NG BOON ANN PUBLIC PROSECUTOR
On the balance of probabilities the High Court found the sessions court was entitled to conclude the seized RM1,865,000 was obtained as a result of or in connection with corrupt conduct under the MACC Act; the investigating officers' affidavits and exhibits were admissible under s41A and not excluded as hearsay; the...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-42[ORS]-8-04/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Ng Boon Ann; Respondent: Public Prosecutor
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 10 February 2020
- Case Number
- WA-42[ORS]-8-04/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Forfeiture (macc Act) / Appeal From Sessions Court to High Court (judgment on Appeal)
- Outcome
- Appeal dismissed; forfeiture order affirmed.
- Legal Topics
- Forfeiture Under MACC Act S41, Admissibility of Investigating Officer Affidavits, Predicate Offence Requirement in Forfeiture Proceedings, Speaking Judgment Requirement
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Ng Boon Ann
Appellant
Public Prosecutor
Respondent
Procedural Posture
Criminal Forfeiture (macc Act) / Appeal From Sessions Court to High Court (judgment on Appeal)
Legal Issues
- 1 Whether the sessions court judgment was a speaking judgment
- 2 Whether the Public Prosecutor needed to establish a separate predicate offence to obtain forfeiture under s41 MACC Act
- 3 Whether the investigating officer's affidavit and attached bank records were admissible (hearsay/section 41A/Evidence Act)
Ratio Decidendi
On the balance of probabilities the High Court found the sessions court was entitled to conclude the seized RM1,865,000 was obtained as a result of or in connection with corrupt conduct under the MACC Act; the investigating officers' affidavits and exhibits were admissible under s41A and not excluded as hearsay; the sessions court gave adequate reasons; therefore the forfeiture order under s41(1) was properly made and is affirmed.
Court Disposition
Appeal dismissed; forfeiture order affirmed.
Orders
- Forfeiture of RM1,865,000.00 to the Government pursuant to section 41(1) Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
IN THE HIGH COURT IN MALAYA AT KUALA LUMPUR CRIMINAL DIVISION CASE NUMBER: WA-42[ORS]-8-04/2019 BETWEEN NG BOON ANN …APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR …RESPONDENT JUDGMENT [1] This is an appeal from the decision of the learned sessions court judge in ordering that the sum of RM 1,865,000.00 be forfeited to the government under the provision of section 41(1) of the Malaysian Anti Corruption Commission Act 2009 (“MACC Act”). 1 [2] Section 41(1) of the MACC Act states: “Forfeiture of property where there is no prosecution for an offence 41. (1) Where in respect of any property seized under this Act there is no prosecution or conviction for an offence under this Act, the Public Prosecutor may, before the expiration of eighteen months from the date of the seizure, apply to a Sessions Court Judge for an order of forfeiture of that property if he is satisfied that such property had been obtained as a result of or in connection with an offence under this Act. (2) The Judge to whom an application is made under subsection (1) shall cause to be published a notice in the Gazette calling upon any person who claims to have an interest in the property to attend before the Court on a date specified in the notice, to show cause as to why the property should not be forfeited. 2 (3) Where the Judge to whom an application is made under subsection (1) is satisfied- (a) that the property is the subject matter of or was used in the commission of an offence under this Act; and (b) there is no purchase in good faith for valuable consideration in respect of the property, he shall make an order for the forfeiture of the property. (4) Property in respect of which no application is made under subsection (1) shall, at the expiration of eighteen months from the date of its seizure, be released to the person from whom it was seized.” [3] The prosecution in this case supported their application with the affidavits of Mohd Asnawi b Abu Hanipah, Saiful Amir b Hamzah, and Allan Suman Pillai. Whereas the appellant filed his own affidavits in reply to the prosecution’s affidavits above. In the affidavit of Mohd Asnawi b Abu Hanipah he stated as follows: 3 “Saya MOHD ASNAWI BIN ABU HANIPAH (No. K.P: 721219-08-5679) seorang Timbalan Pendakwa Raya dan seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan kini beralamat kerja di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Aras 19, Blok C, No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250 Putrajaya dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:- 1. Saya adalah Timbalan Pendakwa Raya di Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (selepas dari ini dirujuk sebagai "SPRM") yang diberi kuasa untuk mengikrarkan Afidavit ini bagi pihak Pemohon. 2. Segala maklumat yang dideposkan di sini adalah benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya berdasarkan dokumen-dokumen yang saya mempunyai akses melainkan dinyatakan sebaliknya. 4 3. Saya adalah Timbalan Pendakwa Raya yang bertanggungjawab dalam meneliti Kertas Siasatan terhadap Gopinathan al Krishnan (No. K/P: 670227-04- 5127) (selepas dari ini dirujuk sebagai "Gopi") dan Ng Boon Ann, No. K.P: 771120-10- 5209 (selepas dari ini dirujuk sebagai "Responden") kerana telah bersubahat memberi wang rasuah kepada Pegawai Kanan Polis sebagai balasan melindungi aktiviti perniagaan pusat hiburan, pusat perjudian dan rumah urut haram di sekitar Kuala Lumpur daripada diambil tindakan undang-undang. 4. Saya menegaskan bahawa pada 24.05.2017, Penguasa SPRM Mohd Ihsan bin Sapuan telah membuat penyitaan ke atas wang tunai berjumlah RM200,000.00 daripada Lim Meng Huat (No. K/P: 830711-10-5021) (selepas dari ini dirujuk sebagai "Lim") mengikut peruntukan seksyen 33 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 5 5. Saya menegaskan bahawa pada 25.05.2017, Penguasa SPRM Mohd Ihsan bin Sapuan juga telah membuat penyitaan ke atas wang tunai berjumlah RM1,665,000.00 daripada Lim mengikut peruntukan seksyen 33 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (selepas dari ini dirujuk sebagai “ASPRM 2009”). 6. Saya menyatakan bahawa setelah Kertas Siasatan ini diteliti, pihak Pendakwa Raya memutuskan tiada pendakwaan dibuat terhadap Responden berhubung harta alih yang disita tersebut atas mana-mana kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 7. Hasil daripada siasatan kes, saya berpuas hati bahawa harta alih yang telah disita di perenggan 4 dan 5 adalah hal perkara kesalahan di bawah seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 6 8. Saya menyatakan bahawa alasan-alasan yang menyokong dapatan itu adalah seperti berikut:- (i) Siasatan terhadap Responden di bawah seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 telah dijalankan Pegawai Penyiasat SPRM Penolong Penguasa Saiful Amir bin Hamzah (No. K/P: 850714-09-5007). (ii) Saya pohon merujuk kepada perenggan 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19 dan 20 Afidavit Pegawai Penyiasat SPRM Penolong Penguasa Saiful Amir bin Hamzah (No. K.P: 850714- 09-5007) mengenai kesalahan yang dilakukan di bawah seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berhubung dengan pemilikan harta-harta tersebut. 9. Dengan ini, saya memohon kepada Mahkamah Yang Mulia menyebabkan suatu notis disiarkan dalam Warta di bawah seksyen 41(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) memanggil mana- mana orang yang menuntut bahawa dia mempunyai kepentingan terhadap harta alih tersebut hadir di 7 hadapan Mahkamah pada tarikh yang dinyatakan dalam notis untuk menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak patut dilucuthakkan dan seterusnya memohon Mahkamah Yang Mulia ini melucuthakkan harta tersebut di bawah seksyen 41(3) Akta yang sama.” [4] Whereas the affidavit of Saiful Amir b Hamzah states as follows: “Saya, SAIFUL AMIR BIN HAMZAH (NO. K.P: 850714- 09-5007) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan kini berkhidmat di Cawangan Siasatan B, Bahagian Siasatan, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok C, Tingkat 14, No. 2 Lebuh Wawasan, 62250 Putrajaya dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:- 1. Saya adalah seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berpangkat Penolong Penguasa dan berkhidmat dengan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai "SPRM") sejak 02.05.2006. 8 2. Saya adalah Pegawai Suruhanjaya yang telah dilantik untuk menjadi Pegawai Penyiasat bagi kes siasatan SPRM Ibu Pejabat Aduan No. 0210/2017 dan saya diberi kuasa untuk mengikrarkan afidavit ini yang saya percaya saya mempunyai pengetahuan mengenai fakta-fakta dan hal-hal keadaan berkaitan dengan perkara ini dan daripada dokumen-dokumen dalam milikan saya yang mana saya punyai akses kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Sesalinan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Aduan No. 0210/2017 bertarikh 09.05.2017 dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai ekshibit “SAH-1”. 3. Saya menyatakan bahawa pada tarikh 09.05.2017 saya berpangkat Penolong Penguasa. 4. Saya menegaskan bahawa siasatan telah dijalankan terhadap Gopinathan a/l Krishnan (No. KP: 670227-04- 5127) (selepas dari ini dirujuk sebagai "Gopi") dan Ng Boon Ann, No. KP: 771120-10-5209 (selepas dari ini dirujuk sebagai "Responden") kerana telah bersubahat memberi wang rasuah kepada Pegawai Kanan Polis 9 sebagai balasan melindungi aktiviti perniagaan pusat hiburan, pusat perjudian dan rumah urut haram di sekitar Kuala Lumpur daripada diambil tindakan undang-undang. 5. Responden merupakan pemilik pusat hiburan Golden Palace Pub (KTV), Sri Petaling, Kuala Lumpur yang menjalankan perniagaan pusat hiburan dan menyediakan perkhidmatan perhubungan pelanggan (GRO) dan tidak mempunyai permit yang sah. Manakala Gopi pula merupakan kawan kepada Responden dan pernah bekerja di pusat hiburan di Genting Highland. Gopi juga merupakan Pengarah dan pemegang saham syarikat Sri Paandi Bukit Bintang Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan kedai makan dan juga kelab malam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sesalinan Makumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia atas nama Sri Paandi Bukit Bintang Sdn. Bhd. dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai ekshibit “SAH-2". 10 6. Hasil siasatan mendapati pada awal tahun 2016, Gopi telah berjumpa dan telah meminta bantuan Responden untuk menggunakan akaunnya bagi tujuan kemasukan dan menyimpan wang-wang perlindungan yang dibayar oleh pemilik-pemilik pusat hiburan, pusat perjudian dan rumah urut haram di sekitar Kuala Lumpur bagi melindungi perniagaan mereka dari diganggu oleh pihak Polis, yang mana wang perlindungan tersebut akan diserahkan secara tunai kepada pegawai kanan polis apabila diminta. Responden pada masa tersebut bersetuju memberikan nombor akaun persendiriannya iaitu akaun Maybank No. 512398020794 kepada Gopi. 7. Siasatan juga mendapati Gopi mula mengenali Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara (selepas dari ini dirujuk sebagai "Tan Sri Khalid") sekitar tahun 2000 dan mempunyai hubungan yang sangat rapat sehinggakan Gopi diberi kepercayaan untuk mencadangkan kepada Tan Sri Khalid berhubung penempatan dan pertukaran pegawai-pegawai polis. 11 8. Pernyataan dalam pemeriksaan SPRM terhadap Responden juga mengesahkan bahawa, selain kemasukkan wang perlindungan yang diterima daripada pemilik-pemilik pusat hiburan, pusat perjudian dan rumah urut haram sekitar Kuala Lumpur ke dalam akaun Maybank No. 512398020794 milik Responden oleh Gopi sendiri, Gopi turut meminta Responden mengambil wang secara tunai daripada pemilik pusat perjudian bernama Allen. Responden sahkan Allen telah memberikan wang perlindungan berjumlah RM50,000.00 setiap bulan kepadanya untuk disimpan bagi pihak Gopi dengan jumlah keseluruhan wang tunai yang diterima dari Allen adalah lebih kurang RM600,000.00. 9. Responden juga mengesahkan bahawa pusat hiburan Golden Palace Pub (KTV) miliknya turut membayar wang perlindungan kepada Gopi sejak awal tahun 2016 iaitu sebanyak RM20,000.00 sehingga RM30,000.00 setiap bulan dan bergantung kepada keuntungan perniagaannya, yang mana wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank No. 12 512398020794 milik Responden sepertimana arahan Gopi. 10. Rakaman pernyataan Khor Chee How (selepas dari ini dirujuk sebagai "Khor"), Pengurus syarikat LS2 Automart yang menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kereta mengesahkan Responden adalah kawannya dan telah memperkenalkan Gopi kepadanya. Khor mengesahkan bahawa Gopi ada berjumpa dengannya dan telah menawarkan pekerjaan dengan menghantar kereta-kereta untuk diselenggara. Gopi juga telah mengarahkan Khor supaya menyediakan invoice bayaran bagi kos penyelenggaraan kereta dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM5,000.00 sehingga RM10,000.00 bagi setiap kereta walaupun sebenarnya harga penyelenggaraan sebuah kereta hanya RM2,000.00. Khor juga mengesahkan telah menyerahkan wang secara tunai berjumlah RM30,000.00 sehingga RM70,000.00 setiap bulan sejak bulan Februari 2017 kepada Gopi melalui Responden iaitu hasil daripada lebihan bayaran penyelenggaraan kereta-kereta yang dihantar ke 13 bengkel Khor. Anggaran jumlah keseluruhan wang tunai yang diterima daripada Khor oleh Gopi melalui Responden adalah berjumlah RM200,000.00. Responden mengesahkan wang tunai tersebut telah disimpan di dalam peti besi di rumahnya. 11. Diana binti Mohd Disi, Penolong Pengurus Maybank Cawangan Bandar Baru Klang, Selangor mengesahkan bahawa Responden telah membuka akaun simpanan persendirian Maybank No. 512398020794 pada 14.05.2001. Penandatangan akaun tersebut adalah Responden seorang. Diana binti Mohd Disi juga sahkan akaun simpanan Maybank No. 512398020794 milik Responden sangat aktif yang mana transaksi kemasukan dan transaksi pengeluaran wang yang sangat kerap. Sesalinan Borang Akaun Persendirian Maybank atas nama Ng Boon Ann akaun No. 512398020794 dan sesalinan penyata akaun Maybank No. 512398020794 dari bulan Mac 2016 sehingga April 2017 dilampirkan di sini secara kolektif dan ditandakan sebagal ekshibit "SAH-3". 14 12. Abdul Aziz bin Arib (selepas dari ini dirujuk sebagai "Aziz") di dalam pernyataannya kepada SPRM mengesahkan bahawa dia mula bekerja dengan Gopi sebagai pemandu sambilan sejak daripada tahun 2013 lagi iaitu setelah diperkenakan oleh kawannya iaitu anak Tan Sri Khalid bernama Khairul Amin. Aziz juga mengesahkan telah diarahkan oleh Gopi untuk menyerahkan wang secara tunai kepada Responden beberapa kali untuk disimpan iaitu:- 12.1 Pada 02.12.2016 berjumlah RM50,000.00. 12.2 Pada 04.04 2017 berjumlah RM40,000.00. 12.3 Pada 30.04.2017 berjumlah RM40,000.00. 12.4 Pada 11.05.2017 berjumlah RM40,000.00. 13. Selain itu juga, Aziz sahkan bahawa Gopi turut menggunakan akaun Maybank No. 164017251078 miliknya untuk transaksi kemasukan dan pengeluaran wang sepertimana arahan Gopi. Aziz mengesahkan bahawa transaksi kemasukan wang ke dalam akaun Maybank miliknya kebanyakannya adalah daripada pegawai-pegawai polis antaranya ASP Faizal Azwan bin Osman (selepas dari ini dirujuk sebegai "ASP 15 Faizal"), Pegawai Turus D7, Ibu Pejabat Kontingen Melaka dan ASP Jefri Faizal bin Jimi Sham (selepas dari ini dirujuk sebagai "ASP Jefri"), Pegawai Risikan/Operasi Ibu Pejabat Daerah Melaka Tengah, Melaka. Aziz mengesahkan juga bahawa setiap transaksi kemasukan dan pengeluaran wang daripada akaunnya akan dibuat setelah mendapat arahan daripada Gopi sendri ataupun daripada Khairul Amin iaitu anak Tan Sri Khalid. Gopi juga pernah mengarahkan Aziz membuat pindahan wang ke akaun Maybank No. 512398020794 milik Responden. 14. Pernyataan dalam pemeriksaan ASP Faizal dan ASP Jefri mengesahkan bahawa wang tersebut adalah wang perlindungan yang diterima daripada pemilik- pemilik perniagaan pusat hiburan, pusat perjudian dan rumah urut haram di sekitar Melaka sepertimana arahan Gopi memandangkan Gopi mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan rapat dengan bos besar di Bukit Aman. ASP Faizal mengesahkan bahawa telah memberikan wang sebanyak RM4,000.00 hingga RM10,000.00 setiap bulan kepada Gopi secara tunai ataupun 16 dimasukkan secara runcit ke dalam akaun Maybank No. 164017251078 milik Aziz. ASP Jefri pula mengesahkan telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM5,000.00 setiap bulan kepada Gopi sejak pertengahan tahun 2016. 15. Lim Wen Nee, Penolong Pengurus Maybank Cawangan Utama Kuala Lumpur mengesahkan bahawa Aziz telah membuka akaun simpanan individu di Menara Maybank, Kuala Lumpur pada 16.10.2012 dengan akaun No. 164017251078. Penandatangan akaun tersebut adalah Aziz seorang. Akaun simpanan Maybank No. 164017251078 milik Aziz aktif yang mana terdapat transaksi kemasukan dan transaksi pengeluaran wang yang kerap. Sesalinan Borang pembuka akaun Simpanan Maybank No. 164017251078 atas nama Abdul Aziz bin Arib dan sesalinan penyata akaun Simpanan Maybank No. 164017251078 dilampirkan di sini secara kolektif dan ditandakan sebagai ekshibit "SAH-4". 17 16. Pernyataan dalam pemeriksaan SPRM terhadap Gopi mengesahkan bahawa Gopi juga telah menerima wang perlindungan daripada Dato' Eric iaitu pemilik kedai mesin judi untuk diserahkan kepada Tan Sri Khalid supaya tidak mengambil tindakan undang- undang terhadap aktiviti mesin judi haram yang dijalankan sekitar Kuala Lumpur dengan jumlah keseluruhan lebih kurang RM330,000.00 secara tunai seperti berikut :- 16.1 Pada 24.02.2017 berjumlah RM80,000.00. 16.2 Pada 25.03.2017 berjumlah RM70,000.00. 16.3 Pada 02.04.2017 berjumlah RM150,000.00, 16.4 Pada 15.05.2017 berjumlah RM30,000.00. 17. Responden mengesahkan anggaran jumlah keseluruhan wang Gopi yang disimpan sama ada di dalam akaun Maybank miliknya dan juga secara tunai yang disimpan di dalam peti besi di rumahnya adalah berjumlah lebih kurang RM2,750,000.00. Responden juga mengesahkan telah menyerahkan wang tunai kepada Gopi mengikut jumlah yang diminta yang mana Gopi memaklumkan wang tersebut adalah untuk 18 kegunaan Tan Sri Khalid. Baki wang perlindungan milik Gopi yang masih disimpan adalah berjumlah RM2,020,000.00 termasuklah RM1,850,000.00 yang dipinjamkan kepada kawannya iaitu Lim Meng Huat (selepas dari ini dirujuk sebagai "Lim"), pengurus Pramacol Steel Industry Sdn. Bhd. dengan faedah (interest) 3% setiap bulan dari nilai pinjaman. Lim mengesahkan telah mengenali Responden sejak dari kecil lagi kerana tinggal dikawasan yang sama iaitu di Pandamaran, Klang. Lim juga dalam pernyataannya mengesahkan telah membuat pinjaman wang sebanyak RM1,850,000.00 daripada Responden dan telah membayar kepada Responden sebanyak RM400,000.00 iaitu faedah 3% yang dikenakan dengan mendepositkan wang ke dalam akaun peribadi RHB bank milik Responden. 18. Pada 24.05.2017, Penguasa SPRM Mohd Ihsan bin Safuan telah membuat penyitaan ke atas wang tunai berjumlah RM200,000.00 daripada Lim dan satu Sesalinan Senarai Penyitaan Harta Alih seksyen 33 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 19 (selepas dari ini dirujuk sebagai "ASPRM 2009") telah disampaikan kepada Lim. Sesalinan Senarai Penyitaan Harta Alih bertarikh 24.05.2017 dilampirkan disini dan ditandakan sebagai ekshibit "SAH-5". 19. Pada 25.05.2017, Penguasa SPRM Mohd Ihsan bin Safuan juga telah membuat penyitaan ke atas wang tunai berjumlah RM1,665,000.00 daripada Lim dan satu Sesalinan Senarai Penyitaan Harta Alih seksyen 33 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (selepas dari ini dirujuk sebagai "ASPRM 2009) telah disampaikan kepada Lim. Sesalinan Senarai Penyitaan Harta Alih bertarikh 25.05.2017 dilampirkan disini dan ditandakan sebagai ekshibit "SAH-6". 20. Saya menegaskan bahawa saya telah menjalankan siasatan dan saya sesungguhnya mempercayai berdasarkan keterangan-keterangan yang ada menunjukkan harta alih iaitu wang tunai berjumlah RM1,865,000.00 yang telah disita tersebut telah diperolehi hasil daripada atau berkaitan dengan 20 kesalahan di bawah seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). 21. Dengan ini saya memohon Mahkamah Yang Mulia supaya permohonan ini dibenarkan.” [5] The appellant in his affidavit in reply merely denied the allegations against him. The appellant’s affidavit states as follows: “Saya, Ng Boon Ann (No. K/P: 771120-10-5209) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No. 35, Jalan Setia Tropika U13/20E, Bandar Eco Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:- 1. Saya berumur 41 tahun dan sudah berkahwin. Saya adalah merupakan seorang ahli perniagaan. Saya mempunyai lima orang anak iaitu (i) Stanley Ng Chee Yoo, berumur 21 tahun yang kini sedang melanjutkan pelajaran di University of Essex, United Kingdom; (ii) 21 Henry Ng Chee Wei berumur 19 tahun; (iii) Ashley Ng Zi Xuan berumur 15 tahun; (iv) Valerie Ng Zi Yi berumur 10 tahun; dan (v) Queensley Ng Zi En berumur 3 tahun. 2. Saya memohon kebenaran Mahkamah untuk merujuk kepada Afidavit Saiful Amir bin Hamzah (selepas ini dirujuk sebagai "SAFL") yang diikrarkan pada 31/10/2018. 3. Saya merujuk pada Perenggan 2 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa No. Aduan 0210/2017 yang diekshibitkan sebagai "SAH-1" tidak mempunyai kaitan langsung dengan saya dan juga tiada aduan dibuat terhadap saya oleh mana-mana pihak. 4. Saya merujuk pada Perenggan 4 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah terlibat dalam pemberian wang rasuah seperti dinyatakan di Perenggan 4 dan juga saya tidak pernah ditangkap atau dituduh atau disabitkan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (selepas ini dirujuk sebagai 22 "Akta SPRM") dan meletakkan beban pembuktian yang kuat dan kukuh untuk Pemohon membuktikannya. 5. Saya merujuk pada Perenggan 5 Afidavit "SAFL" dan ingin menegaskan bahawa saya tidak ada apa-apa kaitan dengan pusat hiburan Golden Palace Pub (KTV) dan tidak ada apa apa dokumen atau bukti yang sahih dikemukakan oleh pihak Pemohon iaitu carian SSM dan sebagainya untuk membuktikan saya adalah pemilik (KTV) dan ini merupakan satu andaian dan tohmahan yang dibuat oleh Pemohon dan saya meletakkan beban bukti yang kukuh ke atas Pemohon untuk membuktikannya. 6. Saya juga merujuk pada Perenggan 5 Afidavit "SAFL" dan ingin menegaskan bahawa saya tidak ada pengetahuan tentang perbuatan Gopinathan a/l Krishnan (selepas ini dirujuk sebagai "Gopi") yang disebut di Perenggan 4 mengenai pengarah dan pemilik saham Syarikat Sri Paandi yang menjalankan perniagaan kedai makan dan juga kelab malam di Bukit Bintang dan saya tidak pernah terlibat dalam 23 perniagaan yang dibuat oleh Gopi dan meletakkan beban pembuktian yang kuat dan kukuh ke atas Pemohon untuk membuktikannya. 7. Saya merujuk pada Perenggan 6 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa tidak pernah saya membukakan akaun persendirian Maybank No. 51239020794 untuk kegunaan Gopi dan akaun persendirian ini saya buka pada tahun 2001 dan saya adalah untuk kegunaan saya sendiri untuk perniagaan yang sah dibuat oleh saya dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak ketiga dan saya meletakkan beban pembuktian yang kuat dan kukuh ke atas Pemohon untuk membuktikannya. 8. Saya juga ingin merujuk pada Perenggan 7 Afidavit “SAFL" dan ingin menyatakan bahawa perkara yang dinyatakan tidak ada kaitan dengan saya dan saya tidak mempunyai pengetahuan tentang perhubungan di antara Gopi dan Tan Sri Dato' Khalid bin Abu Bakar, (selepas ini dirujuk sebagai “Tan Sri Khalid”). 24 9. Saya menafikan segala pernyataan di Perenggan 8 Afidavit “SAFL" dan juga merujuk pada Perenggan 8 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa akaun Maybank No. 512398020794 milik saya tidak pernah digunakan oleh pihak ketiga untuk memasukkan apa- apa duit haram dan Gopi tidak pernah meminta saya mengambil duit dari perseorangan Allen yang berjumlah RM600,000.00 dan meletakkan beban pembuktian yang kukuh ke atas Pemohon untuk membuktikannya. 10. Saya juga menafikan segala pernyataan di Perenggan 9 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa saya tidak ada apa-apa penglibatan dengan Pusat Hiburan Golden Palace Pub dan tidak pernah ada apa-apa kemasukan duit dari Pusat Hiburan Golden Palace Pub ke dalam akaun Maybank No. 51239020794 milik saya dan saya meletakkan beban pembuktian yang kuat dan kukuh ke atas Pemohon untuk membuktikannya. 25 11. Saya juga menafikan segala pernyataan di Perenggan 10 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa Khor Chee How tidak pernah bagi duit kepada saya. Sekiranya benar RM 200,000.00 dalam peti besi semasa saya ditahan dan dibawa oleh Pegawai SPRM ke rumah untuk pemeriksaan, tidak ada apa-apa rampasan duit berjumlah RM200,000.00 dan [sic] peti besi dan yang ada di dalam peti besi adalah duit simpanan kecemasan berjumlah RM10,000.00 untuk kegunaan keluarga yang tidak dirampas oleh pihak SPRM dan ini adalah “afterthought" dan “hearsay" dari pihak Pemohon. 12. Saya juga ingin merujuk pada Perenggan 11 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa transaksi wang yang telah saya gunakan melalui akaun Maybank No. 512398020794 adalah untuk tujuan perniagaan semata-mata dan adalah munasabah untuk transaksi kerap berlaku kerana saya mempunyai sembilan syarikat perniagaan dan adalah benar saya telah buka akaun Maybank No. 512398020794 pada 14.5.2001 dan menggunakan akaun sehingga hari ini 26 dan ini bukan saya akaun yang dibuka untuk kegunaan pihak ketiga seperti yang dinyatakan oleh pihak Pemohon. 13. Saya juga menafikan segala pernyataan di Perenggan 12 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa saya tidak tahu bahawa Abdul Aziz bin Arib (selepas ini dirujuk sebagai "Aziz") adalah merupakan pemandu kepada Gopi dan tidak ada pengetahuan dan tidak tahu tentang transaksi yang dibuat oleh Aziz dan tidak pernah terima duit tunai daripada Aziz serta meletakkan beban pembuktian yang kuat dan kukuh ke atas Pemohon untuk membuktikannya. 14. Saya juga menafikan segala pernyataan di Perenggan 13 Afidavit "SAFL" dan menyatakan bahawa transaksi dalam akaun Maybank No. 164017251078 bukan dalam pengetahuan saya dan tidak ada kena-mengena dengan saya. Saya tidak mengenali pegawai-pegawai polis yang dinamakan di dalam Afidavit Pemohon iaitu ASP Faizal Azwan bin Osman dan ASP Jefri Faizal bin Jimi Sham serta 27 seorang individu yang dikatakan anak kepada Tan Sri Khalid bernama Khairul Amin. Tidak ada sebarang transaksi yang berlaku dalam akaun Maybank No. 512398020794 daripada ASP Faizal atau yang lain dan saya meletakkan beban pembuktian yang kuat dan kukuh ke atas Pemohon untuk membuktikannya. 15. Saya juga ingin merujuk pada Perenggan 14 Afidavit “SAFL" dan ingin menyatakan bahawa saya tidak mengetahui apa jenis transaksi yang Gopi lakukan dan perkara tersebut tidak ada kaitan dengan saya kerana transaksi tersebut dikatakan berlaku antara Gopi dan dua pegawai polis tersebut dan saya tidak ada akses kepada akaun Maybank No. 164017251078 yang dikatakan milik Aziz (selepas ini dirujuk sebagai "akaun aziz"). 16. Saya juga ingin merujuk pada Perenggan 15 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan sekali lagi bahawa saya tidak ada pengetahuan dan akses berkenaan akaun Maybank Aziz. Oleh itu, saya tidak 28 tahu akan transaksi keluar masuk akaun itu dan tidak ada kena-mengena dengan saya. 17. Saya juga menafikan segala pernyataan di Perenggan 16 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa saya tidak kenal Dato' Eric atas urusan dengan Gopi, dan saya tidak terlibat dengan transaksi tunai kerana saya tidak terima wang itu atau uruskan wang tunai berjumlah RM330,000.00 daripada 24.2.2017 hingga 15.5.2017 dan sekiranya pihak Pemohon harus ambil tindakan adalah terhadap Gopi, Dato' Eric dan Tan Sri Khalid dan bukan saya, kerana tidak ada kaitan antara saya dan urusan mereka. 18. Saya juga ingin merujuk pada Perenggan 17 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa saya telah menyatakan semasa pemeriksaan di dalam rumah tidak ada apa-apa jumlah tunai sebanyak RM2,750,000.00 dalam peti besi dan ini adalah keterangan hearsay "dengar cakap" dari pihak ketiga dan meletakkan beban bukti yang kuat dan kukuh ke atas Pemohon untuk membuktikannya. 29 19. Saya juga merujuk pada Perenggan 17 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa saya ada berurusan perniagaan dengan Lim dan ada memberi pinjaman kepada Lim dan jumlah RM1,850,000.00 bukanlah secara tunai akan tetapi secara berperingkat dan tidak ada kena mengena dengan Gopi dan bukan duit kepunyaan Gopi yang dikatakan sebanyak RM2,020,000.00. 20. Saya merujuk pada Perenggan 17 Afidavit "SAFL", saya telah diarah oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai "SPRM") untuk membawa wang sebanyak RM2,020,000.00 dan saya akan diberi jamin. Justeru itu, saya telah menghubungi bapa saya Ng Kian Heng (No. K/P:541010-10-6709) untuk memaklumkan perkara tersebut, dan seterusnya bapa saya telah menghubungi Lim untuk mencari wang dan membawa ke SPRM untuk menjelaskan amaun tersebut. Wang berjumlah RM2,020,000.00 yang dibayar adalah hasil daripada perniagaan saya sendiri dan bukannya daripada sumber yang salah. 30 21. Saya ingin sekali lagi merujuk kepada Perenggan 18 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa semasa saya direman saya dipukul dan dipaksa oleh Pegawai SPRM untuk saya bawa duit berjumlah RM2,020,000.00 dan menyuruh dan ugut saya dan mereka meminta saya sediakan RM2,020,000.00. 22. Saya juga ingin merujuk pada Perenggan 18 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa saya telah maklum saya ada pinjamkan Lim RM1,850,000.00 dan mereka suruh saya bawa duit ini dan juga minta tambah di mana Lim bawa RM200,000.00 dan kemudian RM1,665,000.00 yang menjumlahkan keseluruhan amaun sebanyak RM1,865,000.00, Mereka kemudian telah masuk dan minta saya tambah kepada amaun RM2,020,000.00 dan saya telah cakap boleh ambil dari Akaun Maybank saya untuk menjumlahkan duit kepada RM2,020,000.00. 23. Saya juga ingin merujuk pada Perenggan 18 Afidavit "SAFL" dan ingin menyatakan bahawa saya memang telah berurusan dengan Lim Meng Huat (No. 31 K/P:830711-10-5021) (selepas ini dirujuk sebagai "Lim") dengan memberi pinjam di mana ini bukan secara tunai, tetapi jumlah RM1,850,000.00 adalah merupakan ansuran daripada perjanjian pinjaman. (Dilampirkan di sini sesalinan kad pengenalan Lim dan lima salinan Perjanjian Pinjaman dengan Lim dan ditandakan secara kolektif sebagai Ekshibit "NBA-2").” [6] The appellant goes on to say in his affidavit that he is a businessman with various businesses and denies the allegations made by the respondents. [7] The learned sessions court judge in his judgment said as follows: “ALASAN PENGHAKIMAN PERMOHONAN PEMOHON 1. Ini adalah Permohonan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (selepas ini dipanggil SPRM) melalui Pendakwaraya (selepas ini dipanggil 32 TPR) dibawah Seksyen 41(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Manakala Ng Boon Ann (selepas ini dipanggil Responden) melalui Peguamnya telah menentang Permohonan ini. Permohonan oleh Pemohon adalah: (a) Untuk mendapatkan Perintah Pelucuthakan Harta untuk disalurkan kepada hasil Kerajaan Malaysia berkenaan harta-harta yang telah disita, dimana tiada pendakwaan atas kesalahan di bawah Akta 694. Harta tersebut adalah seperti butiran di bawah: (i) Wang tunai berjumlah RM1,865,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Lapan Ratus Enam Puluh Lima Ribu sahaja) yang disita daripada Lim Meng Huat (No.KP: 830711-10-5021) 33 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG 2. Seksyen 41 Akta 694: [1] Jika berkenaan dengan apa-apa harta yang disita di bawah Akta ini tiada pendakwaan atau sabitan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, Pendakwaraya boleh, sebelum tamat tempoh lapan belas bulan dari tarikh penyitaan itu, memohon kepada seorang Hakim Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan Perintah bagi pelucuthakan harta itu jika dia berpuas hati bahawa harta itu telah diperolehi hasil daripada atau berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini. [2] Hakim yang kepadanya Permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah menyebabkan suatu Notis disiarkan dalam Warta memanggil mana-mana orang yang membuat tuntutan bahawa dia mempunyai kepentingan dalam harta itu supaya hadir di hadapan Mahkamah pada suatu tarikh yang dinyatakan dalam Notis itu, untuk menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak patut dilucuthakkan. 34 [3] Jika Hakim yang kepadanya Permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) berpuas hati- (a) bahawa harta itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; dan (b) tiada pembelian suci hati dengan balasan berharga berkenaan dengan harta itu. dia hendaklah membuat Perintah bagi pelucuthakan harta itu. [4] Harta yang berkenaan dengannya tiada Permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila tamat tempoh lapan belas bulan dari tarikh penyitaannya, dilepaskan kepada orang yang daripadanya harta itu disita. 35 KES PEMOHON 3. Permohonan dibuat dimana tiada pendakwaan jenayah terhadap mana-mana orang dibuat berhubung harta tersebut atas suatu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta 694 iaitu kesalahan memberi wang rasuah kepada Pegawai Kanan Polis sebagai balasan melindungi aktiviti perniagaan pusat hiburan, pusat perjudian dan rumah urut haram di sekitar Kuala Lumpur daripada diambil tindakan undang-undang. 4. Bagi kes ini, wang tunai berjumlah RM200,000.00 telah disita melalui penyerahan salinan senarai harta alih di bawah Seksyen 33 Akta 694 kepada Lim Meng Huat pada 24/05/2017 dan wang tunai berjumlah RM1,665,000.00 telah disita melalui kaedah yang sama pada 25/05/2017. 5. Responden dan 3 orang rakan Responden yang lain terlibat dalam menguruskan Pusat Hiburan Golden Palace Pub (KTV), Sri Petaling. Kuala Lumpur yang menjalankan perniagaan pusat hiburan dan 36 menyediakan perkhidmatan perhubungan pelanggan (GRO). Manakala, Gopi adalah Pengarah dan pemegang amanah [sic] syarikat Sri Paandi Bukit Bintang Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan kedai makan dan juga kelab malam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 6. Responden telah bersetuju membantu Gopi dengan memberikan nombor akaun persendiriannya iaitu akaun Maybank no : 5123 9802 0794 bagi dimasukkan dan disimpan wang perlindungan yang dibayar oleh pemilik- pemilik pusat hiburan, pusat perjudian dan rumah urut haram di sekitar Kuala Lumpur supaya perniagaan mereka tidak diganggu oleh pihak polis. 7. Responden juga telah bersetuju menjadi orang tengah bagi pihak Gopi untuk mengutip dan menyimpan wang perlindungan berjumlah RM50 ribu setiap bulan dari pemilik pusat perjudian bernama Allen. 8. Responden juga mengaku telah membayar wang perlindungan bagi pihak pusat hiburan Golden Palace 37 Pub (KTV) kepada Gopi sejak tahun 2016 bagi jumlah anatara RM20 ribu sehingga RM30 ribu yang bergantung kepada keuntungan perniagaannya. Wang perlindungan tersebut dimasukkan dalam akaun milik Responden seperti dinyatakan di perenggan 6 di atas. 9. Responden juga ada mengutip wang perlindungan bagi pihak Gopi daripada penama Khor Chee How, pengurus bagi Syarikat LS2 Automart, menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kereta bagi jumlah antara RM30 ribu sehingga RM70 ribu setiap bulan sejak bulan Februari 2017. 10. Responden juga ada menerima wang perlindungan dalam bentuk tunai daripada penama Abdul Aziz Bin Arib iaitu pemandu sambilan Gopi. Aziz juga ada membuat pindahan wang kepada akaun Responden seperti dinyatakan di perenggan 6 daripada akaun Maybank milik Aziz no akaun 1640 1725 1078. 38 11. Responden mengesahkan wang perlindungan yang disimpannya dalam akaun Maybanknya serta dalam peti besi dirumahnya berjumlah lebih kurang RM2,750,000.00. Responden akan serahkan wang tersebut secara berkala kepada Gopi yang akan menyerahkan kepada pihak polis berkaitan. Baki jumlah wang perlindungan tersebut dalam simpanan Responden adalah sebanyak RM2,020,000.00 termasuklah sejumlah RM1,850,000.00 yang dipinjamkan kepada Lim Meng Huat yang mana jumlah tersebut telah disita. KES RESPONDEN 12. Dalam affidavit Responden, beliau menafikan terlibat dalam sebarang perniagaan rumah judi dan pusat hiburan. Responden juga menafikan terlibat dalam perniagaan berkaitan dengan Gopi. 13. Responden membuka akaun Maybank no 512398020794 untuk kegunaan sendiri kerana beliau mempunyai 9 buah syarikat perniagaan. Transaksi 39 kerap berlaku kerana Responden gunakan akaun tersebut untuk kegunaan sendiri dan juga untuk urusan perniagaan. Akaun tersebut bukan untuk kegunaan Gopi. 14. Responden juga mengatakan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak didakwa untuk sebarang kesalahan dibawah Akta 694. Responden juga mengatakan beliau dipukul semasa dalam tahan remand dan telah dipaksa membawa wang berjumlah RM2,020,000.00 tersebut. DAPATAN MAHKAMAH 15. Melalui penelitian Mahkamah ini terhadap semua ekshibit dan dokumen sokongan yang telah difailkan oleh pihak Pemohon serta semua ekshibit dan dokumen yang difailkan oleh pihak Reponden, serta merujuk kepada nas nas undang-undang yang telah dikemukakan oleh pihak Pemohon dan pihak Responden, Mahkamah berpandangan bahawa: 40 (i) Diatas imbangan kebarangkalian (balance of probabilities), Responden ada terlibat dalam perniagaan pusat hiburan Golden Palace Pub yang diuruskan oleh Responden, Chua Kok Wee, Ah Tam dan Pan Kok; (ii) Chua Kok Wee ada melakukan transaksi bulanan ke dalam akaun Maybank Responden iaitu No: 5123 9802 0794 yang melibatkan jumlah wang sebanyak RM20 ribu sehingga RM40 ribu sebulan. Fakta dan transaksi tersebut adalah konsisten yang menunjukkan Responden ada terlibat dalam membuat pembayaran wang perlindungan serta akaun Maybank Responden telah digunakan oleh Gopi untuk dimasukkan wang perlindungan tersebut bagi diberikan kelak kepada beberapa Pegawai Kanan Polis. (iii) Berkenaan dengan akaun peribadi Maybank no: 512398020794 yang Responden katakan telah digunakan untuk tujuan peribadi dan untuk kegunaan 9 syarikat perniagaannya, Mahkamah tidak boleh 41 mempercayai kenyataan tersebut kerana bagi akaun syarikat ianya perlu diaudit berbanding dengan akaun peribadi. Mahkamah juga telah merujuk kepada transaksi yang berjumlah RM50 ribu yang telah didepositkan ke dalam akaun Responden pada tarikh 02/12/2016 yang mana bersamaan dengan kenyataan Gopi bahawa pada tarikh 02/12/2016, Gopi telah menyerahkan sejumlah RM50 ribu kepada Responden untuk disimpan kedalam akaun Responden. Mahkamah juga mendapati berlakunya kekerapan transaksi pengeluaran dan kemasukan bagi jumlah wang yang besar bagi akaun Responden tersebut. (iv) Mahkamah tidak dapat menerima kenyataan Responden bahawa semasa dalam tahanan reman beliau telah dipukul dan beliau telah dipaksa untuk membawa wang sejumlah RM2,020,000.00. Tiada laporan polis yang dibuat oleh Responden tentang hal perkara tersebut. 42 (v) Mahkamah ini menerima pakai keputusan dan dapatan dalam kes Mahkamah Persekutuan - Pendakwaraya v Awalluddin Sham Bokhari [2017] 1 LNS 1701 dan menyatakan Affidavit oleh Pegawai Penyiasat adalah berdasarkan keterangan dan dokumen yang diperolehi semasa siasatan. Ianya bukanlah suatu keterangan dengar cakap (hearsay evidence). Keputusan kes Muthukrishnan a/l Suppiah v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia & 2 Ors and another application [1994] 4 CLJ 568 juga merumuskan bahawa "hearsay rule do not apply to Affidavits"...Sehubungan itu, Mahkamah ini merumuskan Affidavit oleh Pegawai Penyiasat boleh diterima masuk sebagai sebahagian daripada keterangan pihak Pemohon. (vi) Mahkamah ini berpandangan bahawa affidavit oleh Responden yang memberikan versi yang berlainan daripada kenyataan / percakapan Responden kepada Pegawai Penyiasat semasa siasatan adalah merupakan suatu "after thought” 43 yang sengaja dibuat untuk menyokong kenyataan Responden dalam affidavit beliau. KEPUTUSAN MAHKAMAH 16. Dengan menggunapakai beban pembuktian imbangan kebarangkalian dan berdasarkan segala affidavit dan dokumen sokongan beserta merujuk kepada Hujahan Bertulis dan Hujahan Lisan pihak Pemohon dan pihak Responden, Mahkamah membenarkan permohonan pihak Pemohon di bawah Seksyen 41(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) untuk dilucuthakan harta- harta yang dinyatakan dalam Permohonan Pemohon kepada Kerajaan Malaysia melalui pihak SPRM.” [8] The appellant in his appeal to the High Court said that the learned sessions court judge’s judgment was not a speaking judgement. 44 [9] In the case of Deepanraj Subramaniam v PP [2016] 1 MLJ 413 the Court of Appeal held as follows: “[63] Judgment writing is a matter of individual style and the need for a speaking judgment needs no emphasis. It is an elementary principle of fairness that parties must not only be given a fair opportunity of being heard, but also appraised of how and why a judge has reached his decision. Section 308 of the CPC speaks of 'grounds of decision' which means a reasoned judgment on the facts and the law and not merely the conclusion arrived at. What amounts to a speaking judgment varies from case to case. Mere regurgitation or narration of the facts and a statement of the law does not amount to a speaking judgment. [64] Shaikh Daud JCA sitting in the Federal Court in Ganapathy a/l Rengasamy v Public Prosecutor [1998] 2 MLJ 577 at p 585 found the grounds of judgment of the learned judge far from satisfactory in that they do not convey a 'speaking' judgment. The judgment consists 45 substantially of reproduction of the prosecution's witnesses' testimonies in the form of questions and answers. The learned judge failed to analyse or assess these testimonies. He merely set them out and presumably accepted them without question. He has not set out the defence of the appellant with a view to assessing it, nor has he tested the defence by comparing it with the evidence adduced by the prosecution. [65) We may agree with learned counsel that the judgment written by the learned trial judge would be 'complete' had the learned trial judge dedicated his attention and make further comments on the nature of the evidence of both SP4 and SP5 instead of just merely glancing through their evidence very generally and in passing. A judgment need not necessarily be lengthy, however as in the instant case, where the evidence of both SP4 and SP5 stood in prominence, it is only reasonable to expect that further deliberations be made and the conclusions drawn by the trial judge be made apparent in the judgment. The absence of such 46 deliberation and reasoning will certainly open the judgment being criticised as non-speaking. [66] In Tan Kim Leng & Anor v Chong Boon Eng & Anor [1974] 2 MLJ 151 HRH Raja Azlan Shah FJ laid down: “A judicial determination of a dispute where substantial questions of mixed fact and law arise is satisfactorily reached only if it be supported by the most cogent reasons that commend themselves to the learned judge. Recording of reasons in support of a decision of a dispute serves more purposes than one. It is intended to ensure that the decision is not the result of whim or fancy ... A party to the dispute is ordinarily entitled to know the grounds on which the learned judge has decided against him, more so, when the judgment is subject to appeal. An appellate court will then have adequate material on which it may determine whether the facts are properly ascertained, the law has been correctly applied and the resultant decision is just.” 47 [67] While we say that the written judgment prepared by the learned trial judge in this case may not be the best judgment, but in its totality we are satisfied that it meets the requirement of s 308 of the CPC. [68] We did a very close scrutiny of the judgment and we are of the view that the said judgment has the basic elements and ingredients of a speaking judgment although it may not be an ideal one, so to say. By way of comparison the said judgment 'speaks' far much more than the one referred to in Ganapathy a/l Rengasamy and the eight lines judgment written by the judge in Rex v Low Toh Cheng [1941] 1 MLJ 1.” [9] Therefore based on the above authority the court finds that the contention of the appellant to be without basis. The learned sessions court judge covered the issues in his judgment as reproduced above in his own style. 48 [10] The next issue is whether the application by the Public Prosecutor is flawed and defective because there is no predicate offence proved. This can be easily answered by referring to the case of Azmi Osman v PP [2015] 9 CLJ 845 where Abang Iskandar JCA (as his lordship then was) held: “[59] The provision on notice to third parties is contained in s. 61 which provides: The Court making the order of forfeiture under section 55 or the Judge to whom an application is made under subsection 56(1) shall cause to be published a notice in the Gazette calling upon any third party who claims to have any interest in the property to attend before the Court on the date specified in the notice to show cause as to why the property shall not be forfeited. [60] In the scheme of things under the AMLATFA, an order of acquittal and discharge does not ipso facto equate non-forfeiture. An order of forfeiture has, so to 49 speak, a life of its own, quite independent of the order of acquittal of the accused person. It all depends on the peculiar circumstances of the case in relation to the seized properties. [61] We would agree with the learned HCJ2 that it should be interpreted to include the monies that were seized as suspected to be involved in the money laundering investigation and which, in this case had been tendered in the Sessions Court as exhs. P100 to P112. We are aware of the existence of s. 56 of the AMLATFA which provides for forfeiture of seized properties by way of an application by the Public Prosecutor to the High Court within 12 months from the date of seizure where there is no prosecution intended in respect thereto. As is clear from its wordings under that section, it applies only where the prosecution does not intend to prosecute any person in relation to the seizure. But in this case, there was a prosecution in relation to the offence in connection with the seizure of the property and the fact that P100 to P112 (containing the description of the seized properties) were tendered 50 as part of the prosecution's case is ample proof that they were meant to be part of the prosecution's case. As such, these exhibits are part of the subject matter of the offence, a term which to our mind connotes a wider import than a subject matter of the charge, a term which is of a narrower import.” [11] Therefore section 41(1) of the MACC Act clearly gives the Public Prosecutor the power to apply for forfeiture of property where it is the subject matter of or was used in the commission of an offence under the said Act. The learned sessions court judge should be satisfied that the above was shown to be the case on a balance of probabilities. The learned counsel for the appellant was mistaken when he submitted that there was no predicate offence shown. Upon perusing the provisions of the MACC Act it is patent that the MACC Act is not similar to the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 Act 613 where usually there is a predicate offence preferred together with the money laundering charge or charges. Even then a money laundering charge can still be a stand alone charge as provided for in section 4 of Act 613. In the MACC Act where the Commission decides not 51 to press charges, they can apply under section 41 to forfeit any property which was the subject matter of or was used in the commission of an offence. It is an application in rem. [12] Coming to the third issue id est whether the affidavit of Saiful Amir b Hamzah can be accepted in evidence. It is quite clear that Saiful’s affidavit is not hearsay because he being the investigating officer (IO) of the case has knowledge of the facts of the case. The learned counsel also submitted that the bank statements exhibited in Saiful’s affidavit were not accompanied with the section 90A Evidence Act certificates. The answer lies in section 41 A of the MACC Act where it states: “Where any document or a copy of any document is obtained by the Commission under this Act, such document shall be admissible in evidence in any proceedings under this Act, notwithstanding anything to the contrary in any other written law” 52 [13] Section 2 of the Evidence Act also states: “Extent 2. This Act shall apply to all judicial proceedings in or before any court, but not to affidavits presented to any court or officer nor to proceedings before an arbitrator.” [14] Therefore the argument of learned counsel on this issue is without any merit. Conclusion [15] Based on the matters adumbrated above, the forfeiture order made by the learned sessions court judge in this case was proper and in accordance with the provisions of the relevant law applicable as well as the evidence presented on a balance of probabilities. Therefore cadit quaestio. ASLAM B ZAINUDDIN JUDICIAL COMMISSIONER HIGH COURT KUALA LUMPUR DATED: 11TH MARCH 2020 53 Counsels for the Appellant: Encik Vasudevan A/L Appu & Encik Mohd Irfan B Mohd Arsad Tetuan Vasudevan A & Co Peguambela & Peguamcara Suite 107-3D, 3rd Floor Jalan TKS 1, Takam Kajang Sentral Kajang 43000, Selangor Deputy Public Prosecutor: Puan Samihah Binti Rhazali Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Aras 18 & 19, Blok C No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7 Peti Surat 6000, 62250 Wilayah Persekutuan Putrajaya 54 References:- Case referred to: 1. Deepanraj Subramaniam v PP [2016] 1 MLJ 413 2. Azmi Osman v PP [2015] 9 CLJ 845 Legislation referred to: 1. Malaysian Anti Corruption Commission Act 2009 2. Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 3. Evidence Act 1950 55