[TIMBALAN ] Muhammad Hairil Izzuan Bin A Samad
Applying maximum evaluation to prosecution evidence, the court found death caused by neck compression (fatal, homicidal), established that accused was last known with deceased and mixed DNA and accused's conduct (inconsistent statements, directing to concealed items) linked him to the scene; these combined facts...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-45B-26-08/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Prosecutor: Public Prosecutor; Defendant: Muhammad Hairil Izzuan bin A Samad
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 27 January 2025
- Case Number
- BA-45B-26-08/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Murder (section 302 Penal Code) / Conviction and Sentencing
- Outcome
- Guilty; convicted under Section 302 Penal Code
- Legal Topics
- Murder, Section 302 Penal Code, Section 300(c) Penal Code, Forensic DNA Evidence, Last Seen Together Doctrine, Section 8 Evidence Act 1950, Sentencing
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Public Prosecutor
Prosecutor
Muhammad Hairil Izzuan bin A Samad
Defendant
Procedural Posture
Criminal Murder (section 302 Penal Code) / Conviction and Sentencing
Legal Issues
- 1 Whether prosecution proved death and causal injury amounting to murder under s302
- 2 Whether the neck compression was homicidal and not self-inflicted
- 3 Whether accused's conduct and statements together with DNA evidence establish guilt
Ratio Decidendi
Applying maximum evaluation to prosecution evidence, the court found death caused by neck compression (fatal, homicidal), established that accused was last known with deceased and mixed DNA and accused's conduct (inconsistent statements, directing to concealed items) linked him to the scene; these combined facts proved all elements of murder under s302 beyond reasonable doubt, warranting conviction.
Court Disposition
Guilty; convicted under Section 302 Penal Code
Orders
- Convicted under Section 302 Penal Code
- Sentence: 34 years imprisonment from date of arrest
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-45B-26-08/2021 Kand. 291 PENGHAKIMAN 24/02/2026 15:45:28 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO : BA-45B-26-08/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD HAIRIL IZZUAN BIN A SAMAD (No. K/P : 790528-14-5005) PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Talian MERS 999 adalah talian untuk panggilan semua jenis kecemasan seperti kebakaran, perubatan, jenayah dan lain-lain. Apabila terdapat panggilan, operator akan menyambung panggilan tersebut kepada pusat kawalan agensi-agensi yang berkaitan untuk tindakan lanjut. Bagi kes jenayah, panggilan akan disambung ke pusat kawalan di balai polis mengikut daerah yang berkaitan. [2] Pada 30.7.2020, 1.04 pagi, Koperal Mohd Nazri bin Mohammad kecemasan dari seorang lelaki Melayu yang kedengaran panik BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 1 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN memaklumkan isterinya tidak sedarkan diri di dalam kereta berhampiran Tasik PKNS, Cyber Jaya. SP1 telah menyalurkan makluman itu kepada SP4 yang bertugas meronda menaiki kereta MPV untuk ke lokasi. Sampai di lokasi SP4 memeriksa kereta berkenaan dan mendapati seorang wanita duduk di kerusi pemandu berpakaian lengkap bertudung dan dengan mata tertutup. Wanita itu tiada tindak balas walaupun dipanggil beberapa kali. [3] Penolong Pegawai Perubatan (SP7) yang sampai bersama ambulans kemudiannya telah membuat pemeriksaan ke atas wanita tersebut dan mengesahkan kematiannya. Bedah siasat yang dijalankan oleh pakar Patologi, Doktor Khairul Anuar Bin Zainun (SP16) mendapati sebab kematian simati ialah compression of the neck. [4] Hasil siasatan membawa kepada pertuduhan terhadap Tertuduh seperti berikut 30 Julai 2020 jam lebih kurang 1.04 pagi bertempat Tasik Cyber Valley Park, Jalan Persiaran Sepang, di dalam daerah Sepang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Maizatulnisa Binti Othman (No. K/P: 800326-07-5340) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun [5] Setelah perbicaraan penuh, mahkamah telah mensabitkan Tertuduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan seperti BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 2 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun dari tarikh tangkap dan 12 sebatan rotan. Tertuduh telah memfailkan rayuan terhadap keseluruhan keputusan mahkamah. KES PENDAKWAAN [6] Pihak pendakwaan telah memanggil 20 orang saksi untuk membuktikan pertuduhan terhadap Tertuduh. Saksi yang memberikan keterangan ialah a. SP1 - Kpl Mohd Rozaidi bin Hasan b. SP2 - SM Mohamad Shaffei Bin Jaafar c. SP3 - Kpl Mohd Nazri Bin Mohamad d. SP4 - L/Kpl Mohd Fareed Bin Zailaini e. SP5 - Sjn Nor Hafiz Bin Muhamad Nor f. SP6 - DSP Chua Hong Lom g. SP7 - Saldatulshamira Binti Abdul Aziz h. SP8 - L/KPL Wan Muhammad Amin i. SP9 - ASP Mohd Zaidi Bin Abu Hassan (Forensik Maktab Cheras) j. SP10 - ASP Sugendran A/L Krishnan (Forensik tempat kejadian) k. SP11 - Asmahani Binti Ramah (Peguam syariah) l. SP12 - Chandra Bin Jamaluddin@ Munir (Pemandu m. SP13 - Hana Sofiya Binti Mohd Hairil Izuan (anak simati) n. SP14 - Siti Hajar Binti Hussin (Ahli Kimia) o. SP15 - Shamsuriza Binti Othman (waris simati) BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 3 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN p. SP16 - Doktor Khairul Anuar Bin Zainun (Pathologist) q. SP17 - Insp Muhammad Hafiz Bin Rosali (Pegawai rampasan) r. SP18 - SM Syed Anuar Bin Syed Sagof (Pegawai tangkapan) s. SP19 - ASP Nur Azam Shah Bin Mohd Aziz (Pegawai rampasan) t. SP20 - DSP Annuar Bin Hamim (Pegawai Penyiasat) u. SP21 - Doktor Mohd Hamdan Bin Saparwan (Pegawai Perubatan yang mengambil darah Tertuduh) [7] Pada hari kejadian simati iaitu seorang Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, telah keluar daripada rumahnya di kawasan Taman Putra Perdana pada sebelah pagi kerana mempunyai urusan di Mahkamah Syariah bersama peguam syariahnya (SP11) untuk pengesahan penceraian simati dengan suaminya - Tertuduh. Simati kemudiannya telah tidak dapat dihubungi. [8] Sekitar jam 4.00 petang hari itu, Tertuduh telah pergi ke rumah simati dan anak mereka SP13 membukakan pintu rumah. Malam itu, SP13 telah mengajak Tertuduh untuk mencari simati yang tidak pulang dan tidak dapat dihubungi. Pada jam 11.00 malam, Tertuduh telah memesan Grab dan meletak lokasi destinasi sebagai Cyberjaya . SP13 dan Tertuduh telah menaiki kereta Grab yang dipandu oleh SP12 dan telah melakukan pencarian di sekitar Cyberjaya setelah memaklumkan SP12 tujuannya mencari simati. BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 4 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN [9] Setelah memandu sekitar Cyberjaya hampir sejam, SP12 ingin menamatkan khidmatnya dan menghantar Tertuduh dan SP13 pulang. Semasa melalui jalan yang bertentangan dengan tasik PKNS, Tertuduh telah meminta SP12 pergi ke tepi tasik tersebut yang dikatakannya terlihat kereta simati. Di situ, mereka mendapati simati berada di dalam kereta di kerusi pemandu dalam keadaan tidak sedar. Tertuduh seterusnya telah membuat panggilan kecemasan kepada polis dan ambulans. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG DI AKHIR KES PENDAKWAAN [ 10 ] Mahkamah perlu membuat penilaian maksima ke atas semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan untuk menentukan sama ada pertuduhan terhadap Tertuduh telah dibuktikan secara prima facie seperti diputuskan dalam kes-kes seperti PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393; Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 2 MLJ 65 dan Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85. [ 11 ] Pembuktian suatu pertuduhan di akhir kes pendakwaan seumpama penyelesaian suatu teka-teki dari petunjuk yang diberikan melalui keterangan secara langsung atau mengikut keadaan daripada saksi-saksi pendakwaan dan eksibit yang dikemukakan di mahkamah. Segala bentuk keterangan ini akan diteliti oleh mahkamah dalam menentukan sama ada semua elemen pertuduhan ada petunjuk dan jawapan daripada keterangan tersebut yang akan membuktikan pertuduhan lalu menyelesaikan teka-teki itu. BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 5 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN [ 12 ] Elemen-elemen yang perlu dibuktikan di bawah pertuduhan terhadap Tertuduh di akhir kes pendakwaan ialah a. Kematian simati; b. Kematian simati disebabkan kecederaan dalam mana- mana keadaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 300 Kanun Keseksaan; dan c. Kecederaan itu dilakukan oleh Tertuduh. Elemen Pertama - Kematian simati Maizatulnisa Binti Othman (No. K/P: 800326-07-5340) [ 13 ] Identiti si mati telah dibuktikan melalui keterangan anaknya SP13, kakak simati SP15 dan SP20 iaitu Pegawai Penyiasat. [ 14 ] Kematian simati telah disahkan secara rasmi oleh SP7 iaitu Penolong Pegawai Perubatan, Bahagian Kecemasan Hospital Putrajaya yang telah pergi memeriksa keadaan simati di tempat kejadian pada 30 Julai 2020 jam 1.36 pagi. Setelah sampai, SP7 telah menutup enjin kereta lalu melakukan pemeriksaan ke atas simati untuk memastikan response dan circulation simati iaitu sama ada masih ada nadi atau respon yang lain S : Hasil pemeriksaan? J : Hasil pemeriksaan, memang tiada nadi yang dapat dirasa sama ada di bahagian leher ataupun di bahagian celah kangkang BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 6 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN ataupun di bahagian nadi di tangan. Salah satu sebabnya, keadaan mangsa sangat keras. Daging-dagingnya sudah keras. S : Setelah puan melihat ada kesan darah di tepi bibir, apa tindakan lanjut puan? J : Selanjutnya saya meminta pembantu saya untuk datang membawa mesin untuk check. Kita akan letak satu mesin Spo2 untuk letak oksigen dan memang unrecordable, bacaan tak ada langsung di mesin tersebut. S : Ketika pemeriksaan mesin ini, mangsa ada di mana? J : Masih di tempat duduk pemandu. S : Setelah puan menggunakan mesin Spo2 ini, apa hasil pemeriksaan? J : Hasilnya tiada bacaan langsung diterima. S : Maksud tiada bacaan adalah bacaan apa? J : Bacaan itu ditunjukkan searching dan ia kosong peratus (0%). Maksudnya tiada bacaan lain. Sekiranya orang yang masih hidup, ia akan dapat baca kandungan oksigen dalam badan. S : Maksudnya mangsa tiada bacaan oksigen? J : Tiada. Elemen Kedua: Kematian simati disebabkan kecederaan dalam mana-mana keadaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 300 Kanun Keseksaan. [ 15 ] Keterangan SP16 Pakar Patologi Forensik, Hospital Serdang yang menjalankan bedah siasat ke atas simati mengesahkan punca BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 7 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN kematian simati ialah (jerutan pada leher) . Jerutan pada leher ini telah menutup saluran pernafasan simati dan menghalang pergerakan darah kembali ke jantung. Mengambil dapatan bedah siasat secara keseluruhan, SP16 berpendapat tutupan saluran pernafasan juga berlaku di bahagian leher simati. [ 16 ] SP16 juga berpendapat kecederaan yang didapati pada jasad yang merujuk kepada tekanan akibat jerutan di leher serta kecederaan yang bersifat pergelutan, di dalam kes ini tidak sesuai dihasilkan oleh diri sendiri (not self-inflicted). SP16 menjelaskan, apabila jerutan berlaku di leher oleh diri sendiri, ia tidak membawa kepada kematian kerana sebarang jerutan atau cekikan di leher hanya akan membawa kepada koma atau tidak sedarkan diri. Apabila hampir ke peringkat tidak sedarkan diri, sebarang jerutan atau cekikan diri sendiri akan terlerai. Maka, salur pernafasan akan terbuka semula, termasuk juga salur darah. Lalu, keadaan ini tidak akan menyebabkan kematian. Hanya apabila jerutan mahu pun cekikan berlaku akibat perbuatan bukan diri sendiri, daya jerutan atau cekikan boleh berterusan sehingga koma dan kematian. [ 17 ] Menurut SP16 J: Objek yang boleh menyebabkan atau digunakan dalam jerutan atau tekanan di bahagian leher boleh dikategorikan secara amnya kepada dua. Yang pertama, sebarang objek bersifat tumpul, kecil dan tirus seperti tali rafia atau nylon yang kecil dan tumpul. Kategori yang kedua, objek itu biasanya bersifat lembut dan lebar BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 8 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN seperti kain dan sebagainya. Di dalam dua kategori ini, apabila objek bersifat kecil dan tirus, kebiasaannya menghasilkan tanda- tanda jerutan di bahagian luaran. Jika objek bersifat lebar dan lembut, kebiasaannya tanda-tanda jerutan atau objek tersebut di bahagian luaran leher jarang dijumpai. Namun, kedua-dua keadaan masih boleh menyebabkan kelemasan jerutan. Maka, saya berpendapat oleh kerana tiada kesan objek yang sangat jelas di bahagian luaran dan tiada juga kesan yang jelas di bahagian dalaman kulit leher, maka ini bersesuaian dengan jerutan yang berlaku menggunakan sebarang objek yang lebih bersifat lembut dan lebar. (penekanan ditambah) [ 18 ] SP16 memberikan contoh- t lembut [ 19 ] Tiada cabaran serius daripada pihak pembelaan mengenai sebab kematian simati. Hasil bedah siasat dan keputusan mengenai sebab kematian ini telah dinyatakan juga di dalam Laporan Bedah Siasat SP16 yang dikemukakan sebagai P45. Mahkamah menerima dapatan sebab kematian mangsa oleh SP16 dan mendapati kecederaan yang menyebabkan kematian simati sesuai dengan cabang (c) kepada seksyen 300 Kanun Keseksaan. Elemen Ketiga: Kecederaan itu dilakukan oleh Tertuduh dengan niat menyebabkan kematian simati [ 20 ] Mahkamah perlu meneliti dan membuat penilaian maksima ke atas keterangan pihak pendakwaan yang dikemukakan untuk BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 9 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN membuktikan elemen ini. Pembuktian elemen ini banyak disokong oleh keterangan mengikut keadaan yang dinilai secara menyeluruh lalu memberi inferens dan kesimpulan bahawa Tertuduh telah berniat mencederakan simati yang menyebabkan kematian simati. [ 21 ] Seperti dinyatakan dalam kes yang dirujuk oleh pihak pendakwaan, PP v. Sarjit Kaur [1998] 5 CLJ 609, Mahkamah Persekutuan depend on hypothesis, or theories, or even speculations. They must give Garis waktu (timeline) pergerakan / keberadaan simati vis a vis Tertuduh (pagi ke tengahari dan petang pada 29.7.2020) SP13: [ 22 ] Tertuduh dan simati merupakan suami isteri yang dalam proses pengesahan perceraian di Mahkamah Syariah. Mereka mempunyai seorang anak perempuan (SP13), yang pada masa kejadian berusia lebih kurang 14 tahun. [ 23 ] Menurut SP13, pada pagi tarikh 29.7.2020, lebih kurang jam 9.00 pagi semasa SP13 mengikuti kelas online di rumahnya, simati telah keluar seorang diri untuk berjumpa dengan peguam Syariah menaiki kereta Myvi. Ayahnya, iaitu Tertuduh tiada di rumah waktu itu. BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 10 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN [ 24 ] SP13 telah cuba menghubungi simati pada waktu tengahari dengan menghantar pesanan Whatsapp (ms. 197 NK) Saya tanya mama ada dekat mana? Saya tak ingat apa yang mama balas tapi mesej saya masa itu ada dua tick. Kemudian pukul 2 dan pukul 3 saya mesej lagi mama dekat whatsapp dan mesej pada pukul 2 [ 25 ] SP13 mengatakan simati sepatutnya ada kelas online petang itu. SP13 menghantar whatsapp untuk mengetahui keberadaan simati. Kemudian, antara jam 4.00 hingga 6.00 petang di rumahnya, SP13 mendengar bunyi loceng rumah dan mendapati Tertuduh berada di luar pagar. Walaupun awalnya SP13 ragu-ragu untuk membuka pintu pagar, akhirnya dia membenarkan Tertuduh masuk ke rumah. Tertuduh bertanya keberadaan simati kepada SP13 dan mengambil maklum jawapan SP13 tentang temu janji simati dengan peguam Syariah. SP11: [ 26 ] SP11 merupakan Peguam Syariah simati mengesahkan ada temu janji dengan simati pagi itu bagi urusan membacakan wakalah secara online dengan pihak Mahkamah Syariah yang dijadualkan pada jam 2.00 petang untuk permohonan pengesahan cerai antara simati dan Tertuduh. Walau bagaimanapun, simati tidak dapat dihubungi oleh SP11. Simati juga sebelum itu ada maklumkan yang dia ada kelas atas talian di sebelah petang. SP11 beberapa kali cuba BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 11 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN menghubungi simati dari jam 2.38, 2.39, 2.41, 2.46 dan 2.51 petang untuk bertanyakan keberadaannya kerana telah melepasi masa temu janji mereka di Mahkamah Syariah, namun SP11 sahkan yang simati tidak membalas apa-apa panggilan ataupun pesanannya. Malam hari kejadian: SP13 dan SP12: [ 27 ] Selepas waktu maghrib, SP13 bertanya pada Tertuduh sama ada Tertuduh tahu simati di mana dan adakah akan mencari simati. Selepas jam 10.00 malam, SP13 sekali lagi bertanya dan mengajak Tertuduh mencari simati. Oleh kerana tiada kenderaan di rumah, SP13 mencadangkan kepada Tertuduh untuk menggunakan Grab. Menurut SP13, Tertuduh mengatakan tiada aplikasi Grab dalam telefon bimbitnya dan Tertuduh telah memuat-turun aplikasi tersebut sebelum menggunakannya. [ 28 ] Kereta Grab telah sampai lebih kurang jam 11.00 malam. SP13 duduk di kerusi penumpang belakang, sementara Tertuduh duduk di kerusi penumpang depan. SP13 mendengar Tertuduh memberitahu pemandu Grab (SP12) yang dia sebab orang rumah dari tadi tak balik- [ 29 ] Seterusnya, pemandu Grab SP12 telah memandu di sekitar kawasan Cyberjaya di tempat orang ramai untuk mencari Myvi putih simati. SP13 mengatakan Tertuduh telah memberi arahan-arahan kepada pemandu Grab haluan dan arah untuk ditujui macam nanti straight ke, nanti ke kanan ke, ke kiri ke (ms. 204, NK). Pencarian BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 12 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN berjalan sehingga lebih kurang jam 1.00 pagi apabila SP13 nampak satu kereta dalam jarak 50 100 meter dari kereta Grab di suatu tempat gelap di tepi tasik. SP13 hanya senyap kerana tidak tahu jenis kereta tersebut. [ 30 ] SP13 mendengar Tertuduh meminta SP12 untuk pergi ke tempat kereta tersebut (ms. 204, NK) [ 31 ] Setelah kereta Grab menghampiri kereta dan cahaya lampu menyuluh kereta tersebut, SP13 cam itu adalah kereta simati dari warna dan nombor kereta WWC 1651. SP13 membuka pintu penumpang depan dan melihat simati dalam keadaan berbaring di kerusi pemandu dan badannya keras. Dalam kereta sejuk seolah pendingin hawa telah dipasang lama. SP13 menggoncang tubuh simati beberapa kali untuk menyedarkannnya. Kemudian mendengar Tertuduh berkata kepadanya (ms. 206, NK) Lepas itu abah kata mama tak sedar. Saya ingat mama dah tak ada. S : Lepas itu? J : Lepas abah dah cakap mama dah tak ada, abah datang dekat saya, dekat passenger seat. Saya ingat dekat bahagian bawah passenger seat itu ada handbag mama. Saya cuba tengok dalam itu ada apa. Dalam itu ada barang-barang mama tapi saya perasan dekat dalam beg itu tak ada wallet dan handphone mama. Lepas BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 13 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN Lepas itu abah peluk saya dekat luar kereta [ 32 ] Selepas itu Tertuduh menelefon polis dan ambulans di mana Penolong Pegawai Perubatan (SP7) telah mengesahkan kematian simati. SP13 diminta duduk di dalam kereta polis sementara Tertuduh berurusan dengan SP7. Tertuduh dalam keadaan tenang, tidak kelam kabut pada pandangan SP13, sedangkan dia sendiri berasa gelisah dan menangis sepanjang jalan ke balai polis. [ 33 ] Keterangan SP13 berkenaan perjalanan SP13 dan Tertuduh mencari simati disokong oleh keterangan SP12 iaitu pemandu Grab yang dipesan oleh Tertuduh. SP12 mengesahkan telah memandu sekitar tempat-tempat awam di Cyberjaya dengan berpandukan kereta Myvi putih. Semasa SP12 melepasi simpang empat selepas MMU (Multimedia University) Tertuduh telah menunjuk ke arah tasik dan mengajak SP12 ke sana (ms. 185, NK) J : Saya buntu. Bertepatan dengan simpang empat MMU itu, saya dah fed up, saya nak balik. Dia ni tunjuk arah ke tasik. Cuba ke sana. Kemudian bawalah ke sana. Sampai di roundabout dia suruh u-turn dan saya u-turn. Bila u-turn, terlajak daripada pintu masuk tu, dia suruh reverse. Dia kata dia nampak ada Myvi putih. S : Sewaktu yang dia kata dia nampak Myvi putih itu, Encik Chandra nampak? J : Tak nampak BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 14 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN [ 34 ] Setelah masuk ke kawasan tepi tasik dalam 20 30 meter, SP12 melihat ada satu kereta Myvi di situ. Keadaan sekeliling gelap, tiada lampu atau kenderaan lain. Enjin Myvi dan pendingin udara dalam keadaan hidup. Begitu juga lampu dalam kereta. Sikap, lisan dan perbuatan Tertuduh selepas kereta Myvi putih simati ditemui seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [ 35 ] Menurut SP13, Tertuduh telah menghubungi talian kecemasan 999 dan tidak lama selepas itu kereta peronda polis dan ambulans sampai. SP7 Penolong Pegawai Perubatan telah memeriksa mayat simati, mengesahkan tiada tanda-tanda kehidupan yang dapat diperhatikan dan mengesahkan kematian simati. [ 36 ] Dalam keterangannya (dari ms. 109, NK), SP7 menyatakan telah juga menyoal suami simati (Tertuduh) untuk mendapatkan sejarah dan latar belakang kejadian bagi tujuan dokumentasi S : Kemudiannya? J : Kemudiannya saya approached yang dikatakan suami mangsa di mana dia yang call 999. Saya tanya apa yang sebenarnya terjadi dan saya minta izin untuk buka beg itu supaya saya dapat tengok kalau ada kad pengenalan dan lain-lain. Suami mangsa ada beritahu saya dia tak dapat cari purse isteri dia dan telefon isteri dia. [ 37 ] Dari perbualan SP7 dengan suami simati, dia mengatakan ada bersama simati waktu siang dan dihantar oleh simati ke Masjid Fisabilillah petang atau tengahari (dari ms. 111, NK) BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 15 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN S : Sewaktu puan bersembang atau bercakap dengan anaknya, suami yang puan katakan sebentar tadi ada di mana? J : Saya ada ambil sedikit maklumat untuk saya tulis dekat dokumen saya, macamana keadaan dia boleh berjumpa dengan isteri dia, apa yang dia lakukan. Suaminya ada beritahu siang dia memang bersama isteri dia. Pada lebih kurang petang atau tengahari, dia kata isteri dia hantar dia ke Masjid Fisabilillah. S : Puan tahu Masjid Fisabilillah itu di mana? J : Masjid Fisabilillah itu dekat kawasan Cyberjaya, lebih kurang 3 ke 4 kilometer daripada tempat kejadian. S : Kemudiannya setelah dimaklumkan perkara ini? J : Kemudiannya saya cuma noted dan selepas suami berada di Masjid Fisabilillah, saya tanya dia macamana dia balik? Dia kata dia balik rumah dengan Grab. Saya teruskan lagi documentation. Setelah itu dia kata dia tak dapat nak hubungi isteri dia lagi dan dia tunggu sahajalah dekat rumah. S : Ada dia maklumkan pukul berapa? J : Saya tak pasti tapi dalam pukul 3 ke 4 petang macam itulah dia kata dia balik rumah di Putra Perdana. (ms. 112, NK) : Selepas dia maklumkan hal ini, kemudiannya? J : Selepas itu saya tanya lagi sekali kepada suami macamana keadaan itu boleh jadi. Maksudnya macamana dia boleh menjumpai isteri dia dan dekat situ saya perasan dia telah memberi satu statement yang berlainan daripada yang mula-mula tadi. S : Maksud puan? BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 16 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN J : Maksud saya, semasa statement pertama tadi dia beritahu isteri dia hantar dia ke Masjid Fisabilillah untuk dia menunaikan solat dan bila saya tanya balik, dia beritahu isteri dia hantar dia balik ke rumah. (penekanan ditambah) [ 38 ] SP7 turut bertanya kepada suami simati sama ada berlaku pergaduhan dengan simati, dan disahkan oleh suaminya (ms. 115, NK) S : Setelah puan bercakap dengan suaminya, apa yang berlaku berikutnya? J : Saya ada tanya satu soalan personal kepada suami mengatakan ada tak apa-apa pergaduhan yang berlaku di antara suami dengan mangsa? Suami mengaku dan mengatakan dia ada bergaduh dengan isterinya, biasalah rumah tangga. Begitulah ayat dia. (penekanan ditambah) [ 39 ] Di peringkat ini, Tertuduh telah membuat beberapa pernyataan kepada SP7 mengakui bersama simati pada waktu siang, tengahari atau petang dan dihantar oleh simati ke Masjid Fisabilillah; memberi kenyataan bercanggah iaitu awalnya balik ke rumah dari masjid menaiki Grab; kemudian mengatakan dia dihantar ke rumah oleh isterinya; mengakui ada bergaduh dengan isterinya. BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 17 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN [ 40 ] Sebelum itu, keterangan anaknya SP13 adalah Tertuduh balik ke rumah sendirian. Pada sebelah malam semasa ingin keluar mencari simati Tertuduh mengatakan tiada aplikasi Grab dalam telefon dan terpaksa memuat turun aplikasi itu sebelum membuat pesanan. Ini bermakna Tertuduh memang telah berbohong kepada SP7 apabila mengatakan balik ke rumah menaiki Grab jika dia baru memuat turun aplikasi itu hanya pada waktu malam. [ 41 ] Kebolehan Tertuduh yang dapat melihat kereta Myvi simati yang berada di tempat gelap dan jauh lebih kurang 50 100 meter dari kereta Grab SP12 di malam hari sedangkan tidak dapat dilihat oleh SP12 dan SP13 juga relevan kepada state of mind Tertuduh iaitu pengetahuannya tentang kedudukan kenderaan simati. [ 42 ] Selain itu, kenyataan Tertuduh kepada SP7 mengesahkan Tertuduh adalah orang terakhir berada bersama si mati pada 29.7.2020. Percanggahan kenyataannya kepada SP13 dan SP7 menunjukkan sikap berdalih dan cuba menyembunyikan sesuatu serta kebolehannya melihat kereta simati dalam keadaan yang dinyatakan adalah relevan. Perbuatan Tertuduh selepas ditangkap: [ 43 ] Tertuduh telah ditangkap pada 30.7.2020 dan selepas disoal siasat telah memandu arah pihak polis (SP17 PSP17) ke beberapa tempat di mana beberapa barangan milik simati telah dijumpai; suatu perbuatan yang relevan di bawah seksyen 8, Akta Keterangan 1950 BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 18 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN (lihat Pathmanabhan a/l Nalliannen v Public Prosecutor and other appeals [2017] 3 MLJ 141) pada jam lebih kurang 11.15 malam ke hadapan Masjid Putra Perdana, Puchong Tertuduh telah menunjukkan kepada polis satu beg plastik mengandungi tujuh belas (17) keping kad (tandaan P6B1-P6B18) yang kemudiannya disahkan adalah milik simati (antaranya Kad Pengenalan dan kad-kad bank atas nama simati) yang disembunyikan di bawah bongkahan batu di hadapan Masjid tersebut (para 5, PSP17); jam lebih kurang 11.45 memandu arah polis ke tempat di Tasik Jalan Putra Perdana 1, Puchong, Selangor. Di tepi tasik tersebut, Tertuduh telah menunjukkan sarung telefon bimbit milik simati yang dibuang di timbunan sampah (para 8, PSP17). [ 44 ] Mustahil Tertuduh dapat menunjukkan barang-barang milik simati yang terletak dalam keadaan tersembunyi di tempat-tempat berasingan tanpa pengetahuan khusus bagaimana barang-barang tersebut boleh berada di situ. [ 45 ] Terdapat juga keterangan saintifik yang meletakkan Tertuduh dengan situasi yang amat dekat dengan simati. SP14 yang menjalankan analisa DNA ke atas selendang yang dipakai oleh simati [P36(A)], kuku simati [P39(A)(2)], baju simati yang dijumpai darah [tandaan P38(A)(1)], rantai tangan simati [P37(A)(1)], disahkan BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 19 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN terdapat DNA yang penyumbangnya adalah simati dan juga Tertuduh. Kesemua barang dan sampel yang dianalisa didapatkan daripada jasad simati semasa proses bedah siasat. [ 46 ] Tiada penjelasan munasabah yang dicadangkan oleh pihak pembelaan bagaimana DNA Tertuduh boleh berada pada barang dan sampel yang diambil dari jasad simati. Sebaliknya, keujudan DNA Tertuduh ini adalah konsisten dengan keberadaan Tertuduh dengan simati pada masa-masa material sebelum kematian simati. Malah, selendang yang terdapat DNA Tertuduh dan simati oleh SP16 menepati contoh kain yang boleh menyebabkan kecederaan yang menyebabkan kematian simati. Dapatan: [ 47 ] Dari keterangan saksi-saksi dan eksibit, mahkamah membuat beberapa dapatan i. Berdasarkan kenyataan Tertuduh sendiri kepada SP7 dan bukti kesan DNA campuran Tertuduh dan simati pada barangan, swab dan sampel yang dikutip dari jasad simati, Tertuduh adalah orang terakhir diketahui bersama simati. Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Rakesh Kumar Thangagrajoo lwn PP & Kes Lain [2017] 1 LNS 502 telah menerima pemakaia seperti diputuskan dalam kes Ashok v. State of BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 20 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN Maharashtra [2015] 4 Supreme Court 393 oleh Mahkamah Agung di India in Trimukh Marotiu Kirkan v. State of Maharashtra, [2006] 10 SCC 106, in the following words: his wife and the prosecution succeeds in leading evidence to show that shortly before the commission of crime they were seen together or the offence takes place in the dwelling home where the husband also normally resided, it has been consistently held that if the accused does not offer any explanation how the wife received injuries or offers an explanation which is found to be false, it is a strong circumstance which indicates that he is responsible for commission of the crime. Thus, the doctrine of last seen together shifts the burden of proof on the accused, requiring him to explain how the incident had occurred. Failure on the part of the accused to furnish any explanation in this regard, would give rise to a very strong presumption against him. In Ram Gulab Chaudhary v. State of Bihar, [2001] 8 SCC 311, the accused after brutally assaulting a boy carried him away and thereafter the boy was not seen alive nor his body was found. The accused, however, offered no explanation as to what they did after they took away the boy. It was held that for absence of any explanation from the side of the accused about the boy, there was every justification for drawing an inference that they had murdered the boy. BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 21 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN In Nika Ram v. State of H.P., [1972] 2 SCC 80, it was observed that the fact that the accused alone was with his wife in the house when the accused with her were strained would, in the absence of any cogent explanation by him, point to his guilt. The latest judgment on the point is Kanhaiya Lal v. State of Rajasthan, [2014] 4 SCC 715. In this case this Court has held that the circumstance of last seen together does not by itself and necessarily lead to the inference that it was the accused who committed the crime. There must be something more establishing the connectivity between the accused and the crime. Mere non- explanation on the part of the accused by itself cannot lead to the proof of guilt against the accused. From the study of above stated judgments and many others delivered by this Court over a period of years, the rule can be summarized as that the initial burden of proof is on the prosecution to bring sufficient evidence pointing towards guilt of accused. However, in case of last seen together, the prosecution is exempted to prove exact happening of the incident as the accused himself would have special knowledge of the incident and thus, would have burden of proof as per Section 106 of Indian Evidence Act. Therefore, last seen together itself is not a conclusive proof but along with other circumstances surrounding the incident, like relations between the accused and the deceased, enmity between them, previous history of hostility, recovery of weapon from the accused etc., non- explanation of death of the deceased, may lead to a presumption of guilt (penekanan ditambah) BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 22 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN tidak terhad kepada maksud literal iaitu dilihat bersama keadaan; ii. Sikap dan kenyataan Tertuduh menjurus kepada pengetahuan salah (guilty mind) Tertuduh berkaitan simati. Tertuduh berbohong kepada anaknya SP13 bahawa dia tiada aplikasi Grab dan perlu memuat turun aplikasi itu sebelum memesan Grab yang bercanggah dengan kenyataan Tertuduh kepada SP7 yang dia balik ke rumah dari masjid menggunakan Grab. Tertuduh menukar kenyataan kemudiannya bahawa dia dihantar pulang oleh simati pula; iii. Perkara ini dikuatkan dengan fakta Tertuduh meminta SP12 ke tempat kereta Myvi diletakkan dalam keadaan gelap, berjarak dan tidak dapat dilihat oleh SP12 dan SP13 apabila SP12 telah putus asa dan mahu menamatkan pencarian simati; iv. Pandu arah Tertuduh ke tempat-tempat di mana barangan kepunyaan simati dibuang / disembunyikan yang tidak akan dapat dijumpai tanpa pengetahuan dan pandu arah Tertuduh; BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 23 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN [ 48 ] Dalam kes Mahkamah Rayuan Pendakwa Raya lwn Muhammad Arif Firdaus bin Juraini dan satu lagi [2023] 6 MLJ 277, Mahkamah telah menerima keterangan pandu arah Tertuduh ke dan bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa tanpa maklumat dan pandu arah Tertuduh pemetik api tersebut tidak akan dijumpai. Rampasan pemetik api ini merupakan fakta yang relevan kepada pembuktian pertuduhan. Seterusnya, dalam perenggan [60] penghakiman Mahkamah Rayuan, diputuskan Namun begitu, kami turut memberikan pertimbangan ke atas keputusan HMT yang menerima keterangan yang membawa kepada penemuan P291 boleh diambil kira sebagai satu kelakuan PKK1 di bawah s 8 AK 1950. Di perenggan 120 AP, HMT memutuskan: [120] Keterangan SP66 berkenaan dengan tunjuk arah oleh T1 kepada penemuan dan rampasan satu pemetik api di atas katil di dalam bilik di rumahnya juga adalah relevan di bawah s 8 Akta Keterangan. Keterangan tersebut membuktikan bahawa T1 mempunyai pengetahuan terhadap pemetik api yang digunakannya semasa membakar sekolah tahfiz tersebut. Sehubungan dengan itu, di dalam kes AN Venkatesh and another v State of Karnataka [2005] 7 SCC 714, Mahkamah Agung India memutuskan seperti berikut: By virtue of s 8 of the Evidence Act the conduct of the accused person is relevant if such conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact. The evidence of the circumstance, simpliciter that the accused pointed out to the police office1 the place where the dead body of the kidnapped boy was found and on their pointing BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 24 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN out the body was exhumed, would be admissible as conduct under s 8 irrespective of the fact whether the statement made by the accused contemporaneously with or antecedent to such conduct falls within the purview of s 27 or not as held by this court in Prakash Chand v State (Delhi Admn) [1979] AIR 400. Even if we should (sic) that the disclosure statement made by the accused appellants (exh P15 and P16) is not admissible under s 27 of the Evidence Act still it is relevant under s 8. The evidence of the Investigating Officer and PWs 1, 2, 7 and PW4 the spot mahazar witness that the accused had taken them to the spot and pointed out the place where the dead body was buried, is an admissible piece of evidence under s 8 as the conduct of the accused. Presence of A-1 and A-2 at a place where ransom demand was to be fulfilled and their action of fleeing on spotting the police party is a relevant circumstance and are admissible under s 8 of the Evidence Act. Berdasarkan analisis dan keseluruhan keterangan, mahkamah merumuskan Tertuduh adalah orang yang telah bersama simati pada masa material dan telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang menyebabkan kematian simati. ISU-ISU BERBANGKIT: [ 49 ] Pihak pembelaan telah membangkitkan beberapa isu dalam hujah bertulis seperti yang berikut BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 25 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN i. Saksi-saksi pendakwaan iaitu kesemua dua puluh satu (21) saksi yang dipanggil memberi keterangan dan bukti- bukti yang dikemukakan sepanjang perbicaraan tidak membuktikan bahawa OKT telah melakukan perbuatan bunuh tersebut. Secara ringkas, pihak pembelaan menghujahkan bahawa tiada saksi mata melihat Tertuduh melakukan perbuatan bunuh ke atas simati. Walaupun terdapat keterangan DNA Tertuduh pada barangan dan sampel yang diperolehi dari jasad simati, terdapat juga kesan DNA individu lain yang tidak dikenali pada barangan tersebut. Dapatan: [ 50 ] Walaupun tiada saksi mata kepada pembunuhan, tetapi terdapat keterangan lain yang kesannya meletakkan Tertuduh bersama dengan simati pada masa material. Seperti telah dianalisa sebelum ini, Tertuduh menyatakan kepada SP7 bahawa waktu siang, tengahari atau petang dan dia telah dihantar oleh simati ke Masjid Fisabilillah, Cyberjaya. [ 51 ] Keterangan DNA meletakkan Tertuduh di dalam kereta bersama simati terutama pada selendang yang dipakai oleh simati dan dikatakan oleh SP16 sebagai boleh menjadi alat yang digunakan untuk menjerut leher simati dan menyebabkan kematiannya. Keujudan DNA lain pada barangan dan sampel yang diambil dari jasad simati tidak sama sekali menafikan keberadaan Tertuduh pada masa material dan tidak mengurangkan liabiliti atau keperluan BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 26 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN Tertuduh menjelaskan kehadiran DNAnya pada jasad simati. Mahkamah bersetuju dengan hujah dan rujukan Timbalan Pendakwa Mahkamah Rayuan Mohamad Nazarie bin Halidi v Public Prosecutor and another appeal [2019] 4 MLJ 371 Yang Arif Abang Iskandar (HMR ketika itu) Another issue that was raised on appeal was the issue of failure to uplift fingerprints at the crime scene by the police. Now, it is not in all investigations that fingerprinting must be done to uplift fingerprints at the scene or from case exhibits. In this case blood stains from the seized exhibits had been sent for DNA by the chemist PW9 for analysis. As a result of the analysis, the two accused persons now appealing before us were directly implicated as their DNA profiles had matched with the exhibits found at the crime scene. What utility would be achieved by getting fingerprints from the scene as even if such exercise were to show other persons may be present at the scene that fact could not detract from the fact that both the accused persons charged in this case were implicated in the commission of this offence. In other words, the presence of fingerprints of other persons would not negative the involvement of the two accused persons, whose DNA profiles matched with bloodstains found on incriminating exhibits seized from the crime scene (penekanan ditambah) [ 52 ] Dalam kes Pendakwa Raya v Mansor bin Mohd Rashid & Anor [1996] 3 MLJ 560, Mahkamah Persekutuan menyatakan mengenai keujudan DNA lain found on the exhibits, that factum, would not have the effect of negating BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 27 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN the presence of both the accused persons at the crime scene. It may have the effect of adding to the number of persons being accused of the offence of murdering the deceased, but it definitely would not reduce [ 53 ] Pihak pembelaan juga menghujahkan bahawa menurut anak Tertuduh SP13, dia balik ke rumah jam 4.00 petang dan ini adalah alibi yang kukuh yang Tertuduh tidak melakukan jenayah itu. Dapatan: [ 54 ] Isu ini telah dijawab sendiri oleh pihak pembelaan apabila merujuk kepada Laporan Bedah Siasat dan mengatakan di perenggan 23 hujah bertulisnya Menurut laporan bedah siasat, si mati telah mati di antara 12-24 jam sebelum bedah siasat. Sedangkan 12 jam sebelum OKT berada Pertuduhan telah menyatakan masa kejadian sebagai antara 29 Julai 2020 jam lebih kurang 11.00 pagi hingga 30 Julai 2020 jam . Sementara bedah siasat telah dijalankan pada 30.7.2020 jam 10.50 pagi (lihat P45). Ini akan meletakkan tempoh kematian 12 ke 24 jam sebelum bedah siasat di antara 10.50 pagi 29.7.2020 hingga 10.50 malam 29.7.2020. Jadi, waktu-waktu antara 11.00 pagi 29.7.2020 dan sebelum jam 4.00 petang apabila Tertuduh balik ke rumah adalah termasuk di dalam lingkungan anggaran kematian simati. Lingkungan waktu ini juga konsisten dengan kenyataan Tertuduh kepada SP7 yang dia ada bersama BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 28 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN simati pada tengahari atau petang (dihantar oleh simati ke Masjid Fisabilillah). Selain itu, tiada Notis Alibi telah dimasukkan oleh pihak pembelaan dalam kes ini dan kenyataan Tertuduh tentang keberadaannya dengan simati pada waktu material telah menggagalkan apa-apa pembelaan alibi. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [ 55 ] Setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan mengaplikasikan penilaian maksima ke atas keterangan secara langsung dan mengikut keadaan serta ke atas keseluruhan keterangan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan elemen-elemen pertuduhan iaitu i) kematian si mati; ii) kematian si mati disebabkan perbuatan dengan niat mendatangkan kecederaan yang boleh menyebabkan kematian secara semulajadi iaitu cabang (c) seksyen 300 Kanun Keseksaan; dan iii) kecederaan ke atas si mati tersebut disebabkan oleh Tertuduh. Mahkamah bergantung kepada keterangan secara langsung dan ikut keadaan serta keterangan perbuatan Tertuduh yang relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 selain keterangan DNA yang berkaitan; mahkamah mendapati Tertuduh adalah orang yang BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 29 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN mendatangkan kecederaan yang telah menyebabkan kematian si mati. Sehubungan dengan itu, pihak pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh di atas pertuduhan seksyen 302 Kanun Keseksaan. Tertuduh diperintahkan membela diri ke atas pertuduhan tersebut. [ 56 ] Tiga pilihan diberikan kepada OKT i) memberi keterangan bersumpah daripada kandang saksi; atau ii) memberi keterangan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh; atau iii) berdiam diri. Tertuduh telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. KES PEMBELAAN [ 57 ] Tertuduh memberi keterangan menggunakan Pernyataan Saksi (PSD1) dan keterangan lisan (SD1). Secara ringkas Tertuduh menyatakan bahawa pada 29 Julai 2020 lebih kurang jam 8.00 pagi Tertuduh telah ke rumahnya di Taman Putra Perdana atas permintaan simati untuk menguruskan hal penceraian mereka di Mahkamah Syariah. Tertuduh mendakwa masuk ke rumah menggunakan kuncinya sendiri dan mendapati simati berada di ruang BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 30 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN tamu sementara anak perempuannya SP13 berada di dalam bilik tingkat bawah. [ 58 ] Tertuduh mendakwa dihalang oleh simati dari berjumpa anaknya, tetapi SP13 tetap keluar berjumpanya. Lebih kurang jam 9.45 pagi simati dikatakan telah keluar dijemput rakan untuk pergi mengambil kereta Myvi meninggalkan Tertuduh dengan SP13 di rumah dan pulang pada jam 10.15 pagi. Simati kemudian mengajak Tertuduh pergi ke Balai Polis Putra Perdana untuk menarik balik laporan polis berkaitan kereta Honda CRV. SP13 tidak mengikut kerana ingin menghabiskan kerja sekolah. Mereka bertolak dari rumah jam 11.00 pagi. [ 59 ] Menurut Tertuduh, semasa memandu kereta Myvi dalam perjalanan, dia dan simati telah bergaduh mulut hingga Tertuduh bertindak menarik tudung simati dengan tangan kirinya supaya simati diam. Dalam keadaan tudung masih terlilit di lehernya, simati telah menampar muka Tertuduh dan meminta Tertuduh keluar. [ 60 ] Tanpa melepaskan tudung simati, Tertuduh telah memberhentikan kereta selepas jambatan menghala ke Cyberjaya dan setelah melepaskan lilitan tudung simati, melihatnya terbatuk- batuk beberapa kali sambil menutup muka. Tertuduh kemudiannya mengeluarkan satu beg dari dalam beg besar simati yang mengandungi kunci rumah lalu keluar dari kereta. Simati pula menurut Tertuduh telah keluar dari kerusi penumpang. BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 31 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN [ 61 ] Tertuduh mendakwa telah menumpang satu van sehingga jalan besar berhampiran Masjid Putra Perdana. Di sana, Tertuduh telah membuka beg kecil tersebut dan mengeluarkan kunci rumah. Selain kunci terdapat dompet simati dan telefon bimbit simati yang tiada bateri. Selanjutnya Tertuduh bertindak meninggalkan kad-kad milik simati berdekatan dengan Masjid Putra Perdana dan membaling telefon bimbit simati di satu kawasan lombong berhampiran. [ 62 ] Tertuduh mendakwa telah solat di masjid tersebut dan dalam perjalanan pulang ke rumah Tertuduh telah membuka baju yang dipakainya lalu meletakkannya di kawasan kitar semula kerana baju itu telah dibasahi peluh. Dalam perjalanan balik ke rumah Tertuduh mengatakan ada cuba menghubungi simati tetapi tidak dijawab. [ 63 ] Sampai di rumah, Tertuduh menekan loceng tetapi menggunakan kunci untuk membuka pintu rumah. Tertuduh mendapati anaknya SP13 berada di ruang tamu. Sekitar jam 10.30 malam, Tertuduh dan anak bercadang mencari simati yang menurut SP13 ada menerima pesanan simati hendak ke Cyberjaya. [ 64 ] Tertuduh telah membuat pesanan kenderaan Grab yang dipandu SP12 dan menghala ke Cyberjaya. Setelah hampir satu jam berpusing di kawasan awam Cyberjaya, Tertuduh telah menjumpai kereta simati di kawasan Tasik Pinggiran Cyberjaya. BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 32 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN ANALISA DAN DAPATAN KES PEMBELAAN [ 65 ] Di akhir kes pembelaan tugas mahkamah ialah untuk menimbangkan pembelaan Tertuduh dengan keterangan kes pihak pendakwaan, kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan juga pembelaan serta keseluruhan keterangan sebelum memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah mengikut seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) seperti berikut Procedure at the conclusion of the trial. (1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. (2) If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it. (3) If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal. [ 66 ] Dalam menimbangkan pembelaan Tertuduh, mahkamah dibimbing oleh prinsip yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ganapathy a/l Rengasamy v PP [1998] 2 MLJ 577 judges being judges of both fact and law should not just brush aside the defence on the basis that the prosecution witnesses are to be believed and not the defence. Where the law casts the onus of giving an BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 33 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN explanation upon an accused person, and the explanation is given, which is consistent with innocence, the court is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth. On the issue of -old decision in Mat v. PP [1963] MLJ 263 is still good law as it was then. This is followed by the Supreme Court in Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP Adakah Tertuduh berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan bagi pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan? [ 67 ] Keterangan Tertuduh meletakkannya bersama simati sahaja mulai jam lebih kurang 11.00 pagi hingga tengahari / petang 29.7.2020 sebelum jam 4.00 petang (waktu SP13 mengatakan Tertuduh balik ke rumah). Tempoh ini adalah termasuk dalam anggaran tempoh kematian simati seperti dinyatakan oleh SP16. [ 68 ] Naratif Tertuduh tentang kejadian waktu pagi dan petang 29.7.2020 bercanggah dengan keterangannya sendiri dan dengan keterangan anaknya SP13 dan saksi pendakwaan lain serta bersifat tidak konsisten seperti berikut a. Tentang naratif Tertuduh yang simati keluar bersama kawan untuk mengambil kereta Myvi sedangkan keterangan anaknya SP13 mengatakan simati keluar sendiri untuk berjumpa peguam bagi urusan perceraian dengan Tertuduh. Malah SP13 mengatakan Tertuduh tiada di rumah waktu itu; BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 34 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN b. Naratif Tertuduh bahawa dia balik ke rumah lebih kurang jam 8.00 pagi bercanggah dengan keterangan SP13 bahawa Tertuduh tiada di rumah waktu pagi dan hanya pulang jam 4 6 petang hari tersebut; c. Awalnya Tertuduh mendakwa balik ke rumah jam 8.00 pagi dan masuk menggunakan kunci sendiri sebelum keluar semula dengan simati, tetapi jika Tertuduh telah ada kunci rumah sendiri kenapa dia perlu mengambil kunci rumah milik simati dari beg simati? d. Tertuduh mendakwa masuk ke rumah waktu petang menggunakan kunci yang diambil dari beg simati; tetapi SP13 dalam keterangannya mengatakan SP13 yang membuka pintu rumah untuk Tertuduh; e. Jika Tertuduh hanya mahukan kunci rumah dari beg simati dan akan pulang ke rumah mereka, kenapa Tertuduh perlu membuang kad-kad milik simati di kawasan masjid dan membuang telefon bimbit simati ke tasik? Sedangkan barang-barang tersebut boleh dikembalikan kepada simati di rumah mereka; f. Naratif Tertuduh ini juga tidak selaras dengan dakwaannya telah cuba menghubungi simati tetapi tiada jawapan. Bagaimana Tertuduh menghubungi simati sedangkan dia sendiri membuang telefon bimbit simati? BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 35 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN Tiada keterangan yang simati memiliki lebih dari satu telefon bimbit; g. Naratif Tertuduh yang dia tinggalkan simati sebelum jambatan Cyberjaya dan pergi ke masjid untuk solat bercanggah dengan keterangan SP7 (Pembantu Perubatan) di mana Tertuduh mengatakan dia dihantar oleh simati ke masjid dan balik dengan menaiki Grab; h. Isu Grab juga menunjukkan kelemahan naratif Tertuduh kerana menurut SP13 Tertuduh terpaksa memuat turun aplikasi Grab malam itu untuk mencari simati, yang bercanggah dengan maklumat Tertuduh kepada SP7 kononnya dia naik Grab dari masjid untuk pulang ke rumah; i. Tentang pergaduhan antara Tertuduh dengan simati, Tertuduh mendakwa hanya menarik tudung simati dengan sebelah tangan dan ditampar oleh simati, melihat simati terbatuk semasa tudung dilepaskan, cuba memberi gambaran kononnya simati masih hidup semasa ditinggalkan. Akan tetapi, pihak pembelaan tidak pula menyoal Pakar Patologi SP16 sama ada seseorang yang masih hidup setelah dijerut lehernya boleh kemudiannya mati akibat perbuatan sama (death by delayed effect of the neck compression). Naratif Tertuduh ini sangat tidak konsisten dengan keterangan dan dapatan SP16 yang simati maut akibat compression of the neck iaitu BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 36 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN kecederaan yang fatal in nature yang tidak boleh dilakukan sendiri oleh simati; j. Naratif ditampar simati juga tidak disokong oleh saksi yang sewajarnya boleh nampak bekas tamparan itu di muka Tertuduh seperti SP13 atau SP7, tetapi tiada soalan atau cadangan kepada SP13 atau SP7 sama ada mereka ada melihat bekas tamparan itu.; k. Dakwaan Tertuduh dia telah membuka baju dan meletakkannya dalam tong kitar semula kerana basah peluh, tetapi Tertuduh tidak dinyatakan sama ada dia telah pakai baju lain atau tidak berbaju semasa balik ke rumahnya. SP13 tidak disoal tentang pakaian Tertuduh semasa balik atau adakah pakaian Tertuduh semasa balik petang itu berbeza dari yang dipakai Tertuduh semasa kononnya keluar dengan simati pagi itu; l. Tertuduh mendakwa yang SP13 mengatakan simati hendak ke Cyberjaya, tetapi tiada keterangan sebegitu dari SP13 dan dakwaan Tertuduh ini tidak dicadangkan kepada SP13; m. Malah Tertuduh sendiri yang meletakkan yberjaya dalam aplikasi Grab dan ini membawa inferens yang Tertuduh telah tahu kedudukan simati; BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 37 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN DAPATAN [ 69 ] Naratif Tertuduh dalam pembelaannya terjumlah kepada cubaan menafikan tanggungjawab telah membunuh simati suatu penafian semata-mata. Mahkamah mendapati keterangan Tertuduh penuh percanggahan-percanggahan antara keterangannya dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan dengan keterangannya sendiri. Keterangan Tertuduh juga tidak dicadangkan kepada saksi- saksi pendakwaan dan bersifat sesuatu yang difikirkan kemudian (afterthought). Tindakan-tindakan Tertuduh tidak konsisten dengan sikap seorang yang tidak bersalah (innocent) seperti membuang kad- kad milik simati berdekatan masjid, membuang baju yang dipakai ketika bersama simati dan membuang telefon simati ke dalam tasik tanpa alasan yang jelas. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [ 70 ] Setelah meneliti kes pembelaan terhadap kes pendakwaan dan juga keseluruhan keterangan, mahkamah mendapati pembelaan Tertuduh telah gagal membangkitkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Setelah menimbangkan keseluruhan keterangan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Tertuduh tanpa keraguan munasabah. Sehubungan itu, Tertuduh disabitkan dengan pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan seperti mana pertuduhan. BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 38 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN HUKUMAN [ 71 ] Pertuduhan ini memperuntukkan hukuman mati ataupun hukuman pilihan iaitu penjara 30 tahun sehingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan rotan. Pihak pembelaan dan Pendakwa Raya telah membuat hujah ringkas berkaitan faktor mitigasi dan pemberat untuk pertimbangan mahkamah. Mitigasi Tertuduh [ 72 ] Peguam yang bijaksana telah mengemukakan mitigasi bagi pihak Tertuduh seperti berikut i) Tertuduh berusia 46 tahun pada tahun ini; ii) Mempunyai seorang adik dan juga seorang anak. Anak Tertuduh pernah hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan; iii) Ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh; iv) Tertuduh mempunyai Diploma dalam Polimer Sains yang diperolehi daripada UiTM Shah Alam; v) Dalam kes ini, daripada masa Tertuduh ditangkap sehingga dalam waktu penyiasatan dan juga sehingga kes selesai bicara, Tertuduh telah memberi kerjasama BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 39 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN yang baik sepenuhnya kepada pihak polis dan juga kepada pihak mahkamah; vi) Sebelum ditangkap, Tertuduh bekerja sendiri; vii) Tempoh daripada Tertuduh ditahan pada tahun 2020 sehingga pada hari ini telah banyak mengajar dan juga menyedarkan Tertuduh dalam kes ini; viii) Pihak peguam yang bijaksana memohon satu hukuman berbentuk penjara dikenakan kepada Tertuduh dan bukan hukuman gantung. Penjara walaupun panjang akan membolehkan Tertuduh masih berjumpa anaknya. Hujah pemberat pihak pendakwaan [ 73 ] Walaupun hukuman merupakan budi bicara mahkamah, mahkamah perlu mempertimbangkan kesemua faktor dan kepentingan awam untuk mencapai keseimbangan antara kepentingan awam dan kepentingan Tertuduh. Kes-kes seperti PP v Loo Choon Fat dan R v Ball dirujuk untuk faktor ini. [ 74 ] Pihak pendakwaan menghujahkan yang presumption of innocent di bawah seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950 sudah tidak lagi terpakai kepada Tertuduh memandangkan Tertuduh telahpun didapati bersalah mengikut pertuduhan yang telahpun dipertuduhkan. Pihak pendakwaan juga menekankan prinsip hukuman berbentuk BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 40 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN retribution dan juga deterrence seperti disokong fakta-fakta kes yang boleh menjadi faktor kepada pemberatan hukuman Tertuduh a. Tertuduh dan si mati telah mempunyai seorang anak yang telahpun dipanggil sebagai saksi iaitu SP13 yang menempuh trauma kerana menjumpai si mati di dalam kereta tersebut; b. Melalui keterangan SP13 dan juga SP11 iaitu peguam Syariah yang telahpun dilantik oleh si mati, fakta telahpun menunjukkan bahawa ketika kejadian si mati dan juga Tertuduh telah bercerai dan akibat kasihankan Tertuduh, simati telah membenarkan Tertuduh untuk tinggal di rumah tersebut. Namun, ehsan simati telah dibalas dengan tindakan Tertuduh yang telah membunuh si mati; c. Tertuduh telah cuba untuk menyembunyikan jenayah yang dilakukannya dengan menyembunyikan 17 kad dan dokumen atas nama si mati di bawah bongkahan batu di hadapan Masjid Putra Perdana; d. Keterangan Pakar Perubatan Forensik SP16 menyatakan punca kematian simati adalah compression of neck yang mana ianya adalah satu kecederaan yang bersifat fatal in nature. Tindakan Tertuduh menjerut leher si mati menggunakan satu objek yang lembut iaitu selendang si mati sendiri adalah dengan niat untuk mematikan simati, bukan hanya untuk mencederakan simati. BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 41 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN [ 75 ] Pihak pendakwaan memohon satu hukuman berat dapat dikenakan kepada Tertuduh iaitu hukuman gantung. Hukuman oleh Mahkamah [ 76 ] Dalam kes ini perbuatan Tertuduh lebih bersifat jenayah peribadi ke atas simati tetapi perbuatan ini telah menyebabkan seorang anak kehilangan ibu dalam usia remaja dan memberi contoh buruk serta trauma kepada anak tersebut. Suatu hukuman berbentuk retribution dan deterrent perlu dikenakan sebagai pengajaran dan faktor pencegah. [ 77 ] Setelah mengambil kira fakta dan keadaan kes ini serta faktor- faktor mitigasi dan pemberat yang dikemukakan oleh peguam bela dan TPR, mahkamah percaya dalam usia tertuduh yang realitif muda, ada ruang untuk dia mengubah haluan hidup ke arah yang lebih baik jika diberi peluang. Justeru, mahkamah memutuskan hukuman yang wajar dikenakan ke atas tertuduh adalah penjara 34 tahun dari tarikh tangkap dan 12 sebatan rotan. Bertarikh : 27 Januari 2025 ( JULIA BINTI IBRAHIM ) HAKIM Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor. BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 42 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN Kaunsel: Bagi pihak pendakwaan Aqharie Durranie Aziz Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor. Bagi pihak Tertuduh Khairul Anuar Kashim Peguam bela dan Peguam cara Tetuan Anuar Yusof & Partners BA-45B-26-08/2021 (JI/uo) 43 S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal