muhammad taufiq ajmal bin jamaludin 1. ) kementerian dalam negeri, malaysia 2. ) LEMBAGA TATATERTIB POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN 3. ) KETUA POLIS PAHANG 4. ) Ketua Polis Negara 5. ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6. ) Kerajaan Malaysia
The High Court held the Police Disciplinary Board's dismissal decision was lawful: the s.6(3) restriction order dated 29.09.2022 remained valid and supported the disciplinary process (Mohd Faizal Haris); any irregularity in s.3 detention did not nullify the s.6 basis; the applicant was not denied natural justice as...
Source-derived case information.
- Citation
- CB-25-11-12/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: Muhammad Taufiq Ajmal bin Jamaludin; Respondent: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi); Respondent: Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia; Respondent: Ketua Polis Negeri Pahang; Respondent: Ketua Polis Negara; Respondent: Polis DiRaja Malaysia; Respondent: Kerajaan Malaysia
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 21 October 2024
- Case Number
- CB-25-11-12/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Judicial Review (semakan Kehakiman) / High Court Decision
- Outcome
- Application for judicial review dismissed
- Legal Topics
- Judicial Review, Disciplinary Proceedings, Habeas Corpus, Preventive Detention (s.6), Procedural Fairness (right to Be Heard), Proportionality of Punishment
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Muhammad Taufiq Ajmal bin Jamaludin
Applicant
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi)
Respondent
Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia
Respondent
Ketua Polis Negeri Pahang
Respondent
Ketua Polis Negara
Respondent
Polis DiRaja Malaysia
Respondent
Kerajaan Malaysia
Respondent
Procedural Posture
Judicial Review (semakan Kehakiman) / High Court Decision
Legal Issues
- 1 Whether the Police Disciplinary Board's decision to dismiss was lawful given concurrent challenges to detention orders under the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985
- 2 Whether an irregularity in detention under s.3 affects validity of a preventive detention/order under s.6(3) relied upon for disciplinary action
- 3 Whether applicant was denied natural justice (opportunity to be heard) by not being given oral hearing or required documents
Ratio Decidendi
The High Court held the Police Disciplinary Board's dismissal decision was lawful: the s.6(3) restriction order dated 29.09.2022 remained valid and supported the disciplinary process (Mohd Faizal Haris); any irregularity in s.3 detention did not nullify the s.6 basis; the applicant was not denied natural justice as written representations suffice in disciplinary context (Tay Chai Huat); the court will not substitute its view on penalty; therefore the judicial review was dismissed with costs RM2,000.
Court Disposition
Application for judicial review dismissed
Orders
- Application dismissed
- Costs of RM 2,000 awarded to respondents
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
CB-25-11-12/2023 Kand. 20 11/11/2024 14:36:25 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO: CB-25-11-12/2023 Dalam Perkara satu permohonan oleh MUHAMMAD TAUFIQ AJMAL BIN JAMALUDIN (NO. K/P: 920115-02-5091) untuk memohon satu Perintah certiorari / deklarasi mencabar keputusan bagi pembuangan kerja terhadap Pemohon yang diserahkan pada 13 September 2023; DAN Dalam Perkara keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia yang berkuatkuasa mulai 8 Jun 2023; DAN Dalam Perkara Tindakan Tatatertib di bawah Peraturan 33 atau 36, 37 dan 38 Peraturan- 1 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; DAN Dalam Perkara 5, 121, 132, 135, 149 dan 151 Perlembagaan Persekutuan; DAN Dalam Perkara Seksyen 25 dan Perenggan 1 dalam Jadual Akta Mahkamah Kehakiman 1954; DAN Dalam Perkara Seksyen 44, 45, 47 dan 48 Akta Relief Spesifik 1950; DAN Dalam Perkara Aturan 53 Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012 dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012. 2 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ANTARA MUHAMMAD TAUFIQ AJMAL BIN JAMALUDIN (NO. K/P: 920115-02-5091) ... PEMOHON DAN 1. KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI (DATUK HAJI RUJI BIN HAJI UBI) 2. LEMBAGA TATATERTIB POLIS DIRAJA MALAYSIA 3. KETUA POLIS NEGERI PAHANG 4. KETUA POLIS NEGARA 5. POLIS DIRAJA MALAYSIA 6. KERAJAAN MALAYSIA ... RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah satu permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap 3 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pemohon dalam satu prosiding tatatertib. Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membuat keputusan hukuman buang kerja terhadap Pemohon. [2] Mahkamah ini setelah meneliti affidavit sokongan, affidavit jawapan dan hujahan pihak-pihak dapat mencerakinkan fakta dalam kes ini seperti berikut: (a) Pemohon telah dilantik sebagai pegawai polis dan berkhidmat di Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada 08.05.2016. Pada 03.08.2022 Pemohon telah ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan telah ditahan di Lokap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selama 59 hari. (b) Pada 29.09.2022 satu perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri selama 2 tahun. Pada 09.11.2022 Pemohon telah menerima sesalinan perintah gantung kerja oleh Ketua Polis Negara bertarikh 12.10.2022 yang berkuat kuasa pada 29.09.2022. (c) Pemohon telah membuat satu permohonan habeas corpus. Pada 10.11.2022 Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam telah membenarkan permohonan habeas corpus Pemohon. 4 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (d) Pada 12.12.2022 Pemohon telah menerima surat perintah mengambil semula Pemohon bekerja daripada Ketua Polis Negara. (e) Pada 19.01.2023 Mahkamah Persekutuan di Putrajaya telah membenarkan rayuan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan mengenepikan perintah pembebasan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam. (f) Pada 27.02.2023 Pemohon menerima surat perintah gantung kerja bertarikh 10.02.2023 yang telah digantung kerja berkuat kuasa daripada permulaan perintah sekatan bertarikh 29.09.2022 iaitu tarikh sebenar di dalam surat bertarikh 10.02.2023 di eksibit “MTA-6” dan ia berbeza dengan apa yang dinyatakan dalam affidavit sokongan di perenggan 11 di mana tarikh perintah sekatan dinyatakan 29.09.2023. (g) Pemohon telah pada 07.02.2023 telah memfailkan permohonan kebenaran semakan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu. Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu telah memberikan kebenaran bagi mencabar perintah sekatan tersebut. (h) Pada 13.09.2023 Pemohon telah menerima surat pemberitahuan hukuman tatatertib yang telah ditandatangani oleh Setiausaha Suruhanjaya Pasukan 5 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Polis Kementerian Dalam Negeri di mana Pemohon telah dikenakan hukuman buang kerja yang berkuat kuasa pada 08.06.2023. [3] Setelah meneliti affidavit jawapan, affidavit sokongan dan hujahan pihak-pihak Mahkamah dapat mencerap bahawa Pemohon berdasarkan kepada alasan-alasan berikut bagi Mahkamah ini mempertimbangkan agar satu semakan kehakiman diberikan terhadap keputusan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang memutuskan hukuman buang kerja ke atas Pemohon. Alasan tersebut ialah: (i) Sebelum pemberitahuan hukuman tatatertib bertarikh 26.06.2023 Pemohon tidak pernah diberikan apa-apa surat tunjuk sebab. (ii) Pemohon juga tidak pernah pada bila-bila masa dibekalkan apa-apa penyataan fakta serta alasan yang menyokong perintah sekatan. (iii) Pemohon juga tidak pernah dibekalkan laporan atau perakuan tatatertib rekod perkhidmatan serta syor ketua jabatan untuk mengetahui mengapakah hukuman buang kerja dikenakan terhadap Pemohon. 6 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (iv) Hukuman buang kerja yang dikenakan kepada Pemohon adalah terlalu berlebihan dan merupakan ketidakadilan kepada Pemohon. [4] Selain daripada itu Mahkamah juga dalam meneliti hujahan- hujahan pihak-pihak mendapati bahawa telah ditimbulkan persoalan sama ada adakah wajar keputusan buang kerja dibuat oleh Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedangkan masih terdapat tindakan Pemohon untuk permohonan habeas corpus bagi menentukan keesahan penahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985. [5] Dalam hal ini Mahkamah mendapati bahawa terdapat perkara yang menarik apabila Pemohon telah diminta untuk bertugas semula setelah Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam memutuskan bahawa penahanan di bawah seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985 tidak teratur. Sekonyong- konyongnya setelah Mahkamah Persekutuan mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam tersebut Pemohon diberikan hukuman buang kerja. Oleh itu Mahkamah perlu meneliti secara terperinci adakah proses yang dilakukan oleh Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu adalah sesuatu yang munasabah, setimpal dan mengikut jalur undang-undang. 7 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hujahan Pemohon [6] Pihak Pemohon menyatakan bahawa beliau tidak sepatutnya diberikan keputusan sedemikian kerana terdapat satu perintah di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang telah menjadi isu dalam kes ini yang masih berada di Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu. Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu telah menolak permohonan habeas corpus tersebut. Rayuan telah difailkan oleh Pemohon di Mahkamah Persekutuan. Keputusan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah pra matang kerana masih lagi terdapat isu berkenaan seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 tersebut masih belum dimuktamadkan oleh Mahkamah. Oleh kerana itu sepatutnya pihak Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak membuat keputusan hukuman buang kerja Pemohon. Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sewajarnya memutuskan hukuman sedemikan setelah isu seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 diselesaikan secara muktamad oleh Mahkamah. Hujahan Responden-Responden [7] Sementara itu pihak Responden berhujah bahawa perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam adalah berkaitan dengan penahanan di bawah seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985 dan ianya telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam bahawa ia adalah tidak teratur 8 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dan rayuan telah difailkan di Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan tersebut. Ini bermakna bahawa tahanan seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 itu adalah teratur dan sah. [8] Setelah Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam mendapati bahawa tahanan di bawah seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 itu tidak teratur maka perintah gantung kerja ditamatkan dan Pemohon dipanggil semula berkhidmat. Setelah keputusan daripada Mahkamah Persekutuan diperolehi maka Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat keputusan seperti dalam kes iaitu hukuman buang kerja Pemohon. [9] Oleh itu setelah menggarap hujahan kedua-dua pihak Pemohon dan pihak Responden adalah jelas menunjukkan bahawa kesan daripada perintah tahanan di bawah seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan hubung kaitnya dengan perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta yang sama adalah menjadi pertikaian dalam kes ini. Ini adalah disebabkan keputusan buang kerja yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seperti yang terpapar di dalam surat pemberitahuan hukuman tatatertib buang kerja oleh Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis bertarikh 26.06.2023 menyatakan seperti berikut: 9 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “PEMBERITAHUAN HUKUMAN TATATERTIB Dengan hormatnya saya memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pasukan Polis di dalam mesyuaratnya yang ke-119 pada 8 Jun 2023 dengan ini memutuskan tuan dikenakan hukuman ‘Buang Kerja’ mengikut Peraturan 38 (g), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 selepas menimbang dengan teliti perakuan tatatertib di bawah Peraturan 33 (2) Peraturan yang sama berkenaan Perintah Sekatan di bawah Seksyen (6) (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang dikenakan kepada tuan selama dua (2) tahun pada 29 September 2022.” [10] Apa yang jelas daripada surat tersebut ialah asas kepada keputusan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu adalah perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 bertarikh 29.09.2022 yang dilampirkan dalam eksibit “MTA-1” pada affidavit sokongan Pemohon. [11] Hujahan yang dikemukakan oleh pihak Responden ialah perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985 itu masih teratur walaupun Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam ketika itu memutuskan bahawa tahanan di bawah seksyen 3 (1) Akta tersebut adalah tidak teratur. [12] Pihak Responden berhujah keputusan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah berdasarkan kepada perintah sekatan 10 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 bertarikh 29.09.2022. Ini bermakna Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) semasa memberikan hukuman buang kerja itu adalah berdasarkan kepada perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang sah dan teratur. [13] Sebaliknya pihak Pemohon menyatakan bahawa disebabkan perintah di bawah seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985 telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam tidak teratur maka perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta yang sama adalah tidak terpakai. Oleh itu keputusan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang bersandarkan kepada seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985 juga adalah tidak sah. Walau bagaimanapun keputusan Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam itu telahpun diakaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 19.01.2023. Analisa Mahkamah berkenaan dengan isu perintah di bawah seksyen 3 (1) dan seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985 [14] Bagi melihat hubung kait perintah di bawah seksyen 3 (1) dan seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 serta keputusan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah wajar untuk Mahkamah meneliti dokumen-dokumen berkenaan dengan perkara tersebut. Dalam affidavit sokongan 11 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pemohon telah dilampirkan perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 iaitu eksibit “MTA-1” yang jelas menunjukkan bahawa tarikh dinyatakan adalah 29.09.2022 iaitu sama dengan perintah sekatan yang dirujuk di dalam surat hukuman buang kerja. Namun demikian tiada sebarang perintah di bawah seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985 dikemukakan di dalam affidavit sokongan Pemohon. Apa yang ada ialah perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam yang menyatakan permohonan writ habeas corpus dibenarkan. Perintah tersebut bertarikh 10.11.2022 seperti di dalam eksibit “MTA-3”. Penelitian kepada perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam tersebut tiada sebarang petanda menunjukkan terdapatnya isu berkenaan dengan seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 di dalam perintah tersebut. Malahan apa yang ada ialah berkaitan seksyen-seksyen yang lain seperti yang terdapat pada intitulemen seperti berikut: “Dalam Perkara Mengenai Seksyen 3, 4 dan 5 Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985”. [15] Oleh yang demikian adalah dapat difahami bahawa perintah di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam itu tiada sebarang petunjuk bahawa ianya berkaitan dengan perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 bertarikh 29.09.2022. Malahan penelitian kepada perintah Mahkamah Persekutan bertarikh 19.01.2023 juga tidak dinyatakan berkenaan dengan perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 tersebut. Apa 12 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang ada ialah rujukan dibuat kepada nama Pemohon iaitu Muhammad Taufiq Ajmal bin Jamaludin. Ini bermakna perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 sebelum daripada permohonan semakan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu tidak pernah menjadi isu di dalam kes ini. Oleh yang demikian asas kepada keputusan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah berdasarkan kepada perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 bertarikh 29.09.2022 yang tidak pada bila-bila masa dibatalkan atau diputuskan oleh Mahkamah sebagai sesuatu yang tidak sah dan tidak teratur. [16] Persoalannya ialah apakah kesan kepada perintah sekatan di bawah 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 tersebut apabila Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam telah membenarkan permohonan habeas corpus tersebut pada 10.11.2022 berkenaan dengan perintah tahanan di bawah seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985. Tarikh 10.11.2022 itu perlu diberikan perhatian oleh Mahkamah ini disebabkan ianya adalah selepas daripada tarikh perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 iaitu 29.09.2022. Ini bermakna perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam diberikan selepas perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985 tersebut diberikan oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin. 13 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [17] Dalam hal ini Mahkamah perlu melihat surat daripada Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis di eksibit “MTA-8” yang menyatakan bahawa hukuman buang kerja tersebut diputuskan pada mesyuarat yang dibuat pada 08.06.2023. Hukuman buang kerja tersebut berkuat kuasa pada 08.06.2023 berdasarkan kepada perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 bertarikh 29.09.2022. Mahkamah perlu memberi perhatian bahawa tarikh mesyuarat dan tarikh kuat kuasa hukuman buang kerja itu adalah dibuat selepas daripada perintah Mahkamah Persekutuan pada 19.01.2023 walaupun ianya berdasarkan kepada perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985 bertarikh 29.09.2022. [18] Ini bermakna semasa hukuman buang kerja itu dibuat pada 08.06.2023 perintah tahanan di bawah seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 itu adalah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan adalah teratur setelah mengakaskan keputusan Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam. [19] Bagi menjawab persoalan kesan perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 setelah terdapat isu berkenaan dengan keesahan tangkapan di bawah seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985, Mahkamah ini telah dipandu oleh keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohd Faizal Haris v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2005] 4 CLJ 613. Dalam kes tersebut timbul isu berkenaan dengan apabila dikatakan 14 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal penahanan di bawah seksyen 3 (2) (c) di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 telah menjadi isu dan telah dikatakan sebagai tidak sah maka timbul persoalan adakah disebabkan seksyen 3 (2) (a), (b), (c) Akta tersebut itu tidak sah maka tahanan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 juga adalah tidak sah. [20] Dalam hal ini Hakim Augustine Paul telah memberikan pandangan yang menarik dalam kes Mohd Faizal Haris (supra) ini apabila dinyatakan bahawa: “The precondition to the exercise of jurisdiction under s. 6 (1) is, inter alia, only a consideration of the report of investigation. There is no stipulation in s. 6 (1) that it must be the result of a valid detention. The preparation of the report is governed by s. 4 pursuant to which any person may be examined and it is not confined to an examination of only the detained person. The report of investigation therefore has no direct link with the detention; the only one being that it may contain a statement from the detained person. It can still be considered by the Minister even if it contains a statement from a person whose detention under s. 3 (1) is irregular. This is because just as in the case of the use of illegally obtained evidence in a court of law the Minister may also use such evidence subject to the weight to be attached to it. In this regard reference may be made to Field's Law of Evidence, 12th edn, vol 1 where it says, on the authority of Balwant Singh v. RD Shah Director of Inspection Income Tax AIR [1969] Delhi 91, at p 429: 15 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal It is true that in appropriate cases the court may order restoration of the property illegally seized but so far as the use of information gathered as a result of such seizure is concerned, the court, or the appropriate authority, has in any case, acting within the law, the power to call for such information and property and use the same in evidence The information gathered, therefore, can otherwise be reached by the courts or other concerned authorities. the records and information gathered as a result of illegal search and seizure can be used subject to the value to be attached to it or its admissibility in accordance with the law relating to evidence. (emphasis added)” [21] Ini bermakna Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohd Faizal Haris (supra) tersebut berpandangan bahawa walaupun seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 itu tidak teratur dan tidak mengikut peruntukan undang-undang, ia tidak mempunyai kesan kepada keesahan perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta yang sama. Ini adalah disebabkan tahanan di bawah seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 hanyalah untuk mendapatkan keterangan dan dokumen yang telah disamakan dengan pemerolehan keterangan secara tidak sah di bawah undang-undang jenayah. Ini telah dinyatakan seperti berikut: “The corollary is that a detention order can be made against a person under s. 6 (1) even when his detention under s. 3 (2) was 16 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal irregular. The general rule that a writ of habeas corpus must be directed against the current order of detention therefore applies where a detention under s. 6 (1) has been made subsequent to an arrest and detention under s. 3 (1) and (2). It follows that where a detention order has been made unders. 6 (1) the writ of habeas corpus must be directed only against that order even if the earlier arrest and detention are irregular.” [22] Dalam kes ini perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 bertarikh 29.09.2022 masih sah dan teratur walaupun terdapat isu berkenaan dengan penahanan di bawah seksyen 3 (1) Akta yang sama. Oleh itu Mahkamah ini berpendapat asas kepada keputusan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah teratur. [23] Ini bermakna perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 masih berkuat kuasa. Sebarang isu berkenaan dengan ketidakesahan di bawah seksyen 3 (1) Akta tersebut tidak akan memberi kesan kepada keesahan perintah di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985. Ini adalah penting dalam kes ini disebabkan keputusan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah bersandarkan kepada perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985. Jika perintah tersebut tidak teratur, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa keputusan hukuman buang kerja oleh Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah tidak 17 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sah di sisi undang-undang. Jika ini berlaku ia menyebabkan hukuman buang kerja oleh pihak Lembaga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah tidak sah. Natijahnya Mahkamah wajar mengenepikan keputusan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tersebut kerana ia adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang. [24] Seterusnya dalam kes ini apa yang menarik ialah selepas daripada Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam membenarkan permohonan habeas corpus Pemohon berkenaan penangkapan di bawah seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 pada 10.11.2022, Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah memutuskan Pemohon dibenarkan menjalankan semula tugas. Surat tersebut adalah bertarikh 22.02.2022 di eksibit “MTA-4”. Dalam surat tersebut juga telah dirujuk keputusan Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam pada 10.11.2022 yang membenarkan permohonan habeas corpus dan Pemohon dibebaskan. Dalam erti kata lain Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah bertindak mengambil semula Pemohon bekerja ekoran daripada keputusan Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam. Surat bertarikh 22.11.2022 ini telah membatalkan keputusan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bertarikh 12.10.2022 yang memerintahkan supaya Pemohon digantung kerja. Pada surat bertarikh 12.10.2022 telah dinyatakan bahawa perintah gantung kerja itu dikeluarkan disebabkan Pemohon telah diberikan perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang berkuat kuasa 29.09.2022. Sebaliknya dalam surat 18 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bertarikh 22.11.2022 tiada disebut berkenaan dengan perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta tersebut. [25] Dalam erti kata lain surat bertarikh 12.10.2022 dan 12.11.2022 adalah berkaitan dengan perintah gantung kerja di bawah Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 [P.U. (A) 246] dan bukannya hukuman tatatertib di bawah Peraturan 33 (2) Peraturan-peraturan Pegawai Awam 1993 (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 [P.U. (A) 246]. [26] Perintah gantung kerja yang dibuat melalui surat bertarikh 12.10.2022 adalah dibuat di bawah Peraturan 45 (1) (b) Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 [P.U. (A) 246] yang memperuntukkan seperti berikut: “45. (1) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat boleh menggantung seseorang pegawai daripada menjalankan tugasnya jika – (a) … (b) suatu perintah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 32 telah dibuat terhadap pegawai itu.” [27] Peraturan 32 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 [P.U. (A) 246] memperuntukkan seperti berikut: 19 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “32. (1) Jika — (a) suatu perintah tahanan selain suatu perintah tahanan reman sementara menunggu perbicaraan atau bagi maksud penyiasatan; (b) suatu perintah pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi; atau (c) suatu perintah yang mengenakan apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan, sama ada dengan bon atau selainnya, telah dibuat terhadap seseorang pegawai di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen atau pelindungan wanita dan gadis atau pelindungan kanak-kanak, Ketua Jabatan pegawai itu hendaklah memohon untuk mendapatkan suatu salinan perintah itu daripada pihak berkuasa yang berkenaan. (2) Apabila suatu salinan perintah yang disebut dalam subperaturan (1) diterima, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakannya kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat berserta dengan rekod perkhidmatan pegawai itu dan perakuan Ketua Jabatan bahawa— (a) pegawai itu patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat; 20 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) pegawai itu patut dihukum dengan apa-apa hukuman selain buang kerja atau turun pangkat; (c) perkhidmatan pegawai itu patut ditamatkan demi kepentingan awam; atau (d) tiada hukuman patut dikenakan, bergantung kepada takat keburukan yang telah dibawa oleh pegawai itu kepada perkhidmatan awam itu.” [28] Ini bermakna setelah perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 diberikan maka penggantungan kerja boleh dibuat di bawah Peraturan 45 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 [P.U. (A) 246]. Jika diteliti kepada Peraturan 45 ia adalah terletak di Bahagian VIA iaitu Penahanan Kerja dan Penggantungan Kerja. Ia adalah berbeza dengan hukuman tatatertib yang terdapat di Bahagian VI hukuman tatatertib yang salah satunya ialah buang kerja. Oleh itu Mahkamah perlu membezakan di antara Hukuman Gantung Kerja di bawah Peraturan 45 dan Hukuman Tatatertib di bawah Peraturan 38 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 [P.U. (A) 246]. Ini bagi mengelakkan terdapatnya kekeliruan di dalam permohonan semakan kehakiman ini. Ia adalah kaitan dengan hukuman buang kerja dan bukannya perintah gantung kerja. [29] Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui surat bertarikh 22.11.2022 telah juga memutuskan Pemohon dibenarkan menerima bahagian emolumen yang tidak dibayar semasa digantung 21 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kerja seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 45A (2) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 [P.U. (A) 246]. Ini bermakna kedua-dua surat tersebut adalah berkaitan dengan penggantungan kerja dan bukannya hukuman buang kerja setelah prosiding oleh Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis. Mahkamah ini perlu membezakannya supaya tidak berlaku kekeliruan di antara keputusan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menggantung kerja Pemohon dengan keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis yang membuat perintah hukuman tatatertib buang kerja di bawah Peraturan 33 (2) Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 [P.U. (A) 246]. Peraturan 33 (2) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 [P.U. (A) 246] memperuntukkan seperti berikut: “(2) Jika, setelah menimbangkan laporan, rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan yang dikemukakan kepadanya di bawah subperaturan 32(2), Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa — (a) pegawai itu patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu; (b) alasan yang berdasarkannya perintah itu telah dibuat terhadap pegawai itu tidak mewajarkan hukuman buang kerja atau turun pangkat tetapi mewajarkan pengenaan suatu hukuman yang lebih ringan, Pihak Berkuasa 22 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu atau lebih hukuman selain buang kerja atau turun pangkat sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 38 sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu; atau (c) tiada hukuman patut dikenakan ke atas pegawai itu, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah membebaskannya. (3) Jika hukuman selain buang kerja telah dikenakan ke atas seseorang pegawai atau jika tiada hukuman telah dikenakan ke atasnya, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengarahkan pegawai itu supaya menjalankan semula tugasnya.” [30] Walau bagaimanapun dalam kes ini Mahkamah berpendapat bahawa disebabkan perintah sekatan di bawah seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 tersebut berdasarkan kes Mohd Faizal Haris (supra) itu masih sah, maka tidak timbul isu bahawa hukuman buang kerja yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah tidak mengikut undang-undang. Oleh itu tiada asas untuk Mahkamah ini membenarkan semakan kehakiman atas asas bahawa keputusan yang dibuat itu adalah tidak sah di sisi undang-undang. 23 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pemohon tidak diberi peluang untuk mengemukakan representasi kepada Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) [31] Pemohon menyatakan bahawa dia tidak diberi peluang untuk mengemukakan apa-apa representasi serta tidak diberi peluang untuk didengar. Bagi menjawab persoalan ini Mahkamah Persekutuan telah memberikan panduan yang jelas di dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v Tay Chai Huat [2012] 3 CLJ 577 seperti berikut: “[25] In Utra Badi this court held that the right to be heard given by art. 135(2) of the Federal Constitution does not require that the member of the service facing the disciplinary charge be given an oral hearing and it could not be argued that the failure to give that person an oral hearing was a denial of justice. [26] In Vickneswary, this court held as follows: (i) from the provisions of the General Orders it is clear that it is never the intention of the legislators that the courts should step into the shoes of the disciplinary authority in deciding whether it was fair to the respondent, ie, the member of service facing the disciplinary charge to have granted him a right to make oral representations or whether he should be given such right although he did not ask for it; 24 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) it is clear from the facts that the respondent was given an opportunity to be heard whereby he had given a lengthy written representation explaining in detail his innocence; and (iii) it is not the court, but the disciplinary authority which has to decide the question of whether the respondent had exculpated himself by his written representation. [27] I dare say that the law is settled in cases of this genre. This can be gleaned from several decisions which were decided prior to Utra Badi and Vickneswary; see Hajjah Halimatussaadiah binti Haji Kamaruddin v. Public Services Commission, Malaysia & Anor [1994] 3 CLJ 532, Ghazi bin Mohd Sawi v. Mohd Haniff bin Omar, Ketua Polis Negara, Malaysia & Anor [1994] 2 CLJ 333, Zainal Hashim v. Government of Malaysia [1979] CLJU 132; [1979] 1 LNS 132 and Najar Singh v. Government of Malaysia & Anor [1974] CLJU 101; [1974] 1 LNS 101.” [32] Mahkamah ini berpendapat adalah suatu yang bukan di luar aturan apabila Lembaga Tataterib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat keputusan hukuman buang kerja tanpa secara fizikal mendengar rayuan lisan oleh Pemohon seperti yang telah dinyatakan dalam kes Tay Chai Huat (supra). Ini menyebabkan tiada sebarang ketidakpatuhan prosedur yang membolehkan Mahkamah ini membenarkan semakan kehakiman berdasarkan kepada alasan Pemohon tidak diberikan peluang untuk mengemukakan representasi lisan kepada Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM). 25 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hukuman [33] Pemohon juga dalam affidavit sokongannya menyatakan bahawa hukuman yang diberikan oleh Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) iaitu buang kerja adalah sesuatu yang berlebih- lebihan. Ia tidak ditimbangkan dengan sewajarnya dengan perkhidmatan yang telah diberi oleh Pemohon kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Ini ditambah pula dengan perkhidmatan cemerlang yang digambarkan melalui surat penghargaan, sijil penghargaan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang terdapat di eksibit “MTA-9”. Ini ditambah pula keadaan ekonomi yang sangat teruk ketika ini yang menyebabkan hukuman buang kerja adalah sesuatu yang menjejaskan Pemohon. [34] Ini ditambah pula sebelum ini Pemohon tidak pernah terlibat dalam tindakan hukuman tatatertib atau tindakan disiplin hatta pertuduhan jenayah di mana-mana Mahkamah. Mahkamah mendapati Pemohon menegaskan bahawa faktor-faktor ini telah gagal diambil kira oleh Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menentukan hukuman buang kerja terhadap Pemohon. [35] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa di dalam suatu prosiding semakan kehakiman, Mahkamah tidak menumpukan kepada keputusan yang diberikan tetapi lebih kepada sama ada terdapat sebarang perlanggaran prosedur semasa keputusan tersebut dilakukan. Malahan Mahkamah Persekutuan 26 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam kes Ng Hock Cheng v. Pengarah Am Penjara & Ors [1998] 1 CLJ 405 menyatakan seperti berikut: “It cannot be denied further that the disciplining of a public officer by his department head, is part of the function of the executive branch of the government and any usurpation by a court will be viewed with something very much more than disfavour even though the judiciary is the judicial branch of the government as well as an institution which belongs to the people. To repeat, a court intervenes only on the nature and manner of accusation against a public officer as distinct from a consequential punishment as explained above. Just like a professional body being the best tribunal to judge the seriousness of misconduct of its members, in a similar vein, an employer, including a government is the best person to judge similarly the seriousness of misconduct of an employee.” [36] Namun demikian Mahkamah juga mengambil kira keputusan dalam kes Norizan Bakar v. Panzana Enterprise Sdn Bhd [2013] 9 CLJ 409 berkenaan gangguan yang boleh dibuat oleh Mahkamah terhadap hukuman yang dijatuhkan melalui satu prosiding tatatertib. Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan mengapa di dalam sesuatu tindakan tatatertib melibatkan penjawat awam Mahkamah tidak sewajarnya menggantikan hukuman yang dijatuhkan seperti berikut: 27 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “[34] This point has been made earlier but deserves to be reiterated. A public officer who wishes to challenge any allegation of misconduct against him for which punishment has been imposed can only do so by challenging it in the High Court by way of judicial review. It is pertinent to note that the said public officer cannot challenge the punishment imposed, but only the allegations preferred against him. This clearly explains why the court must not substitute its own view as to what is the appropriate penalty for public officer's misconduct, for the view of the particular disciplinary committee as rightly held by the minority view in Tan Teck Seng and the Federal Court in Ng Hock Cheng.” [37] Akhirnya setelah menimbang keterangan dan hujahan-hujahan Mahkamah memutuskan permohonan semakan kehakiman ini adalah ditolak dengan kos RM 2,000.00. Bertarikh: 11 hb. November 2024 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR 28 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pemohon Amirul Ridzuan bin Hanif dan Ahmad Safuan Hazalan The Law Office of Amirul & Athirah No. 10-09, Menara Centara Jalan Tuanku Abd Rahman, Chow Kit 50320 Kuala Lumpur Bagi Pihak Responden-Responden Noor Fadzila binti Ishak Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Kuantan, Pahang Darul Makmur 29 S/N LC6cSXinkC57857SDstNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal