1. PERSATUAN PEMBEKAL & PENGURUSAN TENAGA KERJA ASING MALAYSIA (TEKAM) 2. KANTUNG RESOURCES SDN BHD 3. AGENSI PEKERJAAN MENARA KEKAL SDN BHD 1. MENTERI DALAM NEGERI, KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2. MENTERI SUMBER MANUSIA, KEMENTERIAN SUMBER MAN
The court held the 24.10.2018 decision to terminate the SOS programme was a policy decision taken in the national interest and therefore non-justiciable; alternatively, even if reviewable, applicants failed to establish illegality, irrationality or procedural impropriety and had not shown a clear legitimate...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-25-7-01/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: PERSATUAN PEMBEKAL & PENGURUSAN TENAGA KERJA ASING MALAYSIA (TEKAM); Applicant: KANTUNG RESOURCES SDN BHD; Applicant: AGENSI PEKERJAAN MENARA KEKAL SDN BHD; Respondent: Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri; Respondent: Menteri Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia; Respondent: Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Tenaga Kerja Asing Kali Pertama; Respondent: Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 11 November 2020
- Case Number
- BA-25-7-01/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Judicial Review / Judgment
- Outcome
- application dismissed with costs
- Legal Topics
- Judicial Review, Legitimate Expectation, Policy Decision Non Justiciability, Procedural Fairness, Statutory Implementation, Outsourcing of Foreign Labour
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
PERSATUAN PEMBEKAL & PENGURUSAN TENAGA KERJA ASING MALAYSIA (TEKAM)
Applicant
KANTUNG RESOURCES SDN BHD
Applicant
AGENSI PEKERJAAN MENARA KEKAL SDN BHD
Applicant
Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri
Respondent
Menteri Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia
Respondent
Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Tenaga Kerja Asing Kali Pertama
Respondent
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia
Respondent
Procedural Posture
Judicial Review / Judgment
Legal Issues
- 1 whether the decision to terminate the SOS programme was justiciable or a non-justiciable policy decision
- 2 whether applicants had a legitimate expectation that the SOS programme would continue
- 3 whether procedural fairness/consultation requirements were breached before termination
Ratio Decidendi
The court held the 24.10.2018 decision to terminate the SOS programme was a policy decision taken in the national interest and therefore non-justiciable; alternatively, even if reviewable, applicants failed to establish illegality, irrationality or procedural impropriety and had not shown a clear legitimate expectation that the programme would continue; accordingly the application was dismissed with costs.
Court Disposition
application dismissed with costs
Orders
- The applicants' judicial review application is dismissed with costs
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SEMAKAN KEHAKIMAN NO.: BA-25-7-01/2019 ANTARA 1. PERSATUAN PEMBEKAL & PENGURUSAN TENAGA KERJA ASING MALAYSIA (TEKAM) [No. Pendaftaran: Ppm-042-16-17042009] 2. KANTUNG RESOURCES SDN BHD [No. Syarikat: 763874-D] 3. AGENSI PEKERJAAN MENARA KEKAL SDN BHD [No. Syarikat: 713591-A] …PEMOHON-PEMOHON DAN 1. MENTERI DALAM NEGERI, KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2. MENTERI SUMBER MANUSIA, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA 3. JAWATANKUASA BERSAMA ANTARA MENTERI DALAM NEGERI KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MENGENAI PENGURUSAN TENAGA KERJA ASING KALI PERTAMA 4. KETUA PENGARAH JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA …RESPONDEN-RESPONDEN 1 [1] Pemohon-Pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk satu perintah Certiorari bagi membatalkan keputusan yang dibuat oleh Responden Pertama, Kedua dan Ketiga dalam mesyuarat satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pnegurusan Pekerja Asing (“Jawatankuasa Bersama”) bertarikh 24.10.2018 memberhentikan program pengambilan pekerja asing melalui syarikat atau ejen dan mengarahkan syarikat-syarikat yang merupakan ahli persatuan Permohon Pertama untuk memindahkan pekerja asing di bawah tanggungan mereka sebagai majikan utama kepada majikan atau sektor tertentu serta pengurusan pekerja asing tersebut akan dikendalikan oleh sebuah agensi yang dikenali sebagai Agensi Pekerjaan Swasta di bawah Kementerian Sumber Manusia. Pemohon-Pemohon juga memohon perintah Mandamus agar ahli-ahli mereka meneruskan operasi mereka. [2] Setelah mempertimbangkan hujahan lisan dan bertulis kedua-dua pihak, saya memutuskan untuk menolak permohonan Pemohon- Pemohon dengan kos. Latar belakang [3] Pemohon Pertama adalah sebuah persatuan terdiri daripada syarikat-syarikat membekal dan mengurus pekerja asing di Malaysia. Syarikat-syarikat ahli ini adalah syarikat “out-sourcing” (“SOS”) yang membawa masuk pekerja asing dan mengurus serta membekalkan pekerja asing kepada industri-industri (“klien”) yang memerlukan tenaga kerja. Surat perakuan yang diberikan kepada SOS untuk membawa 2 masuk pekerja asing tidak mempunyai tarikh luput dan berkuatkuasa sehingga dibatalkan. SOS ini juga berperanan sebagai majikan utama dan klien atau majikan tertentu akan membuat bayaran kepada SOS apabila pekerja-pekerja ini dibekalkan. [4] Bagi pihak kerajaan satu jawatankuasa dibentukkan dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (“JKKPA-PATI”) bagi membincang dan membuat keputusan polisi berkaitan dengan pengambilan dan pengurusan pekerja asing ini. Beberapa penambahbaikan dan kawalan dilakukan oleh JKKPA-PATI ini sejak 2005 termasuk mengurangkan bilangan SOS dan dalam mesyuarat bertarikh 20.5.2010 JKKPA-PATI memutuskan SOS tidak lagi berperanan sebagai majikan utama dan terhad kepada menguruskan proses pengambilan pekerja asing sahaja dan tiada surat perakuan baru dikeluarkan serta tiada penambahan kuota diberikan selaras dengan pindaan kepada Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (“Akta 246”). Pindaan ini juga menamatkan aktiviti SOS yang sebelum ini surat perakuan diberikan secara pentadbiran dan penguatkuasaan yang sukar dilakukan. Pada 24.10.2018 Jawatankuasa Bersama memutuskan untuk memansuhkan program SOS. Program SOS ini ditamatkan secara rasmi pada 31.3.2019. Lampiran 26 [5] Secara ringkasnya alasan-alasan bagi menyokong permohonan ini adalah seperti berikut: 3 5.1 keputusan Responden-Responden dibuat tanpa rundingan dengan Pemohon Pertama dan SOS; 5.2 dalam menamatkan SOS ini Responden-Responden berniat jahat kerana tidak memberi peluang kepada satu jawatankuasa khas yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing (“JBPPA”) untuk mengkaji laporan mengenai isu Tenaga Kerja Asing dan memorandum yang dikemukakan oleh Pemohon Pertama; 5.3 tiada siasatan dilakukan atas tuduhan pemerdagangan dan penyeludupan orang dan eksploitasi yang dikatakan terhadap Pemohon Pertama; 5.4 tiada pertimbangan diberikan kepada faktor: (a) Pemohon-Pemohon mempunyai jangkaan sah atas alasan mereka telah diberi surat Perakuan oleh Kementerian Dalam Negeri sejak 2005; dan (b) banyak perbelanjaan telah digunakan untuk menubuh SOS dan mengaji serta mengurus pekerja asing; 5.5 berlaku satu pelanggaran hak keadilan asasi; 5.6 keputusan Responden-Responden tidak munasabah dan/atau tidak mengikut prosedur sebab – (a) tiada notis awalan diberi sebelum penamatan SOS; dan 4 (b) tiada perbincangan diadakan. [6] Responden-Responden dalam menentang permohonan ini memberikan alasan-alasan berikut: 6.1 kemasukan dan pembekalan pekerja asing perlu dipantau dengan lebih berkesan; 6.2 banyak SOS tidak memberikan prestasi yang baik; 6.3 perlunya satu agensi untuk melaksanakan pemantauan, penguatkuasaan dan pendakwaan kerana program sebelum ini SOS tidak perlu mematuhi Akta Pampasan Pekerja 1952 dan Akta Kerja 1955 dan tidak terikat dengan Akta Imigresen 1965; 6.4 konsep SOS sebagai majikan utama tidak pratik sebab pekerja asing di tempatkan di premis dan syarikat-syarikat berasingan; 6.5 pekerja asing didapati bebas bekerja dengan majikan-majikan lain; 6.6 Persatuan Majikan-majikan Malaysia mencadangkan kemasukan dan pengambilan pekerja asing lebih baik dilakukan oleh majikan atau industri yang memerlukan; 5 6.7 Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berpendapat program SOS berupakan pengabdian (slavery) moden; 6.8 kebajikan pekerja asing terabai dan terdapat laporan bertajuk 2018 Trafficking in Persons Report (Malaysia) oleh Amerika Syarikat bahawa program SOS telah mengakibatkan berlaku kesalahan-kesalahan pemerdagangan dan eksploitasi dan Malaysia berada di kedudukan Tier Two (Watch List); 6.9 sesi perbincangan (engagements) telah dilakukan sebanyak tiga kali pada 14.11.2018 di Putrajaya, 28.11.2018 di Pulau Pinang dan 3.12.2018 di Johor Bahru bagi memberi peluang kepada SOS untuk menghantar pulang baki pekerja asing, penukaran majikan dan bagi SOS menukar corak perniagaan mereka kepada Agensi Pekerjaan Swasta. 6.10 JBPPA yang dibentuk berpendapat SOS perlu ditamatkan. Hujahan Pemohon [7] Peguam terpelajar bagi Pemohon-Pemohon menyatakan bahawa Kerajaan telah memberi surat perakuan kepada SOS untuk membawa masuk pekerja asing sejak 2005 dan mengenakan syarat-syarat yang ketat serta bayaran-bayaran tertentu sentiasa dipatuhi oleh SOS. Atas alasan ini Pemohon-Pemohon mempunyai jangkaan sah bahawa program SOS ini dikekalkan. Tambahan lagi PLKS dibenarkan untuk 6 diperbaharui sehingga 2020 sejak 2010 maka penamatan program ini menyebabkan kerugian besar kepada SOS yang telah membuat pelaburan yang banyak sejak 2005. Rujukan dibuat kepada kes Law Pang Ching & Ors v. Tawau Municipal Council [2010] 2 CLJ 821 dan Sumithra a/p V. Thanigasalam v. Kementerian Pendidikan Malaysia & 2 Ors [2019] 1 LNS 268. [8] Beliau turut menghujahkan setakat ini tiada bukti ditunjukkan SOS telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang sedia ada. Tiada juga keterangan menunjukkan SOS telah melanggar apa-apa syarat yang dikenakan bagi program ini. Peguam terpelajar turut menghujahkan undang-undang sedia ada terpakai ke atas SOS. [9] Adalah dihujahkan juga bahawa tugas-tugas pemantauan boleh dan ada dilakukan oleh Unit Inspektorat & Pematuhan, Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri. Oleh itu alasan kesukaran memantau adalah tidak benar. [10] Peguam terpelajar juga berhujah bahawa tiada perbincangan diadakan sebelum keputusan dibuat dan laporan daripada Amerika Syarikat hanya menyatakan kemungkinan berlakunya pemerdagangan orang dan eksploitasi dan tidak konklusif menyatakan adanya kes-kes tersebut. Beliau merujuk kepada kes Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif Maybank Bhd v. Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank & Anor [2017] 4 CLJ 265 dan Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Kementerian Dalam Negeri & Ors v. Soo Lin & Ors [2018] 6 CLJ 285. 7 [11] Keputusan yang dibuat tersebut pada 24.10.2018 merupakan pada kali pertama mesyuarat bersama diadakan oleh Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pnegurusan Pekerja Asing dan ini bertentangan dengan mandat yang diberikan kepada Responden Ketiga yang sepatutnya membincang, mengkaji serta menambahbaik dasar dan polisi pengurusan pekerja asing. Responden [12] Peguam Kanan Persekutuan (“PKP”) yang terpelajar menghujahkan bahawa keputusan yang dicabar merupakan satu keputusan polisi oleh itu ia tidak boleh disemak. Rujukan dibuat di antaranya kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Yang Dipertua, Dewan Rakyat & Ors v. Gobind Singh Deo [2014] 6 MLJ 812, Dr Michael Jeyakumar Devaraj v. Peguam Negara Malaysia [2013] 2 MLJ 321, Marcel Jude Joseph v. The Minister of Education, Ministry of Education, Malaysia [2012] 4 MLJ 555 dan lain-lain. [13] Beliau selanjutnya berhujah bahawa keputusan tersebut tidak dikawal oleh mana-mana peruntukan undang-undang dan merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohd Nordin Hj Zakaria (Timbalan Ketua Polis Kelantan) & Anor v. Mohd Noor Abdullah [2004] 2 CLJ 777. [14] PKP terpelajar menambah bahawa keputusan tersebut selaras dengan pindaan kepada Akta 246 bagi mengurus pengambilan pekerja asing. Rujukan juga dibuat kepada 2018 Trafficking In Persons Report 8 (Malaysia) oleh Amerika Syarikat di mana berlakunya penindasan ke atas pekerja asing dan syor JBPPA dan Responden-Responden tidak terikat dengan memorandum yang dikemukakan oleh Pemohon-Pemohon. Responden-Responden juga telah mengadakan sesi perbincangan walaupun tiada kewajipan untuk Responden-Responden berbuat demikian. [15] Berkenaan jangkaan sah, PKP terpelajar menghujahkan pemberian surat perakuan kepada SOS dan beroperasi menggunakan kuota yang sedia ada serta Pas Lawatan Kerja Sementara (“PLKS”) diperbaharui sehingga 31.12.2020 tidak terjumlah kepada satu representasi bahawa program ini tidak akan ditamatkan. Pemohon Pertama sedar akan niat kerajaan untuk menamatkan program SOS ini. Rujukan dibuat kepada kes Ambiga a/p Sreenevasan v. Director of Immigration, Sabah, Noor Alam Khan bin A Wahid Khan & Ors [2018] 1 MLJ 633 dan The State Government of Sabah v. Sipadan Dive Centre Sdn Bhd & Ors [2013] 2 MLJ 793. Keputusan [16] Bukan semua keputusan boleh dicabar dengan semakan kehakiman. Ini ditekankan di dalam kes Dr Michael Jeyakumar Devaraj (supra) di mana Raus Sharif PMR (beliau ketika itu) di perenggan 19 menyatakan: “In this regard, we would quote the relevant passages of the renown authors, MP Jain and SN Jain from their book entitled Principles of Administrative Law (6th Ed), at p 1069: 9 It is not normally within the domain of any court to weigh the pros and cons of the policy or to scrutinize it and test the degree of its beneficial or equitable disposition for the purpose of varying or annulling it, based on howsoever sound and good reasoning, except where it is arbitrary or violative of any constitution, statutory or any provision of law. When the government forms its policy it is based on a number of circumstance on facts, law, including constraints based on these resources. It is also based on its expert opinion, it would be dangerous if court is asked to test the utility, beneficiat effect of the policy or its appraisal based on facts set out on affidavits. The court would dissuade itself from entering into this realm which belongs to the executive (see State of Punjab v Ram Lubhaya Bagga, AIR 1998 SC 1703). On matters affecting policy and requiring technical expertise, the court would leave the matter for decision of those who are qualified to address this issue. Unless the policy or action is inconsistent with the constitution and the laws or arbitrary or irrational or abuse of power, the court will not interfere with such matters (see Federation of Railway Officers Assn v UOI, AIR 2003 SC 1344).”. Begitu juga di dalam kes Peguam Negara Malaysia v. Chin Chee Kow (As Secretary of Persatuan Kebajikan dan Amal Liam Hood Thong Chor Seng Thuan & Another Appeal [2019] 3 MLJ 443 melalui Zawawi Salleh HMP di perenggan 48 menyatakan: “It is trite that not all cases brought before courts are reviewable. Before proceeding to hear a case, a court must first examine, inter alia, its justiciability. ‘Justiciability’ concerns the limits upon legal issues over which a court can exercise its judicial authority. Non-justiciability in its administrative law sense signifies that a matter is not capable of or susceptible to, judicial review, as well as non-justiciability in the sense of there being no jurisdiction to entertain an issue or to grant approved relief.”. Seterusnya di perenggan 50, beliau menyatakan: 10 “There are certain areas which the court is reluctant to delve into. These include the power of the state to enter into treaties and conduct of foreign policy, the defence of the realm and the control of the armed forces, the prerogative of mercy, the dissolution of Parliament and the appointment of Ministers. Such powers are governed by broader policy considerations which are more appropriately entrusted to the political branches of government, and which are unsuited to be examined by the courts. One such instance is the case of Council of Civil Service Unions v Minister for the Civil Service [1985] AC 374 (HL) (‘the GCHQ case’).”. Hal yang sama turut dinyatakan di Dalam kes Ranjit Kaur a/p S Gopal Singh v Hotel Excelsior (M) Sdn Bhd [2010] 6 MLJ 1 Raus Sharif HMP (beliau ketika itu) di ms 10 menerangkan: “[16] The Rama Chandran decision has been regarded or interpreted as giving the reviewing court a license to review without restrain decisions for substance even when the said decision is based on finding of facts. However, post Rama Chandran cases have applied some brakes to the courts' liberal approach in Rama Chandran. The Federal Court in the case of Kumpulan Perangsang Selangor Bhd v Zaid Noh [1997] 1 MLJ 789; [1997] 2 CLJ 11 after affirming the Rama Chandran decision held that there may be cases in which for reason of public policy, national interest, public safety or national security the principle in Rama Chandran may be wholly inappropriate. Namun mahkamah perlu memutuskan sama ada sesuatu keputusan itu adalah keputusan polisi terlebih dahulu dan jika ianya suatu keputusan polisi maka mahkamah tidak digalakkan untuk mempersoalkan keputusan tersebut melainkan keputusan tersebut tergolong dalam apa yang dinyatakan oleh pengarang MP Jain dan SN Jain yang dirujuk sebelum ini. 11 [17] Dalam kes ini, pengambilan pekerja asing diperlukan bagi pelbagai industri terutamanya sektor pembangunan, perladangan, perkilangan dan sektor-sektor lain yang kurang mendapat sambutan daripada tenaga kerja tempatan. Ini berikutan dengan permintaan daripada pemain-pemain industri berkenaan dan oleh itu pada tahun 2005 Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri membuat keputusan untuk mewujudkan program SOS ini bagi mengurus kemasukan atau pengambilan pekerja asing. [18] SOS diberikan surat perakuan secara pentadbiran (eksibit SS-3) untuk membekal dan mengurus pekerja asing. Implementasinya pekerja asing diberikan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang perlu diperbaharui setiap tahun mengikut peraturan 11(6) Peraturan-Peraturan Immigration 1963 dan setiap SOS diberikan kuota sebanyak 500 orang. Kajian dilakukan mengenai kemasukan pekerja asing ini dan pada tahun 2010 satu Makmal Penambahbaikan Pengurusan dan Pemantauan Warganegara Asing dibentuk untuk mengkaji semula kesan pengambilan pekerja asing melalui SOS berbanding dengan kemasukan atau pengambilan secara terus oleh majikan. Hasil kajian menunjukkan beberapa kelemahan SOS. [19] Berikutan itu JKKPA-PATI dalam mesyuarat pada 20.5.2010 memutuskan SOS berhenti berperanan sebagai majikan utama dan mencadangkan pindaan kepada Akta 246 yang mana diluluskan dan berkuatkuasa pada 1.2.2018 yang antara lainnya mewujudkan agensi pekerjaan swasta berlesen. Adalah jelas bahawa SOS yang merupakan ahli-ahli Pemohon Pertama termasuk mana-mana syarikat atau individu boleh membuat permohonan bagi mendapatkan lesen agensi pekerjaan swasta malah keterangan menunjukkan sebanyak 66 syarikat SOS telah 12 mengemukakan permohonan. Pengujudan agensi pekerjaan swasta melalui pindaan kepada Akta 246 membolehkan kawalan dan pengurusan pengambilan pekerja asing lebih teratur berbanding dengan SOS. [20] Dari pengamatan saya jelas pengambilan pekerja asing dalam jumlah yang besar bagi menampung tenaga kerja di Malaysia melalui program SOS dengan mengeluarkan surat kelulusan kepada syarikat- syarikat ahli Pemohon Pertama termasuk Pemohon Kedua dan Ketiga secara pentadbiran adalah dibuat atas kepentingan negara yang diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 15.7.2005. Keputusan Jawatankuasa Bersama yang dibuat pada 24.10.2018 untuk menamatkan SOS dan pengambilan pekerja asing melalui agensi yang dibentuk di bawah Akta 246 juga adalah bagi kepentingan negara dan oleh itu ianya merupakan satu keputusan polisi yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan ataupun mana-mana undang-undang. Oleh itu saya memutuskan keputusan tersebut tidak boleh dicabar dan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman. [21] Andainya keputusan Jawatankuasa Bersama tersebut bukannya satu keputusan polisi, maka mahkamah perlu melihat sama ada proses dalam membuat keputusan itu cacat atas alasan-alasan di dalam kes R Rama Chandran v. The Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145 yang menerima pakai keputusan House of Lords dalam Council of Civil Service Unions & Ors v Minister for the Civil Service [1985] AC 374 (GCHQ) yang memberikan empat alasan yang membolehkan satu semakan kehakiman dibuat ke atas sesuatu keputusan. Alasan-alasan tersebut ialah “illegality”, “irrationality”, “procedural impropriety” dan kemungkinan “proportionality”. 13 [22] Responden-Responden sedar bahawa sejak 2010 bahawa tiada surat kelulusan baru dikeluarkan dan tempoh selama 10 tahun diberikan bagi meneruskan pengambilan pekerja asing dengan kuota yang sedia ada dan cadangan dibuat kepada Akta 246 bagi kewujudan Agensi Pekerjaan Swasta. Alasan-alasan telah diberikan mengapa SOS perlu ditamatkan di antaranya penguatkuasaan sukar dijalankan, masalah pengurusan pekerja asing dan pendangan-pandangan yang diberikan oleh Persatuan Majikan-Majikan Malaysia, Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia serta 2018 Trafficking In Persons Report (Malaysia) yang tidak memihak kepada program SOS ini. Malah jika dilihat kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (eksibit MIAM-1) memetik laporan pemerdagangan orang yang dikeluarkan oleh US Department of States pada tahun 2014 juga mengkritik kebanjiran pekerja asing dan eksplotasi yang menyumbang kepada isu pemerdagangan orang. Pertimbangan- pertimbangan kepada faktor-faktor ini relevan bagi keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bersama pada 24.10.2018. Oleh yang demikian saya berpendapat tiada keterangan menunjukkan pertimbangan diberikan kepada faktor-faktor yang tidak munasabah atau tidak relevan. [23] Keputusan bertarikh 24.10.2018 tersebut tidak dibuat berdasarkan peruntukan mana-mana undang-undang. Ia memansuhkan keputusan polisi yang dibuat pada tahun 2005 berkenaan dengan cara pengambilan pekerja asing melalui SOS. Justeru itu saya tidak dapati apa-apa pelanggaran mana-mana undang-undang. Berikutan itu tiada juga berlaku apa-apa ketidakpatuhan kepada prosedur. [24] Seterusnya Pemohon-Pemohon menyatakan bahawa mereka mempunyai jangkaan sah bagi SOS dikekalkan. Alasan mereka di antaranya mereka dibenarkan untuk memperbaharui PLKS sehingga 14 akhir tahun 2020. Dalam kes Ambiga a/p Sreenevasan (supra) Mahkamah Rayuan di perenggan 53 menyatakan: “Generally, the courts will grant judicial review of an administrative decision based on individual's legitimate expectation if a public authority has made a representation to the individual within its powers. The individual has to show that the representation was a clear and unambiguous promise, an established practice or a public announcement. This is largely a factual inquiry. (See R v. North and East Devan Health Authority, ex parte Coughlan[2001] QB 213 (CA)); Nadarajah v. Secretary of State for the Home Department [2005] EWCA Civ 1363).”. Tiada apa-apa kenyataan yang dibuat oleh pihak Kerajaan melalui Responden-Responden bahawa SOS akan kekal. Malah setelah lima tahun SOS diperkenalkan, setelah kajian dilakukan oleh Makmal Penambahbaikan Pengurusan dan Pemantauan Warganegara Asing, JKKPA-PATI memutuskan untuk tidak mengeluarkan lagi surat kelulusan dan mencadangkan pindaan kepada Akta 246 yang akan membawa kepada pemansuhan program SOS. Pemohon-Pemohon sedar akan perkembangan ini (lihat eksibit SS-7). Oleh itu saya kira Pemohon- Pemohon telah diberi notis awal mengenai pemansuhan SOS ini. Alasan- alasan menamatkan program SOS ini juga telah diberikan oleh mantan Menteri Dalam Negeri di lampiran 43 (lihat Majlis Perbandaran Pulau Pinang v. Syarikat Bekerjasama-Sama Serbaguna Sungai Gelugor Dengan Tanggungan [1999] 3 AMR 3529). [25] Pemohon-Pemohon juga telah mengemukakan representasi mereka untuk dipertimbangkan dan dizahirkan melalui afidavit Timbalan Pengarah ILMIA bahawa JBPPA telah membuat laporan dan telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Dapatan JBPPA ialah 15 memansuhkan program SOS. Dijelaskan di dalam afidavit tersebut pandangan atau input daripada ‘stakeholder’ dan pelbagai pihak juga diambil. Oleh yang demikian walaupun sesi engagement diadakan selepas keputusan 24.10.2018 dibuat, representasi Pemohon-Pemohon telah dipertimbangkan sebelum itu. [26] Atas alasan-alasan yang dibincangkan saya dapati proses membuat keputusan dan keputusan tersebut tidak cacat maka dengan itu permohonan ini ditolak dengan kos. t.t (TUN ABD MAJID BIN DATO’ HAJI TUN HAMZAH) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Shah Alam Tarikh: 06 JANUARI 2021 16 Peguamcara-Peguamcara:- Peguamcara Pihak Perayu Paramjothy, Varghese Onny TETUAN P. PARAMJOTHY & CO Advocates & Solicitors B-7-2, Level 7, Wisma Pantai, Plaza Pantai, Off Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel : 03 – 2201 0999 / 012 – 220 7355 Emel : paramnco@gmail.com Peguamcara Pihak Responden Ahmad Hanir, Sallehuddin JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA Bahagian Guaman, No. 45, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8872 2000 Fax : 03-8890 5673 Emel : kogilambigai@agc.gov.my 17