa di bawah Seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950 ("AK1950"), Plaintif mempunyai beban pembuktian (burden of proof) untuk membuktikan dakwaan dan 42 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tuntutannya terhadap Defendan dan sekiranya beban pembuktian tersebut tidak dipenuhi, Defendan tidak perlu mengemukakan apa-apa bukti sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes HONG VIK TRADING V LIZIZ PLANTATION SDN BHD [2017] 15 MLJ 3983: “101.Burden of proof (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. (2)When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. 102.On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.” “[12] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it,the other party need not call any evidence.” 43 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Status Pemilikan Tanah & Rumah tersebut 105. Sebelum Defendan meneruskan hujahan kepada isu-isu sebagaimana di atas, Defendan ingin mengetengahkan bahawa tuntutan Plaintif dalam tindakan ini adalah bagi kerosakan rumah yang beralamat di Lot 10365, Kampung Bukit Berangan, 21060 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman ("Rumah tersebut") yang terletak di atas tanah berketerangan hak milik GM3834 No. Lot 10365, Mukim Kuala Nerus, Daerah Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman ("Tanah tersebut"). 106. Pertama sekali Plaintif hendaklah membuktikan bahawa Rumah dan Tanah tersebut adalah milik Plaintif bagi membolehkan Plaintif menuntut kerugian yang dialami (sekiranya dibuktikan). 107. Berdasarkan kepada Carian Rasmi di muka surat 1-2 lkatan B, rekod pemilikan Tanah tersebut adalah didaftarkan di atas nama Ab Rahaim bin Ali (1/5 bahagian), Fatimah binti Ali iaitu Plaintif Kedua (1/5 bahagian), Nor Alizabinti Ali (1/5 bahagian) dan Maimun binti Ali (2/5 bahagian). 108. Manakala, Rumah tersebut telah didaftarkan di atas nama Abdul Rahman bin Embong berdasarkan kepada rekod cukai pintu di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. 44 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 109. Adalah dihujahkan bahawa Plaintif Pertama tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini memandangkan Tanah dan Rumah tersebut tidak didaftarkan atas nama Plaintif Pertama. 110. Walaupun Plaintif Pertama memberikan keterangan bahawa beliau yang telah membina Rumah tersebut, namun tiada apa-apa bukti dikemukakan kepada Mahkamah untuk menyokong dakwaan Plaintif Pertama tersebut. 111. Oleh demikian, sekiranya terdapat apa-apa kerosakan dan/atau kerugian keatas Rumah tersebut, pihak Plaintif-Plaintif bukanlah pihak yang boleh menuntut sebaliknya Abdul Rahman bin Embong melalui pentadbir adalah pihak yang sewajarnya memfailkan tuntutan ini. 112. Defendan menegaskan bahawa atas alasan ini sahaja Mahkamah yang Mulia ini wajar menolak tuntutan Plaintif dalam tindakan ini. 113. Berlandaskan prinsip undang-undang bagi beban pembuktian tersebut, persoalan yang perlu diputuskan oleh Mahkamah bagi menjawab isu 1 ini adalah sama ada Plaintif dapat membuktikan, atas imbangan kebarangkalian, bahawa Defendan telah melakukan kecuaian semasa kerja-kerja pembaikan kerosakan paip dijalankan. 45 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 114. Adalah suatu undang-undang mantap bahawa terdapat 3 elemen yang perlu dipenuhi oleh Plaintif dalam membuat tuntutan dibawah tort kecuaian iaitu: (a) Kewujudan "duty of care" di pihak Defendan; (b) Terdapat perlanggaran "duty of care" tersebut oleh Defendan; dan (c) Perlanggaran "duty of care" tersebut mengakibatkan kerugian kepada Plaintif. 115. Bagi membuktikan kewujudan "duty of care". Plaintif hendaklah terlebih dahulu membuktikan "standard of care" yang dikehendaki daripada Defendan sebelum Mahkamah boleh menentukan sama ada terdapatnya perlanggaran "duty of care" oleh Defendan sebagaimana diputuskan dalam kes ANG YEW MENG & ANOR V DR SASHIKANNAN A/L ARUNASALAM & ORS [2011] 19 MLJ 153: “[70]...The burden of proof being primarily with the plaintiffs to prove negligence, it was incumbent on them to adduce evidence to establish the standard of care required of the second and third defendants. It is only then that it would be possible to assess whether there had been a breach of that duty of care.” 46 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 116. Dalam kes ANG YEW MENG & ANOR V DR SASHIKANNAN A/I ARUNASALAM & ORS [2011] 19 MLJ 153 tersebut juga, Mahkamah telah menolak tuntuan kecuaian Plaintif apabila Plaintif telah gagal untuk membuktikan kewujudan "duty of care" di pihak Defendan: “[70] With regard the breach of duty of care on the part of the second and third defendants, since I found they owed no duty of care towards the plaintiffs, there was no question of any breach.” 117. Mahkamah Persekutuan di dalam kes WU SIEW YINGTLA FUH LIN BUD-GRAFTING CENTRE V GUNUNG TUNGGAL QUARRY & CONSTRUCTION SDN BHD & ANOR [2011] 12 MLJ 1, memutuskan bahawa dalam membuktikan suatu "standard of care" seseorang Defendan, Plaintif hendaklah mengemukakan bukti untuk menunjukkan "standard of care" yang dikehendaki berdasarkan jenis aktiviti yang dijalankan oleh Defendan: “[45] Since the first defendant is not a professional,the standard of care required of it must be considered in the circumstances of the type of activities it was engaged in. In such circumstances, the objective standard must relate to the 47 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal type of activity rather than the category of actor which the first defendant belong.” 118. Oleh demikian, Plaintif hendaklah mengemukakan bukti "standard of care" bagi Defendan dalam melakukan kerja-kerja pembaikan kerosakan paip. 119. Sekiranya Plaintif gagal untuk membuktikan elemen pertama iaitu kewujudan "duty of care" tersebut, maka keseluruhan tuntutan Plaintif di bawah tort kecuaian wajar ditolak oleh Mahkamah. Plaintif tidak membuktikan standard of care 120. Sepanjang perbicaraan kes ini, Plaintif telah gagal untuk mengemukakan bukti melalui ekshibit mahupun pemanggilan saksi bagi membuktikan "standard of care" bagi Defendan. 121. Tiada mana-mana saksi yang mempunyai pengalaman menjalankan kerja-kerja pembaikan kerosakan paip dipanggil oleh Plaintif untuk memberikan keterangan berkenaan "standard of care" bagi kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembaikan kerosakan paip. 122. Di dalam kes DATO HEW LAM @ KEW HOI LAM (PRACTICING AS AKITEK SUPRA) V MICHIGAN PROPERTIES (M) SDN BHD [2016] 1 MLJU 1259, Mahkamah bersetuju bahawa beban untuk membuktikan kecuaian oleh seorang arkitek hendaklah dibuktikan 48 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dengan memanggil seorang arkitek yang lain untuk memberikan keterangan berkenaan "standard of care" yang dikehendaki: “[94] I agree with the learned counsel for the plaintiff that the defendant can only discharge the burden of proving negligence against the plaintiff by calling another architect to give evidence.” 123. Mahkamah Tinggi di dalam KES WU SIEW YING V GUNUNG TUNGGAL QUARRY & CONSTRUCTION SDN BHD & ORS [1999] 14 MLJ 9 memutuskan bahawa tanpa sebarang bukti dikemukakan oleh Plaintif untuk menunjukkan "standard of care" Defendan sebagai operator kuari, Mahkamah tidak boleh memutuskan sama ada Defendan telah melakukan kecuaian: “[42] He then demanded that 'it is incumbent upon the plaintiff to establish what the standard should have been'. Following from this, he said that 'while the mining engineer had expressed an opinion that the quarry was developed in a manner that had exposed the maximum danger to the plaintiff's land and that the operator had failed to take remedial measure that would prevent the collapse of the hill, no evidence was forthcoming with regard to the standard of care that was required of a reasonably competent operator so as to enable the court to reach a finding whether the first 49 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal respondent (first defendant) had breached his duty of care'. He then concluded that 'without any evidence of what a reasonably competent operator would have done under the circumstances, I am not in a position to make any assessment whether the first defendant had been careless in operating his quarry and in failing to take such remedial measurers'. Reiterating further, he said 'Notwithstanding the opinion of the mining engineer on the shortcomings of the operator, I cannot come to any conclusion that he (first defendant) had breached his duty of care'.” 124. Begitu juga di dalam KES LOH & LOH CONSTRUCTIONS SDN BHD V QUOTA INNOVATIONS SDN BHD AND OTHERS [2005] 1 MLJU 552, Mahkamah membuat dapatan bahawa Mahkamah tidak dapat menentukan kecuaian Defendan kerana ketiadaan bukti untuk menunjukkan "standard of care" Defendan sebagai seorang akauntan: “In the present case, there is no credible evidence to prove that the 8thDefendant has in any way breached the standard of duty of care required of it in the circumstances of this case. The Plaintiff has failed to establish by evidence as to what this standard of duty of care requires of the 8th Defendant in the circumstances of the particular facts in this case. It is insufficient for the Plaintiff to merely assert the principle and 50 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal then state that the 8th Defendant has breached the standard. It is incumbent upon the Plaintiff to establish by expert evidence as to what a reasonably competent accountant would or ought to have done in the circumstances, and in what way the 8th Defendant has not acted in accordance with the standards of reasonably competent accountant at that time. The 8th Defendant is not guilty of professional negligence if it has acted in accordance with a practice accepted as proper by accountants. The 8th Defendant as professional accountant had stated in evidence that it has met this standard, bearing in mind that there is no fixed method of doing things. As stated in Bolam's case "...there may be one or more perfectly proper standards ... ". The Plaintiff has failed to establish by evidence, and it must be by expert evidence as to how and in what way the 8thDefendant has failed to meet the standards of its fellow accountants, or that its fellows accountants would not have done things in the same way or adopted the same methods as the 8th Defendant in the circumstances of this case. This requirement as to expert evidence is evident from the numerous cases involving the alleged negligence of a professional, for example, in medical negligence cases. This Court would not be in a position to find that the 8th Defendant was guilty of professional negligence as accountant without the assistance of such evidence.” 51 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 125. Begitu juga dalam tindakan di Mahkamah ini, Plaintif hanya memanggil dua orang saksi iaitu kontraktor yang menyediakan sebut harga pembaikian dapur dan Plaintif Pertama sahaja. 126. Tiada mana-mana saksi kontraktor yang mempunyai pengalaman dalam membaiki kerosakan paip utama dikemukakan untuk memberi keterangan berkenaan "standard of care" bagi seorang kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembaikian paip. 127. Hanya Plaintif Pertama sahaja yang memberikan keterangan berkenaan prosedur dalam kerja-kerja membaiki kerosakan paip namun Plaintif Pertama sendiri juga mengakui bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan berkenaan prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh Defendan atau kontraktor dalam kerja-kerja pembaikian paip. Defendan telah mengambil langkah-langkah sewajarnya. 128. Adalah dihujahkan bahawa pihak Defendan telah mengikuti prosedur sepatutnya dalam mengendalikan aduan kerosakan paip tersebut dengan mengambil kira bukan sahaja kepentingan Plaintif malah penduduk sekitar dan pengguna lain secara keseluruhannya. 129. Mengambil kira keadaan kawasan kejadian yang terletak ditepi jalan utama, keputusan kontraktor Pihak Ketiga untuk melepaskan 52 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal air ke kawasan tepi kawasan kejadian adalah langkah wajar dan terbaik kerana: (a) Keadaan kawasan kejadian terletak di tepi jalan utama Kampung Bukit Berangan yang dilalui orang awam terutamanya penduduk kampung dan kenderaan berat. (b) Walaupun terdapatnya longkang diseberang jalan, namun sekiranya air dilepaskan ke longkang tersebut akan mengakibatkan risiko yang tinggi kepada pengguna jalanraya apabila hos air diletakkan di atas jalan raya dan berkemungkinan menyebabkan jalan licin. 130. Sekiranya hos air diletakkan di atas jalan raya tersebut sehingga menyebabkan jalan ditutup, pihak Defendan atau kontraktor Pihak Ketiga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Kerja Raya terlebih dahulu yang akan memakan masa sedangkan kerosakan paip perlu dibaiki segera kerana melibatkan penutupan bekalan air kepada pengguna. 131. Adalah dihujahkan bahawa keterangan Plaintif Pertama bahawa air boleh dilepaskan ke longkang diseberang jalan hanyalah semata-mata keranakepentingan peribadi Plaintif Pertama tanpa memikirkan dan mengambil kira kepentingan dan keselamatan penduduk dan pengguna secara keseluruhan sedangkan kerja- 53 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kerja pembaikian kerosakan paip tersebut adalah unuk kepentingan awam. 132. Maka, berdasarkan penghujahan di atas, jawapan kepada lsu 1 ini boleh diringkaskan sebagaimana berikut: (a) Plaintif telah gagal untuk membuktikan "duty of care" dan/atau "standard of care" bagi Defendan dalam menjalankan kerja-kerja pembaikian paip rosak. (b) Memandangkan Plaintif gagal untuk membuktikan apa-apa "duty of care" dan/atau "standard of care" bagi Defendan, maka Mahkamah tidak boleh membuat dapatan bahawa Defendan telah melanggar (breach) apa-apa "duty of care" dan/atau melakukan kecuaian. (c) Walau apa pun keadaan, Defendan telah membuktikan bahawa sepanjang kerja-kerja kerosakan paip rosak dilakukan, segala risiko, kepentingan keselamatan dan langkah-langkah wajar yang dikehendaki bagi seseorang kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembaikian kerosakan paip rosak telah diambil oleh Defendan dan/atau kontraktor Pihak Ketiga. 54 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 133. Berdasarkan kepada hujahan Defendan di Perenggan 7 dan 8 di atas, persoalan yang perlu diputuskan oleh Mahkamah bagi menjawab isu 2 ini adalah sama ada Plaintif dapat membuktikan, atas imbangan keberangkalian, bahawa Defendan telah melakukan kacau ganggu terhadap hartanah Plaintif-Plaintif. 134. Berdasarkan kepada Pernyataan Tuntutan, dakwaan kacau ganggu tersebut adalah pelepasan air dalam kuantiti yang banyak ke arah hartanah Plaintif Pertama. 135. Adalah diketengahkan bahawa Plaintif tidak mengemukakan sebarang keterangan daripada saksi bebas terutamanya saksi pakar bagi membuktikan pelepasan air tersebut dalam kuantiti yang banyak sehingga merosakkan hartanah Plaintif. 136. Bagi membuktikan dakwaan pelepasan air dalam kuantiti yang banyak tersebut, Plaintif hanya bergantung kepada keterangan lisannya sendiri, dimana harus diketengahkan bahawa Plaintif Pertama adalah merupakan self-serving witnesses, yang mempunyai kepentingan untuk memastikan keputusan kes ini berpihak kepada Plaintif. 137. Oleh yang demikian, kami menghujahkan bahawa adalah tidak selamat (unsafe) bagi Mahkamah untuk bergantung sepenuhnya 55 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kepada keterangan Plaintif Pertama semata-mata, tanpa bukti sokongan daripada sumber bebas (independent source). 138. Di dalam kes LOW TIN YONG @ LOW YONG LIAN V LOW YONG THUAN [2016] 3 MLJ 332, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk menolak keterangan yang diberikan oleh ahli keluarga Responden kerana ianya merupakan keterangan self- serving witnesses dan tidak disokong oleh apa-apa bukti sokongan: “(29) The only evidence adduced by the respondent to establish a trust was the oral evidence of the wife of one of the siblings, the wife of the respondent, the son of Low Yong Piew and the respondent himself. Their contentions were oral. It is evident that most of the witnesses were aligned to the respondent and their evidence ought to have been treated with caution, as being self-serving. [53] The trial judge failed, in our view to scrutinise the evidence of the respondent and his witnesses with sufficient attention or evaluation in that she failed to apprehend that these witnesses were all closely aligned to the respondent and had pecuniary interest in the matter. To that extent, their evidence was relatively self- serving. No independent witnesses were called to corroborate or support the evidence of their witnesses. It was not supported by any documentary evidence whatsoever.” 56 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 139. Malah, di dalam kes CHIN MOY YAN & ORS V CHAI WANG SING & ORS [2017] MLJU 1355, Mahkamah Tinggi menolak tuntutan kacau ganggu oleh Plaintif kerana bukti yang dikemukakan adalah keterangan lisan daripada Plaintif semata-mata: “[15] As to the crux of the claim i.e., nuisance, as a result of noise and disturbance emanating from unit C-P-1, the crucial point is that the Plaintiffs bear the onus of adducing sufficient evidence to prove that the D1-D4 by the collective conduct and/or wrongful acts/omissions had caused the Plaintiffs damage and/or interference to their personal comfort in the use of their premises to justify the reliefs of injunction and damages being granted. It is trite law that to be actionable, the interference or disturbance has to be continuous. In some types of nuisance, proof of actual damage is not necessary but there must be evidence of reasonable interference to the use and enjoyment of Plaintiff's property for the action to succeed. In the Court's view the required evidence cannot be purely bare allegations by the Plaintiffs themselves and their own oral statement as they are interested parties.” 140. Namun begitu, Plaintif telah mengemukakan video pelepasan air yang mana adalah dihujahkan bahawa video tersebut hanya berdurasi pendek yang tidak membuktikan bahawa kuantiti air yang dilepaskan tersebut telah mengakibatkan keretakan dan 57 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kerosakan kepada rumah Plaintif Pertama terutamanya bahagian dapur. 141. Malahan, adalah dihujahkan bahawa video tersebut juga tidak mempunyai tarikh dan tidak boleh secara konklusifnya dikaitkan dengan kerja-kerja pembaikian kerosakan yang dijalankan oleh kontraktor Pihak Ketiga. 142. Plaintif Pertama juga dalam keterangan beliau mengakui tiada bukti bahawa hos air tersebut mengalir menghala ke Rumah tersebut. 143. Mahkamah Rayuan dalam kes DATO' MANOKARAN VERAYA V PERBADANAN PENGURUSAN APARTMEN KAYANGAN DAN OTHER APPEAL [2019] 2 MLJ 458 memutuskan bahawa pelepasan debu dan asap, bunyi bising, getaran dan apa jua bentuk pencemaran lain oleh Defendan tidak boleh dianggap sebagai suatu kacau-ganggu, melainkan terbukti bahawa ia telah memberi kesan kepada Plaintif: “(47) There was also no evidence adduced by the plaintiff to support his contention that the renovation works that he did to his unit was due to the effect of the smoke and smell emanating from the restaurant. The emission of smoke and fumes, noise,vibration and other forms of pollution into the 58 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal atmosphere will not constitute action able nuisance at common law unless it is proven that they are actually harmful to the plaintiff's property, or in some way affecting the reasonable enjoyment of it.” Kacau ganggu tidak memberi kesan 144. Berdasarkan kepada dapatan Mahkamah Rayuan di atas, Plaintif hendaklah membuktikan bahawa kacau ganggu (yang mana dinafikan) tersebut telah memberi kesan kepada Plaintif. 145. Dalam Pernyataan Tuntutan, Plaintif telah memplidkan bahawa kacau ganggu tersebut menyebabkan kerosakan ke Rumah tersebut iaitu hakisan, kerosakan struktur rumah terutamanya bahagian dapur dan tempat letak kereta, bahagian hadapan Rumah tersebut dan tangki septik. 146. Walau bagaimanapun, tiada apa-apa bukti seperti laporan pakar (arkitek, quantity surveyor dan/atau building inspector) dan keterangan daripada saksi yang menyokong dakwaan bahawa kerosakan-kerosakan tersebut diakibatkan oleh pelepasan air tersebut. 147. Tidak dinafikan bahawa Plaintif cuba untuk mengemukakan bukti sokongan berkenaan dengan kerosakan pada Rumah tersebut 59 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal melalui gambar-gambar yang diambil oleh Plaintif Pertama, tetapi kami menghujahkan bahawa gambar-gambar tersebut tidak membuktikan bahawa kerosakan yang berlaku tersebut adalah diakibatkan oleh kerja-kerja pembaikian kerosakan yang dijalankan oleh kontraktor Pihak Ketiga, terutamanya apabila mengambil kira bahawa gambar-gambar tersebut tidak bertarikh. 148. Kami juga menghujahkan bahawa gambar-gambar tersebut tidak boleh diterima sebagai bukti yang kukuh untuk membuktikan kerosakan yang berlaku tersebut adalah diakibatkan oleh kerja- kerja kontraktor Pihak Ketiga kerana Plaintif Pertama tidak mengemukakan apa-apa gambar yang menunjukkan keadaan Rumah tersebut sebelum tarikh kejadian (iaitu sebelum pelepasan air) untuk dibuat perbandingan. Perkara ini diakui sendiri oleh Plaintif Pertama. 149. Malah, dakwaan Plaintif bahawa Plaintif Pertama dan keluarga beliau mengalami gangguan emosi, tekanan perasaan, distress dan trauma langsung tidak disokong oleh apa-apa bukti seperti laporan perubatan atau laporan psikiatri. 150. Oleh itu, Defendan menegaskan bahawa pelepasan air dari kerja- kerja pembaikian kerosakan paip rosak tersebut tidak memberikan apa-apa kesan kepada Plaintif terutamanya Plaintif Pertama. 60 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kacau ganggu bersifat sementara 151. Secara alternatif, sekiranya Defendan telah mengakibatkan kacau ganggu sepertimana didakwa oleh Plaintif sekalipun (yang mana dinafikan), Defendan menghujahkan bahawa kacau ganggu tersebut adalah bersifat sementara kerana kontraktor Pihak Ketiga hanya menjalankan kerja-kerja mengepam air dari kawasan yang dikorek bermula jam 12.00 tengah hari sehingga sekitar 7.00 malam apabila notis penutupan bekalan air ditamatkan. 152. Merujuk kepada kes DATO' MANOKARAN VERAYA V PERBADANAN PENGURUSAN APARTMEN KAYANGAN AND ANOTHER APPEAL [2019] 2 MLJ 458, Mahkamah telah memutuskan bahawa untuk mengambil tindakan dibawah undang- undang kacau ganggu, perbuatan kacau ganggau tersebut hendaklah berpanjangan dan bukan bersifat sementara: “[45] ... This principle applies generally to all nuisance claims and the courts will consider,among others, the duration and intensity or seriousness of the activity complained of. Therefore, for the law of nuisance to be actionable, it should be something which is more than temporary. In our case, the nuisance was temporary and had ceased.” 61 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 153. Dalam kes tersebut, Mahkamah mendapati bahawa kacau ganggu yang diadukan tersebut adalah bersifat sementara dan seterusnya menolak tuntutan Plaintif. 154. Dalam kes CHIN MOY YEN & ORS V CHAI WENG SING & ORS [2017] MLJU 1355, Mahkamah memutuskan bahawa dalam suatu tuntutan kacau ganggu, perbuatan yang diadukan hendaklah dilakukan secara berterusan: “[15]...It is trite law that to be actionable, the interference or disturbance has to be continuous”. 155. Oleh demikian, bagi lsu 2 ini Defendan menegaskan bahawa: (a) Plaintif tidak dapat membuktikan atas imbangan kebarangkalian dakwaan kacau ganggu oleh Defendan terhadap Rumah tersebut atau kepada Plaintif. (b) Sekiranya terdapat kacau ganggu (yang mana dinafikan), ia langsung tidak memberikan kesan kepada Plaintif mahupun Rumah tersebut. Secara alternatif, dakwaan kacau ganggu tersebut adalah bersifat sementara. 62 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 156. Plaintif didalam Pernyataan Tuntutan juga bergantung kepada pemakaian prinsip Rylands v Fletcher dan juga Res lpsa Loquitur. 157. Walaubagaimanapun, Defendan menegaskan bahawa Plaintif telah gagal untuk membuktikan kesemua elemen bagi menggunapakai prinsip Rylands v Fletcher dalam tindakan ini iaitu kewujudan benda berbahaya (existence of dangerous substance or likely to cause danger), pengumpulan yang disengajakan (intentional accumulation I storage), pelepasan (escape), penggunaan tidak natural (non-natural use) dan kerosakan boleh jangka (foreseeability of damage). 158. Defendan akan menghujahkan setiap elemen tersebut sebagaimana berikut: (a) Kewujudan benda bahaya atau yang boleh menyebabkan bahaya (existence of dangerous substance or likely to cause danger). Adalah dihujahkan bahawa Plaintif tidak memanggil mana-mana pakar atau pihak yang berkelayakan untuk memberikan keterangan berkaitan kuantiti air yang dilepaskan daripada kawasan pembaikian paip rosak tersebut, justeru itu tiada bukti untuk menyokong bahawa kuantiti air yang dilepaskan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada Plaintif dan Rumah tersebut. Malah, SD3 semasa pemeriksaan balas memberikan keterangan bahawa air tersebut tidak akan menyebabkan kerosakan ke Rumah tersebut. 63 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) Pengumpulan yang disengajakan (intentional accumulation storage). Air yang dilepaskan hanyalah air yang terkumpul di dalam paip sahaja selepas bekalan air telah ditutup dan air tersebut perlu dikeluarkan bagi membolehkan kerja-kerja pembaikian kerosakan paip rosak dilakukan untuk kepentingan awam dan bukanlah air yang dikumpulkan dengan sengaja untuk tujuan tertentu. (c) Pelepasan (escape). Pelepasan air tersebut bukanlah betul- betul dihalakan ke Rumah tersebut dan ia dialirkan ke tepi kawasan yang dikorek yang mana kawasan tersebut tidak mempunyai apa-apa binaan. Air tersebut mengalir ke arah Rumah tersebut kerana keadaan kawasan Rumah yang lebih rendah daripada kawasan tepi jalan. (d) Penggunaan tidak natural (non-natural use). Penggunaan tanah untuk penanaman paip bekalan air oleh syarikat pembekal air di seluruh Malaysia terutamanya di kawasan rizab jalan bukan suatu penggunaan tanah yang tidak natural (non-natural use) terutamanya di kawasan penempatan bagi membekalkan air kepada pengguna. (e) Kerosakan boleh jangka (foreseeability of damage). Mengambil kira kuantiti air yang dilepaskan, keadaan kawasan menurun dengan halangan batu yang memperlahankan arus air, 64 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kedudukan dapur Rumah tersebut di bahagian belakang dan keretakan yang berlaku adalah diluar jangkaan Defendan dan kontraktor Pihak Ketiga. Tambahan lagi, hanya bahagian dapur yang mengalami keretakan yang teruk sedangkan bahagian ruang tamu yang berada di hadapan dan bahagian pertama yang terkena arus air tersebut langsung tidak mengalami keretakan. Sebagaimana keterangan daripada SD2, SD3 dan SD4, kuantiti dan arus air yang perlahan secara logiknya tidak akan menyebabkan keretakan kepada struktur rumah. Namun harus diketengahkan juga oleh Defendan bahawa Rumah tersebut yang dibina pada tahun 2009 (setelah penguatkuasaan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1984 dan Undang-Undang Seragam 1984) telah dibina tanpa kelulusan pelan (Eksibit 08 dan 09) dan tanpa perakuan layak menduduki (CF / CCC) oleh pihak berwajib menjadikan Rumah tersebut tidak diketahui tahap keselamatan dan pematuhan serta adakah Rumah tersebut selamat untuk diduduki. 159. Mahkamah Rayuan di dalam kes PROJEK LEBUH RAYA UTARA-SELATAN SDN BHD V KIM SENG ENTERPRISE (KEDAH) SDN BHD [2013] 15 MLJ 360 telah merujuk kepada kes Cambridge Water Co Ltd v Eastern Counties Leatherpie [1994] 1 All ER 53 yang membuat dapatan bahawa Defendan tidak boleh dipertanggungjawabkan di bawah prinsip Rylands v Fletcher memandangkan kerosakan tersebut bukanlah kerosakan yang 65 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal boleh dijangka dan penyimpanan bahan kimia di tempat perindustrian bukanlah merupakan penggunaan tanah tidak natural: “[120] But the House of Lords in Cambridge Water held that foreseeability of damage was a prerequisite of liability in Rylands v Fletcher. And that liability arose only if the defendant knew or ought reasonably to have foreseen that those things might, if they escaped, cause damage. It was also held that the same test applies in nuisance. [121] The House of Lords in Cambridge Water further held that the defendant could not have reasonably foreseen that the seepage of the chemical PCE through the tannery floor could have caused the pollution of the plaintiff's borehole and therefore was held not to be liable under the rule in Rylands v Fletcher. And by way of per incuriam, it was also held that the storage on industrial premises of substantial quantities of chemicals constituted a non-natural use, even in an industrial complex.” 160. Maka, apabila Plaintif telah gagal untuk membuktikan liabiliti Defendan di bawah prinsip Rylands v Fletcher, prinsip Res lpsa Loquitur juga tidak terpakai dalam tindakan ini. 66 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 161. Bagi lsu 4 ini, beban pembuktian adalah oleh Plaintif bagi membuktikan bahawa kerosakan terhadap hartanah terutamanya Rumah tersebut adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembaikian kerosakan paip yang dijalankan oleh kontraktor Pihak Ketiga. 162. Dalam Pernyataan Tuntutan 16, Plaintif memplidkan kerosakan yang terlaku ke atas Hartanah tersebut adalah: a) Hakisan teruk atas jalan masuk konkrit simen ke hartanah tersebut; b) Korosakan struktur rumah, bahagian dapur dan tempat letak kereta; c) Kerosakan bahagian hadapan premis dan d) (d) Kerosakan tangki septik. 163. Defendan menegaskan bahawa sebagaimana yang telah dihujahkan di atas, tiada apa-apa bukti konklusif yang menyokong dakwaan Plaintif berkenaan kerosakan-kerosakan tersebut disebabkan oleh kerja-kerja pembaikian kerosakan paip yang dijalankan pada 1.9.2022: (a) Bukti yang dikemukakan hanyalah keterangan lisan daripada Plaintif Pertama, yang mana telah dihujahkan sebelum ini bahawa keterangan Plaintif Pertama tersebut adalah tidak selamat untuk Mahkamah bergantung sepenuhnya tanpa apa-apa bukti 67 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sokongan daripada sumber bebas memandangkan keterangan Plaintif Pertama tersebut bersifat self-serving witness. (b) Tiada pakar atau pihak bertauliah bebas (arkitek, quantity surveyor atau pemeriksan bangunan) yang dipangil dan memperakukan bahawa kerosakan-kerosakan tersebut terutamanya keretakan padabahagian dapur Rumah tersebut diakibatkan oleh kerja-kerja pembaikian paip rosak tersebut. (c) Gambar-gambar (hanya gambar-gambar bahagian dapur yang retak tanpa gambar-gambar kerosakan lain seperti kerosakan tangki septik dan keroskan tempat letak kereta) yang dikemukakan oleh Plaintif juga tidak mempunyai tarikh dan tidak dapat dibuktikan diambil pada hari kejadian. (d) Tiada gambar-gambar atau bukti sokongan menunjukkan keadaan Rumah tersebut sebelum 1.9.2022 untuk dibuat perbandingan. (e) Rumah tersebut dibina pada tahun 2009 tanpa mendapatkan kelulusan pelan daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu malahan tiada juga Sijil Layak Menduduki (CF) /Perakuan Kesiapandan Pematuhan (CCC) oleh pihak berkuasa yang 68 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal memperakukan Rumah tersebut dibina mengikut spesifikasi dan selamat untuk diduduki. 164. Mahkamah Tinggi dalam kes AHMAD RUBIL BIN AHMAD & ORS V. MINDA MUHIBAH SDN BHD & ANOR (TERMINAL BERSEPADU GOMBAK SDN BHD & ORS, THIRD PARTIES) [2024] 18 MLJ 869 menolak tuntutan Plaintif kerana tiada keterangan kukuh yang boleh mengenakan liabiliti keatas kerja pembinaan dan/atau pembangunan yang dijalankan oleh defendan-defendan menyebabkan pemendapan tanah plaintif- plaintif dan menjejaskan rumah-rumah mereka: “There was no compelling evidence that could nail liability on the construction and/or development works carried out by the defendants, causing settlements on the plaintiffs' land and impacting the houses. The evidence did not fit the claim. Expert evidence tendered was merely speculative rather than definitive. Consequently, the court found that: (a) the plaintiffs were unable to establish that the defendants' action was the effective cause of the injury suffered; (b) the plaintiffs were unable to prove a causative link between the alleged wrongdoing and the damage/injury caused, and therefore; (c) the plaintiff's claim must fail (see para 14).” 69 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 165. Keterangan yang dikemukakan tidak membuktikan tuntutan tersebut. Keterangan pakar yang dikemukakan hanyalah spekulatif dan bukannya definitif. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa: (a) plaintif-plaintif tidak dapat memastikan bahawa tindakan defendan-defendan adalah punca sebenar kerosakan yang dialami; (b) plaintif-plaintif tidak dapat membuktikan kaitan penyebab antara salah laku yang didakwa dan kerosakan/kecederaan yang diakibatkan, dan oleh itu; (c) tuntutan plaintif-plaintif gagal dibuktikan. 166. Dapatan Mahkamah Tinggi tersebut seterusnya telah disahkan oleh keputusan Mahkamah Rayuan AHMAD RUBIL BIN AHMAD & ORS V MINDA MUHIBAH SDN BHD & ANOR [2025] MLJU 2244. 167. Berdasarkan kepada dapatan kes di atas, Defendan menghujahkan bahawa tiada apa-apa bukti konklusif yang boleh meletakkan liabiliti ke atas Defendan bagi kerosakan-kerosakan 70 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang dialami oleh Plaintif, maka tuntutan Plaintif tersebut telah gagal untuk dibuktikan. Gantirugi Khas 168. Adalah undang-undang ditetapkan (established law) bahawa gantirugi khas adalah bagi merupakan perbelanjaan yang telahpun dikeluarkan (past expenses), suatu gantirugi yang telah dikenalpasti sebelum perbicaraan dan dapat dikira serta dibutirkan secara khusus. 169. Di dalam kes Ngooi Ku Siong & Anor v Aidi Abdullah [1985] 11 MLJ 30, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa gantirugi khas hendaklah diplidkan dan dibuktikan secara khusus yang mana gantirugi khas tersebut adalah merujuk kepada perbelanjaan lepas dan kehilangan pendapatan: “Special damages on the other hand have to be specifically pleaded and strictly proved. They refer to past expenses and loss of earnings. The exact loss must be pleaded where the precise amount of item has become clear before the trial.” 170. Jumlah tepat kerugian tersebut hendaklah diplidkan dan diketahui sebelum perbicaraan lagi. 71 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 171. Mahkamah Tinggi di dalam kes WONG KIM LAN & ORS V CHAI NYUK KONG & ORS [2015] 5 MLJ CON 76 pula memutuskan bahawa gantirugi khas ialah jumlah ganti rugi yang diketahui dan boleh dikira dengan tepat dan betul dan bukannya jumlah yang dipetik dari udara dan kemudian dirayu; ia mesti dikira dengan betul dengan butiran: “Special damages are sums of damages known and quantifiable but not such sum that was plucked from the air and then pleaded; it must be properly quantified with particulars”. 172. Defendan akan menghujahkan setiap tuntutan kos sebagaimana berikut: (a) Kos pembaikan bahagian dapur (RM40,900.00) Plaintif mengemukakan sebut harga (Ekshibit P1) bagi kos pembaikan kerosakan dapur Rumah tersebut, namun kos sebanyak RM40,090.00 tersebut masih belum dikeluarkan oleh Plaintif Pertama memandangkan sehingga tarikh perbicaraan kes ini, dapur Rumah tersebut masih belum dibaiki, masih belum roboh dan masih boleh digunakan. Dan adalah jelas bahawa kos sebanyak RM40,900.00 tersebut masih belum dikeluarkan dan/atau dibelanjakan oleh Plaintif Pertama. 72 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) Kos pembaikian (RM4,000.00) Plaintif memberikan keterangan bahawa kos pembaikian sebanyak RM4,000.00 tersebut adalah hanya anggaran untuk pembaikian jalan dan tempat letak kereta dan kerja-kerja pembaikian tersebut tidak dijalankan sehingga tarikh perbicaraan kes ini. (c) Kos pembersihan (RM1,500.00). Tiada apa-apa bukti (keterangan saksi, gambar mahupun resit) dikemukakan untuk menyokong tuntutan RM1,500.00 bagi kos-kos pembersihan dikemukakan sepanjang perbicaraan. (d) Kos pembaikan tangki septik (RM2,500.00) Plaintif mengakui bahawa kerja-kerja pembaikan tangki septik tidak dijalankan dan beliau tidak mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2,500.00 tersebut. Tangki septik di Rumah tersebut masih berfungsi sehingga tarikh perbicaraan kes ini. (e) Kos Laporan Penilaian (RM800.00) Plaintif hanya mengemukakan invois daripada Penilai iaitu Fadzilah & Fikri Sdn Bhd (Eksibit P7), namun tiada resit rasmi dikeluarkan oleh pihak Penilai untuk membuktikan bahawa jumlah RM800.00 tersebut telah dibayar. Malah, Plaintif juga tidak memanggil penilai untuk memberikan keterangan dan menyokong dakwaan pembayaran sebanyak RM800.00 tersebut. 73 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (f) Kos Laporan Polis dan dokumen/gambar (RM200.00). Tiada apa-apa bukti terutamanya resit dikemukakan dalam perbicaraan ini bagi kos sebanyak RM200.00 tersebut. 173. Oleh itu, adalah dihujahkan bahawa Plaintif telah gagal untuk membuktikan apa-apa kerugian yang ditanggung untuk mewajarkan Mahkamah yang Mulia ini membenarkan tuntutan ganti rugi khas sebanyak RM49,900.00 yang dituntut oleh Plaintif. Ganti rugi Am, Ganti rugi Teruk dan Ganti rugi Teladan/Punitif 174. Bagi ganti rugi am, Plaintif menuntut ganti rugi atas gangguan emosi, tekanan perasaan, distress dan trauma yang dialami oleh Plaintif, namun adalah ditegaskan bahawa Plaintif langsung tidak mengemukakan apa-apa laporan perubatan dan/atau laporan psikiatri untuk menyokong dakwaan berlakunya tekanan perasaan, gangguan emosi dan distress yang dialami. 175. Plaintif juga mendakwa bahawa akibat daripada kerja-kerja pembaikan kerosakan paip tersebut telah menyebabkan struktur tanah menjadi lemah, namun tiada pengesahan daripada pihak bertauliah dikemukakan kepada pihak Mahkamah. 176. Selain itu, Plaintif juga mendakwa bahawa nilai hartanah tersebut mengalami kejatuhan akibat daripada kerja-kerja pembaikan kerosakan paip rosak tersebut dan Plaintif telah mengemukakan 74 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Laporan Penilaian, namun penilai yang menyediakan laporan tersebut tidak dipanggil oleh Plaintif untuk memberikan keterangan dan untuk diperiksa balas oleh pihak Defendan. 177. Kandungan Laporan Penilaian tersebut hanya mengandungi nilai pasaran Hartanah tersebut dan tidak langsung membuktikan bahawa nilai hartanah tersebut telah jatuh dan berkurang akibat daripada kerja-kerja pembaikan kerosakan paip rosak tersebut. 178. Tambahan lagi, walaupun Laporan Penilaian tersebut ditandakan sebagai ekshibit, namun Plaintif Pertama bukanlah pembuat (maker) dokumen tersebut dan seharusnya Laporan Penilaian tersebut tidak boleh diterima (inadmissible) sebagai bukti. 179. Tambahan lagi dengan bantahan yang dikemukakan oleh pihak Defendan dan Plaintif tiada usaha untuk memanggil penilai yang menyediakan Laporan penilaian tersebut walaupun selepas bantahan dibuat oleh Defendan. 180. Oleh itu, Defendan menghujahkan bahawa Laporan Penilaian tersebut tidak boleh diterima dan dipertimbangkan oleh Mahkamah yang Mulia ini sebagaimana dapatan Mahkamah Rayuan di dalam kes CGU INSURANCE BHDV ASEAN SECURITY PAPER MILLS SDN BHD [2006] 13 MLJ 1 bahawa 75 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bukti yang tidak boleh diterima kekal sebagai bukti tidak boleh diterima walaupun tanpa bantahan pihak satu lagi: “True that there was no objection to the evidence of Mr Kala Singh. But that is neither here nor there. Even in civil cases, inadmissible evidence remains inadmissible absent any objection. In Malaysia National Insurance Sdn Bhd v Malaysia Rubber Development Corporation [1986] 2 MLJ 124, Lee Hun Hoe CJ (Borneo) said: Objection should have been taken to the evidence of DW1. Hearsay evidence which ought to have been rejected does not become admissible merely because no objection was taken earlier.The authorities are clear on this. Perhaps, it is only necessary to cite Sarkar, Law of Evidence,(13th Ed) at p 51 which reads:An erroneous omission to object to evidence not admissible or relevant under the Act does not make it admissible. It is the duty of the court to exclude all irrelevant or inadmissible evidence even if no objection is taken to its admissibility by the parties…” 181. Bagi ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan/punitive, Defendan menghujahkan bahawa tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh Defendan mahupun kontraktor Pihak ketiga yang berniat jahat, malah kerja-kerja pembaikan kerosakan paip rosak tersebut dijalankan susulan aduan daripada Plaintif Pertama sendiri dan tentunya demi kepentingan awam bagi memastikan pengguna dan 76 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal penduduk sekitar kawasan terjejas mendapat bekalan air tanpa apa-apa gangguan. 182. Dalam kes SAMBAGA VALLI A/P KR PONNUSAMY V DATUK BANDAR KUALA LUMPUR & ORS AND ANOTHER APPEAL [2018] 11 MLJ 784, Mahkamah Rayuan membuat dapatan bahawa ganti rugi teruk akan diberikan sekiranya kerosakan yang berlaku adalah disebabkan kelakuan Defendan yang luar biasa manakala ganti rugi teladan/punitif diberikan apabila Defendan berkelakuan dengan niat jahat dan langsung tidak menghiraukan Plaintif: “[32] Now, aggravated damages are classified as a species of compensatory damages, which are awarded as additional compensation where there has been intangible injury to the interest of personality of the plaintiff, and where this injury has been caused or exacerbated by the exceptional conduct of the defendant. [33] The exemplary damages or punitive damages-the two terms now regarded as interchangeable-are additional damages awarded with reference to the conduct of the defendant, to signify disapproval, condemnation or denunciation of the defendant's tortious act, and to punish the defendant.Exemplary damages may be awarded where the defendant has acted with vindictiveness or malice, or where 77 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal he has acted with a 'contumelious disregard' for the right to the plaintiff. The primary purpose of an award of exemplary damages may be deterrent, or punitive and retributory, and the award may also have an important function in vindicating the rights of the plaintiff (see Rookes v Barnard [1964] 1 All ER 367; AB and others v South West Water Services Ltd [1993) 1All ER 609; Broome v Cassell & Co Ltd [1971) 2 QB 354, Laksmana Realty Sdn Bhd v Goh Eng Hwa and another appeal [2006) 1 MLJ 675)” 183. Bagi ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan/punitive, Defendan menghujahkan bahawa tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh Defendan mahupun kontraktor Pihak ketiga yang berniat jahat, malah kerja-kerja pembaikan kerosakan paip rosak tersebut dijalankan susulan aduan daripada Plaintif Pertama sendiri dan tentunya demi kepentingan awam bagi memastikan pengguna dan penduduk sekitar kawasan terjejas mendapat bekalan air tanpa apa-apa gangguan. 184. Dalam kes Sambaga Valli a/p KR Ponnusamy v Datuk Bandar Kuala Lumpur & Ors and another appeal [2018] 11 MLJ 784, Mahkamah Rayuan membuat dapatan bahawa ganti rugi teruk akan diberikan sekiranya kerosakan yang berlaku adalah disebabkan kelakuan Defendan yang luar biasa manakala ganti 78 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal rugi teladan/punitif diberikan apabila Defendan berkelakuan dengan niat jahat dan langsung tidak menghiraukan Plaintif. I. Alasan Keputusan Mahkamah 185. Mahkamah berpuas hati bahawa pihak Defendan adalah cuai dan melakukan pencerobohan apabila melepaskan air ke arah rumah Plaintif-Plaintif. 186. Tindakan melepaskan air ini merupakan satu kecuaian kerana pada pendapat Mahkamah terdapat cara lain untuk kerja-kerja pembaikan tersebut dilaksanakan. 187. Mahkamah mendapati bahawa kerja-kerja pembaikan dan pelepasan air dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak Defendan dan Defendan sepatutnya bertanggungjawab atas perbuatan kontraktor yang dilantik oleh pihaknya. 188. Tiada isu locus standi kerana Mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif Pertama yang membina rumah tersebut berdasarkan keterangan pihak Plaintif Pertama. 189. Mahkamah berpendapat bahawa pihak kontraktor tidak semestinya menutup jalan, tetapi boleh melakukan kawalan terhadap laluan yang ada. 79 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 190. Mahkamah mendapati bahawa alasan kerosakan pada hos sepatutnya tidak timbul kerana pembaikan paip pada kebiasaannya di tepi jalan dan peralatan yang berkualiti sepatutnya digunakan. 191. Mahkamah berpendapat bahawa tempoh kecuaian dan pencerobohan adalah tidak lama dan kadar air yang dilepaskan bukanlah terlalu banyak. 192. Namun begitu Mahkamah mendapati bahawa kerosakan telah berlaku pada hartanah pihak Plaintif-Plaintif. 193. Mahkamah bersetuju dengan tuntutan dan hujahan Plaintif-Plaintif bahawa tidak terdapat sebarang punca lain yang telah menyebabkan kerosakan hartanah Plaintif-Plaintif selain daripada perbuatan pihak Defendan. 194. Daripada segi ganti rugi, Mahkamah berpendapat, pihak Plaintif- Plaintif tidak dapat memuaskan Mahkamah berkaitan ganti rugi yang dipohon. 195. Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif tidak mengemukakan laporan profesional dikemukakan serta sebarang gambar yang menunjukkan keadaan sebelum dan selepas kejadian. 80 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 196. Mahkamah mendapati bahawa rumah yang dibina juga tidak mendapat kelulusan yang sewajarnya. 197. Namun begitu, Mahkamah mengambil makluman bahawa ini melibatkan rumah kampung yang dibina atas tanah sendiri dan pada kebiasaannya tidak mendapat kelulusan pihak yang berautoriti dalam pembinaannya. Ini kerana kelulusan pihak berkuasa memerlukan banyak kos dan pada kebiasaannya juga, pembinaan tersebut tidak melibatkan sebarang pinjaman pihak bank dan menggunakan duit sendiri secara berperingkat. 198. Mahkamah mendapati bahawa ganti rugi khas sepatutnya perlu dibuktikan dengan ketat. 199. Mahkamah mendapati bahawa pihak Plaintif-Plaintif sehingga kes ini selesai dibicarakan tidak membuat sebarang pembaikan pada dapur rumah tersebut. 200. Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif hanya mengemukakan sebut harga pembaikan rumah sahaja. 201. Mahkamah mendapati bahawa gambar kerosakan yang dikatakan telah disebabkan oleh tindakan Defendan tidak jelas dan hanya menunjukkan dinding yang retak. 81 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 202. Plaintif-Plaintif mengatakan bahawa kerosakan ke atas bangunan rumah melibatkan kerosakan ke atas bilik air, menyebabkan jubin lantai pecah dan pelbagai kerosakan yang lain. 203. Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif gagal mengemukakan dokumen bergambar yang jelas dan terperinci sebagai menyokong tuntutan kerosakan-kerosakan tersebut. 204. Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif-Plaintif telah bertahan untuk tinggal dalam keadaan dapur yang dikatakan rosak sehingga kini. 205. Mahkamah beranggapan kerosakan tersebut tidaklah begitu serius dan tiada justifikasi untuk dapur dirobohkan dan dibina semula. 206. Mahkamah mengambil maklum bahawa prinsip undang-undang ganti rugi tidak membenarkan pihak yang membuat tuntutan menerima sebarang bentuk keuntungan daripada ganti rugi yang diberikan. 207. Mahkamah berpendapat bahawa untuk membuktikan tuntutan ganti rugi Plaintif-Plaintif secara terperinci, Plaintif-Plaintif hendaklah memanggil sebagai saksi kontraktor yang membuat kerja-kerja pembaikan kerana kontraktor tersebut merupakan pihak yang berkepentingan. 82 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 208. Mahkamah berpendapat bahawa lebih banyak kerosakan yang berlaku atau penambahbaikan yang dibuat maka bayaran untuk penambahbaikan tersebut akan lebih tinggi. 209. Mahkamah membuat potongan sebanyak 1/3 daripada kos pembaikan dapur kerana Mahkamah berpendapat bahawa kerosakan telah dibuktikan oleh Plaintif-Plaintif tetapi jumlah ganti rugi tidak dapat dinyatakan dengan jelas memandangkan apa yang dicadangkan oleh Plaintif-Plaintif adalah merobohkan dan membina semula dapur dan bukannya kerja-kerja baik-pulih. 210. Mahkamah berpendapat bahawa tindakan pihak Plaintif-Plaintif membiarkan keadaan tersebut boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan sebagaimana dijelaskan tadi, tiada laporan pakar berkaitan kerosakan rumah tersebut dibuat. 211. Mahkamah berpendapat bahawa laporan penilaian telah menilai bangunan dan tidak menyenaraikan kerosakan pada bahagian dapur dan gambar yang dikemukakan dalam laporan penilaian tersebut tidak menunjukkan sebarang kerosakan di bahagian dapur. 212. Mahkamah berpendapat bahawa susut nilai telah dinyatakan pada kadar RM21,252 sahaja. 213. Mahkamah mengambil maklum bahawa Hartanah tersebut melibatkan bangunan utama dan bangunan sokongan tetapi 83 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah tidak dapat membezakan di antara bangunan utama dan bangunan sokongan. 214. Oleh itu, Plaintif-Plaintif bertanggungjawab untuk mengurangkan kerugian dan potongan 1/3 telah dibuat. 215. Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif-Plaintif gagal mengemukakan sebarang sebut harga atau resit-resit pembaikan atau pembersihan yang telah dilaksanakan. 216. Namun begitu, Mahkamah berpuas hati bahawa apa yang dituntut adalah perkara yang boleh dijangkakan. 217. Mahkamah menolak ganti rugi teladan dan teruk kerana Mahkamah berpendapat tiada motif jahat bagi tindakan Defendan. 218. Mahkamah berpendapat bahawa kerosakan yang dialami rumah Plaintif-Plaintif bukanlah sesuatu yang boleh dijangkakan. 219. Mahkamah mengambil maklum bahawa keadaan cuaca seperti hujan dan banjir bukan satu perkara yang asing di kawasan bangunan rumah Plaintif-Plaintif. 220. Mahkamah telah memberikan ganti rugi am bagi tekanan emosi serta trauma Plaintif-Plaintif walaupun tiada laporan perubatan diberikan. 84 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 221. Oleh sebab itu, Mahkamah berpendapat bahawa tiada keperluan untuk memberikan apa-apa jumlah tambahan untuk ganti rugi teruk dalam kes ini. J. Kesimpulan 222. Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah telah membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif seperti yang dinyatakan di permulaan alasan penghakiman ini. Bertarikh: 7.1.2026 Wan Nor Aklima binti Wan Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Terengganu Terengganu 85 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam cara bagi pihak Encik Jefri Bin Jaafar Plaintif-plaintif : Tetuan Abdullah, Maznah & Jefri Peguam bagi pihak Defendan : Puan Nurul Izzah Binti Mohd Nazri Tetuan Zamani Mohammad & Co 86 S/N YYrCca3CbEjB2FwKC/yfQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal