1. ) POH ME FONG 2. ) POH PIEW SEONG
The court allowed the applicants' application because the sale process complied with procedural requirements: beneficiaries were offered the property first, majority consented to sale, no credible valuation or evidence was produced by objectors to justify withholding approval, the offered purchase price of RM750,000...
Source-derived case information.
- Citation
- CA-24NCvC-44-03/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: POH ME FONG; Applicant: POH PIEW SEONG; Respondent: CHOW SAU LEN; Respondent: POH BOON KUAN
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 13 July 2023
- Case Number
- CA-24NCvC-44-03/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Probate and Administration (estate of Poh Kim Son) / Appeal From High Court Decision Dated 13 July 2023; Hearing and Judgment at High Court Kuantan on 12 September 2023
- Outcome
- Application by applicants allowed
- Legal Topics
- Sale of Estate Property, Administration of Estate, Fiduciary Duties of Executors/administrators, Requirement for Valuation Report
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
POH ME FONG
Applicant
POH PIEW SEONG
Applicant
CHOW SAU LEN
Respondent
POH BOON KUAN
Respondent
Procedural Posture
Probate and Administration (estate of Poh Kim Son) / Appeal From High Court Decision Dated 13 July 2023; Hearing and Judgment at High Court Kuantan on 12 September 2023
Legal Issues
- 1 Whether joint executors (wasi bersama) may sell and transfer estate property under Section 60 Probate and Administration Act 1959 and relevant court rules
- 2 Whether a formal valuation/report was required before authorising the sale
- 3 Whether the applicants breached their fiduciary duties by proceeding with the sale
Ratio Decidendi
The court allowed the applicants' application because the sale process complied with procedural requirements: beneficiaries were offered the property first, majority consented to sale, no credible valuation or evidence was produced by objectors to justify withholding approval, the offered purchase price of RM750,000 exceeded prior offers, and claims of renovation expenditure were unsupported; therefore the applicants did not breach fiduciary duties and the sale and transfer to Poh Piew Seong was permitted.
Court Disposition
Application by applicants allowed
Orders
- Application allowed
- Permitted sale and transfer of the deceased's property at No. 65, Jalan Pecah Batu, Brinchang, Cameron Highlands to Poh Piew Seong for RM750000.00
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
CA-24NCvC-44-03/2023 Kand. 35 18/09/2023 16:13:51 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SAMAN PEMULA NO: CA-24NCVC-44-03/2023 Dalam Perkara Harta Pusaka dan Harta Benda POH KIM SON, si mati Dan Dalam Perkara Seksyen 60 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 Dan Dalam Perkara Aturan 5 Kaedah 4 dan Aturan 80 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Dan Dalam Perkara mengenai satu hartanah yang beralamat di No. 65, Jalan Pecah Batu, Brinchang, 39100 Cameron Highland, Pahang, Malaysia yang dipegang di bawah H.S.(D) 1619 No. P.T. 587 dan H.S.(D) 401 No. P.T. 126 kedua- duanya di Mukim Tanah Rata, 1 S/N OyaREytjCkiESBN5X/WKgQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Daerah Cameron Highlands, Negeri Pahang ANTARA 1. POH ME FONG ...PEMOHON-PEMOHON [NO. K/P : 540530-06-5002/4619425] 2. POH PIEW SEONG [NO. K/P : 710329-06-5405/A1884140] DAN 1. CHOW SAU LEN ...PENCELAH-PENCELAH [NO. K/P : 561202-06-5022] 2. POH BOON KUAN [NO. K/P : 920901-06-5840] ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN 1. Perayu-Perayu/Pencelah-Pencelah telah memfailkan rayuan di atas keputusan Mahkamah bertarikh 13 Julai 2023 yang telah 2 S/N OyaREytjCkiESBN5X/WKgQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membenarkan permohonan Pemohon-Pemohon sebagai Wasi Bersama harta pusaka Poh Kim Son (si mati) untuk menjual dan memindahmilik kesemua bahagian hartanah milik si mati yang beralamat di No. 65, Jalan Pecah Batu, Brinchang, 39100 Cameron Highlands, Pahang kepada Poh Piew Seong dengan harga jualan sebanyak RM750,000.00. 2. Setelah menelitikan kertas-kertas kausa yang difailkan dan setelah menimbangkan penghujahan kedua-dua pihak, Mahkamah telah membenarkan permohonan Pemohon-Pemohon tersebut. FAKTA KES 3. Pemohon-Pemohon adalah Wasi Bersama untuk harta pusaka Poh Kim Son (si mati) yang memiliki hartanah di No. 65, Jalan Pecah Batu, Brinchang, 39100 Cameron Highland, Pahang yang dipegang di bawah H.S.(D) 1619 No. P.T. 587 dan H.S.(D) 401 No. P.T. 126 yang terletak di Mukim Tanah Rata, Daerah Cameron Highlands, Pahang (hartanah tersebut). 3 S/N OyaREytjCkiESBN5X/WKgQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4. Si mati pada masa kematiannya telah meninggalkan satu wasiat bertarikh 26 Disember 1995 di mana si mati telah membahagikan hartanah tersebut secara sama rata kepada 10 orang benefisiari- benefisiarinya seperti berikut : i. Poh Me Fong; ii. Poh Piew Ngin; iii. Poh Mee Lan; iv. Poh Piew Sing; v. Poh Piew Huat; vi. Poh Piew Hock; vii. Poh Mee Ling; viii. Poh Piew Hin; ix. Poh Piew Ong; dan x. Poh Piew Seong. 5. Selepas si mati meninggal dunia, Pemohon-Pemohon telah memohon untuk geran probet bagi harta pusaka si mati dan geran probet telah diisukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 November 2015 di bawah Saman Pemula No. 32NCVC-1635- 11/2015. Seterusnya, Pemohon-Pemohon turut memindahmilik hartanah tersebut kepada nama Pemohon-Pemohon dan 4 S/N OyaREytjCkiESBN5X/WKgQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dipegang sebagai Wasi Bersama harta pusaka simati. Sebelum hartanah tersebut dibahagikan kepada benefisiari-benefisiari menurut wasiat si mati, Pemohon Pertama telah dimaklumkan oleh majoriti benefisiari-benefisiari bahawa mereka tidak mahu hartanah tersebut dipindahmilik kepada nama mereka atas sebab mereka sudah berumur, tidak mahu dan tidak berupaya untuk mengendalikan prosedur-prosedur pindahmilik hartanah tersebut lagi dan meminta agar hartanah tersebut dijualkan dan hasil jualan dibahagikan kepada mereka. 6. Oleh itu, Pemohon-Pemohon dalam kapasiti sebagai Wasi Bersama harta pusaka si mati telah mengarahkan peguam cara mereka iaitu Tetuan Shang & Co untuk mengisukan satu surat kepada semua benefisiari-benefisiari untuk mendapatkan pengesahan daripada semua benefisiari-benefisiari. 7. Menurut surat pengesahan daripada semua benefisiari- benefisiari, majoriti benefisiari-benefisiari telah bersetuju untuk menjual hartanah tersebut, kecuali wasi-wasi kepada harta pusaka Poh Piew Ngin yang hendak hartanah tersebut dibahagikan menurut wasiat si mati. 5 S/N OyaREytjCkiESBN5X/WKgQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8. Seterusnya, Pemohon-Pemohon telah mengarahkan penguam cara mereka untuk menawarkan kepada benefisiari-benefisiari untuk membeli hartanah tersebut sebelum tawaran dibuka kepada orang awam. 9. Akan tetapi, Pemohon-Pemohon tidak menerima apa-apa tawaran daripada benefisiari-benefisiari. Tawaran telah dibuka kepada orang awam dan Pemohon-Pemohon telah menerima satu tawaran untuk membeli hartanah tersebut dengan harga RM730,000.00. Seterusnya, Pemohon Kedua telah membuat tawaran untuk membeli hartanah tersebut pada harga yang sama. Majoriti benefisiari-benefisiari telah bersetuju untuk menjualkan hartanah tersebut kepada Pemohon Kedua pada harga RM730,000.00. Tetapi wasi-wasi kepada harta pusaka Poh Piew Ngin tidak bersetuju dengan harga RM730,000.00 dan menyatakan mereka ingin melantik juru nilai untuk menilai harga pasaran hartanah tersebut. 10. Pemohon-Pemohon tidak menerima apa-apa laporan penilai sehingga hari ini. Pemohon-Pemohon turut mengarahkan peguam cara mereka untuk mengisukan satu notis kepada wasi- 6 S/N OyaREytjCkiESBN5X/WKgQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal wasi kepada harta pusaka Poh Piew Ngin, akan tetapi Pemohon- Pemohon tidak dapat apa-apa respon daripada wasi-wasi kepada harta pusakan Poh Piew Ngin tersebut. 11. Pada 18 April 2023, Mahkamah telah membenarkan Pencelah- Pencelah yang dicadangkan untuk mencelah di dalam tindakan ini. 12. Melalui Afidavit Jawapan yang telah difailkan oleh Pencelah- Pencelah (Lampiran 16) pada 02 Mei 2023, Pencelah-Pencelah menyatakan seperti berikut : “6. Saya sesungguhnya Pemohon-Pemohon telah gagal dalam tugas mereka sebagai Wasi Bersama untuk mentadbir Harta Pusaka POH KIM SON, si mati kerana mereka telah gagal mengikut kehendak wasiat terakhir, POH KIM SON. 7. Saya sesungguhnya percaya dan setelah dinasihati oleh peguamcara kami bahawa kewajipan fidusiari Pemohon- Pemohon adalah tertakluk kepada wasiat terakhir POH KIM SON. 7 S/N OyaREytjCkiESBN5X/WKgQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8. Saya juga menyatakan di sini Hartanah tersebut yang hendak dibeli oleh POH PIEW SEONG adalah masih diduduki oleh saya dan Chow Sau Len. Sekarang dilampirkan disini adalah bil-bil air atas nama mendiang Poh Piew Ngin dan bil-bil elektrik di atas nama Chow Sau Len ditanda dan diekshibitkan secara kolektif sebagai Ekshibit “PBK-3”. 9. Mendiang Poh Piew Ngin juga telah membuat renovasi- renovasi diatas hartanah tersebut untuk kami sekeluarga tinggal sebagai residensi keluarga kami dengan membelanjakan wang yang banyak. Sekarang dilampirkan disini adalah resit bayaran untuk kerja-kerja renovasi yang telah dibuat ditanda dan diekshibitkan secara kolektif sebagai Ekshibit “PBK-4”. 10. Oleh demikian, saya dengan rendah diri memohon Saman Pemula Pemohon-Pemohon disini ditolak dengan kos terhadap POH ME FONG dan POH PIEW SEONG secara peribadi.” 8 S/N OyaREytjCkiESBN5X/WKgQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13. Tiada apa-apa bantahan terutamanya tentang keperluan untuk mendapatkan Laporan Penilai bagi satu penilaian dibuat terhadap harga belian hartanah tersebut. Oleh itu, isu keperluan untuk mendapatkan Laporan Penilaian hanya timbul di dalam hujahan yang difailkan oleh pihak Pencelah-Pencelah yang mana ini bagi Mahkamah adalah satu isu yang sengaja ditimbulkan. 14. Mahkamah juga merujuk kepada Perenggan 7 Hujahan Pihak Pencelah (Lampiran 18) di mana dinyatakan bahawa harga hartanah tersebut adalah sebanyak RM730,000.00 sedangkan Perintah Mahkamah adalah bagi hartanah tersebut dijual kepada Poh Piew Seong dengan harga RM750,000.00. Jelas bahawa harga belian tersebut adalah melebihi harga yang dinyatakan oleh Pencelah-Pencelah sebanyak RM730,000.00. 15. Juga, kenyataan bahawa Poh Piew Ngin telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM190,000.00 pada tahun 1997 adalah tidak disokong oleh mana-mana dokumen. Oleh itu, kenyataan ini tidak boleh diterima. 9 S/N OyaREytjCkiESBN5X/WKgQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal KEPUTUSAN 16. Setelah menelitikan keseluruhan kertas-kertas kausa yang difailkan, Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa permohonan Pemohon-Pemohon adalah teratur dan dengan itu permohonan Pemohon-Pemohon adalah bermerit dan dibenarkan. t.t. ZAINAL AZMAN BIN AB AZIZ HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR BERTARIKH : 12 SEPTEMBER 2023 Peguam cara Pemohon-Pemohon: Encik Thum Weng Shen Tetuan Shang & Co C3-3-15, Solaris Dutamas No. 1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur Emel : info@shangco.com.my Ruj. : MK/LIT/CIVIL/00346/2022 10 S/N OyaREytjCkiESBN5X/WKgQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam cara Pencelah-Pencelah: Encik Soong Tze Toong Tetuan BH Koh, Soong, Zarin & Partners No. 1A & 3A, Medan Istana 2 Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh, Perak Emel : law_bhkoh_soong_zarin@yahoo.com Ruj. : STT/LIT/2435 11 S/N OyaREytjCkiESBN5X/WKgQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal