MOHD ZAWAWI BIN MAT GHANI RUSLINA BINTI CHE OMAR (DAN PENGHUNI-PENGHUNI DI ATAS LOT 2499 GM 2052, KG. TAWANG, MUKIM TAWANG, JAJAHAN BACHOK, KELANTAN)
Plaintiff, being the registered proprietor with title transferred and indefeasibility preserved by Section 340(2) and following prior successful declarations up to the Court of Appeal, is the lawful owner of the whole parcel; the question of ownership is res judicata and defendants have no legal estate to defeat the...
Source-derived case information.
- Citation
- DA-24NCVC-3-01/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: Mohd Zawawi bin Mat Ghani; Defendant: Ruslina binti Che Omar and other occupiers of Lot 2499 GM 2052, Kg. Tawang, Mukim Pauh Sembilan, Jajahan Bachok, Kelantan
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 15 August 2021
- Case Number
- DA-24NCVC-3-01/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Saman Pemula for Vacant Possession of Land / Judgment of the High Court (final Decision at Trial Level)
- Outcome
- Plaintiff's application for vacant possession allowed
- Legal Topics
- Vacant Possession, Registered Title and Indefeasibility, Res Judicata, Licensee Vs Trespasser, Mortgage/charge
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Mohd Zawawi bin Mat Ghani
Plaintiff
Ruslina binti Che Omar and other occupiers of Lot 2499 GM 2052, Kg. Tawang, Mukim Pauh Sembilan, Jajahan Bachok, Kelantan
Defendant
Procedural Posture
Saman Pemula for Vacant Possession of Land / Judgment of the High Court (final Decision at Trial Level)
Legal Issues
- 1 Whether the plaintiff is the registered owner of the land
- 2 Whether the defendants have any legal right to occupy the land or are trespassers/licensees
- 3 Whether the issue of ownership is res judicata in light of earlier decisions
Ratio Decidendi
Plaintiff, being the registered proprietor with title transferred and indefeasibility preserved by Section 340(2) and following prior successful declarations up to the Court of Appeal, is the lawful owner of the whole parcel; the question of ownership is res judicata and defendants have no legal estate to defeat the registered title, therefore plaintiff is entitled to vacant possession and costs.
Court Disposition
Plaintiff's application for vacant possession allowed
Orders
- Plaintiff's application for vacant possession of Lot 2499 GM 2052, Kg. Tawang is granted
- Defendant and all occupiers on the land are ordered to vacate and deliver vacant possession to the Plaintiff
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: DA-24NCVC-03-01/2021 ANTARA MOHD ZAWAWI BIN MAT GHANI PLAINTIF DAN RUSLINA BINTI CHE OMAR DAN PENGHUNI-PENGHUNI DI ATAS LOT 2499 GM 2052, KG. TAWANG, MUKIM TAWANG, JAJAHAN BACHOK, KELANTAN DEFENDAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif memfailkan Saman Pemula ini bagi mendapatkan suatu perintah milikan kosong terhadap penghuni-penghuni yang mendiami Lot 2499, GM 2052, Kg. Tawang, Mukim Pauh Sembilan, Jajahan Bachok, Kelantan (selepas ini dipanggil “Tanah Tersebut”). [2] Plaintif adalah pemilik berdaftar Tanah Tersebut dan Defendan- Defendan adalah penghuni di atasnya. 1 Fakta [3] Melalui satu perjanjian jual beli bertarikh 20.10.1984, Plaintif telah membeli Tanah Tersebut dari ibu mertuanya dan dipindah milik kepada Plaintif pada 20.10.1985. Plaintif telah membina rumahnya atas Tanah Tersebut dan penghuni-penghuni lain di Tanah Tersebut enggan keluar atas alasan Tanah Tersebut milik abang mereka. Isu [4] Isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah adalah: (i) sama ada Plaintif adalah pemilik berdaftar Tanah Tersebut; (ii) sama ada Defendan-Defendan berhak mendiami di Tanah Tersebut. Kes Plaintif [5] Plaintif telah membeli Tanah Tersebut dari ibu mertuanya (Selamah binti Abdul Rahman) melalui satu perjanjian jual beli bertarikh 20.10.1984 dan pindah milik kepada Plaintif dibuat pada 20.10.1985 (Eksibit “MZ-1” dalam affidavit sokongan). Plaintif telah membina rumahnya atas Tanah Tersebut dan bercadang untuk membesarkan rumah tetapi penghuni-penghuni lain di Tanah Tersebut enggan keluar atas alasan Tanah Tersebut milik abang mereka. Plaintif mendakwa Defendan-Defendan tidak berhak mendiami atas Tanah Tersebut dan telah menceroboh ke atasnya 2 dan Plaintif memohon perintah bagi mendapatkan milikan kosong (vacant possession). Kes Defendan-Defendan [6] Tanah Tersebut asalnya dibeli oleh ibu bapa Defendan dari Hajah Saudah binti Deris pada tahun 1977 dan didaftarkan atas nama ibunya Selamah binti Abdul Rahman (selepas ini dipanggil “Si Mati”). Ibu bapa Defendan telah membina rumah kediaman atas Tanah Tersebut. [7] Pada tahun 1985, Plaintif dan isterinya telah dibenarkan dan diberikan ½ Tanah Tersebut oleh ibu bapa Defendan untuk membina rumah di atasnya bersebelahan rumah ibubapa Defendan. Plaintif adalah menantu ibu bapanya dan ipar Defendan. [8] Bagi mendapatkan pinjaman perumahan kerajaan untuk membina rumah di situ, Plaintif telah meminta keseluruhan Tanah Tersebut dipindah milik kepadanya bagi dicagarkan. Ini bermaksud Plaintif hanya dipinjamkan ½ bahagian Tanah Tersebut oleh ibubapa Defendan bagi tujuan tersebut. Plaintif bersetuju untuk memulangkan balik ½ bahagian Tanah Tersebut kepada Si Mati setelah pinjaman selesai dibayar. [9] Setelah selesai pinjaman dibayar pada 2014, Plaintif enggan memulangkan ½ bahagian Tanah Tersebut ke atas nama Si Mati bagi dibahagikan kepada waris-waris (Si Mati meninggal dunia pada 14.7.2010). Defendan telah tinggal di atas Tanah Tersebut sejak 1980 dengan kebenaran Si Mati (ibunya). Oleh itu Defendan 3 menghujahkan bahawa dia adalah seorang licensee dan bukannya penceroboh. Penelitian dan penemuan mahkamah [10] Berdasarkan perjanjian jual beli Tanah Tersebut bertarikh 20.10.1984 (Eksibit “MZ-1” dalam affidavit sokongan Plaintif), Plaintif telah membelinya dari Si Mati dengan harga RM30,000. Tanah Tersebut dipindah milik kepada Plaintif pada 20.4.1985 (salinan carian resmi di eksibitkan dalam affidavit jawapan Defendan sebagai “A dan Lampiran A” di muka surat 30 dan salinan Borang 14A di muka surat 36). [11] Tanah Tersebut kemudiannya dicagarkan oleh Plaintif kepada Menteri Kewangan Malaysia pada 21.5.1985 bagi tujuan pinjaman perumahan (rujuk endorsan dalam geran hakimilik di eksibit “MZ- 2”). Ini selari dengan keterangan Plaintif bahawa dia mula menduduki Tanah Tersebut dengan membina rumah pada tahun 1985. Cagaran itu telah dilepaskan pada 31.7.2014 dan Plaintif mendapat hak mutlak ke atas Tanah Tersebut. [12] Ibu Defendan (Si Mati) meninggal dunia pada 14.7.2010 dan ayah Defendan pula meninggal dunia pada 12.3.2018. Saya mendapati walaupun ayah Defendan hanya meninggal dunia pada 12.3.2018, tiada affidavit atau keterangan darinya dikemukakan bagi menunjukan dia ada membuat tuntutan pemulangan ½ bahagian Tanah Tersebut setelah gadaian dilepaskan pada 31.7.2014. 4 [13] Abang Defendan (Mohd. Azmi bin Che Omar) telah membuat tuntutan terhadap Plaintif bagi pemulangan ½ bahagian Tanah Tersebut dan ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 17.12.2017. Mahkamah Tinggi memutuskan Plaintif adalah pemilik berdaftar Tanah Tersebut (kes DA-22NCVC-52-05/2015). Rayuan abang Defendan juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 22.7.2020 (salinan penghakiman di eksibit “MZ-3” affidavit sokongan). [14] Dalam hujahannya Defendan menyatakan Mahkamah Tinggi membuat keputusan berkenaan atas alasan abang Defendan tidak mempunyai locus kerana membuat tuntutan atas kapasiti sendiri dan bukannya sebagai seorang Pentadbir Pesaka atau wakil diri Si Mati. [15] Saya mendapati keputusan tuntutan ½ bahagian Tanah Tersebut telah diputuskan sehingga di peringkat Mahkamah Rayuan iaitu Plaintif adalah pemilik berdaftar keseluruhan Tanah Tersebut. Mahkamah ini tidak lagi boleh membuat keputusan pemilikan berdaftar yang berbeza dari Mahkamah Rayuan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang sama. Oleh yang demikian saya berpendapat Plaintif berhak meminta Defendan dan penghuni- penghuni lain di atas Tanah Tersebut untuk mengosongkannya. Plaintif mempunyai hakmilik yang tidak boleh disangkal seperti peruntukan Seksyen 340 (2) Kanun Tanah Negara: Section 340. Registration to confer indefeasible title or interest, except in certain circumstances 5 (2) The title or interest of any such person or body shall not be indefeasible— (a) in any case of fraud or misrepresentation to which the person or body, or any agent of the person or body, was a party or privy; or (b) where registration was obtained by forgery, or by means of an insufficient or void instrument; or (c) where the title or interest was unlawfully acquired by the person or body in the purported exercise of any power or authority conferred by any written law. [16] Isu pemilik berdaftar ini telah muktamad dan menjadi res judicata. Ini selaras dengan keputusan Mahkamah Agong dalam kes Asia Commercial Finance (M) Sdn Bhd v Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 MLJ 189: “(1) When a matter between two parties has been adjudicated by a court of competent jurisdiction, they and their privies are not permitted to litigate once more the res judicata, as the judgment becomes the truth between such parties. An estoppel per rem judicatum has been created as a result.” [17] Walaupun Defendan telah memfailkan satu tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu vide Kes Mal no: 03200-099-0112-2021 (eksibit “A” dalam affidavit jawapan Defendan) bagi mendapatkan ½ bahagian Tanah Tersebut sebagai pesaka Si Mati, saya berpendapat kes tersebut berbeza dengan kes ini, belum diputuskan dan melibatkan dua bidangkuasa berbeza. 6 [18] Berdasarkan pada nombor kad pengenalan, Defendan hanya berumur 17 tahun semasa transaksi jual beli Tanah Tersebut berlaku. Defendan sendiri mengakui dia hanya mula menduduki rumah Si Mati pada tahun 1980 i.e. ketika berumur 13 tahun (perenggan 6.3, affidavit jawapan 2 Defendan). Dengan itu saya percaya Defendan tidak mengetahui secara mendalam berhubung dengan transaksi jual beli tersebut. Keputusan [19] Atas alasan-alasan tersebut dan atas imbangan kebarangkalian, saya dengan ini membenarkan permohonan Plaintif. Kos sebanyak RM5,000 diberikan pada Plaintif dan tertakluk pada 4% alokatur. Bertarikh: 01 November 2021. (ROSLAN BIN HAJI ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. 7 PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Plaintif: Mohd Syukran bin Mohd Noordin, Tetuan Syukran Noordin, Lot 3063 (A), Wisma Cikgu Hamid, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Defendan: Nur Fatin Syahirah bt Abu Hassan, Tetuan Shaharuddin Hidayu Marwaliz, No.5578-E Lot 347 Tingkat Satu, Wisma SHM, Seksyen 23, Taman Desa Telipot, 15050 Kota Bharu, Kelantan. 8