FAZLY BIN SALIM
Prosecution failed to establish an unbroken chain of custody and left unexplained a 24‑hour custody gap and contradictions in SP4's evidence; those lacunae created reasonable doubt such that a prima facie case was not made out under section 173(f) CPC and section 15(1)(a) Dangerous Drugs Act 1952, therefore the...
Source-derived case information.
- Citation
- AA-82D-4-02/2021 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Prosecution: PENDAKWA RAYA; Accused: FAZLY BIN SALIM
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 19 May 2025
- Case Number
- AA-82D-4-02/2021 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Criminal Drug Offence (use of Controlled Drug) / Close of Prosecution / Judgment at Close of Prosecution
- Outcome
- Accused acquitted and discharged
- Legal Topics
- Prima Facie, Chain of Custody, Forensic Urine Analysis, Section 15(1)(a) Dangerous Drugs Act 1952, Section 173(f) Criminal Procedure Code
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
PENDAKWA RAYA
Prosecution
FAZLY BIN SALIM
Accused
Procedural Posture
Criminal Drug Offence (use of Controlled Drug) / Close of Prosecution / Judgment at Close of Prosecution
Legal Issues
- 1 Whether the urine bottle placed on table X (Exhibit P1(c)) was not swapped before sealing and labelling
- 2 Whether the bottle delivered by SP6 to SP4 was the same bottle sent to the Pathology Department
- 3 Whether the photographs and CCTV evidence reliably identify the urine bottle sent to the chemist
Ratio Decidendi
Prosecution failed to establish an unbroken chain of custody and left unexplained a 24‑hour custody gap and contradictions in SP4's evidence; those lacunae created reasonable doubt such that a prima facie case was not made out under section 173(f) CPC and section 15(1)(a) Dangerous Drugs Act 1952, therefore the accused must be acquitted without being called to enter a defence.
Court Disposition
Accused acquitted and discharged
Orders
- Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 tanpa perlu dipanggil untuk membela diri
- No further action recorded
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
AA-82D-4-02/2021 Kand. 72 24/06/2025 14:54:28 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI IPOH DALAM NEGERI PERAK NO. KES: AA-82D-4-02/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN FAZLY BIN SALIM DI HADAPAN MAJISTRET SITI NORA BINTI SHARIF ALASAN PENGHAKIMAN (Di akhir kes Pendakwaan) 1. PENDAHULUAN Tertuduh-tertuduh telah dituduh melakukan suatu kesalahan seperti pertuduhan yang berikut: “Bahawa kamu pada 10/12/2020 jam lebih kurang 2;55 pagi di Pejabat Lokap Balai Polis Pusat , IPD Ipoh Perak, telah di dapati mengguna dadah kepada diri sendiri iaitu positif dadah berbahaya jenis Methamphitamine dan Amphitamine dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) Akta yang sama. 1 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hukuman Denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara semlama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan pengawasan di bawah Seksyen 38B selama tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada tiga tahun.”. 2. LATAR BELAKANG KES 2.1 Pihak pendakwaan dalam kes ini telah memanggil seramai enam orang saksi pendakwaan (“SP”) untuk memberi keterangan: SP1 : ASP G17391 Salaim bin Ahmad (KB JIPS IPD Ipoh) SP2 : L/Kpl RF202102 Ahmad Huzairi bin Abu Bakar (Jurugambar) SP3 : Aslinda binti Tajidin (Pegawai Sains Kimia Hayat – Patologi HKL) SP4 :L/Kpl RF208194 Mohd Nazri bin Abd Nasib SP5 : ASP G21024 Ng Tee Yian (Pengadu) SP6 : Insp G25876 Mohd. Fadhil bin Mohd Saud (Pegawai Penyiasat) 2.2 Sebanyak 21 Eksibit telah dikemukakan oleh Pendakwaan semasa perbicaraan. Eksibit-eksibit tersebut adalah seperti berikut:- Bil. Eksibit Tandaan 1. 11 keping gambar tempat kejadian P1(a-k) 2. 4 keping gambar botol urin P3(a-d) 3. 3 keping gambar test strip P4(a-c) 2 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4. 1 keping DVD P5 5. Salinan Sijil Perakuan Seksyen 90A Akta P6 Keterangan 6. Borang permintaan ujian pengesanan dadah P7 7. Laporan makmal P8 8. Beg plastik specimen botol urin P9 9. Botol yang mengandungi air kencing P10 10. Barkod pada botol air kencing P11 11. Beg plastikk besar PDRM bertanda Pusat P12 6831/20 12. Urine Container Package P13 13. Peket test strip kuning Methamphitamine P14 14. Test strip kuning Methamphitamine P14(a) 15. Peket test strip biru Amphitamine P15 16. test strip biru Amphitamine P15(a) 17. Repot polis Pusat 6828/20 P16 18. Repot polis Pusat 6831/20 P17 19. Borang serah menyerah OKT dan barang kes P18 20. Rajah kasar tempat kejadian P20 21. Kunci rajah kasar tempat kejadian P20(k) 2.3 3 Penyata saksi bagi saksi-saksi pendakwaan telah dikemukakan: Dokumen Tandaan Penyataan Bertulis Saksi SP3 PSP -3 3 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penyataan Bertulis Saksi SP4 PSP -4 Penyataan Bertulis Saksi SP6 PSP -6 2.4 Manakala dokumen yang ditandakan melalui pihak pembelaan adalah berikut:- Dokumen Tandaan Repot Polis Pusat 6830/20 D2 Repot polis PUSAT 6832/20 D19 20 kepoing gambar CCTV IDD21(A-T) Cover DVD IDD22 DVD mengandungi 20 keping gambar CCTV IDD23 dan 6 video CCTV 2.5 Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan di hadapan mahkamah, fakta kes telah menunjukkan keterangan bahawa pada 10/12/2020, SP1 dan SP5 telah menerima arahan untuk menjalankan Operasi di Pejabat Lokap Balai Polis Pusat, IPD Ipoh Perak terhadap tahanan lokap dan termasuk anggota-anggota polis yang bertugas di lokap tersebut. 2.6 Operasi tersebut bermula pada 10/12/2020 jam lebih kurang 12.25 pagi dan berakhir pada jam 2.55 pagi. Seramai 15 tahanan lokap dan 6 orang anggota polis (termasuk Tertuduh) diarahkan untuk menjalani ujian air kencing tersebut. 2.7 Sebelum ujian saringan awal air kencing setiap mereka (tahanan lokap dan anggota) memilih sendiri peket botol specimen urin masing-masing mengikut prosedur yang ditetapkan dari dalam kotak yang disediakan termasuk Tertuduh 4 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang mana Tertuduh telah memilih sendiri botol urin bernombor siri A0014506 dari dalam kotak yang disediakan. 2.8 Tertuduh kemudiannya diiring ke tandas tempat air kencing dipungut pergi dan balik oleh SP5 sendiri dan Tertuduh memegang sendiri botol urin beliau. Telah berlaku situasi di mana Tertuduh gagal untuk mengeluarkan air kencing beliau, cubaan 3-4kali cuba di buat akhirnya Tertuduh berjaya memberikan air kencing nya lebih kurang pada jam 2.55pagi. 2.9 Berdasarkan keterangan SP1 dan SP5, percubaan untuk memungut air kencing Tertuduh tidak berjaya sehingga 3 kali percubaan kerana botol air kencing milik Tertuduh masih kosong semasa diletakkan di atas meja X sebagaimana di Ekshibit P1(c). Dari keterangan SP5, Tertuduh sendiri yang membuka dan menutup sendiri botol urin yang dipegang oleh beliau. 2.10 Pada jam 2.55pagi tersebut ke semua 15 tahanan lokap dan 6 anggota polis selesai memberikan urin masing-masing dan Tertuduh adalah orang yang terakhir sekali memberikan urin yang berjaya dipungut. 2.11 Hasil ujian saringan awal dadah dalam air kencing yang dijalankan telah mendapati air kencing milik Tertuduh adalah positif Methaphitamin dan Aphitamine. Satu laporan polis berkaitan keputusan ujian saringan awal tersebut telah dibuat oleh SP5 iaitu Pusat Repot 6831/20 (P17). 2.12 Seterusnya SP5 mengisi butiran pada Borang permintaan ujian pengesanan dadah (P7), mengisi butiran pada sticker label botol dan sealkan 5 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal botol tersebut (P10), kemudian P7 dan P10 diserahkan kepada Pegawai Penyiasat (SP6) Bersama Tertuduh untuk siasatan lanjut. 2.13 SP2 telah diarahkan oleh SP6 untuk mengambil gambar botol urin sebanyak 4 keping (P3a-d) dan juga gambar tempat ujian saringan awal iaitu sebanyak 11 keping (P1a-k). Selanjutnya SP6 telah lakarkan sendiri rajah kasar tempat kejadian (P20). 2.14 SP6 kemudiannya telah arahkan SP4 penghantar specimen untuk menghantar urin milik Tertuduh ke Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur, yang mana ia diserahkan kepada Pegawai Sains Kimia Hayat Puan Aslinda binti Tajudin (SP3) dan hasil analisa ke atas sampel urin yang diserahkan mengandungi Amphetamin dan Methaphitamine seperti mana Laporan Patologi (P8). 3. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG 3.1 Seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) telah memperuntukkan berkenaan tugas mahkamah di akhir kes pihak pendakwaan (at the close of prosecution). Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya untuk mengemukakan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh atas pertuduhan terhadapnya atau tidak sebelum membuat apa-apa 6 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keputusan untuk memanggil Tertuduh membela diri atas pertuduhan terhadapnya atau melepaskan dan membebaskan Tertuduh tanpa memanggil Tertuduh untuk membela diri. 3.2 Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 telah menggariskan panduan kepada Mahkamah bekenaan tugas mahkamah di akhir kes pendakwaan di mana Gopal Sri Ram JCA (as he then was) telah menyatakan seperti yang berikut: "8. For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case: (i) the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused; (ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and 7 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted; (iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; (iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263." 3.3 Perkataan prima facie tidak ditakrifkan di bawah KTJ. Walau bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan dalam kes Balacahandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 [2005] 1 AMR 321; [2005] 2 MLJ 301 telah menghuraikan berkenaan ujian prima facie sepertimana yang berikut: ...The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case. 3.4 Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 [2003] 2 MLJ 65; [2003] 2 AMR 89 telah menghuraikan 8 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berkenaan ujian untuk menentukan sama ada prima facie telah dibuktikan atau tidak seperti yang berikut: "In our respectful view, the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the CPC (and this would apply to a trial under s. 173 of the CPC ) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] CLJ Rep 101; [1983] 2 CLJ 10; [1983] 2 MLJ 232 at p 270: 'To summarize, it would therefore appear that having regard to the prosecution evidence adduced so far, a prima facie case has not been established against Nordin Johan and Aziz Abdullah, the second accused and the fourth accused which, failing their rebuttal, would warrant their conviction. In other words if they elect to remain silent now (which I hold they are perfectly entitled to do even though they are being tried under the Emergency Regulations) the question is can they be convicted of the offence of section 302 read with section 34 of the Penal Code? My answer to the question is in the negative.' We are confident in the view we have just expressed because we find nothing in the amended s. 180(1) of the CPC that has taken away the right of an accused person to remain silent at the close of the prosecution case. Further we find nothing in the legislative intention of Parliament as expressed in the language employed by it to show that there should be a dual exercise by a judge under s. 180 when an accused elects to remain silent as happened in Pavone v. Public Prosecutor [1985] 1 LNS 99; [1984] 1 MLJ 77. In other words, we are unable to discover anything 9 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal in the language of the recently formulated s. 180 that requires a judge sitting alone first to make a minimum evaluation and then when the accused elects to remain silent to make a maximum evaluation in deciding whether to convict or not at the close of the prosecution case. It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal." 3.5 Bagi mengemukakan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh pihak pendakwaan hendaklah berjaya membuktikan “all evidence in favour of prosecution is sufficiently strong for the Accused to be called on to answer” 4. ISU UNDANG-UNDANG 4.1. Elemen-elemen pertuduhan adalah sepertimana yang diperuntukkan di bawah sek.15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan juga sepertimana yang dijelaskan di dalam kes PP v. CHAN KAM LEONG (1989) 2 CLJ. 4.2. Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, isu di hadapan Mahkamah adalah seperti yang berikut: 10 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (a) sama ada botol urin yang diletakkan di meja X sebagaimana di Ekshibit P1(c) tidak tertukar sebelum di seal dan sticker label ditampal (b) sama ada botol urin yang diserahkan oleh SP6 kepada SP4 adalah botol yang sama di hantar ke Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur (c) sama ada gambar barang kes (botol urin) merujuk kepada botol urin yang sama di hantar ke Jabatan Patologi. 5. DAPATAN MAHKAMAH 5.1 Prima facie tidak boleh dikatakan telah berjaya dibuktikan sekiranya terdapat keadaan-keadaan berikut, iaitu apabila terdapat kelompangan (gap) dalam kes pihak pendakwaan atau pun terdapat keadaan di mana keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan membenarkan lebih daripada satu (1) inferens selain daripada inferens yang menjurus kepada kebersalahan Tertuduh. Sekiranya terdapat lebih dari satu inferens, kesimpulan yang memihak kepada Tertuduh hendaklah terpakai. 5.2 Sekiranya mahkamah beranggapan bahawa keterangan yang diberikan oleh pihak pendakwaan adalah tidak selamat untuk diterima maka adalah jelas suatu kes prima facie tidak dapat dibuktikan. 5.3 Di dalam kes ini adakah terdapat sebarang kelompangan atau isu di dalam kes pendakwaan?. 11 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5.4 Terdapat satu isu yang menjadi perhatian mahkamah semasa menerima keterangan dan juga setelah merujuk kepada dokumen-dokumen yang dikemukakan, di mana keterangan SP4 berkenaan kawalan dan penjagaan botol sebelum di hantar ke Jabatan Patologi. 5.5 Hasil semakan mahkamah dengan Nota Keterangan dan PSP4, memang tiada sebarang keterangan berkenaan isu ini. SP4 dikatakan menerima botol urin dan menghantar botol urin tersebut pada hari yang sama iaitu 10/12/2020, walaubagaimanapun merujuk kepada bukti cop penerimaan oleh pihak Pegawai Sains (SP3) botol urin tersebut diterima pada 11/12/2020 – rujuk (Ekshibit - P7). 5.6 Sepanjang masa penerimaan sehingga penghantaran botol urin ke Jabatan Patologi HKL “silent” tiada sebarang keterangan berkenaan di mana barang disimpan selama 24jam SP4 menerima sehingga beliau menghantar botol tersebut ke Jabatan Patologi. 5.7 Merujuk kepada PP v Mohammed Ali (1962) MLJ 257 di mana telah diputuskan bahawa keterangan saksi polis harus dipercayai melainkan keterangan mereka mampu membuat kesimpulan bahawa ia mempunyai bukti “cow jumping over the moon”. Walau bagaimanapun di dalam kes ini mahkamah tidaklah memutuskan ia sebagai satu peraturan am tetapi meletakkannya dengan pengecualian: - “… Of course, evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and 12 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal in the absence of any element of inherent improbability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.” 5.8 Di dalam kes ini, keterangan SP4 nampak agak bercanggah dari saat penerimaan botol urin yang mana diarahkan untuk di hantar dan saat SP3 menerima botol tersebut, tiada sebarang keterangan berkenaan di mana barang disimpan selama 24jam SP4 menerima sehingga beliau menghantar botol tersebut ke Jabatan Patologi. 5.9 Pendakwaan gagal untuk membalas terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan. Mahkamah bersetuju dengan dapatan yang diberikan oleh YA Tn Moses Susayan dan berpandukan garis panduan yang diberikan oleh beliau:- “It must prove that the urine sample in the bottle was indeed collected from the accused. This requires the chain of custody to be clearly established and verified from the point of collection to analysis by chemist.” 6. KESIMPULAN 6.1 Setelah Mahkamah membaca hujahan bertulis daripada kedua-dua belah [ihak dan juga balasan dari pihak pembelaan dan setelah meneliti ke semua keternagan dari semua saksi yang dipanggil oleh pihak Pendakwaan serta soal balas dari pihak Pembelaan. 13 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6.2 Berdasarkan penilaian keterangan secara maksimum terhadap kesemua saksi-saksi pendakwaan, mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk mengemukakan keterangan yang kukuh untuk membuktikan setiap intipati pertuduhan di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya yang mana pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen bagi pertuduhan berkenaan. 6.3 Berdasarkan alasan-alasan di atas, mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk mengemukakan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya dan daripada keterangan yang dikemukakan adalah tidak selamat untuk memanggil Tertuduh-Tertuduh membela diri atas pertuduhan tersebut dan mahkamah ini tidak bersedia untuk mensabitkan Tertuduh jika pembelaan dipanggil dan Tertuduh-Tertuduh memilih untuk berdiam diri. 6.4 Oleh yang demikian, Tertuduh dengan ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya tersebut tanpa perlu dipanggil untuk membela diri. Bertarikh 24/6/2025 Siti Nora binti Sharif Majistret Jenayah 1 Ipoh 14 S/N 3E89WuwvUEuVC1ea7FCTeg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal