MUHAMMAD RA'ABILSHAH BIN SAMZALI
The Court allowed the application for stay of execution and bail pending appeal because the applicant established special circumstances: first offender status, non-violent white‑collar nature of the offence, existence of complex legal issues meriting appellate review, negligible flight risk and prosecution's...
Source-derived case information.
- Citation
- P-07-28-04/2024 (Mahkamah Rayuan)
- Parties
- Applicant: Muhammad Ra'abilshah bin Samzali; Respondent: Pendakwa Raya
- Court
- Court of Appeal
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 20 June 2024
- Case Number
- P-07-28-04/2024 (Mahkamah Rayuan)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / Court of Appeal Application for Stay of Execution / Bail Pending Appeal
- Outcome
- Stay of execution granted pending appeal
- Legal Topics
- Bail Pending Appeal, Stay of Execution, Forgery (s.467 Penal Code), White Collar Crime, Standard of Proof, Admissibility, Forensic Evidence
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Muhammad Ra'abilshah bin Samzali
Applicant
Pendakwa Raya
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal / Court of Appeal Application for Stay of Execution / Bail Pending Appeal
Legal Issues
- 1 Whether the signature on the cheque was forged by the applicant
- 2 Delay in complaint/report and its effect on prosecution case
- 3 Whether prosecution proved element of forgery beyond reasonable doubt
Ratio Decidendi
The Court allowed the application for stay of execution and bail pending appeal because the applicant established special circumstances: first offender status, non-violent white‑collar nature of the offence, existence of complex legal issues meriting appellate review, negligible flight risk and prosecution's non‑opposition, subject to increased bail and continuation of prior conditions.
Court Disposition
Stay of execution granted pending appeal
Orders
- Stay of execution of five-year imprisonment and the RM180,000.00 compensation order pending appeal to the Court of Appeal
- Bail granted and increased to RM50,000.00 (previously RM30,000.00)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
P-07-28-04/2024 Kand. 16 16/07/2024 16:09:05 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) PERMOHONAN JENAYAH NO. P-07-28-04/2024 ANTARA MUHAMMAD RA'ABILSHAH BIN SAMZALI - PEMOHON DAN PENDAKWA RAYA - RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH No: PA-42S-1-01/2023 Antara Muhammad Ra’abilshah Bin Samzali - Perayu Dan Pendakwa Raya - Responden] 1 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [Dalam Perkara Mahkamah Sesyen Jenayah di Georgetown, Pulau Pinang Perbicaraan Jenayah No: PA-62K-12-04/2021 Antara Pendakwa Raya Lawan Muhammad Ra’abilshah Bin Samzali] KORAM: AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM, HMR MOHD NAZLAN BIN MOHD GHAZALI, HMR AZMI BIN ARIFFIN, HMR PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Pendakwaan terhadap Pemohon bermula di Mahkamah Sesyen Jenayah (2) Georgetown Pulau Pinang di bawah seksyen 467 Kanun Keseksaan. [2] Perincian bagi pertuduhan tersebut adalah seperti berikut: 2 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Bahawa kamu pada 28/11/2016 di Maybank cawangan Gelugor beralamat di 345-H, Bangunan Kelab Gelugor, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Gelugor , Pulau Pinang, dalam Daerah Timur Laut, dalam Negeri Pulau Pinang, telah melakukan pemalsuan ke atas suatu suratan yang berupa cagaran berharga iaitu sekeping cek Maybank bernombor 585016 yang bertarikh 28/11/2016 yang bernilai RM266,000.00 dengan memalsukan tandatangan penandatangan yang diberi kuasa bernama Halmi bin Khalid dengan niat menyebabkan kerugian kepada syarikat Duta Alam Sdn Bhd dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 467 Kanun Keseksaan.” [3] Di akhir kes pendakwaan, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana mendapati pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan suatu kes prima facie terhadap Pemohon dan telah memanggil Pemohon untuk membela diri. [4] Pemohon telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah di kandang saksi. Pemohon memanggil seorang saksi pembelaan untuk memberi keterangan. [5] Di akhir kes pembelaan, pada 29 Disember 2022, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah mendapati Pemohon bersalah di atas pertuduhan tersebut dan Pemohon telah dikenakan hukuman seperti berikut: (i) Pemenjaraan selama lima (5) tahun dari tarikh sabitan dan pampasan sebanyak RM180,000.00 hendaklah dibayar 3 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dengan cek tunai kepada dibayar Pemohon kepada Syarikat Duta Alam Sdn Bhd; (ii) Permohonan “Stay of Execution” dibenarkan dengan jaminan RM30,000.00 di mana jaminan asal RM12,000.00 dan jaminan tambahan sebanyak RM18,000.00 hendaklah dibuat oleh penjamin yang berlainan; dan (iii) Pemohon perlu melaporkan diri di Balai Polis berhampiran setiap 1hb dan 15hb setiap bulan sehingga kes rayuan selesai. [6] Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, Pemohon telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. [7] Pada 22 April 2024, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah menolak rayuan Pemohon dan mengekalkan sabitan dan hukuman. Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana juga turut menolak permohonan penggantungan perlaksanaan hukuman pemenjaraan dan pampasan yang dipohon oleh peguambela Pemohon. [8] Pada 25 April 2024, peguambela Pemohon telah memfailkan satu Notis Usul (Kandungan 1) ke Mahkamah Rayuan, Putrajaya memohon perintah-perintah seperti berikut: (a) Satu pegantungan perlaksanaan ke atas perintah hukuman pemenjaraan selama 5 tahun dari 22 haribulan April 2024 serta perintah pembayaran pampasan sebanyak 4 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal RM180,000.00 kepada Syarikat Duta Alam Sdn Bhd dimana pampasan sebanyak RM180,000.00 harus dibayar dengan cek tunai (cash cheque) kepada Syarikat Duta Alam Sdn Bhd melalui pejabat peguam Perayu dalam tempoh 14 hari dari tarikh 22 haribulan April 2024 sehingga menunggu rayuan Pemohon/Perayu ke Mahkamah Rayuan didengar dan diputuskan secara muktamad. (b) Lain-lain perintah yang dianggap sesuai dan berpatutan oleh Mahkamah Yang Mulia ini. Alasan - Alasan Permohonan [9] Alasan-alasan permohonan ini telah dinyatakan melalui Afidavit Sokongan (Kandungan 2) yang diikrarkan oleh Pemohon pada 25 April 2024. [10] Bagi memudahkan rujukan, bahagian relevan Afidavit Sokongan tersebut dizahirkan di bawah: “Terdapat persoalan-persoalan undang-undang didalam kes ini yang harus diputuskan oleh Mahkamah Rayuan diantara lain adalah seperti yang berikut: (i) Mengapa Pengadu (SP1) membuat laporan polis (iaitu Eksibit P8) selepas dua (2) tahun walaupun mengetahui bahawa Pemohon/Perayu telah memalsukan tandatangan Pengadu (SP1) dan mengunakan wang Pengadu (SP1). 5 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) Sama ada tandatangan Pengadu (SP1) telah benar-benar dipalsukan oleh Pemohon/Perayu. (iii) Sama ada Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam membuat penilaian maksima terhadap "credibility" dan "reliability" saksi-saksi adalah "fatal" sepertimana yang diperuntukan dalam kes PP v. Balachandran iaitu "maximum evaluation" untuk menunjukkan bahawa terdapat satu kes "prima facie" dan ianya adalah satu "non-direction leading to a misdirection". (iv) Sama ada Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam meletakkan beban yang terlalu tinggi ke atas Pemohon/Perayu untuk menimbulkan keraguan dalam kes Pendakwaan adalah satu "non-direction leading to a misdirection". (v) Sama ada Notis yang dihantar oleh peguam Pengadu (SP1) iaitu Eksibit D11 dan Kaedah Pembayaran Balik Tuntutan Bulan Oktober 2016 IKBN Bukit Mertajam bertarikh 14.06.2017 iaitu Eksibit D9 sebelum Pengadu (SP1) membuat laporan polis (iaitu Eksibit P8) menimbulkan keraguan dalam kes Pendakwaan. (vi) Sama ada kegagalan untuk menyiasat tentang kewujudan Eksibit D9 dan Eksibit D11 adalah "fatal" kepada kes Pendakwaan. 6 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (vii) Sama ada Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila mengatakan bahawa keterangan Pembelaan adalah satu "afterthought" dan penafian semata-mata atau "bare denial" dimana keterangan SD2 dengan jelas menyatakan bahawa apabila menerima cek kembali daripada Duta Alam Sdn Bhd, SD2 mendapati ada satu lagi tandatangan atas cek tersebut. (viii) Sama ada Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila mendapati keterangan saksi-saksi Pendakwaan adalah konsisten dan kredibiliti mereka tidak tergoyah memandangkan terdapat banyak percanggahan yang material didalam keterangan saksi-saksi Pendakwaan. (ix) Sama ada Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila tidak memberi sebab mengapa mendapati keterangan saksi-saksi pembelaan adalah satu "afterthought" dan penafian semata- mata atau "bare denial". (x) Sama ada Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila mengambil kira keterangan Pengadu (SP1) yang mendakwa bahawa semasa Pengadu (SP1) berjumpa dengan Pemohon/Perayu dan bertanya tentang cek tersebut Pemohon/Perayu telah mengaku mengunakkan duit itu dan Pengadu (SP1) membuat perjanjian yang lain dengan Pemohon/Perayu bagi Pemohon/Perayu membayar semula duit itu sekitar tahun 2017 dimana keterangan ini boleh ditafsirkan sebagai satu "inadmissible evidence" kerana ia merupakan satu "confession" atau pengakuan. 7 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (xi) Sama ada Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen pemalsuan kerana dokumen-dokumen yang dihantar untuk dianalisa oleh Ahli Kimia (SP5) adalah dokumen-dokumen daripada Caratech Sdn Bhd dan bukannya dokumen- dokumen daripada Duta Alam. (xii) Sama ada Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila gagal memutuskan bahawa dokumen-dokumen yang dihantar untuk dianalisa oleh Ahli Kimia (SP5) tidak menunjukkan tandatangan asal dan tulen SP1 (Pengadu). 8. Sekiranya persoalan-persoalan undang-undang diatas memihak kepada Pemohon maka Pemohon akan dibebaskan dengan sepenuhnya oleh Mahkamah Rayuan. Persoalan- persoalan undang-undang ini akan diketengahkan sewaktu waktu pendengaran permohonan ini di Mahkamah Rayuan dan persoalan-persoalan undang-undang terkandung dalam Rekod Rayuan-Rekod Rayuan. 9. Terdapat keadaan-keadaan khas yang mewajarkan Pemohon dibenarkan untuk diikat jamin sementara menunggu rayuan Pemohon ke Mahkamah Rayuan didengar dan diputuskan. 10. Sekiranya penggantungan perlaksanaan perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tidak diberikan, Pemohon terpaksa menjalani hukuman penjara sehingga rekod rayuan disediakan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, sehingga alasan-alasan penghakiman disediakan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan sehingga rayuan Pemohon ke Mahkamah Rayuan 8 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ditetapkan dan dibicarakan. Sekiranya Pemohon kemudian didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Rayuan dan semua hukuman pemenjaraan dan bayaran pampasan diketepikan maka pemenjaraan yang dikenakan terhadap Pemohon selama itu dan bayaran pampasan akan menjadi sia-sia sahaja. 11. Pampasan RM180,000.00 tersebut bukannya dibayar kepada pengadu sebaliknya dibayar ke Syarikat Duta Alam Sdn Bhd maka sekiranya rayuan Pemohon dibenarkan di Mahkamah Rayuan, jumlah wang pampasan RM180,000.00 mungkin akan lenyap/tidak dapat dibayar balik kepada Pemohon sekiranya terdapat penggulungan syarikat tersebut atau likuidasi syarikat tersebut memandangkan prinsip "corporate veil" akan terpakai. 12. Pemohon juga ingin menegaskan perkara-perkara seperti berikut: (i) Pemohon merupakan pesalah pertama dan tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau. (ii) Terdapat persoalan-persoalan undang-undang yang rumit dan "novel point/question of law" untuk menentusahkan rayuan induk ini. (iii) Tidak ada sebarang peluang bagi Pemohon untuk terlibat dalam kesalahan lain sementara menunggu pelupusan rayuan induk. 9 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (iv) Terdapat merit dalam kes rayuan induk. 13. Setelah Pemohon disabitkan dan dikenakan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Sesyen Jenayah (2) Pulau Pinang, Pemohon telah dibenarkan diikat jamin oleh Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah (2) Pulau Pinang sementara menunggu rayuan Pemohon ke Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang didengar dan diputuskan dimana jaminan Pemohon telah dinaikkan dari RM12,000.00 ke RM30,000.00 dengan penjamin yang lain dan Pemohon juga telah diperintahkan untuk melapor diri ke Balai Polis berdekatan setiap 1 haribulan dan 15 haribulan setiap bulan sehingga selesai rayuan dan Pemohon telah mematuhi syarat-syarat tersebut tanpa gagal sehingga 22.04.2024 apabila hukuman pemenjaraan ke atas Pemohon telah dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang dimana penggantungan perlaksanaan hukuman pemenjaraan ke atas Pemohon tidak dibenarkan. 14. Ini adalah kesalahan pertama Pemohon dan Pemohon sedia mematuhi segala syarat-syarat yang dikenakan oleh Mahkamah yang mulia ini sebagai syarat untuk Pemohon hadir di Mahkamah Rayuan dan Pemohon juga sedia membayar jumlah jaminan yang diperlukan oleh Mahkamah yang mulia ini untuk menjamin kehadiran Pemohon di Mahkamah Rayuan sewaktu pendengaran rayuan induk. 15. Pemohon juga bersedia untuk menandatangani sebarang bon jaminan dan mematuhi sebarang terma dan syarat yang ditetapkan oleh Mahkamah yang Mulia ini untuk 10 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal penggantungan perlaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan. 16. Pemohon percaya bahawa Pemohon seharusnya dibenarkan untuk diikat jamin sehingga menunggu rayuan Pemohon ke Mahkamah Rayuan didengar dan diputuskan dengan muktamad. 17. Pemohon juga mempercayai bahawa Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang telah memenjarakan Pemohon selama 5 tahun bermula daripada 22.04.2024 dan memerintahkan Pemohon membayar pampasan sebanyak RM 180,000.00 kepada Syarikat Duta Alam Sdn Bhd melalui cek tunai dalam masa 14 hari dan ini merupakan satu ketidakadilan serius yang tidak pernah berlaku kepada sesiapa pun di bawah sistem keadilan jenayah negara kita. 18. Oleh yang demikian, Pemohon memohon perintah-perintah seperti yang dipohon.” Keputusan Kami [11] Di dalam permohonan untuk penggantungan perlaksanaan hukuman, Pemohon memikul beban undang-undang (legal burden) untuk menunjukkan wujudnya keadaan-keadaan istimewa bagi menjustifikasikan penggantungan perlaksanaan hukuman. Alasan-alasan permohonan tersebut mesti dizahirkan di dalam Afidavit bagi menyokong permohonan ini. 11 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [12] Sebelum kami membuat dapatan tentang permohonan ini, adalah perlu bagi kami merujuk kepada beberapa keputusan mahkamah terdahulu yang memutuskan tentang isu yang sama. [13] Di dalam kes Ganesan v. Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 369 Mohamed Dzaiddin J (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “This is yet another application by way of Notice of Motion to this court for stay of execution of the sentence pending hearing of the appeal. The applicant was charged for an offence under section 4(a) of the Prevention of Corruption Act 1961, and at the conclusion of the case, the learned President, Sessions Court, Kuala Lumpur, convicted and sentenced him to three years' imprisonment. The applicant's counsel then applied under section 311 of the Criminal Procedure Code for a stay of execution pending appeal and that bail be granted until the outcome of the hearing of the appeal. The prosecution objected and the learned President accordingly disallowed the application. I do not know the reason why the learned President has refused this application. The only conceivable reason I could think of was that she has imposed a prison sentence against the applicant. It is well settled that the granting of bail by the lower Court is a matter of discretion of the Magistrate or President concerned. However, it has been stated on numerous occasions that the consideration which should guide the subordinate courts in granting or refusing bail pending appeal in cases where a term of imprisonment has been imposed are as follows: 12 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (1) gravity or otherwise of the offence; (2) the length of the term of imprisonment in comparison with the length of time which is likely to take for the appeal to be heard; (3) whether there are difficult points of law involved; (4) whether the accused is a first offender or has previous conviction; (5) whether the accused would become involved again in another offence whilst at liberty and (6) whether the security imposed will ensure the attendance of the appellant before the appellate court. See: Set Kon Kim v Public Prosecutor (F.T.C. Appn. 3/1983) (unreported). In Mallal's Criminal Procedure, 4th Edition, page 461, it is stated as follows: “Bail should not be refused on the ground that the accused have been sentenced to a long term of imprisonment or that the granting of bail tends to increase the number of appeals and of protracting the appellate proceedings. The discretion vested in the Court to grant bail should be judiciously exercised in accordance with the principles laid down by the Statutes on the facts of each particular case.” 13 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal It is hoped the above principle would serve as guidance to Magistrates and Presidents in the subordinate courts when exercising their discretions in a matter like this particular case which, I feel, ought not to have come before this court but such application could have been granted by the court of first instance. In the above circumstances, I grant this application for a stay of execution. The applicant is released on bail in the sum of $3,000/- with two sureties. [14] Di dalam kes KWK (A Child) v. Public Prosecutor [2003] 4 MLJ 479; [2003] 4 CLJ 51, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Augustine Paul JCA (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “The factors that may constitute special circumstances to justify the grant of a stay of execution after conviction are well settled (see, for example, Re Kwan Wah Yip & Anor [1954] MLJ 146; [1954] 1 LNS 78; Ganesan v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 369; [1983] 1 CLJ 300; [1983] CLJ (Rep) 567; Yusof Mohamed v Public Prosecutor [1995] 3 MLJ 66; [1995] 1 LNS 291; Ralph v Public Prosecutor [1972] 1 MLJ 242; [1972] 1 LNS 118). They can be enumerated as follows: (a) the gravity or otherwise of the offence; (b) the length of the term of imprisonment; in comparison with the length of time which is likely to take for the appeal to be heard; 14 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (c) whether there are difficult points of law involved; (d) whether the accused is a first offender or has previous convictions; (e) whether the accused would become involved again in another offence whilst at liberty; (f) whether the security imposed will ensure the attendance of the appellant before the Appellate Court. This list is not exhaustive (see Goh Beow Yam v. R [1956] MLJ 251) … We pause to add that no single factor enumerated earlier can have a determinative effect on the decision to be made. It is the cumulative effect of all the factors that matters …” [15] Di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. Public Prosecutor [2004] 1 MLJ 497; [2004] 1 CLJ 592, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Pajan Singh Gill FCJ (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “Accordingly based on the foregoing cases the principles of law expounded as guidelines in the exercise of discretion when considering an application for bail pending appeal may be briefly summarised thus: (a) that the presumption of innocence is no longer a factor to consider; 15 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) that the factors to consider differ from that of pre-conviction application for bail; (c) that attendance in court is only a minor consideration; (d) that the time lapse before the appeal can be determined in relation to the length of sentence imposed is a relevant factor. But there is no general rule to say that an applicant with short custodial sentence should be automatically given bail. In appropriate cases bail may be refused even if it means that the sentence will be served before the appeal is heard; (e) that it is crucial for an applicant to show the presence of exceptional circumstances which would drive the court to conclude that justice can only be done if bail is granted; (f) that where reliance is placed on proposed grounds of appeal, they must be prima facie very strong or extraordinarily high prospect of success; (g) that public confidence in the administration of justice requires that judgment should be enforced, hence a person convicted of a serious offence, particularly a repeated offender, should be denied bail; (h) that an appellate court should not be put in an awkward situation of having to return a convict upon dismissal of his appeal to prison to serve his sentence when his circumstances might have drastically 16 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal changed while he is out on bail. Or he might have created a situation whereby it will be difficult to return him to prison upon dismissal of his appeal and thus frustrate justice; and (i) that by making bail readily available after conviction it will encourage the proliferation of unmeritorious appeals.” [16] Bersandarkan kepada prinsip undang-undang yang digariskan di atas dan setelah kami meneliti kandungan di dalam Afidavit Sokongan yang dikemukakan, penghujahan bertulis dan lisan peguambela Pemohon, kami sebulat suara mendapati bahawa alasan-alasan yang dikemukakan oleh Pemohon mempunyai merit untuk dibenarkan. [17] Pada hemat kami, Pemohon telah berjaya mengemukakan keadaan-keadaan istimewa (special circumstances) untuk mewajarkan penggantungan perlaksanaan hukuman pemenjaraan dan pampasan sepertimana yang dipohon untuk diberikan. Dapatan yang kami capai ini di antara lainnya adalah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut: (a) Pemohon merupakan pesalah pertama dan tidak mempunyai apa-apa kesalahan jenayah yang lampau. Oleh itu kebarangkalian untuk Pemohon terlibat dalam kesalahan- kesalahan lain sementara menunggu pelupusan rayuan induk ini amat tipis sekali. (b) Tiada sebarang risiko untuk Pemohon melarikan diri setelah Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana membenarkan pengantunggan perlaksanaan hukuman pemenjaraan ke atas Pemohon dengan mengenakan syarat-syarat yang ketat 17 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sehingga rayuan didengar dan diputuskan oleh mahkamah atasan. (c) Terdapat persoalan undang-undang rumit di dalam rayuan ini. (d) Kesalahan yang dilakukan oleh Pemohon merupakan jenayah kolar putih dan bukannya kesalahan jenayah yang melibatkan apa-apa bentuk kekerasan yang serius. (e) Sekiranya pergantungan perlaksanaan perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini tidak diberikan, Pemohon terpaksa menjalani hukuman pemenjaraan sehingga rekod rayuan yang lengkap disediakan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan sehingga rayuan ke Mahkamah Rayuan didengar dan diputuskan dengan muktamad. (f) Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana juga menyatakan pendiriannya tidak membantah terhadap permohonan ini. [17] Kandungan 1 dibenarkan dengan satu syarat tambahan iaitu wang jaminan dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000. Lain-lain syarat yang diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Tarikh: 16 Julai 2024 - Sgd - Azmi bin Ariffin Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia 18 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kaunsel Bagi Perayu : 1. R.S.N. Rayer 2.Thandayuthapani [R. Nethaji Rayer & Co.] Bagi Responden : Dhiya Syazwani Izyan Binti Mohd Akhir [Timbalan Pendakwa Raya] 19 S/N VThUvVsgrki3STkfcBBxiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal