Perbadanan Kemajuan Negeri Perak SYARIKAT OSMAN DAN KELUARGA didakwa sebagai sebuah perniagaan perkongsian
The counterclaim was struck out because on its face it disclosed no reasonable cause of action and was defective and an abuse of process: the 1988 lease and schedules, which both parties had repeatedly relied upon in prior proceedings, allocate maintenance to the defendant, and the defendant failed to particularize...
Source-derived case information.
- Citation
- AA-A52-13-06/2019 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak; Defendant: Syarikat Osman dan Keluarga (No. Pendaftaran: IP0013673-K)
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 10 January 2023
- Case Number
- AA-A52-13-06/2019 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Claim (guaman Sivik) / Strike Out Application Under Order 18 R.19 (lampiran 65) at Sessions Court (reasons for Judgment)
- Outcome
- Application granted; defendant's counterclaim struck out
- Legal Topics
- Lease Agreement, Counterclaim Strike Out, Cause of Action, Estoppel, Res Judicata, Burden of Proof, Quantum of Damages
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
Plaintiff
Syarikat Osman dan Keluarga (No. Pendaftaran: IP0013673-K)
Defendant
Procedural Posture
Civil Claim (guaman Sivik) / Strike Out Application Under Order 18 R.19 (lampiran 65) at Sessions Court (reasons for Judgment)
Legal Issues
- 1 Whether the defendant's counterclaim disclosed a reasonable cause of action
- 2 Whether the 1988 lease agreement and its schedules bind the parties and allocate maintenance obligations
- 3 Whether the lease expired and if expiry removes contractual obligations relied upon by the plaintiff
Ratio Decidendi
The counterclaim was struck out because on its face it disclosed no reasonable cause of action and was defective and an abuse of process: the 1988 lease and schedules, which both parties had repeatedly relied upon in prior proceedings, allocate maintenance to the defendant, and the defendant failed to particularize or prove liability or the quantum of RM94,657.42 claimed; accordingly the summary procedure under Order 18 r.19 was appropriate and the counterclaim was dismissed.
Court Disposition
Application granted; defendant's counterclaim struck out
Orders
- The counterclaim filed by the Defendant is struck out.
- Costs to the Plaintiff in the sum of RM1000.00.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
AA-A52-13-06/2019 Kand. 81 19/03/2023 12:25:58 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. AA-A52-13-06/2019 ANTARA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PERAK .......... PLAINTIF DAN SYARIKAT OSMAN DAN KELUARGA didakwa sebagai sebuah perniagaan perkongsian (No. Pendaftaran: IP0013673-K) ......... DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Pada 6.9.2022, Mahkamah Rayuan Malaysia telah mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh (Perintah bertarikh 17/06/2021) yang mana Penghakiman Terus dimasukkan terhadap Defendan dibawah Aturan 14, kaedah 1, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai KKM 2012), untuk menyerahkan milikan kosong bagi hartanah dibawah PN 204830, Lot 12905, (dahulunya dikenali sebagai Lot PT 8751) Mukim Lumut, Daerah Manjung, Negeri Perak (selepas ini dirujuk sebagai ‘Hartanah tersebut’) bersama-sama dengan bangunan-bangunan yang terletak di atasnya dalam keadaan baik dan dibaiki berserta kunci-kunci kepada Plaintif. Page 1 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [2] Sehubungan dengan itu, tindakan di dalam kes ini diteruskan dengan tuntutan balas pihak Defendan terhadap Plaintif untuk kos bagi membina dan membangunkan chalet-chalet di atas Hartanah tersebut dan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan kerosakan yang telah ditanggung sepenuhnya oleh Defendan sebanyak RM94,657.42 untuk tempoh bermula tahun 2013. [3] Pihak Plaintif telah memfailkan Notis Permohonan melalui Lampiran 65 dibawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a),(b) atau (d) KKM 2012 untuk membatalkan tuntutan balas pihak Defendan. [4] Mahkamah telah memutuskan membenarkan permohonan di dalam Lampiran 65 dengan kos RM1,000.00. Pihak Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan kini merayu ke Mahkamah Tinggi atas keputusan tersebut. [5] Hujah Plaintif a) Tuntutan balas pihak Defendan khususnya Perenggan 15 hingga 18, adalah seperti berikut:- “15. Defendan mengulangi kandungan Pernyataan Pembelaan di sini dan juga mengemukakan Tuntutan Balas terhadap Plaintif atas kos bagi membina dan membangunkan chalet-chalet (selepas ini dirujuk sebagai “Chalet Kenangan (Pak Man) Teluk Batik” sebanyak sepuluh (10) unit di atas Lot Tanah tersebut. 16. Defendan telah menanggung kos yang besar bagi membina dan membangunkan Chalet Kenangan (Pak Man) Teluk Batik di atas Lot Tanah tersebut sejak tahun 1988 dan segala kerja-kerja pembaikan yang dilakukan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Page 2 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Defendan. 17. Sejak tahun 2013, Defendan telah menanggung kos bagi pembaikan dan pemulihan kerosakan-kerosakan sepuluh (10) unit chalet tersebut di mana keseluruhannya berjumlah RM94,657.42 yang sepatutnya ditanggung oleh Plaintif. Defendan akan mengemukakan dokumen semasa perbicaraan kelak. 18. Oleh yang demikian, Defendan mengemukakan tuntutan balas terhadap Plaintif seperti berikut:- (a) Jumlah sebanyak RM94,657.42; (b) Faedah sebanyak 5% setahun atas jumlah RM94,657.42 bermula daripada tarikh pemfailan tuntutan balas ini sehingga tarikh penyelesaian penuh; (c) Kos; dan (d) Relif-relif lain dan berpatutan yang difikirkan munasabah dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini.” Plaintif merujuk pada Perjanjian Penyewaan bertarikh 03/03/1988 (selepas ini dirujuk sebagai ‘Perjanjian tersebut’) yang telah dimasuki diantara Plaintif dan Defendan yang mana segala terma dan syarat dalam Perjanjian tersebut serta jadual yang dilampirkan bersama Perjanjian tersebut adalah mengikat Plaintif dan Defendan. Antara peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian tersebut dan lampiran jadual adalah seperti berikut:- (i) “DAN BAHAWASANYA Penyewa telah memohon dan Perbadanan telah bersetuju menyewakan chalet dan bilik mandi/persalinan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat nyata yang terkandung dalam jadual yang dilampirkan bersama ini dan yang mana bagi segala tujuan dan maksud hendaklah menjadi sebahagian daripada perjanjian ini dan tertakluk juga kepada Page 3 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal syarat-syarat yang tersebut di bawah ini…”; (ii) “2. Penyewa dengan ini berwa’ad dengan Perbadanan seperti berikut:- … (c) Menjaga dan menyenggarakan segala kelengkapan yang dipasang di chalet dan bilik mandi/persalinan sepanjang penyewaan serta menyerahkannya semula kepada Perbadanan selepas tamatnya perjanjian ini dalam keadaan yang baik dan jika sekiranya dikehendaki olih Perbadanan merobohkan mana-mana tambahan, penutupan dan kelengkapan yang dipasang olih Penyewa serta membaiki, mensimen dan mengecat bahagian-bahagian yang dirobohkan itu. … (e) Membaiki segala kerosakan mahu pun diluar atau dalam chalet dan bilik mandi/persalinan. Perbadanan berhak memberi penyewa Notis selama (14) hari bagi membaiki segala kerosakan. Jika sekiranya penyewa tidak membaiki kerosakan tersebut selepas tempoh (14) hari, maka Perbadanan berhak membuat pembaikan dan kos pembaikan tersebut hendaklah ditanggung olih Penyewa dan tuntutan ini hendaklah dijelaskan olih Penyewa kepada Perbadanan dalam tempoh (14) hari tarikh tuntutan dikemukakan olih Perbadanan kepada Penyewa …” (iii) “PERKARA DAPUR 17. Pemajak boleh mengadakan alat-alat dan perkakas dapur sendiri, termasuk peti sejuk, pinggan mangkuk, cawan, gelas dan lain-lain kegunaan yang disimpan pada bila-bila masa dengan bersih telitinya sebagai langkah menarik penghuninya. Ini hendaklah dibuat atas tanggungan sendiri.” Page 4 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (iv) “ALAT-ALAT 18. Pemajak adalah bertanggungjawab bagi memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku kepada Chalet dan Bilik Mandi/Persalinan semasa tempoh pajakannya … Jika berlaku sebarang kehilangan atau kerosakan kepada barang-barang tersebut Pemajak adalah bertanggungjawab bagi mengganti dan memperbaiki kerosakan tersebut. Dan barang kelengkapan yang diganti/ditambah oleh Pemajak tidak dibenarkan dibawa keluar atau diambil kembali oleh Pemajak apabila tempoh kontrak pajakan tamat ataupun ditamatkan ...” (v) “BAYARAN PENYELENGGARAAN 22. Pemajak dikehendaki menanggung segala perbelanjaan penyelenggaraan untuk sepuluh (10) buah Chalet itu dan 1 bilik mandi/persalinan.” Berdasarkan peruntukan-peruntukan tersebut, Plaintif menegaskan bahawa tiada sebarang peruntukan dalam Perjanjian tersebut dan lampiran jadual yang menyatakan mana-mana kos bagi pembaikan dan pemulihan kerosakan sepuluh (10) unit chalet tersebut “… sepatutnya ditanggung oleh Plaintif ……” seperti yang diplidkan oleh Defendan dalam Perenggan 17, Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan. Sebaliknya, Defendan yang sebenarnya hendaklah menanggung segala perbelanjaan tersebut sebagaimana dalam Perjanjian tersebut serta lampiran jadual. b) Perjanjian tersebut dan lampiran jadual yang mengikat Plaintif dan Defendan telah dirujuk dan diguna pakai oleh Plaintif, Defendan dan juga Mahkamah sepanjang prosiding di Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi Page 5 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Ipoh [Rayuan Sivil No: AA-12A-10-09/2020] dan Mahkamah Rayuan Malaysia [Rayuan Sivil No: A-04(IM)-505-10/2021]. Antara alasan yang dibangkitkan dalam Perenggan 2, Memorandum Rayuan yang difailkan oleh Defendan semasa prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan adalah bahawa Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi telah khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal menimbangkan terdapatnya isu-isu untuk dibicarakan berhubung perintah milikan kosong yang dipohon oleh Plaintif adalah termasuk ke atas chalet di atas Hartanah tersebut yang merupakan milik Defendan berdasarkan Perjanjian Penyewaan bertarikh 03/03/1988 namun telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan. c) Di dalam dalam Perenggan 6, Memorandum Rayuan, pihak Defendan telah berhujah bahawa isu-isu untuk dibicarakan adalah ‘Perjanjian yang bertentangan dengan undang-undang adalah batal dan tidak boleh dikuatkuasakan’. Mahkamah Rayuan tidak mempertimbangkan isu ini. d) Oleh kerana Perjanjian tersebut dan lampiran jadual telah dirujuk dan diguna pakai oleh pihak-pihak serta Mahkamah sepanjang prosiding berjalan, maka Defendan adalah diestop daripada menafikan terma-terma yang mengikat Plaintif dan Defendan dalam Perjanjian tersebut. e) Kos bagi pembaikan dan pemulihan kerosakan 10 unit chalet yang keseluruhannya berjumlah RM94,657.42 yang dituntut oleh pihak Page 6 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Defendan merupakan pernyataan kosong semata-mata dan tidak disokong oleh sebarang dokumen dan eskhibit oleh pihak Defendan. Defendan gagal memperincikan sebarang butiran/perincian pembaikan dan pemulihan kerosakan sepuluh (10) unit chalet di atas Hartanah tersebut sejak tahun 2013 dan hanya menyatakan amaun RM94,657.42 sahaja. f) Tuntutan Balas Defendan adalah defektif, samar dan gagal memperincikan elemen-elemen penting yang mana tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah; mengaibkan, remeh atau menyusahkan; dan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Tuntutan Balas Defendan juga tidak dapat dipertahankan dan tanpa sebarang asas. [6] Hujah Defendan a) Defendan mempunyai kausa tindakan untuk Tuntutan Balas terhadap Plaintif berhubung kos membaiki kerosakan Chalet-chalet di atas Hartanah tersebut. Chalet-chalet tersebut telah dibina oleh Defendan semasa mula mula memasuki perjanjian penyewaan dengan Plaintif pada tahun 1988. Amaun tuntutan balas berdasarkan Pembelaan dan Tuntutan Balas tersebut adalah untuk kos pembaikan dan pemulihan kerosakan Chalet- chalet tersebut sejak tahun 2013. Oleh kerana milikan kosong diberikan kepada Plaintif, kos yang dikeluarkan oleh Defendan untuk membaiki kerosakan-kerosakan di premis berkenaan (Chalet-chalet tersebut) yang dituntut balas oleh Page 7 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Defendan adalah merupakan suatu tuntutan balas yang berasas kerana Plaintif mendapat manfaat dari perkara berkenaan berikutan kini ia diperintahkan diberikan milikan kosong kepada Plaintif. b) Berdasarkan keadaan di atas, Defendan menghujahkan bahawa, Defendan telah menunjukkan bahawa ia mempunyai locus dan juga kausa tuntutan balas Defendan di dalam tuntutan ini. Defendan telah merujuk kepada kes Credit Corporation (M) Bhd v Fong Tak Sin [1991] 1 MLJ 409 di mana Mahkamah Agung (ketika itu) telah mentafsirkan berkenaan kausa tindakan dengan memutuskan bahawa; “(1) Adalah ternyata bahawa kausa tindakan biasanya wujud apabila terdapat ada orang yang boleh menuntut, ada orang lain yang boleh dituntut dan semua fakta telah terjadi yang perlu dibuktikan untuk membolehkan plaintif berjaya di dalam tindakannya.” c) Plaintif telah pohon tuntutan balas pihak Defendan dibatalkan dengan merujuk kepada terma Perjanjian 1988 yang menyatakan kos penyelenggaraan Chalet-chalet tersebut adalah ditanggung oleh penyewa (Defendan) dan oleh itu pihak Defendan tidak boleh menuntut bagi kos kerja-kerja pembaikan dan pemulihan kerosakan Chalet-chalet tersebut. Bagi menjawap isu ini, pihak Defendan menyatakan bahawa merujuk kepada kes Indah Desa Saujana Corp Sdn Bhd & Ors v James Foong Page 8 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Cheng Yuen [2008] 2 MLJ 11, berkenaan kausa tindakan serta beban untuk membuktikan ketiadaan kausa tindakan. Low Hop Bing JCA (ketika itu) telah menyatakan (di muka surat 25 bahawa: “[39] A reasonable cause of action means simply a factual situation the existence of which entitles one person to obtain from the court a remedy against another person: per Diplock LJ in Letang v Cooper [1965] 1 QB 222 242..... [40] The defendants bear the burden of establishing that the plaintiffs have no reasonable cause of action against them. [41] The answer to the question of whether the defendants have succeeded in establishing this ground is to be found by reference to the plaintiffs' entire statement of claim....” Berdasarkan keadaan di atas, Defendan menghujahkan bahawa beban bukti adalah terletak ke atas Plaintif untuk menunjukkan sama ada Defendan mempunyai kausa tindakan ataupun tidak terhadapnya . d) Perjanjian tersebut adalah untuk tempoh 3 tahun mulai dari tarikh 01.02.1988. Oleh itu Perjanjian 1988 tersebut telah tamat dan tidak lagi mempunyai kuatkuasa mulai 01.02.1991. Defendan mohon merujuk kepada klausa 1 Perjanjian 1988 ; “1. Sebagai balasan pembayaran sewa dan wa’ad-wa’ad yang selepas ini dipersetujui dibayar dan ditunaikan olih Penyewa,Perbadanan dengan ini menyewakan kepada Penyewa Page 9 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keseluruhan Chalet dan Bilik Mandi/Persalinan tersebut bagi tempuh tiga (3) tahun mulai dari 1hb. Februari, 1988 hingga 31hb Januari, 1991,....” Sehubungan itu Defendan menghujahkan bahawa terma-terma di Perjanjian 1988 tersebut tidak lagi mengikat pihak-pihak kepada perjanjian mulai 01.02.1991. Adalah tidak adil untuk Plaintif mengatakan kini (setelah tarikh 01.02.1991) bahawa terma-terma yang dirujuk berkenaan terpakai ke atas Defendan apabila Defendan menuntut balas kos bagi pembaikan dan pemulihan kerosakan-kerosakan 10 unit chalet yang keseluruhannya berjumlah RM94,657.42 yang merupakan kos yang dikeluarkan oleh Defendan sejak tahun 2013. Tiada perjanjian pada masa yang berkenaan (mulai tahun 2013) bahawa terma-terma yang dirujuk oleh Plaintif di Perjanjian 1988 berkenaan diguna pakai. Defendan menghujahkan selanjutnya, isu ini adalah merupakan isu yang perlu dibicarakan di perbicaraan penuh. Oleh itu ia tidak sesuai diputuskan pada peringkat Notis Permohonan tersebut. e) Walaupun Defendan merujuk kepada Perjanjian 1988 semasa prosiding untuk menentang permohonan penghakiman terus oleh Plaintif, ia tidaklah bermaksud terma-terma di Perjanjian 1988 masih berkuatkuasa setelah tamatnya perjanjian tersebut. Rujukan kepada Perjanjian 1988 semasa prosiding berkenaan adalah untuk menunjukkan hubungan pihak-pihak, bilakah bermulanya penyewaan dan merit tuntutan Plaintif. Ia tidak dirujuk untuk tujuan merit tuntutan balas Defendan. Page 10 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal f) Plaintif tidak seharusnya mencampur adukkan perkara / merit untuk tuntutan Plaintif yang telah diputuskan dengan merit untuk tuntutan balas di hadapan Mahkamah kini. Rayuan yang dirujuk oleh Plaintif di Afidavit Sokongan tersebut, adalah berkenaan tuntutan plaintif untuk milikan kosong. Perkara yang dirujuk di sini adalah berkenaan tuntutan balas Defendan di Pembelaan Dan Tuntutan Balas tersebut yang tidak lagi dilihat serta belum diputuskan meritnya di dalam prosiding rayuan yang dirujuk oleh Plaintif berkenaan. Oleh itu dihujahkan bahawa tidak timbulnya isu res judicata dan estoppel untuk pendengaran tuntutan balas Defendan. Berdasarkan kes Farlim Properties Sdn Bhd v Goh Keat Poh & Ors [2003] 4 MLJ 654, Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut dengan tegas telah menyatakan bahawa sekiranya hendak menggunakan prinsip Res Judicata, mesti dibuktikan bahawa isu yang akan dibicarakan di dalam kes selanjutnya telahpun dibicarakan dan diputuskan secara khusus di dalam kes sebelumnya. Ertinya, kes Farlim Properties di atas memberi petunjuk kepada kita bahawa pengaplikasian prinsip Res Judicata tidak boleh dilihat secara teori semata-mata tetapi harus berdasarkan kepada konteks dan latar belakang kes tersebut secara khusus. Walaupun ia melibatkan pihak yang sama, namun sandaran serta kausa tindakannya berbeza. Remedi yang dituntut oleh Plaintif di dalam tuntutannya (untuk milikan kosong) adalah berbeza dengan remedi yang dituntut balas oleh Defendan (untuk kos bagi pembaikan dan pemulihan kerosakan- Page 11 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kerosakan Chalet-chalet tersebut). Oleh itu tidak timbulnya isu res judicata dan estoppel untuk pendengaran tuntutan balas Defendan. Pendapat Mahkamah [7] Aturan 18 kaedah 19(1)(a),(b) dan (d) KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut: (1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that- (a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be; (b) it is scandalous, frivolous or vexatious; (c) it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or (d) it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be. Di dalam kes Tan Tian Sin v. Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad [2011] 1 LNS 681, Hakim Mahkamah Tinggi telah menyatakan (dengan izin): [6] The principles to be adopted by courts in considering an application under O. 18 r. 19 of RHC had been succinctly spelt out in the Supreme Court case of Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7; [1993] 3 MLJ 36. Mohamed Dzaiddin bin Hj Abdulh SCJ (as he then was) had this to say: “The principle upon which the Court acts in exercising its power under any of the four limbs of O. 18 r. 19(1) Page 12 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Rules of the High Court are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley M.R. in Hubbuck v. Wilkinson [1899] 1 QB 86, p. 91), and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it "obviously unsustainable" (Attorney-General of Duchy of Lancaster v. L.& N.W. Ry. Co [1892] 3 Ch. 274, CA). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (Wenlock v. Moloney[1965] 1 WLR 1238; [1965] 2 All ER 871, CA). The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O. 33 r. 3 (which is in pari materia with our O. 33 r. 2 Rules of the High Court ) (Hubbuck v. Wilkinson) (supra). The Court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable". [7] In the context of O. 18 r. 19(1)(b), the word 'scandalous' means wholly unnecessary and irrelevant, and not just unpleasant allegations: Boey Oi Leng (t/a Indah Reka Construction & Trading) v. Trans Resources Corporation Sdn Bhd [2002] 1 CLJ 405; [2001] 4 AMR 4807 (HC); [2001] MLJU 566. A pleading is 'frivolous or vexatious' when it is obviously unsustainable. In examining the Defendant's ground, the Court is entitled to refer to affidavits. (See Harapan Permai Sdn Bhd v. Sabah Forest Industries Sdn Bhd [2011] 1 CLJ 285; [2010] 1 LNS 1038; [2011] 2 MLJ 192) Page 13 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [8] In nutshell, a party should not be "driven from the judgment seat "except cases where it is plain that the alleged cause of action or defence has no chance of success. [9] Reverting to the case at hand, from the Writ Summons and Statement of Claim, it is clear that the Plaintiff's main claim against the Defendant in this civil suit is for the delivery of the Pawn Tickets No: 240303-0022-0036 in the prescribed form or such other Pawn Tickets for the gold allegedly pledged by the Plaintiff and the delivery of the said gold upon payment of the alleged loan together with interest thereon. [10] To my mind, the central dispute between the parties is this: Whether there is such a loan transaction and/or contractual relationship between the Plaintiff and Defendant. In other words: Whether the Plaintiff has a reasonable or indeed any cause of action against the Defendant. This is the foremost issue that must be determined in the present application and this must be done with caution. [11] The cause of action relevant to this case is contractual in nature. However its existence has been denied by the Defendant as there is no loan contract ever executed by both parties which then requires the Plaintiff to pledge the purported gold purchased from VC Gold Sdn Bhd. It is trite law that contractual relationship between two parties needs not be a direct one. It can be in many forms. Such relationship may also exist in an indirect manner based on the circumstances of the transaction. In spite of this principle, the averments made by the Plaintiff in his pleadings and the documents exhibited in his Affidavit In Reply (Enclosure 9) do not support any possible way to refute the defence raised by the Defendant. The Plaintiff even failed to produce any documentary evidence to support the alleged loan. Hence, the Page 14 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Court is of considered opinion that there is no contract exists between the Plaintiff and the Defendant. [8] Pihak Defendan telah berhujah bahawa Perjanjian tersebut adalah untuk tempoh tiga (3) tahun sahaja dan oleh kerana Perjanjian tersebut telah tamat, maka pihak Plaintif yang bertanggungjawap terhadap pembaikan dan pemulihan kerosakan sepuluh (10) unit chalet tersebut. Walaubagaimanapun, seperti yang dihujahkan oleh pihak Plaintif, pihak Defendan telah merujuk dan menggunapakai Perjanjian tersebut dan lampiran Jadual semasa perbicaraan Penghakiman Terus di Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi Ipoh dan juga di Mahkamah Rayuan. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa terma-terma di dalam Perjanjian tersebut dan lampiran Jadual masih digunapakai oleh kedua-dua pihak walaupun selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut. Tiada apa-apa terma yang menyatakan Plaintif yang bertanggungjawap terhadap pembaikan dan pemulihan kerosakan sepuluh (10) unit chalet tersebut. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa Defendan yang bertanggunjawap terhadap kos pembaikan dan pemulihan terhadap sepuluh (10) unit chalet tersebut seperti yang diperuntukkan di dalam Perjanjian tersebut dan lampiran Jadual. [9] Mahkamah juga mendapati bahawa pihak Defendan tidak dapat membuktikan amaun yang telah dipohon di dalam tuntutan balas seperti yang telah diplidkan. Pihak Defendan gagal memperincikan sebarang butiran/perincian pembaikan dan pemulihan kerosakan sepuluh (10) unit chalet tersebut. Page 15 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kes Mahkamah Persekutuan Datuk Mohd Ali Hj Abdul Majid & Anor v. Public Bank Bhd [2014] 6 CLJ 269, menyatakan prinsip pembuktian seperti berikut:- “[32] It is trite law that a claimant claiming damages must prove that he has suffered the damage. The claimant has the burden of proving both liability and quantum of damages, before he can recover the sum claimed. This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person's case, the proof of such allegation falls on him. (See s. 103 of the Evidence Act 1950). If he fails to prove both the liability and the quantum of damages, he loses the action. [33] Therefore, in a claim for damages, it is not sufficient for the plaintiff to merely state the amount of damages that he is claiming, he must prove the damage that he had in fact suffered to the satisfaction of the court. This principle is borne out in the case of Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel [1948] 64 TLR 177 where Lord Goddard CJ observed: Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, and, so to speak, throw them at the head of the court, saying: 'This is what I have lost, I ask you to give me these damages'. They have to prove it.” [10] Seperti yang dihujahkan oleh pihak Plaintif, Mahkamah mendapati tuntutan balas pihak Defendan mendedahkan kuasa tindakan yang tidak Page 16 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal munasabah, mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Mahkamah mendapati pihak Defendan tidak mempunyai kuasa tindakan terhadap pihak Plaintif. Oleh yang demikian, Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak Plaintif di Lampiran 65 untuk membatalkan tuntutan balas pihak Defendan. Bertarikh pada 19 Mar, 2023 ……………………………...………… ( Priscilla Hemamalini Nadarajan) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Ipoh, Perak ------------------------------------------------------------------------------------------------------- Peguamcara: Bagi pihak Plaintif : Tetuan Raimy Fuaad Aqis Bagi pihak Defendan : Tetuan Moh & Co Page 17 of 17 S/N IfzHkkUKwEuzPelouBkHjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal