MOSSET PREMIER SDN BHD UNCLE Y FOOD AND BEVERAGE SDN BHD CHENG LIK CHYE
The strike‑out application was dismissed because the pleadings disclose an arguable cause of action and are not plain and obvious; the defendants' reliance on the COVID‑19 Act fails because defaults began before government restrictions and mediation under Section 9 is permissive and does not bar court action;...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-B52NCvC-284-10/2020 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Mosset Premier Sdn Bhd; Defendant: Uncle Y Food and Beverage Sdn Bhd (formerly Coolhitto Malaysia Sdn Bhd); Defendant: Chenglik Chye
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 16 March 2021
- Case Number
- BA-B52NCvC-284-10/2020 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil / Strike Out Application (order 18 R 19)
- Outcome
- application dismissed with costs
- Legal Topics
- Rent Arrears, Guarantor Liability, Strike Out Under Order 18 R 19, COVID 19 Act Implications, Mediation
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Mosset Premier Sdn Bhd
Plaintiff
Uncle Y Food and Beverage Sdn Bhd (formerly Coolhitto Malaysia Sdn Bhd)
Defendant
Chenglik Chye
Defendant
Procedural Posture
Civil / Strike Out Application (order 18 R 19)
Legal Issues
- 1 Whether the statement of claim is plain and obvious and liable to be struck out under Order 18 r 19
- 2 Whether the guarantor is liable for unpaid rent under the guarantor agreement
- 3 Whether the COVID-19 Act excuses performance or prevents termination of the lease
Ratio Decidendi
The strike‑out application was dismissed because the pleadings disclose an arguable cause of action and are not plain and obvious; the defendants' reliance on the COVID‑19 Act fails because defaults began before government restrictions and mediation under Section 9 is permissive and does not bar court action; guarantor liability stands. Costs awarded to plaintiff RM3,000.
Court Disposition
application dismissed with costs
Orders
- Defendant's application to strike out the statement of claim dismissed
- Defendants to pay costs of RM3,000 to the plaintiff
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: BA-B52NCVC-284-10/2020 ANTARA MOSSET PREMIER SDN BHD (No. Syarikat: 1303370-P) ... PLAINTIF DAN 1. . UNCLE Y FOOD AND BEVERAGE SDN BHD (dikenali dahulu sebagai Coolhitto Malaysia Sdn Bhd) (No. Syarikat: 13201 12-x) 2. CHENGLIK CHYE (No. K.P: 680226-01-6163) ... DEFENDAN—DEFENDAN ALASAN KEPUTUSAN (Lampiran 15- Permohonan Defendan Kedua Untuk Membatalkan Pernyataan Tuntutan Plaintif) [1] Ini adalah permohonan defendan kedua (“defendan”) lampiran 15 untuk membatalkan pernyataan tuntutan plaintif bertarikh 30.10.2020. [2] Setelah meneliti permohon defendan dan setelah mempertimbangkan hujah-hujah kedua-dua_ pihak, mahkamah memutuskan permohonan defendan ditolak dengan kos. [3] Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. Berikut ialah alasan-alasan kepada keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada defendan. Fakta kes [4] Plaintif adalah pemiilk berdaftar unit—unit No. 71-G, 71-1-A dan 71- 1-B, Jalan Dataran Cheras 4, Dataran Perniagaan Cheras, Balakong 432000, Selangor Darul Ehsan; dan No. 72-G, 72-1-A dan 72-1-B, Jalan Dataran Cheras 4, Dataran Perniagaan Cheras, Balakong 43200, Selangor Darul Ehsan (“premis-premis tersebut”) [5] Pada 28.3.019, defendan pertama (menerusi defendan kedua sebagai wakil dan pengarahnya pada _ waktu_ tersebut) telah menandatangani satu perjanjian sewa bagi setiap unit premis — premis milik plaintif tersebut (“perjanjian sewa tersebut”). Terma-terma perjanjian sewa tersebut adalah seperti berikut: (a) Tempoh perjanjian sewa tersebut bermula dari 1.4.2019 sehingga 31.3.2022; (6) Sewa bagi setiap premis adalah RM8,800.00 sebulan yang perlu dibayar setiap bulan kalendar sehingga penamatan perjanjian sewa tersebut; (c) Jika defendan—defendan gagal membayar sewa sebelum 15 haribulan pada setiap bulan sewa tersebut, faedah pada kadar sepuluh (10%) sebulan dari tarikh bayaran sewa tersebut dikenakan keatas defendan—defendan; (“faedah tersebut”) [6] Pada tarikh yang sama perjanjian sewa ditandatangani, defendan kedua juga telah menandatangani suatu perjanjian guarantor dan surat akujanji (“perjanjian guarantor tersebut”) dimana defendan kedua antara lain bersetuju untuk bertanggungjawab bagi semua duit sewa, dan wang yang tertunggak dan perlu dibayar yang timbul dari perjanjian sewa tersebut. [7] Pada 13.1.2020, defendan pertama, Uncle Y Food and Beverage Sdn Bhd (“Uncle Y”) telah menukar namanya daripada Coolhitto Malaysia Sdn Bhd (“Coolhitto”) seperti yang dinyatakan di bawah perjanjian sewa tersebut. Uncle Y dan Coolhitto mempunyai nama pendaftaran yang sama dan adalah entiti yang sama. Tuntutan plaintif [8] Bermula dari bulan Mac 2020, defendan telah gagal dan enggan membayar sewa untuk premis-premis tersebut. Kegagalan defendan dalam membayar sewa tersebut berterusan dari bulan Mac sehingga August 2020. Butir—butiran kegagalan plaintif membayar sewa adalah seperti yang berikut: a. Bagi unit No. 71-G, 71-1-A dan 71-1-B, Jalan Dataran Cheras 4, Dataran Perniagaan Cheras, Balakong 432000, Selangor Darul Ehsan (“premis 71”); Jadual 1 Bulan tertunggak Jumlah (RM) Mac 8,800.00 April 8,800.00 Mei 8,800.00 Jun 8,800.00 Julai 8,800.00 August 8,800.00 Jumlah tertunggak bagi Premis 71 52,800.00 b. Butir-butir untuk unit-unit No. 72-G, 72-1-A dan 72-1-B, Jalan Dataran Cheras 4, Dataran Perniagaan Cheras, Balakong 43200, Selangor Darul Ehsan (“Premis 72”); Jadual 2 Bulan tertunggak Jumlah (RM) Mac 8,800.00 April 8,800.00 Mei 8,800.00 Jun 8,800.00 Julai 8,800.00 August 8,800.00 Jumlah tertunggak bagi Premis 72 52,800.00 c. Oleh itu jumlah tertunggak bagi permis—premis tersebut adalah seperti berikut: Jadual 3 Jumlah tertunggak bagi Premis_ | Jumlah (RM) Premis 71 52,800.00 Premis 72 52,800.00 Jumlah Sewa Tertunggak 105,600.00 [9] Pada 27.8.2020 dan memandangkan kegagalan dan keengganan defendan untuk membayar jumlah tertunggak tersebut, plaintif menerusi peguamcara plaintif telah menamatkan perjanjian sewa tersebut dan meminta defendan mengosongkan dan mengembalikan hak milikan kosong premis—premis tersebut kepada plaintif. [10] Sehingga kini, defendan gagal dan enggan mengosongkan premis— premis tersebut dan mengembalikan hak milikan kosong premis—premis tersebut kepada plaintif. Pembelaan defendan kedua - guarantor [11] Defendan kedua melalui pembelaannya menafikan sebarang tanggungjawab yang diplidkan oleh plaintif tanpa sebarang kenyataan alternatif. Defendan kedua juga memulakan proses tuntutan terhadap pihak ketiga yang berasingan dari prosiding ini. [12] Defendan kedua juga membuat rujukan kepada Akta Covid-19 dengan niat and tujuan yang sama seperti defendan pertama. [13] Defendan kedua hanya menyatakan bahawa beliau tidak menerima apa-apa surat atau tuntutan daripada plaintif mengenai tuntutan jumlah tertunggak tersebut. KEPUTUSAN MAHKAMAH Samada tuntutan plaintif boleh dibatalkan menurut Aturan 18 Kaedah 19 [14] Tuntutan plaintif bukanlah suatu perkara yang nyata dan jelas (‘plain and obvious”) yang membenarkan suatu permohonan pembatalan tuntutan plaintif di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). [15] Plaintif juga dengan jelas menerusi plidingnya menyatakan fakta- fakta material yang dirujuk di atas dan juga kausa tindakan terhadap jumlah sewa tertunggak tersebut dan juga pemulangan semula hak milikan kosong premis-premis tersebut. Defendan tidak menafikan menandantangani perjanjian sewa tersebut dan juga perjanjian guarantor tersebut. [16] Tidak juga dinafikan bahawa defendan pertama selepas hampir enam (6) bulan dari tarikh penamatan perjanjian sewa tersebut masih lagi menduduki premis-premis tersebut tanoa membayar sewa sehingga plaintif memerlukan satu notis pengusiran daripada mahkamah ini [17] Dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd v United Malayan Banking Corporation [1993] 3 MLJ 36 Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa prosiding menurut kempat-empat aturan dibawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 hanya boleh dibenarkan jika pliding tersebut tidak dapat dikekalkan/obviously unsustainable The principles upon which the court acts in exercising its power under any of the four limbs of O 18 r 19(1) of the RHC are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley MR in Hubbuck & Sons Ltd v Wilkinson, Heywood & Clark Ltd 7, and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it ‘obviously unsustainable’ (see AG of Duchy of Lancaster v L & NW Rly Co 8). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (see Wenlock v Moloney & Ors 9). The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O 33 r 3 (which is in pari materia with our O 33 r 2 of the RHC) (see Hubbuck & Sons Ltd v Wilkinson, Heywood & Clark Ltd 7). The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable. [18] Defendan dalam permohonannya untuk membatalkan tindakan ini menyatakan beliau adalah guarantor kepada Coolhitto dan syarikat bernama Uncle Y adalah syarikat berlainan. Ini adalah kenyataan palsu kerana berdasarkan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Coolhitto hanya telah menukar nama pada 13.1.2020 kepada Uncle Y dan masih mempunyai no pendaftaran yang sama. [19] Merujuk kepada pliding—pliding yang difailkan dan juga kepada affidavit-afidavit dalam permohonan ini, bahawa terdapat kausa tindakan yang sah terhadap defendan dan prosiding ini bukanlah suatu perkara yang nyata dan jelas (“plain and obvious”) bagi pembatalan penyata tuntutan plaintif dapat dikekalkan obviously sustainable menurut keputusan-keputusan diatas. Samada Akta Covid—19 terpakai? [20] Defendan telah merujuk kepada Seksyen 7 Akta Covid— 19 bagi membebaskan diri dari tanggungjawab di bawah perjanjian sewa tersebut. Seksyen 7 Akta Covid—19 hanya memberikan pengecualian bagi kategori kontrak yang terjejas akibat langkah—langkah yang ditetapkan, dibuat, atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya Covid— 19. [21] Kegagalan dan keingkaran defendan untuk membayar sewa bermula pada 15-3-2020. Alegasi defendan-defendan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah penyebab kegagalan dan keingkaran defendan adalah salah kerana PKP hanya berkuat kuasa pada 18.3.2020, iaitu selepas kegagalan defendan—defendan membayar sewa. [22] Seksyen 10 daripada Akta Covid -19 menyatakan seperti berikut: Seksyen 10 - Kecualian Walau apa pun seksyen 7, mana-mana kontrak yang ditamatkan, mana- mana deposit atau bon pelaksanaan yang dilucut hak, mana-mana ganti rugi yang diterima, mana-mana prosiding undang-undang, timbang tara atau pengantaraan yang dimulakan, mana-mana penghakiman atau award yang diberikan dan mana-mana pelaksanaan yang dijalankan bagi tempoh dari 18 Mac 2020 hingga tarikh penyiaran Akta ini hendaklah disifatkan telah ditamatkan, dilucut hak, diterima, dimulakan, diberikan atau dijalankan dengan sah. [23] Plaintif berhujah bahawa penamatan perjanjian sewa tersebut adalah sah dan dibenarkan memandangkan kegagalan dan keingkaran defendan—defendan adalah sebelum apa—apa langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya Covid— 19 dan dengan rujukan kepada Seksyen 10 Akta Covid-19. [24] Plaintif juga menyatakan kegagalan defendan untuk membayar sewa seperti di bawah perjanjian sewa tersebut adalah isu yang kerap dan pernah timbul sebelum ini. Defendan ternyata sering gagal membayar sewa menurut masa yang diperuntukan dibawah perjanjian sewa tersebut. [25] Akta Covid-19 adalah tidak terpakai di dalam fakta ini kerana defendan pertama telah gagal membayar sewa dari bulan Mac. Seksyen 9 Akta Covid — 19 memberikan peruntukan pilihan “boleh diselesaikan” melalui proses pengantaran (mediation) dan bukanlah satu peruntukan wajib sepertimana yang dinyatakan oleh defendan. Seksyen 9 (1) Apa-apa pertikaian berkenaan dengan apa-apa ketidakupayaan mana-mana pihak atau pihak-pihak untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual yang timbul daripada mana-mana kategori kontrak yang dinyatakan dalam Jadual kepada Bahagian ini yang disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19 boleh diselesaikan melalui pengantaraan. Samada prosiding mediasi menghalang tindakan mahkamah? [26] Plaintif juga menyatakan permohonan pembatalan penyata tuntutan plaintif oleh defendan adalah aneh memandangkan allegasi defendan yang menguna pakai Seksyen 9 Akta Covid—19 untuk meneruskan prosiding kes ini menerusi proses mediasi. [27] Cubaan defendan untuk membatalkan penyataan tuntutan plaintif dan pada masa yang sama memanjangkan permohonan mediasi menurut Akta Covid-19 adalah tidak konsisten kerana prosiding mediasi adalah satu penyelesaian pertikaian alternatif dan bukannya perkara yang membebaskan ataupun yang menghadkan pihak-pihak daripada memfailkan pertikaian tersebut untuk dibicarakan di hadapan mahkamah int. [28] Defendan dalam hujahannya tidak menafikan kausa tindakan yang timbul akibat keingkaran perjanjian sewa tersebut. Hujahan defendan hanya berkaitan prosiding kes ini di bawa menerusi proses mediasi menurut Akta Covid-19. [29] Seksyen 9 Akta Covid-19 adalah suatu pilihan dan bukannya kemestian. Tambahan pula, Seksyen 4(2) Akta Pengantaran 2012 adalah jelas bahawa mediasi bukan perkara yang menghalang tindakan mahkamah, timbang tara and sebagainya. Seksyen 4 menyatakan: Seksyen 4 (2) Pengantaraan di bawah Akta ini tidak menghalang permulaan apa- apa tindakan sivil di mahkamah atau timbang tara dan tidak menjadi sebagai penggantungan, atau pelanjutan apa-apa prosiding, jika prodising itu telah dimulakan. [30] Oleh itu, pergantungan defendan dalam perkara atas adalah salah menurut peruntukkan Seksyen 4(2) Akta Pengantaran 2012. Plaintif juga menyatakan bahawa pada setiap masa material, defendan tidak pernah mencadangkan atau mengambil inisiatif untuk suatu permohonan mediasi kepada plaintif. Samada seksyen 10 Akta Covid-19 membenarkan penamatan kontrak? [31] Plaintif merujuk kembali kepada Seksyen 10 Akta Covid-19 yang menyatakan bahawa, “wal/au apa pun” yang dinyatakan di Seksyen 7 Akta COVID-19, “mana — mana kontrak yang ditamatkan” adalah “hendaklah disifatkan telah ditamatkan.” Pliding plaintif adalah jelas dan menurut Aturan 18 Kaedah 7 (1) KKM 2012 [32] Plaintif berhujah kausa tindakan plaintif terhadap defendan adalah jelas dan dinyatakan oleh plaintif di perenggan 6, penyata tuntutan (lampiran 2) dan juga di perenggan 3, balasan kepada pembelaan defendan kedua (lampiran 14). [33] Plaintif juga menyatakan bahawa defendan—defendan | tidak menafikan perkara yang diplidkan dan/atau dinyatakan didalam afidavit— afidavit plaintif di lampiran 18 dan lampiran 28. [34] Aturan 18 Kaedah 7 (1) KKM 2012 menyatakan pliding hanya perlu mengandungi suatu pernyataan dalam bentuk ringkas tentang fakta material. 7. Fakta, bukan keterangan, yang hendak dirayu (A. 18 k. 7) (1) Tertakluk kepada peruntukan kaedah ini dan kaedah 10, 11 dan 12, tiap-tiap pliding hendaklah mengandungi, dan hanya mengandungi, suatu pernyataan dalam bentuk ringkas tentang fakta material yang bersandarkannya pihak itu membuat pliding bagi tuntutan atau pembelaannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi bukannya keterangan yang melaluinya fakta itu hendak dibuktikan, dan pernyataan itu hendaklah seringkas sebagaimana sifat kes membenarkan. Kesimpulan [35] Tuntutan plaintif bukanlah suatu kes yang jelas dan tidak dapat dikekalkan/obviously unsustainable. Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, mahkamah memutuskan permohonan defendan ditolak dengan kos. [36] Kos ditetapkan atas jumlah RM3,000.00 dibayar oleh defendan kepada plaintif. Bertarikh pada 25 haribulan Mei, 2021 _ (ISHAK BIN BAKRI) Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor. Pihak-pihak: Syed Mohamed Ashiq Bin Syed Mohamed Buhari (Tetuan Kandiah Partnership) b/p plaintif Lum Kok Kiong (Tetuan Lum Kok Kiong & Co) b/p defendan kedua