ABDUL HADI BIN ABU BAKAR [ ]
The Court dismissed the appeals: the acts of abducting and wrongfully restraining the victim formed one continuous transaction permitting a single kidnapping charge; witness evidence (victim, SP13 and others) provided credible and corroborative proof of identity, ransom demand and payment sequence; discovery-type...
Source-derived case information.
- Citation
- T-05(SH)-203-07/2020 (Mahkamah Rayuan)
- Parties
- Appellant (okt1): Mohd Zairolnizan bin Md Nor; Appellant (okt2): Mohd Khairul Anuar bin Musa; Appellant (okt3): Abdul Hadi bin Abu Bakar; Respondent: Pendakwa Raya (Public Prosecutor)
- Court
- SH
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 4 July 2024
- Case Number
- T-05(SH)-203-07/2020 (Mahkamah Rayuan)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal Against Conviction and Sentence for Kidnapping / Court of Appeal Decision on Appeal From High Court Conviction and Sentencing
- Outcome
- Appeals dismissed; convictions and sentences upheld
- Legal Topics
- Kidnapping (s3 Kidnapping Act 1961), Joint Liability/section 34 Penal Code, Duplicity/duplicity in Charging, Accomplice Evidence and Corroboration, Identification Parade and Dock Identification, Admissibility of Discovery Statements (s27 Evidence Act), Confessions and Admissions (s16 Kidnapping Act), Standard of Appellate Review on Credibility
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Mohd Zairolnizan bin Md Nor
Appellant (okt1)
Mohd Khairul Anuar bin Musa
Appellant (okt2)
Abdul Hadi bin Abu Bakar
Appellant (okt3)
Pendakwa Raya (Public Prosecutor)
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal Against Conviction and Sentence for Kidnapping / Court of Appeal Decision on Appeal From High Court Conviction and Sentencing
Legal Issues
- 1 Whether the indictment was defective for duplicity contrary to s163 CPC
- 2 Whether witness SP13 was an accomplice whose evidence required corroboration
- 3 Whether prosecution proved the demand/intent to obtain ransom as required by s2 Akta 365
Ratio Decidendi
The Court dismissed the appeals: the acts of abducting and wrongfully restraining the victim formed one continuous transaction permitting a single kidnapping charge; witness evidence (victim, SP13 and others) provided credible and corroborative proof of identity, ransom demand and payment sequence; discovery-type information from appellants admissible under s27 Evidence Act; identified inconsistencies and procedural criticisms did not create reasonable doubt; thus convictions under s3 Akta Penculikan 1961 read with s34 Penal Code and the sentences imposed by the High Court are safe and are affirmed.
Court Disposition
Appeals dismissed; convictions and sentences upheld
Orders
- Appeals dismissed
- Convictions under s3(1) Akta Penculikan 1961 (Act 365) read with s34 Kanun Keseksaan affirmed for all appellants
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
T-05(SH)-203-07/2020 Kand. 63 12/08/2024 12:03:40 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA RAYUAN NO. T-05(SH)-197-07-2020 Mohd Khairul Anuar bin Musa ... Perayu Lawan Pendakwa Raya …Responden DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA RAYUAN NO. T-05(SH)-199-07-2020 Mohd Zairolnizan bin Md Nor …Perayu lawan Pendakwa Raya …Responden DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA RAYUAN NO. T-05(SH)-203-07-2020 Abdul Hadi bin Abu Bakar …Perayu lawan Pendakwa Raya …Responden KORAM DATO’ AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM HMR TUAN MOHAMED ZAINI BIN MAZLAN HMR NOORIN BINTI BADARUDDIN J Penghakiman [1] Mohd Zairolnizan bin Md Nor, Mohd Khairulanuar bin Musa dan Abdul Hadi bin Abu Bakar telah dituduh dengan kesalahan menculik di bawah s 3 Akta Penculikan 1961 (semakan 1989) (selepas ini dirujuk 1 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sebagai “Akta 365’) dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan (selepas ini dirujuk sebagai “KK”). [2] Di Mahkamah Tinggi, Mohd Zairolnizan bin Md Nor telah dinamakan sebagai OKT1, Mohd Khairulanuar bin Musa sebagai OKT2 dan Abdul Hadi bin Abu Bakar telah dinamakan sebagai OKT3. [3] Ketiga-tiga Perayu akan dirujuk sebagai OKT1, OKT2 dan OKT3 sepertimana mereka dirujuk di Mahkamah Tinggi dan secara kolektif akan dirujuk sebagai OKT-OKT. [4] Setelah perbicaraan penuh dijalankan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi (selepas ini dirujuk sebagai ‘YA HMT’) telah mendapati OKT-OKT bersalah dan telah disabitkan dengan kesalahan di bawah s 3 (1) Akta 365 dibaca bersama s 34 KK. Hukuman-hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT-OKT adalah seperti berikut: OKT1: Penjara seumur hidup dari tarikh tangkap dan 7 sebatan OKT2: Penjara seumur hidup dari tarikh tangkap dan 5 sebatan OKT3: Penjara seumur hidup dari tarikh tangkap dan 5 sebatan [5] OKT-OKT kini merayu terhadap sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas mereka. Pertuduhan-pertuduhan ke atas OKT-OKT adalah seperti berikut: Pertuduhan OKT 1 dan OKT 2 2 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal "Bahawa kamu bersama-sama dengan dua yang masih bebas pada 23 Januari 2017 jam lebih kurang 7.40 pagi di Simpang 3 Kampung Pisang Tepoh di dalam daerah Kuala Terengganu, Terengganu di dalam mencapai niat bersama kamu berempat, bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM400,000 telah melarikan dan menahan seorang perempuan bernama Liana Binti Abdul Manaf (No. KP: 890110-11-5456) dengan cara melarikan dan menahan dengan salah. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (semakan 1989) (Akta 365) dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan." OKT 3 "Bahawa kamu bersama-sama dua orang yang telah dituduh dan seorang yang masih bebas pada 23 Januari 2017 jam lebih kurang 7.40 pagi bertempat di Simpang 3 Jalan Kampung Pisang Tepoh di dalam daerah Kuala Terengganu, Terengganu telah menahan Liana Binti Abdul Manaf (No. KP: 890110-11-5456) bagi maksud mendapatkan wang tebusan sebanyak RM400,000 dengan cara menahan dan melarikannya dengan salah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (semakan 1989)(Akta 365) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan." Fakta Kes Pendakwaan [6] Fakta kes pendakwaan yang diperturunkan oleh YA HMT dalam penghakimannya adalah seperti berikut. 3 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “3. Pada 23.1.2017 jam lebih kurang 7.40 pagi, mangsa iaitu Liana binti Abdul Manaf (SP17) dikatakan telah keluar pergi ke kedai kopi milik Puan Fatimah di Kg. Padang Pisang dengan menaiki sebuah motosikal untuk bersarapan pagi. Semasa SP17 berada di kedai kopi tersebut, SP17 telah nampak OKT3 bersama seorang lagi lelaki lain telah turun dari sebuah kereta Myvi putih dan duduk di meja makan serta membuat pesanan makanan di kedai kopi tersebut. Selain mereka berdua, turut kelihatan seorang lelaki lagi masih berada di dalam kereta Myvi tersebut. 4. Setelah selesai makan dan minum, SP17 telah beredar dari kedai tersebut dengan menaiki sebuah motosikal dan SP17 telah berhenti di sebuah kedai runcit yang terletak lebih kurang 100 meter dari kedai kopi Puan Fatimah untuk membeli bawang. Pada waktu itu, SP17 telah melihat kereta Myvi putih tadi juga telah melalui di hadapan kedai runcit dan membuat pusingan U dan menuju ke Terowong Kampung Padang Pisang. 5. Setelah membeli bawang, SP17 telah menunggang motosikal untuk balik ke rumah dan SP17 telah melalui jalan yang menuju ke arah Terowong tersebut. Apabila sampai di Terowong itu, SP17 nampak kereta Myvi putih tadi berada di hadapan SP17 dan menghalang laluan SP17 sambil kelihatan dua orang lelaki Melayu turun dari kereta tersebut yang mana salah seorangnya telah dicamkan oleh SP17 sebagai OKT2. SP17 terus membrek motosikal dan SP17 melepaskan motosikal itu sambil terus melarikan diri kerana merasa curiga dan ketakutan. Pada masa yang sama, OKT2 bersama seorang lagi lelaki Melayu itu turut mengejar SP17. Malangnya SP17 gagal melarikan diri dan SP17 telah ditangkap dan dipegang oleh OKT2 dan seorang lagi lelaki tersebut. Kemudiannya, mereka telah mengheret SP17 secara paksa dan menarik SP17 masuk ke dalam kereta Myvi putih tersebut. 4 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6. Semasa dibawa masuk ke dalam kereta Myvi putih, SP17 telah meronta serta meminta tolong dan menendang cermin kereta Myvi itu. Pada masa itu juga, kawan SP17 bernama Baizura binti Rabaising (SP10) telah melalui kawasan tersebut dan melihat kaki SP17 menendang cermin kereta. SP10 juga kemudiannya nampak motosikal SP17 terjatuh di tempat kejadian. SP10 terus memaklumkan kepada ibu SP17 iaitu Puan Norleda binti Ahmad (SP14) berkenaan perkara tersebut. Selepas mendapat makluman tersebut, SP14 telah pergi ke tempat kejadian dan kemudian bergerak pergi ke klinik untuk menyemak sama ada SP17 terlibat dalam kemalangan. 7. Semasa di dalam kereta Myvi putih tersebut, SP17 nampak ada tiga orang lelaki Melayu di dalam kereta tersebut iaitu OKT2, OKT3 dan seorang lagi lelaki lain. Ketiga-tiga lelaki ini tidak memakai topeng atau penutup muka. SP17 telah dibaringkan di atas tempat duduk belakang agar tidak dapat dilihat oleh orang luar dan sentiasa dikawal. Kepala SP17 berada di atas peha salah seorang daripada mereka yang duduk di bahagian kepala SP17 manakala kaki SP17 pula berada di atas peha OKT2 yang duduk di bahagian kaki SP17. Walaupun dibaringkan, SP17 masih boleh melihat wajah ketiga-tiga lelaki Melayu ini termasuk OKT2 dan OKT3. 8. SP17 telah dibawa dengan menaiki kereta Myvi putih itu ke suatu tempat dan semasa dalam perjalanan ini mata SP17 telah ditutup dengan kain. Sebelum mata SP17 ditutup, SP17 dapat melihat papan tanda Kg Tajin. SP17 telah dibawa ke suatu tempat yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 40 minit. Semasa dalam perjalanan, SP17 nampak ada senjata seolah-olah pedang yang panjang sedang dipegang oleh OKT2. SP17 berasa takut untuk bertindak agresif selepas melihat senjata tersebut dan dalam masa yang sama turut dikawal oleh tiga orang lelaki Melayu tersebut di setiap masa. 5 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9. Dalam perjalanan tersebut, OKT3 telah memberitahu SP17 bahawa bossnya telah meminta wang sebanyak RM500,000.00 sebagai tebusan untuk SP17 dilepaskan. Oleh itu, SP17 telah menghubungi SP14 dan memaklumkan bahawa dirinya telah diculik serta memerlukan wang tebusan sebanyak RM500,000.00 untuk dilepaskan. Pada ketika ini, SP14 dalam perjalanan untuk ke klinik. SP17 juga ada berpesan kepada SP14 supaya tidak membuat laporan polis selepas diarahkan oleh lelaki- lelaki Melayu yang berada di dalam kereta Myvi putih itu. Pada masa ini juga, OKT1 telah secara tiba-tiba menghubungi SP14 memintanya supaya tidak membuat laporan polis yang menyebabkan SP14 menjadi pelik dan curiga. 10. Kemudiannya, SP17 juga ada menghubungi akauntan syarikat SP17 bernama Cik Hazlizam binti Alisa (Kak Jan) bagi meminta wang tebusan tersebut. Selepas SP17 menghubungi Kak Jan, beliau memaklumkan kepada SP17 bahawa beliau akan usahakan untuk menyediakan wang tebusan tersebut. Selepas bercakap dengan Kak Jan, telefon SP17 telah dirampas oleh salah seorang daripada tiga lelaki itu dan SP17 tidak dapat mendengar perbualan dia dengan Kak Jan. 11. Lebih kurang 40 minit perjalanan, kereta Myvi yang membawa SP17 telah berhenti di dalam sebuah kebun kelapa sawit pertama. Pada masa ini mata SP17 telah dibukakan dan tiada kain yang menghalang pandangan SP17. SP17 dapat melihat dengan jelas muka tiga orang lelaki Melayu ini. 12. SP17 telah dibawa ke satu kawasan ladang kelapa sawit, di dalamnya terdapat sebuah pondok kayu kecil dan SP17 dibiarkan menunggu di dalam kereta Myvi putih itu tanpa apa-apa tindakan. Pada masa SP17 ditahan ini, hanya dua orang lelaki Melayu yang mengawal SP17 termasuk OKT3. Manakala OKT2 telah tiada. SP17 telah 6 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mendengar bunyi enjin motosikal beredar dari kawasan tersebut dan mendapati OKT2 telah tiada. 13. Setelah hampir lebih kurang dua jam menunggu, OKT3 telah bertanya kepada SP17 sama ada ingin makan dan minum. SP17 menyatakan ingin makan sebab SP17 merasa lapar. Lebih kurang 15 minit kemudiannya, SP17 telah diberikan sekeping roti canai dan sebungkus nescafe ais. Selepas itu SP17 terus menunggu sahaja di dalam kereta Myvi tersebut sehinggalah SP17 terdengar bunyi azan menunjukkan telah masuk Waktu Zohor. 14. Selepas itu, SP17 dibawa menaiki kereta Myvi tersebut dan dikawal oleh mereka berdua sahaja. OKT3 memandu kereta manakala seorang lelaki lagi berada di bahagian belakang penumpang memegang dan mengawal SP17. SP17 telah dibaringkan dan tidak tahu ke mana arah tuju. SP17 telah dibawa menaiki kereta selama lebih kurang sejam sehinggalah kereta Myvi tersebut telah berhenti di dalam sebuah ladang kelapa sawit kedua. Semasa sampai di ladang kelapa sawit kedua ini, SP17 telah mendengar bunyi azan menunjukkan telah masuk waktu Asar. 15. Tidak lama kemudiannya telah datang OKT2 dengan menaiki sebuah motosikal. OKT2 telah datang menghampiri SP17 dan bertanya kepada SP17 berkenaan dengan wang tebusan. Pada masa itu juga OKT2 telah menyerahkan telefon bimbit SP17 dan mengarahkan SP17 menelefon majikan SP17 bernama Liew Ah Yong (SP15). SP17 telah menelefon Kak Jan dan bercakap dengan SP15 untuk bertanya mengenai wang tebusan dan dimaklumkan oleh SP15 bahawa mereka dalam proses menyediakan wang tersebut. Selepas itu, OKT2 telah mengambil semula telefon SP17 dan bercakap dengan SP15. Menurut SP15, pada ketika ini beliau telah berunding dengan OKT2 dan OKT2 bersetuju wang tebusan dikurangkan kepada RM400,000.00. Selepas itu OKT2 itu telah beredar dari ladang kelapa sawit itu dengan menaiki motosikal. 7 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16. Tidak lama kemudian, SP17 dibawa lagi menaiki kereta Myvi tersebut bersama-sama OKT3 dan seorang lelaki lagi yang menjaga SP17 sebelum ini dan SP17 anggarkan perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Sepanjang masa dalam perjalanan ini SP17 dibaringkan dan SP17 tidak nampak laluan yang dibawa. Pada masa ini SP17 dikawal oleh dua orang lelaki Melayu itu sahaja yang mana OKT3 memandu kereta, manakala salah seorang lagi mengawal SP17 di belakang. 17. Selepas itu kereta Myvi tersebut telah berhenti di sebuah ladang kelapa sawit ketiga dan SP17 dapati keadaan sekeliling telah gelap. Tidak lama kemudian SP17 mendengar azan Maghrib dan waktu telah malam. Kemudiannya salah seorang lelaki Melayu tersebut telah bertanya kepada SP17 sama ada ingin makan dan minum. SP17 menyatakan ingin makan sebab SP17 merasa lapar dan tidak mahu minuman. Lebih kurang 15 minit kemudiannya, SP17 telah diberikan dengan beberapa cucuk satey dan SP17 makan di dalam kereta. SP17 terus diminta untuk menunggu di dalam kereta sehingga lebih kurang dua jam. 18. Kemudiannya, SP17 dibawa lagi menaiki kereta Myvi tersebut oleh dua orang lelaki tersebut. OKT3 memandu kereta, manakala salah seorang lagi berada di sebelah penumpang hadapan. SP17 pula duduk di belakang. Walaupun berada keseorangan di bahagian belakang, SP17 masih dikawal oleh dua orang lelaki Melayu tersebut. 19. Selepas itu, kereta Myvi tersebut telah berhenti di sebuah ladang kelapa sawit yang keempat. SP17 diminta untuk terus menunggu di dalam kereta Myvi tersebut bersama-sama mereka. Pada masa ini SP17 masih dikawal oleh dua orang lelaki Melayu tersebut. 20. Pada masa ini, SP15 telah mendapat wang RM400,000.00 dalam note RM100 serta RM50 dan telah meminta dua orang pekerjanya iaitu Muhammad Wafi bin Husain (SP16) dan Teng Yoke Seng untuk menghantar wang tersebut pada jam lebih kurang 11.00 malam ke tempat 8 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang diarahkan oleh penculik dengan melalui Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuantan. Menurut SP16, beg berisi wang tersebut telah dibuang ke bawah sebuah jambatan yang terdapat selepas simpang ke Ajil atas arahan seorang lelaki yang menghubunginya semasa diarahkan untuk menyerahkan wang tersebut. 21. Seterusnya, semasa SP17 berada dalam kereta Myvi tersebut, SP17 telah mendengar OKT3 telah menerima panggilan telefon tetapi SP17 tidak tahu siapa yang menelefon. Selepas itu OKT3 memaklumkan kepada SP17 bahawa wang tebusan telah diperolehi. 22. Tidak lama kemudian lebih kurang sejam, telah datang OKT2 dengan menaiki motosikal sambil membawa sebuah beg di belakangnya. Semasa OKT2 datang dengan membawa beg, SP17 telah dapat mengagak bahawa dalam beg tersebut mengandungi wang tebusan. OKT2 telah memanggil SP17 datang kepadanya dan dia telah menyerahkan wang berjumlah RM20.00 kepada SP17. SP17 telah mendengar OKT2 mengarahkan SP17 dihantar balik oleh salah seorang daripada dua orang lelaki Melayu yang ada bersama SP17. 23. OKT2 juga telah memakaikan topi keledar kepada SP17 sebelum SP17 membonceng motosikal yang ditunggang oleh OKT3. SP17 kemudiannya diarahkan untuk membonceng motosikal dan SP17 meminta supaya dia dihantar ke tempat yang boleh dia menghubungi keluarganya. Oleh itu, SP17 telah dihantar ke Kedai T Shoppe yang mana perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Apabila sampai di Kedai T Shoppe, SP17 telah turun dari motosikal dan OKT3 telah meninggalkan SP17. 24. Selepas itu SP17 telah masuk ke dalam kedai T Shoppe dan meminta bantuan pekerja kedai tersebut untuk menelefon keluarganya. SP17 juga telah memberitahu pekerja tersebut bahawa dia telah diculik. Tidak lama kemudian SP14, SP10 dan pegawai polis telah datang 9 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menjemput SP17. Selepas itu, SP17 telah di bawa ke Balai Polis IPD Kuala Terengganu. Kemudiannya SP17 dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibuat pemeriksaan memandangkan SP17 mengalami kecederaan. SP17 didapati mengalami kecederaan di tapak kaki akibat terkena cermin kereta apabila SP17 menendang cermin tersebut. Selain itu, SP17 juga mengalami Iuka pada pinggang akibat jatuh di atas jalan raya di Terowong Kg Padang Pisang semasa SP17 cuba melarikan diri untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh OKT2 dan seorang lelaki lagi. Selesai membuat pemeriksaan di hospital, SP17 kemudiannya balik ke rumah. 25. Pada 14.3.2017, OKT2 telah ditangkap oleh lnsp. Ahmad Shafiq bin Rosman (SP6). Kawad cam oleh SP17 ke atas OKT2 adalah positif. Hasil soal siasat SP6 ke atas OKT2, OKT2 telah memberikan maklumat dan tunjuk arah yang membawa kepada penemuan kereta Myvi putih JLK 8915 dan sebuah motosikal 125Z nombor pendaftaran TAX 285 yang telah digunakan semasa kejadian culik ke atas SP17 berlaku. Kereta Myvi putih tersebut telah dicamkan dan disahkan oleh SP17 dan SP10 berdasarkan jenis, warna, kusyen kereta yang ada kesan-kesan tompok hitam padanya dan gear kereta tersebut. Manakala motosikal tersebut pula turut dicamkan oleh SP17. 26. Soalsiasat seterusnya ke atas OKT2 telah dijalankan oleh lnsp. Muhammad Asri bin Abu Hashim (SP8). Melalui maklumat dan tunjuk arah oleh OKT2 juga, SP8 telah ditunjukkan tempat-tempat di mana SP17 telah diculik dan dibawa. Tempat-tempat tersebut juga kemudiannya telah ditunjukkan kepada SP17 dan SP17 mengesahkan tempat-tempat tersebut adalah tempat beliau dibawa semasa diculik. 27. Pada 1.4.2017 pula, Mohd Zairolnizan bin Md Nor (OKT1) bersama kawannya bernama Muhammad Hafid bin Ahmad (SP13) pula telah ditangkap oleh lnsp. Nur Aizat bin Ashari (SP7) di Masjid Kampung Atas 10 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tol ketika mereka menyerah diri setelah bersama-sama melarikan diri dengan menginap di beberapa buah masjid di Dungun dan Kuala Terengganu. Menurut SP13, beliau diarahkan oleh OKT1 memandu kereta semasa OKT1 dan OKT2 membuat pemantauan kawasan di tempat kejadian culik itu berlaku pada 22.1.2017 dan pada ketika itu, SP13 tidak mengetahui tujuan sebenar pemantauan itu dibuat. Seterusnya SP13 mengesahkan bahawa beliau telah mengambil OKT2 yang sedang menggalas beg mengandungi wang pada 24.1.2017 jam lebih kurang 2.00 pagi di hadapan 7E Pekan Kuala Berang dan dibawa ke Dungun. Semasa membawa OKT2 ke Dungun, OKT2 memberitahunya bahawa beliau telah menculik SP17 dan meminta wang tebuan. Semasa di Dungun, OKT1 telah datang berjumpa dengan mereka dan SP13 nampak OKT1 membahagi-bahagikan wang tersebut dengan OKT2. Wang dilihat berupa note nilaian RM100 dan RM50. 28. Selepas disoalsiasat, OKT1 pula telah menunjukkan beberapa tempat di mana wang yang diperolehinya itu telah dibelanjakan kepada pegawai penyiasat iaitu ASP Mhd Fikri bin Talib (SP18). SP14 iaitu ibu kepada SP17 mengecam OKT1 sebagai orang yang dikenalinya dan mengesahkan bahawa OKT1 adalah orang yang telah menghubunginya pada hari kejadian meminta supaya kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada pihak polis. 29. Pada 8.12.2018, OKT3 pula telah dikesan berada dalam penjara Marang kerana terlibat dalam kes jenayah yang lain. Kawad cam telah dibuat ke atas OKT3 dan SP17 telah dapat mengecam OKT3 secara positif. 30. Akibat daripada kejadian culik tersebut dan tangkapan serta maklumat-maklumat yang telah diberikan oleh OKT-OKT, maka ketiga- tiga OKT telah dihadapkan dengan pertuduhan menculik SP17 bagi tujuan mendapatkan wang tebusan.” 11 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Ringkasan Alasan-Alasan Rayuan OKT-OKT [7] Bagi pihak OKT-OKT, para peguambela yang bijaksana telah mengutarakan isu-isu di mana ringkasannya adalah seperti berikut: i. YA HMT dikatakan telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal menimbangkan bahawa terdapat penduaan atau ‘duplicity’ di dalam pertuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap OKT-OKT yang melanggari s 163 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) dan oleh yang demikian, pertuduhan- pertuduhan terhadap OKT-OKT adalah cacat; ii. YA HMT dikatakan telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila telah mensabitkan OKT-OKT dengan bergantung kepada keterangan SP13 yang dihujahkan merupakan rakan sejenayah; iii. YA HMT dikatakan telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mengambil kira bahawa pihak pendakwaaan telah gagal membuktikan tuntutan atau ‘demand’ wang tebusan dibuat sebagaimana takrifan di bawah s 2 Akta 365; iv. YA HMT dikatakan telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mengambil kira kawad cam yang dilakukan oleh pihak polis adalah tidak memuaskan; v. YA HMT dikatakan telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mengambil kira tentang wujudnya percanggahan fakta yang material dalam keterangan SP17 iaitu mangsa, mengenai kecederaan yang dialami olehnya adalah diakibatkan bergaduh 12 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dengan teman lelaki sebagaimana dinyatakan dalam Laporan Perubatan SP17 (Eksibit P116); vi. YA HMT dikatakan telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila tersalah arah dalam meneliti pembelaan-pembelaan OKT-OKT; vii. YA HMT dikatakan telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mengambil kira bahawa pendedahan OKT2 mengenai maklumat dan tunjuk arah yang membawa kepada penemuan kereta MyVi Putih bernombor pendaftaran JLK 8915, Motorsikal 125z bernombor pendaftaran TAX 285 dan tempat- tempat di mana SP17 diculik adalah tidak boleh diterimapakai kerana gagal mematuhi s 16 Akta 365 dan s 27 Akta Keterangan 1950. viii. YA HMT dikatakan telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila tersalah arah dalam membuat dapatan yang tidak berlandaskan keterangan Analisa dan Dapatan Isu pertama [8] Peguambela yang bijaksana yang menimbulkan isu ini telah menghujahkan bahawa terdapat kecacatan dalam pertuduhan- pertuduhan terhadap OKT-OKT kerana terdapatnya penduaan atau ‘duplicity’ dalam pertuduhan-pertuduhan tersebut apabila pihak pendakwaan memasukkan dua perbuatan melarikan dan menahan mangsa secara salah dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan. [9] Peguambela yang bijaksana menghujahkan bahawa perbuatan melarikan dan menahan mangsa secara salah adalah dua kesalahan 13 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang berbeza dan oleh yang demikian perlu dibezakan melalui pertuduhan-pertuduhan yang berasingan. [10] S 163 KTJ dalam bahasa asalnya menyatakan: “163. Separate charges for distinct offences For every distinct offence of which any person is accused there shall be a separate charge, and every such charge shall be tried separately, except in the cases mentioned in sections 164, 165, 166 and 170. ILLUSTRATION A is accused of a theft on one occasion, and of causing grievous hurt on another occasion. A must be separately charged and separately tried for the theft and causing grievous hurt.” [11] “Distinct offences” telah diterangkan dalam Mallal’s Criminal Procedure Sixth Edition di muka surat 2865 seperti berikut: “Distinct offences [6051] When two or more offences are committed and they have no connection with one another, they are distinct offences. The categories of distinct offences are however many. A distinct offence may be distinguished from another offence by one or more of the following characteristics: (i) Difference in time ie. Commission on different occasions; (ii) Place; (iii) Persons aggrieved or injured; (iv) Nature of acts constituting offences under different sections. 14 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Thus, the word ‘distinct’ stresses characteristics that distinguish. Two offences would be distinct if they are not in any way inter- related” [12] Pertamanya, pertuduhan terhadap OKT-OKT hanya melibatkan satu kesalahan yang dinamakan sebagai kesalahan menculik di bawah s 3 Akta 365. S 3 Akta 365 menyatakan: “Whoever, with intent to hold any person for ransom, abducts or wrongfully confines or wrongfully restraints such person shall be guilty of offence and shall be punished on conviction with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, also be liable to whipping.” [13] Fakta dan keterangan di dalam kes di hadapan mahkamah ini menzahirkan bahawa dalam melakukan kesalahan menculik ke atas mangsa iaitu SP17, terdapat dua perbuatan iaitu melarikan dan menahan mangsa SP17 secara salah telah dilakukan oleh OKT-OKT dalam melaksanakan niat bersama mereka di bawah s 34 KK. Fakta dan keterangan dalam kes ini seterusnya menzahirkan bahawa kedua-dua perbuatan tersebut iaitu melarikan dan menahan mangsa SP17 secara salah adalah berkaitan atau ‘inter-related’ di mana perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan dalam satu siri perbuatan yang sangat berkaitan dan bersambungan (continuity of action) yang telah menghasilkan satu transaksi kesalahan yang sama iaitu menculik mangsa dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan. Transaksi yang sama atau ‘same transaction’ telah juga dijelaskan dalam Mallal’s Criminal Procedure Sixth Edition di muka surat 2904 seperti berikut: “Same transaction” [6128] 15 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal The expression ‘transaction’ was defined in Sir James Stephen to mean ‘a group of acts so connected together so as to be referred to by a single name, as a crime, a contract, a wrong or any other subject of enquiry which may be in issue.’ The word is also said to mean ‘carrying through’ and suggests not necessarily proximity in time so much as continuiry of action and purpose. Continuity in this sense is said to refer more to the relationship of cause and effect than to immediate succession in point of time. Be that as it may, in order that a number of acts may be so connected together as to form part of the same transaction within the meaning of this section, proximity of time and place, community of purpose or design and continuity of action are essential elements. To constitute community of purpose, the mere existence of some general purpose or design will not be sufficient. The purpose in view must be something particular and definite.” [14] Ujian sama ada dua atau lebih perbuatan menghasilkan satu transaksi yang sama telah dijelaskan dalam kes Amrita Lal Hazra v Emperor [42 Cal 957] seperti berikut: “It is not possible to frame a comprehensive formula of universal application to determine whether two or more acts constitute the same transaction; but circumstances which must bear on the determination of the question in an individual case may be easily indicated; they are proximity of time, unity or proximity of place, continuity of action and community of purpose.” 16 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [15] Ratanlal&Dhirajlal, dalam The Code of Criminal Procedure (14th Edition, 1992) pula menyatakan: “It is said that the real and substantial test by which to determine whether several offences are so connected as to form the same transaction depends on whether they are so related to one another in point of purpose, or as cause and effect or as principal and subsidiary acts to constitute one continuous action. The fact that offences are committed at different times does not necessarily show that they may not be so connected in one series as to form essentially and strictly the same transaction.” [16] S 165 KTJ seterusnya menyatakan: “Trial for more than one offence 165. (1) If in one series of acts so connected together as to form the same transaction more offences than one are committed by the same person, he may be charged with and tried at one trial for every such offence. (2) If the acts alleged constitute an offence falling within two or more separate definitions of any law in force for the time being by which offences are defined or punished, the person accused of them may be charged with and tried at one trial for each of those offences. (3) If several acts, of which one or more than one would by itself or themselves constitute an offence, constitute when combined a different offence, the person accused of them may be charged with and tried at one trial for the offence constituted by those acts when combined, or for any offence constituted by any one or more of those acts.” 17 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [17] Maka, menggunapakai s 165 (3) KTJ, apabila perbuatan-perbuatan yang dilakukan menghasilkan satu kesalahan (acts constituting one offence) maka OKT-OKT boleh dituduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan. Malahan di bawah s 165 (3) KTJ juga, jika perbuatan- perbuatan yang dilakukan mengakibatkan berlakuknya kesalahan- kesalahan yang berbeza (different offence), dalam keadaan sedemikian juga, OKT-OKT boleh dituduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan untuk kesalahan yang dihasilkan oleh perbuatan-perbuatan tersebut apabila digabungkan. Di dalam Mallal’s Criminal Procedure Sixth Edition di muka surat 2903 penulis telah menerangkan seperti berikut: “Section 165(3) deals with acts constituting one offence, but when combined constitute a different offence. In such a situation, the accused person may be charged with and tried at one trial for the offence constituted by such acts when combined or for any offence constituted by any one or more of such acts.” [18] Adalah perlu untuk ditekankan di sini bahawa isu mengenai penduaan atau ‘duplicity’ ini tidak ada ditimbulkan dalam mana-mana petisyen rayuan OKT-OKT dan tidak ditimbulkan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Namun demikian, setelah meneliti keterangan- keterangan, pembelaan OKT-OKT serta prosiding kes di Mahkamah Tinggi, Mahkamah ini mendapati tidak terdapat kegagalan keadilan (‘failure of justice’) yang mengakibatkan ketidaksahan (‘illegality’) yang berlaku terhadap OKT-OKT akibat dari pertuduhan menculik ke atas mereka. Mahkamah ini mendapati OKT-OKT memahami pertuduhan terhadap mereka dan telah diwakili oleh peguambela-peguambela yang berwibawa serta berupaya mengutarakan pembelaan mereka masing- masing. Atas isu ini, Mahkamah ini mendapati tidak ada ketidakaturan 18 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (irregularity) dalam pertuduhan terhadap OKT-OKT. YA HMT tidak terkhilaf apabila mendapati SP17 telah ditahan dan dilarikan secara salah oleh OKT-OKT dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan penahanan serta pemelarian secara salah itu dilakukan dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan. Isu Kedua [19] Isu yang ditimbulkan seterusnya ialah mengenai SP13 yang dihujahkan bagi pihak OKT-OKT adalah seorang adalah rakan sejenayah atau “accomplice” dan keterangannya tidak boleh diterimapakai. [20] YA HMT juga dihujahkan telah terkeliru mengenai status SP13 sama ada SP13 itu adalah seorang rakan sejenayah atau tidak kerana semasa perbicaraan YA HMT ada menyatakan bahawa bersandarkan pernyataan saksi SP13 beliau adalah seorang rakan sejenayah sedangkan dalam alasan penghakimannya, YA HMT telah menyatakan seperti berikut: “50…..Saya berpendapat SP13 bukanlah rakan sejenayah. Jika beliau termasuk juga dalam kategori tersebut sekalipun, perundangan kini adalah mantap sepertimana diperjelaskan dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737 yang memutuskan:- Section 133 of the Evidence Act 1950 provides: 133. An accomplice shall be a competent witness against an accused person; and a conviction is not illegal merely because it proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice. 19 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal The illustration (b) of s. 114 of the same Act however provides: The court may pressume: (a)... (b) That an accomplice is unworthy of credit unless he is corroborated in material particulars. In Madam Guru & Another v. Emperor [1923] Vol. 24 Cr. LJ 723, it was held that: Under section 133 of the Evidence Act the evidence of an accomplice by itself would be sufficient for the purpose of conviction; but it is a rule of practice founded on experience that in every case where an accomplice has given evidence the court must raise a presumption that he is unworthy of credit unless corroborated in material particulars. Failure to raise that presumption is an error of law. In Yap Ee Kong & Anor v. Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 144 (FC), Raja Azlan Shah CJ (Malaya) (as he then was) had this to say: It is trite law that although an accomplice is a competent witness a conviction is not illegal merely because it proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice. All leading authorities have stated in clear terms that it has long been a rule of practice or rule of prudence which has become virtually equivalent to a rule of law for the judge or jury to be warned of the danger of convicting on the uncorroborated testimony of an accomplice. It is a matter of prudence except where circumstances make it safe to dispense with that there must be corroboration of the evidence of an accomplice. 20 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Regarding the "nature and extent of corroboration ", his Lordship then said: The rules are lucidly expounded by Lord Reading in Baskerville 's case, supra. The rules may be formulated as follows: (1) There should be some independent confirmation tending to connect the accused with the offence although it is not necessary that there should be independent confirmation of every material circumstance; (2) The independent evidence must not only make it safe to believe that the crime was committed but must in some way reasonably connect or tend to connect the accused with it by confirming in some material particular the testimony of the accomplice; and (3) The corroboration must come from independent sources, thus bringing out the rule that ordinarily the testimony of an accomplice would not be sufficient to corroborate that of another. On the same point, the Privy Council, in Dowse v. AttorneyGeneral, Federation of Malaya [1961] 27 MLJ 249 held: 2) evidence, to be corroborative, must be truly probative of the relevant issue; that is, it must positively implicate the accused person and positively show or tend to show the truth of the accomplice's story that the accused committed the offence. A fact which is indifferently consistent with the accomplice's story and the accused's denial of it is neutral and supplies no corroboration. 21 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal On the issue whether corroboration is at all necessary where the evidence of the accomplice is itself "uninspiring and unacceptable ", the then Chief Justice (Malaya) applied the principles enunciated by Lord Morris of BorthyGest in Director of Public Prosecutions v. Hester [1973] AC 296, 315: The essence of corroborative evidence is that one creditworthy witness confirms what another creditworthy witness has said The purpose of corroboration is not to give validity or credence to evidence which is deficient or suspect or incredible but only to confirm and support that which as evidence is sufficient and satisfactory and credible: and corroborative evidence will only fill its role if it itself is completely credible evidence. His Lordship then went on to say: Accordingly the court should first evaluate the evidence of an accomplice and if the same is found uninspiring and unacceptable then corroboration would be futile and unnecessary. The dictum of Lord Hailsham in Director of Public Prosecutions v. Kilbourne [1973] 1 All ER 440 at p. 452 quoted by the learned trial judge at [2001] 3 MLJ at p. 268 is also to the same effect. We do not go so far as to say that Azizan's evidence is "uninspiring and unacceptable " or that all his evidence is not credible. All that we say is that some parts of his evidence are rather doubtful or are inconsistent. So, we would still look for corroborative evidence.” [Penekanan diberikan] 22 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [21] Petikan alasan penghakiman oleh YA HMT di atas jelas menzahirkan bahawa YA HMT akur dengan peruntukan undang-undang tentang keperluan keterangan sokongan sekiranya seorang saksi itu didapati adalah seorang rakan sejenayah. Mahkamah ini mendapati telah berada di minda YA HMT akan keperluan amaran untuk berhati-hati dalam menerima keterangan rakan sejenayah menurut undang-undang. Mahkamah Agung dalam kes Ng Yau Thai v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 214 menyatakan: “The warning as to the danger of convicting on uncorroborated evidence if the prosecution is relying on the testimony of an accomplice does not involve some legalistic ritual to be automatically recited by the trial Magistrate, or that some particular form of words or incantation has to be used and if not used, the judgment is deemed to be faulty and the conviction to be set aside. There is no magic formula and no set words which must be adopted to express the warning. Rather must the good sense of the matter be expounded with clarity and in the setting of a particular case…” [22] Sepertimana yang dinyatakan terdahulu, YA HMT dalam alasan penghakimannya berpendapat bahawa SP13 bukanlah seorang rakan sejenayah. Mahkamah ini mengambi maklum bahawa walaupun semasa perbicaraan sedang berjalan, YA HMT ada menyatakan bahawa SP13 adalah seorang rakan sejenayah, adalah penting untuk diingatkan bahawa ketika itu, SP13 belum selesai memberikan keterangannya dan tidak menjadi kekhilafan untuk YA HMT kemudiannya mendapati SP13 sebagai bukan rakan sejenayah setelah selesai semua saksi-saksi memberikan keterangan dan untuk YA HMT menilai kembali kesemua 23 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keterangan-keterangan yang dikemukakan. Adalah juga jelas bahawa YA HMT akur dengan keperluan undang-undang bahawa keterangan daripada rakan sejenayah perlu disokong. Ini jelas dilihat daripada dapatan YA HMT dalam alasan penghakimannya seperti berikut: “51. Sepertimana yang telah diperjelaskan awal tadi, saya dapati SP13 merupakan seorang saksi yang boleh dipercayai dan tidak tergugat dek apa-apa pemeriksaan balas oleh kesemua peguambela OKT-OKT. Saya menerima keterangannya dan saya berpendapat keadaan dalam kes ini memberi kewajaran untuk saya menerima keterangannya walaupun tanpa keterangan sokongan. Bagaimanapun dalam kes ini, jika keterangan sokongan diperlukan, terdapat keterangan sedemikian antaranya;- i. SP13 menyatakan OKT1 dan OKT2 telah membuat pemantauan di tempat kejadian di Simpang Tiga Kampung Pisang dan kejadian culik tersebut disahkan benar-benar berlaku di tempat mereka membuat pemantauan tersebut oleh SP17, SP14 dan SP10; ii. SP13 menyatakan pemantauan dibuat di tempat kejadian dengan menggunakan kereta MyVi putih milik OKT2 dan kejadian culik melibatkan kereta MyVi putih yang sama dirampas daripada OKT2. SP17 dan SP13 camkan kereta tersebut; iii. Keterangan SP13 yang mengatakan Nampak OKT2 membawa beg berisi wang pada jam 2.00 pagi turut disahkan oleh SP17 yang Nampak OKT2 membawa beg yang dikatakan mengandungi wang tebusan pada jam 1.30 pagi hari yang sama; 24 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal iv. Kejadian culik itu dikatakan oleh SP17 berakhir pada jam 1.30 pagi mengesahkan pengakuan OKT2 kepada SP13 pada jam 2.00 pagi bahawa dia telah melakukan culik ke atas seorang Perempuan; v. Cerita SP12 bahawa OKT2 membawa wang RM50,000.00 untuk disimpan olehnya yang terdiri daripada wang kertas bernilai RM100 dan RM50 telah menyokong dakwaan SP13 bahawa OKT1 dan OKT2 telah membahagikan wang tebusan yang terdiri daripada wang kertas RM100 dan RM50; vi. SP7 yang telah menangkap SP13 [sic] dan OKT1 di masjid mengesahkan cerita SP13 bahawa beliau dan OKT1 melarikan diri dengan menumpang di masjid-masjid; 52. Memandangkan adanya keterangan dan fakta yang menyokong keterangan SP13, maka sewajarnya keterangan SP13 diterima oleh saya.” [23] Di peringkat ini, adalah penting untuk Mahkamah juga ini menentukan sama ada SP13 adalah seorang rakan sejenayah. Untuk tujuan itu, Mahkamah ini meneliti prinsip-prinsip berkaitan keterangan rakan sejenayah. [24] Pertamanya, s 133 Akta Keterangan 1950 (“AK”) memperuntukkan: “Accomplice 133. An accomplice shall be a competent witness against an accused person; and a conviction is not illegal merely because 25 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal it proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice.” [25] Manakala s 114 AK illustrasi (b) memperuntukkan: “The court may presume – …. (b) that an accomplice is unworthy of credit unless he is corroborated in material particulars;” [26] Prinsip-prinsip yang diterimapakai mengenai rakan sejenayah ialah: (i) Rakan sejenayah adalah seorang yang telah mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan. Dia adalah parti[cep]s criminis: seperti mana yang diputuskan oleh Agustine Paul JCA (ketika itu) dalam kes Hacharan Singh & Anor v Public Prosecutor [2005] 1 MLJ 593 (CA); lihat juga Re Soo Leot; Kuan Ted Fatt, and (1) Namasiyam (2) Rajindran (34) Goh Chin Peng, dan (4) Ng Ah Kiat v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 336; dan (ii) Apabila seorang itu memainkan peranan yang aktif dalam melakukan kesalahan, keterangannya perlulah disokong. Tetapi, sekiranya dia hanya memainkan peranan yang pasif, maka keterangannya boleh diterima dengan amaran biasa mengenai keperluan keterangan sokongan (lihat Harcharan Singh, per Augustine Paul JCA muka surat 601 para 7). [27] Atas isu yang sama dan dalam kes Harcharan Singh v PP (supra), seorang saksi iaitu PW9 dalam kes tersebut telah didapati oleh 26 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah adalah seorang rakan sejenayah. Mahkamah mendapati PW9 adalah orang yang telah membantu dalam melonggarkan ikatan tali di leher si mati. PW9 juga telah membantu membawa mayat si mati ke dalam ‘boot’ kereta dan apabila kereta yang membawa mayat si mati berhenti PW9 dan tertuduh kedua dalam kes tersebut telah membawa dan membuang mayat si mati. Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut mendapati bahawa PW9 bukanlah memainkan peranan yang pasif tetapi seorang yang ‘active accessory after the fact’. Maka keterangannya dikategorikan sebagai keterangan rakan sejenayah. [28] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini, keterangan yang dkemukakan oleh pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi adalah seperti berikut: i. SP13 tidak terlibat dalam perbuatan melarikan dan menahan SP17; ii. Pada awalnya SP13 tidak tahu bahawa OKT1 dan OKT2 hendak melakukan perbuatan tersebut sehinggalah dia diberitahu oleh OKT2 sewaktu dia mengambil OKT2 pada jam 2 pagi; iii. SP13 menerima sebahagian dari wang tebusan yang diterima daripada OKT1 hanya selepas kejadian melarikan dan menahan SP17 yang dilakukan oleh OKT2 dan OKT3 dan iv. OKT1 telah mengajak SP13 untuk melarikan diri selepas kejadian penculikan ke atas SP17 [29] Bersandarkan fakta dan keadaan yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan semasa perbicaraan, Mahkamah ini mendapati penglibatan SP13 adalah berbeza dengan peranan aktif yang dimainkan oleh PW9 27 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam kes Harcharan Singh v PP (supra). Mahkamah ini mendapati SP13 bukanlah ‘accessory after the fact’ dan dia bukanlah seorang ‘parti[cep]s criminis’ dan bukanlah seorang rakan sejenayah. Oleh yang demikian YA HMT tidak terkhilaf apabila membuat penilaian di akhir kes pendakwaan bahawa SP13 bukanlah rakan sejenayah dan keterangan SP13 boleh diterima walaupun tanpa keterangan sokongan. [30] Oleh hal yang demikian, Mahkamah ini mendapati YA HMT tidak terkhilaf dalam menerima keterangan SP13 yang disokong oleh keterangan saksi-saksi pendakwaan yang lain walaupun keterangan SP13 boleh berdiri dengan sendirinya tanpa keperluan keterangan sokongan. Isu Ketiga [31] Isu yang ditimbulkan seterusnya ialah mengenai tuntutan atau ‘demand’ wang tebusan sebagaimana takrifan di bawah s 2 Akta 365 yang dikatakan gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [32] Peguambela yang bijaksana bagi pihak OKT2 menghujahkan bahawa YA HMT telah terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa ketiadaan rekod panggilan atau perhubungan telefon antara OKT-OKT dan wang tebusan dirampas daripada OKT-OKT adalah tidak penting dan tidak menjejaskan kes pendakwaan. Secara khususnya, peguambela yang bijaksana menghujahkan ketiadaan rampasan dan maklumat panggilan dan perbualan telefon bimbit kepunyaan OKT-OKT yang dapat membuktikan tuntutan atau ‘demand’ untuk wang tebusan dibuat adalah ‘fatal’ kepada kes pendakwaan kerana maklumat daripada telefon-telefon bimbit ini lah merupakan ‘direct evidence’ yang boleh membuktikan tuntutan atau ‘demand’ untuk wang tebusan ada dibuat oleh OKT-OKT. 28 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [33] Selain itu adalah juga menjadi hujahan bagi pihak OKT2 bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil Encik Liew Ah Yik yang dikatakan telah menyerahkan sejumlah wang RM400,000.00 sebagai wang tebusan yang dibangkitkan oleh pegawai penyiasat SP18 dalam pernyataan bertulisnya telah menimbulkan lompang yang serius dan ‘fatal’ kepada kes pendakwaan dan oleh itu, anggapan di bawah s 114 (g) AK adalah terpakai. [34] Mahkamah ini mendapati tiada kekhilafan dalam dapatan YA HMT mengenai isu ini. YA HMT telah membuat penemuan fakta seperti berikut: “Elemen (b): Penahanan dan pemelarian secara salah itu dilakukan dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan 40. Berdasarkan fakta yang telah dikemukakan oleh saksi- saksi pihak pendakwaan, didapati banyak keterangan yang menunjukkan bahawa elemen ini telah Berjaya dibuktikan. Harus dinyatakan bahawa apa yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan ialah perbuatan-perbuatan di atas dilakukan dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan (sepertimana yang ditakrifkan dibawah Seksyen 2 Akta Culik 1961). Sama ada wang tebusan itu diberikan atau tidak didapatkan semula setelah diberikan tidak relevan dan tidak menjejaskan kes pendakwaan. Namun kehadiran keterangan sedemikian dapat memantapkan penemuan akan wujudnya niat tersebut. Sepertimana dibentangkan di atas, yang saya menerima sebagai penemuan fakta, SP14 yang merupakan ibu SP17 dalam keterangannya di Mahkamah telah menyatakan bahawa pada waktu pagi tarikh 23.1.2017, beliau telah menerima panggilan telefon daripada SP17 29 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal memberitahu dirinya diculik dan meminta supaya SP14 menyediakan wang sebanyak RM500,000.00 untuk membebaskannya setelah diarahkan oleh penculiknya. Perkara ini turut diakui oleh SP15 selaku majikan kepada SP17 yang telah menerima panggilan telefon daripada SP17 dan telah bercakap dengan OKT2 melalui panggilan telefon tersebut. SP15 telah diminta untuk menyediakan wang tebusan dan hasil rundingan SP15 dengan OKT2, nilai wang tebusan diturunkan kepada RM400.000.00. 41. Wang tebusan RM400,000.00 itu telah Berjaya dikeluarkan oleh SP15 daripada pihak bank dengan bantuan rakan kontraktor Bernama Mohd Radhi bin Abdullah dengan mengeluarkan wang Syarikat Cass Hartamas Sdn Bhd. Rekod pengeluaran wang ditunjukkan secara dokumen dan disahkan oleh SP15 termasuk SP17 sebagai pengarah Syarikat tersebut. Kemudiannya, atas arahan penculik wang tersebut telah dibawa oleh SP16 yang merupakan pekerja kepada SP15 ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan selepas melepasi simpang Ajil di Hulu Terengganu, SP16 telah mencampakkan wang tebusan itu dari atas LPT ke bawah jambatan yang berada di LPT tersebut. Selepas segala arahan dan pembayaran telah dibuat sepertimana diarahkan, dan sepertimana yang dijanjikan oleh penculik, SP17 akhirnya dibebaskan dengan cara ditinggalkan di sebuah kedai nama Shoppe yang berada di Hulu Terengganu. Saya menerima keterangan SP14, SP17, SP15, SP16 dan fakta primer di atas bukan sahaja menunjukkan adanya permintaan dan pembayaran wang tebusan dibuat malahan 30 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal siratan yang tidak boleh disangkal akan niat penahanan SP17 adalah bagi tujuan mendapatkan wang tebusan. 42. Dalam hal ini juga terdapat keterangan sokongan lain. Keterangan daripada SP14, SP15 dan SP16 jelas menyokong keterangan SP17 akan hakikat niat penahanan dan pemelarian SP17 adalah bagi tujuan mendapatkan wang tebusan. Tertakluk kepada Analisa yang berkaitan di bawah ini, saya menerima juga keterangan mereka dalam memantapkan pembuktian elemen ini. 43. Kesemua peguambela OKT-OKT mempersoalkan pembuktian elemen ini. Pembelaan berhujah bahawa pendakwaan telah gagal mengemukakan apa-apa dokumen yang boleh menunjukkan wang tebusan itu wujud kerana tiada salinan photostat wang dan nombor siri wang tersebut direkodkan oleh pihak polis sebelum wang itu diserahkan kepada penculik. Peguambela juga mendesak Mahkamah agar menggunakan peruntukan Seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 kerana kegagalan pendakwaraya dalam memanggil kontraktor yang membantu SP15 mengeluarkan wang tersebut iaitu penama Mohd Radhi bin Abdullah. Selain itu, kegagalan wang tersebut dijumpai dalam milikan mana- mana OKT menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. 44. Saya telah mempertimbangkan penghujahan tersebut dan saya dapati factor-faktor yang dipertegaskan itu tidak menjejaskan kes pendakwaan. Seperti dinyatakan di atas, apa yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan ialah perbuatan tersebut dilakukan dengan niat untuk mendapatkan tebusan. Atas dasar penerimaan keterangan saksi-saksi pendakwaan 31 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal di atas, terdapat cukup keterangan untuk membuktikan kewujudan atau siratan (inference) niat tersebut. Hakikat wang tidak dibayar, dan jika dibayar, tidak dapat dijumpai tidak mempunyai kesan pemutus memandangkan kepintaran untuk mengurus wang salah seperti ini tidak mengenal batasan. Lebih-lebih lagi jika pengesanan dan penangkapan mereka yang terlibat menculik dan menerima wang tebusan itu mengambil masa yang lama yang memungkinkan pelupusan wang tebusan itu dengan amat licik sekali. Untuk menerima hujahan peguambela bahawa wang itu penting untuk dijumpai pada mana-mana OKT akan menjadikan pembuktian kesalahan begini amat sukar dan tidak munasabah sama sekali. Sebenarnya, keadaan yang dilalui oleh SP15 dilihat membimbangkan kerana dalam masa yang amat singkat dia perlu untuk mencari dan menyerahkan wang yang begitu besar jumlahnya bagi menyelamatkan SP17. Dalam keadaan ini, adalah munasabah wang tersebut tidak diserahkan terlebih dahulu kepada pihak polis untuk diambil gambar dan direkodkan nombor sirinya sebagaimana saranan peguambela. Berkenaan saksi Bernama Mohd Radhi yang tidak dipanggil itu pula, peranannya dilihat tidak material dan saksi itu telahpun ditawarkan oleh pendakwaan kepada pembelaan. Oleh itu, Seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 tidak terpakai. Dalam apa-apa jua keadaan pun, terdapatnya keterangan lain yang dengan jelas membuktikan elemen ini.” 32 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [35] YA HMT seterusnya mendapati: “53…..Dicatatkan penangkapan kesemua OKT dibuat beberapa bulan selepas kejadian. Oleh sebab itu, tiada wang tebusan yang berjaya dirampas daripada mereka. Pada masa yang sama, terdapat cukup keterangan yang menunjukkan bahawa wang tebusan ini telah diambil oleh OKT2 setelah beg yang dikatakan berisi duit telah dibawa olehnya semasa dan selepas kejadian. Tidak boleh diketepikan juga hakikat bahawa terdapat pemberian wang tunai yang mencurigakan dalam jumlah yang besar kepada saksi SP12 dan SP13 semasa kejadian culik ini berlaku. Malah, OKT1 membawa dan menunjukkan kepada pihak polis perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dibaut dengan wang tebusan tersebut. Selain itu terdapat pengakuan daripada OKT2 kepada SP13 bahawa OKT2 telah menculik SP17 sebaik sahaja setengah jam selepas SP17 dibebaskan. Berdasarkan prinsip yang mendasari Seksyen 34 Kanun Keseksaan, saya berpendapat kesemua OKT telah melakukan perbuatan dalam melaksanakan niat bersama mereka. Dalam konteks ini hujahan ketiadaan rekod perhubungan melalui telefon antara OKT-OKT dikemukakan, kelemahan pada prosedur kawad cam jika ada, ketiadaan wang tebusan dirampas daripada OKT-OKT adalah tidak penting dan tidak menjejaskan isu ini.” [36] Mahkamah ini mendapati tidak ada sebab untuk mengusik dapatan YA HMT. Terdapat keterangan yang ‘overwhelming’ berkaitan dengan tuntutan atau ‘demand’ untuk wang tebusan di dalam kes ini. Ketiadaan keterangan seperti maklumat rekod panggilan dan komunikasi telefon, 33 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal rekod atau dokumen seperti salinan fotostat wang dan ketiadaan nombor siri wang tebusan oleh pihak polis tidak menjejaskan kes pendakwaan. Malahan sekiranya ada sekalipun dokumen-dokumen tersebut hanyalah merupakan keterangan sokongan sahaja. Keterangan saksi-saksi pendakwaan sepertimana yang dihuraikan oleh YA HMT dalam alasan penghakimannya adalah mencukupi bagi membuktikan niat OKT-OKT melarikan dan menahan SP17 adalah untuk mendapatkan wang tebusan. [37] Secara keseluruhannya, dapatan fakta oleh YA HMT mengenai dua elemen utama kesalahan iaitu penculikan dan permintaan wang tebusan adalah mantap dan tidak wajar diusik oleh Mahkamah ini. Isu Keempat [38] Isu keempat ialah mengenai kawad cam di mana YA HMT dikatakan telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mengambil kira kawad cam yang dilakukan oleh pihak polis adalah tidak memuaskan. [39] Isu ini juga telah dipertimbangkan oleh YA HMT dalam alasan penghakimannya seperti berikut: “Elemen (c): Kesemua OKT telah melakukan perbuatan- perbuatan tersebut dalam melaksanakan niat bersama mereka di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 45. Peguambela dalam mencabar pembuktian elemen ini telah menghujahkan bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan isu identity kesemua OKT dengan jelas dan tanpa keraguan. Ini kerana OKT2 dan OKT3 mempertikaikan kawad cam yang dikatakan dibuat terhadap mereka dengan mengatakan kawad cam yang dilakukan tidak mengikut 34 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal prosedur yang sewajarnya. Walaupun begitu, saya berpendapat bahawa pengecaman SP17 terhadap OKT2 dan OKT3 semasa kawad cam bukan merupakan pengecaman identity dan paras rupa yang mutlak kerana SP17 dapat membuat pengecaman yang positif ke atas mereka yang berada di kendang tertuduh semasa perbicaraan. Pengecaman dalam Mahkamah adalah keterangan utama dan pengecaman semasa kawad cam adalah keterangan sokongan sahaja (rujuk kes Arumugam s/o Muthusamy v Public Prosecutor [1998] 3 MLJ 73 dan kes Ong Poh Cheng v Public Prosecutor [1998] 4 CLJ 1). Manakala bagi OKT1 pula, beliau memang dikenali oleh SP17 dan SP14 yang tinggal sekampung dengan mereka. SP13 turut mengecam OKT1 kerana bekerja dengannya. Oleh itu, tidak timbul isu pengecaman identiti melibatkan OKT1. Sehubungan dengan itu, saya dapati bahawa hujahan peguambela tidak bermerit dan pihak pendakwaaan telah dengan jelas berjaya membuktikan elemen ini. 46. SP17 dalam keterangannya dengan jelas telah dapat mengecam OKT2 kerana semasa OKT2 menahan, menangkap dan membawanya lari menggunakan kereta MyVi putih tersebut, OKT2 tidak memakai topeng penutup atau penutup muka. Walaupun pada pertengahan perjalanan semasa SP17 dilarikan, muka SP17 ada ditutup dengan kain, namun kemudiannya penutup itu dialihkan dan SP17 dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku dan di mana dia berada. Menurut SP17 , OKT2 adalah orang yang berperanan menangkapnya, membawanya masuk ke dalam kereta MyVi, mengawalnya semasa berada di dalam kereta 35 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal MyVi, memintanya menghubungi SP14 dan SP15 untuk meminta wang tebusan, merampas dan menggunakan telefonnya untuk berhubung dengan SP15, membawa beg yang mengandungi wang tebusan, memberinya wang RM20.00 dan mengarahkan OKT2 menghantarnya ke kedai shoppe untuk dibebaskan. Dalam keadaan keterangan dan fakta yang dibuktikan serta siratan yang jelas, tidak ada syak atau keraguan ke atas keterangan SP17 dalam mengecam OKT2 sebagai salah seorang yang meculiknya. 47. Keadaan yang sama dilihat berlaku melibatkan pengecaman SP17 terhadap OKT3 kerana OKT3 tidak memakai topeng atau penutup muka semasa kejadian. Malah, dalam tempoh lebih 17 jam SP17 dibawa lari itu, OKT3 banyak kali bersemuka dan berinteraksi dengan SP17. Menurut SP17, OKT3 adalah orang yang berperanan mengawal SP17, memandu kereta semasa SP17 dilarikan ke beberapa tempat, bertanyakan SP17 sama ada ingin makan atau minum, memberikan SP17 makanan dan minuman memberitahu SP17 bahawa wang tebusan telah diperolehi dan menunggang motosikal bersama SP17 pergi ke kedai Shoppe untuk meninggalkan SP17 di situ. Berdasarkan penjelasan SP17 yang penuh yakin ini dengan dilihat pada demeanournya semasa memberi keterangan dan pengecamannya terhadap OKT3 di kendang tertuduh, saya berpendapat kejadian-kejadian yang dilihat dan diceritakan oleh SP17 ini adalah mencukupi untuk SP17 membuat pengecaman ke atas OKT3 bahawa OKT3 adalah salah seorang yang telah terlibat menahan dan melarikan SP17 (rujuk kes Dato’ Mokhtar bin Hashim v Public Prosecutor 36 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [1983] 2 MLJ 232; kes Raymond Turnbull & Ors [1976] Cr App R 132; kes Public Prosecutor v Basar [1965] 1 MLJ 75 dan kes Muharam bin Anson v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 222). Justeru itu, tidak ada sebab untuk saya mempertikaikan pengecaman ke atas OKT2 dan SP17. Sehubungan dengan itu saya dapati isu yang ditimbulkan oleh pihak peguambela berkenaan pengecaman OKT3 oleh SP17 ini juga adalah tidak bermerit dan tidak menjejaskan kes pendakwaan dalam isu ini. 48. Manakala berkenaan dengan keterangan terhadap OKT1, SP14 dengan jelas menerangkan bahawa OKT1 telah cuba menghalang SP14 daripada membuat laporan polis dengan cara menghubunginya dan memintanya tidak berbuat demikian. Tindakan OKT1 ini menunjukkan perkaitan beliau dengan kejadian culik yang berlaku ke atas SP17. Tambah menguatkan lagi keterangan ke atas OKT1 termasuk OKT2, kawan mereka SP13 telah menunjukkan kepada Mahkamah berkenaan perancangan OKT1 dan OKT2 dalam menculik SP17. Rancangan mereka bermula dengan tinjauan yang dibuat di tempat kejadian. SP17 diculik sehari sebelum kejadian itu berlaku yang mana SP13 diarahkan bertindak sebagai pemandu kereta. Kemudian OKT1 dikatakan memberikan nombor pendaftaran kenderaan kepada SP13 dan mengarahkan SP13 memberikannya kepada OKT2. SP13 juga diarahkan untuk memberi sebuah telefon bimbit kepada OKT2. Keesokan harinya, SP13 diminta untuk mengambil OKT2 di Hulu Terengganu bersama sebuah beg berisi wang tebusan dan pergi ke Dungun. Pada waktu ini, OKT2 memberitahu SP13 37 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bahawa beliau baru sahaja menculik seorang Perempuan untuk mendapatkan wang tebusan. Ketika berada di Dungun, SP13 melihat OKT1 datang dan membahagikan wang itu bersama OKT2. OKT1 turut memberikan wang sebanyak RM60,000.00 kepada SP13 sebagai upah. Seterusnya apabila mendapat tahu OKT2 ditangkap, OKT1 telah mengajak SP13 melarikan diri dan hidup secara berpindah randah di rumah sewa di Kuantan dan menumpang di masjid- masjid sehingga kemudiannya mereka ditangkap ketika berada di sebuah masjid. 49. Keterangan SP13 sepertimana dibentangkan di atas juga menunjukkan penglibatan OKT1 dan OKT2 dengan cukup jelas dan teratur. Bagi peringkat-peringkat tertentu OKT1 dan OKT2 dilihat telah mempergunakan orang-orang tertentu untuk melaksanakan perancangan mereka. Terdapat juga pengakuan OKT2 kepada SP13 tentang perbuatan penculikan ini.” [40] Dapatan fakta melalui keterangan-keterangan yang telah diperincikan oleh YA HMT tersebut di atas adalah satu dapatan yang cukup jelas terutama sekali mengenai pengecaman dan identiti OKT- OKT. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan fakta YA HMT tersebut di atas. Mahkamah Rayuan dalam kes Suhaimi bin Alias v Public Prosecutor [2023] 6 MLJ 436 yang merupakan satu kes culik telah memutuskan mengenai ‘dock identification’ seperti berikut: “[21] We would agree that dock identification by an eyewitness is strengthened by a previous successful identification during an identification parade that is held soon after the incident in question. We would also agree that a 38 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal conviction that is based on the dock identification for the first time by a solitary witness without any other evidence to support it is not safe. [22] However, it has been held by eminent authorities that dock identification does not lose its probative value completely merely because of the absence of successful identification in a prior identification parade. Dock identification can be corroborated and rendered credible by other evidence to support it. It all depends on the overall evidence tendered by the prosecution. [23] In Ong Poh Cheng v Public Prosecutor [1998] 4 MLJ 8; [1998] 4 CLJ 1, the Court of Appeal accepted the dock identification of a witness and said as follows: Generally speaking, an identification at an identification parade, held usually a short time after the incident, would tend to strengthen the prosecution’s case but it does not follow that the lack of it would be fatal, or would destroy a court or dock identification. It must necessarily depend on the facts and circumstances of each particular case. Unlike in the case of Arumugam s/o Muthusamy v Public Prosecutor [1998] 3 MLJ 73 where the court relied solely on the dock identification, the present case there are other cogent evidence to put the appellant at the scene of the robbery. The court’s identification was merely to confirm this. On the facts and circumstances of this case, the court or dock identification of the appellant was rightly accepted. (Emphasis added.) [24] In the instant case, the prosecution did not solely rely on the dock identification of the appellant by Arinawati and 39 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahadi Hassan alone. The prosecution also relied on the crucial evidence of one of the victims and the raiding officer to prove the involvement of the appellant in the kidnapping. Gholam testified that the appellant was one of the three accused persons who abducted him and the other two victims from the minimarket in question. He successfully identified him at the identification parade and during the trial. His identification evidence must be considered to be of high quality as it was not based on a fleeting glimpse of the appellant. The appellant had conversed with him in the minimarket for a while before taking him away to be confined in a hotel room. Gholam also said that the appellant had placed a blindfold on him in the car. When the blindfold was removed after being rescued by the police, Gholam saw the appellant in the hotel room. [25] The raiding officer (‘SP6’) gave evidence that he found the appellant in the hotel room in question where the kidnap victims were confined. The appellant was by the door when it was forced open. Although, the appellant said in his evidence that he was brought to the room by the police, the trial judge accepted the evidence of the raiding officer. In the premises, this is not a case where the identification of an accused person is based solely on the dock identification of a solitary witness. The dock identification of Arinawati and Mahadi Hassan is clearly supported by the evidence of Gholam and the raiding officer. In the premises, the learned High Court judge was not wrong to give weight to the dock identification. Only after considering the evidence of Gholam and that of the raiding officer (‘SP6’), the learned High Court judge accepted 40 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal the dock identification by Arinawati and Mahadi Hassan of the appellant. In the premises, we find no merit in the ground of appeal raised in the petition of appeal that the prosecution witnesses failed to identify the appellant as one of the three kidnappers.” [41] Dalam kes ini, fakta bahawa SP17 berada bersama OKT2 dan OKT3 selama lebih kurang 17 jam dan telah berinteraksi dengan kedua- dua OKT2 dan OKT3 mengukuhkan pengecaman OKT2 dan OKT3 oleh SP17 sepertimana dapatan YA HMT. Pengecaman SP17 terhadap OKT2 dan OKT3 semasa kawad cam bukan merupakan pengecaman identiti dan paras rupa yang mutlak kerana SP17 dapat membuat pengecaman positif ke atas mereka yang berada di kandang tertuduh semasa perbicaraan. OKT1 pula memang dikenali oleh SP17 dan SP14 yang tinggal sekampung dengan mereka. Pengecaman ke atas OKT1 telah diperkukuhkan lagi dengan keterangan SP13 yang bekerja dengan OKT1 di mana SP13 telah melalui OKT1 menerima upah berbentuk wang RM60,000.00 hasil dari wang tebusan yang diperolehi melalui penculikan SP17. SP13 dan OKT1 telah melarikan diri dan tinggal di beberapa tempat sebelum ditangkap di sebuah masjid. [42] Mahkamah ini berpuas hati bahawa tidak terdapat sebarang keraguan yang munasabah mengenai pengecaman OKT-OKT sebagai orang-orang yang telah terlibat secara bersama melakukan kesalahan menculik SP17. Isu Kelima [43] Isu yang seterusnya ialah mengenai wujudnya percanggahan fakta yang dikatakan material dalam keterangan SP17 mengenai kecederaan 41 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang dialami olehnya. Dalam Laporan Perubatannya (Eksibit P116) SP17 telah memaklumkan kepada doktor yang merawatnya bahawa kecederaan yang dialaminya adalah diakibatkan bergaduh dengan teman lelakinya. Manakala dalam keterangannya di Mahkamah, SP17 menyatakan bahawa dia telah mengalami kecederaan semasa dia dibawa lari dalam kereta yang dipandu oleh salah seorang OKT. [44] Mahkamah ini mendapati percanggahan fakta yang dikatakan tersebut bukanlah satu percanggahan yang mencalar kredibiliti SP17. SP17 telah menerangkan bahawa dia tidak mahu menghebohkan kes culik ke atasnya untuk menjaga maruahnya dan oleh itu telah menyatakan kecederaan yang dialaminya adalah akibat bergaduh dengan teman lelakinya kepada doktor semasa dia dibawa untuk pemeriksaan di hospital. [45] Atas isu ini juga seorang lagi saksi SP14 iaitu ibu kepada SP17 juga dikatakan memberikan keterangan yang meragukan bilamana SP14 dalam keterangannya menyatakan bahawa OKT1 telah menelefonnya pada hari kejadian dan telah meminta agar SP14 tidak membuat laporan polis. Semasa membuat laporan polis SP14 tidak ada menyatakan mengenai OKT1 yang telah menelefonnya semasa dia dalam perjalanan ke balai polis. Namun demikian, SP14 telah menjelaskan dalam keterangan semasa disoal semula bahawa dia tidak berbuat demikian kerana pada ketika itu dia tidak pasti mengenai penglibatan OKT1 dalam kejadian culik anaknya SP17 semasa membuat dia laporan polis. [46] Adalah tidak dapat dinafikan percanggahan dan/atau ketidakselarasan (discrepancies and/or inconsistencies) dalam keterangan saksi-saksi di mahkamah sememangnya berlaku. 42 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Walaubagaimanapun, Mahkamah ini berpendapat bahawa telah menjadi prinsip undang-undang yang lunas iaitu apabila seorang hakim bicara telah membuat satu dapatan atau kesimpulan mengenai kebolehterimaan atau kebolehpercayaan saksi-saksi di mana hakim bicara tersebut mempunyai kelebihan audio visual dalam meneliti ‘demeanour’ saksi- saksi tersebut Mahkamah yang mendengar rayuan tidak boleh mengusik dapatan hakim kecuali Mahkamah yang mendengar rayuan benar-benar yakin dapatan hakim bicara itu adalah salah. [47] Prinsip undang-undang mengenai penilaian mengenai keterangan saksi boleh diperolehi dalam penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Lee Kwai Heong & Anor v PP [2006] 1 CLJ 1043 di mana dinyatakan: “[16] In respect of the contention that the learned trial judge erred in his assessment of the evidence of PW7 and accepting him as a witness of truth, with respect, we are of the view that it is a settled principle of law that 'where the judge at the trial has come to a conclusion upon the question which of the witnesses, whom he has seen and heard, are trustworthy and which are not, he is normally in a better position to judge of this matter than the appellate tribunal can be; and the appellate tribunal will generally defer to the conclusion which the trial Judge has formed' and if an appeal is 'from the decision of a trial Judge based on his opinion of the trustworthiness of witnesses whom he has seen,' an appellate court 'must, in order to reverse, not merely entertain doubts whether the decision below is right, but be convinced that it is wrong'. (See: Powell and Wife v. Streatham Manor Nursing Home [1935] AC 243; AD Caldeira v. FA Gray [1934] CLJU 5; [1934] 1 LNS 5; [1936] MLJ 137 PC; Loh Shak Mow 43 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal v. Public Prosecutor [1986] CLJU 47; [1986] 1 LNS 47; [1987] 1 MLJ 362 (also [1986] SLR 358)” [48] Mahkamah ini telah meneliti keterangan-keterangan yang telah dikemukakan semasa perbicaraan dan mendapati YA HMT telah membuat dapatannya berlandaskan keterangan saksi-saksi secara keseluruhannya dan telah menilai keterangan saksi-saksi tersebut selaras dengan kehendak dan sepertimana ditakrifkan oleh undang- undang. Isu Keenam [49] Peguambela-peguambela seterusnya menimbulkan isu bahawa YA HMT telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila tersalah arah dalam meneliti pembelaan OKT-OKT. [50] YA HMT juga telah dihujahkan telah terkhilaf dalam mengaplikasikan ujian maksima di peringkat pembelaan sedangkan di peringkat pembelaan ujiannya ialah sama ada OKT-OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [51] Di peringkat pembelaan, YA HMT jelas menyatakan bahawa dalam membuat penilaian terhadap kes pembelaan, Mahkamah tidak boleh mensabitkan OKT-OKT atas pertuduhan sungguhpun versi pembelaan tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diterima. OKT-OKT hanya boleh disabitkan sekiranya versi pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kebenaran kes pendakwaan. Di peringkat ini juga, tidak menjadi kesalahan untuk YA HMT menilai semula keterangan prima facie yang telah dibuktikan terhadap OKT-OKT dengan mengambil kira keterangan saksi-saksi pembelaan sebelum memutuskan 44 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT-OKT di luar keraguan yang munasabah kerana beban pembuktian kebersalahan OKT-OKT sepanjang masa terletak di atas bahu pihak pendakwaan (lihat kes Mohammad Radhi bin Yaakob v PP [1991] 1 CLJ 311; Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85; PP v Mohd Amin bin Mohd Razali & Ors [2002] 5 CLJ 281) Mahkamah ini mendapati ujian yang betul telah diaplikasikan oleh YA HMT dalam membuat penilaian dan dapatannya di peringkat pembelaan. [52] Mahkamah ini juga bersetuju dengan dapatan YA HMT bahawa setelah menilai pembelaan dan keterangan OKT-OKT, pembelaan mereka kesemuanya adalah pembelaan alibi di mana OKT-OKT mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dalam penculikan ke atas SP17 kerana mereka sedang melakukan kerja-kerja di tempat lain atau berada di tempat lain. [53] Secara ringkasnya, pembelaan OKT1 ialah dia ada membuat rondaan bersama OKT2 dan SP13 di sekitar Tepoh untuk melihat projek dan menafikan rondaan dibuat bertujuan untuk membuat perancangan menculik SP17. Menurut OKT1, OKT2 dibawa meronda bersamanya dan SP13 kerana OKT2 merupakan pemandu lori yang selalu membekalkan pasir, batu kasar, kayu dan lain-lain. OKT1 juga menafikan bahawa pembelian mesin menggaul simen, kon membuat pagar dan membaiki kedai adalah menggunakan wang tebusan dan menafikan wang yang diberikan kepada SP13 adalah hasil wang tebusan. Menurut OKT1, dia telah menang wang loteri ekor haram sebanyak RM420,000.00 dan telah membahagikan kepada SP13 dan OKT2 kerana mereka banyak membantunya. 45 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [54] OKT2 juga dalam pembelaannya menafikan penglibatannya dalam penculikan SP17 dan menyatakan dia tidak mengenali SP17. Menurut OKT2 dia tidak ingat di mana dia berada pada tarikh kejadian kerana kejadian telah lama berlaku dari tarikh dia ditangkap. OKT2 juga menyatakan lagi bahawa wang RM50,000.00 yang diserahkan kepada SP12 untuk disimpan adalah wang hasil jualan tanah oleh bapanya iaitu SD3. OKT2 telah mengemukakan borang pindah milik tanah dan menurut OKT2, OKT1 tidak ada memberikannya wang tebusan sebagaimana yang dikatakan oleh SP13. OKT2 juga menafikan dia ada menunjukkan tempat- tempat yang dinyatakan dalam laporan polis P63 hingga P73 dan sebaliknya, dia telah dibawa dan ditunjukkan oleh polis tempat-tempat tersebut. OKT2 juga menyatakan bahawa kawad cam tidak pernah dibuat ke atasnya. [55] Keterangan OKT3 menzahirkan penafiannya dalam kejadian penculikan SP17. Menurut OKT3, dia berada di Kampung Tajin pada hari kejadian. OKT3 mendakwa bahawa kawad cam tidak pernah dilakukan ke atasnya dan telah menafikan segala versi SP17 mengenai peranannya semasa kejadian penculikan. [56] Mahkamah ini berpandangan bahawa YA HMT tidak terkhilaf apabila mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT2 adalah penafian semata-mata dan pembelaan alibi. Pembelaan alibi yang benar memerlukan satu “affirmative proof” mengenai kehadiran OKT-OKT di tempat lain selain dari tempat kejadian. Ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ku Lip See v PP [1981] 1 LNS 209 di mana Mahkamah menyatakan: 46 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ‘a true alibi defence consists of an affirmative proof of the defendant’s presence somewhere other than at the time and place alleged.” [57] YA HMT telah menilai dan mempertimbangkan pembelaan alibi OKT-OKT dan tidak terkhilaf dalam memutuskan: “71. Memandangkan tiada notis bertulis tersebut yang diberikan kepada pihak pendakwaan, maka berpandu kepada nas yang disebut, saya berpendapat bahawa keterangan mereka berkenaan pembelaan alibi itu tidak boleh diterima.” [58] Namun demikian, YA HMT tidak berhenti di situ sahaja, YA HMT telah meneliti lagi keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh OKT- OKT dan mendapati adanya keterangan secara langsung dan keterangan ikut keadaan yang begitu kukuh, menyakinkan dan ‘compelling’ terhadap OKT-OKT. YA HMT berhak untuk mempercayai keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan bilamana keterangan mereka menyokong antara satu sama lain dan mengekalkan penemuannya di peringkat pendakwaan khususnya mengenai kredibiliti saksi-saksi pendakwaan. Tiada sebab untuk Mahkamah ini mencampuri dan menganggu dapatan YA HMT apabila beliau mempercayai SP17 dan SP14 dan mengekalkan penemuannya berkenaan SP13 dan berpuas hati dengan kredibiliti SP13. [59] Mengenai pembelaan OKT1 berkenaan wang kemenangan loteri haram yang dikatakan diperolehinya, YA HMT tidak terlepas pandang dalam membuat penilaian ke atas pembelaan ini. YA HMT telah menyatakan: 47 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “76. Seterusnya, saya mendapati naratif penceritaan OKT1 mengenai beliau membeli nombor loteri haram daripada seseorang bernama Ah Heng dan menerima wang kemenangan berjumlah RM420,000.00 daripadanya lalu membahagikan wang tersebut kepada SP13 dan OKT2 merupakan satu penceritaan yang bersifat penceritaan terkemudian (afterthought) dan direka-reka. Jika diperhatikan semasa kawan atau pekerja OKT1 iaitu SP13 dan pegawai penyiasat SP13 disoal balas, OKT1 tidak pernah menimbulkan perkara mengenai penama Ah Heng ini dan wang sejumlah RM420,000.00 itu. Ini menunjukkan OKT1 tidak pernah memberitahu berkenaan kewujudan penama Ah Heng ini kepada sesiapa termasuk SP18 sedangkan banyak keterangan ke atas OKT1 adalah melibatkan pembahagian wang yang banyak kepada SP13 dan OKT2, pembelian barangan dan perbelanjaan untuk pembinaan beberapa tempat yang dikaitkan dengan hasil wang tebusan. Jika benar pembahagian wang dan perbelanjaan yang banyak itu adalah daripada sumber wang kemenangan loteri haram, mengapa satu-satunya orang yang boleh mengesahkan perkara tersebut iaitu Ah Heng tidak pernah ditimbulkan sedari awal lagi di peringkat kes pendakwaan oleh OKT1. Apa yang lebih memeranjatkan, semua peguambela terpelajaar langsung tidak menyoal balas atau ‘put’ apa-apa soalan kepada SP13 atau SP18 bahawa wang yang dibahagikan oleh OKT1 dan OKT2 dan wang yang dibelanjakan oleh OKT1 terhadap barangan dan binaan yang ditunjukkan oleh OKT1 kepada SP18 adalah daripada wang yang diperolehi daripada penama Ah Heng. 48 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 77. Keadaan yang sama dilihat wujud dalam keterangan pembelaan OKT2. OKT2 dalam keterangannya memberitahu Mahkamah bahawa OKT1 tidak pernah membahagikan wang tebusan kepadanya. Sebaliknya jika pun ada pembahagian wang daripada OKT1, ianya adalah untuk pembayaran wang upah mengangkut barang-barang binaan. OKT2 tidak pula menyebut adanya wang imbuhan daripada kemenangan loteri haram oleh OKT1. Perkara berkenaan upah mengangkut barang ini pula tidak pernah ditimbulkan semasa kes pendakwaan dan tidak pernah juga dicadangkan kepada saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP13 yang merupakan kawan kepada OKT1 dan OKT2 yang sudah tentu boleh mengesahkannya.” [60] Walaupun dalam perundangan jenayah, tidak ada beban di pihak tertuduh untuk membuktikan ketidakbersalahannya tetapi sekadar menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan, adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa pembelaan tertuduh itu mesti dikemukakan di peringkat awal lagi iaitu semasa di peringkat pendakwaan (lihat kes Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154) Tugas untuk mengemukakan pembelaan perlu dibuat dalam bentuk soalan balas terhadap saksi-saksi pendakwaan yang relevan kepada ‘fact in issue’. Namun sekiranya pembelaan itu hanya timbul di peringkat pembelaan, tidak ada kekhilafan berlaku di pihak Hakim bicara untuk memutuskan bahawa pembelaan tertuduh adalah pembelaan yang difikirkan kemudian. [61] OKT2 pula dalam pembelaannya telah mengemukakan SD3 bapanya sebagai saksi pembelaan di mana versi OKT2 adalah SD3 telah 49 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menjualkan tanah miliknya dengan harga sebanyak RM50,000.00 dan duit itu telah diserahkan kepada OKT2 pada bulan November tahun 2016. Dalam kata lain, pembelaan OKT2 adalah wang yang diperolehinya bukanlah wang tebusan sebaliknya wang hasil jualan tanah milik bapanya. [62] Mahkamah ini mendapati YA HMT tidak menolak sama sekali keterangan SD3 walaupun SD3 didapati adalah saksi berkepentingan. Malahan YA HMT akur akan prinsip undang-undang bahawa tiada anggapan yang meletakkan kedudukan keterangan saksi berkepentingan sebagai keterangan yang tidak boleh dipercayai. Namun, setelah meneliti keterangan SD3 secara mendalam, YA HMT mendapati SD3 bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai kerana SD3 telah memberi keterangan yang bercanggah melibatkan perkara yang material bagi pembelaan OKT2. Keterangan SD3 ialah wang RM50,000 diberikan kepada OKT2 pada bulan November 2016 manakala OKT2 menyatakan bahawa dia menerima wang RM50,000 dari bapanya pada bulan Disember 2016. Lantaran itu, YA HMT mendapati SD3 bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai. [63] Di sini juga Mahkamah ini mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT-OKT adalah juga tidak konsisten. Sebagai contoh, dalam soal kawad cam, di peringkat pendakwaan, cabaran hanyalah bertumpukan kepada prosedur kawad cam yang dilakukan ke atas OKT2 dan OKT3 namun, di peringkat pembelaan, kedua-dua OKT 2 dan OKT3 menafikan sama sekali yang kawad cam diadakan ke atas mereka. Mahkamah ini bersetuju dengan pemerhatian YA HMT bahawa: “84….pembelaan yang diberikan oleh OKT2 dan OKT3 berubah-ubah mengikut keadaan. Semasa di peringkat kes 50 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pendakwaan, pembelaan hanya mempertikaikan prosedur kawad cam yang dilakukan terhadap OKT2 dan OKT3. Pembelaan tidak pernah menyoal balas atau mencadangkan kepada saksi-saksi pendakwaaan terutamanya SP17 dan SP18 bahawa kawad cam tidak pernah dibuat terhadap OKT2 dan OKT3. Soalan-soalan yang dikemukakan jelas menunjukkan seolah-olah kedua-dua OKT tersebut ada menghadiri kawad cam tersebut. Namun, ketika OKT2 dan OKT3 memberi keterangan pembelaan di peringkat pembelaan, mereka telah mengubah pembelaan mereka dengan mendakwa sesi kawad cam itu tidak pernah dilakukan ke atas mereka. Sepertimana saya nyatakan sebelum ini, tindakan sebegini dilihat sebagai cubaan pembelaan untuk memperbaiki kes terhadap mereka. Namun, pembelaan yang berubah-ubah sebegini membolehkan pihak Mahkamah membuat inferen bahawa sebenarnya OKT-OKT tiada pembelaan ke atas pertuduhan dan kes yang dikenakan ke atas mereka. Dalam kes Shamim Reza Abdul Samad v PP [2009] 6 CLJ 123, Suriyadi Halim Omar JCA dalam menyampaikan keputusannya menyatakan seperti berikut: “If the appellant changes his defence dramatically at the defence stage, it could only imply that he in reality at the very outset never had a defence, with the afterthought approach being his second last attempt to escape the noose.” [64] Mahkamah ini mendapati YA HMT tidak terkhilaf dalam memutuskan pembelaan OKT-OKT adalah terjumlah kepada penafian 51 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal semata-mata (bare denial). Mahkamah Rayuan dalam kes Losali v PP [2012] 2 CLJ 178 menyatakan: “[54] The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amounts to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to undertake.” [65] Meneliti keseluruhan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini juga mendapati pembelaan OKT-OKT adalah ‘simple denial’ dan direka-reka bagi melepaskan OKT-OKT dari pertuduhan terhadap mereka. Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa pembelaan OKT-OKT yang telah dinilai oleh YA HMT dengan teliti tidak dapat menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Isu Ketujuh [66] Isu yang ketujuh ditimbulkan dalam hujahan bertulis OKT2 adalah mengenai pendedahan dan tunjuk arah OKT2 yang membawa kepada penemuan kereta MyVi Putih bernombor pendaftaran JLK 8915, Motorsikal 125z bernombor pendaftaran TAX 285 dan tempat-tempat di mana SP17 diculik adalah dikatakan tidak boleh diterimapakai kerana gagal mematuhi s 16 Akta 365 dan s 27 AK. [67] Mahkamah ini mendapati tiada merit dalam hujahan peguambela bagi pihak OKT2 ini. Seksyen 16 Akta 356 memperuntukkan: “Admission of statements in evidence 52 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16. (1) Where any person is charged with an offence under this Act any statement, whether such statement amounts to a confession or not or is oral or in writing, made at any time, whether before or after such person is charged and whether in the course of a police investigation or not and whether or not wholly or partly in answer to questions, by such person to or in the hearing or any police officer not below the rank of Inspector, whether or not interpreted to him by any police officer or any other person concerned or not in the arrest, shall be admissible at his trial in evidence and, if such person tenders himself as a witness, any such statement may be used in cross-examination and for the purpose of impeaching his credit: Provided that no such statement shall be admissible or used as aforesaid— (a) if the making of the statement appears to the court to have been caused by any inducement, threat or promise having reference to the charge against such person, proceeding from a person in authority and sufficient in the opinion of the court, to give such person grounds which would appear to him reasonable for supposing that by making it he would gain any advantage or avoid any evil of a temporal nature in reference to the proceeding against him; or (b) in the case of a statement made by such person after his arrest unless the court is satisfied that a caution was administered to him in the following words or words to the like effect: 53 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Do you wish to say anything? You are not obliged to say anything unless you wish to do so but whatever you say will be taken down in writing and may be given in evidence.”: Provided that a statement made by any person before there is time to caution him shall not be rendered inadmissible in evidence merely by reason of no such caution having been given if it has been given as soon as possible. (2) Notwithstanding anything to the contrary contained in any written law a person accused of an offence under this Act shall not be bound to answer any questions relating to such offence after any such caution as aforesaid has been administered to him. (3) Whenever a police officer has made up his mind to charge a person with an offence under this Act he shall first caution such person, in the manner prescribed in subsections (1) and (2) before asking him any questions or any further questions as the case may be. (4) For the purposes of this section “offence under this Act” means— (i) an offence punishable under subsection 3(1) or under section 5, 6 or 10; (ii) any of the offences referred to in subsection 3(2); (iii)any conspiracy to commit, or an attempt to commit, or an abetment of, any of the offences specified in paragraphs (i) and (ii).” [68] Mahkamah ini mendapati maklumat yang diberikan oleh OKT2 selepas dia ditangkap sehingga membawa kepada rampasan kereta MyVi dan motosikal yang digunakan dalam kejadian ini serta maklumat yang 54 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membawa pihak polis kepada tempat-tempat yang berkaitan dengan kejadian termasuk kawasan ladang kelapa sawit yang dikatakan tempat SP17 dilarikan dan ditahan tidak terjumlah kepada “admission of statement in evidence” di bawah s 16 Akta 365. Tidak ada sebarang pengakuan yang dibuat oleh OKT2 yang direkodkan oleh pihak polis daripada OKT2 dan tiada keperluan untuk sebarang amaran diberikan kepada OKT2. [69] Namun demikian, maklumat yang diberikan oleh OKT2 tersebut boleh diterima masuk di bawah s 27 AK yang memperuntukkan: “How much of information received from accused may be proved 27. (1) When any fact is deposed to as discovered in consequence of information received from a person accused of any offence in the custody of a police officer, so much of that information, whether the information amounts to a confession or not, as relates distinctly to the fact thereby discovered may be proved.” [70] Mahkamah ini mendapati initipati s 27 AK telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan terhadap OKT2 mengambil kira maklumat yang diberikan oleh OKT2 semasa dia dalam tahanan polis menjurus kepada penemuan fakta iaitu kenderaan-kenderaan yang telah digunakan dalam kejadian culik SP17 di mana SP17, SP13, SP10 dapat mengecam dan mengesahkan kenderaan-kenderaan tersebut terlibat dalam kejadian. [71] Maklumat daripada OKT2 seterusnya membawa kepada penemuan fakta iaitu tempat di mana SP17 telah dibawa lari dan ditahan iaitu ladang 55 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kelapa sawit dan SP17 sendiri telah mengesahkan tempat-tempat tersebut. [72] Adalah penting untuk ditekankan bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa pihak polis telah terlebih dahulu mengetahui akan fakta-fakta tersebut i.e. kenderaan-kenderaan yang digunakan dan ladang kelapa sawit yang merupakan tempat kejadian. Di atas isu yang sama, OKT1 juga ada memberikan maklumat berkenaan wang tebusan yang telah dibelanjakan di mana OKT1 telah menunjukkan tempat pembinaan dan kedai hardware serta jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan. [73] S 27 AK adalah berkaitan dengan ‘discovery of facts’ dan maklumat-maklumat yang diberikan oleh kedua-dua OKT2 dan OKT1 telah membawa kepada penemuan fakta iaitu kenderaan yang digunakan untuk melarikan SP17, tempat di mana SP17 dibawa dan ditahan secara salah serta ke mana wang tebusan telah digunakan oleh OKT1. [74] Mahkamah Rayuan dalam kes Sulaiman Hamat v PP [2013] 3 CLJ 1027 telah menerangkan mengenai s 27 AK ini dengan jelas seperti berikut: “[13] …..In the Evidence Act 1950, the legislature had made a policy decision. In the plain language of s. 27, it is clear that the legislature intends that s. 27 is applicable whether the information from a person who is accused of an offence and given while in custody, amounts to a confession or not. Section 27, therefore cannot be dismissed as not artistically worded. The question whether it is unfair or not is no longer the issue. Hence, while it is right and proper that the courts 56 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal must be cautious in its application, and the courts have been vigilant, it means the court must be cautious about the information and therefore examine its reliability. In the scope encompassed by s. 27, the fact discovered from the information so provided by itself proves the reliability of the information provided, and the true issue is whether the information was provided by the accused and while he is in custody, or not. [14] The information provided by the appellant in this case led to the discovery of the following facts: (a) the place where the body of the deceased was thrown into and the body itself (exh. P16 & exh. P17), (b) the shop where the appellant sold the gold "barang kemas" belonging to the deceased to (exh. P81 & exh. P82), (c) the TV & DVD that the appellant bought, and the shirt, trousers and shoes he wore at the time of the alleged offence (exh. P98 & exh. P99), (d) the public telephones he used and the places he picked up the money paid (exh. P164 & exh. P165). [15] The impugned parts of the statements were clearly necessary part and parcel of the information given, linking the fact to the offence being investigated. We observe that except in the case of exh. P165, it was not submitted before us that the information was not provided by the appellant. [16] In the case of exh. P165, it was suggested in submissions that maybe the words were not from the appellant. Examination of the record of evidence does not show that the accusation that the appellant did not provide this information was not put to P/ASP Shafee bin Samad 57 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal I/11200. A suggestion in submission founded upon a mere speculation cannot lead anywhere. It can only be dismissed. [17] We examined exh. P166. It did not lead to the discovery of any evidence, but the information recorded in exh. P166 clearly relates to the discovery of the facts contained in the information. This is within the meaning and intent of s. 27 because it refers to discovery of the fact, not discovery of the evidence. It is erroneous to read s. 27 as pertaining to the discovery of evidence.” [75] Berdasarkan fakta dan nas di atas, Mahkamah ini mendapati maklumat yang diperolehi dari OKT2 dan OKT1 boleh diterima sebagai maklumat yang membawa kepada penemuan fakta di bawah s 27 AK. Isu Kelapan [76] Secara keseluruhannya, peguambela-peguambela bagi pihak OKT- OKT menghujahkan bahawa YA HMT telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila tersalah arah dalam membuat dapatan yang tidak berlandaskan keterangan. [77] Berlandaskan analisa yang telah dibincangkan di atas, penelitian terhadap fakta dan keterangan yang dikemukakan serta dapatan-dapatan YA HMT, Mahkamah ini mendapati tiada merit dalam hujahan peguambela-peguambela mengenai isu ini. Adalah jelas YA HMT telah menilai segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan serta pembelaan OKT-OKT. YA HMT tidak terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mendapati OKT-OKT bersalah dengan kesalahan yang dipertuduhkan terhadap mereka. Sabitan ke atas OKT-OKT adalah selamat dan dikekalkan. 58 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hukuman [78] S 3 Akta 365 memperuntukkan: “3. Abduction, wrongful restraint or wrongful confinement for ransom Whoever, with intent to hold any person for ransom, abducts or wrongfully confines or wrongfully restraints such person shall be guilty of an offence and shall be punished on conviction with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, also be liable to whipping.” [79] OKT-OKT telah dijatuhkan dengan hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkap masing-masing. OKT1 dikenakan juga dengan hukuman 7 kali sebatan, OKT2 dan OKT3 dengan 5 kali sebatan oleh YA HMT. [80] Melalui Akta 846 iaitu Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, yang berkuatkuasa pada 4.7.2023, seksyen 3 (1) Akta 365 telah dipinda di mana hukuman penjara seumur hidup dipinda kepada hukuman penjara tidak kurang dari 30 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun dan sebatan. [81] Pindaan kepada s 3 (1) Akta 365 melalui Akta 846 diperturunkan di sini: “Pindaan seksyen 3 52. Akta Penculikan 1961, yang disebut “Akta ibu” dalam Bahagian ini, dipinda dalam subseksyen 3(1) dengan menggantikan perkataan “with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, also be liable to whipping” dengan perkataan “with imprisonment 59 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PEGUAM PERAYU Peguam Bagi Pihak OKT 1 Encik Shaharuddin bin Mohamad bersamanya Puan Nur Shafika binti Mustaffa Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz Peguam Bagi Pihak OKT 2 Encik Alias bin Ibrahim bersamanya Encik Ahmad Nizam bin Mohamed Tetuan Alias Ibrahim & Co. Peguam Bagi Pihak OKT 3 Encik Firdaus bin Mohd Yusoff Tetuan Firdaus Mohd Yusoff & Co. PEGUAM RESPONDEN (PENDAKWA RAYA) TPR Noor Hisham bin Jaafar 61 S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal