Lai Chee Mung TRAFEL REKA SDN BHD
On the balance of probabilities the High Court found plaintiff proved its claim: plaintiff's tax invoices and official receipts established the amounts due and the defendant failed to prove that the additional documents and cheques were payments to the plaintiff; defendant's failure to call corroborating witnesses...
Source-derived case information.
- Citation
- CA-12BNCC-1-01/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant/defendant: Lai Chee Mung; Respondent/plaintiff: Trafel Reka Sdn Bhd
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 6 October 2022
- Case Number
- CA-12BNCC-1-01/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Appeal / High Court on Appeal From Sessions Court
- Outcome
- Appeal dismissed; Sessions Court judgment affirmed
- Legal Topics
- Payment Dispute, Quantum of Claim, Counterclaim, Admissibility of Payment Evidence, Pleading Compliance
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Lai Chee Mung
Appellant/defendant
Trafel Reka Sdn Bhd
Respondent/plaintiff
Procedural Posture
Civil Appeal / High Court on Appeal From Sessions Court
Legal Issues
- 1 Whether plaintiff proved outstanding sum due for renovation and interior works
- 2 Whether defendant proved payments alleged (including D13, cheques and cash documents) were made to plaintiff
- 3 Whether plaintiff's oral evidence contradicted pleadings such that exclusion was required
Ratio Decidendi
On the balance of probabilities the High Court found plaintiff proved its claim: plaintiff's tax invoices and official receipts established the amounts due and the defendant failed to prove that the additional documents and cheques were payments to the plaintiff; defendant's failure to call corroborating witnesses (notably his wife) and to produce official receipts for the disputed payments rendered his evidence insufficient. The Sessions Court's decision was therefore affirmed and appeal dismissed.
Court Disposition
Appeal dismissed; Sessions Court judgment affirmed
Orders
- Appeal dismissed
- Judgment of Sessions Court affirmed
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
CA-12BNCC-1-01/2022 Kand. 36 03/04/2023 09:19:45 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR RAYUAN SIVIL NO: CA-12BNCC-1-01/2022 ANTARA LAI CHEE MUNG ...PERAYU (NO. K/P : 760607-06-5498/A3361750) DAN TRAFEL REKA SDN BHD ...RESPONDEN (NO. SYARIKAT : 756686-H) DALAM PERKARA MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR GUAMAN NO: CA-B52NCC-33-10/2016 ANTARA TRAFEL REKA SDN BHD ...PLAINTIF (NO. SYARIKAT : 756686-H) DAN LAI CHEE MUNG ...DEFENDAN (NO. K/P : 760607-06-5498/A3361750) 1 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN 1. Perayu/Defendan memfailkan rayuan di atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang telah membenarkan tuntutan Responden/Plaintif terhadap Defendan bagi kerja-kerja perkhidmatan pengubahsuaian dan rekaan hiasan dalaman yang telah dilakukan oleh Plaintif di rumah Defendan dan juga Tuntutan Balas Defendan terhadap Plaintif telah ditolak oleh Mahkamah. 2. Setelah menelitikan Nota Keterangan, Alasan Penghakiman dan setelah menimbangkan penghujahan kedua-dua pihak, Mahkamah telah menolak rayuan Defendan dan mengekalkan keputusan HMS. FAKTA KES 3. Plaintif adalah sebuah syarikat perkhidmatan pengubahsuaian dan rekaan hiasan dalaman di mana Defendan telah melantik Plaintif untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian dan hiasan 2 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalaman di kediaman Defendan di mana diskripsi kerja-kerja yang telah dijalankan oleh Plaintif akan perkhidmatan yang diberikan berjumlah RM599,200.00 yang dinyatakan di dalam dua temporary bill iaitu Ekshibit P1 dan P8. 4. Defendan telahpun membuat enam bayaran berjumlah RM283,100.00 melalui Ekshibit-ekshibit P2, P3, P4, P5, P6 dan P9. 5. Setelah bayaran-bayaran ditolak daripada jumlah RM599,200.00, bakinya adalah RM316,100.00. Kedua-dua temporary bill ini telah digantikan dengan Ekshibit P7 dan P10 yang mana kedua-duanya berjumlah RM316,100.00 yang mana ianya adalah jumlah tuntutan Plaintif di dalam Penyataan Tuntutan. 6. Setelah Writ Saman dan Penyataan Tuntutan difailkan oleh Plaintif, Defendan telah membuat satu lagi bayaran kepada Plaintif iaitu RM5000.00 sepertimana di Ekshibit D26. Defendan ada juga memfailkan Tuntutan Balas sebanyak RM260,500.00 iaitu lebihan bayaran kepada Plaintif sepertimana yang di dakwa oleh Defendan di dalam Pembelaannya. 3 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PERTIMBANGAN DAN DAPATAN MAHKAMAH 7. Melalui keterangan saksi-saksi Plaintif di Mahkamah iaitu SP1 dan SP2, Plaintif telahpun menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman Defendan dan juga kerja-kerja hiasan dalaman yang kesemuanya berjumlah RM599,200.00. 8. Daripada jumlah RM599,200.00 tersebut, Defendan telahpun membuat bayaran sebanyak RM283,100.00 kepada Plaintif sepertimana berikut : i. Resit rasmi (P2) berjumlah RM50,000.00; ii. Resit rasmi (P3) berjumlah RM40,000.00; iii. Resit rasmi (P4) berjumlah RM50,000.00; iv. Resit rasmi (P5) berjumlah RM35,100.00; v. Resit rasmi (P6) berjumlah RM50,000.00; dan vi. Resit rasmi (P9) berjumlah RM58,000.00. 9. Defendan tidak menafikan bayaran-bayaran ini sepertimana keterangan SD1 yang mengakui ada membuat bayaran kepada Plaintif. 4 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10. Lima daripada resit rasmi tersebut iaitu P2, P3, P4, P5 dan P6 yang keseluruhannya berjumlah RM255,100.00 adalah pembayaran untuk TB1360 yang diakui oleh SD1. Setelah pembayaran tersebut diterima untuk TB1360, jumlah yang masih berlum di bayar untuk kerja-kerja pengubahsuaian adalah RM219,850.00 iaitu RM444,950.00 – RM225,100.00 = RM219,850.00. 11. Setelah kerja-kerja pengubahsuaian diselesaikan Plaintif telah mengeluarkan tax invoice (P7) berjumlah RM219,850.00 untuk menggantikan bil sementara TB1360 yang menunjukkan baki yang masih belum dibayar oleh Defendan untuk kerja-kerja pengubahsuaian tersebut. 12. Resit rasmi yang keenam (P9) berjumlah RM58,000.00 adalah pembayaran untuk bil hiasan dalaman TB1442 yang tidak dinafikan oleh Defendan. Setelah pembayaran untuk TB1442 diterima, Plaintif telah mengeluarkan tax invoice TR00101 (P10) berjumlah RM96,250.00 yang menunjukkan baki yang masih belum dibayar oleh Defendan untuk TB1442. Menurut Plaintif, TB1442 adalah bil sementara yang dikeluarkan setelah Defendan membayar Defendan untuk kerja-kerja hiasan dalaman dengan 5 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pembayaran deposit. Plaintif telah mengeluarkan resit dan menggantikan TB1442 dengan TR00101 (P10) yang menunjukkan baki yang masih belum dibayar setelah pembayaran deposit dibuat oleh Defendan. 13. Setelah mengambilkira jumlah pembayaran sebanyak RM283,100.00, Plaintif telah menuntut sebanyak RM316,100.00 daripada Defendan iaitu jumlah TR1678 dan TR00101 di mana keseluruhan baki adalah RM316,100.00 (RM219,850.00 + RM96,250.00). 14. Selain daripada itu, terdapat juga pembayaran sebanyak RM5000.00 untuk TB1442 yang telah dibuat oleh Defendan setelah saman difailkan di Mahkamah. 15. Menurut Defendan, jumlah yang dituntut oleh Plaintif di dalam Penyataan Tuntutan adalah RM316,100.00 yang mana telahpun diselesaikan oleh Defendan. Defendan menyatakan juga bahawa dia telah membayar sebanyak RM576,000.00 kepada Plaintif dan dengan itu terdapat lebihan bayaran sebanyak RM260,500.00 6 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang mana ini adalah jumlah Tuntutan Balas yang dibuat oleh Defendan. 16. Plaintif menafikan hal ini kerana jumlah keseluruhan untuk kerja- kerja pengubahsuaian adalah sebanyak RM444,950.00 sepertimana di dalam TB1360 yang mana telah dibayar sebahagiannya oleh Defendan dan baki yang dituntut di dalam TR1678 adalah sebanyak RM219,850.00. Manakala jumlah keseluruhan untuk kerja-kerja hiasan dalaman adalah sebanyak RM154,250.00 yang mana telah dibayar oleh Defendan sebanyak RM96,250.00.0 17. Oleh itu, menurut Plaintif jumlah keseluruhan bagi perkhidmatan yang telah diberikan oleh Plaintif adalah sebanyak RM599,200.00 manakala jumlah tuntutan di dalam Penyataan Tuntutan sebanyak RM316,100.00 adalah jumlah yang masih belum di bayar daripada keseluruhan perkhidmatan Plaintif setelah mengambilkira bayaran sebanyak RM283,100.00 yang telah di buat oleh Defendan. 18. Semasa perbicaraan, peguamcara Defendan telah mengemukakan bantahan bahawa penjelasan Plaintif di dalam 7 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal penyataan saksi SP1 dan SP2 mengenai jumlah keseluruhan dan baki yang dituntut adalah tidak selaras dengan Pliding. Ini adalah kerana jumlah yang dituntut oleh Plaintif adalah sebanyak RM316,100.00 iaitu dua tax invoice (P7 dan P10) dan dengan itu Plaintif tidak boleh mengemukakan apa-apa keterangan berkenaan dua bil sementara iaitu TB1360 dan TB1442 yang kesemuanya berjumlah RM599,200.00. 19. Pihak Plaintif menjawab bahawa tidak berlakunya apa-apa perlanggaran prinsip Pliding dan telah merujuk kepada Aturan 18 Kaedah 7(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang menunjukkan bagaimana perkiraan jumlah tuntutan sebanyak RM316,100.00 di dapati. Walaubagaimanapun, apabila Defendan memfailkan Pembelaan yang menyatakan bahawa keseluruhan jumlah telah diselesaikan dan membuat Tuntutan Balas, maka Plaintif perlu memfailkan Jawapan Kepada Pembelaan dan Pembelaan Kepada Tuntutan Balas Terpinda yang mengandungi butir-butir bagaimana Plaintif mendapat jumlah RM316,100.00 tersebut. 20. Melalui keterangan SP1 dan SP2 yang mana telah mengemukakan bukti-bukti pembayaran serta bagaimana Plaintif 8 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal telah membuat perkiraan jumlah yang dituntut daripada Defendan, maka kesemua ini adalah keterangan yang harus diterima oleh Mahkamah dan tidak perlu dimasukkan di dalam Pliding. Oleh itu, tiada sebarang penyimpangan menurut Aturan 18 Kaedah 10(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di mana Plaintif masih lagi menuntut jumlah yang sama iaitu RM316,100.00 berdasarkan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Plaintif kepada Defendan. 21. Daripada Alasan Penghakiman yang disediakan oleh HMS, jelas bahawa HMS telah mengambilkira kesemua penghujahan kedua- dua pihak ke atas isu penyimpangan Pliding ini yang mana telah memutuskan bahawa tidak berlaku hal sedemikian. 22. Defendan telah memberikan senarai bayaran yang telah dibuat oleh Defendan di mana Plaintif telah mengakui hanya menerima bayaran bagi P2, P3, P4, P5, P6 dan D26 yang mana keseluruhannya berjumlah RM255,100.00. Defendan pula telah mengemukakan resit-resit bertarikh 05.06.2015 (D13) bagi jumlah RM44,000.00 untuk membuktikan bahawa Defendan telahpun membayar RM269,100.00 untuk TB1360. 9 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23. Plaintif melalui keterangan SP1 bahawa beliau tiada apa-apa pengetahuan mengenai D13 dan tidak pernah menerima bayaran sebanyak RM44,000.00 tersebut pada 05.06.2015. Semasa disoalbalas, SD1 mengakui bahawa pada resit-resit D13 tertulis perkataan ‘fix deposit withdrawal’. Namun begitu, SD1 gagal menyatakan bahawa pengeluaran tersebut adalah di bayar untuk Plaintif. 24. Plaintif menyatakan bahawa D13 tidak menunjukkan bahawa bayaran RM44,000.00 tersebut telah di buat kepada Plaintif dan apa yang ada hanyalah menunjukkan pengeluaran fix deposit daripada akaun isteri Defendan dan tidak menunjukkan bahawa wang RM44,000.00 tersebut telah di bayar kepada Plaintif. Oleh itu, D13 tidak boleh di terima sebagai bukti pembayaran Defendan kepada Plaintif pada 05.06.2015. Defendan mengakui bahawa apabila dia membuat bayaran kepada Plaintif, dia akan menerima resit sepertimana P2. Namun begitu, beliau telah gagal untuk mengemukakan apa-apa keterangan bahawa Plaintif ada mengeluarkan resit berjumlah bayaran RM44,000.00 tersebut. 10 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25. Dengan itu, Plaintif menyatakan bahawa D13 tidak boleh diterima sebagai bukti pembayaran oleh Defendan kepada Plaintif oleh kerana : a. Resit-resit tersebut adalah resit pengeluaran fix deposit daripada akaun isteri Defendan; b. Tiada bukti menunjukkan pembayaran telah dibuat kepada Plaintif; dan c. Tiada resit dikeluarkan oleh Plaintif untuk penerimaan wang RM44,000.00. 26. Untuk pembayaran TB1442 pula, selain daripada pembayaran daripada RM58,000.00 (P9) Defendan juga telah membuat bayaran pada 18.11.2016 sebanyak RM5,000.00 (D26). 27. Selain daripada bayaran untuk TB1442 yang telah dibuktikan melalui P9 dan D26, Defendan juga telah mengemukakan : a. Salinan cek daripada Alliance Bank Berhad berjumlah RM60,000.00; 11 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b. Resit pindahan akaun oleh isteri Defendan berjumlah RM34,500; dan c. Dokumen bertarikh 31.10.2016 (D25) dan dokumen bertarikh 30.11.2016 (D27) iaitu bayaran tunai kesemuanya berjumlah RM150,000.00. 28. Plaintif menyatakan bahawa melainkan resit bernombor 4514 (P9) dan resit bernombor 4846 (D26), Plaintif menafikan bahawa bayaran-bayaran tersebut adalah untuk TB1442. Ini adalah kerana Defendan telah gagal untuk membuktikan bahawa cek-cek tersebut adalah bayaran kepada Plaintif. Semasa di soal balas, SD1 mengakui bahawa : a. Segala bayaran untuk perkhidmatan Plaintif adalah di buat atas nama Plaintif iaitu Trafel Reka Sdn Bhd; b. Sekiranya bayaran tersebut ditujukan kepada Plaintif, maka nama Trafel Reka Sdn Bhd perlu tercatat di bahagian bayar kepada di atas cek tersebut; c. Bayaran cek-cek Alliance Bank Berhad di buat kepada Chan Tong Wai, pengarah Plaintif dan SP1 dan bukannya syarikat Plaintif; 12 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal d. Tiada resit-resit rasmi yang dikeluarkan oleh Plaintif atas bayaran RM60,000.00. 29. Plaintif juga menyatakan bahawa mereka tidak pernah menerima bayaran-bayaran melalui cek-cek D14, D15, D16, D17, D18 dan D19 oleh kerana ianya di buat atas nama Chan Tong Wai dan bukannya syarikat Plaintif. Defendan memang sedia maklum bahawa pembayaran hendaklah di buat atas nama Trafel Reka Sdn Bhd sepertimana pembayaran P2 dan P9 sebelum itu. Oleh kerana cek-cek berkenaan telah dibuat di atas nama pihak lain, maka Plaintif menafikan mereka ada menerima pembayaran- pembayaran tersebut. Ini telah disahkan melalui keterangan saksi Plaintif iaitu SP1. 30. Berkaitan dengan pembayaran lebihan iaitu D21, D22, D23, D24 dan D28 yang kesemuanya berjumlah RM34,500.00 di mana telah diakui sendiri oleh SD1 bahawa pembayaran tersebut adalah untuk Chan Tong Wai dan bukannya Plaintif di mana jelas tercatat di bahagian beneficiary, nama Chan Tong Wai telah dicatitkan. Oleh itu, pembayaran tersebut tiada kena-mengena dengan Plaintif dan 13 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dengan itu Defendan telah gagal untuk membuktikan bahawa pembayaran tersebut adalah di buat untuk Plaintif. 31. Seterusnya, keterangan SP2 menegaskan bahawa resit-resit rasmi yang dikeluarkan oleh Plaintif mempunyai ciri-ciri seperti berikut : a. Menggunakan buku resit rasmi P1; b. Mempunyai nombor resit rasmi dan tarikh resit; c. Butiran resit ditulis dengan pen; d. Mempunyai butiran pembayar, jumlah, tujuan pembayaran dan cara pembayaran; dan e. Mempunyai nombor cek bagi pembayaran melalui cek. 32. Tercatat di Ekshibit D28 dan D27 yang tidak mempunyai nombor resit, tidak punya tujuan, butiran pembayaran dan tidak menyatakan cara pembayaran di buat. Maka cek-cek D25 dan D27 tiada kaitan dengan perkhidmatan Plaintif di kediaman Defendan. 14 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 33. Seterusnya, SP1 dan SP2 juga telah membandingkan D25 dan D27 dengan Ekshibit-ekshibit P2, P3, P4, P5, P6, P9 dan D26 yang mana dapat diputuskan bahawa D25 dan D27 tidak dikeluarkan oleh Plaintif dan tidak boleh dijadikan sebagai bukti pembayaran Defendan kepada Plaintif. 34. Daripada Alasan Penghakiman Hakim Bicara juga, beliau telah mengambilkira kesemua fakta-fakta tersebut dan memutuskan bahawa tiada pembayaran penuh telah dibuat oleh Defendan dan juga tiada kesilapan dari segi fakta dan undang-undang. 35. Berkaitan dengan Tuntutan Balas Defendan berjumlah RM260,500.00 adalah juga berasaskan kepada dakwaan bahawa: a. Plaintif menuntut bayaran daripada Defendan dan isterinya; b. Bayaran telah dibuat kepada Plaintif dan pengarah Plaintif, Chan Tong Wai atau atas arahan beliau sebagai pengarah Plaintif; dan c. Defendan tidak mengetahui isterinya turut membuat bayaran. 15 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 36. Kegagalan Defendan untuk memanggil isteri sebagai saksi juga membawa implikasi kepada keperluan menerima keterangan SD1 secara total dan Mahkamah harus berhati-hati untuk menerima keterangan SD1 tersebut. 37. Defendan juga mendakwa bahawa dia tidak punya pengetahuan bahawa isterinya turut buat bayaran kepada Plaintif dan bagi menjawab dakwaan ini, Plaintif telah menyoalbalas SD1 berkaitan resit P2 di mana pembayaran telah dibuat menggunakan cek Chow Foon Yee iaitu isteri Defendan. KEPUTUSAN 38. Secara keseluruhannya, Mahkamah telah menelitikan keseluruhan Alasan Penghakiman yang telah dibuat oleh HMS dan mendapati bahawa beliau telahpun mendengar, menimbang dan menilai keseluruhan keterangan saksi-saksi Plaintif dan Defendan dan telah memutuskan bahawa di atas imbangan kebarangkalian, Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap Defendan bagi jumlah RM311,100.00 dan Defendan pula telah gagal membuktikan Tuntutan Balas mereka terhadap Plaintif. 16 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tiada apa-apa kekhilafan baik dari segi fakta mahupun undang- undang di dalam membuat keputusan tersebut dan dengan itu Mahkamah ini tidak perlu campur tangan untuk mengenepikan keputusan tersebut. 39. Oleh itu, rayuan Defendan di atas keputusan HMS tersebut adalah ditolak dengan kos. ZAINAL AZMAN BIN AB AZIZ HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR BERTARIKH : 14 MAC 2023 17 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam Perayu/Defendan : Encik Muhammad Saifuldin bin Abdul Rahman bersama Encik Shukri bin Zulkipli Tetuan Abdul Razak Zulkifli & Partners A43-1, Jalan IM7/19, Sinaran Mahkota Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang No. Rujukan : ARZP/C/L/0120/2022-MS Email : arzpktnconv@gmail.com Peguam Responden/Plaintif : Puan Raja Nor Azlina binti Raja Mohammad Tetuan Raja Azhar & Husain Safri B30, Tingkat 2, Lorong Tun Ismail 11 Jalan Tun Ismail, 25200 Kuantan, Pahang No. Rujukan : RAZ/13081/2014/CM(WNA) 18 S/N DiJVrntsUkabOwt/zdNJ0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal