[TIMBALAN ] MOHD RUSDI BIN MD DESA
Prosecution failed to prove a prima facie case because it did not establish an unbroken and satisfactorily explained chain of custody and failed to exclude reasonable inferences of third‑party access to the exhibit (P24); investigative lapses and conflicting narratives about post‑seizure movements created reasonable...
Source-derived case information.
- Citation
- KA-45A-15-04/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Prosecutor: Pendakwa Raya; Defendant: Mohd Rusdi bin Md Desa
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 14 July 2025
- Case Number
- KA-45A-15-04/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal (drug Trafficking) / Discharge at Close of Prosecution Case (no Prima Facie)
- Outcome
- Accused discharged and acquitted at end of prosecution case (no prima facie established)
- Legal Topics
- Trafficking, Possession, Chain of Custody, Prima Facie Assessment, Investigative Duties
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Pendakwa Raya
Prosecutor
Mohd Rusdi bin Md Desa
Defendant
Procedural Posture
Criminal (drug Trafficking) / Discharge at Close of Prosecution Case (no Prima Facie)
Legal Issues
- 1 Whether the seized substances qualified as dangerous drugs
- 2 Whether prosecution proved unbroken chain of custody for the exhibits
- 3 Whether the drugs were in the custody, control or possession of the accused
Ratio Decidendi
Prosecution failed to prove a prima facie case because it did not establish an unbroken and satisfactorily explained chain of custody and failed to exclude reasonable inferences of third‑party access to the exhibit (P24); investigative lapses and conflicting narratives about post‑seizure movements created reasonable doubt as to exclusive possession, therefore the accused must be discharged.
Court Disposition
Accused discharged and acquitted at end of prosecution case (no prima facie established)
Orders
- Accused Mohd Rusdi bin Md Desa is discharged and acquitted (no prima facie).
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
KA-45A-15-04/2022 Kand. 116 10/09/2025 11:16:15 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-15-04/2022 DAN KA-45A-16-04/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD RUSDI BIN MD DESA [NO. KP: 840927-02-5097] 1 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan 1. Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh untuk 2 pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234). Bagi kes KA-45A-15-04/2022, tertuduh dituduh mengedar dadah berbahaya seberat 46.5 gram campuran Heroin dan Monoacetylmorphines dan bagi kes KA-45A-16-04/2022, tertuduh dituduh mengedar dadah berbahaya seberat 1134.5 gram Methamphetamine. 2. Pertuduhan-pertuduhan ke atas tertuduh adalah seperti berikut: KA-45A-15-04/2022 Bahawa kamu pada 24/11/2020 jam lebih kurang 5.30 petang, di hadapan sebuah rumah tidak bernombor beralamat di Jalan Bukit Wang, Kampung Malau, Mukim Malau, 06000 Jitra, di dalam Daerah Kubang Pasu, di dalam Negeri Kedah Darul Aman telah mengedar dadah berbahaya seberat 46.5 gram (Heroin seberat 16.8 gram dan Monoacetylmorphines seberat 29.7 gram). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. 2 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal KA-45A-16-04/2022 Bahawa kamu pada 24/11/2020 jam lebih kurang 5.30 petang, di hadapan sebuah rumah tidak bernombor beralamat di Jalan Bukit Wang, Kampung Malau, Mukim Malau, 06000 Jitra, di dalam Daerah Kubang Pasu, di dalam Negeri Kedah Darul Aman telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 1134.5 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Fakta kes 3. Seramai 7 orang saksi telah dipanggil dan naratif pihak Pendakwa Raya (PR) adalah pada 24/11/2020 pada jam 4.20 petang, SP4 telah menerima maklumat pengedaran dadah di sebuah rumah tidak bernombor yang beralamat di Jalan Bukit Wang, Kampung Malau, Mukim Malau, 06000 Jitra, Kedah (rumah tersebut). Berikutan itu, satu taklimat bersama-sama pasukannya telah dijalankan pada jam 4.30 petang. SP4 telah menubuhkan 2 pasukan serbuan iaitu Team A yang diketuai olehnya bersama 4 anggota yang menaiki sebuah kereta tidak berlambang dan Team B yang dianggotai oleh 2 anggota menaiki sebuah kereta yang juga tidak berlambang. 3 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4. SP4 dan pasukan telah tiba di rumah tersebut pada lebih kurang jam 5.30 petang dan dapat melihat sebuah kereta jenis Perodua MyVi bewarna putih bernombor pendaftaran PJA 5571 (kereta tersebut) yang dikatakan dalam keadaan yang mencurigakan. SP4 telah mengarahkan kereta Team A masuk dan berhenti bersebelahan kereta tersebut manakala kereta Team B diarahkan menghalang kereta tersebut dengan berhenti di hadapan kereta tersebut. 5. Dalam masa yang sama, anggota-anggota pasukan Team A telah diarahkan mengepung kereta tersebut yang ketika itu keempat-empat pintu serta tingkapnya berada dalam keadaan tertutup dan enjin telah dimatikan. Tertuduh didapati berada di dalam kereta tersebut di sebelah pemandu. 6. SP4 telah memperkenalkan dirinya sebagai polis dan secara tiba-tiba tertuduh telah menghidupkan enjin kereta serta bertindak untuk cuba melarikan diri dengan memecut laju kereta tersebut dan merempuh kereta Team B. Ini telah menyebabkan SP4 dan pasukan memecahkan cermin hadapan serta cermin tingkap sebelah kiri dan kanan bahagian hadapan kereta tersebut. 7. Tertuduh dikatakan telah memberhentikan keretanya dan cuba melarikan diri. Namun tertuduh berjaya ditahan dalam jarak 2 meter dari kereta tersebut selepas pergelutan di antara tertuduh dengan anggota serbuan. Pemeriksaan ke atas tubuh badan tertuduh tidak menemui apa-apa barang salah. 4 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8. SP4 selanjutnya telah menjalankan pemeriksaan ke atas kereta tersebut dan menemukan 1 beg galas berwarna hitam (P24) di atas tempat duduk penumpang hadapan berada dalam keadaan terbuka, terdedah dan mudah dilihat. Pemeriksaan SP4 ke atas P24 menemukan; a) 1 bungkusan plastik lutsinar bertulisan A dan 16 peket plastik pelbagai saiz yang berisi dadah disyaki Methamphetamine (P25 (1-17)); dan b) 2 bungkusan plastik lutsinar dan 11 peket plastik lutsinar pelbagai saiz yang berisi dadah disyaki Heroin (P26, P27 dan P28 (1-11)). 9. Analisis yang dijalankan oleh SP1 ke atas kesemua peket plastik tersebut mengesahkan bahawa ianya mengandungi dadah- dadah berbahaya iaitu 46.5 gram campuran Heroin dan Monoacetylmorphines dan 1134.5 gram Methamphetamine. Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan 10. Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) iaitu untuk menentukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang kredibel wujudnya satu kes prima facie. 5 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11. Mahkamah berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Mahkamah dengan ini merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan bermakna mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan- keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah sedar jika terdapat lebih dari satu inferens yang boleh dibuat, maka mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada tertuduh. 12. Berpandukan kepada kes Muhammad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524 elemen yang perlu dipenuhi bagi satu kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B Akta 234 adalah seperti berikut: “In our view, there is force in the submission. The requisites that must be satisfied to sustain conviction for the offence of trafficking in dangerous drugs under s. 39B(1)(a) of DDA 1952 are well-settled. The following elements must be established: a) The impugned drugs are dangerous drugs as listed in the First Schedule of DDA 1952; b) The impugned drugs are under the custody, control and possession of the appellant; and 6 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal c) The appellant trafficked in the said impugned drugs.” Analisis mahkamah di akhir kes pendakwaan Sama ada dadah tersebut adalah dadah berbahaya serta rantaian keterangan ke atas dadah-dadah tersebut 13. Tertuduh melalui peguamnya secara amnya tidak mempunyai pertikaian berkaitan analisis yang telah dijalankan oleh SP1 ke atas dadah-dadah yang ditemui di dalam P24 tersebut. Tiada sebarang pemeriksaan balas dikemukakan ke atas SP1 mahupun sebarang hujahan berkaitan perkara ini dikemukakan oleh peguam tertuduh. Sehubungan dengan itu, mahkamah berhak untuk merumuskan bahawa P25 dan P28 yang ditemui di dalam P24 telah dibuktikan sebagai dadah berbahaya campuran Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 46.5 gram serta dadah berbahaya Methamphetamine seberat 1134.5 gram. 14. Namun peguam tertuduh membangkitkan isu berkaitan rantaian keterangan barang kes. Ini berbangkit apabila wujud 2 versi di pihak pendakwaan iaitu pertamanya menurut SP4, selepas tertuduh ditangkap, SP4 dan pasukan telah terus membawa tertuduh ke pejabat operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. Menurut SP4, kesemua barang kes serta tertuduh berada dalam kawalannya dan berada di dalam kereta pasukan yang sama dengan SP4. 7 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Dengan kata yang lain. SP4 dan pasukan tidak singgah di mana- mana tempat yang lain. 15. Di sebalik itu, terdapat versi kedua oleh saksi PR sendiri iaitu SP2 yang menyatakan bahawa pada tarikh 24/11/2020 di sebelah petang, terdapat 4 anggota polis datang ke rumah SP2 di Taman Melor (rumah SP2) dengan membawa tertuduh yang pada ketika itu dalam keadaan bergari. Menurut SP2, pasukan polis tersebut telah menggeledah rumah SP2 namun tidak menemui apa-apa barang salah. 16. SP2 adalah merupakan isteri tertuduh yang pada asalnya dipanggil oleh pihak PR untuk menjelaskan berkenaan pemilikan serta penggunaan kereta tersebut. Namun semasa pemeriksaan balas oleh peguam tertuduh, SP2 telah menyatakan bahawa pada hari kejadian pada jam lebih kurang 5.00 petang, sepasukan polis telah datang ke rumahnya dengan membawa tertuduh yang digari. Pasukan polis tersebut telah menggeledah rumah SP2 seolah mencari sesuatu. 17. Tiada sebarang pemeriksaan semula dikemukakan oleh TPR berkaitan perkara ini yang sekaligus menyebabkan tiada penjelasan dikemukakan oleh pihak PR berkaitan perbezaan 2 versi ini. 18. Keterangan SP2 ini telah dibandingkan oleh mahkamah dengan keterangan SP4. Di dalam Pernyataan Bertulis SP4 (PSSP4), SP4 telah menyatakan bahawa selepas tangkapan dan 8 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal rampasan, tertuduh telah dibawa ke IPK dan semasa diperiksa balas oleh peguam tertuduh, SP4 menegaskan bahawa tertuduh terus dibawa balik ke IPK dan mereka tidak singgah di mana- mana. Keterangan ini turut tidak diperiksa semula oleh TPR. 19. Apa yang menjadi persoalannya adalah bukan sahaja sekadar perbezaan versi, namun telah menimbulkan kelompangan dalam rantaian keterangan barang kes semasa pihak polis dan tertuduh dibawa ke rumah SP2. Ini sekaligus menimbulkan persoalan- persoalan tidak berjawab melibatkan pergerakan barang kes sebelum SP4 dan pasukan sampai ke IPK. 20. Mahkamah berpandangan bahawa pihak PR mempunyai beban untuk membuktikan secara lengkap berkaitan rantaian keterangan barang kes dari kali pertama ianya ditemui sehinggalah barang kes tersebut dikemukakan kepada ahli kimia untuk dianalisis dan seterusnya dibawa ke mahkamah. Setiap pergerakan barang kes perlu diperjelaskan dengan bertertib bagi membuktikan tidak wujud sebarang kompromi serta kacau ganggu ke atas barang kes. 21. Apabila wujud senario terdapat kelompangan pergerakan barang kes dan ianya tidak diperjelaskan oleh pihak PR, maka ia sekaligus mewujudkan persoalan ke atas pembuktian rantaian keterangan barang kes. Ini sekaligus memberi kesan ke atas asas pembuktian pihak PR ke atas tertuduh. 9 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22. Peguam tertuduh turut membangkitkan isu berkaitan rantaian keterangan barang kes berhubung kotak barang kes iaitu P23 yang telah dibuka sebelum ianya dikemukakan ke mahkamah. Namun penjelasan telah dikemukakan oleh pihak PR melalui SP5 yang merupakan seorang TPR di Mahkamah Majistret Jitra pada 26/9/2021. Menurut SP5 kotak P23 tersebut telah dibuka di Mahkamah Majistret Jitra pada 26/9/2021 semasa SP5 mengendalikan satu kes lain sebagai Timbalan Pendakwa Raya. 23. Menurut SP5, telah berlaku kesilapan yang hanya dimaklumi olehnya selepas P23 dibuka dan ini membuatnya membuat satu laporan polis di P34. Bagi menyokong keterangan SP5 ini, pihak PR telah mengemukakan salinan rakaman CRT Mahkamah Majistret sepertimana di P35 beserta Sijil Perakuan di P36. Peguam tertuduh walau bagaimanapun telah mencabar kesahihan P35 dan P36 kerana ianya tidak diserahkan oleh Puan Ndyiana binti Supian serta siasatan tidak dijalankan ke atas laporan polis di P34. 24. Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam tertuduh berkaitan kesahihan P35 dan P36 serta kegagalan siasatan ke atas laporan polis di P34. Namun mahkamah berpandangan bahawa di dalam apa jua keadaan, ia hanya melibatkan pembuktian selepas dadah-dadah tersebut dianalisis oleh SP1. Bagi mahkamah, perkara yang lebih material adalah pembuktian oleh pihak PR ke atas identiti dadah-dadah tersebut semasa 10 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ianya diserahkan oleh SP4 kepada SP7 dan selanjutnya kepada SP1. (rujuk; Gunalan Ramachandran & ors v PP [2004] 4 CLJ 551) 25. Jika ianya dapat dibuktikan sebagai dadah-dadah sama yang dianalisis oleh SP1, maka apa yang berlaku selepas dari analisis yang dijalankan oleh SP1, bagi pandangan mahkamah adalah tidak material. Oleh yang demikian, mahkamah merumuskan bahawa walaupun P35 dan P36 tidak dibuktikan sepenuhnya dan P34 tidak disiasat, ia tidak menjejaskan keterangan rantaian keterangan barang kes tertakluk kepada isu berkaitan 2 versi berbeza sepertimana yang telah diulas oleh mahkamah. 26. Mahkamah merumuskan bahawa pihak PR telah gagal untuk membuktikan elemen pertama iaitu rantaian keterangan dadah- dadah yang ditemui apabila wujud 2 naratif berkaitan pengendalian barang kes selepas ianya dirampas oleh SP4. Sama ada dadah tersebut berada di dalam milikan tertuduh 27. Elemen seterusnya adalah berkaitan pemilikan iaitu secara khususnya ke atas dadah-dadah yang ditemui di dalam P24. Pembuktian pemilikan adalah melibatkan pembuktian secara fizikal iaitu sama ada P24 tersebut berada di dalam jagaan serta kawalan tertuduh dan turut melibatkan pembuktian elemen mental iaitu sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan 11 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bahawa P24 tersebut mengandungi dadah-dadah sepertimana yang dipertuduhkan. 28. Secara amnya, mahkamah bersetuju dengan hujahan Puan TPR bahawa kedua-dua elemen fizikal dan mental ini telah dibuktikan berdasarkan kepada keterangan-keterangan berikut: a) barang kes iaitu dadah dijumpai berada dalam satu (1) beg galas berwarna hitam berzip di atas tempat duduk penumpang hadapan kereta dimana tertuduh berada di bahagian duduk pemandu (close proximity); b) beg tersebut dalam keadaan terbuka, terdedah dan mudah dilihat; c) pemeriksaan dalam beg tersebut oleh SP4 menjumpai 1 bungkusan plastik lutsinar bertulis A dan 16 peket plastik plastik lutsinar pelbagai saiz yang berisi dadah disyaki Methamphetamine (P25 (1-17)) dan 11 peket plastik lutsinar pelbagai saiz yang berisi dadah disyaki Heroin (P26, P27 dan P28 (1-11)); d) tertuduh telah menghidupkan enjin kereta tersebut selepas SP4 memperkenalkan diri sebagai polis dan telah memecut laju melanggar kereta pasukan berulang kali; 12 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal e) tertuduh juga bertindak membuka pintu kereta dan cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan antara tertuduh dan pasukan; f) hanya tertuduh sahaja sedang berada dalam kereta tersebut semasa di tahan; g) SP2 yang merupakan pemilik kereta dan isteri kedua tertuduh mengesahkan kereta digunakan oleh tertuduh dan kali terakhir SP2 menaiki kereta tersebut adalah sebulan sebelum tertuduh ditangkap; h) tindakan tertuduh yang menghidupkan enjin kereta, memecut laju melanggar kereta pasukan berkali-kali dan cuba melarikan diri menunjukkan pengetahuan tertuduh; dan i) SP3 yang merupakan isteri pertama tertuduh mengesahkan kali terakhir menaiki kereta tersebut sehari sebelum kejadian. SP3 telah duduk di bahagian hadapan kerusi penumpang dan mengesahkan bahawa beg tersebut tidak ada di atas kerusi tersebut mahupun di kerusi belakang kereta. 29. Kedudukan P24 yang begitu hampir dengan tertuduh adalah memadai bagi mahkamah ini merumuskan bahawa ianya berada di dalam pemilikan tertuduh. Ia bukan sahaja menunjukkan bahawa P24 berada di bawah jagaan serta kawalan tertuduh, 13 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal malahan ia boleh secara inferensnya menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan berkaitan dengannya. 30. Di dalam kes Khairuddin bin Hassan v PP [2010] 6 MLJ 145, dadah cannabis seberat 2660 gram telah yang dijumpai di dalam sebuah kereta. Ia dijumpai dalam sebuah beg yang terletak di atas alas kaki tempat duduk penumpang hadapan kereta yang diduduki perayu. Antara isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan adalah sama ada kedekatan kepada dadah dan tingkah laku perayu melarikan boleh merumuskan bahawa perayu mempunyai milikan dadah tersebut. Mahkamah Persekutuan memutuskan; “[10] In this case, the learned trial judge had made a finding of fact that the appellant, and he alone, was in physical possession of the bag containing the drugs. The appellant's conduct of running away has a nexus to what is now a fact in issue, viz that he was in physical possession of that bag. This in turn gives rise to an inference that he had knowledge of the drugs in the bag. It is thus up to the appellant himself to explain his conduct, and not for the court to offer or suggest one. Chan Kwok Keung & Anor v. The Queen [1990] 3 CLJ Rep 386; [1990] 1 CLJ 411; (Rep) is authority for the proposition that an act of running away may be viewed as an admission of guilt. The learned trial judge was therefore not wrong in making that inference in the circumstances of this case, where the drugs was found to be in the appellant's physical possession. … 14 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [12] As regards the proximity of the drugs to the appellant, this too is a relevant fact. This principle is derived from this passage in Public Prosecutor v. Foo Jua Eng [1965] CLJU 127; [1966] 1 MLJ 197; [1965] 1 LNS 127, where HRH Raja Azlan Shah stated: With regard to the mental element, the learned magistrate rightly directed his mind that knowledge or consciousness would depend on the surrounding circumstances. However, he failed to direct his mind adequately on the facts. He directed his mind to the circumstances when the respondent tried to close the door on PW1. But he failed to consider the other circumstance which, taken together, may well be that the element of possession was proved. That circumstance is the physical proximity of the respondent to the exhibit in question. [13] As such we cannot find fault with the finding of the learned trial judge that, based on both the elements of the conduct of the appellant and his proximity to the recovered drugs, coupled with his failure to give any satisfactory explanation, he was in mens rea possession of the drugs. This was an inference made by the learned trial judge based on sound factual findings which is now confirmed by the Court of Appeal. We find no justification in disturbing those findings.” 15 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31. Keseluruhan fakta-fakta ini setakat ini menampakkan bahawa dadah-dadah yang berada di dalam P24 adalah berada di dalam pemilikan tertuduh. Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh boleh berurusan dengan P24 dan boleh menghalang orang lain dari berurusan dengannya. 32. Namun pertimbangan mahkamah adalah tidak terhenti setakat ini. Apa yang menjadi duri dalam daging adalah persoalan sama ada P24 ini sebenar-benarnya milik tertuduh. Perkara ini berbangkit apabila mahkamah mempertimbangkan bahawa serbuan yang dijalankan oleh SP4 adalah berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh SP4. 33. Perhatian mahkamah dirujuk kepada keterangan SP4 melalui PSSP4 yang menyatakan bahawa SP4 menerima maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah yang beralamat sepertimana di rumah tersebut. Maklumat yang diterima oleh SP4 adalah sama sekali bukan berkaitan dadah di dalam kereta sepertimana yang berlaku di dalam kes ini. 34. Mahkamah perlu berhati-hati menimbangkan sama ada wujud kemungkinan yang lain tambahan pula serbuan yang berdasarkan kepada maklumat. Ini kerana ia terdedah kepada penganiayaan kepada orang yang tidak bersalah. 35. Pandangan mahkamah adalah merujuk kepada apa yang dinyatakan oleh Hakim Edgar Joseph Jr. HMA di dalam kes Abdullah Zawawi bin Yusof v. PP [1993] 4 CLJ 1; [1993] 3 16 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal MLJ 1, bahawa kemungkinan tertuduh akan diperangkap atau dianiaya terutamanya bagi kes-kes di mana polis bertindak berdasarkan maklumat adalah tidak boleh diketepikan. 36. Bagi mengelak berlakunya sebarang penganiayaan, maka pegawai penyiasat perlu memainkan peranan yang penting. Bukan sahaja pegawai penyiasat perlu mendapatkan keterangan-keterangan bagi menentukan sama ada seseorang saspek wajar dituduh ataupun tidak, malahan seseorang pegawai penyiasat perlu bersikap adil dan tidak memihak. Keterangan-keterangan yang perlu diambil hendaklah bukan dari perspektif pihak polis semata-mata, namun perlu mengambilkira setiap aspek termasuk yang memihak kepada seseorang saspek. 37. Di dalam kes ini, mahkamah mendapati bahawa SP7 sebagai pegawai penyiasat telah gagal melaksanakan beberapa aspek di dalam siasatan sehingga menyebabkan berlakunya beberapa kelompangan yang material. Keterangan SP2 yang merupakan isteri kedua tertuduh mendedahkan bahawa kereta tersebut juga telah digunapakai dan dibawa oleh kawan-kawan tertuduh dan pihak bengkel turut selalu mengambil kereta tersebut untuk tujuan pembaikan kerana ia selalu rosak. SP2 turut tidak dapat memastikan berapa set kunci kereta tersebut dan siapa yang memegangnya. 17 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 38. Di samping itu, keterangan SP3 yang merupakan isteri pertama mendedahkan bahawa tertuduh memang suka membawa beg namun beg di P24 tidak pernah dilihat olehnya. 39. Keterangan SP2 dan SP3 mewajarkan satu inferens dibuat oleh mahkamah ini bahawa bukan sahaja tertuduh yang mempunyai akses ke atas kereta tersebut apatah lagi ke atas beg P24. 40. Ini membawa kepada satu lagi keterangan iaitu berkenaan penemuan sebuah telefon bimbit di dalam kereta tersebut. Keterangan berkaitan telefon bimbit ini berbangkit apabila peguam tertuduh menunjukkan borang serah menyerah di D37 di antara SP7 dengan tertuduh yang menunjukkan bahawa sebuah telefon bimbit jenama VIVO yang masih berfungsi telah diserahkan kepada tertuduh semasa di dalam tahanan reman iaitu pada 29/11/2020. 41. Perkara yang sangat menjadi perhatian mahkamah adalah kegagalan SP7 untuk menyiasat dari mana telefon bimbit tersebut ditemui. Di samping itu, mahkamah mendapati tiada sebarang rakaman percakapan diambil daripada SP4 mahupun mana-mana anggota serbuan berkaitan penemuan telefon bimbit tersebut. Ini menimbulkan persoalan di manakah telefon bimbit tersebut dijumpai, siapakah pemiliknya dan apakah maklumat- maklumat yang ada di dalam telefon bimbit tersebut. 42. Ini bukan sahaja meninggalkan kelompangan di dalam penyiasatan SP7 namun telah menimbulkan inferens yang 18 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal material iaitu sama ada ia mungkin milik orang lain yang merupakan pemilik kepada P24 tersebut. Prinsip undang- undang adalah jelas bahawa jika wujud dua inferens maka mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada tertuduh. Ini kerana pihak pendakwaan di sepanjang perbicaraan mempunyai beban perundangan untuk mengecualikan sebarang kemungkinan yang memudaratkan tertuduh. (rujuk; PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 dan Thivasalim Abdul Majeed v PP [2014] 2 CLJ 963) 43. Dalam apa jua keadaan, prinsip undang-undang adalah mantap iaitu bukanlah menjadi beban tertuduh untuk membuktikan kemungkinan orang lain yang mempunyai milikan ke atas P24 dengan menamakan sesiapa. Mahkamah Persekutuan dalam kes Chan Wei Loon v PP & anor appeal [2021] 6 CLJ 623, telah memberi peringatan ini apabila menyatakan; “[93] The evidence laid down above pinpoints the access possibility by the third party to the ground floor. It is trite that the burden is on the prosecution to exclude access of the said ground floor by others to prove that the appellants were exclusively in custody and control of the dangerous drugs and the machines found on the ground floor. The prosecution had failed to establish such evidence when the onus is not on the defence to prove possibility of access by others, but on the prosecution to exclude such possibility. 19 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal The burden of proving its case at every stage lies on the prosecution. The only task of the accused is to raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution's case. See: Mohan Singh Lachman Singh v. PP [2002] 3 CLJ 293; [2002] 3 MLJ 291.” 44. Di atas dasar ini mahkamah berpandangan bahawa adalah tidak selamat untuk merumuskan bahawa P24, di mana dadah-dadah di dalam kes ini ditemui, adalah merupakan milik tertuduh. Wujud inferens-inferens yang memberi kelebihan kepada tertuduh. 45. Sehubungan dengan itu, mahkamah memutuskan bahawa pihak PR tidak berjaya membuktikan secara prima facie bahawa dadah-dadah yang ditemui di dalam kes ini adalah berada di dalam milikan tertuduh. Kesimpulan 46. Berdasarkan kepada analisis maksima mahkamah ke atas keterangan-keterangan yang telah diberikan, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak PR telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie ke atas tertuduh. 47. Oleh itu, tertuduh adalah dengan ini dilepas dan dibebaskan. 20 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bertarikh: 10 hb. September, 2025 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. 21 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : Kamaliza binti Md Zain Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang- Undang Negeri Kedah Darul Aman Aras 4, Blok C, Wisma Darul Aman 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Responden : Nur Shafiqah binti Zainudin Peguambela & Peguamcara Tetuan T. Jayaraj & Co. Suite B, No.49, Tingkat Satu Jalan Cempaka 1/2 Persiaran Cempaka Bandar Aman Jaya 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman Tarikh Keputusan : 14hb. Julai, 2025 22 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Undang-Undang Yang Dirujuk: Akta Dadah Berbahaya 1952 Kanun Tatacara Jenayah Kes-Kes Yang Dirujuk: Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 Muhammad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524 Gunalan Ramachandran & ors v PP [2004] 4 CLJ 551 Khairuddin bin Hassan v PP [2010] 6 MLJ 145 Abdullah Zawawi bin Yusof v. PP [1993] 4 CLJ 1; [1993] 3 MLJ 1 PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 Thivasalim Abdul Majeed v PP [2014] 2 CLJ 963 Chan Wei Loon v PP & anor appeal [2021] 6 CLJ 623 23 S/N 6S09ivBPGUa/nlbn/xFvhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal