NORFARALINAH BINTI MD YUNUS ZARINA ANJOULIE BINTI MOHAMAD FAHIZUL
Leave to amend was refused because the proposed amendments would alter the character of the defence, the application was made with inordinate delay without a satisfactory explanation, and the delay and surrounding circumstances indicated lack of bona fide and would prejudice the Plaintiff.
Source-derived case information.
- Citation
- NA-A53CY-2-02/2022 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Norfaralinah binti Md. Yunus; Defendant: Zarina Anjoulie binti Mohd Fahizul
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 3 March 2023
- Case Number
- NA-A53CY-2-02/2022 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil (defamation) / Interlocutory Application to Amend Pleadings Decision
- Outcome
- Defendant's application to amend the Statement of Defence dismissed.
- Legal Topics
- Amendment of Pleadings, Leave to Amend, Delay and Prejudice, Bona Fide Motive, Fair Comment, Disclosure Orders
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Norfaralinah binti Md. Yunus
Plaintiff
Zarina Anjoulie binti Mohd Fahizul
Defendant
Procedural Posture
Civil (defamation) / Interlocutory Application to Amend Pleadings Decision
Legal Issues
- 1 Whether the Defendant should be granted leave to amend the Statement of Defence under Order 20 Rule 5 Rules of Court 2012
- 2 Whether the proposed amendments would change the character of the defence
- 3 Whether the application was unreasonably delayed and lacked bona fide motive thus prejudicing the Plaintiff
Ratio Decidendi
Leave to amend was refused because the proposed amendments would alter the character of the defence, the application was made with inordinate delay without a satisfactory explanation, and the delay and surrounding circumstances indicated lack of bona fide and would prejudice the Plaintiff.
Court Disposition
Defendant's application to amend the Statement of Defence dismissed.
Orders
- Defendant's Notice of Application to amend the Statement of Defence (Annexure 71) is dismissed.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
NA-A53CY-2-02/2022 Kand. 97 11/05/2023 14:57:45 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS GUAMAN SIVIL NO. NA-A53CY-2-02/2022 ANTARA NORFARALINAH BINTI MD. YUNUS …PLAINTIF [NO.K/P: 880122235464] [TETUAN REJINDER SINGH & ASSOCIATES] DAN ZARINA ANJOULIE BINTI MOHAMD FAHIZUL [NO. KP: 860909435998 ] ...DEFENDAN [TETUAN NURUL HAFIDZAH & ASSOCIATES] ALASAN PENGHAKIMAN NA-A53CY-2-02/2022 NORFARALINAH BINTI MD YUNUS ZARINA DAN ANJOULIE BINTI MOHAMD FAHIZUL S/N 6/vzevbEC3eAAKDfKIyw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal -2- LATAR BELAKANG [1] Plaintif merayu terhadap keputusan Mahkamah bertarikh 3 Mac 2023 yang menolak permohonan Plaintif melalui Notis Permohonan bertarikh 7 November 2022 untuk meminda Pernyataan Pembelaan di bawah Aturan 20 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di Lampiran 71. PENDAHULUAN [2] Berdasarkan rekod Mahkamah dokumen yang berikut telah difailkan: (a) Plaintif telah memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 28 Januari 2020; (b) Defendan telah memfailkan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas bertarikh 12 Mac 2021;dan (c) Plaintif telah memfailkan Jawapan kepada Pembelaan dan Pembelaan kepada Tuntutan Balas bertarikh 25 Mac 2021 dan 8 April 2021 [3] Intipati kausa tindakan Plaintif adalah seperti yang berikut: Plaintif mendakwa fitnah kepada Plaintif secara jelas dan innuendo telah memberi maksud dan difahami bahawa: S/N 6/vzevbEC3eAAKDfKIyw **Note NA-A53CY-2-02/2022 : Serial number will be used to verifyBINTI NORFARALINAH the originality MD YUNUS of ZARINA this document via eFILING DAN ANJOULIE portal BINTI MOHAMD FAHIZUL -3- (i) Plaintif ialah seorang yang melakukan kesalahan menggugurkan anak di dalam tandas; (ii) Plaintif ialah seorang yang tidak bermoral; (iii) Plaintif telah melakukan kesalahan melacurkan diri; (iv) Plaintif telah menggunakan ilmu hitam (susuk); (v) Plaintif adalah seorang yang pengecut; (vi) Plaintif mempunyai seorang “sugar daddy”; (vii) Plaintif seorang yang tidak bermaruah dan menghina agama Islam; (viii) Plaintif adalah seorang penipu; (ix) Plaintif ialah seorang yang tidak beretika; dan (x) Plaintif telah secara sengaja menyalahgunakan kedudukannya untuk kehidupan peribadi. [4] Intipati pembelaan Defendan adalah seperti yang berikut: (a) Defendan menafikan dakwaan Plaintif dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif; (b) Defendan memplidkan Defendan seorang pempengaruh (“influencer”) dan mempunyai seramai lebih kurang 882,000 pengikut di laman media social Instagram yang menggunakan nama pentas @anjoulievocah 1. (c) Defendan menyatakan akaun-akaun Instagram yang diplidkan oleh Plaintif dalam perenggan 4 Pernyataan Tuntutan bukan akaun Instagram milik Defendan; S/N 6/vzevbEC3eAAKDfKIyw **Note NA-A53CY-2-02/2022 : Serial number will be used to verifyBINTI NORFARALINAH the originality MD YUNUS of ZARINA this document via eFILING DAN ANJOULIE portal BINTI MOHAMD FAHIZUL -4- (d) Defendan menafikan dan meletakkan beban pembuktian yang kukuh terhadap Plaintif. Dalam apa jua keadaan adalah dinafikan bahawa maksud semulajadi dan biasa atau sindiran (innuendo) Kenyataan Fitnah 1 melahirkan atau mampu membawa maksud atau mana-mana maksud sepertimana yang diplidkan dalam perenggan 9(a) dan 10(a) Pernyataan Tuntutan. (e) Defendan menegaskan bahawa kata-kata yang diadukan dalam Kenyataan Fitnah 1 adalah benar dalam isinya dan/atau fakta; dan (f) Defendan menegaskan bahawa kata-kata yang diadukan dalam Kenyataan Fitnah 2 adalah merupakan satu komen yang adil (fair comment). [5] Seterusnya Defendan mengemukakan permohonan untuk meminda Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas atas alasan yang berikut: (a) Dokumen yang diperoleh daripada syarikat Facebook melalui permohonan penzahiran berkenaan pemilik akaun-akaun Instagram yang diplidkan oleh Plaintif di dalam Pernyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan pada 29 November 2021 setelah pemfailan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas bertarikh 12 Mac 2021; S/N 6/vzevbEC3eAAKDfKIyw **Note NA-A53CY-2-02/2022 : Serial number will be used to verifyBINTI NORFARALINAH the originality MD YUNUS of ZARINA this document via eFILING DAN ANJOULIE portal BINTI MOHAMD FAHIZUL -5- (b) Sekiranya permohonan Defendan tidak dibenarkan, ia akan memprejudiskan kes Defendan; (c) Sekiranya permohonan Defendan dibenarkan, tiada apa- apa prejudis yang dialami oleh Plaintif yang tidak boleh dipampas dengan kos; dan (d) Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit. [6] Plaintif membantah permohonan Defendan atas alasan yang berikut: (a) Bukti yang digembur-gemburkan oleh Defendan bahawa akaun-akaun Instagram seperti yang didakwa Plaintif dalam perenggan 4 Pernyataan Tuntutan bukan milik Defendan tidak tepat bersandarkan bukti bahawa Perintah Penzahiran bertarikh 30 September 2021 adalah berpilih-pilih dan hanya melibatkan alamat ‘zarinaanjoulie22’, ‘zarina_anjoulie2’ ‘z_arina_anjoulie2___’ di Instagram tetapi tiada sebarang bukti penzahiran dalam menunjukkan akaun mengenai ‘zarina_anjoulie’ & ‘zarinaanjoulie2’; (b) Karakter pembelaan Defendan telah berubah sepenuhnya; (c) Defendan turut meminda elemen undang-undang berkenaan pembelaan Defendan; S/N 6/vzevbEC3eAAKDfKIyw **Note NA-A53CY-2-02/2022 : Serial number will be used to verifyBINTI NORFARALINAH the originality MD YUNUS of ZARINA this document via eFILING DAN ANJOULIE portal BINTI MOHAMD FAHIZUL -6- (d) Sekiranya pindaan dibenarkan, kes Plaintif akan diprejudis dengan teruk dan jika benar maklumat yang diperoleh Defendan telah ada sejak akhir tahun 2021; dan (e) Tiada kos yang berupaya memampas kedudukan malu dan aib Plaintif dengan tindakan Defendan memplidkan pembelaan secara berasingan/berperingkat-peringkat. KEPUTUSAN MAHKAMAH [7] Kes ini telah ditetapkan untuk keputusan bagi Notis Permohonan oleh Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu. [8] Kes ini telah dipindahkan berikutan permohonan Defendan supaya Hakim terdahulu menarik diri. [9] Oleh itu, Notis Permohonan yang difailkan oleh Defendan diputuskan oleh Hakim yang baharu. [10] Bagi mempertimbangkan Notis Permohonan Defendan, Mahkamah telah membaca alasan pemohonan Defendan dan Afidavit Sokongan Defendan yang dikrarkan oleh Defendan pada 7 November 2022 dan Afidavit Balasan Defendan yang dikrarkan oleh Defendan pada 6 Disember 2022. [11] Mahkamah juga telah meneliti Afidavit Balasan Plaintif yang diikrarkan oleh Plaintif bertarikh 22 November 2022. S/N 6/vzevbEC3eAAKDfKIyw **Note NA-A53CY-2-02/2022 : Serial number will be used to verifyBINTI NORFARALINAH the originality MD YUNUS of ZARINA this document via eFILING DAN ANJOULIE portal BINTI MOHAMD FAHIZUL -7- [12] Oleh itu, setelah mengambil kira hujahan kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan dan menurut Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Mahkamah menolak permohonan Defendan di Lampiran 71 untuk meminda Pernyataan Pembelaan di bawah Aturan 20 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 atas alasan yang berikut: (a) pindaan akan memberi kesan kepada ciri-ciri pembelaan; (b) kelewatan memfailkan permohonan untuk meminda pembelaan; dan (c) permohonan untuk meminda tiada bona fide dan memprejudis Plaintif. ANALISIS DAN PENEMUAN MAHKAMAH Peruntukan undang-undang yang terpakai [13] Permohonan untuk mengenai pindaan pliding diperuntukkan di bawah Aturan 20 kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 seperti yang berikut: “(1) Subject to Order 15, rules 6, 6A, 7 and 8 and the following provisions of this rule, the Court may at any stage of the proceedings allow the plaintiff to amend his writ, or any party to amend his pleading, on such terms as to costs or otherwise as may be just and in such a manner, if any, as it may direct. …” . S/N 6/vzevbEC3eAAKDfKIyw **Note NA-A53CY-2-02/2022 : Serial number will be used to verifyBINTI NORFARALINAH the originality MD YUNUS of ZARINA this document via eFILING DAN ANJOULIE portal BINTI MOHAMD FAHIZUL -8- [14] Mahkamah merujuk keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman Evrol Marriette Peters dalam kes United Overseas Bank (China) Limited, Chengdu Branch Lwn Siow Kwang Joon @ Siow Kwong Shang [2020] 1 LNS 1440 yang menyatakan “The judge has a discretion to allow an application to amend a pleading but such powers must be exercised judicially”. [15] Mahkamah turut merujuk 2 kes utama iaitu Yamaha Motor Co Ltd v. Yamaha (M) Sdn Bhd [1983] CLJ (Rep) 428, and Hong Leong Finance Berhad v. Low Thiam Hoe & Another Appeal [2015] 8 CLJ. [16] Mahkamah Persekutuan dalam kes Yamaha Motor Co Ltd v. Yamaha (M) Sdn Bhd, Hakim Mahkamah Persekutuan YAA Mohd Azmi dalam keputusannya menyatakan seperti yang berikut: “The general principle is that the Court will allow such amendments as will cause no injustice to the other parties. Three basic questions should be considered to determine whether injustice would or would not result, (1) whether the application is bona fide; (2) whether prejudice caused to the other side can be compensated by costs and (3) whether the amendments would not in effect turn the suit from one character into a suit of another and inconsistent character. “. [17] Manakala dalam kes Hong Leong Finance Berhad v. Low Thiam Hoe & Another Appeal, YAA Zulkifli Ahmad Makinuddin, S/N 6/vzevbEC3eAAKDfKIyw **Note NA-A53CY-2-02/2022 : Serial number will be used to verifyBINTI NORFARALINAH the originality MD YUNUS of ZARINA this document via eFILING DAN ANJOULIE portal BINTI MOHAMD FAHIZUL -9- Hakim Mahkamah Persekutuan menyatakan prinsip yang berikut dalam mempertimbang permohonan pindan pliding: “(a) When dealing with an application to amend the pleadings, which introduce a new case in the claim or defence, on the eve of the trial, the principles in Yamaha Motor are not the sole considerations; (b) The principles in Yamaha Motor applies to cases where the application to amend the pleadings is made at an early stage of the proceedings; (c) That there has to be a cogent and reasonable explanation in the applicant’s affidavit as to why the application was filed late; (e) That the application to amend the pleadings is not a tactical manoeuvre; (e) That the proposed amendment must disclose full particulars for the court to ascertain if there is a real prospect of success in proving the same; and (f) That lateness in the application to amend the pleadings cannot necessarily be compensated by payment of costs.”. S/N 6/vzevbEC3eAAKDfKIyw **Note NA-A53CY-2-02/2022 : Serial number will be used to verifyBINTI NORFARALINAH the originality MD YUNUS of ZARINA this document via eFILING DAN ANJOULIE portal BINTI MOHAMD FAHIZUL - 10 - ANALISIS DAN PENEMUAN MAHKAMAH Isu sama ada pindaan akan memberi kesan kepada ciri-ciri pembelaan [18] Mahkamah mendapati cadangan pindaan, jika dibenarkan akan meminda hampir keseluruhan perenggan 5, 25, 26, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 36, 38, 40, 41 dan 42 dan turut mengubah perenggan 25, 27, 29, 31, 33, 37 dan 41 dengan memasukkan alasan baru yang akan memberi kesan dan mengubah penegasan asal pembelaan Defendan. [19] Cadangan pindaan meminda daripada penegasan asal iaitu “akaun Instagram milik Defendan” kepada “akaun Instagram yang dimiliki dan/atau dikawal dan/atau disiarkan oleh Defendan”. [20] Selain itu, pernyataan baru dimasukkan iaitu “Dalam apa jua keadaan, akaun-akaun yang dikatakan telah memuat naik kenyataan-kenyataan fitnah terhadap Plaintif adalah bukan dimiliki dan/atau dikawal dan/atau disiarkan oleh Defendan” akan memberi kesan dan mengubah karakter Pembelaan. Isu sama ada terdapat kelewatan memfailkan permohonan untuk meminda pembelaan [21] Isu kelewatan dibangkitkan oleh Plaintif berikutan tempoh masa yang diambil oleh Defendan untuk memfailkan permohonan ini. S/N 6/vzevbEC3eAAKDfKIyw **Note NA-A53CY-2-02/2022 : Serial number will be used to verifyBINTI NORFARALINAH the originality MD YUNUS of ZARINA this document via eFILING DAN ANJOULIE portal BINTI MOHAMD FAHIZUL - 11 - Mahkamah memberi perhatian bahawa Notis Permohonan telah difailkan selepas sembilan pengurusan kes dan pindaan yang dimasukkan pada saat pihak-pihak telah diarahkan untuk memfailkan dokumen bagi tujuan perbicaraan. [22] Justeru, Mahkamah berpandangan permohonan Defendan lewat walaupun telah memperoleh dokumen tersebut sejak 29 November 2021. Isu sama ada permohonan untuk meminda tiada bona fide dan memprejudis Plaintif. [23] Plaintif berhujah bahawa tempoh masa yang diambil oleh Defendan untuk mengemukakan permohonan meminda pembelaan membangkitkan isu suci hati dan “tactical manoeuvre” untuk mengelak daripada tuntutan Plaintif. [24] Mahkamah berpandangan ketiadaan alasan kelewatan mengemukakan permohonan yang meyakinkan dan disokong menunjukkan tidak wujud niat suci hati. [25] Mahkamah merujuk keputusan keputusan kes Lim Nyang Tak Michael v. ACE Technologies Sdn Bhd [1995] 4 MLJ 616, yang mana permohonan Defendan untuk meminda pembelaan ditolak atas alasan “if the defendant truly had a valid defence, it would not have waited, and the fact that it did, raised the inference that the application was a tactical manoeuvre and was done in bad faith to delay the rights of the plaintiff on his claim.”. S/N 6/vzevbEC3eAAKDfKIyw **Note NA-A53CY-2-02/2022 : Serial number will be used to verifyBINTI NORFARALINAH the originality MD YUNUS of ZARINA this document via eFILING DAN ANJOULIE portal BINTI MOHAMD FAHIZUL - 12 - [26] Oleh itu, dalam kes ini, Mahkamah mendapati sekiranya Defendan mempunyai pembelaan yang sah, Defendan tidak akan menunggu sekian lama dan fakta Defendan lewat menunjukkan permohonan Defendan dibuat tanpa suci hati dan hanyalan helah “tactical manoeuvre” untuk melewatkan hak Plaintif dalam tuntutannya. Kesimpulan [27] Kesimpulannya, setelah mempertimbang bahawa pindaan akan memberi kesan kepada ciri-ciri pembelaan;kelewatan memfailkan permohonan untuk meminda pembelaan; dan permohonan untuk meminda tiada bona fide dan memprejudis Plaintif, Mahkamah memutuskan tiada asas untuk membenarkan permohonan Defendan. [28] Oleh itu, berdasarkan alasan yang telah dinyatakan dan setelah meneliti dengan berhati-hati dan bijaksana segala keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini termasuklah hujahan bertulis kedua-dua pihak, permohonan Defendan ditolak. (MAZNI BINTI NAWI) Hakim Mahkamah Sesyen (4) Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus Tarikh: 11 MEI 2023 S/N 6/vzevbEC3eAAKDfKIyw **Note NA-A53CY-2-02/2022 : Serial number will be used to verifyBINTI NORFARALINAH the originality MD YUNUS of ZARINA this document via eFILING DAN ANJOULIE portal BINTI MOHAMD FAHIZUL - 13 - Bagi pihak Plaintif: Tetuan Rejinder Singh & Associates Peguambela dan Peguamcara, 568-8-39, 8th Floor, Mutiara Complex, Batu 3 1/2 , Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bagi pihak Defendan: Tetuan Nurul Hafidzah & Associates Peguambela dan Peguamcara, B-7-2, Alam Avenue, Jalan Serai Wangi G 16/G, Persiaran Selangor, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. S/N 6/vzevbEC3eAAKDfKIyw **Note NA-A53CY-2-02/2022 : Serial number will be used to verifyBINTI NORFARALINAH the originality MD YUNUS of ZARINA this document via eFILING DAN ANJOULIE portal BINTI MOHAMD FAHIZUL