1. ) PERNIAGAAN ZHENG SHENG 2. ) KHOR HUNG HUAT 1. ) PERNIAGAAN ZHENG SHENG 2. ) YAP WAI MENG
On balance of probabilities the court held the writ filed on 2 December 2021 was within the period covered by the emergency temporary measures and the Chief Justice's Direction which exempted compliance with statutory time limits up to 31 December 2021; therefore the strike-out application (KM9) failed and the writ...
Source-derived case information.
- Citation
- CA-A73KJ-345-12/2021 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Plaintiff: Perniagaan Zheng Sheng; Plaintiff: Khor Hung Huat; Defendant: Perniagaan Zheng Sheng; Defendant: Yap Wai Meng
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 22 June 2022
- Case Number
- CA-A73KJ-345-12/2021 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Civil (guaman Sivil) / Application Under Rule 18 (kandungan 9) to Strike Out Writ
- Outcome
- KM9 dismissed
- Legal Topics
- Limitation Period, Strike Out of Pleadings, Temporary Measures Act 2020, Chief Justice Directions, Extension Orders
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Perniagaan Zheng Sheng
Plaintiff
Khor Hung Huat
Plaintiff
Perniagaan Zheng Sheng
Defendant
Yap Wai Meng
Defendant
Procedural Posture
Civil (guaman Sivil) / Application Under Rule 18 (kandungan 9) to Strike Out Writ
Legal Issues
- 1 Whether the action was time-barred under the Limitation Act 1953
- 2 Whether Temporary Measures Act 2020 and its extension orders suspended/extended limitation periods
- 3 Whether Chief Justice's Direction No.8/2021 exempted parties from complying with time limits for court processes
Ratio Decidendi
On balance of probabilities the court held the writ filed on 2 December 2021 was within the period covered by the emergency temporary measures and the Chief Justice's Direction which exempted compliance with statutory time limits up to 31 December 2021; therefore the strike-out application (KM9) failed and the writ and statement of claim were not set aside.
Court Disposition
KM9 dismissed
Orders
- KM9 dismissed
- Costs of RM500 to be paid to the plaintiff
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
CA-A73KJ-345-12/2021 Kand. 28 02/09/2022 09:16:53 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG GUAMAN SIVIL: CA-A73KJ-345-12/2021 ANTARA 1) PERNIAGAAN ZHENG SHENG [No. Syarikat: CA0086667-H] 2) KHOR HUNG HUAT [No. Kad Pengenalan: 620410075169] ... PLAINTIF-PLAINTIF DAN 1) PERNIAGAAN ZHENG SHENG [No. Syarikat: CA0086667-H] 2) YAP WAI MENG [No. Kad Pengenalan: 640615065579] ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (KANDUNGAN 9) Pendahuluan [1] Ini adalah permohonan (“KM9”) pihak Defendan untuk membatalkan Writ bertarikh 2 Disember 2021 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 2 Disember 2021 menurut Aturan 18 Kaedah (1) Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012. Di dalam kes ini, Mahkamah telah menolak KM9 dengan kos sebanyak RM500 dibayar kepada Plaintif. 1 S/N WkuK4eTVRkyDwEZdSq9Auw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Latar Belakang Kes [2] Plaintif telah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Majistret Kuantan melalui Saman No. CA-A73KJ-345-12/2021 yang berbangkit dari satu kemalangan jalan raya bertarikh 16 November 2015 yang melibatkan sebuah motorlori No. CH 7661 dan sebuah motorlosi CAB 4857. [3] Pihak Plaintif melalui Tetuan Hazrin & Muzamil telah memfailkan tindakan ini untuk menuntut gantirugi khas pada 2 Disember 2021 di mana pihak Plaintif di dalam Writ bertarikh 2 Disember 2021 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 2 Disember 2021 tersebut telah memplidkan bahawa kemalangan jalanraya tersebut disebabkan sepenuhnya oleh kecuaian Defendan di dalam memandu motorloei No. CH 7661. [4] Pihak Defendan telah memfailkan Memorandum Kehadiran dan Pernyataan Pembelaan pada 4 Januari 2022. [5] Selanjutnya, pihak Defendan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 2 Disember 2021 tersebut pada 15 Februari 2022 atas alasan pemfailan tuntutan tersebut adalah di luar tempoh dan had masa iaitu melebihi 6 tahun dari tarikh kausa tindakan tersebut terakru iaitu kemalngan di antara pihak Plaintif dan Defendan. [6] Justeru, permohonan pihak Defendan di dalam Kandungan 9 ini adalah untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 2 Disember 2021 tersebut atas alasan yang dinyatakan di atas. 2 S/N WkuK4eTVRkyDwEZdSq9Auw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hujahan Plaintif [7] Plaintif menyatakan bahawa terdapat satu isu yang dibangkitkan iaitu samada terdapat had masa batasan yang telah dilanjutkan oleh mana-mana peruntukkan Undang-Undang. Plaintif berhujah bahawa pada tarikh 16 Mac 2020 satu Perintah Kawalan Pergerakkan telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia. Atas penularan wabak tersebut satu Akta diperkenalkan iaitu Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020. [8] Terdapat beberapa arahan dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia seperti berikut: i) Temporary Measures for Reducing the Impact of Coronavirus Disease 2019 (Covid-19) Act 2020 Act 829 iaitu Seksyen 12 di mana had masa dari 18.3.2020 ke 31.8.2020 dilanjutkan ke 31.12.2020; ii) Temporary Measures for Reducing the Impact of Coronavirus Disease 2019 (Covid-19) (Extension of Operation) Order 2020 telah melanjutkan tempoh ini dari 1.1.2021 dilanjutkan ke 31.3.2021; iii) Temporary Measures for Reducing the Impact of Coronavirus Disease 2019 (Covid-19) (Extension of Operation) Order 2021 telah melanjutkan tempoh ini dari 1.4.2021 dilanjutkan ke 30.6.2021; iv) Temporary Measures for Reducing the Impact of Coronavirus Disease 2019 (Covid-19) (Extension of Operation) Order 2021 3 S/N WkuK4eTVRkyDwEZdSq9Auw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal telah melanjutkan tempoh ini dari 1.7.2021 dilanjutkan ke 31.12.2021; [9] Plaintif juga berhujah bahawa isu had masa bukanlah sesuatu yang muktamad di mana Plaintif juga merujuk kepada Seksyen 29 Akta Had Masa 1953 yang memberi perlanjutan kepada pemakaian had masa seterusnya menyatakan bahawa ini bukanlah satu kes yang terang dan nyata untuk membatalkan pliding di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Hujahan Defendan [10] Manakala, Defendan menyatakan bahawa kausa tindakan bagi tindakan ini terakru pada hari kemalangan tersebut berlaku iaitu pada 16 November 2015 dan sepatutnya tempoh had masa 6 tahun habis pada 15 November 2021. Defendan berhujah bahawa Seksyen 12 Akta Langkah- Langkah Sementara Bagi Mengurangkan kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 dan Seksyen 2 di bawah Perintah Langkah- Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) (Perlanjutan Kuatkuasa) 2020 dengan jelas dan terang bahawa Plaintif tidak boleh menggunapakai Perintah ini memandangkan intipati kedua-dua seksyen ini berakhir pada 31 Mac 2021. [11] Defendan juga berhujah bahawa had masa 6 tahun bagi tindakan ini adalah pada 15 November 2021 walaubagaimana pun Writ Saman hanya di failkan pada 2 Disember 2021. Oleh yang demikian, Defendan berpendapat Seksyen 12 Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi 4 S/N WkuK4eTVRkyDwEZdSq9Auw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mengurangkan kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 dan Seksyen 2 di bawah Perintah Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) (Perlanjutan Kuatkuasa) 2020 ada tidak sesuai dan tidak terpakai bagi fakta-fakta tindakan ini kerana melibatkan tort dan Plaintif telah memfailkan Writ tersebut selepas 31 Mac 2021 iaitu pada 2 Disember 2021. Dapatan Mahkamah [12] Mahkamah telah meneliti hujahan kedua-dua pihak dan telah merujuk kepada Arahan Ketua Hakim Negara Bil 8 Tahun 2021 bertarikh 31 Mei 2021 – PENGECUALIAN TERHADAP PEMAKAIAN PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG BERHUBUNG DENGAN URUSAN MAHKAMAH yang dikeluarkan bertuntaskan daripada Seksyen 16A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91], subseksyen 17(8) Akta 91, seksyen 3A Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] dan subseksyen 3(7) Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955 [Akta 55] yang diubah suai melalui Akta Langkah- Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 [Akta 829]. [13] Objektif utama Arahan Amalan tersebut dikeluarkan adalah demi memastikan kepentingan pelaksanaan keadilan, kesejahteraan awam, keselamatan awam, kesihatan dan kesusilaan awam. Arahan Amalan tersebut mengikat Mahkamah bawahan untuk menguruskan kes-kes yang didaftarkan di Mahkamah ini selari dengan pengecualian terhadap pemakaian peruntukan undang-undang berhubung dengan urusan 5 S/N WkuK4eTVRkyDwEZdSq9Auw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah di seluruh Malaysia lebih-lebih lagi Arahan tersebut menyentuh secara spesifik berkenaan dengan pengecualian terhadap pemakaian peruntukan Undang-Undang berhubung dengan urusan Mahkamah iaitu pengecualian terhadap pematuhan kehendak tempoh masa. [14] Mahkamah ini merujuk kepada intipati Arahan Ketua Hakim Negara Bil 8 Tahun 2021 bertarikh 31 Mei 2021 – PENGECUALIAN TERHADAP PEMAKAIAN PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG BERHUBUNG DENGAN URUSAN MAHKAMAH tersebut seperti berikut: A. Pengecualian Terhadap Pematuhan Kehendak Tempoh Masa 4. Pihak-pihak adalah dikecualikan daripada mematuhi kehendak tempoh masa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Undang- Undang berhubung dengan urusan Mahkamah di seluruh Malaysia dan bagi maksud ini, pihak-pihak tidak perlu memohon bagi mendapatkan perintah untuk pelanjutan masa daripada Mahkamah. 5. Pengecualian daripada pematuhan kehendak tempoh masa adalah merangkumi hal perkara seperti berikut: (a) pemfailan kertas kausa (b) pemfailan notis rayuan 6 S/N WkuK4eTVRkyDwEZdSq9Auw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (c) penyerahan kertas kausa dan dokumen Mahkamah (d) pelaksanaan perintah Mahkamah (e) penyerahan notis rayuan dan rekod rayuan secara fizikal daripada Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan; dan (f) apa-apa hal perkara lain berhubung dengan urusan Mahkamah yang ditetapkan oleh Mahkamah dari semasa ke semasa. [15] Mahkamah ini juga merujuk kepada Perintah Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 [Akta 829] (Perlanjutan Kuatkuasa) (No. 2) Order 2021 di mana ianya sangat jelas telah melanjutkan tempoh ini dari 1 Julai 2021 ke 31 Disember 2021. Walaupun kausa tindakan ini didakwa telah tamat pada 15 November 2021 oleh Defendan, namun pada hemat saya, pemfailan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang difailkan pada 2 Disember 2021 oleh Plaintif di dalam kes ini masih lagi di dalam tempoh sah perlanjutan tempoh had masa berdasarkan pengecualian terhadap pematuhan kehendak tempoh yang diperuntukkan Undang-Undang. Ini adalah kerana Perintah Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 [Akta 829] (Perlanjutan Kuatkuasa) (No. 2) Order 2021 berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2021. 7 S/N WkuK4eTVRkyDwEZdSq9Auw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kesimpulan [16] Setelah meneliti Kandungan 9, afidavit-afidavit dan mengambil kira hujahan-hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, maka atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah menolak KM9 dengan kos sebanyak RM500 dibayar kepada Plaintif. BERTARIKH: 29HB OGOS 2022 (NOR IZZATI BINTI ZAKARIA) Majistret Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang Peguam: Plaintif: Muzamil Alif bin Mohamad daripada Tetuan Hazrin & Muzamil Defendan: Nurul Aznie bin Ibrahim daripada Tetuan V. P. Nathan & Partners 8 S/N WkuK4eTVRkyDwEZdSq9Auw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal