1. ) MUHAMMAD RASIDI BIN MAZLAN 2. ) SALAHUDIN BIN MAZLAN AHMAD KHAIRUL AMIN BIN AHMAD KHIR JOHARI
The High Court found the Majistret erred in allocating 100% liability to the defendant; on appellate review the court apportioned liability 60% to the defendant (Perayu Pertama) and 40% contributory negligence to the plaintiff (Responden); upheld general damages awarded (RM26,000) but held only medical expenses...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-11B-46-12/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Muhammad Rasidi bin Mazlan & Anor; Respondent: Ahmad Khairul Amin bin Ahmad Khir Johari
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 17 July 2025
- Case Number
- BA-11B-46-12/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Appeal / Appeal
- Outcome
- Appeal allowed in part; trial court findings on liability set aside and liability apportioned between parties; quantum adjusted regarding special damages.
- Legal Topics
- Negligence, Contributory Negligence, Quantum of Damages, Special Damages (medical Expenses), Appellate Intervention Standards, Evidence (cctv, Police Investigation)
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Muhammad Rasidi bin Mazlan & Anor
Appellant
Ahmad Khairul Amin bin Ahmad Khir Johari
Respondent
Procedural Posture
Civil Appeal / Appeal
Legal Issues
- 1 whether the trial court was correct to find defendant 100% liable
- 2 whether plaintiff contributed to the accident (contributory negligence) and appropriate apportionment of liability
- 3 whether medical expenses paid by insurer can be recovered as special damages by plaintiff
Ratio Decidendi
The High Court found the Majistret erred in allocating 100% liability to the defendant; on appellate review the court apportioned liability 60% to the defendant (Perayu Pertama) and 40% contributory negligence to the plaintiff (Responden); upheld general damages awarded (RM26,000) but held only medical expenses actually paid by the plaintiff (RM1,043.25) constitute recoverable special damages, deducting insurer-paid amounts (RM19,178.70); awarded costs RM3,000 in favour of the appellants, subject to taxation.
Court Disposition
Appeal allowed in part; trial court findings on liability set aside and liability apportioned between parties; quantum adjusted regarding special damages.
Orders
- Liability apportioned 60% to Perayu Pertama/Defendan Pertama and 40% to Responden/Plaintiff (contributory negligence).
- General damages award of RM26,000 maintained in favour of the plaintiff.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-11B-46-12/2024 Kand. 14 04/09/2025 09:00:35 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: BA-11B-46-12/2024 ANTARA MUHAMMAD RASIDI BIN MAZLAN & ANOR − PERAYU-PERAYU DAN AHMAD KHAIRUL AMIN BIN AHMAD KHIR JOHARI − RESPONDEN (Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Majistret Di Shah Alam Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tindakan Sivil No. BA-A73KJ-1205-11/2023 ANTARA AHMAD KHAIRUL AMIN BIN AHMAD KHIR JOHARI − Plaintif DAN MUHAMMAD RASIDI BIN MAZLAN & ANOR − Defendan-Defendan) [Keputusan oleh Pn Mageshwary AP Muniandy, Majistret, Mahkamah Majistret Shah Alam pada 16-12-2024] ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Pada 17 Julai 2025, Mahkamah Tinggi selepas meneliti rayuan yang difailkan oleh defendan/Perayu, memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi 1 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tidak bersetuju dengan dapatan Mahkamah Majistret bahawa Defendan- Defendan bertanggungan 100% liabiliti terhadap Plaintif. Pada peringkat rayuan, Mahkamah ini memutuskan bahawa Liabiliti adalah 60% terhadap Defendan-Defendan (Defendan Pertama) dan 40% terhadap Plaintif. [2] Bagi isu Kuantum pula, Mahkamah ini memutuskan bahawa kos rawatan yang dibayar oleh Plaintif sahaja dibenarkan menjadi Ganti rugi Khas kepada Plaintif. Manakala, kos rawatan di KPJ Selangor yang dibayar oleh pihak insurans hendaklah ditolak daripada Ganti rugi Khas. [3] Selaras dengan perenggan 3(a) Pekeliling Hakim Besar Malaya Bil. 1 Tahun 2021, alasan penghakiman ini menjelas mengenai pengakasan ke atas keputusan Mahkamah Majistret Shah Alam tersebut. [4] Perayu-Perayu/defendan-defendan menyatakan alasan kekhilafan Majistret seperti yang berikut: i. keputusan Majistret dari segi liabiliti dan kuantum adalah khilaf dari segi undang-undang dan fakta. Defendan pertama tidak wajar dipertanggungjawabkan 100% terhadap kemalangan ini. Responden/plaintif juga adalah sumbang cuai dalam kemalangan ini. ii. Majistret gagal menolak tuntutan plaintif bila Majistret tidak dapat menentukan versi mana yang “lebih probable”. 2 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal iii. Majistret menetapkan beban pembuktian yang amat tinggi atas keterangan SP-1 padahal beban pembuktian adalah atas “balance of probability” sahaja dan bukan “beyond reasonable doubt”. iv. walau pun terdapat 2 versi yang berlainan di antara SP-3 dan SD-1, adalah fakta yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tindakan SP-3 yang secara tiba-tiba keluar dari simpang kiri tersebut lalu merentasi haluan sah SD-1 yang sedang menunggang lurus di jalan utama tersebut. v. SP-1 telah mengklasifikasikan kes kemalangan ini sebagai “RTM” atas dasar “kasihan” atau “simpati” kerana plaintif telah mengalami kecederaan. Namun, berdasarkan keterangan SP_1, SP-1 sendiri bersetuju bahawa SP-3 telah merentasi jalan utama semasa motorsikal lain sedang melalui jalan tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa tindakan SP-3 adalah suatu kesalahan jalanraya kerana SP-3 gagal memastikan jalan tersebut adalah lancar sebelum keluar dari simpang kiri tersebut dan seterusnya mengakibatkan kemalangan dengan motorsikal SD-1. Tiada kecuaian sepatutnya dipertanggungkan kepada SD-1. vi. siasatan polis (SP-1) tidak dijalankan dengan baik kerana SP- 1 sendiri tidak hadir ke lokasi kemalangan untuk mengesahkan titik perlanggaran tersebut dan siasatan SP-1 hanya dijalankan berdasarkan keterangan SP-3. 3 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal vii. Majistret telah menilai atas dasar kemungkinan di mana hanya satu kenderaan sahaja yang boleh berada dalam laluan tersebut dan kemungkinan defendan pertama telah menunggang di laluan sah plaintif. viii. keputusan Majistret bahawa liabiliti 100% terhadap defendan pertama hanya berpandukan rakaman CCTV yang tidak jelas di mana kedudukan plaintif tidak jelas apabila beliau keluar dari simpang tersebut. ix. keputusan Majistret bahawa tiada sumbang cuai oleh plaintif dalam kemalangan ini adalah tidak berasas di mana dalam rakaman CCTV yang dikemukakan tidak menunjukkan titik perlanggaran yang tepat memandangkan laluan kedua-dua arah sempit dan Majistret hanya menentukan bahawa defendan pertama telah menunggang motorsikalnya secara lawan arus dengan hanya berpandukan atas dasar kemungkinan. Dapatan Majistret adalah tidak berasas. x. penentuan Majistret bahawa plaintif telah mengambil segala langkah berjaga-jaga dan yang sewajarnya sebelum dan semasa keluar dari persimpangan Mazda tetapi Majistret tidak dapat memastikan sepenuhnya bahawa adakah plaintif telah mengambil langkah berjaga-jaga sejurus selepas keluar dari persimpangan tersebut. 4 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal xi. penentuan Majistret bahawa titik perlanggaran dengan hanya berpandukan kepada keterangan SP-1 walau pun SP-1 telah memberi keterangan bahawa SP-1 tidak pergi ke lokasi kemalangan pada masa perlanggaran. xii. Majistret gagal mendapati bahawa hak perjalanan adalah lebih kepada defendan pertama dalam menunggang di jalan utama berbanding dengan plaintif di mana plaintif seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga sejurus selepas keluar dari persimpangan tersebut memandangkan kenderaan pada masa itu adalah banyak dan keadaan laluan adalah sesak. xiii. Majistret gagal untuk mempertimbangkan keterangan defendan pertama di mana defendan pertama tidak menunggang motorsikal di atas garisan berkembar dan keluasan lorong B−C adalah lebih besar yang boleh memuatkan satu motorkar dan motorsikal. Keputusan bahawa defendan pertama bertanggungan 100% adalah khilaf apabila plaintif tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa titik perlanggaran tersebut berlaku melebihi garisan berkembar. xiv. Majistret gagal menilai keterangan SP-3 yang menyatakan bahawa kos rawatan yang ditanggungnya sendiri adalah sebanyak RM1,043.25 sahaja manakala kos sebanyak RM19,178.70 ditanggung oleh Metronic Icares Sdn Bhd. 5 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal xv. berdasarkan kepada Ekshibit P-1, terdapat 1 garisan berhenti pada simpang kiri rajah kasar tersebut. Defendan-defendan juga merujuk kepada rakaman CCTV yang jelas menunjukkan bahawa plaintif telah gagal untuk berhenti dan memastikan tiada kenderaan lain yang sedang melalui jalan tersebut sebelum merentasi laluan utama sebelum membelok ke kanan. xvi. Majistret gagal menilai versi saksi-saksi plaintif dan defendan- defendan dan justeru itu Majistret gagal mendapati bahawa plaintif cuai 100% terhadap kemalangan ini. xvii. award ganti rugi khas amat berlebihan untuk kos rawatan sebanyak RM20,221.95 diberi kepada plaintif walau pun plaintif sendiri telah memberi keterangan bahawa plaintif hanya menanggung/membayar sebanyak RM1,043.25 sahaja manakala kos sebanyak RM19,178.70 ditanggung oleh Metronic Icares Sdn Bhd. Keputusan Pn HMS: [5] Perbicaraan penuh di hadapan Majistret diadakan untuk menentukan tuntutan plaintif bagi ganti rugi am, ganti rugi khas, faedah dan kos terhadap defendan-defendan. [6] Kedua-dua individu yang terlibat dalam kemalangan jalanraya ini adalah 2 orang penunggang motorsikal. Defendan pertama ialah penunggang motorsikal dan pemilik motorsikal ialah defendan kedua. 6 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [7] Keterangan plaintif dikemukakan melalui saksi polis/pegawai penyiasat/IO sebagai SP-1; SP-2 ialah eksekutif kewangan di Hospital Pakar KPJ, Selangor dan plaintif sendiri sebagai SP-3. Keterangan bagi kes defendan-defendan dikemukakan melalui saksi tunggal iaitu defendan pertama sendiri. [8] Selepas menilai keterangan fakta mengenai kemalangan jalanraya ini, Majistret berdasarkan peruntukan undang-undang memutuskan bahawa − “[20] Memandangkan Plaintif dan Defendan memberikan versi yang berlainan dalam kes ini, Mahkamah hendaklah memilih versi mana yang lebih berkemungkinan “more inherently probable” sepertimana yang diputuskan dalam kes Tabrani bin Mohd Arsad v. Chan Tenn Yeu[1999] 2 AMR 1884 dan Lee Ewe Teik v. Ariffin b Hussain [1990] 2 CLJ 191.”. [9] Dalam alasan penghakiman, Majistret memutuskan bahawa − • Mahkamah telah mengambil kira kesemua keterangan yang ada termasuk keterangan saksi-saksi; keterangan senyap (silent evidence) iaitu rakaman CCTV, rajah kasar dan kesan kerosakan pada kedua-dua kenderaan dalam memutuskan isu liabiliti seperti ditegaskan dalam kes Mohd Yusof b Abdul Ghani v. Tee Song Kee [1995] 3 CLJ 378 dan Abdul Kadir Mohamad v. Kamarulzaman Mohd Zin & Anor [2001] 1 AMR 599. 7 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal • Majistret mendapati bahawa siasatan IO (SP-1) adalah lengkap dan keterangan SP-1 menyatakan bahawa kemalangan berlaku di persimpangan Mazda apabila plaintif telah keluar dari persimpangan tersebut dan memasuki laluan sahnya dan bergerak lurus. Keterangan SP-1 dan plaintif (SP- 3) adalah konsisten dan kemalangan telah berlaku di laluan sah plaintif iaitu tempat perlanggaran yang telah melepasi garisan putus-putus. • berkenaan dengan keluasan lorong laluan i.e tempat kemalangan berlaku, Majistret menerima keterangan SP-1 bahawa hanya 1 kenderaan sahaja yang boleh berada dalam laluan tersebut dan kemungkinan defendn pertama telah menunggang motorsikal di lalauan sah plaintif memandangkan banyak kenderaan berada di laluannya pada masa kejadian. Ini menunjukkan defendan pertama telah menunggang motorsikalnya secara melawan arus memasuki ke dalam laluan sah plaintif sehingga menyebabkan kemalangan.\ • penelitian Mahkamah kepada rakaman CCTV yang dikemukakan oleh SP-1 adalah jelas menunjukkan bahawa defendan pertama menunggang motorsikal dengn laju dan keadaan trafik semasa kemalangan adalah agak sesak kerana kenderaan-kenderaan di laluan A−B dan A−C telah secara perlahan-lahan berhenti di lampu isyarat di hadapan tempat kemalangan. Keterangan defendan pertama menyatakan bahawa halajunya ialah perlahan dan biasa sahaja. Tetapi setelah melihat rakaman CCTV, defendan 8 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pertama tidak dapat memastikan halaju sebenarnya semasa kejadian. SP-1 menyatakan dalam rakman CCTV, defendan pertama menunggang motorsikal anggaran halaju di antara 70 km/j hingga 100 km/j tetapi tidak dapat memastikannya secara spesifik. • kewujudan petak kuning di kawasan kemalangan itu adalah diakui oleh kedua-dua pihak. Defendan pertama menyatakan kerap menggunakan jalan tersebut untuk pulang ke rumah. Mana-mana kenderaan yang menghampiri petak kuning perlu memperlahankan kenderaan atau berhenti bagi memberi laluan kepada kenderaan lain yang hendak keluar dari simpang. [10] Pada perenggan [26], [29] dan [30] alasan penghakiman, Majistret menyatakan − “[26] Daripada penelitian rakaman CCTV dan keterangan saksi kedua-dua pihak serta bukti-bukti dokumentasi, Mahkamah mendapati Defendan Pertama telah cuai dalam menunggang motorsikalnya dengan laju di kawasan persimpangan yang sesak dengan banyak kenderaan yang telah berhenti di belakang petak kuning untuk memberi laluan kepada motorsikal yang ditunggang oleh plaintif untuk melintasi jalan tersebut. Defendan pertama sepatutnya memperlahankan kenderaannya apabila menghampiri sesuatu persimpangan dan juga petak kuning untuk mengelak daripada kemalangan ini berlaku. xxx 9 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [29] Dengan keterangan dan bukti yang dikemukakan, Mahkamah mendapati versi yang dinyatakan oleh Defendan Pertama iaitu beliau sedang menunggang motorsikal secara perlahan yang biasa dan Plaintif secara tiba-tiba keluar dari simpang dan melanggar motorsikal beliau adalah tidak inherently probable. Jika Defendan Pertama menunggang motorsikalnya secara betul mengikut aliran trafik di tempat kejadian dan perlahan, Defendan mesti telah dapat melihat kehadiran Plaintif di jalan tersebut dan juga sempat membrek untuk mengelak kemalangan. [30] Oleh itu, Mahkamah mendapati versi Plaintif adalah inherently probable iaitu Defendan Pertama secara tiba-tiba dan tanpa sebarang isyarat atau amaran serta secara melawan arus trafik telah menceroboh dan menghalang di laluan sah Plaintif sehingga melanggar motorsikal Plaintif. Ini amat jelas apabila titik perlanggaran dalam rajah kasar yang disediakan oleh SP1 dan rakaman CCTV adalah di laluan sah Plaintif dan semua kenderaan di laluan Defendan Pertama adalah dalam keadaan berhenti atau memperlahankan kenderaan.”. [11] Mahkamah Majistret memutuskan bahawa plaintif tidak sumbang cuai kerana Majistret mendapati plaintif telah mengambil segala langkah berjaga-jaga dan yang sewajarnya sebelum dan semasa keluar dari persimpangan Mazda dan masuk ke laluan sahnya sehingga dilanggar oleh defendan pertama di laluan tersebut. 10 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Majistret memutuskan bahawa defendan pertama adalah cuai sepenuhnya apabila secara tiba-tiba dengan cuai dan tanpa sebarang isyarat atau amaran melawan arus trafik telah menceroboh dan menghalang plaintif di laluan sahnya serta melanggar motorsikal plaintif di bahagian kanan sehingga menyebabkan plaintif terjatuh dan mengalami kecederaan seperti dinyatakan dalam laporan perubatan yang dikemukakan. Isu liabiliti [12] Berdasarkan Rekod Rayuan, Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman, pada peringkat rayuan, keputusan Majistret mengenai liabiliti adalah diakaskan dan diketepikan. [13] Isu liabiliti harus dikenakan berdasarkan versi yang diterima lebih berkemungkinan mengenai punca kemalangan yang berdasarkan penemuan fakta dan keterangan saksi serta dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan. Mengenai isu liabiliti, keputusan Majistret adalah khilaf. [14] Berdasarkan Rekod Rayuan, Mahkamah mendapati tindakan plaintif yang membelok untuk memasuki simpang menyatakan bahawa defendan pertama telah menceroboh laluan sah Plaintif. Mahkamah ini tidak bersetuju. 11 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hal keadaan motorsikal Defendan yang berada di laluannya yang sah berhadapan/bertembung dengan kemalangan dengan motorsikal Plaintif yang membelok. Keterangan yang dikemukakan menyatakan bahawa kenderaan telah berhenti kerana terdapat lampu isyarat berhenti. [15] Di sini, Mahkamah ini tidak bersetuju dengan dapatan Mahkamah Majistret bahawa Perayu Pertama/defendan pertama dan/atau perayu- Perayu/defendan-defendan bertanggungan liabiliti 100% terhadap Responden/plaintif dan tiada sumbang cuai Responden/plaintif. [16] Mahkamah ini mendapati Mahkamah Majistret berpuas hati dengan siasatan IO/SP-1 dan menyatakan bahawa siasatan lengkap dan terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Perayu Pertama/defendan pertama bertanggungan sepenuhnya. Dalam laporan polis oleh plaintif (SP-3), plaintif mengadu bahawa beliau menunggang motorsikal untuk keluar dari simpang Mazda hendak membelok ke kanan. Sebelum beliau membelok ke kanan menuju ke arah Jalan Padang Jawa, keadaan lalulintas waktu itu sesak dan semua kenderaan berhenti. Apabila beliau keluar membelok ke kanan melepasi petak kuning dan berada di seberang jalan tiba-tiba defendan pertama datang dari arah bertentangan telah melanggar bahagian kanan motorsikalnya. Dalam laporan polis oleh defendan pertama (SD), defendan pertama mengadu bahawa semasa melalui Jalan Padang Jawa tiba-tiba motorsikal plaintif keluar dari simpang dan melanggar bahagian depan motorsikalnya. 12 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Berdasarkan kedua-dua laporan polis ini, Mahkamah ini mendapati bahawa defendan pertama itu berada di jalan atau laluan utama manakala plaintif adalah penunggang motorsikal yang keluar dari simpang untuk ke jalan atau laluan utama. Mahkamah ini tidak bersetuju dengan dapatan bahawa defendan pertama menceroboh laluan atau lorong plaintif dan defendan pertama menghimpit motorsikal plaintif. [17] Rajah kasar yang dikemukakan dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret telah diteliti dan Mahkamah ini mendapati kewujudan petak kuning di lokasi kemalangan adalah kewujudan petak kuning di kawasan kemalangan itu adalah diakui oleh kedua-dua pihak. Defendan pertama menyatakan kerap menggunakan jalan tersebut untuk pulang ke rumah. Mana-mana kenderaan yang menghampiri petak kuning perlu memperlahankan kenderaan atau berhenti bagi memberi laluan kepada kenderaan lain yang hendak keluar dari simpang. Justeru itu penemuan dan dapatan fakta oleh Majistret bahawa defendan pertama telah cuai dalam menunggang motorsikalnya dengan laju di kawasan persimpangan yang sesak adalah suatu yang tidak “inherently probable”. Apabila Majistret menyatakan bahawa banyak kenderaan yang telah berhenti di belakang petak kuning untuk memberi laluan kepada motorsikal yang ditunggang oleh plaintif untuk melintasi jalan tersebut maka persoalan yang dibangkitkan dalam notis rayuan oleh peguam cara Perayu/defendan pertama bagaimanakah penentuan Majistret bahawa plaintif telah mengambil segala langkah berjaga-jaga dan yang 13 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sewajarnya sebelum dan semasa keluar dari persimpangan Mazda? Persoalan ini tidak dijawab dan dengan itu, keputusan Mahkamah Majistret bahawa beliau yakin yang plaintif telah mengambil langkah berjaga-jaga sejurus selepas keluar dari persimpangan tersebut adalah kurang tepat. Mahkamah ini berpendapat bahawa plaintif yang hendak dan sedang membelok ke kanan hendaklah sentiasa memberi laluan kepada lalulintas dari jalan utama. Dalam kes Jacky Gan Lian Zhu & Anor v P [2021] 1 LNS 706 diputuskan − “i. Who has the right of way between the Deceased and the Defendant. [12] To understand the requirements of the law, perhaps it is good to refer to Rule 3 (2)(b) ROAD TRAFFIC RULES 1959 which stipulates “(2) The driver of each and every vehicle when driven on a road shall −.... (b) give right of way to traffic travelling straight ahead before turning across the path of such traffic;” 14 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah merujuk juga kepada kes Kek Kee Leng v Teresa Bong Nguk [1978] 1 MLJ 61 yang memutuskan − “When coming out from a side road onto a main road, the 2nd Defendant should select such a moment as would allow him to enter the main road with safety.”. Keputusan kes Reliance Omnibus Co. Sdn Bhd v. Ishak bin Mohd Jaafar & Anor [1993] 4 CLJ pada mukasurat 293 – “The second appellant/defendant’s failure to keep a proper lookout was, in my opinion, partly the cause of the accident. It is a well-known fact that the power of control is illusory if the driver is not paying attention to the road. … I must stress here that a driver of a motor bus should always anticipate the possible presence of others on the road and should always be able to stop within the range of his permitted vision…”. [18] Dalam kes Guan Teik Sdn Bhd v. Hj Mohd Noor Hj Yakob & Ors [2000] 4 MLJ 433 di mana Mahkamah memutuskan “In cases where conflicting evidence are presented before a court, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but it is also encumbent upon the court to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact.”. 15 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Sewajarnya Majistret dapat mengarahkan mindanya kepada kesan probatif khususnya kepada laporan polis dan keterangan defendan pertama. Walau pun, defendan pertama sebagai saksi tunggal, versi beliau tidak boleh diabaikan. [19] Walau pun, dalam alasan penghakimannya Majistret menggunapakai keputusan dalam kes Abdul Kadir Mohamad v. Kamarulzaman Mohd Zin & Anor (supra) di mana Mahkamah Tinggi memutuskan mengenai contributory negligence, namun tiada analisa oleh Majistret mengenai prinsip undang-undang contributory negligence tidak terpakai kepada plaintif. Pada perenggan [32] alasan penghakiman, Majistret menyatakan “kemalangan dalam kes ini adalah disebabkan kecuaian Defendan Pertama sepenuhnya apabila secara tiba-tiba dengan cuai dan tanpa sebarang isyarat atau amaran melawan arus trafik telah menceroboh dan menghalang Plaintif di laluan sahnya serta melanggar motorsikal Plaintif di bahagian kanan sehingga menyebabkan Plaintif terjatuh dan mengalami kecederaan-kecederaan sepertimana dalam kedua-dua laporan perubatan yang dikemukakan.”. Dalam kes Siti Athirah binti Mohd Sapuan v Razmatul Ain binti Hassan & Anor [2015] 6 CLJ 295, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “The present case, being a claim for the tort of negligence, the appropriate approach should have been for the learned Sessions Court Judge, first and foremost, to make a finding of mixed fact and law whether or not the first defendant had breached her legal 16 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal duty of care towards the plaintiff. Only once negligence had been established against the first defendant should the learned Sessions Court Judge then proceed to determine contributory negligence on the part of the plaintiff, if any (since contributory negligence is pleaded): whether the plaintiff’s actions were such that the plaintiff had contributed to the injury or damage that she suffered.”. Dapatan fakta bahawa plaintif tidak cuai langsung adalah kurang tepat. Pada peringkat rayuan, Mahkamah ini memutuskan bahawa terdapat sumbang cuai oleh plaintif. Maka, keputusan mengenai Liabiliti adalah 60% terhadap Perayu Pertama/defendan pertama dan 40% terhadap Responden/plaintif. Ini kerana plaintif juga mempunyai tanggungjawab untuk berusaha mengelak kemalangan ini di mana beliau telah gagal berbuat demikian sepenuhnya. Prinsip ini dinyatakan dalam kes Govinda Raju & Anor v Laws [1966] 1 MLJ 188 seperti kata-kata Raja Azlan Shah − “To my mind, when a plaintiff is perplexed, or agitated when exposed to danger by the wrongful act of the defendant, it is sufficient if he shows as much judgment and control in attempting to avoid the accident as may reasonably be expected of him in the circumstances.”. 17 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Isu Kuantum [20] Bagi isu Kuantum pula, Mahkamah ini mengekalkan award ganti rugi yang dibenarkan oleh Mahkamah Majistret bagi kecederaan yang dialami oleh plaintif. [21] Bagi ganti rugi khas, Mahkamah ini mendapati dalam alasan penghakiman Majistret menyatakan bahawa tuntutan ganti rugi khas hendaklah dibuktikan secara khusus menggunakan prinsip undang- undang dalam kes Ong Ah Long v. Dr. S. Underwood [1983] CLJ Rep 300. [22] Peguam cara Perayu-Perayu/defendan-defendan menyatakan bahawa bagi item Kos Rawatan di KPJ Selangor berjumlah RM20,221.95 sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah Majistret adalah amaun yang dipertikaikan. Plaintif hanya membayar sebanyak RM1,043.25 sahaja manakala kos sebanyak RM19,178.70 ditanggung oleh Metronic Icares Sdn Bhd. [23] Mahkamah Majistret memutuskan bahawa tuntutan plaintif untuk perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurans adalah dibenarkan kerana rujukan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Kok Choong Seng & Anor v. Soo Cheng Lin & Another Appeal [2017] 10 CLJ 529; dan Pantai Medical Centre Sdn Bhd v. Fareed Reezal Arund & Another Appeal [2022] 2 CLJ 173. Mahkamah Majistret juga merujuk kepada peruntukan seksyen 28A (1)(a) Akta Undang-Undang Sivil 1956. 18 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [24] Dalam perbicaraan, pihak plaintif telah memanggil saksi dari KPJ Specialist Selangor dan amaun yang dikenakan bagi perbelanjaan perubatan plaintif adalah RM19,178.90 sebagai kos rawatan “In-Patient” manakala kos rawatan bagi “Out-Patient” ialah sebanyak RM1,043.25. [25] Berkenaan dengan perbelanjaan perubatan plaintif yang cedera akibat daripada terjatuh dari motorsikal akibat pertembungan dengan motorsikal defendan pertama, adalah fakta bahawa plaintif pertama seklai dihantar ke Hospital Shah Alam selepas kemalangan tersebut iaitu pada jam lebih kurang 6.30 petang hingga jam 2 pagi. Memandangkan plaintif tidak menerima apa-apa rawatan maka plaintif meminta untuk dipindahkan ke KPJ Selangor Specialist di Shah Alam bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan dengan segera. [26] Peguam cara Responden/plaintif berhujah bahawa keputusan Mahkamah Majistret adalah betul dari segi undang-undang berkenaan dengan kos rawatan dengan mengaplikasikan prinsip stare decisis dengan mengikuti keputusan dalam kes Dr Kok Choong Seng & Anor v. Soo Cheng Lin & Another Appeal (supra). [27] Peguam cara Perayu-Perayu/defendan-defendan berhujah bahawa keputusan Mahkamah Majistret adalah khilaf kerana alasan plaintif untuk dipindahkan dari Hospital Shah Alam (hospital awam) atas alasan rawatan lambat ke KPJ Selangor Specialist di Shah Alam (hospital swasta) bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan dengan segera adalah atas tanggungjawab dan risiko plaintif sendiri. 19 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam cara Perayu-Perayu/defendan-defendan merujuk kepada keputusan dalam kes Hong Teng Yong v. Khaw Kim Seng & Anor [2010] 9 MLJ 448 yang membenarkan tuntutan bagi kos rawatan perubatan di hospital swasta sekiranya it is not available within a reasonable period considering the urgency of the treatment… dan that treatment at the government hospital though available is grossly inadequate. Peguam cara Perayu-Perayu/defendan-defendan berhujah bahawa plaintif tidak memenuhi kriteria tersebut memandangkan plaintif yang telah membuat pilihan atas risiko sendiri untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital swasta dan bukan disebabkan kekurangan fasiliti/saranan daripada doktor. [28] Mahkamah ini berpendapat petikan dan rujukan kepada sesuatu prinsip undang-undang dalam keputusan Mahkamah Atasan perlulah tepat dan bersesuaian dengan isu di hadapan Mahkamah bicara. Dalam kes ini, plaintif tidak membayar kepada kos “In-Patient” kerana bayaran dijelaskan oleh pihak syarikat insurans. Hanya bagi kos “Out-Patient” sahaja dibayar oleh plaintif. Kos rawatan bagi kecuaian perubatan dan kos rawatan bagi kecederaan akibat kemalangan adalah berbeza. Dalam kes kemalangan ini, kecederaan yang dialami oleh plaintif iaitu cerebral concussion, fracture nasl bone & fracture nasal spectrum, compound fracture middle phalang 2nd toe right foot, laceration over plantar of the 2nd toe, and abrasion over anterior distal leg yang berjumlah 20 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal RM26,000.00 yang dibenarkan oleh Mahkamah Majistret adalah dikekalkan dan tidak diganggu dalam rayuan ini. [29] Berdasarkan kepada rawatan perubatan yang dijalani oleh plaintif adalah rawatan biasa bagi sesuatu kes kemalangan jalanraya yang mana kemudahan rawatan juga boleh diperoleh di hospital awam. Saksi plaintif iaitu pegawai dari KPJ Selangor Specialist di Shah Alam hanya menentusahkan jumlah invois yang kena dibayar dan bukan menghuraikan kepantasan rawatan di KPJ Selangor Specialist di Shah Alam. Mahkamah ini hanya membenarkan kos rawatan yang dibayar oleh plaintif sahaja dibenarkan menjadi Ganti rugi Khas kepada plaintif. Manakala, kos sebanyak RM19,178.70 yang ditanggung dan dibayar oleh Metronic Icares Sdn Bhd (syarikat insurans) hendaklah ditolak daripada Ganti rugi Khas. Ini selaras dengan prinsip dalam kes Khairul Sham bin Ahmad & Anor v Yesudass a/l Michaelsamy [2005] 2 MLJ 679; [2005] 2 CLJ 195 yang memutuskan bahawa − “Therefore, it is a clear principle that the purpose of damages is to put an injured party to the same position has had the tort not been committed, and recovery of damages is definitely not a mechanism for enriching the injured party … I think special damages means and out-of-pocket expenses and which consists of money incurred or paid by the plaintiff, which amounts to a loss to the plaintiff … He did not pay the bill himself … Therefore, 21 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal he has no right to be compensated for the said bill. The plaintiff is refrained from claiming more than what he has lost.”. Prinsip Campur tangan dan Gangguan Mahkamah pada peringkat rayuan [30] Ciri utama bagi sesuatu “appellate intervention” adalah jelas dan mantap dalam semua peringkat rayuan. Tugas Mahkamah yang mendengar rayuan ialah untuk memastikan sama ada Mahkamah yang membicarakan itu mencapai keputusannya berdasarkan keputusan atau dapatan secara betul mengenai keterangan dan berasaskan kepada undang-undang. [31] Mahkamah Persekutuan dalam kes Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 memutuskan – “[14] In our view, the Court of Appeal in citing these cases had clearly borne in mind the central feature of appellate intervention, ie to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, the Court of Appeal was perfectly entitled to examine the process of evaluation of the evidence by the trial court. Clearly, the phrase ‘insufficient judicial appreciation of evidence’ merely related to such process. This is reflected in the Court of Appeal’s restatement that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. The Court of Appeal further reiterated the principle central to 22 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal appellate intervention, ie that a decision arrived at by a trial court without judicial appreciation of the evidence might be set aside on appeal. This is consistent with the established plainly wrong test.”. [32] Begitu juga dalam kes Kerajaan Malaysia v. Global Upline Sdn Bhd and Another Appeal [2017] 1 MLJ 170 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa “an appellate court will not intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its conclusion and where there has been insufficient judicial appreciation of the evidence. [33] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng (administratrix for the estate of Tan Ewe Kwang, deceased) & Ors [2020] 10 CLJ 1 memutuskan “the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is ‘the plainly wrong test’ principle”. [34] Prinsip undang-undang mengenai appellate intervention only justified that on the available evidence, that the SCj is erred (Kes Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1993] 2 CLJ 146). [35] Dua ujian yang dikenal pasti perlu dipenuhi bagi tujuan appellate intervention adalah “plainly wrong test” and “insufficient judicial appreciation of evidence test” (the case of Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97 at 98-99). 23 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [36] Dalam kes Ong Leong Ciou & Anor v. Keller (M) Sdn Bhd & Ors And Another Appeal [2019] 3 MLRA 322 at 329, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa – “[125] We are mindful of the limited role of the appellate court in relation to the findings of facts made by the court of first instance. The general principle is that the conclusion of a trial judge is a finding of fact on the oral evidence based on the demean our and credibility of the witness before him or her. Generally, such finding ought not be disturbed unless the appellate court is convinced that it is plainly wrong. It would not be sufficient to warrant an appellate interference merely because the appellate court entertains doubt whether such finding is right.”. [37] Dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Anor [2020] 10 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – “... an appellate Court should not interfere with factual findings of a trial judge unless it was satisfied that the decision of the trial Judge was plainly wrong or one that no reasonable Judge could have reached. If it is not, the fact that the appellate Court may have reached a different conclusion on the facts, is irrelevant.”. 24 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [38] Selepas meneliti keseluruhan keterangan dalam perbicaraan melalui rekod rayuan dan hujahan peguam-peguam di peringkat rayuan, Mahkamah ini mengakaskan dapatan liabiliti oleh Pn HMS. Mahkamah ini berpuas hati bahawa Responden/plaintif adalah cuai sumbang (contributory negligence) dalam kemalangan ini. [39] Dalam rayuan kepada Mahkamah ini, Perayu Pertama/defendan pertama yang memplidkan mengenai kemalangan di antara motorsikalnya dan motorlori Responden/plaintif adalah jelas dan Perayu Pertama/defendan pertama telah melaksanakan beban pembuktiannya on a balance of probability. Kesimpulan [40] Berdasarkan alasan yang saya nyatakan di atas, penghakiman saya memutuskan bahawa Pada peringkat rayuan, Mahkamah ini memutuskan bahawa Liabiliti adalah 60% terhadap Perayu Pertama/defendan pertama dan bukannya 100% sebagaimana keputusan Mahkamah Majistret itu. Responden/plaintif adalah cuai sumbang dan dengan itu bertanggungan 40% terhadap kemalangan ini. [41] Bagi isu Kuantum pula, Mahkamah ini memutuskan bahawa kos rawatan yang dibayar oleh Plaintif sahaja dibenarkan menjadi Ganti rugi Khas kepada Plaintif. Manakala, kos rawatan di KPJ Selangor yang dibayar oleh pihak insurans hendaklah ditolak daripada Ganti rugi Khas. [42] Mahkamah juga membenarkan kos sebanyak RM3000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Responden/plaintif kepada Perayu- Perayu/defendan-defendan. 25 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [43] Pada peringkat rayuan di hadapan Mahkamah ini, saya telah menjalankan appellate role. Oleh itu, Mahkamah ini perlu campur tangan dengan dapatan fakta yang dicapai oleh Mahkamah Majistret. Bertarikh: 3 September 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Perayu-Perayu/defendan-defendan: En. Kunalan A/L Seevalingam Tetuan Kenneth William & Associates, Petaling Jaya Bagi Pihak Responden/plaintif: En Muhamad Iqbal bin Ismail Tetuan Ranizan Abdullah & Associates, Batu Caves, Selangor 26 S/N sULIfVpnhUuNhM7ZdIPW5Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal