PHANG HWEE KEE ASIAN YACHTING ACADEMY SDN BHD
Plaintiff failed to perform essential contractual works specified in the construction drawings; the contract was a lump-sum design-and-build contract and the omissions went to the root of the contract so substantial performance did not apply; invoice P2 did not alter the agreed scope; therefore defendant entitled to...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-A52C-9-12/2022 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Pang Hwee Kee (berniaga sebagai CK ONE STOP RENOVATION); Defendant: Asian Yachting Academy Sdn Bhd
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 10 January 2025
- Case Number
- JA-A52C-9-12/2022 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Claim (guaman Sivil) Design and Build/construction Dispute / Sessions Court Judgment (trial) Reasons for Judgment Dated 24 March 2025; Appeal to High Court Noted
- Outcome
- Plaintiff's claim dismissed; Defendant's counterclaim allowed.
- Legal Topics
- Breach of Contract, Design and Build/turnkey Obligations, Total Failure of Consideration, Substantial Performance, Unilateral Variation of Contract, Pleading and Admissibility/hearsay
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Pang Hwee Kee (berniaga sebagai CK ONE STOP RENOVATION)
Plaintiff
Asian Yachting Academy Sdn Bhd
Defendant
Procedural Posture
Civil Claim (guaman Sivil) Design and Build/construction Dispute / Sessions Court Judgment (trial) Reasons for Judgment Dated 24 March 2025; Appeal to High Court Noted
Legal Issues
- 1 Whether plaintiff performed contractual obligations according to the construction drawings dated 18.08.2022
- 2 Whether invoice P2 altered the contractual scope superseding the drawings
- 3 Whether plaintiff's failures amount to total failure of consideration entitling defendant to refund of deposit
Ratio Decidendi
Plaintiff failed to perform essential contractual works specified in the construction drawings; the contract was a lump-sum design-and-build contract and the omissions went to the root of the contract so substantial performance did not apply; invoice P2 did not alter the agreed scope; therefore defendant entitled to rescind and recover the deposit and plaintiff's claim for the balance is dismissed.
Court Disposition
Plaintiff's claim dismissed; Defendant's counterclaim allowed.
Orders
- Plaintiff's claim is dismissed with costs (costs on scale)
- Defendant's counterclaim is allowed and plaintiff ordered to repay the deposit of RM100000 to defendant
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-A52C-9-12/2022 Kand. 51 JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman 24/03/2025 08:49:08 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A52C – 9 – 12 / 2022 ANTARA PANG HWEE KEE (yang berniaga dan/atau menjalankan Perniagaan sebagai CK ONE STOP RENOVATION) … PLAINTIF DAN ASIAN YACHTING ACADEMY SDN BHD … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN 1. Tuntutan plaintif terhadap defendan ialah untuk baki bayaran RM105,000.00 dibawah kontrak pembinaan RC Platform yang dimasuki di antara kedua-dua pihak. 2. Tuntutan balas defendan pula ialah untuk pemulangan semula wang pendahuluan RM100,000.00 yang telah dibayar kepada plaintif oleh defendan di bawah kontrak pembinaan RC platform tersebut. 3. Pada akhir perbicaraan, Mahkamah telah menolak tuntutan plaintf dengan kos dan membenarkan tuntutan defendan dengan kos. 4. Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah merayu ke Mahkamah Tinggi. 1 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman 5. Mahkamah kini mengemukakan alasan-alasannya seperti berikut. FAKTA KES 6. Pada setiap masa yang material, Plaintif adalah seorang individu yang berniaga dan/atau menjalankan perniagaan atas nama CK ONE STOP RENOVATION berkaitan dengan pembinaan dan/atau kontraktor binaan. 7. Defendan adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang menjalankan aktiviti sewaan bot persiaran, canoe, bot layar, menjual bot dan peralatan-peralatan bot serta akademi latihan dan/atau pendidikan dan lain-lain. 8. Atas permintaan defendan, plaintif telah membekalkan, melakar dan membina kerja-kerja pembinaan yang dikenali sebagai RC Platform daripada bahan binaan bantuan dan konkrit untuk dijadikan sebagai platform kapal layer dan dibina di atas tanah milik dan/atau di bawah bidangkuasa Defendan (selepas ini dirujuk sebagai “kontrak pembinaan RC platform”). 9. Pihak-pihak bersetuju harga kontrak pembinaan RC platform tersebut ialah RM205,000.00 dengan pembayaran pendahuluan sebanyak RM100,000.00. Defendan telah membuat bayaran pendahuluan kepada Plaintif melalui pemindahan bank ‘bank transfer’ pada 24.08.2022 ke dalam akaun bank milik Plaintif. 10. Plaintif mendakwa mereka telah menyiapkan sepenuhnya kerja- kerja pembinaan RC platform seperti yang dipersetujui dan telah 2 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman menyerahkan pembinaan tersebut kepada Defendan, dan selanjutnya Plaintif telah meminta agar Defendan menyelesaikan baki bayaran sebanyak RM105,000.00. 11. Defendan mendakwa Plaintif telah gagal, abai dan/atau cuai untuk melakukan kerja-kerja untuk membina “50mm lean concrete with 1 layer of PE Sheet” dan “200mm Thk. Well-Compacted Crusherun on Well Compacted Sub-Base” sepertimana yang ditetapkan dalam Lukisan Pembinaan bertarikh 18.8.2022 (eksibiti P1a dan P1b) (“lukisan pembinaan tersebut”) yang telah disediakan oleh pihak jurutera yang dilantik oleh plaintif. 12. Terdapatnya juga kegagalan pertimbangan dan/atau balasan (total failure of consideration) pada pihak Plaintif di mana tiada apa-apa kerja pembaikian/remedi yang boleh dilakukan untuk memperbaiki kerja-kerja Plaintif tersebut kecuali untuk merobohkan kerja-kerja Plaintif tersebut dan membina semula lantai papak konkrit tersebut. 13. Oleh yang demikian, defendan telah menamatkan kontrak tersebut serta menuntut terhadap Plaintif untuk pemulangan wang berjumlah RM100,000-00 iaitu wang pendahuluan yang telah dibayar oleh kepada Plaintif pada 24.8.2022 tersebut. 14. Saksi-saksi yang dipanggil di dalam kes ini ialah: i. SP1 Lau Hui Hie – Jurutera NEK Consultancy Sdn Bhd; ii. SP2 Lee Chee Kuang – Pengurus Projek syarikat plaintif; iii. SP3 Phang Hwee Kee – Pemilik syarikat plaintif iv. SD1 Andrew Chua Ming Lee – pengarah syarikat defendan 3 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman HUJAHAN PLAINTIF 15. Kerja-kerja yang dilakukan oleh plaintif adalah berdasarkan Invois No. 1152 bertarikh 24.08.2022 (eksibit P2) (‘Invois P2 tersebut’). Inbois P2 tersebut dikeluarkan oleh Plaintif selepas perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak. Skop kerja-kerja pembinaan berdasarkan inbois P2 tersebut ialah: 20.1 Doing one 200mm thick concrete slab include excavation. A8. Brc. G30N concrete with finished (size: 2722sft); 20.2 To supply labour brick wall and (250mm x 600mm) beam at concrete slab area with finished (size: 165sft); 20.3 To supply and install beam in the concrete slab with finished (size: 165sft); 20.4 To supply labour excavate the soil and all unused material with finished; and 20.5 To supply and install concrete slab + 3 meter wide finished. 16. Sungguhpun lukisan pembinaan tersebut telah disediakan tetapi kerja-kerja pembinaan RC platfrom tersebut disempurnakan sepertimana yang telah dinyatakan dalam inbois P2 atas persetujuan kedua-dua pihak. 17. Inbois P2 tersebut menunjukkan Defendan dikehendaki membayar lima puluh peratus (50%) dari jumlah keseluruhan upon confirmation pihak Defendan terhadap kandungan inbois tersebut dan defendan telah membuat bayaran 50% tersebut pada 24.8.2022. Ini membuktikan defendan telah bersetuju dengan inbois P2 tersebut dan kerja-kerja pembinaan yang terkandung di dalamnya. 4 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman 18. Plaintif berhujah RC Platform tersebut masih boleh berfungsi sebagai platform kapal layar walaupun PE Sheet tersebut tidak dimasukkan dalam pembinaan sebenar. Perkara ini disahkan oleh SP1 dimana SP1 menyatakan PE Sheet tersebut hanya bertindak sebagai moisture- barrier manakala RC Platform tersebut telah dibina di tempat terbuka. 19. RC platform tersebut telah digunakan oleh Defendan sehingga ke hari ini untuk menjalankan perniagaan sewa, yang merupakan tujuan utama platform tersebut dibina. Ini menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang dijalankan oleh plaintif menepati tujuan kegunaan RC platform tersebut. 20. Defendan gagal mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong tuntutan balasnya. Tuntutan balas defendan hendaklah ditolak oleh Mahkamah. HUJAHAN DEFENDAN 21. Fakta yang tidak dipertikaikan ialah pihak Defendan telah melantik pihak Plaintif sebagai kontraktor untuk mereka bentuk dan membina RC platform tersebut di premis Defendan. 22. Plaintif telah mereka dan menyediakan lukisan pembinaan tersebut di mana lukisan pembinaan tersebut telah menetapkan, antara lainnya, kerja-kerja yang akan dilakukan oleh pihak Plaintif termasuk kerja-kerja untuk membina: i. 50mm lean concrete with 1 layer of PE Sheet; 5 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman ii. 200mm Thk. Well-Compacted Crusherun on Well Compacted Sub-Base. (“kedua-dua kerja pembinaan tersebut”). 23. Pendirian plaintif bahawa kedua-dua kerja pembinaan tersebut dikecualikan atas persetujuan defendan adalah disangkal kerana: i. SP1 mengesahkan kerja-kerja pembinaan RC platform hendaklah dibuat mengikut lukisan pembinaan tersebut; ii. Lukisan pembinaan tersebut dilakar dan disediakan oleh SP1 seperti arahan plaintif sendiri; iii. Defendan tidak pernah bersetuju kedua-dua kerja pembinaan tersebut dikecualikan; iv. Plaintif memplidkan kerja-kerja pembinaan RC platform dilakukan berdasarkan inbois dan lukisan pembinaan tersebut; v. Keterangan saksi plaintif adalah bercanggah dengan pliding dan/atau tidak diplidkan di dalam pliding mereka dan juga bercanggah dengan dokumen semasa plaintif. 24. Memandangkan pihak Plaintif telah gagal melaksanakan kerja-kerja menurut lukisan pembinaan tersebut defendan berhujah bahawa plaintif telah memungkiri perjanjian untuk mereka dan membina (design and build) RC Platform tersebut. 25. Kemungkiran plaintif tersebut menyebabkan total failure of consideration dan defendan berhak menuntut terhadap plaintif segala bayaran wang yang telah dibuat oleh defendan kepada plaintif. 6 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH 26. Berdasarkan keterangan, adalah tidak dipertikaikan bahawa defendan telah melantik plaintif untuk mereka dan membina RC platform tersebut. Ini disahkan oleh SP1 di dalam keterangannya: Peg. Defendan: Encik setuju atau tidak project ini adalah satu project mereka bentuk dan membina? Saksi SP1: Ya betul. Peg. Defendan: Tanggungjawab contractor dalam kes ini adalah untuk mereka bentuk dan juga membina platform ini betul? Saksi SP1: Ya betul Peg. Defendan: Kebiasaanya satu project mereka bentuk dan membina dirujuk sebagai Turnkey project? Saksi SP1: Ya betul. Peg. Defendan: Dan maksudnya adalah client ataupun pelanggan cuma perlu turn the key and then semua sudah siap? Saksi SP1: Ya betul. 27. Lanjutan itu, plaintif telah mengupah firma SP1 untuk melukis lukisan pembinaan tersebut bagi tujuan pembinaan RC Platform tersebut. Peg. Defendan: Untuk pengesahan Encik terlibat dalam melakar dan reka bentuk structure RC platform? Saksi SP1: Ya betul. Peg. Defendan: Bila Encik dilantik oleh plaintif untuk melakar reka bentuk bagi projek ini? Saksi SP1: Tarikh saya tidak ingat tetapi pada 08/2022 … 7 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman Peg. Defendan: Setuju atau tidak Encik, saya cadangkan Encik tidak terlibat berbincang ataupun negotiate antara pihak plaintif dengan pihak defendan pada masa itu? Saksi SP1: Yes. Peg. Defendan: Encik Cuma menerima arahan daripada pihak plaintif untuk menyedikan lukisan pembinaan ini? Saksi SP1: Ya betul 28. Lukisan pembinaan tersebut bertarikh 14.8.2022 menunjukkan antara lainnya kerja-kerja pembinaan (i) 50 mm lean concrete with layer of PE sheet; dan (ii) 200 mm Thk Well Compacted Crusherun on Well Compacted Sub-base. (“kedua-dua kerja pembinaan tersebut”). 29. Kedua-dua kerja pembinaan tersebut merupakan kerja-kerja yang dipertikaikan di dalam kes ini. 30. Mahkamah meneliti keterangan saksi-saksi plaintif di mana SP1 dan SP2 mengakui bahawa bahawa plaintif tidak melaksanakan kerja membina 50 mm lean concrete with layer of PE sheet tersebut. SP1 semasa disoal balas memberi keterangan: Peg. Defendan: Saya cadangkan bahawa Encik omission atau pengecualian tersebut telah berlaku sebelum perbicangan Encik dan lukisan bertarikh 24.09.2022? Saksi SP1: Setuju. 8 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman Peg. Defendan: Maksudnya plaintif sebagai contractor sudah menjalankan kerja mereka dengan tidak mengikuti lukisan tersebut oleh Encik setuju? Saksi SP1: Ya setuju Sementara itu SP2 juga mengakui semasa disoal balas: Peg. Defendan: Saya cadangkan jawapan Encik tidak benar kerana pihak plaintif tidak memasukkan PE sheet dalam kerja plaintif? Saksi SP2: Saya setuju 31. Berdasarkan pengakuan saksi-saksi plaintif sendiri adalah telah dibuktikan kerja-kerja pembinaan 50 mm lean concrete with layer of PE sheet tidak dilakukan oleh plaintif. 32. Berkenaan dengan kerja 200 mm Thk. Well Compacted Crusherun on Well Compacted Sub-base, plaintif mendakwa kerja inni telah dilaksanakan oleh plaintif. SP2 memberitahu Mahkamah ada gambar pembinaan diambil untuk membuktikan kerja ini dilakukan namun gambar-gambar itu tidak difailkan di Mahkamah. 33. SP1 pula memberitahu kerja tersebut dilaksanakan oleh plaintif kerana ianya telah dimasukkan ke dalam lukisan pembinaan tersebut, namun semasa disoal balas keterangan SP1 ialah SP1 sendiri tidak memeriksa kerja tersebut tetapi bergantung kepada keterangan kontraktor sahaja. Peg. Defendan: Saya cadangkan Encik memberikan keterangan seperti ini berdasarkan apa yang diberitahu kepada kamu oleh contractor? 9 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman Saksi SP1: Ya betul. Kita yang endores kita lebih takut bila contractor tidak ikut drawing. Kita ada kepercayaan terhadap contractor. Peg. Defendan: Jadi Encik percaya terhadap contractor? Saksi SP1: Ya betul. Peg. Defendan: Encik tidak buat penyeliaan ataupun semakkan sendiri sama ada kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak plaintif atau tidak? Saksi SP1: Setuju. 34. Keterangan SP1 mengenai isu ini adalah ‘hearsay’ semata-mata kerana SP1 tidak memeriksa kerja-kerja plaintif selepas selesai pembinaan dan hanya bergantung kepada apa yang diberitahu oleh kontraktor iaitu plaintif sahaja. 35. Dalam kes Pink Alliance Sdn Bhd v. Mah Sing Properties Sdn Bhd (Rayuan Sivil: JA-11BNCVC-6-07/2022)12, Yang Arif Puan Wong Mee Ling telah menolak keterangan jurutera dalam kes tersebut dan menyatakan bahawa: “[23] SD7 never attended any meeting with TNB and admitted that he never attended any site meeting during the cross-examination [see pages 234 and 235 of the Appeal Record Part B (Volume 2)]. SD7 obtained the information from his employees namely Richard Tan and Norazam, SD4 whom was not a certified Electrical Engineer. Therefore, the letters of EOT was not based on SD7’s own opinion. Hence, following the Supreme Court’s decision in the case of Malaysia National Insurance Sdn. Bhd. v Malaysia Rubber Development Corporation [1986] 2MLJ 124, the letter of EOT based on hearsay evidence should be rejected.” 36. Mahkamah juga berpendapat keterangan SP2 mengenai kerja 200 mm Thk. Well Compacted Crusherun on Well Compacted Sub-base juga 10 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman tidak konklusif kerana tidak disokong oleh mana-mana keterangan. Malahan invois P2 juga tidak merujuk kepada kerja tersebut sebagai telah dilaksanakan oleh plaintif. 37. Beban untuk membuktikan kerja 200 mm Thk. Well Compacted Crusherun on Well Compacted Sub-base telah disempurnakan adalah di atas plaintif (rujuk Seksyen 103 dan 106 Akta Keterangan 1950). 38. Setakat keterangan yang ada, Mahkamah berpendapat plaintif telah gagal melaksanakan kerja 200 mm Thk. Well Compacted Crusherun on Well Compacted Sub-base bertentangan dengan lukisan pembinaan P1a dan P1b. 39. Mahkamah bersetuju dengan hujahan defendan bahawa persetujuan dan perjanjian di antara plaintif dan defendan di dalam kes ini adalah seperti di dalam lukisan pembinaan tersebut dan bukannya seperti di dalam inbois P2. Keterangan SD1 ialah (S&J No. 15 WSSD1): • The works to (i) construct the 50mm lean concrete with 1 layer of PE Sheet and (ii) construct 200mm Thk. Well-Compacted Crusherun on Well Compacted SubBase are clearly stated in the Construction Drawing dated 18.08.2022. • The Defendant has never agreed that the works to (i) construct the 50mm lean concrete with 1 layer of PE Sheet and (ii) construct 200mm Thk. Well-Compacted Crusherun on Well Compacted Sub- Base to be omitted from the Plaintiff’s scope of work. 11 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman • The Plaintiff’s work to construct and build the yacht platform must be done in accordance with the Construction Drawing dated 18.08.2022. 40. Mahkamah juga mendapati plaintif secara sepihak (unilateral) telah mengabaikan kedua-dua kerja pembinaan tersebut tanpa mendapat persetujuan daripada defendan. 41. Ini adalah berdasarkan keterangan SP1 yang mengesahkan perubahan kepada lukisan pembinaan dibuat atas permintaan plaintif selepas plaintif melaksanakan kerja-kerja mereka. Keterangan SP1 ialah: Peg. Defendan: Menurut keterangan Encik mendapat bahawa PE sheet adalah tidak perlu ada tak Encik membuat perubahan ataupun pembinaan lukisan ini? Saksi SP1: Ada. Peg. Defendan: Bila Encik membuat pembinaan pindaan ini? Saksi SP1: 24.09.2022. ... Peg. Defendan: Saya cadangkan Encik, pengecualian berkenaan dengan PE sheet ini adalah dilakukan menurut dengan pihak plaintif sebagai contractor? Saksi SP1: Ya setuju selepas perbincangan dengan saya dan plaintif. Peg. Defendan: Saya cadangkan bahawa Encik omission atau pengecualian tersebut telah berlaku sebelum perbicangan Encik dan lukisan bertarikh 24.09.2022? Saksi SP1: Setuju. 12 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman Peg. Defendan: Maksudnya plaintif sebagai contractor sudah menjalankan kerja mereka dengan tidak mengikuti lukisan tersebut oleh Encik setuju? Saksi SP1: Ya setuju. 42. Malahan saksi plaintif SP2 mengesahkan plaintif tidak melakukan kerja-kerja kontrak tersebut kerana ianya telah dibatalkan selepas berbincang dengan defendan. SP2 menyatakan: Peg. Defendan: Saya rujuk kepada Encik dengan lukisan ini setuju atau tidak Encik lukisan ini telah memperuntukkan ataupun menyatakan pihak plaintif perlu membina RC platform ini? Saksi SP2: Saya tidak setuju, kerja ini pun telah dibatalkan. Peg. Defendan: Bila kerja ini dibatalkan? Saksi SP2: Sebelum defendan membayarkan RM100 ribu. Peg. Defendan: Puan untuk rekod tiada dalam pliding saya akan masukkan dalam submission puan. Puan Hakim: Baik. 43. Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan Mahkamah mendapati plaintif telah gagal melakukan kerja-kerja kontrak tersebut berdasarkan lukisan pembinaan P1a & P1b tersebut. 44. Selain itu, Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan defendan bahawa kes plaintif ini adalah bertentangan dengan plidingnya sendiri. Plaintif sendiri telah memplidkan bahawa kerja-kerja kontrak adalah berdasarkan antara lain, lukisan pembinaan 13 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman bertarikh 18.8.2022. Plaintif tidak pernah memplidkan lukisan pembinaan tersebut telah dibatalkan atau diubah. 45. Dalam perenggan 6 Pernyataan Tuntutan pihak Plaintif telah memplidkan bahawa: “6. Pembinaan tersebut telah dipersetujui oleh Plaintif dan Defendan dengan berdasarkan kepada Lukisan Pembinaan “construction drawing” bertarikh 18.08.2022 serta Invoice yang telah dikeluarkan oleh Plaintif kepada Defendan melalui Invoice No. 1152 bertarikh 24.08.2022...” 46. Dalam perenggan 10 Pernyataan Tuntutan pihak Plaintif juga telah memplidkan bahawa: “10. Plaintif telah melalui peguamcara Plaintif, Tetuan Raziyan Rahim & Associates telah menafikan tuntutan Defendan tersebut yang mana secara specifik telah menyatakan bahawa pembinaan tersebut adalah berdasarkan kepada lukisan pembinaan dan skop kerja sepertimana yang ternyata dalam invois...” 47. Undang-undang adalah matan bahawa pihak-pihak terikat dengan pliding masing- masing. 48. Dalam kes Saiman bin Umar v Lembaga Pertubuhan Peladang and another appeal [2015] 6 MLJ 492 2, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “[40] In our view, there is merit in the submissions of learned counsel for the defendant. It is a well-settled legal principle that the court should not 14 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman decide on an issue that was not pleaded by the parties as had been decided in Yew Wan Leong v Lai Kok Chye where the Supreme Court cited Janagi v Ong Boon Kiat [1971] 2 MLJ 196 and agreed with the following passage of Sharma J which stated: “The court is not entitled to decide a suit on a matter on which no issue has been raised by the parties, it is not the duty of the court to make out a case for one of the parties when the party concerned does not raise or wish to raise the point. In disposing of a suit or matter involving a disputed question of fact it is not proper for the court to displace the case made by a party in its pleadings and give effect to an entirely new case which the party had not made out in its own pleadings. The trial of a suit should be confined to the pleas on which the parties are at variance …” 49. Oleh yang demikian dakwaan plaintif bahawa kedua-dua kerja pembinaan tersebut dibatalkan dan kerja-kerja pembinaan RC platform hanya menurut inbois P2 bukannya lukisan pembinaan tersebut wajar ditolak oleh Mahkamah. 50. Plaintif berpegang dengan pendirian bahawa kerja-kerja pembinaan yang dipersetujui dengan defendan adalah seperti yang tertera di dalam inbois tersebut. Ini berdasarkan inbois P2 kerana defendan telah membuat bayaran 50% deposit. Menurut keterangan SP3: Peg. Plaintif: Peguam defendan juga mencadangkan bahawa kerja- kerja untuk bina RC platform ini hendaklah menurut lukisan oleh jurutera bertarikh 18.08.2022 dan kamu jawab tidak setuju jelaskan pada mahkamah? Saksi SP3: Ini adalah sebab selepas lukisan ini dikeluarkan pihak defendan ada minta untuk kurangkan kos dan kita juga ada keluarkan 15 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman satu lukisan yang baru tetapi lukisan tersebut tidak dikemukakan ke mahkamah ini. Kemudian pihak-pihak juga telah bersetuju ke atas item-item yang ditunjukkan dalam invois dan selepas persetujuan tersebut baru defendan membuat bayaran. 51. Namun begitu keterangan ini disangkal oleh SD1 dan keterangan SD1 ialah bayaran yang dibuat pada 24.8.2022 adalah berdasarkan sebutharga “QUOTE 1187” yang dinyatakan di dalam pengesahan pemindahan wang di m/s 10 Ikatan B. Keterangan SD1 ini tidak dicabar oleh plaintif di dalam pemeriksaan balasnya. 52. Selain itu, keterangan SP2 sendiri bercanggah dengan keterangan SP1 sendiri. SP1 telah mengesahkan perubahan pada kerja-kerja pembinaan dibuat selepas lukisan pembinaan P1a dan P1b disediakan dan pihak plaintif telah mengubahnya tanpa memaklumkan kepada SP1. Hanya pada 24.9.2022 SP1 telah diminta untuk menyediakan lukisan pembinaan yang baru iaitu selepas tarikh inbois P2 tersebut. 53. Berdasarkan keterangan, Mahkamah menolak keterangan SP2 dan SP3 bahawa invois P2 tersebut disediakan sebelum SD1 membuat bayaran deposit 50%. Dapatan Mahkamah ialah invois P2 disediakan selepas SD1 membuat bayaran 50%. Ini jelas direkodkan di dalam invois P2 itu sendiri bahawa SD1 telah membuat bayaran 50% deposit pada Tarikh tersebut. 16 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman 54. Mahkamah seterusnya memutuskan inbois P2 tidak menunjukkan kerja-kerja yang dipersetujui oleh defendan sebaliknya inbois P2 tersebut berdasarkan kepada kerja-kerja kontrak yang diubah sepihak oleh plaintif. 55. Dalam kes Tahan Steel Corp Sdn Bhd v Bank Islam Malaysia Bhd [2004] 6 MLJ 16, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa: “72 Be that as it may, it must be stressed that the plaintiff is not entitled to vary the contract unilaterally. The general rule is that a party to a contract must perform exactly what he undertook to do. … 76 I am not willing to condone the plaintiff's relaxed attitude in relation to the variation of a condition precedent of the written agreement between the plaintiff and the defendant. A party is not entitled to unilaterally vary a contract and then found a cause of action for breach of contract against the other party based on that unilateral variation. This goes against the prevailing law in this country.” 56. Adalah undang-undang matan bahawa sesuatu terma atau syarat kontrak itu tidak boleh sewenang-wenangnya diubah oleh satu pihak tanpa pengetahuan dan/atau persetujuan yang lain. Tindakan plaintif mengubah terma-terma kontrak yang dipersetujui secara sepihak terjumlah kepada pelanggaran dan kemungkiran terma-terma kontrak tersebut dan defendan berhak dipampas sewajarnya. 57. Keterangan SD1 yang tidak dicabar ialah defendan akan membayar sekaligus (lump sum) kepada plaintif RM250,000.00 bagi kontrak mereka dan membina RC platform tersebut. SD1 menyatakan: 17 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman “11. What was the agreed contract sum for the appointment of the Plaintiff as contractor to design and build the yacht platform? - Both parties have agreed that the Defendant would pay a lump sum of RM205,000-00 to the Plaintiff for the works to design and build the yacht platform. [Rujuk Soalan dan Jawapan 11, WSSD1 58. Dalam kes Kp Kunchi Raman v Goh Brothers Sdn Bhd [1978] 1 MLJ 891, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa: “On entire and divisible contracts, Chitty on Contracts (23rd Ed.) Vol. 1 states as follows in paragraph 1147: “Entire and divisible contracts. In an entire contract, complete performance by one party is a condition precedent to the liability of the other; in such a contract the consideration is usually a lump sum which is payable only upon complete performance by the other party. The opposite of an entire contract is a divisible contract, which is separable into parts, so that different parts of the consideration may be assigned to severable parts of the performance, e.g., an agreement for payment prorata. It is a question of construction of the contract whether it is entire or divisible, but in the reported cases (none of which is of recent date) the courts have tended to the view that in every lump-sum contract there is an implied term that no part of the price is to be recovered without complete performance. In most modern contracts of any size, however, payments by instalments are specified, so that the law on entire contracts is not often relevant to contracts nowadays.” There is also the following paragraph of the meaning of entire contracts in paragraph 1145 of Vol. 4 of Halsbury's Laws of England (Fourth Edition): — “An entire contract is one where the complete performance of one party is a condition precedent to his right to call for the performance of the 18 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman other party's obligation. Where the contractor undertakes to complete the works and the contract on its true construction is entire, the employer is entitled to insist on completion before his obligation to pay arises. If the building contractor leaves the work unfinished to a substantial degree he cannot claim a corresponding percentage of the contract sum or recover on a quantum meruit basis for that part of the work he has completed; moreover, he will be liable in damages to the employer for breach of contract. Nevertheless, if he can show that he has substantially completed the works (even though some minor items might remain unfinished) he will be entitled to claim payment. 59. Tidak dapat dinafikan berdasarkan keterangan yang dikemukakan dan nas undang-undang yang matan, kontrak kerja-kerja pembinaan RC platform di antara plaintif dan defendan merupakan satu kontrak ‘lump sum’. Oleh yang demikian, liability defendan untuk membuat bayaran sepenuhnya dibawah kontrak timbul apabila plaintif telah melaksanakan kerja-kerja dibawah kontrak dengan sempurna seperti yang dipersetujui. 60. Salah satu pengecualian kepada peraturan dibawah kontrak ‘lump sum’ ialah pelaksanaan substantial (substantial performance). Sekiranya plaintif Berjaya membuktikan kontrak telah dilaksanakan dengan substantial, maka plaintif berhak mendapati baki bayaran dibawah kontrak dan defendan hanya berhak mendapati gantirugi bagi kerugian / kerosakan / kecacatan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh plaintif. 61. Tujuan utama kontrak tersebut ialah membina satu platform bagi kegunaan kapal layar. 19 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman 62. Semasa perbicaraan, SP1 telah memberikan keterangan bahawa kerja “200mm Thk. Well-Compacted Crusherun on Well Compacted Sub Base“ adalah penting kerana ia akan memberikan impak kepada keberatan yang boleh ditanggung oleh RC Platform tersebut. 63. Keterangan SD1 ialah kedua-dua kerja kontrak tersebut penting bagi penyediaan platform yang kukuh untuk menampung berat kapal layar. “Peg. Defendan: I would like you to refer to page 25-27 of bundle B the plaintiff above that the defendant is utilising the platform was built by the plaintiff, so the plaintiff said the defendant can use the platform and no problem at all so what is your response to them? Saksi SD1: I don’t see how in the page 25 its refer to any used of the platform on page 26 I see 1 jet ski and several people around the jet ski. Any of this jet ski is about 300 kilos, the contracted loading on this particular platform is 100 tons. Being 1000 kilos is 1 ton. We supposed to handle 100 tons. It is no way the platform going to handle 100 tons without a foundation and a proper built this are probably people using the jet ski for their own recreational purpose and not for the intended purpose of having a 100-ton yacht on the platform.” 64. Kegagalan plaintif membina platform mengikut lukisan binaan menjadikan platform tersebut tidak dapat digunakan bagi kapal layar. Defendan perlu merobohkan dan membina semula platform tersebut sekiranya ingin digunakan bagi kapal layar. 20 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman 65. Keterangan SD1 mengenai isu ini tidak pernah dicabar oleh plaintif semasa pemeriksaan balas. Oleh itu keterangan SD1 dianggap diterima sebagai bukti yang tidak disangkal. 66. Mahkamah berpuas hati bahawa kegagalan plaintif melaksanakan kedua-dua kerja pembinaan tersebut menyebabkan platform tersebut tidak menepati tujuan ianya dibina. Memandangkan kemungkiran plaintif ‘goes to the root of the contract’ maka pengecualian dibawah pelaksanaan substantial tidak terpakai kepada plaintif. Oleh yang demikian plaintif tidak berhak kepada baki bayaran di bawah kontrak tersebut. Tuntutan balas defendan 67. Defendan menuntut kembali bayaran wang pendahuluan 50% yang telah dibayar kepada plaintif atas dasar ‘total failure of consideration’. 68. Doktrin ‘total failure of consideration’ ini dijelaskan di dalam kes Goh Yew Chew & Anor v Soh Kian Tee [1970] 1 MLJ 13813, seperti berikut: “This principle or doctrine of failure of consideration was stated by Viscount Simon L. C. in Fibrosa Spolka Akcyjna v Fairbairn Lawson Combe Barbour Ltd [1943] AC 32 in these words: “The claim of a party, who has paid money under a contract, to get the money back, on the ground that the consideration for which he paid it has totally failed, is not based on any provision contained in the contract, but arises because, in the circumstances that have happened, the law gives a remedy in quasi-contract to the party who has not got that for which he bargained. It is a claim to recover money to which the defendant 21 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman has no further right because in the circumstances that have happened the money must be regarded as received to the plaintiff's use…” 69. Defendan berhujah dan Mahkamah bersetuju dengannya bahawa Plaintif sebagai seorang kontraktor rekaan dan binaan/serah kunci (Design and Build/Turnkey Contractor) mempunyai kewajipan dan/atau tanggungjawab untuk: i. Memastikan bahawa bahan-bahan bekalan yang berkualiti baik dan semunasabahnya sesuai untuk tujuan yang mana mereka akan digunakan; ii. bekerja dengan cara yang berkemahiran bekerja menggunakan semua kemahiran dan sikap berjaga-jaga yang sewajarnya; dan iii. memastikan bahawa kerja-kerja yang dilakukan oleh Plaintif adalah sesuai untuk tujuan yang mana mereka akan digunakan (fit for purpose) (rujuk Pembinaan Teris Sepakat Sdn Bhd v Kumpulan Ikram Sdn Bhd & Anor (Mohd Rozi bin Salleh & Anor, third party) [2015] 10 MLJ 764). 70. Akibat kegagalan plaintif melaksanakan kerja-kerja pembinaan sepertimana yang dipersetujui, plaintif tidak dapat menggunakan RC platform tersebut bagi tujuan sebenarnya iaitu sebagai tempat kapal layar berlabuh. 71. Defendan perlu meroboh dan membina kembali RC platform tersebut sekiranya ingin platform tersebut berfungsi sebagai tempat berlabuh kapal layar. Ini disahkan oleh SP1 di dalam keterangannya: 22 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman Peg. Defendan: Setuju atau tidak sekiranya pihak defendan ingin melakukan kerja remedy untuk memasukkan PE sheet hasil platform ini perlu habis demolish all? Saksi SP1: Ya setuju. Peg. Defendan: Begitu juga dengan kalau kerja remedy perlu dilakukan pihak defendan perlu demolish RC platform ini betul? Saksi SP1: Ya betul Peg. Defendan: Maksudnya they have to demolish everything and re do again betul? Saksi SP1: Letak semula PE sheet kalau nak letakkan balik. Peg. Defendan: You have demolished the whole thing becase it is the base betul? Saksi SP1: Ya betul puan. 72. Plaintif telah mengemukakan bukti-bukti bergambar yang menunjukkan RC platform itu ada digunakan untuk aktiviti sukan air (m/s 25 – 26 Ikatan B). Namun keterangan ini disangkal oleh SD1 yang mana gambar-gambar tersebut tidak menggambarkan pengunaan sebenar RC platform tersebut. 73. Mahkamah bersetuju dengan defendan bahawa gambar-gambar tersebut tidak cukup untuk membuktikan RC platfrom tersebut boleh digunakan seperti yang dihajatkan oleh defendan. Penggunaan platform tersebut untuk jet ski seperti yang diterangkan oleh SD1 adalah jauh berbeza dengan penggunaan bagi kapal layar. Alasan tersebut tidak boleh digunakan oleh plaintif sebagai justifikasi menuntut baki bayaran di bawah kontrak tersebut selepas plaintif 23 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman sendiri yang sewenang-wenangnya mengabaikan kedau-dua kerja pembinaan tersebut. 74. Begitu juga dengan hujahan plaintif bahawa defendan gagal mengemukakan apa-apa keterangan pakar melainkan keterangan SD1 untuk menunjukkan RC platform tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuannya dibina. 75. Plaintif merupakan pihak yang memungkiri kontrak tersebut dengan sengaja tidak melaksanakan kedua-dua kerja kontrak tersebut tanpa berbincang dengan defendan. Beban pembuktian adalah di atas bahu plaintif untuk menunjukkan RC platform yang dibina tanpa melanggar spesifikasi lukisan pembinaan tersebut memenuhi tujuan platform tersebut dibina. Keterangan SP1 ialah: Peg. Defendan: Menurut reka bentuk yang dibuat oleh Encik ada satu nota dibawah, setuju atau tidak ini merujuk kepada tekanan ataupun keberatan boleh ditanggung oleh RC platform ini menurut design ataupun reka bentuk Encik. Saksi SP1: Ya betul. Peg. Defendan: Setuju atau tidak Encik menurut reka bentuk Encik 200 milimeter thick well compacted crusher run or soil base subase ini adalah penting? Saksi SP1: Ya betul Peg. Defendan: Saya cadangkan sekiranya ini tidak dilakukan ini boleh memberikan impack kepada keberatan yang boleh ditanggung oleh RC platform ini? Saksi SP1: Ya betul 24 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman 76. Mahkamah berpendapat setakat keterangan yang ada dan berdasarkan keterangan saksi plaintif sendiri, plaintif gagal melepasi beban pembuktian tersebut. 77. Berdasarkan keterangan, Mahkamah bersetuju dengan defendan bahawa terdapat “total failure of consideration” disebabkan kegagalan pihak Plaintif untuk mereka dan membina RC platform menurut Lukisan Pembinaan tersebut, dan RC platform yang dibina oleh pihak Plaintif tidak sesuai untuk tujuan yang mana mereka akan digunakan (not fit for it purpose), iaitu digunakan sebagai platform kapal layar. KESIMPULAN 78. Berdasarkan di atas, tuntutan plaintif ditolak dengan kos dan tuntutan balas defendan dibenarkan dengan kos. Kos mengikut skala. Bertarikh pada 24 Mac 2025 ………………………………. LAILAWATI BINTI ALI Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bharu, JOHOR 25 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JA-A52C-9-12/2022 Alasan Penghakiman Bagi pihak plaintif: Bagi pihak defendan: Mohd Hamizi Bin Mohd Yusof Yap Che Kai T/n Raziyan Rahim & Associates T/n C.K. Yap & Partners 26 S/N OLV0XyJlQEAYDkptpOQgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal