NOBRI BIN RAMLI [TIMBALAN ]
Court of Appeal held that although the trial judge erred by failing to give clear direction at the end of the prosecution case about which presumption was invoked (a serious misdirection), the totality of credible evidence established appellant's possession and knowledge of the seized methamphetamine; accordingly...
Source-derived case information.
- Citation
- K-05(SH)-33-01/2025 (Mahkamah Rayuan)
- Parties
- Appellant: Nobri bin Ramli; Respondent: Pendakwa Raya
- Court
- SH
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 11 December 2025
- Case Number
- K-05(SH)-33-01/2025 (Mahkamah Rayuan)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / Court of Appeal Decision (appeal Against High Court Conviction and Sentence)
- Outcome
- Appeal partly allowed; conviction under s39B(1)(a) ADB 1952 set aside and replaced with conviction under s12(2) ADB 1952; sentence reduced.
- Legal Topics
- Possession Vs Trafficking, Statutory Presumption of Possession/trafficking, Misdirection at End of Prosecution Case, Burden of Proof, Sentencing Discretion
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Nobri bin Ramli
Appellant
Pendakwa Raya
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal / Court of Appeal Decision (appeal Against High Court Conviction and Sentence)
Legal Issues
- 1 Whether the trial judge erred by failing to state which presumption was relied upon at the end of the prosecution case and thus failed to give proper direction to the accused
- 2 Whether the statutory presumption under s37(da) Dangerous Drugs Act 1952 was properly applied and whether it was rebutted
- 3 Whether the evidence was sufficient to sustain conviction for possession (s12(2)) or trafficking (s39B(1)(a))
Ratio Decidendi
Court of Appeal held that although the trial judge erred by failing to give clear direction at the end of the prosecution case about which presumption was invoked (a serious misdirection), the totality of credible evidence established appellant's possession and knowledge of the seized methamphetamine; accordingly conviction under trafficking provision was set aside and replaced with conviction for possession under s12(2) ADB 1952 and sentence reduced to 10 years imprisonment and 10 strokes.
Court Disposition
Appeal partly allowed; conviction under s39B(1)(a) ADB 1952 set aside and replaced with conviction under s12(2) ADB 1952; sentence reduced.
Orders
- Sabitan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 diketepikan dan digantikan dengan sabitan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952.
- Dihukum di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952 dengan hukuman pemenjaraan 10 tahun dan 10 sebatan.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
K-05(SH)-33-01/2025 Kand. 30 13/05/2026 15:02:34 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K-05(SH)-33-01/2025 ANTARA NOBRI BIN RAMLI (NO. K/P: 831012-03-5823) …PERAYU DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi (2) di Sungai Petani Perbicaraan Jenayah [KB-45A-20-04/2021 Antara Pendakwa Raya Lawan Nobri Bin Ramli] KORAM: AZMAN BIN ABDULLAH MOHD FIRUZ BIN JAFFRIL MEOR HASHIMI BIN ABDUL HAMID 1 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG RAYUAN 1. YA Hakim Mahkamah Tinggi Sungai Petani, Kedah telah mendapati Tertuduh (Perayu) bersalah dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan lima belas (15) tahun dari tarikh tangkap dan sebatan sebanyak lima belas (15) kali. Tertuduh yang tidak berpuas hati terhadap sabitan dan hukuman tersebut telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. 2. Selepas mendengar rayuan Perayu pada 11.12.2025, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan sepuluh (10) tahun dan sepuluh (10) kali sebatan sahaja, setelah membenarkan sebahagian rayuan Perayu di mana sabitan oleh Mahkamah Tinggi menurut peruntukan Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) telah diketepikan dan digantikan dengan sabitan menurut Seksyen 12(2) ADB 195 dan dihukum menurut Seksyen 39A(2) Akta yang sama. 3. Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan ini dan telah memfailkan rayuan atas sabitan dan hukuman ke Mahkamah Persekutuan. Di bawah ini diperturunkan alasan-alasan penghakiman Mahkamah ini. 2 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal B. PERTUDUHAN “Bahawa kamu, pada 16.8.2020 jam lebih kurang 5:50 petang, bertempat di hadapan rumah beralamat Lot 817, Kg Dekeh, Padang Serai, di dalam daerah Kulim, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 64.36 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” C. KES PENDAKWAAN 4. Secara ringkasnya, fakta kes pendakwaan adalah seperti berikut: (a) Pada 16.8.2020 lebih kurang jam 5:00 petang, Sjn RF 148477 Abthul Razak bin Mohamed Kassim, Pengadu (SP4) dan pasukannya telah menjalankan Ops Tapis harian di kawasan Padang Serai. (b) Pada lebih kurang jam 5:50 petang, semasa meronda di kawasan Kampung Dekeh, Padang Serai, SP4 telah melihat seorang lelaki sedang berdiri seorang diri di hadapan sebuah rumah dalam keadaan mencurigakan. Lelaki itu yang dicam sebagai Tertuduh, mencurigakan kerana berada di kawasan yang dikenali sebagai “hot spot” tumpuan penagih dadah. 3 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (c) Apabila SP4 dan pasukannya menghampiri OKT untuk membuat pemeriksaan, Tertuduh cuba melarikan diri dan kemudiannya telah berjaya ditahan. (d) Hasil pemeriksaan fizikal ke atas Tertuduh, SP4 merampas 1 beg silang warna cokelt bertulis “Jeep BULUO” (Eksibit P21) yang pada ketika itu disilangkan pada badan Tertuduh. (e) Dalam kehadiran Tertuduh dan pasukannya, SP4 memeriksa Eksibit P21 dan menjumpai barang-barang berikut di dalamnya: i) 1 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu (Eksibit P12A); ii) 1 paket plastik lutsinar besar (Eksibit P13A) yang mengandungi 50 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu (Eksibit P138[1] - [50]); iii) 1 paket plastik lutsinar besar (Eksibit P14A) yang mengandungi 47 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu (Eksibit P148(1) - (47)); iv) 1 paket plastik lutsinar besar (Eksibit P15A) yang mengandungi 30 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu (Eksibit P158(1) - (30)); v) MYKAD Tertuduh (Eksibit P22); 4 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal vi) Kad OKU Tertuduh (Eksibit P23); vii) 2 keping kad pesakit luar Tertuduh (Eksibit P24(A) & (8); dan viii) 1 alat timbang digital bertulis “mouse scale” (Eksibit P25). (f) Pada ketika itu, Tertuduh tidak mengaku bahawa barang- barang itu miliknya, dan dia kelihatan takut dan minta dilepaskan. (g) SP4 membuat tangkapan ke atas Tertuduh dan membawa Tertuduh serta kesemua barang kes yang dirampas ke Balai Polis Padang Serai. Di sana, SP4 telah menimbang barang kes dadah dan membuat tandaan dalam kehadiran Tertuduh. (h) SP4 mengambil tindakan susulan selanjutnya dengan menyediakan borang bongkar (Eksibit P16), membuat laporan tangkapan (Eksibit P17) dan menyediakan akuan serah terima barang kes (Eksibit P18). (i) Kemudian, SP4 dan pasukannya telah membawa Tertuduh dan barang kes ke Pejabat Narkotik di lbu Pejabat Daerah Kulim di mana OKT, kesemua barang kes dan dokumen berkaitan kepada lnspektor G/23649 Shakinah binti Mohamad Saleh, Pegawai Penyiasat (SP6). 5 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (j) SP6 telah menyerahkan barang kes dadah kepada Puan Siti Farahiyah bt Mohd Rosli, Ahli Kimia di Jabatan Kimia Pulau Pinang (SP3). (k) SP3 memberi keterangan berkenaan penerimaan barang kes dadah daripada SP6 dan proses analisa yang dijalankan. (l) Hasil analisa beliau menunjukkan barang kes dadah itu dadah berbahaya Methamphetamine seberat 64.36 gram. Hasil analisa SP2 dinyatakan di dalam Eksibit P11. 5. Di akhir kes pendakwaan YA Hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa beliau, setelah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi-saksi pendakwaan telah berpuas hati bahawa pihak pendakwaaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh berhubung pertuduhan tersebut. 6. Justeru, Tertuduh telah dipanggil untuk membela diri. D. PEMBELAAN TERTUDUH 7. Tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah. Secara ringkasnya, pembelaan Tertuduh adalah seperti berikut: 6 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (a) Tertuduh tinggal di rumah itu bersama ibunya yang sakit. Semasa tangkapan, dia sedang tidur di rumahnya. (b) Pada masa itu, ibunya dan Amirul ada bersama di rumah tersebut. (c) Amirul biasa ke rumahnya dan tahu di mana kunci pintu sliding disimpan. (d) Kedua-dua Tertuduh dan Amirul telah ditangkap dan digari. (e) Polis telah menggeledah bilik-bilik dan menjumpai dadah dalam suatu kotak kasut jenama “Power”. (f) Tertuduh tidak tahu menahu berkenaan dadah tersebut. (g) Pihak polis juga telah merampas beg silang, handphone, kad pengenalan, kad OKU, kad bank, lesen dan duit RM5,000.00 milik Tertuduh dari dalam almari. (h) Pihak polis telah memulangkan RM2,000.00 kepada Amirul untuk belanja ibu Tertuduh. 8. Tertuduh menafikan dia ditangkap di tepi jalan Kampung Dekeh dan barang kes dadah telah dijumpai dalam Eksibit P21 yang disilangnya pada ketika itu. 7 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9. Dua orang kakak Tertuduh iaitu Noridah binti Ramli (SD2) dan Norizah binti Ramli (SD3) serta adik Tertuduh, Mohammad Noor Hafizudin bin Ramli (SD4) telah memberi keterangan bahawa pada tarikh tangkapan, ibunya tinggal bersama Tertuduh. SD4 juga telah memberi keterangan bahawa rakan- rakan Tertuduh sering datang ke rumah tersebut, termasuk Amirul dan Bob. 10. Muhamad Amirul Ashraf bin Mohd Hasnan (SD5), kawan kepada Tertuduh dan SD4 memberi keterangan bahawa dia ada di rumah tersebut semasa tangkapan Tertuduh. SD5 menyatakan dia ke sana untuk menolong menjaga ibu Tertuduh. 11. Menurut keterangan SD5: (i) dia telah digari di ruang tamu dan diminta untuk duduk di sana. Kemudian, anggota polis telah masuk ke bilik Tertuduh dan membawanya keluar. Pada masa itu, dia melihat Tertuduh sudah bergari. (j) Pihak polis membuat penggeledahan di bilik Tertuduh. (k) Pihak polis memberikannya wang untuk ibu Tertuduh tetapi SD5 tidak kira berapa jumlah wang diberikan. (l) Selepas itu, garinya dibuka dan dia terus keluar dari rumah itu. 12. Menurut versi pembelaan, terdapat individu-indidvidu lain yang sering datang ke rumah tersebut dan oleh itu, Tertuduh tidak mempunyai exclusive control terhadap rumah di mana dadah 8 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tersebut telah dijumpai. Tertuduh juga menghujahkan bahawa siasatan yang dilakukan oleh Pegawai Penyiasat (SP6) adalah tidak lengkap, tidak menyeluruh dan berat sebelah kerana beliau gagal mengambil keterangan secara menyeluruh daripada saksi-saksi pembelaan. E. DAPATAN YA HAKIM MAHKAMAH TINGGI DI AKHIR KES PEMBELAAN 13. Sebagaimana dinyatakan di dalam alasan penghakiman beliau, setelah membuat penilaian maksima dan menimbang keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan Perayu, dengan mengambilkira kredibiliti saksi-saksi kedua pihak, YA Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kes pendakwaan terhadap Perayu adalah kukuh kerana disokong oleh keterangan saksi-saksi pendakwaan. 14. Menurut YA Hakim Mahkamah Tinggi, keterangan SP4 berkenaan tangkapan dan rampasan barang kes dadah wajar diterima kerana beliau telah memberi keterangan dengan jelas dan konsisten. YA Hakim Mahkamah Tinggi juga menerima hujahan pihak pendakwaan bahawa tiada sebarang alasan kukuh untuk SP4 mereka atau mengada-adakan keterangan terhadap Perayu berkenaan tempat tangkapan dan barang kes dadah dirampas. Begitu juga dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang lain, YA Hakim Mahkamah Tinggi mendapati ianya kredibel dalam menyokong versi pihak pendakwaan berhubung pertuduhan yang dikenakan terhadap Perayu. 9 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15. Selanjutnya, YA Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan untuk tidak mempercayai pembelaan Tertuduh yang berupa penafian dan rekaan semata-mata. YA Hakim Mahkamah Tinggi juga mendapati pembelaan Tertuduh telah gagal mematahkan dapatan fakta pemilikan dan pengetahuan atas imbangan kebarangkalian. Pembelaan Tertuduh juga telah gagal mematahkan anggapan statutori pengedaran dadah menurut Seksyen 37(da) ADB 1952 atas imbangan kebarangkalian. 16. Pada akhirnya, YA Hakim Mahkamah Tinggi mendapati versi pembelaan Tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan mengikut prinsip yang dinyatakan dalam kes Mat v. PP [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263 dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Tertuduh sebagaimana pertuduhan, melampaui keraguan munasabah. Justeru, Tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan tersebut. F. RAYUAN DI HADAPAN MAHKAMAH INI Isu-isu rayuan yang dibangkitkan oleh Perayu 14. Pihak Perayu di dalam Petisyen Rayuannya telah mengemukakan 24 alasan rayuan. Secara ringkasnya, isu-isu yang dibangkitkan merangkumi perkara-perkara berikut: 10 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (i) Yang Arif Hakim Bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie pengedaran dadah berbahaya di akhir kes pendakwaan; (ii) Yang Arif Hakim Bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira siasatan yang dilakukan oleh Pegawai Penyiasat (SP6) adalah tidak lengkap, tidak menyeluruh dan berat sebelah; (iii) Yang Arif Hakim Bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila tidak menyatakan dengan jelas apakah “presumption” yang digunapakai oleh Mahkamah pada akhir kes Pendakwaan untuk Perayu menyediakan pembelaannya dengan secukupnya; (iv) Yang Arif Hakim Bicara telah menggunapakai beban pembuktian/ burden of proof yang berbeza-beza di dalam memutuskan sabitan Perayu; dan (v) Yang Arif Hakim Bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segI undang-undang dan fakta apabila menggunakan “double presumption” dalam mencapai keputusannya di akhir kes pembelaan. 11 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hujahan Responden (pihak pendakwaan) 15. Pihak mendakwaan menghujahkan bahawa dapatan-dapatan fakta khususnya dapatan berkaitan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan tidak sepatutnya diganggu oleh Mahkamah ini. YA Hakim Mahkamah Tinggi sesungguhnya mempunyai audio visual berkaitan saksi-saksi yang tampil di hadapannya, sama ada saksi pendakwaan mahupun saksi pembelaan. 16. Dalam kes ini, Perayu telah ditangkap ketika menggalas beg silang yang mempunyai dadah, alat penimbang serta dokumen- dokumen peribadi dijumpai dari dalam beg tersebut. Jelas, Perayu memiliki dadah-dadah itu dan ini menjawab mengapa Perayu cuba melarikan diri ketika dihampiri pihak polis, yakni kerana dia tahu dia memiliki dadah. 17. Pihak Responden juga menghujahkan bahawa YA Hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dari segi undang-undang bilamana menggunakan anggapan pengedaran di bawah Seksyen 37(da) ADB 1952, sebelum memutuskan bahawa anggapan pengedaran itu, telah gagal dipatahkan oleh Tertuduh. Justeru, tiada sebarang kecacatan fakta dan undang- undang di dalam penghakiman YA Hakim Mahkamah Tinggi dan sabitan ke atas Perayu adalah selamat dan sewajarnya dikekalkan oleh Mahkamah ini. 12 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal G. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH INI 22. Mahkamah ini, setelah meneliti keseluruhan Rekod-rekod rayuan, hujahan lisan dan bertulis pihak-pihak serta alasan penghakiman YA Hakim Mahkamah Tinggi, berpuas hati dengan dapatan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi berhubung intipati kesalahan atas pertuduhan yang dikenakan terhadap Perayu, sebagaimana di dalam alasan penghakiman beliau di perenggan 16 hingga 43, dan perenggan 45 hingga 81. 23. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini telah memperhalusi hujahan Peguam Perayu berhubung isu di mana YA Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila di akhir kes pendakwaan, beliau gagal menyatakan dengan jelas apakah “presumption” yang diguna pakai oleh Mahkamah serta beban pembuktian yang digalas oleh Tertuduh, bagi membolehkan Tertuduh menyediakan pembelaannya dengan secukupnya. 24. Berhubung isu ini, Mahkamah ini telah meneliti Nota Keterangan (Rekod Rayuan Jilid 2(1), Kand. 9 di muka surat 149), di mana YA Hakim Mahkamah Tinggi, di akhir kes pendakwaan dan sebelum memanggil Tertuduh untuk membela diri, hanya menyatakan sebagaimana berikut: “Mah: bacakan keputusan - Mahkamah telah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi-saksi pendakwaan dan berpuas hati 13 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie OKT bagi pertuduhan tersebut. Dengan ini, OKT dipanggil membela diri untuk Pertuduhan tersebut.” 25. Berdasarkan rekod pada Nota Keterangan di atas, Mahkamah ini mendapati YA Hakim Mahkamah Tinggi tidak langsung menyatakan apakah asas dapatan beliau di akhir kes pendakwaan. Tiada arahan yang jelas diberikan kepada Tertuduh di akhir kes pendakwaan, dan hal ini pada hemat kami, telah menyebabkan hak Tertuduh untuk mendapat makluman awal tentang perihal pembelaanya, khususnya beban pembuktian yang perlu digalas telah diprejudiskan sama sekali. 26. Dalam keadaan ini, Mahkamah ini berpandangan bahawa di akhir kes pendakwaan, Tertuduh diletakkan dalam keadaan samar-samar dan tertanya-tanya, sama ada dia hanya perlu menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan atau pun perlu menunjukkan suatu pembelaan yang boleh diterima oleh Mahkamah atas imbangan kebarangkalian bagi mematahkan anggapan statutori menurut undang-undang. 27. Mahkamah ini mendapati, hanya di dalam alasan penghakiman beliau di perenggan 33, 34 dan 35, YA Hakim Mahkamah Tinggi telah menyatakan bahawa elemen pemilikan dan pengetahuan telah berjaya dibuktikan ke atas Tertuduh, lantas menggunapakai anggapan statutori menurut Seksyen 14 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 37(da)(xvi) ADB 1952. Hal ini pada hemat kami menunjukkan YA Hakim Mahkamah Tinggi tidak konsisten dalam dapatan beliau, sebagaimana percanggahan yang direkodkan pada Nota Keterangan dan alasan penghakiman beliau. 28. Sebagaimana dapatan kami di atas, YA Hakim Mahkamah Tinggi telah gagal memberikan petunjuk yang jelas kepada Tertuduh di akhir kes pendakwaan ketika Tertuduh dipanggil membela diri. Tanpa petunjuk tersebut, Tertuduh sendiri samar- samar dan terkeliru dalam mengemukakan pembelaanya, iaitu sama ada setakat hanya menimbulkan keraguan atau perlu mengemukakan pembelaan atas imbangan kebarangkalian apabila berdepan dengan anggapan statutori menurut undang- undang. 29. Mahkamah ini mendapati bahawa ketiadaan arahan dan petunjuk jelas tersebut, di akhir kes pendakwaan terjumlah kepada satu salah arahan yang serius. Kekhilafan tersebut jelas sekali memudaratkan, kerana ianya melibatkan dapatan Mahkamah Bicara terhadap inti pati penting pertuduhan iaitu soal pemilikan dan pengedaran barang kes. 30. Dalam isu ini, Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan terdahulu dalam kes Mat Seyedalireza Seyedhedayatollah Ehteshamiardestani v. PP [2014] 6 MLJ 408, di mana Tengku Maimun Tuan Mat, HMR (pada ketika itu) yang menyampaikan keputusan beliau telah memutuskan sebagaimana berikut: 15 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “[21] In our view, the approach of not electing or making a finding on which presumption that was invoked but by merely relying on the alternative, is most undesirable. It reflects the uncertainty on the part of the trial judge to make a finding. The trial judge ought to make the necessary finding, ie whether it was actual or presumed possession and whether it was presumed or actual trafficking based on the evidence before her. We are further of the view that it is important that such a finding be made as it impacts the burden placed on the defence. … [23] In the instant case, it is our judgment that the failure of the learned trial judge to make a finding as to which presumption was relied upon for possession and trafficking and the failure to consider whether the appellant had rebutted the presumption, amounts to a misdirection by way of non-direction which has prejudiced the appellant. [24] Having found that there are merits in the grounds raised by learned counsel, we unanimously allowed the appeal. The conviction and sentence of the High Court was set aside. The appellant was acquitted and discharged.” 16 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31. Selanjutnya, prinsip sama juga telah dibincangkan oleh Mahkamah ini dalam kes Mohammad Syafiq bin Shah Dahli lwn Pendakwa Raya [2025] 6 MLJ 600, di mana Che Mohd Ruzima, HMR (pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “Kami mendapati wujud kecelaruan yang sangat serius dalam dapatan yang diputuskan oleh YA HMT di peringkat akhir kes pendakwaan berdasarkan apa yang dinyatakan di perenggan [26] AP. Kecelaruan tersebut menimbulkan prejudis kepada OKT kerana ianya akan melibatkan tahap pembelaan yang perlu dikemukakan kemudiannya. Sekiranya OKT dipanggil membela diri berasaskan keterangan terus, dia hanya perlu menimbulkan keraguan kepada kes PP. Sebaliknya, jika OKT dipanggil membela diri berasaskan kepada anggapan oleh undang-undang, dia perlu melepaskan beban pembuktian pembelaan atas neraca imbangan kebarangkalian, suatu beban yang lebih berat untuk dilepaskan. Sudah tentulah, kecelaruan dapatan di akhir kes PP tersebut terjumlah kepada salah arahan yang tidak boleh dipulihkan kerana ianya akan memberikan impak yang besar kepada pertimbangan YA HMT di akhir kes pembelaan. Lihat keputusan mahkamah ini di dalam kes-kes Seyedalireza Seyedhedayatollah Ehteshamiardestani v Public Prosecutor [2014] 6 MLJ 408; [2014] 4 CLJ 406; Khalid Mehmood v Pendakwa Raya and another appeal [2019] MLJU 1185; [2020] 1 CLJ 683; Lim Tan Yi lwn 17 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pendakwa Raya [2021] MLJU 1527; [2021] 9 CLJ 523; dan juga keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes Chia Leong Foo.” 32. Justeru, Mahkamah ini sebulat suara mendapati bahawa hujahan Peguam Perayu berhubung isu ini adalah bermerit. Namun demikian, setelah meneliti keseluruhan Rekod-rekod rayuan, hujahan lisan dan bertulis pihak-pihak serta alasan penghakiman YA Hakim Mahkamah Tinggi, kami mendapati sabitan terhadap Perayu berhubung pemilikan menurut Seksyen 12(2) ADB 1952 adalah selamat untuk dikekalkan, memandangkan keterangan adalah melimpah ruah yang menunjukkan Tertuduh mempunyai kawalan, jagaan serta pengetahuan atas dadah yang dirampas. 33. Oleh itu, atas isu utama ini sahaja, Mahkamah ini telah sebulat suara membenarkan sebahagian rayuan Perayu di mana sabitan oleh Mahkamah Tinggi menurut peruntukan Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) diketepikan dan digantikan dengan sabitan menurut Seksyen 12(2) ADB 195 dan dihukum menurut Seksyen 39A(2) Akta yang sama. G. HUKUMAN 34. Mahkamah ini telah mengambil kira jumlah berat bersih dadah yang terlibat hanyalah 64.36 gram methamphetamine, iaitu hanya 14.36 gram lebih dari berat anggapan mengedar yang 18 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal diperuntukkan oleh undang-undang. Faktor umur Perayu dan peranan Perayu yang menjaga ibu yang sakit, serta telah berada lima (5) tahun di dalam tahanan sejak tarikh kejadian juga telah diberi pertimbangan. Oleh itu, Mahkamah ini sebulat suara berpendapat bahawa hukuman pemenjaraan sepuluh (10) tahun adalah trend hukuman yang paling memadai. Manakala hukuman sepuluh (10) kali sebatan adalah paling minima. Bertarikh: 15 April 2026 -sgd- AZMAN BIN ABDULLAH Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bagi pihak Perayu : 1) Burhanudeen bin Abdul Wahid 2) Muhammad Adam bin Burhanudeen [Tetuan Burhan & Co.] Bagi pihak Responden : TPR Mohd Amril bin Johari [Jabatan Peguam Negara] 19 S/N 3/8r2ieRxUaydCy6EPtzVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal