MUGUNTHAN A/L MANICKAM
The Court of Appeal held the conviction safe because prosecution proved that the appellant had control, custody and knowledge of the drugs by credible circumstantial evidence (drugs in bag held by appellant, vehicle registered to him, keys and personal items found), the innocent carrier defence was not established...
Source-derived case information.
- Citation
- B-05(SH)-350-09/2023 (Mahkamah Rayuan)
- Parties
- Appellant: Mugunthan a/l Manickam; Respondent: Pendakwa Raya
- Court
- SH
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 14 July 2025
- Case Number
- B-05(SH)-350-09/2023 (Mahkamah Rayuan)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / Appeal Heard and Judgment Delivered at Court of Appeal (mahkamah Rayuan)
- Outcome
- Appeal dismissed; conviction and sentence affirmed
- Legal Topics
- Possession, Control, Knowledge, Innocent Carrier, Trafficking, Admissibility of Recorded Statements, Presumptions Under Dangerous Drugs Act 1952, Inference Under Section 114(g) Evidence Act 1950
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Mugunthan a/l Manickam
Appellant
Pendakwa Raya
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal / Appeal Heard and Judgment Delivered at Court of Appeal (mahkamah Rayuan)
Legal Issues
- 1 Whether prosecution proved possession, control and knowledge of the drugs found
- 2 Whether the defence of innocent carrier was raised and sufficiently proven
- 3 Whether failure to call co-occupant witness (Sathianathan) prejudiced the accused and invoked s.114(g) Evidence Act 1950
Ratio Decidendi
The Court of Appeal held the conviction safe because prosecution proved that the appellant had control, custody and knowledge of the drugs by credible circumstantial evidence (drugs in bag held by appellant, vehicle registered to him, keys and personal items found), the innocent carrier defence was not established and the failure to call the co-occupant was not a material non-production that would invoke s.114(g); absence of fingerprint/DNA evidence did not create reasonable doubt given the totality of evidence.
Court Disposition
Appeal dismissed; conviction and sentence affirmed
Orders
- Appeal B-05(SH)-351-09/2023 dismissed and conviction and sentence of High Court upheld
- Related appeals B-05(SH)-340-08/2023 and B-05(SH)-350-09/2023 previously cancelled/withdrawn and not proceeded with
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
B-05(SH)-350-09/2023 Kand. 34 23/01/2026 16:19:50 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(SH)-340-08/2023 ANTARA MUGUNTHAN A/L MANICKAM [NO. K/P: 800302-10-5461] … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA RAYUAN JENAYAH NO: B-05(SH)-350-09/2023 ANTARA MUGUNTHAN A/L MANICKAM [NO. K/P: 800302-10-5461] … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 1 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal DIDENGAR BERSAMA RAYUAN JENAYAH NO: B-05(SH)-351-09/2023 ANTARA MUGUNTHAN A/L MANICKAM [NO. K/P: 800302-10-5461] … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan Perbicaraan Jenayah No.: BA-45-64-10/2018 Pendakwa Raya Lawan Mugunthan a/l Manickam (No. K/P: 800302-10-5461) Didengar Bersama Perbicaraan Jenayah No.: BA-45-63-10/2018 Pendakwa Raya S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 2 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Lawan Mugunthan a/l Manickam (No. K/P: 800302-10-5461) Didengar Bersama Perbicaraan Jenayah No.: BA-45A-104-10/2018 Pendakwa Raya Lawan Mugunthan a/l Manickam (No. K/P: 800302-10-5461)] KORAM: HASHIM BIN HAMZAH, HMR AZMAN BIN ABDULLAH, HMR AZMI BIN ARIFFIN, HMR ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN 1. Perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan dalam S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 3 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tiga kes berasingan yang didengar bersama iaitu seperti berikut: (a) Rayuan Jenayah No. B-05(SH)-340-08/2023 (“Rayuan 340”) (No. Kes Mahkamah Tinggi: BA-45-64-10/2018) Rayuan atas sabitan dan hukuman bagi pertuduhan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) dan dihukum dibawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. Hukuman: Penjara empat (4) tahun mulai daripada tarikh tangkap (10/04/2018) dan lima (5) sebatan rotan. (b) Rayuan Jenayah No. B-05(SH)-350-09/2023 (“Rayuan 350”) (No. Kes Mahkamah Tinggi: BA-45-63-10/2018) Rayuan atas sabitan dan hukuman bagi pertuduhan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 dan dihukum dibawah seksyen 12(3) Akta yang sama. Hukuman: Penjara tiga (3) tahun mulai daripada tarikh tangkap (10/04/2018). (c) Rayuan Jenayah No. B-05(SH)-351-09/2023 (“Rayuan 351”) (No. Kes Mahkamah Tinggi: BA-45A-104-10/2018) Rayuan atas sabitan dan hukuman bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952. S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 4 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hukuman: Penjara seumur hidup daripada tarikh tangkap (10/04/2018) dan dua belas (12) sebatan rotan. Kesemua hukuman penjara diarahkan berjalan serentak. 2. Semasa bicara rayuan pada 14.07.2025, Mahkamah telah dimaklumkan bahawa Perayu telah selesai menjalani hukuman pemenjaraan bagi dua rayuan iaitu Rayuan 340 dan Rayuan 350. Oleh yang demikian, kedua-dua rayuan tersebut telah menjadi akademik dan Perayu ingin menarik balik rayuan kedua-dua tersebut. Maka, Mahkamah telah membatalkan kedua-dua rayuan tersebut iaitu B-05(SH)-340-08/2023 dan B- 05(SH)-350-09/2023 adalah dibatalkan. Pihak Perayu seterusnya memaklumkan kepada Mahkamah bahawa Perayu hanya akan meneruskan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman bagi Rayuan 351 sahaja. 3. Setelah meneliti keseluruhan rekod rayuan dan hujahan pihak- pihak, Mahkamah ini telah sebulat suara menolak rayuan Perayu terhadap sabitan dan hukuman dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. 4. Perayu yang tidak berpuas hati kini telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Alasan Mahkamah ini dalam menolak rayuan Perayu adalah sebagaimana yang dinyatakan di bawah. S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 5 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Alasan Mahkamah ini adalah berkenaan dengan Rayuan 351 sahaja memandangkan dua lagi rayuan berkaitan telah pun dibatalkan. KES PENDAKWAAN 5. Dalam Rayuan 351 ini, Perayu telah dituduh atas kesalahan mengedar dadah sebagaimana berikut: "Bahawa kamu pada 10/04/2018, jam lebih kurang 4.35 - petang, bertempat di tempat letak kereta Blok B, Pangsapuri Rimba, Jalan Lengkuas, Shah Alam di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor telah didapati mengedar dadah jenis Cannabis seberat 845gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu· kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B (2) Akta yang sama." 6. YA Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah memperinci- kan fakta material berkenaan kes pendakwaan di dalam alasan penghakimannya yang mana, dengan hormatnya, Mahkamah ini terima pakai dengan pengubahsuaian (setakat mana perlu). 7. Berdasarkan fakta kes pihak pendakwaan, secara ringkasnya, S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 6 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pada 10.04.2018, jam lebih kurang 3.00 petang ketika Pengadu iaitu SP5 berada di Pejabat Narkotik, lbu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Selangor, SP5 telah menerima maklumat berkenaan aktiviti pengedaran dadah yang giat dijalankan oleh seseorang lelaki India yang dikenali dengan nama Mugunthan yang merupakan Perayu di dalam Rayuan 351 ini. Aktiviti pengedaran dadah tersebut dikatakan berlaku di alamat rumah 8-15-6, Blok B, Pangsapuri Rimba, Jalan Lengkuas 16-19, Shah Alam (“Rumah tersebut”). Maklumat turut memaklumkan bahawa suspek sering menggunakan kereta Myvi dengan nombor pendaftaran W5341J (“Kereta tersebut”). 8. Seterusnya, pada jam 3.30 petang, SP5 telah memberi taklimat berkenaan dengan aduan pengedaran dadah tersebut kepada pasukannya seramai sepuluh (10) orang yang dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pada jam 4.00 petang, SP5 dan pasukannya telah sampai di Rumah tersebut dan menahan dua orang lelaki India iaitu Sathianathan a/I Marimuthu (‘Sathianathan’) dan Murugan a/I Krishnan (‘Murugan’) di ruang tamu Rumah tersebut. Hasil pemeriksaan badan pada kedua- dua lelaki India tersebut tidak menjumpai apa-apa barang salah. 9. Beberapa minit kemudian, Perayu telah tiba di Rumah tersebut. Selepas SP5 memperkenalkan diri sebagai polis, SP5 telah membuat pemeriksaan ke atas badan Perayu. Hasil S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 7 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pemeriksaan adalah SP5 menjumpai satu (1) beg berwarna hitam yang dipegang oleh Perayu di tangan kanan dan juga serangkai kunci kereta beserta penggera yang diselit di bahagian pinggang OKT. Pemeriksaan pada beg berwarna hitam telah menjumpai barang-barang berikut: (a) dua (2) ketulan mampat daun kering dibaluti plastik lutsinar yang merupakan dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 35.96 gram; dan (b) satu (1) paket plastik lutsinar berisi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 1.02 gram. 10. Pemeriksaan lanjut di Rumah tersebut dengan disaksikan oleh Perayu sendiri serta Sathianathan dan Murugan, telah menjumpai satu (1) bekas berwarna perak yang mengandungi dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 0.75 gram di atas meja bilik kedua sebelah kanan Rumah tersebut. Seterusnya, dengan dipandu arah oleh Perayu, SP5 dan pasukannya serta dua suspek lain tersebut telah dibawa ke sebuah kereta dengan No. Pendaftaran Kenderaan W5341J yang diletak di tempat letak kereta Rumah tersebut. 11. Dengan menggunakan kunci yang dirampas daripada Perayu, Kereta tersebut telah berjaya dibuka dan hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas Kereta tersebut dengan disaksikan oleh Perayu, SP5 telah menjumpai perkara berikut: S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 8 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (a) satu (1) beg berwama hitam ·bertulis "SHOEI" yang mengandungi tujuh (7) ketulan mampat daun kering yang dibaluti aluminium foil iaitu dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 845 gram; dan (b) satu (1) cardholder yang mengandungi kad pengenalan dan lesen memandu OKT. 12. Sathianathan dan Murugan tidak menyaksikan pemeriksaan yang dilakukan oleh SP5 pada Kereta tersebut. 13. Perayu, Sathianathan dan Murugan serta kesemua barang rampasan kemudiannya telah dibawa ke Pejabat Narkotik, IPD Shah Alam. Barang kes berada dalam kawalan dan jagaan SP5 sepanjang masa tersebut. SP5 juga telah membuat penimbangan dan penandaan terhadap barang-barang rampasan. Barang kes telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan Laporan Kimia telah disediakan oleh SP1 sebagaimana Eksibit P13, P16 dan P19. DAPATAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI DI AKHIR KES PENDAKWAAN 14. YA Hakim Mahkamah Tinggi di dalam alasannya menyatakan S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 9 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bahawa pada peringkat kes pendakwaan, intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah seperti berikut: (a) Dadah yang dijumpai adalah dadah berbahaya seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘ADB’); (b) Perayu mempunyai kawalan, milikan, jagaan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas; dan (c) Perayu telah melakukan perbuatan pengedaran sepertimana definisi pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952. 15. Bagi rayuan ini, YA Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana mendapati bahawa elemen pertama pertuduhan iaitu dadah yang dirampas merupakan dadah berbahaya seperti yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB 1952 telah berjaya dibuktikan melalui keterangan Ahli Kimia (SP1) dan sebagaiman Laporan Kimia yang terkandung dalam Eksibit P13, P16 dan P19. 16. Bagi elemen kedua pertuduhan iaitu elemen milikan (possession) atau kawalan (custody) dan pengetahuan (knowledge) atas dadah berbahaya tersebut, YA Hakim S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 10 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa kes pihak pendakwaan adalah berpaksi kepada keterangan SP5 dan SP6 yang merupakan anggota yang menyertai serbuan tersebut. Berdasarkan keterangan SP5, reaksi Perayu apabila melihat SP5 adalah terkejut dan gementar. Pada masa itu, SP5 baru masuk ke dalam Rumah tersebut dan belum sempat membuat apa-apa pemeriksaan, sekadar mendapatkan identiti Sathianathan dan Murugan. Tiada orang lain berada di Rumah tersebut semasa serbuan dilakukan. 17. Selanjutnya, berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan serta keterangan saksi pendakwaan dan eksibit, YA Hakim Mahkamah Tinggi membuat dapatan bahawa Perayu mempunyai kawalan, jagaan dan milikan serta pengetahuan terhadap dadah yang dirampas daripada beg yang dipegang oleh Perayu semasa serbuan di dalam Rumah tersebut serta dadah yang dirampas dari Kereta yang mana terdapat keterangan bahawa Kereta tersebut didaftarkan atas nama Perayu (geran kereta: Eksibit P53) malahan kad pengenalan serta lesen memandu Perayu juga ada pada card holder yang dijumpai di dalam Kereta tersebut. Selain itu, tiada kunci pendua dirampas daripada Sathianathan dan Murugan atau di dalam Rumah tersebut. la jelas membuktikan bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa terdapatnya orang lain menggunakan Kereta tersebut. Kunci kereta masih dalam kawalan Perayu dan keadaan Kereta tersebut adalah berkunci sewaktu Perayu memandu arah SP5 ke Kereta tersebut. S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 11 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18. Menurut YA Hakim Mahkamah Tinggi lagi, keterangan SP5 dan SP6 adalah saling sokong menyokong di antara satu sama lain dan konsisten. Kredibiliti mereka adalah tidak diragui dan dipertikaikan. Kedua-dua saksi SP5 dan SP6 ini juga tidak mengenali Perayu sebelum serbuan dan tiada sebab untuk mereka menganiaya Perayu. 19. Berkenaan dengan elemen ketiga pertuduhan iaitu berkenaan dengan pengedaran, YA Hakim Mahkamah Tinggi menggunapakai definisi pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952 dengan merujuk kepada pertuduhan melibatkan dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 845 gram milik Perayu yang dijumpai oleh SP5. 20. Semasa di peringkat kes pendakwaan juga, YA Hakim Mahkamah Tinggi turut memutuskan mengenai isu permohonan pendakwaan untuk mengemukakan rakaman percakapan di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah (‘KTJ’) yang telah dirakam bagi Sathianathan (ID46), Murugan (ID47) dan Manickam a/I Raju (‘Manickam’) (ID58) dan agar rakaman percakapan tersebut diterima di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 (‘AK 1950’). Permohonan ini telah dibantah oleh pihak pembelaan memandangkan langkah- langkah yang diambil oleh pihak polis tidak mencukupi dan tidak memadai untuk pengecualian diberikan di bawah seksyen tersebut. S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 12 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21. Berdasarkan diari siasatan sebagaimana Eksibit P65, YA Hakim Mahkamah Tinggi berpandangan bahawa tindakan yang telah diambil oleh SP9 bahawa dia hanya mula mengesan dua penama tersebut bermula pada 27 April 2021 sehinggalah ke tarikh 15 Februari 2023. Hal ini menunjukkan usaha yang agak lewat dalam mencari saksi-saksi tersebut lebih-lebih lagi saksi- saksi ini masih menjalani hukuman pada tarikh perbicaraan terhadap Perayu masih berjalan. Kes didaftarkan tahun 2018 dan usaha untuk mengesan hanya dilakukan pada 2021. Oleh yang demikian, YA Hakim Mahkamah Tinggi berpuashati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk mamatuhi pra syarat di bawah seksyen 32)1)(i) Akta Keterangan 1950. Oleh itu, kedua-dua eksibit ID46 & ID47 masih kekal sebagai ID. 22. Pihak pembelaan juga ada membangkitkan isu mengenai ketiadaan siasatan forensik berkenaan penimbulan cap jari dan DNA dadah yang dijumpai di dalam Kereta dan Rumah tersebut menimbulkan suatu keraguan tentang pemilik dadah-dadah tersebut. Namun, menurut YA Hakim Mahkamah Tinggi, isu tersebut tidak fatal terhadap kes pendakwaan. 23. Pihak Pembelaan juga membangkitkan isu mengenai kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Sathianathan dan Murugan sebagai saksi yang mana ianya dikatakan telah memprejudiskan Perayu dan membangkitkan pemakaian seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Berhubung dengan isu S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 13 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ini, YA Hakim mahkamah Tginggi telah merujuk kepada keterangan SP5 dan SP6 bahawa Sathianathan dan Murugan tidak dibawa bersama untuk menyaksikan pemeriksaan yang dilakukan oleh SP5 di dalam Kereta milik OKT. Lagipun kunci kereta telah diperolehi daripada OKT dan dengan menggunakan kunci tersebut OKT sendiri yang telah memandu arah SP5 dan pasukannya ke keretanya. Tambahan pula, menurut keterangan SP5, jarak Sathianathan dan Murugan ketika itu agak jauh, lebih kurang 25 ke 30meter memandangkan kedua-dua berada di bawah Blok B bersama dengan pasukan polis yang lain ketika itu. Sudah tentu jarak penglihatan kedua-dua saksi tersebut adalah terhad memandangkan jarak tersebut agak jauh dan dadah tersebut dijumpai di tempat letak kaki penumpang hadapan. 24. Maka, menurut YA Hakim Mahkamah Tinggi, tidak timbul isu ini bahawa pihak pendakwaan cuba menyembunyikan saksi-saksi tersebut memandangkan mereka tidak menyaksikan pemeriksaan SP5 di dalam kereta itu. Perayu juga tidak mempertikaikan bahawa Kereta tersebut didaftarkan atas Namanya dan bahawa Perayu sendiri yang memegang beg yang mengandungi 35.96 gram dadah jenis Cannabis dan 1.02gram dadah berbahaya jenis Methamphetamine. Beg tersebut telah pun dirampas oleh SP5 daripada tangan OKT dengan disaksikan oleh SP6. S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 14 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25. YA Hakim Mahkamah Tinggi mendapati bahawa tiada kelompongan di dalam keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Kegagalan memanggil kedua-dua saksi tersebut tidak menjejaskan kes Pendakwaan memandangkan tiada keterangan yang menunjukkan bahawa terdapatnya akses pada Kereta tersebut serta beg yang dipegang oleh Perayu adalah milik Sathianathan atau orang lain. Tiada putusnya rantaian keterangan memandangkan eksibit barang-barang kes dadah telah pun dicamkan oleh saksi saksi pendakwaan melalui keterangan saksi-saksi pegawai serbuan dan pegawai penyiasat serta ahli kimia. Saksi-saksi pendakwaan adalah kredibel dan tidak pernah dicabar oleh pihak pembelaan. Mereka merupakan saksi yang tiada kepentingan malah hanya menjalankan tugas dan memberi keterangan tentang apa yang berlaku. Malahan SP7 telah menerangkan bagi sampul yang telah dibuka iaitu dadah yang dirampas daripada bilik Rumah tersebut adalah dibuka setelah Sathianathan dan Murugan dijatuhkan hukuman. Mereka tiada kaitan dengan kes yang dituduh terhadap Perayu. 26. Berhubung dengan satu lagi isu iaitu keterangan bahawa Perayu telah memandu arah SP5 ke lokasi Kereta tersebut, YA Hakim Mahkamah Tinggi berpandangan bahawa maklumat dalam bentuk kata-kata dan kelakuan Perayu kepada SP5 boleh diterima di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 15 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27. Di akhir kes pendakwaan, YA Hakim Mahkamah Tinggi setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan serta eksibit-eksibit yang telah dikemukakan berpuashati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Perayu dan Perayu telah dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan. PEMBELAAN 28. Perayu memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan memanggil isterinya Ammarajothy a/p Amaran (SD2) sebagai saksi pembelaan. 29. Berdasarkan keterangan Perayu, secara ringkasnya, Perayu menafikan bahawa dadah-dadah yang dijumpai adalah miliknya. Menurut Perayu, beg "SHOEI" serta beg "Givi" yang mengandungi dadah tersebut dikatakan milik Sathianathan. Namun, Perayu bersetuju bahawa tiada bukti yang dapat menunjukkan beg hitam "Givi" tersebut adalah milik Sathianathan. Perayuj uga bersetuju bahawa dia memandu dan meletakkan Kereta tersebut di lot parkir Rumah tersebut dan Kereta berada dalam keadaan berkunci dan tingkap dalam keadaan bertutup apabila Perayu meninggalkan keretanya. Seterusnya Perayu bersetuju beg 'Givi" dalam kawalan dan jagaannya pada sepanjang masa dan beg tersebut berada dalam kereta sehingga sampai ke alamat Rumah malah turut S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 16 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bersetuju bahawa beg "Givi" tidak berkunci dan dia tidak menyemak isi kandungan beg tersebut. 30. Menurut keterangan Perayu, Sathianathan menggunakan Kereta tersebut kali terakhir pada 09.04.2018. Selepas itu Perayu bersetuju dia sendiri membawa pulang Kereta tersebut ke Seremban dan berada dalam kawalan dan jagaannya daripada 09.04.2018 hingga 10.04.2018. 31. Berdasarkan keterangan Perayu juga, Perayu bersetuju yang dia tidak pernah mencadangkan kepada saksi saksi pendakwaan bahawa beg "SHOEI" dijumpai di bahagian tersorok yang mana perlu menarik cover dan mengeluarkan daripada bahagian tersorok kereta tersebut. Perayu juga bersetuju yang dia tidak memaklumkan kepada polis untuk bertanyakan kepada Sathianathan berkenaan beg "SHOEI" tersebut apabila dadah dijumpai dalam beg tersebut. Perayu bersetuju bahawa tiada sebab polis untuk menganiaya kerana ini kali pertama dia berjumpa dengan pasukan polis tersebut. Selai itu, tiada sebarang pecah masuk Kereta tersebut kerana ia berada dalam kawalan dan jagaan Perayu pada setiap masa. 32. Keterangan SD2 pula menyatakan bahawa Kereta tersebut adalah milik Perayu dan akan digunakan oleh Sathianathan. Menurutnya Sathianathan mempunyai kunci pendua Kereta S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 17 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tersebut yang diletakkan di atas meja tempat sembahyang Rumah tersebut. DAPATAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI DI AKHIR KES PEMBELAAN 33. YA Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Perayu telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan serta gagal mematah anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB di atas imbangan kebarangkalian. Pembelaan Perayu lebih bersifat penafian semata-mata kerana tiada keterangan untuk menyokong bahawa dadah-dadah tersebut bukanlah di dalam kawalan dan milikannya. 34. Dalam hal ini, menurut YA Hakim Mahkamah Tinggi, penjelasan telah diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan di peringkat kes pendakwaan bahawa Kereta tersebut dan beg yang dipegang oleh OKT sentiasa di dalam kawalan dan jagaannya. Menurut YA Hakim Mahkamah Tinggi, keterangan menunjukkan bahawa Kereta tersebut didaftarkan atas nama Perayu dan tiada barang peribadi milik Sathianathan terdapat di dalam beg hitam "Givi". 35. Seterusnya, YA Hakim Mahkamah Tinggi menjelaskan bahawa S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 18 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pembelaan 'innocent carrier' tidak berjaya dibuktikan oleh Perayu dengan hanya menyatakan beg tersebut kepunyaan Sathianathan. Ini memandangkan bahawa Perayu ada akses terhadap beg tersebut kerana ia tidak berkunci dan berada dengannya sepanjang masa sebelum kejadian. Perayu boleh melihat apa yang terdapat dalam beg tersebut sekiranya benar Perayu merupakan 'innocent carrier'. lsu kebutaan sengaja perlu diambilkira oleh Mahkamah. Perayu mempunyai peluang untuk memeriksa beg tersebut tetapi tidak berbuat demikian. Kegagalan Perayu untuk memeriksa beg tersebut hanyalah merupakan pembelaan Perayu sahaja untuk menafikan bahawa dia ada pengetahuan akan kandungan yang berada di dalamnya. Pembelaan Perayu ini merupakan penafian semata- mata tanpa bukti serta keterangan sokongan yang kukuh. Pembelaan tersebut tidak berupaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan (Thiagarajan Selvam v. PP [2014] 1 LNS 1796). 36. Berkenaan dengan keterangan Perayu bahawa dadah yang dijumpai di bahagian bawah dashboard kereta yang mana cover perlu dibuka dan ini menunjukkan Perayu tidak mengetahui tentang keberadaan dadah di dalam Kereta tersebut serta tiada pengetahuan siapa yang meletakkannya, YA Hakim Mahkamah Tinggi berpandangan bahawa pembelaan ini hanya ditimbulkan secara tiba-tiba di peringkat kes pembelaan. la tidak pernah dikemukakan di peringkat kes S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 19 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pendakwaan dengan mencabar keterangan saksi-saksi pendakwaan mengenai dadah di dalam beg "SHOEI" tersebut. 37. Oleh hal yang demikian, YA Hakim Mahkamah Tinggi telah mendapati bahawa Perayu bersalah dan disabitkan sepertimana pertuduhan. ALASAN-ALASAN RAYUAN 38. Di dalam rayuan ini, Perayu telah membangkitkan 26 alasan di dalam Petisyen Rayuannya. Berdasarkan kepada Petisyen Rayuan tersebut, secara ringkasnya, Perayu hanya memfokuskan kepada isu yang hampir sama sebagaimana yang telah dibangkitkan di peringkat bicara di Mahkamah Tinggi seperti berikut: (a) elemen kawalan ke atas dadah-dadah yang ditemui bersama Perayu yang mana menurut Perayu, isu berkenaan pemilikan ekslusif tidak pernah dibuktikan oleh pihak pendakwaan; (b) kegagalan pihak Pendakwaan untuk memanggil Sathianathan sebagai saksi telah memprejudiskan Perayu; (c) tiada keterangan cap jari dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi mensabitkan Perayu; dan S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 20 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (d) YA Hakim Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan pembelaan “innocent carrier” oleh Perayu. 39. Secara ringkasnya, hujahan yang dikemukakan oleh Peguam Perayu yang terpelajar mengenai isu-isu yang dibangkitkan tersebut adalah seperti berikut: Isu kegagalan pihak pendakwaan membuktikan elemen kawalan dan pemilikan eksklusif Perayu ke atas dada- dadah yang dijumpai (a) Pihak pembelaan menghujahkan bahawa YA Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf apabila gagal mempertimbangkan bahawa penggunaan Kereta tersebut dikongsi bersama oleh Perayu dan Sathianathan dan Sathianathan tidak dipanggil oleh pihak Pendakwaan untuk memberi keterangan. Peguam Perayu telah merujuk kepada keputusan Mahkamah ini di dalam kes Teh Hock Leong v. PP [2008] 4 CLJ 764 yang memutuskan seperti berikut: “[7] It is true that mens rea possession is an element of the offence of trafficking. But it is an element like the mental element in other crimes which cannot be established by direct evidence save in a case where an accused expressly admits the commission of the offence. It has, like the mens rea in other offences, to be established by circumstantial S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 21 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal evidence. In other words it is an ingredient that is to be inferred from the totality of the circumstances of a particular individual case.” (b) Peguam Perayu juga telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 bahawa “mere custody and control is not sufficient to establish possession”. Isu kegagalan pihak Pendakwaan untuk memanggil Sathianathan sebagai saksi telah memprejudiskan Perayu (c) Menurut hujah pihak pembelaan, kegagalan pihak Pendakwaann untuk mengemukan Sathianathan sebagai saksi telah memprejudiskan Perayu kerana Perayu telah membangkitkan bahawa Kereta tersebut dikongsi bersama Sathianathan. Keterangan Perayu ini disokong oleh keterangan isteri beliau iaitu SD2. Maka, pihak pembelaan menghujahkan bahawa sabitan ke atas Perayu bukanlah sabitan yang selamat. Isu ketiadaan keterangan cap jari dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi mensabitkan Perayu (d) Pihak peguam Perayu membangkitkan mengenai isu ketiadaan keterangan forensik mengenai cap jari Perayu pada dadah-dadah yang dijumpai. Menurut peguam yang S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 22 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal terpelajar, keterangan cap jari ini adalah penting disebabkan terdapt pertikaian mengenai identiti pesalah. (e) Dalam hal ini, pihak Peguam Perayu telah merujuk kepada keputusan mahkamah ini di dalam kes Cheu Kok Choon v Pendakwaraya [2017] MLJU 1216 yang memutusakan sebagaimana berikut: “[12] In any event, it is a significant point to emphasise that, notwithstanding the above finding, the learned judge correctly held that without considering the findings of the DNA that would corroborate the connection between the appellant and the drug found in the 3 bags, there was overwhelming evidence to show that the appellant had possession of the proscribed drug at the material time. We would say on this aspect that where there is clear evidence indicating the identity of the offender, finger print evidence, and if we may add, DNA traces of the offender assumes little value or significance. It is only in a situation where the identity of the culprit is in question or required to be proved, fingerprint or DNA evidence will greatly help the prosecution in proving the identity of the offender. We find support in this proposition by referring to the decision in the case of Public Prosecutor v Mansor Md. Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233 in which at page 250 the Federal Court there said– S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 23 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Where the identity of a culprit is in question or required to be proved, fingerprint evidence would be of great significance and immense value. In the present case under appeal, however, the charge alleged trafficking in the form of sale and there is evidence indicating the identities of the alleged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence on the newspaper wrapping, white plastic and the loytape, therefore, assumes little value or significance.” (f) Oleh yang demikian, peguam Perayu yang terpelajar menghujahkan bahawa kegagalan YA Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan mengenai identity sebenar pesalah telah menyebabkan sabitan ke atas Perayu adalah tidak selamat. Isu kegagalan YA Hakim Mahkamah Tinggi mempertimbangkan pembelaan “innocent carrier” oleh Perayu (g) Peguam Perayu menghujahkan bahawa Perayu telah pun membangkitkan pembelaan bahawa dia tidak memiliki kawalan, pemilikan dan pengetahuan berkenaan dadah- dadah yang dijumpai serta memplidkan pembelaan “innocent carrier”. Namun, pembelaan Perayu ini telah tidak dipertimbangkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi. S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 24 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (h) Dalam hal ini, peguam Perayu ada merujuk kepada keputusan Mahkamah ini di dalam kes Hoh Bon Tong v. PP [2010] 5 CLJ 240 yang menyatakan sebagaimana berikut: “[73] The defence of innocent carrier must necessarily bring into the picture the concept of willful blindness. And according to Yong Pung How CJ (Singapore) in Public Prosecutor v. Hla Win (supra) at p. 438, "the concept of wilful blindness qualifies the requirement of knowledge." 40. Pihak pendakwaan pula, sebagai membalas hujahan Perayu, telah menghujahkan sebagaimana berikut: (a) Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Perayu-Perayu yang mana kesemua elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan berdasarkan kepada keteranga-keterangan saksi pendakwaan. (b) Berkenaan dengan isu kawalan dan milikan Perayu, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen ini dapat dilihat seperti berikut: (i) Dadah tersebut dijumpai dalam beg yang dipegang oleh Perayu dengan menggunakan tangan kanan; (ii) Kereta tersebut adalah milik Perayu; S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 25 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (iii) Serangkai kunci kereta tersebut beserta penggera diambil dari bahagian pinggang Perayu; (iv) Beg yang dijumpai dalam kereta Perayu berada di tempat letak kaki bahagian penumpang hadapan yang mana bukanlah merupakan tempat yang tertutup; dan (v) Terdapat barangan peribadi milik Perayu di dalam Kereta tersebut. (c) Maka, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa adalah mustahil untuk Perayu mengatakan bahawa Perayu tidak mempunyai kawalan dan milikan ke atas barangan yang dijumpai dalam beg di badan dan beg yang dijumpai dalam kereta Perayu sedangkan Perayu mempunyai care and management terhadap beg-beg tersebut. Hal ini ini tidak dapat dipatahkan oleh Perayu hanya atas alasan bahawa Perayu tidak mengetahui kewujudan beg-beg tersebut serta kandungannya. (d) Berkenaan dengan elemen pengetahuan pula, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa pembuktian mengenai pengetahuan ini bukanlah melalui keterangan secara langsung (direct evidence), tetapi hendaklah dilihat melalui keterangan sekeliling (circumstantial evidence) yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan. Timbalan Pendakwa Raya merujuk kepada keputusan Augustine Paul FCJ di dalam kes Parlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 26 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 717 dan keputusan Thompson J di dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237. (e) Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa Adalah menjadi hujah pihak Responden, pengetahuan Perayu terhadap dadah tersebut boleh dibuktikan berdasarkan fakta bahawa semasa Perayu ditahan, dadah tersebut berada dalam beg yang berada di badan dan kereta Perayu. Beg yang dijumpai dalam kereta yang mengandungi dadah tersebut juga bukannya disimpan di tempat yang tersorok yang boleh menyebabkan Perayu tidak mempunyai pengetahuan ke atas dadah tersebut. Berdasarkan keterangan SP5, beg yang ditemui bukanlah dalam keadaan tersembunyi dan boleh dilihat dengan mudah dan jelas. (f) Selanjutnya, Timbalan Pendakwaraya terpelajar juga telah menghujahkan bahawa elemen pengedaran juga telah dibuktikan yang mana memandangkan jumlah dadah yang dirampas adalah sebanyak 845 gram Cannabis, maka ianya adalah suatu yang tidak dapat disangkal bahawa dadah tersebut bukanlah untuk kegunaan sendiri tetapi bertujuan untuk pengedaran. (g) Selain daripada hujahan pendakwaan bahawa kesemua elemen telah berjaya dibuktikan, Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar juga turut menghujahkan bahawa tiada sebarang percanggahan dalam keterangan- S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 27 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keterangan pendakwaan, namun sekiranya ada sekalipun, percanggahan tersebut bukanlah suatu percanggahan yang material yang menggoyangkan kes pendakwaan. Dalam hal ini, pihak pendakwaan merujuk kepada kes Pie bin Chin v PP [1985] 1 MLJ 234 dan PP v Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No.2) [1977] 1 MLJ 15, di mana telah diputuskan bahawa perbezaan dalam keterangan sekiranya bukanlah suatu yang material ia tidak akan menjejaskan sesuatu kes. (h) Seterusnya, berkenaan isu kegagalan memanggil penama Sathianathan a/l Marimuthu dan pemakaian anggapan S.114(g) Akta Keterangan 1950, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tiada keperluan untuk pihak pendakwaan memanggil penama tersebut. Hal ini kerana tanpa memanggil penama tersebut, pihak Responden menghujahkan bahawa elemen pertuduhan ke atas Perayu telah dibuktikan. SP5 dan SP6 juga mengesahkan bahawa tangkapan penama Sathianathan a/l Marimuthu tidak ada kena mengena dengan tangkapan Perayu dalam kes ini. (i) Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar juga menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan SP7, beliau juga telah mengesahkan semasa pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula bahawa beliau tidak pernah dimaklumkan oleh Perayu bahawa kereta tersebut digunakan oleh Sathianathan dan ia tidak pernah S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 28 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berbangkit semasa SP7 menjalankan siasatan kes tersebut. (j) Selain itu, pihak pendakwaan juga telah memohon untuk mengemukakan rakaman percakapan Sathianathan di bawah Seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 yang telah dirakam oleh SP8, ASP Nasrul Yamani bin Mohd Yusof yang telah ditandakan sebagai ID46. Walaupun permohonan tersebut telah ditolak oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi kerana pihak pendakwaan telah gagal untuk mematuhi pra-syarat di bawah Seksyen 32(1)(i) tersebut kerana usaha-usaha mengesan Sathianathan adalah tidak memadai, namun tindakan tersebut menunjukkan bahawa tiada cubaan oleh pihak pendakwaan untuk menyembunyikan sebarang keterangan. (k) Hujah yang sama juga telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan bahawa beg yang dijumpai dan dirampas oleh pihak polis adalah beg yang ditinggalkan oleh Sathianathan di dalam kereta Perayu pada 9.4.2018. Berdasarkan keterangan SP7, versi bahawa Perayu telah sampai awal di tempat kejadian, keluar makan terlebih dahulu dan ada menghubungi Sathianathan tidak pernah dimaklumkan kepada SP7 semasa siasatan dijalankan. Hasil siasatan SP7 juga mengesahkan Perayu tidak pernah menafikan pemilikan beg itu dan beg itu adalah beg S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 29 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Perayu. Semasa pemeriksaan balas juga Perayu bersetuju bahawa Perayu tidak pernah memaklumkan kepada SP7 bahawa beg yang dijumpai ialah beg Sathianathan. (l) Oleh yang demikian, pihak pendakwaan berhujah bahawa YA Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf apabila telah memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(d) ADB1952 di atas imbangan kebarangkalian (m) Berkenaan dengan pembelaan Perayu sebagai ‘Innocent Carrier’, pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa YA Hakim Mahkamah Tinggi tidak khilaf apabila telah memutuskan bahawa pembelaan ‘innocent carrier’ tidak berjaya dibuktikan oleh Perayu hanya kerana Perayu mendakwa bahawa beg GIVI adalah beg Sathianathan. Hal ini kerana Perayu mempunyai akses terhadap beg tersebut kerana beg berada dalam keadaan tidak berkunci dan berada dengannya sepanjang masa sebelum kejadian. (n) Adalah dihujahkan juga oleh pihak pendakwaan bahawa doktrin kebutaan sengaja telah dipertimbangkan oleh YAHMT dan adalah jelas terpakai ke atas Perayu akibat kegagalannya untuk memeriksa kandungan beg walaupun beg tersebut berada dalam milikan dan kawalannya. Menurut Timbalan Pendakwa Raya terpelajar, kejahilan simpliciter tidak mencukupi untuk melapaskan Perayu dari S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 30 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kesalahan yang dipertuduhkan. Dalam hal ini, pihak Pendakwaan telah merujuk kepada kes merujuk kepada kes Public Prosecutor v Herlina Purnama Sari [2017] 1 MLRA 499. (o) Berkenaan dengan isu keterangan cap jari, pihak Pendakwaan telah merujuk kepada keputusan Mahkamah ini di dalam kes Mazlani bin Mansor v PP and Other Appeals [2014] 2 MLJ 18 yang memutuskan sebagaimana berikut: “[30] With regard to the absence of the appellants’ fingerprints on the incriminating items, we find that not much weight can be attached to such evidence either because in criminal law, a person may still be in possession of a movable thing without actually being in physical contact with it. What is required is that he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons which, as we found earlier, is the case here.” ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH 41. Mahkamah ini telah meneliti lanjut alasan penghakiman yang disediakan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi serta hujahan pihak-pihak, yang mana kami sebulat suara mendapati bahawa pihak Perayu gagal menunjukkan bahawa terdapat merit dalam S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 31 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal rayuan ini. Mahkamah ini bersetuju dengan hujah pihak Pendakwaan bahawa YA Hakim Mahkamah Tinggi tidak khilaf di dalam keputusannya mensabitkan Perayu atas pertuduhan. 42. Kami dapati bahawa terdapat keterangan yang jelas yang menunjukkan dan membuktikan bahawa Perayu mempunyai jagaan dan kawalan atas kenderaan tersebut dan pengetahuan berdasarkan s 37(d) ADB yang gagal dipatahkan oleh Perayu. Terdapat barangan atau dokumen peribadi juga turut dijumpai didalam kereta tersebut. 43. Berkaitan isu kegagalan memanggil Sathinathan, adalah menjadi dapatan kami bahawa YA Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat dapatan yang betul kerana bukan semua kegagalan memanggil saksi membangkitkan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Ianya hanya berbangkit apabila saksi material tidak dipanggil. Dalam perkara ini, kami berpandukan kepada keputusan Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 CLJ 250; [1987] 1 MLJ 492 yang mana Mahkamah Agung melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mohamed Azmi SCJ (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: "It is essential to appreciate the scope of Section 114(g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 32 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important witness to the case." 44. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Siew Yoke Keong lwn. PP [2013] 4 CLJ 149; [2013] 3 MLJ 630 juga menegaskan pendirian undang-undang bahawa inferens di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 hanya boleh dibuat sekiranya terdapat withholding or suppression of evidence, dan bukan semata-mata kerana kegagalan untuk mengemukakan seorang saksi. 45. Mahkamah ini juga berpandangan bahawa sabitan ke atas Perayu adalah selamat berpandukan keterangan saksi-saksi pendakwaan walaupun dengan ketiadaan keterangan sokongan lain keterangan cap jari. Kami merujuk kepada keputusan Mahkamah ini di dalam kes PP v. Ebrahim Mirzaie Hj Ebrahim Deh Mokhtar [2017] 1 CLJ 575 yang memutuskan seperti berikut: "[38] The evidential value of CCTV evidence. DNA profiles and fingerprint impressions as decided by high authority is only corroborative. The learned trial judge correctly appreciated the position. In PP v. Mansor Md Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233, the Federal Court stated that: S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 33 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Where the identity of a culprit is in question or required to be proved, fingerprint evidence would be of great significance and immense value. In the present case under appeal, however, the charge alleged trafficking in the form of sale and there is evidence indicating the identities of the alleged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence on the newspaper wrapping, white plastic and the loytape, therefore, assumes little value or significance. [39] Now, having scrutinised the evidence, we were with the learned DPP that even without the CCTV evidence, DNA profiles and fingerprint impressions, there are sufficient evidence to prove the prosecution's case.” 46. Berpandukan keputusan kes tersebut serta setelah meneliti keseluruhan keterangan, ketiadaan keterangan cap cari tersebut belum cukup untuk membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang mana Perayu telah dijumpai bersama dadah-dadah yang disimpan di dalam beg. Malahan, keterangan saksi-saksi pendakwaan menunjukkan bahawa Perayu sendiri yang telah menunjuk arah ke kereta tersebut di mana dadah dijumpai. Bukan hanya Kereta tersebut didaftarkan atas nama Perayu, barangan peribadi milik Perayu turut ditemui dalam Kereta tersebut. S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 34 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 47. Menurut penilaian kami, perkara ini tidak dapat disangkal oleh Perayu walaupun dengan memanggil Sathianathan untuk memberi keterangan atau laporan cap jari dikemukakan. Pembelaan oleh Perayu gagal menimbulkan keraguan munasabah apabila dilihat berdasarkan keseluruhan keterangan. Pada pandangan kami, Mahkamah Bicara berhak membuat inferens bahawa Perayu mempunyai pengetahuan yang perlu bahawa beg-beg yang ditemui bersama Perayu mengandungi dadah-dadah berbahaya. 48. Oleh yang demikian, kami sebulat suara memutuskan bahawa sabitan yang dijatuhkan oleh Mahkamah tinggi adalah selamat. Maka, rayuan Perayu terhadap sabitan adalah ditolak. Kami merujuk kepada kes of Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors v Gan Yook Chin & Anor (2003) 2 MLJ 97 yang memutuskan sebagaimana berikut: “Generally, an appellate court will not intervene unless the trial court was shown to be plainly wrong in arriving at its decision or where there had been no or insufficient judicial appreciation of the evidence.” 49. Selanjutnya, berkenaan dengan rayuan Perayu terhadap hukuman, kami berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas Perayu adalah hukuman yang minima diperuntukkan oleh undang-undang. Maka, kami tidak S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 35 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berhasrat untuk mengganggu hukuman yang dijatuhkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi dan rayuan Perayu atas hukuman juga dengan ini adalah ditolak. KESIMPULAN 50. Oleh itu, kami sebulat suara mengesahkan sabitan dan hukuman oleh Hakim Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Perayu. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah dikekalkan. Keputusan Mahkamah ini dibuat setelah meneliti alasan penghakiman YA Hakim Mahkamah Tinggi, hujahan bertulis dan hujahan lisan pihak-pihak serta setelah mengambilkira keterangan yang dikemukakan dalam kes ini secara keseluruhannya dan undang-undang yang terpakai. Bertarikh: 16 Januari 2026 -sgd- (AZMAN BIN ABDULLAH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 36 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bagi pihak Perayu : Ashrul Haikal (Swinder Singh bersamanya) [Tetuan Salehuddin Saidin & Assoc] Bagi pihak Responden : TPR Noor Farhana Binti Adham [Jabatan Peguam Negara] S/N pjlV8x9MwUyHGLgX5w7cDw 37 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal