1. ) PHUA SOO MENG 2. ) PHUA CHIANG LIANG 3. ) CHOP KIM HONG 4. ) CHOP KIM HONG TRADING SDN BHD GOH SEOW FONG
The High Court held the Sessions Court was right: plaintiff's absence did not vitiate the claim because an authorised representative gave direct evidence; the parties' conduct constituted an implicit variation or an application of the original agreement to related companies including Defendant Three; the...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-12BNCvC-39-11/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Phua Soo Meng; Appellant: Phua Chiang Liang; Appellant: Chop Kim Hong; Appellant: Chop Kim Hong Trading Sdn Bhd; Respondent: Goh Seow Fong (Bizxe Enterprise)
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 21 March 2024
- Case Number
- JA-12BNCvC-39-11/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Appeal From Sessions Court / Heard on Appeal at High Court
- Outcome
- Appeal dismissed; decision of the Sessions Court dated 16.11.2022 affirmed
- Legal Topics
- Variation of Contract by Conduct, Related Companies/agency, Partner Liability for Firm Debts, Admissibility of System Generated Documents, Scope of Pleadings on Appeal
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Phua Soo Meng
Appellant
Phua Chiang Liang
Appellant
Chop Kim Hong
Appellant
Chop Kim Hong Trading Sdn Bhd
Appellant
Goh Seow Fong (Bizxe Enterprise)
Respondent
Procedural Posture
Civil Appeal From Sessions Court / Heard on Appeal at High Court
Legal Issues
- 1 Whether plaintiff was required to personally give evidence at trial
- 2 Whether the 1.5.2018 consulting agreement extended to Defendant Three
- 3 Whether failure to give written notice of change (clause 13.1) defeats the plaintiff's claim
Ratio Decidendi
The High Court held the Sessions Court was right: plaintiff's absence did not vitiate the claim because an authorised representative gave direct evidence; the parties' conduct constituted an implicit variation or an application of the original agreement to related companies including Defendant Three; the system-generated 2019 sales report was admissible in Bundle B and its contents were not rebutted; and Defendants One and Two are jointly liable as partners under s.11, and therefore the appeal was dismissed with costs.
Court Disposition
Appeal dismissed; decision of the Sessions Court dated 16.11.2022 affirmed
Orders
- Appeal dismissed with costs
- Decision of the Sessions Court dated 16.11.2022 upheld
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-12BNCvC-39-11/2022 Kand. 31 17/02/2025 10:07:00 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. JA-12BNCvC-39-11/2022 ANTARA 1. PHUA SOO MENG 2. PHUA CHIANG LIANG 3. CHOP KIM HONG (No. Pendaftaran Perniagaan Perkongsian: JM0870850-A) 4. CHOP KIM HONG TRADING SDN BHD (No. Syarikat: 1266786-A) … PERAYU-PERAYU DAN GOH SEOW FONG [Berniaga di bawah nama BIZXE ENTERPRISE No. Pendaftaran Perniagaan: 002296130-V] … RESPONDEN [Dalam Perkara Guaman Sivil No.: JA-A52NCvC-55-03/2020 di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru Antara Goh Seow Fong [Berniaga di bawah nama BIZXE ENTERPRISE No. Pendaftaran Perniagaan: 002296130-V] … Plaintif Dan 1. Phua Soo Meng 2. Phua Chiang Liang 3. Chop Kim Hong (No. Pendaftaran Perniagaan Perkongsian: Jm0870850-A) 4. Chop Kim Hong Trading Sdn Bhd (No. Syarikat: 1266786-A) … Defendan-Defendan] 1 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Bagi tujuan rayuan ini, pihak-pihak dirujuk sebagaimana status mereka semasa prosiding di Mahkamah Sesyen sebelum ini. [2] Ini adalah rayuan yang difailkan oleh Defendan-defendan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) bertarikh 16.11.2022 yang membenarkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-defendan. [3] Sebagai latar belakang ringkas, Plaintif adalah seorang pemilik tunggal yang berniaga dengan nama dan gaya Bizxe Enterprise yang menjalankan perniagaan berbentuk, antaranya, perkhidmatan rundingan, penyelidikan dan pembangunan bagi penyelesaian perisian. [4] Defendan Pertama dan Kedua merupakan rakan kongsi dalam Defendan Ketiga iaitu sebuah pekongsian yang menjalankan perniagaan sebagai pengedar dan pemborong minuman beralkohol. [5] Defendan Keempat pula adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan peruncitan minuman beralkohol. Defendan Keempat juga merupakan syarikat yang berkaitan dengan Defendan Ketiga dan/ atau berada dalam kumpulan syarikat Defendan Ketiga. [6] Defendan Kedua adalah seorang pengarah dan pemegang saham majoriti dalam Defendan Keempat. [7] Melalui suatu Perjanjian Perundingan bertarikh 1.5.2018 (“Perjanjian 1.5.2018”), Defendan Keempat sebagai pelanggan telah 2 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal melantik Plaintif sebagai perunding bagi memberikan perkhidmatan selama 50 tahun mulai 1.7.2017 kepada Defendan Keempat serta syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Defendan Keempat iaitu Defendan Ketiga dan Top Synergy 88 Enterprise. [8] Dalam klausa 5.1 Perjanjian 1.5.2018 juga, Defendan Keempat bersetuju untuk membayar yuran rundingan tahunan kepada Plaintif sebagaimana berikut: (a) yuran bulanan sebanyak RM4,500.00; (b) RM1,000.00 sehari yang melibatkan kerja sehingga 8 jam sekiranya perkhidmatan di luar Kuala Lumpur; dan (c) 0.5% daripada pendapatan jualan tahunan Defendan Keempat. [9] Adalah dipersetujui pihak-pihak bahawa Perjanjian 1.5.2018 dibuat dengan niat bahawa Defendan Keempat akan memegang lesen sebagai pengedar bagi produk jenama Carlsberg manakala Plaintif akan bertindak memberikan perkhidmatan rundingan kepada pengedar yang dibenarkan oleh Carlsberg. [10] Bagaimanapun, Selepas Perjanjian 1.5.2018 ditandatangani, Defendan Keempat gagal mendapatkan lesen sebagai pengedar barangan Carlsberg sebagaimana dirancangkan. Ekoran itu, Defendan Keempat membuat keputusan supaya Defendan Ketiga dilantik sebagai pengedar Carlsberg di mana akhirnya Defendan Ketiga berjaya dilantik sebagai pengedar Carlsberg yang sah. 3 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [11] Berikutan dengan perubahan fakta tersebut, Plaintif memberikan perkhidmatan rundingan kepada Defendan Ketiga walaupun Perjanjian 1.5.2018 hanya melibatkan Plaintif dan Defendan Keempat sahaja. [12] Pada 8.1.2020, Plaintif mengeluarkan invois berjumlah RM208,110.11 kepada Defendan Ketiga iaitu 0.5% daripada pendapatan jualan tahunannya sebanyak RM41.622 juta bagi tahun 2019. Bagaimanapun berdasarkan laporan pendapatan jualan tahunan Defendan Ketiga bagi tahun 2019, pendapatan jualan tahunan Defendan Ketiga bagi tahun tersebut adalah RM41.470 juta. Ekoran itu, Plaintif menuntut bayaran sebanyak RM207,351.85 bagi yuran rundingan tahunan untuk tahun 2019. [13] Disebabkan kegagalan Defendan Ketiga membayar jumlah tersebut, Plaintif telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap semua Defendan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. Pada 16.11.2022, HMS telah membenarkan tuntutan Plaintif. [14] Dalam rayuan mereka di mahkamah ini, Defendan-defendan membangkitkan alasan yang berikut: (a) Plaintif gagal hadir semasa perbicaraan untuk memberi keterangan bagi pihaknya; (b) Perjanjian 1.5.2018 hanya melibatkan Plaintif dan Defendan Keempat sahaja dan Plaintif tidak berhak menuntut bayaran yuran rundingan tahunan sebanyak RM207,351.85 iaitu 0.5% 4 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal daripada pendapatan jualan tahunan Defendan Ketiga bagi tahun 2019 dan seterusnya; (c) Plaintif gagal memberi notis perubahan mengenai penglibatan Defendan Ketiga; dan (d) Laporan untung rugi 2019 tidak wajar diterima oleh mahkamah disebabkan pembuat (maker) kepada dokumen ini tidak hadir memberi keterangan di mahkamah. Sama ada Plaintif mesti hadir semasa perbicaraan untuk memberi keterangan bagi pihaknya [15] Dalam hujahnya, Defendan-defendan menegaskan bahawa HMS terkhilaf dalam membenarkan tuntutan Plaintif disebabkan Plaintif sendiri gagal hadir memberi keterangan di mahkamah. [16] Isu mengenai keperluan Plaintif sendiri memberi keterangan, adalah menjadi undang-undang bahawa tiada undang-undang yang mewajibkan Plaintif hadir memberi keterangan di mahkamah serta menentukan siapa dan berapa saksi yang perlu dipanggilnya bagi membuktikan kausa tindakan serta tuntutannya terhadap Defendan- defendan. Dalam kes Ranbaxy (M) Sdn Bhd v. Ei Du Pont De Nemours & Co [2011] CLJU 16; [2012] 4 MLJ 34, di mana Mahkamah Rayuan melalui Ramly Ali HMR (pada masa itu) menyatakan – [71] There is no law to say that a party to a civil proceeding must personally attend court and give evidence to support its claim or counterclaim. The respondent may, at its own discretion call any number of witnesses whose evidence are relevant to prove its defence and counter claim…..”. 5 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [17] Berdasarkan kepada Nota Keterangan, saya mendapati Plaintif telah memanggil pengurus Plaintif iaitu Lee Kee Sheng, William (SP1) untuk memberi keterangan di mahkamah di mana SP1 mengakui telah mendapat surat kebenaran untuk hadir mewakili Plaintif serta beliau sendiri mempunyai pengetahuan peribadi serta pengetahuan langsung mengenai pertikaian antara Plaintif dan Defendan-defendan. SP1 juga mengakui bahawa beliau sendiri bagi pihak Plaintif telah memberikan perkhidmatan rundingan kepada Defendan Ketiga sehingga tahun 2020. [18] Pada masa yang sama, saya mendapati Defendan Kedua (SD1) mengakui Defendan Ketiga membayar invois bulanan yang dikeluarkan oleh Plaintif mengikut garis masa yang sebagaimana dinyatakan dalam Perjanjian 1.5.2018 bagi perkhidmatan rundingan yang diberikan oleh Plaintif mulai 2018 hingga 2020. Ringkasnya, Defendan Ketiga membayar RM36,036.75 iaitu 0.5% daripada pendapatan jualan tahunannya bagi tahun 2018. [19] Melihat kepada fakta di atas, saya berpandangan Plaintif telah membuktikan bahawa, tanpa beliau sendiri memberi keterangan di mahkamah, Plaintif telah memberikan perkhidmatan rundingan kepada Defendan Ketiga dan bayaran yuran rundingan tahunan bagi tahun 2018 yang dibuat oleh Defendan Ketiga membuktikan bahawa perkhidmatan rundingan telah diberikan oleh Plaintif. Tiada sebab untuk Defendan Ketiga membuat bayaran sekiranya perkhidmatan rundingan tidak diberikan oleh Plaintif. [20] Oleh itu, alasan ketidakhadiran Plaintif, pada pandangan saya tidak menjejaskan tuntutan beliau terhadap Defendan-defendan. 6 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Sama ada kegagalan Plaintif memberi notis perubahan mengenai penglibatan Defendan Ketiga menjejaskan tuntutan [21] Defendan-defendan menyatakan bahawa klausa 13.1 Perjanjian 1.5.2018 mensyaratkan bahawa sebarang perubahan kepada Perjanjian tersebut hendaklah dimaklumkan kepada pihak yang satu lagi secara bertulis. Disebabkan kegagalan Plaintif memberi notis mengenai penglibatan Defendan Ketiga sebagai ganti kepada Defendan Keempat dalam pemberikan perkhidmatan rundingan, Defendan-defendan mendakwa ini menjejaskan tuntutan Plaintif. [22] Dalam hal ini, saya bersetuju dengan peguamcara Plaintif bahawa isu mengenai kegagalan Plaintif memberikan notis perubahan ini tidak pernah diplidkan oleh Defendan-defendan. Sebaliknya, ia hanya dibangkitkan buat kali pertama dalam rayuan ini. [23] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa pihak-pihak tidak boleh membangkitkan isu yang tidak dipildkan. Dalam kes Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Sdn Bhd v. Kim Seng Enterprise (Kedah) Sdn Bhd [2013] 6 CLJ 958; [2013] 5 MLJ 360, Mahkamah Rayuan memutuskan: [18] What this amounts to is this. That the court is not entitled and should not decide a suit on an issue which is not pleaded. In short, the trial of the suit must be confined to the pleadings (Yew Wan Leong v. Lai Kok Chye [1990] 1 CLJ Rep 330; [1990] 2 MLJ 152 (SC), at p 154) and the pleadings operate to effectively define and delimit with absolute clarity and precision the real matters in controversy between the parties. In this way, the parties could prepare their respective cases and the court too will adjudicate on those issues and no more... 7 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [24] Begitu juga dalam kes Joseph Paulus Lantip v. Tnio Chee Chang [2020] 4 CLJ 79 di mana Mary Lim HMR (pada masa itu) ketika menyampaikan penghakiman Mahkamah Rayuan menyatakan – "[28] The role played by pleadings cannot be overstated. It is a fundamental principle of fair play which extends to the Court, that all parties are bound by their pleadings. It would be most damaging to our administration and system of justice if parties are allowed to plead a certain complaint, lead evidence on another and the Court, decides on something entirely different. The Federal Court recently reminded and expressed the following view on the importance of proper pleadings in Iftikar Ahmed Khan v. Perwira Affin Bank Bhd [2018] 1 CLJ 415: [29] It is settled law that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded: Samuel Naik Siang Ting v. Public Bank Bhd...In Lee Ah Chor v. Southern Bank Bhd [1991] 1 CLJ 667; [1991] 1 CLJ (Rep) 239 it was held that where a vital issue was not raised in the pleadings, it could not be allowed to be granted and to succeed on appeal. A decision based on an issue which was not raised by the parties in their pleadings is liable to be set aside:... In The Chartered 13 Bank v. Yong Chan [1990] 1 CLJ 1113; [1990] 1 CLJ (Rep) 330; [1990] 1 MLJ 157, the Federal Court set aside the judgment of the trial judge as it was decided on an issue not raised on the pleadings. In that case, the trial judge erred in concluding that the pleadings included a claim for breach of contract as well as a claim for libel." [25] Selain itu, walaupun tanpa pemberitahuan mengenai perubahan perjanjian saya mendapati perubahan ini diketahui oleh Defendan Ketiga dan Keempat. Saya mendapati semasa disoal balas oleh peguam Plaintif, SD1 mengakui perkara yang berikut: 8 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (a) Plaintif telah memberi perkhidmatan rundingan kepada Defendan Ketiga dan Defendan Keempat (lihat m/s 162 & 163 Nota Keterangan); dan (b) SD1 mengakui bahawa Defendan Ketiga membuat bayaran yuran rundingan tahunan kepada Plaintif berdasarkan invois yang dikeluarkan oleh Plaintif (lihat m/s 170 & 171 Nota Keterangan); [26] Melihat kepada keterangan Defendan Kedua di atas, timbul persoalan iaitu sekiranya tiada perjanjian antara Plaintif dengan Defendan Ketiga, mengapa Plaintif memberikan perkhidmatan rundingan kepada Defendan Ketiga dan Defendan Ketiga membayar yuran rundingan tahunan berkenaan? Oleh itu saya bersetuju dengan dapatan HMS bahawa Perjanjian 1.5.2018 telah diubah secara tersirat berdasarkan kepada tindakan pihak-pihak. [27] Dalam kes Paul Murugesu s/o Ponnusamy (as representative of Nalamah d/o Sangapillay (deceased)) v. Cheok Toh Gong & Ors [1996] 2 CLJ 397; [1996] 1 MLJ 843, Mahkamah Agung memutuskan: "In the first place, both parties to an agreement are entitled to vary any term of the agreement, in writing, or orally, where oral evidence of such variation can of course be given, to quote s. 92(d) of the Evidence Act 1950, "save in cases in which the contract, grant or disposition of property is by law required to be writing, or has been registered according to the law in force for the time being as to registration of documents". The above agreement is not of those excepted cases. It is important to remember that when it is sought to prove a variation, not by an express agreement, by a course of conduct, that both parties have 9 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal understood the variation and intended to be bound by it. In the instant case, the variation in question was sought to be proved by a course of conduct, vide the evidence set out earlier, and the Court would have to be satisfied that the variation to clause 3 in question was both understood by the purchaser and the vendors, and that they all intended to be bound by it. What the Court would have to be so satisfied would depend on the surrounding circumstances." [28] Begitu juga dalam kes Genneva Malaysia Sdn. Bhd. v. Tio Jit Hong & Ors [2020] 4 CLJ 449; [2020] 6 MLJ 703 di mana Mahkamah Rayuan melalui Kamaludin Md Said HMR menyatakan – [54] In our view, the fact that the defendant having accepted the offers which followed by payments into the defendant's bank account and some by partly giving gold at an agreed value and used them for defendant's benefit, the defendant's conduct is consistent with having accepted the offers made by the plaintiffs. By the defendant's own conduct, the defendant is therefore estopped from denying that there is a valid and binding contract between defendant and the plaintiffs. [29] Walau apapun isu dibangkitkan mengenai ketiadaan notis perubahan yang dibangkitkan oleh Defendan-defendan, saya mendapati ia tidak menjejaskan tuntutan Plaintif disebabkan Perjanjian 1.5.2018 sendiri mengiktiraf bahawa Plaintif sememangnya memberi perkhidmatan rundingan kepada Defendan Keempat serta syarikat berkaitan dengannya iaitu termasuklah Defendan Ketiga. Klausa mukadimah Perjanjian 1.5.2018 menyatakan – “(A) The Client is desirous of appointing the Consultant to provide Business Consulting and Operation Consulting services to the Client and to the Client’s Related Companies.”. 10 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Manakala dalam klausa 1 Perjanjian 1.5.2018 pula, syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Defendan Keempat ditakrifkan sebagaimana berikut: “Client’s Related Means collectively the following businesses and/ or Companies companies: - (a) Chop Kim Hong (Business Registration No. JM0870850-A); and (b) Top Synergy 88 Enterprise (Business Registration No. JM0869581-U).” [30] Oleh yang demikian, dakwaan Defendan-defendan bahawa Defendan Ketiga tidak terlibat dalam Perjanjian 1.5.2018 adalah tidak berasas. [31] Bagi Defendan Pertama dan Kedua pula, saya mendapati bahawa mereka adalah pekongsi kepada Defendan Ketiga. Sehubungan itu, s. 11 Akta Perkongsian 1961 menyatakan – Liability of partners 11. Every partner in a firm is liable jointly with the other partners for all debts and obligations of the firm incurred while he is a partner; and after his death his estate is also severally liable in a due course of administration for such debts and obligations, so far as they remain unsatisfied but subject to the prior payment of his separate debts. [32] Justeru, sebagai pengkongsi, Defendan Pertama dan Kedua adalah bertanggungan secara bersesama bagi hutang Defendan Ketiga terhadap Plaintif. 11 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Sama ada laporan untung rugi 2019 tidak wajar diterima oleh mahkamah disebabkan pembuat (maker) kepada dokumen ini tidak hadir memberi keterangan di mahkamah [33] Defendan-defendan berhujah bahawa laporan pendapatan jualan tahunan Defendan Ketiga bagi 2019 yang dijadikan asas oleh Plaintif dalam mengira yuran rundingan tahunan yang kena dibayar oleh Defendan Ketiga, tidak wajar diterima oleh mahkamah disebabkan pembuat (maker) kepada dokumen ini tidak hadir memberi keterangan di mahkamah. [34] Dalam isu ini, saya mendapati laporan pendapatan jualan tahunan Defendan Ketiga bagi 2019 tersebut diletakkan di bahagian B Ikatan Dokumen Bersama. Adalah menjadi undang-undang bahawa dokumen yang diletakkan dalam bahagian B Ikatan Dokumen Bersama adalah dokumen yang dipertikaikan kandungannya dan bukan keesahannya. Dalam kes Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan & Anor v. Dr Tan Kee Kwong [2012] 3 CLJ 87 Zabariah Mohd. Yusof HMT (pada masa itu) memutuskan: [99] The impugned article is in bundle B. It is the norm that documents in part A are documents where the authenticity and the contents are admitted. Whereas the documents in part B are documents admitted but contents are disputed. Part C are documents where there are dispute as to authenticity and contents. [35] Prinsip yang sama diulangi dalam kes Melawangi Sdn Bhd v. Lim Kian Hian [2017] MLRAU 376 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan: “[24] It is clear that Bundle B contains documents where the authenticity of the same is not disputed but contents are. 12 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [36] Begitu juga dalam kes CIMB Bank Berhad v Tio Sian Pah @ Teo Siam Pah [2010] MLJU 1017 di mana mahkamah memutuskan – [46] The court finds that in this case all the documents in question were, with the agreement of both parties, placed in Part B of the ikatan dokumen. The court finds that in the absence of any express condition regarding the inclusion of these documents in Part B, it would mean that "the documents therein are authentic and they do exist, therefore they require no proof of their authenticity by calling for eg, their makers". The truth of their contents however may be challenged in court at the instance of either party. [37] Oleh itu saya berpandangan, disebabkan keesahan laporan pendapatan jualan tahunan Defendan Ketiga bagi 2019 tidak dipertikaikan, maka maker kpd dokumen itu tidak perlu dipanggil untuk mengesahkan dokumen tersebut. Sebaliknya kesahihan kandungan dokumen itu boleh diuji melalui saksi yang relevan serta mempunyai pengetahuan tentang dokumen berkenaan. [38] Dalam hal ini saya mendapati berdasarkan kepada nota keterangan, SD1 mengakui bahawa laporan tersebut dijana oleh system (system-generated document) yang digunakan oleh Defendan Ketiga. Tambahan pula SD2 tidak menafikan bahawa laporan itu bukan laporan untung rugi Defendan Ketiga bagi tahun 2019. Selain itu Defendan Ketiga tidak mengemukakan sebarang dokumen lain yang menunjukkan bahawa laporan yang dikemukakan tersebut adalah tidak tepat. [39] Sehubungan itu, saya mendapati keputusan HMS menerima laporan pendapatan jualan tahunan Defendan Ketiga bagi 2019 adalah betul. 13 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kesimpulan [40] Sebagaimana yang diputuskan dalam kes Goh Bak Ming v Yeoh Eng Kong & Other Appeals [2019] 3 MLRA 56 dan Lee Ing Chin & Ors v Gan Yook Chin [2003] 1 MLRA 95 yang menyatakan bahawa adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mengganggu keputusan mahkamah bicara melainkan mahkamah bicara itu jelas salah dalam membuat keputusan. [41] Berdasarkan kepada pemerhatian di atas, saya mendapati Defendan-defendan/Perayu gagal membuktikan bahawa HMS telah bertindak atas prinsip undang-undang yang salah atau gagal mengambil kira perkara yang relevan atau jelas tidak munasabah bagi membolehkan saya menggunakan kuasa untuk mengganggu atau campur tangan terhadap keputusan yang diberikan oleh HMS. Oleh itu saya menolak rayuan Defendan-defendan/Perayu dengan kos dan keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen dikekalkan. Tarikh: 15.2.2025 - t.t - (SHAMSULBAHRI BIN HAJI IBRAHIM) Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru Peguamcara: Bagi pihak Perayu/Defendan-defendan – Sugandra Rao A/L Naidu (Lee Kuang Chaow dan Wayne Lau Xiao Wei bersamanya); Tetuan Sern & Lee Bagi pihak Responden/Plaintif – Bryan Teo; Tetuan Joel & Mei 14 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kes yang dirujuk: CIMB Bank Berhad v Tio Sian Pah @ Teo Siam Pah [2010] MLJU 1017 Goh Bak Ming v Yeoh Eng Kong & Other Appeals [2019] 3 MLRA 56 Joseph Paulus Lantip v. Tnio Chee Chang [2020] 4 CLJ 79 Lee Ing Chin & Ors v Gan Yook Chin [2003] 1 MLRA 95 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan & Anor v. Dr Tan Kee Kwong [2012] 3 CLJ 87 Melawangi Sdn Bhd v. Lim Kian Hian [2017] MLRAU 376 Paul Murugesu s/o Ponnusamy (as representative of Nalamah d/o Sangapillay (deceased)) v. Cheok Toh Gong & Ors [1996] 2 CLJ 397; [1996] 1 MLJ 843 Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Sdn Bhd v. Kim Seng Enterprise (Kedah) Sdn Bhd [2013] 6 CLJ 958; [2013] 5 MLJ 360 Ranbaxy (M) Sdn Bhd v. Ei Du Pont De Nemours & Co [2011] CLJU 16; [2012] 4 MLJ 34 Undang-undang yang dirujuk: Akta Perkongsian 1961 - s. 11 15 S/N Pv5k5gEV50mr9M/oTEkjdA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal