[Timbalan (TPR), Jabatan Peguam Negara] MOHD ALI BIN AB GHANI
The High Court was bound by the Court of Appeal's remittal order and could not grant the prosecutor's request to cancel the appeal; having considered the record and the trial judge's brief notes, and with the parties' agreement, the High Court lawfully exercised its revision powers in the appellate proceeding and...
Source-derived case information.
- Citation
- CB-42JSKLB-1-02/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Pendakwa Raya; Respondent: Mohd Ali bin Ab Ghani
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 12 February 2025
- Case Number
- CB-42JSKLB-1-02/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / Appeal Management
- Outcome
- Appeal dismissed; acquittal of respondent upheld
- Legal Topics
- Delay in Grounds of Judgment, Grounds of Judgment Requirement, Right to Liberty (art.5), Revision Powers of Appellate Court, Powers of Court of Appeal/high Court, Judicial Duty and Ethics
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Pendakwa Raya
Appellant
Mohd Ali bin Ab Ghani
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal / Appeal Management
Legal Issues
- 1 Whether an appeal may be cancelled/dismissed for failure of trial judge to furnish grounds of judgment and prolonged delay
- 2 Whether the High Court may exercise its revision powers in an appellate proceeding absent full grounds of judgment
- 3 Whether delay in supplying grounds of judgment causes prejudice to parties and breaches constitutional right to liberty
Ratio Decidendi
The High Court was bound by the Court of Appeal's remittal order and could not grant the prosecutor's request to cancel the appeal; having considered the record and the trial judge's brief notes, and with the parties' agreement, the High Court lawfully exercised its revision powers in the appellate proceeding and found no legal or procedural error warranting overturning the Sessions Court's acquittal, so the acquittal is maintained.
Court Disposition
Appeal dismissed; acquittal of respondent upheld
Orders
- Appeal dismissed and the decision of the Sessions Court acquitting the respondent is maintained
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
CB-42JSKLB-1-02/2023 Kand. 30 05/03/2025 15:28:24 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO: CB-42JSKLB-1-02/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU DAN MOHD ALI BIN AB GHANI (NO. K/P: 651015-06-5501) ... RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Sesyen Di Raub Kes Jenayah No. CC-62JSK-9-09/2020 Antara Pendakwa Raya Lawan Mohd Ali bin Ab Ghani (No. K/P: 651015-06-5501)] 1 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Keadilan perlu ditegakkan. Ia tidak boleh dikorbankan semata- mata disebabkan kelewatan mana-mana pihak dalam menzahirkannya. Ia juga tidak boleh diketepikan dengan hasrat untuk melindungi pihak yang gagal melaksanakan amanah untuk menegakkan keadilan. [2] Kebebasan seseorang adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Proses undang-undang yang diperuntukkan perlu dipatuhi sebelum seseorang itu diganggu kebebasannya. Pada masa yang sama hak untuk menikmati kebebasan itu tidak wajar diganggu gugat di atas kelewatan suatu proses undang-undang. [3] Responden telah dituduh di Mahkamah Sesyen dengan pertuduhan seperti berikut: “Bahawa kamu, pada 30/08/2020 di antara jam 1400 hrs dan 1800 hrs bertempat di ruah Kampung Kemahang, 27300 Benta di dalam Daerah Lipis, di dalam Negeri Pahang, sebagai ayah saudara yang mempunyai hubungan amanah dengan mangsa bernama …XXX... No. KPT: …000… berumur 16 tahun 04 bulan telah melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual dengan memegang kemaluan dan buah dada mangsa. Oleh itu kamu telah didapati melakukan kesalahan dan boleh dihukum di 2 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- kanak 2017 dan dibaca bersama seksyen 16(1) Akta yang sama.” [4] Setelah perbicaraan penuh dijalankan, Responden telah dibebas dan dilepaskan di akhir kes pembelaan pada 02.02.2023. Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan pada 07.02.2023. [5] Kes rayuan ini telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 15.03.2023, 17.05.2023, 21.06.2023, 26.07.2023, 13.09.2023, 18.10.2023, 15.11.2023, 06.12.2023, 10.01.2024, 04.04.2024, 26.06.2024, 10.09.2024, 28.11.2024 dan 12.02.2025. [6] Kes rayuan tidak dapat diteruskan disebabkan Rekod Rayuan dan alasan penghakiman tidak disediakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Hakim Mahkamah Sesyen telah gagal menyediakan alasan penghakiman. Mahkamah ini telah menetapkan 13 kali tarikh pengurusan kes untuk mendapatkan alasan penghakiman. Malahan pada 04.04.2024 dan 26.06.2024 telah ditetapkan untuk keputusan rayuan ini. Namun sehingga tarikh 12.02.2025 Mahkamah ini dan pihak-pihak masih hampa untuk mendapat alasan penghakiman tersebut. [7] Pada 12.02.2025 peguam Responden telah memohon kepada Mahkamah ini untuk rayuan ini dibatalkan. Ia adalah disebabkan Responden telah beberapa kali hadir ke Mahkamah namun rayuan tidak dapat diteruskan ekoran daripada ketiadaan alasan penghakiman dan Rekod Rayuan. 3 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [8] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab hakim yang mengendalikan perbicaraan jenayah tidak berakhir dengan tamatnya perbicaraan dan keputusan diberikan. Sekiranya terdapatnya rayuan maka adalah menjadi tanggungjawab hakim bicara untuk menyediakan alasan penghakiman tersebut walaupun undang-undang tidak menetapkan tempoh masa bagi hakim bicara menyiapkan alasan penghakiman. Dalam hal ini Hakim Spenser Wilkinson 76 tahun yang lalu dalalm kes Voon Chin Fatt v Public Prosecutor [1948-49] MLJ Supp 131 telah memperingatkan seperti yang berikut: “In my opinion, the fact that no time limit is laid down by law for giving grounds of decision increases the responsibility of Judges and Magistrates to see that no undue delay occurs and that the spirit of the law rather than its letter is complied with.” [9] Seterusnya Hakim Rigby dalam kes Ling Ah Hun & Anor v Public Prosecutor (Perak, Criminal Appeal No. 26 of 1960) [1960] MLJ xlv menyatakan seperti berikut: “It apparently took the learned President 6 months and 21 days in which to prepare the grounds of decision in this relatively short and simple case. Delays of this nature are wholly intolerable and make an utter farce of the proper and expeditious administration of justice.” 4 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [10] Mahkamah Rayuan juga telah memperingatkan tentang keperluan menulis alasan penghakiman dalam kes Rengarajan Thangavelu v PP [2015] 1 CLJ 993 seperti yang berikut: “[6] What is essential to note is that the appellate court in a criminal trial as a general rule is not concerned whether the grounds of judgment is correct or wrong but only whether the judgment is safe. (See Mohd Johi Said & Anor v. PP [2005] 1 CLJ 389). If there is no grounds of judgment but only a decision has been delivered, it will be caught by s. 308 of the CPC and art. 5 of the Federal Constitution to earn an acquittal or an order of retrial. This is so because there is a mandatory requirement under the law in criminal cases for grounds of decision to be delivered. Not providing grounds of judgment is a serious matter. If a Magistrate or Sessions Judge does not provide grounds of judgment within a reasonable time and/or upon the direction of the High Court, then it will be a good ground for the dismissal of service of the Magistrate or Sessions' Judge itself. If a High Court Judge does not provide grounds, it will be a good ground for sanction under the code of ethics and/or removal of the judge pursuant to the procedure set out in the Federal Constitution. Failing to write grounds of judgment and only delivering a decision is a serious matter and inimical to the law and Federal Constitution. The trial court must always place at least a brief ground at the time the decision is pronounced, to prima facie satisfy the requirement set out in s. 308 of CPC which reads as follows: 5 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 308. When the appellant has complied with s. 307 the Court appealed from shall transmit to the High Court and to the Public Prosecutor and to the advocate for the appellant a signed copy of the record of the proceedings and of the grounds of the decision together with a copy of the notice and of the petition of appeal.” Ia telah turut dipetik oleh Mahkamah Rayuan dalam kes PP v. Ramesh Rajaratnam [2025] 1 CLJ 55. [11] Oleh yang demikian tanggungjawab menyediakan alasan penghakiman adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan. Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang membicarakan kes-kes jenayah tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dalam menyediakan alasan penghakiman. Ini adalah disebabkan kelewatan menyediakan alasan penghakiman tersebut akan menyebabkan seseorang yang telah disabitkan dengan satu kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara serta tidak mendapat penangguhan hukuman akan terjejas haknya di sisi undang-undang. Di samping itu Timbalan Pendakwa Raya yang menjadi benteng utama mempertahankan kepentingan awam tidak dapat melunaskan tanggungjawabnya bagi menyelesaikan rayuan yang dikemukakan ekoran daripada ketiadaan alasan penghakiman tersebut. [12] Selain daripada itu Mahkamah juga merujuk kepada keperluan alasan penghakiman untuk menyediakan petisyen rayuan seperti yang terdapat di bawah seksyen 308 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) seperti yang berikut: 6 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “308 Transmission of appeal record When the appellant has complied with section 307 the Court appealed from shall transmit to the High Court and to the Public Prosecutor and to the advocate for the appellant a signed copy of the record of the proceedings and of the grounds of the decision together with a copy of the notice and of the petition of appeal.” [13] Ia juga akan menimbulkan kesulitan kepada pihak-pihak yang mengemukakan rayuan untuk mematuhi kehendak seksyen 307 KPJ yang memerlukan Perayu menyediakan petisyen rayuan dalam tempoh masa 14 hari selepas alasan penghakiman disampaikan. Ini dinyatakan dalam seksyen 307 (4) KPJ. Malahan dalam seksyen 307 (6) KPJ pula menghendaki supaya petisyen rayuan tersebut mengandungi butiran berkenaan dengan isu undang-undang atau fakta yang terserlah kekhilafannya daripada alasan penghakiman yang telah disampaikan kepada Perayu. Ini menunjukkan kepentingan alasan penghakiman dalam proses pentadbiran keadilan jenayah. Sebarang kelewatan yang tidak wajar haruslah dielakkan dan tidak menjadi batu penghalang kepada Perayu untuk mendapatkan keadilan jenayah dengan mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi terhadap sabitan atau pembebasan dalam satu perbicaraan jenayah. [14] Penelitian yang lanjut juga menunjukkan bahawa kegagalan menyediakan alasan penghakiman itu juga berhubung kait dengan hak individu yang dijamin di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. 7 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Ia juga telah dinyatakan sepintas lalu dalam kes Rengarajan Thangavelu v. PP (supra) seperti yang berikut: “… If there is no grounds of judgment but only a decision has been delivered, it will be caught by s. 308 of the CPC and art. 5 of the Federal Constitution to earn an acquittal or an order of retrial. This is so because there is a mandatory requirement under the law in criminal cases for grounds of decision to be delivered…” [15] Selain daripada itu kelewatan dalam menyediakan alasan penghakiman juga boleh menyebabkan mahkamah yang mendengar rayuan membuat suatu kesimpulan bahawa hakim bicara disebabkan tempoh yang terlalu lama telah ada kemungkinan berlaku peninggalan oleh hakim bicara dalam penelitian kepada fakta-fakta penting dan tingkah laku saksi-saksi semasa memberikan keterangan. Hal ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Hun Wah v Public Prosecutor and another appeal [1994] 1 MLJ 382 seperti yang berikut: “… If the facts of the case so warrant, where there is a long delay in the supply of grounds of judgment, an appellate court would readily accept the allegation of prejudice on the basis that there is every likelihood not only that the trial judge's impression on demeanour of witnesses would be blurred, but also the delay would increase the chances of omission on the part of the trial judge to deal with material facts and issues in the grounds of 8 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal judgment, which ought to have been favourable to the appellants. …” [16] Mahkamah ini juga mendapati Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah memperkukuhkan dan memperingatkan tanggungjawab penyediaaan alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret melalui pekeliling- pekeliling dan arahan-arahan yang tertentu iaitu Pekeliling Ketua Pendaftar Bil. 1/2022 Alasan Penghakiman bertarikh 02.01.2002 yang telah menyatakan seperti berikut: “2. Setelah mengambil kira beberapa pandangan dari semua pihak serta faktor bahawa kes-kes di dalam Mahkamah telah menjadi kompleks yang mana memerlukan kajian yang mendalam maka Y.A.A. Ketua Hakim Negara selepas berbincang dengan Y.A.A. Hakim Besar Malaya dan Y.A.A. Hakim Besar Sabah dan Sarawak bersetuju untuk melanjutkan tempoh masa 6 minggu kepada 8 minggu dari tarikh notis rayuan difailkan. … 4. Sehubungan dengan itu saya diarah oleh Y.A.A. Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa mulai 2 Januari 2002 arahan menyediakan alasan penghakiman dalam tempoh 8 minggu dari tarikh notis disediakan adalah terpakai kepada Y.A. Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret. Bagaimanapun jika tempoh tersebut tidak dapat dipatuhi maka sebab kelewatannya mestilah dinyatakan di dalam borang yang dilampirkan.” 9 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [17] Hal ini diperingatkan kembali di dalam Surat Penting Hakim Besar Malaya Bil. 2/2025 bertarikh 28.02.2025. Malahan dalam Surat Penting tersebut juga dinyatakan format yang boleh digunakan untuk penyediaaan alasan penghakiman bagi permohonan interlokutori sebagai suluh panduan penyediaan alasan penghakiman. [18] Kod Etika Pegawai Kehakiman 2019 telah dinyatakan berkenaan dengan penyediaan alasan penghakiman seperti yang berikut: “11. Seorang pegawai kehakiman hendaklah menyelesaikan urusan mahkamah dengan segera. Untuk mencapainya, pegawai kehakiman adalah dikehendaki menumpukan masa yang mencukupi kepada tugasnya, iaitu ketepatan waktu dalam menghadiri mahkamah dan cepat dalam pelupusan kes. Seseorang pegawai kehakiman hendaklah berusaha dengan gigih untuk mendengar dan menyelesaikan kes-kes di mahkamahnya dan dengan segera menulis penghakimannya.” [19] Ini semua menunjukkan bahawa penyediaan alasan penghakiman adalah amat mustahak dititikberatkan bagi memastikan keadilan dan pentadbiran jenayah mempunyai kualiti yang tinggi dan dihormati. [20] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa lambakan pendaftaran kes jenayah, pengendalian perbicaraan jenayah dan jumlah keputusan jenayah yang banyak adalah merupakan tugasan harian para Hakim 10 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dan Majistret. Walau bagaimanapun Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang mendengar kes perlu juga mengimbangi pendengaran kes-kes jenayah dengan kadar yang cepat bersama-sama dengan penyediaan alasan penghakiman. Wajar juga untuk diambil perhatian bahawa mahkamah yang mendengar rayuan akan melihat alasan penghakiman hakim bicara seperti yang dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Johi Said & Anor v. PP [2005] 1 CLJ 389 seperti yang berikut: “Unlike civil appeals, where the appellant carries the burden of showing that the judge at first instance went wrong, in a criminal case the duty of the court is to consider whether the conviction is right. The correct approach is therefore not whether the decision is wrong but whether the conviction is safe. See, Mohammad Husain v. Emperor AIR [1945] Nag 441; Zahari bin Yeop Baai v. PP [1977] CLJU 162; [1977] 1 LNS 162; [1980] 1 MLJ 160. That question, on the present facts, must receive a negative response.” Pembatalan Rayuan [21] Peguam Perayu telah pada 12.02.2025 memohon kepada Mahkamah agar rayuan ini dibatalkan. Ia adalah disebabkan alasan penghakiman masih belum disediakan. Ini menyebabkan ketidakadilan telah berlaku kepada Perayu. Perayu tidak dapat menikmati kebebasan yang telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen semasa perbicaraan. Perayu perlu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi sama ada mengesahkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen atau 11 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sebaliknya. Peguam yang bijaksana telah merujuk kepada kes Tan Hun Wah v Public Prosecutor and anoter appeal [1994] 1 MLJ 382. [22] Penelitian kepada kes tersebut menunjukkan ia adalah rayuan kepada Mahkamah Agong terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 6 dan 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Fakta dalam kes tersebut juga menunjukkan bahawa terdapat kelewatan menyediakan alasan penghakiman yang telah menjangkau tempoh 3 tahun. Oleh itu Hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut telah menyatakan bahawa kelewatan tersebut adalah sesuatu yang memprejudiskan dan tidak adil dengan menyatakan seperti yang berikut: “As far as prejudice and unfairness are concerned, there ought to be no distinction in principle between delays in the High Court and the subordinate courts. We would with respect adopt the opinion of Rigby J and hold that in the present appeal, the delay of three years in supplying the grounds of judgment from the date of filing of the notices of appeal was wholly intolerable and made an utter farce of the proper and expeditious administration of justice.” [23] Namun demikian dalam kes tersebut Mahkamah Agong telah mengenepikan sabitan di bawah seksyen 39B ADB 1952 dan menggantikannya dengan pertuduhan di bawah seksyen 6 ADB 1952 dan mengenakan hukuman pemenjaraan seumur hidup dengan 6 kali sebatan rotan di bawah seksyen 39A Akta yang sama. 12 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [24] Apa yang menarik dalam kes tersebut ialah Mahkamah Agong telah menggunakan bidang kuasa di bawah seksyen 60 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Ini dapat dilihat melalui penghakiman seperti yang berikut: “The facts and the circumstances of this case required us to exercise the curial function of this court in the administration of criminal justice in the context of the power conferred by s 60 of the Courts of Judicature Act 1964, to ‘vary the decision of the trial court, or … make such other order in the matter as to it seems just, and may by that order exercise any power which the trial court might have exercised’.” [25] Kedudukan kelewataan penyediaan alasan penghakiman juga telah dirujuk oleh peguam seperti yang dinyatakan dalam kes Azman Jamhuri v PP [2001] 1 CLJ 539, T.N. Nathan v PP [1978] 1 MLJ 134 dan PP v. Choo Chuan Wang [1987] 2 MLRH 68; [1992] 2 CLJ 1242. [26] Namun demikian dalam kes Tan Hun Wah (supra), seksyen 60 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 telah digunakan. Seksyen 60 Akta tersebut memperuntukkan seperti berikut: “60 Powers of Court of Appeal (1) At the hearing of an appeal the Court of Appeal shall hear the appellant or his advocate, if he appears, and, if it thinks fit, the respondent or his advocate, if he appears, and may hear the 13 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal appellant or his advocate in reply, and the Court of Appeal may thereupon confirm, reverse or vary the decision of the High court, or may order a retrial or may remit the matter with the opinion of the Court of Appeal thereon to the trial court, or may make such other order in the matter as to it may seem just, and may by that order exercise any power which the trial court might have exercised: Provided that the Court of Appeal may, notwithstanding that it is of opinion that the point raised in the appeal might be decided in favour of the appellant, dismiss the appeal if it considers that no substantial miscarriage of justice has occurred. (2) At the hearing of an appeal the Court of Appeal may, if it thinks that a different sentence should have been passed, quash the sentence passed, confirmed or varied by the High Court and pass such other sentence warranted in law (whether more or less severe) in substitution therefor as it thinks ought to have been passed. (3) The Court of Appeal shall in no case make any order under this section as to payment of costs of any appeal to or by the appellant or respondent.” [27] Ia adalah sama dengan seksyen 92 dalam konteks kuasa Mahkamah Persekutuan di dalam kes rayuan. Seksyen 92 memperuntukkan seperti berikut: 14 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “92 Powers of Federal Court (1) At the hearing of an appeal the Federal Court shall hear the appellant or his advocate, if he appears, and, if it thinks fit, the respondent or his advocate, if he appears, and may hear the appellant or his advocate in reply, and the Federal Court may thereupon confirm, reverse or vary the decision of the Court of Appeal, or may order a retrial or may remit the matter with the opinion of the Federal Court thereon to the High court, or may make such other order in the matter as to it may seem just, and may by that order exercise any power which the Court of Appeal or the High Court might have exercised: Provided that the Federal Court may, notwithstanding that it is of opinion that the point raised in the appeal might be decided in favour of the appellant, dismiss the appeal if it considers that no substantial miscarriage of justice has occurred. (2) At the hearing of an appeal the Federal Court may, if it thinks that a different sentence should have been passed, quash the sentence passed, confirmed or varied by the Court of Appeal and pass such other sentence warranted in law (whether more or less severe) in substitution therefor as it thinks ought to have been passed. 15 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (3) The Federal Court shall in no case make any order under this section as to payment of costs of any appeal to or by the appellant or respondent.” [28] Sebaliknya bagi rayuan ke Mahkamah Tinggi peruntukan yang dinyatakan adalah di Bahagian VII dan Bahagian XXX Kanun Prosedur Jenayah yang meliputi seksyen 303A sehingga seksyen 322. Mahkamah mendapati tiada peruntukan yang sama seperti seksyen 60 dan 92 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Pada masa yang sama Mahkamah juga melihat kepada seksyen 25 Akta Mahkamah Kehakiman berkenaan dengan dengan kuasa Mahkamah Tinggi yang memperuntukkan seperti berikut: “25 Powers of the High Court (1) Without prejudice to the generality of Article 121 of the Constitution the High Court shall in the exercise of its jurisdiction have all the powers which were vested in it immediately prior to Malaysia Day and such other powers as may be vested in it by any written law in force within its local jurisdiction. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1) the High Court shall have the additional powers set out in the Schedule: Provided that all such powers shall be exercised in accordance with any written law or rules of court relating to the same.” 16 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [29] Penelitian kepada kuasa-kuasa tambahan Mahkamah Tinggi juga tidak ditemui peruntukan yang sama dengan seksyen 60 dan 92 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Ini bermakna Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan daripada Mahkamah Rendah adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah seksyen 303A hingga 322. Walau bagaimanapun Mahkamah juga tidak terlepas pandang kuasa sedia ada di bawah Aturan 92 kaedah 2 KKM 2012 yang memperuntukkan seperti yang berikut: “4. Kuasa sedia ada Mahkamah (A. 92 k. 4) Bagi menghapuskan keraguan dengan ini diisytiharkan bahawa tiada apa-apa jua dalam Kaedah-Kaedah ini boleh disifatkan sebagai mengehadkan atau menjejaskan kuasa sedia ada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu untuk mencegah ketidakadilan atau untuk mencegah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.” [30] Persoalannya adakah Mahkamah ini boleh membatalkan rayuan atas sebab alasan penghakiman tidak disediakan oleh hakim bicara dan tempoh masa ianya tidak disediakan adalah sudah menjangkau tempoh yang lama dan memprejudiskan Perayu. Hal ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Pendakwa Raya lwn. Abdullah Abd Rahman [2023] 1 LNS 2135 yang menyatakan fakta rayuan tersebut seperti yang berikut: 17 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “[3] Kes ini telah dipanggil pertama kalinya untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar pada 21.12.2022. Seterusnya pada 25.01.2023, 22.02.2023, 01.03.2023, 05.04.2023, 17.05.2023, 21.06.2023, 26.07.2023 dan 11.10.2023 di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi. Semasa pengurusan kes sehinggalah kepada tarikh akhir pengurusan kes di hadapan Hakim adalah didapati bahawa alasan penghakiman masih belum disediakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Rekod Rayuan juga tidak lengkap. Timbalan Pendakwa Raya memohon agar mahkamah menetapkan tarikh pendengaran rayuan yang baharu. Ini bagi membolehkan pihak-pihak mendapatkan alasan penghakiman dan menyediakan Petisyen Rayuan serta melengkapkan Rekod Rayuan.” [31] Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk membatalkan rayuan tersebut seperti yang dinyatakan di perenggan [10] seperti yang berikut: “[10] Mahkamah ini juga berpendapat bahawa setelah menimbang keadilan kepada Perayu dan juga Responden serta kepentingan keadilan dilaksanakan kepada kedua-dua pihak mahkamah berpendapat pada peringkat ini rayuan ini dibatalkan.” [32] Namun demikian pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan berkenaan dengan dengan perintah Mahkamah tersebut dan Mahkamah Rayuan melalui Rayuan Jenayah No. C-09-257-10/2023 telah membenarkan rayuan tersebut dan memerintahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk 18 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mendengar rayuan tersebut. Ia diputuskan pada 28.05.2024 dengan perintah seperti yang berikut: “1) Rayuan ini adalah dibenarkan; 2) Perintah Mahkamah Tinggi adalah diketepikan; 3) Kes dikembalikan (remitted) ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk Hakim Mahkamah Tinggi mendengar rayuan; dan 4) Pengurusan kes ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh pada 6.6.2024.” [33] Mahkamah ini berdasarkan kepada prinsip duluan kehakiman adalah terikat dengan perintah Mahkamah Rayuan. Oleh itu hujahan peguam Perayu agar kes ini dibatalkan disebabkan ketiadaan alasan penghakiman tidak dapat dipertimbangkan. [34] Apakah Mahkamah ini boleh membenarkan dan perlu terus menunggu dengan tiada sebarang penentuan bilakah alasan penghakiman akan diperolehi. Adakah pihak Perayu dan Responden akan terus tertunggu-tunggu bilakah alasan penghakiman akan disediakan. Apakah ini sejajar dengan prinsip keadilan di dalam satu perbicaraan rayuan jenayah. Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh Mahkamah ini bagi menamatkan kelangsungan ketidakadilan dalam pendengaran rayuan ini. Di samping itu apakah tindakan yang boleh dibuat bagi menyelesaikan rayuan jenayah ini. Mahkamah ini 19 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal meneliti keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Jaafar bin Abu & Anor v Public Prosecutor [1988] 2 MLJ 363. Dalam kes tersebut Mahkamah Agong telah dikemukakan dengan persoalan sama ada bolehkah Mahkamah yang mendengar rayuan dengan ketiadaan alasan penghakiman disediakan boleh melakukan semakan. Mahkamah Agong menyatakan seperti berikut dan memberikan jawapan positif kepada persoalan tersebut dengan menyatakan seperti yang berikut: “We have no doubt that the High Court in hearing an appeal can proceed to exercise its revision powers. This was laid down as early as 1935 by the Privy Council in Chunbidya & Ors v Emperor AIR 1935 PC 34. In that case it was made clear that although the record came to the knowledge of the High Court in an appellate proceeding, the High Court could choose to exercise its revision powers. Moreover, the exercise of revision powers enabled the High Court to enhance sentence which it could not do in dealing with the appeal itself. In his judgment, Lord Atkin gave this lucid explanation (at p. 36): “… the powers of revision are given to the High Court alone, and the powers of revision are given to the High Court in the case of any proceeding the record of which has been called for by itself or which has been reported for orders or which otherwise comes to its knowledge. 20 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Their Lordships are clearly of opinion that when the High Court has before it on appeal a record of a criminal proceeding, the condition precedent is performed, and the High Court can then, though the record has only come to its knowledge in the appellate proceeding, proceed to exercise its revision powers if it chooses to do so. In this case the High Court did choose to exercise its revision powers …” In the instant appeal the learned judge dealt with all the points raised by the parties. He inserted the words “By way of revision” under the heading of the appeal number and in another part of his judgment. It indicated that he had decided to treat the case as a revision case. There can be no doubt that he has complete jurisdiction to act as he did. The answer to the first question is therefore in the affirmative.” [35] Ini bermakna Mahkamah ini boleh melaksanakan bidang kuasa semakan dalam keadaan apabila ketiadaan alasan penghakiman. Namun demikian Mahkamah perlu berhati-hati dalam hal ini ketika melaksanakan bidang kuasa semakan ini kerana ia akan membuka ruang dan boleh menggalakan hakim bicara kes jenayah Mahkamah Rendah tidak menyediakan alasan penghakiman kerana mempunyai pengetahuan bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tersebut akan terus menjalankan kuasa semakan meskipun tiada alasan penghakiman. Ia adalah amalan yang tidak sihat dan wajar dielakkan. 21 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [36] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Pendakwa Raya dan peguam yang telah sudi untuk bersetuju bahawa berdasarkan kepada keadaan kes dan tempoh yang lama bagi penyediaan alasan penghakiman oleh hakim bicara untuk Mahkamah ini menggunakan bidang kuasa semakan bagi meneruskan kes ini. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa Timbalan Pendakwa Raya, peguam hatta Mahkamah tidak berpeluang untuk meneliti alasan penghakiman bagi mengetahui apakah asas kepada keputusan hakim bicara. [37] Namun begitu penelitian kepada nota keterangan mendapati terdapat sedikit catatan hakim bicara di akhir kes pembelaan berkenaan dengan keputusan kes ini. Oleh itu bak kata perpatah “tiada rotan akar pun berguna” sebagai rujukan kepada Mahkamah dalam menjalankan bidang kuasa semakan. Ia adalah langkah terpuji hakim bicara yang dapat menyediakan alasan ringkas keputusan Mahkamah yang dirakamkan di dalam nota prosiding. [38] Hakim Mahkamah Sesyen telah menyatakan seperti yang berikut di dalam nota keterangan: “KEPUTUSAN DI AKHIR KES PEMBELAAN BAGI KES NO. CC-62JSK-09-09/2020 Mahkamah: Setelah mendengar dan meneliti keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan dan pihak pembelaan, serta mempertimbangkan 22 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hujahan-hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap OKT. Dengan itu, OKT adalah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. Secara ringkasnya didapati: - Keterangan SD2 konsisten dengan keterangan SP5 yang tidak nampak kejadian OKT memegang kemaluan di meja tempat kerja, sedangkan kedua-dua mereka duduk berhampiran dengan meja itu. Apa yang mereka lihat hanyalah OKT yang menyentuh atau cuit bahu SP7. TPR juga tidak cabar keterangan SD2 tentang apa yang SD2 lihat di meja tempat kerja itu. - Keterangan OKT bahawa dia tidak ada ke dapur juga disokong oleh SD2. SD2 nyatakan dia ada lihat SP7 pergi ke dapur dan tidak nampak OKT ekori SP7 ke sana, seperti dakwaan SP7. - Keterangan sokongan yang dijangka dari SP4 dan SP6, tidak berlaku; SP4 tidak beri keterangan bagaimana kejadian pegang kemaluan dan dukung dari belakang boleh berlaku. - SP4 juga akui perlu paksa dan tekan SP7 sebelum ceritakan kejadian itu, sedangkan SP7 sendiri katakan tidak dipaksa 23 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal oleh SP4; dia telah ceritakan sahaja tentang kejadian kepada SP4. - Jika ini benar, mengapa kelewatan membuat laporan polis dibuat? Hampir dua minggu selepas kejadian, barulah dibuat oleh SP7. Alasan SP7 adalah dia hanya berani ceritakan kepada kakaknya, SP4, dan tidak mahu ceritakan kepada emak ayah sendiri kerana takut dan takut mereka bergaduh dengan emak saudara, isteri OKT. - Selepas kejadian SP7 pulang ke rumah, ada ibu SP3 di rumah. SP3 beri keterangan selepas pulang ke rumah pada hari itu, SP7 kelihatan takut dan tidak macam biasa, sedangkan keterangan saksi-saksi lain nyatakan SP7 memang seorang yang tidak banyak cakap. - Menurut SP3, dia diberitahu oleh SP4 bahawa OKT pegang bahagian peha dan kemaluan SP7. - SP6 beri keterangan OKT duduk sebelah SP7 dan pegang kemaluan dan di dapur, OKT dukung dari belakang dan kena payudara SP7 dan selepas itu, cuba masukkan tangan ke dalam seluar SP7 dan SP7 tidak selesa. Tiada keterangan bagaimana ia berlaku; keadaan sekeliling semasa itu. SP4 dan SP6 hanya mengulangi keterangan perbuatan didakwa dilakukan Orang Kena Tuduh. 24 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal - SD3 yang jalankan pemeriksaan terhadap SP7 pada 13.9.2020 di Klinik Kesihatan Benta, nyatakan selain daripada dakwaan cabul seperti dalam D8, didapati SP7 tidak tunjukkan tanda-tanda seorang yang trauma dan sebaliknya, bersikap acuh tidak acuh dan bermain dengan telefon bimbitnya, semasa itu. SD3 juga akui ada kemungkinan juga itu reaksi SP7 untuk lupakan trauma itu. - Meskipun SP8 bukan saksi pakar, beliau masih seorang doktor perubatan yang bertauliah. Keterangan beliau ada weight untuk dipertimbangkan. - SP8, I.O sahkan SP7 ada dirujuk ke Hospital Kuala Lipis dan laporan perubatan ada diterima. Tetapi ia tidak dikemukakan. - Keterangan doktor pakar di Hospital Kuala Lipis penting untuk buktikan keadaan sebenar kesihatan mental SP7; adakah masih trauma atau tidak, atau sama dengan dapatan SD3. - SP8 juga sahkan SP7 tidak ada beri maklumat tentang keadaan lokasi tempat kejadian di meja tempat kerja; OKT sedang baiki kereta, kedudukan kereta di "K", kedudukan meja dan hanya bergantung kepada statement ibu mangsa, kakak mangsa dan ibu saudara mangsa. Maka jelas tiada siasatan dijalankan sama ada dakwaan yang dibuat oleh mangsa bahawa sebelah tangan OKT di bawah kereta dan 25 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sebelah lagi memegang kemaluan SP7, benar boleh berlaku atau. - Tiada siasatan juga boleh dianggap telah dilakukan mengapa keterangan itu tidak konsisten dengan keterangan SP7 dalam laporan polis P7 bahawa OKT datang duduk sebelah SP7, tiba- tiba meraba kemaluan SP7 dan bukannya duduk di bawah meja dan meraba kemaluan SP7. Perbezaan itu adalah satu percanggahan yang material kerana pada masa yang sama, terdapat saksi mata di tempat kejadian itu yang menyatakan sebaliknya. SP7 juga gagal beri penjelasan mengapa perbezaan yang ketara ini boleh terjadi.” [39] Mahkamah ini telah meneliti keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi yang tercatat dalam nota keterangan iaitu SP 5 (sepupu kepada Pengadu), SP 7 (Pengadu), SP 8 (Pegawai Penyiasat), SD 1 (Tertuduh), SD 2 (anak kepada Tertuduh) dan SD 3 (Pegawai Perubatan). Mahkamah ini juga meneliti prosiding yang dijalankan dan mendapati tiada sebarang petanda bahawa terdapat ketidakpatuhan undang-undang di bawah Kanun Prosedur Jenayah. Begitu juga penerimaan masuk keterangan-keterangan saksi-saksi juga serta pengemukaan keterangan-keterangan dokumen juga didapati tidak menyalahi Akta Keterangan 1950. Mahkamah juga mendapati pihak- pihak telah diberikan hak untuk menjalani satu perbicaraan yang adil. Mahkamah juga mendapati penelitian keterangan-keterangan oleh hakim berdasarkan kepada catatan ringkas alasan keputusan hakim bicara juga tidak menunjukkan sebarang kesilapan yang memerlukan 26 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah ini menggunakan kuasa semakan bagi membetulkan kesilapan tersebut. Akhirnya, dapatan dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Nota Hujung [40] Sesungguhnya penyediaan alasan penghakiman dalam kes jenayah adalah penting diberikan keutamaan. Adakah wajar apabila hakim yang telah menjatuhkan hukuman boleh tidur dengan lena dibuai mimpi yang indah sedangkan Tertuduh terpaksa menunggu di penjara untuk mendapatkan alasan penghakiman sehingga kes rayuannya dapat didengar oleh Mahkamah Rayuan? Adakah ia sejajar dengan hati nurani yang murni apabila Pendakwa Raya yang bertanggungjawab melindungi orang awam terpaksa menunggu hakim bicara menyediakan alasan penghakiman sebelum Pendakwa Raya boleh mengemukakan rayuannya secara teratur di hadapan Mahkamah Rayuan? Adakah wajar hakim yang telah menerima pendapatan daripada dana awam dengan sewenang-wenangnya melewat-lewatkan alasan penghakiman sehingga orang awam yang menjadi mangsa jenayah perlu menunggu dengan lama untuk mendapatkan keadilan di Mahkamah Rayuan? [41] Pada hemat Mahkamah ini penyediaan alasan penghakiman dalam tempoh yang ditetapkan seperti yang ditetapkan dalam arahan amalan atau pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan memerlukan rasa tanggungjawab, amanah serta keikhlasan dan hati nurani yang bersih. Hati nurani yang bersih telah dijelaskan maksudnya dalam dokumen 27 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal klasik di bawah Peradaban Inggeris yang dikenali sebagai Doctor and Student yang dilaporkan dicatat pada tahun 1518 yang terdapat di dalam laman sesawang Law of Nature and Natures's God di www.lonang.com seperti yang berikut: Dialogue 1, Chapter 15 Of Conscience This word conscience, which in Latin called conscientia, is compounded of this proposition cum, that is to say in English, with; and of this noun scientia, that is to say in English, knowledge: and so conscience is as much to say knowledge of one thing with another thing: and conscience so taken, is nothing else but an applying of any science or knowledge to some particular act of man. And so conscience may sometime err, and sometime not err. And of conscience thus taken, doctors make many descriptions. Whereof one doctor saith, that conscience is the law of our understanding. Another, that conscience is an habit of the mind discerning between good and evil. Another, that conscience is the judgement of reason judging on the particular acts of man. All which sayings agree in one effect, that is to say, that conscience is an actual applying of any cunning of knowledge to such things as are to be done: whereupon it followeth, that upon the most perfect knowledge of any law or cunning, and of the most perfect and most true applying of the same to any particular act of man, followeth the most perfect, the most pure, and the most best conscience. And if there be default in knowing of the truth of such a law, or in the applying of the same to particular acts, then 28 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal thereupon followeth an error or default in conscience. As it may appear by this example: Sinderesis ministreth an universal principle that never erreth, that is to say, that an unlawful thing is not to be done. And then it might be taken by some men, that every oath is unlawful, because the Lord saith, Matt 5, Ye shall in no wise swear, and yet he that by reason of the said words will hold that it is not lawful in no case to swear, erreth in conscience; for he hath not the perfect knowledge and understanding of the truth of the said gospel, not he reduceth not the saying of the scripture to other scriptures, in which it is granted that in some case an oath may be lawful. And the cause why conscience may so err in the said case, and in other like, is because conscience is formed of a certain proposition or question, grounded particularly upon universal rules ordained for such things is are to be done. And because a particular proposition is not known to himself, but must appear and be searched by a diligent search of reason, therefore in search and in the conscience that should be formed thereupon may happen to be error, and thereupon it is said that there is error in conscience: which error cometh either because he doth not assent to that he ought to assent unto, or else because his reason whereby he doth refer one thing to another is deceived. For farther declaration whereof it is, to understand, that error in conscience cometh seven manner or ways. First, through ignorance; and that is, when man knoweth not what he ought to do: and then he ought to ask counsel of them that he thinks most expert in that science whereupon his doubt riseth. And if he can have no counsel, then he must wholly commit him to God, and he 29 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal of his goodness will so order him, that he will save him from offence. The second is through negligence; as when a man is negligent to search his own conscience, or to enquire the truth of other. The third is through pride; as when he will not meeken himself, ne believe them that be better and wiser than he is. The fourth is through singularity; as when a man followeth his own wit, and will not conform himself to other, nor follow the good common ways of men. The fifth is through an inordinate affection to himself, whereby he maketh. Conscience to follow his desire, and so he causeth her to go out of her right course. The sixth is through pusillanimity, whereby some person dreadeth ofttimes such things as of reason he ought not to dread. The seventh is through perplexity; and this is when a man believeth himself to be so set betwixt two sins, that he thinketh it unpossible but that the shall fall into the one but a man can never be so perplexed indeed, but through an error in conscience; and if he will put away that error, he shall be delivered. Therefore I pray thee that thou wilt always have a good conscience; and if thou have so, thou shalt always be merry; and if thine own heart reprove thee not, thou shalt always have inward peace. The gladness of right wise men, is of God, and their joy is always in truth and goodness. There be many diversities of conscience, but there is none better than that whereby a man truly knoweth himself. Many men know many great and high cunning things, and yet know not themselves; and truly he that knoweth not himself, knoweth nothing well. Also he hath a good and clean conscience, that hath purity and cleanness is his heart, truth in his word, and right wiseness 30 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal in his deed. And as a light is set in a lantern, that all that is in the house may be seen thereby; so Almighty God hath set conscience in the midst of every reasonable soul, as, a light whereby be may discern and know what he ought to do, and what he ought not to do. Therefore forasmuch as it behoveth thee to be occupied in such things as pertain to the law; it is necessary that thou ever hold a pure and clean conscience, specially in such things as concern restitution: for the sin is not forgiven, but if the thing that is wrongfully taken be restored. And I counsel thee also that thou love that is good, and flee that is evil: and that thou do to another, as thou wouldest should be done to thee, and that thou do nothing to other, that thou wouldest not should be done to thee, that thou do nothing against truth, that thou live peacebly with thy neighbour, and that thou do justice to every man as much as in thee is: and also that in every general rule of the law thou do observe and keep equity. And if thou do thus, I trust the light of the lantern, that is, thy conscience, shall never be extincted. …” [42] Ia telah diulas oleh Richard O'Sullivan di dalam The Hamlyn Lectures Second Series bertajuk The Inheritance of The Common Law, Stevens & Sons Limited 1950 di halaman 97 seperti yang berikut: “The conception of conscience is constant from the beginning and receives classical expression in the Doctor and Student: 'Conscience is the judgement of reason judging on the particular 31 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal acts of man... He hath a good and clean conscience, that hath purity and cleanness in his heart, truth in his word, and rightwiseness in his deed. And as a light is set in a lantern, that all that is in the house may be seen thereby; so Almighty God hath set conscience in the midst of every reasonable soul as a light whereby he may discern and know what he ought to do and what he ought not to do. Therefore forasmuch as it behoveth thee to be occupied in such things as pertain to the law; it is necessary that thou ever hold a pure and clean conscience, specially in such things as concern restitution: for the sin is not forgiven, but if the thing that is wrongfully taken be restored. And I counsel thee also that thou love that is good and fly that is evil; and that thou do to another as thou wouldest should be done to thee and that thou do nothing to other that thou wouldest not should be done to thee, that thou do nothing against truth, and that thou do justice to every man as much as in thee is: And also that in every general rule of the law thou do observe and keep equity. And if thou do thus, I trust the light of the lantern, that is, thy conscience, shall never be extincted'.” [43] Begitu juga dalam Kamus Dewan, Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka 2021 telah memberikan takrifan nurani dihubungkaitkan dengan perasaan hati murni dengan menyatakan seperti yang berikut: 32 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “nurani Ar bercahaya, terang: hati ~ a) hati yang telah mendapat cahaya drpd Tuhan; b) perasaan hati murni yg sedalam- dalamnya.” [44] Malahan dalam Concise Ocford English Dictionary, Eleventh Edition, Revised, Oxford University Press menyatakan “conscience” membawa maksud seperti yang berikut: “Conscience n. a person’s moral sense of right and wrong.” [45] Sorotan ringkas kepada takrifan hati nurani yang baik ialah bagi menunjukkan hubung kait di antara keperluan untuk menyediakan alasan penghakiman dengan hati nurani yang baik. Ini bermakna seorang hakim bicara yang mempunyai hati nurani yang baik tidak akan gagal menyediakan alasan penghakiman dalam tempoh yang ditetapkan. Ini adalah disebabkan tindakan sedemikian adalah menyalahi dan tidak selari dengan hati nurani yang baik. Ini bermakna penulisan alasan penghakiman bukanlah satu tindakan yang berbentuk mekanikal tetapi ia mempunyai hubung kait dengan hati nurani yang baik yang menjadi salah satu cabang kepada kelestarian sistem pentadbiran keadilan jenayah. [46] Penyediaan alasan penghakiman pada kadar segera bukannya semata-mata didorong oleh pekeliling yang dikeluarkan atau keghairahan untuk menggambarkan perangkaan yang menarik berkaitan pelupusan kes. Ia adalah satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan dengan bersungguh-sungguh serta berkualiti. Ia didorong 33 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal oleh hati yang bersih dan tenang dalam menjalankan amanah kehakiman yang dipertanggungjawabkan. [47] Pada hemat Mahkamah ini bagi menyediakan alasan penghakiman oleh Mahkamah Rendah ia tidak semestinya memerlukan ilmu kepengarangan yang tinggi. Ia memadai untuk hakim bicara menyatakan apakah perkara-perkara yang telah diambil perhatian dalam membuat satu keputusan. Alasan penghakiman ringkas dalam kes ini seperti di perenggan [38] di atas adalah salah satu contoh bagi memastikan alasan penghakiman ringkas dapat disediakan sebelum alasan penghakiman penuh dikeluarkan sekiranya terdapat rayuan ke Mahkamah Tinggi. Apa yang penting ialah hakim bicara tidak sewajarnya menjadi penyebab kepada kelewatan proses keadilan jenayah dan pendengaran rayuan jenayah oleh Mahkamah Tinggi. Bertarikh: 05 hb. Mac 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR 34 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Perayu Intan Nor Hilwani binti Mat Rifin Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak Responden Mohd Harris Mohan bin Abdullah Tetuan The Law Office of Mohd Haris Raub, Pahang Darul Makmur 35 S/N p51vEJn2FEaGoM517LXs1Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal