1. PERSATUAN KESELAMATAN PENGKULTUR-PENGKULTUR RUMPAI LAUT DMF MALAYSIA 2. CHOI SENG LANG 3. LI CHUN WA 4. DAN 3 YANG LAIN 1. RAYMOND HO KAI MIN 2. PAUL CHENG WAI KIT
The amended statement of claim did not disclose a reasonable cause of action against the individual defendants because plaintiffs pleaded inconsistent facts (showing Dynasty Marine, not plaintiffs, as the insured), failed to plead particulars of any actionable representation or how defendants owed a duty of care to...
Source-derived case information.
- Citation
- 22NCC-706-12/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: PERSATUAN KESELAMATAN PENGKULTUR-PENGKULTUR RUMPAI LAUT DMF MALAYSIA; Plaintiff: CHOI SENG LANG; Plaintiff: LI CHUN WA; Plaintiff: ANG SEOW KIM; Plaintiff: ANG BEE KUI; Plaintiff: LIM SWEE YEN; Defendant: RAYMOND HO KAI MIN; Defendant: PAUL CHENG WAI KIT
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 19 October 2020
- Case Number
- 22NCC-706-12/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Claim (shareholder/investor Dispute Involving Insurance and Alleged Negligence) / Application to Strike Out Under Order 18 Rule 19 KKM 2012; High Court Judgment on Application (strike Out)
- Outcome
- Application by first and second defendants allowed; amended writ and amended statement of claim dated 16 March 2020 struck out
- Legal Topics
- Duty of Care, Misrepresentation, Privity of Contract, Strike Out Under Order 18 R 19, Abuse of Process, Accrual of Cause of Action, Standing/locus Standi
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
PERSATUAN KESELAMATAN PENGKULTUR-PENGKULTUR RUMPAI LAUT DMF MALAYSIA
Plaintiff
CHOI SENG LANG
Plaintiff
LI CHUN WA
Plaintiff
ANG SEOW KIM
Plaintiff
ANG BEE KUI
Plaintiff
LIM SWEE YEN
Plaintiff
RAYMOND HO KAI MIN
Defendant
PAUL CHENG WAI KIT
Defendant
Procedural Posture
Civil Claim (shareholder/investor Dispute Involving Insurance and Alleged Negligence) / Application to Strike Out Under Order 18 Rule 19 KKM 2012; High Court Judgment on Application (strike Out)
Legal Issues
- 1 Whether the amended statement of claim disclosed a reasonable cause of action against the individual defendants
- 2 Whether the pleadings were scandalous, frivolous or vexatious or an abuse of process
- 3 Whether there was privity of contract between plaintiffs and defendants (and the relevance of agency status)
Ratio Decidendi
The amended statement of claim did not disclose a reasonable cause of action against the individual defendants because plaintiffs pleaded inconsistent facts (showing Dynasty Marine, not plaintiffs, as the insured), failed to plead particulars of any actionable representation or how defendants owed a duty of care to plaintiffs, and the claim was premature and an abuse of process given the unresolved insurance claim; accordingly the strike-out application under Order 18 r 19 succeeded and the amended writ and statement of claim were struck out with costs.
Court Disposition
Application by first and second defendants allowed; amended writ and amended statement of claim dated 16 March 2020 struck out
Orders
- Content 26 allowed; Writ Saman Terpinda and Amended Statement of Claim dated 16 March 2020 struck out
- Costs to the defendants
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. WA-22NCC-706-12/2019 ANTARA 1. PERSATUAN KESELAMATAN PENGKULTUR- PENGKULTUR RUMPAI LAUT DMF MALAYSIA (NO. PENDAFTARAN: PPM-005-14-02082013) 2. CHOI SENG LANG (No. K/P: 760701-10-5731) 3. LI CHUN WA (NO. PASPORT: K069632(3)) 4. ANG SEOW KIM (NO. K/P: 560523-01-5136) 5. ANG BEE KUI (NO. PASPORT: 00-299096) 6. LIM SWEE YEN … PLAINTIF- (NO. K/P: 780930-06-5450) PLAINTIF DAN 1. RAYMOND HO KAI MIN (NO. K/P: 730531-14-5319) 2. PAUL CHENG WAI KIT … DEFENDAN- (NO. PASPORT: E2037728A) DEFENDEN DI HADAPAN YA KHADIJAH BINTI IDRIS HAKIM 1 ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 26) [1] Kandungan 26 adalah permohonan Defendan Pertama dan Defendan Kedua di bawah Aturan 18 kaedah 19 (1) (a), (b) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) untuk perintah supaya Writ Saman Terpinda dan Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif-plaintif bertarikh 16 Mac 2020 dibatalkan. [2] Setelah mendengar dan mempertimbangkan fakta kes dan hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan Kandungan 26 dan Writ Saman Terpinda dan Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 16 March 2020 dibatalkan. Plaintif-plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan rayuan difailkan. Pihak-pihak [3] Dalam kes ini Plaintif-plaintif adalah terdiri daripada – (a) Plaintif Pertama adalah Persatuan Keselamatan Pengkultur- pengkultur Rumpai Laut DMF Malaysia. Plaintif Pertama 2 adalah sebuah badan persatuan yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966; (b) Plaintif kedua sehingga plaintif keenam adalah kesemuanya ahli Plaintif Pertama dan mereka memegang jawatan dalam Plaintif Pertama seperti berikut – (i) Plaintif Kedua, seorang warganegara Malaysia, memegang jawatan Pengerusi kepada Plaintif Pertama dan mempunyai kuasa / kapasiti mewakili Plaintif Pertama; (ii) Plaintif Ketiga, seorang warganegara Hong Kong, adalah merupakan Timbalan Pengerusi Plaintif Pertama dan juga mempunyai kuasa / kapasiti mewakili Plaintif Pertama; (iii) Plaintif Keempat, seorang warganegara Malaysia, adalah merupakan Setiausaha kepada Plaintif Pertama dan juga mempunyai kuasa / kapasiti mewakili Plaintif Pertama; 3 (iv) Plaintif Kelima, seorang warganegara Brunei, adalah merupakan Penolong Setiausaha kepada Plaintif Pertama dan juga mempunyai kuasa / kapasiti mewakili Plaintif Pertama; (v) Plaintif Keenam, seorang warganegara Malayisa, adalah merupakan Bendahari Plaintif Pertama dan juga mempunyai kuasa / kapasiti mewakili Plaintif Pertama. Kesemua Plaintif Pertama sehingga Plaintif Keenam selepas daripada ini akan disebut sebagai “Plaintif-plaintif”. [4] Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah individu warganegara Malaysia. Kes yang diplikan oleh Plaintif-plaintif [5] Dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda (kandungan 22) Plaintif- plaintif memplidkan, antara lainnya, seperti berikut – (a) Plaintif Pertama ditubuhkan pada 2 Ogos 2013 dan mempunyai 782 orang ahli daripada 8 buah negara yang 4 berbeza. Tujuan utama penubuhan Plaintif Pertama adalah untuk menguruskan hal ehwal ahli-ahlinya terutamanya berkaitan dengan suatu skim pelaburan yang dikenali sebagai Projek Rumpai Laut Fasa 1, 2 dan 3 (“Projek Tersebut”); (b) Projek Tersebut dikendalikan oleh sebuah syarikat dikenali sebagi Dynasty Marine Farm Ltd (“Dynasty Marine”). Dilihat dari nombor syarikat (No. syarikat BVI 1542247) yang diplidkan di perenggan 2 Pernyataan Tuntutan Terpinda boleh dirumuskan Dynasty Marine adalah sebuah syarikat didaftarkan di British Virgin Islands; (c) Presiden dan Pengarah Dynasty Marine adalah seorang individu bernama Dato’ Seri Dr. Chong Man Tung (“Dr. Chong”); (d) Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah membuat representasi kepada Plaintif-plaintif seperti berikut – (i) pada sekitar tahun 2010, Defendan Pertama telah membuat presentasi / membentangkan kepada Plaintif- 5 plaintif mengenai suatu insurans di bawah sebuah syarikat dikenali sebagai Philipines Fire and Marina Insurance Corporation di mana insurans tersebut akan melindungi modal pelaburan Plaintif-plaintif dalam Projek Tersebut dan juga dividen bulanan Plaintif- plaintif (“Insurans Pertama”). Plaintif-plaintif telah membeli insurans tersebut untuk manfaat ahli-ahli Plaintif Pertama; (ii) kemudiannya Insurans Pertama tersebut telah digantikan dengan insurans daripada Syarikat dikenali sebagai China Bocom Insurance Co., Ltd yang dibeli untuk manfaat ahli-ahli Plaintif Pertama untuk melindungi modal pelaburan Plaintif-plaintif dalam Projek Tersebut dan dividen bulanan Plaintif-Plaintif (“Insurans Gantian Pertama”); (iii) Insurans Pertama dan Insurans Gantian Pertama tersebut telah berkuat kuasa selama lebih kurang tiga (3) tahun. Defendan Pertama dan Defendan Kedua menyatakan insurans tersebut perlu diperbaharui; 6 (iv) sekitar tahun 2012, Defendan-defendan sebagai ejen / broker insurans kepada SAG Brokers (Hong Kong) Limited dan / atau SAG Specialty Limited [“SAG”] di mana Defendan Pertama merupakan Head of Alternative Risk Solution dan Defendan Kedua merupakan Head of Financial Lines pada masa itu. Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah memperkenalkan kepada Dynasty Marine dan / atau ahli-ahli Plaintif Pertama satu insurans di mana modal pelaburan Projek-Projek tersebut akan terus diinsuranskan (“Insurans Kedua”); (v) Insurans Kedua tersebut diperbaharui sekitar bulan Julai – Disember 2012. Pada sekitar Januari 2013 Dynasty Marine telah membuat bayaran sebanyak USD 330,000.00 (bersamaan RM 1,068,589-50 pada masa itu) kepada SAG untuk perlindungan sekitar jumlah Empat Puluh Juta Dolar US (USD 40,000,000.00) [“Polisi Insurans Tersebut”] untuk manfaat ahli-ahli Plaintif Pertama. 7 (e) selepas representasi / pembentangan daripada Defendan- defendan ahli-ahli Plaintif Pertama telah mengambil keputusan untuk membuat pelaburan dalam Projek Tersebut; (f) kemudiannya Dr. Chong yang bertanggungjawab untuk Projek Tersebut telah secara tidak sah meninggalkan (abandoned) Projek Tersebut dan modal pelaburan Projek Tersebut tidak dapat dikesan; (g) satu Penghakiman Ingkar kehadiran bertarikh 28 November 2014 telah dimasukkan terhadap Dr. Chong. Pada 17 Januari 2017 Dr. Chong dihukum bankrap; (h) sehubungan itu ahli-ahli Plaintif Pertama melalui surat peguamcaranya bertarikh 26 September 2014 menuntut terhadap Defendan Pertama, Defendan Kedua dan SAG pampasan Polisi Insurans Tersebut atas dasar pembentangan / presentasi Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Namun permintaan ahli-ahli Plaintif Pertama telah ditolak atas dasar SAG tidak dapat melepaskan maklumat mengenai Polisi Insurans Tersebut 8 tanpa arahan Dr. Chong walaupun SAG mengakui terdapat satu Polisi Insurans Tersebut di bawah suatu syarikat dikenali sebagai Swiss Garantie AG No. PF-03-C-5295-00 (“Swiss Garantie”); (i) beberapa permintaan ahli-ahli Plaintif Pertama untuk melihat Polisi Insurans Tersebut tidak dilayan oleh Defendan Pertama, Defendan Kedua dan SAG; (j) Defendan Pertama dan Defendan Kedua juga gagal memberikan sebarang bantuan kepada Plaintif-plaintif walaupun surat peguamcara Plaintif-plaintif bertarikh 15 Julai 2019 dikeluarkan kepada Defendan-defendan tersebut untuk mendapatkan bantuan daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua yang merupakan ejen kepada SAG untuk menuntut pampasan di bawah Polisi Insurans Tersebut dan memdapatkan respon daripada Swiss Garantie; (k) Plaintif-plaintif mengatakan keputusan mereka untuk melabur dalam Projek Tersebut adalah atas representasi dan jaminan perlindungan daripada Polisi Insurans tersebut atas dasar 9 representasi daripada Defendan-Defendan dan / atau pengetahuan yang dijangka daripada bidang professional Defendan-Defendan; (l) Defendan Pertama dan Defendan Kedua mempunyai kewajipan berhati-hati terhadap Plaintif-plaintif dan telah memungkiri kewajipan tersebut apabila Defendan Pertama dan Defendan Kedua – (i) gagal memberikan sebarang bantuan kepada Plaintif- Plaintif tanpa penjelasan yang munasabah; dan (ii) gagal melaksanakan tanggunjawabnya untuk memohon pampasan daripada Polisi Insurans Tersebut. (m) oleh itu Plaintif-plaintif menuntut daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua, antara lainnya, seperti berikut – (i) menyerahkan satu salinan Polisi Insurans Tersebut kepada Plaintif-plaintif; (ii) membayar kepada Plaintif-plaintif kerugian yang dialami oleh Plaintif-Plaintif iaitu kesemua wang 10 pembelian dan / atau pelaburan yang telah dibuat oleh ahli-ahli Plaintif Pertama yang berjumlah sebanyak USD 29,746,157.17 (atau sekitar RM 94,284,184.89 mengikut nilai kadar pertukaran matawang semasa setakat 24 Julai 2014); dan (iii) secara alternatif, membayar kepada Plaintif-plaintif Empat Puluh Juta Dolar US (USD 40,000,000-00) (atau sekitar RM 165,600,000-00 mengikut nilai kadar pertukaran matawang 16 Disember 2018) yang merupakan amaun Polisi Insurans Tersebut yang dibeli oleh Plaintif-plaintif. Kes yang diplidkan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua [6] Defendan Pertama dan Defendan Kedua dalam Penyataan Pembelaan Terpinda Semula menafikan mereka mempunyai sebarang kewajipan berhati-hati terhadap Plaintif-plaintif. Ini adalah kerana pada setiap masa yang material mereka tidak pernah bertindak bagi pihak Plaintif-plaintif dan tidak mempunyai apa-apa priviti kontrak dengan Plaintif-plaintif. 11 [7] Defendan Pertama dan Defendan Kedua selanjutnya memplidkan – (a) mereka tidak pernah membuat sebarang representasi kepada Plaintif-plainitif bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah merupakan ejen / broker insurans bagi mana-mana pihak. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai lesen sebagai agen / broker insurans untuk membolehkan mereka bertindak di atas kapasiti tersebut; (b) mereka tidak pernah membuat sebarang representasi kepada Plaintif-Plaintif berkenaan sebarang polisi insurans oleh syarikat Swiss Garantie; (c) menafikan dakwaan bahawa mereka adalah agen kepada SAG Brokers (Hong Kong) Limited dan / atau SAG Speciality Limited. Menurut kedua-dua Defendan-defendan tersebut, SAG Brokers (Hong Kong) Limited merupakan broker insurans kepada Dynasty Marine. Manakala SAG Speciality Limited hanya ditubuhkan pada tahun 2015 di mana Defendan Pertama merupakan “Head of Alternative Risk 12 Solution” dan Defendan Kedua merupakan “Head of Financial Lines”; (d) mereka adalah pengarah-pengarah kepada syarikat CSI International Limited yang beralamat di Hong Kong (“CSI”). CSI merupakan pengurus risiko kepada Dynasty Marine dan tugas CSI hanyalah menjadi penasihat yang hanya memberikan cadangan atau alternatif bagi solusi risiko perniagaan dan / atau pelaburan yang melibatkan Dynasty Marine dan / atau Dr. Chong. Segala keputusan kemudiannya hanya akan dibuat oleh Dr. Chong tersebut dan CSI hanya akan bertindak di atas arahan Dr. Chong sahaja. Namun ianya tidak termasuk untuk jika arahan tersebut memerlukan peranan seorang broker / agen kepada mana-mana syarikat insurans; (e) CSI telah diberi mandat oleh Dynasty Marine untuk berurusan dengan SAG Brokers (Hong Kong) Limited berkenaan keperluan insurans Dynasty Marine terutamanya berkaitan dengan pendedahan kewangan (financial exposure) syarikat tersebut; dan 13 (f) menegaskan tanggungjawab untuk membuat representasi kepada pelabur-pelabur adalah terletak pada Dynasty Marine dan / atau Dr. Chong memandangkan beliau adalah individu yang menguruskan Syarikat tersebut bagi sebarang projek. [8] Melalui peguamcara mereka, Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah membalas surat peguamcara Plaintif-plaintif bertarikh 15 Julai 2019 tersebut melalui surat bertarikh 31 Julai 2019 dan 15 Ogos 2019. Dalam surat mereka Defendan Pertama dan Defendan Kedua, antara lainnya, menegaskan fakta bahawa mereka bukanlah agen atau broker kepada Dynasty Marine dan juga tidak privi kepada sebarang perjanjian agensi atau brokeraj (brokerage) dengan Dynasty Marine. Sehubungan itu Defendan Pertama dan Defendan Kedua menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kewajipan fidusiari dan / atau undang-undang untuk memberikan bantuan kepada Plaintif-plaintif, apatah lagi memberikan penjelasan sekiranya tuntutan dari pihak Swiss Garantie tidak dapat dibuat. [9] Defendan Pertama dan Defendan Kedua mendakwa sekiranya terdapat sebarang misrepresentasi sekalipun (yang mana ianya dinafikan), misrepresentasi tersebut telah dibuat oleh Dr. Chong selaku 14 individu yang bertanggungjawab membawa masuk pelabur ke dalam Dynasty Marine. Adalah mustahil bagi mereka untuk membuat representasi tersebut kerana mereka tidak mempunyai sebarang autoriti / kepentingan dalam Dynasty Marine. [10] Dihujahkan oleh kedua-dua Defendan bahawa – (a) tindakan sivil ini oleh Plaintif-plaintif adalah pra-matang memandangkan tuntutan insurans mereka belum dimuktamadkan dan Swiss Garantie masih belum memaklumkan kepada sesiapapun berkenaan keputusan mereka; (b) Plaintif-plaintif tidak mempunyai locus standi dan / atau kausa tindakan yang sah untuk memulakan tindakan ini dan / atau membuat sebarang tuntuan secara peribadi terhadap Defendan-defendan; dan (c) jika pun terdapat sebarang kausa tindakan yang sah oleh Plaintif-plaintif (yang mana ianya dinafikan), Defendan- defendan akan bergantung kepada pembelaan bahawa 15 tindakan Plaintif-plaintif ini adalah dihalang oleh had masa menurut peruntukan Seksyen 6 Akta Had Masa 1953. Undang-undang [11] Diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7; [1993] 2 AMR 1969; [1993] 3 MLJ 36) memutuskan prosedur ringkas di bawah Aturan 18 kaedah 19 KKM 2012 hanya boleh diguna pakai dalam kes-kes di mana tuntutan atau pembelaan adalah jelas tidak boleh dipertahankan. Sama ada Pernytaan Tuntutan Terpinda Plaintif-plaintif mendedahkan suatu kausa tindakan yang munasabah (Aturan 18 kaedah 19 (1) (a) KKM 2012) [12] Dalam kes See Thong & Anor v. Saw Beng Chong [2013] 2 MLJ 235 Mahkamah Rayuan memutuskan ujian yang diguna pakai untuk menentukan sama ada terdapat suatu kausa tindakan yang munasabah atau sebaliknya sesuatu pernyataan tuntutan hendaklah dinilai bagi menentukan pada zahirnya tuntutan adalah jelas tidak boleh dipertahankan. 16 [13] Dalam hal ini berdasarkan Aturan 18 kaedah 19 (1) (2) KKM 2012, penilaian hanya boleh dibuat ke atas pernyataan tuntutan sahaja tanpa mengambil kira keterangan afidavit. [14] Berdasarkan Pernyataan Tuntutan Terpinda (“Pernyataan Tuntutan”) Plaintif, kausa tindakan adalah kemungkiran kewajipan berhati-hati oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua terhadap Plaintif-plaintif. Plaintif-plaintif mendakwa Defendan Pertama dan Defendan Kedua mempunyai kewajipan tersebut berikutan dengan representasi yang dibuat oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua bahawa Polisi Insurans Tersebut akan melindungi pelaburan yang dilaburkan oleh Plaintif-plaintif dalam Projek Tersebut dan juga melindungi dividen bulanan Plaintif-plaintif. Plaintif-plaintif mendakwa representasi tersebut dibuat oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua atas kapasiti mereka sebagai ejen kepada SAG Brokers (Hong Kong) Limited dan / atau SAG Specialty Limited. [15] Adalah jelas Plaintif-plaintif memplidkan wujudnya satu perhubungan prinsipal-ejen antara Defendan Pertama dan Defendan Kedua dengan prinsipalnya iaitu sama ada SAG Brokers (Hong Kong) Limited atau SAG Specialty Limited. Dalam hal ini, jika dibuat andaian 17 bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah merupakan ejen SAG Brokers (Hong Kong) Limited atau pun SAG Specialty Limited, maka kausa tindakan Plaintif-plaintif adalah terhadap SAG Brokers (Hong Kong) Limited atau pun SAG Specialty Limited dan bukan Defendan-defendan tersebut. [16] Dalam hal ini mahkamah berpendapat isu sama ada wujud atau tidak suatu priviti kontrak antara kedua-dua pihak sepertimana dihujahkan oleh kedua-dua pihak adalah tidak relevan. Ini adalah kerana – (a) Pernyataan Tuntutan Plaintif-plaintif tidak memplidkan wujudnya suatu priviti kontrak antara Plaintif-plaintif dan Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Adalah undang- undang mantap pihak-pihak kepada sesuatu litigasi adalah terikat kepada pliding mereka masing-masing; (b) kausa tindakan Plaintif-plaintif terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah berasaskan kemungkiran kewajipan berhati-hati yang Plaintif-plaintif dakwa wujud; dan 18 (c) tindakan sivil Plaintif-plaintif bukanlah untuk menguatkuasakan Polisi Insurans Tersebut tetapi – (i) menuntut bayaran balik kesemua wang yang dilaburkan oleh ahli-ahli Plaintif Pertama dalam Projek Tersebut yang didakwa berjumlah USD 29,746,157.17 iaitu kerugian pelaburan yang didakwa ditanggung oleh Plaintif-plaintif akibat daripada kemungkiran kewajipan berhati-hati kedua-dua Defendan terhadap Plaintif; atau (ii) secara alternatif Plaintif-plaintif menuntut amaun SD 40 juta yang didakwa oleh Plaintif-plaintif sebagai amaun Polisi Insurans Tersebut yang dibeli oleh Plaintif-plaintif. [17] Mahkamah berpendapat Pernyataan Tuntutan Plaintif pada zahirnya tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah. 19 Sama ada tuntutan Plaintif-plaintif mengaibkan, remeh, menyusahkan dan juga suatu penyalahgunaan proses mahkamah [18] Dalam kes See Thong, mahkamah telah menjelaskan keadaan yang boleh menjustifikasikan pembatalan di bawah Aturan 18 kaedah 19 (1) (b) dan (d) KKM 2012 seperti berikut – [15] Sub-paragraph(1)(b) deals with pleading which is 'scandalous, frivolous or vexatious'; while sub-para (1)(d) deals with 'an abuse of the process of the court'. In Murray v Epsom Local Board [1897] 1 Ch 35 it was held by the court that, 'scandalous' generally refers to matters which improperly cause a derogatory light on someone, usually a party to an action, with respect to moral character or uses repulsive … The words 'frivolous or vexatious' generally refer to a groundless action of statement with no prospect of success, often raised to embarrass or annoy the other party to the action. In considering whether any proceedings were vexatious or frivolous, one is entitled to and ought to look at the whole history of the matter and it is not to be determined by whether the pleading discloses a cause of action or not (see Attorney General of The Duchy of Lancaster v London & North Western Railway Co [1892] 3 Ch 274; and Re Vernazza [1959] 2 All ER 200). It was decided in the above case of Attorney General of The Duchy of Lancaster that 'frivolous or vexatious actions mean cases which are obviously frivolous or vexatious or obviously unsustainable'. … 20 [18] Sub-para (d) of the rule deals with pleading which is 'an abuse of the process of the court'. In Castro v Murray (1875) LR 10 Exch 213, the phrase 'abuse of the process of the court' had been described generally to refer to situations where the court's process is used for an unlawful object and not for the actual purpose intended to achieve justice. It involves a process which is contrary to good order established by usage. In dealing with this sub-para (1) (d), again the judge is entitled to look at the affidavit evidence, on the same principle applicable to sub-para (1) (b) ie striking out is not appropriate when there is conflicting evidence in the affidavits. The judge must determine and decide the issue in question by consideration of the undisputed facts. (penekanan ditambah) [19] Sehubungan itu dalam memutuskan isu ini mahkamah dikehendaki menimbangkan, selain daripada pliding pihak-pihak, fakta kes ini secara menyeluruh berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak melalui affidavit-afidavit yang difailkan berhubungan dengan kandungan 26. [20] Dalam Hujah Bertulisnya (lihat perenggan 16 kandungan 30), Plaintif-plaintif berhujah bahawa terdapat priviti kontrak antara Plaintif- plaintif dan Defendan Pertama dan Defendan Kedua kerana Defendan- defendan berkenaan adalah insurans broker kepada Plaintif-plaintif. Dihujahkan selanjutnya sebagai insurans broker kepada Plaintif-plaintif maka Defendan-defendan berkenaan bertanggungjawab memberikan 21 Plaintif-plaintif sebagai pihak yang diinsuranskan (insured) sesalinan Polisi Insurans Tersebut. [21] Perlu ditekankan di sini hujah sedemikian oleh Plaintif-plaintif adalah tidak konsisten dengan Pernyataan Tuntutan Plaintif-plaintif kerana – (a) dalam Pernyataan Tuntutannya, Plaintif-plaintif memplidkan bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah broker insurans SAG Brokers dan / atau SAG Speciality Limited; (b) tidak langsung diplidkan bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah insurans broker kepada Plaintif- plaintif dan dengan itu wujud suatu priviti kontrak antara Plaintif-plaintif dan kedua-dua Defendan berkenaan; (c) dalam Pernyataan Tuntutannya, tidak langsung diplidkan bahawa Plaintif-plaintif merupakan pihak yang diinsuranskan. Malahan dalam afidavit Plaintif-plaintif kandungan 28, terdapat Eksibit DM-2 yang memaklumkan di bawah polisi insurans yang dikeluarkan oleh Swiss Garantie AG No. PF- 22 03-C-5295-00 pihak yang diinsuranskan adalah Dynasty Marine. Oleh itu Plaintif-plaintif sememangnya sedar dari awal lagi bahawa mereka bukan pihak yang diinsurankan; dan (d) selain daripada itu berdasarkan perenggan 12 (v) Pernyataan Tuntutan, Plaintif-plaintif mengetahui bahawa Dynasty Marine telah membuat bayaran kepada SAG Brokers untuk mendapatkan insurans perlindungan yang didakwa untuk manfaat ahli-ahli Plaintif Pertama. Oleh itu sepatutnya tidak timbul kenyataan bahawa Plaintif-plaintif adalah pihak yang diinsuranskan. [22] Nampaknya Plaintif-plaintif bersedia mengubah pendiriannya yang jelas bertentangan dengan plidingnya semata-mata untuk mewujudkan apa yang didakwanya sebagai priviti kontrak antara mereka dengan Defendan Pertama dan Defendan Kedua dengan tujuan untuk mengenakan liabiliti ke atas Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Hujah dan pendirian sedemikian adalah mengaibkan dan jelas bertujuan mengelirukan. 23 [23] Pendirian yang berdolak-dalih tersebut jelas menunjukkan tujuan Plaintif-plaintif memfailkan tindakan sivil ini bukan untuk mendapatkan keadilan tetapi semata-mata mengenakan liabiliti ke atas pihak lain bagi memastikan mereka mendapat balik pelaburan mereka walaupun dengan cara yang remeh dan menyusahkan. Walaupun dimaklumi Plaintif-plaintif mendakwa telah mengalami kerugian akibat kehilangan Dr. Chong bersama wang yang dilaburkan oleh mereka, adalah tidak wajar Plaintif-plaintif dibenarkan menyalahgunakan proses mahkamah untuk kepentingan mereka semata-mata. [24] Defendan Pertama dan Defendan Kedua berhujah bahawa tuntutan Plaintif-plaintif adalah dihalang oleh had masa kerana Dr. Chong telah menghilangkan diri (nampaknya bersama dengan pelaburan yang dibuat oleh ahli-ahli Plaintif Pertama) sekitar tahun Julai 2013 sedangkan tindakan sivil ini difailkan pada Disember 2019. Walau bagaimanapun pihak Plaintif-plaintif berhujah bahawa kausa tindakan hanya terakru pada 24 Ogos 2018 iaitu tarikh surat Plaintif-plaintif menulis surat kepada syarikat Swiss Garantie untuk menuntut pampasan tetapi gagal. 24 [25] Dalam tindakan sivil ini perlu diingat bahawa kausa tindakan Plaintif-plaintif terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah berasaskan dakwaan Plaintif-plaintif bahawa kedua-dua Defendan berkenaan mempunyai kewajipan berhati-hati terhadap Plaintif-plaintif dan kewajipan berhati-hati tersebut telah dimungkiri oleh kedua-dua Defendan yang menyebabkan Plaintif-plaintif mengalami kerugian. [26] Oleh itu jika diandaikan diterima dakwaan Plaintif-plaintif bahawa wujud kewajipan berhati-hati, maka persoalan yang material ialah bila kewajipan tersebut telah dimungkiri oleh Defendan-defendan berkenaan kerana undang-undang menetapkan kausa tindakan terakru dari tarikh kemungkiran (Nasri v Mesah [1970] 1 LNS 85). [27] Dalam hal ini Plaintif-plaintif memplidkan Defendan Pertama dan Defendan Kedua memungkiri kewajipan berhati-hati mereka apabila kedua-dua Defendan berkenaan gagal membantu Plaintif-plaintif menuntut pampasan di bawah Polisi Insurans Tersebut. Berdasarkan perenggan 16 Pernyataan Tuntutan nampaknya kausa tindakan terakru sekitar 26 September 2014 iaitu tarikh surat Plaintif-plaintif kepada Defendan-defendan (yang dikatakan ejen kepada SAG Brokers). 25 [28] Memandangkan tindakan sivil ini difailkan pada Disember 2019 nampaknya tindakan sivil ini masih lagi dalam tempoh had masa kerana had masa berakhir dalam bulan September 2020. [29] Dalam hal ini mahkamah berpendapat hujah Plaintif-plaintif dan kedua-dua Defendan yang mengaitkan isu had masa dengan tarikh ‘kehilangan’ Dr. Chong dan tarikh kegagalan Plaintif-plaintif menuntut pampasan dari syarikat Swiss Garantie adalah tidak relevan atas alasan yang dinyatakan di perenggan 25 di atas. [30] Suatu perkara yang ingin disentuh di sini adalah tuntutan Plaintif- plaintif dalam Pernyataan Tuntutan. Diperhatikan Pernyataan Tuntutan Plaintif memplidkan – (a) di perenggan 12 (i) bahawa Defendan Pertama telah membuat presentasi / membentangkan mengenai satu insurans yang dikatakan akan melindungi modal pelaburan Plaintif-plaintif dan juga bayaran dividen bulanan kepada Plaintif-plaintif; (b) di perenggan 12 (iv) bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah memperkenalkan kepada Dynasty Marine dan / atau ahli-ahli Plaintif Pertama satu insurans untuk terus menginsuranskan Projek Tersebut; 26 (c) di perenggan 13 dan juga perenggan 19 bahawa ahli-ahli Plaintif Pertama telah mengambil keputusan untuk melabur dalam Projek Tersebut selepas representasi / pembentangan dibuat oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua; (d) di perenggan 16 bahawa Plaintif-plaintif menuntut daripada kedua-dua Defendan pampasan atas dasar pembentangan / presentasi yang dibuat oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua. [31] Adalah jelas perkataan yang digunakan dalam Pernyataan Tuntutan adalah “representasi / pembentangan” iaitu pembentangan mengenai insurans yang dikatakan akan melindungi pelaburan dan dividen bulanan Plaintif-plaintif. Selain daripada itu tidak ada butir lanjut yang diplidkan apakah representasi / pembentangan yang didakwa dibuat oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua kepada Plaintif- plaintif yang menyebabkan Plaintif-plaintif melabur dalam Projek Tersebut. Plaintif-plaintif dengan jelasnya tidak memplidkan bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah membuat misrepresentasi atau salah nyata yang telah mendorong mereka untuk melabur dalam Projek Tersebut (inducement by misrepresentation to invest). 27 [32] Hanya di perenggan 20 Pernyataan Tuntutan pihak Plaintif-plaintif memplidkan “… Defendan-defendan turut bersalah atas misrepresentasi (misrepresentation) terhadap Plaintif-plaintif supaya Plaintif-plaintif memasuki Polisi Insurans Tersebut…”. Itu sahaja misrepresentasi yang didakwa dibuat oleh kedua-dua Defendan, tidak ada lain-lain butir lanjut. Dengan misrepresentasi yang sedemikian kedua-dua Defendan dikatakan bersalah. Dakwaan sedemikian adalah terlalu umum dan mengaibkan kedua-dua Defendan kerana kedua-dua Defendan tidak diberitahu dengan jelas dan sepsifik misrepresenatsi yang dibuat oleh mereka bagi membolehkan mereka menjawab terhadap dakwaan tersebut (Lee Kuan Yew v Chin Vui Khen & Anor [1991] 3 MLJ 494). [33] Mahkamah ambil maklum bahawa kausa tindakan Plaintif-plaintif adalah kemungkiran kewajipan berhati-hati kerana kegagalan kedua- dua Defendan membantu Plaintif-plaintif untuk menuntut pampasan di bawah Polisi Insurans Tersebut. Kausa tindakan Plaintif-plaintif bukan atas kemungkiran kewajipan berhati-hati kerana misrepresentasi oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua dan dengan itu, isu “representasi”, “pembentang” atau “misrepresentasi” tidak relevan. 28 [34] Namun Pernyataan Tuntutan Plaintif banyak kali menekankan mengenai pembentangan atau representasi yang dibuat oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua mengenai insurans yang dikatakan melindungi pelaburan dan dividen hingga menyebabkan Plaintif-plaintif membuat keputusan untuk melabur dalam Projek Tersebut. Ini seolah- olah mengatakan atau memberi gambaran bahawa mereka telah didorong (induced), melalui pembentangan tersebut, untuk melabur dalam Projek Tersebut sedangkan tidak ada butir mengenai pembentangan yang dibuat. Juga dengan menggunakan perkataan “representasi” dan “pembentangan” ia tidak, pada zahirnya, menunjukkan apa-apa perbuatan salah yang boleh dijadikan asas bagi sesuatu kausa tindakan. Dalam konteks ini tuntutan Plaintif adalah remeh dan menyusahkan. [35] Mengenai isu pramatang, mahkamah bersetuju dengan hujah pihak Defendan-defendan. Berdasarkan perenggan 16 dan 17 Pernyataan Tuntutan, Plaintif-plaintif telah mengambil tindakan dan berusaha untuk membuat tuntutan pampasan di bawah Polisi Insurans Tersebut. Namun tuntutan mereka dikatakan telah ditolak oleh SAG Brokers atas alasan bahawa SAG Brokers tidak boleh melepaskan maklumat mengenai Polisi Insurans Tersebut tanpa arahan Dr. Chong. 29 Daripada fakta ini boleh dirumuskan bahawa Polisi Insurans Tersebut dikeluarkan oleh SAG Brokers kepada Dr. Chong. Sekiranya ya, jawapan yang diberikan oleh pihak SAG Brokers iaitu mereka tidak boleh melepaskan maklumat mengenai Polisi Insurans Tersebut tanpa arahan Dr. Chong adalah wajar. Fakta ini nampaknya menunjukkan tuntutan di bawah Polisi Insurans Tersebut belum atau tidak ditolak secara muktamad. [36] Walaupun kausa tindakan Plaintif-plaintif bukan berasaskan Polisi Insurans Tersebut, namun fakta menunjukkan Plaintif-plaintif memulakan tindakan sivil ini kerana mereka gagal mendapat bayaran di bawah Polisi Insurans Tersebut sedangkan tidak ada bukti kredibel bahawa tuntutan pampasan di bawah Polisi Insurans tersebut ditolak. Dalam konteks ini mahkamah berpendapat tuntutan Plaintif-plaintif ini adalah pramatang. [37] Mengambil kira tuntutan Plaintif-plaintif secara keseluruhan mahkamah berpendapat tuntutan Plaintif-plaintif adalah menyusahkan dan remeh dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah. 30 Kesimpulan [38] Berdasarkan alasan-alasan dinyatakan di atas mahkamah membenarkan permohonan Defendan Paertama dan Defendan Kedua membatalkan Pernyataan Tuntutan Plaintif seperti terma yang dipohon dalam kandungan 26 dengan kos. ( KHADIJAH BINTI IDRIS ) HAKIM MAHKAMAH TINGGI (BAHAGIAN DAGANG) BERTARIKH 19 MAC 2021 Peguam: Plaintif : Jennifer Ang Cai Er dari Tetuan Davis & Low Defendan-Defendan : Khairul Hazwan Rashid Bin Mohd Redduan dari Tetuan Thomas Lai & Wallace Wong 31