1. ) MOHD ZULHUSNI BIN SHOEB 2. ) Nurluqman Hanif Bin Norhisam 3. ) Muhammad Amer Redzuan Bin Mohd Tahir 4. ) Nurluqman Danial Bin Norhisam [ ]
The High Court held the convictions and sentences were safe: SP1's evidence was credible and sufficient to establish lack of consent and a prima facie case; the trial judge's failure to spell out express findings on non-consent did not render the convictions unsafe because appellate review of the entire evidence...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-42S-2-01/2020 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: MOHD ZULHUSNI BIN SHOEB; Appellant: NURLUKMAN HANIF BIN NORHISHAM; Appellant: MUHAMMAD AMER REDZUAN BIN MOHD TAHIR; Appellant: NUR LUKMAN DANIAL BIN NORHISAM; Respondent: PENDAKWA RAYA
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 21 February 2022
- Case Number
- BA-42S-2-01/2020 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal (rayuan Jenayah) / Hearing and Judgment on Appeal in the High Court, Shah Alam
- Outcome
- Appeals dismissed; convictions and sentences upheld.
- Legal Topics
- Rape, Oral Sex (377 C), Consent, Non Speaking Judgment, Prima Facie, Re Evaluation of Evidence
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
MOHD ZULHUSNI BIN SHOEB
Appellant
NURLUKMAN HANIF BIN NORHISHAM
Appellant
MUHAMMAD AMER REDZUAN BIN MOHD TAHIR
Appellant
NUR LUKMAN DANIAL BIN NORHISAM
Appellant
PENDAKWA RAYA
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal (rayuan Jenayah) / Hearing and Judgment on Appeal in the High Court, Shah Alam
Legal Issues
- 1 Whether the trial judge erred by failing to make specific findings on the complainant's lack of consent
- 2 Whether the convictions are safe and should be upheld on appeal
- 3 Whether an appellate court may re-evaluate evidence despite a non-speaking trial judgment
Ratio Decidendi
The High Court held the convictions and sentences were safe: SP1's evidence was credible and sufficient to establish lack of consent and a prima facie case; the trial judge's failure to spell out express findings on non-consent did not render the convictions unsafe because appellate review of the entire evidence confirmed the safety of the convictions and the sentences were appropriate and not excessive.
Court Disposition
Appeals dismissed; convictions and sentences upheld.
Orders
- Appeals against conviction dismissed and convictions of all four appellants affirmed.
- Sentences and caning as imposed by the Sessions Court on 2 March 2018 are affirmed: P1 imprisonment terms 16 years, 12 years and 10 years and total 4 strokes; P2 imprisonment terms 16 years, 12 years and 10 years and total 2 strokes; P3 imprisonment terms 14 years, 12 years and 10 years and total 3 strokes; P4...
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-42S-2-01/2020 Kand. 154 11/05/2022 15:17:30 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM RAYUAN JENAYAH NO: BA-42S-2-01/2020 (Dalam Mahkamah Sesyen Ampang No: Kes BC-SI-62JSS- 01,02,03,04,05,06,07-03/2018) ANTARA 1. MOHD ZULHUSNI BIN SHOEB 2. NURLUKMAN HANIF BIN NORHISHAM 3. MUHAMMAD AMER REDZUAN BIN MOHD TAHIR 4. NUR LUKMAN DANIAL BIN NORHISAM LAWAN PENDAKWA RAYA PENGHAKIMAN [1] Perayu Pertama (P1), Perayu Kedua (P2) dan Perayu Ketiga (P3) telah dituduh dengan pertuduhan merogol Nur Shazwanie binti Nor Hayati (SP1) secara berkumpulan di bawah s.375B Kanun Keseksaan sebagaimana berikut: P1, P2 dan P3 (Kes-S1-62JS-01-03/2018) “Bahawa kamu pada 28/2/2018 jam lebih kurang 10.30 malam bertempat di rumah Blok C-15-09, Jalan Pandan Cahaya 2/1, Taman Pandan Ria 2, 68000 Ampang Selangor S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Di Dalam Daerah Hulu Langat, Di Dalam Negeri Selangor, telah melakukan rogol berkumpulan ke atas penama Nur Shazwanie binti Nor Hayati, KP: 970710-02-6318, umur 20 tahun 7 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah sek.37B Kanun Keseksaan (Akta 574).” [2] Selain itu P1 juga dituduh dengan dua pertuduhan lain kerana merogol dan melakukan persetubuhan di luar tabii (oral seks) SP1 di bawah s. 376(1) dan 377C Kanun Keseksaan sebagaimana berikut: P1 (Kes-S1-62JS-02-03/2018) “Bahawa kamu pada 28/2/2018 jam lebih kurang 9.00-11.00 malam bertempat di rumah Blok C-15-09, Jalan Pandan Cahaya 2/1, Taman Pandan Ria 2, 68000 Ampang Selangor Di Dalam Daerah Hulu Langat, Di Dalam Negeri Selangor, didapati telah melakukan rogol ke atas penama Nur Shazwanie binti Nor Hayati, KP: 970710-02-6318, umur 20 tahun 7 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah sek.376(1) Kanun Keseksaan (Akta 574).” S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal P1 (Kes-S1-62JS-06-03/2018) “Bahawa kamu pada 28/2/2018 jam lebih kurang 10.45 malam bertempat di rumah Blok C-15-09, Jalan Pandan Cahaya 2/1, Taman Pandan Ria 2, 68000 Ampang Selangor Di Dalam Daerah Hulu Langat, Di Dalam Negeri Selangor, didapati telah menggunakan kekerasan jenayah iaitu dengan memasukkan zakar ke dalam mulut penama Nur Shazwanie binti Nor Hayati, KP: 970710-02-6318, umur 20 tahun 7 bulan tanpa kerelaannya. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah sek.377C Kanun Keseksaan (Akta 574).” [3] Begitu juga P2 dituduh dengan dua lagi pertuduhan dibawah s.376 (1) dan 377C Kanun Keseksaan atas mangsa yang sama yang pertuduhannya seperti berikut: P2 (Kes-S1-03-03/2018) “Bahawa kamu pada 28/2/2018 jam lebih kurang 9.15 malam bertempat di rumah Blok C-15-09, Jalan Pandan Cahaya 2/1, Taman Pandan Ria 2, 68000 Ampang Selangor Di Dalam Daerah Hulu Langat, Di Dalam Negeri Selangor, didapati S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal telah melakukan rogol ke atas penama Nur Shazwanie binti Nor Hayati, KP: 970710-02-6318, umur 20 tahun 7 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah sek.376(1) Kanun Keseksaan (Akta 574).” P2 (Kes S1-62JS-07-03/2018 “Bahawa kamu pada 28/2/2018 jam lebih kurang 10.45 malam bertempat di rumah Blok C-15-09, Jalan Pandan Cahaya 2/1, Taman Pandan Ria 2, 68000 Ampang Selangor Di Dalam Daerah Hulu Langat, Di Dalam Negeri Selangor, didapati telah menggunakan kekerasan jenayah iaitu dengan memasukkan zakar ke dalam mulut penama Nur Shazwanie binti Nor Hayati, KP: 970710-02-6318, umur 20 tahun 7 bulan tanpa kerelaannya. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah sek.377C Kanun Keseksaan (Akta 574).” [4] Selain itu P3 pula dituduh dengan satu lagi pertuduhan dibawah s.376(1) Kanun Keseksaan terhadap mangsa yang sama seperti berikut: S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal P3 (Kes-S1-62-04-03/2018) “Bahawa kamu pada 28/2/2018 jam lebih kurang 10.00 malam bertempat di rumah Blok C-15-09, Jalan Pandan Cahaya 2/1, Taman Pandan Ria 2, 68000 Ampang Selangor Di Dalam Daerah Hulu Langat, Di Dalam Negeri Selangor, didapati telah melakukan rogol ke atas penama Nur Shazwanie binti Nor Hayati, KP: 970710-02-6318, umur 20 tahun 7 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah sek.376(1) Kanun Keseksaan (Akta 574).” [5] Manakala P4 dituduh dibawah s.377C Kanun Keseksaan atas mangsa yang sama seperti berikut: P4 (Kes-S1-62JS-05-02/2018) “Bahawa kamu pada 28/2/2018 jam lebih kurang 9.00-11.00 malam bertempat di rumah Blok C-15-09, Jalan Pandan Cahaya 2/1, Taman Pandan Ria 2, 68000 Ampang Selangor Di Dalam Daerah Hulu Langat, Di Dalam Negeri Selangor, didapati telah menggunakan kekerasan jenayah iaitu dengan memasukkan zakar ke dalam mulut penama Nur Shazwanie S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal binti Nor Hayati, KP: 970710-02-6318, umur 20 tahun 7 bulan tanpa kerelaannya. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah sek.377C Kanun Keseksaan (Akta 574).” [6] Kesemua kes telah diarahkan dibicara bersama dalam satu perbicaraan. Semua Tertuduh didapati bersalah di atas setiap pertuduhan yang dihadapi oleh mereka. Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) telah menjatuhkan hukuman berikut: i. P1 – a) dalam kes S1-62JS-01-03/2018 penjara 16 tahun mulai tarikh tangkap (2.3.2018) ; dan b) dalam kes S1-62JS-02-03/2018 penjara 12 tahun mulai tarikh tangkap (2.3.2018) dan 2 sebatan; c) dalam kes S1-62JS-06-03/2018 penjara 10 tahun mulai tarikh tangkap dan 2 sebatan ; ii. P2 - a) dalam kes S1-01-03/2018 penjara 16 tahun mulai tarikh tangkap (2.3.2018) ; b) dalam kes-S1-62JS-03-03/2018) penjara 12 tahun mulai tarikh tangkap (2.3.2018) ; dan S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal c) dalam kes S1-62SJ-07-03/2018 penjara 10 tahun mulai tarikh tangkap (2.3.2018) dan 2 sebatan; iii. P3 – a) dalam kes S1-62JS- 01-03/2018 penjara 14 tahun mulai tarikh tangkap (2.3.2018) ; b) dalam kes S1-62JS -04-03/2018 penjara 12 tahun mulai tarikh tangkap (2.3.2018) dan 1 sebatan; dan c) dalam kes S1-62JS-08-03/2018 penjara 10 tahun mulai tarikh tangkap (2.3.2018) dan 2 sebatan; dan iv. P4 – dalam kes S1-62JS-05-03/2018 penjara 8 tahun mulai tarikh tangkap dan 1 sebatan. Kes Pihak Pendakwaan [7] Fakta kes Pihak Pendakwaan telah dihuraikan secara mendalam oleh HMS dalam penghakiman di muka surat 28 hingga 36 Jilid 1 rekod rayuan. Secara ringkasnya pada 28.2 2018 P1 telah mengajak SP1 keluar makan dan dipersetujui oleh SP1. P1 dengan ditemani oleh P3 telah mengambil SP1 yang ketika itu berusia 20 tahun ditempat tinggalnya. P1 kemudian menurunkan P3 di LRT Taman Maluri. Di situ P2 S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal telah menaiki kereta dipandu oleh P2. P1 ditemani oleh P2 telah membawa SP1 ke rumah P1 disebuah flat. P1 telah mengajak SP1 masuk ke rumah. Pada mulannya SP1 enggan masuk dan hanya ingin menunggu di dalam kereta. Tetapi P1 mengatakan P2 ingin menggunakan kereta dan kawasan di situ gelap serta merbahaya. SP1 akur dan telah mengikuti P1 masuk ke rumah P1. P1 menyuruh SP1 masuk ke dalam bilik kerana jika SP1 duduk diruang tamu sekiranya ada orang lain nampak mereka akan merogol SP1. Mendengar kata-kata itu SP1 telah masuk ke dalam bilik. [8] Di dalam bilik P1 telah menolak SP1 ke katil lalu mencium dan meraba payudara SP1. P1 telah memaksa dan memasukkan kemaluannya ke dalam mulut SP1. P1 kemudian memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1 dan kemudian telah mengeluarkan air maninya ke cadar katil. [9] P2 telah masuk ke dalam bilik. P1 meminta P2 menghantarnya pulang. Namun P2 telah menyelak selimut yang menutup badan SP1 lalu menusukkan kemaluannnya ke dalam kemaluan SP1. S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [10] Tidak lama selepas itu datang P3 dan telah memaksa dan memasukan kemaluannya ke dalam mulut SP1. Selepas itu P4 masuk ke dalam bilik dan SP1 dalam keadaan menangis merayu agar dia dihantar pulang. Kali ini P1, P2 dan P3 yang turut berada di dalam bilik telah memegang SP1 dan memaksa untuk melakukan hubungan sex dengan mereka. P1 telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1 sementara yang lain telah memegang payudara dan bahagian lain tubuh SP1. Manakala P2 dan P3 secara bergilir telah memasukkan kemaluannya ke dalam mulut SP1. Kemudian P3 memasukkan kemaluannya dalam kemaluan SP1. Selepas itu P4 memaksa dan memasukkan kemaluannya ke dalam mulut SP1. SP1 kemudian disuruh membersihkan diri dan keempat Tertuduh menghantar pulang SP1 dengan kereta yang dipandu oleh P1. [11] SP1 tidak memberitau rakan serumahnya tentang kejadian kerana malu memandangkan SP1 baru berpindah rumah. SP1 kemudianya telah menghunungi abang angkatnya (SP2) memaklumkan apa yang berlaku. SP2 telah membawa SP1 ke balai polis untuk membuat laporan. [12] SP1 telah dihantar untuk peperiksaan di Hospital Ampang dan Doktor (SP6) mendapati terdapat kesan koyakan lama jam 4 dan 9 pada S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hymen SP1 dan terdapat kesan liner abrasion pada posterior fourchette SP1. SP6 mendapati kecederaan itu adalah akibat kemasukan objek tumpul seperti zakar lelaki. [13] Ahli Kimia (SP7) yang menganalisa cadar yang diambil di tempat kejadian mendapat terdapat kesan air mani P1, P2 dan P3 serta terdapat rambut dan profil DNA SP1 pada cadar tersebut. Dapatan HMS di akhir kes Pihak Pendakwaan [14] Puan HMS di akhir kes pihak pendakwaan setelah meneliti keterangan SP1 mengenai kejadian yang menimpa SP1 mendapati keterangan SP1 merupakan satu yang unusually compelling and convincing akan kejadian SP1 dirogol dan oral seks yang dilakukan oleh P1, P2, P3 dan P4 terhadap SP1. Seterusnya Puan HMS mendapati pihak Pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap keempat- empat Tertuduh atas pertuduhan masing-masing dan memanggil mereka membela diri. Versi Pembelaan S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [15] Versi pembelaan telah dihuraikan oleh Puan HMS sepertimana dalam penghakimannya di muka surat 44 hingga 53 Jilid 1 Rekod Rayuan. [16] Jalur pembelaan keempat-empat Perayu bahawa mereka melakukan hubungan seks dengan SP1 atas kerelaan SP1 sendiri. Begitu juga SP1 atas kehendak dan kerelaanya telah menghisap kemaluan P1, P2 dan P3. Sementara pembelaan P4 mengatakan tidak ada apa perhubungan seks atau oral seks berlaku antara dia dengan SP1. [17] Naratif pembelaan kesemua Perayu bahawa SP1 telah berjanji dengan P1 keluar makan dan P1 dangan ditemani oleh P3 telah mengambil SP1 dengan kereta. P1 kemudian menghantar P3 ditempat kerjanya di kiosk Ramly Burger. P4 juga bekerja ditempat yang sama. P2 juga berada disitu dan telah menaiki kereta P1 dan telah balik ke rumah sewa mereka di flat kejadian. P2 tidak pergi ke rumah sewa sebaliknya telah menggunakan kereta keluar. Hanya P1 dan SP1 pergi ke rumah sewa. Di dalam bilik P1 mengadakan hubungan seks dengan SP1 dan SP1 telah menghisap kemaluan P1. Selepas itu P2 balik dan masuk ke bilik dimana SP1 masih berada diatas katil. P2 telah menyuruh SP1 menghisap kemaluannya dan dipersetujui oleh SP1 dan mereka mengadakan hubungan seks. Manakala P3 balik ke rumah setelah S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal selesai kerja memeriksa stok bersama team leader Muhammad Alif (SD7) dan sampai di rumah pada jam 11.30 malam. P3 telah mengadakan hubungan seks dengan SP1 dan SP1 telah menghisap kemaluannya. Sementara P4 sampai di rumah jam 11.30 malam setelah selesai kerja memeriksa stok bersama SD7. Tidak ada perhubungan seks berlaku antara dia dengan SP1. Kemudiannya SP1 dihantar pulang. Dapatan Puan HMS di akhir kes [18] Diakhir kes, Puan HMS telah membandingkan keterangan SP1 dengan keterangan keempat-empat Perayu dan mendapati keterangan keempat-empat Perayu merupakan satu yang difikirkan kemudian, direka-reka dan penafian semata-mata. Dengan itu Puan HMS mendapati pembelaan P1, P2, P3 dan P4 telah gagal menimbulkan sebarang keraguan menasabah ke atas kes pendakwaan sebaliknya pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. Rayuan [19] Walaupun beberapa isu dibangkitkan dalam petisyen rayuan Perayu, namun Peguam Responden menekankan kepada satu isu utama S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal iaitu Puan HMS telah khilaf apabila gagal membuat apa-apa dapatan mengenai ketidakrelaan SP1 dalam perlakuan hubungan seks dan oral seks oleh kesemua Perayu ke atas SP1 tersebut semasa diakhir kes pihak pendakwaan dan gagal menghargai pembelaan kesemua Perayu akan perlakuan seks itu dilakukan atas kerealaan SP1. [20] Peguambela Perayu menghujahkan secara lisan meghujahkan bahawa Puan HMS telah tidak membuat dapat mengenai ketidakrelaan SP1 yang merupakan satu intipati kesahan yang harus dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Puan HMS melalui penghakimannya di muka surat 38 hingga 42 Jilid 1 Rekod Rayuan hanya menurunkan semula keterangan SP1 tanpa membuat apa-apa dapatan mengenai ketidakrelaan SP1. Dengan kegagalan ini Puan HMS telah khilaf apabila memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie dan memanggil kesemua Perayu membela diri. [21] Peguambela juga menghujahkan bahawa dari keterangan SP1 dan dalam keadaan kes menunjukkan SP1 merelakan perlakuan itu. Keterangan: S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal i. SP1 yang rela mengikut P1 dan tidak meninggalkan kereta walaupun SP1 syak Perayu hendak buat sesuatu yang tidak elok; ii. perlakuan SP1 yang bersedia masuk ke rumah dan di dalam bilik bersama SP1 walaupun pada awal-awal telah merasa syak sesuatu; iii. kredibiliti SP1 yang membuat laporan polis lewat 2 hari dan tidak memberitahu perkara berlaku dengan rakan serumah SP1 serta hanya mengadu melalui Wechat dengan SP2 sebagai abang angkat yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan SP1; iv. perlakuan SP1 yang tidak cuba meninggalkan bilik ketika SP1 pergi ke bilik mandi membersihkan diri dan ketika SP1 dan P1 saja yang berada dirumah sedangkan tiada keterangan yang menunjukan P1 mengunci pintu rumah dan bilik; v. perlakuan SP1 yang masih ingin keluar dan pergi ke rumah P1 sedangkan SP1 mengetahui sebelum itu melalui pesanan WhatsApp bahawa P1 banyak kali mengajak SP1 tidur di rumah P1; dan vi. keterangan keadaan pakaian SP1 yang masih elok tidak koyak dan tiada apa-apa kecederaan dibadan SP1 setelah melakukan hubungan seks dengan empat orang Perayu, S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menunjukkan perlakuan seksual itu dilakukan dengan kerelaan SP1. [22] Timbalan Pendakwa Raya dalam hujahan bertulisnya menghujahkan bahawa Puan HMS telah memutuskan krediliti dan menerima keterangan SP1 sebagai unusually compelling and convincing. Dengan itu Mahkamah ini tidak sewajarnya menggangu dapatan fakta yang berasaskan keterangan SP1 itu. Dapatan Mahkamah ini [23] Mahkamah ini dapati dari penghakiman Puan HMS diakhir kes pihak pendakwaan Puan HMS hanya mengemukakan semula keterangan SP1 tanpa membuat penilaian secara keseluruhan atas keterangan tersebut dan keterangan-keterangan lain serta tidak memberi butir-butir dalam mencapai dan membuat dapatan Perayu merogol SP1 tanpa secara khusus membuat dapatan akan ketidakrelaan SP1 seperti yang dinyatakannya bahawa : Keterangan SP1 jelas bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 telah merogol secara berkumpulan pada malam itu. Keretangan SP1 juga jelas bahawa OKT1, OKT2, OKT3 dan OKT4 telah memasukkan kemaluan mereka ke dalam S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mulutnya pada malam tersebut. Keterangan SP1 bahawa terdapat lampu yang dipasang dalam bilik tersebut menbolehkan pengecaman terhadap OKT-OKT dan perbuatan mereka terhadap SP1 dengan jelas; [muka surat 41 &42 Jilid 1 RR] Mahkamah juga setelah memeliti keterangan SP1 mendapati kerterangan SP1 ada “unusually compelling and convincing” yang tidak memerlukan sebarang keterangan sokongan ..... [muka surat 42 Jilid 1 RR] [24] Dari penghakiaman Puan HMS itu boleh dikatakan terdapat dua kesimpulan dapatan ringkas iaitu Perayu telah merogol SP1 dan memasukkan kemaluan ke mulut SP1, serta menerima keterangan SP1 sebagai unusually compelling and convicing. Dalam keadaan ini begini penghakiman Puan HMS ini tentunya terbuka kepada kritikan dan tergulung kepada a non-speaking judgment. S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [25] Prinsip keadilan itu bukan saja merupakan satu kesaksaman dalam perbicaran tetapi juga merangkumi kepada pengamatan dalam bagaimana dan kenapa hakim bicara itu mencapai kepada keputusannya. Dalam hal itu s.308 Kanun Tatacara Jenayah memperkatakan tentang alasan penghakiman yang membawa erti alasan kepada penghakiman fakta dan undang-undang yang bukan hanya semata-mata kepada kesimpulannya sahaja (kes Mahkamah Rayuan Deepanraj a/l Suramaniam v Public Prosecutor [2016] 1 MLJ 413 dirujuk). [26] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ganapaty a/l Rengasamy v Public Prosecutor [1998] 2 MLJ 577 di muka surat 585 mendapati alasan penghakiman hakim yang bijaksana sebagai satu penghakiman yang tidak menggambarkan satu speaking judgment. Penghakimannya secara substantialnya merupakan pengemukaan semula keterangan saksi pihak pendakwaan dalam bentuk soal jawab. Dikatakan hakim yang bijaksana gagal menganalisa atau menilai keterangan tersebut. Sebaliknya hanya menurunkan semula dan menerimanya tanpa soal. Seterusnya tidak mengariskan pembelaan perayu dengan tujuan bagi menilainya mahupun mengujikan jalur pembelaan dibandingkan dengan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [27] Walaubagaimana pun, kegagalan Puan HMS dalam kes ini menyatakan asas dapatannya tidak boleh dan seharusnya tidak boleh ,ipso facto, menjurus kepada kesimpulan bahawa tiada satu kes prima facie telah gagal dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Dalam keadaan begitu dan dalam kes a non speaking judgment adalah menjadi keperluan pada mahkamah yang mendengar rayuan untuk meneliti keterangan- keterangan yang telah dikemukakan dihadapan mahkamah rendah yang membicarakan kes itu untuk melihat apa keteragnan yang telah membuktikan fakta itu. Malah dalam kes Ganaparty a/l Rengasamy v Publi Prosecutor (supra) dan Rex v Low Toh Cheng [1941] 1MLJ 1 which contain no semblance of analysis of the facts and evidence, the judgement of the learned JC in the instant appeal may still be upheld (lihat juga kes Public Prosecutor v Mhd Dzahir bin Ahmad [2014] MLJU 1831). [28] Dalam kes Mahkamah Persekutuan Ahmad Najib bin Aris v Public Prosecutor [2009] 2 MLJ 613 menetapkan prinsip yang mana Mahkamah Rayuan boleh menyemak semula atau menilai semula keterangan walaupun dalam alasan penghakiman hakim bicara tiada membuat sesuatu dapatan tertentu, Mahkamah Persekutuan menyatakan: S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal POWER OF APPELLATE COURT TO REVIEW OR TO RE- EVALUATE ALL AVAILABLE EVIDENCE [20] As regards the first main ground of appeal raised by the appellant, I am of the view that the Court of Appeal has the power to review or to re-evaluate all the evidence available as adduced by the prosecution. The Court of Appeal is in a position to do so in the present case even though the grounds of decision of the trial judge as appearing in the appeal records is found lacking in specific findings and with no reasons for the findings. In a case involving purely a question of fact, the Court of Appeal is free to determine whether or not the various findings of the trial court are correct (see Mohamed Mokhtar v Public Prosecutor [1972] 1 MLJ 122). In the present case even though the Court of Appeal took the view that the High Court judgment was of no assistance, it nevertheless had considered and subjected all the evidence adduced by the prosecution to a critical re- examination. The Court of Appeal had given sound reasons as to why the evidence was admitted and how it had implicated the appellant. There was no miscarriage of justice against the appellant as the Court of Appeal's decision was based on evidence adduced from the witnesses called by the prosecution as appearing in the appeal records. I am therefore of the view that the Court of Appeal did not err on this issue. S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [29] Begitu juga dalam kes PP v Azilalah Hadri & Anor [2015] 1 CLJ 579 Mahkamah Persekutuan dalam nada yang sama mengatakan: [102] We hold the view that even if the trial judge had failed to mention of any evaluation of common intention in his written grounds of judgment, the Court of Appeal, which in law reheard the case when exercising its appellate function, was empowered and also duty bound to carry out an evaluation exercise to determine whether common intention did exist. Here the Court of Appeal equally failed to do that. An appeal is a continuation of proceedings by way of rehearing and an appeal court may subject the evidence to a critical re-examination (Ahmad Najib Aris v. PP [2009] 2 CLJ 800; [2009] 2 MLJ 613; Mohamad Deraman v. PP [2011] 3 CLJ 601; [2011] 3 MLJ 289). (lihat juga kes Makamah Rayuan dalam Rasoul Bagherbejandi Ahmad v Public Prosecutor and Another Appeal [2016] 1 MLJ 279). [30] Adalah undang-undang yang mantap bahawa dalam rayuan jenayah terhadap sabitan, tugas mahkamah yang mendengar rayuan adalah untuk mempertimbangkan samaada sabitan itu selamat. Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Johi Said & Public Prosecutor [2005] 5 MLJ 409 YA Gopal Sri Ram JCA mengatakan: S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 Unlike civil appeals, where the appellant carries the burden of showing that the judge at first instance went wrong, in a criminal case the duty of the court is to consider whether the conviction is right. The correct approach is therefore not whether the decision is wrong but whether the conviction is safe. See Mohammad Husain v Emperor AIR 1945 Nag 441; Zahari bin Yeop Baai v Public Prosecutor [1980] 1 MLJ 160. That question, on the present facts, must receive a negative response. [31] Dalam kes ini diperingkat kes pihak pendakwaan, keterangan SP1 hanya dicabar oleh pihak pembelaan mengenai ketidakrelaannya dalam melakukan hubungan seks dan oral seks tersebut. Pihak pembelaan tidak sesekali menafikan perlakuan seks itu oleh kempat-empat perayu. Setelah mahkamah ini meneliti keterangan SP1 dan SP2 secara keseluruhnya menunjukkan akan ketidakrelaan SP1 dalam perlakuan seks oleh keempat-empat Perayu itu. Walaupun terdapat beberapa keterangan yang bercanggah dengan keterangan utama semasa diperiksa balas namun ia tidak memberi kesan sehingga membawa kepada keterangan itu tidak boleh dipercayai. Ia hanya merupakan kekeliruan kecil dalam perjalanan peristiwa kejadian seperti masa kejadian, butir terperinci mengenai turutan perbuatan dan pelakuan oleh perayu-perayu dalam melakukan pelakuan seks itu dan tentang S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kedudukan SP1 semasa pelakuan itu. Namun SP1 dari keterangan selepas diperiksabalas tetap dengan keterangannya bahawa kesemuanya itu berlaku tanpa kerelaanya. [32] Keterangan SP1 sentiasa konsisten. SP2 memperkatakan apa yang telah diberitahu oleh SP1 kepadanya. SP2 dalam keterangan mengatakan bahawa SP1 memberitahunya dia dirogol oleh empat orang dan SP2 telah menemankan SP1 membuat report (P1). Kandungan report P1 dalam perkara-perkara yang material, sentiasa konsisten tentang kejadian rogol dan pelakuan seks songsang tersebut yang dilakukan secara paksa oleh Perayu-Perayu seperti yang diterangkan dalam keterangannya di mahkamah. SP1 juga memberi penjelasan kenapa dia tidak bercerita mengenai kejadian kepada rakan serumahnya. Kesemua keterangan ini merumuskan bahawa SP1 tidak rela dengan perlakuan seks tersebut. Malah keterangan SP2 yang mengatakan SP1 dalam keadaan sedih dan menangis dalam memberitahu tentang kejadian menjurus kepada inferen ketidakreaan SP1. Atas asas ini Puan HMS walaupun tidak secara jelas menyatakan tentang ketidakrelaan mengatakan P1, P2 dan P3 telah merogol SP1 secara berkumpulan. Namun Puan HMS tetap telah mengarahkan fikirannya dalam membuat keputusan tersebut akan ketidakrelaan SP1 itu. Begitu cara penyampaian S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dapatan yang dibuat oleh HMS yang menyatakan SP1 telah dirogol yang membawa maksud perlakuan seks itu di buat tanpa kerelaan SP1. [33] Dari keterangan dan pemeriksaan balas atas SP1 menunjukkan P1, P2, P3 dan P4 tidak menafikan dan telah memasukkan kemaluan mereka ke dalam mulut SP1 yang merupakan perlakuan seks songsang yang tidak memerlukan ketidakrelaan. [34] Mengenai perkara ketiadaan kecederaan pada tubuh SP1 dan ketiadaan koyakan pada pakaian SP1 serta pelakuan SP1 yang bersetuju mengikut P1 dan masuk ke dalam rumah dan bilik serta perlakuan SP1 yang tidak cuba melarikan diri tidak boleh dengan sendirinya menjadikan inferen boleh dibuat bahawa SP1 rela dengan perlakuan seks itu. Faktor itu harus diseimbangkan dengan hal keadaan sesuatu kes. Dalam kes ini SP1 telah diperdayakan oleh P1 dengan mengajak keluar makan, mengatakan P2 ingin menggunakan kereta, kawasan kediaman P1 yang bahaya dan SP1 akan dirogol oleh orang sekiranya berada diluar bilik P1 sehingga mendorong SP1 masuk ke rumah dan ke bilik. Hal keadaan kes SP1 yang dirogal oleh empat lelaki dengan ugutan tidak akan menghantar pulang dan dengan paksaan untuk melakukan lagi perlakuan seks serta dikawal dan dikelilingi oleh empat orang lelaki yang tidak memungkinkan S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal SP1 melarikan diri. Dalam suasana itu, SP1 terpaksa berserah diperlakukan begitu yang tidak memungkinkan adanya kecederaan tubuh. Apa yang penting ketidakrelaan SP1. [35] Dengan itu mahkamah ini dapati tidak berlaku apa-apa keklilafan dalam dapatan Puan HMS yang mendapati pihak pendakwaan telah mengemukakan satu kes prima facie terhadap Perayu atas pertuduhan yang dihadapi oleh mereka dan memanggil mereka membela diri. [36] Puan HMS telah menghargai keterangan pembelaan secukupnya dan membandingkan dengan keterangan pihak pendakwaan dan mendapati jalur pembelan P1, P2, P3 dan P4 merupakan pembelaaan yang difikirkan kemudian dan direka-reka serta penafian semata-mata yang tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah atas kes pihak pendakwaan yang telah dibuktikan melampaui keraguan munasabah. Mahkamah ini dapati sabitan ke atas keempat-empat Perayu adalah selamat. [37] Dengan itu rayuan atas sabitan bagi keempat Perayu di tolak dan sabitan dikekalkan. S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Rayuan atas hukuman [38] Mangsa SP1 telah memberi impact statement. Dalam mempertimbangkan hukuman Puan HMS telah mempertimbangkan kesan trauma yang dialami oleh SP1 seperti yang dinyatakan dalam impact statement, faktor pengajaran kepada Perayu dan pencegahan kepada yang lain serta seriusnya kesalahan. Oleh itu Puan HMS telah mempertimbangkan prinsip-prinsip penghukuman dengan betul dan telah mempertimbangkan hal keadaan kes ini dalam menjatuhkan hukuman tersebut. Mahkamah ini dapati hukuman yang dikenakan atas keempat- empat Perayu bukan satu hukuman yang melampau beratnya. Dengan ini rayuan terhadap hukuman bagi P1, P2, P3 dan P4 ditolak dan hukuman tersebut dikekalkan. (AB. KARIM BIN AB. RAHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal TARIKH: 13 APRIL 2022 COUNSEL Bagi Pihak Pemohon: En. KA Ramu Tetuan KA Ramu Vasanthi & Associates Peguambela dan Peguamcara Bagi Pihak Responden: Tuan Hasiful Khair Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor S/N jQ9Ll4pRRUeZiTDDDyt9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal