PANCA RESMI SDN. BHD. 1. ) ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI JUNAINAH BINTI JUMBRI (NO. KP: 740924-10-5026) 2. ) ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI GHANI BIN SAMSURI (NO. KP: 640520-10-7211) 3. ) ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI BIBAH BT YU
Plaintiff proved registered ownership by title and district office confirmation; survey and aerial evidence situate the defendants' houses within the plaintiff's lot; defendants failed to rebut or produce competing title or admissible boundary survey; Order 89 is applicable for summary possession of trespassers;...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-24NCvC-1444-08/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: PANCA RESMI SDN BHD; Defendant: JUNAINAH BINTI JUMBRI (No. K/P: 740924-10-5026); Defendant: GHANI BIN SAMSURI (No. K/P: 640520-10-7211); Defendant: BIBAH BT YUSOF; Defendant: FARAH BT YUSOF / NURFARAHIN BINTI MOHD YUSOF (No. K/P: 910304-10-5374); Defendant: SALBIAH BINTI YAHYA / SABIAH BINTI YAHAYA (No. K/P: 611126-08-5824); Defendant: BAHRUDDIN BIN NOOT (No. K/P: 551204-08-6143); Defendant: AZHAR / ABD HAMID BIN MD SAAD (No. K/P: 700419-10-6005); Defendant: MOHD ALIF / MUHAMMAD ALIFF BIN ISMAIL (No. K/P: 921226-10-6251); Defendant: MUHAMMAD MUSTAFA BIN MD KASIM (No. K/P: 940818-10-5889); Defendant: MOHD SAIFUL ARIS BIN MD KASIM (No. K/P: 860717-43-5547); Defendant: MAZHAR / MOHD ASZAHAR BIN HASHIM (No. K/P: 641229-08-6085); Defendant: PENGHUNI-PENGHUNI YANG TIDAK DIKENALI YANG MENDUDUKI DI ATAS HARTANAH (Lot 4465); Third Party: PENTADBIR TANAH/DAERAH HULU SELANGOR
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 30 March 2023
- Case Number
- BA-24NCvC-1444-08/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Possession of Land (summary Proceedings Under Order 89) / High Court Judgment (interlocutory and Final on Summary Possession)
- Outcome
- Partially allowed in favour of plaintiff: possession and injunction granted; claims for damages dismissed; costs awarded to plaintiff and to third party.
- Legal Topics
- Trespass (squatting), Summary Possession (order 89), Indefeasibility of Title, Adverse Possession, Costs
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
PANCA RESMI SDN BHD
Plaintiff
JUNAINAH BINTI JUMBRI (No. K/P: 740924-10-5026)
Defendant
GHANI BIN SAMSURI (No. K/P: 640520-10-7211)
Defendant
BIBAH BT YUSOF
Defendant
FARAH BT YUSOF / NURFARAHIN BINTI MOHD YUSOF (No. K/P: 910304-10-5374)
Defendant
SALBIAH BINTI YAHYA / SABIAH BINTI YAHAYA (No. K/P: 611126-08-5824)
Defendant
BAHRUDDIN BIN NOOT (No. K/P: 551204-08-6143)
Defendant
AZHAR / ABD HAMID BIN MD SAAD (No. K/P: 700419-10-6005)
Defendant
MOHD ALIF / MUHAMMAD ALIFF BIN ISMAIL (No. K/P: 921226-10-6251)
Defendant
MUHAMMAD MUSTAFA BIN MD KASIM (No. K/P: 940818-10-5889)
Defendant
MOHD SAIFUL ARIS BIN MD KASIM (No. K/P: 860717-43-5547)
Defendant
MAZHAR / MOHD ASZAHAR BIN HASHIM (No. K/P: 641229-08-6085)
Defendant
PENGHUNI-PENGHUNI YANG TIDAK DIKENALI YANG MENDUDUKI DI ATAS HARTANAH (Lot 4465)
Defendant
PENTADBIR TANAH/DAERAH HULU SELANGOR
Third Party
Procedural Posture
Civil Possession of Land (summary Proceedings Under Order 89) / High Court Judgment (interlocutory and Final on Summary Possession)
Legal Issues
- 1 Whether the plaintiff is the registered owner of the land (Lot 4465, Geran 322912)
- 2 Whether the defendants are trespassers occupying the plaintiff's land without licence or payment
- 3 Whether ss.340 and 341 National Land Code (indefeasibility and adverse possession) apply to defeat the plaintiff's claim
Ratio Decidendi
Plaintiff proved registered ownership by title and district office confirmation; survey and aerial evidence situate the defendants' houses within the plaintiff's lot; defendants failed to rebut or produce competing title or admissible boundary survey; Order 89 is applicable for summary possession of trespassers; accordingly the court granted possession (vacant possession to plaintiff within 30 days), refused claims for general and exemplary damages, and awarded costs to plaintiff and to the third party as ordered.
Court Disposition
Partially allowed in favour of plaintiff: possession and injunction granted; claims for damages dismissed; costs awarded to plaintiff and to third party.
Orders
- All defendants (listed) to surrender vacant possession of Lot 4465 (Geran 322912) to plaintiff within 30 days from 17-2-2023.
- Defendants restrained from entering, occupying or residing on the land (injunction).
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-24NCvC-1444-08/2022 Kand. 83 13/04/2023 12:48:11 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM (BAHAGIAN SIVIL) SAMAN PEMULA NO. BA-24NCvC-1444-08/2022 Dalam perkara mengenai Hartanah yang Dipegang di bawah No. Hakmilik Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor Darul Ehsan Dan Dalam perkara mengenai pencerobohan berterusan di atas Hartanah yang Dipegang di bawah No. Hakmilik Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor Darul Ehsan Dan Dalam perkara Aturan 5 kaedah 3, Aturan 7, Aturan 28, Aturan 89 dan Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Dan S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Dalam perkara mengenai seksyen 340(1) dan 341 Kanun Tanah Negara 1965. ANTARA PANCA RESMI SDN BHD (No. Syarikat: 161563-H) − PLAINTIF DAN 1. ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI ‘JUNAINAH BINTI JUMBRI’ (NO. K/P: 740924-10-5026) 2. ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI ‘GHANI BIN SAMSURI’ (NO. K/P: 640520-10-7211) 3. ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI ‘BIBAH BT YUSOF’ 4. ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI ‘FARAH BT YUSOF’ ‘NURFARAHIN BINTI MOHD YUSOF’ (NO. K/P: 910304-10-5374) 5. ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI ‘SALBIAH BINTI YAHYA’ ‘SABIAH BINTI YAHAYA’ (NO. K/P: 611126-08-5824) 6. ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI ‘BAHRUDDIN BIN NOOT’ (NO. K/P: 551204-08-6143) 7. ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI ‘AZHAR’ ‘ABD HAMID BIN MD SAAD’ (NO. K/P: 700419-10-6005) 2 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8. ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI ‘MOHD ALIF’ ‘MUHAMMAD ALIFF BIN ISMAIL’ (NO. K/P: 921226-10-6251) 9. ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI ‘MUHAMMAD MUSTAFA BIN MD KASIM’ (NO. K/P: 940818-10-5889) 10. ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI ‘MOHD SAIFUL ARIS BIN MD KASIM’ (NO. K/P: 860717-43-5547) 11. ORANG YANG MENGENALI DIRI SEBAGAI ‘MAZHAR’ ‘MOHD ASZAHAR BIN HASHIM’ (NO. K/P: 641229-08-6085) 12. PENGHUNI-PENGHUNI YANG TIDAK DIKENALI YANG MENGHUNI DAN MENDUDUKI DI ATAS HARTANAH YANG DIPEGANG DI BAWAH NO. HAKMILIK GERAN 322912, LOT 4465, BANDAR SERENDAH, DAERAH ULU SELANGOR, NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DAN PENTADBIR TANAH/DAERAH HULU SELANGOR − PIHAK KETIGA ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan/Latar belakang Fakta [1] Plaintif ialah pemilik berdaftar hartanah yang dikenali sebagai Hakmilik Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor Darul Ehsan. Plaintif memfailkan sesalinan Hakmilik Hartanah tersebut dalam afidavit sokongannya. 3 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [2] Plaintif memfailkan Saman Pemula ini sebagaimana pada Lampiran 1 pada 30-8-2022 dan Saman Pemula terpinda (Lampiran 21) untuk mendapatkan semula milikan kosong Hartanah tersebut dan semua Defendan dikehendaki menyerahkan semula milikan kosong Hartanah tersebut kepada Plaintif dalam masa 14 hari dari tarikh Perintah Mahkamah ini. Plaintif juga memohon perintah bahawa semua Defendan dihalang dari memasuki atau menghuni dan menduduki Hartanah tersebut. [3] Dalam memperihalkan semua Defendan, Plaintif menyatakan bahawa – Defendan Pertama Penghuni rumah No. 1, Jalan Bunga Melur, Kg Koksan Tambahan (Taman Ehsan Ibu), 48200 Rawang, Selangor yang berlokasi di atas Hartanah Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor. Defendan Kedua Penghuni rumah No. 2, Jalan Bunga Melur, Kg Koksan Tambahan (Taman Ehsan Ibu), 48200 Rawang, Selangor yang berlokasi di atas Hartanah Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor. 4 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Defendan Ketiga Penghuni rumah No. 3, Jalan Bunga Melur, Kg Koksan Tambahan (Taman Ehsan Ibu), 48200 Rawang, Selangor yang berlokasi di atas Hartanah Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor. Defendan Keempat Penghuni rumah No. 6, Jalan Bunga Melur, Kg Koksan Tambahan (Taman Ehsan Ibu), 48200 Rawang, Selangor yang berlokasi di atas Hartanah Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor. Defendan Kelima Penghuni rumah No. 7, Jalan Bunga Melur, Kg Koksan Tambahan (Taman Ehsan Ibu), 48200 Rawang, Selangor yang berlokasi di atas Hartanah Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor. Defendan Keenam Penghuni rumah No. 9, Jalan Bunga Melur, Kg Koksan Tambahan (Taman Ehsan Ibu), 48200 Rawang, Selangor yang berlokasi di atas Hartanah Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor. 5 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Defendan Ketujuh Penghuni rumah No. 10, Jalan Bunga Melur, Kg Koksan Tambahan (Taman Ehsan Ibu), 48200 Rawang, Selangor yang berlokasi di atas Hartanah Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor. Defendan Kelapan Penghuni rumah No. 12, Jalan Bunga Melur, Kg Koksan Tambahan (Taman Ehsan Ibu), 48200 Rawang, Selangor yang berlokasi di atas Hartanah Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor. Defendan Kesembilan Penghuni rumah No. 13, Jalan Bunga Melur, Kg Koksan Tambahan (Taman Ehsan Ibu), 48200 Rawang, Selangor yang berlokasi di atas Hartanah Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor. Defendan Kesepuluh Penghuni rumah No. 14, Jalan Bunga Melur, Kg Koksan Tambahan (Taman Ehsan Ibu), 48200 Rawang, Selangor yang berlokasi di atas Hartanah Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor. 6 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Defendan Kesebelas Penghuni rumah No. 15, Jalan Bunga Melur, Kg Koksan Tambahan (Taman Ehsan Ibu), 48200 Rawang, Selangor yang berlokasi di atas Hartanah Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor. Defendan Kedua belas Penghuni-penghuni yang tidak dikenali yang menduduki di atas Hartanah yang dipegang di bawah No. Hakmilik Geran 322912, Lot 4465, Bandar Serendah, Daerah Ulu Selangor, Negeri Selangor. [4] Hanya Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Keenam, Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh, Kesebelas dan Kedua belas diwakili oleh peguam yang sama dan memfailkan afidavit jawapan bagi diri dan bagi pihak. [5] Pada 6-12-2022 dalam prosiding pendengaran Saman Pemula ini, Mahkamah ini merekodkan kehadiran Defendan Keempat, Defendan Kelima dan Defendan Ketujuh di mana mereka tidak diwakili peguam dan tidak memfailkan apa-apa afidavit. Manakala bagi Defendan Kedua belas terdapat 5 nama sebagaimana dalam Memorandum Kehadiran yang difailkan (Enclosure 8, 9, 11, 13 dan 14) dan mereka diwakili oleh peguam yang sama dengan Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Keenam, Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh dan Kesebelas. [6] Pihak Ketiga iaitu Pentadbir Tanah/Daerah Hulu Selangor diwakili oleh Peguam Persekutuan dari Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan afidavit jawapan difailkan. 7 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Afidavit Plaintif: [7] Plaintif menyatakan bahawa − (a) Plaintif mempunyai rancangan pembangunan ke atas Hartanah tersebut. (b) pada 10-5-2022, wakil Plaintif telah pergi ke kawasan Hartanah tersebut dan mendapati terdapatnya penempatan tidak sah atau setinggan yang terdiri daripada binaan rumah, kendang ternakan, aktiviti penanaman serta bengkel kenderaan di atas Hartanah tersebut. (c) semua Defendan ialah setinggan/penghuni yang menghuni dan menduduki Hartanah tersebut dan membina penempatan dan/atau perumahan, mengusahakan tanaman dan penternakan secara tidak sah tanpa izin, tanpa kebenaran dan tanpa lesen di atas Hartanah milik sah Plaintif. (d) semua Defendan telah menceroboh Hartanah yang dimiliki oleh Plaintif. (e) pada 11-5-2022, wakil Plaintif telah membuat laporan polis berkenaan dengan pencerobohan tersebut dan Plaintif telah mengeluarkan surat rasmi kepada semua Defendan agar mengosongkan dan berpindah keluar dari Hartanah tersebut dalam masa 4 minggu. 8 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (f) Plaintif tidak pernah menerima apa-apa bayaran daripada semua Defendan bagi peggunaan Hartanah tersebut. [8] Sepuluh hari selepas laporan polis dibuat dan surat rasmi dikeluarkan, Plaintif telah menghantar Notis Pengosongan dan Pemindahan bertarikh 21-5-2022 di mana semua Defendan diberikan tempoh sehingga 1-7-2022 untuk mengosongkan dan berpindah keluar dari Hartanah tersebut. Notis itu juga melampirkan Pelan Ukur dan Surat Pengesahan Milikan dari Pihak Ketiga. Penghantaran Notis dilakukan oleh wakil Plaintif dengan diiringi oleh Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung tersebut dan diserahkan kepada Defendan-Defendan yang dinamakan dalam Saman Pemula ini. [9] Pada 31-5-2022, Plaintif mendapat Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi projek pembangunan Hartanah tersebut. [10] Plaintif juga telah memperoleh sesalinan Pelan Lokasi yang menunjukkan persempadanan dari pandangan udara ke atas Hartanah tersebut yang menunjukkan Hartanah tersebut diceroboh dan/atau dihuni oleh semua Defendan. Sesalinan Tinjauan Persempadanan di atas Hartanah tersebut dijalankan oleh Jurukur Esa Sdn Bhd yang menunjukkan Lot 4465. [11] Dengan adanya Kebnaran Merancang yang mengandungi syarat yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Plaintif perlu mematuhi syarat dan menjalankan kerja. Jika gagal, maka Kebenaran Merancang akan ditarik balik dan ini mendatangkan kerugian besar kepada Plaintif yang tidak dapat dipampas oleh semua Defendan. 9 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [12] Berdasarkan itu, Plaintif memohon perintah yang berikut: (a) bahawa semua Defendan telah menghuni dan menduduki Hartanah tersebut tanpa lesen dan kebenaran Plaintif. (b) bahawa Plaintif berhak mendapatkan semula milikan kosong Hartanah tersebut. (c) bahawa semua Defendan menyerahkan semula milikan kosong Hartanah tersebut kepada Plaintif dalam masa 14 hari dari tarikh Perintah ini. (d) bahawa semua Defendan dihalang dari memasuki atau menghuni dan menduduki Hartanah tersebut. (e) bahawa Plaintif dan/atau wakil Plaintif dengan bantuan pihak berkuasa yang relevan dibenarkan untuk menggunakan kuasa dan kekuatan yang munasabah dan/atau yang diperlukan untuk mendapatkan semula milikan kosong Hartanah tersebut dengan kos ditanggung oleh semua Defendan sekiranya semua Defendan gagal, abai dan/atau enggan menyerahkan semula milikan kosong Hartanah tersebut kepada Plaintif dalam masa 14 hari dari tarikh Perintah ini. (f) ganti rugi am. (g) ganti rugi teladan dan/atau ganti rugi teruk. 10 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (h) faedah pada kadar 5% ke atas ganti rugi yang diperintahkan oleh Mahkamah ini. (i) kos tindakan. (j) Perintah dan/atau relief lain yang Mahkamah ini anggap perlu dan suai manfaat. Afidavit Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Keenam, Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh, Kesebelas dan Kedua belas: [13] Penegasan Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Keenam, Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh, Kesebelas dan Kedua belas dalam afidavit-afidavit mereka adalah – (a) Plaintif bukanlah pemilik berdaftar Hartanah tersebut. (b) semua Defendan bukanlah dan tidak berada di dalam atau di atas Hartanah tersebut. (c) rumah dan kediaman semua Defendan adalah terletak di dalam Kawasan Simpanan Sungai Serendah dan merupakan kawasan banjir dan sama sekali tidak terletak di dalam Hartanah tersebut. 11 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (d) Pihak Ketiga yang menjawab surat semua Defendan mengenai permohonan semua Defendan bagi pemberimilikan tanah Kerajaan mengesahkan bahawa kawasan kediaman semua Defendan adalah terletak di dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai Kawasan Simpanan Sungai Serendah. (e) pengakuan Plaintif bahawa Hartanah tersebut milik Plaintif adalah suatu yang tidak munasabah kerana kawasan kediaman semua Defendan adalah terletak di dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai Kawasan Simpanan Sungai Serendah. (f) semua Defendan bukan stinggan yang menghuni di atas Hartanah tersebut kerana kawasan kediaman semua Defendan adalah terletak di dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai Kawasan Simpanan Sungai Serendah dan kawasan banjir. (g) Plaintif tidak boleh menggunakan summary proceedings for possession of land menurut A. 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 kerana semua Defendan bukanlah setinggan di atas Hartanah tersebut. (h) memandangkan kediaman, bangunan atau struktur yang dibina oleh semua Defendan tidak terletak di Hartanah tersebut maka semua Defendan tidak perlu untuk mendapatkan apa-apa keizinan, persetujuan, kebenaran dan/atau lesen daripada Plaintif untuk membina kediaman, bangunan atau struktur. 12 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (i) wakil Plaintif yang mengunjungi kawasan semua Defendan memaklumkan bahawa semua Defendan adalah setinggan tetapi wakil Plaintif enggan menerima penjelasan semua Defendan tidak menduduki di atas Hartanah tersebut dan wakil Plaintif telah gagal dan cuai untuk memaklumkan kepada Plaintif bahawa kediaman, bangunan atau struktur semua Defendan bukanlah terletak di dalam Hartanah tersebut. (j) walaupun ada lapaoran polis oleh Plaintif namun tiada apa- apa tindakan pihak polis terhadap semua Defendan. (k) semua Defendan tidak perlu menyewa dan/atau memasuki perjanjian sewaan dengan Plaintif kerana kediaman, bangunan atau struktur semua Defendan bukanlah terletak di dalam Hartanah tersebut. (l) kediaman, bangunan atau struktur semua Defendan bukanlah terletak di dalam Hartanah tersebut. (m) dokumen Tinjauan Persempadanan dan gambar pandangan udara yang dilampirkan oleh Plaintif adalah tidak betul dan tidak selari dengan Pelan Tanah bagi Hartanah tersebut. (n) Notis Pengosongan bukannya dikeluarkan oleh Plaintif (Panca Resmi Sdn Bhd) tetapi dikeluarkan oleh sebuah syarikat bernama TA Global yang bukan pemilik berdaftar Hartanah tersebut. 13 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (o) surat Pihak Ketiga bertarikh 24-8-2018 tidak menyebut bahawa semua Defendan adalah setinggan atau penceroboh ke atas Hartanah tersebut tetapi Pihak Ketiga hanya mengesahkan bahawa Hartanah tersebut adalah milik Plaintif (Panca Resmi Sdn Bhd). (p) pemberian Kebenaran Merancang kepada Plaintif bukannya bukti bahawa semua Defendan menceroboh Hartanah tersebut dan bukannya mengesahkan bahawa kediaman, bangunan atau struktur semua Defendan terletak di dalam Hartanah tersebut. (q) isu kelewatan untuk memenuhi syarat Kebenaran Merancang tidak berbangkit kerana kediaman, bangunan atau struktur semua Defendan bukanlah terletak di dalam Hartanah tersebut. (r) terdapat merit dan isu untuk dibicarakan bagi Saman Pemula ini. Afidavit Pihak Ketiga: [14] Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Keenam, Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh, Kesebelas dan Kedua belas telah memasukkan permohonan kebenaran untuk mengeluarkan Notis Pihak Ketiga. [15] Pada 6-12-2022, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan dan memerintahkan Notis Pihak Ketiga dikeluarkan kepada Pentadbir Tanah/Daerah Hulu Selangor. 14 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [16] Pentadbir Tanah/Daerah Hulu Selangor membantah kepada Perintah Mahkamah bertarikh 6-12-2022 itu. [17] Pihak Ketiga menjelaskan mengenai sitauasi sebanra dan status semua Defendan, iaitu – (a) Pentadbir Tanah/Daerah Hulu Selangor telah menolak permohonan pemberimilikan tanah di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara kerana tanah tersebut berada di dalam Kawasan Simpanan Sungai Serendah. (b) permohonan pemberimilikan tanah dibuat oleh 4 penama iaitu Zuraini Haron, Mohd Kassim bin Yeop, Ghani bin Samsuri dan Amirra Mizam bin Mahamadan. Hanya Ghani bin Samsuri dinamakan sebagai Defendan Kedua dan sebagai pihak dalam Saman Pemula ini. Manakala 3 penama lain itu bukan pihak dalam Saman Pemula ini maka rujukan yang berkenaan tidak boleh digunakan untuk mengikat Defendan-Defendan lain. (c) Defendan Kesebelas juga ada memohon pemberimilikan tanah di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara pemberimilikan tanah di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara dan permohonannya telah ditolak atas alasan yang sama pemilikan tanah di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara atas alasan yang sama dan kerana tanah yang dipohon terletak di atas Hartanah itu. 15 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (d) Pentadbir Tanah/Daerah Hulu Selangor menyatakan bahawa tanah yang dipohon oleh penama adalah berada di dalam Kawasan Simpanan Sungai Serendah dan di dalam Tanah milik Kerajaan. Manakala tanah yang dipohon oleh Defendan Kesebelas adalah mempunyai hakmilik. (e) semua Defendan (kecuali Defendan Kesebelas) telah membuat dakwaan dan representasi palsu yang menyalahkan Pihak Ketiga dalam Saman Pemula ini. Sebagai penghuni yang menetap di kawasan tersebut, semua Defendan (kecuali Defendan Kesebelas) seharusnya tahu tanah yang dipohon terletak di kawasan sebenar dan mereka perlu melantik juru ukur untuk menentukan kawasan sebenar tanah yang dipohon. (f) Pihak Ketiga menyatakan bahawa dalam Saman Pemula ini, kawasan yang didiami oleh pemohon adalah kawasan berlainan daripada yang dipohon untuk diberikan milikan. (g) Pihak Ketiga tidak mencampuri urusan tanah milik mana- mana pihak lain. Hanya melibatkan tanah Kerajaan sahaja Pihak Ketiga adalah terlibat. Oleh itu, tidak mungkin bagi Pihak Ketiga memberikan representasi mengenai tanah milik pihak lain (dalam kes ini Hartanah tersebut). (h) Defendan Kesebelas mengetahui bahawa tanah yang dipohonnya itu adalah hakmilik pihak lain. 16 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [18] Pihak Ketiga menyatakan bahawa jalan yang disediakan di laluan rumah/kediaman semua Defendan adalah disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan ianya tidak merujuk kepada Pihak Ketiga. [19] Berkenaan dengan bekalan elektrik dan air pula di kawasan rumah/kediaman semua Defendan, perkara ini tidak menjadikan pemohon kepada tanah tersebut sebagai telah diberikan milikan tanah atau pemohon mempunyai legitimate expectation. Pembekalan utiliti itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang dan bukan dibekalkan oleh Pihak Ketiga dan pembekalan itu tidak perlu mendapatkan kelulusan Pihak Ketiga. [20] Pihak Ketiga memfailkan permohonan interlokutori untuk mengenepikan Perintah Mahkamah bertarikh 6-12-2022. Keputusan Mahkamah pada 17-2-2023 [21] Selepas meneliti Saman Pemula, afidavit, dokumen dan hujahan bertulis pihak-pihak, Mahkamah ini memutuskan mengenai Saman Pemula/Saman Pemula Terpinda dan juga permohonan oleh Pihak Ketiga iaitu Notis Permohonan Pihak Ketiga/Notis Permohonan Terpinda Pihak Ketiga Untuk Mengenepikan Perintah Mahkamah bertarikh 6-12- 2022 seperti yang berikut: “Selepas meneliti Lampiran 1 dan Lampiran 21, serta afidavit, Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan permohonan dalam Saman Pemula dan Saman Pemula Terpinda seperti yang berikut: 17 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a) prayers (a), (b) dan (d) dibenarkan. b) prayers (c) dan (e) dibenarkan dan tertakluk kepada 30 hari dari tarikh Perintah ini. c) prayers (f), (g) dan (h) ditolak. d) Kos sebanyak RM7000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. Perintah Mahkamah bertarikh 6-12-2022 ialah suatu perintah kebenaran untuk mengeluarkan Notis Pihak Ketiga dan Notis Permohonan oleh Defendan-Defendan sebagaimana Lampiran 24 itu telah dibenarkan. (Perintah Mahkamah sebagaimana pada Lampiran 39). Dalam Saman Pemula dan Saman Pemula Terpinda yang difailkan oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan prayers yang dipohon melibatkan penghunian kediaman Defendan-Defendan. Maka pihak berkuasa yang berkenaan khususnya Pihak Ketiga amat penting dalam menjelaskan kedudukan hak milik tanah dalam kes ini. Selepas meneliti Notis Permohonan Pihak Ketiga sebagaimana dalam Lampiran 49 dan Lampiran 52, afidavit dan hujahan bertulis serta, Mahkamah ini membenarkan Lampiran 49 dan Lampiran 52 dengan kos permohonan dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Pihak Ketiga dan kos sebanyak RM3000.00 dibayar oleh Defendan- Defendan kepada Pihak Ketiga.”. [22] Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Keenam, Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh, Kesebelas dan Kedua belas merayu terhadap keputusan-keputusan Mahkamah ini. 18 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Isu untuk diputuskan oleh Mahkamah [23] Isu untuk diputuskan oleh Mahkamah ini ialah – (a) sama ada Hartanah tersebut milik sah Plaintif? (b) sama ada semua Defendan telah menceroboh Hartanah tersebut dengan mendirikan rumah, membuat penempatan dan menjalankan aktiviti pertanian, ternakan dan perniagaan di atas Hartanah tersebut tanpa kebenaran Plaintif dan tanpa membuat apa-apa bayaran kepada Plaintif? (c) sama ada seksyen 340 dan 341 Kanun Tanah Negara 1965/Kanun Tanah Negara 2020 terpakai? Undang-Undang [24] Peruntukan seksyen 340 dan seksyen 341 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965) dan Kanun Tanah Negara 2020 (Akta 828) adalah – NATIONAL LAND CODE Act 56 Of 1965 Act 828 PART TWENTY - Part Twentyv− INDEFEASIBILITY OF TITLE INDEFEASIBILITY OF TITLE AND AND INTEREST INTEREST Section 340. Registration to Section 340. Registration to confer indefeasible title or confer indefeasible title or interest, except in certain interest, except in certain circumstances. circumstances 19 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal NATIONAL LAND CODE Act 56 Of 1965 Act 828 PART TWENTY - Part Twentyv− INDEFEASIBILITY OF TITLE INDEFEASIBILITY OF TITLE AND AND INTEREST INTEREST (1) The title or interest of any (1) The title or interest of any person or body for the time being person or body for the time being registered as proprietor of any registered as proprietor of any land, land, or in whose name any or in whose name any lease, charge lease, charge or easement is for or easement is for the time being the time being registered, shall, registered, shall, subject to the subject to the following provisions following provisions of this section, of this section, be indefeasible. be indefeasible. (2) The title or interest of any (2) The title or interest of any such such person or body shall not be person or body shall not be indefeasible – indefeasible – (a) in any case of fraud or (a) in any case of fraud or misrepresentation to which misrepresentation to which the the person or body, or any person or body, or any agent of agent of the person or the person or body, was a party body, was a party or privy; or privy; or or (b) where registration (b) where registration was was obtained by forgery, or obtained by forgery, or by by means of an insufficient means of an insufficient or void or void instrument; or instrument; or (c) where the title or (c) where the title or interest interest was unlawfully was unlawfully acquired by the acquired by the person or person or body in the purported body in the purported exercise of any power or exercise of any power or authority conferred by any authority conferred by any written law. written law. (3) Where the title or interest of (3) Where the title or interest of any person or body is defeasible any person or body is defeasible by by reason of any of the 20 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal NATIONAL LAND CODE Act 56 Of 1965 Act 828 PART TWENTY - Part Twentyv− INDEFEASIBILITY OF TITLE INDEFEASIBILITY OF TITLE AND AND INTEREST INTEREST circumstances specified in sub- reason of any of the circumstances section (2) – specified in subsection (2) – (a) it shall be liable to be set aside in the hands of (a) it shall be liable to be set any person or body to aside in the hands of any person whom it may subsequently or body to whom it may be transferred; and subsequently be transferred; and (b) any interest subsequently granted (b) any interest thereout shall be liable to subsequently granted thereout be set aside in the hands of shall be liable to be set aside in any person or body in the hands of any person or body whom it is for the time being in whom it is for the time being vested: vested: Provided that nothing in this sub- section shall affect any title or Provided that nothing in this interest acquired by any subsection shall affect any title or purchaser in good faith and for interest acquired by any purchaser valuable consideration, or by any in good faith and for valuable person or body claiming through consideration, or by any person or or under such a purchaser. body claiming through or under such a purchaser. (4) Nothing in this section shall prejudice or prevent – (4) Nothing in this section shall prejudice or prevent – (a) the exercise in respect of any land or (a) the exercise in respect of interest of any power of any land or interest of any power forfeiture or sale conferred of forfeiture or sale conferred by by this Act or any other this Act or any other written law written law for the time for the time being in force, or any being in force, or any power power of avoidance conferred by any such law; or 21 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal NATIONAL LAND CODE Act 56 Of 1965 Act 828 PART TWENTY - Part Twentyv− INDEFEASIBILITY OF TITLE INDEFEASIBILITY OF TITLE AND AND INTEREST INTEREST of avoidance conferred by any such law; or (b) the determination of (b) the determination of any any title or interest by title or interest by operation of operation of law. law. Section 341. Adverse Section 341. Adverse possession possession not to extinguish not to extinguish titles or interests titles or interests. Adverse possession of land for Adverse possession of land for any any length of time whatsoever length of time whatsoever shall not shall not constitute a bar to the constitute a bar to the bringing of any bringing of any action for the action for the recovery thereof by the recovery thereof by the proprietor proprietor or any person or body or any person or body entitled to entitled to an interest therein, and an interest therein, and accordingly, the Limitation Act 1953 accordingly, the Limitation Act [Act 254], shall in no circumstances 1953, shall in no circumstances operate to extinguish any title to, or operate to extinguish any title to, interest in, land. or interest in, land. [25] Peruntukan undang-undang yang dipetik ialah di bawah (Akta 56/1965) dan peruntukan yang sama terkandung dalam Kanun Tanah Negara 2020 (Akta 828) 22 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Analisa dan dapatan Mahkamah [26] Mahkamah ini telah mengarahkan pihak-pihak memfailkan afidavit tambahan untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai isu kediaman, bangunan atau struktur semua Defendan. [27] Sebagai tambahan kepada penegasan afidavit yang telah difailkan berkenaan dengan Plaintif, Defendan Kesebelas telah mengikrarkan afidavit tambahan bagi pihaknya dan bagi pihak Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Keenam, Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh dan Kedua belas dalam afidavit-afidavit mereka adalah sejak tahun 1990-an lagi kawasan kediaman semua Defendan mendapat bekalan utiliti iaitu elektrik dan air serta jalan berturap tar. Dengan itu, dakwaan bahawa kediaman, bangunan atau struktur semua Defendan terletak di dalam Hartanah tersebut dan dakwaan bahawa semua Defendan adalah menceroboh kawasan Hartanah tersebut juga tidak benar. [28] Plaintif dalam afidavit sokongannya telah mengekshibitkan dokumen yang berikut: • carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengenai Panca Resmi Sdn Bhd (Plaintif). • resolusi syarikat yang memberi kuasa kepada En Ernest Yean kean Fuj untuk menandatangani dan melaksanakan apa-apa afidavit dan dokumen undang-undang bagi pihak Plaintif. • Rekod Ketuanpunyaan Hartanah tersebut ialah Plaintif. 23 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal • Pelan Tanah. • Laporan polis oleh wakil syarikat Plaintif. • surat Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor bertarikh 24-8- 2018 kepada Plaintif yang menyatakan bahawa tiada Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dikeluarkan kepada penduduk di kawasan tersebut kerana tanah itu merupakan tanah hakmilik yang telah dikeluarkan kepada Plaintif. • demarcation detail and spot levels survey bagi Hartanah tersebut oleh Jurukur Esa. • Notis Pengosongan dan Pemindahan bertarikh 21-5-2022 kepada penduduk/penghuni yang menduduki/menghuni Hartanah tersebut yang melampirkan surat surat Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor bertarikh 24-8-2018 dan demarcation detail and spot levels survey bagi Hartanah tersebut oleh Jurukur Esa Sdn Bhd. • Kebenaran Merancang daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor bertarikh 31-5-2022. 24 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [29] Bagi isu sama ada Hartanah tersebut milik sah Plaintif atau tidak, dokumen yang dikemukakan oleh Plaintif iaitu geran (Rekod Ketuanpunyaan) Hartanah tersebut dan Surat Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor bertarikh 24-8-2018 (Pihak Ketiga) kepada Plaintif yang menyatakan bahawa tiada Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dikeluarkan kepada penduduk di kawasan tersebut kerana tanah itu merupakan tanah hakmilik yang telah dikeluarkan kepada Plaintif adalah bukti yang menyokong mengenai pemilikan Hartanah tersebut sememangnya atas nama Plaintif, adalah suatu bukti yang gagal ditangkis oleh Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Keenam, Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh, Kesebelas dan Kedua belas. [30] Identiti Plaintif iaitu Panca Resmi Sdn Bhd adalah jelas dan percubaan Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Keenam, Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh, Kesebelas dan Kedua belas untuk menyatakan bahawa Notis Pengosongan dan Pemindahan bertarikh 21-5-2022 kepada penduduk/penghuni yang menduduki/menghuni Hartanah tersebut bukan dikeluarkan oleh Plaintif tetapi oleh pihak bernama TA Global adalah tidak tepat. [31] Mahkamah telah meneliti Notis Pengosongan dan Pemindahan bertarikh 21-5-2022 dan pada bahagian atas Notis tersebut tertera nama TA Global dan Notis tersebut sememangnya ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif dan Penandatangan yang Diberi kuasa oleh Plaintif dan nama Plaintif tertera pada bahagian bawah Notis tersebut. 25 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [32] Isu pencerobohan: Semua Defendan khususnya yang diwakili oleh peguam cara Defendan-Defendan terpelajar menghujahkan bahawa Defendan-Defendan tidak menceroboh Hartanah tersebut dan rumah/kediaman Defendan-Defendan berada di luar dan/atau tidak terangkum dalam kawasan Hartanah tersebut. [33] Peguam cara Plaintif terpelajar menghujahkan bahawa permohonan Plaintif sebagaimana dalam Saman Pemula terpinda difailkan menurut peruntukan Order 89 of the Rules of Court 2012 iaitu – Order 89. Summary proceedings for possession of land Proceedings to be brought by originating summons (O. 89, r. 1) 1. Where a person claims possession of land which he alleges is occupied solely by a person or persons (not being a tenant or tenants holding over after the termination of the tenancy) who entered into or remained in occupation without his licence or consent or that of any predecessor in title of his, the proceedings may be brought by originating summons in accordance with the provisions of this Order. Affidavit in support (O. 89, r. 3) 3. (1) The plaintiff shall file in support of the originating summons an affidavit stating— (a) his interest in the land; 26 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) the circumstances in which the land has been occupied without licence or consent and in which his claim to possession arises; and (c) that he does not know the name of any person occupying the land who is not named in the summons. (2) Where the plaintiff is unable, after taking reasonable steps, to identify every person occupying the land for the purpose of making him a defendant, the plaintiff shall state in his affidavit that he has taken reasonable steps (describing them) to identify the persons occupying the land who are not named in the summons. [34] Saman Pemula Terpinda oleh Plaintif ini telah memenuhi dan mematuhi Summary proceedings for possession of land di bawah O. 89 dan afidavit sokongan Plaintif dengan jelas menunjukkan ketuanpunyaan dan kepentingan Plaintif di atas Hartanah tersebut. Hartanah tersebut hendak dimajukan oleh Plaintif tetapi tindakan yang perlu diambil selepas memperoleh Kebenaran Merancang ialah mendapatkan sepenuhnya Hartanah tersebut. [35] Apabila survey dan siasatan yang dilakukan oleh Plaintif mendapati wujud petempatan rumah, bangunan, struktur dll oleh semua Defendan maka tindakan undang-undang dimulakan oleh Plaintif. 27 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [36] Mahkamah ini perlu berhati-hati untuk mengusir semua Defendan yang telah mendiami dan menghuni rumah/kediaman masing-masing sebagaimana yang dinyatakan dalam Notis Pengosongan dan Pemindahan oleh Plaintif tersebut. Keputusan Mahkamah perlu mendapat penjelasan daripada Pihak Ketiga. [37] Mahkamah ini telah membaca dan meneliti satu persatu afidavit jawapan, afidavit balasan dan afidavit sokongan yang difailkan oleh semua Defendan seperti yang berikut: Bil. Lampiran/ Diikrarkan Dokumen yang diekshibitkan: Tarikh oleh: Difailkan: 1. Lamp. 15: Mohd Saufi • Surat Pejabat Daerah/Tanah Afidavit bin Mohd Hulu Selangor bertarikh 7-4- Jawapan Kasim 2009 kepada Zuraini binti bertarikh 3-10- (Bukan Haron bertajuk “Permohonan 2022 Defendan- Pemberimilikan Tanah Defendan) Kerajaan di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara Bagi Tujuan Tapak Rumah, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor”. Keputusan: Ditolak kerana Tanah Terlibat dengan Simpanan Sungai Serendah & Merupakan Kawasan Banjir. 28 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bil. Lampiran/ Diikrarkan Dokumen yang diekshibitkan: Tarikh oleh: Difailkan: 2. Lamp. 26: Mohd Saufi • Surat Pejabat Daerah/Tanah Afidavit Balasan bin Mohd Hulu Selangor bertarikh 7-4- bertarikh 4-11- Kasim 2009 kepada – 2022 (Bukan Defendan- (i) Ghani bin Samsuri Defendan) (Defendan Kedua); (ii) Md Kasim bin Yeop (Bukan Defendan); dan (iii) Amirra Mizam bin Mahamadan, bertajuk “Permohonan Pemberimilikan Tanah Kerajaan di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara Bagi Tujuan Tapak Rumah, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor”. Keputusan: Ditolak kerana Tanah Terlibat dengan Simpanan Sungai Serendah & Merupakan Kawasan Banjir. 3. Lamp. 36: Mohd Saufi -sama seperti bil. 1 dan 2 di atas. Afidavit bin Mohd Sokongan Kasim bertarikh 29-11- (Bukan 2022 Defendan- Defendan) 29 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bil. Lampiran/ Diikrarkan Dokumen yang diekshibitkan: Tarikh oleh: Difailkan: 4. Lamp. 41: Mohamad Bil elektrik/TNB atas nama− Afidavit Aszahar bin Tambahan Hashim (i) Mohamad Aszahar bin Hashim bertarikh 19-12- (Defendan (Defendan Kesebelas) bagi 2022 Kesebelas) bulan Ogos 2022 dan Surat TNB bertarikh 11-7-2022 untuk naik taraf meter untuk memudahkan penggunaan elektrik. (ii) Bahruddin bin Noot (Defendan Keenam) bagi bulan November 2022. (iii) Jumbri bin Hj Johari (bukan Defendan) bagi bulan Oktober 2022. (iv) Jamilah binti Basir (bukan Defendan) bagi bulan Ogos 2022. (v) Ghani bin Samsuri (Defendan Kedua) bagi bulan November 2022. (vi) Mohd Akim bin Shamsuddin (bukan Defendan) bagi bulan September 2022. (vii) Mohd Kamarul bin Mohd Kasim (bukan Defendan) bagi bulan September 2018 dan Mei 2019. 30 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bil. Lampiran/ Diikrarkan Dokumen yang diekshibitkan: Tarikh oleh: Difailkan: Bil air/Syabas atas nama− (i) Mohamad Aszahar bin Hashim (Defendan Kesebelas) bagi bulan September 2018. (ii) Bahruddin bin Noot (Defendan Keenam) bagi bulan Disember 2022. (iii) Jumbri bin Hj Johari (bukan Defendan) bagi bulan Oktober 2022. (iv) Mohd Kasim Yeop bagi bulan Disember 2022. (v) Jamilah binti Basir (bukan Defendan) bagi bulan Disember 2021. (vi) Ghani bin Samsuri (Defendan Kedua) bagi bulan Mac 2020. (vii) Mohd Akim bin Shamsuddin (bukan Defendan) bagi bulan Disember 2022. (viii) Mohd Kamarul bin Mohd Kasim (bukan Defendan) bagi bulan Ogos 2022. 31 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [38] Peguam Persekutuan terpelajar menghujahkan bahawa – (a) Pihak Ketiga terlibat dalam tindakan undang-undang ini dimasukkan sebagai pihak secara khilaf memandangkan sewajarnya Pihak Ketiga tidak terlibat/tidak terbabit dalam pertikaian di antara Plaintif dan semua Defendan. Hartanah yang menjadi “subject matter” adalah tanah milik Plaintif dan bukannya tanah Kerajaan. (b) berkenaan dengan salah nyataan (“misrepresentation”) yang dikatakan dilakukan oleh Pihak Ketiga, Peguam Persekutuan menegaskan bahawa surat yang diekshibitkan oleh semua Defendan adalah semata-mata mengenai suatu surat bertarikh 7-4-2019 (dalam Exh. MS-1 Lampiran 36) yang dialamatkan/ditujukan kepada seorang yang bernama Zuraini bt Haron, Md Kassim bin Yeop, Ghani bin Samsuri (Defendan Kedua) and Amirra Mizam bin Mahamadan. Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh semua Defendan, surat tersebut adalah “misrepresentation by the 3rd party that the said land where they reside now is the State Land”. (c) Pihak Ketiga menegaskan bahawa surat sebagaimana yang diekshibitkan pada MS-1 dikeluarkan mengenai permohonan Zuraini bt Haron, Md Kassim bin Yeop, Ghani bin Samsuri (Defendan Kedua) and Amirra Mizam bin Mahamadan bagi alienation of a land kepada Pihak Ketiga. Hanya 4 penama ini sahaja yang disebut dalam surat itu. Maka semua Defendan tidak boleh mengakui surat itu terpakai kepada semua 32 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Defendan. Permohonan 4 penama ini telah ditolak oleh Pihak Ketiga. (d) Pihak Ketiga menyatakan bahawa such letter could not be said as a misrepresentation as the averment of the 3rd party was not rebutted with their version and the letter did not state in particular involving the land belongs to the Plaintiff. (e) berkenaan dengan permohonan Defendan Kesebelas bagi alienation of a land kepada Pihak Ketiga, permohonan ini juga telah ditolak secara muktamad kerana tanah yang dipohon oleh Defendan Kesebelas sudah mempunyai tuan punya/pemilik iaitu Plaintif. Dalam tindakan ini, Peguam Persekutuan menegaskan bahawa kegagalan menzahirkan perkara ini mengundang elemen “malice”. (f) selain itu, Pihak Ketiga mempertikaikan mengenai hak deponen yang mengikrarkan afidavit bagi permohonan Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Keenam, Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh, Kesebelas dan Kedua belas bagi Pihak Ketiga. Pengakuan bahawa tanah tersebut diwarisi oleh Defendan kedua daripada arwah bapanya adalah salah di sisi undang-undang. Ini kerana tiada apa-apa keterangan ownership through alienation or by way of inheritance, the 3rd party submits that, the Defendants remain as trespassers. 33 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [39] Peguam cara Plaintif terpelajar dan Peguam Persekutuan merujuk nas undang-undang kes mengenai “trespassers” dan peruntukan O. 89 iaitu • Sidek bin Haji Muhamad & 461 Ors v The Government of the State of Perak & Ors [1982] 1 MLJ 313 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan “that trespassers have no rights in law or in equity against the the registered owner which the trespassers had planted and enjoyed the benefit over the years.”. • Bukit Arena Sdn Bhd v. Wong Seng & Anor [2020] 1 LNS 1528. [40] Berdasarkan kepada dokumen yang diekshibitkan oleh semua Defendan, Mahkamah ini mendapati penegasan semua Defendan adalah bersandarkan kepada satu-satunya dokumen iaitu Surat Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor bertarikh 7-4-2009 kepada penama sebagaimana pada Surat bertajuk “Permohonan Pemberimilikan Tanah Kerajaan di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara Bagi Tujuan Tapak Rumah, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor”. Pihak Ketiga telah menolak permohonan tersebut atas alasan Tanah Terlibat dengan Simpanan Sungai Serendah & Merupakan Kawasan Banjir. Tiada dokumen lain yang menunjukkan rumah/kediaman yang didirikan itu di atas tanah yang dimiliki oleh penama. Tanah tersebut adalah milik Kerajaan. 34 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [41] Peguam Persekutuan dalam hujahan lisan dan penjelasan bagi pihak Pihak Ketiga menegaskan bahawa apabila Pihak Ketiga menolak permohonan penama yang memohon tanah menurut seksyen 76 Kanun Tanah Negara maka rumah/kediaman yang didirikan di atas tanah itu adalah tidak sah di sisi undang-undang dan sememangnya tanah itu diduduki secara percuma. [42] Mahkamah ini mendapati penama yang memohon tanah menurut seksyen 76 Kanun Tanah Negara maka rumah/kediaman yang didirikan di atas tanah itu bukanlah pihak-pihak yang dinamakan dalam tindakan ini. Maka, semua Defendan tidak boleh “menumpang” dan “bersandarkan” kepada Surat Pihak Ketiga bagi tujuan tindakan undang- undang yang dimulakan oleh Plaintif terhadap mereka. [43] Dakwaan semua Defendan memberikan salah nyataan mengenai tanah yang dipohon itu adalah suatu salah tanggapan. Sejak tahun 2009 lagi, Pihak Ketiga telah menolak permohonan bagi pemberimilikan tanah. Keputusan Pihak Ketiga ini tidak dicabar oleh penama dan tiada tindakan “judicial review” difailkan di Mahkamah atas keputusan tersebut. [44] Bagi isu sama ada semua Defendan telah menceroboh Hartanah tersebut dengan mendirikan rumah, membuat penempatan dan menjalankan aktiviti pertanian, ternakan dan perniagaan di atas Hartanah tersebut tanpa kebenaran Plaintif dan tanpa membuat apa-apa bayaran kepada Plaintif, Mahkamah ini mendapati tiada apa-apa dokumen yang dilampirkan oleh mana-mana Defendan untuk menunjukkan bahawa suatu kebenaran telah diberikan oleh Plaintif. 35 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [45] Penegasan semua Defendan yang diulang banyak kali iaitu rumah/kediaman mereka tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada Plaintif kerana rumah/kediaman mereka berada di luar skop/lot Hartanah tersebut adalah tidak benar. Bukti Pelan Tanah, survey oleh juru ukur dan pandangan dari udara yang menunjukkan penempatan rumah/kediaman itu adalah berada di atas Hartanah tersebut. [46] Aturan 89 kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan bagi penghakiman terus oleh pihak menuntut untuk menuntut pemilikannya ke atas Hartanah tersebut adalah terpakai dalam tindakan di hadapan Mahkamah ini. [47] Fakta yang dikemukakan oleh Plaintif dengan jelas menunjukkan bahawa Plaintif sebagai pemilik Hartanah itu berjaya menunjukkan bahawa semua Defendan menduduki Hartanah itu secara tanpa lesen atau izin Plaintif. Saman Pemula ini adalah sejajar dengan peruntukan di bawah Aturan 89. Pemakaian Aturan 89 ini dibincangkan secara mendalam dalam kes Chiu Wing Wa & Ors v. Ong Beng Cheng [1994] 1 CLJ 313 yang mana Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 adalah bersamaan dengan peruntukan Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [48] Dalam tindakan terhadap Pihak Ketiga, berdasarkan afidavit Pihak Ketiga adalah jelas menunjukkan bahawa Pihak Ketiga tidak pernah mengizinkan penghunian sama ada secara zahir atau tersirat kepada semua Defendan. 36 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [49] Prinsip undang-undang adalah mantap bahawa milikan yang menyalahi undang-undang bermaksud penghuninya (semua Defendan) mempunyai milikan ke atas tanah tersebut tanpa izin yang diiktiraf oleh undang-undang daripada pemiliknya (Plaintif) dan semua Defendan dipanggil setinggan (“squatter”). [50] Dalam kes Tetuan Tokoyaki Property Sdn Bhd v. Sam Kok Sang & Ors [2001] 4 CLJ 97 (disahkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Lee Beng Lai & Ors v. Tetuan Tokoyaki Property Sdn Bhd [2002] 3 CLJ 365 yang memutuskan − “It is the view of this Court that an illegal squatter has no protection in law or in equity to enable him to claim a right to live or continue to live or occupy the said lot which the plaintiffs as the registered owners are entitled and have every right to evict the 1st defendant by summary procedure.”. Beban pembuktian beralih kepada semua Defendan: [51] Mahkamah ini berpuas hati atas imbangan kebarangkalian bahawa Plaintif berjaya membuktikan hakmilik Hartanah tersebut adalah milik Plaintif dan Plaintif mengambil tindakan undang-undang untuk mengusir semua Defendan. Maka semua Defendan hendaklah membuktikan sama ada mereka mempunyai suatu rekod ketuanpunyaan atau hak untuk memiliki Hartanah tersebut yang bersamaan dengan Plaintiff’s ownership. 37 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [52] Berdasarkan kepada dokumen yang diekshibitkan oleh semua Defendan, bukti yang dikemukakan adalah Surat Pihak Ketiga dan bil utiliti dan bukti ini sama sekali gagal menandingi bukti yang dikemukakan oleh Plaintif iaitu ekshibit “P-5” dan “P-24” dalam afidavit sokongan Plaintif dan ekshibit P-25 dalam afidavit balasan Plaintif. [53] Peguam cara Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Keenam, Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh, Kesebelas dan Kedua belas mempertikaikan mengenai boundary survey yang disediakan oleh Jurukur Esa Sdn Bhd (jurukur tanah berlesen). Namun tiada apa-apa boundary survey dikemukakan oleh peguam cara Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Keenam, Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh, Kesebelas dan Kedua belas untuk menyanggah bukti Plaintif ini. [54] Bagi persoalan sama ada seksyen 340 dan 341 (Indefeasibility of Title and Interest) Kanun Tanah Negara 1965/Kanun Tanah Negara 2020 terpakai, Mahkamah ini memetik keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pindang dalam kes Eco Horizon Sdn Bhd v. Penghuni-Penghuni Arulmigu Kuil Sri Maha Muthu Mari Amman, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan Yang Merupakan Sebahagian HS(D) 50536, Pt 5965, Mukim 13, Daerah Seberang Perai Selatan Pulau Pinang & 3 Ors [2022] 1 LNS 2605 iaitu − “National Land Code 1965 [30] Malaysia adopts the Australian Torrens system where registration of title is everything. The indefeasibility of title is the hallmark of the Torrens system of land titles which was later adopted under Section 340 of the National Land Code 1965 with 38 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal certain exceptions, for the indefeasibility of registered titles or interests in land and registered leases, charges and easements. [31] In this respect, reference is made to the locus classicus case of Teh Bee v. K Maruthamuthu [1977] 2 MLJ 7 where the Federal Court held as follows: “…Section 89 of the National Land Code which provides for the conclusiveness of a register document of final title and section 92 which declares its indefeasibilitv are extended to apply to a register document of qualified title as well by virtue of sections 178(3) and 176(2) of the Code. Indefeasibilitv of title is the hall- mark of the Torrens system of registration of land titles and out Land Code which is based on this system provides, with certain exceptions, for the indefeasibilitv of registered titles or interests in land and registered leases, charges and easements under section 340 … … It will be seen that the act of registration per se is paramount and when registered a title becomes indefeasible and remains so unless and until declared otherwise by the court which can only be done if the title can be successfully challenged within the somewhat restricted scope of the exceptions stated in section 340. [32] This was also recently reaffirmed in the case of See Leong Chye @ Sze Leong Chye & Anor v. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd and another appeal [2021] MLJU 739 where the Federal Court held as follows: 39 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “[65] The NLC is a uniform code of land law. It is a complete and comprehensive statement of land law for all states of Peninsular Malaysia. The NLC is based on the Torrens land administration system which is a system of titles and interests by registration under which the register is conclusive or as some would put it - the register of titles is everything (see s. 89 of the NLC; Teh Bee v. K Maruthamuthu [1977] 2 MLJ 7 (FC)). According to learned co-authors Teo Keang Sood and Khaw Lake Tee, of Land Law in Malaysia, Cases and Commentary, Third Edition, LexisNexis 2012 at [1.15], the NLC incorporates the ‘curtain’ and ‘mirror’ principles that persons dealing with the registered owner of the land need not be concerned to ascertain the validity of the information pertaining to the land as indicated on the register and the circumstances under which such proprietor came to be registered.”. [55] Dalam Saman Pemula ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa adalah tidak diragui bahawa Plaintif telah menegaskan dan membuktikan haknya ke atas Hartanah tersebut dan menuntut milikan sepenuhnya tanah yang diduduki oleh semua Defendan sebagaimana yang dipaparkan pada Notis Pengosongan dan pemindahan yang ditujukan kepada semua Defendan. 40 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [56] Dengan mengambil kira semua fakta dan dokumen yang dikemukakan dalam Saman Pemula Terpinda ini dan pemakaian undang- undang khususnya summary proceeding menurut O. 89, saya membuat dapatan bahawa semua Defendan gagal menunjukkan bahawa Pihak Ketiga memberikan keizinan dan/atau kelulusan untuk mendiami dan menghuni Hartanah tersebut. Lot rumah/kediaman yang ditunjukkan adalah berada dalam kawasan Hartanah Plaintif. Kesimpulan [57] Berdasarkan peruntukan Kanun Tanah Negara, Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan sebahagian sahaja tuntutan Plaintif di mana semua Defendan dikehendaki menyerahkan semula milikan kosong Hartanah tersebut kepada Plaintif dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah Mahkamah (17-2-2023) dan reliefs untuk ganti rugi am dan ganti rugi teladan dan/atau ganti rugi teruk adalah ditolak. Mahkamah juga mengawardkan kos sebanyak RM7,000.00 dibayar kepada Plaintif. [58] Bagi tindakan terhadap Pihak Ketiga Mahkamah membenarkan permohonan Pihak Ketiga dan dengan kos sebanyak RM3,000.00 dibayar kepada pihak Ketiga. Bertarikh 13 April 2023. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCvC12 Shah Alam 41 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam cara: Bagi Plaintif: Bobby Chew Chin Guan Tetuan Chris Koh & Chew, Kuala Lumpur Bagi Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Keenam, Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh, Kesebelas dan Kedua belas: Azwan bin Abdul Wahab Tetuan Omar Azwan & Partners, Ampang, Selangor Bagi Pihak Ketiga: Khairul Nizam bin Abu Bakar Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor 42 S/N kLXIiuZlXkWZuQgiTqRVkQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal