1. ) NURUL ADZLIANA AINNIE BT ABDILLAH (NO K/P: 79528-07-5326) 2. ) MOHD IRWAN NIZAM BIN KHORIZAN (NO. K/P: 791221-08-6113) 3. ) NOR AZLAN BIN MD HURI (NO. K/P : 830627-08-6489) FELCRA BERHAD (NO SYARIKAT : 432483-U)
The claim was struck out on locus standi grounds because the asserted cause of action was on behalf of a partnership yet the action was not brought in the name of the firm or in the names of all partners; additionally Plaintiff 3 is not a lawyer and lacked standing; failure to serve a bill of costs under s124 and an...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-22NCVC-665-10/2020 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: NURUL ADZLIANA AINNIE BT ABDULLAH; Plaintiff: MOHD IRWAN NIZAM BIN KHORIZAN; Plaintiff: NOR AZLAN BIN MD HURI; Defendant: FELCRA BERHAD
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 12 August 2021
- Case Number
- WA-22NCVC-665-10/2020 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil (guaman Sivil) / Interlocutory Striking Out Application Under Order 18 Rule 19 (kaedah‑kaedah Mahkamah 2012)
- Outcome
- Application in Lampiran 14 allowed in part (paragraph 1 granted); plaintiffs lacked locus standi for the suit as pleaded.
- Legal Topics
- Locus Standi, Non‑joinder/misjoinder, Costs, Bill of Costs (s124 Legal Profession Act 1976), Delay/laches, Disciplinary Intervention by Bar Council
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
NURUL ADZLIANA AINNIE BT ABDULLAH
Plaintiff
MOHD IRWAN NIZAM BIN KHORIZAN
Plaintiff
NOR AZLAN BIN MD HURI
Plaintiff
FELCRA BERHAD
Defendant
Procedural Posture
Civil (guaman Sivil) / Interlocutory Striking Out Application Under Order 18 Rule 19 (kaedah‑kaedah Mahkamah 2012)
Legal Issues
- 1 Whether plaintiffs have locus standi to sue as individuals for fees claimed on behalf of a partnership firm
- 2 Whether a non‑lawyer plaintiff (Plaintiff 3) has standing to claim legal fees
- 3 Whether failure to serve a bill of costs as required by s124 Legal Profession Act 1976 renders the claim premature
Ratio Decidendi
The claim was struck out on locus standi grounds because the asserted cause of action was on behalf of a partnership yet the action was not brought in the name of the firm or in the names of all partners; additionally Plaintiff 3 is not a lawyer and lacked standing; failure to serve a bill of costs under s124 and an inordinate seven‑year delay reinforced the basis to allow the defendant's strike‑out application (Lampiran 14) in part.
Court Disposition
Application in Lampiran 14 allowed in part (paragraph 1 granted); plaintiffs lacked locus standi for the suit as pleaded.
Orders
- Lampiran 14 allowed for paragraph 1 only
- Costs of MYR 5,000 payable by the Plaintiffs to the Defendant subject to taxation
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCVC-665-10/2020 ANTARA 1. NURUL ADZLIANA AINNIE BT ABDULLAH (NO. K/P : 79528-07-5326) 2. MOHD IRWAN NIZAM BIN KHORIZAN (NO. K/P : 791221-08-6113) 3. NOR AZLAN BIN MD HURI (NO. K/P : 830627-08-6489) … PLAINTIF-PLAINTIF DAN FELCRA BERHAD (NO. SYARIKAT : 432483-U) … DEFENDAN 1 ALASAN PENGHAKIMAN ( KANDUNGAN 14 ) PENDAHULUAN [1] Lampiran 14 adalah pemohonan Defendan menurut Aturan 18 Kaedah 19 (1), (b) dan /atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. [2] Pihak Plaintif / Perayu tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah yang diberikan pada12.8.2021 yang memerintahkan Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 12.10.2020 yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif dibatalkan dan kos RM5,000.00 dibayar oleh setiap Plaintif-Plaintif kepada Defendan tertakluk kepada fi alokatur. LATAR BELAKANG KES PLAINTIF [3] Sekitar awal November 2011, Defendan telah melantik Tetuan Sharidan & Co. untuk mengendalikan semua perkara perundangan (legal matters) berkenaan dengan sebuah projek yang dikenali sebagai Projek Perumahan Kampung Tersusun Generasi Kedua FELCRA Berhad Seberang Perak, Perak (“Projek Tersebut”). [4] Tetuan Sharidan & Co. adalah sebuah firma perkongsian yang terdiri daripada Adli Sharidan Bin Sahar dan Nurul Adzliana Ainnie Binti Abdullah, Plaintif Pertama yang dinamakan di atas. [5] Pada Jun 2013, Tetuan Sharidan & Co. telah menukar nama dan gaya kepada Tetuan Adzliana & Partners dan akibat dari itu Tetuan Adzliana & 2 Partners telah mengambil alih kesemua fail-fail Defendan yang berkaitan dengan projek tersebut. [6] Adzliana & Partners dikendalikan oleh Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua. [7] Pada 19.1.2017, Plaintif Kedua tidak lagi berada di dalam firma Tetuan Adzliana & Partners kerana tidak memperbaharu sijil amalan guaman beliau, tempat Plaintif Kedua diganti oleh Norazlina Mat Saad. [8] Pada 22.9.2018, firma Tetuan Adzliana & Partners telah digantung oleh Badan Peguam. [9] Seterusnya, Defendan telah mengarahkan Tetuan Abdul Rahman & Partners untuk mengambil alih dan meneruskan urusan pindahmilik Projek Kampung Tersusun. Defendan kemudiannya telah menamatkan khidmat Plaintif-Plaintif. [10] Defendan kemudiannya telah pada 28.7.2017, membuat satu laporan polis ke atas Plaintif-Plaintif atas tuduhan pecah amanah. Tindakan Defendan ini telah menyebabkan pihak Polis merampas dan/atau menyita fail-fail, resit-resit, suratcara-suratcara, surat menyurat, penyata-penyata akaun dan dokumen-dokumen dan juga telah membekukan akaun firma guaman Plaintif-Plaintif. 3 [11] Defendan kemudiannya telah membuat laporan kepada Lembaga Tatatertib Peguam terhadap Plaintif-Plaintif atas fakta yang sama seperti laporan yang dibuat kepada pihak Polis Di Raja Malaysia. [12] Akibatnya, Majlis Peguam telah mengarahkan supaya firma guaman Plaintif-Plaintif ditutup dan kesemua fail firma guaman Plaintif diserahkan untuk diambil alih oleh Majlis Peguam Malaysia. [13] Seterusnya, Defendan telah memfailkan Writ Saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, iaitu Guaman No. WA-22ncvc-425-07/2018 terhadap Plaintif-Plaintif yang prosiding masih berjalan sehingga kini. [14] Pada 12.10.2020, Plaintif-Plaintif telah memfailkan saman ini dan memasukkan satu permohonan untuk menggabungkan saman ini dengan Guaman No. WA-22NCVC-425-07/2018. Sebagai respons kepada saman ini, Defendan telah memfailkan Kandungan 14, iaitu Notis Permohonan untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan. [15] Plaintif-Plaintif kemudiannya pada 29.1.2021 memfailkan satu permohonan untuk menarik balik tindakan ini dengan kebebasan memfailkan semula. Permohonan ini ditentang oleh Defendan. Kini permohonan ini juga ditetapkan untuk pendengaran secara bersama dengan Kandungan 14. [16] Dalam tuntutan ini Plaintif-Plaintif menuntut bayaran fi guaman bagi kerja-kerja atau perkhidmatan yang telah diberikan oleh mereka kepada Defendan bermula dari 2011 sehingga 2017. 4 LATAR BELAKANG KES DEFENDAN [17] Sekitar awal November 2011, Defendan telah melantik Tetuan Sharidan & Co. untuk mengendalikan semua perkara perundangan (legal matters) berkenaan dengan sebuah projek yang dikenali sebagai Projek Perumahan Kampung Tersusun Generasi Kedua FELCRA Berhad Seberang Perak, Perak (“Projek tersebut”) [18] Ia telah direpresentasi kepada Defendan pada setiap masa yang material, bahawa Tetuan Sharidan & Co. merupakan sebuah firma perkongsian ( a firma of partnership) yang terdiri daripada Adli Sharidan bin Sahar dan Nurul Adzliana Ainnie binti Abdullah iaitu Plaintif Pertama dalam tindakan ini. [19] Adli Sharidan yang merupakan rakan kongsi Plaintif Pertama dalam Tetuan Sharidan & Co tidak dinamakan sebagai salah seorang pihak didalam Guaman ini. [20] Pada Jun 2013 telah direpresentasikan kepada Defendan bahawa Tetuan Sharidan & Co. telah menukar nama dan gaya kepada Tetuan Adzliana & Partners dan akibat dari itu, Tetuan Adzliana & Partners telah mengambil alih kesemua fail-fail Defendan yang berkaitan dengan Projek tersebut. [21] Plaintif Pertama dan Ke-2 mengendalikan Tetuan Adzliana & Partners dalam perkongsian dari semasa ke semasa semenjak firma tersebut diwujudkan sehingga tahun 2016 sahaja, apabila Plaintif ke-2 gagal dan/atau tidak memperbaharui sijil amalan guaman beliau. 5 [22] Plaintif Ke-2 tidak menyertai semula perkongsian tersebut selepas itu. [23] Pada 19.1.2017, Plaintif Pertama telah disertai oleh Norazlina Mat Saad, dan kedua-duanya telah beramal sebagai rakan kongsi di bawah nama dan gaya Tetuan Adzliana & Partners sehingga firma tersebut dicampur tangan (intervened) dan digantung oleh Majlis Peguam Malaysia sekitar 22.9.2018. Norazlina Mat Saad sebagai rakan kongsi juga tidak dinamakan sebagai salah seorang pihak dalam Guaman ini. [24] Tetuan Adzliana & Partners, operasinya masih lagi digantung oleh Badan Peguam sehingga hari ini. [25] Sepanjang masa yang material dari 2011 sehingga 2017, mahupun pada bila-bila masa material yang lain, Plaintif Ke-3 tidak pernah menjadi seorang peguambela dan peguamcara dalam maksud Akta Profesion Undang-Undang 1978. [26] Defendan menyatakan bahawa guaman ini adalah tindakan yang dibawa oleh/bagi pihak Tetuan Adzliana & Partners yang merupakan rakan kongsi. Isu-isu yang ditimbulkan oleh Defendan [27] Plaintif Pertama dan Plaintif Ke-2 tidak mempunyai locus standi untuk membawa guaman ini terhadap Defendan atas kegagalan mereka untuk membawa tindakan ini atas nama Tetuan Adzliana & Partners ataupun atas nama kesemua rakan kongsi. 6 [28] Sepanjang masa material dari 2011 sehingga 2017, Plaintif Ke-3 tidak pernah menjadi seorang peguambela dan peguamcara dalam maksud Akta Profesion Undang-Undang 1976 yang mana Plaintif Ke-3 tidak ada locus standi untuk menyaman. [29] Isu berkaitan fi tertunggak tidak pernah ditimbulkan oleh Plaintif- Plaintif. [30] Tuntutan Plaintif adalah mala fide dan merupakan satu taktik muslihat bagi memprejudiskan Defendan serta menghalang dan untuk melengahkan Guaman No: WA-22NCVC-425-07/2018 yang masih pending. DAPATAN MAHKAMAH Plaintif Pertama dan Plaintif Ke-2 tiada locus standi [31] Tuntutan Plaintif-Plaintif dalam Guaman ini diantara lain adalah berkaitan fi guaman bagi penyediaan Perjanjian Jualbeli berjumlah RM888,151.00 dan fi kerja-kerja tambahan/konsultasi oleh Plaintif Ketiga secara bersendirian dan/atau bersama-sama Plaintif Pertama dan Plaintif Ke-2 secara pukal sebanyak RM2,000,000.00. [32] Mahkamah merujuk kepada afidavit sokongan Defendan yang diikrarkan pada 1.12.2020 oleh Amirah Kausar Binti Basiron (Lampiran15) yang menyatakan bahawa sepanjang jangka masa 2011 sehingga awal Jun 2013 syarikat guaman yang mengendalikan Projek tersebut bagi pihak Defendan adalah Tetuan Sharidan & Co. ( Rujuk Afidavit Sokongan secara kolektif Eksibit AK-1). 7 [33] Mengikut Afidavit Sokongan Defendan (Lampiran 15) berdasarkan carian keahlian Badan Peguam keatas Tetuan Adzliana & Partners pada purata 3 bulan bagi setiap tahun dari 2013 sehingga 2017, Tetuan Adzliana & Partners langsung tidak wujud kerana Plaintif Pertama dan Ke-2 gagal untuk mendapatkan sijil amalan mereka. ( Muka surat 69 Eksibit AK-2 Afidavit Sokongan Defendan) [34] Perkongsian Tetuan Adzliana & Partners dibentuk pada pertengahan bulan Januari 2017 oleh Plaintif Pertama dan Norazlina Mat Saad. Memandangkan tuntutan ini adalah bagi pihak Tetuan Adzliana & Partners, Mahkamah berpendapat bahawa seharusnya tuntutan dibawa atas nama firma atau nama kesemua rakan kongsinya. ( Rujukan ms 67 - 69 Eksibit AK-2 Afidavit Sokongan Defendan) [35] Dari fakta yang dikemukakan dalam afidavit sokongan terdapat ketika diantara 3.9.2013 hingga 13.4.2018 status firma tidak aktif dan didapati bahawa Plaintif Pertama dan Plaintif Ke-2 tidak mempunyai sijil amalan. (Rujukan ms 67 - 69 Eksibit AK-2 Afidavit Sokongan Defendan) [36] Mengambilkira perkara diatas Plaintif Pertama dan Plaintif Ke-2 tidak ada locus standi membawa tuntutan ini diatas kapasiti individu.. [37] Plaintif Ke-3 juga tidak mempunyai locus standi dalam tuntutan ini memandangkan tuntutan adalah berkaitan dengan fi guaman yang tertunggak. Plaintif Ke-3 adalah Pengurus Pejabat dan Pemasaran yang diupah oleh Tetuan Adzliana & Partners dan bukanlah peguamcara atau peguambela di bawah Akta ProfessionUndang-Undang 1978. 8 [38] Mahkamah berpendapat bahawa memandangkan tuntutan adalah untuk fi guaman sepatutnya tuntutan ini dibawa oleh Firma atau atas nama rakan-rakan kongsi yang sah pada masa material tersebut. [39] Mahkamah merujuk kepada kes St Vr Veerappan Juga Dikenali Sebagai & Ors v Arunachalam A/L Venkatachalan & Ors [2014] MLJU 1771. Nantha Balan yang memutuskan seperti berikut:- “[13] But it is clear that as a matter of law, when an action is made on behalf of a paernership, the action should be in the name of the firm or failing that in the names of all the partners of that partnership. Otherwise the action is fatally defective and ought to be struck off.” [16] In Public Trustee v Elder (1926) Ch 776, the Court of Appeal laid down the salutary principle that all the entities which constituted the partnership should be before the court, otherwise the action is defective and will be struck out accordingly. [18] Of course, I am very mindful that very serious allegations have been made against the First and Second Defendants which ordinarily would defeat the striking out application. But as I said, the applications to strike out are now predicated solely on the issue of locus standi and the issue has been carved out based on the Plaintiff’s own pleadings. [19] The application to strike out stands or falls on that sole issue. In my view, the objection to the Plaintiffs’ locus standi has been validly 9 taken. As this action has all the trappings of an action on behalf of apartnership, and as not all the persons who formed the partnership of Muthiah Brothers are before the court, I am of the view that the action is defective and ought to be struck out accordingly.” [40] Mengambilkira kes diatas adalah wajar Mahkamah ini untuk membenarkan permohonan Defendan dilampiran 14 atas isu locus standi semata-mata. [41] Tentang hujahan Plaintif bahawa isu locus standi yang dibangkitkan oleh Defendan adalah merupakan isu misjoinder dan non-joinder. Dan bukan menjadi asas kepada permohonan pembatalan dibawah Aturan 18 Kaedah 19. Kaedah-Kaaedah Mahkamah 2012. Mahkamah berpendapat isu misjoinder atau non joinder adalah tidak relevan. [42] Sepanjang masa mengendalikan Projek tersebut selama 4 tahun ( Jun 2013 - pertengahan Julai 2017). Isu berkaitan fi tertunggak tidak pernah ditimbulkan oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan. [43] Semasa Tetuan Adzliana & Partners ditamatkan perkhidmatannya pada pertengahan Julai 2017 tiada tuntutan dibuat terhadap Defendan. [44] Begitu juga semasa Majlis Peguam Malaysia mengambil tindakan pada September 2018 dan semasa tuntutan terhadap Plaintif dalam Guaman No WA-22NCVC-425-07/2018 (Guaman 425) difailkan. 10 [45] Setelah 7 tahun berdiam diri baru tuntutan dibuat oleh Plaintif-Plaintif apabila Guaman 425 ditetapkan untuk perbicaraan. Mahkamah merujuk kepada kes Alfred Templeton & Ors v Low Yatt Holdings Bhd & Anor [1989} 2 MLJ 202 dimana Mahkamah memutuskan seperti berikut:- “ Laches is an equitable defence implying lapse of time and delay in prosecuting a claim. A court of equity refuses its aid to a stale demand where the Plaintiff has slept upon his rights and acquiesced for a great length of time. He is then said to be barred by laches. In determining whether there has been such a delay as to amount to laches the court considers whether there has been such a delay as to amount to laches the court considers whether there has been acquiescene on the Plaintiff’s part and any change of position that has occurred on the part of the defendant.” [46] Tuntutan oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan mengambil masa 7 tahun yang merupakan tindakan yang remeh, menyusahkan dan fikiran terkemudian disebabkan terdapatnya tuntutan oleh Defendan dalam Guaman 425 yang masih berjalan. [47] Berkaitan dengan tuntutan Plaintif-Plaintif berkenaan fi guaman. Dalam Tuntutan yang dibuat tiadanya keterangan bahawa bil kos (bill of cost ) telah diserahkan kepada Defendan dari Tetuan Adzliana & Partners menuntut fi guaman tersebut. Mengikut seksyen 124 Akta Profesion Undang-Undang 1976. Pelanggaran peruntukan Akta tersebut adalah menjadikan tuntutan Plaintif-Plaintif pramatang dan seharusnya dibatalkan. 11 [48] Mahkamah juga ingin menekankan bahawa Majlis Peguam Malaysia telah membuat resolusi untuk semua fail-fail Tetuan Adzliana & Partners diserahkan kepada Firma guaman yang lain. (rujuk Muka surat 73 eksibit AK-3) dan pada 22.9.2018 Majlis Peguam Malaysia telah mengeluarkan sijil dibawah seksyen 88(1) Akta Profesion Undang-Undang 1976 dimana Plaintif Pertama dan Nurul Adzliana Ainnie Bt. Abdullah dan Norazlina Mat Saat dari Tetuan Adzliana & Partners telah didapati bersalah atas sebab tidak jujur ( guilty of dishonesty). (rujuk muka surat 74 eksibit AK-3) [49] Mengambilkira alasan di atas Mahkamah membenarkan Lampiran 14 untuk perenggan 1 sahaja dan kos RM5000.00 dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan tertakluk kepada fi alokatur. [50] Berkaitan Lampiran 5 permohonan Plaintif-Plaintif supaya kes ini didengar bersama dengan Guaman 425, Mahkamah berpendapat tuntutan diantara kedua-dua Guaman adalah berbeza dan dengan Mahkamah membenarkan permohonan lampiran 14 ianya menjadi akademik. tt ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 1 Kuala Lumpur Bertarikh : 19.10.2021 12 Kes yang dirujuk: 1) St Vr Veerappan Juga Dikenali Sebagai & Ors v Arunachalam A/L Venkatachalan & Ors [2014] MLJU 1771. 2) Alfred Templeton & Ors v Low Yatt Holdings Bhd & Anor [1989} 2 MLJ 202 3) Akta Profesion Undang-Undang 1976 Peguam Bagi Pihak Plaintif Nurul Adzliana Ainnie bt. Abdullah No. 61, Jalan Rajawali, Taman Berjaya, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. (Tel. : 011-31271431 / 019-2278911) Peguam Bagi Pihak Defendan Tetuan Aziz Hon Annuar No. 16-18, Level 10, Q Sentral Jalan Stesen Sentral, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur. 13