ONG TEE HONG [Jabatan Peguam Negara]
On the totality of admissible direct and circumstantial evidence the prosecution proved custody, control and knowledge for all five counts; the statutory presumption of trafficking under s37(da) applied to the 77.74g heroin count and the appellant failed to rebut it on the balance of probabilities; no impermissible...
Source-derived case information.
- Citation
- T-05(M)-435-10/2019 (Mahkamah Rayuan)
- Parties
- Appellant: Ong Tee Hong; Respondent: Pendakwa Raya
- Court
- M
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 13 April 2022
- Case Number
- T-05(M)-435-10/2019 (Mahkamah Rayuan)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / Appellate Determination (court of Appeal)
- Outcome
- Appeal dismissed; convictions and sentences affirmed
- Legal Topics
- Possession, Trafficking, Statutory Presumptions, Burden of Proof, Sentence Appeal, Miscarriage of Justice
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Ong Tee Hong
Appellant
Pendakwa Raya
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal / Appellate Determination (court of Appeal)
Legal Issues
- 1 Whether prosecution proved possession and knowledge of drugs
- 2 Whether presumption of trafficking under s37(da) ADB 1952 could be validly invoked
- 3 Whether trial judge applied double presumptions impermissibly
Ratio Decidendi
On the totality of admissible direct and circumstantial evidence the prosecution proved custody, control and knowledge for all five counts; the statutory presumption of trafficking under s37(da) applied to the 77.74g heroin count and the appellant failed to rebut it on the balance of probabilities; no impermissible double presumption was applied and any omission to use the precise words 'guilty' did not occasion a miscarriage of justice; convictions and sentences are therefore safe and affirmed.
Court Disposition
Appeal dismissed; convictions and sentences affirmed
Orders
- Appeal dismissed
- Convictions on all five counts affirmed
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
T-05(M)-435-10/2019 Kand. 54 23/06/2022 17:20:32 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: T-05(M)-435-10/2019 ANTARA ONG TEE HONG … PERAYU (NO. K/P: 790419-11-5237) DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN [Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu Rayuan Jenayah No: TA-45A-02-04/2014] Antara Pendakwa Raya Dan Ong Tee Hong KORAM: HANIPAH BINTI FARIKULLAH, HMR AHMAD NASFY BIN HAJI YASIN, HMR NORDIN BIN HASSAN, HMR 1 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN MAHKAMAH INI [1] Dalam kes rayuan ini, perayu, Ong Tee Hong telah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terenganu berhubung 5 pertuduhan yang dikemukakan terhadap perayu bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) dan Akta Racun 1952 (“AR 1952”). [2] Bagi memudahkan rujukan, 5 pertuduhan berkenaan adalah seperti berikut. 2 pertuduhan di bawah kes pendaftaran No. 45A-02-04/2014 adalah: (i) Pertuduhan Pertama Bahawa kamu pada 11 Disember 2013, jam lebih kurang 10.45 pagi, di dalam sebuah kereta Model Perodua Viva warna putih, No. Pendaftaran WTJ 7759, berdekatan tiang elektrik TAQ 19, di tepi jalan kampung Rhu Renggeh, 21080 Marang, Terengganu, di dalam daerah Marang, dalam Negeri Terengganu, telah mengedar dadah berbahaya iaitu ‘heroin’ berat bersih 77.74 gram dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. 2 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) Pertuduhan kedua Bahawa kamu pada 11 Disember 2013, jam lebih kurang 10.45 pagi, di dalam sebuah kereta Model Perodua Viva warna putih, No. Pendaftaran WTJ 7759, berdekatan tiang elektrik TAQ 19, di tepi jalan kampung Rhu Renggeh, 21080 Marang, Terengganu, di dalam daerah Marang, dalam Negeri Terengganu, tanpa permit dan kebenaran yang sah telah ada dalam kawalan kamu 37.33 gram “Phenazepam’ iaitu racun berjadual yang disenaraikan di bawah jadual pertama dan jadual ketiga Akta Racun 1952, dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama. Seterusnya, 3 lagi pertuduhan yang didaftarkan di bawah kes pendaftaran No. 45A-08-07/2014 adalah berikutnya: (i) Pertuduhan Pertama Bahawa kamu pada 11 Disember 2013, jam lebih kurang 10.45 pagi, di dalam sebuah kereta Model Perodua Viva warna putih, No. Pendaftaran WTJ 7759, berdekatan tiang elektrik TAQ 19, di tepi jalan kampung Rhu Renggeh, 21080 Marang, Terengganu, di dalam daerah Marang, dalam Negeri Terengganu, telah ada dalam kawalan kamu dadah berbahaya iaitu ‘methamphetamine’ berat bersih 1.25 gram dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. 3 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 11 Disember 2013, jam lebih kurang 10.45 pagi, di dalam sebuah kereta Model Perodua Viva warna putih, No. Pendaftaran WTJ 7759, berdekatan tiang elektrik TAQ 19, di tepi jalan kampung Rhu Renggeh, 21080 Marang, Terengganu, di dalam daerah Marang, dalam Negeri Terengganu, telah ada dalam kawalan kamu dadah berbahaya iaitu ‘heroin’ berat bersih 0.98 gram dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. (iii) Pertuduhan Ketiga Bahawa kamu pada 11 Disember 2013, jam lebih kurang 10.45 pagi, di dalam sebuah kereta Model Perodua Viva warna putih, No. Pendaftaran WTJ 7759, berdekatan tiang elektrik TAQ 19, di tepi jalan kampung Rhu Renggeh, 21080 Marang, Terengganu, di dalam daerah Marang, dalam Negeri Terengganu, telah ada dalam kawalan kamu dadah berbahaya iaitu ‘heroin’ berat bersih 1.02 gram dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. [3] Hakim Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman bagi sabitan terhadap kelima-lima pertuduhan tersebut iaitu seperti berikut: 4 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (i) Di bawah kes pendaftaran No. 45A-02-04/2014, bagi kesalahan pertuduhan pertama iaitu kesalahan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952, perayu telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati; (ii) Bagi kesalahan pertuduhan kedua iaitu kesalahan dalam kawalan perayu racun berjadual ‘Phenazepam’ tanpa permit dan kebenaran yang sah di bawah seksyen 30(3) AR 1952, perayu dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara dari tarikh tangkap; (iii) Di bawah kes pendaftaran No. 45A-02-04/2014, bagi kesalahan pertuduhan pertama, iaitu kesalahan dalam kawalan perayu 1.25 gram methamphetamine, di bawah seksyen 12(2) ADB 1952, perayu dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara dari tarikh jatuh hukum; (iv) Bagi kesalahan pertuduhan kedua, dalam kawalan perayu 0.98 gram heroin, di bawah seksyen 12(2) ADB 1952, perayu dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara dari tarikh jatuh hukum; (v) Bagi kesalahan pertuduhan ketiga, dalam kawalan perayu 1.02 gram heroin, dibawah seksyen 12(2) ADB 1952, perayu dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara dari tarikh jatuh hukum. Hukuman penjara bagi ketiga-tiga pertuduhan di bawah kes pendaftaran No. 45A-02-04/2014 ini adalah berjalan serentak. [4] Perayu yang tidak berpuashati dengan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi bagi kelima lima pertuduhan 5 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berkenaan telah membuat rayuan terhadap keputusan tersebut ke Mahkamah ini. [5] Seterusnya, setelah kami mendengar hujahan lisan peguambela dan Timbalan Pendakwaraya dan meneliti rekod-rekod rayuan termasuk hujahan bertulis pihak-pihak, kami sebulat suara menolak rayuan perayu. Rayuan perayu adalah ditolak berasaskan analisa dan alasan-alasan berikutnya. Kes Pendakwaan. [6] Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan keterangan dokumentar yang dikemukakan di mahkamah, kes pendakwaan telah digariskan secara terperinci dalam alasan penghakiman Hakim Bicara dan dinyatakan semula di sini dengan pindaan yang berkaitan bagi memudahkan penilaian fakta dalam undang-undang. Berikut adalah perincian kes pendakwaan dalam kes ini. (i) Pada 9.12.2013, perayu telah menelefon kenalan perayu, Mohamad Sani bin Mohd Noor (SP8) dan meminta SP8 menyewa sebuah kereta untuk perayu bagi tempoh satu hari. Pada hari yang sama, SP8 telah menyewa sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih bernombor pendaftaran WTJ 7759 daripada Unikar Travel & Tours Sdn Bhd dan kereta tersebut kemudiannya, diserahkan kepada perayu; 6 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) Pada 10.12.2013, SP8 telah menelefon perayu untuk mendapatkan semula kereta yang disewa tersebut untuk dipulangkan kepada Unikar Travel & Tours tetapi panggilan telefon SP8 tidak dijawab. Sekali lagi panggilan telefon SP8 kepada perayu pada 11.12.2013 juga tidak dijawab oleh perayu; (iii) Sementara itu, pada 11.12.2013, Inspektor Mohd Saufi Hariri bin Pornomo (SP4) dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Marang, telah menerima maklumat mengenai sebuah kereta Perodua Viva bernombor pendaftaran WTJ 7759 yang dinaiki oleh seorang lelaki berbangsa cina dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Kampung Rhu Renggeh, Marang; (iv) Selanjutnya, pada jam 10.30 pagi hari yang sama, SP4 dan anggota pasukannya telah bergerak ke lokasi di mana kereta tersebut dikatakan berada. Apabila sampai di lokasi berkenaan, iaitu lebih kurang 30 hingga 40 meter dari kereta Perodua Viva yang dilihat oleh SP4 dipakir di tepi jalan, SP4 dan anggota pasukannya telah membuat pemerhatian terhadap kereta tersebut selama lebih kurang 15 minit. Dalam pemerhatian yang dibuat, SP4 hanya melihat seorang lelaki sedang duduk di tempat duduk pemandu kereta berkenaan; (v) Seterusnya, SP4 dan beberapa anggota pasukannya telah berjalan ke arah kereta tersebut dan SP4 mendapati perayu sedang duduk di tempat duduk pemandu dalam keadaan mata terpejam. Enjin kereta tersebut juga telah dimatikan dan tingkap 7 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal di sebelah pemandu terbuka sebahagiannya. Selain itu, kereta tersebut didapati berkunci; (vi) SP4 kemudiannya telah mengejutkan perayu yang beliau dapati sedang tidur dan merampas anak kunci kereta berkenaan dari suis kereta melalui tingkap yang terbuka sebahagian tersebut. Bersama-sama kunci kereta tersebut terdapat 3 anak kunci yang kemudiannya didapati boleh membuka mangga pintu rumah perayu; (vii) Setelah itu, SP4 mengarahkan perayu membuka pintu kereta berkenaan dari bahagian dalam dan apabila pintu bahagian pemandu telah dibuka oleh perayu, SP4 meminta perayu berada di tempat duduk kereta tersebut. Pada masa yang sama, SP4 melihat satu beg bimbit di atas lantai tempat duduk bahagian penumpang hadapan; (viii) Dalam pada itu, SP4 bertanyakan kepada perayu sama ada perayu ada menyimpan apa-apa barang salah dan perayu telah menunjukkan dengan tangan kirinya beg bimbit yang berada di atas lantai di tempat duduk penumpang hadapan tersebut; (ix) Di tempat kejadian, SP4 telah memeriksa beg bimbit yang ditemui tersebut dan mendapati ianya mengandungi barang- barang berikut: 8 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (a) 2 botol plastik cerah bertudung kuning yang dalamnya mengandungi serbuk putih disyaki dadah; (b) 2 tiub straw yang berisi serbuk putih disyaki dadah; (c) 10 botol cerah bertudung kuning yang berisi serbuk putih disyaki dadah dalam setiap 6 bungkusan surat kabar; (d) 1 botol plastik bertulis SHAKLEE VITA-C yang dalamnya mengandungi 3 botol plastik cerah bertudung kuning berisi serbuk putih disyaki dadah, 5 tiub straw yang setiap satu berisi 10 tablet berwarna merah, 3 plastik cerah yang setiap satu mengandungi 10 tablet berwarna merah dan 1 plastik cerah yang mengandungi 9 tablet berwarna merah dan 1 tablet berwarna hijau; dan (e) 2 buah telefon bimbit. (x) Selain dari itu, di tempat letak kaki di sebelah belakang tempat duduk pemandu, ditemui juga 1 botol plastik cerah bertudung kuning yang berisi serbuk putih disyaki dadah. (xi) Perayu dan barang barang yang dirampas kemudiannya dibawa ke IPD Marang. Semasa di IPD Marang, pemeriksaan telah dibuat terhadap badan perayu dan SP4 menemui 1 lagi botol 9 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal plastik cerah bertudung kuning berisi serbuk putih disyaki dadah dalam seluar dalam berjenama Edwin yang dipakai oleh perayu. (xii) Pada 15,12.2013, kesemua barang-barang kes yang disyaki dadah berbahaya telah dihantar ke Jabatan Kimia dan setelah dianalisa oleh Ahli Kimia Zuzilawati binti Hassim (SP3), disahkan bahawa barang-barang kes berkenaan adalah heroin dan methamphetamine iaitu dadah berbahaya seperti disenaikan dalam Jadual Pertama, ADB 1952 dan ‘Phenazepam’ racun yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga, AR 1952. (xiii) Jumlah keseluruhan dadah heroin yang ditemui dalam beg bimbit di lantai tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut adalah 77.74 gram yang menjadikan asas pertuduhan pertama dalam kes No. 45A-02-04/2014. Selain itu, dalam beg yang sama, disahkan mengandungi 37.33 gram ‘Phenazepam’ iaitu bahan psikotropik yang merupakan asas pertuduhan kedua. (xiv) Ahli Kimia (SP3) juga mengesahkan bahawa tablet-tablet dan straw yang ditemui dalam beg bimbit tersebut mengandungi 1.25 gram methamphetamine, serbuk putih dalam botol cerah yang ditemui di lantai di bahagian belakang tempat duduk pemandu mengandungi 0.98 gram heroin dan serbuk putih dalam botol cerah yang ditemui dalam seluar dalam perayu mengandungi 1.02 gram heroin. Dapatan ini merupakan asas bagi pertuduhan 10 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pertama, pertuduhan kedua dan pertuduhan ketiga bagi kes No. 45A-08-07/2014. Dapatan Hakim Bicara di akhir kes pendakwaan [7] Hakim Bicara dalam kes ini telah membuat dapatan fakta bahawa perayu mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya dan bahan racun yang ditemui dalam kereta Perodua Viva tersebut berdasarkan keterangan yang dikemukakan tanpa pemakaian anggapan pemilikan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952. Keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dirumuskan oleh Hakim Bicara telah berjaya membuktikan jagaan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah dan bahan racun tersebut. [8] Di antara keterangan yang dirujuk oleh Hakim Bicara dalam membuat dapatan berhubung pemilikan dadah dan bahan racun tersebut adalah seperti berikut. Semasa serbuan dibuat, hanya perayu seorang yang berada dalam kereta tersebut, kereta tersebut berkunci dari dalam, beg bimbit yang mengandungi dadah dan bahan racun tersebut tidak tersorok dan mudah dilihat oleh perayu iaitu di atas lantai tempat duduk penumpang hadapan. Selain itu, perayu sendiri juga telah menunjukkan beg bimbit tersebut apabila ditanya oleh SP4 sama ada perayu ada menyimpan barang salah. Perayu juga telah meminta SP8 menyewa kereta tersebut untuk perayu dan seterusnya, pada kunci kereta yang dirampas dari suis kereta berkenaan terdapat juga 3 anak kunci yang boleh membuka mangga pintu rumah perayu. 11 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [9] Selanjutnya, Hakim Bicara telah memakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 bagi kesalahan pengedaran dadah heroin seberat 77.74 gram, iaitu pertuduhan pertama, kes No. 45A-02- 04/2014. [10] Berdasarkan penilaian maksima terhadap keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Hakim Bicara memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie bagi kelima-lima pertuduhan yang dikemukakan terhadap perayu. Sehubungan itu, perayu telah dipanggil untuk membela diri terhadap kelima-lima pertuduhan berkenaan. Pembelaan Perayu [11] Kes pembelaan perayu adalah berdasarkan keterangan bersumpah dari perayu seorang tanpa memanggil saksi-saksi lain. Rumusan dari pembelaan perayu digariskan seperti berikutnya. Pertamanya, beg bimbit yang ditemui dalam kereta Perodua Viva tersebut adalah kepunyaan SP8 dan perayu tiada pengetahuan mengenai kandungan beg tersebut. Semasa serbuan dibuat oleh pihak polis, SP8 telah keluar keluar untuk membeli makanan dan perayu tertidur dalam kereta berkenaan. Perayu juga tiada pengetahuan mengenai botol plastik cerah berisi dadah yang ditemui di belakang tempat duduk penumpang pemandu. Seterusnya perayu menafikan terdapat botol berisi dadah yang ditemui dalam seluar dalam perayu tetapi botol tersebut diambil oleh pihak polis dari belakang kusyen kereta Perodua Viva tersebut. Perayu seterusnya menafikan 12 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menyewa kereta Produa Viva tersebut kerana perayu mempunyai kereta perayu sendiri. Keputusan Hakim Bicara di akhir kes pembelaan. [12] Di akhir kes pembelaan, Hakim Bicara memutuskan bahawa perayu telah gagal mengakas anggapan pengedaran dadah pada imbangan kebarangkalian dan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Hakim Bicara juga membuat dapatan fakta bahawa keterangan pembelaan hanyalah penafian semata- mata dan keterangan secara fikir semula (after thoughts). Sehubungan itu juga perayu telah disabitkan kesalahan bagi kelima-lima pertuduhan yang dikemukakan terhadap perayu dan dijatuhkan hukuman seperti yang telah diperincikan di atas. Isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman. [13] Dalam penghujahan lisan peguam perayu, isu-isu utama yang dibangkitkan adalah seperti berikut: (i) Di akhir kes terhadap perayu, Hakim Bicara gagal menyatakan secara nyata bahawa perayu didapati bersalah berhubung kelima-lima pertuduhan terhadap perayu; 13 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) Hakim Bicara terkhilaf apabila menggunapakai anggapan berganda dalam kes ini; (iii) Hakim Bicara terkhilaf apabila memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes di sebalik keraguan yang munasabah bagi kelima-lima pertuduhan terhadap perayu. Analisa dan keputusan Mahkamah ini [14] Dalam kes ini, seperti yang dinyatakan terdahulu, perayu telah dituduh dengan satu kesalahan mengedar dadah berbahaya, tiga pertuduhan memiliki dadah berbahaya di bawah ADB 1952 dan satu pertuduhan memiliki bahan psikotropik di bawah AR 1952. [15] Bagi membuktikan kelima-lima kesalahan ini, elemen milikan (possession) perlu dibuktikan dan bagi kesalahan mengedar dadah, selain dari elemen milikan, elemen pengedaran juga hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [16] Berhubung pertuduhan-pertuduhan di bawah ADB 1952, elemen milikan boleh dibuktikan dari keterangan saksi saksi dan keterangan dokumentar atau dengan bantuan peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952. Anggapan di bawah seksyen 37(d) ini terpakai apabila fakta utama iaitu jagaan atau kawalan telah dibuktikan. Bagi kemudahan rujukan, seksyen 37(d) adalah seperti berikut: 14 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (d) any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug; (penekanan ditambah) [17] Berkaitan isu milikan ini, adalah bersesuaian jika dirujuk kepada nas undang undang bagi mengimbas kembali undang undang mantap berhubung isu ini. [18] Mahkamah Persekutuan menjelaskan dalam kes Public Prosecutor v Abdul Manaf bin Muhamad Hassan [2006] 3 MLJ 193 seperti berikut: ‘[17] It ought to be stated at the outset that the decision in Muhammad bin Hassan only prohibits the use of double presumptions under ss 37(d) and 37(da) of the Act. It is therefore, open to the prosecution to rely on either of the presumptions. In other words, the prosecution may positively prove possession without relying on the presumption under s 37(d) of the Act and go on to rely on the presumption of trafficking under 37(da) of the Act to support a charge under s 39B of the Act. See Tunde Apatira & Ors v Public Prosecutor; Msimanga Lesaly v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 314, a decision of Court of Appeal which was confirmed by this Court in Federal Court Criminal Appeal No 05 – 27 of 2004(K). Conversely, the prosecution may rely on the 15 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal presumption under s 37(d) to prove possession and seek to prove by affirmative evidence (independent of the presumption under section 37(da)) that the accused was in fact trafficking in the dangerous drugs.’ (penekanan ditambah) [19] Bagi membuktikan isu milikan ini juga, pihak pendakwaan perlu juga membuktikan elemen pengetahuan terhadap dadah atau bahan racun yang ditemui. Jelasnya, tanpa pengetahuan, elemen milikan tidak dapat dibuktikan. Perkara ini juga diterangkan dalam kes Mahkamah Persekutuan Ibrahim Mohamad v PP [2011] 4 CLJ 113 seperti berikut: “The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish “possession”. The physical act of control or custody must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumptions, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession let alone trafficking.” (penekanan ditambah) [20] Maksud ‘jagaan’ dan ‘kawalan’ telah dijelaskan dalam banyak nas undang-undang seperti dalam kes Leow Nghee Lim v Reg [1959] 22 MLJ 28 oleh Hakim Taylor dan tidak perlu diulangi disini lagi. 16 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [21] Seterusnya, maksud milikan juga telah dihuraikan dalam kes Chan Pean Leong v PP [1956] 1 MLJ 237 oleh Hakim Thompson dengan menyatakan antara lain “a person is in possession of a thing when he is so situated with respect to it and has the power to deal with it as owner when the circumstances arise.” [22] Dalam kes terhadap perayu ini, Hakim Bicara telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen milikan tanpa menggunapakai peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952. Kami juga telah meneliti secara terperinci fakta-fakta yang diasaskan oleh Hakim Bicara dalam membuat dapatan ini. [23] Fakta-fakta utama dalam kes ini yang dipertimbangkan secara keseluruhan adalah seperti berikut: (i) Perayu yang meminta SP8 menyewa kereta iaitu Perodua Viva dan pekerja syarikat kereta sewa tersebut iaitu SP7 menyatakan bahawa sebelum kereta berkenaan diserahkan kepada SP8, kereta tersebut telah dibersihkan dan tiada apa apa barang dalam kereta tersebut; (ii) SP8 telah menyerahkan kereta tersebut kepada perayu dan tidak melihat apa-apa beg dalam kereta berkenaan; (iii) Semasa serbuan dibuat oleh SP4 dan anggotanya, perayu bersendirian dalam kereta berkenaan dengan kesemua pintu kereta tersebut berkunci; 17 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (iv) Beg bimbit yang berisi dadah dan bahan psikotropik yang ditemui di lantai tempat duduk penumpang hadapan mudah dilihat oleh perayu; (v) Satu botol plastik bertudung kuning ditemui dalam seluar dalam perayu. Botol-botol yang serupa juga yang mengandungi dadah ditemui dalam beg bimbit dan di bahagian belakang tempat duduk pemandu; (vi) Perayu sendiri menunjukkan kepada SP4 beg bimbit yang mengandungi dadah dan bahan psikotropik apabila ditanya sama ada perayu ada menyimpan apa-apa barang salah; (vii) Pada kunci kereta yang dirampas dari suisnya, terdapat 3 lagi anak kunci yang kemudiannya disahkan boleh membuka mangga pintu rumah perayu. [24] Berhubung perbuatan perayu menunjukkan beg bimbit berkenaan, ianya adalah relevan dan boleh diterima sebagai keterangan dibawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Rujukan kepada kes Mahkamah Persekutuan Samundee Devan Muthu Kerishnan v PP [2010] 3 CLJ 269 adalah bertepatan dimana dinyatakan: “[15] We also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as ‘police’ is relevant and admissible pursuant to s.8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct, of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial. (see Chan Chwen Kong v PP [1962] 1 LNS 22) 18 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal .. [17] We find the evidence adduced by the prosecution before the learned trial judge showed that the appellant was clearly in possession of the plastic packages and that he had knowledge of the contents of the packages. The facts denote the said dangerous drugs were in his custody and control. He was in possession of a set of keys one of which was used to open the boot of the motorcar in which the dangerous drugs were found. He was clearly aware of the packages when he was approached by the police and consequently attempted to run away. The combined strength of these facts gave rise to a strong inference that the appellant had mens rea possession of the packages containing the dangerous drugs and he had knowledge of the dangerous drugs. There was evidence of possession of the dangerous drugs independent of s. 37(d) of the Act.” (penekanan ditambah) [25] Kembali kepada fakta kes ini, berdasarkan kesan kumulatif dari fakta yang dikemukakan, kami mendapati tiada kekhilafan dalam dapatan Hakim Bicara bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen milikan bagi kelima-lima pertuduhan terhadap perayu. Ini termasuk elemen pengetahuan yang dibuktikan berdasarkan keterangan- keterangan tersebut. [26] Berkaitan isu pemilikan dadah atau bahan psikotropik dalam kereta ini, rujukan kepada kes Mahkamah Persekutuan, Public Prosecutor v Abdul Rahman Akif [2007] 5 MLJ 1, yang faktanya yang hampir serupa di mana dadah ditemui dalam kereta tertuduh, adalah bersesuaian. Dalam kes tersebut, Arifin Zakaria FCJ menjelaskan seperti berikut: 19 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “[16] It is trite that what constitutes ‘possession’ under s 37 of the Act is a question of law (see Yee Ya Mang v Public Prosecutor [1972] 1 MLJ 120 and Public Prosecutor v Badrulsham bin Baharom [1988] 2 MLJ 585). It is however a question of fact whether in a given case a person can be said to be in possession of something. And in relation to drug found in a vehicle Shankar J in Pendakwa Raya v Kang Ho Soh [1992] 1 MLJ 360, after considering a number of authorities, at p 371 stated: ...those cases do not decide that in all cases a person who is in sole charge of a vehicle cannot be found to be in possession of articles being carried in it. As Thomson J himself said in Tong Peng Hong v PP at p 233: If something be found, for example, in a bag which I am carrying or in a box to which I hold the key it is extremely reasonable to suppose, unless I produce some satisfactory evidence to the contrary, that I know all about it … Again, at p 234: I am not saying for one moment that a drug may not be found in a vehicle in such circumstances as would in the absence of disproof or explanation lead the court to the 20 conclusion, quite independently of any statutory presumption, that it was in the possession of the person in control of the vehicle. [17] Therefore, the presence of the three packages in the car without a plausible explanation from the respondent could give rise to a strong inference that he had knowledge that the packages contained drug or things of similar nature (see also Lim Beng Soon v Public Prosecutor [2000] 4 SLR 589). We further agree with the prosecution that the fact that the drug was found wrapped in newspaper is no ground for saying that an inference could not be drawn against the respondent that he had the requisite knowledge…” [27] Dalam kes yang sama juga, isu pengetahuan dikupas seperti berikut: 20 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “[18] In Ramis a/l Muniandy v Public Prosecutor [2001] 3 SLR 534, the Singapore Court Appeal again propounded on the question of knowledge necessary to establish possession and at pg. 541 states: Knowledge of drugs The starting point in the consideration of this issue was that we had already concluded that the drugs was already on Ramis’s motorcycles when he entered the vicinity and that he had physical control of the drugs. In the absence of any reasonable explanation by Ramis, these facts were sufficient to lead to a strong inference that Ramis knew that the bag found on his motorcycle contained drugs. In Tan Ah Tee, Wee Chong Jin CJ, delivering the judgment of the court, said ([1978-1979] SLR 211 at pp 217–218; [1980] 1 MLJ 49 at p 52): Even if there were no statutory presumptions available to the prosecution, once the prosecution had proved the fact of physical control or possession of the plastic bag and the circumstances in which this was acquired by and remained with the second appellant, the trial judges would be justified in finding that she had possession of the contents of the plastic bag within the meaning of the Act unless she gave an explanation of the physical fact which the trial judges accepted or which raised a doubt in their minds that she had possession of the contents within the meaning of the Act. …. [22] Reverting to the present case, it is therefore incumbent upon the court to scrutinize the entire evidence before the court to see whether an inference can be drawn against the respondent that he knew about the drug in the three packages found in the car. It is not in dispute that the three packages were found hidden in the car under the driver’s seat and under the front passenger’s seat. He was alone in the car at the material time. One other important factor of relevance is that the car had been in his possession for the past seven months prior to his arrest. 21 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal …. [24] Applying the observations set out in the authorities cited above to the facts in the present case, the irresistible inference that may be drawn in the circumstances is that the respondent all along knew about the drug found in the car. The fact that they were found hidden under the seats of the car and wrapped in Chinese newspaper would not assist him to negate such an inference. From the evidence of PW5 it is clear that little effort was required to uncover what was contained in the three packages. Therefore, we are of the view that on the facts and in the circumstances of this case the learned trial judge, properly directed on the law, would have come to the finding that prima facie the respondent had possession of the drug independent of the statutory presumption under s 37(d) of the Act.” (penekanan ditambah) [28] Dari huraian fakta dan undang-undang diatas, kami mendapati Hakim Bicara adalah betul apabila memutuskan bahawa elemen milikan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan bagi kelima-lima pertuduhan yang dikemukakan terhadap perayu. Elemen “pengedaran” [29] Selanjutnya, adalah berhubung dengan elemen pengedaran bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya iaitu 77.74 gram heroin oleh perayu. Berkaitan isu ini Hakim Bicara telah menggunapakai peruntukan anggapan di bawah seksyen 37 (da)(i) ADB 1952 yang menyatakan: 22 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “(da) any person who is found in possession of— (i) 15 grammes or more in weight of heroin; …… otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug;” [30] Dalam kes ini, memandangkan dadah yang terlibat dalam pertuduhan ini melebihi 15 gram, iaitu 77.74 gram heroin, pemakaian anggapan di bawah seksyen 37(da) oleh Hakim Bicara adalah bertepatan. Pemakaian anggapan ini telah banyak dibincangkan oleh Mahkamah atasan dan ada nas-nas yang menjelaskan bahawa anggapan ini adalah anggapan yang mesti digunakkan (compelling presumption), apabila dadah yang terlibat melebihi jumlah yang dinyatakan di bawah peruntukkan tersebut. [31] Mahkamah Persekutuan dalam kes terkininya, Satya Vello v Public Prosecutor [2022] 1 LNS 773 menghuraikan pemakaian seksyen 37(da) ini seperti berikut: “[75] In this regard, it must be remembered that the presumption of trafficking under section 37(da) operates by operation of law and the court has no discretion not to invoke it once affirmative evidence of knowledge is proved against the accused and the weight of the drug is of or above the minimum prescribed by the section…” (penekanan ditambah) 23 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [32] Dalam kes yang sama, rujukan juga dibuat kepada kes Mahkamah Persekutuan Muhammed Hassan v PP [1998] 2 CLJ 170 yang menghuraikan pemakaian peruntukan seksyen 37(d) dan 37(da) ini, di mana dinyatakan: “[9] The learned trial judge had no discretion not to invoke the presumption once it was proved that the appellant had custody and control of the drugs: See the decision of this court in Muhammed Hassan v. PP [1998] 2 CLJ 170 and followed in PP v. Zulkifli Arshad [2010] 6 CLJ 121 F.C. In Muhammed Hassan, this is what Chong Siew Fai CJ (Sabah and Sarawak) said delivering the unanimous decision of the court which comprised Edgar Joseph Jr FCJ and NH Chan JCA as the other panel members: “The deemed state of affairs in s. 37(d) (ie, deemed possession and deemed knowledge) is by operation of law and there is no necessity to prove how that particular state of affairs is arrived at. There need only to be established the basic or primary facts necessary to give rise to that state of affairs ie, the finding of custody or control. Such presumptions as under s. 37(d) (and, for that matter, the one under s. 37(da)) are sometimes described as “compelling presumptions” in that upon proof of certain facts by a party (in our present case, proof of custody or control in s. 37(d) by the prosecution, the court must in law draw a presumption in its favour (ie, presumptions of possession and knowledge) unless the other party proves the contrary. Such a presumption has the compelling force of law. It is a deduction which the law requires the trial court to make.” (penekanan ditambah) [33] Sehubungan itu, pendekatan Hakim Bicara menggunapakai peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(da) dalam kes ini bagi pertuduhan mengedar dadah terhadap perayu adalah menepati 24 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kehendak undang-undang. Apa yang perlu dilakukan oleh perayu adalah untuk mengakas anggapan ini pada imbangan kebarangkalian bagi mendapatkan perlepasan dan pembebasan. Seterusnya bagi pertuduhan-pertuduhan memiliki dadah dan bahan psikotropik, perayu hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan setelah perayu dipanggil untuk mebela diri. [34] Disini, berdasarkan undang-undang dan penilaian fakta, kami mendapati Hakim Bicara tidak terkhilaf apabila di akhir kes pendakwaan, memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie berhubung kelima-lima pertuduhan terhadap perayu. [35] Selanjutnya, Hakim Bicara telah menilai keterangan pembelaan perayu dan keseluruhan keterangan di hadapannya. Pembelaan perayu secara asasnya adalah perayu tiada pengetahuan mengenai dadah dan bahan psikotropik dalam kereta Perodua Viva tersebut. [36] Kami mendapati, pembelaan perayu ini jelas bertentangan dengan fakta yang dibuktikan oleh pihak pendakwaan terutamanya, bahawa perayu yang menunjukkan beg bimbit berkenaan apabila ditanya oleh SP4 sama ada perayu ada menyimpan barang salah. Di sini, Hakim Bicara mempunyai alasan untuk membuat inferen bahawa perayu mempunyai pengetahuan berhubung dadah dan bahan psikotropik dalam kereta tersebut. Tambahan pula, satu botol cerah bertudung kuning yang mengandungi dadah ditemui dalam seluar dalam perayu. Botol tersebut serupa dengan botol-botol mengandungi dadah yang ditemui dalam kereta berkenaan. Tiada sebab untuk SP4 atau anggota pasukannya, 25 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang hanya menjalankan tugas resmi, untuk menganiaya perayu melalui keterangan mereka dalam kes ini. Tiada keterangan juga untuk suatu kesimpulan dibuat bahawa SP8 menganiaya perayu dengan memberi keterangan bahawa perayu yang meminta SP8 menyewa kereta tersebut untuk perayu yang perayu nafikan dalam pembelaan perayu. [37] Dari penilaian keseluruhan keterangan pembelaan dan pihak pendakwaan kes ini, kami berpendapat, keputusan Hakim Bicara menolak pembelaan perayu dan membuat dapatan bahawa pembelaan perayu tersebut merupakan penafian semata-mata disamping suatu pemikiran semula adalah betul berdasarkan fakta dan undang-undang. Isu kegagalan Hakim Bicara menyatakan bahawa perayu didapati bersalah bagi kelima-lima pertuduhan terhadap perayu. [38] Berhubung isu ini, peguam perayu berhujah bahawa di akhir kes pembelaan, Hakim Bicara telah gagal menyatakan bahawa perayu didapati bersalah bagi kelima-lima pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. Hakim Bicara hanya menyebut bahawa perayu disabitkan keatas kesemua pertuduhan-pertuduhan terhadap perayu. Rujukan dibuat oleh peguam perayu kepada perenggan 70, alasan penghakiman Hakim Bicara yang menyatakan: “70. Secara keseluruhannya, Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa keterangan pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan di mana keterangan pihak pembelaan juga telah gagal mengakas anggapan pengedaran dadah di atas imbangan 26 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kebarangkalian. Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan pihak pembelaan hanyalah penafian semata-mata dan juga keterangan secara ‘after thoughts’ (fikir semula). Oleh itu, Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa keterangan pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan dengan itu OKT disabitkan ke atas kesemua pertuduhan-pertuduhan yang telah dikenakan ke atasnya.” (penekanan ditambah) [39] Walau pun tidak dihujahkan secara jelas, peguam perayu ingin mahkamah ini memutuskan bahawa kegagalan Hakim Bicara menyatakan bahawa perayu didapati bersalah atas kelima-lima pertuduhan tersebut adalah fatal dan tidak boleh diperbetulkan. (curable) [40] Berkaitan dengan isu ini, peruntukan yang relevan adalah seksyen 182A(2) Kanun Prosedur Jenayah yang menyatakan: “182A. Prosedur di penggulungan perbicaraan. “(2) Jika Mahkamah mendapati bahawa pendakwaan telah membuktikan kesnya hingga tiada keraguan yang munasabah, Mahkamah hendaklah mendapati tertuduh bersalah dan dia hendaklah disabitkan keatasnya.” [41] Disini tidak dinafikan bahawa Hakim Bicara tidak menyebut dalam alasan penghakimannya bahawa perayu didapati bersalah bagi pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi oleh perayu, isunya adakah 27 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kegagalan ini boleh mengenepikan sabitan yang diputuskan terhadap perayu berdasarkan analisa keseluruhan keterangan terhadap perayu. [42] Dalam menangani isu ini, kami berpendapat bahawa perkara utama disini adalah sama ada berlakunya ketidakadilan (miscarriage of justice) atau kegagalan menyatakan perayu bersalah di akhir kes pembelaan telah memprejudis perayu yang menyebabkan sabitan yang dibuat oleh Hakim Bicara tidak boleh dipertahankan. [43] Apa yang jelas dalam kes ini, pihak perayu telah berpeluang mengemukakan pembelaan sepenuhnya tanpa sebarang masalah dan keputusan Hakim Bicara adalah berdasarkan keseluruhan keterangan. Tiada sebarang perkara dalam penggendalian perbicaraan kes ini yang boleh menunjukkan keputusan yang berbeza hanya semata-mata perkataan “perayu didapati bersalah” tidak dinyatakan oleh Hakim Bicara. Disini, kami mendapati tiada sebarang ketidakadilan atau perkara yang memprejudis perayu berhubung isu ini. Tambahan pula, Hakim Bicara hanya dapat mensabitkan perayu menurut seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah apabila perayu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan. Dalam kes ini Hakim Bicara telah jelas menyatakan dalam alasan penghakimannya bahawa perayu disabitkan ke atas kesemua pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan terhadap perayu. [44] Dalam isu ini, peguam perayu tidak mempertikaikan apa-apa kegagalan Hakim Bicara untuk mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan atau kegagalan membenarkan 28 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sebarang keterangan baru untuk dikemukakan yang mungkin boleh mengubah dapatan kebersalahan perayu. Segala pembelaan perayu telah dikemukakan dengan sepenuhnya untuk pertimbangan Hakim Bicara dan pembelaan perayu juga telah diasaskan pada peringkat pendakwaan semasa soal-balas saksi-saksi pendakwaan. Oleh itu juga, kami tidak melihat sebarang ketidakadilan atau apa perkara yang memprejudis perayu dalam kes ini. [45] Berkaitan isu ini juga, Mahkamah ini dalam kes Juraimi bin Husin v Public Prosecutor; Mohd Affandi bin Abdul Rahman & Anor v Public Prosecutor [1998] 1 MLJ 537 menjelaskan maksud ketidakadilan seperti berikut: “The phrase 'substantial miscarriage of justice' has its origins in English criminal jurisprudence and finds expression in the proviso to s 60 of the Courts of Judicature Act 1964 which reads as follows: Provided that the Court of Appeal may, notwithstanding that it is of opinion that the point raised in the appeal might be decided in favour of the appellant, dismiss the appeal if it considers that no substantial miscarriage of justice has occurred. The other statutory provision that works in tandem with the proviso to s60 is s 167 of the Evidence Act 1950. It reads:[1998] 1 MLJ 537 at 586 The improper admission or rejection of evidence shall not be ground of itself for a new trial or reversal of any decision in any case if it appears to the court before which the objection is raised that, independently of the evidence objected to and admitted, there was sufficient evidence to justify the decision, or that, if the rejected evidence had been received, it ought not to have varied the decision. The way in which the proviso to s 60 is to be applied has been authoritatively settled by pronouncements of English and Australian courts that have had occasion to deal with a like provision. For our part, would 29 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal respectfully adopt and apply what was said by Barwick CJ in the Australian case of Ratten v R (1974) 131 CLR 510 at p 516 on the approach of this court to the proviso: Miscarriage is not defined in the legislation but its significance is fairly worked out in the decided cases. There is a miscarriage if on the material before the Court of Criminal Appeal, which where no new evidence is produced will consist of the evidence given at the trial, the appellant is shown to be innocent, or if the court is of the opinion that there exists such a doubt as to his guilt that the verdict of guilty should not be allowed to stand. It is the reasonable doubt in the mind of the court which is the operative factor. It is of no practical consequence whether this is expressed as a doubt entertained by the court itself, or as a doubt which the court decides that any reasonable jury ought to entertain. If the court has a doubt, a reasonable jury should be of a like mind. But I see no need for any circumlocution; as I have said it is the doubt in the court's mind upon its review and assessment of the evidence which is the operative consideration. (penekanan ditambah) [46] Analogi yang sama boleh dibuat dari keputusan kes Mahkamah Pesekutuan PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 berhubung beban pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan, di mana dinyatakan: “[11] In our respectful view, Arulpragasan is authority for the proposition that the test to be applied under the former ss. 173(f) and 180 of the CPC is that the prosecution must establish its case beyond a reasonable doubt before an accused could be called upon to enter his defence. It is not authority for the proposition that it is incumbent for a court to make a finding at the close of the prosecution’s case that he was satisfied that the prosecution had proved its case 30 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal beyond reasonable doubt. The failure by the trial court either to make or to record such a finding does not in our judgment occasion a miscarriage of justice...” (penekanan ditambah) [47] Selain itu, di peringkat Mahkamah Rayuan ini, kami juga berperanan meneliti semula segala keterangan yang ada semasa perbicaraan dan membuat keputusan sama ada keputusan sabitan oleh Hakim Bicara adalah betul dari segi penilaian fakta dan undang-undang. Sabitan yang dibuat oleh Hakim Bicara boleh dikekalkan atau diketepikan berdasarkan penilaian keterangan yang dibuat oleh Mahkamah ini walaupun apa juga yang dinyatakan atau tidak dinyatakan dalam alasan penghakiman Hakim Bicara. [48] Mahkamah Pesekutuan dalam kes Ahmad Najib Aris v PP [2009] 2 CLJ 800 menyatakan seperti berikut: “I am of the view that the Court of Appeal has the power to review or to re- evaluate all the evidence available as adduced by the prosecution. The Court of Appeal is in the position to do so in the present case even though the grounds of decision of the trial judge as appearing in the appeal records is found lacking in specific findings and with no reasons for the findings. In a case involving purely question of fact, the Court of Appeal is free to determine whether or not the various findings of the trial judge are correct (see Mohamed Mokhtar v PP [1972] 1 MLJ 122.)” (lihat juga PP v Azilah Hadri & Anor [2015] 1 CLJ 579) 31 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [49] Dalam kes ini, penilaian fakta dan undang-undang yang dibuat oleh Hakim Bicara dan keputusan di akhir kes, pada pendapat kami adalah betul dan tiada sebab untuk diganggu. Isu anggapan berganda [50] Peguam perayu juga ada berhujah bahawa terdapat pemakaian anggapan berganda oleh Hakim Bicara dalam kes ini. Berhubung isu ini, kami telah meneliti alasan penghakiman Hakim Bicara dan nota keterangan yang disediakan dan gagal mengesan sebarang penggunaan anggapan berganda oleh Hakim Bicara. Apa yang dilakukan oleh Hakim Bicara di akhir kes pendakwaan adalah membuat dapatan milikan dari keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tanpa pengunaan anggapan di bawah seksyen 37(d) dan seterusnya, mengunapakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(i) ADB 1952. Sehubungan itu, hujah pihak pembelaan berkaitan isu ini adalah tidak bermerit. [51] Kami juga bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara bahawa pihak pembelaan telah gagal mengakas anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(i) tersebut bagi pertuduhan mengedar dadah dan seterusnya gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bagi kesemua pertuduhan yang dikemukakan terhadap perayu. 32 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kesimpulan [52] Berdasarkan huraian di atas, kami sebulat suara mendapati bahawa sabitan terhadap perayu bagi kelima-lima pertuduhan adalah selamat dan tiada alasan untuk kami campurtangan. Oleh itu juga rayuan perayu adalah ditolak dan keputusan Hakim Bicara berhubung sabitan dan hukuman bagi kelima-lima pertuduhan terhadap perayu adalah dikekalkan. Bertarikh 23 Jun 2022 -sgd- (Dato’ Nordin bin Hassan) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguamcara Perayu : Horley Isaacs (Tetuan Horley Isaacs & Isaacs) Peguamcara Responden : Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati binti Ku Haron (Jabatan Peguam Negara) 33 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 34 S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal