MOHD ROSLAN BIN ZAKARIA
Prosecution proved both statutory ingredients on maximal evaluation; s23(2) presumption was properly activated because appellant had familial interest in selected suppliers; appellant failed to rebut that presumption on the balance of probabilities as his explanations were self‑serving and unsupported; therefore...
Source-derived case information.
- Citation
- TA-42R(A)-4-08/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Mohd Roslan bin Zakaria; Respondent: Pendakwa Raya
- Court
- A
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 15 December 2025
- Case Number
- TA-42R(A)-4-08/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal Under Anti‑corruption Statute / High Court (appellate Jurisdiction) Judgment
- Outcome
- Appeal dismissed; convictions and sentences of Sessions Court upheld; suspension of imprisonment ordered subject to conditions
- Legal Topics
- Section 23 SPRM 2009 (use of Office for Gratification), Statutory Presumption Under S23(2), Burden of Proof Shift to Defence (balance of Probabilities), Credibility Assessment and Impeachment of Witnesses, Sentencing Principles in Corruption Offences, Conflict of Interest in Public Procurement
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Mohd Roslan bin Zakaria
Appellant
Pendakwa Raya
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal Under Anti‑corruption Statute / High Court (appellate Jurisdiction) Judgment
Legal Issues
- 1 Whether a prima facie case existed at close of prosecution case
- 2 Whether the appellant rebutted the statutory presumption under s23(2) on a balance of probabilities
- 3 Whether the sentence imposed was excessive or manifestly harsh
Ratio Decidendi
Prosecution proved both statutory ingredients on maximal evaluation; s23(2) presumption was properly activated because appellant had familial interest in selected suppliers; appellant failed to rebut that presumption on the balance of probabilities as his explanations were self‑serving and unsupported; therefore convictions under s23(1) and sentences imposed by Sessions Court are lawful and must be upheld.
Court Disposition
Appeal dismissed; convictions and sentences of Sessions Court upheld; suspension of imprisonment ordered subject to conditions
Orders
- Appeal against conviction for three counts under s23(1) SPRM Act 2009 is dismissed
- Appeal against sentence is dismissed and Sessions Court convictions and sentences dated 18 August 2024 are affirmed
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
TA-42R(A)-4-08/2024 Kand. 43 14/01/2026 08:16:06 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: TA-42R(A)-2-08/2024, TA-42R(A)-3-08/2024, TA-42R(A)-4-08/2024 ANTARA MOHD ROSLAN BIN ZAKARIA (No. K/P: 831025-03-5013) ... PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN (Dalam Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu Perbicaraan Jenayah No. TA-61R-47-08/2020, TR-61R-48-08/2020 & TA-61R-49-09/2020 Antara Pendakwa Raya dan Mohd Roslan bin Zakaria) 1 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN 1. Ini adalah rayuan Perayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu yang telah mensabitkan Perayu dengan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ("Akta SPRM 2009"). Ketiga-tiga kes tersebut telah dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. 2. Pada 18 Ogos 2024, Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) yang bijaksana telah mensabitkan Perayu dengan ketiga-tiga pertuduhan pindaan dan menjatuhkan hukuman seperti berikut: (a) Bagi kes no. TA-61R-47-08/2020, Perayu dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan denda sebanyak RM42,000.00, kegagalan membayar denda menyebabkan Perayu dikenakan penjara tambahan selama enam bulan. (b) Bagi kes no. TA-61R-48-08/2020, Perayu dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan denda sebanyak RM40,000.00, kegagalan membayar denda 2 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menyebabkan Perayu dikenakan penjara tambahan selama enam bulan. (c) Bagi kes no. TA-61R-49-09/2020, Perayu dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan denda sebanyak RM90,000.00, kegagalan membayar denda menyebabkan Perayu dikenakan penjara tambahan selama dua belas bulan. 3. Hukuman pemenjaraan untuk ketiga-tiga kes tersebut diperintahkan berjalan serentak. 4. Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen tersebut dan telah memfailkan notis rayuan pada 18 Ogos 2024. Rayuan ini adalah terhadap sabitan dan hukuman bagi ketiga-tiga pertuduhan. Denda yang dikenakan telah dijelaskan oleh Perayu. 5. Rayuan ini telah didengar di hadapan saya pada 15 Disember 2025. Kedua-dua pihak telah mengemukakan hujahan bertulis dan hujahan terperinci masing-masing. Setelah menimbangkan hujahan kedua-dua pihak, meneliti rekod rayuan, Alasan Penghakiman Mahkamah Sesyen, keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan, serta kes-kes yang dirujuk, saya kini mengeluarkan alasan penghakiman saya. 3 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal FAKTA KES 6. Perayu, Mohd Roslan Bin Zakaria, adalah seorang pengawai badan awam yang berkhidmat sebagai Penolong Kanan Penguasa Bomba Gred KB32 di Bahagian Pengajian Penyelamatan, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu pada masa material. Beliau telah bertugas di bahagian tersebut sejak tahun 2010 dan bidang tugasnya adalah selaku Ketua Jurulatih yang melaksanakan kursus-kursus penyelamatan di darat, air dan udara. 7. Pada pertengahan tahun 2016, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur telah menerima peruntukan kewangan daripada Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya. Lanjutan daripada itu, Komandan Akademi, iaitu Abdul Razak bin Muda (SP15), telah meminta setiap Ketua Pengajian di Akademi untuk merancang perolehan di setiap pengajian dan mengemukakan cadangan perolehan tersebut kepadanya. 8. Ketua Bahagian Pengajian Penyelamatan pada masa material ialah Abdul Hamid bin S Abdullah (SP16). Perayu adalah salah seorang kakitangan di Bahagian Pengajian Penyelamatan dan berada di bawah penyeliaan SP16. Bahagian Pengajian Penyelamatan telah mengemukakan beberapa cadangan perolehan termasuk berkenaan dengan pembelian jaket 4 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keselamatan dan wet suit, pembekalan alat ganti walkie-talkie serta kompas orientaring. 9. Berkaitan dengan pertuduhan pertama dalam kes no. TA-61R- 47-08/2020, Perayu didakwa pada bulan November 2016, di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, sebagai seorang Pegawai Badan Awam iaitu Penolong Kanan Penguasa Bomba Gred KB32, telah menggunakan jawatan untuk suapan dengan mengambil tindakan mencadangkan sebut harga Pak Su Global Enterprise untuk melaksanakan kerja-kerja pembekalan 60 Unit Antenna 146-174 MHz Motorola GP328 dan 30 unit alat ganti Charger Motorola GP328 yang berjumlah RM8,100.00. Syarikat Pak Su Global Enterprise adalah milik Kamariyah binti Mamat, iaitu ibu mertua Perayu. Kamariyah binti Mamat telah meninggal dunia sebelum perbicaraan bermula. 10. Berkaitan dengan pertuduhan kedua dalam kes no. TA-61R-48- 08/2020, Perayu didakwa pada bulan November 2016, di tempat yang sama, telah menggunakan jawatan untuk suapan dengan mengambil tindakan mencadangkan sebut harga Muazzam Global Enterprise untuk melaksanakan kerja-kerja pembekalan 31 Unit Kompas Orientaring (SUNTO) yang berjumlah RM7,440.00. Syarikat Muazzam Global Enterprise adalah milik Noraida Rosmira binti Che Samsudin, iaitu adik ipar Perayu. Noraida Rosmira binti Che Samsudin telah dipanggil sebagai saksi pendakwaan (SP18). 5 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11. Berkaitan dengan pertuduhan ketiga dalam kes no. TA-61R-49- 09/2020, Perayu didakwa pada bulan Julai 2016, di tempat yang sama, telah menggunakan jawatan untuk suapan dengan mengambil tindakan mencadangkan sebut harga Muazzam Global Enterprise untuk melaksanakan kerja-kerja pembekalan 10 Unit Jaket Keselamatan di air dan 20 Unit Wet Suit yang berjumlah RM17,000.00. Syarikat Muazzam Global Enterprise juga adalah milik Noraida Rosmira binti Che Samsudin. 12. Proses perolehan yang dijalankan oleh Akademi Bomba adalah seperti berikut. Setelah mendapat kelulusan untuk berbelanja, pegawai yang bertanggungjawab perlu menentukan skop kerja yang hendak dilaksanakan atau spesifikasi barang-barang atau aset yang hendak dibeli. Memandangkan nilai perolehan bagi ketiga-tiga item adalah di bawah RM20,000.00, Akademi boleh membuat pembelian terus dengan mendapat tiga sebut harga daripada pembekal. Kemudian Komandan atau jawatankuasa akan membuat keputusan untuk memilih pembekal berdasarkan tiga sebut harga tersebut. Adalah menjadi amalan dan dasar jabatan untuk memilih pembekal yang mengemukakan sebut harga terendah sebagai langkah penjimatan wang kerajaan. 13. Di dalam kes ini, Perayu bertindak sebagai pemohon dalam Borang Permohonan Perolehan. Perayu telah mengisi borang tersebut dengan lengkap, menandatanganinya, dan mengemukakan tiga sebut harga bersama borang permohonan tersebut. Perayu juga bertanggungjawab menyediakan dan 6 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mengesahkan kesemua dokumen sokongan yang diperlukan seperti Sijil SSM, Sijil MOF, Sijil Akuan Bumiputera, dan Penyata Akaun Bank Pembekal. 14. Fakta yang penting dan tidak dipertikaikan ialah bahawa dalam ketiga-tiga permohonan perolehan yang dibuat oleh Perayu, sebut harga yang terendah adalah daripada syarikat milik ahli keluarga Perayu. Bagi perolehan walkie-talkie dan charger, sebut harga terendah ialah daripada Pak Su Global Enterprise (RM8,100.00) berbanding dengan Ashafi Jaya Enterprise (RM9,000.00) dan PNQ Gold Enterprise (RM10,680.00). Bagi perolehan kompas orientaring, sebut harga terendah ialah daripada Muazzam Global Enterprise (RM7,440.00) berbanding dengan PNQ Gold Enterprise dan Napiyos Enterprise (kedua-duanya RM8,060.00). Bagi perolehan jaket keselamatan dan wet suit, sebut harga terendah ialah daripada Muazzam Global Enterprise (RM17,000.00) berbanding dengan PNQ Gold Enterprise (RM18,300.00) dan Hamita Enterprise (RM18,900.00). 15. Mesyuarat pemilihan pembekal telah diadakan dan dipengerusikan oleh SP15 selaku Komandan Akademi. Perayu tidak hadir dalam mesyuarat pemilihan tersebut. Pegawai yang mewakili Bahagian Pengajian Penyelamatan dalam mesyuarat tersebut ialah SP16. Berdasarkan dasar jabatan untuk memilih sebut harga terendah, mesyuarat telah memutuskan untuk melantik Pak Su Global Enterprise dan Muazzam Global 7 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Enterprise untuk melaksanakan ketiga-tiga pembekalan tersebut. 16. Keterangan pihak pendakwaan menunjukkan bahawa pemilik syarikat-syarikat lain yang namanya tercatat dalam sebut harga, iaitu Napiyos Enterprise, Ashafi Jaya Enterprise, Hamita Enterprise, dan PNQ Gold Enterprise, telah memberi keterangan bahawa mereka tidak pernah mengemukakan sebut harga tersebut. Kesemua sebut harga yang dikemukakan bersama Borang Permohonan adalah hasil tindakan Perayu sendiri. 17. Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 20 orang saksi untuk membuktikan kesnya. Antara saksi-saksi utama ialah SP1 (Penolong Pegawai Tadbir Kanan di Akademi), SP15 (Komandan Akademi), SP16 (Ketua Bahagian Pengajian Penyelamatan), dan SP18 (Noraida Rosmira binti Che Samsudin, pemilik Muazzam Global Enterprise dan adik ipar Perayu). Terdapat juga saksi-saksi daripada SPRM yang menjalankan siasatan. KEPUTUSAN MAHKAMAH SESYEN 18. Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Perayu bagi ketiga-tiga pertuduhan. HMS yang bijaksana telah membuat anggapan di 8 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bawah Seksyen 23(2) Akta SPRM 2009 bahawa Perayu dianggap menggunakan jawatannya untuk mendapat suatu suapan. Perayu telah dipanggil untuk membela diri di bawah Seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah. 19. Di peringkat pembelaan, Perayu telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah. Perayu memanggil dua orang saksi pembelaan, iaitu dirinya sendiri dan Muhammad Rasydan bin Ismail (SD2), seorang pegawai bomba. Intipati pembelaan Perayu ialah bahawa perolehan pembekalan tersebut dibuat menggunakan syarikat milik ahli keluarganya atas arahan SP16 selaku pegawai atasannya. Perayu juga mengemukakan pembelaan bahawa perolehan tersebut perlu dibuat dengan segera kerana ia melibatkan keselamatan anggota bomba dan kesukaran mendapatkan syarikat pembekalan lain. Perayu turut menegaskan bahawa beliau tidak mendapat sebarang keuntungan atau manfaat peribadi daripada perolehan tersebut. 20. Mahkamah Sesyen telah menimbangkan kesemua keterangan dan pembelaan yang dikemukakan. HMS yang bijaksana mendapati bahawa Perayu telah gagal memberi penjelasan yang jujur dan munasabah untuk mematahkan anggapan di bawah Seksyen 23(2) Akta SPRM 2009. Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa pembelaan Perayu adalah "self-serving", tidak munasabah, dan merupakan rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan naratif kes pendakwaan. Oleh yang demikian, Mahkamah Sesyen telah mensabitkan Perayu 9 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dengan ketiga-tiga pertuduhan dan menjatuhkan hukuman seperti yang dinyatakan di atas. 21. Berkaitan dengan keterangan SP16, Mahkamah Sesyen telah membenarkan prosiding pencabaran kebolehpercayaan saksi di bawah Seksyen 145(1) dibaca bersama Seksyen 155(c) Akta Keterangan 1950. Mahkamah Sesyen mendapati terdapat percanggahan material antara keterangan lisan SP16 di mahkamah dengan pernyataan yang diberikan oleh SP16 kepada SPRM semasa siasatan. Lanjutan daripada itu, Mahkamah Sesyen mengambil pendekatan untuk menerima sebahagian keterangan SP16 dan menolak sebahagian keterangan yang lain, khususnya keterangan SP16 bahawa beliau yang mengarahkan Perayu mencari sebut harga daripada ahli keluarga Perayu sendiri. ISU-ISU DALAM RAYUAN 22. Setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak dan rekod rayuan, saya mendapati terdapat tiga isu utama yang perlu diputuskan dalam rayuan ini, iaitu: Isu 1: Sama ada Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan bahawa terdapat kes prima facie terhadap Perayu di akhir kes pendakwaan? 10 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Isu 2: Sama ada Mahkamah Sesyen tersilap dalam menolak pembelaan Perayu dan memutuskan bahawa Perayu gagal mematahkan anggapan statutori di bawah Seksyen 23(2) Akta SPRM 2009? Isu 3: Sama ada hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen adalah berlebihan dan tidak selaras dengan prinsip- prinsip keadilan? HUJAHAN PIHAK PERAYU 23. Peguam Perayu telah mengemukakan hujahan bertulis dan lisan yang terperinci. Intipati hujahan pihak Perayu adalah seperti berikut. Pertama, pihak Perayu menghujahkan bahawa Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam memutuskan terdapat kes prima facie terhadap Perayu. Dihujahkan bahawa keterangan pendakwaan tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa Perayu telah "menggunakan jawatan untuk suapan" sebagaimana yang dikehendaki oleh Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009. Peguam menegaskan bahawa Perayu hanyalah seorang pemohon dalam proses perolehan dan bukan orang yang membuat keputusan. Keputusan untuk memilih pembekal telah dibuat oleh mesyuarat yang dipengerusikan oleh SP15, dan Perayu tidak hadir dalam mesyuarat tersebut. 11 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24. Kedua, peguam Perayu menghujahkan bahawa tindakan Perayu mencari sebut harga daripada syarikat milik ahli keluarganya adalah atas arahan dan kebenaran daripada SP16 selaku pegawai atasan Perayu. Dihujahkan bahawa Perayu terpaksa mematuhi arahan pegawai atasannya dan oleh itu tidak boleh dipersalahkan. Peguam merujuk kepada keterangan SP16 di mahkamah yang mengakui bahawa beliau memberi kebenaran kepada Perayu untuk berbuat demikian. Peguam Perayu menghujahkan bahawa mahkamah telah tersilap dalam menolak keterangan SP16 berkenaan perkara ini. 25. Ketiga, peguam Perayu menghujahkan bahawa perolehan tersebut perlu dibuat dengan segera kerana melibatkan keselamatan anggota bomba yang akan menjalani latihan. Dihujahkan bahawa tanpa peralatan tersebut, kursus penyelamatan tidak dapat dilaksanakan dan ini boleh membahayakan nyawa anggota. Oleh itu, tindakan Perayu adalah untuk kepentingan perkhidmatan awam dan bukannya untuk kepentingan peribadi. Peguam turut menghujahkan bahawa adalah sukar untuk mendapatkan syarikat pembekal lain dalam masa yang singkat kerana syarikat pembekal mestilah pembekal tempatan, berdaftar dengan Kementerian Kewangan, dan mempunyai sistem e-Perolehan. 26. Keempat, peguam Perayu menghujahkan bahawa Perayu tidak mendapat sebarang keuntungan atau manfaat peribadi daripada perolehan tersebut. Dihujahkan bahawa malah 12 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Perayu dan isterinya menanggung kerugian kerana kos pembekalan lebih tinggi berbanding bayaran yang diterima daripada kerajaan. Wang untuk membeli peralatan tersebut dipinjam daripada isteri Perayu. Oleh itu, dihujahkan bahawa tiada unsur "suapan" atau gratifikasi yang diterima oleh Perayu. 27. Kelima, peguam Perayu menghujahkan bahawa Mahkamah Sesyen telah tersilap dalam menolak keseluruhan pembelaan Perayu. Dihujahkan bahawa pembelaan yang dikemukakan adalah munasabah dan kredibel, dan sekurang-kurangnya telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Oleh itu, Perayu sepatutnya dilepaskan dan dibebaskan. 28. Keenam, berkaitan dengan hukuman, peguam Perayu menghujahkan bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah berlebihan dan tidak mengambil kira faktor-faktor mitigasi dengan sewajarnya. Dihujahkan bahawa Perayu adalah seorang pegawai awam yang berdedikasi, tidak mempunyai rekod sabitan jenayah terdahulu, mempunyai tanggungan keluarga, dan denda yang dikenakan telah pun dijelaskan. Peguam memohon supaya hukuman dikurangkan atau rayuan dibenarkan sepenuhnya. 29. Peguam Perayu telah merujuk kepada beberapa kes untuk menyokong hujahan mereka, termasuk kes Abdul Hadi Bin Bokhari v PP (2009) 1 LNS 1678 (HC) berkenaan intipati kesalahan di bawah Seksyen 23, kes Thavanathan 13 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Balasubramaniam v PP [1997] 3 CLJ 150 (FC) berkenaan beban bukti pada tahap imbangan kebarangkalian, kes Attan bin Abdul Gani v PP [1970] 2 MLJ 143b (HC) berkenaan standard pembelaan untuk mematahkan anggapan, kes PP v Ku Yahya Ku Bahari & Anor [2002] 1 CLJ 113 (CA) berkenaan tahap beban bukti pembelaan, dan kes PP v Mohd Ali bin Abang & Ors [1994] 2 MLJ 12 (HC) berkenaan pendekatan mahkamah dalam menerima atau menolak sebahagian keterangan saksi. HUJAHAN PIHAK RESPONDEN 30. Pihak Responden yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan bantahan terhadap hujahan Perayu. Timbalan Pendakwa Raya menghujahkan bahawa Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dalam memutuskan terdapat kes prima facie terhadap Perayu. Dihujahkan bahawa kesemua intipati kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan dengan keterangan yang kukuh dan tidak tercabar. 31. Timbalan Pendakwa Raya menghujahkan bahawa tindakan Perayu menyediakan Borang Permohonan Perolehan, mencari dan mengemukakan tiga sebut harga di mana sebut harga terendah sentiasa daripada syarikat milik ahli keluarganya, serta mengesahkan kesemua dokumen sokongan, adalah 14 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal terjumlah kepada "mengambil tindakan" atau "mencadangkan" sebagaimana yang dinyatakan dalam pertuduhan. Dihujahkan bahawa tindakan ini bukan secara kebetulan tetapi merupakan perancangan yang rapi oleh Perayu untuk memastikan syarikat milik keluarganya akan dipilih dalam mesyuarat pemilihan. 32. Timbalan Pendakwa Raya menegaskan bahawa Perayu mempunyai pengetahuan tentang dasar jabatan bahawa sebut harga terendah akan dipilih. Dengan memanipulasi proses sebut harga supaya syarikat keluarganya sentiasa menawarkan harga terendah, Perayu sebenarnya telah mempengaruhi keputusan mesyuarat walaupun beliau tidak hadir semasa mesyuarat tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa Perayu telah menggunakan jawatannya untuk mendapat suapan. 33. Berkaitan dengan hujahan bahawa Perayu bertindak atas arahan SP16, Timbalan Pendakwa Raya menghujahkan bahawa Mahkamah Sesyen adalah betul dalam menolak keterangan SP16 berkenaan perkara ini. Dihujahkan bahawa keterangan SP16 di mahkamah bercanggah dengan pernyataan yang diberikan kepada SPRM semasa siasatan, dan oleh itu kebolehpercayaan SP16 telah tercabar. Mahkamah Sesyen berhak untuk menerima sebahagian dan menolak sebahagian keterangan SP16 sebagaimana prinsip dalam kes PP v Mohd Ali bin Abang & Ors (supra). 15 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 34. Lebih penting lagi, Timbalan Pendakwa Raya menghujahkan bahawa walaupun benar terdapat arahan daripada pegawai atasan, ia tidak merupakan pembelaan yang sah kepada kesalahan jenayah. Dihujahkan bahawa Perayu sendiri mengakui dalam keterangan bahawa beliau tahu tindakan tersebut adalah salah di sisi undang-undang tetapi masih melakukannya. Perayu boleh menolak arahan tersebut atau melaporkan perkara tersebut kepada pegawai yang lebih tinggi pangkat atau kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Dengan memilih untuk mematuhi arahan yang salah, Perayu sendiri telah melakukan kesalahan. 35. Berkaitan dengan pembelaan "keperluan terdesak", Timbalan Pendakwa Raya menghujahkan bahawa ini adalah rekaan semata-mata. Dihujahkan bahawa peralatan yang dibeli adalah untuk tujuan latihan dan bukan untuk operasi penyelamatan sebenar. Tiada bukti yang menunjukkan berlakunya apa-apa kecemasan yang memerlukan pembelian segera dilakukan. Malah, jika benar terdapat keperluan terdesak, terdapat prosedur kecemasan lain yang boleh digunakan oleh pihak jabatan. Pembelaan ini adalah tidak munasabah dan merupakan justifikasi selepas fakta. 36. Berkaitan dengan hujahan bahawa Perayu tidak mendapat keuntungan, Timbalan Pendakwa Raya menghujahkan bahawa Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 tidak memerlukan pembuktian bahawa Perayu sendiri menerima wang atau faedah secara langsung. Yang dikehendaki ialah Perayu mempunyai 16 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal "kepentingan" dalam perkara tersebut. Seksyen 23(2) Akta SPRM 2009 dengan jelas memperuntukkan bahawa pegawai badan awam disifatkan mempunyai kepentingan dalam suatu perkara jika saudaranya atau orang bersekutunya mempunyai kepentingan dalam perkara itu. Dalam kes ini, syarikat yang mendapat projek adalah milik ibu mertua dan adik ipar Perayu, yang jelas merupakan saudara Perayu. Apabila syarikat tersebut mendapat projek dan bayaran, ini merupakan kepentingan kepada Perayu juga. 37. Timbalan Pendakwa Raya menghujahkan bahawa di peringkat pembelaan, setelah anggapan di bawah Seksyen 23(2) diaktifkan, beban adalah pada Perayu untuk mematahkan anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian. Beban ini adalah lebih berat daripada sekadar menimbulkan keraguan munasabah tetapi lebih ringan daripada beban pendakwaan untuk membuktikan melampaui keraguan munasabah. Dihujahkan bahawa Perayu telah gagal sepenuhnya untuk memenuhi beban bukti ini. Pembelaan yang dikemukakan adalah tidak munasabah, bercanggah dengan keterangan, dan merupakan rekaan semata-mata. 38. Berkaitan dengan hukuman, Timbalan Pendakwa Raya menghujahkan bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah sesuai dan tidak berlebihan. Dihujahkan bahawa kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 adalah kesalahan yang serius yang melibatkan penyalahgunaan kuasa dan pengkhianatan amanah awam. Hukuman yang dijatuhkan 17 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal adalah dalam had undang-undang yang dibenarkan di bawah Seksyen 24(1) dan telah mengambil kira semua faktor yang berkenaan. Timbalan Pendakwa Raya memohon supaya rayuan ditolak dan sabitan serta hukuman dikekalkan. 39. Timbalan Pendakwa Raya turut merujuk kepada beberapa kes termasuk kes Abdul Hadi Bin Bokhari v PP (supra), PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 (PC), Thavanathan Balasubramaniam v PP (supra), dan PP v Ku Yahya Ku Bahari & Anor (supra) untuk menyokong hujahan berkenaan intipati kesalahan dan beban bukti. PRINSIP UNDANG-UNDANG 40. Sebelum Mahkamah ini menimbangkan isu-isu yang dikemukakan, adalah wajar untuk dinyatakan terlebih dahulu peruntukan undang-undang yang berkaitan dan prinsip-prinsip undang-undang yang terpakai dalam kes ini. 41. Perayu telah didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009. Seksyen 23(1) memperuntukkan seperti berikut: "23(1) Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan. 18 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 42. Seksyen 23(2) Akta SPRM 2009 pula, memperuntukkan anggapan statutori seperti berikut: “(2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai badan awam hendaklah dianggap, sehingga akasnya dibuktikan, telah menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, apabila dia membuat apa-apa keputusan, atau mengambil apa-apa tindakan, berhubungan dengan apa-apa perkara yang mengenainya pegawai itu, atau mana-mana saudara atau sekutunya, mempunyai kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung.” 43. Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 23(1) diperuntukkan dalam Seksyen 24(1) Akta SPRM 2009 seperti berikut: "24(1) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 apabila disabitkan boleh- (a) dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan (b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. (2) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 18 apabila disabitkan boleh- (a) dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan (b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap itu jika butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.” 19 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 44. Berdasarkan peruntukan-peruntukan di atas, intipati kesalahan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah seperti yang dinyatakan dalam kes Abdul Hadi Bin Bokhari v PP (supra). Dalam kes tersebut, Ravinthran Paramaguru JC (kini HMR) telah memutuskan bahawa intipati kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang pada asasnya adalah in pari materia dengan Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, adalah seperti berikut: "The ingredients of the offence under section 15(1) read together with subsection (2) are that: (1) The appellant was an officer of a public body. (2) That he used his office or position for gratification in that he made a decision or took action on a matter in which his relative is interested in. If the prosecution successfully proves the above elements, the presumption that the appellant used his office for gratification would apply until the contrary is proven." 45. Oleh itu, dua intipati utama yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah: pertama, tertuduh adalah seorang pegawai badan awam; dan kedua, tertuduh telah menggunakan jawatannya untuk mendapat suapan dengan membuat keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan perkara yang mana dia atau saudaranya mempunyai kepentingan. 46. Berkaitan dengan beban bukti, prinsip undang-undang adalah jelas. Di akhir kes pendakwaan, pendakwaan perlu membuktikan kes prima facie berdasarkan penilaian maksima 20 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal terhadap keterangan pendakwaan. Jika kes prima facie terbukti dan anggapan di bawah Seksyen 23(2) terpakai, maka beban beralih kepada tertuduh di peringkat pembelaan untuk mematahkan anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian (balance of probabilities). 47. Dalam kes Thavanathan Balasubramaniam v PP (supra), Mahkamah Persekutuan telah menyatakan: "...and it was for the accused to give an innocent explanation which the Court considered more likely than not that it was true, i.e on a balance of probabilities, the test applied in civil proceedings. PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 PC." 48. Dalam kes Ku Yahya Ku Bahari & Anor (supra) Mahkamah Rayuan telah merujuk dan bersetuju dengan alasan penghakiman Mahkamah Tinggi yang menyatakan seperti berikut: "When the prosecution is minded in invoking the presumption then the particular burden of proof, as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumption on a balance of probabilities. This from a defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt." 21 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 49. Selanjutnya, dalam kes Attan bin Abdul Gani v PP (supra), mahkamah telah memutuskan bahawa: "The presumption cannot be said to have been rebutted without sufficient evidence, i.e. such evidence as is reasonably sufficient to invite belief in its probable truthfulness." 50. Prinsip-prinsip undang-undang ini adalah jelas dan telah lama diterima pakai dalam kes-kes yang melibatkan anggapan statutori. Saya akan mengaplikasikan prinsip-prinsip ini dalam menimbangkan isu-isu dalam rayuan ini. PERTIMBANGAN DAN ANALISIS MAHKAMAH ISU PERTAMA: Sama ada terdapat kes prima facie? 51. Isu pertama yang perlu saya putuskan ialah sama ada Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan bahawa terdapat kes prima facie terhadap Perayu di akhir kes pendakwaan. Untuk menjawab persoalan ini, saya perlu meneliti sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kedua-dua intipati kesalahan berdasarkan penilaian maksima terhadap keterangan pendakwaan. 52. Berkaitan dengan intipati pertama, iaitu bahawa Perayu adalah seorang pegawai badan awam, saya mendapati intipati ini telah 22 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dibuktikan dengan jelas dan tidak tercabar. SP1 telah mengemukakan Perakuan Jawatan dan Kedudukan serta Rekod Perkhidmatan Perayu yang ditandakan sebagai ekshibit P1 dan P2. Perakuan Jawatan dan Kedudukan adalah suatu bukti prima facie mengikut Seksyen 55(1) Akta SPRM 2009. Pihak pembelaan tidak mencabar intipati ini langsung. Oleh itu, saya memutuskan bahawa intipati pertama telah dibuktikan melampaui keraguan munasabah. 53. Berkaitan dengan intipati kedua, iaitu bahawa Perayu telah menggunakan jawatannya untuk mendapat suapan, saya perlu meneliti dengan lebih terperinci sama ada keterangan pendakwaan mencukupi untuk membuktikan elemen ini. Persoalan utama yang perlu dijawab ialah: Adakah tindakan Perayu menyediakan Borang Permohonan Perolehan dan mengemukakan tiga sebut harga di mana sebut harga terendah sentiasa daripada syarikat milik ahli keluarganya terjumlah kepada "mengambil tindakan" atau "mencadangkan" sebagaimana yang dinyatakan dalam pertuduhan? 54. Setelah meneliti keterangan dengan teliti, saya mendapati bahawa Mahkamah Sesyen adalah betul dalam memutuskan bahawa keterangan pendakwaan mencukupi untuk membuktikan elemen ini. Keterangan menunjukkan bahawa Perayu bukan sekadar mengisi borang permohonan secara pasif, tetapi telah secara aktif dan sistematik mengambil beberapa tindakan penting dalam proses perolehan tersebut. 23 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 55. Pertama, Perayu adalah orang yang menyediakan dan mengisi Borang Permohonan Perolehan (Borang Hijau) untuk ketiga- tiga perolehan. Borang ini adalah dokumen yang sangat penting dalam proses perolehan kerana ia memulakan seluruh proses. Tanpa borang permohonan yang lengkap, perolehan tidak boleh diteruskan. Perayu telah menandatangani borang tersebut dan oleh itu bertanggungjawab ke atas kandungan borang tersebut. 56. Kedua, Perayu adalah orang yang mencari dan mengemukakan tiga sebut harga bersama setiap borang permohonan. Mengikut peraturan perolehan kerajaan, pemohon perlu mengemukakan sekurang-kurangnya tiga sebut harga untuk membolehkan perbandingan harga dibuat. Keterangan dengan jelas menunjukkan bahawa Perayu sendiri yang mengurus dan mengemukakan kesemua sebut harga tersebut. Lebih penting lagi, keterangan menunjukkan bahawa pemilik syarikat-syarikat lain yang namanya tercatat dalam sebut harga, seperti Napiyos Enterprise, Ashafi Jaya Enterprise, Hamita Enterprise, dan PNQ Gold Enterprise, tidak pernah mengemukakan sebut harga tersebut. Ini bermakna Perayu sendirilah yang membuat atau mengatur sebut harga palsu tersebut. 57. Ketiga, dan ini adalah fakta yang paling penting, dalam ketiga- tiga permohonan perolehan yang dibuat oleh Perayu, sebut harga yang terendah adalah sentiasa daripada syarikat milik ahli keluarga Perayu. Ini bukan satu kebetulan. Bagi perolehan 24 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal walkie-talkie, Pak Su Global Enterprise (milik ibu mertua) menawarkan RM8,100.00 berbanding RM9,000.00 dan RM10,680.00. Bagi perolehan kompas, Muazzam Global Enterprise (milik adik ipar) menawarkan RM7,440.00 berbanding RM8,060.00 untuk kedua-dua syarikat lain. Bagi perolehan jaket dan wet suit, Muazzam Global Enterprise menawarkan RM17,000.00 berbanding RM18,300.00 dan RM18,900.00. Pola yang konsisten ini menunjukkan perancangan dan manipulasi yang terancang. 58. Keempat, Perayu juga bertanggungjawab untuk menyediakan dan mengesahkan kesemua dokumen sokongan yang diperlukan seperti Sijil SSM, Sijil MOF, Sijil Akuan Bumiputera, dan Penyata Akaun Bank Pembekal. Kesemua dokumen sokongan ini ditandatangani dan diakui sah oleh Perayu selaku pemohon. Tindakan mengesahkan dokumen ini menunjukkan bahawa Perayu mempunyai kawalan penuh ke atas proses permohonan dan tahu sepenuhnya bahawa syarikat yang dicadangkannya adalah milik ahli keluarganya sendiri. 59. Apabila kesemua tindakan Perayu ini dinilai secara keseluruhan, saya berpendapat bahawa ia jelas menunjukkan bahawa Perayu telah mengambil tindakan yang aktif dan material dalam proses perolehan tersebut. Perayu mempunyai pengetahuan penuh tentang dasar dan amalan jabatan bahawa sebut harga terendah akan sentiasa dipilih oleh mesyuarat. Dengan mengatur supaya syarikat keluarganya sentiasa menawarkan harga yang paling rendah, Perayu sebenarnya 25 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal telah menentukan keputusan mesyuarat walaupun beliau tidak hadir secara fizikal semasa mesyuarat tersebut. 60. Hujahan peguam Perayu bahawa Perayu hanyalah pemohon dan bukan pembuat keputusan, pada pandangan saya, adalah tidak berasas. Fakta bahawa keputusan formal untuk memilih pembekal dibuat oleh mesyuarat yang dipengerusikan oleh SP15 tidak mengubah hakikat bahawa Perayu telah mengambil tindakan yang material untuk mempengaruhi keputusan tersebut. Tindakan "mencadangkan" dalam pertuduhan tidak semestinya bermakna Perayu perlu duduk dalam mesyuarat dan secara verbal mencadangkan syarikat tersebut. Tindakan menyediakan borang dengan sebut harga yang dimanipulasi sedemikian rupa sehingga hanya satu syarikat (syarikat keluarga) akan dipilih adalah sudah memadai untuk memenuhi intipati "mengambil tindakan" atau "mencadangkan" dalam konteks Seksyen 23(1). 61. Saya juga mendapati bahawa Perayu jelas mempunyai "kepentingan" dalam perkara tersebut. Syarikat Pak Su Global Enterprise adalah milik Kamariyah binti Mamat, iaitu ibu mertua Perayu. Syarikat Muazzam Global Enterprise adalah milik Noraida Rosmira binti Che Samsudin, iaitu adik ipar Perayu. Mengikut Seksyen 23(2)(b) Akta SPRM 2009, pegawai badan awam disifatkan mempunyai kepentingan dalam suatu perkara jika saudaranya mempunyai kepentingan dalam perkara itu. Ibu mertua dan adik ipar jelas merupakan saudara Perayu. Apabila syarikat milik mereka mendapat projek dan menerima bayaran 26 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal wang kerajaan, mengikut anggapan undang-undang, Perayu disifatkan mempunyai kepentingan dalam perkara tersebut. 62. Oleh itu, saya memutuskan bahawa kedua-dua intipati kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan berdasarkan penilaian maksima. Mahkamah Sesyen adalah betul dalam mengaktifkan anggapan di bawah Seksyen 23(2) bahawa Perayu dianggap menggunakan jawatannya untuk mendapat suapan. Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dalam memutuskan bahawa terdapat kes prima facie terhadap Perayu. Isu pertama saya jawab memihak kepada Responden. ISU KEDUA: Sama ada pembelaan berjaya mematahkan anggapan? 63. Isu kedua yang perlu saya putuskan ialah sama ada Mahkamah Sesyen tersilap dalam menolak pembelaan Perayu dan memutuskan bahawa Perayu gagal mematahkan anggapan statutori di bawah Seksyen 23(2) Akta SPRM 2009. Setelah anggapan statutori diaktifkan, beban bukti beralih kepada Perayu untuk mematahkan anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian. Perayu perlu memberi penjelasan yang jujur dan munasabah yang mahkamah menganggap "more likely than not" adalah benar. 27 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 64. Intipati pembelaan Perayu boleh dirumuskan kepada tiga hujahan utama: pertama, Perayu bertindak atas arahan SP16; kedua, perolehan perlu dilakukan dengan segera kerana keperluan terdesak dan keselamatan anggota; dan ketiga, Perayu tidak mendapat sebarang keuntungan peribadi. Saya akan menimbangkan setiap pembelaan ini dengan teliti. 65. Berkaitan dengan pembelaan bahawa Perayu bertindak atas arahan SP16, saya mendapati bahawa Mahkamah Sesyen adalah betul dalam menolak pembelaan ini. Pertama, dari segi fakta, keterangan SP16 di mahkamah bercanggah dengan pernyataan yang diberikan oleh SP16 kepada SPRM semasa siasatan. Dalam pernyataan kepada SPRM (ekshibit P50, P51, dan P52), SP16 tidak pernah menyatakan bahawa beliau mengarahkan Perayu menggunakan syarikat ahli keluarga. Keterangan baharu ini di mahkamah adalah mencurigakan dan pihak pendakwaan berhak untuk mencabar kebolehpercayaan SP16. Prosiding pencabaran di bawah Seksyen 145(1) Akta Keterangan 1950 telah dibenarkan dan Mahkamah Sesyen mengambil pendekatan yang betul dengan menerima sebahagian dan menolak sebahagian keterangan SP16 berdasarkan prinsip dalam kes PP v Mohd Ali bin Abang & Ors (supra). 66. Kedua, dan lebih penting lagi, walaupun sekiranya benar terdapat arahan daripada SP16, ia sama sekali tidak merupakan pembelaan yang sah dalam undang-undang. Prinsip "superior orders" atau arahan atasan bukan pembelaan 28 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kepada kesalahan jenayah. Perayu sendiri mengakui dalam keterangannya bahawa beliau tahu tindakan menggunakan syarikat ahli keluarga adalah salah dan bercanggah dengan peraturan perolehan kerajaan. Walaupun dengan pengetahuan ini, Perayu memilih untuk melakukan tindakan tersebut. Sebagai pegawai awam yang bertanggungjawab, Perayu mempunyai kewajipan untuk menolak arahan yang salah atau melaporkan perkara tersebut kepada pegawai yang lebih tinggi seperti SP15 atau kepada pihak berkuasa lain. Dengan memilih untuk melaksanakan tindakan yang beliau tahu adalah salah, Perayu tidak boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab jenayah. 67. Saya juga mendapati keterangan SD2 yang dipanggil untuk menyokong pembelaan bahawa terdapat arahan dari SP16 adalah tidak meyakinkan. SD2 mendakwa beliau mendengar perbualan antara Perayu dan SP16 dari bilik sebelah. Adalah sukar untuk mempercayai bahawa SD2 boleh mendengar dengan jelas isi kandungan perbualan tersebut melainkan beliau sebenarnya turut serta dalam perbincangan atau sengaja mendengar. Keterangan SD2 kelihatan seperti satu percubaan untuk menyokong pembelaan Perayu dan saya memberi pertimbangan yang tidak berat kepada bukti ini. 68. Berkaitan dengan pembelaan "keperluan terdesak" dan "keselamatan anggota", saya berpendapat bahawa pembelaan ini adalah tidak munasabah dan merupakan justifikasi selepas fakta. Keterangan dengan jelas menunjukkan bahawa 29 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal peralatan yang dibeli adalah untuk tujuan latihan dan bukannya untuk operasi penyelamatan sebenar atau situasi kecemasan. Perayu dalam keterangannya sendiri mengakui bahawa kursus-kursus yang dilaksanakan adalah kursus latihan untuk anggota bomba. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan berlakunya apa-apa kecemasan atau kejadian yang memerlukan pembelian segera dilakukan dengan melanggar peraturan. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan berlakunya apa-apa kecemasan atau kejadian yang memerlukan pembelian segera dilakukan dengan melanggar peraturan perolehan kerajaan. 69. Malah, jika benar terdapat keperluan terdesak yang melibatkan keselamatan nyawa anggota, terdapat prosedur kecemasan lain yang boleh digunakan oleh pihak jabatan mengikut Arahan Perbendaharaan. Latihan juga boleh ditangguhkan atau disesuaikan mengikut peralatan sedia ada sehingga perolehan yang betul dapat dilakukan mengikut peraturan. Perayu tidak mengemukakan sebarang bukti bahawa terdapat tarikh akhir yang tetap untuk melaksanakan latihan atau bahawa latihan tidak boleh ditangguhkan langsung. Pembelaan ini kelihatan seperti satu percubaan untuk memberi justifikasi kepada tindakan yang salah dan saya menolak pembelaan ini sepenuhnya. 70. Berkaitan dengan pembelaan bahawa Perayu tidak mendapat keuntungan peribadi, saya berpendapat bahawa pembelaan ini adalah salah dalam undang-undang dan tidak relevan. Seksyen 30 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23(1) Akta SPRM 2009 tidak memerlukan pembuktian bahawa tertuduh sendiri menerima wang atau faedah secara langsung. Yang dikehendaki ialah tertuduh mempunyai "kepentingan" dalam perkara tersebut. Seksyen 23(2)(b) dengan jelas memperuntukkan bahawa pegawai badan awam disifatkan mempunyai kepentingan dalam suatu perkara jika saudaranya mempunyai kepentingan dalam perkara itu. Ini adalah satu "deeming provision" yang bersifat mutlak. 71. Dalam kes ini, syarikat yang mendapat projek dan menerima bayaran wang kerajaan adalah milik ibu mertua dan adik ipar Perayu. Apabila syarikat tersebut menerima wang, ini merupakan kepentingan kepada keluarga Perayu. Mengikut anggapan undang-undang di bawah Seksyen 23(2)(b), Perayu disifatkan mempunyai kepentingan dalam perkara tersebut. Sama ada Perayu secara peribadi mendapat keuntungan atau tidak adalah tidak relevan sama sekali. Hujahan bahawa Perayu malah menanggung kerugian tidak mengubah fakta bahawa syarikat keluarganya mendapat manfaat daripada projek tersebut. 72. Mahkamah ini juga tidak mempercayai keterangan Perayu bahawa beliau menanggung kerugian daripada perolehan tersebut. Tiada bukti objektif yang dikemukakan untuk menyokong dakwaan ini. Keterangan Perayu dalam hal ini adalah bersifat self-serving dan tidak disokong oleh dokumen atau bukti bebas. Walaupun benar Perayu menanggung kerugian, ia tidak mengubah hakikat bahawa Perayu telah 31 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menggunakan jawatannya untuk memberi manfaat kepada syarikat milik keluarganya. 73. Setelah menimbangkan kesemua pembelaan yang dikemukakan, saya berpendapat bahawa Perayu telah gagal sepenuhnya untuk mematahkan anggapan di bawah Seksyen 23(2) Akta SPRM 2009 pada tahap imbangan kebarangkalian. Pembelaan yang dikemukakan adalah tidak munasabah, tidak disokong oleh keterangan objektif, bercanggah dengan fakta- fakta yang telah dibuktikan, dan merupakan rekaan semata- mata untuk menyelamatkan diri daripada tanggungjawab jenayah. Penjelasan yang diberikan oleh Perayu bukan sahaja berkemungkinan besar tidak benar, malah ia sangat tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai. 74. HMS yang bijaksana, setelah mendengar keterangan secara langsung, melihat gerak-geri saksi-saksi, dan menilai kredibiliti mereka, telah membuat dapatan fakta bahawa pembelaan Perayu adalah "self-serving", "tidak munasabah", "not probable in truth", dan "rekaan untuk disesuaikan dengan naratif kes pendakwaan". Di peringkat rayuan, Mahkamah ini yang tidak mempunyai kelebihan melihat dan mendengar saksi secara langsung, harus memberikan penghormatan yang tinggi kepada dapatan fakta dan penilaian kredibiliti yang dibuat oleh mahkamah perbicaraan. Tiada apa-apa dalam rekod rayuan yang menunjukkan bahawa dapatan-dapatan HMS yang bijaksana adalah salah atau tidak munasabah. 32 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 75. Oleh itu, saya memutuskan bahawa Mahkamah Sesyen tidak tersilap dalam menolak pembelaan Perayu dan memutuskan bahawa Perayu gagal mematahkan anggapan statutori. Isu kedua saya jawab memihak kepada Responden. ISU KETIGA: Sama ada hukuman berlebihan? 76. Isu ketiga yang perlu saya putuskan ialah sama ada hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen adalah berlebihan dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip keadilan. Hukuman yang dijatuhkan adalah seperti berikut: bagi pertuduhan pertama, 2 tahun penjara dan denda RM42,000.00 (jika gagal, 6 bulan); bagi pertuduhan kedua, 2 tahun penjara dan denda RM40,000.00 (jika gagal 6 bulan); dan bagi pertuduhan ketiga, 3 tahun penjara dan denda RM90,000.00 (jika gagal 12 bulan), dengan hukuman penjara berjalan serentak. 77. Seksyen 24(1) Akta SPRM 2009 memperuntukkan hukuman maksimum penjara selama 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.00, mana yang lebih tinggi. Bagi pertuduhan pertama yang melibatkan nilai RM8,100.00, denda minimum adalah RM40,500.00 (5 x RM8,100.00). Mahkamah Sesyen menjatuhkan denda RM42,000.00 yang adalah sedikit lebih tinggi daripada minimum. Bagi pertuduhan kedua yang melibatkan nilai RM7,440.00, denda minimum adalah RM37,200.00. Mahkamah Sesyen menjatuhkan denda RM40,000.00. Bagi 33 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pertuduhan ketiga yang melibatkan nilai RM17,000.00, denda minimum adalah RM85,000.00. Mahkamah Sesyen menjatuhkan denda RM90,000.00. Kesemua denda yang dijatuhkan adalah hampir dengan had minimum yang ditetapkan oleh undang-undang dan tidak boleh dikatakan berlebihan. 78. Berkaitan dengan hukuman penjara, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman 2 tahun untuk dua pertuduhan dan 3 tahun untuk pertuduhan ketiga yang melibatkan nilai lebih tinggi. Ini adalah jauh di bawah hukuman maksimum 20 tahun. Hukuman penjara dijatuhkan serentak, bermakna Perayu akan menjalani hukuman penjara selama 3 tahun sahaja dan bukannya 7 tahun jika berjalan berturutan. 79. Mahkamah ini perlu menimbangkan sama ada hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal dengan keseriusan kesalahan. Kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 adalah kesalahan yang sangat serius. Ia melibatkan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan oleh pegawai badan awam, pengkhianatan amanah awam, dan pencabulan integriti perkhidmatan awam. Perayu adalah seorang pegawai bomba yang sepatutnya berkhidmat dengan amanah dan integriti. Sebaliknya, Perayu telah menyalahgunakan jawatannya untuk memberi manfaat kepada ahli keluarganya. 80. Perbuatan Perayu bukan sahaja melibatkan satu kesalahan, tetapi tiga kesalahan berasingan yang dilakukan dalam tempoh 34 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal masa yang berbeza. Ini menunjukkan bahawa perbuatan Perayu bukan satu kesilapan sekali sahaja tetapi satu pola tingkah laku yang berterusan. Perayu telah merancang dan melaksanakan manipulasi sistem perolehan dengan sistematik untuk memastikan syarikat keluarganya mendapat projek. Ini menunjukkan niat jenayah yang jelas dan perancangan yang rapi. 81. Walaupun nilai wang yang terlibat dalam setiap kes kelihatan tidak besar (RM8,100.00, RM7,440.00, dan RM17,000.00), namun jumlah keseluruhan adalah RM32,540.00. Lebih penting daripada nilai wang ialah prinsip yang terlibat. Jika pegawai awam dibenarkan menggunakan jawatan mereka untuk memberi manfaat kepada ahli keluarga walaupun dalam jumlah yang kecil, ini akan membuka pintu kepada rasuah dan kronisme yang lebih besar. Integriti sistem perolehan kerajaan mesti dijaga dengan ketat untuk memastikan wang rakyat digunakan dengan betul dan adil. 82. Perbuatan Perayu telah mencemarkan nama baik Jabatan Bomba dan Penyelamat dan merendahkan keyakinan orang awam terhadap institusi kerajaan. Orang awam meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pegawai bomba yang bertugas menyelamatkan nyawa. Apabila pegawai bomba didapati terlibat dalam rasuah, walaupun dalam skala yang kecil, ia merosakkan imej dan kredibiliti seluruh jabatan. 35 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 83. Saya juga mengambil kira faktor-faktor mitigasi yang dikemukakan oleh pihak Perayu. Perayu tidak mempunyai rekod sabitan jenayah terdahulu. Beliau telah berkhidmat sebagai pegawai bomba selama bertahun-tahun. Beliau mempunyai tanggungan keluarga. Denda yang dikenakan telah dijelaskan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, faktor-faktor mitigasi ini tidak cukup untuk mengatasi keseriusan kesalahan yang dilakukan. 84. Saya juga mengambil kira tujuan penghukuman dalam kes rasuah. Hukuman perlu mempunyai unsur pencegahan (deterrence) untuk menghalang orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama. Hukuman juga perlu mempunyai unsur pembalasan (retribution) yang setimpal dengan keseriusan kesalahan. Dalam kes rasuah yang melibatkan pegawai awam, unsur pencegahan adalah sangat penting kerana kita perlu menghantar mesej yang jelas kepada semua pegawai awam bahawa penyalahgunaan kuasa tidak akan ditoleransi dan akan dihukum dengan berat. 85. Setelah menimbangkan kesemua faktor di atas, saya berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen adalah sesuai, adil, dan tidak berlebihan. Hukuman penjara 2 hingga 3 tahun untuk tiga kesalahan yang berjalan serentak adalah munasabah memandangkan keseriusan kesalahan dan keperluan untuk pencegahan. Denda yang dijatuhkan adalah hampir dengan had minimum undang-undang dan mengikut formula yang ditetapkan oleh 36 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Parlimen. Mahkamah Sesyen telah mengambil kira semua faktor yang berkenaan termasuk faktor-faktor mitigasi sebelum menjatuhkan hukuman. 86. Saya tidak mendapati sebarang asas untuk mengatakan bahawa hukuman adalah "manifestly excessive" atau jelas berlebihan. Hukuman adalah dalam had yang munasabah dan tidak menunjukkan sebarang kesilapan dalam prinsip atau pelaksanaan budi bicara kehakiman oleh Mahkamah Sesyen. Oleh itu, isu ketiga saya jawab memihak kepada Responden. KESIMPULAN 87. Setelah menimbangkan kesemua isu yang dikemukakan, meneliti rekod rayuan dengan teliti, menganalisis keterangan yang dikemukakan, dan mengaplikasikan prinsip-prinsip undang-undang yang berkaitan, saya membuat dapatan dan kesimpulan seperti berikut. 88. Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dalam memutuskan bahawa terdapat kes prima facie terhadap Perayu di akhir kes pendakwaan. Kedua-dua intipati kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 telah dibuktikan dengan jelas oleh pihak pendakwaan berdasarkan penilaian maksima. Perayu adalah seorang pegawai badan awam dan telah menggunakan jawatannya untuk mendapat suapan dengan mengambil tindakan mencadangkan syarikat milik ahli keluarganya untuk 37 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal melaksanakan perolehan kerajaan. Anggapan di bawah Seksyen 23(2) Akta SPRM 2009 telah diaktifkan dengan betul. 89. Mahkamah Sesyen tidak tersilap dalam menolak pembelaan Perayu dan memutuskan bahawa Perayu gagal mematahkan anggapan statutori pada tahap imbangan kebarangkalian. Pembelaan yang dikemukakan adalah tidak munasabah, tidak disokong oleh keterangan objektif, bercanggah dengan fakta yang telah dibuktikan, dan merupakan rekaan semata-mata. Pembelaan bahawa Perayu bertindak atas arahan pegawai atasan tidak merupakan pembelaan yang sah dalam undang- undang. Pembelaan keperluan terdesak adalah tidak berasas dan merupakan justifikasi selepas fakta. Pembelaan bahawa Perayu tidak mendapat keuntungan adalah tidak relevan kerana undang-undang tidak memerlukan pembuktian ini. 90. Mahkamah Sesyen tidak tersilap dalam menjatuhkan hukuman yang dijatuhkan. Hukuman penjara 2 hingga 3 tahun yang berjalan serentak dan denda yang hampir dengan had minimum undang-undang adalah sesuai, adil, dan tidak berlebihan memandangkan keseriusan kesalahan, keperluan untuk pencegahan, dan faktor-faktor lain yang berkenaan. Mahkamah Sesyen telah mengambil kira semua faktor yang relevan termasuk faktor-faktor mitigasi. 91. Dapatan-dapatan fakta yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen adalah munasabah dan disokong oleh keterangan. Mahkamah Sesyen, yang mempunyai kelebihan melihat dan mendengar 38 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal saksi-saksi secara langsung, telah membuat penilaian kredibiliti dengan betul. Tiada apa-apa dalam rekod rayuan yang menunjukkan bahawa Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam undang-undang atau fakta atau telah salah menggunakan budi bicara kehakiman. 92. Kes-kes yang dirujuk oleh pihak Perayu tidak membantu kes mereka. Kes Abdul Hadi Bin Bokhari v PP (supra) sebenarnya menyokong pendekatan yang diambil oleh Mahkamah Sesyen dalam menentukan intipati kesalahan dan mengaktifkan anggapan. Kes Thavanathan Balasubramaniam v PP (supra), PP v Ku Yahya Ku Bahari (supra), dan Attan bin Abdul Gani v PP (supra) menetapkan standard beban bukti yang perlu dipenuhi oleh Perayu di peringkat pembelaan, dan saya mendapati bahawa Perayu telah gagal memenuhi standard tersebut. Kes PP v Mohd Ali bin Abang (supra) menyokong pendekatan HMS yang bijaksana dalam menerima sebahagian dan menolak sebahagian keterangan SP16. 93. Sebaliknya, kes-kes yang dirujuk oleh pihak Responden menyokong keputusan Mahkamah Sesyen. Prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam kes-kes tersebut telah diaplikasikan dengan betul oleh Mahkamah Sesyen dalam kes ini. 94. Saya sedar bahawa keputusan ini akan membawa implikasi yang serius kepada Perayu dan keluarganya. Walau bagaimanapun, saya terikat dengan undang-undang dan 39 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keterangan yang dikemukakan. Tugas mahkamah adalah untuk melaksanakan undang-undang tanpa mengira siapa yang terlibat. Integriti sistem kehakiman bergantung kepada pelaksanaan undang-undang yang adil dan konsisten. Apabila pegawai badan awam menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka, mereka mesti dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang tanpa kompromi. 95. Mesej yang perlu dihantar adalah jelas: pegawai badan awam yang menggunakan jawatan mereka untuk kepentingan peribadi atau kepentingan keluarga akan menghadapi akibat yang serius. Integriti perkhidmatan awam mesti dijaga dengan tegas. Kepercayaan orang awam terhadap institusi kerajaan mesti dipelihara. Wang rakyat mesti digunakan dengan amanah dan bertanggungjawab. Sistem perolehan kerajaan mesti bebas daripada rasuah, kronisme, dan nepotisme. 96. Saya juga ingin menegaskan bahawa keputusan ini tidak bermakna pegawai badan awam tidak boleh sama sekali berurusan dengan ahli keluarga mereka dalam konteks rasmi. Apa yang dilarang oleh undang-undang adalah penggunaan jawatan atau kedudukan untuk memberi manfaat kepada ahli keluarga. Jika seorang pejawat awam mendapati bahawa dalam menjalankan tugas rasminya dia perlu membuat keputusan atau mengambil tindakan yang melibatkan ahli keluarganya, pegawai tersebut mempunyai kewajipan untuk memaklumkan pegawai atasan dan mengisytiharkan konflik kepentingan tersebut. Pegawai tersebut sepatutnya 40 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal melepaskan diri daripada proses tersebut dan membenarkan pegawai lain membuat keputusan. Ini adalah piawaian etika dan integriti yang diharapkan daripada semua penjawat awam. 97. Dalam kes ini, Perayu tidak hanya gagal mengisytiharkan konflik kepentingan, malah secara aktif memanipulasi sistem untuk memastikan syarikat keluarganya mendapat projek. Ini adalah penyalahgunaan kuasa yang serius dan tidak boleh diterima. PERINTAH 98. Atas semua alasan yang saya nyatakan di atas, Mahkamah ini membuat perintah seperti berikut: (1) Rayuan Perayu terhadap sabitan bagi ketiga-tiga pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 adalah DITOLAK. (2) Rayuan Perayu terhadap hukuman adalah DITOLAK. (3) Sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu bertarikh 18 Ogos 2024 adalah DIKEKALKAN sepenuhnya. (4) Atas permohonan lanjut Peguam Perayu, penggantungan pelaksanaan hukuman penjara adalah dibenarkan 41 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dengan syarat Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan difailkan sebelum pukul 3:00 petang. Jaminan sedia ada sebanyak RM5,000.00 bagi setiap pertuduhan adalah dikekalkan dan tiada tambahan terhadap jumlah jaminan dikenakan. Perayu hendaklah melapor diri di Pejabat SPRM Kuala Terengganu sebulan sekali antara 1-5hb setiap bulan mulai Januari 2026 sehingga rayuan selesai didengar di Mahkamah Rayuan. Bertarikh 13 Januari 2026 Yusrin Faidz Bin Yusoff Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu Peguam Perayu: Ghazali bin Ismail Tetuan Ghazali Ismail & Co. PT 14194 A, Tingkat 1, Jalan Balai Besar, Kg Alor Tempoyak, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman 42 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam Responden SFC Farah Yasmin binti Salleh (SFC Rabiatul Addawiyah binti Mohd Norlee bersamanya) Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Aras 18 & 19, Blok C, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, No. 2 Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250 Putrajaya. RUJUKAN KES-KES: 1. Abdul Hadi Bin Bokhari v PP (2009) 1 LNS 1678 (HC). 2. Thavanathan Balasubramaniam v PP [1997] 3 CLJ 150 (FC). 3. Attan bin Abdul Gani v PP [1970] 2 MLJ 143b (HC). 4. PP v Ku Yahya Ku Bahari & Anor [2002] 1 CLJ 113 (CA). 5. PP v Mohd Ali bin Abang & Ors [1994] 2 MLJ 12 (HC). 6. PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 (PC). 43 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal RUJUKAN PERUNDANGAN: 1. 23(1), 23(2), 24(1), & 55(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 2. Seksyen 145(1), & 155(c) Akta Keterangan 1950. 3. Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997. 44 S/N 0DwyQ5VEZEqOTtwkA7u9vA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal