ONG KEH KEONG [Timbalan (TPR), Jabatan Peguam Negara]
Conviction is unsafe and must be set aside because the appellant was materially prejudiced: different judges heard the prima facie and defence stages without a full de novo hearing or adequate reasons; HMS2 failed to personally assess demeanour and credibility of prosecution witnesses and contemporaneous documentary...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-42K-3-03/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Ong Keh Keong; Respondent: Pendakwa Raya
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 19 February 2024
- Case Number
- BA-42K-3-03/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal (money Laundering Under Amla) / Judgment on Appeal; Conviction and Sentence Set Aside
- Outcome
- Appeal allowed; convictions and sentences imposed by HMS2 on 22 February 2021 set aside
- Legal Topics
- Right to Fair Trial, De Novo Hearing, Prima Facie Hearing, Credibility and Demeanour Assessment, Recall of Prosecution Witnesses, AMLA S4(1)(a) and S4(4), Turquand’s Rule, Contemporaneous Documentary Evidence
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Ong Keh Keong
Appellant
Pendakwa Raya
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal (money Laundering Under Amla) / Judgment on Appeal; Conviction and Sentence Set Aside
Legal Issues
- 1 Whether appellant was denied right to a fair trial where different judges heard prima facie and defence stages without a de novo hearing
- 2 Whether s.261 Criminal Procedure Code required witnesses to be re‑summoned or a de novo hearing when case remitted
- 3 Whether refusal to allow recall of key prosecution witnesses (including investigating officer) prejudiced defence
Ratio Decidendi
Conviction is unsafe and must be set aside because the appellant was materially prejudiced: different judges heard the prima facie and defence stages without a full de novo hearing or adequate reasons; HMS2 failed to personally assess demeanour and credibility of prosecution witnesses and contemporaneous documentary evidence and refused to allow recall of key prosecution witnesses without reasons; these defects denied the appellant a fair trial.
Court Disposition
Appeal allowed; convictions and sentences imposed by HMS2 on 22 February 2021 set aside
Orders
- Convictions and sentences dated 22.2.2021 by HMS2 are set aside
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-42K-3-03/2021 Kand. 73 05/06/2024 08:30:07 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO: BA-42K-3-03/2021 ANTARA ONG KEH KEONG (NO. K/P: 730626-08-5291) …PERAYU DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Sesyen Jenayah 3 Shah Alam Kes Tangkap No: 62K-(34-36)-04/2015 Antara Pendakwa Raya Dan Ong Keh Keong) 1 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN PERTUDUHAN [1] Perayu dalam kes ini telah dituduh dengan lapan (8) pertuduhan di bawah seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (selepas ini disebut sebagai “AMLA”) sebagaimana berikut:- (a) 62K-34-04/2015 Pertuduhan Pertama Bahawa kamu pada 18 Julai 2012 di Standard Chartered Bank Berhad, Cawangan No. 18, 20 & 22, Jalan SS21/39, Damansara Utama, 47000 di dalam daerah Petaling Jaya di dalam Negeri Selangor telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan cek HSBC Bank Malaysia Berhad bernombor 004490 berjumlah RM845,000.00 milik Ong Partnership bernombor 343- 13553-101 ke dalam akaun Standard Chatered Bank Berhad bernombor 620-19491689-6 milik kamu di mana jumlah tersebut merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613). 2 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 18 September 2012 di Standard Chartered Bank Berhad, Cawangan No. 18, 20 & 22, Jalan SS21/39, Damansara Utama, 47000 di dalam daerah Petaling Jaya di dalam Negeri Selangor telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan cek HSBC Bank Malaysia Berhad bernombor 004497 berjumlah RM1,505,000.00 milik Ong Partnership bernombor 343-013553-101 ke dalam akaun Standard Chatered Bank Berhad bernombor 620-19491689- 6 milik kamu di mana jumlah tersebut merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613). Pertuduhan Ketiga Bahawa kamu pada 29 November 2012 di Standard Chartered Bank Berhad, Cawangan No. 18, 20 & 22, Jalan SS21/39, Damansara Utama, 47000 di dalam daerah Petaling Jaya di dalam Negeri Selangor telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan cek HSBC Bank Malaysia Berhad bernombor 236885 berjumlah RM1,500,000.00 daripada akaun Standard Chatered Bank Berhad bernombor 620- 19491689-6 milik Ong Keh Kiong ke dalam akaun Public Investment Bank Berhad bernombor 3077509901 di mana 3 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal jumlah tersebut merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613). (b) 62K-35-04/2015 Pertuduhan Pertama Bahawa kamu pada 15 Disember 2012 di Standard Chartered Bank Berhad, Cawangan No. 18, 20 & 22, Jalan SS21/39, Damansara Utama, 47000 di dalam daerah Petaling Jaya di dalam Negeri Selangor telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang berjumlah RM36,000.00 daripada akaun bernombor 620- 19491689-6 milik kamu ke dalam akaun Standard Chatered Bank Berhad bernombor 620-2038129-8 milik kamu di mana jumlah tersebut merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613). Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 17 May 2012 di Standard Chartered Bank Berhad, Cawangan No. 18, 20 & 22, Jalan SS21/39, Damansara Utama, 47000 di dalam daerah Petaling Jaya di dalam Negeri Selangor telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang 4 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berjumlah RM2,250,000.00 daripada akaun Standard Chatered Bank Berhad bernombor 620-19491689-6 milik kamu ke dalam akaun Standard Chartered Bank Berhad bernombor 620-1-9485-9418 milik kamu di mana jumlah tersebut merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613). Pertuduhan Ketiga Bahawa kamu pada 19 September 2013 di Standard Chartered Bank Berhad, Cawangan No. 18, 20 & 22, Jalan SS21/39, Damansara Utama, 47000 di dalam daerah Petaling Jaya di dalam Negeri Selangor telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang berjumlah RM2,250,000.00 daripada akaun Standard Chatered Bank Berhad bernombor 620-19491689-6 milik kamu ke dalam akaun Standard Chartered Bank Berhad bernombor 620-1-9485-9418 milik kamu di mana jumlah tersebut merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613). 5 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (c) 62K-36-04/2015 Pertuduhan Pertama Bahawa kamu pada 23 September 2013 di Standard Chartered Bank Berhad, Cawangan No. 18, 20 & 22, Jalan SS21/39, Damansara Utama, 47000 di dalam daerah Petaling Jaya di dalam Negeri Selangor telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang berjumlah RM15,000.00 daripada akaun Standard Chatered Bank Berhad bernombor 620-19491689-6 milik kamu ke dalam akaun Standard Chartered Bank Berhad bernombor 620-1-9485-9418 milik kamu di mana jumlah tersebut merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613). Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 24 April 2014 di Standard Chartered Bank Berhad, Cawangan No. 18, 20 & 22, Jalan SS21/39, Damansara Utama, 47000 di dalam daerah Petaling Jaya di dalam Negeri Selangor telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah RM51,789.05 di dalam akaun bernombor 620-19491689-6 milik kamu yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1)(a) Akta 6 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613). [2] Dalam kes ini Perayu tidak mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan dan minta dibicarakan. [3] Kes ini telah didengar oleh 2 Hakim Mahkamah Sesyen yang mana Hakim Mahkamah Sesyen Pertama (HMS1) telah mendengar kes di peringkat prima facie dengan 10 saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan, manakala Hakim Mahkamah Sesyen Kedua (HMS2) pula telah mendengar kes di peringkat pembelaan dengan 2 orang saksi dipanggil. [4] Pada 24.4.2018, HMS1 telah membuat keputusan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membukti kes prima facie dan Perayu telah dipanggil untuk membela diri. [5] Di peringkat pembelaan, Perayu telah memanggil dua (2) orang saksi pembelaan (termasuk Perayu sendiri) untuk membela diri. [6] Pada 22.2.2021, di akhir kes pembelaan HMS2 telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt) dan Mahkamah telah mensabitkan Perayu dengan kesemua lapan (8) pertuduhan. 7 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [7] HMS2 telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Perayu seperti berikut:- (a) 62K-34-04/2015 (3 pertuduhan) • 3 tahun penjara dari tarikh jatuh hukum (22.2.2021) bagi setiap pertuduhan. (hukuman adalah berjalan serentak bagi ketiga-tiga pertuduhan) (b) 62K-35-04/2015 (3 pertuduhan) • Pertuduhan Pertama: 2 tahun penjara • Pertuduhan Kedua: 3 tahun penjara • Pertuduhan Ketiga: 2 tahun penjara (hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh hukuman kes 62K-34-04/2015 selesai dijalankan); dan (c) 62K-36-04/2015 (2 pertuduhan) • 2 tahun penjara bagi setiap pertuduhan (hukuman penjara berjalan serentak dengan kes 62K-35- 04/2015). [secara keseluruhan hukuman adalah 6 tahun penjara] [8] Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan HMS2 dan telah memfailkan rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut terhadap sabitan dan juga hukuman. 8 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [9] Rayuan ini yang difailkan oleh Perayu lebih memfokuskan pada isu hak untuk perbicaraan yang adil (“right to a fair trial”). Menurut Perayu, hak ini tidak dipatuhi semasa perbicaraan dijalankan di Mahkamah Sesyen. Selepas membaca hujahan bertulis pihak- pihak dan setelah mendengar hujahan lisan peguam Perayu, Mahkamah ini membenarkan rayuan Perayu dan mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh HMS2 terhadap Perayu. FAKTA DAN KRONOLOGI KES [10] Pada 20 Disember 2011, Delta Park Sdn Bhd (DPSB) dan Syarikat Ming Kuasa Sdn Bhd (Syarikat Ming) telah memasuki satu perjanjian jual beli tanah milik DPSB dengan harga jualan sebanyak RM2.6 juta. Urusan jual beli tanah tersebut telah dijalankan oleh SP4 selaku pengarah DPSB pada ketika itu dengan pihak Syarikat Ming (rujuk ekshibit P10 m.s. 38-48 dalam Rekod Rayuan (selepas ini dirujuk sebagai “RR”) Jilid 3A). DPSB adalah anak syarikat kepada Hock Sin Leong Group Berhad (HSL Group). [11] Perayu pula adalah seorang peguam di Tetuan Ong Partnership Advocate & Solicitors yang telah dilantik oleh DPSB untuk menguruskan urusan perjanjian jual beli tanah dengan Syarikat Ming dan telah diamanahkan untuk menerima bayaran hasil jualan tanah tersebut daripada Syarikat Ming bagi pihak DPSB. 9 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [12] Sebagai bayaran permulaan / pendahuluan (deposit), Syarikat Ming telah membuat bayaran terus kepada pihak DPSB sebanyak RM260,000.00 yang merupakan 10% daripada jumlah hasil jualan tanah tersebut dengan baki harga belian RM 2.34 juta. [13] Manakala bagi baki jualan sebanyak RM2,340,000.00, Syarikat Ming telah mengeluarkan sebanyak tiga (3) cek berasingan kepada Tetuan Ong Partnership (iaitu firma Perayu) seperti berikut: (i) cek Public Bank bertarikh 9.7.2012 berjumlah RM650,000.00 atas nama Ong Partnership; (ii) cek OCBC Bank bertarikh 11.7.2012 berjumlah RM190,000.00 atas nama Ong Partnership; dan (iii) cek CIMB Bank bertarikh 7.9.2012 berjumlah RM1,500,000.00 atas nama Ong Partnership. [14] Adalah boleh dikatakan bahawa pada 15.7.2012, Perayu telah memindahkan RM840,000.00 dan baki harga jualan RM1,500,000.00 ke dalam akaun pejabatnya (office account) iaitu akaun HSBC bernombor 343-13553-101 susulan mesyuarat antara Perayu dengan SP4. Kemudiannya, Perayu telah melakukan beberapa transaksi pemindahan wang tersebut daripada akaun pejabatnya ke dalam beberapa akaun peribadinya iaitu akaun Standard Chartered Bank sebagaimana yang dipertuduhkan. 10 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [15] Seperti yang dimaklumkan, DPSB adalah subsidiari HSL Group pada masa material dan terdapatnya juga beberapa tuntutan oleh pemiutang terhadap HSL Group. Menurut Perayu, pemindahan wang daripada akaun pejabat ke dalam beberapa akaun peribadinya adalah kerana SP4 ingin mengelakkan tuntutan- tuntutan yang dibuat oleh pemiutang HSL Group. [16] Pada 26.6.2012, RHB Bank Bhd telah mendapat perintah Mahkamah sebanyak RM3.2 juta terhadap HSL Group. Kemudian, pada 3.7.2012, RHB Bank juga telah mendapat perintah Mahkamah untuk jumlah RM17.9 juta terhadap HSL Group (rujuk perintah di ekshibit D55 m.s. 288-289 dalam RR Jilid 3B dan ekshibit D57 m.s. 295-296 dalam RR Jilid 3B). [17] Maka, pada 16.7.2012, Perayu telah menghantar surat (rujuk ekshibit D84A dalam RR Jilid 3C m.s. 474) dan emel (rujuk ekshibit D85 dalam RR Jilid 3C m.s. 477) kepada SP4 untuk mendapat pengesahan sekali lagi mengenai pemindahan wang daripada akaun pejabat ke dalam beberapa akaun peribadi Perayu. SP4 kemudian telah mengesahkan perkara tersebut pada 17.7.2012 (lihat ekshibit D85 dalam RR Jilid 3C m.s. 477). [18] Ekoran pengesahan oleh SP4, Perayu telah mengisukan cek pada 18.7.2012 sebanyak RM845,000.00 untuk memindahkan wang tersebut daripada akaun pejabat ke dalam akaun peribadi Perayu di Standard Chartered Bank (rujuk ekshibit P111A dalam RR Jilid 3D m.s. 692). 11 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [19] Selepas itu, apabila Perayu menerima baki hasil jualan daripada pihak CIMB Bank pada 10.9.2012 berjumlah RM1,500,000.00, Perayu telah mengisukan sekali lagi satu cek pada 14.9.2012 sebanyak RM1,500,000.00 untuk memindahkan wang tersebut daripada akaun pejabat ke dalam akaun peribadi Perayu di Standard Chartered Bank (rujuk ekshibit P110A dalam RR Jilid 3D m.s. 690). [20] Kemudian, pada 19.9.2012, melalui surat (rujuk ekshibit D86A dalam RR Jilid 3C m.s. 478) dan emel (rujuk ekshibit D87 dalam RR Jilid 3C m.s. 481), Perayu mengingatkan DPSB bahawa terdapat sebanyak 57 bil-bil tertunggak yang masih belum diselesaikan untuk kerja-kerja yang Perayu telah lakukan untuk HSL Group. [21] Hampir sebulan selepas 19.9.2012, pada 10.10.2012, SP4 telah mengarahkan Perayu supaya menggunakan baki hasil jualan tersebut untuk membayar auditor HSL Group (iaitu PKF) sebanyak RM28,000.00 supaya PKF menarikbalik petisyen penggulungan syarikat (rujuk ekshibit D21 dalam RR Jilid 3A m.s. 109). [22] Pada 7.2.2013, Perayu hanya memindahkan wang RM740,000.00 kepada DPSB. Perayu telah menahan dan simpan jumlah RM1.68 juta sebagai lien untuk bil-bil / hutang-hutang yang masih belum diselesaikan oleh DPSB, HSL Group dan juga subsidiari- subsidiarinya (rujuk surat di ekshibit D129 dalam RR Jilid 3E m.s. 873, ringkasan 57 bil-bil di ekshibit D130 dalam RR Jilid 3G m.s. 1288 – 1290, 57 bil-bil di ekshibit D62 dalam RR Jilid 3B m.s. 12 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 326 – 327 dan ekshibit D92 (1- 56) dalam RR Jilid 3C m.s. 496 – 551). [23] Namun, terkilan dengan perkara tersebut, salah seorang pengarah DPSB yang bernama Teh Sheau Tyng (iaitu SP7) telah membuat laporan polis bersabit Travers/006235/13 terhadap Perayu berhubung dengan pecah amanah yang telah dilakukan oleh Perayu (rujuk eksibit P11 dalam RR Jilid 3A m.s. 49). [24] Rentetan daripada laporan polis yang dibuat oleh SP7, satu laporan polis AMLA bersabit Travers/008939/13 (rujuk ekshibit P117 dalam RR Jilid 3E m.s. 835) telah dibuat oleh Insp. Lai Kok Foum yang mana beliau telah mengesyaki suatu kesalahan yang melibatkan pengubahan wang haram di bawah seksyen 4(1) AMLA telah berlaku yang berkait dengan siasatan laporan polis predikat bersabit Travers/006235/13 di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan. [25] Oleh itu, satu siasatan AMLA telah dijalankan oleh Insp Ee Cheng Chao (SP10) bersabit laporan polis bersabit Travers/008939/13. [26] Kemudian, pada 22.11.2013, Perayu telah didakwa atas kesalahan pecah amanah jenayah di bawah Kanun Keseksaan pada 22.11.2013 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Selepas itu, pada 23.4.2015, Perayu telah didakwa atas kesalahan di bawah AMLA di Mahkamah Sesyen Shah Alam. 13 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [27] Pada 24.4.2018, HMS1 mendapati wujudnya satu kes prima facie terhadap Perayu bagi pertuduhan AMLA dan mengarahkan Perayu membela diri. Perlu juga ditekankan bahawa HMS1 nampaknya adalah sangat kecewa dan cukup bersabar dengan sikap Perayu yang cuba untuk menangguhkan prosiding sejak dari kes bermula pada tahun 2015 lagi. Antara intipati pertuturan dan perlakuan mereka semasa prosiding di depan HMS1 merangkumi seperti berikut (sila lihat RR Tambahan Lampiran 41 m.s. 70-78, 116-130):- (i) apabila HMS1 memutuskan wujudnya kes prima facie terhadap Perayu dan mengarahkan Perayu membela diri, Perayu tiba-tiba pengsan. (ii) pada masa yang material, HMS1 sebenarnya menyoal Perayu sama ada dia mempunyai sebarang pembelaan terhadap pertuduhan AMLA dan sama ada dia mahu berdiam diri. Jika Perayu tidak mempunyai pembelaan dan/atau ingin berdiam diri, HMS1 akan terus mensabitkan Perayu. (iii) Perayu kemudiannya merayu kepada HMS1 untuk peluang melantik peguambela. HMS1 menjawab dan menekankan bahawa terlalu banyak peluang telah diberikan kepada Perayu sejak permulaan perbicaraan dan telah menanyakan kepada Perayu sama ada ingin melantik peguambela untuk bertindak baginya dalam prosiding AMLA ini. Perayu tidak melantik mana-mana peguambela sama sekali dan kini “kononnya” berniat hendak melantik seorang peguambela pada akhir kes pendakwaan. 14 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (iv) secara keseluruhannya, HMS1 merasakan bahawa Perayu sebenarnya sedang mencuba menggunakan taktik- taktik untuk menangguhkan keseluruhan prosiding. [28] Susulan daripada pertukaran perbualan yang berlaku di antara HMS1 dan Perayu, pada 5.1.2018, Perayu memfailkan permohonan melalui BA-64-6-01/2018 (RR Tambahan Lampiran 41 m.s. 1-3) untuk HMS1 menarik diri atas alasan tindakan yang tidak adil dan sikap berat sebelah apabila beliau memberi komen- komen yang amat memprejudiskan Perayu semasa perbicaraan. Menurut Perayu, tindakan HMS1 menunjukkan HMS1 telah membuat pre-judgment terhadap Perayu sebelum kesimpulan perbicaraan. Walaubagaimanapun, permohonan menarik diri ini telah ditolak oleh HMS1 pada 11.1.2018. [29] Pada 24.4.2018, Peguambela Dato C.Vignesh Kumar telah hadir bersama En. Daniel Annamalai. Walaubagaimanapun, Perayu tidak hadir. Penjamin telah hadir dan menyatakan bahawa Perayu demam. [30] Dalam prosiding tersebut, HMS1 telah memberi 9 alasan dan dengan alasan tersebut membuat anggapan Perayu memilih untuk berdiam diri (rujuk Jilid 2D m.s. 604 - 608). HMS1 telah membuat penilaian semula keseluruhan keterangan yang ada di hadapan beliau di peringkat Pendakwaan dan peringkat kes pembelaan dan berpuas hati dan mendapati pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. Maka, HMS1 memutuskan Perayu adalah bersalah dan disabitkan 15 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dengan kesemua 8 pertuduhan tersebut. Perayu tidak hadir untuk mengemukakan rayuan. HMS1 telah menjatuhkan hukuman terhadap Perayu seperti berikut:- Kes 62K-34-04-2015 ● Pertuduhan 1 5 tahun Penjara dari tarikh jatuh hukum bertarikh 24.4.2018 ● Pertuduhan 2 5 tahun Penjara dari tarikh jatuh hukum bertarikh 24.4.2018 ● Pertuduhan 3 5 tahun Penjara dari tarikh jatuh hukum bertarikh 24.4.2018 (ketiga-tiga hukuman ini berjalan serentak dari tarikh jatuh hukum) Kes 62K-35-04/2015 ● Pertuduhan 1: 5 tahun Penjara ● Pertuduhan 2: 5 tahun Penjara ● Pertuduhan 3: 5 tahun Penjara (ketiga-tiga hukuman ini berjalan serentak dan berkuatkuasa selepas hukuman bagi kes 62K-34-04/2015) Kes 62K-36-04/2015 ● Pertuduhan Pertama: 5 tahun penjara ● Pertuduhan Kedua: 5 tahun Penjara 16 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (kedua-dua hukuman ini diperintahkan berjalan serentak dan berkuatkuasa selepas hukuman bagi kes 62K-35- 04/2015) [secara keseluruhan penjara adalah 15 tahun] [31] Terkilan dengan keputusan HMS1 tersebut, Perayu memfailkan Semakan Jenayah ke Mahkamah Tinggi melalui Permohonan Jenayah No. 43-28-04/2018. [32] Berkenaan Semakan Jenayah, ia didengar di hadapan YA Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam. Sekali lagi, Dato C Vignesh Kumar bertindak sebagai peguam bagi Perayu dengan kehadiran Perayu. Pada 8.6.2018 YA Hakim Mahkamah Tinggi telah mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh HMS1 bertarikh 24.4.2018 dan memerintahkan Perayu untuk membela diri di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang lain di Shah Alam. (lihat RR Tambahan Lampiran 41 m.s. 110). [33] Pada 14.9.2018, Perayu memfailkan satu lagi permohonan No. BA-64-143-09/2018 di hadapan HMS2 memohon kes dibicarakan secara de novo. Dalam permohonan de novo tersebut, Perayu memetik kedua-dua Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan. Pada 27.11.2018, HMS2 telah menolak permohonan de novo. [34] Pada 22.2.2021, HMS2 telah mensabitkan Perayu. Oleh itu, rayuan sekarang timbul di hadapan Mahkamah ini. 17 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal HUJAHAN PERAYU [35] Untuk menyokong hujahan Perayu mengenai isu hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil (“right to a fair trial”), Perayu mengemukakan tiga hujahan. [36] Hujahan pertama memfokuskan pada keputusan de novo bertarikh 27.11.2018. Perayu berhujah bahawa HMS2 sepatutnya mendengar kes itu semula afresh. Perayu bergantung pada seksyen 261 Kanun Tatacara Jenayah dan berhujah bahawa HMS2 sepatutnya membenarkan saksi utama dipanggil semula dan diperiksa semula. Malangnya, ini tidak berlaku dan HMS2 juga gagal mengemukakan sebarang alasan beliau menolak permohonan de novo dalam alasan penghakiman beliau. [37] Perayu merujuk kepada seksyen 261 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seperti berikut: Change of Magistrate during hearing. Whenever any Magistrate after having heard and recorded the whole or any part of the evidence in a trial ceases to exercise jurisdiction in it and is succeeded by another Magistrate who has and who exercises such jurisdiction, the Magistrate so succeeding may act on the evidence so recorded by his predecessor, or partly recorded by his predecessor and partly recorded by himself, or he may re-summon the witnesses and recommence the inquiry or trial: 18 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Provided as follows: (a) in any trial the accused may, when the second Magistrate commences his proceedings, demand that the witnesses or any of them be re-summoned and re-heard; (b) the High Court may, whether there be an appeal or not, set aside any conviction had on evidence not wholly recorded by the Magistrate before whom the conviction was had, if that Court is of opinion that the accused has been materially prejudiced thereby, and may order a new trial. [38] Dalam erti kata lain, hujahan Perayu sekarang ialah apabila kes itu diperintahkan untuk diremitkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi menurut permohonan Semakan Jenayah, keseluruhan kes di hadapan HMS2 sepatutnya dijalankan secara de novo. Perayu berhujah bahawa adalah salah bagi HMS2 untuk meneruskan pendengaran kes pembelaan tanpa menghargai/memahami bagaimana HMS1 memutuskan wujudnya kes prima facie. Oleh itu, sabitan oleh HMS2 adalah tidak selamat dan harus diketepikan. [39] Hujahan kedua Perayu adalah berdasarkan peristiwa yang berlaku selepas keputusan bertarikh 11.1.2018 yang disampaikan oleh HMS1. Perayu berhujah bahawa haknya untuk perbicaraan yang adil telah diprejudiskan apabila dia mengemukakan pembelaannya di hadapan HMS1 seperti berikut:- 19 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a) the learned judge disallowed the Appellant from asking questions during cross examination of the prosecution witnesses, SP 4 and SP 10; b) the learned judge allowed the Respondent to adduce documentary evidences on a piece meal basis (refer Exhibit P100 - Exhibit P111A, Exhibit P114A - P121 (A - G); c) the learned judge participated in the hearing by providing answers for the prosecution witness, SP 10 ( rujuk Jilid 2C m.s. 443-488 Lampiran 19 semasa pemeriksaan utama) ; d) the learned judge allowed the trial to commence without any list of prosecution witnesses provided to the Appellant and at the end of the prosecution case, no witnesses were offered to the Appellant; and e) the learned judge allowed the Respondent to call witnesses randomly without the sequence of witnesses being informed to the Appellant to the extent that the main witness, SP 4 was suddenly called in an ambush attempt by the Respondent. (rujuk Lampiran 53 perenggan 222 hujahan Perayu) [40] Hujahan ketiga oleh Perayu ialah kejadian serupa berlaku di depan HMS2 di mana kes dibenarkan untuk meneruskan dalam bahasa yang Perayu tidak fasih (lihat Lampiran 53 perenggan 223 hujahan Perayu). Inilah yang dia katakan dalam hujahan bertulis:- 20 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “The learned Second SCJ... had also failed to ensure the trial proceeded in a fair manner during the defence case when he allowed the Respondent to cross examine the defence witnesses in the Malay language although the Appellant’s witnesses Witness Statements and oaths are in English. Also, the Appellant’s witnesses answered in English during cross examination”. [41] Berdasarkan ketiga-tiga hujahan di atas yang memfokuskan pada hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil, Perayu memohon supaya rayuan ini dibenarkan. [42] Selain daripada isu di atas berkenaan right to fair trial, terdapat juga isu lain yang ditimbulkan oleh kedua-dua pihak dalam hujahan masing-masing yang akan juga disebut selepas ini. ANALISA DAN PERTIMBANGAN MAHKAMAH [43] Dalam rayuan ini, kes telah didengar oleh 2 orang Hakim Mahkamah Sesyen. HMS1 mendengar kes di peringkat prima facie dengan 10 orang saksi pendakwaan telah memberi keterangan, manakala HMS2 telah meneruskan kes di peringkat pembelaan dengan 2 orang saksi dipanggil. [44] Terdapat kerisauan dan kebimbangan Mahkamah ini apabila kes ini didengar oleh HMS2 pada peringkat pembelaan setelah 10 orang saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan. HMS2 tiada pengetahuan atas sebab apa wujudnya kes prima 21 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal facie dan kenapa pembelaan dipanggil selain daripada berpandukan nota keterangan. [45] Semasa pendengaran rayuan, Peguam terpelajar Dato’ Haji Sulaiman Abdullah (Allahyarham) selaku peguambela bagi Perayu telah meringkaskan dalam hujahan beliau berkaitan right to a fair trial dengan ungkapan “he who hears does not decide, he who decides does not hear”. Perkara ini bukan sahaja memprejudiskan Perayu tetapi hak sebagai seorang Perayu untuk membela diri juga tergugat. [46] Mahkamah ini juga mendapati bahawa keputusan HMS2 tidak menyatakan secara terperinci bahawa beliau telah menilai semula keterangan-keterangan dan Pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap elemen-elemen pertuduhan beyond reasonable doubt. [47] Mahkamah ini mendapati bahawa dalam keadaan di mana 2 orang Hakim yang berlainan mendengar kes di peringkat prima facie dan di peringkat pembelaan terutama kes yang melibatkan penilaian demeanour saksi, adalah wajar supaya seorang Hakim yang sama membuat penilaian maksima keterangan dari peringkat prima facie sehinggalah kes peringkat pembelaan. [48] Jika dilihat keputusan HMS2 tidak menyatakan secara terperinci bahawa beliau telah membuat penilaian secara menyeluruh semua keterangan pada kedua-dua peringkat dan mendapati 22 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap elemen-elemen pertuduhan beyond reasonable doubt. [49] Apa yang dapat dilihat dalam kes ini ialah HMS2 hanya membuat penilaian di peringkat pembelaan dan tanpa mengambilkira penilaian maksima di peringkat prima facie disebabkan bukan beliau yang mendengar dan juga bukan beliau yang memutuskan suatu kes prima facie telah dibuktikan. [50] Mahkamah ingin menekankan bahawa dalam kes jenayah beban bukanlah pada pihak tertuduh untuk membuktikan kesnya. Beban adalah sentiasa terletak pada pihak Pendakwaan untuk membuktikan kes bermula dari kes Pendakwaan sehinggalah kes pembelaan. Mahkamah mendapati bahawa penilaian maksima terhadap keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi Pendakwaan di peringkat prima facie dan saksi pembelaan tidak dilakukan oleh HMS2. [51] Dalam kes ini juga terdapatnya permohonan oleh Perayu untuk kes dibicarakan semula secara de novo yang difailkan di Mahkamah Sesyen atas alasan antara lain bahawa seramai 10 orang saksi telah dipanggil dan terdapat isu kredibiliti dan percanggahan- percanggahan yang material di dalam keterangan saksi-saksi utama Pendakwaan. Perkara ini tidak dipertimbangkan oleh HMS2. [52] HMS2 perlu mempertimbangkan dan menilai secara peribadi tingkah laku, demeanour dan kredibiliti saksi-saksi Pendakwaan 23 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tersebut apabila mereka memberi keterangan. Perkara ini tidak dapat dibantu dengan hanya membaca nota keterangan Hakim terdahulu. [53] Hakim Mahkamah Tinggi telah memerintahkan supaya kes didengar semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang baru di peringkat pembelaan. Mahkamah berpandangan walaupun arahan Mahkamah Tinggi untuk kes pembelaan diteruskan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang baru tetapi disebabkan terdapatnya permohonan untuk kes didengar secara de novo, perkara ini sepatutnya dipertimbangkan oleh HMS2 mengambilkira bahawa seramai 10 orang saksi Pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan dan HMS1 yang memutuskan terdapatnya kes prima facie. [54] Lebih memprejudiskan Perayu apabila HMS2 tidak membenarkan Perayu memanggil semula saksi-saksi penting iaitu SP4, SP7 dan SP10 sebagai saksi pembelaan. Tiada sebab yang jelas diberikan oleh HMS2 dalam alasan penghakiman beliau apabila beliau menolak permohonan saksi-saksi pendakwaan dipanggil semula oleh Perayu. [55] Mahkamah ini juga berpandangan bahawa pegawai penyiasat iaitu Inspektor Lai Kok Foum yang merupakan pengadu bagi report kes Travers/008939/13 atas kesalahan seksyen 409 Kanun Keseksaan sepatutnya dipanggil sebagai saksi. Inspektor Lai Kok Foum ini telah menyiasat kes kesalahan pecah amanah yang kemudiannya menjadi kesalahan predikat bagi pertuduhan kes ini. 24 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [56] Mahkamah mendapati bahawa keterangan pegawai penyiasat kes predikat adalah penting. Jika pun pihak Pendakwaan tidak memanggil pegawai penyiasat predikat sebagai saksi, saksi ini perlu ditawarkan kepada Perayu. SP10 hanya merupakan pegawai penyiasat untuk kes AMLA sahaja. Mengikut SP10, kes predikat di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan telah dilepaskan tanpa dibebaskan (discharged not amounting to an acquittal) kerana saksi Pendakwaan tidak hadir. Pada pandangan Mahkamah, keterangan pegawai penyiasat kesalahan predikat perlulah dikemukakan ke Mahkamah juga untuk menentukan kes AMLA. Subseksyen 4(4) AMLA memperuntukkan seperti berikut:- “Seseorang boleh disabitkan atas suatu kesalahan dibawah subseksyen (1) tanpa mengira sama ada terdapat suatu sabitan berkenaan dengan suatu kesalahan berat atau kesalahan berat asing atau suatu pendakwaan telah dimulakan bagi pelakuan kesalahan berat atau kesalahan berat asing.” [57] Walaupun subseksyen 4(4) menyatakan bahawa seseorang boleh disabitkan atas suatu kesalahan pengubahan wang haram di bawah subseksyen 4(1) AMLA walaupun tanpa sabitan terhadap kesalahan predikat, tetapi ini tidak bermakna bahawa pihak Pendakwaan tidak perlu untuk membuktikan kesalahan predikat. [58] Berkaitan baki hasil jualan tersebut yang diletakkan dalam 4 akaun deposit tetap berjumlah RM1 juta, RM350,000.00, RM250,000.00 dan RM50,000.00, semua wang ini adalah di dalam client’s 25 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal account Perayu yang kemudiannya telah disita oleh Polis pada 15.11.2023. Oleh itu, tiada kesalahan pecah amanah memandangkan baki hasil jualan yang dituntut oleh pengadu berjumlah RM1.572 juta adalah dalam client’s account Perayu sebelum Perayu dituduh di bawah kesalahan pecah amanah. Tiada niat tidak jujur di pihak Perayu kerana pada setiap masa material duit yang dituntut oleh DPSB berada dalam client’s account. [59] Mahkamah tidak bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa kredibiliti saksi-saksi adalah tidak crucial dalam kes ini dan Perayu telahpun diberi peluang untuk menyoalbalas semua saksi-saksi di peringkat pendakwaan. Mahkamah berpandangan kredibiliti dan demeanour saksi-saksi sangat penting dalam kes ini terutama SP4 yang mana Mahkamah mendapati keterangan beliau adalah evasive dan meragukan. Dalam kes ini terdapatnya permohonan impeachment juga terhadap SP4 kerana wujud percanggahan keterangan. Namun, permohonan ini telah ditolak tanpa alasan diberikan oleh HMS1. [60] Perayu telah bergantung kepada ekshibit D84A dan ekshibit D86A bertarikh 16.7.2012 dan 19.9.2012 yang telah dihantar melalui faks dan diposkan ke DPSB menerusi nombor facsimile DPSB dan alamat DPSB. Perayu telah menggunakan D84A yang menunjukkan bahawa Tetuan Ong Partnership telah menghantar surat kepada DPSB untuk perhatian kepada Mr Lee iaitu SP4 (surat bertarikh 16.7.2012 dalam RR Jilid 3C m.s. 474) yang merujuk kepada mesyuarat di antara Perayu dan SP4 dan juga 26 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal jelas menunjukkan bahawa terdapatnya arahan oleh SP4 kepada Tetuan Ong Partnership supaya menyimpan differential sum and sales proceeds untuk transaksi penjualan tanah tersebut dengan memindahkan wang itu ke separate account. [61] DPSB telah menjawab surat tersebut dengan perkataan “Noted & agreed” melalui emel chief<@HSL GROUP.com.my> kepunyaan SP4 bertarikh 17.7.2012. [62] Jika dirujuk kepada ekshibit D86A yang merupakan surat daripada Tetuan Ong Partnership kepada DPSB bertarikh 19.9.2012 (untuk perhatian SP4) sebenarnya berbunyi seperti berikut:- “We hereby confirm that we have received the balance sale proceeds of RM1.5 million from the above transaction and we have transferred the same to a separate account as instructed earlier. Please be reminded that our legal fees in relation to works done for HSL GROUP of companies remain outstanding and we shall appreciate that you settle our fees soonest possible” [63] Pada 16.7.2012, Perayu telah menghantar emel kepada SP4 dengan menyatakan seperti berikut:- “Mr Lee, Pls find enclosed the letter of confirmation for your attention.” 27 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [64] Merujuk kepada surat dari Tetuan Ong Partnership kepada DPSB untuk perhatian SP4, jawapan yang diterima daripada SP4 melalui emel beliau chief<@HSL GROUP.com.my> kepada OKT bertarikh 17.7.2012 ialah dengan jawapan “Noted & agreed”. [65] Mahkamah mendapati bahawa apabila arahan diberikan oleh SP4 untuk memindahkan ke separate account, sudah semestinya terdapat persefahaman (understanding) di antara SP4 dan Perayu sebagai peguamcara DPSB. Memandangkan kedua-dua pihak sememangnya saling berhubungan selama ini, adalah tidak mustahil bahawa wang DPSB telah dipersetujui oleh SP4 untuk dipindahkan ke akaun peribadi Perayu untuk mengelak tuntutan daripada pemiutang. Mahkamah tidak berpendapat bahawa perkara ini adalah afterthought oleh pihak Perayu. Walaupun SP4 menafikan sekeras-kerasnya menerima ekshibit D84A dan ekshibit D86A. Mahkamah mendapati terdapat keraguan terhadap keterangan SP4. Adalah mustahil beliau tidak mengetahui atau berpengetahuan langsung tentang kedua-dua surat tersebut yang datang dari emel beliau sendiri. [66] Adalah fakta jelas bahawa DPSB merupakan anak syarikat kepada HSL Group dan SP4 adalah Managing Director kepada HSL Group dan juga Pengarah kepada DPSB. Mahkamah berpendapat bahawa dalam dunia komersial, perkara seumpama ini adalah biasa dan mengambilkira SP4 telah terlibat dalam dunia komersial bertahun-tahun bersama Perayu, perkara seumpama ini adalah persefahaman di antara klien dan peguam dan hanya tidak dibuat 28 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal secara black-and-white sahaja atas alasan yang mereka sahaja yang mengetahui. Perkara ini adalah biasa dalam alam komersial. [67] Mahkamah juga memberi penekanan bahawa SP4 telah membenarkan duit dari DPSB digunakan untuk membayar hutang HSL Group berjumlah RM28,000 kepada firma audit. Persoalan yang timbul ialah kenapa pula jumlah ini dibenarkan oleh SP4 dikeluarkan dari akaun DPSB? Dari sini jelas menunjukkan sememangnya terdapatnya understanding di antara SP4 dan Perayu dalam apa-apa tindakan kewangan syarikat tersebut. [68] Mengambilkira SP4 adalah Pengarah kepada DPSB dan Managing Director HSL Group dan beliau adalah main person yang mengawal kewangan DPSB, oleh itu, Turquand’s rule adalah terpakai dalam kes ini dan tindakan sebegini tidak memerlukan Resolusi Pengarah lain dan adalah memadai dengan arahan SP4 sahaja. [69] Mahkamah juga mengambilkira keterangan Perayu (lihat Penyata saksi m.s. 679-724 RR Jilid 2D) menunjukkan bahawa Perayu telah mengenali SP4 sejak tahun 2005 semasa SP4 menjadi Pengarah Khind Holdings Berhad (“Khind”) (rujuk m.s. 2 HSL Group’s 2010 annual report-ekshibit D33) dan Perayu pada masa tersebut adalah Penasihat Perundangan Korporat bagi Khind. Perayu mula memberi nasihat undang-undang kepada SP4 pada September 2010 di mana HSL Group melalui DPSB berada dalam proses hendak melupuskan 6 unit lot kedai berjumlah RM 9 juta. Terdapat banyak transaksi-transaksi yang mana SP4 29 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mengarahkan Perayu mengendalikan kerja-kerja perundangan yang melibatkan HSL Group dan subsidiarinya dari Februari 2011 sehingga Mac 2013. Perayu masih meneruskan perkhidmatan perundangan walaupun terdapat 57 bil-bil yang masih tertunggak / tidak dibayar. Menurut Perayu, selepas surat bertarikh 19.9.2012 (ekshibit D86A dalm RR Jilid 3C m.s. 478) diisu, tiada sebarang jawapan pernah diberi oleh SP4 berkaitan bil-bil yang tertunggak walaupun Perayu telah mengemukakan bil-bil tersebut seperti yang dikehendaki oleh SP4 berjumlah RM1,680,470.65 (yang masih tertunggak sehingga hari ini). [70] Berkenaan ekshibit D84A dan D86A, Mahkamah mendapati perkara ini seharusnya diberi perhatian oleh HMS2. Keterangan dalam Mahkamah dan keterangan dokumentar perlu diberi perhatian oleh HMS2 semasa SP4 memberi keterangan. Rujukan kepada kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd lwn. Tinjar Co [1979] 1 MLRA 81 Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut:- “Nevertheless, the learned trial judge expressed himself to be completely satisfied with the veracity of the respondent’s witnesses and their evidence. He purported to come to certain findings of fact on the oral evidence but did not notice or consider that the respondent’s oral evidence openly clashed with its contemporaneous documentary evidence. For myself, I would with respect feel somewhat safer to refer to and rely on the acts and deeds of a witness which are contemporaneous with the event and to draw the reasonable inferences from them than to believe his subsequent 30 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal recollection or version of it, particularly if he is a witness with a purpose of his own to serve and if it did not account for the statements in his documents and writings. Judicial reception of evidence requires that the oral evidence be critically tested against the whole of the other evidence and the circumstances of the case. Plausibility should never be mistaken for veracity.” 57) The evidential value of contemporaneous documentary evidence is well accepted as stated in Eastern & Oriental Hotel (1951) Sdn Bhd V. Ellarious George Fernandez & Anor [1988] 1 CLJ Rep 50 (TAB 9, pages 355 – 360 ABA1) where the Supreme Court held at page 52:- “It is trite law that an appellate Court would in appropriate cases act upon its own view of conflicting evidence (see Coghlan v. Cumberland [1898] 1 Ch D 704 and Bigsby v. Dickinson [1876] 4 Ch D 24), and it was argued on behalf of the appellant that the Judge had overlooked certain evidence which might otherwise have caused him to come to a different finding. We would respectfully agree with the soundness of the observation made in Armagas Ltd.v. Mundogas SA (The “Ocean Frost”) [1986] 1 Lloyds Rep 1 which reads: “It is frequently very difficult to tell whether a witness is telling the truth or not; and where there is a conflict of evidence such as there was in the present case, reference to the objective facts and documents to the witness’ motives, and to the overall probabilities can be of very great assistance to a Judge in ascertaining the truth.” In commercial cases there is usually a substantial body contemporary documentary 31 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal evidence. This is not strictly speaking a commercial case, but the relevance of contemporaneous documents nevertheless holds true. 58) Also in GUAN TEIK SDN BHD v. HJ MOHD NOOR HJ YAKOB & ORS [2000] 4 CLJ 324 (TAB 10, pages 361 – 370 ABA1) where the Court of Appeal held at page 330 as follows:- “In cases where conflicting evidence are presented before a court, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but it is also incumbent upon the court to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact. In this instance the learned trial judge discredited the evidence of the appellant, accepted the evidence of the respondents whole heartedly and disregarded the contemporaneous documents totally. We say that he had erred as he had failed to direct his mind as to the probative effect of the contemporaneous documents. He should, after accepting the respondents’ evidence, weighed it against the contemporaneous documents and evaluate whether such documents support the respondents’ oral testimony.” [71] Jelas bahawa HMS2 tidak mengambilkira secara menyeluruh keterangan dokumentar kontemporari (contemporaneous documentary evidence) yang dikemukakan oleh Perayu berbanding dengan penafian kosong SP4 (rujuk ekshibit D93 32 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam RR Tambahan Jilid 3C m.s. 58-61 berkaitan kes pecah amanah di m.s. 207-210 dalam Jilid 2B dalam Nota keterangan kes Money Laundering). Perkara ini yang ditimbulkan patut diberi perhatian oleh HMS2 memandangkan terdapatnya beberapa kes di Mahkamah terhadap Perayu dan juga syarikat yang melibatkan SP4. KESIMPULAN [72] Mahkamah mendapati keadilan perjalanan kes terhadap seseorang Orang Kena Tuduh perlu diberi sepenuhnya dan peraturan kardinal (cardinal rule) ini hendaklah dipatuhi terutama dalam kes jenayah. Dalam rayuan ini Mahkamah mendapati bahawa:- (i) Pertama, apabila Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan semakan jenayah dengan mengenepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh HMS1 terhadap Perayu, ini menunjukkan bahawa Perayu telah tidak diberi right to fair trial semasa kes prima facie dipanggil. (ii) Kedua, dengan HMS2 yang meneruskan kes di tahap pembelaan tanpa mendengar kes semula secara de novo, ini bukan sahaja menghalang Perayu kepada right to fair trial tetapi tindakan ini sangat memprejudiskan Perayu. 33 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [73] Sekali lagi Mahkamah mengguna pakai perkataan yang diungkapkan oleh Peguam terpelajar Perayu seperti berikut:- “he who hears does not decide, he who decides does not hear”. [74] Perkara ini bukan sahaja sangat memprejudiskan Perayu tetapi hak untuk membela diri juga adalah tergugat. KEPUTUSAN [75] Berdasarkan alasan-alasan di atas, adalah tidak selamat untuk Mahkamah ini mengekalkan hukuman dan sabitan terhadap Perayu. Oleh itu, rayuan terhadap Perayu adalah dibenarkan dan hukuman dan sabitan yang diputuskan oleh Tuan HMS2 pada 22.2.2021 adalah diketepikan. LATIFAH HJ MOHD TAHAR HAKIM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 SHAH ALAM 30 Mei 2024 34 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PEGUAM: 1. Dato’ Haji Sulaiman Abdullah (Allahyarham) (bagi pihak Perayu) 2. En. G Nanda Goban Goban & Co. (bagi pihak Perayu) 3. Puan Nurul Wahida binti Jalaluddin Timbalan Pendakwa Raya, Money Laundering Crimes and Forfeiture of Proceeds of Crimes Unit, Jabatan Peguam Negara (bagi pihak Responden) RUJUKAN KES: 1. Tindok Besar Estate Sdn Bhd lwn. Tinjar Co [1979] 1 MLRA 81 RUJUKAN UNDANG-UNDANG: 1. Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 2. Kanun Keseksaan 3. Kanun Tatacara Jenayah 35 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal