Muniyappan Rajendran (India) (L)
Court balanced mitigating factors (guilty plea, remorse, remand time, family circumstances) against strong public interest in deterrence for immigration overstays and concluded that an 8-month custodial sentence from date of arrest is proportionate, justified and within proper exercise of sentencing discretion under...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-83-2836-11/2023 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Prosecution: Pendakwa Raya; Defendant: Muniyappan Rajendran
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 29 January 2024
- Case Number
- BA-83-2836-11/2023 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Criminal / Post Conviction Sentencing (appeal Against Sentence)
- Outcome
- Appeal dismissed; sentence upheld
- Legal Topics
- Overstaying (unauthorised Stay), Guilty Plea Discount, Mitigation and Remorse, Public Interest and Deterrence, Judicial Discretion in Sentencing
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Pendakwa Raya
Prosecution
Muniyappan Rajendran
Defendant
Procedural Posture
Criminal / Post Conviction Sentencing (appeal Against Sentence)
Legal Issues
- 1 Whether the sentence of 8 months imprisonment was excessive or inadequate for offence under Section 15(1)(c) Immigration Act 1959/63
- 2 Proper weight to give to mitigation: guilty plea, remorse, family circumstances and period of pre-trial detention
- 3 Whether public interest and deterrence require a harsher sentence for foreign nationals overstaying
Ratio Decidendi
Court balanced mitigating factors (guilty plea, remorse, remand time, family circumstances) against strong public interest in deterrence for immigration overstays and concluded that an 8-month custodial sentence from date of arrest is proportionate, justified and within proper exercise of sentencing discretion under Section 15(1)(c) Immigration Act 1959/63.
Court Disposition
Appeal dismissed; sentence upheld
Orders
- Conviction under Section 15(1)(c) Immigration Act 1959/63 affirmed
- Defendant sentenced to 8 months imprisonment counted from date of arrest
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-83-2836-11/2023 Kand. 10 13/03/2024 12:58:31 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-83-2836-11/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN MUNIYAPPAN RAJENDRAN (NO. PASPOT: N4642750) ALASAN PENGHAKIMAN A) PENDAHULUAN [1] Ini merupakan alasan penghakiman bagi rayuan yang telah difailkan oleh pihak Tertuduh terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadap Tertuduh setelah Tertuduh mengaku salah. [2] Hukuman yang dirayu oleh Tertuduh adalah hukuman terhadap kesalahan dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu 8 bulan penjara dari tarikh tangkap dan Tertuduh 1 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal diperintahkan untuk dirujuk kepada Pihak Imigresen selepas dibebaskan. B) RINGKASAN KES [3] Tertuduh menghadapi Pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan Pindaan Bahawa kamu pada 20.11.2023 jam lebih kurang 6:15 petang, di tepi Jalan Bunga Kertas, Batu 14, 47100 Puchong, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati tinggal lebih masa yang dibenarkan setelah tamat tempoh pas lawatan sosial. Oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) Akta yang sama. Jika sabit kesalahan, denda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya. [4] Pihak Pendakwaan mengemukakan sanksi untuk mendakwa di bawah Seksyen 58(2) Akta Imigresen 1959/63 dan 2 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal memohon sanksi ditandakan sebagai A. [5] Pertuduhan Pindaan telah dibacakan, diterangkan dan dijelaskan kepada Tertuduh di dalam Bahasa Tamil. Tertuduh telah menyatakan bahawa Tertuduh faham dengan pertuduhan tersebut dan seterusnya mengaku salah di atas pertuduhan yang dikemukakan. Setelah Tertuduh mengaku salah, penalti seterusnya diterangkan kepada Tertuduh. Tertuduh telah menyatakan bahawa Tertuduh faham sifat dan akibat pengakuan salah yang dibuat olehnya dan masih mengaku salah di atas pertuduhan yang dikemukakan. Fakta kes adalah seperti Pertuduhan Pindaan yang ditandakan sebagai P1. [6] Pihak pendakwaan seterusnya mengemukakan dokumen- dokumen dan telah mohon daripada mahkamah untuk dokumen- dokumen tersebut ditandakan sebagai eksibit. Terdapat 3 tandaaan eksibit ditandakan iaitu: NO EKSIBIT TANDAAN 1. Sanksi Untuk Mendakwa A 2. Pertuduhan Pindaan P1 3. Repot Tangkapan P2 (No. Repot: BKT PUCHONG/013986/23) 3 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4. Surat Pengesahan Semakan Pergerakan P3 Keluar/Masuk Malaysia bertarikh 01/12/2023 [7] Setelah Mahkamah berpuashati dan Mahkamah menerima pengakuan salah yang dibuat oleh Tertuduh, Tertuduh kemudiannya didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) Akta yang sama. C) RAYUAN TERTUDUH [8] Semasa rayuan atau mitigasi ditanyakan kepada Tertuduh, Peguam Tertuduh menyatakan bahawa Tertuduh berumur 30, merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik beradik, masih belum mendirikan rumah tangga, Tertuduh datang ke Malaysia bekerja sebagai pembantu di carwash dengan pendapatan harian lebih kurang RM80 sehari. Peguam Tertuduh juga memaklumkan bahawa pengakuan salah Tertuduh sedikit sebanyak telah menjimatkan masa mahkamah dan Tertuduh telah ditahan reman selama 2 setengah bulan atau 3 bulan. 4 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [9] Tertuduh mengakhiri rayuan atau mitigasi dengan memohon daripada mahkamah untuk menjatuhkan suatu hukuman yang seringan-ringannya kepada Tetuduh yang berbentuk pemenjaraan dari tarikh tangkap sahaja dan Tertuduh mohon untuk pulang ke negara asalnya. [10] Peguam Tertuduh juga memaklumkan bahawa Tertuduh mempunyai ibu bapa yang uzur dan mereka ingin melihat Tertuduh sebelum terjadi apa-apa kepada mereka. D) HUJAHAN PIHAK PENDAKWAAN [11] Pihak Pendakwaan berhujah dengan memohon kepada mahkamah suatu hukuman setimpal yang boleh dijadikan pengajaran kepada Tertuduh agar Tertuduh tidak mengulangi kesalahan ini dengan mengambil kira kepentingan awam dan kekerapan kes serta memohon agar Tertuduh dapat dirujuk kepada pihak Imigresen untuk tindakan selanjutnya selepas tamat tempoh pemenjaraannya. 5 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal E) KEPUTUSAN MAHKAMAH TERHADAP HUKUMAN [12] Prinsip Undang-Undang berhubung hukuman telah jelas dan mantap (trite). Setiap kes mempunyai fakta kes yang berbeza di antara satu sama lain namun Prinsip Hukuman yang perlu dipertimbangkan di dalam setiap kes adalah sama bagi setiap kes dan keadaan ini telah diperjelaskan dengan sangat terperinci didalam kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256: In respect of sentencing there can be only general guidelines. No two cases can have exactly the same facts to the minutest detail. Facts do differ from case to case and ultimately each case has to be decided on its own merits. In practice sentences do differ not only from case to case but also from court to court. All things being equal these variations are inevitable if only because of the human element involved. But, of course, there must be limits to permissible variations. The principles to be applied in imposing sentence however are the same in every case. 6 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [Penekanan telah diberikan] [13] Prinsip Hukuman yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah selain daripada faktor-faktor lain adalah faktor kepentingan awam. Adalah penting untuk mahkamah mengambil maklum bahawa faktor kepentingan awam ini haruslah diimbangkan dengan faktor kepentingan Tertuduh. Prinsip ini telah sekali lagi diperjelaskan didalam kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256: One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J. in Rex v Kenneth John Ball 35 CrAppR 164 as follows:– "In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, 7 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe." [Penekanan telah diberikan] 8 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [14] Mahkamah juga mengambil maklum berkenaan kuasa menjatuhkan hukuman di mana kuasa ini terletak pada budi bicara mahkamah. Walau bagaimanapun, budi bicara ini perlu dilaksanakan selaras dengan prinsip undang-undang berhubung hukuman dan prinsip ini dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan didalam kes Ganesan Nachiappan & Ors v. PP [2000] 3 CLJ 302: The power of sentencing given to a trial court is a discretionary one and in order for us, as the appellate court, to disturb the sentence imposed, we must be convinced that the trial judge had erred in applying the correct principles of sentencing or had embarked on some unauthorised or extraneous exercise of discretion (see PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102[1976] 2 MLJ 256 and Bhandulananda Jayatilake v. PP [1981] 1 LNS 139;[1982] 1 MLJ 83). [Penekanan telah diberikan] [15] Setelah Mahkamah mempertimbangkan prinsip undang- undang seperti tertera di atas, mahkamah seterusnya 9 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mempertimbangkan faktor-faktor mitigasi yang dikemukakan oleh Tertuduh dalam membuat keputusan berhubung hukuman terhadap Tertuduh. [16] Faktor-Faktor mitigasi yang telah dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut: i. Pengakuan Salah Tertuduh [17] Mahkamah telah mengambil maklum bahawa Tertuduh telah mengaku salah dan ini telah menjimatkan masa dan kos semua pihak. Oleh itu, Pengakuan Salah Tertuduh ini harus diberi satu diskaun yang sewajarnya. [18] Dalam mempertimbangkan faktor mitigasi ini, mahkamah merujuk kepada kes Public Prosecutor v Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45 yang menyatakan seperti berikut: (3) It is an accepted rule of practice that an accused should be given credit or discount for pleading guilty. This is because public time and money will be spared if an accused admits his guilt. The credit or discount to be given to an accused person is not on the maximum 10 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sentence imposed by law but rather on a sentence which would have been imposed on the accused if he had claimed trial and been found guilty. [Penekanan telah diberikan] [19] Berbalik semula kepada kes Tertuduh, di dalam kes ini, Tertuduh telah mengaku salah dan ini sememangnya telah menjimatkan masa dan kos semua pihak. [20] Oleh itu, Mahkmah telah mengambil faktor Pengakuan Salah Tertuduh sebagai salah satu faktor mitigasi yang perlu dipertimbangkan dalam memutuskan hukuman yang wajar dijatuhkan terhadap Tertuduh. Mahkamah juga telah mengambil maklum berhubung suatu diskaun yang wajar diberi oleh Mahkamah dalam mempertimbangkan hukuman terhadap Tertuduh setelah Tertuduh mengaku salah. ii. Kesal Dan Insaf Terhadap Perbuatan [21] Mahkamah juga telah mengambil maklum bahawa pengakuan salah Tertuduh bukan sahaja dapat menjimatkan 11 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal masa dan kos pihak-pihak tetapi dapat menunjukkan keinsafan dan kekesalan Tertuduh terhadap kesalahan yang dilakukan. [22] Faktor kekesalan dan keinsafan Tertuduh merupakan salah satu faktor mitigasi yang penting yang telah diambil kira oleh mahkamah dalam memutuskan hukuman yang wajar dikenakan terhadap Tertuduh. iii. Faktor Kepentingan Awam [23] Mahkamah mengambil maklum bahawa kes ini adalah melibatkan bangsa asing yang mana datang ke Malaysia untuk bekerja. Akan tetapi, kebelakangan ini pelbagai kes jenayah yang terjadi di Malaysia melibatkan bangsa asing sama ada mereka mempunyai permit yang sah bekerja di Malaysia ataupun sebaliknya yang mana sekaligus akan memberi kesan yang tidak baik kepada kepentingan awam. [24] Oleh itu, mahkamah berpendapat bahawa, suatu hukuman berbentuk pencegahan (‘deterrent’) perlu diberikan oleh mahkamah bagi menjaga kepentingan awam. Namun, mahkamah juga perlu mengimbangkan faktor kepentingan awam tersebut dengan faktor kepentingan Tertuduh sebelum menjatuhkan 12 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hukuman tersebut. [25] Mahkamah juga berpendapat bahawa suatu hukuman yang tegas dan jelas perlu diberikan agar suatu pencegahan jenayah yang melibatkan bangsa asing di Malaysia ini datang ke Malaysia tanpa alasan dan sebab yang munasabah serta menetap di Malaysia lebih masa tanpa permit atau pas yang sah dapat dicegah daripada terus menjadi ulat di Malaysia. [26] Berkenaan isu ini, Mahkamah telah menggunapakai budi bicaranya sebagaimana diperjelaskan di dalam kes R v. Ball [1951] 35 Cr App R 164 seperti berikut: "….our law does not therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe…." [Penekanan telah diberikan] 13 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [27] Mahkamah juga merujuk kepada kes Sinnathurai Subramaniam v. PP [2011] 5 CLJ 56 at para. 35: “The sentences imposed by the sentencing judges have a signaling effect. If the judge imposes a light custodial sentence, he is sending a message to the whole world at large, so to speak, that the offence is not that serious. And if the judge imposes a binding over under the Criminal Procedure Code, he is saying that the accused should not be charged in the first place at all. So, it can be deduced that when a judge imposes a sentence he is making a statement whether the offence is serious or trivial. It is in these contexts that sentencing judges must be very cautious and must weigh in a balance the gravity of the offence with the proposed sentence. The sentence imposed must always reflect public interest after taking into account the mitigation advanced by the accused.” [28] Tertuduh yang berumur 30 tahun sememangnya mengetahui perkara yang benar dan salah. Tiada sebarang bukti dikemukakan bahawa dia tiada pengetahuan berkenaan apa yang Tertuduh telah lakukan adalah ‘illegal’ dan tiada sebarang 14 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bukti juga yang menunjukkan sebarang keadaan yang bersesuaian untuk meringankan hukuman terhadap Tertuduh. Tertuduh tinggal di Malaysia lebih masa yang dibenarkan selepas tampat tempoh pas lawatan sosialnya adalah merupakan tindakan yang salah di sisi undang-undang dan suatu hukuman tegas dan jelas perlu diberikan ke atas Tertuduh. Suatu hukuman yang berbentuk ‘lenient’ adalah tidak sesuai untuk menjaga kepentingan awam. iv. Latar Belakang Tertuduh [29] Di dalam rayuan Tertuduh, Tertuduh menyatakan bahawa Tertuduh berumur 30 tahun, seorang bujang dan Tertuduh datang ke Malaysia bekerja sebagai pembantu di carwash dengan pendapatan harian lebih kurang RM80. [30] Mahkamah berpendapat bahawa umur 30 tahun merupakan suatu umur yang seharusnya dapat membezakan antara suatu perkara baik dan buruk. Tambahan lagi, Tertuduh telahpun bekerja dan merupakan penanggung tunggal keluarganya di negara asal. Latar belakang ini menunjukkan bahawa Tertuduh seharusnya boleh membezakan kesan dan 15 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal akibat daripada perbuatannya. [31] Tindakan Tertuduh yang dengan sengaja dan tanpa alasan munasabah tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas lawatan sosialnya adalah amat tidak menghormati undang- undang Malaysia dan sistem pentadbiran keadilan Malaysia. Oleh itu, suatu hukuman yang tegas dan jelas perlu diberikan kepada Tertuduh agar suatu pengajaran dapat diberikan kepada Tertuduh. v. Hukuman Setimpal dan berbentuk Pengajaran [32] Pihak Pendakwaan memohon daripada Mahkamah agar suatu hukuman setimpal dikenakan kepada Tertuduh. Pihak Pendakwaan juga memohon suatu hukuman yang boleh dijadikan pengajaran kepada Tertuduh agar Tertuduh tidak mengulangi kesalahan ini. [33] Maksud hukuman setimpal telah di jelaskan secara terperinci didalam kes R v. lpeelee [2012] 1 SCR 433: "….proportionality …is not just a sanction. First, the principles ensures that a sentence reflects the gravity of the offence,…it 16 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal promotes justice for the victims and ensures public confidence in the system of justice. Secondly, the principles of proportionality ensures that a sentence does not exceed what is appropriates, given the moral blameworthiness of the offender…." [Penekanan telah diberikan] [34] Berdasarkan kes di atas, dapat dijelaskan bahawa hukuman yang hendak dikenakan terhadap Tertuduh mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, ‘seriousness’ kesalahan dan tahap penglibatan Tertuduh itu sendiri. [35] Berbalik semula kepada kes Tertuduh, Tertuduh telah dituduh dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 di mana hukuman penjara ditetapkan yang boleh dedenda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua- duanya sekali. [36] Oleh itu, mahkamah berpendapat bahawa hukuman 8 bulan penjara dari tarikh tangkap adalah hukuman yang setimpal, wajar 17 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dan sesuai dikenakan ke atas Tertuduh. [37] Mahkamah juga berpendapat bahawa hukuman 8 bulan penjara bermula dari tarikh tangkap ini bukanlah terlampau rendah atau terlampau tinggi (‘too excessively low or too excessively high’). Malah, mahkamah berpendapat bahawa hukuman 8 bulan penjara ini merupakan hukuman yang dapat menjamin keadilan kepada publik dan memberi keyakinan kepada sistem pentadbiran keadilan Malaysia. [38] Mahkamah seterusnya meneliti semula semua eksibit yang telah dikemukakan, rayuan Tertuduh dan pihak pendakwaan, maka Mahkamah mendapati hukuman penjara 8 bulan dari tarikh tangkap dapat menjadi pengajaran kepada Tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya. vi. Faktor-faktor Lain Yang Dipertimbangkan Mahkamah [39] Salah satu faktor lain yang dipertimbangkan oleh mahkamah ialah kekerapan kes di Mahkamah Majistret khususnya di Shah Alam terlalu banyak kes yang melibatkan 18 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal warga asing tak kira sama ada kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 ataupun kes-kes jenayah am yang lain yang sememangnya memberi ancaman bahaya kepada rakyat di Malaysia. Pelbagai tatacara dan arahan yang berasas telah ditetapkan oleh undang-undang di Malaysia. Akan tetapi, sehingga ke hari ini kita masih mendengar pelbagai kes-kes jenayah yang melibatkan bangsa asing di Malaysia ini yang seharusnya diambil peduli dan diberikan tindakan keras dan tegas kepada mereka agar mereka tidak memandang remeh dan seharusnya menghormati undang- undang di Malaysia ini. [40] Selain itu, di dalam mitigasinya, peguam Tertuduh juga memaklumkan bahawa ibu bapa kepada Tertuduh telahpun uzur dan ingin berjumpa dengan Tertuduh sebelum terjadi apa-apa kepada mereka. [41] Namun begitu, kesalahan yang dilakukakan oleh Tertuduh adalah ‘tinggal lebih masa yang dibenarkan setelah tamat tempoh pas lawatan sosial’ yang mana pada wajarnya Tertuduh terus seharusnya pulang ke negara asalnya sebaik sahaja pas lawatan sosialnya sudah tamat selepas 6 bulan sejak 19 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 07.09.2022 (tarikh pergerakan masuk Malaysia). [42] Jika merujuk kepada Surat Pengesahan Semakan Pergerakan Keluar/Masuk Malaysia di Lampiran A (Eksibit P3) yang mana jelas menunjukkan hanya ada pergerakan masuk ke Malaysia oleh Tertuduh yang dinyatakan iaitu pada tarikh 07.09.2022 dan tiada pergerakan keluar Malaysia sehingga tarikh Tertuduh dipertuduhkan di mahkamah pada 01.12.2023 yang memakan masa lebih setahun Tertuduh berada di Malaysia. [43] Perkara ini jelas menunjukkan bahawa alasan ibu bapa Tertuduh uzur dan ingin melihat Tertuduh sebelum terjadi apa- apa kepada Tertuduh hanyalah pemikiran terkemudian (‘afterthought’) iaitu alasan tersebut hanyalah sekadar alasan tanpa bukti secara dokumentasi atau fizikal dikemukakan oleh peguam Tertuduh kepada Mahkamah. F) KESIMPULAN [44] Setelah mengambil kira faktor-faktor yang dinyatakan di atas, dan mempertimbangkannya di antara satu sama lain, 20 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mahkamah ini berpendapat hukuman penjara lapan (8) bulan yang dikira dari tarikh tangkap Tertuduh adalah berpatutan dengan jenayah yang dilakukan, sebagai suatu hukuman yang wajar dan bersesuaian setelah faktor kepentingan awam dan faktor kepentingan Tertuduh diimbangi. Bertarikh 13 Mac 2024 ………………………T.T..…..………………… (FARAH BINTI ROSNAN) MAJISTRET Mahkamah Majistret Shah Alam Selangor Darul Ehsan Bagi Pihak Pendakwaan – Puan Saidah Fasihah Binti Che Yussoff, Timbalan Pendakwa Raya Bagi Pihak Tertuduh – Tetuan Kiranjit Randhawa & Co 21 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal