Paiman Bin Shakimon [Timbalan (TPR), Jabatan Peguam Negara]
The Court allowed the appeal and held that the High Court wrongly and summarily relied on a JPN.KP10 extract produced from the prosecution table without affidavit or inquiry when the appellant disputed identity; because execution of a 13-year custodial sentence required careful proof of identity, the JPN.KP10 in the...
Source-derived case information.
- Citation
- W-09-333-12/2021 (Mahkamah Rayuan)
- Parties
- Appellant: Paiman bin Shakimon (also known as Aldrin Pratama Widjaja); Respondent: Pendakwa Raya (Public Prosecutor)
- Court
- Court of Appeal
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 26 September 2023
- Case Number
- W-09-333-12/2021 (Mahkamah Rayuan)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / Court of Appeal Judgment on Appeal From High Court Order Enforcing Warrant of Commitment
- Outcome
- Appeal allowed; High Court order enforcing warrant of commitment set aside; matter remitted to High Court to conduct inquiry on identity
- Legal Topics
- Identity Verification, Biometric Fingerprint Evidence, Admissibility of Official Extracts, Affidavit Requirement, Right to Be Heard, Execution of Warrant of Commitment
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Paiman bin Shakimon (also known as Aldrin Pratama Widjaja)
Appellant
Pendakwa Raya (Public Prosecutor)
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal / Court of Appeal Judgment on Appeal From High Court Order Enforcing Warrant of Commitment
Legal Issues
- 1 Whether the High Court erred in enforcing a warrant of commitment without holding an inquiry to determine identity
- 2 Whether the Cabutan Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP10) was admissible as produced from counsel's table rather than by affidavit
- 3 Whether reliance on a JPN.KP10 and the manner it was produced violated the appellant's right to be heard and amounted to a denial of justice
Ratio Decidendi
The Court allowed the appeal and held that the High Court wrongly and summarily relied on a JPN.KP10 extract produced from the prosecution table without affidavit or inquiry when the appellant disputed identity; because execution of a 13-year custodial sentence required careful proof of identity, the JPN.KP10 in the form tendered was inadmissible and an inquiry must be held by the High Court to determine whether the appellant is the person named in the warrant.
Court Disposition
Appeal allowed; High Court order enforcing warrant of commitment set aside; matter remitted to High Court to conduct inquiry on identity
Orders
- Appeal allowed
- Decision of High Court dated 2.12.2021 enforcing warrant of commitment set aside
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
W-09-333-12/2021 Kand. 45 24/10/2023 14:44:36 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.W-09-333-12/2021 ANTARA PAIMAN BIN SHAKIMON (ALDRIN PRATAMA WIDJAJA) (PASSPORT INDONESIA No.C3002435) - PERAYU DAN PENDAKWA RAYA - RESPONDEN [Dalam Perkara Mahakamah Tinggi Kuala Lumpur Prosiding Jenayah Pelbagai (Waran Pemenjaraan) No.WPRJ-42S-54-2011 Antara Pendakwa Raya Dan Paiman Shakimon] KORAM: HADHARIAH BINTI SYED ISMAIL, HMR HAJI AZMAN BIN ABDULLAH, HMR AZMI BIN ARIFFIN, HMR 1 S/N VcPOuJZzkO15fxPfuiagw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN RINGKAS Pengenalan [1] Ini adalah rayuan Paiman bin Shakimon (Aldrin Pratama Widjaja) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur yang diberikan pada 2.12.2021 yang memutuskan bahawa penama Aldrin Pratama Widjaja (pemegang Passport Indonesia No.C3002435) adalah individu yang bernama Paiman bin Shakimon dan telah menguatkuasakan Waran Pemenjaraan yang dikeluarkan oleh YA Amelia Tee Hong Geok, Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur pada 11.10.2012 terhadap Paiman bin Shakimon dan menyebabkan perayu dipenjarakan di bawah waran tersebut. [2] Kes jenayah ini berasal dari Mahkamah Sesyen. Prosiding Di Mahkamah Sesyen [3] Perayu, Paiman bin Shakimon telah dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan iaitu pertuduhan pindaan pertama dan pertuduhan pindaan ketiga di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pertuduhan kedua dan pertuduhan keempat di bawah seksyen 471 Kanun Keseksaan. [4] Selepas satu perbicaraan penuh, Hakim Sesyen mendapati perayu bersalah atas kesemua empat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman ke atas perayu seperti berikut: (i) Pertuduhan pindaan pertama - 5 tahun penjara 2 S/N VcPOuJZzkO15fxPfuiagw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) Pertuduhan kedua - 5 tahun penjara (iii) Pertuduhan pindaan ketiga - 8 tahun penjara (iv) Pertuduhan keempat - 8 tahun penjara [5] Hakim Sesyen memerintahkan hukuman penjara bagi pertuduhan pindaan pertama dan pertuduhan kedua berjalan serentak dan hukuman penjara bagi pertuduhan pindaan ketiga dan pertuduhan keempat juga berjalan serentak. Selanjutnya, Hakim Sesyen memerintahkan hukuman penjara bagi pertuduhan pindaan pertama dan pertuduhan pindaan ketiga berjalan berturut-turut. Ini bermakna, perayu perlu menjalani hukuman penjara untuk tempoh 13 tahun. [6] Atas permohonan perayu, Hakim Sesyen membenarkan suatu penggantungan pelaksanaan hukuman dan perayu dilepaskan atas jaminan RM700,000.00 dengan seorang penjamin sehingga rayuan perayu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. [7] Pada 20.4.2011, perayu memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi, merayu terhadap keputusan Hakim Sesyen atas sabitan dan hukuman. Prosiding Di Mahkamah Tinggi Pertama [8] Perayu tidak hadir pada tarikh-tarikh pengurusan kes 15.5.2012 dan 15.6.2012. [9] Perayu juga tidak hadir pada tarikh-tarikh pendengaran rayuan 20.7.2012, 21.9.2012 dan 11.10.2012. Peguam perayu gagal 3 S/N VcPOuJZzkO15fxPfuiagw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menghubungi perayu. Beberapa surat yang dihantar kepada perayu semuanya dikembalikan. [10] Mahkamah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada penjamin dan waran tangkap dikeluarkan ke atas perayu. Waran tangkap tidak dapat dilaksanakan. [11] Pada tarikh pendengaran rayuan 11.10.2012, perayu tidak hadir. Penjamin juga tidak hadir. Peguam perayu menarik diri. Atas permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah Tinggi memerintahkan wang jamin RM700,000.00 dilucuthak, rayuan perayu dibatalkan dan waran pemenjaraan dikeluarkan terhadap perayu. [12] Pada 29.11.2021, Aldrin Pratama Widjaja telah ditangkap oleh polis dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2.12.2021 bagi tujuan melaksanakan waran pemenjaraan bertarikh 11.10.2012 yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, YA Amelia Tee Hong Geok. Prosiding Di Mahkamah Tinggi Kedua [13] Adalah suatu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa sebaik sahaja Aldrin Pratama Widjaja ditangkap, beliau telah dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Putrajaya untuk diambil cap jari. Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan satu dokumen sahaja iaitu Cabutan Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP10) yang dikatakan membuktikan cap jari Aldrin Pratama Widjaja menunjukkan beliau adalah individu yang bernama Paiman bin Shakimon. 4 S/N VcPOuJZzkO15fxPfuiagw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [14] Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) menerima Cabutan Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP10) sebagai bukti bahawa Aldrin Pratama Widjaja adalah Paiman bin Shakimon. Di para 17-18 penghakiman beliau, HMT menyatakan: “ [17] Pada pandangan saya dokumen cabutan daftar kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara adalah mencukupi untuk membuktikan identiti subjek yang ditangkap atas waran tangkap dan dibawa ke hadapan mahkamah ini. Saya setuju dengan TPR bahawa tiada keperluan untuk diadakan suatu inkuiri bagi menentu sahkan identiti subjek yang ditangkap atas waran tangkap. Dua kes yang dirujuk oleh Dato’ Hanafiah iaitu C.Shanmuganathan v A.Murugesan dan Hoye v Bush boleh dibezakan. Dalam dua kes tersebut, tiada isu berhubung ujian biometric cap jari telah dilakukan. Manakala dalam kes di hadapan saya, ujian biometric cap jari telah dilakukan ke atas subjek. [18] Dokumen cabutan daftar kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara jelas menunjukkan saspek yang ditangkap atas waran tangkap dan dibawa ke hadapan mahkamah ini adalah Paiman bin Shakimon yakni perayu.” Rayuan Perayu [15] Komplen utama perayu adalah: (i) Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila gagal atau enggan mengadakan suatu inkuiri bagi menentukan sama 5 S/N VcPOuJZzkO15fxPfuiagw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ada perayu adalah Paiman bin Shakimon, menyebabkan salah laksana keadilan. (ii) Perayu telah dinafikan hak untuk didengar, suatu perlanggaran hak asasi. (iii) Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila bergantung semata-mata kepada Salinan Cabutan Daftar Kad Pengenalan JPN.KP10 apabila dokumen tersebut dikemukakan oleh pendakwaan dari meja peguam, bukannya melalui affidavit. [16] Kesemua tiga komplen perayu dipertimbangkan bersama sebab saling berkaitan. Keputusan Kami [17] Perkara pertama yang kami perlu sebut disini ialah kami tidak menyatakan bahawa ujian biometric cap jari yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara tidak terpakai atau tidak sah. Tetapi, tatacara pendakwaan mengemukakan Cabutan Daftar Kad Pengenalan JPN. KP10 adalah tidak mengikut peraturan yang betul yang lazimnya diamalkan di mahkamah. [18] Perkara kedua yang harus diambil kira oleh mahkamah dan pendakwaan ialah penguatkuasaan waran pemenjaraan akan mengakibatkan perayu menjalani hukuman penjara selama 13 tahun. Oleh itu, mahkamah perlu berhati-hati dan teliti supaya pesalah yang 6 S/N VcPOuJZzkO15fxPfuiagw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sebenar iaitu Paiman bin Shakimon yang dimasukkan ke penjara. Bukannya orang yang tidak bersalah. [19] Dalam kes ini, Aldrin Pratama Widjaja menafikan beliau adalah Paiman bin Shakimon. Beliau memegang passport Indonesia. Maknanya, ada pertikaian identiti. Prinsip asas undang-undang jenayah ialah pendakwaan harus membuktikan tanpa keraguan munasabah bahawa Aldrin Pratama Widjaja adalah Paiman bin Shakimon. Bagi maksud ini, peluang harus diberikan kepada Aldrin Pratama Widjaja untuk mengemukakan keterangan bagi membuktikan beliau bukan Paiman bin Shakimon. Sebab itulah satu inkuiri perlu dibuat oleh mahkamah. Sebaliknya, Mahkamah Tinggi Kedua enggan membuat inkuiri dan telah membuat keputusan secara ringkas (summarily). Pada pandangan kami, prosedur ringkas itu telah menafikan Aldrin Pratama Widjaja hak asasi beliau untuk didengar sebelum beliau dipenjarakan. Oleh itu, kami bersetuju dengan perayu bahawa salah laksana keadilan telah berlaku. [20] Mengenai Cabutan Daftar Kad Pengenalan JPN KP.10 yang dikemukakan oleh pendakwaan, peguam perayu telah merujukkan kami kepada Peraturan 13(1)(b), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (versi Bahasa Inggeris) yang memperuntukkan: ‘13. Replacement for identity card lost, destroyed or defaced, etc (1) Where an identity card is lost, defaced or destroyed, the person to whom the card relates shall forthwith report the fact to the nearest registration officer and apply for a replacement of the identity card,- (a) …. 7 S/N VcPOuJZzkO15fxPfuiagw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) and where there is no registration office nearby, forthwith report the fact to the nearest police station and obtain a receipt in Form JPN. KP10, which shall be valid for a period of fourteen days from the date of its issuance… [21] Dalam kes ini, Borang JPN. KP 10 yang dikemukakan pendakwaan adalah bertarikh 1.12.2021. Mengikut Peraturan 13(1)(b), borang ini hanya sah selama 14 hari. Tempoh 14 hari luput pada 15.12.2021. Persoalan yang timbul ialah bolehkah mahkamah bergantung kepada borang sebegini untuk mengeluarkan waran pemenjaraan. Seterusnya, bolehkah borang JPN. KP10 ini yang berbentuk satu dokumen sementara yang dikeluarkan kepada individu yang kad pengenalannya hilang atau rosak digunakan untuk menentusahkan identiti seseorang. Pada pandangan kami ianya tidak mencukupi bagi mencapai tahap pembuktian tanpa keraguan munasabah. [22] Selain daripada itu, kami juga mendapati Cabutan Daftar Kad Pengenalan tersebut sebenarnya dikemukakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) melalui surat JPNM bertarikh 1.12.2021. Para 3 surat JPNM itu menyatakan: “3. Cabutan Daftar Kad Pengenalan ini adalah dokumen terkawal kerajaan di antara Jabatan ini dan Jabatan tuan. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya dokumen ini didedahkan atau diserahkan kepada pihak ketiga atau disimpan oleh mana-mana orang perseorangan. Dokumen ini hanya boleh digunakan untuk tujuan siasatan dan pengesahan Jabatan tuan sahaja.” 8 S/N VcPOuJZzkO15fxPfuiagw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [23] Oleh kerana Cabutan Daftar Kad Pengenalan ini tidak ditujukan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mengambilkira para 3 surat JPNM, cabutan Daftar Kad Pengenalan ini hanya boleh dikemukakan oleh JSJK melalui satu affidavit. Perkara ini gagal dilakukan oleh pendakwaan atas alasan mereka hanya memohon waran pemenjaraan. Alasan pendakwaan adalah tidak munasabah dan tidak boleh diterima kerana Aldrin Pratama Widjaja menafikan beliau adalah Paiman bin Shakimon. Maka, pendakwaan tidak boleh mengambil jalan mudah. [24] Selanjutnya, kami juga mendapati tatacara pendakwaan mengemukakan Cabutan Daftar Kad Pengenalan JPN. KP10 adalah tidak mengikut lunas undang-undang. Dokumen tersebut seharusnya dikemukakan melalui pembuatnya dengan mendeposkan affidavit. Tanpa affidavit, pendakwaan tidak boleh dengan semudah-mudahnya mengemukakan Cabutan Daftar Kad Pengenalan melalui meja peguam. Hakim Mahkamah Tinggi sepatutnya menolak Cabutan Daftar Kad Pengenalan tersebut kerana ia tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan. Tanpa Cabutan Daftar Kad Pengenalan, pendakwaan tidak ada apa-apa dokumen di hadapan mahkamah untuk membuktikan Aldrin Pratama Widjaja adalah sebenarnya Paiman bin Shakimon. [25] Atas sebab-sebab yang dinyatakan, kami sebulat suara mendapati ada merit dalam rayuan perayu. Oleh itu, rayuan dibenarkan. Keputusan Mahkamah Tinggi yang menguatkuasakan waran pemenjaraan diketepikan. Kes ini dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk Mahkamah Tinggi mengadakan suatu inkuiri untuk menentukan sama ada Aldrin Pratama Widjaja adalah sebenarnya Paiman bin Shakimon. 9 S/N VcPOuJZzkO15fxPfuiagw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [26] Mengenai kaedah inkuiri, pihak pendakwaan dan peguamcara perayu boleh bersetuju dan mencadangkan kepada HMT sama ada inkuiri ini hendak dijalankan melalui keterangan afidavit atau dengan memanggil saksi-saksi memberi keterangan lisan, tertakluk kepada persetujuan atau keputusan HMT. Bertarikh: 24 Oktober 2023 - Sgd - Hadhariah binti Syed Ismail Hakim Mahkamah Rayuan. Bagi Perayu : Hisyam Teh Poh Teik, Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusoff, Farhan Reed, Tan Gin Hu, Kee Wei Lun, Low Wei Loke. Tetuan Mohamad Hanafiah Zakaria. Bagi Responden: TPR Asmah binti Musa & TPR Aznee Salmie binti Ahmad. Jabatan Peguam Negara. 10 S/N VcPOuJZzkO15fxPfuiagw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal