PERNIAGAAN USAHAKITA SDN BHD 1. ) TENGKU DURAIDA BINTI TENGKU YOT 2. ) MUHAMMAD ISYALZUDDIN BIN ISHAK 3. ) AIZAT BIN AHMAD SUKI 4. ) AMZARI BIN AHMAD SUKI 5. ) NOORUL AKMAL BINTI AHMAD SUKI 6. ) NOORUL ATIFAH BINTI AHMAD SUKI 7. ) NOORUL IZ
The court exercised its s.145 discretion and adopted the applicant's subdivision plan as the fair, comprehensive and practicable scheme because it preserves registered shares and dwellings, provides satisfactory access required by s.136, is supported by all co-owners except Respondent 2, and the applicant holds the...
Source-derived case information.
- Citation
- RA-24NCvC-1-01/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: PERNIAGAAN USAHAKITA SDN BHD (No. Syarikat: 449088-V); Respondent: TENGKU DURAIDA BINTI TENGKU YOT; Respondent: MUHAMMAD ISYALZUDDIN BIN ISHAK; Respondent: AIZAT BIN AHMAD SUKI; Respondent: AMZARI BIN AHMAD SUKI; Respondent: NOORUL AKMAL BINTI AHMAD SUKI; Respondent: NOORUL ATIFAH BINTI AHMAD SUKI; Respondent: NOORUL IZAN BINTI AHMAD SUKI; Respondent: NORHANA BINTI NORDIN
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 13 December 2024
- Case Number
- RA-24NCvC-1-01/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Partition/termination of Co Proprietorship Under Section 145 National Land Code 1965 / Judgment on Application Under S.145 NLC (high Court, Kangar)
- Outcome
- Application allowed in part: termination of co-proprietorship and partition ordered under s.145 NLC in accordance with Applicant's Plan No. SH/15/PS/058/T-5; injunctive relief in specified paragraphs refused; no order as to costs.
- Legal Topics
- Termination of Co Proprietorship, Partition/subdivision, National Land Code S.145, National Land Code S.136, Injunctions, Title Issuance
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
PERNIAGAAN USAHAKITA SDN BHD (No. Syarikat: 449088-V)
Applicant
TENGKU DURAIDA BINTI TENGKU YOT
Respondent
MUHAMMAD ISYALZUDDIN BIN ISHAK
Respondent
AIZAT BIN AHMAD SUKI
Respondent
AMZARI BIN AHMAD SUKI
Respondent
NOORUL AKMAL BINTI AHMAD SUKI
Respondent
NOORUL ATIFAH BINTI AHMAD SUKI
Respondent
NOORUL IZAN BINTI AHMAD SUKI
Respondent
NORHANA BINTI NORDIN
Respondent
Procedural Posture
Partition/termination of Co Proprietorship Under Section 145 National Land Code 1965 / Judgment on Application Under S.145 NLC (high Court, Kangar)
Legal Issues
- 1 Which proposed subdivision plan is fair and practicable (applicant's plan v respondent's alternative plan)
- 2 Whether the applicant has merit under s.145(1) NLC to terminate co-proprietorship and order partition despite objection by a co-proprietor
Ratio Decidendi
The court exercised its s.145 discretion and adopted the applicant's subdivision plan as the fair, comprehensive and practicable scheme because it preserves registered shares and dwellings, provides satisfactory access required by s.136, is supported by all co-owners except Respondent 2, and the applicant holds the decisive majority (2223/2467). Accordingly the application for termination of co-proprietorship and partition is granted in accordance with the applicant's plan; injunction-related relief sought in specified paragraphs was not granted; no order as to costs.
Court Disposition
Application allowed in part: termination of co-proprietorship and partition ordered under s.145 NLC in accordance with Applicant's Plan No. SH/15/PS/058/T-5; injunctive relief in specified paragraphs refused; no order as to costs.
Orders
- Application for termination of co-proprietorship and partition granted under s.145 National Land Code 1965 in accordance with Plan No. SH/15/PS/058/T-5 submitted by the Applicant
- State Land and Mines Department Negeri Perlis to accept the Applicant's plan for the purpose of subdivision and to cause separate titles to be issued as specified in the plan (Petak 1 to Respondent 1; Petak 2 to Applicant; Petak 3 to Respondent 2; Petak 4 to Respondents 3-7 as joint title; Petak 5 to Respondent 8)...
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
RA-24NCvC-1-01/2023 Kand. 43 11/07/2025 16:20:26 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO.: RA-24NCVC-1-01/2023 Dalam perkara mengenai kesemua tanah yang dipegang di bawah GM 318, Lot 853, Mukim Kechor, Daerah Perlis, Negeri Perlis dan perkara lain Dan Dalam perkara mengenai Aturan 5 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ANTARA PERNIAGAAN USAHAKITA SDN BHD (No. Syarikat : 449088- V) ….. PEMOHON DAN 1. TENGKU DURAIDA BINTI TENGKU YOT (No. K/P :640711-09-5006) 1 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2. MUHAMMAD ISYALZUDDIN BIN ISHAK (No. K/P :870414-09-5185) 3. AIZAT BIN AHMAD SUKI (No. K/P :880427-09-5095) 4. AMZARI BIN AHMAD SUKI (No. K/P :770715-09-5009) 5. NOORUL AKMAL BINTI AHMAD SUKI (No. K/P :821118-09-5040) 6. NOORUL ATIFAH BINTI AHMAD SUKI (No. K/P :790328-09-5066) 7. NOORUL IZAN BINTI AHMAD SUKI (No. K/P :760102-09-5058) 8. NORHANA BINTI NORDIN (No. K/P :750726-08-5326) ….. RESPONDEN-RESPONDEN 2 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN 1. Tuntutan Pemohon dalam tindakan ini adalah untuk mendapatkan perintah-perintah seperti yang berikut: (a) bahawa Pemohon adalah diberi kebenaran untuk menamatkan pemilikan bersama di atas hartanah di bawah GM 318, Lot 853, Mukim Kechor, Daerah Perlis, Negeri Perlis (selepas ini dirujuk sebagai “Hartanah tersebut”) yang dipegang bersama Responden-Responden, ditamatkan di bawah seksyen 145 Kanun Tanah Negara untuk membolehkan Hartanah tersebut dipecah bahagian di antara Pemohon dan Responden- Responden; (b) dan bahawa permohonan untuk pecah bahagian oleh Pemohon ini adalah dibuat apabila terdapat mana-mana tuan punya bersama yang lain sama ada tidak turut serta atau tidak memberi kebenaran untuk permohonan ini dibuat, seperti yang termaktub di bawah seksyen 145(1)(a) Kanun Tanah Negara; (c) dan bahawa Pemohon adalah diberi kebebasan untuk dibenarkan membuat permohonan pecah bahagian ke atas Hartanah tersebut berdasarkan seksyen 145 Kanun Tanah Negara; (d) dan bahawa Pelan No: SH/15/PS/058/T-5 disedia oleh juruukur tanah berlesen, Sr Mohd Shakirin B. Hj Mohamad Hasan, Lesen No. LJT 520 daripada SH Ukur Consultant (selepas ini dirujuk sebagai “Pelan tersebut”) hendaklah diterima oleh Jabatan 3 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tanah dan Galian Negeri Perlis bagi maksud pecah bahagian Hartanah tersebut; (e) dan bahawa Pelan tersebut apabila diterima oleh Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis adalah dianggap sebagai satu permohonan untuk kelulusan pecah bahagian Hartanah tersebut di bawah seksyen 145 Kanun Tanah Negara; (f) dan bahawa tertakluk kepada pembayaran yuran-yuran yang tertentu dan penyerahan salinan-salinan pelan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 142(1) Kanun Tanah Negara oleh Pemohon, maka Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis hendaklah meluluskan Pelan tersebut mengikut peruntukan di bawah seksyen 145 Kanun Tanah Negara; (g) dan bahawa apabila kelulusan telah diberi ke atas Pelan tersebut, Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis hendaklah mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan suratan atau dokumen hakmilik tanah baharu yang berasingan berkenaan Hartanah tersebut seperti yang berikut: (i) bahawa dikeluarkan kepada TENGKU DURAIDA BINTI TENGKU YOT (Responden 1) secara hakmilik tunggal yang mana nama tersebut akan diletakhak sebagai pemilik tunggal di atas bahagian Hartanah tersebut iaitu setakat 343/2467 bahagian dan dengan lebih spesifik ditunjukkan sebagai PETAK 1 di dalam Pelan tersebut; 4 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) bahawa dikeluarkan kepada PERNIAGAAN USAHAKITA SDN BHD (Pemohon) secara hakmilik tunggal yang mana nama tersebut akan diletakhak sebagai pemilik tunggal di atas bahagian Hartanah tersebut iaitu setakat 1393/2467 bahagian dan dengan lebih spesifik ditunjukkan sebagai PETAK 2 di dalam Pelan tersebut; (iii) bahawa dikeluarkan kepada MUHAMMAD ISYALZUDDIN BIN ISHAK (Responden 2) secara hakmilik tunggal yang mana nama tersebut akan diletakhak sebagai pemilik tunggal di atas bahagian Hartanah tersebut iaitu setakat 244/2467 bahagian dan dengan lebih spesifik ditunjukkan sebagai PETAK 3 di dalam Pelan tersebut; (iv) bahawa dikeluarkan kepada Responden-Responden iaitu AIZAT BIN AHMAD SUKI (Responden 3), AMZARI BIN AHMAD SUKI (Responden 4), NOORUL AKMAL BINTI AHMAD SUKI (Responden 5), NOORUL ATIFAH BINTI AHMAD SUKI (Responden 6) dan NOORUL IZAN BINTI AHMAD SUKI (Responden 7) secara satu hakmilik bersama-sama yang berasingan yang mana nama-nama Responden-Responden tersebut akan diletakkan sebagai pemilik bersama bagi bahagian tanah Hartanah tersebut dengan pemilikan bahagian masing-masing iaitu setakat 343/12335 bahagian bagi AIZAT BIN AHMAD SUKI (Responden 3), setakat 343/12335 bahagian bagi AMZARI BIN AHMAD SUKI (Responden 4), setakat 343/12335 bahagian bagi NOORUL AKMAL BINTI AHMAD SUKI (Responden 5), setakat 343/12335 bahagian bagi 5 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal NOORUL ATIFAH BINTI AHMAD SUKI (Responden 6), setakat 343/12335 bahagian bagi NOORUL IZAN BINTI AHMAD SUKI (Responden 7) dan dengan lebih spesifik ditunjukkan sebagai PETAK 4 di dalam Pelan tersebut; dan (v) bahawa dikeluarkan kepada NORHANA BINTI NORDIN (Responden 8) secara hakmilik tunggal yang mana nama tersebut akan diletakhak sebagai pemilik tunggal di atas bahagian Hartanah tersebut iaitu setakat 144/2467 bahagian dan dengan lebih spesifik ditunjukkan sebagai PETAK 5 di dalam Pelan tersebut; (h) dan bahawa Mahkamah Yang Mulia ini mengeluarkan satu injunksi yang menghendaki MUHAMMAD ISYALZUDDIN BIN ISHAK (Responden 2) untuk menyerahkan semula suratan atau dokumen hakmilik asal Hartanah tersebut kepada Pemohon dalam tempoh masa tujuh (7) hari dari tarikh perintah ini untuk penyempurnaan urusan pecah bahagian Hartanah tersebut; (i) dan bahawa jika MUHAMMAD ISYALZUDDIN BIN ISHAK (Responden 2) masih enggan dan/atau gagal untuk menyerahkan semula suratan atau dokumen hakmilik asal Hartanah tersebut kepada Pemohon seperti mana yang diarahkan oleh injunksi dalam perenggan (8) di atas, maka salinan sah hakmilik atau salinan sah geran Hartanah tersebut yang diperakui sah menurut seksyen 383 Kanun Tanah Negara hendaklah diterima pakai oleh Pentadbir Tanah Negeri Perlis dan pihak Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis untuk proses pendaftaran dan segala urusan yang berkaitan bagi tujuan 6 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pecah bahagian Hartanah tersebut; (j) dan bahawa Timbalan Pendaftar dan/atau Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis diberi kuasa untuk mencap ibu jari dan/atau menandatangani sebarang dokumen yang berkaitan dengan urusan pempecahan bahagian Hartanah tersebut bagi melaksanakan dan menyempurnakan pecah bahagian Hartanah tersebut menurut perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini; (k) dan bahawa tiada sebarang perintah berkenaan kos; dan (l) relief lanjut dan lain seperti mana Mahkamah Yang Mulia ini fikirkan adil dan sesuai. 2. Alasan-alasan Pemohon membuat permohonan tersebut adalah seperti berikut: (a) bahawa Pemohon sebagai tuan tanah berdaftar yang memegang hak majoriti ke atas tanah Hartanah tersebut, berhasrat untuk memajukan Hartanah tersebut; dan (b) Pemohon telah banyak kali meminta persetujuan Responden- Responden untuk pecah bahagian tetapi Responden- Responden masih gagal untuk memberikan sebarang maklum balas dan persetujuan kepada Pemohon untuk membuat pecah bahagian Hartanah tersebut. 7 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3. Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala kertas kausa serta penghujahan dan nas-nas undang-undang yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak Pemohon dan Responden Kedua, Mahkamah ini berpuas hati dan memutuskan bahawa permohonan Pemohon seperti di perenggan (1) hingga (7) dan perenggan (10) Saman Pemula Pemohon (Kandungan 1) dibenarkan dengan tiada perintah mengenai kos. 4. Alasan Mahkamah ini adalah seperti di bawah. 5. Pemohon adalah pemilik yang memegang 1393/2467 bahagian Hartanah tersebut dan merupakan pemilik majoriti ke atas Hartanah tersebut (selepas ini dirujuk sebagai “Bahagian tersebut”). Responden Pertama memegang 343/2467 bahagian Hartanah tersebut, Responden Kedua memegang 244/2467 bahagian Hartanah tersebut, Responden Ketiga memegang 343/12335 bahagian Hartanah tersebut, Responden Keempat memegang 343/12335 bahagian Hartanah tersebut, Responden Kelima memegang 343/12335 bahagian Hartanah tersebut, Responden Keenam memegang 343/12335 bahagian Hartanah tersebut, Responden Ketujuh memegang 343/12335 bahagian Hartanah tersebut dan Responden Kelapan memegang 144/2467 bahagian Hartanah tersebut. 6. Tujuan Pemohon membuat permohonan pecah bahagian Hartanah tersebut adalah untuk menamatkan pemilikan bersama dengan Responden- Responden dan memajukan Bahagian tersebut menerusi cadangan projek perumahan. 7. Bagi merealisasikan cadangan pecah bahagian Hartanah tersebut, Pemohon telah melantik SH Ukur Consultant untuk menyukat dan memecah 8 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bahagian Hartanah tersebut, iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Pelan No: SH/15/PS/058/T-5 (selepas ini dirujuk sebagai “Pelan Pemohon tersebut”) (rujuk Ekshibit ABA-3, Kandungan 2). 8. Melalui cadangan Pemohon seperti dalam Pelan Pemohon tersebut – (a) Hartanah tersebut akan dibahagikan kepada 5 Petak, iaitu seperti yang berikut: (i) PETAK 1 kepada Responden Pertama; (ii) PETAK 2 kepada Pemohon; (iii) PETAK 3 kepada Responden Kedua; (iv) PETAK 4 kepada Responden Ketiga, Responden Keempat, Responden Kelima, Responden Keenam dan Responden Ketujuh yang merupakan adik-beradik; dan (v) PETAK 5 kepada Responden Kelapan; (b) hak, status quo dan kedudukan rumah Responden-Responden di atas Hartanah tersebut adalah kekal seperti sedia ada dikekalkan tanpa sebarang perubahan; (c) tiga akses dan/atau jalan laluan keluar masuk ke rumah dan/atau Petak setiap Responden akan disediakan oleh Pemohon; (d) keluasan bahagian tanah setiap Responden adalah kekal tanpa perubahan; (e) sebuah kiosk dan sebuah kontena perniagaan Responden Kedua yang bukan merupakan binaan kekal, yang diletakkan 9 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam Petak 3, perlu dialihkan ke lokasi lain dalam Petak 3 yang sama; dan (f) kos dan perbelanjaan untuk urusan pecah bahagian Hartanah tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh Pemohon. 9. Kesemua Responden bersetuju dan tiada halangan dengan cadangan pecah bahagian Hartanah tersebut seperti mana yang ditunjukkan dalam Pelan Pemohon tersebut kecuali Responden Kedua. 10. Sebagai membantah Pelan Pemohon tersebut, Responden Kedua telah mengemukakan pelan alternatif yang disediakan oleh Jurukur Tanah Al-Fateh bagi cadangan pecah bahagian Hartanah tersebut, iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Pelan No. JUAF/K/PB/05/2023-01 (selepas ini dirujuk sebagai “Pelan Al-Fateh tersebut”) (rujuk Ekshibit MII-2, Kandungan 7). 11. Berdasarkan Pelan Al-Fateh tersebut, Responden Kedua menyatakan bahawa – (a) lokasi dan/atau sempadan Petak 3 yang dicadangkan dalam Pelan Pemohon tersebut tidak sama dengan bahagian pemilikan Responden Kedua seperti dalam Geran Hartanah tersebut; dan (b) mengikut ukuran Petak-Petak dalam Pelan Pemohon tersebut, sebahagian pemilikan bahagian Responden Kedua telah dicerobohi dan diambil alih oleh Pemohon, iaitu bahagian tanah Responden Kedua yang diletakkan sebuah kiosk dan sebuah kontena untuk perniagaan. 10 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12. Selanjutnya, melalui Pelan Al-Fateh tersebut – (a) Hartanah tersebut juga akan dibahagikan kepada 5 Petak, iaitu seperti yang berikut: (i) PETAK 1 kepada Responden Pertama; (ii) PETAK 2 kepada Pemohon; (iii) PETAK 3 kepada Responden Kedua; (iv) PETAK 4 kepada Responden Ketiga, Responden Keempat, Responden Kelima, Responden Keenam dan Responden Ketujuh yang merupakan adik-beradik; dan (v) PETAK 5 kepada Responden Kelapan; (b) tiada diperincikan akses dan/atau jalan laluan keluar masuk ke rumah dan/atau bahagian tanah pemilik-pemilik yang lain; dan (c) tiada dinyatakan pihak yang akan menanggung kos dan perbelanjaan untuk urusan pecah bahagian Hartanah tersebut. 13. Isu undang-undang yang berbangkit dalam tindakan ini adalah seperti yang berikut: (a) pelan cadangan pecah bahagi siapakah yang lebih adil, patut, baik, komprehensif, munasabah dan praktikal untuk dilaksanakan, sama ada Pelan Pemohon tersebut atau Pelan Al- Fateh tersebut; dan (b) sama ada terdapat merit dalam permohonan Pemohon di bawah subseksyen 145(1) KTN untuk menamatkan pemilikan bersama 11 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hartanah tersebut dan untuk memecah bahagian Hartanah tersebut kepada 5 bahagian pemilik dan/atau 5 Petak dengan 5 hakmilik yang berasingan, iaitu sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan Pemohon tersebut. 14. Dalam tindakan ini, Pemohon telah memfailkan permohonan untuk menamatkan pemilikan bersama Hartanah tersebut dan untuk pecah bahagian pemilik-pemilik berdaftar bersama dalam Hartanah tersebut antara Pemohon dengan Responden-Responden di bawah subseksyen 145(1) KTN. 15. Sebagai rujukan, seksyen 145 KTN memperuntukkan seperti yang berikut: “Power of Court to facilitate termination of co-proprietorship 145. (1) Where, in the case of any land vested in co-proprietors — (a) any of the co-proprietors will neither join in, nor consent to the making of, an application for partition under this Chapter; or (b) by reason of the operation of paragraph 136(1)(f) (as applied by section 141), partition of the land between all of the co-proprietors is incapable of being approved under this Chapter, the Court, subject to and in accordance with the provisions of any law for the time being in force relating to civil procedure, may, on the application of any of the co- proprietors, make such order as it may think just for the purpose of enabling the co-proprietorship to be terminated. 12 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (2) Without prejudice to the generality of the power conferred by subsection (1), the Court may on any application under that subsection order — (a) that, subject to the making between the co-proprietors of such payments as the Court may consider equitable having regard to the comparative values of the individual portions thereby proposed, any application for partition made by one or more of the co-proprietors in the terms specified in the order shall be deemed for the purposes of this Chapter to have been made by them all; (b) that the undivided share of any of the co-proprietors be transferred on the terms specified in the order to the other co- proprietors, or to any of them; or (c) that the land be sold.”. 16. Berdasarkan subseksyen 145(1) KTN tersebut dan prinsip undang- undang yang diputuskan dalam kes Ku Yan Ku Abdullah v. Ku Idris Ku Ahmad & Ors. [1991] 3 CLJ 2872, Aishah Mohd Saman & Yang Lain lwn. Kalsom Hj Mohamad Nor [2000] 2 CLJ 592 dan Young Yean Chin & Ors v Quek Yak Kang & Ors [2016] MLJU 1737, Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa dan bidang kuasa untuk mendengar dan membenarkan permohonan mana-mana pemilik bersama untuk menamatkan pemilikan bersama dan pecah bahagian tanah, walaupun terdapat pemilik bersama tanah tersebut yang membantah atau tidak akan menyertai atau tidak memberi keizinan bagi pembuatan permohonan untuk pecah bahagian tersebut, jika Mahkamah fikirkan ianya adil dan patut bagi pemilikan bersama itu ditamatkan. 13 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17. Dalam kes Young Yean Chin & Ors v Quek Yak Kang & Ors (supra) misalnya, Abdul Aziz Bin Abdul Rahim JCA yang menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti yang berikut: “[17] Under s.145 of the NLC 1965, the court is empowered with a discretion to order the partition of any land owned under a co- proprietorship or to make any order that the court thinks just for the purpose of enabling the co- proprietorship to be terminated. This provision is available to any of the co- proprietors who wanted to terminate the proprietorship but is facing a problem when any of the co-proprietors will neither join in nor consent to the making of the application for partition of jointly owned by them as in the case before us.”. [Penekanan ditambah] 18. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, kesemua Responden adalah pemilik berdaftar bersama bagi Hartanah tersebut dan bersetuju dengan cadangan Pemohon untuk pecah bahagian dan penamatan pemilikan bersama Hartanah tersebut seperti mana yang dicadangkan dalam Pelan Pemohon tersebut kecuali Responden Kedua. Sehubungan dengan itu, Responden Kedua telah mengemukakan pelan alternatif untuk pecah bahagian Hartanah tersebut, iaitu Pelan Al-Fateh tersebut. 19. Justeru, sekiranya Mahkamah ini berpendapat bahawa terdapat asas dan kewajaran untuk membenarkan permohonan untuk pecah bahagian dan penamatan pemilikan bersama Hartanah tersebut, maka adalah menjadi tugas Mahkamah ini untuk menentukan pelan cadangan pecah bahagian siapakah yang lebih adil dan patut untuk dilaksanakan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 145(1) KTN tersebut. 20. Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan Saman Pemula Pemohon, afidavit-afidavit keterangan yang telah difailkan 14 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam tindakan ini, kedua-dua pelan cadangan Pemohon dan Responden Kedua, penghujahan peguam cara Pemohon dan Responden Kedua dan nas-nas undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah ini, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Pelan Pemohon tersebut adalah lebih adil dan patut kerana ia lebih baik, komprehensif, munasabah dan praktikal untuk dilaksanakan bagi maksud penamatan pemilikan bersama dan pecah bahagian Hartanah tersebut berbanding dengan Pelan Al-Fateh tersebut. Dapatan Mahkamah ini adalah berdasarkan alasan-alasan di bawah. 21. Pertama, Pelan Pemohon tersebut mengandungi cadangan pecah bahagian untuk semua 9 orang pemilik bersama Hartanah tersebut, iaitu Pemohon dan Responden Pertama hingga Responden Kelapan, yang mana bahagian-bahagian Hartanah tersebut akan dipecah bahagian dan dibahagikan antara 9 orang pemilik Hartanah tersebut kepada 5 bahagian tanah dan/atau 5 petak lot tanah dengan 5 hakmilik yang berasingan mengikut saiz keluasan asal bahagian dan pegangan/syer masing-masing, iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Petak 1 hingga Petak 5 dalam Pelan Pemohon tersebut. Cadangan untuk membahagikan Hartanah tersebut kepada 5 bahagian tanah dan/atau 5 petak lot tanah dengan 5 hakmilik yang berasingan turut dicadangkan dalam Pelan Al-Fateh tersebut. Oleh itu, keluasan tanah setiap pemilik adalah kekal dan tidak terjejas sedikit pun. 22. Kedua, Pelan Pemohon tersebut adalah lengkap, jelas dan komprehensif kerana turut mengambil kira dan menyediakan akses jalan keluar masuk yang memuaskan (satisfactorily) dan jelas ke semua bahagian dan petak lot tanah dalam Hartanah tersebut, iaitu sebagaimana yang disyaratkan di bawah perenggan 136(1)(h) KTN, berbanding dengan Pelan Al-Fateh tersebut yang tidak mempertimbangkan dan menyediakan akses 15 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal jalan keluar masuk yang jelas bagi Hartanah tersebut. Sebagai rujukan, seksyen 136 KTN memperuntukkan seperti yang berikut: “Conditions for approval of subdivision 136. (1) No subdivision shall be approved by the State Director or, as the case may be, Land Administrator unless the following conditions are satisfied: (a) that the subdivision would not contravene any restriction in interest to which the land is for the time being subject; (b) that the subdivision would not be contrary to the provisions of any written law for the time being in force, and that any requirements imposed with respect thereto by or under any such law have been complied with; (c) without prejudice to the generality of paragraph (b) — (i) that any necessary approval of any planning authority has been obtained; and (ii) that the subdivision would not be contrary to any plan approved by the State Authority for the development of the area in which the land is situated, or to any decision of any planning authority for that area; and (iii) if the case falls within any direction in that behalf given by the State Authority, that the subdivision has the consent of any body or authority specified in, or appointed by, the direction; (ca) that the proprietor has agreed in his application that as a consequence of the subdivision, the land described therein which 16 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal has been approved by any planning authority or body or authority specified in paragraph (c) to be used for public purpose be surrendered for such purpose in accordance with section 197; (d) that no item of land revenue is outstanding in respect of the land; (e) that every person or body who, at the time when the approval was applied for, was entitled to the benefit of — (i) a charge of the land; (ii) a lease of the whole or any part thereof, other than a part corresponding precisely to one of the proposed subdivisional portions; (iii) a charge of such a lease; or (iv) a lien over the land or any such lease, has consented in writing to the making of the application; (f) that the area of any subdivisional portion — (i) in the case of land subject to the category “agriculture”, or to any condition requiring its use for an agriculture purpose, will not be less than two-fifths of a hectare; and (ii) in any other case, will not be less than the minimum area appropriate for land of the class or description in question, as determined for the purposes of this subparagraph by the planning authority for the area in which the land is situated or (if there is no such authority) by the State Authority; 17 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (g) that the shape of each subdivisional portion will, in his opinion, be suitable for the purposes for which it is intended to be used; (h) that, except in the case of any subdivisional portion from which there will be direct access thereto, a satisfactory means of access will be available as of right from each such portion either to a road, a river, a part of the foreshore or a railway station, or to a point within the land from which such a means of access will be available or be capable of being obtained by application to the Land Administrator under Part Twenty-eight. (2) The requirements of paragraph (1)(h) shall be taken to be satisfied with respect to any subdivisional portion if, but only if — (a) in the case of land situated in any area designated by the State Authority for the purposes of this subsection, or any class or description of land in that area specified in the designation, the proprietor has agreed in his application — (i) that he will provide the necessary means of access by making up a road to a standard specified in the designation; and (ii) that the land occupied by the road shall, as from the issue of title to the subdivisional portions, be deemed to have been surrendered to the State Authority; (b) in any other case, the proprietor has — (i) agreed in his application that land described therein shall be deemed to have been surrendered as aforesaid for the purpose of enabling such a means of access to be established thereover as State land; or 18 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) included in his application a proposal for providing such a means of access by means of a private road over land in respect of which a separate title is to be issued to him; or (iii) included in his application his consent to the provision thereof by the creation of a Land Administrator’s right of way.”. 23. Pada pendapat Mahkamah ini, akses jalan keluar masuk seperti mana yang disyaratkan di bawah perenggan 136(1)(h) KTN adalah penting untuk ditentukan dan disediakan secara jelas dalam sesuatu pelan cadangan bagi penamatan pemilikan bersama dan pecah bahagian tanah kerana melalui akses jalan tersebut, pemilik-pemilik Hartanah tersebut boleh keluar masuk ke bahagian dan petak lot tanah masing-masing tanpa sebarang halangan, sekatan dan gangguan oleh pemilik-pemilik bahagian tanah yang lain. 24. Walaupun syarat-syarat untuk kelulusan pecah bahagian tanah di bawah seksyen 136 KTN tersebut adalah untuk permohonan pecah bahagian tanah kepada Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah, namun pada pendapat Mahkamah ini, prinsip yang sama boleh diguna pakai untuk permohonan pecah bahagian tanah yang dibuat kepada Mahkamah menurut subseksyen 145(1) KTN. Ini kerana, ia melibatkan prinsip, tujuan, hasrat dan remedi yang sama, iaitu bagi penamatan pemilikan bersama dan pecah bahagian tanah. 25. Oleh itu, pada pendapat Mahkamah ini, tindakan Pemohon membuat permohonan pecah bahagian tanah di bawah subseksyen 145(1) KTN tersebut adalah adil dan patut dan dapat memberi keadilan kepada semua pemilik Hartanah tersebut. 19 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26. Ketiga, akses jalan keluar masuk yang dicadangkan dalam Pelan Pemohon tersebut akan mengekalkan akses jalan yang sedia ada tanpa menjejaskan bahagian dan keluasan tanah pemilik-pemilik yang sedia ada. 27. Oleh itu, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa hak Responden-Responden ke atas bahagian dan keluasan tanah masing- masing di atas Hartanah tersebut adalah terpelihara dan tidak akan diprejudiskan dengan permohonan Pemohon tersebut. Sebaliknya, permohonan Pemohon tersebut akan menguntungkan dan memberi faedah kepada Responden-Responden kerana mereka boleh menikmati dan menggunakan kemudahan akses jalan keluar masuk tersebut secara bebas dan selama-lamanya tanpa perlu mengorbankan walau seinci pun bahagian tanah mereka. 28. Keempat, melalui Pelan Pemohon tersebut, kesemua rumah kediaman Responden Pertama hingga Responden Kelapan yang telah dibina di atas Hartanah tersebut akan dikekalkan di petak dan/atau bahagian tanah masing-masing dan tidak akan terjejas sedikit pun. 29. Oleh itu, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa hak Responden-Responden ke atas bahagian tanah rumah kediaman masing- masing adalah terpelihara dan tidak akan diprejudiskan dengan permohonan pecah bahagian dan penamatan pemilikan bersama oleh Pemohon tersebut. 30. Kelima, melalui cadangan penamatan pemilikan bersama dan pecah bahagian tanah seperti dalam Pelan Pemohon tersebut, kesemua Pemohon dan Responden-Responden, yang merupakan pemilik-pemilik 5 bahagian 20 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tanah dan 5 petak lot Hartanah tersebut, akan mendapat geran hakmilik berasingan. 31. Pada pendapat Mahkamah ini, pemberian geran hakmilik berasingan kepada semua pemilik Hartanah tersebut akan memberi manfaat, faedah dan kebaikan kepada Pemohon dan Responden-Responden kerana selain dapat mengelakkan sebarang pertikaian mengenai bahagian tanah pemilik- pemilik Hartanah tersebut, ia juga membolehkan setiap pemilik untuk menguruskan, memajukan dan membangunkan bahagian tanah masing- masing tanpa perlu ada perasaan risau dan bimbang yang ia akan mencerobohi bahagian tanah pemilik lain. 32. Keenam, dalam kes ini, Responden Pertama dan Responden Ketiga hingga Responden Kelapan telah bersetuju untuk menamatkan pemilikan bersama Hartanah tersebut dengan mengguna pakai Pelan Pemohon tersebut. 33. Pada pendapat Mahkamah ini, tindakan Responden Pertama dan Responden Ketiga hingga Responden Kelapan menyokong dan bersetuju sepenuhnya dengan Pelan Pemohon tersebut menunjukkan bahawa Pelan Pemohon tersebut adalah lebih adil, patut, baik, komprehensif, munasabah dan praktikal untuk dilaksanakan bagi tujuan penamatan pemilikan bersama dan pecah bahagian Hartanah tersebut berbanding dengan Pelan Al-Fateh tersebut. 34. Ketujuh, Mahkamah ini mendapati tujuan Pemohon membuat permohonan pecah bahagian dan penamatan hakmilik bersama tersebut adalah untuk membangunkan projek perumahan. Untuk mencapai tujuan ini, Pemohon memerlukan hakmilik tanah yang berasingan daripada pemilik- 21 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pemilik lain di atas Hartanah tersebut dan akses yang munasabah dan praktikal tanpa menjejaskan hak, kepentingan, pegangan/syer, status quo dan keluasan tanah pemilik-pemilik yang lain. 35. Walau bagaimanapun, Responden Kedua telah membantah permohonan Pemohon tersebut atas alasan berikut: (a) Pemohon telah gagal mengemukakan keterangan pakar penilai berkenaan harga pasaran (market value) Hartanah tersebut; (b) permohonan Pemohon tersebut akan menjejaskan tiga perniagaan Responden Kedua dan keluarganya di atas bahagian tanah Responden Kedua tersebut, iaitu Ummumayr Trading, Vasya Trading dan Mr Diecaster Network; (c) lokasi dan/atau sempadan Petak 3 yang dicadangkan dalam Pelan Pemohon tersebut tidak sama dengan bahagian pemilikan Responden Kedua seperti dalam Geran Hartanah tersebut; dan (d) berdasarkan ukuran Petak-Petak dalam Pelan Pemohon tersebut, sebahagian pemilikan bahagian Responden Kedua telah dicerobohi dan diambil alih oleh Pemohon, iaitu bahagian tanah Responden Kedua yang diletakkan sebuah kiosk dan sebuah kontena perniagaan. 36. Mengenai isu ketiadaan keterangan pakar penilai berkenaan harga pasaran Hartanah tersebut dalam tindakan ini, pada pendapat Mahkamah ini, ia tidak fatal dan tidak menjejaskan permohonan Pemohon tersebut kerana permohonan pecah bahagian dan penamatan pemilikan bersama 22 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hartanah tersebut melibatkan Hartanah yang sama dan mengekalkan keluasan tanah yang sama. Oleh itu, ketiadaan keterangan pakar penilai berkenaan harga pasaran Hartanah tersebut tidak memprejudiskan Responden Kedua. 37. Mengenai dakwaan Responden Kedua bahawa permohonan Pemohon tersebut akan menjejaskan perniagaan Responden Kedua dan keluarganya, iaitu Ummumayr Trading, Vasya Trading dan Mr Diecaster Network, yang terletak di atas bahagian tanah Responden Kedua tersebut, setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala kertas kausa, Pelan Pemohon tersebut dan Pelan Al-Fateh tersebut dan membuat lawatan tapak ke Hartanah tersebut, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa permohonan pecah bahagian tersebut tidak menjejaskan perniagaan Responden Kedua kerana kedua-dua kiosk dan kontena tempat perniagaan tersebut boleh diubah dan dialihkan ke lokasi lain dalam bahagian tanah dan/atau Petak 3 milik Responden Kedua tersebut. Apatah lagi dalam perkara ini, Pemohon bersedia membantu dan menanggung kos untuk mengalihkan kiosk dan kontena tersebut ke lokasi lain dalam bahagian tanah Responden Kedua tersebut. 38. Mengenai dakwaan Responden Kedua bahawa lokasi dan/atau sempadan Petak 3 yang dicadangkan dalam Pelan Pemohon tersebut tidak sama dengan bahagian pemilikan Responden Kedua seperti dalam Geran Hartanah tersebut, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa perkara ini adalah sesuatu yang harus dijangkakan dalam suatu permohonan pecah bahagian tanah. Ini kerana, dalam permohonan pecah bahagian tanah, walaupun bahagian, pegangan/syer dan keluasan tanah seseorang pemilik tanah dikekalkan selepas dipecah bahagian, kedudukan, lokasi dan/atau sempadan tanah tersebut tidak semestinya sama dengan geran asal 23 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hartanah tersebut. Dalam hal ini, ia bergantung kepada apa yang diputuskan oleh Mahkamah sebagai adil, patut, wajar dan munasabah setelah mengambil kira segala keterangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak. 39. Mengenai dakwaan Responden Kedua bahawa berdasarkan ukuran Petak-Petak dalam Pelan Pemohon tersebut, sebahagian pemilikan bahagian Responden Kedua telah dicerobohi dan diambil alih oleh Pemohon, iaitu bahagian tanah Responden Kedua yang diletakkan sebuah kiosk dan sebuah kontena perniagaan, pendapat Mahkamah ini adalah sama seperti yang telah dinyatakan dalam perenggan 38 di atas. Dalam hal ini, apabila Mahkamah membenarkan sesuatu pelan cadangan untuk pecah bahagian dan penamatan pemilikan bersama sesuatu hartanah, keputusan Mahkamah tersebut adalah mengikat pemilik-pemilik hartanah tersebut. Oleh itu, tidak seharusnya timbul isu dalam kes ini bahawa Pemohon telah menceroboh dan mengambil alih bahagian tanah Responden Kedua yang menempatkan kiosk dan kontena perniagaan. 40. Kelapan, dalam kes ini, Pemohon bersama dengan Responden Pertama dan Responden Ketiga hingga Responden Kelapan telah bersetuju dengan Pelan Pemohon tersebut. Hanya Responden Kedua sahaja yang tidak bersetuju dengan Pelan Pemohon tersebut atas alasan seperti mana yang telah dinyatakan dalam perenggan 35 di atas. 41. Berdasarkan bahagian yang dimiliki oleh pemilik-pemilik berdaftar di dalam suratan hakmilik Hartanah tersebut, Pemohon bersama dengan Responden Pertama dan Responden Ketiga hingga Responden Kelapan mempunyai pegangan dan hak majoriti ke atas Hartanah tersebut, iaitu sebanyak 2223/2467 bahagian, manakala Responden Kedua pula hanya memiliki sebanyak 244/2467 bahagian sahaja. 24 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 42. Justeru, berdasarkan prinsip keadilan serta hak, kepentingan dan pegangan majoriti pemilik-pemilik Hartanah tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa adalah adil, wajar dan munasabah untuk mengguna pakai Pelan Pemohon tersebut bagi tujuan pecah bahagian Hartanah tersebut. 43. Kesembilan, permohonan Pemohon untuk menamatkan pemilikan bersama dan pecah bahagian Hartanah tersebut dibuat menurut subseksyen 145(1) KTN, yang mana Mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan permohonan tersebut sekiranya difikirkan adil dan patut untuk pemilikan bersama itu ditamatkan. 44. Setelah Mahkamah ini mempertimbangkan dan membandingkan kedua-dua Pelan Pemohon tersebut dan Pelan Al-Fateh tersebut, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam alasan-alasan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa Pelan Pemohon tersebut adalah lebih adil, patut, baik, komprehensif, munasabah dan praktikal berbanding dengan Pelan Al-Fateh tersebut dan ia tidak memprejudiskan Responden Kedua. Oleh itu, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Pemohon untuk pecah bahagian dan penamatan pemilikan bersama Hartanah tersebut. 45. Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini menjawab Isu Pertama dan Isu Kedua tersebut seperti yang berikut: (a) mengenai Isu Pertama, Mahkamah ini mendapati Pelan Pemohon tersebut adalah yang lebih adil, patut, baik, komprehensif, munasabah dan praktikal untuk dilaksanakan bagi maksud penamatan pemilikan bersama dan pecah bahagian Hartanah tersebut berbanding dengan Pelan Al-Fateh 25 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tersebut dan ia tidak memprejudiskan Responden Kedua; dan (b) mengenai Isu Kedua, Mahkamah ini menjawab sebagai ya, iaitu permohonan Pemohon untuk penamatan pemilikan bersama dan pecah bahagian Hartanah tersebut di bawah subseksyen 145(1) KTN, iaitu sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan Pemohon tersebut, adalah bermerit. 46. Sebagai kesimpulan, berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Pemohon seperti dalam Saman Pemula Pemohon (Kandungan 1) kecuali perenggan (8) dan (9) Kandungan 1 tersebut dengan tiada perintah mengenai kos. Bertarikh : 30 JUN 2025 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KANGAR NEGERI PERLIS 26 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (NEGERI PERLIS) Peguam bagi Pemohon: Encik Naziman bin Mahmud Tetuan Naziman & Co Peguam Bela dan Peguam Cara No.76, Taman Seni Indah Persiaran Jubli Emas Jalan Kangar-Arau 01000 Kangar Perlis Peguam bagi Responden Kedua: Encik Christopher Arun Tetuan Ariff Rozhan & Co L-6-1, No.2 Jalan Solaris Solaris Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur 27 S/N toeODHAfz0ua5bzIdpj3Lw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal